2 minute read

Harta Rasuah Membawa Sengsara Di Hari Kiamat

Maksudnya: “Dan pada sisi ALLAH SWT jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Loh mahfuz) yang terang lagi nyata”.

HARTA RASUAH MEMBAWA SENGSARA DI HARI KIAMAT

Advertisement

35. Masyarakat kita amat jijik dan alergi dengan sejenis haiwan bernama khinzir dan pasti akan berhati-hati tahap tinggi agar tidak termakan makanan mengandungi elemen khinzir. Namun sayangnya kita tidak pernah merasa jijik dengan perasuah dan penerimanya sedangkan azab ALLAH SWT pada hari kiamat kelak lebih parah daripada menjamah daging babi dan unsur babi yang ada dalam makanan yang diragui halal. Hukuman dunia secara sinopsisnya bermula di mahkamah rendah, mahkamah tinggi kemudian ke mahkamah rayuan dan akhirnya berakhir di mahkamah persekutuan. Mahkamah Rabbul Jalil hanya satu sidang sahaja dan saksinya para malaikat dan anggota tubuh badan sendiri, segalanya akan tersingkap satu persatu dan kesudahannya dihumban ke dalam api neraka. Ketika itu tiada lagi nilainya sumbangan dan amalan yang dilakukan daripada sumber batil seperti rasuah ketika di dunia. Binalah seberapa banyak surau, masjid dan pusat tahfiz seluas mata memandang sekalipun balasannya tetap ke neraka Jahannam. Hakikatnya mereka nampak senang di dunia sengkek di akhirat, fikir-fikirkanlah!!!

36. Ingatlah sekaya manapun atau setinggi gunung sekalipun hasil daripada pendapatan rasuah akan berakhir dengan kematian dalam keadaan sehelai sepinggang berlilitkan kain putih yang nilainya tidak seberapa. Apakah berbaloi dalam keadaan kita pergi untuk menemui ALLAH SWT dengan harta yang ditinggalkan daripada sumber haram berbilion ringgit

21

ditinggalkan untuk anak cucu sedangkan manfaatnya tidak ada. Cukupkah kita hanya sekadar berharap anak cucu membacakan surah al-Fatihah yang diniatkan untuk keselamatan kita di alam sana. Kesudahannya hanyalah syurga dan neraka yang sudah pasti ketentuannya milik mutlak ALLAH SWT di mana sejahat mana sekalipun seorang manusia hanya ALLAH SWT mempunyai kuasa pemutus untuk menentukan tempatnya. Namun demikian, perkara tersebut tidak bercanggah dengan panduan zahir ayat-ayat al-Quran tentang tempat yang selayaknya bagi mereka yang ingkar kepada perintah ALLAH SWT. ALLAH SWT tidak sekali-kali melanggari janji yang telah dizahirkan di dalam al-Quran sama ada balasan jahat atau baik.

37. Justeru itu, penerima rasuah, pemberi, orang tengah dan semua pihak yang terlibat dalam rantaian rasuah berhadapan dengan azab ALLAH SWT pada hari kiamat kelak kerana golongan ini termasuk dalam kategori golongan yang meraih harta daripada sumber batil maka janji ALLAH SWT pada mereka dalam firmannya surah al-Nisa ayat 29-30 :

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan (gunakan) harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya ALLAH SWT sentiasa Mengasihani kamu.” [29] “Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi ALLAH SWT.” [30]

Dalam surah al-Taubah, ayat 34 firman ALLAH SWT:

22

This article is from: