Rasuah Nampak Senang Di Dunia Sengkek Di Akhirat

Page 1


Cetakan Pertama 2022 © Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Mohamad Din Yusoh, Datuk RASUAH : NAMPAK SENANG DI DUNIA SENGKEK DI AKHIRAT / DATUK MOHAMAD DIN YUSOH. – EDISI KESEDARAN RAKYAT, PEMIMPIN & UMMAH. ISBN 978-983-3022-19-9 1. Corruption. 2. Bribery--Religious aspects--Islam. 3. Muslims--Conduct of life. I. Judul. 364.1323

Diterbitkan dan dicetak oleh: Percetakan Surya Sdn. Bhd. Plot 29, Jalan IKS BK 2, Taman IKS Bukit Katil, 75450 Bukit Katil, Melaka No. Tel.: 06-232 4475 No. Fax: 06-232 4960 Diedar oleh: Pustaka Tawjih Koperasi Surau Ibnu Sina, Jalan 15/3 Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. H/P: 011-5785 4418 (Whatsapp) Email: pustakatawjih@gmail.com

ii


Kandungan Refleksi Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Prakata Penulis

• xi • xiii

Rasuah Nampak Senang Di Dunia Sengkek Di Akhirat

•1

Hukum Jenayah Rasuah Menurut Empat Mazhab Yang Muktabar

•1

:

Dalil Rasuah Dan Maksudnya Daripada Sumber Al-Quran

•1

:

Dalil Rasuah Dan Maksudnya Daripada Sumber Al-Hadis

•2

:

ALLAH SWT Melaknat Pemberi Rasuah Dan Penerima Rasuah

•2

:

Isu Rasuah Telah Disentuh Oleh Penulis Dari Tahun 2014

•3

:

Sejarah Bermulanya Rasuah

•4

:

Kejatuhan Pemimpin Dunia Disebabkan Rasuah

•4

:

Cadangan Penulis Bagi Membanteras Rasuah. •5 Langkah Mewujudkan Mata Pelajaran Pendidikan “Bahaya Rasuah” Dari Kecil Bermula Tadika, Sekolah Rendah, Menengah Hinggalah Ke Universiti

:

Rasulullah SAW Melaknat Pemberi Rasuah Dan Penerima Rasuah

:

Anggota Tubuh Badan Sendiri Seperti Tangan •7 Dan Kaki Menjadi Saksi Di Mahkamah ALLAH SWT. Bukan Seperti Mahkamah Rayuan Dan Mahkamah Persekutuan iii

•6


:

Tidak Mentadabbur Dan Menghayati Intipati Al-Quran Punca Terjebak Dengan Rasuah

•8

:

Pandangan Ulama Tafsir Berkaitan Harta Batil Termasuk Rasuah

•9

:

Rasuah Alaf Baharu

• 13

:

Akibat Rezeki Haram Ketika Hidup Di Dunia

• 16

:

Pendapat Mazhab Syafie Dan Hanafi Tentang Membelanjakan Harta Haram, Batil Atau Rasuah?

• 16

:

Pandangan Mazhab Hanafi Tentang Hukum Bersedekah Dengan Harta Yang Haram, Batil Atau Rasuah

• 17

:

Harta Rasuah Membawa Sengsara Di Hari Kiamat

• 21

:

Penghuni Neraka Diberi Minum Air Danur Atau Darah Yang Bercampur Nanah

• 23

:

Fakta Yang Menakutkan Dan Dahsyatnya Api Neraka

• 25

:

Panasnya Api Neraka Lebih 70 Kali Ganda Api Di Dunia

• 26

:

Peringkat Perubahan Api Neraka Dan Dahsyatnya Warna Api Neraka

• 27

:

Tinggi Julangan Api Neraka

• 27

:

Neraka Bergunung-Ganang

• 28

:

Rasuah Berleluasa, Negara Dan Rakyat Sengsara

• 28

:

Tidak Kira Negara Kaya, Miskin Dan Pelbagai • 32 Fahaman Doktrin Pemerintahan - Rasuah Tetap Ada

:

Ukuran Tahap Rasuah Dunia - Indeks Persepsi Rasuah Dunia

• 32

:

Indeks Rasuah - Transparency International Tahun 2020

• 34

iv


:

Indeks Global Ini Membabitkan 180 Buah Negara • 36 Di Seluruh Dunia, Menyaksikan Malaysia Menurun Ke Tangga Ke-62 (2021) Daripada Tangga 51 (2019)

:

Akhirnya Marcos Dan Imelda Tersungkur Di Pentas Dunia

• 36

:

Kepentingan Diri Dan Pengekalan Kuasa Itulah Falsafah Kebanyakan Ahli Politik Kebanyakan Negara Di Dunia Ini

• 37

:

Pandangan Dan Petikan Beberapa Pemimpin • 39 Dan Personaliti Berhubung Dengan Hukuman Kepada Pemberi, Perantara Dan Penerima Rasuah

:

Rumusan

• 43

:

Rujukan

• 47

Koleksi Sebahagian Kuliah Subuh, Maghrib Serta Jemputan Dan Artikel-Artikel, Puisi-Puisi Yang Telah Diterbitkan Dalam Sinar Harian Dan Utusan Malaysia Bermula September 1986 Hingga November 2021

• 48

Hukum Jenayah Rasuah Menurut Empat Mazhab Yang Muktabar

• 48

:

Dalil Rasuah Dan Maksudnya Daripada Sumber Al-Quran

• 48

:

Dalil Rasuah Dan Maksudnya Daripada Sumber Al-Hadis

• 49

:

ALLAH SWT Melaknat Pemberi Rasuah Dan Penerima Rasuah

• 49

:

Rasuah, Perinciannya Dan Hukumnya

• 51

:

Memperincikan Pembahagian Hukum Memberi, Perantara Dan Menerima Rasuah Mengikut Empat Mazhab Yang Muktabar

• 51

:

Perbezaan Rasuah Dan Hadiah

• 53

:

Rasuah Dalam Pemberian Dan Penerimaan Hadiah • 58 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia v


:

Tafsiran Rasuah

• 59

:

Larangan Memberi Dan Menerima Hadiah

• 60

:

Polisi Hadiah Bagi Sektor Swasta dan Korporat

• 60

:

Rujuk Kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

• 61

:

Hukum Jenayah Rasuah Menurut Islam

• 61

:

Pengertian Hudud

• 62

:

Pengertian Qisas

• 63

:

Pengertian Takzir

• 64

:

Rujukan

• 67

Neraka Penjara Akhirat Seumur Hidup

• 68

:

Neraka Disebut 145 Kali Berbanding Syurga 135 Kali Dalam Al-Quran

• 68

:

Seawal Usia Kanak-Kanak Diajar Membaca Dan Menghafal Ayat-Ayat Lazim Daripada Al-Quran

• 69

:

Fahami, Tadabbur Dan Hayatilah Surah Al-Takaathur Ayat 1-8 Dengan Hati Yang Tenang

• 70

:

Gambaran Neraka Daripada Penglihatan Nabi SAW Ketika Isra’ Dan Mi’raj

• 70

:

Neraka Daripada Ilmu Yaqin Kepada Ainul Yaqin Seterusnya Haqqul Yaqin

• 71

:

Makanan Penghuni Neraka Ialah Buah Zaqqum Yang Seperti Tembaga Cair, Mendidih Dalam Perut Dan Meluap-luap Panasnya Dan Dhari’ (Pohon Berduri Yang Sangat Keras, Paling Pahit Buahnya Dan Tidak Menghilangkan Rasa Lapar)

• 72

:

Kenapa Perlu Takut Neraka?

• 73

:

Di Manakah Terletaknya Neraka?

• 75

:

Berapa Luaskah Neraka?

• 76

vi


:

Apakah Bahan Bakar Api Neraka?

• 77

:

Adakah Neraka Mempunyai Jurangnya Sendiri?

• 78

:

Neraka Serta Namanya Ada Tujuh

• 79

:

Bentuk-Bentuk Seksaan Penghuni Neraka

• 81

:

Siapakah Golongan Pertama Dihisab dan Diazab Di Neraka?

• 83

:

Keadaan Penghuni Neraka

• 84

:

Dhari’ Adalah Pokok Berduri Yang Paling Pahit Buahnya, Makanan Penghuni Neraka Yang Tidak Menggemukkan Dan Tidak Dapat Menghilangkan Sedikit Kelaparan Pun

• 88

:

Makanan Penghuni Neraka Ialah Buah Zaqqum Yang Seperti Tembaga Cair, Mendidih Dalam Perut Dan Meluap-luap Panasnya

• 88

:

Penghuni Neraka Diberi Minum Air Danur Atau Darah Yang Bercampur Nanah

• 89

:

Balasan Azab Bagi Pendosa-Pendosa Di Kalangan Orang Beriman

• 90

:

Sebahagian Bentuk-Bentuk Dosa Besar Dan Balasannya

• 91

:

Rujukan

• 93

Syiah, Khawarij, Mu’tazilah, Jabariyyah Dan Qadariyyah; Aliran Tersesat Dalam Terang

• 94

:

Kemunculan Ahli Sunnah Wal Jamaah

• 94

:

Sejarah Syiah

• 96

:

Kesesatan Syiah

• 98

:

Nikah Mut’ah Aliran Syiah Imamiah Dan Sejarah Pengharamannya

• 103

:

Pengenalan

• 103

:

Sejarah Perkahwinan Mut’ah

• 104

vii


:

Menurut Empat Mazhab Yang Muktabar Serta Jumhur Sahabat Dan Tabi’in, Yang Dirujuk Oleh Kaum Sunni, Nikah Mut’ah Adalah Dilarang Sehingga Hari Kiamat

• 105

:

Hukum Perkahwinan Mut’ah

• 105

:

Syiah Dan Hukum ALLAH SWT

• 110

:

Fatwa Syiah - Darah Sunni Halal (Boleh Dibunuh) • 111

:

Ringkasan Perbezaan Antara Kepercayaan (Iktikad) Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Syiah

• 112

:

Kewajaran Institusi-Institusi Islam Di Malaysia

• 120

:

Kelemahan Penguatkuasaan Undang-Undang Punca Ramai Terpengaruh Ajaran Syiah

• 121

:

Inisiatif Kaunseling Kepada Pengikut Syiah

• 123

:

Sejarah Munculnya Khawarij

• 126

:

Kesesatan Khawarij Dan Ancaman Khawarij Baharu

• 127

:

Kesesatan Khawarij Dan Syiah Secara Bandingan • 129

:

Sejarah Kemunculan Mu’tazilah

• 131

:

Asas Kesesatan Ajaran Al-Mu’tazilah

• 132

:

Bahaya Dan Ancaman Al-Muktazilah Baharu

• 133

:

Kemunculan Al-Jabariyyah

• 135

:

Kemunculan Al-Qadariyyah

• 136

:

Bahaya Fahaman Al-Jabariyyah Baharu Dan Al-Qadariyyah

• 136

:

Rujukan

• 143

Musibah Banjir : Diundang, Diminta Atau Takdir

• 145

:

Gunung-Ganang (Bukit Bukau) Adalah Pasak Bumi Yang ALLAH SWT Jadikan

• 146

:

Masuk Rumah Orang Melalui Pintu Depan Dan Beri Salam

• 147

viii


:

Isu Khilafiyah Diperdebatkan

• 148

:

Mendirikan Solat Hajat Untuk Merosakkan Pihak Lain Atau Antara Sesama Hamba ALLAH SWT

• 149

:

Kisah Nabi Sulaiman AS Dan Doa Semut

• 150

:

Kisah Semut Hitam Boleh Dijadikan Iktibar

• 154

:

Kita Mengatur, Tetapi ALLAH SWT Maha Pengatur • 155 Dan Maha Mengetahui Segala-galaNya

:

ALLAH SWT Menerima Doa Orang Yang Sedang Dalam Bermusafir

• 156

:

Rujukan

• 161

Musibah Dan Muhasabah

• 162

Jerebu - Kau Yang Tak Diundang

• 164

Gaza Bermandi Darah Negara Menerima Musibah

• 166

Perhimpunan Agung UMNO Bulan Dua Belas 2015

• 178

Saya Berbangga Dengan Kereta Nasional

• 180

Gurindam Gelaran Datuk Seri, Datuk-Datuk Di Negara Tercintaku Ini

• 186

Sheikh Ahmad Lampong Dalam Kenangan

• 188

:

Pengenalan

• 188

:

Profil Sheikh Ahmad Lampong Dan Keluarga • 188 Berasal Dari Morocco, Peristiwa Lampong Karam Dijadikan Filem Oleh S.Kadarisman Tahun 1967

:

Tempat Tinggal

• 189

:

Pengendalian Haji Yang Berwibawa

• 190

:

Bekalan Jemaah Haji

• 191

:

Bagaimana Sheikh Ahmad Lampong Mendapat Dan Menguruskan Jemaah

• 192

:

Keadaan Rumah / Tempat Tinggal Jemaah

• 194

:

Suasana Kemuncak Haji

• 195

ix


:

Sistem Pengendalian Haji

• 196

:

Penglibatan Sheikh Ahmad Dalam Urusan Haji Bersama Pihak Berkuasa Arab Saudi

• 200

Hukum Mengedar Tabung Derma Bergerak Dan • 202 Bercakap Semasa Khatib Sedang Menyampaikan Khutbah, Ada Yang Mengatakan Haram, Makruh Dan Harus Mendengar Khutbah Jumaat, Sunat Atau Sunnah?

• 207

Hukum Memelihara Anjing, Apakah Haram, Makruh Atau Harus Dan Pandangan Daripada Empat Mazhab Yang Muktabar Serta Pandangan Dari Sudut Sains Kesihatan;

• 212

Solat Di Atas Kerusi Jangan Biarkan Tulang dan Urat Saraf Rosak Berpanjangan. Jangan Ambil Pandangan Selain Daripada Pakar Ortopedik, Fisioterapi Dan Kiropraktik

• 223

Amalan Tarekat Dikaitkan Dengan Ajaran Dan Amalan Sesat?

• 237

Adab Seorang Penceramah Dalam Majlis Ilmu

• 243

Penyakit Sihir Atau Buatan Orang Apakah Doktor Pakar Boleh Mengubatinya?

• 248

Haram Menolak Pengambilan Vaksin

• 253

Penjelasan Solat Dan Beli-Belah Ketika Pandemik

• 257

Ikutlah Dakwah Nabi Dan Para Sahabat

• 261

Khidmat Terakhir Seorang Anak

• 265

Kerana Masa, Emas Binasa

• 269

Benarkah Pesakit Covid Yang Kembali Ke Rahmatullah Mati Syahid Dunia Dan Akhirat?

• 273

Antara Perintah Suami, SOP Covid Dan Ibu Bapa Mana Yang Dipatuhi?

• 276

Wakaf Buku Demi Didik Masyarakat

• 279

x


Refleksi

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)

ALHAMDULILLAH, segala puji dan syukur dirafakkan ke hadrat ALLAH SWT atas segala nikmat dan inayahNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat, tabi’in serta generasi seterusnya yang mengikuti jejak langkah baginda SAW sehingga hari kiamat. Saya amat bersyukur dan terharu serta mengucapkan tahniah dan syabas kepada sahabat akrab saya Sohibul Fadhilah Yang Dimuliakan Datuk Ustaz Mohamad Din Bin Yusoh, kerana diberi peluang dan kesempatan untuk memberikan sedikit refleksi dengan kehadiran buku terbaharu beliau yang amat bernilai dan perlu dibaca, difahami dan mengambil iktibar. Pada pandangan dan hemat saya, lahirnya buku istimewa ini amat tepat sekali ketika negara dan dunia sedang berhadapan dan bergelut dengan penguncupan ekonomi akibat wabak COVID. Hal ini kerana gejala rasuah merupakan cabaran utama dan terbesar kepada mana-mana negara termasuk Malaysia yang wajib dikekang sepenuhnya agar ekonomi dan taraf hidup rakyat terpelihara dan kepentingan mereka diutamakan. Justeru, dengan kehadiran buku istimewa ini dapat membuka minda dan paradigma para pembaca pada semua peringkat dan golongan agar sentiasa mengambil berat dengan rezeki yang dibawa pulang agar tidak mengambil harta batil sama ada disedari atau tanpa disedari. Sumbangan, lontaran idea dan bakti ilmu dalam buku istimewa ini merungkai pelbagai persoalan dan memberikan jawapan yang xi


segar menurut landasan al-Quran, al-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qiyas, serta mengikut metode Ahli Sunnah Wal Jamaah (al-Asya’irah dan al-Maturidiah) akan akibat buruk terjebak dengan gejala keji rasuah di dunia dan balasannya yang amat pedih di akhirat. Justeru, saya mengharapkan juga buku istimewa ini dapat memberi panduan kepada pemimpin dan seluruh lapisan masyarakat di Malaysia agar menjadi hamba ALLAH yang soleh, umat Nabi Muhammad SAW yang taat serta warga yang bertanggungjawab dan berintegriti tinggi serta bebas daripada gejala rasuah. Akhir kata, saya selaku sahabat akrab Sohibul Fadhilah Yang Dimuliakan Datuk Ustaz Mohamad Din Bin Yusoh sentiasa memberikan sokongan penuh atas segala usaha beliau yang gigih berjihad dan berdakwah terutama dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Doa saya agar buku istimewa ini akan berada pada setiap kutub khanah dan segala hasil usaha beliau menjadi amal jariah yang berkekalan di sisi ALLAH SWT, menjadi asbab hasanah di dunia dan hasanah di akhirat, dan diberikan kesihatan yang berpanjangan hendaknya.

YB Dato’ (DR) Haji Nooh bin Gadot

xii


Prakata Penulis

Datuk Mohamad Din Yusoh DMSM, JP.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, ALHAMDULILLAH segala puji bagi ALLAH SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Buku ini lahir setelah sekian lama penulis berhasrat untuk mengumpul kembali tulisan-tulisan penulis yang telah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia, Sinar Harian, Kuliah Subuh, Kuliah Maghrib, Jemputan dan di dalam media sosial lain yang berbentuk agama, hukum hakam, ekonomi dan puisi-puisi (sajak). Antara puisi-puisi yang mendapat tempat bertajuk “Jerebu-Kau yang tak diundang” Sinar Harian siarkan pada 29 September 2015, The Star siarkan pada 30 September 2015 dengan meminta izin dari penulis, untuk membuat pandangan dan ulasan. Buku ini disempurnakan dalam masa COVID-19 tahun 2021, ianya mungkin tidak terlepas daripada membuat sebarang kesalahan dan kesilapan. Sekiranya terdapat mohon segera diperbetulkan dan maklumkan kepada kami. Yang bernama manusia itu tetap ada kelemahan dan tak lari dari menerima kritikan dan teguran. Apa pun buku yang ditulis ini mungkin tiada yang sempurna melainkan yang sempurna itu ialah al-Quran. Begitu juga artikel “Kain Putih Berguguran Dari Udara” disiarkan dalam akhbar Sinar Harian dan diambil oleh Berita Hariannet.com Artikel yang dikeluarkan pula like 100,000 pada hari pertama menceritakan sahabat penulis Andrew Nari yang merupakan pramugara Malaysia Airlines yang terbunuh bersama pesawat MH370 pada tahun 2014. Penulis juga pada tahun 2020 mengeluarkan buku “COVID -19 Ujian Kepada Manusia dan Peringatan ALLAH” dan buku bertajuk “Menyingkap Kegelisahan Orang Melayu Dan Masalah Masa Depan Mereka” serta menyediakan kertas kerja dari sudut ekonomi yang dibentang dan dicadangkan kepada pihak berwajib. Selepas ini menyusul buku ketiga “Kalimah ALLAH Hak Siapa” dan “Anak xiii


Derhaka Anak Yang Soleh Apa Bezanya”. Penulis amat bersyukur buku bertajuk “Rasuah Nampak Senang Di Dunia Sengkek Di Akhirat” ini berjaya diterbitkan dan dibukukan bersama dengan artikel-artikel dan puisi-puisi lain yang dikeluarkan dalam Utusan Malaysia, Sinar Harian, Media Massa, rakaman kuliah subuh dan maghrib dan jemputan ditulis semula sejak daripada tahun 1980an sampailah kini. Isu rasuah ini, penulis menyentuh dan mengupas dari sudut kacamata Islam. Buku ini tercetus daripada pengamatan penulis terhadap gejala rasuah yang berleluasa dalam negara ibarat barah tahap empat yang sukar dipulihkan. Malahan gejala ini bukanlah suatu fenomena baru dalam sejarah peradaban umat manusia dan jika tidak diberikan perhatian serta tindakan segera boleh menyebabkan keruntuhan negara secara keseluruhannya. Buktinya cukup jelas seperti yang berlaku di Filipina ketika zaman pemerintahan Ferdinand Marcos. Perbuatan rasuah, korup, nepotisme, salah guna kuasa dan penyelewengan boleh memberi kesan dan impak yang cukup besar kepada negara jika dibandingkan dengan penyalahgunaan dadah kerana ia melibatkan integriti serta amanah. Masyarakat awam sudah mulai buka mata mengenai rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa kerana isu-isu berkenaan sering dipaparkan di televisyen dan media cetak. Kesannya lebih parah apabila masyarakat menganggap rasuah bukanlah satu jenayah yang besar, maka ia akan berkembang sehingga menjadi amalan dan budaya seluruh masyarakat secara terbuka seperti di sebahagian negara di dunia sekarang. Oleh itu, buku ini cuba mengupas isu rasuah dan isu-isu lain yang mempunyai kepentingan kepada masyarakat untuk dibaca dan dihayati oleh semua pembaca. Warna kulit buku depan merah, putih dan hitam ialah gambaran dari hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi no. 45, ms 27. Bagi pihak yang terlibat dalam menyiapkan buku ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan semoga buku ini ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan diberikan ganjaran pahala yang berkekalan untuk semua. Sekalung penghargaan saya rakamkan buat isteri, anak-anak dan cucu-cucu yang tersayang dengan sokongan mereka dapat saya menyelesaikan buku ini. Sekalung penghargaan dan juga doa buat almarhum kedua ibu bapa saya semoga ganjaran dari penulisan buku ini sampai kepada kedua-duanya.

Datuk Mohamad Din Yusoh xiv


RASUAH NAMPAK SENANG DI DUNIA SENGKEK DI AKHIRAT

Pendapat ulama tersohor berkaitan rasuah oleh Sheikh Muhammad Mutawally al-Sya’rawi daripada kitab tafsir beliau sendiri yang bertajuk al-Khawatir al-Imaniyyah turut disebut dalam buku ini.

HUKUM JENAYAH RASUAH MENURUT EMPAT MAZHAB YANG MUKTABAR - rujuk halaman 48 DALIL RASUAH DAN MAKSUDNYA DARIPADA SUMBER AL-QURAN

1.

Perbuatan memberi dan menerima rasuah merupakan dosa besar dan dilaknat oleh ALLAH SWT dan RasulNya. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188 maksudnya: “Dan janganlah kamu makan harta atau mengambil harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui salahnya”.

Dalam surah al-Maidah ayat 62 firman ALLAH SWT maksudnya: “Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram (al-Suht/Suhtun maknanya harta yang diusahakan dengan jalan haram. Dipetik 1


daripada kamus Idris al Marbawi). Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan”.

Dalam surah al-Takaathur ayat 1-8 ALLAH SWT juga berfirman maksudnya: “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh) [1] Sehingga kamu masuk kubur [2] Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! [3] Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! [4] Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yaqin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). [5] (Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang [6] Selepas itu - demi sesungguhnya! kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yaqin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! [7] Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! [8]. DALIL RASUAH DAN MAKSUDNYA DARIPADA SUMBER AL-HADIS

2.

ALLAH SWT MELAKNAT PEMBERI RASUAH DAN PENERIMA RASUAH Terdapat banyak hadis daripada Nabi SAW yang melarang perbuatan memberi dan mengambil rasuah. Antara hadis-hadis tersebut daripada Abdullah bin Amr bin al-‘As RA katanya: Aku pernah mendengar Nabi SAW bersabda maksudnya: “ALLAH SWT melaknat orang yang memberi dan yang 2


menerima rasuah” [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Jabir bin Abdullah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda maksudnya: “Tidak akan memasuki syurga, daging yang tumbuh daripada yang haram (rasuah), api neraka lebih utama baginya” [Riwayat Ahmad]. Daripada Abdullah bin Umar RA katanya: Nabi SAW bersabda maksudnya: “Setiap daging yang tumbuh daripada as-suht maka neraka lebih layak untuknya”. Dikatakan kepada baginda: Apakah itu as-suht: Jawab Nabi: “as-suht iaitu memberi rasuah dalam urusan kehakiman”. [Riwayat al-Hakim]. Bahkan pihak ketiga yang menjadi perantara dalam urusan rasuah juga termasuk dalam kategori golongan yang dilaknat oleh ALLAH SWT dan RasulNya, dalam hadis riwayat Thauban RA katanya : “Nabi SAW melaknat orang yang memberi, menerima dan menjadi perantara dalam rasuah” [Riwayat al-Hakim].

3.

ISU RASUAH TELAH DISENTUH OLEH PENULIS DARI TAHUN 2014 Penulis terpanggil untuk menulis tajuk tentang rasuah, kerana dalam siri-siri ceramah, penulis telah melontarkan perkara-perkara yang berkait dengan isu rasuah dari sudut Islam sama ada mereka yang memberi, menerima atau menjadi orang tengah dalam isu tersebut, seperti yang telah disentuh dalam puisi “Gaza Bermandi Darah, Negara Menerima Musibah” pada tahun 2014 halaman 166. Puisi ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia dan Sinar Harian halaman 9 perenggan pertama seperti yang dilampirkan di akhir artikel ini berbunyi “elakkan diri dari najis dadah dan budaya rasuah”, “elakkan diri dari berbaris-baris berduyun-duyun ke mahkamah”. Puisi “Musibah dan Muhasabah” juga disentuh tentang isu rasuah dan najis dadah pada tahun 2015 halaman 162, begitu juga buku “Menyingkap Kegelisahan Orang Melayu dan Masalah Masa Depan Mereka” isu rasuah ini disentuh pada halaman 128 yang ditulis pada tahun 2018. Isu rasuah juga disentuh dalam buku Covid-19 halaman 72 cetakan pertama hingga cetakan kelima pada tahun 2020 dan 2021. Justeru itu, isu rasuah ini bukan sahaja melibatkan orang Islam atau bukan Islam, malah sesiapa sahaja yang terlibat adalah salah dari sudut undang-undang iaitu memakan harta batil (harta yang salah). Isu ini lebih menekankan orang Islam yang memahami tentang syurga dan neraka yang ALLAH SWT jadikan di mana orang beriman yang melakukan amalan soleh atau berbuat baik 3


balasan syurga dan jika sebaliknya neraka Jahannam tempatnya. Bagi yang bukan Islam tiada pilihan lain melainkan neraka sahaja tempat kembali kediamannya. Dalam surah al-Bayyinah ayat 6-7 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang kafir daripada Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekal abadilah mereka di dalamnya, mereka itulah sejahat-jahat makhluk [6]. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk [7]”.

4.

5.

SEJARAH BERMULANYA RASUAH Gejala rasuah atau korup bukan suatu fenomena baru dalam sejarah peradaban umat manusia. Dokumen tertua yang ditemui mengenai isu rasuah terkandung dalam Arthasastra tulisan BC Kautrya ditemui di India pada tahun 300 sebelum Masihi dan turut ditemui di China ketika pemerintahan dinasti Qing pada tahun 220 sebelum Masihi. Amalan rasuah telah bermula semenjak dari tamadun manusia terbina di Mesir, Babylon, Ibrani, Suryani, Yunani dan Romawi Kuno. Sejarah Nabi Isa disalib sebagai contoh, berkait rapat dengan perbuatan rasuah di mana menurut Bible orang-orang Nasrani berkeyakinan tentang peranan yang dimainkan oleh Judas Iskariot dalam peristiwa ini. Peranan Judas yang paling besar sebagaimana yang diceritakan dalam Bible mereka ialah pengkhianatannya terhadap Nabi Isa AS. Dengan hanya 30 dirham, dia telah menyerahkan Nabi Isa AS kepada pembesar Yahudi untuk dibunuh dan disalib. Memang benar sejarah rahibrahib Yahudi dan Nasrani pada ketika itu menindas dan telah melakukan perkara yang sama. KEJATUHAN PEMIMPIN DUNIA DISEBABKAN RASUAH Kejatuhan pemimpin dunia silih berganti dari dahulu hinggalah sekarang. Malaysia tidak terlepas daripada perkara ini, ada di antara pemimpin-pemimpinnya terlibat dalam rasuah. Sejarah tidak pernah melupakan tentang kejatuhan kesultanan Melaka di tangan Portugis 1511 hingga 1641, hanya manusia sahaja yang lupa tentang sejarah dan peristiwa tersebut. Pada tahun 1641 Belanda pula menduduki/menjajah Melaka dan seterusnya dijajah oleh British, Jepun dan berbalik semula kepada British. Apakah tidak kejatuhan kesultanan Melaka ketika itu berkait rapat dengan isu nepotisme, kroni dan 4


orang-orang yang rapat dengan istana yang berleluasa melibatkan diri dalam isu rasuah? Apakah tidak mungkin juga warga si Kitol memainkan peranan yang besar dan membantu mengutip cukai serta memberikan sogokan kepada orang-orang kepercayaan Sultan supaya tidak melaporkan kepada Sultan. Ketika itu Melaka terkenal sebagai pelabuhan perdagangan dan dikenali oleh orang-orang Eropah, China, India dan Arab. Contoh yang mudah untuk difahami ialah hasil yang diperolehi 100 peratus perlu diberi kepada Raja sebanyak 40 peratus. Oleh itu rakyat tidak puas hati hingga menyebabkan Melaka bergolak dan tidak aman. Maka dengan mudah Portugis dapat menjajah Melaka selama 130 tahun. Apakah rakyat sekarang mahukan peristiwa seperti itu berulang lagi?

6.

CADANGAN PENULIS BAGI MEMBANTERAS RASUAH. LANGKAH MEWUJUDKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN “BAHAYA RASUAH” DARI KECIL BERMULA TADIKA, SEKOLAH RENDAH, MENENGAH HINGGALAH KE UNIVERSITI Buku ini ditulis dengan penilaian berdasarkan perspektif Islam yang memandang keji perbuatan dan amalan rasuah di kalangan masyarakat pada hari ini. Peliknya seorang Muslim ketika masuk ke kedai bersama anaknya untuk membeli coklat pasti akan melihat atas dan ke bawah bungkusan coklat, tercari-cari tanda halal. Mereka takut terkandung di dalamnya unsur babi, begitu juga produk-produk lain buatan orang bukan Islam atau restoran-restoran bukan Islam seperti restoran Baba, Nyonya dan seumpamanya. Begitulah telitinya orang kita dalam urusan pemakanan agar terhindar daripada unsur babi. Bahkan ada yang termakan menjolok-menjolok tekaknya untuk dikeluarkan kembali apa yang telah ditelan. Malangnya dalam isu rasuah perkara ini dipandang sepi, tidak diselidiki, tidak diambil berat. Persoalannya kenapa semua perkara ini berlaku? Pada saya sebabnya mudah, kerana tiada didikan awal, ibarat “melentur buluh biarlah dari rebungnya” bukan dari buluh yang sudah mengeras. Oleh itu cadangan penulis kepada kerajaan eloklah satu silibus “bahaya rasuah” diajarkan pada peringkat sekolah rendah hingga ke sekolah menengah untuk memberikan kesedaran kepada anak-anak seawal usia mereka. Begitu juga pada peringkat universiti, silibus yang sama perlu diperkenalkan sebagai subjek wajib yang perlu diambil oleh semua mahasiswa/mahasiswi sebelum “graduate” kerana mereka akan menggalas tugas selaku pembuat dasar pada 5


masa akan datang. Apabila mereka telah memasuki alam pekerjaan sama ada di sektor swasta mahu pun kerajaan, silibus ini perlu dikembangkan sesuai dengan alam pekerjaan agar mereka sentiasa peka dengan ancaman rasuah, bahkan patut berterusan sampai ke usia pencen. Para penjawat awam hendaklah diberikan kursus secara berkala di pusat-pusat latihan milik kerajaan seperti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), begitu juga para guru takmir yang berperanan menyampaikan dakwah di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negara, mereka perlu diberikan pendedahan dan latihan berkala di pusat-pusat latihan milik kerajaan supaya mereka turut berperanan dalam memberikan pengisian tentang bahaya rasuah. Pada waktu itu barulah kita dapat membanteras rasuah dan masalah ini dapat diatasi dengan cara yang terbaik. Tidak cukup melahirkan kesedaran melalui lagu-lagu anti rasuah dan kempen-kempen seumpamanya seperti yang banyak berlaku pada ketika ini. Ini kerana kesedaran lahir daripada pendidikan peringkat awal dalam erti kata apabila anak-anak terdidik semenjak kecil dengan melihat pembalut makanan untuk memastikan makanan tersebut bebas daripada unsur babi, anak ini juga akan terdidik untuk tidak memberi dan mengambil rasuah. Mendidik ketika usia masih kecil dan dilaksanakan secara berterusan merupakan tuntutan agama Islam agar segala yang diajarkan sentiasa melekat kemas dalam kepala dan tidak mudah dilupakan. Dalam pepatah Arab ada disebutkan tuntutlah ilmu daripada buaian sehingga ke liang lahad ( ) bahkan dalam pepatah Arab yang lain turut menyebut tuntutlah ilmu sampai ke negeri China ( ). Justeru itu biarlah pendidikan kesedaran membasmi rasuah bermula dari buaian ( ) sampai ke liang lahad ( ) selagi dunia belum kiamat dan kerajaan mana pun yang memerintah perkara tersebut perlu dilaksanakan.

7.

RASULULLAH SAW MELAKNAT PEMBERI RASUAH DAN PENERIMA RASUAH Perbuatan rasuah iaitu menerima sesuatu habuan atau salah guna kuasa daripada jawatan yang disandang untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni yang melibatkan harta dan kepentingan awam. Bentuk-bentuk rasuah adalah seperti menerima wang, harta benda dan hasil pulangan daripada salah guna kuasa. Contohnya penerimaan wang haram daripada 6


kerja-kerja pengubahan wang haram, aktiviti-aktiviti ekonomi hitam (black economy) dan kerja-kerja jenayah (perjudian, pelacuran, penjualan dan pengedaran dadah, penyeludupan pendatang tanpa izin dan sebagainya). Memberi atau menerima rasuah merupakan satu perbuatan keji dan dilaknat dalam Islam. Dalam sebuah hadis, Abdullah ibn ‘Amr RA meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibnu Majah). Harta atau habuan yang terhasil daripada sumber rasuah merupakan harta batil yang haram diambil dan balasannya neraka Jahannam iaitu apa sahaja (bayaran) yang tidak mempunyai timbal balik yang wajar (yang mempunyai nilai pada pandangan syarak), lagi sebenar, maka ia tergolong dalam erti batil. Impak negatif akibat berleluasanya amalan rasuah ialah imej negara kita pada mata orang luar akan terjejas. Negara boleh jatuh bankrap, rakyat menjadi miskin, peningkatan dalam kejadian jenayah, pelabur tidak datang melabur dan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat tidak dapat diwujudkan.

8.

ANGGOTA TUBUH BADAN SENDIRI SEPERTI TANGAN DAN KAKI MENJADI SAKSI DI MAHKAMAH ALLAH SWT. BUKAN SEPERTI MAHKAMAH RAYUAN DAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN Balasan penerima rasuah tidak berakhir di dunia sematamata walaupun pemberi atau penerima telah dihukum penjara untuk tempoh tertentu ataupun ada yang terlepas begitu sahaja apabila kes dibuang. Balasannya nanti lebih perit pada hari kiamat kelak apabila manusia dibangkitkan semula dan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk dihitung perbuatan mereka sama ada baik atau jahat. Perbuatan baik atau jahat ketika di dunia diserahkan oleh ALLAH SWT kepada malaikat untuk mencatatnya sama ada di depan atau belakang semuanya tidak terlepas daripada catatan mereka seperti yang difirmankan ALLAH SWT dalam surah al-Ra’d, ayat 11 yang bermaksud: “Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah ALLAH SWT”. Bahkan dalam al-Quran ALLAH SWT mengingatkan kita betapa dekatNya ALLAH SWT dengan manusia daripada urat lehernya. Firman ALLAH SWT dalam surah Qaaf ayat 16-18 7


yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. [16] Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.[17] Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya) [18]”. Di mahkamah ALLAH Rabbul Jalil yang menjadi saksinya seluruh anggota tubuh badan dan kesudahannya dengan azab yang tidak tergambar dalam fikiran sesuai dengan firman yang bermaksud: “Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan” [Yaasin, ayat 65].

9.

TIDAK MENTADABBUR DAN MENGHAYATI INTIPATI AL-QURAN PUNCA TERJEBAK DENGAN RASUAH Al-Quran amat dekat dengan umat Islam di mana sahaja mereka berada, dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, al-Quran dibaca berulang kali khatam. Ketika berlaku kematian, surah Yasin dan surah-surah lain juga dibaca. Namun begitu, malangnya masyarakat kita tidak memahami maksud tujuan sebenarnya al-Quran itu diturunkan. ALLAH SWT mengingatkan kita dalam surah Yusuf ayat 2 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya”. Dalam surah Fussilat, ayat 3 firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya”.

10. Setiap Muslim dituntut memahami maksud setiap ayat dan kalimah al-Quran yang dibaca serta mentadabbur ayatayatnya. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menggalakkan manusia agar memahami, memerhati, menyelidiki serta 8


mentadabbur, antaranya dari surah Sad, ayat 29 yang bermaksud: “Inilah sebuah kitab yang kami turunkan kepada kamu dengan penuh berkat supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya (tadabbur) dan supaya orang yang mempunyai akal fikiran mengambil pelajaran daripadanya.” Dalam ayat yang lain, ALLAH SWT berfirman bermaksud: “Patutkah mereka (bersikap demikian) tidak mahu memikirkan (mentadabbur) isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu datangnya bukan dari sisi ALLAH SWT, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (an-Nisa, ayat 82) 11. Justeru itu, ayat-ayat ini menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan bukan hanya untuk dibaca malahan dituntut supaya difahami, dihayati dan mengamalkan isi kandungannya dalam kehidupan ini. Umat Islam sentiasa digalakkan agar sentiasa menghayati dan mengkaji ayat al-Quran agar mereka beroleh mutiara ilmu serta hikmah daripadanya. Hanya dengan memahami intipati al-Quran lebih menambahkan nilai ketaqwaan kepada ALLAH SWT dan mampu mengelakkan diri daripada makan harta batil. Setiap penelitian yang mendalam terhadap isi kandungan al-Quran mendekatkan seorang hamba kepada ALLAH SWT dan melahirkan rasa takut untuk melakukan maksiat dan mengambil hak orang lain secara batil. Apa lagi ayat-ayat al-Quran yang sarat dengan ancaman dan balasan azab yang tidak terperi ke atas segala kejahatan dan keburukan yang dilakukan ketika di dunia. 12. Perasuah menganggap rasuah adalah satu budaya, sifat perasuah tidak lupa pada ALLAH SWT, sembahyang dibuat, puasa dibuat, amal soleh dibuat, sembahyang sunat dibuat, membaca al-Quran dibuat, khatam al-Quran mungkin setahun beberapa kali. Namun, apabila ayat 188 dari surah al-Baqarah dan ayat-ayat lain dibaca dengan khusyuk dan berlagu, isteri dengar dan anak pun dengar, bila wang rasuah datang berkotak-kotak ke rumah, perasuah berhenti membaca untuk menerimanya. Perasuah menerima wang tersebut mungkin disebabkan tidak memahami atau kerana kerakusan dan tamak haloba. PANDANGAN ULAMA TAFSIR BERKAITAN HARTA BATIL TERMASUK RASUAH 13. Rasuah melalui perspektif Islam bermaksud sogokan, wang 9


suap atau seumpama dengannya dengan tujuan yang satu iaitu, agar pihak-pihak tertentu dapat mengurus dan menyelesaikan sesuatu hal yang dikehendakinya dengan segera dan menguntungkan. Manakala korup memiliki makna yang lebih luas, apa sahaja penyalahgunaan dan penyelewengan seperti pecah amanah, khianat, menipu dan seumpamanya dengan memperjudikan nyawa dan harta awam atau orang lain adalah sebahagian daripada korup. Oleh itu, perbuatan korup merugikan orang lain, bangsa dan negara. Penyalahgunaan kuasa, melawan hukum, norma dan moral dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. ALLAH SWT melarang keras perbuatan tersebut dalam firmannya:

Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan harta atau mengambil harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui salahnya” [al-Baqarah: 188]. Dalam surah al-Nisa ayat 29 ALLAH SWT berfirman:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan (gunakan) harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya ALLAH SWT sentiasa Mengasihani kamu”. 10


14. Menurut ulama tafsir tersohor dari Mesir Sheikh Muhammad Mutawally al-Sya’rawi dalam tafsir beliau al-Khawatir al-Imaniyyah seperti berikut:

Maksudnya: “Apakah maksud al-batil itu?...al-Batil dalam ayat di atas merujuk kepada mengambil hak orang lain secara salah, seperti riba di mana seseorang itu mempunyai harta yang banyak sedangkan pihak lain amat berhajat kepada harta tersebut dalam masa yang sama orang tersebut tidak memiliki harta patutkah orang yang berhutang tersebut membayar kembali hutangnya melebihi daripada jumlah yang diambilnya? Patutkah kadar lebih daripada hutang diberikan kepada orang yang sememangnya sudah kaya? Bagaimana keadaan ini berlaku? Justeru itu, inilah yang dimaksudkan dengan perbuatan riba, mencuri, merompak, rasuah atau menipu dalam perniagaan. Kesemua perkara ini adalah termasuk dalam kategori mengambil hak orang lain secara salah, kerana ketika pemakan harta batil seolah-olah mendapat habuan daripada hasil kerja pihak lain secara mudah tanpa perlu bekerja keras dan perbuatan ini akan menjadi sebati dalam hidup pelakunya serta tidak ada lagi keazaman untuk bekerja keras disebabkan selalu mengambil hak orang secara paksa dan dengan cara yang salah. Ini bererti daya usaha untuk bekerja akan terhenti disebabkan sikap samseng yang hidupnya bergantung kepada wang pelincir (rasuah) seperti samseng, pemerah ugut atau tonto dan sebagainya, justeru apa yang akan terjadi kepada masyarakat ketika itu? Sudah pasti keadaan ini membawa bencana dan kesusahan dalam masyarakat. 11


15. Imam Al-Alusi dalam tafsir beliau Ruh al-Ma’ani fi Tafsir al-Quran berkaitan ayat yang sama menyatakan maksud “janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah” perbuatan tersebut merangkumi semua urusan yang membawa kepada manfaat dan maksud batil dalam urusan tersebut sebarang perkara yang diharamkan oleh syara’ seperti riba, judi, menipu, zalim dalam bentuk manfaat yang terhasil berlaku daripada cara yang salah. 16. Pandangan yang hampir sama dikemukakan oleh tokohtokoh tafsir muktabar yang lain seperti tafsir al-Qurtubi dan al-Tabari dalam mentafsirkan ayat-ayat berkaitan memakan harta batil seperti ayat 34 dalam surah al-Taubah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan ALLAH SWT (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan ALLAH SWT, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. Intipati penting daripada ayat ini ALLAH SWT berpesan kepada orang-orang yang beriman agar tidak berperilaku sebagaimana orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani, yang mengambil dan menggunakan harta orang lain dengan jalan batil. Antara lain perbuatan mereka dengan menerima sogokan, memanipulasi ajaran agama untuk memperoleh keuntungan dunia. Mereka juga menampakkan diri sebagai tokoh agamawan yang dekat dengan Tuhan seolah-olah mengutamakan akhirat, tetapi hakikatnya mereka tidaklah sedemikian. 17. Secara tidak langsung perbuatan rasuah merencatkan ketulusan dalam rantaian ekonomi negara kerana ada pihak boleh dibeli dengan rasuah. Justeru ayat tersebut merupakan perintah ALLAH SWT kepada semua orang Islam dalam bentuk umum agar tidak melakukan perbuatan riba, mencuri, menipu, berjudi dan melakukan rasuah. Ini kerana apabila kita mengambil harta dengan cara salah, bermakna kita mengambil harta orang lain. Kalau kita berada dalam kedudukan mereka, kita pun tidak mahu orang lain ambil harta kita dengan cara salah. Kalau kita sayangkan harta kita, orang lain juga sayang 12


harta mereka. Kebiasaannya manusia tidak kisah dengan harta orang lain kerana harta tersebut bukan miliknya. Justeru itu, ALLAH SWT gunakan perkataan (harta kamu) kerana ALLAH SWT hendak kita melihat harta orang lain sama seperti harta sendiri yang perlu dijaga dan hormati. RASUAH ALAF BAHARU 18. Perbuatan curang pada zaman moden hari ini bukan hanya sekadar mengurangkan berat timbangan dan sukatan dalam hal berjual beli seperti makanan dan barang keperluan manusia semata-mata, malahan perkara yang sama juga berlaku di peringkat yang lebih tinggi dan impaknya nyawa manusia diperjudikan. Sebagai contoh pembida kontrak memenangi bidaan dengan spesifikasi tertentu seperti binaan konkrit bangunan. Namun apa yang berlaku ketika kerja-kerja pembinaan dilakukan pembida kontrak tidak mengikut spesifikasi yang telah dimuktamadkan seperti dalam kontrak kelulusan. Sebagai contoh, pembekal konkrit simen dalam sebutan tender yang dimasukkan untuk konkrit simen bangunan (ready-mix) ialah gred 35, tetapi ditukarkan kepada gred 30 dan sebagainya ketika penghantaran berlaku. Begitu juga untuk membina tiang bangunan dan tapak (column & footing) sebutan tender besi yang sepatutnya ialah jenis besi Y18 tapi digantikan dengan Y16. Begitu juga penghantaran komputer/laptop tidak mengikut spesifikasinya secara telus (tender lain hantar lain). 19. Perbuatan mencuri masa (curi tulang) ketika bekerja juga termasuk dalam maksud mengambil harta secara batil kerana pekerja mengabaikan tugas dan tanggungjawab, melengahkan kerja atau meninggalkannya sama sekali dengan pelbagai helah dan cara. Perbuatan seperti ini sinonim dengan tidur, membuang masa atau keluar minum sesuka hati pada waktu kerja, meninggalkan tempat kerja waktu pejabat untuk menjalankan urusan peribadi seperti: pergi bayar bil, ambil anak, urusan bank, repair kereta, balik rumah dan sebagainya, menggunakan waktu pejabat bagi melaksanakan urusan yang tiada bersangkutan dengan kerja seperti menjalankan perniagaan peribadi (jual kosmetik, kain baju, kuih muih, promosi Multi Level Marketing dan sebagainya), berbual-bual kosong, bergayut di telefon berkenaan urusan peribadi, menggunakan kemudahan dan peralatan tempat kerja untuk urusan peribadi (melayari internet, download movie dan muzik, 13


buat blog, layari facebook, Instagram dan lain-lain lagi). Menggunakan atau menipu semasa waktu kerja overtime untuk balik ke rumah dan datang semula hanya untuk punch out atau meminta rakan mengetip kehadiran dan pulang, bak kata orang datang lewat balik awal, mengambil cuti sakit sedangkan pekerja tersebut tidak sakit. 20. Untuk dianggap memakan harta batil tidak perlu kepada perkara besar, mungkin ada yang terlepas pandang pendrive yang begitu kecil saiznya boleh digunakan oleh seseorang mencuri masa di tempat kerjanya dengan membuat dua kerja akaun bagi dua organisasi. Satu akaun syarikat tempat dia bekerja dan satu lagi akaun syarikat lain untuk dia menambah pendapatan sampingan. Perkara ini amat licik walaupun di pejabatnya dipasang CCTV dan menggunakan thumbprint untuk merekod kehadiran. Perlakuan tersebut sukar dikesan kerana dia bekerja kelihatan tekun dan kehadiran juga memuaskan. Akibatnya, dalam tempoh yang panjang, organisasi kerugian bukan setakat ratusan juta malah mungkin hingga berbilion ringgit untuk sesebuah negara. Justeru, curang yang dimaksudkan di sini adalah sikap tidak amanah mencuri masa atau curi tulang, kerja sambal lewa, menipu kedatangan, buat kerja sampingan yang tidak memenuhi kontrak pekerjaan sebagaimana termeterai dengan majikan. Walhal Islam memandang serius aspek amanah dalam mengotakan setiap apa yang dipersetujui majikan dan pekerja sebagaimana kontrak yang ditandatangani. 21. Amalan memakan harta batil begitu juga dalam industri pelancongan apakah tidak berlaku unsur-unsur rasuah dan sebagainya? Walaupun ia dilihat dalam bentuk ibadah ke Tanah Suci, melancong ke luar negara atau dalam bentuk perkhidmatan-perkhidmatan yang tertentu yang mana kartelkartel memainkan peranan yang sukar dilihat dan diawasi. Dalam dunia akademik unsur korup juga berlaku, di mana terdapat ahli akademik menggunakan khidmat pihak ketiga untuk menyiapkan tesis Doktor Falsafah dan akhirnya mendapat kenaikan pangkat dan gaji hasil daripada kerja tidak jujur. Sudah pasti ganjaran dan manfaat yang diraih daripada sumber tidak bersih dan diberi makan kepada ahli keluarga. 22. Ketika negara sedang berada dalam kancah kegawatan 14


ekonomi muncul pula kartel-kartel (orang tengah) dalam rantaian perniagaan terutamanya melibatkan bekalan makanan, sayur-sayuran, penternakan, alat ganti kenderaan dan lain-lain dengan mengenakan harga yang tidak wajar sedangkan mereka mendapat bekalan dengan harga yang murah. Begitu juga dengan sindiket penipuan dalam talian atau scammer yang menipu orang ramai ‘hidup-hidup’. Secara umumnya, jenayah scammer ini membabitkan pelbagai jenis kes penipuan dalam talian, termasuk Macau Scam, Love Scam dan penipuan bomoh, khidmat pesanan ringkas (SMS), tanah, kad kredit, penyamaran, perniagaan serta pinjaman tidak wujud. Ironinya, jenayah ini tidak kenal mangsa apabila hampir semua lapisan anggota masyarakat termasuk golongan profesional seperti doktor dan peguam turut menjadi mangsa sindiket yang sangat licik ini. Hasil memperdaya mangsa dengan panggilan palsu hingga meraih jutaan ringgit merupakan harta batil yang dilarang dalam agama dan tempat mereka di neraka Jahannam. 23. Oleh kerana tamak haloba pelaku korup atau perasuah merasakan rezeki mereka bertambah sehingga mereka boleh hidup mewah di luar kemampuan mereka. Jelas, mereka yang dipandu hawa nafsu, sifat tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat serta alpa bahawa perbuatan tersebut mengundang kemurkaan ALLAH SWT. Justeru, korup adalah termasuk perbuatan mungkar yang menjadi tugas bersama umat Islam termasuk ulama dan umara berganding bahu serta seluruh rakyat di negara ini menghentikan dan membanterasnya. Pembanterasan korup adalah tanggungjawab bersama kerana azab dunia tidak hanya menimpa pelaku kejahatan tetapi juga akan menimpa orang yang tidak mencegah dosa itu daripada berlaku. Firman ALLAH SWT:

Maksudnya: “Dan jagalah dirimu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa ALLAH SWT Maha berat azab seksaNya”. [al-Anfal, ayat 25] 15


24. Apakah rasuah tidak berlaku pada era kegemilangan kerajaan Bani Umayyah, Abbasiyah dan selepasnya seperti empayar Othmaniyah di Turki? Ketika kerajaan Bani Umayyah diperintah oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan pemerintahan yang adil dan amanah negara berada pada zaman kegemilangannya. Selepas tampuk pemerintahan beralih kepada khalifah lain yang menggantikan beliau, kerajaan Bani Umayyah semakin mundur dan akhirnya jatuh, apakah tidak disebabkan berlakunya unsur rasuah? Begitu juga dengan kerajaan-kerajaan selepas itu seperti kerajaan Abbasiyah dan empayar Othmaniyah apakah tidak disebabkan dengan berlakunya unsur rasuah? Bahkan kebanyakan negaranegara dunia yang jatuh silih berganti adalah disebabkan pemimpin-pemimpinnya yang korup.

25.

AKIBAT REZEKI HARAM KETIKA HIDUP DI DUNIA Di antara penyebab amal ibadah tidak diterima kerana memakan harta haram. Memakan harta haram sama dengan menumbuhkan daging haram di dalam tubuh badan. Daging yang haram ini nantinya akan dibakar dengan api neraka di akhirat nanti. Ibadah dengan memakan harta haram hanya akan sia-sia, kerana makanan yang kita makan akan menjadi daging serta darah yang mengalir dalam tubuh kita. Harta-harta daripada sumber haram termasuk rasuah adalah harta yang tiada nilai menurut syara’. Ini kerana dari sudut pemilikan harta tersebut bukan miliknya dan seseorang itu tidak berhak memilikinya atau membelanjakan untuk apa juga sebab, matlamat dan alasan. Justeru itu, harta daripada sumber haram tidak berhak dibelanjakan untuk apa juga sebab, matlamat dan alasan peribadi termasuk tujuan ibadah umrah atau haji.

PANDANGAN MAZHAB SYAFIE DAN HANAFI TENTANG MEMBELANJAKAN HARTA HARAM, BATIL ATAU RASUAH? 26. Ulama mazhab Syafie termasuk Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’ syarah al-Muhadzdzab berpendapat haji dan umrah yang dilakukan oleh seseorang dengan harta yang haram atau menunggang haiwan tunggangan yang dirampas, walaupun segala rukun, wajib haji dan syarat-syaratnya telah dilaksanakan, haji dan umrahnya tetap sah, tetapi perbuatannya untuk mendapatkan pahala menggunakan wang haram tetap haram dan berdosa. Pendapat yang sama daripada mazhab Hanafi oleh Muhammad Amin (Ibnu Abidin) dalam kitabnya 16


Rad al-Muhtar 3/219, tahun 2011 tentang menggunakan wang haram, harta batil atau rasuah yang dibelanjakan dalam apa perkara, tetap haram, walaupun untuk mendirikan masjid dan sebagainya. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Jika seseorang itu pergi menunaikan haji dengan nafkah yang baik, ketika memijakkan kakinya di Tanah Suci seraya mengucapkan: “labbaik Allahumma labbaik”, maka dijawab dari langit (oleh ALLAH SWT): “Aku menerima hajimu dan menganugerahkan kebahagiaan bagimu kerana bekal yang engkau pergunakan untuk menunaikan haji adalah halal, perjalananmu juga halal dan hajimu mabrur tidak tercela. Dan jika seseorang pergi menunaikan haji dengan nafkah yang kotor lalu memijakkan kakinya di tanah suci seraya mengucapkan: “labbaik Allahumma labbaik”, maka dijawab dari langit: Aku tidak menerima hajimu dan tidak menganugerahkan kebahagiaan bagimu kerana bekal yang engkau pergunakan adalah haram, biaya yang engkau belanjakan juga haram dan hajimu pun menjadi tercela lagi tidak berpahala.” (Riwayat al-Thabrani) PANDANGAN MAZHAB HANAFI TENTANG HUKUM BERSEDEKAH DENGAN HARTA YANG HARAM, BATIL ATAU RASUAH 27. Dalam perkara “pada menyatakan hukum bersedekah dengan harta yang haram” dalam kitab Rad al-Muhtar jilid 3/219 oleh Muhammad Amin (Ibnu Abidin) pengarang kitab tersebut daripada kalangan ulama mazhab Hanafi menjelaskan jika seseorang menyerahkan sesuatu harta yang haram kepada orang fakir dengan mengharapkan pahala daripada perbuatan tersebut maka orang itu menjadi kafir. Jika orang fakir yang menerima harta tersebut mengetahui bahawa harta tersebut daripada sumber yang haram dan mendoakan kepadanya maka dirinya turut menjadi kafir termasuk juga pihak lain yang mengaminkan doa tersebut (sekiranya mengetahui harta tersebut daripada sumber haram). Keadaannya sama juga dengan orang yang mendirikan masjid daripada sumber haram dengan mengharapkan perbuatan tersebut sebagai bentuk mendekatkan diri dengan ALLAH SWT kerana orang itu mengharapkan pahala daripada sesuatu yang ada hukuman seksaan di neraka nanti. Perbuatan ini semua termasuk dalam 17


menghalalkan suatu yang haram yang hukumnya kufur dan hukum haramnya secara qat’i bukan sesuatu yang patut diragui lagi. 28. Ramai di kalangan orang Islam yang tidak pernah memikirkan atau mengambil berat tentang cara-cara untuk mendapatkan rezeki sama ada halal ataupun haram, dan mereka juga tidak pernah mempedulikan kesan daripada menggunakan sumber yang haram untuk makan minum, membeli belah, memberi hadiah, menderma, membina bangunan atau mewaqafkan bangunan dan melakukan apa-apa perbuatan yang bersangkut paut dengan kehidupan manusia. Tingkah laku manusia yang semakin rosak akhlaknya sekarang ini, yang sebahagian adalah berpunca daripada sumber rezeki yang haram. Sesungguhnya setiap makanan yang dimasukkan ke mulut mempunyai hubungan langsung dengan tingkah lakunya. Di antara sumber-sumber rezeki haram yang sering dilakukan golongan masyarakat yang berkuasa dan berkedudukan berpunca daripada melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, pilih kasih, tidak jujur, tidak amanah dan mengambil riba. Manakala sebahagian lagi daripada anggota masyarakat awam terlibat pula dalam perbuatan memakan harta anak yatim, perjudian seperti loteri, toto, tikam ekor, tenung nasib, menjalankan sindiket pelacuran dan menjual maruah dalam pelacuran, rompakan, pencurian, menyamun dan melakukan perniagaan ke semua itu di atas perkara yang diharamkan oleh syariat seperti menjual arak, pasaran saham hadapan, pasaran saham yang tidak halal, menipu dalam timbangan, menyorok barang, mencampur barangan elok dengan barangan rosak, menjual barangan yang berbahaya kepada kesihatan dan lain-lain lagi. 29. Mana-mana hasil daripada perbuatan tersebut dikira sebagai hasil rezeki haram dan menjadikan diri pelakunya tercela di sisi ALLAH SWT. Oleh itu, akibat pertama ke atas orang yang menggunakan sumber rezeki yang haram ialah doanya tidak diterima oleh ALLAH SWT., berdasarkan maksud sebahagian hadis daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud: “Kemudian Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang jauh perjalanannya, yang kusut masai rambutnya, lagi berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit sambil berdoa: Hai Tuhanku, hai Tuhanku, padahal 18


makanannya haram, minumnya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram pula, maka bagaimanakah mungkin itu diperkenankan baginya?”. (Riwayat Muslim) 30. Akibat kedua ialah daging yang tumbuh pada badan dan membesar ke atas orang yang makan dan minum hasil daripada rezeki yang haram tadi akan hanya layak untuk dibakar oleh api neraka, berdasarkan sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya”. (Riwayat Al-Tirmizi) 31. Akibat ketiga daripada yang rezeki haram diperolehi untuk mendapatkan kemewahan dunia akan menyebabkan ALLAH SWT murka. ALLAH SWT tidak akan menerima semua amalan daripada sumber harta batil pada hari kiamat kelak walaupun amalan tersebut dilakukan dengan cara yang paling sempurna lengkap dengan amalan-amalan sunat. Dalam masa yang sama perbuatan tersebut mengundang bala dan kemurkaan ALLAH SWT dalam bentuk kehancuran sesebuah negara. Ini bererti mereka yang terlibat secara langsung dengan harta batil telah menyumbang kepada kehancuran tamadun bangsa, kerosakan ekonomi, kemusnahan negaranya sendiri dan menjadikan maruah negara dipandang hina di mata dunia. Hanya orang yang beriman dan berintegriti tinggi lagi bermaruah mempunyai sifat amanah dan tanggungjawab tidak sanggup melakukan dosa yang sebegini berat kerana kesan kerosakan harta batil ini cukup besar kepada diri dan umat manusia keseluruhannya. Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Isra', ayat 16:

Maksudnya: “Dan apabila tiba masanya kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya, maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya”. 19


32. Akibat keempat daripada rezeki yang haram, akan menyebabkan harta seseorang tidak berkat, bahkan akan membawa kepada kehancuran bencana duniawi dan ukhrawi. Manusia yang masih berani melanggar perintah ALLAH SWT, berterusan melakukan maksiat dan memakan harta batil secara terang-terangan mahupun tersembunyi untuk mendapatkan harta yang bertimbun adalah merupakan manusia yang tidak mempunyai perasaan atau yang telah mati rasa kemanusiaannya. Mana-mana manusia yang telah mati rasa kemanusiaannya, sebenarnya mempunyai penyakit jiwa yang parah dan mereka akan sanggup melakukan apa sahaja kemungkaran dan kejahatan demi menunaikan keinginan dan dorongan nafsu syahwatnya yang tidak pernah puas. Sikap dan tindakan ini juga sudah pasti akan mendapat dorongan yang kuat daripada para iblis dan syaitan. 33. Tidakkah kita takut dengan konsep dosa yang berterusan yang akan ditanggung jika kita turut menjadi model dan ikutan yang mendorong manusia lain untuk melakukan kemungkaran dan kemaksiatan? Adakah kita tidak merasa takut dan gementar dengan pertanyaan Munkar dan Nakir semasa kita berada di alam kubur dan seterusnya di Padang Mahsyar nanti? Sabda Nabi SAW daripada Abu Barzah RA yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua kaki seseorang hamba (di hadapan ALLAH SWT) pada hari kiamat, sehingga terlebih dahulu ia akan ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya”. (Riwayat Al-Tirmizi) 34. Tidakkah pelaku rasuah sedar bahawa ALLAH SWT Maha Mengetahui dengan segala amalan yang dilakukan hambahambanya daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesarbesar perkara. Sanjungan dan kesaksian orang hidup selepas sahaja solat jenazah apabila imam bertanya dengan suara yang lantang “Apa kita katakan ke atas mayat ini?” Lalu dijawab oleh para makmum “baik” sebanyak tiga kali, belum tentu dapat menyelamatkan dirinya daripada azab ALLAH SWT kerana ALLAH SWT Maha Mengetahui dengan amalannya, hatta sehelai daun yang gugur ke tanah pun tetap berada dalam pengetahuanNya. Firman ALLAH SWT dalam surah al-An’am, ayat 59:

20


Maksudnya: “Dan pada sisi ALLAH SWT jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Loh mahfuz) yang terang lagi nyata”.

35.

HARTA RASUAH MEMBAWA SENGSARA DI HARI KIAMAT Masyarakat kita amat jijik dan alergi dengan sejenis haiwan bernama khinzir dan pasti akan berhati-hati tahap tinggi agar tidak termakan makanan mengandungi elemen khinzir. Namun sayangnya kita tidak pernah merasa jijik dengan perasuah dan penerimanya sedangkan azab ALLAH SWT pada hari kiamat kelak lebih parah daripada menjamah daging babi dan unsur babi yang ada dalam makanan yang diragui halal. Hukuman dunia secara sinopsisnya bermula di mahkamah rendah, mahkamah tinggi kemudian ke mahkamah rayuan dan akhirnya berakhir di mahkamah persekutuan. Mahkamah Rabbul Jalil hanya satu sidang sahaja dan saksinya para malaikat dan anggota tubuh badan sendiri, segalanya akan tersingkap satu persatu dan kesudahannya dihumban ke dalam api neraka. Ketika itu tiada lagi nilainya sumbangan dan amalan yang dilakukan daripada sumber batil seperti rasuah ketika di dunia. Binalah seberapa banyak surau, masjid dan pusat tahfiz seluas mata memandang sekalipun balasannya tetap ke neraka Jahannam. Hakikatnya mereka nampak senang di dunia sengkek di akhirat, fikir-fikirkanlah!!!

36. Ingatlah sekaya manapun atau setinggi gunung sekalipun hasil daripada pendapatan rasuah akan berakhir dengan kematian dalam keadaan sehelai sepinggang berlilitkan kain putih yang nilainya tidak seberapa. Apakah berbaloi dalam keadaan kita pergi untuk menemui ALLAH SWT dengan harta yang ditinggalkan daripada sumber haram berbilion ringgit 21


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 22

ditinggalkan untuk anak cucu sedangkan manfaatnya tidak ada. Cukupkah kita hanya sekadar berharap anak cucu membacakan surah al-Fatihah yang diniatkan untuk keselamatan kita di alam sana. Kesudahannya hanyalah syurga dan neraka yang sudah pasti ketentuannya milik mutlak ALLAH SWT di mana sejahat mana sekalipun seorang manusia hanya ALLAH SWT mempunyai kuasa pemutus untuk menentukan tempatnya. Namun demikian, perkara tersebut tidak bercanggah dengan panduan zahir ayat-ayat al-Quran tentang tempat yang selayaknya bagi mereka yang ingkar kepada perintah ALLAH SWT. ALLAH SWT tidak sekali-kali melanggari janji yang telah dizahirkan di dalam al-Quran sama ada balasan jahat atau baik. 37. Justeru itu, penerima rasuah, pemberi, orang tengah dan semua pihak yang terlibat dalam rantaian rasuah berhadapan dengan azab ALLAH SWT pada hari kiamat kelak kerana golongan ini termasuk dalam kategori golongan yang meraih harta daripada sumber batil maka janji ALLAH SWT pada mereka dalam firmannya surah al-Nisa ayat 29-30 :

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan (gunakan) harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya ALLAH SWT sentiasa Mengasihani kamu.” [29] “Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi ALLAH SWT.” [30] Dalam surah al-Taubah, ayat 34 firman ALLAH SWT:

22


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 23

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan ALLAH SWT (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan ALLAH SWT, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. PENGHUNI NERAKA DIBERI MINUM AIR DANUR ATAU DARAH YANG BERCAMPUR NANAH 38. Perihal azab neraka yang disediakan kepada orangorang yang ingkar kepada perintah ALLAH SWT termasuk pemakan harta batil pada hari kiamat nanti tidak tergambar dengan akal. Begitu banyak sekali ayat-ayat al-Quran yang menyifatkan bagaimana makanan dan minuman ahli neraka. Antaranya firman ALLAH SWT dalam surah al-Muzammil, ayat 12-14 yang bermaksud: “Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang,[12] Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.[13] (Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah. [14] Dalam surah Ibrahim, ayat 16-17 firman ALLAH SWT lagi yang bermaksud: “Di belakangnya disediakan neraka Jahannam, dan ia akan diberi minum dari air danur iaitu minuman ahli neraka (darah bercampur nanah) yang keluar dari tubuh ahli neraka.[16] Ia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana terlalu busuknya), dan ia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang ia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu); dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat”.[17] Dalam surah al-Kahfi, ayat 29 firman ALLAH SWT lagi yang bermaksud: “Kami telah menyediakan bagi orangorang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta 23


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 24

pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang (beristirehat)”. 39. Al-Quran tidak lupa memberikan gambaran buruk kepada bakal ahli neraka yang kufur, ingkar perintah, tidak pernah puas bergelumang dengan noda dan dosa termasuk memakan harta batil daripada sumber rasuah, riba, penipuan, berjudi dan lainlain. Banyak ayat memberikan gambaran bagaimana bentuk seksaan ke atas batang tubuh yang dibanggakan ketika di dunia berbalut pakaian mahal, perhiasan mewah, wangiwangian berjenama mahal dan kenderaan serba mewah. Dalam surah al-Nisa, ayat 56 firman ALLAH SWT lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya ALLAH SWT adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. 40. Bakal penghuni neraka mereka dipanggil dengan musuh ALLAH SWT dan azab mereka juga setimpal dengan perkataan tersebut. Dalam surah Fussilat, ayat 19-22 ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh ALLAH SWT untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing.[19] Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan. [20] Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: “Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?” Kulit-kulit badan mereka menjawab: “ALLAH SWT yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).” [21] “Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran 24


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 25

dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa ALLAH SWT tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu)”. [22] 41. Firman ALLAH SWT lagi dalam surah al-Hajj, ayat 19-22 yang bermaksud: “Inilah dua golongan mukmin dan kafir yang berbantah-bantahan tentang tuhan mereka, maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak. [19] Dengan air itu dihancur leburkan segala apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka. [20] Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka. [21] Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: “Rasalah kamu azab seksa yang membakar!”. [22] Firman ALLAH SWT lagi dalam surah al-Taubah, ayat 35 yang bermaksud: “(Iaitu) pada hari dimana emas perak (dan harta benda) itu dibakar dalam neraka Jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu”. Firman ALLAH SWT lagi melalui surah Ghaafir, ayat 71-72 yang bermaksud: “Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka diseret. [71] Ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka dibakar dalam api neraka;” [72].

42.

FAKTA YANG MENAKUTKAN DAN DAHSYATNYA API NERAKA Umum mengetahui neraka tempat seksaan buat orangorang kafir, musyrik, pendosa yang memakan harta haram (batil, rasuah), pelaku maksiat dan sebagainya yang terkandung di dalamnya beragam seksaan pedih sebagai bentuk balasan atas kejahatan yang pernah dilakukan ketika di dunia. Sifat semulajadi neraka tercipta daripada semua jenis api dengan kepanasan luar jangkauan pemikiran manusia. Sekitar 1980an penulis berpengalaman menunaikan haji ketika cuaca panas melebihi pada kadar biasa sekitar 50+- (lebih kurang) darjah 25


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 26

celsius. Jemaah haji ketika itu dinasihatkan untuk berwaspada daripada terdedah kepada cuaca tersebut oleh kerajaan Arab Saudi. Menurut rekod, puluhan jemaah haji meninggal dunia ketika itu disebabkan strok haba (heat stroke) akibat terdedah dalam cuaca panas yang melampau. Peristiwa tersebut baru berlaku di dunia dengan jarak matahari dengan bumi sekitar 149.68 million km, bagaimana suatu hari nanti apabila matahari didekatkan hanya sejengkal di atas kepala, seperti mana dalam hadis riwayat al-Miqdad bin al-Aswad RA beliau berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pada hari kiamat, matahari didekatkan kepada manusia sehingga sejauh satu mil.” Lalu mereka berada dalam peluh berdasarkan amal perbuatan mereka, antara mereka ada yang berpeluh sehingga ke tumitnya, ada berpeluh sehingga ke lututnya, ada berpeluh sehingga ke pinggang dan ada benar-benar tenggelam di dalam peluhnya. Al-Miqdad berkata, ‘Rasulullah SAW menunjukkan dengan tangan ke mulut Baginda (Riwayat Muslim). Sulaim bin Amir RA salah seorang perawi hadis ini berkata: “Demi ALLAH SWT, aku tidak tahu apa yang baginda maksudkan dengan jarak satu mil berkenaan, sama ada ukuran di bumi atau mil yang digunakan untuk bercelak mata (alat celak mata)”. 43. Justeru, mampukah kita menahan bahang kepanasan Padang Mahsyar? Jika di dunia sekitar 50+- (lebih kurang) darjah celsius pun kita tidak mampu bertahan, bagaimana dengan kepanasan hari kiamat yang 70 kali ganda teriknya? Secara mudah untuk difahami, kepanasan Padang Mahsyar adalah bersamaan 3500 darjah celcius, ketika matahari hanyalah sejengkal di atas kepala, sudah pasti tidak seorang manusia mampu bertahan hidup. PANASNYA API NERAKA LEBIH 70 KALI GANDA API DI DUNIA 44. Fakta yang pertama mengenai neraka adalah panasnya yang setara dengan lebih 70 kali ganda api yang kita ketahui di dunia ini. Apakah tidak terbayangnya dalam fikiran kita bagaimana pedihnya seksaan ketika seorang manusia dihumban ke dalam neraka Jahannam? Api dunia saja begitu menyeksakan dan tidak terperi sakitnya ketika menyentuh bahagian tubuh. Bagaimana pula dengan tingkat panas yang mencapai 70 kali ganda daripada api yang ada saat ini. Sudah 26


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 27

pasti sangat menyeksakan. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis riwayat Malik daripada Abu al-Zinad RA, daripada al-A’raj daripada Abu Hurairah RA, dia mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Api dunia yang kamu semua panaskan 1/70 bahagian daripada api neraka.” Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, meskipun semua dikumpulkan?” Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Ia lebih panas 69 kali.” (Riwayat Muslim) Dalam riwayat lain daripada Anas bin Malik, dia mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Api kamu semua ini 1/70 kali daripada api neraka. Jika ia dahulu tidak dipadamkan dengan air dua kali, maka ia tidak bermanfaat untuk seorangpun” (Riwayat Ibnu Majah). Dalam satu lagi riwayat daripada Ibn Abbas: “Api ini telah disiram dengan air laut sebanyak tujuh kali. Jika tidak maka ia tidak bermanfaat.” PERINGKAT PERUBAHAN API NERAKA, DAN DAHSYATNYA WARNA API NERAKA 45. Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda yang bermaksud: “Api neraka dibakar selama seribu tahun hingga warnanya merah. Lalu dinyalakan (lagi) seribu tahun hingga warnanya putih. Lalu dinyalakan (lagi) seribu tahun hingga warnanya hitam. Jadi, neraka itu hitam gelap gelita”. (Riwayat al-Tirmizi) Jika diukur dengan skala celsius, panas yang mencapai warna merah baru terwujud pada suhu kira-kira 1500° celcius. Warna putih dicapai, jika suhu telah mencapai kira-kira 5500° celsius. Warna biru dicapai, jika suhu telah mencapai kira-kira 9500° celsius. Agaknya untuk bertukar warna kehitaman berapakah suhu celsius perlu dicapai? Bayangkan, untuk melebur sebatang besi, suhu yang diperlukan cukup sekitar 1500° celcius saja dan untuk mendidihkan besi, cukup diperlukan suhu 3000° celcius saja. Bayangkan juga bagaimana jika yang dibakar itu bukan besi tapi daging, kulit dan tulang manusia, pada api yang warnanya telah menjadi hitam legam agaknya apa yang akan terjadi? Hanya ALLAH SWT Maha Mengetahui. TINGGI JULANGAN API NERAKA 46. Pusaran api neraka menyala-nyala dan bunga apinya menjulang tinggi mencapai empat puluh tahun perjalanan. Dalam satu riwayat daripada Abu Sa’id RA menyatakan, 27


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 28

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud; “Sungguh tinggi gejolak api neraka itu empat buah tembok yang tebaltebal dan ketinggian tembok seperti perjalanan empat puluh tahun.” (Riwayat al-Tirmizi)

47.

NERAKA BERGUNUNG-GANANG Keadaan neraka bergunung-ganang yang dilitupi dengan api. Di sana terdapat sebuah gunung bernama As-Shu’uud yang akan dinaiki oleh para orang kafir. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Sa'id RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Al-Whylu ( ) adalah nama sebuah jurang di neraka Jahannam, orang kafir dijatuhkan ke dalamnya selama 40 musim gugur sebelum mencapai dasarnya. Manakala As-Shu’uud adalah sebuah gunung dari api neraka, yang orang kafir naik mendakinya selama 70 musim bunga, kemudian terjatuh dalam masa yang sama, untuk selama-lamanya”. (Riwayat Ahmad)

RASUAH BERLELUASA, NEGARA DAN RAKYAT SENGSARA 48. Rasuah antara sebab utama membantutkan ekonomi, menghilangkan minat pelaburan asing, meningkatkan kos pentadbiran dan urusniaga, menidakkan rakyat daripada mendapatkan perkhidmatan terbaik serta mendorong kepada berlakunya ketidakstabilan politik di sesebuah negara. Banyak negara di dunia ini dikurniakan dengan rahmat ALLAH SWT. dengan pelbagai sumber kekayaan alam semulajadi, tetapi kerana rasuah, ada yang terbenam dan tenggelam di dalam kemelut kemunduran, kemiskinan dan kesengsaraan. Kekayaan negara disalahguna, hasil – mahsul pendapatan negara lesap. Akibatnya kemunduran terus-menerus melanda dan kemiskinan merebak dengan berleluasa di kalangan rakyat jelata. Apabila ketiadaan kesungguhan untuk membanteras rasuah, ianya akan tumbuh melebar dengan pesatnya lalu akan diterima sebagai satu norma di dalam kehidupan yang akhirnya meresap menjadi budaya hingga akan memusnahkan sesebuah negara bangsa. 49. Rasuah mengakibatkan ketirisan khazanah negara, pembangunan terbantut dan tidak lestari, kerosakan dan pencemaran alam sekitar, agihan kekayaan di antara rakyat tidak seimbang dan peningkatan kadar kemiskinan yang amat ketara. Di antara tahun 2001 hingga 2010, hampir USD 6 trilion disalahguna di negara-negara miskin hingga menjejaskan 28


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 29

kehidupan rakyat biasa (Jurnal Laporan Tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Dianggarkan juga pada setiap tahun USD 1 trilion pengubahan wang secara haram berlaku di negara-negara miskin dan kurang membangun. (Laporan IMF Global Report). Manakala anggaran hasil sebanyak USD 38 bilion ke 64 bilion hasil cukai kastam tidak dikutip di negara membangun disebabkan gejala rasuah. (Laporan Transparency International). 50. Ketika ekonomi global berkembang secara mendadak pada abad ke-20 ini, tahap rasuah juga meningkat dengan perkembangan ekonomi global ini. Sebenarnya adalah amat sukar untuk mengira kadar dan tahap rasuah secara global kerana kegiatan ini dilakukan secara rahsia dan tersembunyi. 51. Bank Dunia (Word Bank Report 2005) menganggarkan bahawa rasuah antarabangsa melebihi USD1.5 trilion setiap tahun sejak tahun 2005 atau pun 2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dan 10 kali lebih banyak daripada jumlah wang bantuan global. Namun begitu terdapat beberapa andaian nilaian ini melebihi antara 3% hingga 5% daripada KDNK global dan banyak berlaku di negara-negara mundur dan termiskin di dunia. 52. Rasuah yang berlaku di kebanyakan negara miskin, ianya juga tidak terkecuali berlaku di negara maju dan kaya malah juga di dalam pertubuhan antarabangsa (pertubuhan NGO, Sukan, Agama dan sebagainya), malah berlaku dalam skala yang lebih besar lagi dengan memberi impak global yang lebih besar hingga menjejaskan kehidupan manusia sejagat di dunia. Sesebuah negara itu sama ada ianya negara kaya mahupun negara miskin, sama ada mengamalkan amalan pemerintahan demokrasi, sosialis atau pun komunisme, gejala rasuah tetap berlaku di semua peringkat. Sebagai contoh, di dalam pemerintahan Sistem Komunisme China, sumber ekonomi dan kegiatan ekonomi terletak di bawah kawalan langsung negara. Maklumat dikawal secara ketat, media berada di bawah kawalan pemerintah dan masyarakat awam tidak mempunyai kebebasan bersuara secara terbuka. Sistem pemerintahan sebegini menyuburkan lagi akar gejala rasuah tumbuh melata. Bermula dengan era pemerintahan Deng Xiaoping tahun 1978, meskipun kekal dengan doktrin politik 29


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 30

Komunisme, China telah melakukan tranformasi ekonomi yang amat radikal hingga kini menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. Reformasi ekonomi yang besar dan pesat di negara China ini melalui projek-projek penswastaan telah membuka ruang yang amat besar untuk gejala rasuah ini berlaku di Negara Komunis tersebut. 53. Kekayaan baharu di negara China ini telah menimbulkan masalah baharu. Adalah dianggarkan lebih USD2.8 trilion telah dialihkan keluar secara haram dari Negara China di antara 2005-2011 (laporan The Washington based Global Financial Integrity). Lebih 1500 ‘pelarian ekonomi’ dari China yang majoritinya bekas kakitangan awam berpangkat tinggi Negara China yang menerima rasuah, berselindung di Negara Amerika. Sumber Reuters melaporkan INTERPOL (Polis Antarabangsa) mempunyai waran tangkap terhadap 690 warga China atas kesalahan rasuah, menggelapkan wang, penipuan dan sogokan. 54. Negara India pula sebagai negara yang memiliki rakyat pro-demokrasi yang teramai di dunia yang bertunjangkan kerajaan rakyat, oleh rakyat kepada rakyat dengan memberi ruang kebebasan yang paling luas untuk rakyat bersuara. Namun doktrin demokrasi yang mengizinkan rakyat bebas bersuara tidak membendung gejala rasuah secara berkesan. Amalan rasuah terus seperti api di dalam sekam yang membakar secara perlahan dan membesar di setiap sudut kehidupan rakyatnya tanpa dapat dibendung secara berkesan. Ini kerana pemerintah negara dengan sokongan kumpulan elit yang berkepentingan kerap menyalahgunakan proses sistem demokrasi dengan menyogok rakyat dan kumpulan tertentu untuk terus kekal berkuasa. Banyak isu-isu rasuah seperti ini telah didedahkan oleh wartawan akhbar di India, seperti isu pembelian peralatan pertahanan negara bernilai berbilion USD, seperti kes pendedahan Tehelka.com yang melibatkan kepimpinan tertinggi negara India berserta pegawai tertinggi angkatan tenteranya. Ironinya sehingga kini mereka yang didakwa terlibat dengan gejala rasuah ini tidak dihukum. India sehingga kini dilaporkan memiliki budaya rasuah yang berterusan dan berulang yang telah menyebabkan program membasmi kemiskinan rakyatnya sering kali tidak berjaya yang sehingga kini mempunyai kadar kemiskinan tertinggi 30


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 31

dunia selepas Negara-negara Afrika. (Laporan Tranparency International). Juga mengikut laporan “The Centre of International Policy” yang berpengkalan di Washington, data pada tahun 2013 menunjukkan hanya 15% daripada dana yang diperuntukkan untuk membasmi kemiskinan sampai kepada rakyat miskin. India dianggarkan kehilangan hampir USD452 bilion sejak mencapai kemerdekaan dengan kadar USD20 bilion setahun, wang rasuah yang dipindahkan ke luar negara secara haram. 55. Dua buah negara yang merupakan negara yang dikategorikan sebagai paling maju serta pelopor doktrin pemerintahan demokrasi tulen di dunia iaitu Amerika Syarikat dan Jepun juga tidak terlepas daripada gejala rasuah. Di Jepun, SKANDAL LOCKHEAD 1976 yang melibatkan Perdana Menteri Kakuei Tanaka yang melibatkan isu pembelian 21 pesawat AirBus oleh Syarikat Kerajaan All Nippon Airways bernilai berbilion USD. Mahkamah Jepun telah mendapati Kakuei Tanaka bersalah atas tuduhan rasuah dan dihukum penjara 4 tahun. Malah banyak lagi skandal rasuah di Jepun yang berlaku yang melibatkan wang negara di seleweng bernilai berbilion USD seperti KES RECRUIT (1989), KES KONTREKTOR ZENECON (1993-1994), Skandal Bank Of Japan / Kementerian Kewangan Jepun dan banyak kes-kes lain lagi di mana yang tertuduh ada antara mereka mencari jalan keluar secara BUNUH DIRI. 56. Manakala di Amerika Syarikat pula, isu SKANDAL WATERGATE - 1972 merupakan skandal rasuah dan salah guna kuasa yang menerima liputan paling luas di dunia ketika itu. Spiro Agnew merupakan Naib Presiden Amerika Syarikat yang pertama meletakkan jawatan dalam keadaan aib pada 10 Oktober 1973 kerana Jabatan Kehakiman mendapati cukup bukti beliau melakukan rasuah politik dan menerima sogokan. Agnew berkompromi untuk tidak mencabar dakwaan di bawah Federal Income Tax Evasion Act, jika ingin dakwaan rasuah politik digugurkan. Beliau dikenakan denda USD10,000, dihukum 3 tahun tahanan rumah (probation) dan ditegah daripada mengemukakan rayuan. Skandal Watergate berlaku pada 17 Jun 1972. Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon ketika itu mengetahui dan terlibat dengan operasi “espionage” tersebut. Selain menyogok wang untuk menutup kes, Presiden 31


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 32

Nixon turut menggunakan CIA untuk menghalang FBI daripada melakukan siasatan, memusnahkan bukti dan memecat staf yang tidak mahu bersubahat dengannya. Pembongkaran skandal ini telah menyebabkan Presiden Nixon meletakkan jawatan pada 8 Ogos 1974 dan dikenakan tindakan dakwaan jenayah rasuah dan salah guna kuasa. Nixon dibebaskan kemudiannya dengan diberi keampunan penuh melalui Dekree Presiden Gerald Ford yang menjadi Presiden Amerika Syarikat kemudiannya. TIDAK KIRA NEGARA KAYA, MISKIN DAN PELBAGAI FAHAMAN DOKTRIN PEMERINTAHAN - RASUAH TETAP ADA 57. Apakah moral di sebalik skandal rasuah yang berlaku di semua negara tersebut sama ada negara miskin, kaya, berfahaman doktrin Komunisme dan doktrin Demokrasi? Ia jelas mencerminkan sistem nilai dalam masyarakat yang terperangkap dalam ketidaktentuan (paradox) antara undangundang, moraliti dan emosi. Betapa jawatan dan status, memberi imuniti bagi melepaskan seseorang yang melakukan kesalahan daripada menjalani hukuman. Ia melibatkan persoalan moral, betapa ikatan emosi di antara pengikut dengan pemimpin, betapa semangat ‘espirit de corps’ (semangat sebagai satu kumpulan) di antara mereka yang berada dalam kumpulan yang sama, mencetuskan kesetiaan menghalang proses keadilan dapat dilaksanakan, mereka saling mempertahankan, saling melindungi, saling membela rakan daripada dikenakan hukuman. Pemikir Ulung Inggeris dan Perancis, Nicollo Machiavelli dan Jean-Jacques Rousseau, memetik contoh daripada negara terdahulu, merumuskan kerosakan rasuah berlaku apabila rakyat sudah tidak mengambil kisah, malah memberikan kesetiaan yang membuta tuli kepada pemimpin kerana terlalu bergantung kepada pemimpin hingga hilangnya akal, minda dan jiwa merdeka, akibatnya masyarakat juga terperangkap dalam putaran ganas rasuah dan menjadi masyarakat yang rasuah, sehingga tidak berupaya mengawal pemimpin daripada melakukan rasuah. UKURAN TAHAP RASUAH DUNIA - INDEKS PERSEPSI RASUAH DUNIA 58. Indeks Persepsi Rasuah Dunia (180 negara) adalah Indeks Tahunan yang diterbitkan oleh Transparency 32


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 33

International (TI) sejak tahun 1995. Skor Indeks yang diberi kepada setiap negara adalah antara 0 hingga 100. Skor 0 adalah yang paling teruk manakala 100 adalah yang paling bersih. Indeks ini memberi kedudukan kepada negara-negara sesuai dengan tahap rasuah mereka di sektor awam sebagaimana ditentukan oleh penilaian pakar dan tinjauan pendapat di negara tersebut. Indeks ini menempatkan negaranegara di seluruh dunia mengikut tahap di mana rasuah diperhatikan kepada pekerja dan ahli politik. Organisasi ini mendefinisikan rasuah sebagai penyalahgunaan kuasa yang dibuat untuk kepentingan peribadi. 59. Dalam edisi terbaru indeks rasuah tahun 2020 yang diterbitkan pada awal tahun 2021, negara Denmark, New Zealand, Finland, Singapura, Switzerland, Sweden, Norway, Belanda, Luxembourg dan German merupakan 10 negara teratas yang dianggap sebagai negara paling rasuah tahap paling minima di dunia, secara konsisten menduduki tempat tertinggi dalam ketelusan kewangan antarabangsa. 60. Manakala 10 negara paling rasuah di dunia ialah Somalia, Selatan Sudan, Syria, Yemen, Venezuela, Guinea, Libya, Korea Utara, Republik Congo dan Haiti yang menerima skor indeks rasuah paling rendah kerana krisis ekonomi yang berterusan dengan gejala rasuah yang paling berleluasa. 61. Dari senarai di sebelah 10 negara paling minima Rasuah (hampir sifar) mengikut Indeks Persepsi Rasuah Dunia, kesemua negara-negara ini terdiri daripada kumpulan negaranegara maju yang menganggotai Kumpulan G-8 atau pun G-20 yang memiliki hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang amat tinggi di dunia. Semua negara tersebut melaksanakan Doktrin pemerintahan Demokrasi Berparlimen yang mementing dan mengutamakan kehidupan rakyat yang berpengetahuan tinggi, bebas bersuara dan mengemukakan pendapat serta berdisiplin dengan sistem politik yang stabil dan mantap. Tahap pencapaian rasuah yang boleh dianggap sifar dan membanggakan ini adalah hasil daripada usaha negara berkenaan melaksanakan sistem struktur pengurusan yang cekap (kompetensi), bersih, telus dan kebertanggungjawaban. Ini disokong dengan tindakan tegas (penguatkuasaan) terhadap mereka yang terlibat dengan rasuah 33


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 34

INDEKS RASUAH - TRANSPARENCY INTERNATIONAL TAHUN 2020 10 negara terbaik dunia

10 negara paling tinggi rasuah dunia

Denmark

Somalia

New Zealand

Selatan Sudan

Finland

Syria

Singapore

Yemen

Switzerland

Venezuela

Sweden

Guinea

Norway

Libya

Netherland

Korea Utara

Luxembourg

Republik Congo

Germany

Haiti

34


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 35

tidak kira sesiapa pun atau apa jua martabat mereka. 62. Diambil contoh negara Singapura, yang menduduki tangga ke-4 negara bersih rasuah dunia dan tangga pertama di Asia dan Asia Tenggara, struktur dan sistem memerangi rasuah serta penguatkuasaan atas perasuah telah lama dipraktikkan oleh kerajaannya tidak kira kedudukan atau siapa jua mereka itu. Pesalah rasuah tetap akan diadili dan dihukum sekeraskerasnya dengan undang-undang negara yang ada. Kerajaan tidak sesekali campurtangan atas kes rasuah yang berlaku dan menyerahkan kepada Institusi Mahkamah untuk mengadilinya. 63. Justeru itu, dengan pemerintahan kerajaan yang memiliki politik yang stabil, pentadbiran yang cekap, telus dan bertanggungjawab serta memerangi rasuah sepenuhnya, telah dapat mewujudkan suasana negara yang aman, harmoni dan pemerintahan yang stabil dan saksama. Ini melahirkan negaranegara maju dan kaya dengan rakyatnya terbela seperti negara Denmark, New Zealand, Finland, Singapura dan sebagainya. Negara-negara ini bukan sahaja berada dalam keadaan amandamai, harmoni serta memiliki kehidupan yang kondusif dan maju, malah negara-negara tersebut juga dihormati dan di pandang tinggi oleh negara-negara lain di dunia ini. 64. Manakala 10 negara paling tinggi rasuah di dunia mengikut senarai TI ialah Somalia, Selatan Sudan, Syria, Yemen, Venezuela, Guinea, Libya, Korea Utara, Republik Congo dan Haiti. Ironinya di sini, daripada data yang disenaraikan, dapat dilihat majoriti negara-negara yang sangat tinggi rasuahnya merupakan negara-negara termiskin dunia, tahap pendidikan rakyatnya masih rendah, struktur pentadbiran negara amat lemah dengan tahap penguatkuasaan undang-undang hampir sifar manakala sistem politiknya kerap kucar-kacir dan dibolot sepenuhnya oleh golongan Oligarki politik yang disokong oleh kumpulan ahli perniagaan yang berkepentingan. Ini dapat dilihat daripada senarai negara-negara paling korup di dunia seperti Somalia, Selatan Sudan, Korea Utara, Libya dan beberapa lagi. Rakyat jelata menjadi kumpulan marhaen yang menjadi mangsa kerakusan pemimpin yang rasuah ini. Juga majoriti negara-negara yang tinggi tahap rasuahnya merupakan negara-negara Islam.

35


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 36

INDEKS GLOBAL INI MEMBABITKAN 180 BUAH NEGARA DI SELURUH DUNIA, MENYAKSIKAN MALAYSIA MENURUN KE TANGGA KE-62 (2021) DARIPADA TANGGA 51 (2019) 65. Penulis dan rakyat Malaysia ingin melihat apakah negara kita boleh dikategorikan sebagai 10 negara yang ‘top 10’ menghindari rasuah. Apakah penulis dapat melihat negara ini dalam tahun-tahun yang terdekat dapat berubah sebab faktor umur penulis sudah menjejak 75 tahun. Hanya rintihan doa kepada Ilahi yang dapat dilakukan setiap hari, semoga negara kita kembali bebas dan pulih daripada rasuah, rakyat dan pelbagai kaum dan agama sama-sama ke arah itu. Bilakah tibanya panggilan Ilahi saatnya belum pasti. Penulis mahu melihat negara Malaysia menjadi contoh negara Islam yang berprinsip, bermaruah dan boleh diteladani. Kita mengharapkan indeks global yang tertera di atas akan berubah kepada Malaysia Boleh?, segala-galanya boleh sebab perkataan Malaysia Boleh selalu dilaungkan di dalam bidang sukan. Malaysia Boleh, negara Malaysia boleh, pemimpin boleh, lapisan rakyat di bawah pun boleh. Boleh untuk mengubah perkara yang tidak dibolehkan menjadi sesuatu yang lebih baik dan dihormati. AKHIRNYA MARCOS DAN IMELDA TERSUNGKUR DI PENTAS DUNIA 66. Penulis teringat, dan dunia tidak lupa tentang kisah bagaimana Presiden Marcos yang digulingkan melalui demonstrasi rakyat dengan skandal melarikan wang negara Filipina bernilai bilion USD pada tahun 1970an dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan mati dalam buangan di Hawaii setelah melarikan diri ke Amerika Syarikat. 36


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 37

Hayatilah rangkap puisi di bawah: Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata, Sebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan binasa. Sebab tamak keturunan binasa Sebab kerakusan rakyat binasa Sebab kekayaan keluarga dihina Sebab kurang integriti maruah binasa Sebab sayangkan anak dimanja-manja Sebab sayangkan isteri ikut apa saja Akhir Marcos tersungkur di pentas dunia Akibat kerenah Imelda yang durjana Maruah tidak boleh dibeli dengan kekayaan dunia Begitulah nasib Marcos dan Imelda tak dilupai di seluruh dunia. KEPENTINGAN DIRI DAN PENGEKALAN KUASA ITULAH FALSAFAH KEBANYAKAN AHLI POLITIK KEBANYAKAN NEGARA DI DUNIA INI 67. Persoalan yang sentiasa membelenggu pemikiran rakyat di kebanyakan negara ialah mampukah sistem politik negara berubah demi kebaikan dan kemajuan negara? Atau adakah harapan rakyat akhirnya menjadi debu yang berterbangan, melihat kepada sikap pemimpin politik yang menerajui sesebuah negara kekal rakus dengan sifat pentingkan diri sendiri dan kegilaan mengekalkan kuasa dengan sanggup mengenepikan prinsip perjuangan yang digembar-gemburkan selama ini. Bagi kita hamba yang beriman kepada qada dan qadar ALLAH SWT ambillah panduan daripada ayat al-Quran di bawah ini sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah al-Ra’d ayat 11:

Maksudnya: “...Sesungguhnya ALLAH SWT tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila ALLAH SWT menghendaki untuk menimpakan 37


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 38

kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya”. Ayat ini jelas memberikan pengajaran kepada semua bahawa pilihan untuk tidak melakukan jenayah rasuah atau bersekongkol dengan mana-mana pihak yang melakukan rasuah sebenarnya ada di tangan masing-masing. Kita tidak terdesak untuk melakukan rasuah kerana ALLAH SWT menjamin rezeki setiap hambanya untuk kelangsungan hidup, dan ALLAH SWT juga menganugerahkan sumber kekayaan dan rezeki yang amat luas kepada negara kita Malaysia. Malahan juga, kita tidak akan mati kebuluran jika tidak mengambil rasuah, bahkan hidup akan lebih tenang dari belenggu noda dan dosa yang lambat laun akan terbongkar juga. Setiap manusia tidak boleh lari daripada kematian kerana kematian suatu yang pasti sebagaimana ayat al-Quran surah Ali Imran ayat 185:

Maksudnya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu”. Mati bererti bercerai nyawa dari badan dan berpisah jasad dari roh, bukan itu sahaja bahkan mati juga terpisah daripada segala kesenangan, kekayaan, kemewahan, orang yang tersayang, dan harta dunia yang tidak boleh dibawa bersama ke alam barzakh (alam selepas mati). Hanya amal soleh atau kebaikan yang boleh membantu seseorang hamba ALLAH SWT ketika di dunia sebagai peneman abadi bila keseorangan dalam alam barzakh. Kebiasaannya di negara kita Malaysia selepas sahaja solat jenazah dilaksanakan imam akan menoleh kebelakang lalu bertanya dengan suara yang lantang “Apa kita saksikan ke atas mayat ini?” lalu dijawab oleh para makmum serentak “baik” sebanyak tiga kali. Ketika itu sanjungan dan kesaksian orang hidup belum tentu dapat menyelamatkan dirinya daripada azab ALLAH SWT kerana ALLAH SWT maha mengetahui dengan segala amalannya. Akhirnya jasad disemadikan ke dalam tanah hanya bertemankan tiga lembar kain kafan yang dililit pada tubuh badan dengan harganya yang tidak seberapa, tidaklah ratus, ribu, juta atau pun bilion. Renungrenungkanlah dan berfikir dengan mata hati yang mendalam. 38


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 39

68. PANDANGAN DAN PETIKAN BEBERAPA PEMIMPIN DAN PERSONALITI BERHUBUNG DENGAN HUKUMAN KEPADA PEMBERI, PERANTARA DAN PENERIMA RASUAH ULAMA’, UMARA’ JANGAN PEJAM MATA TERHADAP RASUAH - RAJA NAZRIN

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Raja Nazrin Muizzuddin Shah. - Foto BERNAMA

Penulis bersalaman dengan DYMM Tuanku Raja Nazrin Muizzuddin Shah, Raja Muda Perak di satu Majlis Forum pada tahun 2009.

39


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 40

Penulis bergambar kenangan bersama Tun Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid (Mantan Ketua Setiausaha Negara) di Pejabatnya di Damansara, Ogos 2020. “Rasuah ini perlu dijadikan sebagai bahan yang amat menjijikkan dan dihapuskan di peringkat keluarga. Ibu bapa perlu berperanan untuk memastikan anak-anak serta generasi muda tidak terjebak dengan gejala rasuah. - Tun Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid.

“Corruption undermines Democracy and the Rule Of Law. It leads to violation of human rights. It erodes public trust in Government and it can kills “(Korupsi/Rasuah merendahkan martabat (tahap) Demokrasi dan Undang-undang yang perlu dipatuhi. Ianya melanggar hak asasi manusia. Ianya melenyapkan kepercayaan awam tehadap kerajaan dan ianya boleh membunuh). Ban Ki Moon - Setiausaha Agung PBB Tahun 2007 - 2016. 40


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 41

Jokowi: Koruptor Dihukum Mati Kalau Masyarakat Berkehendak.

Presiden negara China Xi Jinping mengarahkan penjenayah rasuah dijatuhkan hukuman tembak sampai mati.

41


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 42

Datuk Tengku Muhammad Taufik bin Tengku Aziz - Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Petronas memberi amaran kepada kakitangan Petronas terhadap amalan rasuah - “Kami akan singkirkan kamu tanpa rasa ragu-ragu dan penyesalan”.

Datuk Hussamuddin Yaacub

42


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 43

69.

RUMUSAN Mengenali gejala rasuah ini bukannya sesuatu yang mudah untuk diatasi, maka kaedah pencegahan yang hendak diambil perlulah bersifat holistik dan dinamik kerana gejala rasuah ini sendiri tidak bersifat statik (cara dan kaedah rasuah dan salah guna kuasa berubah dari masa ke semasa). Justeru itu perkara-perkara berikut dicadang perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan iaitu :i)

Memasukkan silibus integriti dan bahaya rasuah di dalam subjek pendidikan wajib kepada pelajar dari peringkat pendidikan rendah sehingga peringkat pendidikan tinggi bagi meningkatkan kefahaman pelajar mengenai jenayah rasuah. Subjek ini menekankan kepada aspek hubungan antara manusia dengan manusia dan antara manusia dengan ALLAH SWT. Justeru itu, janganlah kita memikirkan amalan rasuah itu nampak senang di dunia sengkek di akhirat.

ii)

Perkhidmatan Awam Kerajaan yang sering terdedah dengan amalan gejala rasuah perlu diperkemaskan lagi melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap (kompeten), akauntabiliti dan telus. Ini dapat dicapai dengan penjawat awam yang bertugas diberi latihan dan kursus memerangi rasuah dari masa ke semasa, mengadaptasi sistem kerja yang efisien dan berkesan, pengurangan proses interaksi kerja menggunakan tenaga kerja manusia kepada adaptasi sistem “digitalisasi dan online” dan memperhebatkan kempen anti-rasuah di kalangan penjawat awam seperti slogan “Bersih, Cekap & Amanah” serta “Kepimpinan Melalui Teladan” dan lain-lain.

iii) Rasuah politik merupakan satu lagi gejala yang amat sukar untuk dibendung 100%. Ini kerana politik menagih kuasa daripada rakyat di mana dengan kuasa yang dimiliki itu akan memberi pihak yang menagih itu melaksanakan polisi, dasar dan peraturan yang sepatutnya untuk kepentingan rakyat. Namun sering kali kuasa yang dimiliki itu disalahgunakan untuk kepentingan kumpulan serta kepentingan individu melalui kuasa politik ini. Di sinilah satu perubahan struktural dari segi dasar dan undang-undang untuk membanteras salah guna kuasa dan rasuah ini perlu 43


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 44

dilaksanakan dengan tegas serta dikemaskinikan dengan segera seperti Rang Undang-Undang Pembiayaan Parti Politik, Rang Undang-undang Pengisytiharan Aset dan Kewangan Ahli Parlimen dan Dewan Negara, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan sebagainya. iv) Masyarakat juga tidak boleh berdiam diri dan bersikap tidak prihatin mengenai gejala rasuah ini. Peranan masyarakat amatlah penting dalam memastikan jaringan serta rangkaian rasuah ini terputus di antara pemberi dan penerima rasuah. Masyarakat perlu bertindak sebagai “telinga dan mata kerajaan” dalam memberi maklumat dan laporan mengenai kejadian rasuah. Juga bertindak sebagai penyampai kepada kempen-kempen Anti-Rasuah yang diadakan oleh pihak berkuasa dan mendidik masyarakat muda ke arah masyarakat yang bebas rasuah. Penguatkuasaan Undang-undang yang tegas dengan tindakan yang cepat oleh pihak berkuasa akan meyakinkan lagi rakyat untuk turut berganding bahu bersama pihak berkuasa di dalam memerangi rasuah. 70. Kita selalu berdoa lepas daripada solat dengan ungkapan yang sering kita ucapkan:

Maksudnya: “Ya ALLAH ya Tuhan kami berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, jauhilah kami daripada azab api neraka”. 71. Di sisi ALLAH SWT hanyalah ada dua jalan sama ada ke syurga atau ke neraka justeru itu pilihan sama ada senang di dunia dan senang di akhirat atau senang di dunia sengkek di akhirat. Jawapannya sudah pasti orang yang bijak tidak mahu sengkek di akhirat maka kita tiada pilihan melainkan menjauhi amalan rasuah buat selama-lamanya. Kesudahannya sudah pasti akan kekal selama-lamanya dalam syurga. Renungilah dengan mata hati firman ALLAH SWT dalam surah al-Waqi’ah, ayat 1 - 60 yang bermaksud: “Apabila berlaku hari kiamat itu, [1] Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya, [2] Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat), [3] (Ia berlaku) semasa bumi 44


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 45

bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. [4] Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan seleburleburnya, [5] Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, [6] Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); [7] Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? [8] Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? [9] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaikbaiknya di akhirat kelak); [10] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi ALLAH SWT), [11] (Tinggal menetap) di dalam syurga-syurga yang penuh nikmat. [12] (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; [13] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. [14] (Mereka duduk di dalam syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; [15] Sambil berbaring di atasnya dengan cara berhadap-hadapan. [16] Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, [17] Dengan membawa piala-piala minuman dan teko-teko serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. [18] Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. [19] Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenisjenis yang mereka pilih [20] Serta daging burung dari jenisjenis yang mereka ingini. [21] Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, [22] Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. [23] Semuanya itu sebagai balasan bagi amalan-amalan baik yang mereka telah kerjakan. [24] Mereka tidak akan mendengar dalam syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; [25] Mereka hanya mendengar ucapan: “Selamat! Selamat!” (dari satu kepada yang lain) [26] Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? [27] Mereka bersenang-lenang di antara pohonpohon bidara yang tidak berduri. [28] Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, [29] Dan naungan yang tetap terbentang [30] Dan air yang sentiasa mengalir [31] Serta buah-buahan yang banyak, [32] Yang tidak putusputus dan tidak pula terlarang mendapatnya, [33] Dan 45


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 46

tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. [34] Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, [35] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), [36] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. [37] (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; [38] Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu [39] Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian. [40] Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu? [41] Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak [42] Serta naungan dari asap hitam, [43] Tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan (keselesaan). [44] Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan). [45] Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar, [46] Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula? [47] “Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)?” [48] Katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian, [49] “Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum. [50] “Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat), [51] Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, [52] “Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu [53] “Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, [54] “Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”. [55] Inilah (jenisjenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari pembalasan itu [56] Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat) [57] (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)? [58] Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya? [59] Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan; [60] 46


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 47

RUJUKAN 1)

Al-Quran al-Karim.

2)

Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran.

3)

Tafsir Ruh al-Ma’ani Fi al-Quran al-Azim – Mahmud al-Alusi, Dar Ihya’ al-Turaht al-Arabi.

4)

Tafsir al-Jami’ Li Ahkam al-Quran (Tafsir al-Qurtubi) – Muhammad bin Ahmad al-Qurtubi, Muasasah al-Risalah. 2006.

5)

Tafsir al-Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran (Tafsir al-Tabari) – Muhammad bin Jarir al-Tabari.

6)

Tafsir al-Sha’rawi: Khawatir Imaniyyah – Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi.

7)

Ensiklopedia Akhirat Azab Api Neraka – Mahir Ahmad Ash-Syufiy.

8)

At-Takhwif Min al-Nar wa At-Ta’rif bi Hal Ahli al-Bawar – Ibnu Rajab al-Hanbali.

9)

Mausu’ah al-Mu’jam al-Mufahris Li Alfaz al-Hadis al-Nabawi al-Syarif.

10) Rad al-Muhtar oleh Muhammad Amin (Ibnu Abidin) tahun 2011. 11) Buku Arthasastra - oleh BC Kautrya. 12) Jurnal Laporan Tahunan PBB. 13) Laporan IMF Global Standard. 14) Laporan Transparency International. 15) World Bank Report 2005. 16) Laporan Washington Based Global. 17) Global Corruption Index Report 2020. 18) Global Corruption Barometer - Asia 2020. 19) Berita Harian - Online. 47


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 48

KOLEKSI SEBAHAGIAN KULIAH SUBUH, MAGHRIB SERTA JEMPUTAN DAN ARTIKEL-ARTIKEL, PUISI-PUISI YANG TELAH DITERBITKAN DALAM SINAR HARIAN DAN UTUSAN MALAYSIA BERMULA SEPTEMBER 1986 HINGGA NOVEMBER 2021 HUKUM JENAYAH RASUAH MENURUT EMPAT MAZHAB YANG MUKTABAR DALIL RASUAH DAN MAKSUDNYA DARIPADA SUMBER AL-QURAN

72.

Perbuatan memberi dan menerima rasuah merupakan dosa besar dan dilaknat oleh ALLAH SWT dan RasulNya. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188 maksudnya: “Dan janganlah kamu makan harta atau mengambil harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui salahnya”.

Dalam surah al-Maidah ayat 62 firman ALLAH SWT maksudnya: “Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram (al-Suht/Suhtun maknanya harta yang diusahakan dengan jalan haram. Dipetik daripada kamus Idris al Marbawi). Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan”.

48


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 49

Dalam surah al-Takaathur ayat 1-8 ALLAH SWT juga berfirman maksudnya: “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh) [1] Sehingga kamu masuk kubur [2] Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! [3] Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! [4] Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yaqin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). [5] (Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang [6] Selepas itu - demi sesungguhnya! kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yaqin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! [7] Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! [8]. DALIL RASUAH DAN MAKSUDNYA DARIPADA SUMBER AL-HADIS ALLAH SWT MELAKNAT PEMBERI RASUAH DAN PENERIMA RASUAH 73. Terdapat banyak hadis daripada Nabi SAW yang melarang perbuatan memberi dan mengambil rasuah. Antara hadis-hadis tersebut daripada Abdullah bin Amr bin al-‘As RA katanya: Aku pernah mendengar Nabi SAW bersabda maksudnya: “ALLAH SWT melaknat orang yang memberi dan yang menerima rasuah” [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Jabir bin Abdullah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda maksudnya: “Tidak akan memasuki syurga, daging yang tumbuh daripada yang haram (rasuah), api neraka lebih utama baginya” [Riwayat Ahmad]. Daripada Abdullah bin Umar RA katanya: Nabi SAW bersabda maksudnya: “Setiap daging 49


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 50

yang tumbuh daripada as-suht maka neraka lebih layak untuknya”. Dikatakan kepada baginda: Apakah itu as-suht: Jawab Nabi: “as-suht iaitu memberi rasuah dalam urusan kehakiman”. [Riwayat al-Hakim]. Bahkan pihak ketiga yang menjadi perantara dalam urusan rasuah juga termasuk dalam kategori golongan yang dilaknat oleh ALLAH SWT dan RasulNya, dalam hadis riwayat Thauban RA katanya : “Nabi SAW melaknat orang yang memberi, menerima dan menjadi perantara dalam rasuah” [Riwayat al-Hakim]. 74. Pengertian al-Suht/Suhtun maknanya harta yang diusahakan dengan jalan haram. Dipetik daripada kamus Idris al Marbawi diperjelaskan dalam satu riwayat daripada Masruq bin al-Ajda’ katanya: Aku pernah bertanya Saidina Umar bin al-Khattab RA: “Wahai Amirul Mukminin apakah pendapat tuan tentang rasuah yang diberikan kepada hakim, adakah perbuatan tersebut tergolong dalam al-Suht/Suhtun”. Jawab Saidina Umar RA : “Perbuatan tersebut bukan al-Suht/Suhtun saja, bahkan ianya adalah kufur”. Tambah Saidina Umar RA lagi: “al-Suht/Suhtun bermaksud seorang lelaki yang berjawatan dalam kerajaan dan mempunyai hajat tertentu, sedangkan di pihak lain ada orang yang mempunyai hajat tertentu untuk dituntut dari pemerintah maka pegawai kerajaan tersebut tidak akan melaksanakan urusan pihak tadi melainkan setelah diberikan hadiah tertentu, itulah maksud al-Suht/Suhtun”. (Rujuk al-Awsad fi al-Sunan wa al-Ijma’ wa al-Ikhtilaf Ibnu al-Munzir al-Naisabury 3/622). Dari kalangan ulama mazhab Syafie. 75. Bahkan pihak ketiga yang menjadi perantara dalam urusan rasuah juga termasuk dalam kategori golongan yang dilaknat oleh ALLAH SWT dan RasulNya, dalam hadis riwayat Thauban RA katanya : “Nabi SAW melaknat orang yang memberi, menerima dan menjadi perantara dalam rasuah” [Riwayat al-Hakim]. 76. Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis ini menjadi sandaran semua mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah di kalangan mazhab empat yang muktabar secara Ijma’ bahawa perbuatan memberi, menerima dan menjadi perantara (orang tengah) rasuah adalah haram dalam Islam. Pendapat-pendapat ini boleh dilihat dalam kitab al-Bahr al-Raiq karangan Ibnu Nujaim (wafat:970H) 6/285 cetakan dar kitab Islamy (Mazhab Hanafi), Nihayatul Muhtaj 8/255 karangan al-Ramli (wafat:957H) cetakan Dar Kutub 50


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 51

Ilmiyyah (mazhab Syafie), al-Mughni karangan Ibnu Qudamah (wafat:620H) 14/59 cetakan Dar Alam al-Kutub (mazhab Hanbali) dan al-Jami’ Li Ahkam al-Quran karangan al-Qurtubi (wafat:671H) 7/485 cetakan Muassasah al-Risalah (mazhab Maliki). 77.

RASUAH, PERINCIANNYA DAN HUKUMNYA Menurut Mohamad Amin Ibnu Abidin (wafat:1252H) daripada kalangan ulama mazhab Hanafi dalam kitab Rad al-Muhtar Syarah Dur al-Mukhtar, membahagikan rasuah ada empat kategori dari sudut hukumnya. Pertama: Haram kepada pemberi dan penerima, sekiranya rasuah bertujuan untuk mendapatkan jawatan selaku hakim atau menjadi pemimpin. Contohnya seorang pemimpin yang menyogok pengundi untuk mendapatkan undi agar terpilih menjadi wakil rakyat. Kedua: Haram kepada pemberi dan penerima, sekiranya rasuah diberikan kepada hakim untuk mempengaruhi keputusan hakim agar berpihak kepada pemberi. Contohnya seseorang itu menyogok hakim agar mengubah keputusan berpihak kepada dirinya sama ada melibatkan harta, maruah atau nyawa. Ketiga: Haram kepada penerima rasuah sahaja, sekiranya pemberi terpaksa menyogok pihak berwajib untuk mendapatkan haknya yang tertahan atau menolak mudarat ke atas dirinya yang dizalimi. Contohnya keengganan pegawai imigresen mengeluarkan visa pelajar atau pekerja tanpa sebarang sebab yang menyalahi undang-undang hanya kerana inginkan wang pelincir daripada pelajar atau pekerja tersebut. Keempat: Haram kepada penerima rasuah sahaja, sekiranya pemberi terpaksa menyogok pihak tertentu bertujuan agar pihak tersebut tidak melakukan kezaliman ke atas dirinya atau harta miliknya. Contohnya seorang peniaga terpaksa membayar wang pelincir kepada tonto/pemeras ugut yang menguasai suatu kawasan perniagaan. Jika peniaga tersebut tidak menyerahkan sejumlah wang tertentu gangster akan merosakkan harta benda miliknya atau mengancam nyawanya.

MEMPERINCIKAN PEMBAHAGIAN HUKUM MEMBERI, PERANTARA DAN MENERIMA RASUAH MENGIKUT EMPAT MAZHAB YANG MUKTABAR 78. Daripada pembahagian yang dikemukakan dalam mazhab 51


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 52

Hanafi para fuqaha mazhab empat memperincikan hukum memberi dan menerima rasuah kepada beberapa pecahan masalah seperti berikut: 1.

Sekiranya pemberi terpaksa menyogok pihak tertentu untuk mendapatkan haknya yang tertahan atau menolak mudarat dan kezaliman ke atas dirinya hukumnya adalah harus. Dalam kes seperti ini dosa hanya ditanggung oleh pihak penerima rasuah. Pendapat ini juga merupakan pendapat jumhur (majoriti) ulama mazhab empat seperti yang disebut dalam kitab al-Hidayah Syarah al-Bidayah karangan al-Marghinani (wafat:593H) 3/1209 (Mazhab Hanafi), al-Hawi al-Kabir karangan al-Mawardi (wafat:450H) 16/288 cetakan Dar Kutub Ilmiyah (mazhab Syafie), Kasyf al-Qina’ karangan al-Bahuti (wafat:1051H) 11/437 (mazhab Hanbali), Mawahib al-Jalil karangan al-Hattab (wafat:954H) 7/485 (mazhab Maliki).

2.

Menurut Yahya bin Abi al-Khair al-Umrani dalam kitab al-Bayan fi Mazhab al-Imam al-Syafie dari kalangan ulama mazhab Syafie, sekiranya pemberi rasuah menyogok pihak tertentu bertujuan untuk memberikan tekanan agar hakim membuat keputusan yang salah (batil) atau menghalang suatu hukuman dari dikenakan ke atas dirinya maka perbuatan tersebut adalah haram. Rasuah dalam kategori inilah yang termasuk dalam maksud laknat yang disabdakan oleh Nabi SAW dalam hadis sebelumnya. Namun jika terpaksa memberikan rasuah untuk menolak kezaliman atau mendapatkan haknya maka perbuatan tidaklah haram bagi pemberi dan haram bagi yang menerimanya.

3.

Sekiranya pemberi terpaksa menyogok pihak ketiga selaku perantara di antara beliau dengan pihak berkepentingan seperti pegawai kerajaan/pihak berkuasa untuk mendapatkan haknya yang tertahan atau menolak mudarat dan kezaliman ke atas dirinya hukumnya juga adalah harus menurut semua mazhab.

4.

Sekiranya pemberi menjanjikan atau memberikan sejumlah wang atau seumpamanya kepada perantara (orang tengah) sebagai ganjaran untuk urusan tersebut, maka perbuatan 52


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 53

tersebut adalah haram kepada kedua-dua belah pihak menurut pendapat semua mazhab. 5.

Sekiranya pemberi tidak mensyaratkan atau menawarkan sebarang ganjaran ketika meminta perantara (orang tengah) melakukan urusan tersebut, akan tetapi memberikan sejumlah wang atau seumpamanya sebagai ganjaran atau hadiah atas bantuan yang dilakukan dan perbuatan tersebut sudah menjadi kebiasaan (adat) yang difahami dalam budaya setempat. Dalam kes seperti ini menurut majoriti ulama mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali hukumnya adalah haram kerana ganjaran tersebut terikat dengan kerja yang dilakukan.

6.

Sekiranya pihak perantara (orang tengah) menghulurkan bantuan tanpa mensyaratkan sebarang ganjaran diberikan dalam urusan tersebut, akan tetapi pemberi memberikan sejumlah wang atau seumpamanya sebagai ganjaran setelah urusan tersebut selesai. Dalam kes seperti ini menurut mazhab Hanbali dalam Kasyaf al-Qina’ 6/281 hukumnya adalah haram.

79. Justeru itu, hukum rasuah menurut Jumhur (majoriti) ulama mazhab empat memberi rasuah dalam keadaan terpaksa untuk mendapatkan haknya yang sepatutnya atau menolak mudarat dan kezaliman ke atas diri sendiri, keluarga atau harta hukumnya adalah harus. Perbuatan seperti merasuah petugas kepada penguasa yang zalim demi melepas sesuatu kezaliman kepada diri sendiri atau pihak tertentu, atau mengembalikan sesuatu hak yang diambil dengan cara yang zalim maka dosa tersebut ditanggung oleh pihak yang mengambilnya, tidak atas pihak yang memberikan suapan tersebut. Namun, yang paling baik adalah bersabar dan hendaklah berusaha dengan apa cara yang tidak merasuah sesiapa pun serta berserah kepada ALLAH SWT sehingga dipermudahkan urusannya. PERBEZAAN RASUAH DAN HADIAH 80. Dalam konteks kefahaman masyarakat, rasuah sering berlakunya salah tafsir daripada setengah pihak yang mendakwa habuan yang diberikan sebagai hadiah tidak ada kena mengena dengan jenayah rasuah. Oleh itu, pengertian rasuah dan hadiah perlu diperjelaskan agar perkara haram 53


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 54

tidak diambil mudah oleh anggota masyarakat. Rasuah menurut definisi Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 22/220 yang dipetik daripada pendapat dalam mazhab Maliki bermaksud “Apa sahaja yang diberikan dengan tujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan”. Definisi ini jelas menerangkan bahawa rasuah adalah pemberian sama ada dalam bentuk harta atau manfaat tertentu yang bertujuan untuk memperolehi sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain. Adapun hadiah adalah pemberian atas sebab suka atau memuliakan seseorang tanpa sebarang niat terselindung yang mensyaratkan ganjaran balas. Perbuatan memberi hadiah dituntut dalam Islam dan hukumnya adalah sunat kerana boleh mengekalkan hubungan silaturahim sesama manusia. Namun, apabila pemberian hadiah membawa niat tidak baik untuk mendapatkan balasan tertentu ianya boleh bertukar menjadi haram. Dalam sebuah hadis riwayat daripada Abu Umamah RA daripada Nabi SAW sabdanya yang bermaksud: “Barangsiapa menjadi perantara (orang tengah) untuk membantu saudaranya lalu orang itu memberikan hadiah atas urusan tersebut dan ia menerimanya, sebenarnyalah ia telah mendatangi satu pintu terbesar dari pintu-pintu riba”. [Riwayat Ahmad dan Abu Daud] 81. Hadiah pada kebiasaannya merupakan pemberian kepada seseorang kerana prestasi kerja atau sebagai suatu penghormatan dan hadiah juga boleh membawa maksud tertentu secara tersirat untuk kepentingan tertentu. Atas dasar sering berlakunya salah tafsir di antara hadiah dan rasuah para ulama memberikan penjelasan bahawa hadiah yang diberikan dengan tujuan atau maksud tertentu terutama untuk memesongkan kebenaran adalah sama hukumnya seperti rasuah dalam erti kata haram dan membawa kepada dosa. 82. Kamaluddin Ibnu Humam (wafat:861H) daripada kalangan ulama mazhab Hanafi dalam kitab Fath al-Qadir syarah al-Hidayah, membahagikan hadiah kepada empat kategori dari sudut hukumnya. -

Pertama: Halal kepada pemberi dan penerima, sekiranya bertujuan untuk menghargai hubungan silaturahim.

-

Kedua: Haram kepada pemberi dan penerima, sekiranya hadiah yang diberikan bertujuan untuk membantu pihak 54


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 55

yang menerima melakukan kezaliman. -

Ketiga: Haram kepada penerima sahaja, sekiranya pemberi terpaksa memberikan sesuatu atas nama hadiah untuk menghentikan kezaliman ke atas dirinya daripada pihak penerima.

-

Keempat: Haram kepada penerima sahaja, sekiranya pemberi terpaksa memberikan sesuatu atas nama hadiah bertujuan agar penerima tersebut tidak melakukan kezaliman ke atas diri, harta, keluarga atau kehormatannya.

83. Justeru itu, Mohamad Amin Ibnu Abidin (wafat:1252H) dalam kitab Rad al-Muhtar Syarah Dur al-Mukhtar menyatakan semua petugas/penjawat awam yang dilantik menguruskan urusan rakyat seperti pemungut hasil dan pengutip zakat hukumnya haram menerima sebarang hadiah sama seperti hakim. 84. Menurut al-Subki (wafat:771H) daripada kalangan ulama mazhab Syafie dalam kitab Fatawa al-Subki: Ganjaran yang diberikan kepada pemerintah, pemimpin, hakim, ketua-ketua jabatan dan penjawat awam boleh menjurus kepada maksud rasuah atau hadiah. Sekiranya berupa rasuah hukumnya haram secara Ijma’ kepada pemberi, penerima dan orang tengah dan wajib dipulangkan kepada pemiliknya serta tidak boleh diserahkan ke baitulmal kecuali pemiliknya tidak dapat dikenal pasti. Adapun hadiah yang diterima daripada mana-mana pihak yang pernah memberikan kepada mereka sebelum daripada menjawat jawatan tersebut dan kadar yang diberikan tidak lebih daripada kebiasaannya hukumnya adalah harus, namun paling baik adalah tidak menerimanya. 85. Menurut Ibnu Rif’ah dari kalangan ulama mazhab Syafie: Seorang hakim berhak mengambil hadiah berupa upah atau ganjaran tertentu sekiranya tidak diperuntukkan gaji tertentu dari Baitulmal, selain daripada itu setiap ganjaran yang diterimanya adalah rasuah yang haram hukumnya (Rujuk Kifayah al-Nabih Syarah al-Tanbih karangan Ibnu Rif’ah 17/102). 86. Rumusannya, Ijma’ ulama mazhab empat Hanafi, Maliki, Syafie dan Ahmad menyatakan hadiah yang diberikan kepada pemimpin, hakim, dan penjawat awam dalam urusan yang menjadi tanggungjawab mereka melaksanakan amanah kepada 55


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 56

rakyat hukumnya adalah haram bagi pemberi dan penerima dan hukumnya sama seperti rasuah. Sabda Nabi SAW maksudnya: “Hadiah yang diterima pemimpin merupakan suatu pengkhianatan” [Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi]. Justeru, Islam melarang keras perbuatan memberi hadiah kepada rantaian perkhidmatan awam di bawah kaedah sadd al-Zara’i ( ) (menutup ruang yang berkemungkinan membawa kepada perkara-perkara yang dilarang dalam agama). 87. Dalam sebuah hadis daripada Abu Humaid al-Sa’idi RA katanya Sesungguhnya Rasulullah SAW mengangkat seorang pegawai. Ketika selesai daripada pekerjaannya, dia mendatangi Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah SAW, ini untukmu (untuk baitulmal) dan ini dihadiahkan untukku. Kemudian Nabi SAW berkata kepadanya: Tidakkah engkau duduk di rumah ayah ibumu, lalu engkau tunggu apakah engkau diberi hadiah atau tidak? Rasulullah SAW pun menyampaikan khutbah malam hari setelah solat. Beliau mengucapkan syahadah, memuji ALLAH SWT dengan pujian yang layak bagi-Nya, lalu Baginda SAW bersabda maksudnya: “Apa jadi dengan pegawai yang kami utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi ALLAH SWT, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya” [Riwayat al-Bukhari]. Dalam hadis lain daripada ‘Adi bin Amirah Al Kindi RA. dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang kami tugaskan untuk suatu pekerjaan (urusan), kemudian dia menyembunyikan dari kami (meskipun) sebatang jarum, atau sesuatu yang lebih kecil dari itu, maka itu adalah ghulul (pengkhianatan) yang pada hari kiamat akan ia bawa (untuk di dakwa).” ‘Adi bin ‘Amirah RA berkata, “Kemudian seorang lelaki hitam dari Ansar berdiri mengadap Nabi SAW, seolah-olah aku melihatnya, lalu dia berkata, “Wahai Rasulullah, kalau begitu saya akan tarik kembali tugas yang pernah anda bebankan kepada saya!” Nabi SAW bertanya: “Ada apa denganmu?” dia menjawab, “Saya telah mendengar bahawa engkau bersabda seperti ini dan seperti ini (maksudnya perkataan di atas).” Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Sekarang saya 56


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 57

sampaikan, bahawa barangsiapa dari kalian yang kami tugaskan untuk suatu pekerjaan hendaklah ia membawa kembali (seluruh hasil), sedikit atau banyak. Kemudian apa yang memang diberikan untuknya ia boleh mengambilnya, dan apa yang memang dilarang untuknya, maka ia perlu menahan diri.” [Riwayat Muslim]. 88. Dari Abi Hariz seorang lelaki memberikan hadiah kepada kepada Saidina Umar al-Khattab RA setiap tahun berupa paha kambing. Suatu hari lelaki ini datang untuk menuntut penghakiman daripada Saidina Umar RA. Katanya: “Wahai Amirul Mukminin buatlah suatu keputusan yang jelas dalam kes ini seperti mana tuan hamba menerima paha kambing tanpa banyak soal”. Setelah itu Saidina Umar RA mula menulis surat kepada semua gabenornya dengan memerintahkan “Jangan ada di kalangan kamu menerima sebarang hadiah kerana perbuatan tersebut adalah rasuah”. (Rujuk Adillah al-Hanafiyyah, Muhammad Qasim al-Muzaffarfuri 3/224) 89. Dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam, kadangkala terdapat pelanggan yang berurusan memberikan hadiah sebagai penghargaan di atas perkhidmatan yang telah diberikan. Penerimaan hadiah oleh penjawat awam boleh menimbulkan persepsi negatif dan menjejaskan imej perkhidmatan awam. Justeru itu, dalam pekeliling Peraturanperaturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 (PP Bil. 3/1998) menjelaskan berhubung pemberian dan penerimaan hadiah di mana penjawat awam dilarang daripada memberi atau menerima hadiah sekiranya berkaitan dengan tugas awamnya dan/atau bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberi (jika penerimaan hadiah tidak berkaitan dengan tugas awam). Sebarang penerimaan tertakluk oleh kelulusan Ketua Jabatan jika dalam keadaan penerimaan hadiah itu sukar ditolak semasa menjalankan tugas awam seperti akan memalukan si pemberi atau menimbulkan keadaan serba salah. Undang-undang negara kita Malaysia, Seksyen 3 (a), (b) & 4 (a) (b) Akta Pencegahan Rasuah 1961 (Pindaan 1971) menjelaskan atau menafsirkan rasuah sebagai “menerima atau memberi apa-apa suapan sebagai satu dorongan, upah atau galakan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan atau untuk tidak melakukan 57


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 58

sesuatu perbuatan yang ada hubungan dengan prinsipalnya”. Manakala suapan pula menurut seksyen 2 Akta Pencegahan Rasuah 1997 ialah “wang, derma, pinjaman, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta sama ada alih atau tidak alih atau apa-apa manfaat seumpamanya”. RASUAH DALAM PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 90. Tafsiran dan penjelasan oleh KPKPj Nazli Rasyid Sulong, Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, setiap kali menjelang musim perayaan sama ada menyambut Aidilfitri bagi masyarakat Islam dan Tahun Baru Cina bagi masyarakat Cina, amalan kunjung-mengunjung sesama keluarga dan sahabat merupakan amalan yang mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah persaudaraan antara satu sama lain. Kebanyakan negara, termasuklah Malaysia, amalan pemberian buah tangan merupakan satu adat yang diamalkan oleh masyarakat supaya tidak hadir ke rumah orang dengan ‘tangan kosong’. Perkara ini juga sememangnya telah dipraktikkan dan sebati dalam dunia korporat dan perniagaan di mana ianya satu kebiasaan untuk bertukar-tukar momento atau hadiah korporat semasa sesuatu lawatan kerja, perasmian, program dan sebagainya. Amalan memberi hadiah atau buah tangan selalunya diibaratkan sebagai sedekah atau tanda penghargaan dan pengiktirafan daripada pemberi. Amalan ini memanglah dianggap baik seandainya pemberian itu dibuat dengan niat yang ikhlas, jujur dan bertujuan untuk mengeratkan persahabatan dan ukhuwah antara pemberi dan penerima. Namun, pemberian hadiah itu boleh menjadi rasuah apabila hadiah itu diberi dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu keistimewaan, keuntungan, perkhidmatan daripada pihak yang berkaitan dengan tugas atau urusan rasminya dan ianya akan menjadi ‘barah’ dalam masyarakat. Masyarakat pada umumnya masih tidak begitu jelas sama ada pemberian atau penerimaan sesuatu hadiah itu dibolehkan mengikut undang-undang dan peraturan yang sedia ada. Kesamaran ini berkemungkinan berpunca daripada keadaan 58


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 59

di mana adakalanya hadiah atau tanda ingatan yang pada peringkat awalnya memang boleh diterima atau diberi, tetapi disebabkan adanya faktor kepentingan (favour) iaitu urusan rasmi dengan sesuatu jabatan atau majikan boleh menjurus kepada perbuatan rasuah yang merupakan satu kesalahan. TAFSIRAN RASUAH 91. Rasuah ditafsirkan sebagai pemberian atau penerimaan wang sogokan, komisen, pelincir, duit kopi, ‘ang pow’, ‘kau tim’ atau ‘under table money’ bagi masyarakat umum. Dalam Bahasa Melayu, rasuah bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap) (Kamus Dewan edisi keempat 2005, Dewan Bahasa Pustaka). Dalam konteks Bahasa Arab, rasuah disebut sebagai ‘ar-risywah’ atau ‘ar-rasywah’ yang bermaksud sesuatu penyambung yang dapat menghantarkan tujuan dengan harta sogokan. Rasuah dalam Bahasa Latin pula berasal daripada perkataan corruption, iaitu daripada kata kerja corrumpere yang membawa erti busuk, rosak, menggoyahkan, memutar belit, dan menyogok. Dari sudut undang-undang, pengertian rasuah tidak dinyatakan secara khusus, tetapi yang hanya dinyatakan adalah takrifan suapan. Seksyen 3, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 menakrifkan suapan sebagai: (a) wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaituapa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpamanya itu yang lain; (b) apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat; (c) apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya; (d) apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, 59


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 60

rebat, bonus, potongan atau peratusan; (e) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apaapa wang atau nilai wang atau benda berharga; (f) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain; (g) apa-apa tawaran, aku janji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f). LARANGAN MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH 92. Pegawai awam dilarang daripada memberi atau menerima hadiah sekiranya berkaitan dengan tugas awamnya dan/atau bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberi (jika penerimaan hadiah tidak berkaitan dengan tugas awam. Penerimaan hadiah dianggap tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberi jika nilai semasa hadiah itu melebihi satu perempat emolumen bulanan atau melebihi RM500, mana yang lebih rendah. Penerimaan hadiah itu hendaklah dilaporkan kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan. Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 3 Tahun 1998 (PP Bil.3/1998) mentakrifkan hadiah termasuklah wang, harta alih atau tak alih, kenderaan, tambang percuma, saham, tiket loteri, kemudahan perjalanan, hiburan, perkhidmatan, keahlian kelab, apa-apa bentuk diskaun atau komisen, hamper, barang kemas, perhiasan, apa-apa pemberian, cenderamata, atau apa-apa benda yang bernilai yang diberi kepada atau diterima oleh pegawai itu, isterinya atau mana-mana orang lain bagi pihaknya daripada mana-mana orang, dengan tiada balasan (without consideration) atau balasan yang diketahui oleh pegawai itu tidak mencukupi ataupun mencukupi. POLISI HADIAH BAGI SEKTOR SWASTA DAN KORPORAT 93. Bagi sektor swasta dan korporat pula, Polisi Penerimaan dan Pemberian Hadiah dibangunkan di peringkat organisasi sendiri. Kebanyakan syarikat mengambil inisiatif melaksanakan Polisi Pengurusan Hadiah sebagai panduan yang jelas dan terperinci bagi warga kerja organisasi dalam mengatasi sebarang isu serta menjawab sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan hadiah. 60


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 61

Antara perkara yang termaktub dan terkandung di dalam Polisi ini meliputi Pengertian dan Definisi Hadiah, Bentuk dan Had Nilai Hadiah, Pematuhan kepada Polisi, Saluran Pelaporan, Saluran Aduan Salah Laku, Borang Perakuan Penerimaan atau Pemberian Hadiah dan sebagainya. Polisi ini dihebahkan kepada seluruh warga kerja bagi memupuk kesedaran dan meningkatkan pemahaman tentang tatacara penerimaan dan pemberian hadiah yang betul. Kebanyakan syarikat juga mengenakan penalti dan tindakan tatatertib yang tegas terhadap mana-mana staf atau kakitangan yang ingkar atau gagal mematuhi Polisi Hadiah yang telah ditetapkan. Selain itu juga, Polisi ini juga diuar-uarkan kepada pemegang taruh (stakeholders), pihak ketiga (third parties) seperti vendor atau pembekal dan orang awam bagi mempertahankan etika kerja dan ketelusan dalam hubungan dan aktiviti perniagaan untuk mengelakkan percanggahan kepentingan. RUJUK KEPADA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) 94. Penerimaan hadiah oleh warga kerja sektor awam dan swasta boleh menimbulkan persepsi negatif dan menjejaskan imej perkhidmatan awam dan syarikat. Sekiranya wujud perasaan sangsi atau musykil berhubung pemberian dan penerimaan hadiah, rujukan perlu dibuat kepada Ketua Jabatan, Pengurus Syarikat atau SPRM. HUKUM JENAYAH RASUAH MENURUT ISLAM 95. Oleh kerana itu rasuah merupakan suatu kesalahan jenayah di dalam Islam yang membawa kepada dosa ke atas pelakunya dan juga wajib dihukum di dunia bagi memberikan keadilan kepada pihak-pihak yang dizalimi atas dasar perbuatannya tadi. 96. Dalam Islam perbuatan dosa terbahagi kepada dua. Pertama: Dosa antara seorang hamba dengan ALLAH SWT di mana mudarat dosa tersebut kembali kepada dirinya sendiri contohnya zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya. Dalam erti kata lain, ianya dosa ataupun aib peribadi antara hamba dengan Tuhannya. Kedua: dosa antara seorang dengan ALLAH SWT namun pada masa sama mendatangkan 61


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 62

bahaya ataupun mudarat kepada pihak lain seperti rasuah, menyebarkan hadis palsu, merompak, mencuri, mengedar dadah, merogol, pecah amanah dan seumpamanya. Dosa ini bukan sahaja antara hamba dengan ALLAH SWT, tetapi ia boleh mengancam pihak lain. Kategori kedua ini memberikan kemudaratan kepada pihak lain, maka kita boleh mendedahkannya untuk memelihara keselamatan dan kemaslahatan pihak lain. Walaupun pelaku dosa dalam kategori kedua bertaubat sekalipun dan menyesal dengan bersungguh-sungguh serta memohon keampunan ALLAH SWT ianya tidak akan berakhir di situ sahaja. Urusannya dengan ALLAH SWT terserah kepada ALLAH SWT untuk menerima taubatnya, namun urusannya dengan manusia wajib diadili sebaik sahaja kesnya dibawa kepada pihak berkuasa berlunaskan undang-undang yang diperakukan syara’ bagi mengembalikan keadilan ke tempatnya dan memberi pengajaran kepada pihak lain agar tidak melakukan perbuatan jenayah tersebut. 97. Islam memberi perhatian berat terhadap pelaku jenayah dengan menggariskan hukum yang perlu diselesaikan di dunia dan hukumnya di akhirat terserah kepada ALLAH SWT, supaya nyawa dan harta terpelihara dan keselamatan terjamin. Aspek perundangan Islam merupakan salah satu jalan keluar daripada kerosakan nilai dan jenayah yang berlaku. Matlamat perundangan Islam adalah untuk mencapai asas kemaslahatan dalam kehidupan yang bersumberkan ketetapan oleh ALLAH SWT dan Rasul-Nya SAW. Implimentasinya adalah menurut kesesuaian dan kemaslahatan semasa, melalui mekanisme ijtihad dan ijmak yang merupakan sebahagian daripada elemen pembentukan syariah Islam yang luas. Justeru itu, bagi mencapai matlamat tersebut undang-undang jenayah Islam dikuatkuasakan semenjak zaman Nabi SAW dengan membahagikan jenayah kepada tiga pembahagian utama berasaskan kepada hukuman yang dikuatkuasakan iaitulah Hudud, Qisas dan Ta’zir.

98.

PENGERTIAN HUDUD ( ) Hudud dari sudut bahasa berasal daripada bahasa Arab merujuk kepada perkataan jamak (plural) daripada perkataan had yang bermaksud sempadan, had, halangan atau sekatan. Dalam istilah syarak hudud merujuk kepada hukuman yang 62


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 63

tidak boleh dipinda yang ditetapkan oleh ALLAH SWT dalam al-Quran dan Sunah. Hudud dianggap sebagai hak ALLAH SWT dan hukumannya tidak boleh diubah, dipinda, ditambah atau dikurangkan oleh badan perundangan, pemerintah atau hakim. Hukuman hudud melibatkan kesalahan zina (persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan). Bagi kesalahan berzina pesalah yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi pesalah yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati. Qazaf (menuduh wanita yang mukhsanat melakukan zina) dalam erti kata melemparkan tuduhan zina tanpa bukti yang mencukupi terhadap orang yang baik. Bagi kesalahan qazaf pesalah hendaklah disebat 80 kali. Sariqah (mencuri) yang bermaksud mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi dengan syarat-syarat tertentu. Bagi kesalahan mencuri hukuman potong tangan diperuntukkan. Hirabah (merompak) dalam erti kata mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Bagi kesalahan merompak sekiranya melibatkan pembunuhan penjenayah hendaklah dihukum bunuh. Jika hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang berulang. Jika tindakan perompak hanya mengganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara. Minum arak dalam erti kata minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal. Bagi kesalahan minum arak sebat 40 kali hendaklah dilaksanakan. Murtad (keluar seseorang Islam daripada agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan). Hukuman yang diperuntukkan adalah hukuman bunuh setelah diberi tempoh untuk bertaubat. Dalam Islam hukuman hudud ini kekal dan tidak boleh diubah sehingga hari kiamat. PENGERTIAN QISAS ( ) 99. Qisas dari sudut bahasa merupakan perkataan Masdar (kata terbitan) bermaksud memotong. Dari segi istilah syarak Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW dalam kes-kes jenayah yang melibatkan hak manusia secara individu seperti jenayah pembunuhan dan mencederakan anggota tubuh badan. Jika penjenayah terbukti bersalah dalam kes seperti ini balasan 63


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 64

atau hukuman yang sama boleh dikenakan. Dalam erti kata lain penjenayah yang membunuh atau mencederakan anggota tubuh dikenakan hukuman yang menyamai dengan jenayah yang dilakukannya. Contohnya, bagi kesalahan bunuh dibalas dengan hukuman mati, bagi kesalahan membutakan mata dibalas dengan hukuman membutakan mata dan seumpamanya. Namun demikian sekiranya penjenayah terbukti dengan sabitan membunuh, pilihan diberikan kepada wali mangsa sama ada untuk meneruskan hukuman qisas atau menggantikannya dengan diyat (ganti rugi yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas) atau memaafkannya. PENGERTIAN TAKZIR ( ) 100. Takzir dari aspek bahasa berasal daripada kata terbitan ‘azara ( ) yang bermaksud menolak atau menghalang. Dari segi istilah menurut Wahbah al-Zuhaili dalam mausuah al-Fiqh al-Islami ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-Quran dan Hadis seperti hudud atau qisas sama jenayah tersebut terkait dengan ALLAH SWT sahaja seperti makan pada siang Ramadan, meninggalkan solat dan lain-lain atau terkait dengan hubungan sesama manusia seperti amalan rasuah, pecah amanah, mencaci, memanggil dengan panggilan penghinaan, merampas hak orang lain, meliwat isteri dan lain-lain. 101. Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat. Undang-undang jenayah Islam bertindak dengan menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama sebagai contoh orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam. Dengan adanya hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah, akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera. Hukuman jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Oleh itu hukuman takzir lebih kepada memberikan pengajaran dan keinsafan kepada pelaku salah. 64


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 65

Matlamat utamanya untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku, untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat. Justeru itu, hukuman takzir bermula dengan nasihat ( ) : Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi yang pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi kesalahan pada masa akan datang. Teguran ( ): Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha memperbaiki dirinya. Ancaman ( ): Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman. Setelah itu barulah dilaksanakan tindakan yang lebih keras dan menzahirkan maksud hukuman itu sendiri. 102. Bersandarkan kepada sejarah panjang umat Islam terdapat pelbagai bentuk hukuman takzir pernah dilaksanakan dalam sejarah termasuk pada zaman Nabi SAW sendiri. Dalam sebuah hadis riwayat Bahz bin Hakim RA bahawa Nabi SAW pernah memenjarakan seseorang sebelum dibebaskan atas suatu dakwaan [Riwayat Abu Daud, Ahmad, al-Tirmizi dan al-Nasaei]. Perkara yang sama berlaku pada zaman Saidina Umar RA bahkan ada riwayat yang menyatakan pada zaman beliau diperkenalkan sistem penjara secara rasmi. Justeru itu, hukuman penjara merupakan salah satu daripada kaedah hukuman takzir. Menurut al-Qarafi daripada kalangan ulama Maliki pemerintah tidak berhak menahan pesalah takzir dalam kesalahan melibatkan harta seperti pesalah rasuah sekiranya harta tersebut dapat dirampas kembali dengan nilai yang sama daripada pesalah yang diambil secara batil atau apa-apa bentuk lain seperti rumah, tanah yang boleh dinilai untuk mendapatkan kembali hak yang terabai. 103. Ada juga hukuman kepada pesalah rasuah dalam kategori takzir dengan disebat dengan rotan dan rupa paras pelaku rasuah dilumur dengan arang dan dibotakkan kepalanya bertujuan untuk menjadi pengajaran kepada orang awam agar tidak 65


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 66

melakukan jenayah rasuah. Pesalah itu tadi akan dipertontonkan kepada khalayak ramai seperti di pasar awam sebagai balasan kepada kejahatan yang dilakukannya. Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Nujaim di kalangan ulama mazhab Hanafi berdasarkan tindakan Saidina Umar bin al-Khattab RA yang menulis surat kepada Gabenornya di bumi Syam, sekiranya ada jenayah saksi palsu pesalahnya hendaklah dihukum dengan sebat 40 rotan, muka dilumur arang, kepala dibotakkan dan dipenjarakan untuk satu tempoh yang panjang. 104. Dalam mazhab Hanafi dan Maliki pesalah dalam kategori takzir seperti rasuah boleh dikenakan hukuman mati sekiranya diperakukan oleh pemerintah dan perbuatan tersebut dilakukan berulang kali setelah tindakan dan peringatan yang lebih ringan telah dilakukan. Menurut ulama kategori ini dinamakan sebagai hukuman mati bersandarkan kepada maslahat sesuai dengan pertimbangan pemerintah ( ). Rujuk al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu oleh Wahbah al-Zuhaili 6/200 cetakan Dar al-Fikr, Damascus. Justeru, pelaksanaan hukuman merupakan kemuncak kepada kesalahan jenayah yang sudah membarah tahap empat di kalangan masyarakat dalam sesebuah negara dan tiada pertimbangan lain yang boleh diambil oleh pemerintah untuk membendung jenayah tersebut. 105. Justeru itu menurut Imam al-Shawkani dalam kitab Nail al-Awtar (wafat:1255 H) hukuman bagi pelaku korupsi bukanlah hudud tetapi takzir yang diserahkan kepada pertimbangan hakim untuk menghukumnya. Dalam menentukan kewajaran hukuman kepada pesalah rasuah kategori takzir lebih fleksibel dan mempunyai kekuatan tersendiri tanpa perlu terikat dengan dalil yang mengikat pemerintah untuk patuh. Ini kerana tidak ada dalil syara’ yang konkrit dijadikan sandaran untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah rasuah dengan hanya satu hukuman sahaja. Hikmat ALLAH SWT mengembalikan tindakan kepada perasuah di bawah keputusan pemerintah amat besar kebaikannya kerana berat atau ringan kesalahan tersebut perlu mengambil kira kepada maslahat umum dan negara termasuk faktor-faktor lain yang membawa kepada berleluasanya amalan rasuah seperti gaji yang terlampau rendah, peluang berada di depan mata, birokrasi pengurusan untuk kepentingan awam dan lain-lain. 66


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 67

RUJUKAN 1) Al-Quran al-Karim. 2) Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. 3) Al-Mughni karangan Ibnu Qudamah cetakan Dar Alam al-Kutub (mazhab Hanbali). 4) Al-Hawi al-Kabir karangan al-Mawardi cetakan Dar Kutub Ilmiyah (mazhab Syafie). 5) Kasyaf al-Qina’ karangan Mansur bin Yunus al-Bahuti cetakan Alam al-Kutub (mazhab Hanbali). 6) Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran karangan al-Qurtubi cetakan Muassasah al-Risalah (mazhab Maliki). 7) Al-Bahr al-Raiq karangan Ibnu Nujaim cetakan dar kitab Islamy (Mazhab Hanafi). 8) Rad al-Muhtar Ibnu Abidin cetakan Dar Kutub Ilmiyah 2011. (Mazhab Hanafi). 9) Nihayatul Muhtaj karangan al-Ramli cetakan Dar Kutub Ilmiyyah (mazhab Syafie). 10) Fatawa al-Subki karangan Taqiyuddin Ali al-Subki cetakan Dar al-Ma’arif (mazhab Syafie). 11) Fath al-Qadir syarah al-Hidayah karangan Kamaluddin ibnu Humam cetakan Bulaq. 12) Al-Awsad fi al-Sunan wa al-Ijma’ wa al-Ikhtilaf Ibnu al-Munzir al-Naisabury cetakan Dar Kutub al-Ilmiyyah 2012 (mazhab Syafie). 13) Adillah al-Hanafiyyah, karangan Muhammad Qasim al-Muzaffarfuri cetakan Dar al-Qalam Damascus 2017 (Mazhab Hanafi). 14) Kifayah al-Nabih Syarah al-Tanbih karangan Ibnu Rif’ah, Ahmad bin Muhammad 17/102 cetakan Dar Kutub al-Ilmiyyah 2009 (mazhab Syafie). 15) Mausu’ah al-Mu’jam al-Mufahris Li Alfaz al-Hadis al-Nabawi al-Syarif. 16) Mausu’ah al-Fiqh al-Islami karangan Wahbah al-Zuhaili cetakan Dar al-al-Fikr. 17) Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah cetakan Dar al-Ummah 2008. 18) Nail al-Awtar karangan Muhammad bin Ali al-Shawkani cetakan Dar al-Hadis. 19) Al-Bayan fi Mazhab al-Imam al-Syafie karangan Yahya al-Umarani cetakan Dar Minhaj Saudi 13/31. 67


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 68

NERAKA PENJARA AKHIRAT SEUMUR HIDUP Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh NERAKA DISEBUT 145 KALI BERBANDING SYURGA 135 KALI DALAM AL-QURAN 106. Al-Quran al-Karim merupakan sumber hukum dan ilmu pengetahuan yang bersifat qat’ei yang wajib diyakini oleh umat Islam sebagai kalamullah (firman ALLAH SWT) yang mutlak dan pasti benar. Al-Quran al-Karim diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai pedoman hidup bagi umat manusia sejagat berisi ajaran yang lengkap dan menyeluruh secara mujmal (prinsip-prinsip umumnya saja) dan diperincikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui sunnahnya sepanjang 23 tahun selepas diutus menjadi rasul. Di antara perkara pokok intipati al-Quran mengajak manusia beriman kepada hari kiamat yang terkandung di dalamnya keimanan kepada balasan neraka dan syurga. Perkataan neraka di dalam al-Quran disebut sebanyak 145 kali dalam beberapa surah yang berbeza manakala syurga disebut sebanyak 135 kali. Secara perbandingan neraka lebih kerap disebut di dalam al-Quran dari syurga maka ianya memberikan suatu maksud yang cukup signifikan dengan kehidupan manusia selepas alam kematian. Dalam artikel ini penulis memfokuskan persoalan neraka tanpa menafikan kepentingan syurga dan nikmatnya atas dasar untuk melahirkan kesedaran dan keinsafan umat agar sentiasa beringat dan takut dari azab neraka. ALLAH SWT sendiri ada ketikanya mendahulukan sebutan neraka dari syurga seperti dalam ayat 20 surah al-Hashr firman ALLAH SWT maksudnya:

Maksudnya: “Tidaklah sama penghuni neraka dan penghuni Syurga; penghuni Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini)”. Dalam surah al-A’la ayat 12-13 firman ALLAH SWT maksudnya:

68


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 69

Maksudnya: “Dia lah orang yang akan menderita dalam pembakaran neraka yang amat besar (azab seksanya) [12] Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang [13]”. Keadaan yang sama berlaku ada ketikanya ALLAH SWT mendahulukan kematian daripada hidup seperti firman ALLAH SWT dalam surah al-Mulk ayat 2:

Maksudnya: “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Ia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” ALLAH SWT juga mendahulukan perkataan wanita daripada lelaki dalam surah al-Syuraa ayat 49:

Maksudnya: Bagi ALLAH SWT jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. SEAWAL USIA KANAK-KANAK DIAJAR MEMBACA DAN MENGHAFAL AYAT-AYAT LAZIM DARIPADA AL-QURAN 107. Dalam kehidupan kita seharian bermula dari kecil sampai dewasa bahkan sebelum menempuhi alam kematian kita diingatkan dengan ganjaran syurga dan azab neraka. Seawal usia kanak-kanak kita telah diajar untuk membaca dan menghafal ayat-ayat lazim di kelas-kelas fardhu Ain, sedarkah kita di antara ayat-ayat pendek tersebut beberapa surah berkait rapat dengan neraka. Antaranya surah al-Humazah, al-Qari’ah, al-Adiyaat di mana terkandung di dalamnya pertanyaan ALLAH SWT kepada Nabi SAW yang bermaksud: “Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu?” (al-Humazah, ayat 5), “Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu”? (al-Qari’ah, ayat 3). 69


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 70

FAHAMI, TADABBUR DAN HAYATILAH SURAH AL-TAKAATHUR AYAT 1-8 DENGAN HATI YANG TENANG

108.

Persoalan akhirat dan neraka turut sama dirangkumkan ALLAH SWT dalam surah al-Takaathur ayat 1-8 maksudnya: “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh) [1] Sehingga kamu masuk kubur [2] Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! [3] Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! [4] Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yaqin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). [5] (Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang [6] Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yaqin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! [7] Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! [8].

GAMBARAN NERAKA DARIPADA PENGLIHATAN NABI SAW KETIKA ISRA’ DAN MI’RAJ 109. Justeru itu, kita perlu mencari jawapan kenapa neraka secara khusus sentiasa diulang-ulang selalu tanpa kita takut? Dan kenapa kita perlu berwaspada daripada azab neraka selalu sedangkan kita tidak pernah melihat jauh sekali merasainya? Perkara pokok dalam isu neraka ianya merupakan urusan aqidah yang tidak boleh ditolak sama sekali. Jika ditolak, 70


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 71

membawa kepada kekufuran yang akhirnya nanti penolaknya ditolak masuk ke dalam neraka. (Kami berlindung dengan ALLAH SWT daripada perkara tersebut). Menurut al-Tahawi dalam kitab Aqidah al-Tahawiyah syurga dan neraka kedua-duanya makhluk ciptaan ALLAH SWT seperti kita manusia yang diberikan keistimewaan oleh ALLAH SWT tidak akan ada penghujungnya seperti manusia dalam erti kata berkekalan selama-lamanya. Penciptaan syurga dan neraka bermula lebih awal sebelum daripada manusia diciptakan oleh ALLAH SWT. Buktinya Nabi SAW telah melihat dengan mata kepala baginda sendiri ketika berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj. NERAKA DARIPADA ILMU YAQIN KEPADA AINUL YAQIN SETERUSNYA HAQQUL YAQIN 110. Berita kewujudan neraka secara yakin kita perolehi daripada al-Quran al-Karim dan daripada mulut Nabi SAW dan kita beriman dengan informasi tersebut walaupun kita tidak pernah melihatnya sendiri. Dalam masa yang sama keyakinan ini bertambah-tambah dan memasuki fasa ‘Ainul yaqin dan Haqqul yaqin walaupun kita tidak pernah melihat dan merasainya sendiri kerana perkara tersebut sudah menjadi pengetahuan dan keyakinan umum dan tidak dapat ditolak lagi. Ini kerana Nabi SAW dalam perjalanan Isra’ dan Mikraj telah diperlihatkan kepada baginda syurga dan neraka dengan mata kasar baginda sendiri. Isra’ dan Mikraj itu menjadi kewajipan kepada kita dan sebahagian daripada aqidah untuk beriman kepada ALLAH SWT. Justeru itu, syurga dan neraka adalah Haqqul Yaqin ciptaan ALLAH SWT yang tidak boleh diragui lagi kewujudannya sama sekali. 111. Neraka merupakan tempat kekal menanti penghuni-penghuninya dari kalangan orang-orang yang kafir, menyekutukan ALLAH SWT, murtad, munafik dan musuh ALLAH SWT, mendustakan para nabi dan tempat persinggahan sementara orang-orang beriman yang melakukan maksiat, fasiq, berbuat dosa dan melanggar perintah ALLAH SWT ketika di dunia, sebagai lambang kehinaan kepada mereka. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Taubah ayat 63 maksudnya: “Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintahperintah) ALLAH SWT dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar”. 71


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 72

112. Di dalam al-Quran ALLAH SWT sentiasa mengingatkan hamba-hambaNya tentang ancaman api neraka agar mereka merasa takut dan gerun untuk tidak melanggar perintahNya. Gambaran dahsyat balasan penghuni neraka sering kali disifatkan melalui orang-orang kafir yang merupakan penjara selama-lama di dalamnya. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Zumar ayat 16 maksudnya: “Bagi mereka (yang kafir disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian, ALLAH SWT menakutkan hamba-hambaNya: “Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!” 113. Perbuatan menakut-nakutkan hamba manusia tidak bererti ALLAH SWT berhasrat suka atau ingin mencampakkan mereka ke dalam neraka bertujuan untuk menyeksa dan memenuhkan setiap ruang neraka yang maha luas, akan tetapi dengan nerakalah satu-satunya jalan yang mampu melahirkan rasa takut kepada seksaan ALLAH SWT jika maksiat dilakukan seperti (memakan harta batil, rasuah, riba, melanggar perintah ALLAH SWT). Justeru itu, dengan lahirnya perasaan takut dan dalam masa yang sama mengharapkan keampunan daripada ALLAH SWT sahajalah yang dapat memacu manusia ke jalan kebenaran serta menjadi benteng pertahanan paling ampuh daripada dirempuh oleh syaitan dan godaan hawa nafsu. MAKANAN PENGHUNI NERAKA IALAH BUAH ZAQQUM YANG SEPERTI TEMBAGA CAIR, MENDIDIH DALAM PERUT DAN MELUAP-LUAP PANASNYA DAN DHARI’ (POHON BERDURI YANG SANGAT KERAS, PALING PAHIT BUAHNYA DAN TIDAK MENGHILANGKAN RASA LAPAR) 114. Rasa takut dan gementar ini akan lahir secara semulajadi seandainya para pembaca, membaca dan menghayati gambaran sebenar neraka yang diceritakan oleh al-Quran dan Nabi Muhammad SAW menggambarkan berbagai bentuk seksaan dan azab yang terdapat di dalamnya seumpama makanan dan minuman penghuni neraka sahaja Zaqqum (berbentuk sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka dan buahnya seperti kepala syaitan-syaitan yang mengerikan), Dhari’ (pohon berduri yang sangat keras dan tidak menghilangkan rasa lapar), Ghislin (minuman yang dibuat daripada nanah yang bercampur dengan darah dan berasal 72


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 73

daripada tubuh para penghuni neraka lainnya), Hamim (minuman panas yang masuk ke dalam mulut dan perut hingga membuat isi di dalam perut menjadi hancur terburai), Ghassaq (minuman sejuk yang terhasil daripada nanah yang kental dan berbau sangat menyengat). Lantas perkara-perkara ini melahirkan rasa gerun dan menginsafkan diri agar sentiasa takut kepada ALLAH SWT. KENAPA PERLU TAKUT NERAKA? 115. Di antara ciri-ciri orang beriman yang disentuh di dalam al-Quran firman ALLAH SWT dalam surah al-Furqan ayat 63-66 maksudnya: “Dan hamba-hamba Ar-Rahman (Tuhan yang maha pemurah itu) ialah mereka yang berjalan di muka bumi dengan sopan santun dan rendah hati. Dan apabila orang-orang yang biadab lagi jahil, hadapkan katakata kesat kepada mereka, mereka menjawab dengan katakata yang baik. [63] Dan mereka (yang diredai ALLAH SWT itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan bersujud dan berdiri. [64] Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. [65] Sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat penetapan dan kediaman. [66]” 116. Di dalam ayat ini jelas orang yang beriman sentiasa memohon daripada ALLAH SWT agar sentiasa terhindar daripada azab api neraka dan ianya merupakan amalan Nabi SAW di mana baginda sentiasa membacakan doa ini

Maksudnya: “Ya ALLAH sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari panasnya api neraka” (Hadis Riwayat al-Nasaie). Kalau Nabi seorang yang maksum terpelihara daripada sebarang dosa sentiasa membacakan doa ini bagaimana pula kita insan biasa yang terdedah kepada dosa setiap ketika? sudah pasti perlu bertambah-tambah rasa takut dan bimbang. Perkara inilah yang dilakukan oleh para sahabat terdahulu kerana menginsafi amalan yang mereka lakukan seperti mana yang diriwayat bahawa Saidina Umar bin al-Khattab RA pernah berkata yang bermaksud : “Seandainya ada suara yang memanggil dari langit wahai sekalian manusia 73


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 74

kamu semua sila masuk ke syurga kecuali hanya seorang, pasti aku sangat bimbang orang yang dimaksudkan itu adalah diriku”. Walhal Saidina Umar RA sendiri dijamin oleh Nabi sebagai penghuni syurga. Bagaimana pula jika seseorang itu tidak mengendahkan dan mengambil peringatan akan seksa neraka ini malahan menganggapnya sebagai hal yang tak perlu ditakutkan? Ada juga yang bersikap sinis...... masuk neraka cuma sebentar, kan kita orang Muslim pasti lambat launnya ke syurga juga kan? ALLAH SWT menempelak golongan ini dengan sekeras-kerasnya dalam surah al-Baqarah, ayat 80 maksudnya: “Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu sudah mendapat janji dari ALLAH SWT supaya (dengan itu) ALLAH SWT tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama ALLAH SWT sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?” 117. Oleh itu, orang yang beriman dan takutkan azab neraka ALLAH SWT hendaklah sentiasa mengimbangi antara mengharapkan ganjaran syurga dan terhindar daripada api neraka serta melaksanakan perintah ALLAH SWT dengan tulus ikhlas. Ini kerana menurut Wuhaib bin al-Ward yang bermaksud: “Janganlah kamu menjadi seperti seorang buruh yang memberikan jawapan kepada majikannya aku hanya akan melakukan pekerjaan tersebut sekiranya ganjaran lumayan”. 118. Menurut Ibnu Rajab al-Hanbali perasaan takut kepada seksaan neraka tidak bermaksud takut kepada azab itu sendiri, akan tetapi azab tersebut hanyalah pembakar semangat, ibarat rotan bagi orang yang malas bekerja. Lantas mereka berusaha keras menyiapkan tugasan yang diberi dan mendapat ganjaran seperti yang dijanjikan. Justeru, neraka bagi orang beriman perlu dilihat sebagai satu rahmat supaya mereka bermotivasi menjauhi segala larangan ALLAH SWT dan sentiasa merasa takut untuk melanggari larangan tersebut. 119. ALLAH SWT menjadikan api di atas dunia untuk dimanfaatkan dalam semua urusan manusia namun, dalam masa yang sama api itu juga boleh dijadikan pengajaran seperti mana firman ALLAH SWT dalam surah al-Waqi’ah, ayat 73 maksudnya: “Kami jadikan api (yang tercetus dari 74


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 75

kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir)”. Api dunia adalah cebisan kecil daripada api neraka yang telah dilemahkan kekuatan dan keupayaannya untuk keperluan manusia. Api dunia ketika kecil boleh dijadikan kawan tetapi apabila besar gulung menggulung menjadi lawan yang sukar dikalahkan. Begitulah gambaran api di dunia yang sukar dikawal apabila marak membakar rumah dan hutan belantara berbulan-bulan untuk dipadamkan. Api neraka berlipat kali ganda lebih dahsyat daripada itu. Dalam satu riwayat daripada Jisr bin Farqad, daripada al-Hasan daripada Anas, dia mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Api dunia yang kamu semua panaskan satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian api neraka Jahannam. Seandainya api tersebut tidak dicelup di lautan sebanyak dua kali sudah pasti kamu tidak dapat mengambil manfaat daripadanya. Bahkan api dunia tersebut berdoa kepada ALLAH SWT supaya tidak dikembalikan lagi ke dalam neraka” (Riwayat Hakim). Dalam satu lagi riwayat daripada Ibn Abbas RA yang bermaksud : “Api ini telah disiram dengan air laut sebanyak tujuh kali. Jika tidak maka ia tidak bermanfaat.” DI MANAKAH TERLETAKNYA NERAKA? 120. Neraka sifatnya makhluk ciptaan ALLAH SWT yang mengambil tempat dalam mana-mana ruang sama seperti manusia. ‘Athiyyah meriwayatkan daripada Ibn Abbas RA dengan katanya yang bermaksud: “Syurga terletak di langit ke tujuh dan ALLAH SWT menempatkannya pada hari kiamat sesuai kehendakNya. Manakala neraka Jahannam berada di lapisan bumi ketujuh.” (Riwayat Abu Nuaim). Dalam satu riwayat lain daripada Ibnu Mandah yang meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Yahya al Qattat, daripada Mujahid, dengan katanya yang bermaksud: “Aku bertanya kepada Ibn Abbas: Di manakah syurga itu berada? Dia menjawab: Di langit ketujuh. Aku bertanya lagi: Di manakah letak neraka? Dia menjawab: Di bawah lapisan laut ketujuh”. Terdapat juga riwayat yang mengatakan neraka berada di bumi seperti dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA katanya yang bermaksud: “Kami pernah bersama Nabi SAW tiba-tiba beliau mendengar seperti 75


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 76

suara benda jatuh ke dasar. Nabi SAW bertanya, ‘Tahukah kalian suara apa itu?’ Kami menjawab, ‘ALLAH SWT dan RasulNya lebih mengetahui.’ Baginda bersabda yang bermaksud, “Ini adalah batu yang dilemparkan ke neraka sejak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru mencapai dasarnya” (Riwayat Muslim). 121. Barangkali terlintas di fikiran kita bagaimana pula neraka berada di bumi sedangkan Nabi SAW melihatkannya berada di langit dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj? Tiada yang mustahil bagi ALLAH SWT sama ada neraka berada di langit atau bumi, malah sebahagian ulama mengatakan kewujudan neraka di bumi bersesuaian dengan firman ALLAH SWT dalam surah Ghafir, ayat 46 maksudnya: “Mereka (orang-orang kafir) didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!”. Namun demikian para ulama berbeza pendapat dalam menentukan di manakah tempatnya neraka sama ada di bumi atau di langit. Pendapat paling selamat menurut Imam Suyuti dengan menyerahkan urusan tersebut kepada ALLAH SWT kerana tiada dalil yang konkrit menyatakan demikian. BERAPA LUASKAH NERAKA? 122. Luasnya neraka tidak dapat dilakukan perbandingan dengan luasnya bumi atau dunia kerana neraka sebanyak mana sekalipun dibuang ke dalamnya orang kafir dan orang-orang yang berdosa tidak akan penuh, seperti mana firman ALLAH SWT dalam surah Qaf, ayat 30 bermaksud: (Peringatkanlah manusia) mengenai hari di mana Kami bertanya kepada neraka Jahannam: “Adakah engkau sudah penuh?” Ia menjawab: “Adakah lagi sebarang tambahan?”. Daripada ayat tersebut jelas neraka masih tetap boleh diisi oleh penghuni-penghuninya secara terus-menerus dan tidak akan penuh meskipun diisi oleh seluruh jin, orangorang kafir dan manusia yang berdosa dari awal manusia diciptakan-Nya sampai hari kiamat nanti. 123. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA Nabi SAW 76


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 77

bersabda yang bermaksud: “Gigi taring orang kafir di dalam neraka dan tebal kulitnya sejauh perjalanan tiga hari” (Riwayat Muslim). Hadis ini jelas memberikan gambaran saiz penghuni neraka dari kalangan orang kafir mengembang dan membesar dan sudah pasti tempatnya juga perlu lebih luas untuk menampung ramainya penghuni. 124. Dalam hadis riwayat Abu Hurairah RA dan Abu Umamah RA daripada Nabi SAW sabdanya yang bermaksud: “Seandainya seketul batu dibuang ke dalam neraka dari tebingnya nescaya batu tersebut meluncur ke dalamnya selama tujuh puluh tahun namun belum pasti sampai ke dasarnya” (Riwayat al-Hakim). Demikianlah gambaran dalam dan jauhnya dasar neraka sehingga penghujungnya hampir tidak kunjung tiba. 125. Hadis Nabi SAW juga memberikan gambaran betapa luasnya neraka dengan ramainya para malaikat yang bertugas dalam satu-satu masa apabila penghuni neraka diheret masuk ke dalamnya. Daripada Abdullah bin Mas’ud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Pada hari kiamat neraka diperlihatkan kepada manusia dengan tujuh puluh ribu tali belenggu membelit penghuni neraka yang setiap satu daripadanya dikendalikan oleh tujuh puluh ribu malaikat” (Riwayat Muslim). Bilangan manusia yang dibelenggu dengan dengan seutas tali besar tersebut sudah cukup menggambarkan betapa ramainya para malaikat yang bertugas untuk mengawasi mereka dalam perjalanan menuju ke neraka. 126. Neraka Jahannam sahaja menurut Ibnu Abbas RA seperti yang diriwayatkan oleh Mujahid dengan katanya yang bermaksud: “Apakah kamu semua tahu berapa luaskah neraka Jahannam itu?” Kami semua menjawab: “Tidak tahu”. Jawab Ibnu Abbas RA: “Demi ALLAH SWT kamu semua tidak akan mengetahui bahawa jarak di antara lubang yang ada di telinga untuk tempat digantungkan anting-anting salah seorang penghuni neraka dengan hidungnya adalah perjalanan selama tujuh puluh tahun”.

127.

APAKAH BAHAN BAKAR API NERAKA? Bahawa bahan bakar api neraka ada 2 jenis (2 benda) sebagaimana yang diterangkan dalam surah al-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang 77


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 78

bahan-bahan pembakarannya adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikatmalaikat yang keras dan kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada ALLAH SWT terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan apa yang diperintahkan”. Batu merujuk kepada berhala yang disembah oleh manusia ketika di dunia sebagai satu bentuk penghinaan kepada penyembahnya. Ketika di dunia berhala tersebut tempat mereka bergantung harap ternyata di dunia mereka kecewa dan akhirat bertambah-tambah kekecewaan. Batu sebagai bahan bakar memberikan gambaran bahawa api tersebut sangatlah panas dan tiada tandingannya kerana batu merupakan objek keras tidak seperti kayu dan semestinya api yang menyala pada batu sudah tentu berkalikali lipat gandanya dengan panasnya dibandingkan dengan api yang hanya menyala daripada kayu. Manakala manusia (al-Nas) menurut Ibnu Jarir al-Tabari termasuk juga bangsa jin kerana taklif hukum juga merangkumi golongan ini. Bukan hanya di dalamnya manusia sahaja bahkan golongan jin atau syaitan juga penghuni tegar neraka dan menjadi bahan bakar api neraka juga. Bahawa penyebutan manusia dan batu sebagai bahan bakar api neraka ini sebagai bentuk ancaman, atau bentuk peringatan khususnya ditujukan kepada manusia. Nama manusia disebut dengan nyata sebagai bahan bakar api neraka agar manusia sentiasa takut dan berhati-hati supaya tidak tergelincir masuk ke dalam neraka.

128.

ADAKAH NERAKA MEMPUNYAI JURANGNYA SENDIRI? Jika syurga diciptakan ALLAH SWT bertingkat-tingkat sesuai dengan kelayakan penghuninya, begitulah keadaannya neraka diciptakan dengan bertingkat-tingkat sesuai dengan amal perbuatan dosa dan kejahatan tetamunya. Pelaku dosa paling durjana dengan mensyirikkan ALLAH SWT dan memperolok-olokkan agama (golongan munafik) tempat di lapisan yang paling bawah ( ) dari sudut susunannya dan maha dahsyat azabnya, iaitulah neraka Jahannam dan begitulah keadaannya untuk kategori-kategori dosa-dosa yang lain. Firman ALLAH SWT dalam surah al-An’am ayat 132 maksudnya: “Dan bagi tiaptiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) yang mereka telah kerjakan; dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah 78


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 79

lalai dari apa yang mereka lakukan”.

129.

NERAKA SERTA NAMANYA ADA TUJUH Susunan tingkatan neraka bermula dari dasarnya yang paling bawah menurut ulama adalah seperti berikut. 1. Neraka Jahannam, seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya. Tempat istimewa ini bagi orang-orang kafir dan mereka kekal di dalam selama-lamanya. 2. Laza, tingkat kedua yang dihuni pendusta agama ALLAH SWT dan berpaling daripada ajarannya. 3. Huthamah, tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah ALLAH SWT kerana dipengaruhi harta dunia. 4. Sa’ir, dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud. 5. Saqar, penghuninya ialah orang tidak menunaikan solat, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan. 6. Jahim, penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama ALLAH SWT dan minum arak. 7. Hawiyah, menempatkan orang memusuhi dan menentang perjuangan para Nabi dan Rasul.

130. Kesemua neraka berasaskan seksaan daripada api yang tidak akan terpadam selama-lamanya, seandainya api tersebut agak reda ALLAH SWT menambahkan nyalaannya kembali dengan lebih marak lagi. Hal ini bermaksud tiada ruang dan masa untuk penghuni neraka beristirehat walaupun kurang sedetik sekalipun. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Isra, ayat 97 maksudnya: “Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh ALLAH SWT maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau (kamu) tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka penolong-penolong yang lain daripadaNya, dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masingmasing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiaptiap kali malap julangan apinya, Kami tambah mereka dengan api yang menjulang-julang tinggi”. Dalam ayat lain ALLAH SWT memberikan gambaran setiap kali mereka memohon untuk diringankan azab, balasannya azab akan bertambah lebih dahsyat daripada sebelumnya. Firman ALLAH SWT, surah al-Naba’ ayat 30 79


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 80

maksudnya: “(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu”. 131. ALLAH SWT berjanji tidak akan melakukan kezaliman kepada makhluk ciptaanNya dan janji pasti ditepati. Makhluk di kalangan manusia dan jin yang terpilih dengan kehendak dan ilmu ALLAH SWT untuk dimasukkan ke dalam neraka merupakan mereka yang mengingkari perjanjian dengan ALLAH SWT untuk tidak melakukan maksiat dan kekal taat kepada perintahnya. Justeru, tetamu neraka adalah mereka yang menzalimi diri sendiri, menyakiti dan merampas hak orang lain secara batil, melakukan dosa dan lain-lain lagi. Penghuni neraka yang paling ringan azab seksaannya daripada kalangan orang beriman yang melakukan dosa dengan mengambil kira jenis-jenis dosa yang dilakukan ketika di dunia. Manakala orang kafir sudah pasti azab seksaannya bertambah-tambah di lapisan paling dasar neraka. 132. Lama dan pendek tempoh diazab dalam neraka berdasarkan dosa dan amalan masing-masing dan keampunan daripada ALLAH SWT, yang pasti tiada layanan istimewa kelas pertama di sana. Nabi SAW memberikan gambaran kepada penerima seksaan dalam riwayat Imran bin Husyain RA dengan sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya suatu kaum dikeluarkan dari neraka dengan terbakar tubuhnya kecuali paras wajah mereka berputar sehinggalah mereka masuk ke syurga” (Riwayat al-Bukhari). 133. Bentuk seksaan dalam neraka bermacam ragam, daripada Nu’man bin Bashir RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seringan-ringan seksaanseksaan penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya dua bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada di kepalanya. (Dari sebab panasnya kedua bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dahsyat seksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan seksaannya”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

80


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 81

134. BENTUK-BENTUK SEKSAAN PENGHUNI NERAKA 1.

Diseret ke neraka dengan muka tertiarap, mata buta, lidah bisu dan telinga tuli. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Isra’ ayat 97 maksudnya: “Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh ALLAH SWT maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau (kamu) tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka penolongpenolong yang lain daripadaNya, dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambah mereka dengan api yang menjulangjulang tinggi”.

2.

Dipakaikan pakaian dan alas tidur berapi yang menghancurkan tubuh. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Hajj, ayat 19-21 maksudnya: “Inilah dua golongan mukmin dan kafir yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka, maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak. [19] Dengan air itu dihancur leburkan segala apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka. [20] Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka [21]”. Firman ALLAH SWT dalam surah al-A’raf, ayat 41 maksudnya: “Disediakan untuk mereka hamparanhamparan dari api neraka, dan di atas mereka lapisanlapisan penutup (dari api neraka) dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keingkarannya)”.

3.

Tempat seksaan yang cukup sempit. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Furqan, ayat 11-14 maksudnya: Mereka bukan sahaja mendustakanmu (mendustakanmu: merujuk kepada Nabi Muhammad SAW, dipetik dari Tafsir al-Khawatir al-Imaniyyah) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang 81


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 82

menjulang-julang [11] Apabila neraka itu melihat mereka iaitu orang-orang musyrikin dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara kemarahannya yang menggelegak dan mengeluh [12] Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu) [13] (Lalu dikatakan kepada mereka): “Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya) [14]” 4.

Dilemparkan dari gunung yang tinggi. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Muddatthir, ayat 17 maksudnya: “Aku akan menyeksanya (azab) dengan pendakian yang memayahkan”. Dalam tafsir Ath-Thabari firman ALLAH SWT surah al-Muddatthir ayat 17 maksudnya “Aku akan membebaninya mendaki pendakian yang memayahkan,” maksudnya adalah, “Aku akan membebaninya seksa yang menyusahkan, dan dia tidak akan dapat selamat dari seksa tersebut.” Ada riwayat yang mengatakan bahawa Ash-shau’d adalah sebuah gunung di neraka dari Abu Sai’d Al Khudhri, dari Rasulullah SAW, beliau bersabda yang bermaksud, “Ash-shau’d adalah gunung api, mendakinya selama 70 tahun, demikian pula turunnya, selamanya.”

5.

Tidak mati selama-lamanya. Firman ALLAH SWT dalam surah Ibrahim, ayat 17 maksudnya: “Ia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana terlalu busuknya), dan ia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang ia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu); dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat”.

6.

Seksaan tidak pernah terhenti. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Zukhruf, ayat 74-75 maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang berdosa (dengan kekufurannya), kekal selama-lamanya di dalam azab seksa neraka Jahannam [74] Tidak diringankan azab 82


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 83

itu daripada mereka, dan mereka tinggal menderita dengan berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan)”. [75] 7.

Bau busuk yang menyeksakan. Penghuni neraka diazab dengan pelbagai bentuk bau-bauan yang sangat busuk. Menurut Ibnu Buraidah daripada ayahnya daripada Nabi SAW dengan sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya bau alat kelamin para pelacur di dalam neraka menyeksa deria cium penghuni neraka”. (Riwayat al-Bazzar)

SIAPAKAH GOLONGAN PERTAMA DIHISAB DAN DIAZAB DI NERAKA? 135. Abu Hurairah RA pernah menceritakan daripada Nabi SAW berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud: Sesungguhnya pada hari kiamat, ALLAH SWT akan turun kepada hamba-hambaNya untuk menghakimi mereka, sedang mereka dalam keadaan berlutut. Orang pertama yang dipanggil untuk dihisab adalah orang yang menghafal al-Quran, orang yang berjihad di jalan ALLAH SWT, dan orang yang memiliki banyak harta. ALLAH SWT lalu bertanya kepada orang yang membaca atau menghafal al-Quran: Bukankah Aku telah mengajarkan kepadamu apa yang telah Aku turunkan kepada utusanKu? Orang itu menjawab: Benar wahai ALLAH SWT. ALLAH SWT kembali bertanya: Lantas apa yang telah kamu lakukan dengan apa yang telah kamu ketahui? Orang itu menjawab: Aku bangun di waktu malam dan siang hari. ALLAH SWT berfirman kepadanya yang bermaksud: Kamu telah berdusta. Malaikat berkata: Kamu telah berdusta. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: Kamu hanya ingin dikatakan bahawa si fulan adalah seorang pembaca al-Quran yang baik. Dan sebutan itu sudah didapatkan. Lalu dihadapkan kepada ALLAH SWT orang yang diberikan harta. ALLAH SWT berfirman kepadanya yang bermaksud: Bukankah Aku telah melapangkan rezeki bagimu hingga Aku tidak membiarkan dirimu meminta-minta kepada orang lain? Orang itu menjawab: Benar, wahai ALLAH SWT. ALLAH SWT bertanya: Apa yang telah kamu lakukan dengan apa yang telah Aku anugerahkan kepadamu? Orang itu menjawab: Aku menyambung silaturrahim dan bersedekah. ALLAH SWT berfirman kepadanya yang bermaksud: Kamu telah berdusta. Malaikat berkata kepadanya: Kamu telah berdusta. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: 83


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 84

Akan tetapi dirimu hanya ingin dikatakan bahawa si fulan (dirimu) adalah orang yang dermawan. Sebutan itu pun telah didapatkan. Lalu dihadapkan orang yang terbunuh di jalan ALLAH SWT. ALLAH SWT lalu bertanya kepadanya: Kerana apa dirimu terbunuh? Orang itu menjawab: Aku diperintahkan untuk berjihad di jalanMu. Aku lalu berperang hingga terbunuh. ALLAH SWT berfirman kepadanya yang bermaksud: Kamu telah berdusta. Malaikat berkata kepadanya: Kamu telah berdusta. ALLAH SWT berfirman kepadanya yang bermaksud: Akan tetapi kamu hanya ingin dikatakan bahawa si fulan (dirimu) adalah orang yang gagah berani. Sebutan itu telah didapatkan. Rasulullah SAW lalu memukul lututku dan bersabda maksudnya: Wahai Abu Hurairah RA, mereka bertiga adalah makhluk ALLAH SWT pertama yang merasakan api neraka pada hari kiamat nanti. (Riwayat al-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan al-Hakim). KEADAAN PENGHUNI NERAKA 136. Pada hari akhirat kelak, manusia dibahagikan kepada tiga golongan iaitu kelompok manusia yang beriman kepada ALLAH SWT dan beramal soleh disediakan kenikmatan oleh ALLAH SWT dengan ganjaran syurga. Kelompok kedua terdiri daripada orang yang munafik yang berpura-pura beriman dan memperolokkan urusan agama. Mereka yang memilih melakukan dosa ketika hidup, munafik dari segi aqidah, ibadah atau akhlak disediakan dengan azab neraka. Kelompok ketiga pula di kalangan manusia yang kafir, yang tidak beriman kepada ALLAH SWT dan hari pembalasan disediakan dengan seksa neraka yang amat dahsyat. 137. Azab yang dikenakan ALLAH SWT kepada golongan kafir dan munafik pada hari kiamat, mereka diheret di dalam keadaan mukanya ke bawah dan dihumban ke dalam neraka. Firman ALLAH SWT, surah al-Qamar, ayat 47-48 maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api neraka [47] Semasa mereka diseret di dalam neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): “Rasalah kamu sentuhan (bakaran) api neraka” [48]. Di dalam Surah Ghaafir, ayat 70-72 firman ALLAH SWT maksudnya: “Iaitu orang-orang yang mendustakan al-Quran dan segala apa yang dibawa oleh Rasul-rasul 84


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 85

Kami yang telah Kami utuskan; maka mereka akan mengetahui kelak [70] Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka diseret [71] Ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka dibakar dalam api neraka;” [72]. 138. Penghuni neraka di kalangan golongan kafir dan munafik mula membolak-balikkan wajah mereka di dalam keadaan tidak mampu menahan azab ketika dibakar api neraka seperti dipanggang di dalam neraka. Firman ALLAH SWT, surah al-Anbiyaa’, ayat 39 maksudnya: “Kalaulah orang-orang kafir itu mengetahui apa yang akan menimpa mereka ketika mereka tidak dapat menahan atau mengelakkan api neraka dari muka dan belakang mereka, dan mereka pula tidak diberi pertolongan, (tentulah mereka segera beriman, dan tidak berkata demikian)”. Selain itu mereka juga diazab oleh ALLAH SWT di dalam keadaan hancur luluh segala daging mereka dan dipakaikan baju yang diperbuat daripada api neraka. Mereka disiram air yang menggelegak (Hamim) di atas kepala mereka, maka hancur daging yang ada pada perut dan kulit mereka, malah pada ketika itu juga dipukul dengan cambuk-cambuk besi. Abu Hurairah RA berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya hamim (sejenis tembaga yang panas menggelegak) akan dituangkan di atas kepala mereka. Lalu dimasukkan ke dalam tempurung kepala mereka dan mengalir ke bahagian perut sehingga putus urat-urat perutnya, meleleh dan keluar ke bahagian kaki, kemudian kembali semula kepada keadaan asal.” 139. Neraka yang menempatkan golongan kafir dan munafik ini disempitkan ALLAH SWT dan hanya memuatkan ukuran badannya dan sangat padat. Ketika hidup di dunia dahulu, mereka ini tidak mempercayai dengan hari pembalasan dan Padang Mahsyar. Firman ALLAH SWT di dalam surah al-Furqaan, ayat 11-14 maksudnya: Mereka bukan sahaja mendustakanmu (mendustakanmu: merujuk kepada Nabi Muhammad SAW, dipetik dari Tafsir al-Khawatir al-Imaniyyah) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang menjulang-julang [11] Apabila neraka itu melihat mereka iaitu orang-orang musyrikin dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka 85


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 86

suara kemarahannya yang menggelegak dan mengeluh [12] Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu) [13] (Lalu dikatakan kepada mereka): “Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya) [14]” 140. Menurut Ibnu Abbas RA ketika seseorang itu akan diseret ke neraka, lalu kedengaran neraka itu menarik nafas seolah-olah seperti seekor keldai yang bernafas di hadapan gandum, sehingga tidak tinggal seorang pun kecuali rasa takut di saat mendengar api neraka yang menarik dan kedengaran seperti ingin menerkam manusia. Keadaan penghuni neraka di kalangan golongan kafir dan munafik juga mereka dijatuhkan ke dalam neraka bagaikan orang yang terjatuh daripada gunung. Ketika mencuba untuk naik semula ke bahagian atas neraka yang sangat menyukarkan, mereka ditolak kembali dengan berasa gayat dan keadaan itu berterusan demikian tanpa tiada kesudahannya. 141. Dahsyatnya seksaan neraka ALLAH SWT terhadap golongan yang ingkar dirakamkan di dalam al-Quran, di antaranya menerusi firman ALLAH SWT di dalam surah Saba’ ayat 33 maksudnya: “Dan berkata pula orang-orang yang tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur itu: “Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada ALLAH SWT dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab; dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan.” 142. Azab penghuni neraka bermula dengan belenggu yang mengikat tangan dan kaki mereka serta pakaian mereka daripada minyak tar yang panas sebagai lambang penjenayah dunia-akhirat, sama seperti penjenayah dunia dipakaikan dengan pakaian 86


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 87

seragam pusat tahanan. Belenggu tersebut cukup berat yang menjadi beban berlipat kali ganda daripada berat mereka sendiri. Firman ALLAH SWT dalam surah Ibrahim, ayat 49-50 maksudnya: “Dan engkau akan melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu [49] Pakaian mereka dari minyak tar (belangkin), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka [50]”. 143. Menurut ulama tafsir seperti Wahbah al-Zuhaily ayat tersebut bermaksud bahawa ALLAH SWT menyuruh malaikat Zabaniah (penjaga neraka) untuk memegang orang kafir dengan tangannya diletakkan di leher lalu diikat dengan belenggu, lalu mereka dihumban ke dalam neraka dan dibakar. Menurut al-Qurtubi setelah itu 100,000 malaikat berebut-rebut memegang mereka yang dibelit dengan rantai dengan sekuatkuatnya yang panjangnya 70 hasta, setiap satu hasta sama panjangnya dengan timur dan barat. Ketika itu berusaha keras menantikan peluang untuk lari keluar dari neraka. Mereka berusaha merangkak keluar menuju ke bahagian atas neraka dan tindakan mereka itu dilihat oleh malaikat Zabaniah dengan pandangan yang seolah-olah mengejek ahli neraka, dan pandangan itu menambah beratnya bebanan yang ditanggung sebagaimana yang digambarkan di dalam surah al-Muddathir, ayat 17 maksudnya: “Aku akan menyeksanya (azab) dengan pendakian yang memayahkan”. Apabila mereka berada di dalam keadaan hampir untuk keluar dari neraka, tiba-tiba didatangi malaikat Zabaniah datang dan memukul mereka dengan besi dengan pukulan yang maha kuat menyebabkan mereka terbenam semula ke dasar neraka. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Hajj, ayat 21-22 maksudnya: “Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka [21] Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: “Rasalah kamu azab seksa yang membakar! [22]”. 144. Abu Said al-Qudri RA menyebut, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Kalaulah gunung itu walaupun hanya sekali dihentam daripada belenggu besi penghuni neraka, nescaya berkecai seluruh alam ini” (Riwayat Ahmad). Imam Ahmad menyebut di dalam kitab al-Zuhd daripada Sayyar bahawa Ja’far mendengar daripada Malik bin Dinar menyebut: 87


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 88

“Apabila penduduk neraka terkena pukulan belantan besi itu, mereka terjatuh semula di dalam genangan air yang sangat panas menggelegak, lalu dia menyelam di dalamnya dalam keadaan terhina sebagaimana seorang yang jatuh ke dalam air di dunia dengan rasa sangat malu kerana dipandang orang terhadap perlakuannya itu.” DHARI’ ADALAH POKOK BERDURI YANG PALING PAHIT BUAHNYA, MAKANAN PENGHUNI NERAKA YANG TIDAK MENGGEMUKKAN DAN TIDAK DAPAT MENGHILANGKAN SEDIKIT KELAPARAN PUN 145. Penghuni neraka sentiasa berada dalam kelaparan dan kehausan yang teramat sangat, mereka tidak dibiarkan begitu sahaja maka ALLAH SWT menyiapkan kepada mereka beberapa jenis makanan dan minuman, sesuai dengan diri mereka selaku penjenayah musuh ALLAH SWT. Di antaranya ialah al-dhari’ iaitu makanan yang berduri dan zaqqum. Di dalam surah al-Ghaasyiyah, ayat 6-7 firman ALLAH SWT maksudnya: “Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri, [6] yang tidak menggemukkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.” [7] Dhari’ juga dikatakan berada di bumi Syam dan Hijaz, ia juga merupakan duri yang tidak dimakan oleh sesiapa, sekalipun seekor haiwan disebabkan buruk rupanya, berbau busuk dan rasanya yang pahit. Diriwayatkan oleh Imam al-Qurtubi daripada Ibnu Abbas RA, dhari’ sejenis pohon berduri yang berada di dalam neraka yang lebih pahit daripada pohon-pohon pahit di dunia, lebih busuk daripada bangkai dan lebih panas daripada api. MAKANAN PENGHUNI NERAKA IALAH BUAH ZAQQUM YANG SEPERTI TEMBAGA CAIR, MENDIDIH DALAM PERUT DAN MELUAP-LUAP PANASNYA 146. Di dalam neraka juga terdapat pohon Zaqqum yang juga dinamakan sebagai pohon terlaknat. Zaqqum merupakan makanan harian kepada mereka yang melakukan dosa. Penghuni neraka datang memetiknya untuk melapik perut mereka daripada kelaparan, namun apabila buah ini masuk ke dalam perut mereka ianya menggelegak seperti mana menggelegaknya air mendidih. Ada juga pendapat mengatakan penghuni neraka yang sedang haus dan kelaparan ditangkap oleh malaikat lalu diseret hingga ke tengah-tengah api neraka, 88


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 89

kemudian mulut mereka direnggangkan dan disumbat dengan zaqqum. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Dukhan ayat 43-47 maksudnya: (Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, [43] (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka) [44] (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, [45] Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya [46] (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): “Renggutlah (ambillah) orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka [47]”. PENGHUNI NERAKA DIBERI MINUM AIR DANUR ATAU DARAH YANG BERCAMPUR NANAH 147. Selain itu di antara minuman neraka ialah sejenis nanah bernama ghislin dan ghassaq. Sebagaimana yang terkandung di dalam firman ALLAH SWT di dalam surah al-Haaqqah, ayat 35-37 maksudnya: “Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorang pun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya) [35] Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur iaitu minuman ahli neraka (darah bercampur nanah) yang keluar dari tubuh ahli neraka [36] yang tidak memakannya melainkan orangorang yang melakukan perkara yang salah [37]”. 148. Justeru itu, penghuni neraka masuk ke dalamnya untuk menebus kembali kesalahan dan dosa ketika di dunia dengan seksaan, sudah pasti keadaan mereka tidak seperti penghuni syurga yang penuh dengan kenikmatan. Oleh itu, keadaan mereka amat sedih dan ngeri sekali dengan hiruk-pikuk, hingarbingar, gegak-gempita melolong-lolong meminta tolong, merayu empati, menangis air mata darah namun, permintaan tersebut tidak didengar apalagi untuk dilayan. Rupa paras mereka ketika di dunia berseri-seri dan penuh bergaya namun bertukar rupa seperti mana firman ALLAH SWT dalam surah Yunus, ayat 27 maksudnya: “Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) ALLAH SWT; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal abadi di dalamnya”. 89


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 90

149. Dahsyatnya azab neraka sehingga menyebabkan orang-orang kafir berharap agar mereka tidak dibangkitkan daripada kubur untuk mengadap ALLAH SWT. Mereka mengandaikan alangkah baiknya menjadi tanah daripada diseksa dalam neraka kerana mereka akan berkekalan di dalamnya selama-lamanya. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Naba’ ayat 40 maksudnya: Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)”. BALASAN AZAB BAGI PENDOSA-PENDOSA DI KALANGAN ORANG BERIMAN 150. Neraka adalah tempat yang ALLAH SWT cipta buat manusia yang ingkar perintahNya sama ada beriman ataupun sebaliknya. Penghuni neraka di kalangan orang yang tidak beriman dan berbuat syirik akan kekal selama-lamanya di dalamnya. Di kalangan manusia yang beriman kepada ALLAH SWT didapati ianya melakukan dosa, tidak mahu memohon keampunan daripada ALLAH SWT dan ianya tidak akan dianugerahkan rahmat keampunanNya atau syafaat Nabi Muhammad SAW juga adalah golongan menempah tempat di neraka buat sementara waktu. Hanya dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH SWT sahaja yang boleh menyelamatkan manusia daripada termasuk dalam golongan ahli neraka. Firman ALLAH SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 48 maksudnya: “Sesungguhnya ALLAH SWT tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan ALLAH SWT (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar”. Setiap dosa akan diampuni ALLAH SWT sekiranya diri hamba yang bertaubat nasuha melakukannya itu kembali bertaubat dan tidak mengulangi lagi kesilapan silam. Siapa sahaja di kalangan hamba ALLAH SWT yang tidak memohon keampunan daripadaNya adalah golongan yang tidak mengiktiraf keesaanNya bahkan takabbur dan sombong dengan diri sendiri, maka 90


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 91

layaklah mereka menjadi penghuni neraka yang disediakan untuk membalas perbuatan melampaui batas ketika di dunia. 151. Terdapat banyak sekali nas dan dalil menceritakan tentang dosa dan maksiat yang dapat menjerumus orang beriman ke dalam neraka. Namun, masuknya mereka ke neraka bukan untuk selama-lamanya. Hanya ALLAH SWT yang berhak menentukan tempoh masa mereka diazab di sana kemudiannya keluar menuju ke syurga dengan syafaat atau keampunan ALLAH SWT. Sekecil-kecil dosa yang dilakukan oleh seorang hamba melayakkan dirinya untuk diazab dalam neraka dan begitulah keadaannya dengan sebesar-besar dosa. Namun dosa yang berada dalam kategori dosa besar azab seksaannya juga turut sama berat. Dosa-dosa ini dikategorikan sebagai Kabair dalam erti kata dosa besar yang ALLAH SWT akhiri dengan ancaman neraka, atau kemurkaan, atau laknat atau azab seksa. Setiap kategori dosa besar yang tidak terhitung banyaknya diberikan ancaman khusus dengan azab tertentu pada hari kiamat. Nabi SAW mengingatkan umatnya agar tidak melakukan tujuh perkara, ibu segala dosa besar. Dalam hadis riwayat Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: “Jauhilah tujuh dosa yang membinasakan”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah ia? Rasulullah menjawab, ‘Syirik terhadap ALLAH SWT, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh ALLAH SWT kecuali dengan hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari ketika peperangan, menuduh wanita baik-baik berzina”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 152. SEBAHAGIAN BENTUK-BENTUK DOSA BESAR DAN BALASANNYA: 1.

Membunuh orang beriman yang mengesakan ALLAH SWT dengan sengaja dan menganggap halal perkara tersebut, membawa kepada laknat ALLAH SWT dan kekal selamalamanya di dalam neraka. Firman ALLAH SWT dalam surah an-Nisa ayat 93 maksudnya: “Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan ALLAH SWT murka kepadanya, dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.”

2.

Memakan harta manusia secara batil dan zalim, ancaman 91


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 92

balasan azab neraka amat pedih bagi golongan ini. Firman ALLAH SWT dalam surah an-Nisa ayat 29-30 maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya ALLAH SWT sentiasa mengasihani kamu [29] Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi ALLAH SWT [30]” 3.

Menuduh wanita mukminah melakukan zina, firman ALLAH SWT dalam surah an-Annur ayat 23-25 maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh ALLAH SWT) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar; [23] Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan [24] Pada hari itu ALLAH SWT akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang setimpal dengan dosa yang dilakukan dan mereka pula akan mengetahui bahawa ALLAH SWT ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya [25]”.

4.

Hakim yang tidak berlaku adil, daripada Buraidah bin al-Hashib RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: “Para qadi terbahagi kepada tiga golongan: satu dalam syurga dan dua dalam neraka. Qadi di dalam syurga ialah yang mengetahui kebenaran lalu menghukum dengannya. Qadi mengetahui kebenaran lalu menzalimi dalam menghukum maka dia dalam neraka. Qadi yang menghukum antara manusia dalam keadaan jahil pula, dia juga dalam neraka” (Riwayat Abu Daud).

153. Kesimpulannya, selama mana pun penghuni neraka di kalangan orang beriman berada di dalam neraka pasti akan dikeluarkan 92


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 93

dan masuk ke syurga. Ketika itu tidak ada lagi seorang pun penghuni neraka di kalangan orang beriman. Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud RA Nabi SAW menceritakan orang yang terakhir keluar dari neraka dengan sabdanya yang bermaksud: “Aku mengetahui orang yang terakhir daripada neraka dan terakhir masuk ke syurga. Orang yang terakhir keluar daripada neraka dalam keadaan merangkak, ALLAH SWT berfirman kepadanya: Pergilah kamu ke syurga dan masuklah ke dalamnya. Apabila dia pergi ke sana, ALLAH SWT menunjukkan kepadanya bayangan bahawa syurga itu sudah penuh dan terus mengadu kepada ALLAH SWT, lalu diperintahkan pergi semula ke syurga. Namun diberi gambaran lagi akan tiadanya kekosongan di sana dan kembali mengadu kepada ALLAH SWT. Kemudian selepas diperintahkan oleh ALLAH SWT untuk pergi ke syurga untuk kali ketiga dan berkata kepadanya bahawa dia akan mendapati keluasan di dalam syurga ialah seperti sepuluh kali keluasan dunia. Hamba itu berkata: Adakah kamu mempermainkan aku, ya ALLAH? Tatkala pada saat itu sambil bersabda, Rasulullah SAW ketawa sehingga menampakkan gigi gerahamnya kerana sesungguhnya orang itu adalah yang paling rendah darjatnya tetapi dimasukkan juga ke dalam syurga.” Amin Ya Rabbal Alamin. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Semoga kita dipelihara dari kemurkaan ALLAH SWT dan azab api neraka..Amin. RUJUKAN 1) Al-Quran al-Karim. 2) Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. 3) Tafsir Ruh al-Ma’ani Fi al-Quran al-Azim - Mahmud al-Alusi, Dar Ihya’ al-Turaht al-Arabi. 4) Tafsir al-Jami’ Li Ahkam al-Quran (Tafsir al-Qurtubi) Muhammad bin Ahmad al-Qurtubi, Muasasah al-Risalah. 2006. 5) Tafsir al-Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran (Tafsir al-Tabari) Muhammad bin Jarir al-Tabari. 6) Tafsir al-Sha’rawi: Khawatir Imaniyyah - Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi. 7) Ensiklopedia Akhirat Azab Api Neraka- Mahir Ahmad Ash-Syufiy. 8) At-Takhwif Min al-Nar wa At-Ta’rif bi Hal Ahli al-Bawar- Ibnu Rajab al-Hanbali. 9) Mausu’ah al-Mu’jam al-Mufahris Li Alfaz al-Hadis al-Nabawi al-Syarif. 93


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 94

SYIAH, KHAWARIJ, MU’TAZILAH, JABARIYYAH DAN QADARIYYAH; ALIRAN TERSESAT DALAM TERANG Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

154. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) merupakan pegangan yang dominan di kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia, khususnya di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia. Malaysia di antara negara yang menjadikan (ASWJ) sebagai pegangan rasmi masyarakat Islam di negara ini berdasarkan keputusan dan pengamalan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan para mufti serta ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah menetapkan bahawa “Umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak”. Mengambil kira ketetapan daripada keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan tersebut, mana-mana individu muslim yang dipilih memimpin negara Malaysia pada peringkat kebangsaan dan tempatan mestilah dipilih daripada kalangan mereka yang mempunyai pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak termasuk berintegriti bebas daripada rasuah. Ketetapan tersebut patut dijadikan garis panduan dalam menentukan hala tuju kepimpinan orang-orang politik bagi mentadbir negara. 155. Oleh yang demikian, ASWJ pada hari ini adalah satu mazhab yang menjadi pegangan rasmi umat Islam seluruh dunia dalam aspek Aqidah, Ibadat dan Akhlak. Walaupun begitu, masih terdapat sebahagian umat Islam yang terkeliru tentang hakikat ASWJ sehingga menimbulkan polemik di kalangan mereka, golongan manakah yang termasuk di dalam kelompok ASWJ. Justeru itu, artikel ini akan mengupas persoalan hakikat ASWJ berdasarkan fakta dan hujah serta penyelewengan Syiah, Khawarij, Mu’tazilah, Jabariyyah dan Qadariyyah kumpulan terawal yang terpecah daripada landasan ASWJ.

156.

KEMUNCULAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH Di antara ciri-ciri keistimewaan umat Nabi Muhammad SAW 94


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 95

yang tidak dianugerahkan kepada umat-umat terdahulu ialah mereka tidak akan berhimpun atau bersepakat di atas landasan kesesatan selama-lamanya seperti mana tersasarnya umat Nabi Musa AS beramai-ramai selepas kewafatan baginda akibat fitnah Samiri. Sabda Baginda SAW, “Umatku tidak akan bersepakat atas kesesatan” (Riwayat Ahmad). Namun begitu, umat Nabi SAW masih terdedah kepada ancaman fitnah perpecahan umat dalam bentuk kumpulan tertentu akibat daripada munculnya ahli bid’ah daripada individu-individu tertentu. Ya, Rasulullah SAW telah memberitahu tentang perpecahan umat Baginda SAW yang bakal berlaku akan tetapi dalam masa yang sama Rasulullah SAW juga telah memberikan panduan yang jelas sebagai penyelamat ketika berlakunya perpecahan dan kekeliruan ini. Panduannya cukup jelas iaitulah berpegang kepada ajaran Rasulullah SAW dan para Sahabat RA serta al-Jamaah (Majoriti ulama’ dan umat Islam). 157. Al-Jamaah yang dimaksudkan adalah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di mana “Kebenaran Kesepakatan Ulama’ Umat Islam” menjadi kayu ukur yang penting dalam menentukan kedudukan sesuatu kefahaman atau mazhab pemikiran itu berada atas landasan ASWJ. Jika sesuatu kefahaman dan pemikiran itu ditolak dan ditentang dengan kesepakatan ulama’ umat Islam, maka dengan mudah kita dapat mengetahui bahawa ia adalah sesuatu yang batil dan perlu ditolak. Menurut Imam al-Syаtibі dalam kitab al-I’tisam, Ahli Sunnah dan al-Jamа‘ah bererti golongan majoriti dalam kalangan umat Islam yang terdiri daripada imam mujtahid, para ulama dan ahli syariah dan umat yang mengikuti mereka. Dalam sebahagian hadis menyebut Ahli Sunnah dan Jama’ah sebagai al-sawаd al-a‘zam. 158. Istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenarnya merupakan istilah baru dan tidak diketahui dengan tepat tarikh kemunculannya, begitu juga tentang tokoh yang mula memperkenalkan nama Ahli Sunnah Wal Jamaah itu sendiri. Istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah baru digunakan dan berkembang pada pertengahan zaman Khilafah ‘Abbasiyah, untuk membezakannya dengan kelompok Syiah dan Khawarij, yang mula digunakan setelah terbunuhnya Saidina ‘Ali bin Abi Thalib RA di tangan kaum Khawarij. Istilah Syiah pula mulai digunakan, khususnya setelah peristiwa tersebut dan setelah ‘Am al-Jama’ah (Tahun 95


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 96

Rekonsiliasi) yang terjadi pada masa Khalifah al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Thalib RA dengan Muawiyah bin Abi Sufyan. Dari situ, istilah ini terus berkembang, walaupun ada pasang surutnya, dan menjadi rebutan kelompok-kelompok tertentu sehingga ke hari ini kerana berebut untuk menyatakan bahawa kelompoknyalah yang paling benar. 159. Walaupun ada sedikit sebanyak perbezaan pendapat tentang sejarah kemunculan istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah, namun apa yang jelas dan pasti ialah istilah ini muncul di zaman Mutakallimin, zaman di mana para ahli kalam melalui ranjau perdebatan yang cukup dalam dan parah dalam masalah aqidah dan cabang-cabangnya, yang meninggalkan sejarah hitam kepada umat Islam. Ahli Sunnah Wal Jamaah muncul sebagai reaksi (tindak balas) kepada pendapat-pendapat yang diketengahkan oleh kelompok Mu’tazilah dan Jabariah mengenai persoalan qadha’ dan qadar yakni persoalan mengenai kehendak dan perbuatan manusia dan beberapa persoalan lainnya. 160. Salah seorang tokoh terkemuka dalam aliran yang menggelar diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah Abu Hassan al-Asy’ari (L-260 H /W- 324 H). Beliau mendirikan aliran yang dikenali sebagai al-Asy’ariyyah di mana beliau dahulunya adalah pengikut aliran Mu’tazilah. Gurunya, sekaligus orang yang mempengaruhinya hingga masuk ke Mu’tazilah ialah al-Juba’iy. Namun, setelah perdebatannya dengan gurunya, beliau keluar daripada aliran Mu’tazilah dan mula mengetengahkan pendapatpendapat yang menentang kedua-dua aliran yang wujud sebelumnya iaitu Mu’tazilah dan Jabariah. Begitu juga dengan seorang tokoh Mutakallimin pada era tersebut Abu Mansur al-Maturidi (L-233H /W-247 H), daripada kalangan anak murid Abu Hanifah yang turut sama menentang pemikiran Mu’tazilah. SEJARAH SYIAH 161. Syiah adalah sebutan untuk aliran dalam ilmu kalam yang menjadi pengikut Saidina Ali bin Abi Talib RA. Dari sudut bahasa Syiah berasal bererti pembela atau pengikut seseorang. Kemudiannya istilah Syiah diguna pakai kepada satu kelompok muslimin yang menganggap pengganti Nabi Muhammad SAW atau khalifah merupakan hak istimewa yang dimiliki keluarga Baginda SAW (ahlul bait). Pada mereka Saidina Ali RA berhak menggantikan tempat Rasulullah SAW bukan yang lain. 96


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 97

162. Munculnya kumpulan Syiah dikaitkan dengan kemunculan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk agama Islam dengan tujuan membawa fitnah. Dia adalah orang yang bertanggungjawab menyalakan api fitnah terhadap Saidina ‘Uthman RA mendakwa Saidina ‘Ali RA sebagai pemegang wasiat Rasulullah SAW dan bersifat ketuhanan serta memulakan cacian terhadap Saidina Abu Bakar RA, Saidina ‘Umar RA, Saidatina ‘A’ishah RA dan para Sahabat RA yang lain. Dia juga disebut sebagai punca kepada tertubuhnya Syiah dan perang Jamal. Ketika keadaan negara menjadi lebih tegang apabila Saidina ‘Uthman RA dibunuh dan sebahagian sahabat mendesak Saidina Ali RA selaku khalifah perlu menangkap dan melaksanakan qisas kepada pembunuh Saidina Uthman RA. Para sahabat yang berpandangan bahawa hukuman atas pembunuh Saidina ‘Uthman RA perlu disegerakan telah berkumpul di Basrah di kalangan mereka adalah Saidatina ‘A’ishah RA, Talhah RA, al-Zubayr RA dan ramai lagi. Saidina ‘Ali RA juga bergerak ke sana untuk memperbaiki keadaan dan menyatukan umat serta tidak ada sebarang azam di kalangan mereka untuk berperang atau melakukan fitnah. Melalui wakil Saidina ‘Ali RA bernama al-Qa’qa’ bin ‘Amr yang bertemu dengan ketiga-tiga para sahabat tersebut, akhirnya mereka semua bersetuju untuk menyerahkan urusan tersebut kepada Saidina ‘Ali RA dan memberi masa yang cukup serta hasil perdamaian tersebut diberitahu kepada orang ramai. 163. Malangnya persetujuan perdamaian ini disabotaj oleh Abdullah bin Saba’ (Ibn al-Sawda’) dan beberapa orang lain. Pada awalnya mereka membuat perancangan untuk membunuh Saidina ‘Ali RA yang kemudiannya bertukar kepada mencetuskan pertelingkahan sesama para sahabat perlu dilakukan. Akhirnya sekitar 2000 orang yang tidak dikenali menyelinap masuk ke penempatan rombongan Saidina ‘Ali RA dan juga Talhah RA sebelum Subuh dan melakukan serangan secara serentak. Kedua-dua belah pihak merasa terkejut dan menyangka mereka dikhianati oleh pihak yang lain sedangkan ianya sabotaj daripada pihak pelaku fitnah. Maka tercetusnya pertembungan bersenjata antara tentera Saidina ‘Ali RA sebanyak 20,000 orang dan tentera Saidatina ‘A’ishah RA sebanyak 30,000. Dalam peperangan tersebut ramai di kalangan para sahabat gugur syahid, ada yang meninggal di 97


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 98

medan perang dan Saidatina ‘A’ishah RA sendiri terjatuh dari untanya. Peperangan ini dinamakan perang Jamal kerana nisbah kepada unta yang dinaiki oleh Saidatina ‘A’ishah RA yang berlaku pada tahun 36H. KESESATAN SYIAH

164. SYIAH - “Kita yang beragama Islam perlu berpegang teguh sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menolak sekeraskerasnya ajaran Syiah serta ajaran-ajaran ekstrem yang lain yang bercanggah dengan Islam” (Petikan ucapan Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia semasa Perasmian Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat Antarabangsa 1970, merangkap Setiausaha Sekretariat Pertubuhan negara-negara Islam (OIC).

Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Antarabangsa 1970. 98


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 99

165.

Menurut Muhammad Thalib Al Yamani ada 17 protokol Syiah yang selalu mereka sembunyikan daripada pengetahuan umat Islam berfahaman ASWJ sebagai langkah taqiyyah (menyembunyikan aqidah Syi’ahnya) seperti berikut: 1.

Dunia dengan seluruh isinya adalah milik para imam Syiah. Mereka akan memberikan dunia ini kepada siapa yang dikehendaki dan mencabutnya daripada siapa yang dikehendakinya. (al-Kulainî, Ushûlul Kâfi, hlm. 259, cet. India). Protokol ini jelas bertentangan dengan firman ALLAH SWT dalam surah al-A’râf, ayat 128 yang bermaksud: “Sesungguhnya bumi ini semua milik ALLAH SWT, dan diwariskanNya kepada sesiapa yang dikehendaki di antara hamba-hambaNya.” Kepercayaan Syiah seperti ini merupakan kemuncak kebatilan dan sudah pasti adalah syirik.

2.

Saidina ‘Ali bin Abi Talib RA yang dianggap sebagai imam Syiah yang pertama dan gelar sebagai sebagai zat yang pertama dan terakhir, yang zahir dan yang batin sebagaimana termaktub dalam surat al-Hadîd, ayat 3: “ALLAH SWT lah yang ada sebelum yang lain ada, yang tetap kekal setelah yang lain musnah, yang tampak ciptaanNya, dan yang tidak tampak DzatNya.” (Rijâlul Kashi hlm. 138).

3.

Para imam Syiah merupakan wajah ALLAH SWT, mata ALLAH SWT, dan tangan-tangan ALLAH SWT yang membawa rahmat bagi para hamba ALLAH SWT (Usul al-Kafi hlm. 83).

4.

Amirul Mukminin ‘Ali bin Abi Talib RA menurut Syiah menjadi wakil ALLAH SWT dalam menentukan syurga dan neraka, memperolehi sesuatu yang tidak diperolehi manamana manusia sebelumnya, mengetahui yang baik dan yang buruk, mengetahui segala sesuatu secara terperinci perkara yang telah lepas dan akan datang (Usul al-Kafi hlm. 84).

5.

Keinginan para imam Syiah adalah keinginan ALLAH SWT juga (Usul al-Kafi hlm. 278).

6.

Para imam Syiah mengetahui bilakah datang ajalnya dan mereka sendiri yang menentukan saat kematian kerana 99


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 100

jika imam tidak mengetahui hal-hal seperti itu, maka sudah tentu ia tidak berhak menjadi imam (Usul al-Kafi hlm. 158). 7.

Para imam mengetahui segala yang tersembunyi, dapat mengetahui dan menjawab apa sahaja jika kita bertanya kepada mereka kerana mereka mengetahui hal ghaib sebagaimana dalam pengetahuan ALLAH SWT (Usul al-Kafi hlm. 193).

8.

ALLAH SWT itu bersifat bada’ iaitu baru mengetahui sesuatu perkara sesudah berlakunya perkara tersebut, akan tetapi para imam Syiah mengetahuinya terlebih dahulu sebelum terjadi perkara tersebut (Usul al-Kafi hlm. 40).

9.

Para imam Syiah merupakan gudang ilmu ALLAH SWT dan juga penterjemah ilmu ALLAH SWT. Para imam bersifat maksum (bersih daripada kesalahan dan tidak pernah lupa apa lagi berbuat dosa). ALLAH SWT menyuruh manusia untuk mentaati imam Syiah, tidak boleh mengingkarinya dan mereka menjadi hujjah ALLAH SWT atas langit dan bumi (Usul al-Kafi hlm. 165).

10. Para imam Syiah sama dengan Rasulullah SAW (Usul al-Kafi hlm. 165). 11. Yang dimaksud para imam Syiah adalah ‘Ali bin Abi Talib RA, Husein bin ‘Ali, Hasan bin ‘Ali, dan Muhammad bin ‘Ali (Usul al-Kafi hlm. 109). 12. Al-Qur’an yang ada sekarang telah berubah, dikurangi, dan ditambah (Usul al-Kafi hlm. 670). 13. Menurut Syiah, al-Qur’an yang dibawa Jibril kepada Nabi Muhammad SAW ada 17,000 ayat, namun yang tersisa sekarang hanya 6660 ayat (Usul al-Kafi hlm. 671). 14. Abû Bakar, ‘Umar, Utsman bin Affan, Muawiyah, ‘Aisyah, Hafshah, Hindûn, dan Ummul Hakâm adalah makhluk yang paling kotor di muka bumi dan mereka ini adalah musuhmusuh ALLAH. Barangsiapa yang tidak memusuhi mereka, maka tidaklah sempurna imannya kepada ALLAH, RasulNya, dan imam-imam Syiah (Haqqul Yâqîn hlm. 519 oleh Muhammad Baqîr al-Majlisî). 100


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 101

15. Menghalalkan nikah mut’ah, bahkan menurut doktrin Syiah orang yang melakukan kawin mut’ah empat kali darjatnya sama tingginya dengan Nabi Muhammad SAW (Tafsîr Minhajush Shâdiqîn hlm. 356, oleh Mullah Fathullah Kasanî). 16. Menghalalkan tukar-menukar budak perempuan untuk disetubuhi kepada sesama temannya. Kata mereka, Imam Ja’far berkata kepada temannya, “Wahai Muhammad, kumpulilah budakku ini sesuka hatimu. Jika engkau sudah tidak suka kembalikan lagi kepadaku” (Al-Istibshar III hlm. 136 oleh Abû Ja’far Muhammad Hasan ath-Thûsî). 17. Rasulullah SAW dan para sahabat RA akan dibangkitkan sebelum hari kiamat. Imam Mahdi akan dibangkitkan sebelum hari kiamat dan dia akan membongkar kubur Abû Bakar dan ‘Umar yang ada di samping kubur Rasulullah SAW. Setelah dihidupkan, kedua orang ini akan disalib. (Haqqul Yaqîn hlm. 360 oleh Mulla Muhammad Baqîr al-Majlisî). 166. Ajaran Syiah juga jelas bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dalam banyak perkara di antaranya; menolak kewajipan solat Jumaat. Pada mereka solat Jumaat hanyalah wajib dilaksanakan apabila Imam Mahdi dibangkitkan suatu hari nanti. Pegangan seperti inilah yang dilaksanakan di negara Iran yang beraliran Syiah Imamiah berbeza dengan aliran Zaidiah yang mewajibkan solat Jumaat. 167. Penulis melalui pengalaman peribadi sekitar awal 90an, pernah berkunjung ke bandar Isfahan di Iran bersama-sama Datuk Bandar Kuala Lumpur dan rombongan seramai 15 orang. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) waktu itu memilih penulis selaku ketua rombongan yang menguruskan kunjungan mereka ke sana. Apa yang berlaku semasa di Isfahan kebetulan pada hari Jumaat, kami turut serta bersolat Jumaat di saf pertama di belakang imam. Selesai sahaja solat Jumaat 2 rakaat imam meneruskan sembahyang Asar 4 rakaat yang dilakukan dalam waktu Zohor. Perkara ini menyebabkan kami semua keliru sehingga ada ahli rombongan di sebelah saya bertanya: “Solat apakah ini?”, saya hanya berdiam diri sahaja pada waktu itu bagi menghormati tuan rumah. Saya teringat 101


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 102

bahawa orang Syiah Imamiah 12 atau pun Ja’fariah menunaikan solat Asar dijamakkan selepas solat Jumaat. Pada mereka juga apabila selesai melaksanakan solat Zohor bererti waktu Zohor sudah tamat dan masuknya waktu Asar. Atas sebab itu mereka melaksanakan solat Asar selepas solat Zohor dilaksanakan. 168. Sekembali kami ke hotel penginapan, saya memberikan taklimat kepada ahli rombongan dan meminta mereka menunaikan solat Zohor dengan Asar secara Jamak dan Qasar semula. Penganut Syiah hanya menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid utama dalam wilayah-wilayah Iran seperti Isfahan, Qum dan lain-lain sebagai lambang solidariti Islam (mungkin wilayah-wilayah ini bermakna negeri-negeri di Malaysia seperti Johor, Pahang dan sebagainya). Di Tehran solat Jumaat hanya dilaksanakan di Masjid Universiti Tehran. Ianya tidak dilakukan di daerahdaerah dan kampung-kampung. Di tempat kita surau-surau dijadikan tempat solat Jumaat untuk kemudahan orang ramai. 169. Menurut fahaman aliran Syiah Imamiah solat Jumaat hukumnya wajib secara pilihan, dalam erti kata harus bagi penganutnya menunaikan sembahyang Jumaat atau Zohor secara pilihan. Hukum ini hanya berubah menjadi wajib secara fardhu ain dengan tiada pilihan lain, apabila datangnya (muncul) Imam Mahdi yang merupakan Imam ke 12 di kalangan mereka. 170. Pengalaman kami ini jelas menyaksikan mereka yang berfahaman Syiah ini yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat amat menyeleweng aqidah dan ibadatnya serta bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah anutan Imam 4 yang muktabar iaitu Imam Hanafi, Hanbali, Malik dan Syafie. Juga kewajipan menunaikan solat Jumaat jelas seperti mana yang diwajibkan di dalam Islam seperti firman ALLAH SWT di dalam al-Quran yang bermaksud seperti berikut: “Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati ALLAH SWT dan tinggalkanlah jual-beli. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”. [al-Jumu’ah 62:9] 171. Kewajipan mengerjakan sembahyang Jumaat ini juga, terdapat di dalam hadis Rasulullah SAW dengan sabdanya yang bermaksud: “Solat Jumaat itu satu kewajipan yang mesti 102


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 103

dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit”. [Riwayat Abu Dawud dan al-Hakim] 172. Di sini jelas dari pengalaman saya dan ahli rombongan dari lawatan ini, kami menyimpulkan dari segi aqidah dan ibadah fahaman Syiah ini jauh tersasar dari apa yang termaktub di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW serta pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perkara berlainan aqidah dan ibadah ini serupa seperti mana pernah terjadi di Malaysia dengan kumpulan al-Arqam yang telah diharamkan. 173. Isu fahaman Syiah di negara kita ini juga telah diperdebatkan dan diperhalusi dengan mendalam oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 2 dan 3 Mei 1996 telah membuat keputusan bahawa menganuti fahaman dan ajaran Syiah adalah haram di negara ini dan memperakui ajaran Islam yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undangundang Islam. Oleh yang demikian, anutan dan penyebaran apa-apa ajaran lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah haram dan dilarang. 174. Justeru, tidak mewajibkan Jumaat menurut fahaman Syiah amat menyeleweng dari sudut aqidah dan ibadah serta bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal jamaah anutan imam 4 yang muktabar iaitu mazhab Hanafi, Syafie, Maliki dan Hanbali. Ini kerana kewajipan menunaikan solat Jumaat jelas diperintahkan oleh ALLAH di dalam al-Quran, menafikan perintah al-Quran membawa kepada kekufuran dan terkeluar daripada agama Islam dan pelakunya dihukumkan kafir. NIKAH MUT’AH ALIRAN SYIAH IMAMIAH DAN SEJARAH PENGHARAMANNYA

175.

PENGENALAN Mut’ah berasal daripada perkataan “tamattu” yang bererti bersenang-senang, bersuka ria atau menikmati. Adapun secara istilah mut’ah bererti seseorang lelaki menikahi seorang wanita dengan memberikan sejumlah harta tertentu dalam waktu 103


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 104

tertentu, pernikahan ini berakhir sesuai dengan batas waktu yang telah ditentukan tanpa talak serta kewajipan memberi nafkah atau tempat tinggal dan tanpa adanya saling perhubungan antara keduanya meninggal atau sebelum berakhirnya masa perkahwinan mut’ah itu. Bentuk pernikahan ini, seseorang lelaki datang kepada seorang wanita tanpa harus ada wali atau saksi. Kemudian mereka membuat kesepakatan mahar (upah) dan tempoh waktu tertentu. Sebagai contohnya, tiga hari atau lebih, atau kurang dari hari tertentu. Pada kebiasaannya tidak lebih dari 45 hari dengan ketentuan tidak ada mahar kecuali yang telah disepakati, tidak ada nafkah, tidak saling mewariskan dan tidak ada Idah kecuali istibra’ (iaitu satu kali haid bagi wanita menopause, dua kali haid bagi wanita biasa, dan empat bulan 10 hari bagi yang suaminya meninggal), dan tidak ada nasab kecuali jika disyaratkan. Definisi nikah atau perkahwinan mut’ah juga dikemukakan oleh ulama mazhab Syafie dan Maliki yang pada dasarnya menunjuk adanya pembatasan waktu tertentu. SEJARAH PERKAHWINAN MUT’AH 176. Perkahwinan atau pernikahan mut’ah merupakan warisan daripada tradisi masyarakat pra Islam atau awal Islam yang dimaksudkan untuk melindungi wanita dalam lingkungan sukunya. Pada masa awal Islam, nikah seperti ini mengalami pasang surut. Pada masa Rasulullah SAW, nikah mut’ah mengalami beberapa kali perubahan hukum, dua kali dibolehkan dan dua kali dilarang, dan akhirnya diharamkan untuk selamanya. Pada masa sahabat, larangan Rasulullah SAW pada dasarnya tetap menjadi pegangan jumhur sahabat. Akan tetapi, ada sebahagian kecil di antara mereka yang masih membenarkan, bahkan melakukan amalan nikah mut’ah, seperti yang dilakukan oleh Jabir bin Abdullah. Pada masa kekhalifahan Saidina Umar bin al-Khattab RA, beliau secara tegas melarang siapa saja yang melakukan nikah mut’ah dengan ancaman hukum rejam. Larangan Saidina Umar RA ini dapat menghentikan secara keseluruhan amalan nikah mut’ah. Keadaan ini tetap terpelihara sampai generasi berikutnya. Dalam konteks ini al-Hafizh Ibnu Katsir berkata: “Tidak ada keraguan lagi, nikah mut’ah hanya diperbolehkan pada permulaan Islam. Sebahagian ulama berpendapat, bahawa ia dihalalkan kemudian dimansuhkan 104


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 105

(dihapuskan), lalu dihalalkan kemudian dimansuhkan. Sebahagian yang lain berpendapat, bahawa penghalalan dan pengharaman berlaku terjadi beberapa kali”. MENURUT EMPAT MAZHAB YANG MUKTABAR SERTA JUMHUR SAHABAT DAN TABI’IN, YANG DIRUJUK OLEH KAUM SUNNI, NIKAH MUT’AH ADALAH DILARANG SEHINGGA HARI KIAMAT. ADA BEBERAPA DALIL DAN JUSTIFIKASI YANG MENJADI DASAR LARANGAN TERSEBUT IAITU: Pertama, larangan Rasulullah SAW, dalam beberapa hadis. Menurut Ibnu Rusyd larangan tersebut diketahui secara mutawatir. Seluruh hadis yang memuat larangan ini menurut ahli hadis adalah sahih. Di antaranya adalah hadis riwayat Ibnu Majah, Rasulullah SAW, bersabda: “Wahai sekalian manusia, aku telah membolehkan kalian melakukan nikah mut’ah. Ketahuilah! Sekarang ALLAH SWT telah mengharamkannya sampai hari kiamat nanti.” (HR Ibnu Majah). Kedua, sebahagian ulama berpendapat bahawa pengharaman nikah mut’ah dalam Islam sudah merupakan ijmak. Ketiga, dilihat dari tujuannya, nikah mut’ah hanya untuk memenuhi keperluan syahwat nafsu sahaja, bukan untuk menjaga kesejahteraan dan kelangsungan keturunan, sebagaimana diharapkan daripada perkahwinan. Ketika para ulama di kalangan Sunni berupaya menjelaskan pengharaman nikah mut’ah, justeru ulama di kalangan Syiah sejak awal membolehkan dan tetap mempertahankannya sampai sekarang, bahkan menjadi bahagian daripada aturan hukum perkahwinan yang mereka anuti. Menurut ulama kalangan Syiah, nikah mut’ah tetap dibolehkan atau dihalalkan sehingga sekarang. HUKUM PERKAHWINAN MUT’AH 177. Pada awal perjalanan Islam, nikah mut’ah sememangnya dihalalkan, sebagaimana yang terdapat dalam banyak hadis di antaranya: Hadis daripada Abdullah bin Mas’ud RA: “Kami berperang bersama Rasulullah SAW sedangkan kami tidak membawa isteri-isteri kami, maka kami berkata bolehkah kami berkebiri atau berkembiri (Castrate)?” (Dipetik dalam Kamus Dewan Perdana, maknanya lelaki yang sudah dibuang sifat jantannya pada bahagian 105


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 106

kemaluan yang tidak boleh meninggalkan benih (anak atau mandul). Apabila dia berkahwin tidak mendapat anak). Namun Rasulullah SAW melarangnya tapi kemudian baginda memberikan kami keringanan untuk menikahi wanita dengan mahar pakaian sampai batas waktu tertentu” (HR. Bukhari 5075, Muslim 1404). Hadis Jabir bin Salamah RA: “Dari Jabir bin Abdillah RA dan Salamah bin ‘Akwa RA berkata : Pernah kami dalam sebuah peperangan, lalu datang kepada kami Rasulullah SAW, dan berkata: Telah diizinkan bagi kalian nikah mut’ah maka sekarang mut’ahlah” (HR. Bukhari 5117). Namun hukum ini telah dimansuhkan dengan larangan Rasulullah SAW untuk menikah mut’ah sebagaimana beberapa hadis di atas. Akan tetapi para ulama berselisih pendapat tentang pengharaman nikah mut’ah tersebut dengan perselisihan yang tajam, namun terdapat pendapat yang lebih tepat bahawa nikah mut’ah diharamkan pada waktu pembukaan Kota Mekah tahun 8 Hijrah. Ini adalah pandangan Al-Hafidz Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari 9/17. Telah datang dalil yang amat jelas tentang haramnya nikah mut’ah, di antaranya Hadis daripada Saidina Ali bin Abi Thalib RA berkata : “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang nikah mut’ah dan memakan daging himar jinak pada perang khaibar” (HR. Bukhari 5115, Muslim 1407). Hadis Sabrah bin Ma’bad Al-Juhani RA berkata : “Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk nikah mut’ah, pada waktu pembukaan Mekah saat kami masuk Mekah kemudian beliau melarang kami sebelum kami keluar dari Mekah”. Dalam riwayat lain : Rasulullah SAW bersabda : “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya dahulu saya telah mengizinkan kalian nikah mut’ah dengan wanita. Sekarang ALLAH SWT telah mengharamkannya sampai hari kiamat, maka barang siapa yang memiliki isteri dari mut’ah maka hendaklah diceraikan” (HR. Muslim 1406, Ahmad 3/404). Hadis Salamah bin Akhwa RA berkata : “Rasulullah SAW memberikan keringanan untuk mut’ah selama tiga hari pada perang Awthas kemudian melarangnya” (HR. Muslim 1023). 178. Pada awalnya, Islam membenarkan nikah mut’ah (kahwin kontrak) dalam konteks darurat ia diperbolehkan. Kemudiannya datang nas-nas yang melarang pernikahan kontrak ini sehingga 106


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 107

hari kiamat berlaku. Di antara hadis yang menyebut dibolehkan nikah mut’ah pada awal Islam ialah dari Rabi’ bin Sabrah RA, dari ayahnya RA, bahawasanya ia bersama Rasulullah SAW, lalu beliau bersabda yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia, sebelum ini aku telah mengizinkan kalian melakukan mut’ah dengan wanita. Sesungguhnya ALLAH SWT telah mengharamkannya hingga hari kiamat. Maka biarkanlah! Jangan ambil sedikit pun dari apa yang telah diberikan” (HR. Muslim, 9/159, (1406). Beliau juga berkata yang bermaksud: “Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk mut’ah pada masa penaklukan Kota Mekah, ketika kami memasuki Kota Mekah. Belum kami keluar, Baginda SAW mengharamkannya ke atas kami” (HR. Muslim, 9/159, (1406). ALLAH SWT telah melarang sekeras-kerasnya perkahwinan mut’ah ini hingga ke hari kiamat seperti mengahwini isteri-isteri orang yang jelas berlawanan, dan pegangan kaum Syiah masih mengekalkan pegangan mereka dan terus menghalalkan perkahwinan mut’ah ini dengan isteri-isteri orang. Pada mereka ini, lebih ramai isteri-isteri orang yang mereka kahwini secara mut’ah, lebih banyak ganjaran dan pahala yang mereka perolehi dan terus masuk syurga. Sedangkan ALLAH SWT telah jelas melarang dan mengharamkan perbuatan ini sehingga hari kiamat dan perkara ini diperkukuhkan lagi dengan hadis-hadis sahih Rasul SAW yang jelas ditujukan kepada sahabat-sahabat Rasul SAW agar menjauhi diri dari melakukan perbuatan yang telah ALLAH SWT haramkan ini. Pengharaman nikah mut’ah ini boleh dilihat berdasarkan firman ALLAH SWT dalam surah An-Nisa (4) : ayat 24 yang bermaksud: “Dan (diharamkan juga kamu mengahwini) wanita yang bersuami, kecuali hamba sahaya perempuan (tawanan perang) yang kamu miliki (ALLAH SWT telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapannya atas kamu dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian itu, jika kamu mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikahwini dan bukan untuk berzina. Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna) sebagai satu kewajipan. Sesungguhnya ALLAH SWT Maha Mengetahui Lagi Bijaksana”. 107


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 108

179. Ayat dan hadis-hadis sahih di atas jelas menerangkan bahawa pada awalnya Islam membenarkan umatnya melakukan amalan nikah mut’ah (kahwin kontrak). Setelah itu datang ayat Quran dan nas-nas melalui hadis Rasul SAW melarang melakukan amalan mut’ah kepada seluruh umat manusia sehingga hari kiamat. Berlaku juga pertelingkahan mengenai bilakah mulanya Islam mengharamkan mut’ah? Satu lagi ayat dalam Surah Al-Mukminun ayat 5-6: ALLAH SWT telah berfirman dengan maksud: “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki (hamba sahaya), maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela”. Juga dalam surah yang sama ALLAH SWT berfirman : Maksudnya: “Adalah barang siapa yang mempergunakan kemaluannya untuk bersetubuh selain isteri dan budak perempuannya (hamba sahaya), maka mereka itulah orangorang yang melampaui batas dan melanggar perintah ALLAH SWT dan melanggar hal-hal yang telah ALLAH SWT halalkan baginya kepada hal-hal yang telah diharamkan atasnya”. Dalam maksud ini adalah berzina. Berikut sedikit penjelasan daripada riwayat-riwayat mengenai bermulanya Islam mengharamkan mut’ah berasaskan hadis sahih iaitu: 1. Larangan dimulai ketika perang Khaibar (Muharam 7 Hijrah) 2. Ketika penaklukan Kota Mekah (Ramadan 8 Hijrah) 3. Semasa perang Awthas dikenali juga perang Hunain (Syawal 8 Hijrah) 4. Perang Khaibar (Muharam 7 Hijrah) Dari Muhammad Bin Ali (Muhammad Bin Hanafiah), bahawa ayahnya Ali Bin Abu Thalib RA berkata kepada Ibnu Abbas RA: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang mut’ah dan makan daging keldai jinak pada masa Khaibar.” (HR Muslim, 9/161, (1407). 180. Ketika Penaklukan Kota Mekah (Ramadan 8 Hijrah). Dan beliau juga berkata: “Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk mut’ah pada masa penaklukan Kota Mekah, ketika kami memasuki Kota Mekah. Belum kami keluar, Baginda SAW mengharamkannya ke atas kami”. (HR Muslim, 9/159, (1406). 108


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 109

Sabrah RA : Saya telah melihat Rasulullah SAW berdiri di antara sudut Hajar Aswad dan pintu Kaabah (pada tahun haji wada’) Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah mengizinkan kamu kahwin mut’ah dengan wanita sebelum ini, tetapi sekarang sesungguhnya ALLAH SWT telah mengharamkannya hingga hari kiamat. Maka barang siapa yang memiliki isteri yang dikahwini secara mut’ah, hendaklah diceraikan atau dilepaskan dan janganlah kamu ambil apa-apa barang yang telah kamu berikan kepada bekas isteri mut’ahmu itu”. (HR Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud) 181. Oleh itu jumhur ulama bersepakat bahawa nikah mut’ah ini adalah haram dan tidak sah mengikut hukum di dalam Islam. Perkahwinan tersebut adalah bercanggah dan tidak sesuai dengan kehendak agama seperti yang dijelaskan di dalam al-Quran. Mana-mana wanita bercerai hidup atau mati dengan suami, maka ada penetapan idah, pusaka, nafkah, hadanah anak dan lainnya. Sedangkan dalam perkahwinan mut’ah, semua itu tidak berlaku. Pendapat jumhur berdasarkan katakata Saidina Umar RA sewaktu beliau menjadi khalifah juga menjadi sandaran yang pada suatu masa, ketika telah berucap di atas mimbar dengan mengharamkan mut’ah dan sahabat lain bersetuju dengan pendapat beliau. Hal tersebut tidak mungkin Saidina Umar RA akan berdusta dan tanpa sandaran hadis daripada Rasulullah SAW atau mengikut nafsu sahaja. 182. Walaupun dengan adanya keterangan yang jelas daripada al-Quran, Surah An-Nisa (4) : ayat 24 dan hadis-hadis sahih (riwayat Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud) melarang dan mengharamkan perkahwinan Mut’ah ini, namun orang-orang yang berfahaman ajaran Syiah mempertahan dan meneruskan amalan mereka. Orang-orang Syiah menghalalkan nikah mut’ah (kahwin kontrak) ini kerana beranggapan ia sesuatu yang Syar’i dan boleh melepaskan syahwat hati. Padahal di dalamnya mengandungi percanggahan dari segi aqidah dan ibadah yang perlu difahami. Ramai kaum wanita telah berjaya dipengaruhi dengan janji-janji pahala dan penerimaan upah jika bersama melaksanakan nikah mut’ah ini. Sehingga mereka rela kesucian diri mereka di ‘kontrak’ kepada lelaki yang sangat buas hawa nafsunya dan mungkin dipersetujui bersama. Kita perlu 109


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 110

berhati-hati agar tidak terjerumus ke lembah penzinaan dengan beranggapan nikah mut’ah ini merupakan sesuatu yang Syar’i. Berikut ini diperturunkan beberapa pemesongan dan percanggahan aqidah dan ibadah melalui nikah mut’ah yang diamalkan oleh golongan Syiah :1) Barangsiapa yang menikah mut’ah ganjarannya seperti telah menziarahi Ka’abah sebanyak 70 kali. 2) Barangsiapa yang tidak menikah mut’ah maka dianya telah jatuh kafir. 3) Barangsiapa yang menikah mut’ah sebanyak 4 kali, maka darjatnya adalah setaraf dengan Rasulullah SAW. 4) Nikah mut’ah dianggap sebagai salah satu rukun agama Syiah. 5) Tidak ada batasan jumlah yang pasti yang boleh dinikahi sehingga bilangannya boleh sampai 1000 wanita atau lebih. 6) Tidak ada hak waris dalam nikah mut’ah ini. 7) Boleh menikah mut’ah seorang gadis tanpa izin walinya. 8) Boleh menikah mut’ah seorang wanita yang bersuami. 9) Boleh menikah mut’ah dengan seorang pelacur. 10) Dibolehkan pinjam-meminjam isteri dengan dalih nikah mut’ah. 11) Dalam nikah mut’ah boleh bersenggama di dubur dan bukan di kemaluan. SYIAH DAN HUKUM ALLAH SWT 183. Percanggahan antara Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi usul atau aqidah sewajarnya telah membawa kepada percanggahan dalam bidang feqah. Percanggahan masalah feqah ini dapat dilihat dari amalan-amalan kaum Syiah seperti membenarkan nikah mut’ah, bersetubuh dengan isteri melalui dubur, menikah dengan anak saudara (lelaki atau perempuan) dengan bapa atau emak saudara sendiri dan lainlain. Jelas di sini golongan Syiah tidak mengiktiraf dan tidak menerima Khalifah Saidina Abu Bakar RA dan Khalifah 110


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 111

Umar RA sebagai Khalifah yang menyambung tugas menyebarkan Islam selepas Rasulullah SAW. Mereka mempercayai hanya Syaidina Ali RA yang berhak sebagai Khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW. Malah pengertian perkataan alJibt dan at’Taghut terhadap Abu Bakar RA dan Umar RA juga digunakan oleh golongan syiah dalam doa-doa mereka yang dinamakan “DOA DUA BERHALA QURAISY” dalam kitab mereka “Kunci Hati” dalam muka surat 114 yang bermaksud : “Ya ALLAH, sejahterakanlah atas Muhammad SAW dan kaum keluarga Muhammad SAW, dan laknatlah ke atas dua berhala Quraish, kedua ahli sihir, kedua syaitan dan kedua anak perempuan mereka berdua iaitu (Umm alMukminin ‘Aishah dan Hafsah)”. FATWA SYIAH – DARAH SUNNI HALAL (BOLEH DIBUNUH) 184.

Diriwayatkan di dalam Al-Illal fi Al-Sahih (Kitab Syiah) dari Daud bin Farqad, dia berkata : “Aku bertanya kepada Abu Abdillah ‘alaihissalam, Bagaimana pendapatmu tentang membunuh Al-Nasibi (Ahli Sunnah)”? Dia berkata, “Darahnya halal (boleh dibunuh), tetapi aku khuatirkan keadaan kamu dan aku berpesan supaya kamu berhati-hati, maka jika engkau mampu untuk meruntuhkan tembok ke atas mereka atau menenggelamkan mereka ke dalam air, supaya tiada orang yang menyaksikannya, maka lakukanlah” Aku berkata, “Bagaimana pendapatmu mengenai harta mereka?” Dia berkata : “Ambillah hartanya semampumu”. (Al-Hadaiq An-Nadhirah) Seperti riwayat di atas, dianjurkan dalam Syiah untuk membunuh Ahli Sunnah, dengan cara meruntuhkan bangunan, atau meruntuhkan rumahnya supaya tidak diketahui siapa yang bunuh, supaya orang menganggap orang itu mati terkena runtuhan, sedangkan sebenarnya orang Syiah yang meruntuhkannya. Dan kalau boleh, lemaskan di dalam air supaya orang tidak tahu. Boleh bunuh tapi jangan bunuh terang-terang. Imam Syiah, Ayatollah Al-Khomeini tokoh Syiah yang menggerakkan Revolusi Iran pada tahun 1979, yang menjatuhkan Raja Iran yang terakhir (Syah Iran), dia mati pada tahun 1989, telah mengeluarkan Fatwa berikut :“Setelah membunuh Sunni, hartanya diambil dan satu perlima diberikan kepada negara”. 111


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 112

RINGKASAN PERBEZAAN ANTARA KEPERCAYAAN (IKTIKAD) AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN SYIAH

112


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 113

113


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 114

114


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 115

115


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 116

116


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 117

117


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 118

118


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 119

119


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 120

Nota : Jadual di atas ialah perbandingan antara aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan syiah disediakan dalam bentuk brochure/risalah dalam suatu muzakarah yang diberikan kepada penulis, namun tarikh dan tempatnya penulis sudah lupa. Perbandingan jadual ini amat baik untuk dimanfaatkan dan dijadikan rujukan kepada golongan yang tidak memahami persoalan tersebut. Semoga pihak yang menyerahkan kepada saya diberikan ganjaran di sisi ALLAH SWT.

KEWAJARAN INSTITUSI-INSTITUSI ISLAM DI MALAYSIA 185. Kebelakangan ini dapat dilihat beberapa usaha secara licik yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu di negara ini untuk merobek, mencemuh dan merosakkan integriti dan nama Institusi yang mempunyai kaitan dengan agama Islam seperti Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM, Mahkamah Syariah dan sebagainya. Antaranya membawa isu-isu perundangan dalam kes Lina Joy lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kes Sulaiman Takrib lawan Majlis Agama Islam Terengganu dan beberapa lagi. Di dalam soal mempropaganda dan menyebarkan fahaman Syiah umpamanya, terdapat beberapa tokoh Aktivis Sosial negara seperti Dr. Chandra Muzaffar, Kamil Zuhairi Abd. Azizi (Pengerusi Syiah Malaysia) dan beberapa yang lain telah mempersoalkan kewajaran Institusi-institusi Islam di negara kita ini dalam mengharamkan ajaran Syiah di negara ini. Pada mereka kebebasan agama seperti termaktub di bawah perkara tiga Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati dan dibenarkan dan ini termasuklah penyebaran fahaman ajaran Syiah. Dalam hal ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Lina Joy telah membuat keputusan bahawa Perkara tiga Perlembagaan Persekutuan tidak sahaja sekadar mengatakan Islam agama Persekutuan tetapi maksud Islam dalam perkara tiga tersebut 120


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 121

merangkumi cara hidup orang Islam dan bukan sahaja hal ibadah. Kerangka Perlembagaan Persekutuan juga menetapkan taburan kuasa perundangan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dengan kuasa hal-ehwal agama Islam termaktub di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Oleh itu bagi menentukan apakah yang dimaksudkan dengan Islam itu, kita perlu merujuk kepada perundangan negeri yang ada sama ada melalui Undang-undang Tubuh Negeri, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dan keputusan Majlis Fatwa Negeri yang mana kesemuanya memutuskan Islam yang wajib dianuti adalah Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bermazhab Syafie dari sudut fiqhnya dan tidak ajaran “Islam” yang lain. 186. Walaupun Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan agama dan membenarkan ajaran agama lain boleh dianuti oleh bukan Islam tetapi ia terhad kepada mereka sahaja tanpa dibolehkan untuk menyebarnya kepada orang Islam. Hanya orang Islam sahaja dibenarkan untuk menyebar agama Islam. Di sini kebebasan agama adalah kebebasan antara agama dan bukan kebebasan intra agama. Syiah adalah anutan yang difatwakan haram dan bertentangan dengan agama Islam. Perkara intra agama Islam itu sendiri dan autoriti agama Islamlah yang berhak mengawalnya. Oleh itu ia tidaklah termasuk kepada kebebasan beragama kerana pihak berwajib telah pun menetapkan pegangan yang betul di sisi Islam. Adalah ironi jika mengaku Islam tetapi tidak mahu dipantau oleh autoriti agama. Jika hendak kata Syiah adalah agama selain Islam, terdapat terlalu banyak amalan mereka yang sama seperti orang Islam seperti berpuasa, menunaikan Haji, sembahyang menghadap Qiblat (Masjidil Haram Mekah) dan lain-lain. Malah perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan jelas telah memberi kuasa kepada negeri-negeri untuk membuat undang-undang mengawal dan menyekat penyebaran agama lain selain Islam dan doktrin yang bertentangan dengan Islam. Persoalannya di sini dari segi amalan dan ibadahnya, SYIAH jelas bertentangan dengan Islam. KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG PUNCA RAMAI TERPENGARUH AJARAN SYIAH 187. Meskipun aliran ajaran sesat Syiah telah diwartakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, namun kelemahan penguatkuasaan menyebabkan semakin ramai yang 121


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 122

terikut-ikut dengan ajaran Syiah itu. Pihak Kerajaan sepatutnya boleh mengambil tindakan yang sama seperti yang telah dilakukan ke atas gerakan al-Arqam sebelum ini. Pada Penulis, antara punca mengapa Syiah tidak disekat dengan serius adalah kerana tiada desakan yang kuat daripada rakyat kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. ‘Kalau semua orang jelas dan faham, insya-ALLAH rakyat boleh mengerakkan sesuatu memaksa pihak atasan membuat keputusan.’ Persoalannya juga, ada di antara pengikut yang taasub dengan ajaran syiah ini tidak jelas, kurang faham dan hanya mengikut ajaran syiah ini secara “membabi-buta” saja. Kalau dalam perkara-perkara lain, kita boleh buat demonstrasi dan sebagainya, maka perkara ini pun boleh dibuat demonstrasi contohnya bagi memberi satu kejutan dan tekanan kepada pihak atasan untuk membuat dan mengambil satu keputusan dan tindakan yang tegas. Seperti yang penulis terangkan dalam tajuk awal bahagian ini, Syiah bukan merupakan sebahagian daripada mazhab Islam, bahkan ia menyamai seperti satu agama baru yang tiada kaitan langsung dengan agama Islam. ‘Kalau kita hendak katakan mereka sebagai salah satu daripada mazhab Islam kenapa agama mereka tidak bersandarkan kepada kitab-kitab yang menjadi rujukan Ahli Sunnah Wal Jamaah?’. Rasulullah SAW dalam hadisnya bersabda maksudnya : “Dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan kumpulan. Semuanya akan dimasukkan ke dalam neraka melainkan satu kumpulan saja. Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka ? Nabi SAW menjawab : Apa yang aku berada di atasnya dan juga sahabatsahabatku” [Riwayat Al-Tarmizi (2641)] Juga dalam sepotong hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Ketahuilah sesungguhnya golongan ahli kitab sebelum daripada kamu berpecah kepada 72 atau 73 golongan. Dan golongan ini (Islam) akan berpecah kepada 73 golongan dan 72 golongan akan ke neraka dan hanya satu golongan akan ke syurga iaitu Al-Jamaah”. [Riwayat Abu Daud (4597)]

122


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 123

188.

INISIATIF KAUNSELING KEPADA PENGIKUT SYIAH Pihak berwajib (berkuasa) perlu peka dan mengambil inisiatif segera dalam merangka satu perundangan yang lebih konkrit, tegas dan berkesan bagi membendung berleluasanya fahaman Syiah di negara ini. Pemimpin serta pengikutpengikut Syiah ini perlu segera diberi kaunseling, pengajaran serta didikan untuk mengembalikan mereka ke pangkal jalan mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umum pula inisiatif-inisiatif berikut perlu dipergiat dan diperluaskan iaitu kekerapan mengingatkan bahaya ajaran Syiah ini melalui teks khutbah Jumaat yang disampaikan pada setiap hari Jumaat, pengajaran melalui kuliah oleh guru-guru takmir semasa mengadakan sesi kuliah di masjid-masjid, memasuki satu slot mengenai bahaya fahaman Syiah ini di dalam modul pendidikan di sekolah-sekolah, ceramahceramah agama, nasihat serta pedoman supaya tidak terjerumus dengan ajaran Syiah ini melalui media sosial iaitu Facebook, Whatsapp, Instagram dan lain-lain lagi. Kita perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di negara Syria, Iraq, Lebanon, Yaman malah di Iran sendiri di mana ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dikongkong dan diawasi sepenuhnya tanpa diberi ruang untuk dikembangkan ajarannya. Negara Syria boleh dijadikan contoh bagaimana fahaman ajaran aliran Syiah ini bergerak dan berkembang secara halus dan licik dengan golongan Syiah ini yang walaupun minoriti, berjaya menguasai tampuk pemerintahan negara, yang majoriti rakyatnya golongan Sunni (Ahli Sunnah Wal Jamaah). Perang Syria yang tercetus pada tahun 2011 merupakan perang saudara yang disebabkan konflik dalaman antara parti Pemerintah dengan rakyat Syria yang berbagai fahaman serta aliran agama. Menurut Prof. Raymond Hinnesbush, daripada kajian yang telah dibuatnya, negara Syria pada tahun 1991 yang rakyatnya majoriti beragama Islam, terdiri 85% berfahaman Sunni manakala baki 15% terdiri daripada lain-lain aliran fahaman serta agama. Tetapi pada tahun 2017 (Laporan Wikipedia) rakyatnya yang berfahaman Sunni telah menurun kepada 68.4% manakala golongan Syiah 12.0%, Kristian 16.6%, Druze 1.2% dan lain-lain 1.8%. Pengurangan rakyat Syria daripada golongan Sunni disebabkan ramai yang terbunuh dalam perang saudara ini 123


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 124

serta penghijrahan beramai-ramai sebagai pelarian perang ke negara-negara lain bagi mengelakkan kekejaman rejim Basyar Al-Assad (berfahaman Syiah). Dianggarkan lebih 4 juta rakyat Syria (dari fahaman Sunni) yang menjadi pelarian perang ini yang telah berhijrah keluar. Fahaman Syiah yang diterajui oleh pemimpin utama Syria ini menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya dari golongan Sunni sehingga ada yang mengharuskan untuk membunuh muslimin Sunni pada perang saudara di Syria ini. Malah dalam rejim kepimpinan Basyar Assad, tiada langsung jawatan dalam Kerajaan Syria dipegang oleh golongan Muslim Sunni. Pada penulis, peristiwa dan kejadian inilah yang perlu kita rakyat Malaysia jadikan sebagai satu iktibar agar fahaman Syiah ini tidak merebak di negara tercinta kita ini. Kemusnahan yang dahsyat boleh terjadi dengan merebaknya fahaman ini, bak petikan ucapan Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama)…. “Kita yang beragama Islam perlu berpegang teguh sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menolak sekeras-kerasnya ajaran Syiah serta ajaran-ajaran ekstrem yang lain yang bercanggah dengan Islam”. Petikan ucapan dalam ‘Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Antarabangsa pada tahun 1970’.

124


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 125

125


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 126

189.

SEJARAH MUNCULNYA KHAWARIJ Dari sudut bahasa arab, perkataan khawarij/ ialah kata jamak bagi kharijah/ dan al-Khariju/ ialah orang yang bertindak keluar. Khawarij dalam sejarah awal Islam merupakan aliran pemikiran yang suka mengambil sikap membantah dan menentang arahan ketua. Sebelum wujudnya aliran ini dalam bentuk kumpulan ianya bermula lebih awal bahkan mendahului Syiah itu sendiri. Perkara ini terbukti daripada tindakan Zul Khuwaisirah yang membantah keputusan Rasulullah SAW ketika perang Hunain, seperti mana dalam riwayat Abu Sa’id al-Khudri RA katanya: Ketika kami bersama Rasulullah SAW di suatu ketika beliau sedang membahagibahagikan beberapa pembahagian daripada harta rampasan perang. Datanglah kepada baginda Zul Khuwaisirah dari Bani Tamim dan berkata: Wahai Rasulullah SAW berlaku adillah! Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Celaka engkau! Siapakah yang akan berlaku adil jika aku tidak adil, dosalah aku dan merugilah jika aku tidak berlaku adil. Maka Saidina Umar al-Khattab RA berkata : Wahai Rasulullah! Izinkan aku untuk memenggal lehernya. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Biarkan dia, kerana dia mempunyai temanteman yang salah seorang antara kamu akan diremehkan solatnya jika dibandingkan dengan solat mereka, dan puasanya jika dibandingkan dengan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong mereka, mereka terlepas dari Islam sebagaimana terlepasnya anak panah dari busurnya”. [Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad]

190. Menurut Ibn al-Jauzi dalam kitabnya Talbis Iblis, Zul Khuwaisirah merupakan Khawarij pertama yang muncul dalam sejarah Islam. Zul Khuwaisirah tidak mengangkat senjata terhadap Rasulullah SAW? Namun apa yang dilakukan hanyalah menghasut secara halus agar membenci dan membantah tindakan Nabi SAW yang bersifat adil. Justeru itu, golongan ahli bid’ah yang melakukan bid’ah yang pertama kalinya dalam sejarah Islam adalah lahir daripada pemikiran Khawarij. 191. Kemunculan Khawarij dalam bentuk kumpulan besar berlaku rentetan daripada perang besar di antara tentera Saidina Ali RA dengan tentera Muawiyah RA di medan Siffin yang terletak berhampiran dengan sungai Furat, Iraq. Di akhir pertempuran 126


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 127

dahsyat tersebut menunjukkan kemenangan jelas berpihak kepada pasukan Saidina Ali RA, di saat itulah, Amr bin Ash RA, panglima perang Muawiyah, mengusulkan kepada Muawiyah agar mengangkat mushaf al-Qur’an dengan hujung tombak sebagai tanda ingin berdamai. Kedua belah pihak mengirim utusan, Abu Musa al Asy’ari mewakili Khalifah Saidina Ali RA manakala Amr bin Ash RA pula mewakili Muawiyah RA. Keduaduanya sepakat menerima tahkim untuk mengakhiri persengketaan. Namun tahkim tersebut membuat sekelompok kecil daripada kem Saidina Ali RA merasa kecewa dan mengisytiharkan keluar dari kumpulannya. Mereka berkumpul di suatu tempat yang disebut Harurah (sebuah kawasan di Kufah) dan membantah pelaksanaan majlis tersebut kerana menganggap ianya membelakangi kitab ALLAH dan hukum ALLAH SWT. Kelompok ini kemudiannya dikenali sebagai kaum Khawarij. Oleh kerana dendam dan kecewa yang amat sangat mereka merancang untuk membunuh Muawiyyah RA dan Ali RA, namun hanya berhasil membunuh Ali RA. KESESATAN KHAWARIJ DAN ANCAMAN KHAWARIJ BAHARU 192. Lidah golongan Khawarij lembut dengan perkataan mengkafirkan orang tanpa mengemukakan sebarang dalil yang wajar. Pada mereka orang yang melakukan dosa besar adalah kafir, orang yang menyertai Perang Jamal adalah kafir, Khalifah yang menyimpang daripada Islam wajib diturunkan dan jika perlu patut dibunuh serta mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengan mereka. Menurut Ibnu Hajar dalam kitab Fath al-Bari: “Mereka (Khawarij) merupakan bencana yang sangat besar, mereka terus menyebarkan ajaran keyakinan mereka yang rosak, mereka membatalkan hukum rejam bagi pelaku zina yang sudah berkahwin, memotong tangan pencuri dari ketiak, mewajibkan solat bagi wanita haid ketika sedang haid, mengkafirkan orang yang tidak melakukan amar ma’ruf nahi mungkar ketika ia sanggup melakukannya, menghukum kafir pelaku dosa besar, menolak harta dari ahlu zimmah dan sama sekali tidak bermuamalah dengan mereka.” 193. Berakhirnya era Khawarij lama tidak bererti doktrin mereka lenyap begitu sahaja, akan tetapi kini muncul kembali Khawarij Baharu atau Khawarij Moden dan tumbuh dengan suburnya di kalangan mereka yang rata-rata berselindung di sebalik slogan 127


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 128

tidak bermazhab yang kononnya alasan utama mereka bahawa para imam tidak maksum. Cara mudah untuk mengenali golongan Khawarij Baharu ini sama seperti perangai nenek moyang mereka iaitu ringan mulut menuduh orang lain sesat, bid’ah dan mengkafirkan terus sesiapa sahaja yang tidak mengikuti aliran pemikiran mereka. Lebih parah lagi, tuduhan sesat mereka itu dilontarkan kepada majoritinya adalah umat Islam yang berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Padahal ajaran yang diyakini majoriti umat Islam ini telah mapan dan turun-temurun dari generasi ke generasi dengan mata rantai (sanad) yang berkesinambungan sampai kepada Rasulullah SAW. 194. Persoalan demi persoalan yang seringkali Khawarij Baharu bangkitkan sangat beragam, bermula dari perkara-perkara pokok dalam masalah aqidah hingga kepada permasalahan cabang dalam hukum agama (furu’iyyah), seperti amalan memperingati Maulid Nabi SAW, Tahlil, ziarah kubur, Tawassul, Tabarruk dan beberapa lagi yang bukannya masalah besar sehingga boleh mencacatkan aqidah. Kesemua perkara ini sudah menjadi zikir munajat mereka secara tahunan dan bermusim untuk menyerang musuh mereka. 195. Pada dasarnya; mereka seringkali menuduh kelompok yang berada di luar dari kalangan mereka sebagai kelompok sesat dan diistilahkan sebagai “orang ramai yang kebingungan disebabkan pendapat ulama”. Seringkali dalam propaganda mereka dilaungkan slogan: “Kita harus kembali kepada al-Qur’an dan as-Sunnah”, “Mazhab saya adalah al-Quran dan al-Hadis”, padahal mereka sama sekali tidak memahami secara mendalam al-Quran dan al-Hadis Rasulullah SAW. 196. Justeru itu mereka mengajar dan mengajak masyarakat awam aqidah tasybih. Aqidah tasybih ini sudah pasti adalah aqidah sesat kerana menyerupakan ALLAH SWT dengan makhluk-Nya. Maknanya mereka berkeyakinan bahawa ALLAH SWT itu sama sahaja dengan manusia tetapi tidak sama makhluk-Nya. Ungkapan-ungkapan buruk dalam propaganda mereka yang sering berkumandang “Terserah pada yang DI ATAS”, “ALLAH SWT BERSEMAYAM di atas ‘Arasy”, “ALLAH SWT BERADA di langit”, “ALLAH SWT DUDUK di atas ‘Arasy”, atau “ALLAH SWT BERGERAK TURUN dan NAIK”, 128


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 129

dan lain-lain lagi. Sangat malang sekali, keyakinan sesat semacam ini telah berkembang di sebahagian masyarakat kita. Sedangkan Nabi SAW mengajarkan umatnya aqidah tanzih (membebaskan ALLAH SWT dari sebarang bentuk yang menyerupai makhluk) yang sarat dengan keyakinan bahawa ALLAH SWT tidak menyerupai makhluk-Nya. Kita yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa ALLAH SWT bukan benda dan Dia tidak boleh disifati dengan mana-mana sifat benda, serta bahawa ALLAH SWT ada tanpa tempat dan tanpa arah. KESESATAN KHAWARIJ DAN SYIAH SECARA BANDINGAN CIRI-CIRI KHAWARIJ

CIRI-CIRI SYIAH

Mementingkan membaca al-Quran tetapi tidak mengambil hikmah dan tidak merenungi ayat-ayat di dalamnya.

Membaca al-Quran tapi hanya sampai kerongkong, tidak memahami bahkan menyimpang dalam mentafsirkannya iaitu mentafsir secara tekstual tetapi hakikatnya memaling dan mendustakannya.

Mereka sanggup membunuh umat Islam yang berbeza pendapat dengan mereka dan membiarkan penyembah berhala.

Menghalalkan darah atau membenarkan membunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut kitab Syiah.

Mereka lepas dari Islam bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya (Cepat mengkafirkan pihak lain tanpa sedar sama ada dalam hal aqidah mahupun ibadat).

Meyakini bahawa dunia dan seluruh isinya adalah milik para Imam Syiah. Mereka akan memberikan dunia ini kepada siapa yang dikehendaki dan mencabutnya dari siapa yang dikehendakinya.

Mereka berlebihan dalam beribadah (beribadah di luar daripada apa yang disyariatkan).

Melakukan ibadah yang tidak disyariatkan oleh Rasulullah SAW serta bersifat bidaah seperti menggunakan At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu/tanah yang digunakan bagi menempatkan kening ketika sujud, tidak segera berbuka puasa setelah

129


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 130

CIRI-CIRI KHAWARIJ

CIRI-CIRI SYIAH azan Maghrib sebaliknya berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintangbintang sudah nampak di langit (benar-benar sudah masuk waktu malam), membakar lilin apabila ada 15 imam, keluarga/ saudara meninggal dunia, serta memukul dada, menampar pipi, memukul bahu dan melukakan tubuh badan pada Hari ‘Asyura (10 Muharram).

Mereka mempunyai sikap suka berprasangka buruk, mencela dan berdusta.

Mempunyai prasangka yang sangat buruk kepada isteri-isteri Rasulullah SAW, mencela para Sahabat, mengkafirkan golongan Sunni, mendustai dan menyebarkan fitnah.

Mereka mengkafirkan sebahagian Sahabat seperti Sayyidina Ali RA, Sayyidina Uthman RA, Mu’âwiyah, Abu Musa, Amru bin al-As, para Sahabat yang berjuang dalam Perang Jamal dan Perang Siffin serta mencela dan merendahkan mereka sebahagian Salaf.

Mengkafirkan seluruh Sahabat RA dan mencela semua imam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mereka masih bersifat jahil.

Menyatakan bahawa para Imam Syiah merupakan gudang ilmu ALLAH SWT dan penterjemah ilmu ALLAH SWT serta bersifat maksum, merendahkan jamaah lain dengan menganggap zuriat selain daripada golongan Syiah adalah anak haram serta mengkafirkan golongan bukan Syiah.

muda

tetapi

*https://ummahprihatin.com/kajianancaman/files/pdf/Kajian%20Daesh/ NEO-KHAWARIJ.pdf 130


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 131

197.

SEJARAH KEMUNCULAN MU’TAZILAH Mu’tazilah ( ) adalah satu daripada cabang pemikiran dalam Islam yang terkenal dengan sifat rasional dan liberal. Sejarah munculnya aliran Mu’tazilah bermula di kota Bashrah (Iraq) pada abad ke 2 Hijrah ketika pemerintahan khalifah Abdul Malik Bin Marwan dan khalifah Hisyam Bin Abdul Malik. Pengasasnya adalah seorang penduduk Basrah bernama Wasil bin Ata’ Al-Makhzumi murid kepada tokoh Tabiin terkenal Al-Hasan Al-Basri. Ketika itu perbahasan ilmu kalam menjadi perdebatan hangat di kalangan ahli ilmu di mana Wasil bin Ata’ berpendapat seorang Muslim yang melakukan dosa besar terkeluar daripada Islam akan tetapi tidak termasuk dalam kalangan orang kafir (Fasiq) dan tempatnya di tengahtengah antara dua kedudukan (manzilah bain al-manzilatain). Atas perselisihan ini Wasil dan pengikutnya telah mengasingkan dirinya daripada gurunya al-Hasan al-Basri dan mengambil salah satu tiang masjid untuk mempertahankan pendapatnya. Akhirnya kumpulan ini dikenali sebagai Mu’tazilah bermaksud golongan yang mengasingkan diri daripada aliran kebenaran. Golongan ini juga menggelar diri mereka sebagai Ahl al-Tawhid wa al-'Adl (golongan tauhid dan keadilan Tuhan) berdasarkan ideologi yang mereka perjuangkan melalui sistem Islam yang berdasarkan akal. Mereka juga dilabel sebagai golongan yang berpegang kepada prinsip kebebasan melakukan sesuatu.

198. Pada ketika itu Mu’tazilah tidak membawa sebarang maksud tidak baik, hanya sekadar perbezaan pendapat yang berlaku. Namun, setelah pelbagai pendapat dikemukakan oleh kumpulan tersebut mula bertentangan dengan pembawaan ulama muktabar maka Mu’tazilah merujuk kepada aliran pemikiran yang negatif. Perkara ini berlaku disebabkan golongan ini terpengaruh dengan mazhab pemikiran logik dan falsafah Yunani, India dan Parsi. Justeru itu, menurut Muhammad Husein al-Zahabi dalam kitab al-Tafsir wa al-Mufassirun tidak hairan sekiranya sumber pengetahuan yang diperakukan mereka datangnya daripada logik akal berbanding nas-nas syara’. Malahan akal menjadi dalil kukuh dan kata pemutus dalam menentukan suatu perkara walaupun bertentangan dengan dalil al-Quran dan al-Sunnah, lebih parah dalil-dalil syara’ ditakwilkan mengikut selera mereka sendiri agar sesuai dengan prinsip-prinsip pemikiran mereka. 131


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 132

199. Mu’tazilah kemudiannya, mendapat tempat di sisi pemerintah dan diangkat sebagai mazhab rasmi negara dalam aqidah pada era Abasiah di bawah pemerintahan Khalifah al-Makmun. Tokoh-tokoh Mu’tazilah diangkat menjadi rujukan dalam agama dan diberikan jawatan penting yang secara tidak langsung menjadikan ajaran ini semakin berkembang, khususnya dalam perbahasan sifat, keupayaan akal dan al-Quran adalah makhluk. ASAS KESESATAN AJARAN AL-MU’TAZILAH 200. Kerangka dasar ajaran Mu’tazilah pada awalnya terbina di atas tiga perkara manzilah bain al-manzilatain, fahaman Qadariyah dan ALLAH SWT tidak mempunyai sifat. Pada mereka ALLAH SWT menganugerahkan akal kepada manusia agar digunakan untuk membezakan perkara yang baik dan yang buruk, manusia wajib mengerjakan perbuatan yang baik dan menjauhi perbuatan yang buruk, ALLAH SWT Maha Mengetahui dengan pengetahuanNya dan pengetahuanNya itu adalah ZatNya, bukan SifatNya, ALLAH SWT hanya menciptakan benda-benda material (Jauhar). Adapun al-‘Arad (sifat yang menumpang pada sesuatu yang lain seperti jauhar) itu adalah hasil dari hukum alam. Misalnya, jika sebuah batu dilemparkan ke dalam air, maka gelombang yang dihasilkan oleh lemparan batu itu adalah terhasil dari tindak balas batu tersebut, bukan hasil ciptaan Tuhan. 201. Seorang yang melakukan dosa besar kemudian bertaubat, lalu mengulangi lagi dosa besar akan mendapat seksaan berganda, meskipun ia telah bertaubat atas dosa besarnya yang terdahulu, meyakini bahawa al-Quran itu Qadim hukumnya kafir, kewujudan syurga dan neraka hanyalah ilusi kerana belum tiba masanya manusia memasuki syurga dan neraka dan kiamat masih belum berlaku. Manusia menurut Mu’tazilah melakukan dan menciptakan perbuatannya sendiri, terlepas dari kehendak dan kekuasaan Tuhan. Konsep keadilan ALLAH SWT menurut mereka, manusia adalah merdeka dalam segala perbuatan dan bebas bertindak. Atas sebab itu mereka diazab atas perbuatan dan tindakan mereka.

132


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 133

202.

BAHAYA DAN ANCAMAN AL-MUKTAZILAH BAHARU Menggunakan rasional akal dalam menafsir agama dengan alasan membuka ruang dimensi berfikir merupakan salah satu daripada saki baki ajaran Muktazilah moden yang semakin berleluasa di negara kita Malaysia dan negara jiran Indonesia. Pengikut ajaran Muktazilah Baharu aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka secara terbuka yang terang-terangan berlawanan dengan tuntutan agama. Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta berkolaborasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka. Jarum halus mainan mereka berjaya mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil lagi pasif dalam urusan agama. Kelompok ini mengajak umat Islam untuk terbuka dalam memahami dan mengamalkan Islam di atas pentas fahaman Islam liberal yang mempunyai ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang ada dalam syariat Islam yang asli lagi tulen. Antara intipati dan ciri-ciri perjuangan Muktazilah Baharu adalah seperti berikut: i.

Menganut fahaman pluralisme: Fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama dan kedudukan agama Islam sebagai agama yang paling benar boleh dihapuskan. Ini bererti kedudukan agama Islam di Malaysia dapat direndahkan dan setaraf dengan mana-mana agama lain dan gejala murtad sudah tidak menjadi suatu isu besar lagi. Perkara ini selari dengan salah satu tuntutan IFC atau Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Commission) supaya membenarkan orang Islam untuk murtad tanpa dikenakan apa-apa halangan dan tindakan. Dalam isu murtad – seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam Liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah Syariah. Bagi kelompok Islam Liberal yang jahil ini mereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah tafsirkan ayat ALLAH yang berbunyi; “Tidak ada paksaan dalam agama”. (Al-Baqarah; 256) Menurut tafsiran ulama tafsir yang muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut 133


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 134

Islam kecuali dengan kerelaan sendiri. Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara aqidah dan Iman. Lebih parah lagi, golongan Islam Liberal juga berusaha untuk menghapuskan kedaulatan agama Islam di Malaysia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pada mereka kedudukan agama Islam di Malaysia sebagai agama bagi Persekutuan hanyalah simbolik kepada agama rasmi yang tiada kaitan dengan peruntukan dan perlaksanaan terhadap undang-undang Syariah yang dilaksanakan di mahkamah Syariah. Tujuan mereka menyatakan demikian adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Sekular berpaksikan demokrasi liberal yang tidak terikat dengan agama Islam. ii.

Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman: Pada mereka al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran ulama terdahulu kerana tafsiran ulama terdahulu telah jauh ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Proses mentafsir al-Quran perlu kepada ijtihad baru bersandarkan kepada logik akal dan rasional, dan tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para sahabat dan ahli-ahli tafsir terdahulu. “Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik”. (Kassim Ahmad, 12 Oktober 2000, News Straits Times)

iii. Mempertikai syariat ALLAH SWT dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional: Pada mereka hukum syariat Islam adalah ciptaan ulama dan cetusan idea fuqaha. Oleh itu, Syariat Islam tidak terlepas dari unsur kesilapan dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah hukum-hakam Syariat yang Qat’ie. Antara hukum-hakam Syariat yang menurut pandangan mereka perlu dinilai semula ialah: Hukum faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita, keharusan poligami bagi lelaki, kewajipan wanita muslimah bertudung, hukuman bunuh ke atas orang murtad, larangan wanita daripada menjadi pemimpin 134


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 135

termasuklah dalam solat, larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam dan banyak lagi. KEMUNCULAN AL-JABARIYYAH 203. Jabariyyah atau lebih tepat lagi Jabriyyah ( ) berasal dari kata jabara yang membawa maksud memaksa. Di dalam kamus Munjid dijelaskan bahwa nama Jabariyyah berasal dari kata jabara yang mengandung arti memaksa dan mengharuskannya melakukan sesuatu. Salah satu sifat dari ALLAH SWT adalah al-Jabbar yang bererti ALLAH SWT Maha Memaksa. Dalam aqidah istilah Jabariyyah merujuk kepada aqidah menolak adanya perbuatan dari manusia dan menyandarkan semua perbuatan tersebut kepada ALLAH SWT. Dengan kata lain manusia mengerjakan perbuatan dalam keadaan terpaksa (majbur) ibarat bunga lalang yang ditiup angin ada ketikanya condong ke kanan dan condong ke kiri, ke atas dan ke bawah. Bilakah munculnya aliran Jabariyyah dalam sejarah tidak dapat dikenal pasti secara jelas, namun demikian menurut Muhammad Abu Zahra fahaman ini mula muncul sejak zaman sahabat dan pemerintahan Bani Umayyah. Pada ketika itu para ulama mengupas tentang masalah Qadha/Qadar dan kekuasaan manusia ketika berhadapan dengan kekuasaan mutlak Tuhan. Maka lahirlah suatu pendapat yang dikemukakan oleh Jahm bin Safwan seorang ahli teologi berasal dari Khurasan yang berpegang dengan pendapat bahawa manusia itu dipaksa dalam tindakannya seperti bulu-bulu yang ditiup angin. 204. Dalam sejarah aliran Jabariyyah mempunyai beberapa kelompok antaranya Jabariyyah Khalisah (Tulen) dan Jabariyyah Mutawassitah (Pertengahan/Sederhana). Jabariyyah Khalisah merupakan kelompok paling ekstrem yang menolak seratus peratus perbuatan hamba datangnya dari hamba tersebut, begitu juga kekuasaan bagi perbuatan tersebut, semua perkara datangnya daripada ALLAH SWT. Manakala Jabariyyah Mutawassitah pula menetapkan manusia mempunyai kuasa atas perbuatannya, namun ianya tidak memberi sebarang kesan. Justeru itu, aqidah Jabariyyah amat melampau dalam masalah takdir sehingga menganggap bahawa manusia tidak memiliki kehendak dan tidak memiliki pilihan untuk berbuat sesuatu. Segala perkara telah ditentukan dan dipaksa oleh ALLAH SWT, sepertimana gerakan tubuh yang menggetar akibat kesejukan yang tidak dapat dikawal oleh pemiliknya. 135


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 136

205.

KEMUNCULAN AL-QADARIYYAH Qadariyyah ( ) merujuk kepada sekumpulan aliran aqidah yang menyeleweng daripada ASWJ yang mengingkari bahawa ALLAH SWT mengetahui segala sesuatu sebelum terjadinya perkara tersebut dan meyakini bahawa setiap hamba adalah pencipta bagi perbuatannya masing-masing. Fahaman ini pertama kali muncul di awal zaman pemerintahan bani Umayyah yang dibawa oleh Ma’bad al-Juhani dan Ghailan ad-Dimasyqi dari kalangan tabiin. Ada pendapat mengatakan Qadariyyah berasal dari ajaran seorang yang bernama Susan dari Iraq yang beragama Kristian, kemudian memeluk agama Islam, dan kembali lagi ke Kristian. Dari Susan inilah Ma’bad dan Ghailan mengambil fahaman tersebut yang secara jelas fahaman tersebut merupakan saduran daripada falsafah Yunani.

206. Nabi SAW pernah menceritakan kepada para sahabat dengan kemunculan kelompok Qadariyyah ini dalam sabda Baginda SAW:

Maksudnya: “Qadariyyah adalah majusinya umat ini. Jika mereka sakit, jangan dijenguk. Jika mereka mati, jangan diziarahi” [Riwayat Abu Dawud, Ahmad, dan lainnya]. 207. Menurut para ulama, menyerupai majusi yang dimaksudkan dalam hadis kerana qadariyyah mengatakan : Setiap perkara yang berlaku di dunia itu ada dua jenis : peristiwa akibat perbuatan ALLAH SWT, maka ini adalah ciptaan ALLAH SWT, dan peristiwa akibat perbuatan hamba, maka ini adalah ciptaan hamba, bukan ciptaan ALLAH SWT. Justeru itu, mengingkari bahawa ALLAH SWT mengetahui segala sesuatu sebelum terjadinya adalah menafikan ilmu ALLAH SWT yang bersifat menyeluruh dan meyakini bahawa setiap hamba adalah pencipta bagi perbuatannya masing-masing menafikan sifat qudrah atau maha berkuasa yang memberi bekas pada mengadakan dan mentiadakan tiap-tiap sesuatu. Sifat tersebut pada hakikatnya ialah satu sifat yang qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat ALLAH SWT. BAHAYA FAHAMAN AL-JABARIYYAH BAHARU DAN AL-QADARIYYAH 208. Kesesatan fahaman ini melanda umat Islam tanpa sedar 136


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 137

khususnya ketika Covid sedang melanda dunia pada ketika ini. Ramai orang sama ada sedar ataupun sebaliknya boleh terjerumus kepada terpesong aqidahnya disebabkan isu ini. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Hadid, ayat 22:

Maksudnya: “Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi ALLAH”. 209. Dari ayat di atas, jelas segala musibah dan penyakit datang daripada ALLAH SWT dan perkara tersebut tersangat mudah bagi ALLAH SWT untuk melakukannya. Dalam ayat ini jelas dan nyata bahawa aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah wajib meyakini bahawa yang mendatangkan penyakit dan memberikan kesembuhan itu ALLAH SWT semata-mata. Suatu ujian besar seperti Covid ini sudah cukup sebagai bukti kuasa ALLAH SWT di atas segala kuasa manusia, untuk mengajak manusia secara keseluruhan kembali kepada ALLAH SWT dan menghentikan segala kezaliman yang ada. 210. Justeru, ketika musibah Covid melanda ada tiga kategori fahaman yang timbul dan setiap satu daripadanya perlu ditimbang dengan sebaiknya agar tidak terpesong daripada aqidah yang sebenar. Asas timbulnya fahaman seperti ini bertitik tolak daripada persoalan kepercayaan kepada qada dan qadar ALLAH SWT yang merupakan salah satu daripada Rukun Iman. •

Pertama: Patuh kepada seruan ayat di atas dan berkeyakinan penuh bahawa yang mendatangkan penyakit dan kesembuhan itu ALLAH SWT dan menjadi kewajipan manusia untuk berikhtiar dan bertawakal kepadaNya.

Kedua: Keyakinan sebahagian masyarakat bahawa bencana Covid ini datang disebabkan kelalaian 137


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 138

manusia melanggari perintah ALLAH SWT dan bukan dengan kehendaknya. •

Ketiga: Golongan yang alergi dengan SOP dan beranggapan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, bersentuhan dan seumpamanya tidak memberikan apa-apa kesan kalau sudah takdirnya mati tetap akan mati. Ini kerana semua urusan hidup dan mati berada di tangan ALLAH SWT.

211. Fahaman yang pertama merupakan aqidah yang bersih daripada sebarang unsur syirik dan keraguan dalam beragama. Ianya selari dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan meyakini semua ujian dan bencana itu datangnya daripada ALLAH SWT. Dalam hidup ini berbagai ujian menanti manusia, ada di antara mereka yang diuji dengan kesempitan, kematian dan sebagainya berdasarkan kepada tahap keimanan mereka kepada ALLAH SWT. Di antara ujian yang sering berlaku kepada manusia ialah mereka ditimpa dengan penyakit yang pelbagai, ada ketikanya berat dan ada ketikanya ringan. Dalam keadaan tertentu penyakit tersebut tidak dapat dirawat sehingga menjadi penyebab kepada kematian. 212. Ketika dunia sedang berhempas pulas untuk melawan virus Covid, orang yang beriman kepada ALLAH SWT wajib meyakini bahawa yang mendatang virus tersebut ialah ALLAH SWT dengan sebab yang dikehendaki-Nya sama ada kita memahami sebab tersebut ataupun tidak dan Dia-lah juga penyembuh kepada segala jenis penyakit. Kita juga wajib meyakini bahawa setiap penyakit ada ubatnya dan kuasa penyembuh penyakit itu adalah dengan kekuasaan ALLAH SWT sahaja. Ubat tidak menyembuhkan penyakit tetapi merupakan penyebab bagi kesembuhan, seperti mana firman ALLAH SWT dalam surah al-Syu’ara’, ayat 80:

Maksudnya: “Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku;”

138


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 139

213. Oleh itu, menghayati dan memahami musibah Covid dengan cara berfikir menurut aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah amat penting ketika ini agar selari dengan kategori yang pertama. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada jangkitan penyakit, tiada sialan pada bulan Safar, tiada sialan burung hantu”. Lalu berkata seorang Badwi: Wahai Rasulullah SAW bagaimana pula unta yang sihat bagaikan rusa-rusa di padang pasir, tetapi apabila ia bercampur dengan unta yang berkudis ia menjadi berkudis sama. Lalu jawab Baginda SAW: “(Kalau begitu) siapa pula yang menjangkiti unta yang pertama”. [Maksud hadis riwayat al-Bukhari] 214. Hadis ini boleh dijadikan teras dalam memahami ketiga-tiga aliran kefahaman yang dikemukakan di atas. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “tiada jangkitan” dalam hadis tadi cukup jelas bahawa tiada jangkitan boleh berlaku secara semula jadi, tetapi ALLAH SWT menjadikan pergaulan seorang yang berpenyakit dengan seorang yang sihat sebagai sebab kepada berlakunya jangkitan. Kefahaman ini sejajar dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa yang mendatangkan penyakit dan kesembuhan itu ALLAH SWT dan menjadi kewajipan manusia untuk berikhtiar dan bertawakal kepada-Nya seperti kategori yang pertama. Ini tidak bererti bahawa kita bebas untuk tidak mengambil langkah-langkah penjagaan atau SOP. Dalam hadis lain daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Larilah (jauhilah) daripada orang yang terkena penyakit kusta seperti kamu lari daripada singa”. [Maksud hadis riwayat Ahmad] 215. Justeru, perintah Rasulullah SAW yang memerintahkan supaya menjauhi orang yang dijangkiti kusta merupakan suatu langkah pencegahan yang termasuk dalam kategori sad al-Zari’ah (menutup jalan-jalan yang boleh membawa kepada perkara mudharat). Tujuannya supaya kita tidak beri’tiqad bahawa penyakit itu berlaku disebabkan jangkitan, akan tetapi penyakit itu berlaku ketika mana bertepatan takdir ALLAH SWT dan waktu terkenanya penyakit tersebut kepada seorang yang sihat ketika berada berdekatan dengan orang yang sakit.

139


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 140

216. Dalam pada itu, penafian yang diperjelaskan oleh Rasulullah SAW adalah bertujuan untuk menolak i’tiqad atau fahaman Ashab al-Tabi’ah (mereka yang beri’tiqad berlaku sesuatu dengan semulajadi) atau lebih tepat lagi fahaman Qadariyah. Inilah keyakinan dan kepercayaan sebahagian masyarakat kita yang berada dalam kategori kedua tadi bahawa bencana Covid ini datang disebabkan perlakuan manusia itu sendiri dan bukan dengan kehendakNya. 217. Al-Qadariyyah sebuah aliran yang mengakui bahawa manusia bersifat aktif dan kehendaknya secara mutlak berada di tangannya sendiri serta mempunyai kebebasan dan kekuatan sendiri untuk menentukan perbuatan dan nasibnya sendiri. Golongan ini berkeyakinan bahawa takdir merupakan kebebasan manusia dalam menentukan hala tuju perbuatan, kehendak dan kemampuannya sendiri tanpa pengaruh penciptanya iaitulah ALLAH SWT. Penyelewengan al-Qadariyyah bermula kerana keinginan mereka untuk mensucikan ALLAH SWT daripada segala keburukan, sehingga mereka sendiri terjatuh ke lembah kesesatan dengan mengingkari takdir. Sandaran mereka dengan berpegang kepada beberapa ayat ALLAH SWT seperti dalam surah al-Kahfi, ayat 29 dijadikan sandaran:

Maksudnya: Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya...”. Dalam surah Fussilat ayat 40:

Maksudnya: “...Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya ALLAH Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya)”. 218. Perkara ini jelas menurut mereka ALLAH SWT memberikan ruang kebebasan dan kekuatan (qudrah) kepada manusia untuk menentukan sendiri agar tidak terkena jangkitan melalui 140


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 141

ikhtiar dan keupayaan manusia itu sendiri. Namun, jika berlakunya juga jangkitan tersebut ALLAH SWT tidak boleh dipersalahkan dan bukan dengan kehendaknya, tetapi salah dirinya sendiri yang yang tidak berhati-hati sehingga terkena jangkitan tersebut. 219. Manakala al-Jabariyah dalam kategori ketiga yang alergi dengan SOP yang beranggapan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, bersentuhan dan seumpamanya tidak memberikan apa-apa kesan kalau sudah takdirnya mati tetap akan mati. Ini bermaksud mereka memahami konsep qada dan qadar ALLAH SWT berlawanan dengan apa yang difahami oleh al-Qadariyyah. Menurut mereka manusia bersifat pasif, tidak memiliki daya dan upaya untuk merubah dan menentukan takdirnya sendiri dan segalanya secara mutlak terletak pada ALLAH SWT. Tidak ada pilihan lain bagi manusia selain menerima ketentuan tersebut secara suka rela ibarat kapas melayang-layang ditiup angin. Sandaran mereka dengan berpegang kepada beberapa ayat, antaranya firman ALLAH SWT dalam surah al-Saffat, ayat 96 yang jelas memperakukan perkara tersebut:

Maksudnya: “Padahal ALLAH SWT yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!” 220. Cara beriqtikad seperti al-Jabariyyah ini menyeleweng dari batasan sebenar aqidah yang suci kerana perbuatan tersebut menuduh ALLAH SWT melakukan kezaliman dengan membebani manusia dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan manusia. Setelah itu, manusia dicampak ke dalam api neraka disebabkan dengan perbuatan di luar kehendaknya untuk melakukan demikian. 221. Justeru, dalam konteks jangkitan yang disebabkan virus Corona, jika seseorang itu terkena jangkitan menurut Jabariyyah kerana memang telah diputuskan oleh ALLAH SWT seperti itu, bukan kerana orang itu tidak waspada, tidak menghiraukan SOP yang ditetapkan pihak kerajaan. Semuanya telah ditakdirkan ia akan mati disebabkan virus dan tidak perlu takut dan bimbang dengan Covid. Pendek kata, pada mereka semua persoalan 141


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 142

Tuhanlah yang menjadi penyebabnya seperti seseorang yang tidak pandai berenang, namun memilih untuk terjun ke dalam kolam renang kemudian tenggelam dan meninggal. Dalam kes ini tuhanlah penyebab kematian orang yang tidak pandai berenang tadi. 222. Fahaman tidak ada campur tangan Tuhan ini membawa kepada keyakinan yang menyembuhkan bukan Tuhan akan tetapi ubat, vaksin, dan seumpamanya. Fahaman seperti inilah yang dicanang oleh para saintis berhaluan materialism yang meyakini bahawa kuasa penyembuh adalah ubat atau vaksin yang ada dalam tubuh manusia. Jika kesembuhan itu tidak berlaku bukan kerana kehendak ALLAH SWT tetapi kerana tapi vaksin/ubat yang tidak efektif bekerja. 223. Rumusannya, kita wajib meyakini setiap penyakit pasti ada penawarnya dan jika ditakdirkan penawar tersebut tepat dengan penyakit kesembuhan pasti berlaku. Justeru, ada 3 konsep penting yang saling berkait rapat antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan iaitulah: Usaha, sabar dan tawakal kepada Maha Pencipta. Ketiga-tiga perkara ini ibarat tiga orang sahabat karib seperti dalam filem Doremi arahan Allahyarham P Ramli yang sentiasa bersama ketika susah dan senang dalam setiap perjalanan kehidupan. Oleh itu dalam berhadapan dengan situasi yang mencabar seperti Covid ini kita hendaklah berusaha, bersabar dan akhirnya bertawakal kepada ALLAH SWT. Ketiga-tiga konsep ini merupakan ajaran al-Quran berpandukan kepada ayat-ayat berikut: i.

USAHA DAN IKHTIAR

Firman ALLAH SWT dalam surah al-Ra’d ayat 11 maksudnya: “...Sesungguhnya ALLAH SWT tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila ALLAH SWT menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada 142


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 143

sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” ii.

SABAR

Firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah ayat 45 maksudnya: “Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH SWT) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;” iii. TAWAKAL

Firman ALLAH SWT dalam surah Ali ‘Imran ayat 159 maksudnya: “...Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada ALLAH SWT, sesungguhnya ALLAH SWT Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya”. RUJUKAN 1)

Al-Quran al-Karim.

2)

Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran.

3)

Tafsir Ruh al-Ma’ani Fi al-Quran al-Azim karangan Mahmud al-Alusi, Dar Ihya’ al-Turaht al-Arabi.

4)

Tafsir al-Jami’ Li Ahkam al-Quran (Tafsir al-Qurtubi) karangan Muhammad bin Ahmad al-Qurtubi, Muasasah al-Risalah. 2006.

5)

Tafsir al-Sha’rawi: Khawatir Imaniyyah, al-Sheikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi.

6)

Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Bukhari.

7)

Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab karangan al-Nawawi, Dar al-Kutub al-Ilmiah 2011. 143


2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 144

8)

Mausu’ah al-Mu’jam al-Mufahris Li Alfaz al-Hadis al-Nabawi al-Syarif.

9)

Kitab al-Jami' as-Sahih – karya Imam Muslim.

10) Kitab Sunan an-Nasai – karya Imam Nasa'i. 11) Kitab Sunan Abi Daud – karya Imam Abu Daud. 12) Kitab Sunan at-Tirmizi (al Jami' as-Sahih) – karya Imam Tirmidzi. 13) Kitab Sunan Ibnu Majah – karya Imam Ibnu Majah. 14) Kitab Musnad – karya Imam Ahmad. 15) Talbis Iblis karangan Ibnu al-Jawzi Dar al-Qalam, Mesir 2011. 16) Al-Tafsir wal Mufasssirun karangan Muhammad Husein al-Zahabi. 17) Al-I’tisam karangan al-Syаtibі. 18) Perbandingan Aqidah dan Fahaman Umat Islam oleh Haji Said Haji Ibrahim, Bekas Mufti Negeri Sabah diterbitkan oleh Darul Ma’rifah Kuala Lumpur. 19) Media Online. 20) Buku Hukum Ulamak-ulamak Islam terhadap Syiah - Ibnu Umar. 21) Buku Catatan Hitam Agama Syiah – Al-Ustadz Ja’far Umar Thalib. 22) Buku Ensiklopedi ALIRAN MADZHAB DI DUNIA ISLAM. 23) Buku Zionis dan Syiah Bersatu Hantam Islam – Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi. 24) Buku Syiah dan Tarekat Sufi – Syeikh Ahmad Rusydi. 25) Buku Khawarij Dan Syiah dalam Timbangan Ahli Sunnah Waljamaah – Prof. Dr. Ali Muhammad Ash-Shalabi. 26) Buku Darah Syiah – Ahmad Faidzurrahim. 27) Mengenal Hakikat Syiah – Datuk Wan Zahidi Wan Teh & Syeikh Mahmood Sa’ad Nasih. 28) Buku Mengapa Saya Keluar Dari Syiah? – Sayyid Hussain Al-Musawi. 29) Buku 201 Tanya Jawab Syiah – Prof. Dr. Mohammad Baharun. 144


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 145

MUSIBAH BANJIR : DIUNDANG, DIMINTA ATAU TAKDIR Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Manusia memang lemah, tidak dapat menelah dengan tepat perkara yang akan berlaku. Bagaimanapun dengan ilmu yang sedikit kurniaan ALLAH SWT manusia boleh menjangka kejadian banjir akan berlaku. Kejadian banjir yang berlaku di beberapa negeri baru-baru ini amat luar biasa dan sememangnya luar biasa. Dari segi keadaan banjir melanda, ianya datang agak mendadak dan dalam bentuk ombak, serta arus yang deras dari Laut China Selatan, hingga bukan sahaja mampu menenggelamkan kawasan dengan cepat, tetapi juga mengorbankan nyawa dan merosakkan harta benda seperti bangunan-bangunan kediaman, sekolah, pejabat kerajaan dan swasta, premis perniagaan, prasarana sedia ada seperti jambatan, jalan raya, ladang, tanaman dan lain-lain lagi. Jika hendak ditaksir kemusnahan, kerosakan, kerugian dan kos mengganti, memperbaiki dan memulihkan semula kerosakan meliputi harta awam dan swasta mungkin ianya mencecah angka dua bilion ringgit atau lebih. Terdapat beberapa pandangan bahawa kejadian seperti ini di sisi ALLAH SWT adalah perkara biasa sahaja, yang boleh berlaku dengan mudah, di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Bahkan kejadian-kejadian yang jauh lebih besar dan lebih dahsyat pernah berlaku dalam sejarah manusia. Ianya banyak dirakamkan di dalam al-Quran termasuk sebab-sebabnya untuk menjadi iktibar kepada manusia. Justeru sama ada kita menyedari atau tidak, kejadian banjir luar biasa ini sudah tentu mempunyai mesejnya tersendiri yang berada di dalam pengetahuan ALLAH SWT. Kalau hendak dikirakan dari segi ilmu pengetahuan dan peralatan canggih yang kita ada dan kuasai telah jauh maju ke hadapan, tetapi ternyata kita masih belum mampu menelah dengan tepat, sehingga kejadian banjir kali ini memakan korban yang bukan sedikit berbanding sebelumnya, kerana persiapan kita jauh daripada mencukupi mengikut keperluan sepatutnya. Apabila dihalusi, ada beberapa sebab yang boleh dikaitkan dengan kejadian banjir tersebut iaitu: 1.

Sebab yang boleh difahami secara mudah melalui fikiran 145


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 146

rasional iaitu kerosakan alam sekitar dan sistem ekologi akibat daripada perbuatan manusia yang rakus. Atas nama pembangunan, laut yang ALLAH SWT jadikan di dunia ini sebagai takungan air setiap tahun akan menyempit daripada keluasannya dengan ditambak untuk membuat pembangunan begitu juga daratan sawah-sawah dan sungai-sungai ditimbus dan ditambak atas alasan yang sama, ini semua terpalit balik kepada kita semua. Pengusaha balak, pertanian yang tidak terkawal dan berbagai lagi, menyebabkan keadaan muka bumi telah berubah. Pokok-pokok ditebang tanpa kawalan yang menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan hakisan. Bukitbukit ditarah sewenang-wenang yang menyebabkan sungaisungai semakin tohor, kotor, kayu balak melanggari satu sama lain sampah sarap berlonggokkan maka terjadilah mendapan tanah dan kawasan-kawasan tadahan air semakin berkurangan. Hal ini ditambah lagi dengan fenomena kitaran alam dan musim yang sentiasa silih berganti, seperti air pasang besar, puting beliung dan kadar nisbah purata hujan yang tinggi akibat pemanasan global di dalam Surah ar Rum ayat 41, ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana ALLAH hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

2.

GUNUNG-GANANG (BUKIT BUKAU) ADALAH PASAK BUMI YANG ALLAH SWT JADIKAN Sebab yang tidak mudah difahami yang memerlukan keimanan dan pancaindera rohani iaitu kejadian banjir dan bencana alam seumpamanya adalah suatu musibah yang melanda umat manusia kerana kesalahan dan dosa yang mereka lakukan. Ini dijelaskan oleh ALLAH SWT melalui firmanNya ayat 59 surah al-Qasas yang bermaksud : “Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan kami; dan tidaklah menjadi kebiasaan kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.” Dalam surah al-Naba’ ayat 7 firmanNya lagi yang 146


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 147

bermaksud: “Dan gunung-ganang sebagai pancang pasak bagi bumi?” Dan dalam surah al-Anbiya ayat 31 yang bermaksud: “Dan Kami telah menjadikan di bumi gunungganang (bukit bukau) yang menetapnya (tidak bergoncang), supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani”. ALLAH SWT Yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa menurunkan musibah mempunyai tujuan tertentu. Antaranya ialah: i.

Untuk menaikkan darjat serta martabat para anbiya’ dan solihin. Malah musibah kepada para Rasul jauh lebih dahsyat lagi, kemudian pengikut-pengikutnya hingga akhir zaman. Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW amat bertuah, kerana melalui syafaat Nabi Muhammad SAW, musibah yang kita terima hanya sedikit berbanding dengan musibah yang diterima umat-umat terdahulu.

ii.

Untuk menghapuskan dosa manusia. Musibah berlaku sebagai kifarah di atas dosa-dosa yang dilakukan oleh manusia. Juga sebagai teguran dan peringatan akibat daripada bermaharajalelanya kemungkaran, agar manusia kembali ke pangkal jalan.

MASUK RUMAH ORANG MELALUI PINTU DEPAN DAN BERI SALAM Pembangunan negara adalah penting dan Alhamdulillah melalui usaha-usaha yang dijalankan, negara kita telah, sedang dan akan terus mencapai pembangunan yang pesat bagi kesejahteraan rakyat. Satu persoalan yang perlu kita akui, seiring dengan pembangunan dan kemajuan yang kita capai ialah berlakunya “kebanjiran” nilai yang bertentangan dengan norma-norma bangsa kita dan bercanggah dengan asas-asas Agama Islam. Ekoran daripada itu berlakulah gejala sosial di kalangan anggota masyarakat dan pengaruhnya mudah mendapat tempat, terutama di kalangan generasi muda. Pergaulan bebas, amalan-amalan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) berleluasa. Fahaman-fahaman liberalism dan pluralism turut menyerap pemikiran pihak-pihak tertentu yang memperjuangkan kebebasan untuk mengamalkan 147


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 148

perkara tersebut. Mudah faham, kalau kita pergi ke rumah orang masuk pintu depan dan beri salam, tuan rumah suruh masuk barulah kita masuk, jangan masuk pintu belakang (pintu dapur). Ini bertentangan dengan norma-norma bangsa kita apa lagi ianya bertentangan dengan ajaran agama Islam. Kejadian ini kelihatannya kurang menimbulkan kesedaran, sebaliknya lebih banyak menimbulkan keluhan serta tindakan salah menyalahkan di kalangan masyarakat. Pakar-pakar dalam bidang agama biasanya mencari kesalahan saja, bukannya cara penyelesaian. Memang mudah untuk menuding jari mencari kesalahan orang tapi pada masa yang sama kesalahan diri sendiri tidak disedari. Tidak ada satu kerangka yang bersifat holistik diunjurkan bagi mengekang dan mengatasinya. Kalau ada pun ianya bersifat sendiri-sendiri, bahkan ada pihak yang seakan-akan menjadi penaja fenomena ini. Ibu bapa sepatutnya lebih prihatin terhadap anak-anak dan ahli keluarganya, guru-guru tidak tersalah fokus menangani anak muridnya, pihak-pihak yang bertanggungjawab pada peringkat mana pun perlu mengakui kekurangan dan tidak hanya menyalahkan rakyat dan pengikutnya. Apabila keadaan ini selari daripada peringkat bawah hingga ke atas, akan berlakulah proses tindakan kukuh mengukuh di antara satu sama lain. Apa yang menyedihkan kejadian ini seolah-olah menjadi agenda baru dalam kepimpinan sesetengah pihak. Kumpulannya sahaja yang betul dan kumpulannya sahaja yang mempunyai program serta membuat tindakan. Keadaan ini telah mengakibatkan perpecahan, kelemahan sehingga usaha yang berkesan sukar dilakukan. Rentetan daripada gejala sosial yang semakin susah dibendung ini, timbul pula isu yang lebih mencabar, iaitu isu aqidah. Aqidah yang menjadi nadi dan tunggak kekuatan umat Islam, tidak menjadi perkara penting dalam agenda pembangunan ummah dan negara. Implikasinya, yang jahil terus mengabaikan aqidah kerana ia tidak mempunyai nilai untung dan rugi keduniaan. Yang berpengetahuan termasuk sebahagian mereka yang menggelarkan dirinya ilmuan mempolemikkan pegangan yang sudah sekian lama diamalkan secara harmoni. ISU KHILAFIYAH DIPERDEBATKAN Isu khilafiyah dan persepsi sesuatu kefahaman diperdebatkan secara terbuka, yang kadangkala bertujuan untuk mencari 148


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 149

kemenangan yang berselindung di sebalik kebenaran. Perdebatan yang kadangkala menggunakan istilah muzakarah bukan bertujuan mencari titik persamaan daripada kebenaran. Adab dan etika perbezaan diperdebatkan. Perpecahan semakin parah, hingga memberi kesan besar terhadap survival masa depan ummah. Keadaan ini telah mendorong kegiatan-kegiatan yang mempersendakan kesucian agama oleh pihak-pihak yang mengambil kesempatan kerana mendapat restu daripada mereka yang bersekongkol atas nama dakwah, persefahaman dan keharmonian. Kejadian mempersenda agama ini, walaupun bersifat tenggelam timbul mengikut masa, tetapi ia semakin berani dan kerap dilakukan. Tindakan-tindakan menanganinya juga sentiasa menemui jalan buntu yang berpunca daripada masalah teknikal dari segi penguatkuasaan undang-undang atau di luar bidang kuasa dan tidak ada punca kuasa yang jelas. Atas nama strategi, “konsep matlamat menghalalkan cara” digunakan secara meluas bagi meraih sokongan. Akibatnya khalayak ramai turut terheret dan terjebak dalam konflik sesama mereka. Yang fanatik dengan secara mudah menghukum mereka yang tidak sealiran. Yang berkecuali menjauhkan diri daripada komuniti beragama, hidup secara menyendiri. MENDIRIKAN SOLAT HAJAT UNTUK MEROSAKKAN PIHAK LAIN ATAU ANTARA SESAMA HAMBA ALLAH SWT Satu perkara lagi ialah cara menggunakan doa dan solat hajat oleh golongan tertentu ke atas golongan tertentu yang bertujuan untuk memudaratkan diri golongan yang tertentu supaya impian mereka mudah tercapai. Sebagai contoh ada orang bermusuhan dengan jiran sebelah rumah tidak bertegur sapa berpuluh-puluh tahun sebab isu yang tidak diketahui, begitu juga dengan keluarga yang terdekat sebab merebut harta peninggalan kedua orang tua yang tidak ada wasiat, hibah dan mereka tidak bersepakat untuk menerima kaedah faraid tentang pembahagian harta. Begitu juga kenapa marah dengan orang yang bukan Islam “ibarat marahkan nyamuk kelambu dibakar” dan ada kemungkinan kerajaan yang memerintah kalau tidak disukai mungkin solat hajat juga digunakan untuk ALLAH SWT turunkan bala, musibah atau bala bencana. Solat hajat dan doa yang dilakukan ini apakah tidak akan makan diri sendiri dan diri orang lain. Dalam hal ini ada teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ketika menyampaikan dakwah di Taif. Baginda menolak saranan malaikat agar penduduk Taif 149


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 150

dihancurkan kerana bukan sahaja enggan menerima dakwah, tetapi membaling batu dan menyakiti Baginda SAW. Sebaliknya, Baginda SAW mendoakan agar penduduk Taif diberi hidayah dan petunjuk. Doa, jika ditujukan untuk menurunkan bencana dan malapetaka; ia tidak menjadi syirik, tetapi ia adalah haram. Daripada Ummi Salamah RA berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan memohon doa bencana ke atas diri kamu kecuali hanya kebaikan, justeru para malaikat mengaminkan apa saja yang kamu minta”. (Riwayat Muslim) KISAH NABI SULAIMAN AS DAN DOA SEMUT Kisah Nabi Sulaiman AS dan doa semut merupakan kisah yang benar dan dirakam oleh ALLAH SWT di dalam al-Quran dalam surah al-Naml ayat 18 dengan firman-Nya yang bermaksud: “(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”. Pada peristiwa tersebut ALLAH SWT menceritakan bahawa Nabi Sulaiman AS sedang membawa bala tenteranya yang terdiri daripada jin, manusia dan burung untuk berjalan bersama. Hinggalah sampai ke satu lembah tempat tinggalnya sekumpulan semut. Pada ketika itu, ratu semut memberikan perintah dan peringatan kepada rakyatnya agar berlindung daripada Nabi Sulaiman AS dan juga bala tenteranya kerana mereka tidak mengetahui bahawa kawasan yang mereka hendak jalan itu mempunyai haiwan lain seperti semut. Arahan ratu semut sebenarnya didengari oleh Nabi Sulaiman AS lalu Nabi Sulaiman AS pun tersenyum kerana kebijaksanaan yang terdapat pada semut tersebut sehingga menyebabkan Baginda SAW menyusun strategi agar tentera-tenteranya tidak memijak kawasan yang diduduki oleh semut- semut tersebut. Disebabkan mereka yang kecil dan susah untuk dilihat, maka ratu semut membuat keputusan bijak bagi berlindung terlebih dahulu. Serangga sekerdil semut berdoa kepada ALLAH SWT agar diselamatkan daripada bencana besar dipijak oleh tentera-tentera Nabi Sulaiman AS dan ALLAH SWT mendengar permintaan mereka, apatah lagi kalau yang berdoa dan bermunajat itu adalah manusia pasti ALLAH SWT lebih mengetahuinya. Firman ALLAH SWT dalam surah Qaf ayat 16 maksudnya: “Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih 150


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 151

dekat kepadanya daripada urat lehernya”. Dalam surah al-An’am ayat 59 firman ALLAH SWT maksudnya: “…dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Loh mahfuz) yang terang nyata”. Benar, ALLAH SWT Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang menerima segala permintaan makhluk ciptaanNya daripada sekecil binatang apa lagi permintaan hamba-hambaNya untuk kebaikan atau di sebaliknya. Dalam konteks malapetaka dan musibah yang menimpa negerinegeri tertentu baru-baru ini mungkin juga merupakan kifarah ALLAH SWT atau pun doa yang diminta oleh orang tertentu tersebut dimakbulkan oleh ALLAH SWT kerana lambat atau cepat permintaan itu ALLAH SWT tidak lupa atau manusia sahaja yang lupa perkara itu. Ibarat lanun yang tidak waras pemikiran untuk membunuh orangorang tawanan yang ada dalam bot besar di tengah lautan bagi mendapatkan harta dan bot itu dibocorkan, sedar tidak sedar lanun itu sekali akan terbunuh dan bot itu sekali akan tenggelam. Doa yang dipinta telah memakan diri sebab musibah berlaku ke atas saudara kita, tidak memilih jiran, kaya, miskin, ulama, apa bangsa, siapa saja, bukan kita sahaja yang terkecuali, sebab kita yang memohon. Bala tidak kenal sesiapa apabila diturunkan. “Al-Bala’ Ya’ummu warahmah takhussu” ( ) Bermaksud “Bahawasanya bala itu umum untuk semua manusia sama ada untuk orang yang beriman dan yang berbuat dosa, manakala Rahmat ALLAH SWT itu adalah khusus untuk orang yang beriman sahaja”. Justeru itu, Islam melarang keras perbuatan meminta bala termasuk mendoakan keburukan kepada diri sendiri, anak-anak, pekerja dan mana-mana pihak daripada kalangan orang beriman. Meskipun perbuatan mereka pada zahirnya nampak zalim kerana perbuatan tersebut adalah terburu-terburu yang merupakan sikap sebenar syaitan. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Isra’ ayat 11 bermaksud: “Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru”. Sabda Nabi SAW dari Jarir bin Abdillah RA maksudnya: “Jangan mendoakan bencana atas dirimu sendiri, anak-anakmu ataupun harta-hartamu. Jangan-jangan hal itu bertepatan dengan saat pengabulan doa oleh ALLAH SWT maka bencana tersebut pasti berlaku” (Riwayat Muslim dan Abu Daud). 151


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 152

Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumiddin dalam bab kegelinciran lidah ( ) mendoakan atau mengharapkan kebinasaan dan keburukan atas diri orang lain, adalah perbuatan tercela dalam syariat Islam sebagaimana keterangannya pada berikut ini: “Dekat dengan laknat ALLAH SWT adalah mendoakan keburukan untuk orang, termasuk mendoakan orang yang berbuat zalim, seperti perkataan “Semoga ALLAH SWT tidak memberikan dirinya kesihatan”, “Semoga ALLAH SWT tidak memberikan keselamatan untuknya” atau doa keburukan yang seumpamanya, kerana semua itu adalah perbuatan tercela. Orang Islam hendaklah mendoakan agar diberi perlindungan jika dizalimi, mendoakan agar diberi hidayat jika lalai dan cuai terhadap tanggungjawab agama, mendoakan kesihatan jika ditimpa sakit, mendoakan keselamatan jika terancam, mendoakan kesabaran apabila ditimpa musibah. Tidak boleh ada perasaan buruk sangka antara sesama Islam, bahkan menggunakan panggilan gelaran pun dilarang kecuali ada keperluan. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga mereka yang memutuskan silaturrahim”. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Nabi Muhammad SAW pernah bersabda maksudnya: “Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka ALLAH SWT akan timpakan bala; antaranya ialah apabila riba berleluasa, maksiat bermaharajalela, rasuah, kezaliman dan pembunuhan merata, amal makruf nahi mungkar ditinggalkan, orang tua tidak dihormati orang muda, harta berlegar di kalangan orang kaya, anak menderhaka, artis pelakon dan pemain muzik menjadi idola dan sanjungan”. (Riwayat al-Tirmizi dengan menghukumkan hadis ini sebagai Gharib) Islam mengumpamakan hubungan orang Islam di antara satu sama lain ibarat sebuah bangunan yang kukuh, cantik kerana saling kukuh mengukuhi, sempurna menyempurna antara satu sama lain. Semua komponen yang digunakan untuk membuat bangunan itu berbeza, tiangnya, batu batanya, simennya, kayunya, bumbungnya bahkan catnya. Justeru perbezaan di antara seorang dengan seorang sepatutnya menjana satu kekuatan bukan kelemahan. Kalau semua pihak hendak mengukuhkan Islam, sepatutnya Islam bertambah kuat, tetapi realitinya tidak menjadi cantik dan kuat seperti terbinanya sesuatu bangunan. Berdasarkan pancaindera rohani, kejadian banjir luar biasa yang berlaku ini, antaranya adalah kerana peringatan-peringatan ALLAH SWT selama ini tidak banyak 152


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 153

mengajar untuk manusia memahami erti nikmat yang perlu disyukuri. Sebaliknya nikmat kurniaan ALLAH SWT yang banyak telah menyebabkan manusia menjadi lalai dan mementingkan diri demi mengejar kemewahan kebendaan. ALLAH SWT yang bersifat Maha Agung seolah-olah menjadi kecil sehingga dipinggirkan. Yang diagung-agungkan ialah kedudukan diri sendiri dan kehendak hawa nafsu. Tidak hairanlah jika ini telah mengundang musibah dan bala. Bermula daripada pencerobohan sempadan di Sabah, kehilangan kapal terbang, kemalangan kapal terbang hinggalah kejadian banjir luar biasa yang berlaku, menyebabkan kita merasa dikejutkan. 1) Insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah – 1 Mac 2013 – 2 anggota Polis terbunuh ditembak pengganas. 3 Mac 2013 – 6 anggota Polis terbunuh ditembak pengganas. 2) Penerbangan MAS - MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal - Hilang dari radar kawalan udara pada 8 Mac 2014. Hingga kini tidak dijumpai. 3) Penerbangan MAS - MH17 (Kod Sharing dengan KLM 4103) dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014. Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal terbunuh. 4) Kapal terbang Air Asia QZ 8501 dari Surabaya ke Singapura terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember 2014. Ke semua 162 penumpang dan anak kapal terbunuh. Banyak kesilapan yang kita lakukan hingga ALLAH SWT menurunkan bala atau musibahnya. Sesungguhnya ALLAH SWT tidak zalim, tetapi manusia sendiri yang menzalimi dirinya. Di samping ALLAH SWT hendak menunjukkan kekuasaannya, ALLAH SWT yang bersifat Maha Pengasih, Penyayang dan Pengampun juga mahu menegur dan mengingatkan manusia agar kembali kepada jalan yang benar. ALLAH SWT sesekali tidak akan terjejas kuasa mutlaknya, sama ada manusia patuh atau ingkar. Bagaimanapun sesiapa yang beriman akan bertambah takwanya, sementara yang kufur akan semakin bertambah kekufurannya. Hanya mereka yang sedar sahaja tahu menilainya. 153


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 154

Firman ALLAH SWT surah Al-Isra’ ayat 16 yang bermaksud: “Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.” Juga firman ALLAH SWT Surah ‘Al Araf ayat 97 dan 98 yang bermaksud: Patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? Atau patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main? KISAH SEMUT HITAM BOLEH DIJADIKAN IKTIBAR Suatu kisah semut hitam boleh dijadikan iktibar, di mana seorang pemuda bertanya seorang mualim kerana ingin tahu tentang pengertian bala atau musibah. Mualim tersebut meminta pemuda itu keluar mengembara selama tiga bulan untuk mencari dan memahami makna musibah. Di sepanjang tempoh tersebut, pemuda itu hanya menemui satu pengalaman, iaitu semasa dalam perjalanan pulang ia menemui sebatang pokok yang rendang lalu berhenti untuk berehat kerana kepenatan, lalu tertidur. Semasa tidur, beliau bermimpi dihurung semut hitam sehingga mengaduh kesakitan kerana ada semut-semut yang menggigitnya. Pemuda itu bertindak membunuh semut-semut tersebut, hingga terselamat daripada hurungan dan gigitan semut tersebut. Beliau kemudian terjaga daripada tidurnya. Sekembalinya daripada perjalanan itu beliau menceritakan pengalaman mimpinya kepada mualim. Mualim menjelaskan bahawa apa yang berlaku dalam mimpi pemuda itulah erti bala atau musibah. Bukan sahaja semut yang menggigit terbunuh, malah semut-semut lain yang tidak menggigit pemuda itu juga turut terkorban. Apabila datang bala atau musibah di sesuatu tempat yang berpunca daripada kemurkaan ALLAH SWT kerana bermaharajalelanya kemungkaran, orang yang baik serta taat pun tidak terkecuali akan turut terkena kesusahannya. Bahkan mungkin mereka yang ingkar dan jahat pula yang akan terselamat atau yang disebut istidraj, iaitu mereka yang beroleh kenikmatan walaupun dalam keadaan maksiat yang menjadikan seseorang itu bertambah jauh lagi daripada ALLAH SWT. 154


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 155

Seperti juga semut-semut tersebut bukan semua yang menggigit itu terbunuh dan bukan juga yang tidak menggigit itu selamat. Tidak mengira apa kedudukan kita, jalanilah kehidupan ini berlandaskan syariat, serta hindarkanlah diri daripada mengikut hawa nafsu. Bertindak berdasarkan akal yang waras bukan berdasarkan emosi. Berhati-hatilah, kerana kesilapan dan kecuaian yang dilakukan boleh mengundang turunnya bala atau musibah.

1.

KITA MENGATUR, TETAPI ALLAH SWT MAHA PENGATUR DAN MAHA MENGETAHUI SEGALA-GALANYA Kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat kepada penulis: Seorang bapa yang tidak bersetuju anaknya berkahwin dengan pilihannya sendiri, secara emosi lantas berkata “Kalau kau kahwin juga aku tembak engkau”. Selepas seminggu ketika sedang berada di tengah sawah, anaknya telah dipanah petir. Betapa sedih dan sesalnya si bapa.

2.

Pengalaman penulis bersama 40 jemaah umrah pada tahun 1987 ketika berada di Mekah. Tiket untuk penerbangan balik dalam proses menunggu (waiting list). Kebanyakan jemaah yang terdiri daripada kalangan guru membuat solat hajat. Keesokannya semua jemaah berangkat ke Jeddah dan memohon kepada pegawai penerbangan MAS agar kami dapat balik. Apabila masa penerbangan yang dijadualkan hampir tiba kami diminta ke kaunter daftar masuk (check-in) menggantikan satu kumpulan jemaah seramai 40 orang yang terkandas dalam perjalanan ke airport kerana kerosakan bas.

3.

Pengalaman penulis di musim haji tahun 2001. Di waktu hampir untuk naik ke Arafah, isteri seorang jemaah haji telah mengidap penyakit radang otak, menyebabkan beliau dimasukkan ke wad ICU Hospital Arab Saudi selama 9 hari kerana tidak sedarkan diri (koma). Ada juga yang mengatakan beliau meninggal dunia. Pesakit ini dibantu dengan solat hajat oleh beberapa orang jemaah. Dengan izin ALLAH SWT, akhirnya beliau kembali sihat dalam tempoh yang singkat hingga mampu menyelesaikan urusan hajinya dengan sempurna. Subhanallah!.

4.

Pengalaman penulis bersama rakan bergelar Dato’ ketika mengerjakan umrah. Masing-masing membeli selipar untuk ke masjid. Sewaktu hendak pergi ke Tana’im untuk mengerjakan umrah, penulis berkata kepada kawan yang bergelar Dato’, 155


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 156

saya bawa selipar jepun saja yang berharga RM3.80 yang dibawa dari Malaysia, kalau selipar jepun ini hilang ia murah tak mengapalah. Sewaktu hendak masuk ke masjid kami berkongsi uncang kasut, yang mana selipar jepun berada di bawah, ditindih sandal Dato’ berkenaan yang berharga 120 SAR (wang Saudi). Apabila keluar dari masjid, penulis dan Dato’ berkenaan mengambil uncang untuk memakai semula selipar di luar masjid. Apa yang berlaku selipar jepun telah hilang dari uncang. Alangkah terkejut serta kesalnya kerana peristiwa tersebut memberi pengajaran yang besar akibat daripada kata-kata penulis “Selipar jepun murah, hilang pun tak apa”, benar-benar berlaku. Kalau hendak dikira logiknya, orang hendak mengambil hak orang sudah tentu akan memilih yang mahal sedikit harganya dan senang untuk diambil kerana berada di bahagian atas. Tetapi selipar jepun yang berada di bawah yang diambilnya. Sesungguhnya ALLAH SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa menentukan sesuatu. Kita mengatur, tetapi ALLAH SWT Maha Pengatur dan Maha mengetahui segala-galaNya. ALLAH SWT MENERIMA DOA ORANG YANG SEDANG DALAM BERMUSAFIR Kita kena akur kepada kehendak dan ketentuan ALLAH SWT (qada dan qadar) merupakan tuntutan Rukun Iman yang wajib diterima dengan reda dan penuh keinsafan selaku hamba ALLAH SWT dalam semua urusan. Adakalanya kehendak dan ketentuan ALLAH SWT pahit untuk ditelan dan adakalanya manis seperti madu kerana semua perkara berada dalam ilmu ALLAH SWT yang Maha Mengetahui apa sahaja yang terlintas dalam hati kita. Penulis mempunyai pengalaman peribadi, sekadar berkongsi nikmat ALLAH SWT yang dianugerahkan kepada hambanya, suatu ketika dahulu antaranya mengerjakan umrah kali pertama pada tahun 1979. Ketika itu perjalanan dari Malaysia dengan menaiki Pakistan Airline terus ke Mesir dan tinggal di sana selama dua minggu sebelum berlepas ke Mekah. Ketika itu musim haji masih berjalan, tiba-tiba diberitakan berlakunya serangan pengganas berlaku di Masjidil Haram melalui siaran TV di rumah seorang kawan. Pada keesokan harinya saya mencuba nasib dengan pergi ke Kedutaan Arab Saudi di Mesir untuk mendapat kepastian sama ada umrah dapat dilaksanakan atau tidak, namun pihak kedutaan tidak membenarkan disebabkan kekacauan dan tidak aman lagi. Dengan perasaan yang sedih saya hanya mampu bermunajat 156


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 157

dengan bersolat hajat dan berdoa agar dipermudahkan urusan menunaikan umrah. Selepas seminggu, sekali lagi saya ke Kedutaan Saudi dan jawapannya tetap sama. Pada suatu malam saya menonton TV program tazkirah yang disampaikan oleh seorang ulama Mesir yang menyentuh tempat-tempat berdoa yang dimakbulkan oleh ALLAH SWT, antaranya ketika bermusafir. Terlintas dalam fikiran saya ketika itu untuk memohon kepada ALLAH SWT agar dipermudahkan urusan menunaikan umrah, pada keesokan harinya saya mencuba nasib dengan pergi semula ke Kedutaan Arab Saudi di Mesir, dengan izin ALLAH SWT pihak Kedutaan membenarkan. Akhirnya saya meneruskan perjalanan ke Jeddah dan terus bergerak ke Madinah dengan menaiki sebuah bas. Dengan perasaan yang begitu hiba bercampur gembira dan air mata berlinangan akhirnya saya sampai di Madinah dan melakukan ziarah di Maqam Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA. Selepas seminggu di Madinah saya bertolak ke Mekah, setibanya di Masjidil Haram para jemaah tidak dibenarkan untuk masuk ke haram masjid. Seorang sahabat saya Ali Osman Shabana menasihatkan saya agar tidak masuk ke haram masjid (kawasan masjid) tetapi saya bertawakal dan berusaha juga dan akhirnya dapat masuk untuk menyempurnakan ibadat umrah. Ketika itu terdetik di hati agar diberikan kesempatan kembali lagi setiap tahun untuk menunaikan ibadat umrah di sini dan diberikan kesempatan untuk masuk ke dalam Kaabah. Kawasan lantai bawah (basement) Masjidil Haram masih dipenuhi darah dan kelongsong-kelongsong peluru bertaburan di merata tempat. Akhirnya pada tahun 2018 dengan kehendak dan ketentuan ALLAH SWT juga saya berpeluang menjejak kaki masuk ke dalam Kaabah. Pada awalnya saya sudah bersiap untuk pulang ke tanah air pada sebelah petang, namun seorang kenalan memaklumkan adanya peluang untuk masuk ke dalam Kaabah pada keesokan harinya. Maka saya menunda penerbangan pulang untuk tempoh satu hari lagi. Pada keesokan harinya, 4 pagi sebelum Subuh pintu Kaabah dibuka untuk tetamu, Presiden Turki dan rombongannya serta saya dengan dua orang jemaah Utas Travel & Tours dapat masuk bersama dalam rombongan itu. Dalam kesempatan keemasan tersebut walaupun saya mempunyai penyakit slip disc dan vertigo, dengan izin ALLAH SWT rasa sakit langsung hilang dan saya dapat menunaikan solat di keempat-empat penjuru Kaabah selama 45 minit. Saya amat bersyukur kerana tidak pernah terlintas suatu hari nanti perkara ini akan berlaku. Semuanya berlaku dengan kehendak dan ketentuan ALLAH SWT dan apabila tiba masanya pasti berlaku. Pernah juga suatu ketika masih berulang alik 157


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 158

membawa jemaah haji ke Mekah terlintas di hati penulis sekiranya diberikan peluang untuk penulis menyampaikan khutbah di Arafah (mengikut sunnah Rasulullah SAW). Hasrat tersebut hanya dipendam dalam hati begitu sahaja tanpa berusaha untuk meminta kepada Tabung Haji. Takdir ALLAH SWT pada akhir tahun 90an, saya dipelawa untuk menyampaikan khutbah kepada ribuan jemaah haji di Arafah dalam satu maktab yang masih saya ingat sampai hari ini sebagai satu pengalaman yang manis seumur hidup saya. Amat benarlah firman ALLAH SWT dalam surah Qaf ayat 16 yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”. Marilah kita muhasabah diri, kalau kita sudah meningkat tua, mungkin masa dan peluang kita tidak begitu banyak lagi untuk membaiki diri dan bertaubat. Bagi yang masih muda bermuhasabahlah agar terlepas daripada mengikut jejak-jejak kita yang telah banyak membawa kerugian. Memang pandangan antara satu dengan yang lain tidak mungkin sama, tetapi uruslah perbezaan itu supaya menjadi kekuatan. Sebaliknya tidak menjadi perpecahan yang menyebabkan kita lemah. Bersatulah untuk membina Islam dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Kita patut belajar daripada apa yang sedang berlaku ke atas umat Islam hari ini khususnya di negara-negara Islam di Timur Tengah atau negara yang majoriti umatnya terdiri daripada orang Islam. Kerana perpecahan ummah negara menjadi porak peranda dan dikuasai oleh kuasa besar yang memang ingin melihat kehancuran Islam. Apabila sesebuah negara itu hancur kerana perpecahan dan persengketaan sesama sendiri rakyat yang tidak berdosa turut menjadi mangsa. Pembunuhan berlaku setiap masa. Mereka yang terkorban tidak mengira siapa, kanak-kanak, orang perempuan dan mereka yang tidak berdosa turut menjadi mangsa kerana kerakusan manusia yang inginkan kuasa. Di Syria umpamanya pergolakan sedang berlaku kerana kuasa dan politik berpuak dan berlainan fahaman agama. Rakyat jelata menjadi mangsa dan terpaksa melarikan diri dan tinggal di khemah-khemah dengan serba kekurangan pakaian dan makanan. Satu demi satu negara Islam menempah kehancuran kerana perpecahan rakyat dan kerakusan pemimpin. Lihatlah apa yang berlaku di Afghanistan, Iraq, Libya selain dari Syria dan Yemen yang turut bergolak menunggu kehancuran. 158


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 159

Adakah kita ingin turut serta menerima nasib yang sama dengan mereka? Waliyazubillah. Cukuplah kita yang baru menjadi mangsa bencana alam sebagai ujian dari ALLAH SWT dan tinggal di bawah khemah-khemah sementara kerana rumah-rumah telah musnah dihanyutkan air banjir. Jangan kita pula tinggal di bawah khemahkhemah sebagai pelarian perang seperti yang berlaku di Syria pada masa ini. Kita perlu bersatu agar tidak ada kuasa lain yang merupakan musuh Islam dapat melemahkan kita dan memecahbelahkan perpaduan kita. Kalau ini berlaku, kita akan menerima nasib yang sama dengan saudara-saudara kita di beberapa negara Islam yang saya sebutkan di atas tadi. ALLAH SWT berfirman ayat 103 surah Ali-Imran yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali ALLAH (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat ALLAH kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu ALLAH menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat ALLAH itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu ALLAH selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah ALLAH menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” Bukan semua mereka yang bergelar agamawan dan ilmuan tahu semua bidang agama. Seumpama foreman atau mekanik kereta, mereka bukan tahu dan mahir membaiki semua jenis kereta. Mereka ada kepakaran dalam bidang masing-masing. Begitu juga dengan doktor pakar, mereka juga ada kepakaran dalam bidang masing-masing. Doktor pakar jantung boleh membedah jantung tapi tidak mahir berkaitan orthopedik misalnya. Begitulah sebaliknya. Tetapi ada sebahagian lulusan agama bertindak seolah-olah mereka serba boleh dan serba tahu. Ulama seperti ini mempunyai sifat dan sikap takabur yang jelas nyata dengan sedikit ilmu yang ada padanya, sedangkan ALLAH SWT lebih berkuasa daripada segala makhluk. Ingatlah bagaimana nasib Firaun yang asalnya orang biasa tetapi setelah mempunyai kuasa dan kekayaan telah bersifat takabur bahkan menganggap dirinya tuhan dan meminta manusia menyembahnya. Akhirnya Firaun mati tenggelam di lautan. Dengan adanya sifat suka cemuh mencemuh dan memandang 159


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 160

rendah sesama Islam, orang bukan Islam telah berani memperlekeh dan mempermainkan Islam seperti mencela khutbah, mempertikai arahan pihak berkuasa agama Islam, mengharamkan perarakan Maulidurrasul dan sebagainya. Kita lihat pada akhir-akhir ini agama Islam dihina dengan begitu teruk sekali oleh musuh Islam. Nabi Muhammad SAW diperlekeh, dipersendakan dan dihina secara terang oleh media Barat seperti yang berlaku di Perancis dan Jerman. Akhbar Mingguan di Perancis “Charlie Hebdo” sering menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Umat Islam hanya boleh membuat bantahan di sana sini menyuarakan rasa tidak puas hati. Tetapi kita tidak ada kemampuan untuk bertindak dengan lebih berkesan kerana kita sendiri lemah dan tidak bersatu. Sebagai rumusannya saya berpendapat bahawa kedudukan orang Melayu Islam di negara kita tidak akan ke mana dari segi ekonomi dan politik kalau mereka masih tidak bersatu. Budaya Melayu pun mereka tidak boleh pertahankan dengan kemasukan budaya yang dibawa masuk oleh orang asing yang banyak mencemarkan budaya kita. Oleh itu orang Melayu kena sedar dan bersatu kalau mereka ingin berjaya dan mengelakkan diri daripada kebinasaan dan kehancuran. Penulis teringat semasa bersekolah di tahun awal 50an dan 60an dahulu terdapat buku teks Bahasa Melayu dalam tulisan jawi yang mempunyai rangkap puisi seperti berikut: Buai laju-laju sampai pokok sena Beli baju baru dari kedai Cina. Orang Cina memang rajin tidak dinafikan, kenapa Melayu tak nak belajar daripada rajinnya itu. Penulis masih ingat beberapa pesanan almarhum bapa penulis dua tahun sebelum beliau meninggal dunia. Ketika itu penulis baru berusia 12 tahun. Antara pesanan yang memberi kesan mendalam dan masih dalam ingatan penulis ialah: 1.

Pakaian lama kalau tidak dipakai lagi janganlah dibuang begitu sahaja, tetapi hendaklah disimpan. Beliau mengingatkan pengalaman beliau semasa pemerintahan Jepun banyak jenazah hanya berbungkuskan tikar mengkuang sebagai kafan sebelum dikebumikan;

2.

Kalau berkawan dengan ulama, kamu akan mendapat ilmu dan lama-lama menjadi ulama; 160


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 161

3.

Kalau berkawan dengan pencuri, lama-lama kamu akan menjadi pencuri;

4.

Kalau berkawan dengan peminum arak, lama-lama kamu akan menjadi pemabuk;

5.

Kalau berkawan dengan pemain judi, lama-lama harta kamu akan habis dan kamu akan berpakaian tidak senonoh;

6.

Kalau selalu menghampiri dan berdampingan dengan orang berniaga, lama-lama akan jadi kaya;

7.

Kalau kamu keluar dari rumah pergi ke tempat orang atau negara orang, jadilah ayam betina bukan ayam jantan;

8.

Jangan suka berhutang kerana akibatnya kamu akan menjadi daki dunia.

9.

Kamu hendaklah menceburkan diri dalam bidang perniagaan jika mahu maju dan berjaya dalam hidup. (Bapa penulis pun berniaga secara kecilan di kampung dengan menjual buluh dan kayu untuk dibuat bubu ikan dan dijual di Pantai Rombang (Pantai Puteri) semasa hayatnya. Sebelah petang 2 minggu sekali penulis dengan bapa menjual ikan laut naik basikal keliling kampung. Bapa penulis digelar oleh orang kampung “Yusoh Buluh” sebab dalam kampung ada dua Yusoh.

Pesanan-pesanan ini selaras dengan kata-kata bijak pandai bahawa kalau kita berkawan dengan tukang besi, kita akan mendapat bahang panas dan percikan apinya. Sebaliknya jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan mendapat bau yang harum. RUJUKAN 1) Al-Quran Al-Karim. 2) Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. 3) Tafsir al-Jami’ Li Ahkam al-Quran (Tafsir al-Qurtubi) - Muhammad bin Ahmad al-Qurtubi, Muasasah al-Risalah. 2006. 4) Tafsir al-Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran (Tafsir al-Tabari) Muhammad bin Jarir al-Tabari. 5) Tafsir al-Sha’rawi: Khawatir Imaniyyah - Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi. 6) Mausu’ah al-Mu’jam al-Mufahris Li Alfaz al-Hadis al-Nabawi al-Syarif. 7) Media Online. 8) Media Massa Arus Perdana. 161


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 162

MUSIBAH DAN MUHASABAH Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Banjir isunya hangat menyeluruh Sana sini bukit runtuh Sana sini tebing runtuh Sana sini jambatan runtuh Sana sini rumah-rumah runtuh Sana sini jalan-jalan roboh dan runtuh Sana sini ikatan rumah tangga runtuh Sana sini akhlak muda-mudi runtuh Sana sini anak luar nikah begitu rapuh Sana sini rasuah menyeluruh Sana sini dadah berkeliharan pihak mana yang hendak rempuh Sana sini ilmuan, agamawan bergaduh Sana sini tuduh menuduh Sana sini manusia angkuh Bukit bukau gondol, botak sungguh Bukit hutan tadahan hujan tidak dapat berteduh Balak-balak dibawa keluar dari hutan yang jauh ALLAH mengingatkan kita gunung-ganang sebagai pasak bumi jangan diceroboh Itulah kejadian ALLAH mengimbangkan bumi jangan diroboh dan disentuh Itulah sifat manusia yang sangat rapuh dan angkuh Perintah dan larangan ALLAH mesti dipatuh Takut berulang kisah bah besar dalam al-Quran Zaman Nabi Nuh Kenapa manusia tidak merenung jauh Hukum ALLAH dan balasanNya yang kita semua kena tempuh Suatu hari nanti ada yang sakit ada yang lumpuh Apakah ianya musibah, kifarah atau bala ALLAH yang diundang, diminta atau takdir yang tak boleh disentuh

162


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 163

MH370 jatuh, MH17 jatuh, Air Asia QZ8501 jatuh Ringgit jatuh, kelapa sawit jatuh, minyak jatuh Harga barang tak jatuh Kuasa beli apakah tak jatuh Demonstrasi jalanan pemusnah senjata utuh Penjual dan pengilang mesti patuh Dari pangsapuri anak-anak jatuh Dari kondo anak-anak jatuh Dari pejabat bunuh diri jatuh Isu agama yang bukan haknya disentuh Mereka yang tak faham terpengaruh MIC nampak bergaduh Orang Melayu tuduh menuduh PAS – PASMA bergaduh UMNO nampak macam bergaduh MCA, Gerakan dan DAP masih utuh Yang utuh tetap utuh Orang Cina ikatannya kukuh Institusi Raja nak diruntuh Apakah Melayu berpeluk tubuh Negara-negara Arab banyak yang dah jatuh Jangan berulang Kota Melaka diroboh dan diruntuh Anak-anak kecil berjalan jatuh Orang-orang tua, orang buta dipimpin takut jatuh Ada pemimpin dan pemimpin dunia ada yang jatuh Ekonomi dunia apakah mulai jatuh dan lumpuh Apa lagi yang akan jatuh Siapa yang akan jatuh Tunggulah masanya siapa yang mengeluh dan berkeruh

163


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 164

JEREBU - KAU YANG TAK DIUNDANG Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Oh jerebu, jerebu Kau yang tak diundang datang lagi ke negaraku Setiap tahun negaraku berjerebu Pemimpin Indonesia saling bisu membisu Setiap tahun negaraku berjerebu Pasti kumasukkan dalam kalendar baru Biar rakyat Malaysia semua tahu Murid-murid sekolah ada yang diberi cuti oleh guru Cikgu Alias bertanya muridnya bernama Abu Dari mana datang asap debu Murid menjawab, dari Indonesia bermula Pekan Baru Musim-musim cuti di Malaysia kita kena tahu Ada berbelas-belas termasuk tahun baru Negara-negara lain bercuti tidaklah sebegitu Bila jerebu masuk ke dalam kalendar baru Pastinya pelancong tak datang baru kita tahu Sakit hati, semput nafas dan gatal-gatal kita garu-garu Ekonomi terjejas penyakit datang bertalu-talu Hai Joko, jerebu datang ke Malaysia jangan buat tak tau Jangan fasal jerebu kita negara serumpun berseteru Dulu kau pernah kata, penangkap ikan asing akan dibom di perairanmu Sekarang jerebu datang ke negaraku bagaimana bicaramu Joko, kuman di seberang laut nampak di matamu Gajah di depan mata, kau buat tak tahu Saban tahun rakyat Malaysia sengsara akibat perbuatan rakyatmu Negara-negara terlibat jumpalah Joko presiden baru Berbincang berpakatlah supaya Joko tahu Rakyat Malaysia marah apakah kau tak tahu Zaman sekarang bukan zaman batu Bersih dan tebang hutan guna excavator dan JCB perlulah tahu

164


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 165

Negaraku nak kata subuh, bukan subuh, jerebu….. Hendak kata pagi, bukan pagi, jerebu….. Hendak kata bersalji, negaraku tak bersalji, jerebu….. Fikir-fikirlah Jokowi presiden Indonesia yang baru.

Jerebu di Kuala Lumpur.

165


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 166

Puisi ini telah disiarkan dalam Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7hb Ogos 2014 dan Akhbar Sinar Harian bertarikh 12hb Ogos 2014.

166


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 167

Puisi Ini Telah Disiarkan Dalam Utusan Malaysia Pada 7 Ogos 2014 Dan Sinar Harian Pada 12 Ogos 2014 Puisi yang dihasilkan telah dideklamasikan bersama dengan YBhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi (Mantan Perdana Menteri Malaysia) pada 5 Ogos 2014 di Rumah Badawi, Bukit Carcosa Kuala Lumpur. Puisi ini juga telah dideklamasikan oleh bekas Alumni Sek. Men. Dato Haji Talib Karim (SMDHTK) Alor Gajah, Melaka di Samasama Hotel KLIA pada jam 8 malam pada 7 Ogos 2014. Pelajar-pelajar Kolej Islam Klang (KISAS) yang telah mendeklamasikan puisi ini pada 13 Ogos 2014 jam 8 pagi di perhimpunan sekolah. Turut juga dideklamasikan oleh bekas Alumni Pelajar-pelajar Brunei Sek. Men. Arab Al-Junied Singapura dan bekas Alumni Kolej Islam Klang di Brunei Darus Salam pada 11 September 2014 jam 9 malam bertempat di Restoran yang Ternama. Ia juga dideklamasikan di Dewan Tun Ali Bukit Katil Melaka jam 9.30 malam oleh Alumni SMK(A) Sultan Muhammad Melaka seramai 1600 orang di majlis makan malam amal. Turut dideklamasikan di Traders Hotel, Muar oleh Alumni Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) Cheras, Kuala Lumpur. Pada 6 Oktober 2014 jam 2.30 petang. Ia juga turut dideklamasikan oleh pelajar-pelajar Kolej Pengajian Islam Johor di Dewan Besar jam 2.00 petang pada 13 Oktober 2014. Buku puisi ini “Gaza Bermandi Darah, Negara Menerima Musibah” dicetak 200,000 naskhah dan diberi secara percuma kepada mereka yang berminat sebagai satu tauladan dan nasihat.

167


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 168

168


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 169

169


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 170

170


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 171

171


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 172

172


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 173

173


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 174

174


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 175

175


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 176

176


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 177

177


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 178

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO BULAN DUA BELAS 2015 Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Dunia ibarat sebuah pentas Pentas drama pentas berbahas Pentas berbahas ada yang berkelas Yang mendengar turun naik nafas Perhimpunan Agung UMNO bulan dua belas Berduyun-duyun datang ada yang naik bas Puteri, pemuda, wanita, UMNO empat hari berbahas Menyingkap kemelut dan hala tuju Melayu pasti jelas Setiap tahun perhimpunan ada rajin datang ada yang malas Membahas ucapan Presiden mesti dibalas Melihat riak muka perwakilan dan pemerhati cukup jelas Ada yang kata Melayu rajin ada yang malas Semangat menurun naik menjadi panas Ambil mikrofon sangat pantas Berhujah berbahas berbalas-balas Dalam dewan semangat berkobar-kobar pasti jelas Tepukan gemuruh dari bawah sampai ke atas Keluar dewan balik rumah cukup pantas Semangatnya mula layu ditiup angin budaya malas Di kedai kopi umpat mengumpat kata berbalas Wahai Melayu wakil rakyat yang punyai tugas Amanah rakyat mesti digalas Jangan pandai bercakap tetapi tak pandai menjalan tugas Hukum ALLAH di dunia dan akhirat pasti berbalas Kita rakyat di bawah merasai tempias Rakyat mahu tahu pendirian pemimpin mesti jelas Laungan merdeka 58 tahun sudahlah jelas Yang rajin orang Melayu atau Cina, India mesti dijelas Siapa yang merdeka, Cina, India, Melayu atau kita yang malas Kekayaan hari ini yang pasti Cina, India tetapi Melayu tidak jelas

178


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 179

Melayu berbahas memang berkelas Antara Asar Maghrib kadang-kadang terlepas Antara kumpulan kuning dan merah, ekonomi Cina yang mantap sudah jelas Antara kumpulan merah dan kuning maruah Melayu tak tercabar kata Pak Lah nampak jelas Contohi kumpulan lebah khasiat madunya bila dimakan memang panas Kumpulan langau menghurung bangkai khasiatnya tiada, sudah jelas Ubahlah sikap dari katak bawah tempurung ke katak dalam gelas Melihat bangunan tinggi gedung besar siapa punya sudahlah jelas Wahai Melayu berhijrahlah dari negara ke negara cari pengalaman biar pantas Segera katak dalam gelas, segera melompat keluar jangan malas Agar cucu cicit, anak-anakmu nanti jadi bangsa “first class” Kita akan berhadapan PRU empat belas Ingat-ingatlah wahai Melayu jangan kita menjadi hampas Melayu UMNO, Melayu Keadilan, Melayu Amanah, Melayu Pas Bersatulah Melayu dengan pantas Agar bangsa Melayu bangsa yang ada kelas Kalau lambat akan terbabas Ambil contoh pemimpin yang lepas-lepas Negara makmur macam orang berbuka puasa minum air bergelasgelas sampai puas Pemimpin kita cakap jangan berseloka dan berkias Yang mendengar terbahak-bahak ketawa hampir putus nafas Peristiwa 13 Mei perlu dihayati dan dikupas Jangan jadi Melayu, Melayu “second class” dan “third class” Peristiwa 13 Mei janganlah berulang yang mungkin menjadi lebih buas dan ganas

179


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 180

SAYA BERBANGGA DENGAN KERETA NASIONAL Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

“Saya berbangga kereta nasional berada di pasaran luar negara”. “Saya nampak kereta nasional di Bedford City United Kingdom sahaja, di atas jalan raya tidak kelihatan”.

Penulis dan Proton Gen2 di Bedford City

Proton WAJA di Bedford City

AWAL Mac 2017 lalu saya ke London dan Bedford City selama 10 hari atas urusan peribadi. Saya amat teruja apabila ternampak sebuah kereta Proton Gen2 warna merah diletakkan di tempat parkir di Bedfort City. Saya sekali lagi teruja dan merasa bangga pada satu hari lain apabila ternampak sebuah lagi kereta nasional Proton Waja terletak di satu kawasan perumahan di Bedford City juga. Rasa bangga saya itu cuma seketika saja bila saya lihat di jalanjalan raya setiap masa dipenuhi dengan kereta buatan Jepun, Korea dan China selain dari jenama Eropah. Sebuah kereta buatan Malaysia pun tidak kelihatan. Saya berfikir adakah kereta kita tidak mendapat tempat di pasaran antarabangsa? Padahal Proton telah beroperasi lebih 30 tahun dalam bidang automotif, seusia dengan China dan Korea. Saya pernah melawat Darwin Australia satu masa dulu. Ketika melawat sebuah ladang buah-buahan yang begitu besar 10,000 hektar (24,710.5 ekar) diusahakan oleh keluarga anak beranak bangsa Australia itu sendiri tanpa melibatkan pekerja asing, berbanding bangsa Melayu 3 ekar tanah pun belum tentu dapat diusahakan, kalau ada yang usahakan ialah pekerja asing, itu sebab tanah terbiar begitu banyak di seluruh negara hari ini. Mana perginya Melayu?. Saya juga tidak menyangka Proton pick-up ada digunakan 180


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 181

di ladang tersebut. Saya bangga lihat Proton. Ini yang kita mahu, iaitu jenama Proton sampai ke merata ceruk rantau jalan dan lorong di seluruh dunia. Kenapa kereta Korea dan China dapat menembusi pasaran antarabangsa dan tidak Proton? Adakah mereka mempunyai kelebihan dari segi kualiti dan harga? Saya rasa jawapannya sudah tentu “Ya”. Pengguna biasanya memilih kereta yang berkualiti, reka bentuk dan style yang mengikut trend semasa, dilengkapi IT seperti GPS, airbags, penjimatan minyak dan harga yang berpatutan. Jangan jadi macam telefon bimbit Nokia yang mulanya terkenal tetapi tidak dapat bertahan lama kerana tidak mempunyai ciri terkini yang diperlukan oleh pengguna. Akhirnya jenama lain yang muncul dengan teknologi terkini. Pada tahun 2018 ada cadangan Proton mengadakan kerjasama strategik dengan sebuah syarikat dari China iaitu Geely Automobile Holding Ltd, saya mempunyai dua perasaan. Pertama gembira kerana akhirnya kereta nasional kita mungkin dapat dipasarkan ke luar negara dengan kemasukan modal dari China apabila 49% ekuiti pemilikan modal diambil oleh Geely melalui kerjasama tersebut. Perasaan risau juga wujud di hati saya kalau-kalau Proton akhirnya ditelan oleh Geely. Adakah perkongsian ini menyebelahi Proton atau menyebelahi Geely. Sekiranya Proton dapat mengekalkan 51% dan 49% lagi dipegang oleh Geely, bermakna kita masih ada kuasa penentu walaupun tidak begitu kuat. Satu persoalan timbul apabila pakatan Proton-Geely ini dilaksanakan iaitu apakah jenama kereta Proton masih kekal? Persoalan juga timbul mengenai vendor tempatan yang ada sekarang, apakah ia diteruskan atau vendor lain yang lebih berdaya maju akan dilantik? Siapa vendor baru? Adakah orang tempatan atau didatangkan dari China? Kita sedar barang-barang ganti China lebih murah harganya dan digemari walaupun kualitinya tidak seperti yang original. Tidak kurang kerisauan saya ialah mengenai pekerja Proton yang ada sekarang akan dikekalkan atau digantikan dengan pekerja mahir dari China? Kerisauan saya itu bersebab kerana ada ceritacerita yang kurang menyenangkan dikatakan menjadi amalan China apabila mereka melaksanakan sesuatu projek di luar negara China, mereka bukan sahaja membawa modal wang, tetapi juga modal manusia (human capital) dan bahan-bahan mentah turut dibawa bersama. Saya berdoa supaya perkara ini tidak berlaku. Sebenarnya ramai di kalangan kita berada di zon selesa. Justeru itu kita mungkin mengabaikan aspek R&D menyebabkan 181


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 182

orang kita ketinggalan dalam bidang teknologi automotif ini walaupun sudah lama bermula dan pesaing-pesaing Korea dan China yang sezaman telah meninggalkan kita jauh di belakang. Kalau pekerja kita dapat mengikut rentak dan budaya kerja mereka, kita akan berjaya. Dengan fenomena ‘Dunia Tanpa Sempadan’, WTO, globalisasi, liberalisasi perdagangan dan lainnya, kita terdedah kepada kemasukan barang pengguna dari luar negara, sedangkan kita hanya mampu mengeksport bahan mentah. Kalaupun ada, ianya adalah produk keluaran syarikat gergasi multinasional yang beroperasi di negara kita. Seperti yang kita ketahui China merupakan negara yang kaya berbanding negara maju yang lain. Mereka telah menubuhkan bank di Zimbabwe sehingga bank-bank tempatan di sana terpaksa ditutup. Matawang China digunakan dengan meluas di sana. Apakah perkara ini tidak akan berlaku di Malaysia?. Di negara kita sudah ada Bank of China yang beroperasi di Kuala Lumpur, Muar dan Pulau Pinang. Kenapa ditubuhkan di sini? Baru-baru ini pula ditubuhkan sebuah bank Pembinaan China (CCB). Apa akan berlaku kepada bank-bank tempatan nanti. Dapatkah mereka bersaing? Apa dasar Bank Negara mengenai perkara ini?. Walau apapun saya mempunyai pemikiran yang positif dalam kerjasama Proton-Geely ini sebagai perjanjian serampang dua mata iaitu jenama Proton sebagai ‘Duta Pelancongan’ dan Malaysia mencapai negara Maju, dengan syarat kita yang menentukan supaya terma-terma kerjasama ini tidak berat sebelah dan merugikan kita nanti. Tetapi janganlah pula dari segi pemindahan teknologi yang besar ini, anak tempatan akan tersisih, tertinggal dan tidak diambil kira, sebab di situlah tempat untuk melonjakkan kemampuan anak Malaysia yang boleh membuat sesuatu dalam bidang ini. Dari peringkat pengurusan tertinggi, kewangan, R&D, pembangunan teknologi dan pemasaran, anak tempatan hendaklah dilibatkan di semua peringkat. Kita tidak mahu anak tempatan menjadi penonton dan berada di zon selesa sahaja. Malaysia melalui acara perlumbaan Formula One dan pembinaan Litar Antarabangsa Sepang telah dapat menarik pelancong antarabangsa datang menyaksikan perlumbaan F1. Pada peringkat awal banyak bantahan disuarakan kerana ia melibatkan kos yang amat tinggi. Saya pernah memberi ulasan melalui akhbar terhadap bantahan tersebut, kerana dari segi pelancongan ia tidak merugikan malah selaras dengan objektif serampang dua mata; membawa banyak pelancong datang dan nama Malaysia lebih 182


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 183

dikenali. Ini dapat dilakukan melalui siaran langsung acara berprestij itu ke seluruh dunia dengan paparan iklan “VISIT MALAYSIA”. Bilangan pelancong bertambah dan pendapatan negara juga bertambah. Masa tahun 70an, 80an dan awal 90an, iklan ‘Visit Malaysia’ hanya melalui poster yang ditampal pada bas-bas dan papan iklan di luar negara, melibatkan perbelanjaan yang besar. Tetapi melalui acara tahunan perlumbaan kereta Formula One di Sepang iklan secara tradisi itu tidak diperlukan lagi. Dalam industri pelancongan, kereta boleh jadi satu tarikan. Kereta boleh menjadi satu produk pelancongan yang dapat mengiklankan negara. Orang akan tahu kita sebuah negara maju. Kita sokong kerjasama ini sebab kita mahukan kemajuan berteknologi tinggi. Memang kita rasa rugi tetapi perjanjian ini akan beri manfaat kepada kita. Saya tidak tahu ianya berat sebelah atau win-win. Kalau pekerja yang ada ditukar dengan pekerja dari China kita tidak mendapat apa-apa faedah. Kita perlu kekalkan pekerja yang ada. Mereka keluar modal dan berikan teknologi baru. Dulu kereta nasional kita tidak ada airbag sekarang sudah ada. Kita nak pelbagaikan kereta. Misalnya Jepun mengeluarkan kereta Alphard yang lebih baik daripada Mercedes, kerana boleh bawa penumpang yang lebih ramai, banyak digunakan oleh VIP. Kita tidak mahu projek-projek yang dibuat di negara kita banyak melibatkan pekerja-pekerja dari negara China sama ada kolar biru atau kolar putih seperti teknikal dan konsultan diambil dari sana. Ada juga projek pembangunan yang sedang dilaksanakan anak tempatan tidak diambil kira. Konsultan juga tidak diambil kira. Apakah ini juga berlaku dalam Proton? Saya petik daripada akhbar, bukan saya yang bercakap. Kita kena ingat terdapat 60,000 orang bergantung rezeki kepada Proton seperti yang dilaporkan baru-baru ini. Bagi Proton, kita tidak mahu terjadi seperti apa yang berlaku kepada Perodua yang dikatakan tidak boleh dieksport kereta mereka kerana ada halangan iaitu perjanjian antara Perodua dan Daihatsu. Apakah kereta Proton nanti dibuat di sini tetapi dijual di negara China sahaja atau negara-negara lain, sebab kereta buatan China telah ada di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, negara Jepun tidak ambil kereta China sebab mereka sudah ada jenama mereka sendiri di pasaran luar negara mereka. Dan Jepun mempunyai egonya sendiri. Pada bulan Mei 2019 yang lalu ketika melawat Jepun, saya sempat melawat bangunan tempat simpanan kereta 10 tingkat, menempatkan ribuan kereta terpakai pelbagai jenama untuk dieksport secara lelong terbuka ke negara-negara Arab, Afrika, 183


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 184

Amerika Latin, Eropah, Asia, Asia Tenggara dan lain-lain. Dengan kerjasama Proton-Geely, apakah penjualan kereta Proton juga akan berlaku seperti ini?. Apa yang penting ialah apabila kereta nasional kita dieksport ianya dapat melambangkan kemajuan negara kita. Bila ada orang menggunakan kereta buatan Malaysia, orang lain akan bertanya kereta ini dari mana, buatan mana. Bila diketahui ianya buatan Malaysia, mereka akan tahu Malaysia adalah sebuah negara membangun dan ingin dilawati, kerana selain dari negara membangun, Malaysia juga menawarkan banyak tempat peranginan menarik, pantai yang cantik, bangunan bersejarah dan hutan hujan tropika yang kaya dengan flora dan fauna. Jika diambil contoh negara Korea, sebelum mereka mengeluarkan kereta, tidak ramai orang berkunjung ke sana. Korea pada mulanya terkenal dengan pembinaan kapal telah muncul sebagai pengeluar elektronik seperti televisyen, hand-phone, penghawa dingin dan sebagainya dapat mengatasi produk kegunaan negara lain dan dapat bersaing dengan Jepun misalnya. Akhirnya mereka dapat mengeluarkan kereta. Mereka dapat menjadi sebuah negara maju dan barang-barang elektronik mereka menjadi popular. Melalui kereta dan alat elektronik, jenama Korea dengan sendiri dapat menarik minat orang untuk melancong ke Korea kerana kemajuan yang dicapai selain ingin melihat keindahan Korea. Akhirnya saya teringat cerita awal kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu, bagaimana sikap orang Melayu yang pemurah dan baik hati pada mulanya memberi kebenaran kepada orang Cina menumpang di atas tanah mereka secara percuma. Orang Cina yang menumpang tadi mula menanam sayur secara kecilan dan hasilnya turut diberikan juga kepada tuan tanah sebagai membalas budi. Orang Melayu tidak perlu lagi bersusah payah menanam sayur. Akhirnya kesemua tanah orang Melayu itu diusahakan dengan tanaman termasuk padi. Tuan tanah gembira dan berpuas hati kerana dapat merasai hasil tanaman daripada orang Cina itu tanpa bersusah payah. Dari pertanian orang Cina itu turut memulakan ternakan secara kecil-kecilan ayam dan itik. Akhirnya menjadi semakin besar dan orang Melayu tuan tanah dapat merasa hasil ternakan itu. Mereka juga merasa seolah-olah tuan kepada orang Cina. Pada akhir cerita orang Cina yang sudah beberapa tahun tidak merasai daging babi, meminta izin untuk ternak babi bagi makanan sendiri. Akhirnya ternakan semakin maju dan dijadikan komersial pula. Orang Melayu terpaksa berpindah jauh ke darat dan pedalaman kerana tidak tahan dengan bau tahi babi dan takut terkena najis babi, 184


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 185

sehingga sanggup meninggalkan tanah yang mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi. Kita hanya merasai nikmat sementara tanpa usaha sebab kita sudah berada dalam zon selesa, sedangkan tanah sudah berpindah menjadi milik orang Cina. Kita tidak boleh marahkan mereka kerana mereka adalah bangsa yang rajin berusaha bekerja. Adakah sifat ini selari dengan budaya kerja kita orang Melayu? Sampai hari ini, berapa banyak tanah-tanah dan sawah-sawah terbiar yang dipunyai oleh orang Melayu diusahakan oleh orangorang Cina, di mana perginya Melayu, sampai bila orang Melayu hendak menjadi Tuan; saya teringat semasa saya sekolah rendah dulu pada tahun 1950an, saya menanam sayur-sayuran, ubi, pisang dan lain-lain, seminggu sekali saya akan jual hasil tanaman itu di kampung, pembelinya selain daripada orang Melayu termasuklah orang Cina dan Cina Peranakan; sayur yang disukai mereka ialah kangkung. Semasa sekolah rendah saya dilatih oleh guru menanam sayur 1 jam sebelum kelas bermula. Hari ini di sekolah subjek berkebun itu sudah tiada, setiap sebulan sekali saya akan bawa baja tahi ayam untuk membajai tanaman. Kumpulan saya itu termasuk seorang murid Cina. Hari ini kawan saya itu masih hidup, bila anak saya berkahwin saya jemput keluarganya sekali dalam majlis tersebut. Ketika saya belajar di Kolej Islam Klang, masa cuti saya akan pergi ke Singapura bekerja dan mencari wang saku, dalam perjalanan naik kereta api melalui Kluang Johor, waktu Subuh lebih kurang 5 pagi kelihatan orang-orang Cina menanam sayur. Mereka memasang beberapa lampu gasolin, itulah pandangan saya setiap tahun cuti ke Singapura, apakah ini ada dalam darah orang Melayu. Dalam sekolah rendah, semasa saya darjah 3 ke 6, sebelum ke sekolah 5.30 pagi menolong abang mengutip getah sekerap dan bawa pelita untuk abang menoreh pokok getah. Hari ini saya masih lagi minat berkebun hasil daripada didikan guru saya. Buah-buahan yang dipetik mengikut musim yang boleh dituai akan dikomersialkan. Kata orang tua-tua “berbudi pada tanah sudah tentu ada hasil pulangannya tetapi berbudi pada orang belum tentu dapat labanya.” Terima kasih cikgu, Al-Fatihah..........

185


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 186

GURINDAM GELARAN DATUK SERI, DATUK-DATUK DI NEGARA TERCINTAKU INI Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

ISU pengurniaan pingat kebesaran kepada wakil-wakil rakyat kerajaan baharu minggu lalu menjadi buah mulut. Terbaru dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 18 Oktober 2018 menyiarkan berita di muka hadapan dengan gambar Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad bertajuk ‘Jangan terkejar-kejar dengan gelaran Datuk’. Pendirian beliau ialah – tiada pemimpin politik yang akan disenaraikan sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2019. Ujar beliau, “Saya mahu berikan kepada NGO, pendidik, mereka yang telah harumkan nama negara”. Beliau mahu memastikan penganugerahan itu ditawarkan kepada golongan yang lebih layak. Ada yang secara sinis mengatakan “belum hilang dakwat di jari dah dapat Datuk Seri? Mana jasa mereka, mana sumbangan mereka, mana pengorbanan mereka?” Kedaulatan Raja-Raja Melayu kita kena jaga. Maruah dan kedudukan mereka wajib dijaga oleh kita semua, iaitu orang Melayu. Penganugerahan pingat kebesaran bukan perkara enteng dan remeh. Ia satu simbol penghormatan dan pemberiannya harus mempunyai tatatertibnya, dan bukan secara semberono. Saya juga tidak pasti apa niat penerima pingat Datuk atau Datuk Seri dengan gahnya meletak lambang pingat itu di depan dan belakang kereta? Sehingga dikatakan ada juga mereka yang tidak mendapat gelaran Datuk pun sanggup meletakkan lambang Datuk di kereta mereka. Apa tujuannya? Sudah pasti ia bukan satu peraturan yang wajib, tapi lebih kepada menunjuk-nunjuk. Saya bimbang niat itu akan bertukar menjadi riak dan sombong pula. Adakah niat mereka mahu orang tahu mereka itu Datuk atau Datuk Seri? Bagi orang Islam sifat riak itu amat dimurkai oleh ALLAH SWT. Sebenarnya isu penganugerahan pingat ini sudah dibahaskan cukup lama. Ia bukan boleh diberi-beri begitu saja. Penerimapenerima pingat kebesaran sepatutnya telah terbukti mereka amat berjasa kepada masyarakat dan negara. Apa layaknya diberi kepada pemuda berusia 26 tahun, yang jasanya hanya menjadi tauke bedak sejuk atau pengusaha maajun 186


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 187

ubat kuat. Timbul pula tanda-tanya mengapa mudah sangat mereka menerima? Kalau itu kriterianya maka gelaran Datuk juga boleh diberi kepada penggali kubur. Kalau tidak bau busuk mengharum seluruh negara atau kepada petani dan nelayan yang sudah terbukti membanting tulang empat kerat memberi hasil makanan kepada rakyat jelata? Apa salahnya dikalungkan kepada mereka juga? Saya pasti pingat kebesaran yang dikeluarkan oleh Ratu Elizabeth seperti ‘Sir’ misalnya, juga tidak sebanyak kita. Saya sebaliknya memuji Kesultanan Johor yang cukup “berkira” dalam memberi pingat-pingatnya. Hanya yang betul-betul layak dan perlu sahaja akan diberi. Benarkah dari tahun 1785 sehingga sekarang cuma 700 sahaja pingat Dato’ dianugerahkan oleh Kesultanan Johor? Berbanding dengan negeri-negeri tertentu, jika disusun penerima pingat dengan keretanya sekali di sepanjang lebuh raya Utara Selatan dari tambak Johor mungkin akan terbabas melangkaui sempadan ke Bangkok. Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah mengenai pingat ini. Ada pemimpin yang lebih suka dipanggil Encik sahaja, seperti Allahyarham Ghafar Baba, yang selepas kematiannya baru dianugerahkan pingat Tun. Para ustaz, YA Hakim, SS Mufti-mufti, Pegawai Daerah hilang gelaran profesional mereka setelah dikalungkan Datuk. Sehingga nama sendiri pun hilang dek dipanggil Datuk. Itu tak diambil kira lagi sang isteri yang kini bergelar Datin berhias. Bukan boleh bawa mati pun kalau tak dapat gelaran Datuk, kerana malaikat Munkar dan Nakir ketika menyoal dalam kubur, akan menyeru nama pemberian ibu dan bapa mereka sahaja, bukannya gelaran Datuk, Datuk Seri, Tan Sri mahupun Tun!..... Cukup unik Malaysia ini. Selain Menara Berkembar yang gagah berdiri; kepelbagaian bangsa dan agama, keunikan lain negara tercintaku ini ialah penerima Datuk teramai di dunia. Baling batu silap-silap boleh hinggap di kepala Datuk!

187


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 188

SHEIKH AHMAD LAMPONG DALAM KENANGAN Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Semoga ALLAH SWT memberi rahmat kepadanya. Ingat haji, ingat Sheikh Ahmad Lampong. Ingat Sheikh Ahmad Lampong, ingat haji. Sheikh Ahmad Lampong sinonim dengan haji. Umur 20 tahun sudah jadi Sheikh Haji… Mulai tahun ini Iran dan Turki mula menempatkan jemaah haji di Madinah selama 4 hari 3 malam sahaja (pakej biasa), tidak lagi 8 hari (40 waktu) untuk jimat kos. Negara lain bagaimana?..... PENGENALAN Sebut sahaja Sheikh Ahmad Lampong, orang akan teringat tentang ibadat haji, khasnya kepada masyarakat Islam di Pantai Barat Semenanjung Malaysia seperti Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka hingga ke Johor, pada tahun-tahun 50an hingga tahun 2006 dalam sistem sheikh dan muassasah bermula dalam tahun 1984. Ini kerana Sheikh Ahmad Lampong adalah antara pengendali jemaah haji (Sheikh Haji) di Malaysia yang menjadi pilihan ramai jemaah ketika itu. PROFIL SHEIKH AHMAD LAMPONG DAN KELUARGA BERASAL DARI MOROCCO, PERISTIWA LAMPONG KARAM DIJADIKAN FILEM OLEH S.KADARISMAN TAHUN 1967 Nama sebenar Sheikh Ahmad ialah Ahmad Fathullah Lampun (Lampong). Beliau dilahirkan pada tahun 1919 di Mekah dan meninggal pada pertengahan Ramadan 1438 yang lalu pada usia 98 tahun. Datuknya seorang ulama, berasal daripada keturunan Morocco, berkahwin dengan anak raja Bentan, Indonesia, yang dikatakan ada kaitan dengan peristiwa Lampong Karam yang berlaku pada tahun 1883. Kejadian ini berlaku apabila kata-kata dan ajaran beliau sebagai ulama, tidak diikuti oleh penduduk Lampong, malah mereka melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan 188


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 189

aqidah Islam. Lantaran itu apabila berlaku letupan gunung berapi Krakatoa pada tahun tersebut, Lampong ditenggelami air laut tidak ubah seperti peristiwa tsunami yang melanda Aceh beberapa tahun dahulu. Peristiwa Lampong Karam dijadikan filem oleh pengarah S.Kadarisman pada tahun 1967. Ayahanda kepada Ahmad Lampong pula berkahwin dengan orang dari Lampong, Indonesia. Dari sinilah ‘Lampong’ diabadikan menjadi sebahagian namanya. Darah keluarganya masih ada di Lampong. Bapanya juga berkahwin dengan seorang perempuan keturunan Saudi. Pasangan inilah yang melahirkan anak lelaki yang kemudian dikenali sebagai Sheikh Ahmad Lampong. Ringkasnya Sheikh Ahmad Lampong adalah berketurunan Morocco daripada sebelah bapanya dan berketurunan Saudi daripada sebelah ibunya. Sheikh Ahmad Lampong berkahwin dengan seorang wanita Saudi. Pasangan bahagia ini dikurniakan seramai enam orang cahaya mata, empat perempuan, dua lelaki serta 15 cucu terdiri dari lima orang perempuan dan sepuluh orang lelaki. Keberkatan sumber pendapatannya daripada hasil pengendalian haji dalam membesarkan anak-anaknya begitu terserlah. Anak-anaknya satu demi satu telah melakar kejayaan dalam pelajaran dan bidang kerjaya masing-masing. Anak sulungnya seorang perempuan berkelulusan Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang sains daripada universiti di London. Anak keduanya juga seorang perempuan, yang merupakan seorang doktor pakar dalam bidang sakit puan (keluarga). Anak ketiganya juga perempuan keluaran universiti dari London yang bekerja sebagai seorang doktor gigi. Anaknya yang keempat seorang perempuan berkelulusan Sarjana dalam bidang Sejarah. Anaknya yang kelima adalah lelaki, merupakan seorang doktor pakar bedah dan anak bongsunya juga lelaki, seorang doktor gigi. TEMPAT TINGGAL Halaman rumahnya di Mekah, dipenuhi dengan pokok-pokok yang ada di Malaysia, seperti pisang emas, mangga, ciku dan lainlain yang hidup subur serta mengeluarkan buah. Pokok-pokok ini semuanya berasal dari Malaysia, sebahagiannya dihadiahkan oleh penulis yang mengendalikan umrah dan haji sehingga kini. Ahmad Lampong juga pada tahun 2010, telah membina sebuah hotel berkapasiti melebihi 400 orang tetamu di kawasan bersebelahan rumah beliau di Mekah. Penulis mula mengenali Ahmad Lampong dari tahun 1984, iaitu 189


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 190

bila bermulanya sistem muassasah, di mana masa itu syarikat Utas Travel & Tours menempatkan jemaah haji kurang 50 meter dari tempat melontar. Perkara ini berlarutan hingga tahun 2006, iaitu dengan mengambil perkhidmatan khemah yang berdekatan dengan tempat melontar disediakan oleh Sheikh Ahmad Lampong. Itu sebabnya jemaah haji Utas ada kalanya mencecah sehingga 1,400 orang, kerana jemaah memilih tempat yang berdekatan dengan Jamrah, apatah lagi Utas juga menempatkan jemaahnya di kawasan berdekatan dengan Masjidil Haram (jarak 50 meter sahaja). Sama juga pada hari ini, Utas menyediakan tempat kediaman jemaah di kawasan berhampiran dengan Masjidil Haram iaitu kurang dari 200 meter. Hubungan penulis dengan Sheikh Ahmad Lampong terjalin begitu mesra dari tahun ke tahun ibarat seorang adik dengan abang, sehingga penulis pernah tidur bermalam di rumah beliau atas pelawaannya pada musim haji. Jarang sekali orang Arab membenarkan orang luar tidur di rumah mereka. Begitulah sikap Ahmad Lampong terhadap penulis. Memang setiap tahun ketika mengerjakan umrah di luar musim haji, penulis akan berkunjung ke rumah Ahmad Lampong untuk bertanya khabar dan berbual mesra. Kali terakhir penulis menziarahi beliau ialah pada 12 Februari 2017, bersama anak bongsu penulis. Pada lawatan itu penulis dapati Ahmad Lampong dalam keadaan sangat uzur. Beliau mengadu kepada penulis dengan linangan air mata katanya, “Haji Din, saya dah tak dapat sembahyang Jumaat pada minggu lepas”. Beliau biasanya dipimpin ke masjid oleh pemandunya. Kini tidak lagi. Saya sempat bergambar bersamanya buat kali terakhir. Beliau seorang yang warak dan zuhud, baik hati budi, pernah bertanyakan kawan-kawan lain yang pernah menyewa khemah beliau, kenapa mereka tidak datang bertanya khabar. Beliau sedih kerana semasa sihat mereka ada bersama, tetapi semasa sakit tiada siapa yang menziarahi beliau. PENGENDALIAN HAJI YANG BERWIBAWA Bermula pada tahun 1949, ketika berusia 20 tahun Sheikh Ahmad buat pertama kalinya datang ke Tanah Melayu (Malaysia) bagi mengendalikan jemaah haji seramai 25 orang. Selepas itu, pada tahun-tahun berikutnya, bilangan jemaah haji yang dibawa oleh Sheikh Ahmad Lampong bertambah dari tahun ke tahun. Jemaah dibawa daripada Tanah Melayu ke Tanah Suci dengan menggunakan kapal Kargo Malampus yang dikenali juga sebagai kapal Serombong 190


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 191

Biru. Ia menggunakan kuasa arang batu yang mengambil masa 24 hari perjalanan dari Singapura ke Jeddah, dan singgah di Ceylon (Sri Lanka). Sheikh Ahmad Lampong turut belayar bersama jemaahnya. Dua tahun selepas itu barulah jemaah haji dibawa menggunakan kapal khas yang diberi nama kapal Suklup, yang menggunakan kuasa minyak. Kapal itu sebenarnya adalah kapal barang yang diubahsuai bagi membawa jemaah. Ini kerana pada ketika itu tidak ada kapal penumpang yang berulang alik terus dari Singapura ke Jedah. Tidak ada keperluan dan tidak ada permintaan. Keperluan membawa jemaah haji hanya berlaku setahun sekali. Segala keperluan makan minum jemaah pada waktu itu semua dibawa dalam keadaan mentah untuk dimasak di dalam kapal. Begitu juga dengan keperluan-keperluan lain, kerana tiada kemudahan peti sejuk di dalam kapal. Dalam perjalanan inilah jemaah mengikuti kursus haji. Ini kerana kemudahan kursus tidak disediakan sebelum jemaah berangkat ke Tanah Suci. Sebahagian jemaah tidak faham, tentang perjalanan sebenarnya. Justeru ketika kapal singgah di Ceylon, ada jemaah yang merasa gembira, kerana menyangkakan mereka telah sampai di Jeddah. Berbagai peristiwa dan pengalaman dilalui oleh jemaah semasa dalam pelayaran. Ketika kapal dipukul ribut kencang, kapal akan terumbang ambing, hingga menyebabkan ada kalanya jemaah terpelanting hingga mengalami kecederaan seperti patah tangan dan sebagainya. Ketika laut berombak besar pula, keadaan kapal akan melambung turun naik mengikut ombak. Ini akan menyebabkan jemaah mabuk, muntah-muntah hingga tidak lalu makan. Keadaan mabuknya juga lambat untuk pulih hingga kadang kala sampai beberapa hari setelah naik ke darat pun masih terasa macam berada di dalam kapal. Ada jemaah yang berjalan terhuyung-hayang, seperti orang mabuk, senget ke kiri, senget ke kanan atau ke depan dan ke belakang. Ketika ada kematian, mayat akan dikebumikan di laut. Pada masa ini jemaah dapat melihat ikan-ikan besar yang mengekori kapal bagi mendapatkan mangsanya. BEKALAN JEMAAH HAJI Satu cabaran besar mengendalikan jemaah ketika itu ialah ketika mengangkut barang-barang kepunyaan jemaah. Kalau pada hari ini jemaah hanya membawa pakaian, tetapi pada ketika itu jemaah terpaksa membawa semua keperluan makan minum bagi 191


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 192

tempoh selama berada di Tanah Suci. Dengan menggunakan peti sarah yang dibuat khas, diisi beras, minyak, ikan kering, kelapa dan lain-lain keperluan, bahkan ada yang membawa kayu api bagi keperluan memasak. Kebanyakan jemaah pada ketika itu terdiri daripada kalangan orang tua-tua. Itulah kefahaman umum yang menjadi pegangan pada ketika itu, di mana untuk mengerjakan haji perlu menunggu usia tua. Haji dinilai sebagai perintah untuk golongan tua. Sedangkan ibadat haji memerlukan orang yang sihat, penuh tenaga agar dapat melakukan ibadat dengan sempurna. Sihat tubuh badan (istita’ah) adalah antara syarat wajib haji. Bagaimanapun antara sebabnya juga ialah, mereka terpaksa mengumpul wang sedikit demi sedikit yang disimpan di rumah. Keadaan inilah yang mendorong Profesor Diraja Ungku Aziz membuat kajian yang akhirnya mencadangkan untuk menubuhkan sebuah institusi kewangan Islam yang ketika ini dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji yang sangat berwibawa, yang menjadi lambang kecemerlangan dan kemegahan sistem ekonomi Islam. Sebenarnya, mengapa kebanyakan jemaah haji Malaysia pada ketika itu menunggu hari tua untuk pergi menunaikan ibadah haji? Ini kerana pada usia itulah, baru mereka mempunyai kemampuan. Tabungan mereka yang disimpan sedikit demi sedikit itu baru mencukupi keperluan untuk menunaikan haji. Terdapat juga sebahagian jemaah, yang menjual tanah semata-mata untuk mengerjakan haji, walaupun perbelanjaannya hanya sekitar RM 1,500 sahaja. Begitulah gigihnya mereka bagi memenuhi seruan ALLAH SWT untuk menjadi tetamuNya. Benarlah, pergi haji adalah menyahut seruan ALLAH SWT bagi mereka yang dijemput menjadi tetamunya. Justeru mereka tidak kira di mana tempat tinggalnya, susah atau senang, jauh atau pun dekat, golongan berada atau pun tidak berada, yang mendapat jemputan mesti akan sampai ke Tanah Suci. Inilah jaminan ALLAH SWT kepada hambanya. Perintah seruan yang ditujukan kepada Nabi Ibrahim AS kepada umat manusia, kemudian disambut oleh jemaah-jemaah melalui ucapan talbiah yang tidak putus-putus, menjadikan Kaabah sentiasa dikelilingi manusia untuk bertawaf, kecuali berhenti seketika apabila didirikan solat fardu pada tiap-tiap waktu. BAGAIMANA SHEIKH AHMAD LAMPONG MENDAPAT DAN MENGURUSKAN JEMAAH Melalui seorang ketua kampung bernama Haji Salleh dari 192


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 193

Kampung Jawa Klang yang pernah mengerjakan ibadat haji bersama bapanya, Sheikh Ahmad mendapat maklumat tentang jemaah yang hendak mengerjakan haji. Seterusnya, maklumat yang disampaikan melalui mulut ke mulut dari semasa ke semasa, oleh jemaah-jemaah haji yang menggunakan perkhidmatan Sheikh Ahmad, merupakan kaedah yang berjalan dan digunakan bagi mendapatkan jemaah.

Dokumen-dokumen perjalanan Sheikh Ahmad Lampong ketika berumur 20 tahun mengambil jemaah haji dari Tanah Melayu.

Tempoh untuk mengerjakan haji pada ketika itu mengambil masa yang begitu lama, meliputi perjalanan pergi dan balik termasuk Mekah dan Madinah. Jemaah akan mula berangkat sebelum atau dalam bulan Ramadan lagi. Jelasnya mereka berpuasa dalam perjalanan. Ini bermakna jemaah akan berada dalam ihram sekurangkurangnya selama dua bulan sepuluh hari. Bayangkan, mereka yang dalam keadaan berihram, tidak bercukur, tidak memotong kuku dan rambutnya tidak berminyak selama tempoh itu. Maka benarlah seperti yang digambarkan oleh Rasulullah SAW bahawa orang yang berihram dalam tempoh yang lama sebagai dalam keadaan ‘kusut masai’. Namun hakikatnya di sisi ALLAH SWT itulah bukti penyerahan diri daripada seorang hamba kepada penciptanya. Biar pun “hodoh” pada pandangan manusia, tetapi cantik pada pandangan ALLAH SWT. Dalam usaha mendapatkan jemaah, Sheikh Ahmad akan datang dan berkunjung ke beberapa buah negeri di Malaysia. Secara umumnya setelah terlibat dalam urusan mengendalikan haji, dalam setahun Sheikh Ahmad akan berada 193


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 194

selama enam bulan di Malaysia, termasuk perjalanan pergi-balik dan enam bulan lagi di Mekah dan Madinah bersama-sama jemaah. Banyak kenangan pahit manis dialami. Antaranya, berbasikal dari kampung ke kampung untuk bertemu dan memberi penerangan seterusnya mendaftar jemaah-jemaah yang berhasrat menunaikan haji. Suatu peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh Sheikh Ahmad ialah ketika berada di Batu 8 Tanjung Karang, Selangor, pada tahun 1950, tahun kedua mengendalikan jemaah haji dari Malaysia. Sheikh Ahmad terpaksa memikul basikalnya selepas hujan lebat, kerana basikalnya tidak dapat ditunggangi akibat jalan yang berlumpur dengan tanah liat menyebabkan roda basikalnya tidak dapat berpusing. Perjalanan dari Mekah ke Madinah mengambil masa antara satu hingga dua hari, menggunakan bas lama. Pemandu bas tidak peka dengan kesusahan jemaah. Ada kalanya melalui jalan potong yang tidak bertar, yang menyebabkan bas tidak dapat bergerak kerana tayarnya terbenam di pasir. Ini telah memaksa jemaah turun daripada bas di tengah-tengah panas terik untuk menolak bas. Selain itu bas tiba-tiba dimatikan enjinnya dan berhenti daripada meneruskan perjalanan. Ini memaksa jemaah mengeluarkan duit sebagai baksis, barulah bas akan bergerak semula. KEADAAN RUMAH / TEMPAT TINGGAL JEMAAH Rumah terdiri daripada rumah-rumah batu. Ada kalanya lantainya dibuat daripada pelepah tamar. Tidak ada kemudahan air paip. Jemaah haji lelaki dan perempuan akan tinggal dalam satu bilik yang mana setiap pasangan hanya menggunakan sekatan beg-beg pakaian masing-masing. Walau bagaimanapun jemaah tetap reda dengan keadaan tersebut. Tidak ada jemaah yang komplen atau mengadu rasa tidak puas hati. Inilah kekuatan jemaah ketika itu, kerana telah membuat persiapan spiritual yang lengkap sehingga segala-segalanya difokus untuk beribadat kepada ALLAH SWT. Falsafah pergi haji sebagai “pergi mati” dihayati sehingga terkesan dalam dirinya. Mati dalam erti kata mematikan sifat-sifat mazmumahnya. Sikapnya sentiasa positif. Kesusahan yang dilalui adalah ujian yang diyakini ada ganjarannya di sisi ALLAH SWT. Inilah resipi yang menyebabkan sekembali daripada mengerjakan ibadat haji berlaku perubahan dari segi sahsiah dan tingkah laku, yang buruk ditinggalkan di Tanah Suci dan yang baik dikutip dan dibawa balik ke tanah air.

194


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 195

Beberapa ciri daripada maksud hadis: Kembali sebagai orang baru yang bersih daripada dosa, ibarat besi yang berkarat telah disepuh (dibakar) dan ditempa semula menjadi besi yang baru. Bersih daripada dosa seperti anak yang baru dilahirkan. Memandangkan di tempat tinggalnya tidak ada kemudahan air, jemaah mendapat air dengan cara mengupah orang dengan bayaran antara satu ke dua gurush untuk dua tin yang dipikul dan dihantar ke tempat tinggal. Jemaah terpaksa berjimat dalam menggunakan air. Air diperolehi daripada sumber ‘Ain Zubaidah yang disalurkan menggunakan palung sepanjang 20 km. Palung tersebut masih dapat dilihat ketika jemaah haji melalui jalan Arafah, Muzdalifah dan Mina, tetapi tidak lagi berfungsi. Selain tiada kemudahan air, tempat tinggal jemaah juga tidak ada kemudahan api elektrik. Dalam cuaca yang begitu panas, jemaah akan lebih suka untuk berada di masjid. Bagi jemaah yang ada kemampuan akan mengupah orang untuk mengipasnya bagi mengurangkan kepanasan. Suhu panas di Mekah ada kalanya melebihi 50 darjah celsius. Contohnya pada tahun 1951, ramai jemaah haji meninggal dunia ketika berada di Mina akibat cuaca panas. Sesungguhnya segala-galanya menguji kesabaran. Dataran di sekeliling Baitullah belum bersimen dan bermar-mar. Yang ada hanya pasir halus yang diratakan, yang bercampur dengan najisnajis burung merpati yang begitu membiak dan menjadikan Masjidil Haram sebagai tempat tinggalnya. Antaranya ada kepercayaan daripada sebahagian jemaah yang suka bersedekah dengan memberi makanan kepada burung. Keadaan ini masih dapat kita lihat pada hari ini baik di Mekah mahu pun di Madinah. Najis burung yang ada tidak dapat diatasi, kerana burung-burung bebas terbang atau hinggap dan mengeluarkan najis tanpa kawalan. SUASANA KEMUNCAK HAJI Hari-hari kemuncak pekerjaan haji merupakan hari-hari yang ditunggu-tunggu dengan penuh debaran oleh setiap jemaah. Perasaan suka bercampur baur dengan bimbang, cemas menyelubungi pemikiran. Kemuncak haji merupakan waktu yang paling sibuk dan mencabar. Ini kerana pada waktu yang sama dan singkat serta tempat-tempat yang jauh antara satu sama lain, jemaah terpaksa melakukan beberapa perkara pekerjaan haji yang 195


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 196

meliputi rukun, wajib dan sunat-sunatnya. Waktu inilah jemaah melaksanakan wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah, melontar Jamrah Aqabah, bergunting, melontar ketiga-tiga Jamrah, bermalam di Mina dan seterusnya pulang ke Mekah untuk tawaf dan saie. Musim haji bermula dari hari Tarwiah, apabila jemaah bergerak menuju Arafah pada 8 Zulhijjah hinggalah selesai pekerjaan haji sepenuhnya pada 12 Zulhijjah (Nafar Awal) atau 13 Zulhijjah (Nafar Thani), bergantung kepada masa seseorang jemaah. Pada 8 Zulhijjah yang dikenali sebagai perjalanan Arafah, untuk membawa semua jemaah mengerjakan wukuf, bermalam di Muzdalifah serta bermalam dan melontar Jamrah di Mina dan balik semula ke Mekah, memerlukan sehingga enam kali berulang alik. Pada masa itu, tahun-tahun 50an 60an jumlah semua jemaah haji Malaysia dianggarkan seramai 1,000 hingga 2,000 orang sahaja. Manakala jumlah jemaah haji Indonesia pada masa itu hanya seramai 10,000 orang. Jumlah jemaah haji Malaysia pada masa ini ialah seramai 28,000 hingga 30,000 orang, manakala jemaah haji Indonesia ialah seramai 240,000 orang. Oleh sebab itulah ujian semasa mengerjakan ibadat haji tetap dialami, walaupun dalam zaman yang serba serbi ada kemudahan, serta sentiasa dipertingkatkan. Kalau dahulu banyak berpunca daripada kemudahan dan prasarana yang tidak mencukupi. Pada hari ini kerana jumlah jemaah yang berlipat kali ganda ramainya. SISTEM PENGENDALIAN HAJI Sistem pengendalian haji sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Sistem Sheikh berakhir pada tahun 1983, di mana tahun berikutnya 1984 bermulanya sistem muassasah. Bagi jemaah swasta, sistem perumahan mereka disediakan tetapi makanan diuruskan atau dimasak sendiri oleh jemaah. Pada awal tahun 1990an, sistem konsortium pula dijalankan iaitu gabungan empat syarikat dalam satu konsortium yang menyediakan tempat penginapan dan makan minum kepada jemaah. Kemudian pada tahun 2000 pula dimulakan sistem PJH atau Pengelola Jemaah Haji yang menyediakan penginapan dan makan minum dengan cara yang lebih teratur. Taraf PJH ini diberikan khas kepada syarikat-syarikat yang terpilih sahaja bagi memberi peluang kepada jemaah membuat pilihan. Syarikat-syarikat yang terpilih ini disenaraikan sebagai syarikat yang diluluskan oleh Tabung Haji. Syarikat-syarikat terpilih ini menawarkan tempat-tempat tinggal yang selesa, lebih dekat dengan masjid yang boleh menjadi pilihan jemaah, khususnya yang tua-tua atau berkemampuan dari segi wang ringgit, walaupun 196


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 197

syarikat mengenakan harga yang lebih tinggi. Bagi melancarkan perjalanan jemaah antara Arafah, Muzdalifah dan Mina sistem Taraddudiah (Shuttle bus) diperkenalkan kepada jemaah haji Asia Tenggara pada musim haji tahun 2002. Seterusnya pengangkutan LRT dimulakan pada musim haji tahun 2011 di laluan tertentu bagi sebahagian jemaah haji. Daripada sumber maklumat yang diperolehi, projek menaik taraf Masjidil Haram dan pembangunan sekitarnya dijangka akan memakan masa hingga tahun 2025. Bagaimanapun kemudahan ini bukan suatu jaminan kepada jemaah tidak akan menghadapi kesulitan, kerana fitrah ibadat haji khususnya tetap ada ujian, sebagai mengambil iktibar daripada ujian yang dialami oleh Nabi Ibrahim AS, juga keluarganya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail AS. Kalau hendak dibandingkan berapa peratuskah nisbah ujian yang dialami oleh mereka berbanding dengan kesulitan yang dialami oleh jemaah pada masa ini? Selain itu ujian yang diterima bukanlah semata-mata untuk menyusahkan, tetapi akan menjadi ukuran kepada seseorang tentang ibadatnya. Selain jaminan untuk mendapat haji mabrur, doa-doanya diangkat ke langit, sabar menghadapi ujian juga akan menggugurkan dosa-dosanya (dosa kecil) yang telah lalu. Perjalanan mengerjakan haji amat berbeza dan tidak sama dengan perjalanan untuk tujuan melancong atau melawat sesuatu tempat atau negara. Haji untuk tujuan ibadah manakala melancong biasanya untuk mencari keseronokan bagi melapangkan fikiran,

Dari kiri Sheikh Ahmad Lampong, Datuk Mohamad Din Yusoh (tengah) dan Mohd Ghazi Fatani. 197


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 198

melihat kemajuan dan sosio-budaya serta kesan-kesan sejarah negara yang dilawati atau membeli belah. Oleh itu urusan perjalanan, tempat penginapan dan program atau itinari kedua-duanya amat berbeza. Ibadah haji bertumpu kepada satu tempat iaitu Mekah atau Madinah dengan ketibaan jemaah dari seluruh pelusuk dunia hampir serentak pada masa yang telah ditentukan. Tujuan perjalanan ke Tanah Suci Mekah dan Madinah mempunyai satu matlamat iaitu untuk menunaikan ibadat wajib yang menjadi rukun Islam kelima bagi orang Islam yang mempunyai kemampuan dan cukup syarat-syaratnya. Kedatangan jemaah ke Mekah adalah sebagai tetamu ALLAH SWT yang telah menggerakkan hati seseorang untuk bertekad dan berniat mengerjakan ibadah tersebut. Dalam menunaikan ibadat haji terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh setiap jemaah. Cabaran pertama ialah perjalanan ke Mekah yang penuh dengan ujian daripada ALLAH SWT, di mana pengalaman yang dilalui oleh jemaah tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain dan mempunyai hikmah tertentu. Orang dulu-dulu susah untuk pergi haji tetapi senang untuk mengerjakan haji. Orang sekarang pula senang untuk ke Mekah tetapi susah untuk mengerjakan haji. Perjalanan daratnya dari Jeddah ke Madinah menggunakan unta mengambil masa beberapa hari amat mencabar. Ada yang mengatakan 2 minggu dan ada yang mengatakan lebih. Perjalanannya hanya dilakukan pada waktu malam kerana di waktu siang cuacanya sangat panas. Pada zaman lampau, di Arafah dan Mina tidak ada kemudahan tandas. Jemaah membuang air kecil dan air besar ikut sempat sahaja. Sebab itulah kebanyakan jemaah membawa payung, selain untuk berteduh daripada cuaca panas, payung berfungsi untuk berlindung semasa qada’ hajat. Kesusahan yang dihadapi mengajar jemaah untuk bersabar. Namun begitu untuk mengerjakan syarat rukun serta wajib haji sangat mudah kerana bilangan jemaah tidak ramai seperti hari ini. Untuk bertawaf, bersaie dan melontar amat mudah dilakukan. Pada masa ini perjalanan ke Mekah begitu selesa menggunakan kapal terbang yang memakan masa hanya 8 atau 9 jam. Pengangkutan darat pula menggunakan bas berhawa dingin. Makan minum disediakan dan tempat penginapan juga amat selesa berhawa dingin. Namun untuk mengerjakan syarat rukun serta wajib haji dan umrahnya sangat susah kerana bilangan jemaah yang begitu 198


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 199

ramai. Itulah hakikat ibadat haji pada masa kini berbanding dengan zaman lampau. Dalam kesesakan dan keramaian manusia di musim haji sedikit sebanyak menjadi ujian kepada ketabahan hati jemaah, sama ada mereka dapat bersabar menerima cabaran atau tidak sabar. Bagi yang faham mungkin tidak ada masalah tetapi bagi yang kurang faham sudah tentu ianya menjadi bahan mereka menyalahkan itu ini. Dalam suasana dan cuaca di Tanah Arab yang panas dan kering itu sudah tentu mempengaruhi seseorang yang melibatkan emosi dan kefahaman yang mereka ada. Hal ini menyebabkan jemaah mudah terikut-ikut dengan jemaah-jemaah lain, memberi keutamaan perkara-perkara fadhilat berbanding berkata perkara-perkara syarat, adab dan kaifiat (cara). Berborak-borak kosong semasa dalam ihram dan lain-lain. Bukankah haji diwajibkan antara lain supaya umat Islam dapat merasai bagaimana keluarga Nabi Ibrahim diuji. Nabi Ibrahim AS diuji berkahwin, tetapi lambat mendapat zuriat. Diuji lagi untuk membawa dan meninggalkan anak dan isterinya yang dikasihi di suatu tempat yang pada zahirnya tidak sesuai untuk membina kehidupan. Diuji lagi supaya membina Kaabah serta menyeru umat manusia agar mengunjunginya dalam keadaan yang tidak ada kemudahan telekomunikasi. Diuji lagi yang kalau mengikut fikiran sebagai tidak munasabah, iaitu diminta untuk menyembelih anak kesayangan yang sedang meningkat dewasa, yang sudah boleh dijadikan teman dan diminta pertolongan. Begitu juga Siti Hajar yang ditinggalkan bersama anaknya. Ismail AS yang tabah dan reda apabila menerima cadangan daripada ayahnya, untuk menyembelihnya. Saksikanlah hasilnya, balasan ALLAH SWT di dunia lagi kesan daripada keikhlasan melaksanakan pengorbanan sebagai mentaati dan mematuhi perintah ALLAH SWT. Ambillah iktibar daripada perjalanan haji dahulu, cabarannya jauh lebih besar berbanding sekarang. Daripada peringkat mengumpul duit, urusan, perjalanan, kemudahan, tempoh masa yang diperlukan hingga kepada kerja-kerja melakukan ibadat. Sudah tentu kerana ia lebih fokus, keikhlasannya lebih tinggi dan tempohnya lebih lama menyebabkan perubahannya terserlah. Perubahan inilah antara tanda hajinya diterima, sebagai haji mabrur.

199


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 200

PENGLIBATAN SHEIKH AHMAD DALAM URUSAN HAJI BERSAMA PIHAK BERKUASA ARAB SAUDI Semasa sistem muassasah, Sheikh Ahmad terlibat dalam membuat perancangan perjalanan haji. Beliau adalah salah seorang ahli dalam jawatakuasa yang dipertanggungjawabkan menentukan perjalanan haji bagi satu-satu musim, bersama-sama Syeikh Mohd Ali Inderagiri. Itulah antara sebab, ramai jemaah memilih untuk menunaikan haji bersama Sheikh Ahmad, kerana antara kelebihannya ialah bagi mendapat penempatan yang dekat dengan tempat melontar, ketika berada di Mina. Ini penting kepada jemaah, terutama bagi mereka yang telah berumur, ia akan memudahkan dalam urusan melontar Jamrah. Ini kerana pekerjaan melontar adalah antara pekerjaan yang sangat mencabar kepada jemaah. Keadaan bersesak-sesak bukan sahaja berlaku ketika melontar, tetapi juga ketika berulang alik melalui satu terowong bagi mereka yang ditempatkan di Muassim. Inilah hakikat yang ada di Mina untuk menampung jemaah yang sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Mina Jamrah yang terletak di antara dua bukit hanya menampung kira-kira 700,000 ke 800,000 jemaah, sudah tentu tidak dapat menampung jemaah yang sudah mencecah angka 3 juta ke 4 juta bagi satu-satu musim. Kali terakhir Sheikh Ahmad mengendalikan jemaah haji ialah pada tahun 2006. Banyak pengalaman pahit manis yang dilalui bersama jemaah. Selain daripada faktor usia, tiada anaknya yang berminat mengambil alih kerjaya ini, kerana masing-masing sudah bekerjaya mengikut profesion masing-masing. Kini Sheikh Ahmad mahu meneruskan kehidupannya dengan berehat, beramal juga turut memonitor masa depan cucu-cucunya. Walaupun sudah berusia, ingatannya terhadap pengalaman menguruskan haji di Malaysia masih segar. Sebagai contoh, dalam pertemuan dengan beliau di rumahnya beliau masih mengenali dan ingat kepada Hj. Sulaiman, dari Banting Selangor, bila ditanya, katanya dengan pantas, “Oh ! yang gemuk-gemuk tu…” Ini kerana semasa hidupnya Hj. Sulaiman yang mengerjakan haji di awal tahun 70an bersama Sheikh Ahmad sering menceritakan tentang kebaikannya. Ibarat berkempen, selalu mencadangkan kenalannya yang hendak pergi ke Tanah Suci, supaya memilih Sheikh Ahmad sebagai pengendalinya. Kelebihan Sheikh Ahmad Lampong dalam masakan ialah hidangan nasi saliknya. Seringkali selepas selesai urusan pengendalian haji, beliau akan mengajak kami (petugas Utas dan beberapa jemaah) ke rumahnya untuk dijamu makan. Biasanya 200


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 201

sajiannya ialah nasi salik. Nasi yang menyerupai bubur nasi yang tiada perencah, tetapi hanya menggunakan bawang putih dan air rebusan kambing. Setelah hampir masak kambing (seekor tanpa dipotong-potong) yang telah empuk direbus akan dimasukkan. Lepas itu dihidang dalam dulang serta dicampurkan dengan susu kambing yang fresh dengan kambing seekor diletakkan di tengahnya. Di samping itu disertakan dengan jelatah; tomato, bawang, cili besar, salad dan lain-lain. Pengalaman mula-mula memakannya (nasinya) agak berat tekak hendak menerimanya, sebab berbau hamis dari susu kambing. Tetapi bila diadunkan dengan daging kambing yang lembut dan campuran jelatah, ia menjadi kegemaran dan terasa-terasa enaknya bila diceritakan semula. Sewaktu inilah kita nampak keikhlasan Sheikh Ahmad dalam menjamu kami dengan melayannya sendiri, sambil menceritakan bahawa dialah sendiri yang memasaknya. Agak menghairankan juga, kerana tanpa bahan-bahan perencah, masakan itu memang sangat menyelerakan. Berbanding kebiasaan masakan, rasa sedapnya adalah bergantung dengan pelbagai rempah ratusnya. Renung-renung dan hayatilah puisi ini: Selfie sana sini sudah terserlah Masyarakat dunia menggunakan makin bertambah Ambil gambar tak tentu arah Sampai ke Madinah, Mekah, Mina dan Arafah Menggunakan selfie mengelilingi Kaabah Tujuh kali keliling Kaabah selesailah sudah Niat dan tujuan ibadah betul apakah Ibadah Haji Umrah apakah diterima ALLAH Takut-takut pula terpesong dari Aqidah Selfie itu bukan ajaran Rasulullah dan Kitabullah Apakah ia ajaran Yahudi kita fikir-fikirkan lah Bacalah 24 perkara utama protokol Yahudi dan Renung-renungkanlah Penggunaannya banyak kepada musibah dari yang berfaedah.

201


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 202

HUKUM MENGEDAR TABUNG DERMA BERGERAK DAN BERCAKAP SEMASA KHATIB SEDANG MENYAMPAIKAN KHUTBAH, ADA YANG MENGATAKAN HARAM, MAKRUH DAN HARUS Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Apakah tabung derma bergerak itu haram atau bid’ah sebab perkara ini tidak berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Saya terbaca satu berita dalam sebuah akhbar tabloid bertarikh 6 April 2017 bertajuk ‘Tegah Derma Ketika Khutbah’ dan tajuk kecil ‘Haram edar tabung ganggu tumpuan jemaah’ yang diberikan oleh seorang kawan pada 28 April 2017. Mohon maaf ruangan ini terhad untuk saya menulis secara lebih terperinci dalam artikel ini. Sila rujuk artikel “Mendengar Khutbah Jumaat, Sunat Atau Sunnah?” halaman 207. HUKUM MENDENGAR KHUTBAH JUMAAT – WAJIB : Dua Khutbah dalam solat Jumaat yang diselangi dengan perbuatan duduk di antara keduanya merupakan syarat sah kepada solat Jumaat. Perlaksanaan khutbah itu juga terkandung syaratsyarat tersendiri yang perlu dipatuhi oleh penyampai khutbah dan pendengar khutbah dan tertakluk kepada kategori hukum tertentu. Bagi pendengar khutbah yang menghadiri solat Jumaat, menurut mazhab Hanafi, Hanbali, Maliki dan pendapat Imam Syafie dalam qaul qadim hukum memberikan perhatian dan mendengar khutbah adalah wajib dalam erti kata perbuatan tersebut diberi pahala apabila dikerjakan dan berdosa meninggalkannya. Perbuatan bercakap ketika khatib sedang membaca khutbah menurut jumhur adalah haram. Menurut pendapat mazhab Syafie (pendapat Imam Syafie dalam qaul jadid semasa berada di Mesir) yang dijadikan fatwa dalam mazhab seperti dalam kitab Mughni al-Muhtaj syarah kepada al-Minhaj Imam Nawawi karangan Muhammad bin al-Khatib al-Shirbini 1/390 (1998), hukum memberikan perhatian dan mendengar khutbah adalah sunnah ( ). Istilah sunnah dalam matan al-Minhaj diperjelaskan oleh Imam al-Shirbini dengan maksud mandub (sesuatu amalan yang diberi pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa jika ditinggalkan). Menurut ulama Usul 202


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 203

al-Fiqh ibadah yang berada dalam kategori mandub dari sudut proses pengeluaran hukumnya bersandarkan kepada suatu perkara yang dituntut dalam agama untuk dilakukan dan tuntutan tersebut dengan dalil yang tidak membawa kepada wajib (jazam). Oleh kerana dalil yang menjurus kepada perintah mendengar khutbah daripada al-Quran dan hadis tidak membawa maksud perintah wajib, justeru berbicara ketika khatib sedang berkhutbah adalah makruh dalam erti kata perbuatan tersebut diberi pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa jika dilakukan. BERKATA-KATA KETIKA KHUTBAH SEDANG DISAMPAIKAN – TIDAK HARAM: Berkata-kata semasa khutbah disampaikan, Mazhab Syafie berpendapat ianya tidak haram. Dalam Al-Majmu’ dalam kitab Syarah Al-Muhazab, berdasarkan hadis disebutkan adalah tidak haram berkata-kata, berpandukan kepada dua hadis. Dalam hadis pertama ketika Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah, seorang sahabat bertanya, bila berlakunya hari kiamat dan satu hadis lagi apabila seorang sahabat mengadu tanaman beliau rosak akibat musim panas dan anak-anak kecil kelaparan. Dalam kitab hadis ‘Mu’jam Sahih Muslim’ dan ‘Mausu’ah Al-Mu’jam Al-Mufahras lilalfaz Al-Hadis An-Nabawi As-Syarif’ disebutkan bahawa ketika Nabi SAW sedang membaca khutbah, ada seorang sahabat bertanyakan Rifa’ah mengenai apa agama beliau. Nabi Muhammad SAW turun dari mimbar mendengar pertanyaan itu dan kemudian naik kembali menyambung khutbah baginda. Oleh itu adalah tidak haram bercakap semasa khutbah asalkan ianya percakapan yang berfaedah dan tidak sia-sia. KUTIPAN DERMA KETIKA KHUTBAH – HARUS: Berbalik kepada isu kutipan derma, Imam Syafie dan Imam Malik tidak memberikan pandangan mengenainya, tetapi bagi mazhab Hanafi, ada menyatakan ianya ‘Yukrah Tahriman’ iaitu makruh yang lebih dekat dan lebih menjurus kepada haram. Ada setengah daripada ulama Hanafi mengatakan harus dengan syarat kutipan derma itu dibuat tanpa melangkah bahu dan tengkuk orang lain dan tidak melintasi atau mengganggu orang yang sedang solat. Pandangan ulama Hanbali pula mengatakan, memberi derma kalau mereka tidak meminta atau jika ada perakuan daripada imam kita boleh berikan derma. 203


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 204

Prof. Dr. Mustaffa Dib Al-Bugha, ulama tersohor bermazhab As-Syafie dari Syria yang pernah ke Malaysia dan pernah melihat tabung derma bergerak semasa khutbah sedang dibaca berkata, beliau tidak nampak perkara itu haram atau makruh kerana ianya merupakan ‘harakah yasir’ atau pergerakan mudah dan tidak menghalang tumpuan jemaah mendengar khutbah yang sedang dibaca, hanya dalam beberapa saat sahaja dan mempunyai faedah (Maslahah Syar’iyah) khususnya untuk pengimarahan masjid. Dalam isu kotak kecil derma berjalan, tidak nampak ianya mengganggu orang. Sekiranya orang sudah bersedia dan ada niat untuk derma, dengan hanya beberapa saat beliau akan memasukkan wang ke dalam kotak. Perjalanan tabung derma itu mempunyai nilai-nilai Maqasid Syar’iyah yang memberi faedah kepada ummah. Maqasid Syar’iyah mempunyai lima objektif utama iaitu 1. Pemeliharaan agama; 2. Pemeliharaan jiwa; 3. Pemeliharaan akal; 4. Pemeliharaan harta; dan 5. Pemeliharaan keturunan. Maqasid Syar’iyah ini amat penting sebab masjid bukan semuanya ditadbir oleh kerajaan, ada yang persendirian, hanya imam dibayar gaji. Tetapi untuk membesarkan masjid ianya memerlukan sumbangan seperti ini apabila bilangan jemaah kariah bertambah. Masyarakat setempat perlu berdikari, umpamanya untuk membayar kos baik pulih, bil air, elektrik, kerosakan tandas dan bumbung, perpustakaan, alat pembesar suara (PA System) kalau rosak, kelas fardu ain kanak-kanak dan dewasa, ceramah-ceramah, kuliah Maghrib, Subuh dan lain-lain lagi. Pada hari ini anak-anak generasi sekarang banyak terbabas dari segi duduk merempit, dadah, anak luar nikah dan sebagainya. Ibu-ibu muda melahirkan anak, ada yang tidak tahu fardu ‘ain dan tidak boleh membaca surah al-Fatihah, perceraian kerap berlaku dan lain-lain. Perkara Maqasid Syar’iyah inilah yang sepatutnya diambil kira. Dalam erti kata untuk baik pulih masjid perlu ribuan ringgit untuk dibelanjakan. Sepatutnya kita kena buat kajian, masjid di bandar, bandaraya dan kampung-kampung kerana sudah tentu kutipannya berbeza. Kalau di bandar atau bandaraya mungkin mencapai puluhan ribu ringgit, tetapi di kampung-kampung bagaimana? 204


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 205

Masjid Selat Melaka.

Di masjid-masjid kampung, kajian dibuat, di mana melalui tabung bergerak dapat mengutip di antara RM100 ke RM150 sekali Jumaat. Berbanding melalui tabung-tabung yang terletak di pintupintu masjid, kutipan kurang dari RM80, untuk membayar bil air dan elektrik pun tidak mencukupi, apa lagi pada bulan Ramadan. Kita harap masyarakat tidak perlu diberi tongkat oleh kerajaan. Mereka mesti berdikari seperti yang berlaku di kalangan orang 205


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 206

Melayu/Islam Singapura, kesedaran lebih awal walaupun tidak perlu tabung-tabung derma kecil bergerak. Adapun maksud hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah RA bermaksud ‘Barangsiapa yang menyapu (bermain-main) batu kerikil (ketika khutbah Jumaat) maka hal itu sia-sia – mungkin kerana melalaikan daripada mendengar khutbah seperti juga pada hari ini jemaah menggunakan telefon bimbit membaca Facebook, Whatsapp, SMS, membaca buku dan komik dan sebagainya tetap melalaikan dan sia-sia. Ini jelas berbeza dengan kutipan derma secara tabung kecil derma bergerak yang mempunyai nilai-nilai Maqasid Syar’iyah. RUJUKAN 1)

Al-Fiqh Al-Islami Wa’adillatuhdan Mausu’ah Al-Fiqh Al-Islami Walqadaya Al-Mu’asirah - Dr. Wahbah Al-Zuhayly.

2)

Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab – Imam An-Nawawi.

3)

Al-BayanFi Mazhab Al-Imam As-Syafie – Abil Husain Yahya.

4)

Bidayatul Mujtahid Wanihayatul Muqtasid.

5)

Nihayah Al-Matlab Fi Dirayatil Mazhab – Li Imamil Haramain.

6)

Mausu’ah Al-Mu’jam Al-Mufaharas Lilalfaz Al-Hadis An-Nabawi As-Syarif.

7)

Al-Fiqh ‘AlaAl-Mazahib al-Arba’ah – Abdul Rahman Al-Jaziridan Mu’jam Sahih Muslim.

8)

Mughni al-Muhtaj karangan Muhammad bin al-Khatib al-Shirbini cetakan Dar al-Fikir 1998.

206


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 207

MENDENGAR KHUTBAH JUMAAT, SUNAT ATAU SUNNAH? Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh Khutbah Jumaat merupakan suatu medium komunikasi dan penyampaian mesej kepada umat Islam sejak disyariatkan pada zaman penurunan wahyu dan hukumnya kekal sehingga ke hari ini. Rasulullah SAW memaksimumkan penggunaan dan fungsi khutbah Jumaat, mencakupi pelbagai bidang kehidupan berpandukan petunjuk daripada ALLAH SWT. Khutbah Jumaat juga menjadi asas kekuatan umat Islam dalam usaha mendalami, memahami dan menghayati ajaran Islam. Makna-makna yang terkandung di dalamnya dapat meresap masuk ke dalam jiwa-jiwa pendengar jika para jemaah dapat menumpukan perhatian kepada khutbah yang disampaikan dengan penuh tekun. Menurut hukum fiqh, dua Khutbah pada solat Jumaat yang diselangi dengan perbuatan duduk di antara keduanya merupakan syarat sah kepada solat Jumaat. Perlaksanaan khutbah itu juga terkandung syarat-syarat tersendiri yang perlu dipatuhi oleh penyampai khutbah dan pendengar khutbah dan tertakluk kepada kategori hukum tertentu. Bagi pendengar khutbah yang menghadiri solat Jumaat, menurut mazhab Hanafi, Hanbali, Maliki dan pendapat Imam Syafie dalam qaul qadim, hukum memberikan perhatian dan mendengar khutbah adalah wajib dalam erti kata perbuatan tersebut diberi pahala apabila dikerjakan dan berdosa jika ditinggalkan (rujuk kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 35/116). Justeru itu perbuatan bercakap ketika khatib sedang membaca khutbah menurut jumhur adalah haram. Menurut pendapat mazhab Syafie (pendapat Imam Syafie dalam qaul jadid semasa berada di Mesir) yang dijadikan fatwa dalam mazhab seperti dalam kitab Mughni al-Muhtaj syarah kepada al-Minhaj Imam Nawawi karangan Muhammad bin al-Khatib al-Shirbini 1/390 (1998) hukum memberikan perhatian dan mendengar khutbah adalah sunnah ( ). Istilah sunnah dalam matan al-Minhaj diperjelaskan oleh al-Shirbini dengan maksud mandub (sesuatu amalan yang diberi pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa jika ditinggalkan). Menurut ulama usul al-Fiqh ibadah yang berada dalam kategori mandub dari sudut proses pengeluaran hukumnya bersandarkan kepada suatu perkara yang dituntut dalam agama untuk dilakukan dan tuntutan tersebut dengan dalil yang tidak membawa kepada wajib (jazam). Oleh kerana dalil yang menjurus kepada perintah mendengar khutbah daripada al-Quran dan al-Hadis 207


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 208

tidak membawa maksud perintah wajib, justeru berbicara ketika khatib sedang berkhutbah adalah makruh dalam erti kata perbuatan tersebut diberi pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa jika dilakukan. Istilah-istilah seperti mandub ini terkandung dalam hukum taklifi, dalam konteks tuntutan yang dikenakan ke atas orang mukallaf sama ada larangan, suruhan atau pilihan. Tertakluk di bawah hukum taklifi ini 5 perkara: (rujuk Fiqh al-Ibadah, Dariyah al-Ghidy) 1.

Wajib: ialah satu perbuatan yang dituntut oleh syara’ kepada orang-orang yang mukallaf untuk mengerjakannya sebagai tuntutan yang mesti dikerjakan.

2.

Haram: Iaitu sesuatu yang dituntut meninggalkannya oleh syara’ dengan tuntutan yang putus dan mesti (wajib).

3.

Mandub, Sunnah, Mustahab dan tatawwu’: Iaitu sesuatu tuntutan daripada seorang mukallaf supaya melakukannya, tetapi tuntutan itu boleh dikatakan juga sesuatu yang tidaklah wajib atau sesuatu yang diberikan pujian kepada pelakunya, tetapi bagi yang meninggalkannya tidak dicela.

4.

Mubah: ialah sesuatu yang diberi pilihan oleh syara’ kepada seseorang mukallaf supaya membuat pilihan sama ada melakukannya, ataupun meninggalkannya.

5.

Makruh: iaitu sesuatu perbuatan yang dituntut oleh syara’ kepada orang yang mukallaf menjauhkan diri dari melakukan perbuatan itu sebagai tuntutan yang tidak wajib ditinggalkan.

Muhammad bin al-Khatib al-Shirbini dari kalangan ulama Syafie dalam berpandangan terma sunnah, mandub, tatawwu’, al-Hasan, al-Muragghab fihi dan mustahab pada istilah fiqh dalam mazhab Syafie membawa maksud yang sama dalam erti kata hukumnya sama dengan sunnah (rujuk kitab Mughni al-Muhtaj 1/449). Namun budaya setempat di Malaysia dan nusantara umumnya sering menyebutnya sebagai sunat walaupun yang tepatnya adalah sebutan sunnah. Istilah sunat dalam masyarakat Melayu sudah sebati dengan darah daging masyarakat itu sendiri ibarat Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Mana tidaknya Islam mengajarkan umatnya bagi kaum lelaki wajib berkhatan atau berkhitan dengan melakukan pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Masyarakat Melayu lebih selesa dengan istilah bersunat semenjak turun temurun 208


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 209

sedangkan istilah ini adalah salah dan sebenarnya adalah berkhatan. Amalan berpuasa selain daripada puasa wajib di bulan Ramadan dalam masyarakat Melayu lebih dikenali dengan puasa sunat dan yang sebetulnya ialah puasa tatawwu’, dalam erti kata merujuk kepada puasa yang dianjurkan dalam Islam dan dilakukan pada harihari yang tidak diharamkan untuk berpuasa sama ada terikat dengan hari-hari tertentu seperti Isnin dan Khamis atau tidak terikat dengan hari-hari tertentu seperti berpuasa pada mana-mana hari. Oleh itu puasa enam hari selepas hari raya Eidul Fitri tepatnya adalah puasa tatawwu’ bukan puasa sunat. Perkara yang sama juga berlaku dalam amalan solat selain daripada wajib yang sering disebut dalam masyarakat Melayu sebagai solat sunat. PENGERTIAN AL-SUNNAH ATAU SUNNAH Al-Sunnah atau Sunnah dalam bahasa dipetik daripada perkataan sanna yasunnu sunnah bermaksud ( ) jalan, kebiasaan, ( ) perilaku dan perbuatan. Menurut Imam al-Tabari perkataan sunnah juga membawa maksud ketetapan. Adapun makna sunnah secara istilah, perlu merangkumi istilah sunnah menurut ulama Ahli Hadis, ulama Usul Fiqh dan istilah Ulama Fiqh. Oleh itu, suatu penjelasan secara jelas berkaitan sunnah perlu dikemukakan di sini seperti berikut: (rujuk Taysir Usul al-Fiqh, Muhammad Hasan al-Ghaffar, Maktabah al-Shamilah) 1.

Sunnah dari sudut ilmu aqidah bermaksud perkara yang berlawanan dengan bid’ah.

2.

Sunnah dari sudut Ilmu Fiqh dan Ulama Fiqh bermaksud Nafilah (bukan wajib) atau suatu perkara yang dituntut dalam agama untuk dilakukan dan tuntutan tersebut dengan dalil yang tidak membawa kepada wajib (jazam) dan merupakan salah satu kategori daripada hukum taklifi yang lima (wajib, haram, harus, makruh dan mandub).

3.

Sunnah dari sudut Usul Fiqh adalah setiap perkara yang diambil daripada Nabi SAW selain daripada al-Quran melalui perkataan, perbuatan dan taqrir (persetujuan) Baginda SAW.

4.

Sunnah dari sudut Ilmu Hadis bermaksud setiap perkara yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada perkataan, perbuatan, taqrir (persetujuan), sifat khuluqiyyah (sifat cara makan Nabi SAW yang dicontohi oleh sahabat, dalam ibadah, hubungan kekeluargaan sebagaimana Nabi SAW dengan isteri, anak, menantu, cucu dan sebagainya), sifat khalqiyyah (fizikal, sifat 209


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 210

semulajadi pada tubuh badan Nabi SAW, uban Nabi SAW, kening Nabi SAW dan sebagainya) dan kehidupan Baginda SAW sama ada sebelum perutusan Baginda SAW menjadi Rasul. Dari suatu sudut ada kebaikannya jika bertujuan untuk membezakan antara istilah al-Sunnah yang digunakan dalam disiplin Ilmu Hadis yang merujuk kepada sesuatu yang lahir dari Rasulullah SAW, sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan dan sunnah (tanpa alif dan lam) yang membawa maksud mandub menurut kupasan Ulama Fiqh. Namun demikian pembaca perlu memahami maksud sebenar al-sunnah itu sendiri bermula daripada definisi Ulama Hadis seperti di atas dan seterusnya pemakaian al-Sunnah itu sendiri dalam amalan harian dan hubungkaitnya dengan penetapan hukum. Al-Sunnah dalam konteks Ilmu Hadis perlu difahami adalah perkara yang berkaitan dengan (Nas/dalil syar´ei) yang menjadi sandaran kepada sabitnya suatu amalan dan petunjuk hukum sama seperti al-Quran al-Karim. Atas dasar itu Ulama Usul melihat al-Sunnah yang diajar dan diamal oleh Nabi SAW sebagai dasar pembinaan asas-asas ijtihad bagi para ulama dan mujtahid sesudahnya dan bertindak sebagai perlembagaan kepada manusia yang perlu dirujuk terlebih dahulu kepada tutur bicara, perbuatan dan pengakuan Baginda SAW bersangkutan sesuatu perkara. Dalam pada masa yang sama Ulama Fiqh melaksanakan tugas menyaring dan mengkategorikan sesuatu yang diterima dari Nabi SAW menjurus kepada wajib dan lain-lain. Justeru itu, gagal memahami maksud sunnah Nabi SAW yang dijadikan sandaran atau hujjah dalam penentuan hukum membawa kepada salah faham yang cukup luas. Ini kerana menurut para ulama tidak semua sunnah Nabi SAW dari sudut pandang ulama hadis boleh diangkat sebagai amalan yang sifatnya wajib dilaksanakan ataupun tidak wajar ditinggalkan. Ada perkara dalam sunnah Nabi SAW sifatnya berupa adat dan budaya masyarakat setempat, maslahat politik tertentu dan amalan harian kehidupan. Atas dasar itu Ulama Usul mengkategorikan sunnah Nabi SAW kepada sunnah yang dituntut dan sunnah yang tidak dituntut. Dalam bahasa yang lebih mudah sunnah yang dianggap sebagai tuntutan syara’ yang bersumber daripada wahyu ALLAH SWT dan sunnah yang tidak dianggap sebagai tuntutan syara’ yang bersumber daripada ijtihad Nabi SAW dalam urusan keduniaan dan pemerintahan negara. Sebagai contoh makan berjamaah di atas hamparan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) tanpa menggunakan meja makan 210


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 211

merupakan salah satu sunnah Nabi SAW yang harus diikuti bersandarkan kepada dalil yang dikemukakan oleh Anas bin Malik RA yang bermaksud : “Nabi SAW tidak pernah menjamah makanan di atas meja dan roti yang yang diperbuat daripada gandum bermutu tinggi sehinggalah baginda wafat”. [Riwayat al-Bukhari] Ulama berpandangan perbuatan makan menggunakan meja hukumnya harus kerana Nabi SAW mempunyai sifat tawadu’ yang tinggi agar umat Nabi SAW mencontohi Nabi SAW dan menjadi kebiasaan masyarakat Arab setempat pada ketika itu makan di atas lantai. Sesiapa yang tidak mencontohi Nabi SAW dalam perkara ini tidak bererti menolak sunnah Nabi SAW kerana penetapan hukum telah diperjelaskan oleh ulama. Namun demikian ada baiknya kita mencontohi Nabi SAW dan mendapat pahala dalam perkara tersebut. Rumusannya, perlu diperhatikan di sini bahawa pada hakikatnya perkara-perkara yang disebutkan di atas sama ada yang hukumnya sunnah, mandub, tatawwu’, al-Hasan, al-Muragghab fihi dan mustahab jika dikerjakan akan mendapatkan pahala atau terpuji dan jika ditinggalkan tidak akan mendapatkan seksa atau tidak dicela. Namun jika seseorang meninggalkannya secara keseluruhan dari sunnah yang ada, perbuatan tersebut boleh membawa kepada tercela bahkan sebahagian ulama menghukum dengan fasik yang tidak diterima persaksiannya. Sebagai contoh melaungkan azan adalah sunnah, namun jika suatu kampung tidak ada yang mengumandangkannya, maka sekampung tersebut boleh diperangi. Begitu juga jika meninggalkan dua solat sunat hari raya kerana ianya merupakan syiar dalam Islam. Seperti halnya juga solat fardhu berjema’ah yang menurut ulama adalah sunnah muakkadah, namun jika seseorang meninggalkannya secara terus menerus, maka dia termasuk orang yang tercela, bahkan Rasulullah SAW hendak membakar orang-orang yang sama sekali tidak pernah mendirikan solat jama’ah di masjid. RUJUKAN 1) Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah cetakan Dar al-Ummah 2008. 2) Mughni al-Muhtaj karangan Muhammad bin al-Khatib al-Shirbini cetakan Dar al-Fikir 1998. 3) Fiqh al-Ibadah, Dariyah al-Ghidy, percetakan al-Sabah, Damascus 1989. 4) Taysir Usul al-Fiqh, Muhammad Hasan al-Ghaffar, Maktabah al-Shamilah. 5) Mausu’ah al-Mu’jam al-Mufahris Li Alfaz al-Hadis al-Nabawi al-Syarif. 211


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 212

HUKUM MEMELIHARA ANJING, APAKAH HARAM, MAKRUH ATAU HARUS DAN PANDANGAN DARIPADA EMPAT MAZHAB YANG MUKTABAR SERTA PANDANGAN DARI SUDUT SAINS KESIHATAN Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

• • •

• •

Malaikat tidak memasuki rumah yang ada anjing di dalamnya……Hadis Rasulullah SAW tidak hadir ke rumah sahabat yang ada pelihara anjing…..Hadis Menjadikan anjing bukan untuk tujuan memburu dan menjaga ternakan atau tanaman, amalannya dikurangkan setiap hari sebanyak satu qirat (sebesar bukit Uhud) atau hadis lain sebanyak dua qirat……Hadis Rasulullah SAW tidak melarang membunuh anjing liar (Kalbul ‘aqur)…..Hadis Anjing gila sudah kedapatan di zaman purbakala.

Akhir-akhir ini banyak diperkatakan mengenai hukum menyentuh dan memelihara anjing di kalangan masyarakat kita. Kita lihat ada orang Islam tanpa segan silu menyentuh dan memeluk anjing. Ada yang memelihara anjing bukan untuk menjaga tanaman atau berburu tetapi sebagai satu hobi seolah-olah anjing itu satu binatang peliharaan seperti kucing, arnab dan burung. Fenomena ini menjadi tanda tanya kepada orang ramai apabila menjadi tular di media sosial, kerana selama ini kita menganggap anjing itu najis dan tidak boleh disentuh, apa lagi memeluk atau menciumnya atau memeliharanya di dalam rumah. Ada beberapa orang ustaz atau ulama cuba membincangkan perkara ini dan menyebarkan di media sosial. Pandangan masingmasing yang berbeza disampaikan oleh ustaz-ustaz tanpa berlandaskan nas-nas yang mencukupi dan kukuh menambahkan lagi kekeliruan kepada orang ramai. Pendapat mereka juga dibuat tanpa mengaitkannya dari sudut sains dan kesihatan yang mana kuman dan virus anjing boleh membawa maut kepada manusia. Di sini saya akan cuba mengulas mengenai hukum Islam berkaitan anjing, berdasarkan nas-nas dan pandangan ulama serta pakar dan ahli sains moden berhubung dengan masalah ini.

212


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 213

PANDANGAN EMPAT MAZHAB YANG MUKTABAR MENGENAI KENAJISAN ANJING i.

MAZHAB SYAFIE Mazhab Syafie berpendapat mulut, air liur dan badan anjing adalah najis dan hendaklah disuci kalau bersentuh dengannya sebanyak tujuh kali salah satu daripadanya dengan tanah (Turab).

ii.

MAZHAB HANBALI Mazhab Hanbali berpandangan sama dengan mazhab Syafie bahawa mulut, air liur dan badan anjing adalah najis; Pendapat Imam Syafie dan Imam Hanbali adalah sama iaitu mulut, air liur dan badan anjing adalah najisul ‘ain, bermakna jilatan dan badannya juga najis. Pandangan ini dibuat berdasarkan hadis bermaksud: “Apabila anjing menjilat bekas air kamu, maka hendaklah kamu menyucikannya dengan air suci (air mutlak), sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan Turab (tanah)”. Ada hadis yang menyatakan tujuh kali dengan air suci (air mutlak) dan yang ke lapan dengan air bercampur tanah (Turab).

iii.

MAZHAB MALIKI Mazhab Maliki berpendapat umumnya anjing adalah ‘Tahir’ (suci). Tetapi jilatan dan kaki anjing yang masuk ke dalam bekas air atau air liurnya yang masuk ke dalam bekas air hendaklah dibasuh tujuh kali dengan air, salah satunya dengan Turab.

iv.

MAZHAB HANAFI Mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa anjing bukanlah najisul ‘ain kerana ia ada kegunaan iaitu untuk menjaga dan memburu. Tetapi bagi mazhab Hanafi mulut dan air liur anjing sahaja yang najis. Oleh itu kalau terkena jilatan anjing, hendaklah dicuci atau dibasuh bekas sebanyak tujuh kali. Ini berdasarkan kepada hadis yang bermaksud: “Apabila anjing meminum dari bekas kamu, maka hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali”. Juga beliau berpegang kepada hadis riwayat Ahmad dan Muslim bermaksud: “Bersihkan bekas kamu apabila dijilat anjing, untuk membasuhnya sebanyak tujuh kali, dimulakan dengan tanah (Turab)”.

213


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 214

PANDANGAN PARA ULAMA TENTANG PEMELIHARAAN ANJING

1.

PEMELIHARAAN ANJING Memelihara anjing pada asasnya dilarang, apatah lagi jika anjing itu dibawa masuk ke dalam rumah. Ini adalah berdasarkan beberapa maksud hadis Nabi SAW seperti berikut: i.

Malaikat tidak akan memasuki rumah yang ada anjing di dalamnya. Dalam satu riwayat hadis, “Rasulullah SAW telah membuat temujanji dengan malaikat Jibril. Pada waktu yang dijanjikan Jibril tidak muncul. Di tangan Nabi SAW ada sebatang tongkat. Baginda SAW mencampakkan tongkat tersebut sambil bersabda “apa yang menyebabkan janji ini tak ditepati?” Tiba-tiba keluar seekor anjing dari bawah katil. Rasulullah SAW bertanya Saidatina Aishah RA “Bila anjing ini masuk?” Saidatina Aishah RA menjawab beliau tak tahu. Selepas anjing itu keluar barulah Jibril datang. Nabi SAW berkata kepada Jibril “kamu telah berjanji, aku menunggu kamu tak datang. Jibril menjawab, “Anjing yang ada dalam rumahmu itu yang menyebabkan aku tidak datang. Kami (malaikat) tidak memasuki rumah yang ada anjing dan gambar”. Kenapa peristiwa ini berlaku dan kenapa Jibril tidak masuk ke dalam rumah yang ada anjing? Sudah tentu jawapannya ialah untuk mengingatkan Nabi SAW dan ummahnya supaya tidak membela anjing. Ini sebagai bukti bahawa anjing tidak boleh dibela, lebih-lebih lagi di dalam rumah.

ii.

Rasulullah SAW pernah dijemput ke rumah sahabat RA. Rumah pertama ada peliharaan kucing. Rasulullah SAW telah pergi ke rumah sahabat RA tersebut. Tetapi rumah kedua Rasulullah SAW tidak pergi sebab rumah itu ada peliharaan anjing.

iii. Memelihara anjing bukan untuk maksud menjaga kebun, binatang ternakan dan memburu akan mengurangkan pahala sebanyak satu qirat setiap hari berdasarkan maksud hadis “Sesiapa yang menjadikan anjing bukan untuk tujuan memburu dan menjaga ternakan atau tanaman, kami kurangkan amalannya setiap hari sebanyak satu 214


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 215

qirat”. (Dalam hadis riwayat lain ‘dua qirat’). Satu qirat bersamaan besarnya dengan bukit Uhud. 2.

Imam Nawawi dalam kitab “Syarah Muslim” – Mengenai adakah harus memelihara anjing bagi menjaga rumah, jalan dan sebagainya? Di sini ada dua pandangan: Pertama mengatakan tidak harus dengan mengambil hadis secara zahir kerana ternyata tegahannya melainkan untuk tanaman atau berburu atau menjaga ternakan. Yang lebih sahih adalah harus, sebagai qiyas terhadap ketiga-tiga tujuan sebagai yang difahami daripada hadis kerana adanya keperluan atau hajat. Inilah yang disahkan oleh Imam Nawawi mengenai keharusan memelihara anjing bagi menjaga rumah.

3.

Lujnah Fatwa, Negara Jordan, apabila ditanya hukum memelihara anjing di rumah telah memberikan jawapan seperti berikut: “Tidak harus memelihara anjing melainkan untuk tujuan yang sah seperti menjaga dan memburu yang diharuskan. Adapun memelihara anjing bagi tujuan lain maka adalah diharamkan dan tidak harus. Ini adalah selaras dengan sabda Nabi SAW bermaksud “sesiapa memegang anjing maka ia mengurangkan setiap hari amalannya satu qirat melainkan anjing untuk menjaga tanaman dan ternakan”; dan dalam riwayat lain “melainkan anjing menjaga ternakan atau tanaman atau perburuan”, (Hadis riwayat Al-Bukhari).

URUSNIAGA ANJING Mengikut Imam Syafie, di antara syarat-syarat jual beli bahawa barang yang hendak dijual hendaklah bersih (Tahiran). Maka tidak sah jual beli anjing dan arak. Bagi Mazhab Hanbali pula, anjing boleh dijadikan hadiah (harus), tetapi tidak boleh di jual beli. Anjing dan babi serta apa yang keluar daripada badannya seperti anak, kuku, air liur, darah, bulu, badan, kulit dan apa saja daripada anggota kedua-duanya adalah najis. PANDANGAN AHLI SAINS KESIHATAN Satu persidangan antarabangsa telah diadakan di Dubai pada tahun 2004 bagi membincangkan hukum jilatan anjing. Muktamar ini melibatkan perbincangan ulama-ulama fiqah dan ahli sains haiwan 215


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 216

dan perubatan. Antara perkara yang dibincangkan dan dimaklumkan adalah seperti berikut: i.

Bekas air yang dijilat anjing hendaklah dibuang terus, berdasarkan kajian, banyak penyakit berjangkit daripada anjing seperti sakit kulit dan gatal-gatal.

ii.

Kuman / bakteria ada dalam perut anjing dan keluar melalui najis anjing, mulut dan hidung anjing yang menjadi tempat kuman berkumpul. Kalau mulut anjing kotor, lebih lagilah badannya.

iii. Rasulullah SAW tidak melarang membunuh anjing liar (Kalbul ‘Aqur). iv. Dr Ismail Alwi berkata kajian sains mendapati benarlah kata Rasulullah SAW supaya jangan menyentuh anjing, sebab air liur dan tahi anjing mengandungi kuman. v.

Doktor haiwan atau veterinar mengatakan sesiapa yang bekerja dalam suasana ada muntah dan najis anjing, ada kuman kecil yang boleh membawa kepada buta mata.

vi. Dr Ian Read selepas memeriksa sebanyak 60 ekor anjing berkata seperempat daripada anjing itu ada telur kuman iaitu 180 telur pada setiap gram bulu. Seperempat ekor lagi ada 71 kuman pada setiap gram bulu. Telur-telur kuman itu hampir menetas. vii. Kuman / ulat ini susah nak keluar. Panjangnya 1mm, boleh berpindah apabila tersentuh. Apabila masuk ke dalam badan manusia, kuman ini akan tinggal di belakang mata dan boleh menyebabkan mata buta. viii. Kena bersihkan atau basuh tangan betul-betul selepas memegang anjing. ix. Terdapat 10,000 kes jangkitan kuman dan virus anjing setiap tahun khasnya kanak-kanak. x.

Dr Abd Hamid Mahmud berkata: Sains telah sahkan penyakit daripada kuman anjing keluar bersama najis 216


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 217

anjing. Anjing membersihkan duburnya dengan jilatan lidah. Bila kita terkena jilatan lidah anjing, kuman itu akan berpindah kepada manusia. Begitu juga apabila anjing menjilat sesuatu bekas dengan lidahnya, kuman akan berpindah kepada bekas tersebut. xi. Boleh dikatakan badan anjing sama dengan mulut anjing. Ini sesuai dengan pendapat Imam Nawawi yang mengatakan, tidak ada beza jilatan atau kencing, najis dan badan anjing – ianya kena dibersihkan dengan air sebanyak 7 kali dan sekali dengan Turab / tanah. xii. Sekarang ini beberapa negara di Barat dan Eropah yang tidak lagi gemar membela anjing, kerana air liur anjing semacam racun, boleh membunuh. xiii. Doktor-doktor berpendapat bahawa seluruh badan anjing ada kuman. xv. Mohamad Munir Abduh mengatakan dalam perut anjing ada kuman sebesar 4mm. Kalau anjing berak, banyak kuman pada dubur anjing. Bila anjing menjilat duburnya, kuman akan melekat pada lidah. Bila anjing minum air, kuman akan melekat pada bekas air. Begitu juga, apabila anjing menjilat tubuhnya, seluruh tubuh anjing ada kuman. Jika manusia mencium anjing atau orang Islam mengikut cara orang Barat, kuman daripada anjing akan dapat masuk ke dalam perut manusia juga. xvi. Kuman boleh menembusi dinding perut. Doktor-doktor tahu perkara ini kerana banyak kes berlaku di Barat dan Eropah. Sebab itu di Perancis dan Itali tidak banyak yang membela anjing sekarang ini. xvii. Dalam Turab (tanah), ada dua unsur yang kuat boleh membunuh kuman seperti yang disahkan oleh ahli sains moden iaitu Tetracycline dan Tetryllite yang dapat menyerap kuman dan menghapuskannya. PENYAKIT ZOONOTIC YANG ADA PADA ANJING: Ada setengah organism jangkitan seperti bakteria Salmonella dan Campylobacter dan jenis penyakit Protozoa yang disebabkan 217


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 218

oleh Giardia boleh menyebabkan sakit perut Gastroenteritis. Leptospirosis pada manusia boleh menyebabkan penyakit hati dan buah pinggang yang tenat, walaupun jangkitan daripada anjing kepada manusia jarang berlaku. Cacing bulat (roundworm) adalah parasit yang biasa ada dalam perut binatang peliharaan yang boleh berjangkit kepada manusia. Manusia boleh secara tidak sengaja tertelan telur cacing yang keluar melalui najis binatang dan wujud dalam persekitaran. Roundworm ini juga menjadi risiko kepada manusia. Menyentuh tanah yang tercemar atau najis anjing boleh menyebabkan ingestion dan jangkitan. Telur cacing ini biasanya berkumpul dalam tanah tempat anjing buang najis. Apabila berjangkit, cacing ini boleh menyebabkan sakit mata, paru-paru, jantung dan sistem saraf manusia. Penyakit yang biasanya dikaitkan dengan anjing yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia adalah: Campylobacteriosis. Cacing pita anjing. Hookworm. Rabies (anjing gila). Roundworm. Brucellosis. Anjing dan kucing menjadi mangsa kepada parasit yang menghuni tali perut iaitu cacing. Cacing yang biasanya ada ialah roundworms, hookworms, whipworms dan tapeworms. Yang biasanya boleh dilihat dengan mata kasar dalam najis anjing ialah roundworms dan tapeworms. “Penyakit akibat bakteria yang boleh membunuh merebak di kalangan anjing-anjing di Northern New Jersey”. Itu tajuk berita bertarikh 28 Mac 2017 dari Paramus, New Jersey Amerika Syarikat. Pegawai dan kumpulan veterinar memberi amaran kepada pemilik anjing mengenai tanda-tanda penyakit dan mengambil langkahlangkah untuk pastikan binatang peliharaan mereka selamat. Turut dilaporkan sekurang-kurangnya 5 ekor anjing dikenalpasti dijangkiti bakteria leptospirosis yang boleh menyebabkan kematian dan berjangkit kepada manusia. Penyakit ini boleh berjangkit melalui air kencing binatang buas dan biasanya anjing akan dijangkiti di kawasan anak sungai, lopak air, kolam dan tempat-tempat yang banyak air bertakung. Air membantu bakteria ini hidup. 218


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 219

Jika tidak dirawat, penyakit ini akan membawa kepada kerosakan buah pinggang, meningitis, kegagalan hati dan maut. Tanda penyakit ini ialah termasuk hidung berdarah, muntah dan hilang selera makan. MANUSIA PERLU MEMBASUH TANGAN SELEPAS MENYENTUH ANJING (Bagi orang Islam hendaklah melakukan sertu dengan membasuh 7 kali, 1 daripadanya air yang bercampur dengan tanah) Anjing boleh menyebar beberapa penyakit tertentu kepada manusia. Apabila manusia mendapat jangkitan daripada anjing akibatnya kadang-kadang boleh membawa maut. Antaranya ialah: i.

Rabies atau penyakit anjing gila – Kuman anjing gila Issavirus boleh berjangkit daripada anjing kepada manusia melalui air liur. Jika anjing gila menggigit seseorang, ia akan menjangkiti dan berlaku infeksi. Apabila manusia dijangkiti kuman rabies, tanda awal ialah seperti demam selesema, sakit kepala, demam dan lemah badan. Setelah beberapa lama orang ini akan tidak dapat tidur, halusinasi dan gementar. Banyak juga yang mendapat penyakit gatal di tempat gigitan. Rabies bukan sahaja membawa maut kepada anjing, tetapi juga kepada manusia. Penyakit anjing gila ini telah ada sejak zaman purbakala lagi. Pada zaman itu orang yang dijangkiti anjing gila akan dibunuh atau membunuh diri. Di Iraq, pemilik anjing dikenakan hukuman berat jika anjingnya menggigit seseorang dan meninggal dunia. Dikatakan setiap tahun, wabak anjing gila membunuh 50,000 hingga 60,000 orang, terutama di Afrika dan Asia. Di Malaysia sejak bulan Julai yang lalu empat kematian disahkan positif penyakit anjing gila.

ii.

Leptospirosis juga disebarkan oleh anjing kepada manusia apabila manusia terdedah kepada air kencing anjing yang mempunyai penyakit tersebut.

iii. Salmonella – bakteria yang boleh dijangkiti dari anjing. Orang yang terkena jangkitan bakteria ini akan mengalami muntah, cirit birit, demam, kejang perut dan kehilangan air. Kurang dari satu peratus berlaku kematian kepada manusia yang dijangkiti kuman ini. 219


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 220

CAPNOCYTOPHAGA CANIMORSUS (NOT SHOWN) C. canimorsus ada dalam air liur anjing dan kucing. Dalam satu kajian ianya ada di 74 persen anjing dan 57 persen kucing. Kalau manusia dijangkiti kuman ini ia boleh mengancam nyawa, walau pun jarang berlaku. Kuman ini tersebar melalui gigitan dan cakaran. Ada juga orang dapat jangkitan kerana tinggal bersama binatang peliharaannya. Tandatanda penyakit ialah keracunan darah, terperanjat, pernafasan dan meningitis. CAMPYLOBACTER JEJUNI Campylobacter jejuni adalah penyebab kepada keracunan makanan. Kuman ini ada dalam najis anjing dan kucing yang boleh menjangkiti manusia.

BRUCELLA CANIS Bakteria ini jika menjangkiti manusia boleh menyebabkan demam, lemah badan dan kehilangan berat selain daripada bengkak hati, spleen dan limph nodes (kelenjar). LEPTOSPIRA INTERROGANS Bakteria ini juga ada dalam air kencing anjing dan memasuki badan manusia melalui kulit ke dalam darah. Dari situ kuman ini boleh menyebabkan demam, muntah dan cirit birit. Jika tidak dirawat jangkitan boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang, meningitis, kerosakan hati dan maut. 220


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 221

KESIMPULAN: PANDANGAN DAN PENDAPAT PENULIS i.

Adalah haram hukumnya memelihara anjing di dalam rumah berdasarkan hadis yang mafhumnya Malaikat Jibril enggan memasuki rumah Nabi Muhammad SAW pada masa yang dijanjikan semata-mata kerana ada seekor anjing di dalam rumah tersebut dan Rasulullah SAW enggan menerima jemputan seorang sahabat kerana di rumah sahabat itu ada anjing, sedangkan Baginda SAW pergi ke rumah seorang sahabat yang ada memelihara kucing.

ii.

Boleh memelihara anjing, tetapi makruh hukumnya jika bertujuan untuk menjaga keselamatan diri, harta dan nyawa daripada binatang buas dan lain-lain, misalnya bagi rumah yang terletak jauh di pedalaman.

iii.

Harus memelihara anjing bagi tujuan untuk berburu (anjing terlatih-muallam), menjaga ternakan dan tanaman (ladang).

iv.

Nabi Muhammad SAW tidak melarang membunuh anjing liar atau anjing gila (Kalbul ‘Aqur).

v.

Mudarat yang dibawa oleh anjing lebih besar daripada faedah seperti yang dikupas di atas.

vi.

Islam melarang memelihara anjing sebagai binatang peliharaan (pet).

vii. ALLAH SWT dan RasulNya lebih mengetahui. Itu sebab Nabi Muhammad SAW sejak 1400 tahun lalu melarang menyentuh anjing, pasti ada hikmah di sebaliknya. viii. Sains telah membuktikan bahaya kuman yang ada pada anjing yang boleh berjangkit kepada manusia melalui sentuhan badan, air liur, jilatan anjing dan sebagainya. ix.

Ulama seperti Imam Syafie dan Imam Hanbali juga dapat menelah bahaya penyakit yang dibawa anjing dengan memberi pandangan bahawa anjing itu najis berat (najis Mughallazah).

221


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 222

RUJUKAN 1)

Al-Fiqh Al-Islami Wa’adillatuh dan Mausu’ah Al-Fiqh Al-Islami Walqadaya Al-Mu’asirah – Dr. Wahbah Al-Zuhayly.

2)

Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab – Imam An-Nawawi.

3)

Al-Bayan Fi Mazhab Al-Imam As-Syafie – Abil Husain Yahya.

4)

Bidayatul Mujtahid Wanihayatul Muqtasid.

5)

Nihayah Al-Matlab Fi Dirayatil Mazhab – Li Imamil Haramain.

6)

Mausu’ah Al-Mu’jam Al-Mufaharas Lilalfaz Al-Hadis An-Nabawi As-Syarif.

7)

Al-Fiqh ‘Ala Al-Mazahib al-Arba’ah – Abdul Rahman Al-Jaziri dan Mu’jam Sahih Muslim.

8)

Media Sosial dan Media Cetak / Elektronik.

222


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 223

SOLAT DI ATAS KERUSI JANGAN BIARKAN TULANG DAN URAT SARAF ROSAK BERPANJANGAN. JANGAN AMBIL PANDANGAN SELAIN DARIPADA PAKAR ORTOPEDIK, FISIOTERAPI DAN KIROPRAKTIK Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh •

• • •

Pengalaman penulis yang terkena Slip Disc atau sakit tulang belakang atau sakit saraf bersama dengan Doktor Pakar Ortopedik, Juru Fisioterapi di Hospital Pakar Putra, Melaka dan Kiropraktik Bukit Baru, Melaka untuk faedah bersama. Zaman Nabi SAW lagi sudah ada kerusi dalam masjid; Pandangan Pakar Bidang Ortopedik, Fisioterapi dan Kiropraktik; Pandangan penulis berdasarkan pengalamannya;

Baru-baru ini beberapa orang penceramah telah mengeluarkan pandangan mengenai solat di atas kerusi. Pandangan mereka telah tular di media sosial dan menimbulkan kekeliruan, rasa gelisah di kalangan orang-orang yang solat di atas kerusi kerana mereka mempunyai masalah kesihatan menyebabkan mereka tidak dapat solat berdiri, rukuk dan sujud dengan sempurna. Penceramah-penceramah itu tidak menyentuh soal kenapa seseorang itu solat di atas kerusi, sehinggakan ada yang memberikan pendapat mengatakan tidak sah solat di atas kerusi dan berbagai lagi permasalahan yang ditimbulkan. Bagi saya setiap perkara yang hendak disampaikan dalam sesuatu ceramah hendaklah difikirkan dulu apa kesannya kepada orang ramai yang mendengar ceramah itu, khasnya mereka yang bersolat di atas kerusi yang bilangannya mungkin ribuan di Malaysia dan di dunia amnya, apa lagi di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Madinah yang kita lihat semasa kita mengerjakan haji dan umrah. Kalau kita ke Mekah atau Madinah, kita akan lihat ribuan kerusi disediakan untuk jemaah bersolat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sudah tentu ada sebabnya. Dalam kitab hadis ‘Mu’jam Sahih Muslim’ dan ‘Mausu’ah Al-Mu’jam Al-Mufaharas Lilalfaz Al-Hadis An-Nabawi As-Syarif’ disebutkan bahawa ketika Nabi SAW membaca khutbah, ada seorang asing bertanyakan Rifa’ah mengenai apa agama beliau. Lantas Rifa’ah bertanya kepada Nabi SAW. Nabi SAW turun dari 223


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 224

mimbar datang kepada Rifa’ah untuk mendengar pertanyaan itu. Nabi SAW diberikan kerusi dan lalu duduk di atasnya. Kaki kerusi itu dibuat daripada kayu bersalutkan besi. Nabi SAW kemudian naik kembali ke atas mimbar menyambung khutbah Baginda. Di sini jelas pada masa itu sudah ada kerusi di dalam masjid. Untuk apa kerusi kalau bukan untuk digunakan oleh orang untuk bersolat dan sebagainya. Dalam isu sembahyang di atas kerusi saya berpandangan bahawa penceramah-penceramah yang mengatakan sembahyang di atas kerusi itu tidak sah adalah tidak tepat dan mengelirukan kerana mereka tidak membuat kajian daripada aspek kenapa seseorang itu perlu sembahyang di atas kerusi. Mengikut Oxford Fajar Advanced Learners Dictionary (English-Malay), maksud “duduk” adalah berada dalam kedudukan yang badan kita tegak dan berehat di atas punggung, di atas tempat duduk atau lantai. Kita kena buat kajian sama ada solat atas kerusi boleh atau tidak boleh, bagi pesakit. Kita tidak boleh memberi pandangan berdasarkan persepsi atau andaian semata-mata, kerana ianya tidak tepat dan salah. Hanya orang yang sakit sahaja tahu kenapa beliau sembahyang di atas kerusi. Orang yang sihat sebagai pemerhati tentulah tidak tahu apa yang sebenarnya yang dirasai oleh pesakit tentang sakitnya. Daripada Imran bin Husyain RA., Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: “Jika kamu tidak boleh solat berdiri, hendaklah kamu duduk. Jika tidak boleh duduk hendaklah kamu berbaring. Jika tidak boleh berbaring, hendaklah kamu mengiring”. (Riwayat al-Bukhari) Orang-orang yang ada penyakit-penyakit tertentu tidak boleh berdiri, rukuk, dan sujud. Mereka merasa risau apabila melihat melalui media sosial beberapa orang penceramah memberi ceramah mengenai solat di atas kerusi, seolah-olah mereka pakar, melebihi pengetahuan doktor pakar ortopedik, fisioterapi dan kiropraktik. Siapakah yang layak memberi ceramah tentang solat di atas kerusi? Jawapannya, tentulah orang sakit sahaja yang boleh bagi kupasan dan ceramah mengenai solat tersebut. Ada beberapa sebab kenapa seseorang itu terpaksa solat di atas kerusi, antaranya ialah: Sakit tulang belakang; tidak boleh berdiri, rukuk dan sujud. Sakit pinggul / punggung; tidak boleh berdiri, rukuk dan sujud. 224


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 225

-

Sakit lutut tidak boleh sujud; bila sujud, tidak boleh bangun untuk berdiri. Parkinson; tidak boleh berdiri, kalau berdiri pun hanya untuk seketika sahaja, selepas itu kena duduk. Mata tegang dan berpinar; tidak boleh berdiri. Vertigo, hilang keseimbangan badan apabila berdiri. Tekanan darah rendah yang boleh membawa pitam kalau berdiri. Serangan asma atau lelah waktu hendak solat dikhuatiri luput waktu solat jika menunggu sakit asma itu pulih. Terlalu letih yang amat sangat kerana faktor usia atau kerja berat, dikhuatiri waktu solat luput jika menunggu badan pulih daripada kepenatan atau keletihan. Ketika ada masyaqqah (kesusahan), bolehlah pergi kepada rukhsah (mudah) untuk solat atas kerusi atau lantai. Ada darurahnya, takut hilang waktu solat atau luput.

Kebanyakan penceramah-penceramah menyampaikan ceramah seolah-olah mereka tahu dan pakar dalam semua subjek yang diperkatakan, sedangkan yang sebenarnya tidak. Mereka sepatutnya membuat kajian dan rujukan kepada orang yang lebih tahu, misalnya pakar perubatan dalam bidang tertentu yang berkaitan. Dalam al-Quran Surah An-Nahl ayat 43 bermaksud: “...Maka bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan (ahli / pakar) jika kamu tidak mengetahui”. Tanyalah ahli yang pakar jika tidak tahu. Jangan tanya penceramah, tetapi tanyalah doktor pakar misalnya pakar ortopedik (tulang). Dalam masalah sakit tulang belakang misalnya, pakar ortopedik akan membuat pemeriksaan X-Ray dan imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) terlebih dahulu. Dari situ doktor pakar akan tahu masalah tulang belakang, sama ada tulang rosak disebabkan faktor usia atau pekerjaan atau patah, retak dan sebagainya. Mereka juga boleh memberi pandangan dan nasihat cara rawatan yang terbaik iaitu ubat, fisioterapi atau pembedahan, kemudian pesakit yang menjalani rawatan fisioterapi perlu menjalani 2-3 sesi seminggu selama lebih kurang sebulan. Penceramah yang tidak mengalami sakit sudah tentu tidak tahu. Oleh itu mereka sepatutnya bertanya orang yang pakar, yang tahu dan yang berilmu mengenai perkara-perkara yang berkaitan penyakit, termasuk penyakit yang dibincangkan ini. Penulis juga pernah membuat ulasan mengenai beberapa isu yang dibangkitkan oleh ilmuan dan agamawan antaranya mengenai 225


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 226

hukum mengedar tabung kutipan derma bergerak semasa khatib menyampaikan khutbah Jumaat yang dikatakan haram, ada yang mengatakan makruh. Penulis berpendapat ianya harus. Berbalik kepada isu solat di atas kerusi, ada penceramah mengatakan ada orang yang datang ke masjid boleh berjalan dengan elok sambil membawa kerusi. Apabila sampai di masjid orang ini terus solat di atas kerusi. Penceramah seolah-olah tidak faham bahawa kalau begitu keadaannya, sudah tentu orang itu mempunyai salah satu penyakit yang saya senaraikan di atas, kenapa seseorang itu tidak boleh solat secara berdiri dan sebagainya. Hanya orang yang sakit itu sahaja yang tahu kemampuannya untuk solat sama ada berdiri atau duduk di atas kerusi, atau pun sujud. Orang yang melihat perkara itu, tidak boleh sekali-kali membuat kesimpulan berdasarkan andaian semata-mata apabila kelihatan seseorang itu ‘nampak sihat’ luaran sahaja. Dalaman kita tidak tahu. Sepatutnya apabila kita melihat orang sebegini kita bertanya dahulu. Daripada jawapan yang diberikan, barulah kita tahu apa sebenarnya yang menyebabkan orang itu solat di atas kerusi. Saya biasanya bersolat Jumaat secara duduk di atas kerusi. Pada satu ketika, saya lihat ada beberapa orang jemaah juga duduk di atas kerusi di sebelah saya. Saya bertanya beliau kenapa solat di atas kerusi. Beliau memberitahu saya bahawa beliau sakit lutut. Beliau boleh sujud, tetapi bila hendak bangun untuk berdiri, beliau tidak boleh lakukannya kerana lututnya amat sakit sebab sendi lutut beliau sudah kurang pelincir atau tulang rawan sendi sudah nipis/haus. Putus urat dalam lutut untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan sendi haus (Osteoarthritis). Saya juga sempat bertanya seorang lagi jemaah yang bersolat di atas kerusi. Beliau menjawab bahawa kadang-kadang beliau boleh berdiri dan kadang-kadang tidak boleh berdiri sebab beliau ada penyakit Parkinson. Beliau juga boleh berjalan ke pasar, tetapi sekadar 50 hingga 100 meter sahaja. Penyakit Parkinson ini berlaku akibat kerosakan pada saraf otak yang menular ke bahagian anggota bawah badan menyebabkan seseorang itu lemah dan tidak boleh berdiri. Begitu juga halnya dengan pengidap penyakit pitam. Beliau boleh sujud, tetapi apabila bangkit dari sujud, pitam boleh berlaku. Ini disebabkan oleh tekanan darah rendah. Oleh sebab itu doktor menasihatkan elok makan kerang sebagai satu cara untuk mengelakkan tekanan darah rendah yang menyebabkan pitam dan sebagainya. Orang ada penyakit pitam, apabila bangun daripada tidur hendaklah duduk 1-2 minit seketika sebelum berdiri atau ke tandas. 226


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 227

Saya sendiri mempunyai penyakit ‘vertigo’, selain dari slip disc. Apabila simptom vertigo datang, saya merasakan dunia ini berpusing. Ini biasanya berlaku apabila saya tidak cukup tidur, iaitu tidur tiga jam sahaja. (Tidur hendaklah tidak kurang dari lapan jam), atau terdedah kepada panas terik matahari. Simptom vertigo mula datang bagi pesakit vertigo ialah mereka akan merasa pening, loya tekak, terasa hendak muntah dan terasa hendak buang air besar. Pesakit vertigo tidak boleh melihat kepada cahaya terang jika berada dalam suasana gelap. Sebagai contoh menggunakan telefon bimbit yang mengeluarkan cahaya terang atau menonton televisyen atau menaip atau menggunakan komputer dalam keadaan gelap. Ini boleh menyebabkan serangan vertigo berlaku. Jika bangun daripada tidur sama ada siang atau malam, pesakit vertigo hendaklah tidak terus bangun berdiri, tetapi duduk dulu seketika, sekurang-kurangnya 2 hingga 3 minit baru boleh berdiri untuk ke tandas dan sebagainya. Untuk mengelakkan serangan vertigo, kalau sudah ada simptom seperti di atas, hendaklah cepat tidur secara mengiring ke kanan, jangan tidur terlentang atau mengiring ke kiri, ikut keadaan, tidak boleh tundukkan ke bawah, menoleh ke belakang atau mendongak ke atas dan hendaklah makan ubat, terutama jika ingin memandu kereta. Pengalaman saya kena sakit tulang belakang atau slip disc juga cukup menyakitkan. Sebelum terkena penyakit ini saya hampir setiap hari berjoging sejauh tiga kilometer. Pada peringkat permulaan, saya melihat apabila bersikat, pinggang saya senget ke kanan. Kalau saya memakai seluar pun ia kelihatan terlondeh ke kanan. Pada mulanya saya mendapatkan khidmat urut daripada tukang urut Melayu dan Cina, tetapi keadaan saya tidak berubah. Akhir sekali saya berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta. Doktor di hospital tersebut membuat ujian dan mengatakan masalah sakit tulang belakang saya itu tidak boleh dibedah. Kemudian saya ke Hospital Kuala Lumpur. Doktor pakar di HKL juga memberikan pandangan yang sama, iaitu saya tidak boleh dibedah. Selepas itu saya menemui pula pakar Kiropraktik yang memberikan pandangan serupa iaitu penyakit saya tidak boleh dibedah. Akhir sekali saya menemui Dr Zulkefli Abdul Rashid, Pakar Ortopedik di Hospital Pakar Putra, Melaka. Setelah dijalankan MRI, barulah dapat dikesan bahagian tulang belakang saya (lumbar), iaitu L3, L4 dan L5 bermasalah. Yang sakit ialah tulang belakang L4 dan L5. Saya dimasukkan ke wad hospital tersebut selama sebulan, setelah didapati tulang belakang saya telah rosak dengan diska intervertebral telah pecah dan kering. Ini menyebabkan tulang bahagian atas dan 227


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 228

bawah telah rapat. Kesan daripada keadaan ini ialah saraf di tulang belakang terhimpit menyebabkan saya mengalami sakit di tulang belakang dan kaki, dan rasa kebas di kaki dan tangan. Selama di hospital, saya tidak dapat solat secara duduk mahu pun secara berdiri kerana terasa kesakitan yang amat sangat di bahagian tulang belakang. Oleh itu saya terpaksa solat secara berbaring. Ini selaras dengan hadis Rasulullah SAW yang saya sebutkan di awal tadi. Selepas seminggu berlalu di hospital, saya telah dihantar menjalani fisioterapi. Di situ saya bertemu seorang wanita yang juga mengadapi masalah sakit tulang belakang. Beliau yang telah mempunyai 10 orang anak mengatakan bahawa sakit tulang belakang lebih sakit daripada sakit hendak bersalin. Berdasarkan penjelasan doktor, kebanyakan kaum wanita mengalami sakit tulang belakang, antaranya kerana mengangkat barang-barang berat dengan cara yang salah, misalnya cara membongkok, terutama mengangkat pasu bunga yang berat. Begitu juga sakit tulang belakang banyak dialami oleh pramugara dan pramugari yang sering mengangkat bagasi. Selain daripada itu penyakit tulang belakang boleh disebabkan oleh kemalangan. Penyakit tulang belakang juga tidak boleh mengangkat lebih 1 kilogram atau kurang 1/2 kilogram mengikut keadaan pesakit itu. Mereka yang menaip menggunakan komputer selepas 20 minit hendaklah bangun dan berjalan selama 5 minit sekurang-kurangnya dan selepas itu boleh meneruskan menaip. Pesakit tulang belakang tidak boleh tenggelamkan pinggangnya ke bawah ketika duduk dan ketika berdiri dan tidak boleh membongkok ke hadapan, kalau berjalan hendaklah menaikkan pinggang ke atas dengan perjalanan badan yang lurus. Pelajar-pelajar sekolah (rendah dan menengah), yang sering membawa beban berat seperti beg sekolah dalam jangka masa yang lama, dikatakan memberi kesan masalah tulang belakang apabila mereka meningkat dewasa. Saya ingin menasihatkan kepada sesiapa yang mempunyai masalah sakit tulang belakang supaya jangan memaksa diri melakukan perkara atau pergerakan yang boleh memudaratkan diri. Begitu juga dengan pesakit-pesakit lutut, Parkinson, vertigo dan pitam, janganlah cuba bersolat seperti orang sihat yang tidak ada masalah dalam pergerakan solat kerana ini akan memudaratkan kesihatan. Atas nasihat doktor kiropraktik (Chiropractor), Doktor Pakar Ortopedik dan Juru Fisioterapi orang yang solat berdiri, semasa qiyam, hendaklah berdiri tegak, tidak condong ke belakang atau ke hadapan, bagi mempastikan tulang belakang itu tidak 228


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 229

terperonyok ke bawah. Amalan ini juga dibuat ketika kita berjalan atau berdiri di mana-mana sahaja dan apabila duduk membaca al-Quran, ketika duduk di atas kerusi membaca buku, menulis tidak lebih daripada 20 minit, selepas itu hendaklah berdiri dan berjalan selama 5 minit atau 10 minit, selepas itu baru duduk balik semula dengan cara yang betul. Tidak boleh menyandar pada kerusi yang keras atau duduk atas sofa yang lembut atau yang terperonyok. Buat amalan senaman mengikut nasihat ketiga-tiga pakar ini. Apabila duduk di atas kerusi, punggung dan badan hendaklah ditegakkan dan bersandar menghimpit rapat bahagian belakang kerusi sehingga tiada ruang kosong di antara badan / punggung dengan tempat bersandar di kerusi. Melalui kajian yang saya buat, solat lima waktu sehari semalam melibatkan 17 kali berdiri (qiyam), 17 kali rukuk dan 34 kali sujud. Untuk sebulan atau 30 atau 31 hari ialah 510 kali berdiri, 510 kali rukuk dan 1,020 kali sujud. Kalau untuk setahun (365 hari) pula melibatkan 6,205 kali berdiri, 6,205 kali rukuk dan 12,410 kali sujud. Dari segi masa yang diambil pula, katakanlah untuk berdiri (qiyam) sekurang-kurangnya mengambil masa satu minit, maka sehari 17 minit, sebulan 510 minit (8.5 jam) dan setahun 6,205 minit (103.4 jam). Untuk rukuk pula mengambil masa 15 saat bagi setiap kali bermakna sehari 4.25 minit (17x15=255/60=4.25 minit), sebulan 127.5 minit (2.125 jam) dan setahun 1,551.25 minit (25.85 jam). Untuk sujud pula sehari 8.5 minit (34x15=510/60=8.5), sebulan 255 minit (4.25 jam) dan setahun 3,102.5 minit (51.7 jam). Daripada perkiraan tersebut masa diambil bagi pergerakan solat melibatkan anggota penting (tulang belakang) bagi berdiri (qiyam), rukuk dan sujud berjumlah sehari 29.75 minit, sebulan 892.5 minit (14.87 jam) dan setahun 180.97 jam). Perkiraan ini dibuat berdasarkan solat seorang diri; kalau berjemaah mengikut imam, mungkin masa yang diambil akan lebih lama lagi. Bayangkan kalau umur pesakit panjang, berapa kali dan berapa jam masa diambil yang mungkin boleh mencederakan anggota penting seperti tulang belakang, lutut dan bahagian tulang belakang yang telah dimasukkan implant titanium jika bersolat seperti biasa iaitu berdiri, rukuk dan sujud tanpa duduk di kerusi, bagaimana? Kita yang berpenyakit hendaklah bersolat mengikut kemampuan diri kita, jangan ikut apa yang orang lain kata. Firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 286 bermaksud “ALLAH SWT tidak 229


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 230

memberati / membebani seseorang melainkan apa yang terdaya dilakukan olehnya / sesuai dengan kesanggupannya...”. Bagi orang yang telah menjalani pembedahan tulang belakang dan dimasukkan atau diikat logam ‘titanium’ masih tidak boleh rukuk dan sujud sesuka hati kerana boleh mencederakan tulang belakang. Surah At-Taghabun ayat 16, bermaksud “maka bertakwalah kamu kepada ALLAH SWT menurut kesanggupan kamu” Surah Al-Baqarah, ayat 195 bermaksud “Jangan kamu dengan sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”. Kalau tidak boleh melakukan sesuatu kerana membahayakan diri sendiri, maka jangan dilakukan. Jika dilakukan juga mungkin akan membawa kemudaratan yang lebih besar. Solat secara duduk di atas kerusi memang nampak tidak sempurna. Hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui yang menentukan sah atau tidak solat sedemikian, berapa pahala yang diperolehi dan sebagainya, tidak ada siapa yang boleh tentukan melainkan ALLAH SWT. Ayat 29 Surah An-Nisaa’ pula bermaksud, “Jangan kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya ALLAH SWT sentiasa mengasihani kamu”. Seperti menghisap rokok juga boleh mendatangkan berbagai penyakit yang membawa maut. Menghisap rokok dulunya dihukum sebagai makruh sahaja, tetapi pada hari ini menghisap rokok dihukum haram kerana membawa mudarat dan kematian. Pandangan saya ini juga dibuat berpandukan sebuah hadis Nabi SAW “Laa Dharar walaa dhirar”. (Hadis daripada Abu Said al-Khudri RA…… Riwayat Ibnu Majah, Malik dan al-Darqutni) Bermaksud “jangan memudaratkan diri sendiri dan juga memudaratkan orang lain”. Kalau kita sudah tidak boleh rukuk dan sujud tetapi dilakukan juga, besar kemungkinan kecederaan tulang akan berlaku. Ini, jika berlaku akan menyusahkan diri sendiri dan diri orang lain seperti isteri / suami dan anak-anak yang terpaksa menolak kerusi roda (wheelchair) dan sebagainya termasuk beban kewangan. Sebagai langkah berjaga-jaga apabila saya rasa simptom vertigo akan mengenai saya, saya akan memakan ubat pencegahan setiap enam bulan sekali sekiranya diperlukan. Apabila ke luar negara saya akan membawa ubat sebagai persediaan awal, seperti juga pesakit jantung yang perlu sentiasa membawa ubat bersama. Pengalaman saya sebagai pesakit tulang belakang, selepas berjalan kaki sejauh 50 hingga 100 meter, saya merasakan lenguh di pinggang dan kaki. Penceramah yang tidak sakit sudah tentu tidak tahu keadaan seperti ini, apa yang dialami oleh pesakit. Ketika itu saya boleh berdiri tetapi tidak begitu stabil, malah terasa tidak selesa, 230


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 231

apa lagi bila ada vertigo. Saya akan memulakan solat dengan berdiri (qiyam), selepas takbir, saya akan duduk. Saya teruskan solat, rukuk dan sujud dilakukan di atas kerusi dengan membongkokkan sedikit badan dan kepala di mana kedudukan kepala lebih bawah sedikit apabila sujud berbanding dengan rukuk, ini mengikut keadaan kalau tidak boleh, jangan dilakukan terutama orang yang ada kecederaan saraf dan tulang leher, apa lagi kalau sujud ke lantai. Saya kerap menjalani fisioterapi di Hospital Putra Melaka dan urut (massage). Pada peringkat awal saya menjalani fisioterapi sebanyak tiga kali seminggu atau 12 kali sebulan. Saya juga menjalani rawatan kiropraktik (TAGS Spine & Joint Specialists) di Jalan Bukit Baru, Melaka, sebanyak tiga kali seminggu. Sekarang saya menjalani fisioterapi dua minggu sekali dan kiropraktik dua minggu sekali mengikut keadaan, terutama ketika akan ke luar negara atau bila-bila masa jika saya rasa badan tidak begitu selesa. Nasihat saya kepada mereka yang terlibat dengan sakit tulang belakang supaya dapat mengambil perhatian. Walaupun saya ada penyakit yang menyebabkan saya solat di atas kerusi, ianya tidak menyebabkan saya tidak boleh melakukan aktiviti lain. Saya masih melakukan aktiviti perniagaan saya seperti biasa dan mengadakan ceramah dan sebagainya. Saya telah mendapatkan pandangan Dr. Zulkefli mengenai isu solat di atas kerusi, di Kuliah Subuh bersama saya. Dr. Zulkefli menyatakan bahawa solat mengandungi aktiviti pergerakan yang melibatkan tulang belakang, pinggang dan kaki dan pusat kawalannya ialah otak. Kalau pergerakan terganggu kita ubah caranya. Di bawah ini adalah pandangan beliau. Apa yang perlu dilakukan ialah pergerakan itu tidak memudaratkan kita dan orang di samping kita. Cara solat yang perlu kita ubah. Tulang belakang yang di bahagian bawah sebanyak 5 bahagian (L1, L2, L3, L4 dan L5), paling banyak digunakan untuk rukuk dan sujud. Pergerakan ini juga melibatkan sendi punggung dan sendi lutut. Untuk solat, pergerakan tertumpu kepada hampir 80 peratus di tulang punggung dan pergerakan di tulang lutut pula berlaku 100 peratus ketika sujud sebab dibengkokkan habis. Kalau ada masalah kita perlu solat ikut yang kita boleh buat. Kalau tidak boleh buat, perlu duduk. Ada pesakit tulang belakang boleh berjalan, tetapi kena berhenti apabila terasa sakit. Kalau untuk rukuk ianya melibatkan 50 peratus di L4 dan L5. Masalah slip disc dan tulang belakang rosak akan menyusahkan orang lain. Jadi elakkan ianya rosak dengan membuat isyarat 231


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 232

rukuk dan sujud sedikit saja, kalau sujud pula tidak boleh bangun. Oleh itu duduk sajalah di atas kerusi. Kalau diteruskan akan bertambah rosak menyebabkan tekanan kepada saraf di tulang belakang. Keutamaan solat kita ringankan dengan cara duduk. Jangan melakukan pergerakan yang menyebabkan sakit bertambah teruk dan mengganggu orang lain bila kita rebah. Dr Zulkefli juga menyatakan terdapat perbezaan di antara sakit lumpuh dan sakit tulang belakang. Sakit lumpuh berlaku apabila kecederaan berlaku kepada saraf tunjang dan otak, misalnya disebabkan oleh angin ahmar. Sakit tulang belakang pula berlaku apabila ada tekanan pada tulang dan pada saraf. Bila bergerak akan terasa sakit atau kaki akan terasa lemah kalau berdiri dan kalau terjatuh boleh menyebabkan bertambah kerosakan kepada tulang belakang. Encik Tai Tiam Loy, Juru Fisioterapi Hospital Pakar Putra, Melaka pula berkata, pergerakan untuk rukuk dan sujud seseorang itu memerlukan otot dan sendi yang kuat serta keseimbangan badan. Kalau ada masalah sakit, kita kena jaga kedudukan tulang belakang dari lengkung cervical, punggung dan kaki. Kalau kita rasa tidak selesa atau sakit jangan dipaksa untuk bergerak. Pergerakan untuk duduk dan bangun juga memerlukan penggunaan otot sendi dan keseimbangan. Bagi pesakit yang menggunakan implant, jangan dipaksa pergerakan dan jangan duduk begitu lama. Untuk mengelakkan masalah itu kita perlu kekalkan kedudukan supaya seimbang berat badan. Begitu juga cara bangun dari tempat duduk tidak boleh dengan cara mengesot. Begitu juga bila bangun dari pembaringan (tidur), kita perlu mengiring ke kanan terlebih dahulu dan menekan siku ke bawah untuk bangun. Berdasarkan nasihat pakar ortopedik dan fisioterapi itu jelaslah kita tidak boleh melakukan pergerakan di luar kemampuan. Dengan kata lain, jangan kita memaksa diri kita yang sakit melakukan perkara yang boleh menambahkan kesakitan dan kecederaan. Bagi perjalanan yang jauh, contohnya menaiki kenderaan udara atau darat yang mengambil masa yang agak lama, saya sentiasa membawa bersama medical plaster untuk ditampal di belakang (L4 dan L5) dan di kedua-dua betis kiri dan kanan untuk mengelakkan rasa sakit dan lenguh-lenguh di tempat berkenaan, jika diperlukan. Medical plaster bersaiz besar ini boleh dibeli di mana-mana farmasi. Bagi mata tegang pula saya sentiasa membawa cecair titisan mata (eye drops) yang berkualiti yang boleh digunakan bila perlu. Sebagai kesimpulannya, saya menyarankan kepada 232


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 233

penceramah dan ahli agamawan dan ilmuan supaya membuat kajian dan rujukan kepada pakar di bidang berkaitan sekiranya mereka kurang arif mengenai perkara yang disampaikan, khasnya berkaitan dengan hukum hakam. Ini bagi mengelakkan timbul isu yang memberi kesan negatif kepada masyarakat hari ini yang terlibat atau pun pesakit yang bersolat di atas kerusi. Usaha dan ikhtiar tanggungjawab kita. ALLAH SWT mendatangkan penyakit, ALLAH SWT juga penyembuhNya. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Syu’ara’ ayat 80 yang bermaksud: “Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku”.

Sila lihat gambar di belakang m/s 234 - m/s 236. RUJUKAN 1)

Al-Fiqh Al-Islami Wa’adillatuh dan Mausu’ah Al-Fiqh Al-Islami Walqadaya Al-Mu’asirah - Dr. Wahbah Al-Zuhayly.

2)

Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab – Imam An-Nawawi.

3)

Mausu’ah Al-Mu’jam Al-Mufaharas Lilalfaz Al-Hadis An-Nabawi As-Syarif.

4)

Al-Fiqh ‘Ala Al-Mazahib al-Arba’ah – Abdul Rahman Al-Jaziri dan Mu’jam Sahih Muslim.

5)

Elias Modern Dictionary (English-Arabic).

6)

Kamus Atlas Al-Mausu’i (English-Arabic) dan Munjid At-Tullab (Arabic).

7)

Oxford Fajar Advanced Learners Dictionary (English-Malay).

8)

Dr Zulkefli bin Abdul Rashid, Doktor Pakar Ortopedik, Hospital Pakar Putra, Melaka.

9)

En. Tai Tiam Loy, Juru Fisioterapi, Hospital Pakar Putra, Melaka. 233


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 234

TIPS JAGA TULANG BELAKANG Dalam portal Kementerian Kesihatan (Myhealth) melalui rencana Penjagaan Tulang Belakang, berikut kaedah menjaga kesihatan tulang belakang:

1

Elakkan berdiri terlalu lama. Jika terpaksa berdiri untuk jangka masa panjang letakkan bangku rendah dekat dengan kaki. Salah satu kaki boleh diletakkan secara bergilir di atas bangku tersebut bagi merehatkan kaki.

2

Jangan guna kasut bertumit tinggi. Pakailah kasut dengan pelapik lembut.

3

Apabila duduk, gunalah kerusi dengan belakang yang lurus dan boleh diubahsuai ketinggiannya.

4

Jika memandu pada jarak jauh, berhentilah setiap satu atau dua jam. Keluar dari kereta dan berjalan seketika. Jangan mengangkat barang yang berat sejurus selepas memandu jarak yang jauh.

5

Kurangkan berat badan jika berat badan berlebihan.

Laman Healthline menjelaskan beberapa kebaikan kiropraktik: 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Melegakan sakit tengkuk dan leher. Kurangkan kebergantungan kepada ubat tahan sakit (opiod pain reliever). Mengurangkan sakit belakang. Kurangkan risiko simptom osteoarthritis. Kurangkan sakit kepala. Memperbaiki postur badan. 234


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 235

YANG BOLEH DIBUAT BETUL

BETUL

Postur badan harus tegak apabila mengangkat barang.

Angkat barang-barang berat bersama rakan sekerja.

BETUL

BETUL Gunakan peralatan yang sesuai yang boleh memudahkan kerja.

Tegakkan badan apabila mengangkat barang dari lantai.

235


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 236

YANG TIDAK BOLEH DIBUAT SALAH

SALAH

Jangan memusing secara tiba-tiba apabila mengangkat barang berat.

Jangan angkat barang-barang berat sendirian.

SALAH

SALAH

Jangan bongkok apabila mengangkat barang-barang berat dari lantai.

Gunakan peralatan yang boleh memudahkan kerja-kerja mengangkat barang berat.

236


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 237

AMALAN TAREKAT DIKAITKAN DENGAN AJARAN DAN AMALAN SESAT? Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh Mutakhir ini kumpulan Tarekat menjadi sasaran pelbagai tuduhan dan kecaman oleh pihak tertentu melalui media cetak. Siapa di belakang semua ini? Apa motif sebenarnya? Kalau kita perhatikan sejak setahun dua ini orang Islam di Malaysia mula berminat dengan program ‘Cinta Rasul’ atau ‘Berselawat’ anjuran kerajaan atau badan bukan kerajaan. Pengisian program ‘Cinta Rasul’ ini dipenuhi dengan nasyid dan qasidah memuji Nabi Muhammad SAW serta pelbagai jenis selawat ke atas Nabi SAW. Majlis juga biasanya diselangi dengan ceramah agama yang menyentuh tentang perjuangan Rasulullah SAW dan sifat-sifat Nabi SAW yang boleh dijadikan iktibar dan panduan dalam kehidupan umat Islam hari ini. Program ‘Cinta Rasul’ ini mendapat sambutan luar biasa daripada umat Islam, terdiri daripada kanak-kanak, golongan belia hinggalah orang dewasa lelaki dan wanita. Pada kebiasaannya majlis ‘Cinta Rasul’ anjuran kerajaan dihadiri oleh pemimpin tertinggi kerajaan negeri atau persekutuan. Malah ada beberapa negeri menganjurkan program ini berulang kali. Nasyid dan qasidah yang disampaikan menjadi popular dan digemari ramai dan disiarkan berulang kali melalui media elektronik radio dan televisyen. Anak-anak muda atau belia yang meminati program ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang, bukan sahaja pelajar, bahkan penganggur, mat rempit, penagih dadah dan lain-lain yang biasanya melakukan aktiviti negatif pada hujung minggu. Dengan adanya program ‘Cinta Rasul’, sekurang-sekurangnya mereka telah meninggalkan aktiviti biasa mereka dan turut serta mengikuti program ‘Cinta Rasul’ setiap kali ianya diadakan. Program ini merupakan satu fenomena baru dalam dakwah Islamiah di negara kita yang turut diminati oleh pemimpin-pemimpin negeri dan negara. Dengan fenomena seperti ini mungkin ada kalangan tertentu yang tidak senang hati kerana kedudukan mereka sedikit sebanyak tergugat dari segi pengisian agama. Oleh itu program ‘Cinta Rasul’ ini harus disekat sebelum terlambat. Bagaimana caranya? Program Cinta Rasul tidak begitu disenangi kerana bukan sahaja menyekat populariti orang tertentu, tetapi lebih daripada itu ialah kerana program tersebut begitu berkesan kepada masyarakat Islam 237


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 238

dalam menanamkan sifat cintakan Rasul. Qasidah dan nasyid yang memuji Nabi SAW dan keluarga amat tidak disenangi oleh kelompok ini sejak dari dulu lagi. Mereka cuba menghapuskan segala bentuk amalan yang selama ini telah sebati dengan umat Islam di negara ini dan mengaitkannya perbuatan tersebut sebagai bid’ah yang perlu dihentikan. Ada pemimpin agama turut mengeluarkan pandangan bahawa terdapat nasyid dan selawat di malam Cinta Rasul ini yang membawa kepada syirik. Subhanallah. Dengan menggunakan media arus perdana, mereka nampaknya berjaya mencemarkan imej majlis ini di mata masyarakat Malaysia. Sungguh malang sekali. Bukan semua amalan kumpulan Tarekat bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam. Mungkin ada satu dua amalan mereka yang kelihatan bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam. Saya sendiri pernah mengikuti Tarekat Ahmadiah pimpinan Sidi Rashid yang berasal dari Negeri Sembilan, semasa saya belajar di Singapura dulu. Tidak ada amalan karut marut yang diajar, bahkan Tuan Guru Sidi Rashid sangat dihormati bukan sahaja di Singapura bahkan di Malaysia, kerana ilmu dan kezuhudan yang ada pada beliau. Mengaitkan pemimpin ini dengan pemimpin kumpulan Tarekat yang dianggap sesat adalah suatu tuduhan dan kesimpulan yang tidak sepatutnya dilakukan. Kita sepatutnya mengkaji dulu bukan mencari kesalahan semata-mata. Kajian pula bukan setakat mendengar cerita daripada ahli-ahli biasa tetapi yang penting ialah bertemu dengan pemimpin-pemimpin kumpulan Tarekat ini dan bermuzakarah untuk mencari kebenaran di mana yang salah dan di mana yang betul. Cara ini lebih kelihatan cerdik dan tidak memalukan mana-mana pihak. Suatu ketika dulu kumpulan Tabligh pernah mendapat kritikan dan tentangan hebat daripada pihak tertentu kerana pada mereka kumpulan ini pengotor, tidak berpengetahuan dalam agama tetapi cuba berdakwah. Cara berdakwah dan penampilan kumpulan Tabligh tidak disukai kerana mereka menjalankan aktiviti di surau-surau dan masjid-masjid sesama mereka sahaja. Mereka juga bermalam, memasak, mandi manda, membasuh pakaian di masjid atau surau. Kita harus ingat bahawa sebahagian ahli jemaah Tabligh merupakan mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan agama Islam. Mereka mungkin bekas banduan, bekas penagih dadah dan sebagainya. Mereka mengenali Islam melalui rakan yang ada dalam jemaah. Penampilan kumpulan yang berpakaian yang nampak selekeh dan kotor serta aktiviti sesama sendiri di surau dan masjid ini 238


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 239

menyebabkan larangan dibuat oleh pihak berkuasa agama di beberapa negeri menghalang mereka menggunakan surau atau masjid. Saya pernah mengumpulkan pemimpin-pemimpin kumpulan Tabligh ini di sebuah masjid di Melaka. Saya telah memberikan ceramah motivasi kepada mereka dan menekankan soal kebersihan dan disiplin yang patut ada pada diri setiap pendakwah sebagai contoh dan teladan kepada masyarakat. Sejak dari itu mereka telah berubah dan menjaga kebersihan diri dan tidak lagi mengotori pandangan apabila mereka berada di masjid atau surau. Sebenarnya kumpulan Tabligh bukanlah tidak berdisiplin atau pengotor. Daripada pengalaman saya ketika berada di Tongi, Bangladesh iaitu tempat jemaah Tabligh berkumpul setiap tahun, saya melihat jutaan ahli jemaah Tabligh dapat mengamalkan disiplin yang tinggi sepanjang perhimpunan tersebut. Saya perhatikan aspek kebersihan begitu dijaga. Bilik mandi dan tandas yang digunakan oleh jutaan manusia dijaga dengan baik dan bersih. Pemimpinpemimpin kumpulan sendiri membersihkan tandas atau bilik mandi setiap pagi selepas digunakan. Ini menjadi contoh dan amalan pengikut ahli jemaah. Kawasan persekitaran juga dijaga dengan baik oleh ahli jemaah Tabligh dari segi kebersihan. Kita jangan hanya pandai menyalahkan mereka tetapi tidak pernah mendekati mereka untuk memahami mereka. Sudah menjadi kebiasaan beberapa ulama dan ustaz dengan mudah mencari kesalahan orang lain tanpa menunjukkan jalan penyelesaian. Mereka nampak perkara salah tetapi tidak pernah menunjukkan jalan kebenaran atau bagaimana cara yang sebenarnya yang perlu diikuti. Berhubung dengan kumpulan-kumpulan Tarekat yang ada di negara kita, apakah pernah pihak berkuasa agama membuat kajian mana yang bercanggah dengan aqidah dan syariah dan mana yang tidak. Dalam kenyataan atau laporan akhbar dalam beberapa hari lalu ada pihak berkuasa agama menyatakan mereka telah memanggil individu-individu mewakili kumpulan Tarekat tertentu dan mendapati memang Tarekat berkenaan telah terpesong daripada aqidah dan syariah. Dalam satu laporan pada hari berikutnya pula satu lagi kenyataan dikeluarkan bahawa pihak berkuasa agama akan membuat kajian terhadap semua kumpulan Tarekat untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan mufti-mufti bagi memutuskan sesuatu kumpulan Tarekat itu boleh diamalkan atau tidak. Agak menghairankan ialah amalan Tarekat telah wujud bersama-sama dengan kemasukan Islam ke Nusantara ratusan 239


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 240

tahun dahulu. Adakah pihak berkuasa agama tidak pernah membuat kajian atau tidak mahu mengambil tahu mengenai perkara ini sehingga ada pihak-pihak lain memberikan pandangan dan membuat kenyataan barulah tindakan akan diambil. Bila banyak yang menyalahkan kumpulan Tarekat ini, apa akan jadi kepada pengikut-pengikutnya. Apa kesan dan akibat kepada mereka? Apa jalan alternatif yang patut menjadi pilihan mereka? Apa saranan daripada pihak-pihak yang menyalahkan kumpulan Tarekat ini? Tuan Guru Sidi Rashid yang mengamalkan Tarekat Ahmadiah pernah beberapa kali datang ke Melaka suatu masa dulu untuk mengajar agama. Dalam lawatan beliau ke Melaka, ada beberapa peristiwa berlaku ketika sesi soal jawab dengan ahli jemaah yang mengikuti pengajian beliau. Semasa kejadian kemarau di Melaka pada tahun 80an dulu, paras air di empangan Durian Tunggal dan sungai-sungai di Melaka hampir kering. Bila ahli jemaah bertanyakan Sidi Rashid, beliau menjawab, tunggulah tak lama lagi hujan akan turun. Mungkin secara kebetulan dua tiga hari selepas itu hujan turun dengan lebat di Melaka. Dalam satu pengajian yang lain, ada jemaah bertanyakan apakah si polan bin si polan akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sidi Rashid mengatakan tidak. Tetapi si polan bin si polan yang satu lagi akan menjadi Perdana Menteri. Telahan beliau benar berlaku. Dalam satu pengajian lain pula beliau membuat telahan ada negeri yang akan kehilangan wang zakat. Memang berlaku beberapa hari selepas itu wang zakat telah dicuri di sebuah negeri. Seorang kawan saya yang sama-sama mengikuti kelas pengajian Sidi Rashid meminta pandangan tuan guru apakah wajar beliau membeli 20 ekar tanah untuk tanaman kelapa sawit. Sidi Rashid berkata eloklah dibeli. Tidak lama kemudian ada pegawai daripada Jabatan Galian mengesahkan terdapat bahan galian (bijih) di dalam tanah tersebut. Daripada apa yang saya paparkan di atas memang pelik tapi ianya benar. Apakah Sidi Rashid menggunakan jin untuk mengetahui perkara yang manusia biasa tidak ketahui? Itulah kelebihan yang ALLAH SWT beri kepadanya. Jangan kita suka merendah para tuan guru atau ulama walau dari mana mereka datang. Kita menganggap diri kita mempunyai ilmu yang lebih tinggi daripada orang lain sedangkan sesuatu ilmu itu adalah anugerah ALLAH SWT kepada hambaNya. Negara kita masih terlindung daripada bencana alam dan musibah seperti gempa bumi, gunung berapi dan taufan. Walau 240


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 241

bagaimanapun ribut, banjir besar, tsunami telah/ada berlaku, ini mungkin kerana adanya sebilangan ulama di negara kita yang sentiasa berdoa untuk keselamatan kita semua. Sikap sesetengah pendakwah dan ustaz-ustaz yang suka mencari salah atau menuding jari kepada orang lain bukanlah suatu perkara baru dalam masyarakat kita. Itulah sebabnya berlaku perpecahan umat Islam di negara kita. Sikap aku sahaja yang banyak ilmu atau mempunyai kelayakan yang lebih cuba diketengahkan walaupun tidak mendapat sambutan daripada masyarakat kerana ada orang lain yang mungkin tidak mempunyai status yang tinggi, tetapi dapat menyampaikan dakwah dengan cara yang berkesan dan menjadi popular. Menyalahkan orang memang mudah, tetapi untuk menyelesaikan masalah dan cara jalan keluar daripada kesalahan yang dilakukan bukan semudah itu. Kepincangan-kepincangan yang berlaku di kalangan masyarakat Islam mudah dikenalpasti, tetapi apa jalan penyelesaiannya. Adakah pihak-pihak cerdik pandai Islam hanya tahu atau pandai mengkritik tetapi tidak pandai menyelesaikannya? Adakah mereka pernah mendekati kumpulan ini, berbincang dan mencari jalan mengatasinya. Tidak lama dulu ada seorang selebriti terlibat dengan penagihan dadah dan berulangkali masuk ke pusat pemulihan. Apakah ada pihak cerdik pandai Islam ini mendekati beliau? Tidak ada jawapannya. Kumpulan saya beberapa kali menemui selebriti ini dan memberikan kaunseling. Alhamdulillah beliau menerima baik dan positif terhadap apa yang kami berikan kepada beliau. Beliau sekarang bebas daripada dadah. Di Melaka terdapat sebuah pusat pemulihan gadis-gadis yang terlibat dengan pelbagai perkara negatif dan rosak akhlak. Suatu ketika dulu ada percubaan daripada pendakwah Kristian menyebarkan dakyah mereka ke pusat tersebut. Apabila saya mendapat maklumat ini, saya telah mengambil tindakan dengan kebenaran pihak penguasa dan jabatan yang berkaitan. Saya menemui semua penghuni pusat tersebut beberapa kali dan mengatur program-program keagamaan kepada mereka seperti solat berjemaah, bacaan Yasin, Qiyamullail dan ceramah agama atau motivasi. Saya lihat selepas beberapa kali mengadakan aktiviti ini, perubahan besar berlaku kepada mereka dari segi amalan agama dan cara berpakaian yang sebelumnya banyak yang mendedahkan aurat. Satu contoh lain ialah penggunaan Kalimah ALLAH SWT dalam Bible versi Bahasa Melayu. Terdapat percanggahan pandangan 241


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 242

ulama dan tokoh Islam di Malaysia. Mereka memberikan pandangan mengikut kepentingan masing-masing. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Melihat kepada perkara ini menjadi isu dan boleh mengelirukan umat Islam khasnya orang awam yang kurang pengetahuan agama, saya telah mengambil inisiatif untuk menghimpun pakar-pakar dalam bidang Kristologi di kalangan ulama Islam. Di Malaysia tidak terdapat orang-orang sebegini. Lalu saya ke Indonesia dan berjaya mengenalpasti beberapa individu yang pakar dalam bidang Kristologi. Saya membawa mereka ke kediaman saya dan mengatur satu seminar yang berlangsung pada 19 Oktober 2013, dihadiri lebih kurang 400 orang peserta. Antara yang hadir Dato’ Haji Nooh Gadot, Mufti Negeri Sembilan, Timbalan Mufti Selangor dan pensyarahpensyarah dari universiti tempatan dan orang ramai. Memandangkan seminar tersebut berjaya, saya telah merancang untuk mengadakan satu lagi seminar pada skala yang lebih besar. Justeru itu satu seminar mengenai Kristologi ini telah saya adakan dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA, Shah Alam pada 6 Mei 2014 dan dihadiri oleh lebih kurang 5,000 orang. Apa yang saya lakukan itu bukan sahaja memberikan kefahaman kepada peserta mengenai penggunaan Kalimah ALLAH SWT tetapi juga untuk menolak pandangan pihak-pihak yang mengatakan bahawa kalimah “ALLAH SWT” itu boleh digunapakai dalam Bible versi bahasa Melayu. Mahkamah Persekutuan Malaysia sendiri telah membuat keputusan menolak rayuan sebuah badan Kristian dan mengekalkan larangan penggunaan kalimah ALLAH SWT dalam akhbar keluaran sebuah Gereja Kristian. Ustaz atau ulama yang membenarkan atau bersetuju dengan penggunaan Kalimah ALLAH SWT oleh pihak Kristian ini sebenarnya tidak memahami selok belok agama Kristian. Tetapi demi kepentingan peribadi mereka mengeluarkan pandangan untuk mendapat populariti semata-mata. Saya bukanlah alim dalam agama Kristian, tetapi mempunyai pengetahuan asas agama Kristian setelah mengkajinya secara bersendirian selama beberapa tahun dari sebuah institusi di Singapura, semasa menuntut di Kolej Islam Klang. Saya pernah mencabar pihak yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH SWT ini untuk bermuzakarah mengenainya tetapi tidak mendapat jawapan daripada beliau. Kenapa? Mungkin pada beliau saya tidak mempunyai kelulusan setinggi beliau dalam bidang agama. Ini menggambarkan sikap sebenar beliau. Wallahuaklam. 242


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 243

ADAB SEORANG PENCERAMAH DALAM MAJLIS ILMU Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Saya mula belajar di Sekolah Menengah Arab Al-Junid, Singapura pada awal tahun 60an dan Insya-ALLAH pada 25 November 2017 nanti Alumni Al-Junid akan mengadakan perayaan sempena 90 tahun Sekolah Menengah Arab Al-Junid ditubuhkan. Saya akan turut ke sana pada hari tersebut. Sekolah ini 100 peratus mata pelajarannya diajar dalam Bahasa Arab, ilmu hisab diajar dalam Bahasa Arab sebab ada kaitan dengan mata pelajaran ilmu faraid, mata pelajaran bahasa Inggeris diajarkan juga. Pada peringkat awal lagi pembelajaran dititikberatkan dari segi Nahu dan Saraf bahasa Arab. Pelajar-pelajar yang datang belajar di Al-Junid ini adalah datangnya dari Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Negara Brunei. Guru-guru atau ustaz-ustaznya pula adalah dari Singapura berbangsa Melayu dan Arab. Ada juga guru yang didatangkan dari Al-Azhar, Mesir. Ketika itu gaji guru / ustaz adalah di antara 70 hingga 80 Dolar Singapura sebulan; berbanding dengan pendapatan penghantar surat ‘despatch’ pun bergaji 120 Dolar Singapura, sebulan. Untuk memperolehi pendapatan tambahan, guru-guru atau ustaz-ustaz ini akan mengajar kuliah Maghrib atau Subuh di masjid. Begitu gigih ustaz-ustaz mengajar kami pada masa itu. Pelajar di Al-Junid tidak dibenarkan bercakap bahasa Melayu. Ada jasus atau pengintip yang memerhati dan akan membuat report jika bercakap bahasa Melayu. Kalau tertangkap dan dilaporkan kepada pihak mudir, pelajar akan dikenakan makan jadam. Begitulah sistem di Sekolah Menengah Arab Al-Junid dari dulu lagi. Saya teringat kata-kata Ustaz Muhamad Ziad kepada saya iaitu ‘Apabila keluar dari Sekolah Menengah Al-Junid, bergiatlah dalam dakwah di mana saja dan mengajarlah di masjid-masjid di mana sahaja, supaya ilmu kamu sentiasa berada dalam dada kamu, tak akan hilang’. Beliau membawa syair Arab – Maknanya, ilmu tanpa amalan seumpama pokok tidak berbuah.

243


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 244

Beliau juga menambah syair sendiri –

Bermakna, ilmu tanpa amalan seperti makan tanpa sambal. Katanya lagi, pendakwah atau ulama mesti ada lima sifat berikut, yang diambil dari Kitab Ihya Ulumiddin, iaitu pendapat Imam al-Ghazali: i. ii. iii. iv. v.

Abid; Zuhud; Ikhlas; Akhlak ulamak dan pendakwah; menjadi ikutan kepada murid Mendapat keredaan ALLAH SWT semasa berdakwah.

Beliau seterusnya mengatakan, antara diri kamu dan ilmu kamu, jadikanlah ilmu kamu itu dihormati oleh orang-orang yang mendengarnya, bukannya diri kamu. Kita tidak lihat siapa yang bercakap, tetapi apa yang dia cakap. Jangan jadi macam ketam yang hendak mengajar anaknya berjalan dengan lurus, sedangkan ia berjalan senget. Dari itu kamu tidak boleh mengubah orang, tetapi ilmu kamu boleh mengubah cara hidup seseorang daripada jahil kepada kelakuan yang baik, daripada gelap timbul terang dan lain-lain lagi. Katanya lagi, kalau kamu sudah menjadi pendakwah, berhati-hatilah tentang fitnah. Ambillah wang sekadar yang mereka beri, jangan memintaminta dan menuntut (demand), sebab katanya, dalam mazhab Syafie dan Maliki, harus kita mengambil upah atas kita mengajar al-Quran dan ilmu, tetapi bagi mazhab Hanafi dan Hanbali, haram kita mengambil upah atas mengajar ilmu. Bagaimanapun kedua-dua imam ini (Hanafi dan Hanbali) mengatakan, harus kita ambil upah untuk tujuan mengubat dan merawat pesakit ( ). Katanya juga, jangan kita meminta-minta atau demand kepada mereka yang menjemput kita untuk memberikan ceramah dalam apa bidang ilmu yang memberi manfaat kepada manusia. Katanya lagi, jangan jadi agama ALLAH SWT diniagakan (komersilkan). Surah Al-Baqarah, ayat 41 –

244


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 245

Ambil panduan maksud ayat ini “...Jangan kau berjual beli dengan ayat kami dengan harga sekecil manapun, dan jangan kamu menukar ayat-ayatKu dengan harga yang rendah”, dengan erti kata jangan kamu perniagakan ayat kami ini untuk mendapat kekayaan. Katanya lagi, kamu semua sebagai ulama atau pendakwah perlu menghayati hadis Nabi SAW

Bermaksud: “Para ulama itu pewaris para Nabi-Nabi” (Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban). Apa yang baik pada Nabi SAW, pendakwah kena mengikutnya, para ambiya berdakwah semata-mata untuk mendapat keredaan ALLAH SWT. Beliau memberitahu dan mengingatkan kami supaya mengambil satu daripada hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA. dari Nabi SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dengan ilmu yang dipelajari itu, semestinya dia mencari keredaan ALLAH SWT, namun jika dia tidak mengamalkan (mempraktikkan) ilmu itu, melainkan untuk mendapat kekayaan di dunia semata-mata, maka dia (orang ini) tidak mencium bau syurga pada hari Kiamat” (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Imam Ahmad). Hadis ini seolah-olah Nabi SAW sudah tahu apa yang akan berlaku kepada ummahnya. Kata orang bijak pandai, kita hari ini bercakap tidak serupa bikin, cakap lain, buatnya lain. Dalam ceramah-ceramah yang dibuat oleh penceramah atau pendakwah, banyak dititik berat tentang isu-isu jihad dan lain-lain, tetapi bila diminta untuk berceramah di satu-satu tempat, kalau diberikan bayaran sebanyak RM500, dan dia tahu di satu tempat lain menawarkan RM5,000, beliau akan tinggalkan tempat yang menawarkan RM500. Ini yang telah dan sedang berlaku hari ini. Perkara ini menjadi tegang bila banyak diperkatakan oleh pihak-pihak tertentu termasuk oleh pihak-pihak atasan pada ketika itu. Dan ada juga golongan-golongan ini yang mempersoalkan kenapa penyanyipenyanyi selebriti sekali mengadakan persembahan dibayar RM10,000 atau RM20,000 tapi kenapa kita golongan agama dibayar ratusan ringgit sahaja. Ini pernah saya buat kritikan dalam Akhbar Harian tempatan. Nasib baik kita ini menjadi golongan agama, masuk waktu solat kita solat, fikir-fikirkanlah.......... Satu lagi hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu 245


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 246

Hurairah RA., Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Orang yang paling dahsyat mendapat azab pada hari kiamat adalah orang yang berilmu dan ilmunya tidak bermanfaat baginya”. (Hadis riwayat At-Tabrani, Baihaqi dan Ibnu Adi) Ayat Quran yang menunjukkan mereka betul-betul pendakwah adalah seperti surah Fussilat ayat 33:

Bermaksud: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) ALLAH SWT, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh...”. Pendakwah-pendakwah tidak boleh sesuka hati memberi gambaran atau menyebar perkara-perkara yang tidak sepatutnya dikeluarkan. Orang yang berdakwah adalah kerana menuntut keredaan ALLAH SWT. Ilmu yang dicurahkan kepada orang ramai memberikan satu petunjuk dan pedoman baik di dunia atau di akhirat. Sikap pendakwah-pendakwah hendaklah sentiasa menjaga akhlaknya sebagai seorang ulama kerana ilmunya bukan orangnya. Dalam sebuah hadis riwayat Amr bin al-‘As RA. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH SWT tidak mencabut ilmu sekali gus daripada hamba-Nya tetapi Dia mencabut ilmu itu dengan mematikan para ulama sehingga tiada lagi ulama yang tinggal. Pada saat itu, manusia akan mengangkat pemimpin daripada kalangan orang yang bodoh. Dan ketika pemimpin itu ditanya sesuatu, maka akan keluar daripadanya fatwa yang tidak berasaskan ilmu sehingga mereka tersesat dan menyesatkan”. (Riwayat al-Bukhari) Dalam hadis lain pula riwayat Anas bin Malik RA. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tanda-tanda hari kiamat, ALLAH SWT mengangkatkan ilmu, kejahilan berleluasa, banyak perzinaan berlaku, terlalu banyak orang yang meminum arak dan golongan wanita lebih banyak daripada lelaki dengan nisbah 50 orang wanita berbanding seorang lelaki”. (Riwayat al-Bukhari) Akhir sekali ada orang bertanya kepada saya, ustaz telah lama berdakwah, mula-mula masuk Arqam, walaupun tak lama dan masuk Tabligh. Pernah atau tidak ustaz mengambil wang dengan berdakwah, sebab saya tahu Tabligh tidak minta wang. Apa yang diminta oleh Tabligh, ialah supaya orang ramai sama-sama 246


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 247

berdakwah tanpa meminta wang, berbanding dengan Arqam. Memang betul, pengalaman saya dalam Arqam mula-mula berjinak-jinak, selepas 5 bulan mendapati aqidahnya tersasar, lagi menyesatkan, itu sebabnya saya keluar daripada kumpulan tersebut. Kumpulan Tabligh ini ada juga kelemahannya seperti yang saya sentuh perkara-perkara yang lepas atas kebersihan pakaian dan dakwah mereka boleh beri ceramah kepada kita. Kita pula tidak boleh beri kepada mereka kalau bukan dari kumpulan Tabligh. Walau apa pun tidak semua kumpulan ini melakukannya. Semasa saya mengajar di Sekolah Menengah Talib Karim, saya jadikan sekolah dan murid-murid saya untuk berdakwah. Saya adakan waktu rehat dua waktu. Saya suruh ketua murid baca maksud-maksud ayat al-Quran dan al-Hadis. Dari 20 minit waktu rehat sebelah pagi saya adakan tazkirah 10 minit di surau dan 10 minit lagi untuk makan di kantin. Dua minggu sekali saya adakan Qiyamullail untuk pelajar lelaki semasa saya berada di Sekolah Menengah Talib Karim selama 9 tahun. Selepas itu saya berhenti dan terlibat dengan perniagaan. Di sekolah itu juga sebulan sekali saya adakan kuliah Maghrib untuk guru-guru sekolah beragama Islam. Saya lakukan demi untuk dakwah memohon keredaan ALLAH SWT. Pada hari Rabu pula saya tambah lagi untuk buat kelas Fardu Ain dan pada sebelah petang dan hari yang lain saya gunakan waktu untuk mengadakan kuliah Maghrib, kecuali pada hari Ahad sahaja. Dalam kuliah Maghrib di masjid-masjid, saya tidak minta upah atau bayaran dari dulu hingga sekarang itu pegangan saya. Saya juga dijemput untuk memberi ceramah oleh universiti-universiti dan badan-badan NGO, saya menerimanya. Renung-renunglah firman ALLAH SWT berikut dengan mata hati yang bermaksud: “...dan sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH SWT (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) [2] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya….[3]” (Surah al-Talaq, ayat 2-3). Wallahualam....

247


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 248

PENYAKIT SIHIR ATAU BUATAN ORANG APAKAH DOKTOR PAKAR BOLEH MENGUBATINYA? Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Sihir adalah istilah yang merujuk kepada amalan jahat manusia yang dibantu atau disokong oleh jin-jin terdiri daripada iblis dan syaitan, yang dilakukan secara tersembunyi dan rahsia. Firman ALLAH SWT surah Al-Jin ayat 6 maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat”. Walaupun kesan sihir ini tidak boleh dibuktikan dengan akal dan teknologi sains bagaimana perkara tersebut boleh berlaku, namun hakikatnya sihir adalah amalan yang wujud semenjak dari dahulu kala. Hatta Nabi Muhammad SAW sendiri diuji dengan sihir yang dihantar oleh seorang Yahudi bernama Labid bin al-‘Asam dari Bani Zuraiq. Peristiwa tersebut berlaku selepas peperangan Khaibar di mana ketua-ketua Yahudi bertemu seorang tukang sihir Yahudi yang terkenal dalam kalangan mereka bernama Labid bin al-‘Asam, bertujuan untuk melakukan sihir ke atas Nabi SAW. Dengan kerjasama daripada seorang budak Yahudi yang juga khadam Nabi SAW, mereka telah mencuri sikat rambut Nabi SAW yang masih terdapat helaian rambut Nabi SAW pada giginya. Tukang sihir tersebut membuat patung berupa Nabi SAW daripada lilin, lalu ditikam dengan 11 bilah jarum dan disimpul dengan 11 ikatan. Kemudian patung tersebut dicampakkan ke dalam telaga keluarga Zarwan yang sering dikunjungi oleh Nabi SAW untuk mandi. Ketika Nabi SAW mandi di telaga tersebut dengan izin ALLAH SWT ditakdirkan Baginda SAW terkena sihir tersebut. Islam memandang serius terhadap perbuatan dan amalan sihir. Hal ini dapat dibuktikan apabila kesalahan dan kepercayaan terhadap sihir merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar dalam Islam yang melibatkan isu aqidah. Pengamal sihir bertentangan dengan ajaran agama Islam dan pelakunya terpesong aqidah kerana menyekutukan ALLAH SWT dengan makhluk lain sedangkan yang memberikan bekas dan kesan hanyalah ALLAH SWT semata-mata. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 48 yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH SWT tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan 248


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 249

sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan ALLAH SWT (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar”. Dalam ayat lain dalam surah Luqman ayat 13 firman ALLAH SWT yang bermaksud : “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan ALLAH SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. Apa yang mendukacitakan masih ada masyarakat Melayu yang percaya hal karut marut termasuk mempercayai bomoh dalam era zaman moden dan kecanggihan teknologi maklumat. Menurut Kamus Dewan, bomoh merujuk kepada secara tradisional atau secara kampung dan jampi-jampi. Berbomoh pula adalah menggunakan khidmat bomoh, pawang atau dukun untuk berubat, menyihir atau mencelakakan orang. Malangnya masih terdapat di kalangan masyarakat Islam, jika menghadapi sesuatu masalah atau penyakit akan pergi berjumpa bomoh yang kononnya boleh merawat penyakit berkenaan dengan cara jampi-jampian. Ramalan berbomohan dianggap akan dapat membantu menyelesaikan masalah kehidupan seperti merawat penyakit, mendapatkan barangbarang hilang, inginkan pangkat dan kedudukan, digeruni dan nampak hebat, nampak cantik, ilmu penunduk isteri atau suami dan bermacam-macam lagi. Sedarkah kita bahawa semua perbuatan tersebut adalah dilarang dan menyebabkan syirik yang tidak diampun oleh ALLAH SWT. Dalam sebuah hadis riwayat Abdullah bin Masud RA katanya saya telah mendengar Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya jampi, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik”. [Riwayat Ibnu Majah]. Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Jauhilah tujuh dosa yang membinasakan. Para sahabat bertanya: wahai Rasulullah, apakah ia? Rasulullah menjawab, ‘Syirik terhadap ALLAH SWT, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh ALLAH SWT kecuali dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari ketika peperangan, menuduh Wanita (muhsanah) yang tidak bersalah dengan berzina.” [Riwayat al-Bukhari]. Adapun berjumpa tukang sihir termasuk bomoh bertujuan memintanya mengubati sihir adalah haram. Ini kerana apabila seseorang pergi menemui seorang tukang sihir untuk mengubati sihir yang dihadapi perbuatan tersebut membawa kepada 249


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 250

pergantungan kepada selain daripada ALLAH SWT yang boleh membawa kepada syirik. Menurut Dr Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fatawa al-Mu’asirah diharamkan untuk pergi kepada tukang sihir sama ada untuk melakukan sihir atau pengubatan sihir. Maka semua itu sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis Nabawi adalah salah satu jenis syirik kepada ALLAH SWT kerana ia adalah keyakinan dengan mengetahui yang ghaib atau pengubatan penyakit melalui perantaraan selain ALLAH SWT. Lebih bahaya lagi sesiapa yang bertemu tukang sihir hanya untuk bertanya dan tidak mempercayainya maka solatnya tidak akan diterima selama 40 malam. Perkara ini ditegaskan dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama 40 malam” [Riwayat Muslim]. Umumnya Islam tidak melarang sesuatu ilmu atau amalan selagi tidak bercanggah dengan hukum dan batas-batas yang telah digariskan, namun sekiranya amalan tersebut bercanggah dengan hukum yang digariskan syariat maka kita ditegah melakukan demikian dan mengamalnya. Seperti mana firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh ALLAH SWT (al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)”, mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya”. Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?”. [al-Maidah 104] Oleh itu, dalam Islam amalan sihir tergolong dalam kategori jenayah Qisas dan sebahagian para ulama menyatakan sihir termasuk dalam kategori hudud kerana kesannya merangkumi semua jenayah hudud yang telah disepakati oleh para ulama. Jumhur ulama daripada kalangan mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali menyatakan bentuk hukuman terhadap tukang sihir adalah pelakunya wajib dibunuh dengan cara dipenggal lehernya menggunakan pedang. Ini kerana perbuatan mempelajari dan mengamalkan ilmu hitam ini akan menyebabkan mereka menjadi kafir. Manakala menurut mazhab Syafie amalan sihir oleh penyihir membawa kepada kekufuran, tukang sihir tersebut menjadi kafir dan seterusnya murtad. Oleh itu, hukuman kepada penyihir adalah sama seperti hukuman yang dijatuhi ke atas orang yang murtad, kecuali mereka bertaubat. Namun demikian, dalam dunia yang serba canggih pada hari 250


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 251

ini dengan teknologi dan kemajuan ilmu kedoktoran umat Islam khususnya perlu lebih berhati-hati daripada mengaitkan setiap penyakit yang tidak dapat ditemui puncanya oleh para doktor sebagai disampuk sihir. Ini kerana masyarakat kita sering beranggapan penyakit aneh dan misteri yang telah melalui pelbagai ujian seperti Pengimbas Imej Magnetik (MRI) namun tiada pengesahan penyakit sebenar dinyatakan maka pesakit tersebut dianggap terkena sihir. Penulis melalui pengalaman peribadi berhadapan dengan satu situasi pesakit yang mana pesakit tersebut mengalami simptom sesak nafas berkali-kali ketika berada di rumah, namun apabila dirujuk kepada doktor pakar hospital beberapa kali simptom tersebut tidak ada. Keadaan ini menyebabkan ahli keluarga pesakit beranggapan bahawa pesakit disihir orang. Atas nasihat seseorang pesakit ini dipindahkan ke hospital lain akhirnya doktor pakar di hospital tersebut dapat mengenal pasti pesakit tersebut sebenarnya mengalami blood clot (darah beku) di kakinya. Kebiasaannya blood clot berlaku di otak (kepala). Jelas di sini tidak semua penyakit aneh disebabkan perbuatan sihir akan tetapi ketentuan ALLAH SWT yang telah mengatur perjalanan hidup manusia. Apabila tiba masanya kita kena pasrah, berusaha mencari penawar, pergi ke hospital berjumpa doktor dan mengelakkan daripada membuat tuduhan melulu. Suatu ketika dahulu, jika seseorang secara tiba-tiba mengalami kekejangan otot sehingga menggelupur seperti robot kehabisan bateri orang ramai beranggapan terkena sihir, sedangkan ianya merupakan suatu simptom di mana orang tersebut sebenarnya menderita sejenis penyakit yang bernama epilepsy (sawan). Lebih melucukan lagi, ada kalanya tersalah menjamah makanan seperti kulat tertentu menyebabkan orang yang mengambilnya akan mengalami gejala seperti sakit otot, muntah-muntah, halusinasi, serta kulit kelihatan seperti dicakar. Justeru itu, perbuatan menyandarkan suatu penyakit mistik kepada unsur sihir atau buatan orang yang biasanya berlaku disebabkan persaingan perniagaan dan lain-lain, perlu berhati-hati dan diperhalusi supaya tidak terkeluar daripada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (al-Asya’irah dan al-Maturidiah). Jika benar sekalipun penyakit tersebut akibat buatan orang, sebagai orang yang beriman kepada ALLAH SWT kita wajib meyakini bahawa ALLAH SWT yang mendatangkan penyakit tersebut dan ALLAH SWT juga penyembuh kepada semua jenis penyakit. Kita juga wajib meyakini bahawa setiap penyakit ada ubatnya dan kuasa penyembuh penyakit itu adalah dengan kekuasaan ALLAH SWT sahaja. Ubat tidak menyembuhkan penyakit tetapi merupakan penyebab 251


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 252

bagi kesembuhan, seperti mana firman ALLAH SWT dalam surah al-Syu’ara’ ayat 80 yang bermaksud: “Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku”. Segala sesuatu hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT, Nabi Musa AS bertubi-tubi disihir oleh Firaun laknatullah alaihi tetapi tidak memberikan sebarang kesan kerana tidak diizinkan oleh ALLAH SWT. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Ikhlas ayat 2 bermaksud: “ALLAH Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (doa)”.

Doktor sedang merawat pesakit.

252


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 253

HARAM MENOLAK PENGAMBILAN VAKSIN Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Petugas kesihatan memasukkan cecair vaksin Covid Pfizer-BioNTech menggunakan picagari khas ‘Low Dead Volume’ (LDV) pada Program Imunisasi Covid di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok. Mana-mana pihak, individu, agamawan, ilmuan yang menolak dan mempertikaikan arahan kerajaan Pusat dalam masalah Covid yang menyebabkan masyarakat keliru sekiranya berlaku malapetaka dan kehilangan jiwa, apakah menolak perkara tersebut hukumnya haram dan berdosa? Apakah mereka nanti tidak akan dipersoalkan di hadapan ALLAH SWT? Bagi mereka yang menolak vaksin sehingga mereka mati, apakah tidak dianggap membunuh diri? Bukankah hukum membunuh diri adalah haram? Pengambilan vaksin di Malaysia, pandangan peribadi sebahagian ilmuan dan agamawan bercelaru, masyarakat jadi keliru. 1.

Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum 253


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 254

penggunaan vaksin Covid adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan. 2.

Pandangan saya, keputusan itu adalah selari dengan dalil ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud: “...Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan....” Begitu juga dengan dalil daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh memberikan mudarat kepada orang lain.” (Maksud hadis riwayat Ibn Majah)

3.

Daruriyyat (keperluan yang mendesak dan kritikal) menurut ulama bersandarkan kepada Maqasid Syariah iaitu tujuan yang dikehendaki syara’ dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi menjamin kemaslahatan umat manusia merangkumi lima perkara - agama, nyawa, akal, harta, dan keturunan.

4.

Apa yang berlaku di dunia termasuk Malaysia pada hari ini termasuk dalam bab darurat disebabkan kebimbangan kehilangan jiwa dengan bukti dan sandaran yang kukuh. Setiap urusan agama dibina atas lima perkara tersebut dan hanya memeliharanya sahajalah, maka segala urusan individu dan masyarakat akan berjalan dengan baik.

5.

Para ulama telah membuat ketetapan, wujudnya tertib antara lima jenis keutamaan tersebut iaitu kepentingan agama diletak pada kedudukan tertinggi dan lebih utama daripada kepentingan nyawa, sementara kepentingan nyawa mestilah diutamakan daripada kepentingan akal dan seterusnya.

6.

Dalam situasi genting, kepentingan nyawa manusia sudah menjadi keutamaan dalam urusan agama bagi memelihara kesinambungan generasi dan kelangsungan umat manusia. Dalam situasi tersebut, ALLAH SWT mewajibkan untuk memakan atau meminum sesuatu yang asalnya haram dalam keadaan yang memudaratkan nyawa bagi menjamin keselamatan nyawa.

7.

Menurut Dr Wahbah al-Zuhaily dalam kitab Mausu’ah al-Fiqh al-Islamy, pendapat itu merupakan kesepakatan semua ulama 254


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 255

dalam mazhab empat yang muktabar iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Bahkan mana-mana pihak yang tidak berbuat demikian kemudian menemui ajal, ia dianggap berdosa dan dipersoalkan di hadapan ALLAH SWT. Dalilnya bersandarkan firman ALLAH SWT ayat 115 surah al-Nahl yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH SWT hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah, dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana ALLAH SWT, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya ALLAH SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani?” 8.

Darurat dalam ayat di atas bermaksud jika tidak ada makanan lain yang halal melainkan kategori tersebut maka wajib dimakan untuk kelangsungan hidup sahaja. Dalam erti kata lain sekiranya berada dalam keadaan darurat dan pada masa yang sama makanan halal yang masih ada walaupun sedikit dan makanan yang haram seperti babi atau bangkai juga ada dengan kuantiti lebih besar maka mendahulukan yang halal itu adalah wajib.

9.

Dalam kes Covid yang sedang melanda dunia umat Islam bernasib baik kerana tidak perlu untuk mendapatkan vaksin daripada sumber haram disebabkan vaksin halal boleh didapati dengan mudah, namun yang menjadi persoalannya adalah kesanggupan penerima vaksin secala sukarela untuk diberikan dua dos suntikan dengan memberikan alasan seperti tidak wajib, takut kesan sampingan, utamakan orang lain dahulu, tidak bersedia dan lain-lain alasan.

10. Jika tiada vaksin alternatif yang suci lagi halal, sekalipun dalam keadaan mendesak sekarang, maka vaksin yang ada unsur haram dibenarkan kerana menjaga nyawa atau 'hifz al-nafs' adalah antara objektif syariah. 11. Situasi darurat meletakkan semua rakyat wajib patuh kepada arahan pemerintah walaupun perkara tersebut perlu dilaksanakan secara paksa kerana keputusan pemerintah mengambil kira kepada kesejahteraan rakyat jelata. Firman 255


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 256

ALLAH SWT dalam surah al-Nisa ayat 59 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah ALLAH taatilah Rasul (Muhammad) dan Ulil Amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu.” 12. Oleh yang demikian, sebarang arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah yang merupakan suatu kemakrufan, kebaikan dan mendatangkan maslahat kepada rakyat, sama ada arahan tersebut disukai oleh kita atau tidak, maka wajib hukumnya patuh kepada arahan tersebut. Jika menolak hukumnya adalah berdosa dan jika berlaku malapetaka yang tidak diingini siapa yang bertanggungjawab? 13. Justeru, mana-mana pihak yang menentang atau menolak arahan pemerintah akan dipersoalkan di hadapan ALLAH SWT kerana perintah ALLAH SWT jelas arahan pemerintah itu wajib dipatuhi demi maslahat umum. Maka, menerima vaksin dengan arahan pemerintah sudah menjadi wajib, malah hukumnya bukan lagi fardu kifayah. 14. Penerima vaksin tidak perlu ragu dan bimbang kerana vaksinvaksin tersebut terhasil daripada kajian mereka yang berkeahlian, pakar dalam bidang perubatan dan sememangnya agama menganjurkan untuk merujuk kepada mereka yang ahli dalam sesuatu bidang. Ibarat orang yang sakit jantung perlu merujuk kepada doktor pakar jantung bukan pakar dalam ortopedik atau berjumpa dengan tabib tradisional terlebih dahulu. 15. ALLAH SWT mengingatkan kita dalam dua ayat berbeza surah al-Anbiya ayat 7 dan surah al-Nahl ayat 43 yang bermaksud: “Oleh itu bertanyalah kamu kepada mereka yang pakar yang berpengetahuan dalam bidang masingmasing jika kamu tidak mengetahui.” 16. Pengambilan vaksin ini bertujuan untuk mencapai 80 peratus kelompok komuniti (herd community) bagi mengelak peratusan jangkitan.

256


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 257

PENJELASAN SOLAT DAN BELI-BELAH KETIKA PANDEMIK Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Merungkai pertikaian masyarakat kenapa ke pasar raya beramairamai ketika Covid boleh tetapi solat Jumaat dan fardu di masjid tidak dibenarkan? 1.

Apakah solat Jumaat yang ditinggalkan dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran hukumnya berdosa? Ya, hukumnya berdosa tetapi dalam keadaan darurat diharuskan seperti mana dalam maksud hadis, riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW pernah memerintahkan bilal yang melaungkan azan supaya melaungkan azan dengan menambah seruan berikut: “Hendaklah kamu solat di rumah kamu” ketika cuaca malam bertambah sejuk dan ketika hujan turun dengan lebat.

Pematuhan SOP dalam kalangan jemaah harus diberi perhatian bagi memastikan tiada penularan jangkitan Covid di masjid.

257


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 258

Menurut Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu’, hadis tersebut merupakan dalil gugurnya kewajipan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah dengan sebab adanya keuzuran apabila turun hujan lebat dan seumpamanya. Menurut Dr Wahbah al-Zuhaily dalam Mausu’ah al-Fiqh al-Islamy, semua ulama dalam empat mazhab muktabar menyebut turun hujan lebat, sakit, bimbang kemudaratan kepada diri sendiri, harta serta kehormatan, berada dalam tahanan, semuanya termasuk keuzuran yang mengharuskan untuk tidak menghadiri solat fardu berjemaah dan solat Jumaat. 2.

Bagi penulis, solat Jumaat perlu diberikan pertimbangan khusus kerana hukumnya fardu ain dengan syarat-syarat yang telah digariskan dalam kitab fiqh bertunjangkan mazhab empat yang meletakkan ketetapan hukum berpandukan al-Quran, al-sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Solat Jumaat mempunyai kaedah tersendiri tertakluk kepada bilangan minimum penduduk bermastautin yang mendirikannya secara berjemaah seperti huraian berikut – tiga orang tidak termasuk imam menurut mazhab Hanafi dan Syafie (qaul qadim), 12 orang termasuk imam menurut Syafie (qaul qadim), 12 orang tidak termasuk imam menurut mazhab Maliki, 40 orang termasuk imam menurut mazhab Syafie dan Hanbali (qaul jadid) (sila rujuk buku tulisan penulis Covid-19 ujian kepada manusia).

3.

Perbandingan kapasiti solat Jumaat di Masjidil Haram Makkah dengan masjid di Malaysia berdasarkan 1.5 peratus tahun 2020 ketika Covid meningkat. Di Masjidil Haram, sejuta orang bersolat nisbahnya 15,000 orang, bermakna kapasiti 1,000 orang bersolat di masjid-masjid di Malaysia, nisbah 15 orang sahaja.

4.

Penetapan angka tertentu yang berbeza dalam mazhab menimbulkan persoalan, adakah kadar minimum itu dilaksanakan oleh junjungan Nabi SAW ketika darurat atau bagaimana? Menjawab persoalan itu, ulama usul mengemukakan satu kaedah ‘suatu peristiwa yang disaksikan oleh seseorang tidak boleh diangkat sebagai hukum umum’ kerana penentuan bilangan tidak ditentukan oleh baginda secara lisan tetapi datang melalui perawi dalam kalangan sahabat yang menjadi saksi ketika mereka menunaikan solat Jumaat bersama Nabi SAW dalam angka berbeza-beza, namun 258


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 259

yang pasti solat tersebut tidak dilakukan, melainkan secara berjemaah. 5.

Kenapa pula ke pasar raya dibolehkan beramai-ramai, manakala solat fardu atau Jumaat dihadkan? Perlu diingat, solat fardu lima waktu boleh dibuat pilihan sama ada di masjid atau di rumah tetapi ubat, susu anak, barang dapur terputus tiada pilihan – keperluan makanan untuk hidup. Saya mencadangkan bilik solat (surau) perlu ditutup kerana ditakuti berlaku jangkitan Covid ketika bersesak-sesak untuk bersolat seperti mana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh memberikan mudarat kepada orang lain.” (Maksud hadis riwayat Ibn Majah).

6.

Bagi yang bimbang terlepas waktu Maghrib, boleh ta'khirkan solat Maghrib dalam waktu Isyak secara jamak tamam (bukan jamak qasar) ketika sampai di rumah. Ia terpakai dalam keadaan darurat dan bukan amalan biasa. (Rujuk buku tulisan penulis Covid ujian kepada manusia), cetakan tahun 2020/2021.

7.

Punca yang membawa kepada penularan Covid ketika ini adalah daripada tiada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan masyarakat kita. Hasil pemerhatian penulis di beberapa buah masjid mendapati, pematuhan SOP tidak berlaku. Selesai sahaja solat, jemaah berkejaran pulang ke tempat kerja dan sebagainya dalam keadaan tidak terkawal. Ada juga yang mengenakan pelitup muka di bawah dagu ketika solat. Saya mencadangkan agar ahli jawatankuasa masjid berperanan di tengah saf dan di saf belakang untuk memantau pematuhan SOP.

8.

Pendakwah dan agamawan sepatutnya bersama-sama mendokong aspirasi kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat dari masa ke masa serta mengajak masyarakat mengambil vaksin yang mana hukumnya adalah wajib.

259


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 260

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di New Zealand, tahap vaksinasi untuk rakyatnya telah mencapai 100 peratus pada Mei 2021 dengan sifar kematian dan sifar kes positif, barulah ekonomi negara berkembang dan rakyat mendapat faedah. Kewajipan berdakwah tidak hanya di masjid dan surau tetapi usaha dakwah mestilah berterusan, penuh keikhlasan serta istiqamah. Rasulullah SAW, para sahabat dan tabiin berdakwah tanpa meminta upah, bahkan dalam mazhab Syafie, harus menerima upah dengan syarat tanpa meminta (demand) dan keikhlasan pemberi. Menurut mazhab Hanafi, hukum menerimanya haram bersandarkan surah Shaad ayat 86 yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) - Aku tidak meminta bayaran (upah) sedikitpun padamu atas dakwahku dan bukanlah aku termasuk orang-orang yang mengadangada.” Firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah ayat 41 yang bermaksud: “Dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayat Ku (sebagai harga untuk mendapatkan keuntungan) untuk membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.” Firman ALLAH SWT lagi dalam surah Yasin ayat 21 yang bermaksud: “Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan (upah), sedang mereka adalah orang-orang mendapat hidayah petunjuk.” Berdakwahlah dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan agar hasil dakwah itu akan terkesan di hati insan.

260


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 261

IKUTLAH DAKWAH NABI DAN PARA SAHABAT Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Panduan al-Quran cukup jelas melarang perbuatan meletakkan harga tertentu sebagai upah dalam berdakwah. ISLAM adalah agama yang tertegak atas landasan berdakwah dengan menyeru manusia mentauhidkan ALLAH SWT, hidup bersendikan syariat dan dihiasi dengan akhlak pekerti mulia. Nabi SAW merupakan utusan ALLAH SWT yang diberikan tangggungjawab untuk menyampaikan agama-Nya kepada seluruh manusia di atas muka bumi ini. Mesej utama dakwah Nabi SAW membawa kesejahteraan kepada seluruh umat manusia di dunia dan akhirat. Oleh itu, kerjakerja dakwah Nabi SAW dilaksanakan dengan penuh amanah, sampai kepada golongan sasar, bijaksana, jujur dan penuh keikhlasan. Beramal soleh merupakan wasiat segar Rasulullah kepada sekalian umatnya. Amal soleh ruang lingkupnya amat luas, cukup dengan hanya membuang sesuatu di atas jalan raya seperti serpihan tayar pecah termasuk dalam amalan yang dimaksudkan dalam al-Quran untuk mendapat ganjaran di padang mahsyar nanti. Dalam berdakwah, baginda tidak meletakkan sebarang harga untuk dibayar atau menuntut bayaran, namun apa yang berlaku kepada umatnya hari ini adalah sebaliknya. Panduan al-Quran cukup jelas melarang perbuatan meletakkan harga tertentu sebagai upah melalui ayat-ayat berikut, surah at-Tuur ayat 40, firman ALLAH SWT yang bermaksud: 261


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 262

“Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan), lalu mereka berasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?” Surah al-Mukminun, ayat 72 yang bermaksud: “Atau adakah (mereka menolak seruanmu itu kerana) engkau meminta kepada mereka suatu pemberian (sebagai hasil pendapatan seruanmu)? (Ini pun tidak!) Kerana engkau percaya pemberian Tuhanmu lebih baik dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki.” Surah Shaad, ayat 86 yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta bayaran (upah) sedikit pun daripadamu atas dakwahku dan bukanlah aku termasuk orangorang yang mengada-ngada.” Firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 41 yang bermaksud: “Dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayat-Ku (sebagai harga untuk mendapatkan keuntungan) untuk membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.” PANDANGAN EMPAT MAZHAB MUKTABAR DALAM ISU BERDAKWAH Surah Yasin ayat 21 yang bermaksud: “Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan (bayaran, upah), sedang mereka adalah orang-orang mendapat hidayah petunjuk.” Bersandarkan ayat-ayat di atas, menurut Mazhab Syafie, harus menerima upah dengan syarat tanpa meminta (demand) dan keikhlasan pemberi, manakala menurut Mazhab Hanafi, hukum menerima upah adalah haram. Kenapa hari ini berlakunya perang demand, apakah ini yang diajar Rasulullah SAW, sahabat, tabiin dan ulama salaf al-Salih. Isu meletakkan harga dalam berdakwah dikatakan hanya berlaku di Malaysia sekitar 1970an dan 1980an setelah situasi ini mula timbul di negara jiran. Di negara Malaysia, perkara ini berlaku bermula daripada program TV apabila para pendakwah mula meletakkan harga setelah mereka dikenali dan kedudukan mereka menarik minat masyarakat. Tidak dapat dinafikan, penampilan pendakwah dengan identiti masing-masing seperti berserban dan berselempang menyebabkan masyarakat terpesona dengan perwatakan serta penyampaian mereka. Tidak dinafikan juga ada dalam kalangan mereka yang tidak 262


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 263

meletakkan sebarang harga, menerima seadanya jika diberi atau keikhlasan pemberi. Untuk rekod, situasi pendakwah ini pernah berlaku di negara kita sekitar lewat 1980an apabila ada antara mereka muncul di kaca TV dengan gelaran al-Hafiz, sedangkan mereka tidak hafiz. Hakikatnya, mereka datang ke Malaysia asalnya hanyalah sebagai pekerja binaan. Masalah dan hukum-hakam, hafiz pun entah ke mana. Akhirnya siapa yang tertipu? Itulah sebahagian contoh yang boleh kita ambil iktibar. Peribahasa mengatakan “seekor kerbau bawa lumpur semuanya terpalit”. Situasi tertipu dengan penampilan pakaian sering berlaku di Mekah ketika musim haji. Sebahagian pekerja asing memberi khidmat kepada jemaah haji dengan menetapkan bayaran bagi yang berkeinginan mengucup Hajar Aswad. Mereka berketayap dan berjubah, sedangkan ilmu agama mereka tidaklah setinggi mana. JEMAAH WANITA Mangsanya, jemaah haji wanita yang ingin mengucup Hajar Aswad, golongan inilah yang memimpin tangan jemaah wanita secara rapat, sedangkan hukumnya jelas adalah haram. Semuanya berlaku kerana tertipu dengan penampilan, sedangkan ilmu tidak boleh diukur dengan penampilan luaran semata-mata. Saya mengajak pembaca untuk merenung sebuah hadis dengan sanad yang da’if daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Akan timbul pada akhir zaman orangorang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). ALLAH SWT berfirman kepada mereka yang bermaksud : “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan-Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada-Ku? Demi kebesaran-Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi dalam kalangan mereka sendiri sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu).” (Riwayat al-Tirmidzi) Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW secara jelas mengingatkan kita, antara peristiwa akhir zaman, munculnya golongan pendusta agama yang mencari habuan dunia untuk kepentingan diri sendiri. 263


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 264

Dalam hadis yang lain, riwayat Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Antara tanda-tanda kiamat ialah diangkatnya ilmu dan berleluasanya kejahilan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Dalam hadis lain pula riwayat Amr bin al-‘As RA Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH SWT tidak mencabut ilmu sekali gus daripada hamba-Nya tetapi Dia mencabut ilmu itu dengan mematikan para ulama sehingga tiada lagi ulama yang tinggal. Pada saat itu, manusia akan mengangkat pemimpin daripada kalangan orang yang bodoh. Dan ketika pemimpin itu ditanya sesuatu, maka akan keluar daripadanya fatwa yang tidak berasaskan ilmu sehingga mereka tersesat dan menyesatkan.” (Riwayat al-Bukhari) Kedua-dua hadis itu memberi gambaran pada akhir zaman apabila orang jahil mengambil tempat para ulama, akhirnya umat akan hancur lebur dalam kebinasaan.

264


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 265

KHIDMAT TERAKHIR SEORANG ANAK Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Dalam keadaan dunia ditimpa musibah besar seperti Covid ketika ini, pengorbanan besar perlu dilakukan oleh anak-anak untuk menjaga dan memelihara ibu bapa yang uzur atau sakit. KEWAJIPAN berbuat baik terhadap ibu bapa adalah suatu ketetapan daripada ALLAH SWT kepada anak-anak. Lahirnya seorang anak ke dunia adalah disebabkan adanya mereka dan dengan kasih sayang mereka, anak itu dapat hidup dengan sempurna. Oleh sebab itulah ALLAH SWT meletakkan kedudukan ibu bapa cukup tinggi, hanya satu darjah di bawah tanggungjawab seorang hamba kepada ALLAH SWT dan Rasul-Nya. Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” (al-Isra’, ayat 23) Maksud perintah berbuat kebaikan kepada ibu bapa dalam ayat tersebut membawa dua pengertian. Pertama kebajikan dan kebaikan terbaik yang dapat dilakukan seperti yang dilakukan oleh ibu bapa kepada anak. Kedua memastikan kebajikan mereka terjaga semasa mereka masih hidup. Berbakti kepada ibu bapa tiada batasan masa dan tempat, sama ada mereka masih bertenaga atau telah dimamah usia. 265


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 266

Namun, ketika mereka telah berusia, berbakti kepada mereka adalah wajib dilipat gandakan kerana usia tua membawa petaka dalam hidup dengan kudrat terbatas, sakit demam silih berganti dan berdikari atas kaki sendiri semakin sukar. Pendek kata, banyak menyusahkan daripada menyenangkan. Usia sebegini biasanya menjadi penyebab kepada pengabaian dan penghinaan kerana menyusahkan pihak lain, berbanding ketika usia muda dan mampu bekerja dengan meraih pendapatan lumayan, semua anak-anak suka. Selepas solat, ibu bapa tidak lupa berdoa untuk kesejahteraan anak-anak tetapi adakah anak-anak menunggu ibu bapanya meninggal baru mendoakan kesejahteraan untuk mereka? Inilah juga yang menjadi penyebab kepada berlakunya ibu dan ayah diserahkan ke rumah jagaan orang-orang tua atau bertukar menjadi gelandangan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang anak yang berbudi. Benar kata orang, seorang bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi belum tentu 10 orang anak mampu berbakti kepada seorang ayah dan ibu. PENGORBANAN Dalam keadaan dunia ditimpa musibah besar seperti Covid ketika ini, pengorbanan besar perlu dilakukan oleh anak-anak untuk menjaga dan memelihara ibu bapa yang uzur atau sakit. Namun, kefahaman kepada aturan agama perlu diutamakan supaya tidak timbul fitnah. Ada ketikanya ibu meninggal lebih awal dan bapa akan tinggal seorang diri atau sebaliknya. Pada masa yang sama, mereka menghidap penyakit seperti asma yang kronik, pitam (low blood), kepala pusing (vertigo), membeser (prostat), sesak nafas, lemah atau sakit jantung dan sakit tulang belakang (slip disc), ada waktu tertentu perlu dipimpin ke tandas. Apatah lagi bapa terlantar seorang diri di atas katil yang memerlukan pembersihan najis dan kencing serta mengenakan lampin, memberi ubat dan sebagainya. Bagi anak-anak yang berkemampuan, mereka boleh mengambil orang gaji dan kebanyakan orang gaji dalam kalangan wanita tetapi bagaimana yang tidak berkemampuan? Bagaimana pula jika keluarga itu tidak ada anak lelaki, sudah tentu anak perempuan yang menguruskannya. Bersandarkan surah al-Nur ayat 58 dalam kitab tafsir al-Tabari dan tafsir al-Qurtubi, orang gaji dan anak yang belum baligh tidak boleh masuk ke bilik 266


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 267

tidur orang tua yang sedang bersama dan aurat terbuka dalam tiga masa setiap hari iaitu sebelum Subuh, waktu tengah hari dan selepas Isyak. Namun ayat itu tidak bermaksud membawa larangan khulwah atau bersendirian dengan mahram sendiri satu hari dalam tiga masa atau pada waktu-waktu lain dengan syarat ada keperluan dan diberikan keizinan orang tua. Jika keizinan sukar dilakukan disebabkan keadaan orang tua yang kurang pendengaran atau masalah lain, bilik mereka boleh dimasuki dengan mengambil kira hukum darurat seperti kaedah fiqah yang menyatakan ‘keadaan darurat boleh mengharuskan perkara yang dilarang’. Ulama mazhab empat Hanafi, Malik, Syafie dan Hanbali mengharuskan khulwah atau bersendirian dengan mahram sendiri yang berlainan jantina dalam kategori hubungan nasab (sebelah bapa) dengan syarat tidak menimbulkan keinginan syahwat. Justeru, seorang anak perempuan yang perlu berkhidmat kepada bapanya yang uzur perlu menjaga batasan auratnya dan tidur berlainan katil dengan tidak mendedahkan auratnya melebihi pada kadar dibenarkan oleh agama. KEPERLUAN Berlakunya sentuhan ketika adanya keperluan atau darurat seperti mencuci najis di bahagian alat sulit mahram dibolehkan dalam Islam dengan syarat sentuhan berlapik menggunakan sarung tangan, melihat tempat aurat sekadar diperlukan sahaja dan tidak menimbulkan fitnah. Kebajikan seorang anak terhadap ibu bapanya ketika mereka masih berada di dunia ini perlu dilaksanakan dengan sempurna apabila mereka telah meninggal dunia. Walaupun menguruskan jenazah hukum asalnya adalah fardu kifayah, namun sebagai seorang anak yang taat kepada ibu bapa, peranan tersebut seharusnya dilakukan oleh anak tersebut. Menurut Imam al-Nawawi, keutamaan memandikan jenazah hendaklah diserahkan kepada ahli keluarga terdekat dalam kalangan lelaki, dalam erti kata sekiranya yang meninggal dunia itu seorang bapa, tanggungjawab memandikan jenazahnya hendaklah diuruskan oleh anak lelakinya yang lebih afdal. Pada masa yang sama, sekiranya isteri si mati masih hidup, beliau juga berhak memandikan jenazah suaminya kerana dalam sebuah riwayat Aishah yang bermaksud: “Sesungguhnya Abu Bakar mewasiatkan kepada (isterinya) Asma’ binti ‘Umais 267


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 268

untuk memandikan (jenazahnya).” Jadi, keutamaan jenazah lelaki didahulukan secara tertib golongan lelaki daripada kalangan kaum kerabat, kemudian isteri, kemudian orang lelaki ajnabi (bukan kerabat) dan kemudiannya wanita-wanita mahram (seperti anak perempuan). Dalam erti kata lain, pengurusan jenazah lelaki diuruskan oleh lelaki dan begitulah sebaliknya. Setelah itu anak lelaki bertanggungjawab mengimamkan solat jenazah ibu bapanya sebagai lambang khidmat terakhir buat orang tuanya. Anak perempuan juga harus melaksanakan solat jenazah walaupun tuntutan fardu kifayah tidak tertakluk kepada mereka. Semoga segala jasa dan pengorbanan mereka diberi ganjaran selayaknya di sisi ALLAH SWT sebagai anak yang soleh.

268


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 269

KERANA MASA, EMAS BINASA Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter yang merupakan rekod baru dunia disebabkan lewat melaporkan diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung. RAKYAT MALAYSIA digemparkan dengan insiden mengejutkan selepas Muhammad Ziyad Zolkefli dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter yang merupakan rekod baharu dunia. Beliau telah diklasifikasikan sebagai Did Not Start (DNS) atau tidak memulakan persaingan disebabkan lewat melaporkan diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung. Bahananya maruah negara tercalar dan ganjaran bernilai lebih satu juta ringgit mungkin terlepas begitu sahaja hanyalah disebabkan kerana masa yang tidak dipatuhi atau bukan kesalahan beliau sendiri dan juga kontinjen negara yang tidak diketahui. ALLAH SWT bersumpah dengan masa dalam Surah al-Asr kerana masa itu adalah sangat penting pada seseorang insan. 269


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:11 PM Page 270

Seseorang insan itu berjaya atau gagal di dunia ini adalah berkait rapat dengan pengurusan masanya sama ada ia dimanfaatkan dengan sebaiknya atau dia membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dimanfaatkan. Masa dapat dikaitkan dengan amanah, masa dikaitkan dengan amal soleh, masa dikaitkan dengan pengalaman, masa dikaitkan dengan kehidupan untuk mencari rezeki, masa juga dikaitkan dengan janji. Oleh itu, Surah al-Asr ini sinonim dengan kehidupan semua makhluk ciptaan ALLAH SWT di atas muka bumi. ALLAH SWT memberikan suatu modal yang amat berharga dan tiada galang gantinya. Dengan modal ini, manusia bahkan binatang dapat meneruskan kehidupan sehariannya dengan cukup sempurna sekiranya dilakukan secara berhemah. Modal tersebut sudah tentunya ‘masa᾿ yang tiada tolok bandingnya. Namun berapa ramaikah dalam kalangan kita yang mengambil pengajaran daripada ayat di atas? TERSUNGKUR DI PENTAS DUNIA Terlalu ramai yang tersungkur di pentas arena dunia fana apabila dikaitkan dengan pengurusan masa. Mereka lebih rela menghabiskan masa yang tidak berfaedah dengan keseronokan tanpa sedikit pun memikirkan tentang kematian yang saban hari mendekati mereka dan kita. Makhluk kerdil ciptaan ALLAH SWT seperti burung secara fitrahnya bijak menghargai masa, ketika keluar mencari makan untuk dibawa pulang kepada anak-anaknya dan kembali semula ke sarangnya tetap dengan masanya, kalau tidak anak-anak burung akan kelaparan, bagaimana pula dengan manusia? Atas dasar itulah Nabi Muhammad SAW memberikan contoh di dalam hadis baginda berkaitan mencari rezeki dengan mengaitkannya dengan sikap burung yang tubuhnya kecil, tetapi tawakal dan kecekalannya ibarat gunung. Sabda Nabi Muhammad SAW daripada riwayat Umar al-Khattab RA yang bermaksud: “Sekiranya kamu benarbenar bertawakal kepada ALLAH SWT, nescaya ALLAH SWT akan memberi rezeki kepada kamu seperti mana Dia memberi rezeki kepada burung, ia keluar dengan perut yang kosong pada waktu pagi dan pulang pada petang harinya dengan perut kenyang.” (Riwayat al-Tirmidzi) Pendek kata, masa memerlukan komitmen. Jika anda tidak mampu memberikan komitmen kepada masa, mungkin anda bukan orang yang menepati masa. Seterusnya jika anda bukan orang yang tidak menepati masa, maka anda juga bukan orang yang menepati janji. Jika anda bukan orang yang boleh 270


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:11 PM Page 271

menepati janji, maka anda mempunyai sifat-sifat seorang munafik. Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) MANUSIA TERIKAT DENGAN MASA Hadis di atas jelas kepada kita begitu penting kepada seseorang itu menepati janji yang pada awalnya bermula pada masa. Setiap orang terikat dengan masa tersendiri, pekerja mempunyai masa kerjanya tersendiri, guru terikat dengan waktu kehadirannya ke sekolah jam 7.30 pagi, pekerja kilang dengan tempoh bertugasnya mengikut giliran tertentu dengan tempohnya tersendiri dan begitulah seterusnya. Seseorang yang bercadang untuk melancong ke luar negara sudah pasti mempunyai jadual pelepasan pesawatnya tersendiri dan terikat dengan masa pelepasan tersebut. Seorang pelancong yang bijak akan tiba terlebih awal di lapangan terbang sebelum pesawat dijadualkan berlepas dalam tempoh tiga jam dalam negeri dan empat jam untuk keluar negara. Dia berbuat demikian kerana memahami konsep penumpang menunggu kapal terbang bukan kapal terbang menunggu penumpang. Dalam erti kata mudah, kita menunggu kapal terbang atau kapal terbang menunggu kita? Jikalau kita yang menunggu kapal terbang, kita akan tiba dengan selamat ke destinasi ditujui, tetapi kalau kapal terbang yang menunggu kita sudah pasti kita tidak akan ke mana-mana. Dengan adanya sikap menghargai masa dan peraturan seperti ini, produktiviti kerja dalam pebagai bidang dapat dipertingkatkan dan semua perkara akan berjalan lancar. Apa yang akan berlaku sekiranya seorang guru datang lewat ke kelas, sudah pasti murid di dalam kelas ibarat kambing mengembek begitulah juga dalam sektor-sektor lain. Oleh itu, kehidupan duniawi ibarat suatu perniagaan yang sedang diusahakan di mana laba atau keuntungannya akan kita peroleh di hari akhirat kelak. Namun sebahagian pekerja tidak begitu sensitif terhadap ‘modal masa᾿ berbanding modal yang berupa ‘wang ringgit᾿ kerana itu pembaziran masa berlaku sewenang-wenangnya melalui perbualan-perbualan kosong, masa interaksi di media sosial yang tidak berfaedah dan pelbagai lagi aktiviti lain untuk menghabiskan masa. Justeru, marilah kita gunakan masa yang ada ini untuk 271


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:11 PM Page 272

memperbanyakkan amal soleh kita untuk dibawa sebagai bekalan di alam kubur, yang muda gunakan usia muda dengan menambah ilmu sebanyaknya untuk meningkatkan kualiti amalan di hari tua. Yang tua, jangan gunakan masa tua hanya banyak termenung mengenang kisah muda yang banyak lekanya. Gunakan masa yang ada untuk amal soleh yang pasti menerangi kubur yang gelap gelita. Tidak kira apa jua kebaikan di dunia ini jangan kita persiakan. Walaupun ianya kecil, tapi besar bila ditimbang di neraca Tuhan. Setiap saat berlalu, maka berlalulah modal tersebut sama ada ia telah memberikan keuntungan kepada kita pada hari akhirat kelak atau sebaliknya, ianya terpulanglah bagaimana cara kita menguruskannya. Benarlah pepatah Arab yang bermaksud: “Masa ibarat pedang jika kamu tidak menggunakannya untuk memotong, ia akan memotong kamu.”

272


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:11 PM Page 273

BENARKAH PESAKIT COVID YANG KEMBALI KE RAHMATULLAH MATI SYAHID DUNIA DAN AKHIRAT? Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

1.

KEMATIAN merupakan perjalanan terakhir setiap insan yang dilahirkan di atas muka bumi ini tanpa berkecuali. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian, kerana kematian merupakan sunnatullah yang sudah ditetapkan garis waktunya untuk semua makhluknya. Kematian juga merupakan peralihan untuk menuju alam abadi dan mendapat tempat yang selayaknya di sisi ALLAH SWT sama ada syurga atau neraka. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 8 yang bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada ALLAH, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”.

2.

Setiap orang yang beriman inginkan kesudahan hayatnya dengan cara yang diredai ALLAH SWT dan tertulis di sisinya sebagai husnul-khatimah. Namun, bukanlah suatu perkara mudah mendapatkan perkara tersebut kecuali dengan izin ALLAH SWT dan rahmatnya ke atas makhluk serta iltizam seorang hamba berada di atas jalan istiqamah melaksanakan amal soleh dan nahi munkar. Penghormatan tertinggi daripada ALLAH SWT ke atas hambanya boleh diukur dengan cara kematian yang berlaku. Justeru mati syahid dengan tiga kategorinya secara berurutan merupakan suatu anugerah ALLAH SWT kepada hamba-hambanya yang terpilih. Tidak syak lagi golongan mendapat tempat yang terbaik di sisi ALLAH SWT berdasarkan pandangan mata kasar manusia yang menilai kematian tersebut berlaku dan kesudahannya milik mutlak ALLAH SWT untuk menentukannya.

3.

Tiga kategori syahid yang dikemukakan oleh ulama berpandukan kepada hadis-hadis Nabi SAW yang bermaksud: Pertama: Syahid dunia & akhirat. Syahid kategori ini hanya bagi mereka yang terkorban dalam medan peperangan 273


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:11 PM Page 274

fisabilillah dengan niat ikhlas meninggikan syiar agama Islam dan mengharapkan keredaan ALLAH SWT. Dalam kategori ini pengurusan jenazahmereka terikat dengan hukum-hakam khusus di dunia iaitu tidak dimandikan, dikebumikan dengan pakaian yang dipakai ketika peperangan dan tidak disolatkan menurut semua mazhab kecuali mazhab Hanafi. Bagi mereka sudah pastinya ganjaran tertinggi di akhirat menanti. Kedua: Syahid dunia bagi mereka yang pada zahirnya terbunuh ketika dalam peperangan tetapi sebaliknya diselubungi dengan nawaitu yang tidak jujur atau semacam dipaksa, ini boleh merosakkan pahala jihad. Dalam kategori ini pengurusan jenazah mereka terikat dengan hukum-hakam khusus di dunia seperti kategori pertama juga, namun tiada sebarang ganjaran di akhirat kelak. Ketiga: Syahid akhirat bagi golongan tertentu yang dinamakan oleh Rasulullah SAW secara khusus selain daripada peperangan fisabilillah, seperti mati terbakar, wabak (seperti Covid), lemas, ditimpa runtuhan, kematian melahirkan anak dan sebagainya. Dalam kategori ini pengurusan jenazah mereka seperti mana biasa dimandikan, dikafankan dan disolatkan kemudian dikebumikan. Buat mereka ganjaran pahala tersedia di sisi ALLAH SWT pada hari kiamat kelak. 4.

Pesakit Covid yang menjadi korban akibat pandemik ini tergolong dalam kategori syahid akhirat seperti mana sabda Nabi SAW daripada Anas bin Malik RA yang bermaksud: “Wabak taun itu adalah penyebab mati syahid bagi setiap muslim” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Pengertian wabak seperti dalam hadis tadi bersifat umum, apa sahaja jangkitan penyakit yang menular kepada umum sehingga mengakibatkan kematian dalam skala luar biasa maka yang menjadi korbannya sekiranya beragama Islam mereka adalah syahid akhirat. Namun demikian, berlaku kekeliruan dalam masyarakat apabila pengurusan jenazah Covid tidak dimandikan pada ketika ini, sehingga ada yang beranggapan golongan ini mati syahid dunia dan akhirat. Justeru kekeliruan ini perlu dijawab secara akademik bukan dengan kefahaman secara tidak ilmiah. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berdasarkan hasil bedah siasat satu mayat oleh Institut Penyelidikan Perubatan, IMR, mendapati terdapat virus Covid dikesan pada permukaan badan mayat, melalui analisis Real-time Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) dan bendalir yang keluar daripada jenazah Covid mempunyai potensi 274


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:11 PM Page 275

kebolehjangkitan. Oleh kerana itu, bagi mengurangkan risiko terhadap petugas daripada terkena air atau tersentuh kulit yang mempunyai risiko penyebaran virus kepada pihak pengurusan jenazah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bersetuju untuk menukarkan prosedur asal mandi jenazah, kepada tayammum sahaja. 5.

Justeru jenazah pesakit Covid tidak dimandikan, kerana boleh memudaratkan pihak lain bukan dikecualikan dengan nas daripada mana-mana hadis dan seumpamanya. Menurut ketetapan Fatwa al-Azhar Mesir, jika keadaan membolehkan untuk dimandikan jenazah Covid hukumnya adalah wajib sekadar melalukan air ke atas jenazah tanpa digosok. Namun jika keadaan tidak membenarkan jenazah untuk berbuat demikian, jenazah boleh dikebumikan tanpa dimandi dan ditayammumkan kerana menjaga nyawa manusia yang masih hidup adalah lebih utama. Dalam hal ini jelas pengecualian daripada memandikan jenazah dalam peperangan fisabilillah merupakan anugerah khusus daripada ALLAH SWT untuk mereka yang gugur dalam medan pertempuran meninggikan syiar agama Islam dan mengharapkan keredaan ALLAH SWT sahaja. Sabda Nabi SAW daripada hadis Abdullah bin Abbas RA yang bermaksud: “Kebumikanlah jenazah mereka dengan darah-darah mereka” (Riwayat al-Bukhari). Dalam hadis lain riwayat Jabir bin Abdillah RA. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu mandikan jenazah mereka, kerana setiap luka atau darah, akan mengeluarkan bau harum kasturi pada hari kiamat nanti.” (Riwayat al-Bukhari)

6.

Urusan melibatkan persoalan hukum-hakam merupakan persoalan amanah kepada ilmu yang membawa kesan besar kepada masyarakat, apatah lagi sekiranya yang mengutarakannya tokoh-tokoh ilmuan tertentu. Oleh itu, saya mengajak diri saya dan semua agar kita mengambil sikap tabayyun atau menyemak asas kebenarannya terlebih dahulu sebelum dikemukakan kepada orang ramai. Dalam sebuah hadis daripada Tamim bin Aus RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Agama itu adalah nasihat” [Riwayat Muslim]. Dalam hadis ini Nabi berpesan agar umat Islam perlu bersikap hati-hati dengan cara meneliti dan mencari bukti yang berkait dengan isu yang berbangkit agar kita tidak terjerumus dalam kancah fitnah. 275


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:11 PM Page 276

ANTARA PERINTAH SUAMI, SOP COVID DAN IBU BAPA MANA YANG DIPATUHI? Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

MEMBINA kerukunan rumah tangga merupakan sunnatullah kepada semua umat manusia semenjak daripada Nabi Adam AS untuk memelihara kelangsungan keturunan daripada hubungan kelamin yang sah. Sudah menjadi rahsia umum seorang isteri wajib patuh dan taat kepada suami dalam perkara ma’ruf. Keredaan suami menjadi asbab keredaan ALLAH SWT dan mempermudahkan perjalanan seorang isteri menuju syurga kelak. Isteri yang tidak mendapat keredaan suami dianggap berlaku nusyuz atau derhaka. Oleh itu, dalam Islam hak suami di atas isterinya mengalahkan hak sesiapapun setelah hak ALLAH SWT dan Rasul-Nya, termasuklah hak kedua ibu bapanya sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab seorang isteri mentaati suaminya untuk layak diberikan gelaran Isteri Solehah. Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada ALLAH dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan ALLAH dan pertolonganNya” (al-Nisa: 34). Menurut al-Tabari perkataan taat dalam ayat tersebut merujuk kepada ketaatan kepada para suami. Dalam sebuah hadis riwayat ‘Aishah RA yang bermaksud: Aku pernah bertanya kepada Nabi SAW “Siapakah manusia yang paling berhak dipatuhi atas seorang isteri?” Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Suaminya.” Aku bertanya lagi, “Lalu siapakah manusia yang paling berhak dipatuhi atas seorang lelaki?” Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Ibunya.” Namun demikian, dalam suasana negara diancam wabak Covid, pihak kerajaan lebih menjaga keselamatan dan nyawa rakyat dan tidak membenarkan pergerakan rentas negeri, daerah dan sebagainya untuk mencegah penularan wabak termasuk menziarahi ahli keluarga terdekat terutama musim perayaan. Disebabkan terlalu lama tidak menziarahi ahli keluarga terdekat mungkin ada segelintir para isteri bertindak keluar menziarahi ibu bapa mereka tanpa keizinan suami. Lebih malang lagi perbuatan tersebut membawa kepada penularan wabak ke rumah sendiri tanpa disedari, persoalannya adakah perbuatan ini wajar dan dibenarkan dalam 276


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:11 PM Page 277

agama walaupun dengan alasan menjaga hubungan silaturahim antara anak dan ibu bapa? Para ulama’ sepakat menyatakan di antara kewajipan isteri dalam mentaati suaminya ialah memberikan khidmat dan tinggal di rumah suaminya. Hal ini bermaksud isteri tidak boleh sewenangwenangnya keluar dari rumah kelamin tanpa sebab yang syar’ie kecuali dengan keizinan suami untuk mencari rezeki keluarga. Dalam sebuah hadis riwayat Saidatina ‘Aisyah RA bahawa beliau pernah meminta izin kepada baginda untuk pulang ke rumah ibu bapanya. Saidatina ‘Aisyah RA berkata kepada Nabi SAW yang bermaksud: “Adakah Rasulullah SAW mengizinkanku untuk mendatangi kedua ibu bapaku? Maka Rasulullah SAW mengizinkan daku”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Menurut Ibn Hajar Al-Asqalani hadis ini menjadi dalil bahawa wanita tidak boleh keluar dari rumah suaminya tanpa keizinan daripada suami. Justeru, isteri wajib memohon keizinan suaminya untuk keluar daripada rumah suaminya sekalipun dengan tujuan untuk menziarahi kedua-dua ibu bapanya. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa, kata-kata nasihat yang sentiasa segar mekar dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, tidak dapat dinafikan menjaga hubungan baik antara anak dan ibu bapa tiada batasan masa dan tempat. Atas dasar itu, menurut mazhab Hanafi dan Maliki suami tidak berhak menghalang isteri untuk menziarahi ibu bapanya sendiri setiap minggu sekali, pada hari Jumaat dan isteri berhak berbuat demikian walaupun tanpa keizinan suami dengan syarat keselamatan terjamin. Begitu juga dalam mazhab Syafie dan Hanbali, dalam kitab Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu ada disebutkan harus bagi suami untuk melarang isterinya untuk menziarahi keluarganya, tetapi yang lebih baik adalah tidak menghalangnya melihat kepada uruf atau adat resam masyarakat setempat contohnya ibu bapa dalam keadaan sakit yang tenat, menghadiri majlis pengkebumian kedua ibu bapanya ketika mereka meninggal dunia, kerana larangan tersebut boleh membawa kepada terputusnya hubungan silaturrahim. Pendek kata sekiranya larangan tersebut boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan terputus, atau ibu bapa yang uzur dan memerlukan khidmat anak adalah diharuskan bagi isteri untuk keluar sekalipun tanpa keizinan suaminya. Namun, ketika ini amat tidak wajar seorang isteri keluar tanpa izin suami dalam keselamatan tidak terjamin dan adanya SOP Covid yang tidak membenarkan untuk berbuat demikian. Keadaan sekarang berada dalam darurat di mana keutamaannya adalah 277


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:11 PM Page 278

menjaga nyawa sesuai dengan firman ALLAH SWT yang bermaksud: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (al-Baqarah : 195). Bagaimana jika si isteri tadi dijangkiti Covid dan membawa pulang ke rumah sehingga menular kepada suami, anak-anak dan pembantu rumah? Sudah pasti dalam kes seperti ini isteri melakukan dua dosa, pertama tidak mentaati suaminya dan kedua ingkar kepada arahan pemerintah yang hukumnya wajib seperti firman ALLAH SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada ALLAH dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu”. [al-Nisa : 59] Sebagai seorang muslim yang beriman kepada ALLAH SWT kita diminta untuk berusaha sedaya upaya mengelakkan diri daripada jangkitan Covid dan tidak meletakkan segalanya kepada takdir atau ketentuan ALLAH SWT. Perbuatan reda dan pasrah kepada ALLAH SWT apabila dijangkiti Covid sedangkan usaha tidak langsung dilakukan merupakan ajaran aliran al-Jabariyyah yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini bererti reda dengan ketentuan ALLAH SWT mestilah berlaku setelah segala usaha dilakukan untuk menghindari jangkitan Covid dengan mengambil vaksin dan sebagainya. Ada yang mengatakan ambil vaksin dua dos pun mati juga, kalau begitu ada baiknya tidak diambil, kenyataan ini boleh merosakkan aqidah. Ketentuan hidup atau mati hak mutlak milik ALLAH SWT itulah aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang tiada khilaf lagi, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Kami lah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan” [al-Waqi’ah : 60].

278


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:11 PM Page 279

WAKAF BUKU DEMI DIDIK MASYARAKAT Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Majlis pelancaran Buku Covid-19 Melanda Negara dan Dunia yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam di Hotel Muzaffar, Ayer Keroh, Melaka pada awal April lalu.

PENULARAN Covid yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia telah memberikan impak yang besar kepada kehidupan masyarakat sehingga menyebabkan kita terpaksa menjalani kehidupan dengan norma baharu. Perubahan itu telah memberikan ilham kepada Pengasas Utas Travel & Tours, Datuk Mohamad Din Yusoh untuk menerbitkan buku bertajuk Covid Melanda Negara dan Dunia dengan mewujudkan satu konsep baharu yang dipanggil wakaf ilmu dalam era pandemik ketika ini. Kandungan buku itu yang mempunyai 226 halaman mempunyai beberapa tajuk iaitu Ujian Kepada Manusia dan Peringatan ALLAH, Menghargai Masa Semasa Covid, Selepas Covid dan Mencuri Masa di Tempat Kerja dan Cara Solat Jumaat Semasa Covid. Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob bersama Mohamad Din baru-baru ini. SINAR HARIAN : Boleh Datuk ceritakan bagaimana tercetusnya idea penghasilan buku ini? MOHAMAD DIN : Idea menulis buku ini hadir ketika dunia dilanda musibah Covid dan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan 279


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:11 PM Page 280

Pergerakan (PKP) pada Mac 2020. Saya terfikir untuk menyumbang idea dan rujukan dalam bentuk penulisan yang boleh dikongsikan bersama rakyat Malaysia. Saya bermula dengan mengkaji dan mengumpul maklumat daripada bahan-bahan bercetak yang terdapat di perpustakaan peribadi saya di rumah. Bagi memastikan maklumat yang dikemukakan dalam buku ini tepat, berwibawa, hukum-hakamnya teratur, ia telah disemak dan diteliti oleh para ilmuan Islam dan pakar-pakar dalam bidang yang berkaitan. APAKAH ANTARA ISI KANDUNGAN YANG MENARIK DALAM BUKU INI? Buku ini membawa kepada solusi-solusi dan penyelesaian masyarakat berkaitan pelaksanaan solat Jumaat disebabkan arahan yang berbeza-beza antara negeri-negeri lain. Contoh solat Jumaat 3 orang termasuk imam, 3 orang tidak termasuk imam, 12 orang termasuk imam dan ada juga 40 orang termasuk imam. Rujuk buku “Covid-19 Ujian Kepada Manusia dan Peringatan ALLAH, Menghargai Masa Semasa Covid, Selepas Covid Dan Mencuri Masa Di Tempat Bekerja, Cara Solat Jumaat Semasa Covid”. Alasan utama adalah disebabkan untuk menjaga penjarakan fizikal. Justeru, apa yang berlaku perlu dilihat dari sudut positif bagaimana kita sebagai umat Islam perlu memahami dan mendapat jawapan tepat berkaitan dengan persoalan yang berlegar dalam kalangan masyarat mengenai hikmah ujian besar ini kepada manusia, khususnya kepada umat Islam itu sendiri. Buku ini juga turut menyingkap persoalan dan kupasan pelaksanaan solat Jumaat ketika pandemik ini melanda sebagai alternatif untuk melaksanakan syariat Islam secara berterusan. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN BAHAWA BUKU INI DAPAT MEMBERI PENGAJARAN DAN KEINSAFAN KEPADA PEMBACA? Saya mengangkat tema bencana Covid dalam buku ini untuk melihat kepada pengajaran dan merumusnya kembali secara tersurat dan tersirat. Jika pembaca menghayati dan mendalami perkara ini mereka akur bahawa alam ini dicipta oleh ALLAH SWT dilengkapi dengan peraturan alam yang telah ditentukan olehNya. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENDAPATKAN BUKU TERSEBUT? Bagi individu atau sesiapa sahaja yang berhasrat memiliki buku ini untuk koleksi sendiri atau diwakafkan sebagai wakaf ilmu, 280


3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:11 PM Page 281

boleh hubungi Pustaka Tawjih yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Pihak percetakan dan saya sendiri tidak menyimpan stok buku ini. Semuanya berada di Pustaka Tawjih selaku pengedar tunggal buku ini. Perlu saya ingatkan lagi, buku ini diwakafkan sepenuhnya tanpa sebarang bayaran kecuali untuk kos penghantaran. BERAPAKAH SASARAN JUMLAH BUKU YANG AKAN DIWAKAFKAN? Buku ini sebenarnya telah diedarkan di Melaka melalui Jabatan Mufti Negeri di tempat saya sebanyak 8,000 naskhah manakala di negeri Johor yang diselia oleh YB Dato’ (DR) Haji Nooh bin Gadot sebanyak 11,000 naskhah mengambil kira keluasan negeri tersebut. Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Jabatan Mufti Pahang masing-masing 8,000 naskhah dan mufti-mufti negeri-negeri lain kemungkinan dalam proses menyemak. Terkini saya turut mendapat permintaan daripada mufti kerajaan Negara Brunei sebanyak 3,000 naskhah. Ini bererti keseluruhan naskhah yang dicetak telah mencecah 60,000 dan kerja-kerja mencetak sedang berjalan untuk cetakan kelima. Jika ada lagi permintaan daripada jabatan-jabatan mufti di negeri-negeri yang belum menerima buku ini saya menjangkakan unit yang tercetak akan mencecah hingga 107,000 naskhah. MENGAPA ORANG RAMAI PERLU MENDAPATKAN BUKU INI? Saya berkeyakinan mereka yang telah membaca buku ini atau belum memiliki dan berhasrat untuk membaca buku ini pasti dapat mengambil manfaat daripada setiap topik yang dikemukakan. Buku ini merangkumi banyak perkara yang wajib dihayati ketika kita berada dalam musibah Covid ini terutamanya daripada aspek aqidah kupasan terperinci berkaitan hukum-hakam yang berlegar dalam kehidupan harian seperti solat Jumaat dan solat-solat sunat yang lain. Tidak ketinggalan juga daripada aspek pengurusan ekonomi yang membawa kepada sebab utama keruntuhan institusi keluarga pada hari ini. Buku ini sesuai untuk semua peringkat umur berdasarkan kepada topik-topik perbincangan yang telah disusun khususnya kepada orang Islam.

281



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook

Articles inside

Wakaf Buku Demi Didik Masyarakat

3min
pages 293-296

Antara Perintah Suami, SOP Covid Dan Ibu Bapa Mana Yang Dipatuhi?

4min
pages 290-292

Kerana Masa, Emas Binasa

4min
pages 283-286

Khidmat Terakhir Seorang Anak

4min
pages 279-282

Benarkah Pesakit Covid Yang Kembali Ke Rahmatullah Mati Syahid Dunia Dan Akhirat?

4min
pages 287-289

Ikutlah Dakwah Nabi Dan Para Sahabat

4min
pages 275-278

Penjelasan Solat Dan Beli-Belah Ketika Pandemik

4min
pages 271-274

Penyakit Sihir Atau Buatan Orang Apakah Doktor Pakar Boleh Mengubatinya?

7min
pages 262-266

Adab Seorang Penceramah Dalam Majlis Ilmu

7min
pages 257-261

Haram Menolak Pengambilan Vaksin

4min
pages 267-270

Hukum Memelihara Anjing Apakah Haram, Makruh Atau Harus Dan Pandangan Daripada Empat Mazhab Yang Muktabar Serta Pandangan Dari Sudut Sains Kesihatan;

12min
pages 226-236

Amalan Tarekat Dikaitkan Dengan Ajaran Dan Amalan Sesat?

10min
pages 251-256

Mendengar Khutbah Jumaat, Sunat Atau Sunnah?

7min
pages 221-225

Hukum Mengedar Tabung Derma Bergerak Dan Bercakap Semasa Khatib Sedang Menyampaikan Khutbah, Ada Yang Mengatakan Haram, Makruh Dan Harus

5min
pages 216-220

Penglibatan Sheikh Ahmad Dalam Urusan Haji Bersama Pihak Berkuasa Arab Saudi

2min
pages 214-215

Suasana Kemuncak Haji

1min
page 209

Sistem Pengendalian Haji

5min
pages 210-213

Keadaan Rumah / Tempat Tinggal Jemaah

1min
page 208

Bekalan Jemaah Haji

1min
page 205

Bagaimana Sheikh Ahmad Lampong Mendapat Dan Menguruskan Jemaah

2min
pages 206-207

Perhimpunan Agung UMNO Bulan Dua Belas 2015

2min
pages 192-193

Pengendalian Haji Yang Berwibawa

1min
page 204

Jerebu - Kau Yang Tak Diundang

1min
pages 178-179

Tempat Tinggal

1min
page 203

Gurindam Gelaran Datuk Seri, Datuk-Datuk Di Negara Tercintaku Ini

2min
pages 200-201

Saya Berbangga Dengan Kereta Nasional

10min
pages 194-199

Rujukan

1min
page 175

Musibah Dan Muhasabah

1min
pages 176-177

ALLAHSWT Menerima Doa Orang Yang Sedang Dalam Bermusafir

8min
pages 170-174

Kita Mengatur, Tetapi ALLAHSWT Maha Pengatur Dan Maha Mengetahui Segala-galaNya

1min
page 169

Mendirikan Solat Hajat Untuk Merosakkan Pihak Lain Atau Antara Sesama Hamba ALLAHSWT

1min
page 163

Kisah Semut Hitam Boleh Dijadikan Iktibar

1min
page 168

Isu Khilafiyah Diperdebatkan

1min
page 162

Kisah Nabi Sulaiman AS Dan Doa Semut

6min
pages 164-167

Gunung-Ganang (Bukit Bukau) Adalah Pasak Bumi Yang ALLAH SWTJadikan

1min
page 160

Masuk Rumah Orang Melalui Pintu Depan Dan Beri Salam

1min
page 161

Musibah Banjir : Diundang, Diminta Atau Takdir

1min
page 159

Asas Kesesatan Ajaran Al-Mu’tazilah

1min
page 146

Rujukan

1min
pages 157-158

Kemunculan Al-Jabariyyah

1min
page 149

Bahaya Dan Ancaman Al-Muktazilah Baharu

3min
pages 147-148

Kesesatan Khawarij Dan Ancaman Khawarij Baharu

3min
pages 141-142

Sejarah Kemunculan Mu’tazilah

1min
page 145

Kesesatan Khawarij Dan Syiah Secara Bandingan

2min
pages 143-144

Sejarah Munculnya Khawarij

1min
page 140

Inisiatif Kaunseling Kepada Pengikut Syiah

2min
pages 137-139

Fatwa Syiah - Darah Sunni Halal (Boleh Dibunuh

1min
page 125

Kelemahan Penguatkuasaan Undang-Undang Punca Ramai Terpengaruh Ajaran Syiah

3min
pages 135-136

Syiah Dan Hukum ALLAHSWT

1min
page 124

Kewajaran Institusi-Institusi Islam Di Malaysia

1min
page 134

Kesesatan Syiah

6min
pages 112-116

Sejarah Syiah

3min
pages 110-111

Sejarah Perkahwinan Mut’ah

1min
page 118

Rujukan

1min
page 107

Sebahagian Bentuk-Bentuk Dosa Besar Dan Balasannya

2min
pages 105-106

Penghuni Neraka Diberi Minum Air Danur Atau Darah Yang Bercampur Nanah

1min
page 103

Balasan Azab Bagi Pendosa-Pendosa Di Kalangan Orang Beriman

1min
page 104

Keadaan Penghuni Neraka

6min
pages 98-101

Bentuk-Bentuk Seksaan Penghuni Neraka

2min
pages 95-96

Siapakah Golongan Pertama Dihisab dan Diazab Di Neraka?

1min
page 97

Neraka Serta Namanya Ada Tujuh

2min
pages 93-94

Adakah Neraka Mempunyai Jurangnya Sendiri?

1min
page 92

Apakah Bahan Bakar Api Neraka?

1min
page 91

Di Manakah Terletaknya Neraka?

1min
page 89

Berapa Luaskah Neraka?

1min
page 90

Kenapa Perlu Takut Neraka?

3min
pages 87-88

Neraka Daripada Ilmu Yaqin Kepada Ainul Yaqin Seterusnya Haqqul Yaqin

1min
page 85

Makanan Penghuni Neraka Ialah Buah Zaqqum Yang Seperti Tembaga Cair, Mendidih Dalam Perut Dan Meluap-luap Panasnya Dan Dhari’ (Pohon Berduri Yang Sangat Keras, Paling Pahit Buahnya Dan Tidak Menghilangkan Rasa Lapar)

1min
page 86

Seawal Usia Kanak-Kanak Diajar Membaca Dan Menghafal Ayat-Ayat Lazim Daripada Al-Quran

1min
page 83

Pengertian Hudud

1min
page 76

Tafsiran Rasuah

1min
page 73

Rujukan

1min
page 81

Pengertian Takzir

4min
pages 78-80

Pengertian Qisas

1min
page 77

Perbezaan Rasuah Dan Hadiah

7min
pages 67-71

Rasuah Dalam Pemberian Dan Penerimaan Hadiah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

1min
page 72

Fakta Yang Menakutkan Dan Dahsyatnya Api Neraka

1min
page 39

Harta Rasuah Membawa Sengsara Di Hari Kiamat

2min
pages 35-36

Indeks Rasuah - Transparency International Tahun 2020

1min
pages 48-49

Kepentingan Diri Dan Pengekalan Kuasa Itulah Falsafah Kebanyakan Ahli Politik Kebanyakan Negara Di Dunia Ini

2min
pages 51-52

Rumusan

6min
pages 57-60

Panasnya Api Neraka Lebih 70 Kali Ganda Api Di Dunia

1min
page 40

Pandangan Dan Petikan Beberapa Pemimpin Dan Personaliti Berhubung Dengan Hukuman Kepada Pemberi, Perantara Dan Penerima Rasuah

1min
pages 53-56

Penghuni Neraka Diberi Minum Air Danur Atau Darah Yang Bercampur Nanah

2min
pages 37-38

Anggota Tubuh Badan Sendiri Seperti Tangan Dan Kaki Menjadi Saksi Di Mahkamah ALLAH SWT. Bukan Seperti Mahkamah Rayuan Dan Mahkamah Persekutuan

1min
page 21

Isu Rasuah Telah Disentuh Oleh Penulis Dari Tahun 2014

1min
page 17

Pandangan Mazhab Hanafi Tentang Hukum Bersedekah Dengan Harta Yang Haram, Batil Atau Rasuah

5min
pages 31-34

Rasulullah SAW Melaknat Pemberi Rasuah Dan Penerima Rasuah

1min
page 20

Rasuah Alaf Baharu

4min
pages 27-29

Pandangan Ulama Tafsir Berkaitan Harta Batil Termasuk Rasuah

5min
pages 23-26

Tidak Mentadabbur Dan Menghayati Intipati Al-Quran Punca Terjebak Dengan Rasuah

1min
page 22

Cadangan Penulis Bagi Membanteras Rasuah Langkah Mewujudkan Mata Pelajaran Pendidikan “Bahaya Rasuah” Dari Kecil Bermula Tadika, Sekolah Rendah, Menengah Hinggalah Ke Universiti

1min
page 19
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.