4 minute read

Pengertian Takzir

atau hukuman yang sama boleh dikenakan. Dalam erti kata lain penjenayah yang membunuh atau mencederakan anggota tubuh dikenakan hukuman yang menyamai dengan jenayah yang dilakukannya. Contohnya, bagi kesalahan bunuh dibalas dengan hukuman mati, bagi kesalahan membutakan mata dibalas dengan hukuman membutakan mata dan seumpamanya. Namun demikian sekiranya penjenayah terbukti dengan sabitan membunuh, pilihan diberikan kepada wali mangsa sama ada untuk meneruskan hukuman qisas atau menggantikannya dengan diyat (ganti rugi yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas) atau memaafkannya.

PENGERTIAN TAKZIR ( )

Advertisement

100. Takzir dari aspek bahasa berasal daripada kata terbitan

‘azara ( ) yang bermaksud menolak atau menghalang. Dari segi istilah menurut Wahbah al-Zuhaili dalam mausuah al-Fiqh al-Islami ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-Quran dan Hadis seperti hudud atau qisas sama jenayah tersebut terkait dengan ALLAH SWT sahaja seperti makan pada siang Ramadan, meninggalkan solat dan lain-lain atau terkait dengan hubungan sesama manusia seperti amalan rasuah, pecah amanah, mencaci, memanggil dengan panggilan penghinaan, merampas hak orang lain, meliwat isteri dan lain-lain.

101. Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat. Undang-undang jenayah Islam bertindak dengan menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama sebagai contoh orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam. Dengan adanya hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah, akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera. Hukuman jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Oleh itu hukuman takzir lebih kepada memberikan pengajaran dan keinsafan kepada pelaku salah.

64

Matlamat utamanya untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku, untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat. Justeru itu, hukuman takzir bermula dengan nasihat ( ) : Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi yang pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi kesalahan pada masa akan datang. Teguran ( ): Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha memperbaiki dirinya. Ancaman ( ): Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman. Setelah itu barulah dilaksanakan tindakan yang lebih keras dan menzahirkan maksud hukuman itu sendiri.

102. Bersandarkan kepada sejarah panjang umat Islam terdapat pelbagai bentuk hukuman takzir pernah dilaksanakan dalam sejarah termasuk pada zaman Nabi SAW sendiri. Dalam sebuah hadis riwayat Bahz bin Hakim RA bahawa Nabi SAW pernah memenjarakan seseorang sebelum dibebaskan atas suatu dakwaan [Riwayat Abu Daud, Ahmad, al-Tirmizi dan al-Nasaei]. Perkara yang sama berlaku pada zaman Saidina Umar RA bahkan ada riwayat yang menyatakan pada zaman beliau diperkenalkan sistem penjara secara rasmi. Justeru itu, hukuman penjara merupakan salah satu daripada kaedah hukuman takzir. Menurut al-Qarafi daripada kalangan ulama Maliki pemerintah tidak berhak menahan pesalah takzir dalam kesalahan melibatkan harta seperti pesalah rasuah sekiranya harta tersebut dapat dirampas kembali dengan nilai yang sama daripada pesalah yang diambil secara batil atau apa-apa bentuk lain seperti rumah, tanah yang boleh dinilai untuk mendapatkan kembali hak yang terabai.

103. Ada juga hukuman kepada pesalah rasuah dalam kategori takzir dengan disebat dengan rotan dan rupa paras pelaku rasuah dilumur dengan arang dan dibotakkan kepalanya bertujuan untuk menjadi pengajaran kepada orang awam agar tidak

65

melakukan jenayah rasuah. Pesalah itu tadi akan dipertontonkan kepada khalayak ramai seperti di pasar awam sebagai balasan kepada kejahatan yang dilakukannya. Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Nujaim di kalangan ulama mazhab Hanafi berdasarkan tindakan Saidina Umar bin al-Khattab RA yang menulis surat kepada Gabenornya di bumi Syam, sekiranya ada jenayah saksi palsu pesalahnya hendaklah dihukum dengan sebat 40 rotan, muka dilumur arang, kepala dibotakkan dan dipenjarakan untuk satu tempoh yang panjang.

104. Dalam mazhab Hanafi dan Maliki pesalah dalam kategori takzir seperti rasuah boleh dikenakan hukuman mati sekiranya diperakukan oleh pemerintah dan perbuatan tersebut dilakukan berulang kali setelah tindakan dan peringatan yang lebih ringan telah dilakukan. Menurut ulama kategori ini dinamakan sebagai hukuman mati bersandarkan kepada maslahat sesuai dengan pertimbangan pemerintah ( ). Rujuk al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu oleh Wahbah al-Zuhaili 6/200 cetakan Dar al-Fikr, Damascus. Justeru, pelaksanaan hukuman merupakan kemuncak kepada kesalahan jenayah yang sudah membarah tahap empat di kalangan masyarakat dalam sesebuah negara dan tiada pertimbangan lain yang boleh diambil oleh pemerintah untuk membendung jenayah tersebut.

105. Justeru itu menurut Imam al-Shawkani dalam kitab Nail al-Awtar (wafat:1255 H) hukuman bagi pelaku korupsi bukanlah hudud tetapi takzir yang diserahkan kepada pertimbangan hakim untuk menghukumnya. Dalam menentukan kewajaran hukuman kepada pesalah rasuah kategori takzir lebih fleksibel dan mempunyai kekuatan tersendiri tanpa perlu terikat dengan dalil yang mengikat pemerintah untuk patuh. Ini kerana tidak ada dalil syara’ yang konkrit dijadikan sandaran untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah rasuah dengan hanya satu hukuman sahaja. Hikmat ALLAH SWT mengembalikan tindakan kepada perasuah di bawah keputusan pemerintah amat besar kebaikannya kerana berat atau ringan kesalahan tersebut perlu mengambil kira kepada maslahat umum dan negara termasuk faktor-faktor lain yang membawa kepada berleluasanya amalan rasuah seperti gaji yang terlampau rendah, peluang berada di depan mata, birokrasi pengurusan untuk kepentingan awam dan lain-lain.

66

This article is from: