2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 64
atau hukuman yang sama boleh dikenakan. Dalam erti kata lain penjenayah yang membunuh atau mencederakan anggota tubuh dikenakan hukuman yang menyamai dengan jenayah yang dilakukannya. Contohnya, bagi kesalahan bunuh dibalas dengan hukuman mati, bagi kesalahan membutakan mata dibalas dengan hukuman membutakan mata dan seumpamanya. Namun demikian sekiranya penjenayah terbukti dengan sabitan membunuh, pilihan diberikan kepada wali mangsa sama ada untuk meneruskan hukuman qisas atau menggantikannya dengan diyat (ganti rugi yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas) atau memaafkannya. PENGERTIAN TAKZIR ( ) 100. Takzir dari aspek bahasa berasal daripada kata terbitan ‘azara ( ) yang bermaksud menolak atau menghalang. Dari segi istilah menurut Wahbah al-Zuhaili dalam mausuah al-Fiqh al-Islami ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-Quran dan Hadis seperti hudud atau qisas sama jenayah tersebut terkait dengan ALLAH SWT sahaja seperti makan pada siang Ramadan, meninggalkan solat dan lain-lain atau terkait dengan hubungan sesama manusia seperti amalan rasuah, pecah amanah, mencaci, memanggil dengan panggilan penghinaan, merampas hak orang lain, meliwat isteri dan lain-lain. 101. Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat. Undang-undang jenayah Islam bertindak dengan menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama sebagai contoh orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam. Dengan adanya hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah, akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera. Hukuman jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Oleh itu hukuman takzir lebih kepada memberikan pengajaran dan keinsafan kepada pelaku salah. 64