3 minute read
Kesesatan Khawarij Dan Ancaman Khawarij Baharu
dahsyat tersebut menunjukkan kemenangan jelas berpihak kepada pasukan Saidina Ali RA, di saat itulah, Amr bin Ash RA, panglima perang Muawiyah, mengusulkan kepada Muawiyah agar mengangkat mushaf al-Qur’an dengan hujung tombak sebagai tanda ingin berdamai. Kedua belah pihak mengirim utusan, Abu Musa al Asy’ari mewakili Khalifah Saidina Ali RA manakala Amr bin Ash RA pula mewakili Muawiyah RA. Kedua duanya sepakat menerima tahkim untuk mengakhiri persengketaan. Namun tahkim tersebut membuat sekelompok kecil daripada kem Saidina Ali RA merasa kecewa dan mengisytiharkan keluar dari kumpulannya. Mereka berkumpul di suatu tempat yang disebut Harurah (sebuah kawasan di Kufah) dan membantah pelaksanaan majlis tersebut kerana menganggap ianya membelakangi kitab ALLAH dan hukum ALLAH SWT. Kelompok ini kemudiannya dikenali sebagai kaum Khawarij. Oleh kerana dendam dan kecewa yang amat sangat mereka merancang untuk membunuh Muawiyyah RA dan Ali RA, namun hanya berhasil membunuh Ali RA.
KESESATAN KHAWARIJ DAN ANCAMAN KHAWARIJ BAHARU
Advertisement
192. Lidah golongan Khawarij lembut dengan perkataan mengkafirkan orang tanpa mengemukakan sebarang dalil yang wajar. Pada mereka orang yang melakukan dosa besar adalah kafir, orang yang menyertai Perang Jamal adalah kafir, Khalifah yang menyimpang daripada Islam wajib diturunkan dan jika perlu patut dibunuh serta mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengan mereka. Menurut Ibnu Hajar dalam kitab Fath al-Bari: “Mereka (Khawarij) merupakan bencana yang sangat besar, mereka terus menyebarkan ajaran keyakinan mereka yang rosak, mereka membatalkan hukum rejam bagi pelaku zina yang sudah berkahwin, memotong tangan pencuri dari ketiak, mewajibkan solat bagi wanita haid ketika sedang haid, mengkafirkan orang yang tidak melakukan amar ma’ruf nahi mungkar ketika ia sanggup melakukannya, menghukum kafir pelaku dosa besar, menolak harta dari ahlu zimmah dan sama sekali tidak bermuamalah dengan mereka.”
193. Berakhirnya era Khawarij lama tidak bererti doktrin mereka lenyap begitu sahaja, akan tetapi kini muncul kembali Khawarij Baharu atau Khawarij Moden dan tumbuh dengan suburnya di kalangan mereka yang rata-rata berselindung di sebalik slogan
127
tidak bermazhab yang kononnya alasan utama mereka bahawa para imam tidak maksum. Cara mudah untuk mengenali golongan Khawarij Baharu ini sama seperti perangai nenek moyang mereka iaitu ringan mulut menuduh orang lain sesat, bid’ah dan mengkafirkan terus sesiapa sahaja yang tidak mengikuti aliran pemikiran mereka. Lebih parah lagi, tuduhan sesat mereka itu dilontarkan kepada majoritinya adalah umat Islam yang berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Padahal ajaran yang diyakini majoriti umat Islam ini telah mapan dan turun-temurun dari generasi ke generasi dengan mata rantai (sanad) yang berkesinambungan sampai kepada Rasulullah SAW.
194. Persoalan demi persoalan yang seringkali Khawarij Baharu bangkitkan sangat beragam, bermula dari perkara-perkara pokok dalam masalah aqidah hingga kepada permasalahan cabang dalam hukum agama (furu’iyyah), seperti amalan memperingati Maulid Nabi SAW, Tahlil, ziarah kubur, Tawassul, Tabarruk dan beberapa lagi yang bukannya masalah besar sehingga boleh mencacatkan aqidah. Kesemua perkara ini sudah menjadi zikir munajat mereka secara tahunan dan bermusim untuk menyerang musuh mereka.
195. Pada dasarnya; mereka seringkali menuduh kelompok yang berada di luar dari kalangan mereka sebagai kelompok sesat dan diistilahkan sebagai “orang ramai yang kebingungan disebabkan pendapat ulama”. Seringkali dalam propaganda mereka dilaungkan slogan: “Kita harus kembali kepada al-Qur’an dan as-Sunnah”, “Mazhab saya adalah al-Quran dan al-Hadis”, padahal mereka sama sekali tidak memahami secara mendalam al-Quran dan al-Hadis Rasulullah SAW.
196. Justeru itu mereka mengajar dan mengajak masyarakat awam aqidah tasybih. Aqidah tasybih ini sudah pasti adalah aqidah sesat kerana menyerupakan ALLAH SWT dengan makhluk-Nya. Maknanya mereka berkeyakinan bahawa ALLAH SWT itu sama sahaja dengan manusia tetapi tidak sama makhluk-Nya. Ungkapan-ungkapan buruk dalam propaganda mereka yang sering berkumandang “Terserah pada yang DI ATAS”, “ALLAHSWT BERSEMAYAM di atas ‘Arasy”, “ALLAH SWTBERADA di langit”, “ALLAH SWT DUDUK di atas ‘Arasy”, atau “ALLAH SWT BERGERAK TURUN dan NAIK”,
128