8 minute read
ALLAHSWT Menerima Doa Orang Yang Sedang Dalam Bermusafir
saya bawa selipar jepun saja yang berharga RM3.80 yang dibawa dari Malaysia, kalau selipar jepun ini hilang ia murah tak mengapalah. Sewaktu hendak masuk ke masjid kami berkongsi uncang kasut, yang mana selipar jepun berada di bawah, ditindih sandal Dato’ berkenaan yang berharga 120 SAR (wang Saudi). Apabila keluar dari masjid, penulis dan Dato’ berkenaan mengambil uncang untuk memakai semula selipar di luar masjid. Apa yang berlaku selipar jepun telah hilang dari uncang. Alangkah terkejut serta kesalnya kerana peristiwa tersebut memberi pengajaran yang besar akibat daripada kata-kata penulis “Selipar jepun murah, hilang pun tak apa”, benar-benar berlaku. Kalau hendak dikira logiknya, orang hendak mengambil hak orang sudah tentu akan memilih yang mahal sedikit harganya dan senang untuk diambil kerana berada di bahagian atas. Tetapi selipar jepun yang berada di bawah yang diambilnya. Sesungguhnya ALLAH SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa menentukan sesuatu. Kita mengatur, tetapi ALLAH SWT Maha Pengatur dan Maha mengetahui segala-galaNya.
ALLAH SWT MENERIMA DOA ORANG YANG SEDANG DALAM BERMUSAFIR
Advertisement
Kita kena akur kepada kehendak dan ketentuan ALLAH SWT (qada dan qadar) merupakan tuntutan Rukun Iman yang wajib diterima dengan reda dan penuh keinsafan selaku hamba ALLAH SWT dalam semua urusan. Adakalanya kehendak dan ketentuan ALLAH SWT pahit untuk ditelan dan adakalanya manis seperti madu kerana semua perkara berada dalam ilmu ALLAH SWT yang Maha Mengetahui apa sahaja yang terlintas dalam hati kita. Penulis mempunyai pengalaman peribadi, sekadar berkongsi nikmat ALLAH SWT yang dianugerahkan kepada hambanya, suatu ketika dahulu antaranya mengerjakan umrah kali pertama pada tahun 1979. Ketika itu perjalanan dari Malaysia dengan menaiki Pakistan Airline terus ke Mesir dan tinggal di sana selama dua minggu sebelum berlepas ke Mekah. Ketika itu musim haji masih berjalan, tiba-tiba diberitakan berlakunya serangan pengganas berlaku di Masjidil Haram melalui siaran TV di rumah seorang kawan. Pada keesokan harinya saya mencuba nasib dengan pergi ke Kedutaan Arab Saudi di Mesir untuk mendapat kepastian sama ada umrah dapat dilaksanakan atau tidak, namun pihak kedutaan tidak membenarkan disebabkan kekacauan dan tidak aman lagi. Dengan perasaan yang sedih saya hanya mampu bermunajat
156
dengan bersolat hajat dan berdoa agar dipermudahkan urusan menunaikan umrah. Selepas seminggu, sekali lagi saya ke Kedutaan Saudi dan jawapannya tetap sama. Pada suatu malam saya menonton TV program tazkirah yang disampaikan oleh seorang ulama Mesir yang menyentuh tempat-tempat berdoa yang dimakbulkan oleh ALLAH SWT, antaranya ketika bermusafir. Terlintas dalam fikiran saya ketika itu untuk memohon kepada ALLAH SWT agar dipermudahkan urusan menunaikan umrah, pada keesokan harinya saya mencuba nasib dengan pergi semula ke Kedutaan Arab Saudi di Mesir, dengan izin ALLAH SWT pihak Kedutaan membenarkan. Akhirnya saya meneruskan perjalanan ke Jeddah dan terus bergerak ke Madinah dengan menaiki sebuah bas. Dengan perasaan yang begitu hiba bercampur gembira dan air mata berlinangan akhirnya saya sampai di Madinah dan melakukan ziarah di Maqam Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA. Selepas seminggu di Madinah saya bertolak ke Mekah, setibanya di Masjidil Haram para jemaah tidak dibenarkan untuk masuk ke haram masjid. Seorang sahabat saya Ali Osman Shabana menasihatkan saya agar tidak masuk ke haram masjid (kawasan masjid) tetapi saya bertawakal dan berusaha juga dan akhirnya dapat masuk untuk menyempurnakan ibadat umrah. Ketika itu terdetik di hati agar diberikan kesempatan kembali lagi setiap tahun untuk menunaikan ibadat umrah di sini dan diberikan kesempatan untuk masuk ke dalam Kaabah. Kawasan lantai bawah (basement) Masjidil Haram masih dipenuhi darah dan kelongsong-kelongsong peluru bertaburan di merata tempat. Akhirnya pada tahun 2018 dengan kehendak dan ketentuan ALLAH SWT juga saya berpeluang menjejak kaki masuk ke dalam Kaabah. Pada awalnya saya sudah bersiap untuk pulang ke tanah air pada sebelah petang, namun seorang kenalan memaklumkan adanya peluang untuk masuk ke dalam Kaabah pada keesokan harinya. Maka saya menunda penerbangan pulang untuk tempoh satu hari lagi. Pada keesokan harinya, 4 pagi sebelum Subuh pintu Kaabah dibuka untuk tetamu, Presiden Turki dan rombongannya serta saya dengan dua orang jemaah Utas Travel & Tours dapat masuk bersama dalam rombongan itu. Dalam kesempatan keemasan tersebut walaupun saya mempunyai penyakit slip disc dan vertigo, dengan izin ALLAH SWT rasa sakit langsung hilang dan saya dapat menunaikan solat di keempat-empat penjuru Kaabah selama 45 minit. Saya amat bersyukur kerana tidak pernah terlintas suatu hari nanti perkara ini akan berlaku. Semuanya berlaku dengan kehendak dan ketentuan ALLAH SWT dan apabila tiba masanya pasti berlaku. Pernah juga suatu ketika masih berulang alik
157
membawa jemaah haji ke Mekah terlintas di hati penulis sekiranya diberikan peluang untuk penulis menyampaikan khutbah di Arafah (mengikut sunnah Rasulullah SAW). Hasrat tersebut hanya dipendam dalam hati begitu sahaja tanpa berusaha untuk meminta kepada Tabung Haji. Takdir ALLAH SWT pada akhir tahun 90an, saya dipelawa untuk menyampaikan khutbah kepada ribuan jemaah haji di Arafah dalam satu maktab yang masih saya ingat sampai hari ini sebagai satu pengalaman yang manis seumur hidup saya. Amat benarlah firman ALLAH SWT dalam surah Qaf ayat 16 yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”. Marilah kita muhasabah diri, kalau kita sudah meningkat tua, mungkin masa dan peluang kita tidak begitu banyak lagi untuk membaiki diri dan bertaubat. Bagi yang masih muda bermuhasabahlah agar terlepas daripada mengikut jejak-jejak kita yang telah banyak membawa kerugian. Memang pandangan antara satu dengan yang lain tidak mungkin sama, tetapi uruslah perbezaan itu supaya menjadi kekuatan. Sebaliknya tidak menjadi perpecahan yang menyebabkan kita lemah. Bersatulah untuk membina Islam dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Kita patut belajar daripada apa yang sedang berlaku ke atas umat Islam hari ini khususnya di negara-negara Islam di Timur Tengah atau negara yang majoriti umatnya terdiri daripada orang Islam. Kerana perpecahan ummah negara menjadi porak peranda dan dikuasai oleh kuasa besar yang memang ingin melihat kehancuran Islam. Apabila sesebuah negara itu hancur kerana perpecahan dan persengketaan sesama sendiri rakyat yang tidak berdosa turut menjadi mangsa. Pembunuhan berlaku setiap masa. Mereka yang terkorban tidak mengira siapa, kanak-kanak, orang perempuan dan mereka yang tidak berdosa turut menjadi mangsa kerana kerakusan manusia yang inginkan kuasa. Di Syria umpamanya pergolakan sedang berlaku kerana kuasa dan politik berpuak dan berlainan fahaman agama. Rakyat jelata menjadi mangsa dan terpaksa melarikan diri dan tinggal di khemah-khemah dengan serba kekurangan pakaian dan makanan. Satu demi satu negara Islam menempah kehancuran kerana perpecahan rakyat dan kerakusan pemimpin. Lihatlah apa yang berlaku di Afghanistan, Iraq, Libya selain dari Syria dan Yemen yang turut bergolak menunggu kehancuran.
158
Adakah kita ingin turut serta menerima nasib yang sama dengan mereka? Waliyazubillah. Cukuplah kita yang baru menjadi mangsa bencana alam sebagai ujian dari ALLAH SWT dan tinggal di bawah khemah-khemah sementara kerana rumah-rumah telah musnah dihanyutkan air banjir. Jangan kita pula tinggal di bawah khemahkhemah sebagai pelarian perang seperti yang berlaku di Syria pada masa ini. Kita perlu bersatu agar tidak ada kuasa lain yang merupakan musuh Islam dapat melemahkan kita dan memecahbelahkan perpaduan kita. Kalau ini berlaku, kita akan menerima nasib yang sama dengan saudara-saudara kita di beberapa negara Islam yang saya sebutkan di atas tadi. ALLAH SWT berfirman ayat 103 surah Ali-Imran yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali ALLAH (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat ALLAH kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu ALLAH menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat ALLAH itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu ALLAH selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah ALLAH menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” Bukan semua mereka yang bergelar agamawan dan ilmuan tahu semua bidang agama. Seumpama foreman atau mekanik kereta, mereka bukan tahu dan mahir membaiki semua jenis kereta. Mereka ada kepakaran dalam bidang masing-masing. Begitu juga dengan doktor pakar, mereka juga ada kepakaran dalam bidang masing-masing. Doktor pakar jantung boleh membedah jantung tapi tidak mahir berkaitan orthopedik misalnya. Begitulah sebaliknya. Tetapi ada sebahagian lulusan agama bertindak seolah-olah mereka serba boleh dan serba tahu. Ulama seperti ini mempunyai sifat dan sikap takabur yang jelas nyata dengan sedikit ilmu yang ada padanya, sedangkan ALLAH SWT lebih berkuasa daripada segala makhluk. Ingatlah bagaimana nasib Firaun yang asalnya orang biasa tetapi setelah mempunyai kuasa dan kekayaan telah bersifat takabur bahkan menganggap dirinya tuhan dan meminta manusia menyembahnya. Akhirnya Firaun mati tenggelam di lautan. Dengan adanya sifat suka cemuh mencemuh dan memandang
159
rendah sesama Islam, orang bukan Islam telah berani memperlekeh dan mempermainkan Islam seperti mencela khutbah, mempertikai arahan pihak berkuasa agama Islam, mengharamkan perarakan Maulidurrasul dan sebagainya. Kita lihat pada akhir-akhir ini agama Islam dihina dengan begitu teruk sekali oleh musuh Islam. Nabi Muhammad SAW diperlekeh, dipersendakan dan dihina secara terang oleh media Barat seperti yang berlaku di Perancis dan Jerman. Akhbar Mingguan di Perancis “Charlie Hebdo” sering menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Umat Islam hanya boleh membuat bantahan di sana sini menyuarakan rasa tidak puas hati. Tetapi kita tidak ada kemampuan untuk bertindak dengan lebih berkesan kerana kita sendiri lemah dan tidak bersatu. Sebagai rumusannya saya berpendapat bahawa kedudukan orang Melayu Islam di negara kita tidak akan ke mana dari segi ekonomi dan politik kalau mereka masih tidak bersatu. Budaya Melayu pun mereka tidak boleh pertahankan dengan kemasukan budaya yang dibawa masuk oleh orang asing yang banyak mencemarkan budaya kita. Oleh itu orang Melayu kena sedar dan bersatu kalau mereka ingin berjaya dan mengelakkan diri daripada kebinasaan dan kehancuran. Penulis teringat semasa bersekolah di tahun awal 50an dan 60an dahulu terdapat buku teks Bahasa Melayu dalam tulisan jawi yang mempunyai rangkap puisi seperti berikut:
Buai laju-laju sampai pokok sena Beli baju baru dari kedai Cina. Orang Cina memang rajin tidak dinafikan, kenapa Melayu tak nak belajar daripada rajinnya itu. Penulis masih ingat beberapa pesanan almarhum bapa penulis dua tahun sebelum beliau meninggal dunia. Ketika itu penulis baru berusia 12 tahun. Antara pesanan yang memberi kesan mendalam dan masih dalam ingatan penulis ialah:
1. Pakaian lama kalau tidak dipakai lagi janganlah dibuang begitu sahaja, tetapi hendaklah disimpan. Beliau mengingatkan pengalaman beliau semasa pemerintahan Jepun banyak jenazah hanya berbungkuskan tikar mengkuang sebagai kafan sebelum dikebumikan;
2. Kalau berkawan dengan ulama, kamu akan mendapat ilmu dan lama-lama menjadi ulama;
160