2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 43
69.
RUMUSAN Mengenali gejala rasuah ini bukannya sesuatu yang mudah untuk diatasi, maka kaedah pencegahan yang hendak diambil perlulah bersifat holistik dan dinamik kerana gejala rasuah ini sendiri tidak bersifat statik (cara dan kaedah rasuah dan salah guna kuasa berubah dari masa ke semasa). Justeru itu perkara-perkara berikut dicadang perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan iaitu :i)
Memasukkan silibus integriti dan bahaya rasuah di dalam subjek pendidikan wajib kepada pelajar dari peringkat pendidikan rendah sehingga peringkat pendidikan tinggi bagi meningkatkan kefahaman pelajar mengenai jenayah rasuah. Subjek ini menekankan kepada aspek hubungan antara manusia dengan manusia dan antara manusia dengan ALLAH SWT. Justeru itu, janganlah kita memikirkan amalan rasuah itu nampak senang di dunia sengkek di akhirat.
ii)
Perkhidmatan Awam Kerajaan yang sering terdedah dengan amalan gejala rasuah perlu diperkemaskan lagi melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap (kompeten), akauntabiliti dan telus. Ini dapat dicapai dengan penjawat awam yang bertugas diberi latihan dan kursus memerangi rasuah dari masa ke semasa, mengadaptasi sistem kerja yang efisien dan berkesan, pengurangan proses interaksi kerja menggunakan tenaga kerja manusia kepada adaptasi sistem “digitalisasi dan online” dan memperhebatkan kempen anti-rasuah di kalangan penjawat awam seperti slogan “Bersih, Cekap & Amanah” serta “Kepimpinan Melalui Teladan” dan lain-lain.
iii) Rasuah politik merupakan satu lagi gejala yang amat sukar untuk dibendung 100%. Ini kerana politik menagih kuasa daripada rakyat di mana dengan kuasa yang dimiliki itu akan memberi pihak yang menagih itu melaksanakan polisi, dasar dan peraturan yang sepatutnya untuk kepentingan rakyat. Namun sering kali kuasa yang dimiliki itu disalahgunakan untuk kepentingan kumpulan serta kepentingan individu melalui kuasa politik ini. Di sinilah satu perubahan struktural dari segi dasar dan undang-undang untuk membanteras salah guna kuasa dan rasuah ini perlu 43