2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 127
dahsyat tersebut menunjukkan kemenangan jelas berpihak kepada pasukan Saidina Ali RA, di saat itulah, Amr bin Ash RA, panglima perang Muawiyah, mengusulkan kepada Muawiyah agar mengangkat mushaf al-Qur’an dengan hujung tombak sebagai tanda ingin berdamai. Kedua belah pihak mengirim utusan, Abu Musa al Asy’ari mewakili Khalifah Saidina Ali RA manakala Amr bin Ash RA pula mewakili Muawiyah RA. Keduaduanya sepakat menerima tahkim untuk mengakhiri persengketaan. Namun tahkim tersebut membuat sekelompok kecil daripada kem Saidina Ali RA merasa kecewa dan mengisytiharkan keluar dari kumpulannya. Mereka berkumpul di suatu tempat yang disebut Harurah (sebuah kawasan di Kufah) dan membantah pelaksanaan majlis tersebut kerana menganggap ianya membelakangi kitab ALLAH dan hukum ALLAH SWT. Kelompok ini kemudiannya dikenali sebagai kaum Khawarij. Oleh kerana dendam dan kecewa yang amat sangat mereka merancang untuk membunuh Muawiyyah RA dan Ali RA, namun hanya berhasil membunuh Ali RA. KESESATAN KHAWARIJ DAN ANCAMAN KHAWARIJ BAHARU 192. Lidah golongan Khawarij lembut dengan perkataan mengkafirkan orang tanpa mengemukakan sebarang dalil yang wajar. Pada mereka orang yang melakukan dosa besar adalah kafir, orang yang menyertai Perang Jamal adalah kafir, Khalifah yang menyimpang daripada Islam wajib diturunkan dan jika perlu patut dibunuh serta mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengan mereka. Menurut Ibnu Hajar dalam kitab Fath al-Bari: “Mereka (Khawarij) merupakan bencana yang sangat besar, mereka terus menyebarkan ajaran keyakinan mereka yang rosak, mereka membatalkan hukum rejam bagi pelaku zina yang sudah berkahwin, memotong tangan pencuri dari ketiak, mewajibkan solat bagi wanita haid ketika sedang haid, mengkafirkan orang yang tidak melakukan amar ma’ruf nahi mungkar ketika ia sanggup melakukannya, menghukum kafir pelaku dosa besar, menolak harta dari ahlu zimmah dan sama sekali tidak bermuamalah dengan mereka.” 193. Berakhirnya era Khawarij lama tidak bererti doktrin mereka lenyap begitu sahaja, akan tetapi kini muncul kembali Khawarij Baharu atau Khawarij Moden dan tumbuh dengan suburnya di kalangan mereka yang rata-rata berselindung di sebalik slogan 127