Maksudnya: “Dan pada sisi ALLAH SWT jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Loh mahfuz) yang terang lagi nyata”.
35.
HARTA RASUAH MEMBAWA SENGSARA DI HARI KIAMAT Masyarakat kita amat jijik dan alergi dengan sejenis haiwan bernama khinzir dan pasti akan berhati-hati tahap tinggi agar tidak termakan makanan mengandungi elemen khinzir. Namun sayangnya kita tidak pernah merasa jijik dengan perasuah dan penerimanya sedangkan azab ALLAH SWT pada hari kiamat kelak lebih parah daripada menjamah daging babi dan unsur babi yang ada dalam makanan yang diragui halal. Hukuman dunia secara sinopsisnya bermula di mahkamah rendah, mahkamah tinggi kemudian ke mahkamah rayuan dan akhirnya berakhir di mahkamah persekutuan. Mahkamah Rabbul Jalil hanya satu sidang sahaja dan saksinya para malaikat dan anggota tubuh badan sendiri, segalanya akan tersingkap satu persatu dan kesudahannya dihumban ke dalam api neraka. Ketika itu tiada lagi nilainya sumbangan dan amalan yang dilakukan daripada sumber batil seperti rasuah ketika di dunia. Binalah seberapa banyak surau, masjid dan pusat tahfiz seluas mata memandang sekalipun balasannya tetap ke neraka Jahannam. Hakikatnya mereka nampak senang di dunia sengkek di akhirat, fikir-fikirkanlah!!!
36. Ingatlah sekaya manapun atau setinggi gunung sekalipun hasil daripada pendapatan rasuah akan berakhir dengan kematian dalam keadaan sehelai sepinggang berlilitkan kain putih yang nilainya tidak seberapa. Apakah berbaloi dalam keadaan kita pergi untuk menemui ALLAH SWT dengan harta yang ditinggalkan daripada sumber haram berbilion ringgit 21