3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 156
saya bawa selipar jepun saja yang berharga RM3.80 yang dibawa dari Malaysia, kalau selipar jepun ini hilang ia murah tak mengapalah. Sewaktu hendak masuk ke masjid kami berkongsi uncang kasut, yang mana selipar jepun berada di bawah, ditindih sandal Dato’ berkenaan yang berharga 120 SAR (wang Saudi). Apabila keluar dari masjid, penulis dan Dato’ berkenaan mengambil uncang untuk memakai semula selipar di luar masjid. Apa yang berlaku selipar jepun telah hilang dari uncang. Alangkah terkejut serta kesalnya kerana peristiwa tersebut memberi pengajaran yang besar akibat daripada kata-kata penulis “Selipar jepun murah, hilang pun tak apa”, benar-benar berlaku. Kalau hendak dikira logiknya, orang hendak mengambil hak orang sudah tentu akan memilih yang mahal sedikit harganya dan senang untuk diambil kerana berada di bahagian atas. Tetapi selipar jepun yang berada di bawah yang diambilnya. Sesungguhnya ALLAH SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa menentukan sesuatu. Kita mengatur, tetapi ALLAH SWT Maha Pengatur dan Maha mengetahui segala-galaNya. ALLAH SWT MENERIMA DOA ORANG YANG SEDANG DALAM BERMUSAFIR Kita kena akur kepada kehendak dan ketentuan ALLAH SWT (qada dan qadar) merupakan tuntutan Rukun Iman yang wajib diterima dengan reda dan penuh keinsafan selaku hamba ALLAH SWT dalam semua urusan. Adakalanya kehendak dan ketentuan ALLAH SWT pahit untuk ditelan dan adakalanya manis seperti madu kerana semua perkara berada dalam ilmu ALLAH SWT yang Maha Mengetahui apa sahaja yang terlintas dalam hati kita. Penulis mempunyai pengalaman peribadi, sekadar berkongsi nikmat ALLAH SWT yang dianugerahkan kepada hambanya, suatu ketika dahulu antaranya mengerjakan umrah kali pertama pada tahun 1979. Ketika itu perjalanan dari Malaysia dengan menaiki Pakistan Airline terus ke Mesir dan tinggal di sana selama dua minggu sebelum berlepas ke Mekah. Ketika itu musim haji masih berjalan, tiba-tiba diberitakan berlakunya serangan pengganas berlaku di Masjidil Haram melalui siaran TV di rumah seorang kawan. Pada keesokan harinya saya mencuba nasib dengan pergi ke Kedutaan Arab Saudi di Mesir untuk mendapat kepastian sama ada umrah dapat dilaksanakan atau tidak, namun pihak kedutaan tidak membenarkan disebabkan kekacauan dan tidak aman lagi. Dengan perasaan yang sedih saya hanya mampu bermunajat 156