AR-RISALAH ISU KEDUA-PULUH TIGA: A S A T I Z A H & P E N U L I S A N D A K WA H JANUARI - APRIL 2017
ISSN 2424-8207
AS A PE TIZA NU LIS H & AN DA
KW
ISLAM & FEMINISM
AH
AR-RISALAH
Connect with us
Isu 23 (Jan - Apr 2017) ISSN 2424-8207
Sidang Editor
fb.com/Pergas.Singapore
@pergassingapura
youtube.com/PergasSingapura
@pergas_spore
Ukht Sundusia Rosdi
Pembaca Pruf Ustazah Nurhafizah Azman
Penyumbang Bahan
Get in touch
Ustaz Mohammad Hasbi Bin Hassan Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff Ustaz Dr. Muhammad Haniff Hassan Ustaz Mustazah Bahari Ustaz Muhammad Husin Bin Masnin Akh Fazrihan Duriat Akh Suhaimi Zainul Abidin Ukht Sundusia Rosdi Ukht Rohayah Mohd. Lani
www.pergas.org.sg
Arahan Seni & Rekaan Grafik mirror-mag.com/studio
Pencetak
Magic Xpress
Penerbit Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura 448 Changi Road Wisma Indah #03-01 Singapura 419975 Tel: 63469350 Fax: 63463450 Email: info@pergas.org.sg
The publisher and editor are unable to accept any liability for errors that may occur and any consequences arising from the use of information contained in the magazine. The reviews expressed do not necessarily reflect those of the publisher and editor. The publication of advertisements and advertorials within the magazine do not constitute any endorsement by the publisher and editor of the contents therein. Ar-Risalah is published by Pergas with permission from the copyright owner. ALL RIGHTS RESERVED. No part of this publication may be reproduced, stored or transmitted in any form, for any reason or by any means, whether redrawn, enlarged or otherwise altered including mechanical, photocopy, digital storage and retrieval or otherwise without the prior permission in writing from both the copyright owner and the publisher, except in the case of brief quotations embodied in critical articles and reviews.
Kandungan
6. 1. 2. 3. 4. 5.
Kalam Editor — 04 Fokus — • Sumbangan Asatizah Singapura Dalam Penulisan Agama (2002-2016) 05 - 09 • Ke Mana Hilangnya Tradisi Menulis Di Kalangan Asatizah Kita? 10 - 13 Fikirkanlah! — • Bicara Ratusan Tahun Lagi 14 - 16 Islamic Finance — • Religious Guidance In The Subscription Of Singapore Savings Bonds By Muslims (Part 1) 17 - 19 Memori Kehidupan — • Ulang Tahun Ke 20 Ar-Risalah 20 - 21
7. 8. 9. 10.
Kenali Asatizah — • Ustaz Mustazah Bahari 22 - 23 Belasungkawa — • Almarhum Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail 24 Kenali Pergas — • Bantuan Kepada Asatizah Yang Memerlukan 25 Aktiviti Pergas — 26 - 27 Tinta Ilmu — • Warkah Daripada Pergas: Satu Luahan Rasa Mengenai Isu Israel-Palestin 28 - 29 • Media Statement 30 - 32 • Wasat Online 33 - 34 • Ulasan Buku 35 - 36 • Perkongsian Ilmu Habib Umar Bin Muhammad 37 - 38 • Tasawwuf & Sufi 39 3
Kalam Editor Assalamualaikum wr wb pembaca yang dihormati Alhamdulillah, tahun ini 2017, Ar-Risalah menyambut ulang tahunnya yang ke dua puluh. Selama dua dekad, penerbitan ini memberi peluang kepada asatizah setempat untuk menjadikannya sebagai platform bagi perkongsian ilmu agama menjangkaui tugasan tradisional berceramah dalam menyampaikan dakwah. Melalui pengamatan saya sebagai penyunting Ar-Risalah selama empat tahun (2013 hingga kini) dan pengalaman mengumpulkan senarai tajuk-tajuk tulisan asatizah dari tahun 1906 hingga 2016 untuk projek 100 tahun bibliografi asatizah yang bakal diterbitkan Pergas, kita masih kekurangan penulis dari golongan asatizah generasi muda yang aktif berdakwah. Berbanding dengan asatizah mapan termasuk Almarhum-Almarhum Syeikh Fadhlullah Suhaimi, Ustaz Ahmad Sonhadji Mohammad, Ustaz Syed Abdillah Ahmad Aljufri, Ustaz Osman Jantan dan Ustaz Shaikh Ja’afar Banafie yang banyak menulis rencana akhbar, majalah juga buku dan masih dimanfaatkan hingga ke hari ini, hanya segelintir sahaja generasi muda yang berdakwah melalui pena. Tradisi menulis ini jika tidak diteruskan oleh para asatizah, masyarakat Islam akan ketandusan ilmu agama khususnya untuk rujukan generasi akan datang. Untuk menangani cabaran ini, Ar-Risalah telah mengundang dua orang asatizah senior yang aktif menulis, Ustaz Dr Muhd Haniff Hassan dan Ustaz Mohd Yusri Yubhi Md Yusoff dan seorang Ustaz muda, Muhammad Husin Masnin untuk meneliti isu ini dan berkongsi dapatan pengamatan mereka dalam keluaran kali ini. Artikel Ustaz Dr Haniff merakam penelitian ringkas beliau berdasarkan data-data yang diperolehi dari projek pengumpulan bibliografi asatizah oleh Pergas dengan tujuan memberi gambaran perkembangan sumbangan asatizah dalam bidang penulisan agama dan cadangan-cadangan pembaikan berterusan. Antara saranan beliau ialah mengenal pasti golongan “ustaz mentor” yang dapat memberi motivasi, menarik, “memaksa” asatizah baru agar mengasah bakat untuk berkarya dalam penulisan. Sementara itu Ustaz Yusri pula berkongsi 5 sebab mengapa golongan asatizah perlu menulis sebagai satu perangsang dan motivasi agar kita dapat meneruskan tradisi keilmuan sarjana Islam ini. Ikuti juga cetusan fikiran Ustaz Muhammad Husin tentang perlunya merakamkan ilmu dalam bentuk tulisan. Untuk tujuan ini, madrasah-madrasah tempatan diharap dapat menyemaikan sifat suka menulis dengan menggalakkan pelajar-pelajar mereka berkongsi ilmu dan pengalaman melalui penulisan di majalah-majalah atau buku tahunan madrasah mereka. Justeru, “melentur buluh biar dari rebung”. Untuk segelintir asatizah muda yang sedang berjinak-jinak dalam bidang penulisan, teruskan usaha murni ini. Saya teringat kekata Almarhum Ustaz Shaikh Ja’afar Banafie, ”Apa yang saya lakukan sekarang (dalam bidang penulisan) mungkin tidaklah begitu sempurna, tetapi jangan kita tunggu hendak sempurna baru kita hendak mula usahakan menulis. Mulakan dahulu dan kemudian sedikit demi sedikit, perbaiki apa yang ada untuk ia lebih sempurna” sejajar dengan ajaran Islam ”Jika sesuatu yang sempurna (sunnah) itu tidak dapat kita lakukan, jangan pula tinggalkan yang wajib yang perlu kita segerakan”. Wallahua’lam Wassalam, Sundusia Rosdi
4
2.
FOKUS
Sumbangan Asatizah Singapura Dalam Penulisan Agama (2002-2016) Ustaz Dr. Muhammad Haniff Hassan Sarjana Muda (Syariah & Undang-Undang Sivil) Universiti Kebangsaan Malaysia Sarjana Sains (Institut Pertahanan dan Pengajian Strategik (IDSS) Universiti Teknologi Nanyang, Singapura) Doktor Falsafah (PhD) (Kajian Strategik) Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, (RSIS) Universiti Teknologi Nanyang, Singapura Zamil, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura
5
FOKUS
Pengenalan Artikel ini berusaha untuk merakam penelitian ringkas penulis berdasarkan data-data yang diperolehi dari projek pengumpulan bibliografi asatizah oleh Pergas dengan tujuan memberi gambaran perkembangan sumbangan asatizah dalam bidang penulisan agama dan cadangancadangan pembaikan berterusan. Penelitian ini adalah lanjutan dari satu penelitian ringkas yang dibuat oleh penulis pada 2002 mengenai sumbangan asatizah pada penulisan agama dan dakwah di Singapura dengan melihat sumbangan mereka dalam bentuk penerbitan buku dan artikel di akhbar. Maklumat tentang penerbitan buku diperolehi dari carian di pangkalan data www.elibrary.com dari seawal tahun yang direkodkan hingga ke tahun 2002. Manakala maklumat penerbitan artikel pula diperolehi melalui penelitian sumbangan asatizah di akhbar Berita Harian/ Berita Minggu (BH/BM) tempatan. Penelitian ini dirakam dalam satu artikel yang diterbitkan oleh majalah Al-Takwin (no. 2/2003), terbitan Perdaus. Bersempena dengan projek penerbitan buku ini pada tahun hadapan (2018), penulis terdorong untuk meneliti dan menilai samada wujud perubahan pada dapatan dan kesimpulan yang lepas setelah hampir 14 tahun masa berlalu. Fokus penelitian pada sumbangan asatizah dalam bidang penulisan adalah kerana penulisan merupakan satu bidang penting dalam penyebaran dan pembangunan ilmu agama dalam sesebuah masyarakat. Dari sudut agama, kepentingan penulisan sebagai media ilmu keagamaan dapat dilihat dari hakikat bahawa salah satu ayat dari wahyu pertama yang turun berbunyi, “[Tuhan] yang mengajar dengan pena. [Tuhan] mengajar manusia apa yang dia tidak ketahui.” (Al-Qalam, 4-5). Di dalam surah lain, Allah bersumpah pula dengan pena dalam firmanNya, “Nun. Demi pena dan apa yang mereka tulis.” (Nun, 1-2) 6
Sejarah keilmuwan Islam yang berusia seribu lima ratus tahun telah melahirkan ribuan ilmuwan. Namun yang kekal memberi sumbangan besar dan diingati hingga hari ini ialah mereka yang meninggalkan karya penulisan.
Kepentingan ini kemudiannya dimanifestasikan oleh Nabi s.a.w. dalam kehidupannya melalui amalanamalan berikut: • memerintah para sahabat beliau (s.a.w.) menulis ayat-ayat Al-Quran yang diwahyukan kepadanya sehingga ia dapat dikumpulkan menjadi satu kitab sebagaimana yang wujud hari ini. • memerintahkah tawanan perang mengajar anak-anak umat Islam menulis dan membaca di zamannya s.a.w. • menggunakan media penulisan untuk berdakwah kepada raja-raja dan para pembesar di zamannya s.a.w. dengan mengutus surat kepada mereka. Ia kemudian dihayati pula oleh generasi awal Islam sejak dari zaman para sahabat yang dapat dilihat dari kesungguhan sebahagian dari mereka menulis hadis-hadis Nabi s.a.w. dan juga pembukuan Al-Quran. Penulisan dalam bentuk buku juga menjadi warisan utama para ulama Islam. Sejarah keilmuwan Islam yang berusia seribu lima ratus tahun telah melahirkan ribuan ilmuwan. Namun yang kekal memberi sumbangan besar dan diingati hingga hari ini ialah mereka yang meninggalkan karya penulisan. Hakikat ini juga memberitahu bahawa penulisan adalah media utama bagi meninggalkan “ilmu yang dimanfaatkan”, selaku salah satu sumber amal jariah yang berterusan bagi anak Adam walau setelah kematian sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya, “Apabila seorang anak Adam
mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Riwayat Muslim) Dalam hal ini, bidang penulisan seharusnya menjadi satu bidang sumbangan yang menonjol di kalangan asatizah kerana apa yang dinyatakan di atas adalah ajaran agama yang harus disampaikan kepada masyarakat dan mereka memikul beban untuk memberi contoh yang baik. Selain itu, golongan asatizah adalah yang diharapkan, sebagai pewaris dan penerus tradisi ulama, untuk menghasilkan karya-karya baru untuk generasi akan datang melalui penerbitan kitab-kitab dan bukan hanya melestarikan karya silam yang diwarisi.
Pembahagian Artikel Artikel ini dibahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama akan mengimbas secara ringkas dapatan dari penelitian pertama pada tahun 2002 untuk menjadi asas perbandingan dengan penelitian kali ini. Bahagian kedua pula akan merumuskan dapatan-dapatan penting yang diperoleh dari usaha penelitian kali ini dengan melihat data-data yang dikumpulkan. Oleh kerana penelitian kali ini bertujuan untuk melihat kemajuan dan perkembangan, jika ada, maka tempoh masa yang menjadi fokus penelitian ialah dari tahun 2002 hingga ke tahun 2016. Bahagian ketiga akan membentangkan beberapa cadangan atau tindakan
FOKUS
yang boleh dibuat bagi mencetus perubahan pada realiti yang ada dan mengembangkan lagi sumbangan asatizah dalam bidang penulisan agama. Bahagian ini juga akan mengandungi penutup yang merumuskan hasil penelitian ini. Perlu dinyatakan, penelitian ini bukanlah satu kajian lengkap bagi memberi gambaran komprehensif tentang isu yang diteliti. Hal ini adalah kerana keterbatasan masa yang ada bagi melakukan penelitian untuk memenuhi pelan perlaksanaan projek pengumpulan bibliografi asatizah tempatan. Apa yang dilakukan hanyalah bagi menunjukkan gambaran dan indikasi akan perubahan dan perkembangan, jika ada, pada dapatan yang lalu. Gambaran dan indikasi ini boleh dijadikan asas bagi mana-mana pihak untuk mengkaji lebih lanjut isu yang sama di masa akan datang.
Dapatan Penelitian Lalu Kesimpulan utama dari penelitian yang lalu ialah sumbangan para asatizah dalam bidang penulisan pada masa itu didapati kurang memberangsangkan dan penulisan agama adalah bidang dakwah
Penelitian Dan Dapatan Kali Ini Penelitian yang dibuat kali ini bertujuan untuk melihat sumbangan asatizah tempatan setelah lebih sedekad berlalu dari penelitian yang lalu. Perbandingan akan dibuat dengan dapatan dari penelitian lalu bagi mendapat indikasi akan perkembangan dan kemajuan, jika ada. Namun, perbandingan yang dibuat bukanlah bersifat perbandingan sempurna (membandingkan epal dengan epal) kerana data yang ada diperolehi dari sumber yang tidak seratus peratus sama.
penting yang terabai yang perlu pada pembaikan segera. Hal ini berdasarkan noktah dan dapatan penting yang diringkaskan seperti berikut: 1. Jumlah asatizah yang aktif menulis dan menghasilkan penulisan buku agama adalah rendah. Nama yang didapati dari carian di pangkalan data hanya mengandungi 11 individu sahaja. 2. Jumlah asatizah yang masih aktif menyumbang di BH/BM pula kurang dari 10 individu. 3. Kebanyakan asatizah yang berkarya ini adalah lulusan madrasah era tahun 1960-an dan terdapat kekosongan yang besar pada sumbangan lulusan madrasah dekad 70-an, 80-an dan 90-an dalam penulisan agama. 4. Terdapat kekosongan yang besar pada penglibatan para ustazah dalam bidang penulisan agama kerana penelitian hanya menemui dua nama ustazah yang menerbitkan buku-buku agama (seorang daripadanya Ustazah Khamsiah Ahmad telah menerbitkan buku bertajuk Wanita Islam terbitan Pustaka Nasional pada tahun
Hal ini adalah kerana usaha ini hanya memanfaatkan data yang sedia ada dari projek pengumpulan bahan-bahan penulisan asatizah tempatan yang telah bermula sejak 2013 dan masih dijalankan oleh Pergas. Karya penulisan asatizah yang terkumpul bagi projek ini yang menjadi dasar penelitian sekarang adalah dalam bentuk buku dalam beraneka saiz (risalah, monograf dan buku sebenar) yang diperolehi melalui perkongsian individu asatizah dan carian di pangkalan data OPAC, Lembaga Perpustakaan Negara, universiti-universiti tempatan dan di Malaysia; dalam bentuk artikel yang diterbitkan oleh BH/BM yang
1981, tapi tidak tersenarai dalam penelitian lalu kerana maklumat ini tidak ditemui semasa tempoh penelitian oleh penulis), sedangkan populasi pelajar perempuan di madrasah pada dekad 80-an dan 90-an melebihi jumlah pelajar lelaki? 5. Kebanyakan penulisan tertumpu pada bidang fiqh, aqidah dan akhlak pada tahap fardu ain dan bersifat deskriptif. Terdapat kekurangan pada bahan-bahan berkaitan isu-isu bidang sains kemasyarakatan dan kemanusiaan dan bersifat analitikal. Kebanyakan kandungan pula membicarakan ajaran Islam secara umum, bukan membahaskan isu-isu kontemporari yang dihadapi masyarakat Islam dalam konteks masyarakat majmuk Singapura. 6. Bahasa pengantar utama bahan penulisan agama ialah bahasa Melayu dan terdapat keperluan untuk menghasilkan bahan-bahan dalam bahasa Inggeris bagi mendekati genarasi muda. Berkaitan dengan ini juga, tiada data bagi menunjukkan sumbangan asatizah di akhbar The Straits Times bagi isu-isu semasa dari perspektif Islam.
diperolehi melalui arkib di Pusat Sumber, Singapore Press Holding; dan artikel dalam majalah konvensional Pergas, Ar-Risalah, Jurnal Dakwah dan dalam majalah dalam talian Wasat. Adapun data bagi penelitian yang lalu, ia berdasarkan carian yang diperolehi dari pangkalan data e-library.com dan arkib BH/BM sahaja. Oleh itu, dapatan yang terhasil dari penelitian kali ini dan perbandingannya dengan yang lalu hanya memberi indikasi umum yang boleh membantu perancangan bagi kajian yang lebih mantap. 7
FOKUS
Perkembangan Positif Penelitian kali ini mendapati terdapat perkembangan yang positif pada aspek penulis dan karya penulisan mereka. Pada aspek penulis, terdapat penambahan yang memberangsangkan pada jumlah penulis dari kalangan asatizah. Seramai 34 asatizah telah menghasilkan karya berbentuk buku pelbagai saiz pada tempoh penelitian kali ini dan 25 dari mereka ini tidak tersenarai dalam senarai penulis buku dalam penelitian yang lalu (11 asatizah sahaja). 24 dari mereka pula menerbitkan lebih dari satu buku.
Penelitian mendapati 14 tajuk bersaiz risalah, 26 bersaiz monograf dan 87 bersaiz buku biasa. Ini memberi indikasi tentang keupayaan penulisan dan kualitinya. Walaupun terdapat peningkatan tajuk buku yang diterbitkan, namun secara purata ia hanya menatijahkan penerbitan 1 buku per tahun.
makan pagi� dari segi sumbangan artikel untuk diterbitkan, iaitu segala artikel yang disumbangkan harus diguna untuk edisi yang hendak diterbitkan dan tiada simpanan untuk edisi akan datang. Dengan erti kata lain, penghasilan artikel oleh asatizah tidak melebihi, kalau pun tidak kurang dari keperluan yang ada.
Dari segi artikel pula, sebanyak 781 artikel diterbitkan di BH/BM atas nama asatizah tempatan. 100 artikel pula diterbitkan oleh Ar-Risalah (majalah rasmi Pergas), 17 artikel terbitan Jurnal Dakwah (jurnal akademik Pergas) dan 28 artikel diterbitkan oleh majalah dalam talian Pergas, Wasat.
Kelemahan kedua ialah ketiadaan buku dari penulis di kalangan ustazah kecuali oleh Ustazah Habsah Senin, Fatimah S. A. Majeed dan Khamsiah Ahmad yang mana dua penulis pertama sudah tersenarai dalam penelitian yang lalu. Perkara ini telah disebutkan dalam dapatan penelitian yang lalu dan tiada perubahan signifikan setelah 14 tahun.
Hakikat ini disokong pula oleh jumlah asatizah yang menyumbang artikel di BH/BM sepanjang tempoh penelitian, iaitu seramai 55 individu, sedangkan dalam penelitian yang lalu, jumlahnya kurang dari 10 sahaja. 11 asatizah dari jumlah yang menyumbang di BH/BM pula menulis sebanyak 10 atau lebih artikel, 11 yang lain menyumbang sebanyak 5 hingga 9 artikel dan yang baki pula menyumbang 1 hingga 4 artikel.
Asatizah juga telah membuat penerobosan baru iaitu menerbitkan artikel-artikel dan buku di pasaran Malaysia melalui majalah-majalah (Solusi, al-Ustaz dan Gen-Q) dan penerbit buku (Telaga Biru) di sana. Walaupun jumlahnya masih sedikit, ia tetap satu pencapaian yang wajar disebut dan diberi pujian.
Dari seramai 22 yang menyumbang 5 artikel ke atas, 16 asatizah mampu menyumbang 5 artikel atau lebih dalam setahun dan dari jumlah 55 individu di atas pula, 10 asatizah telah menyumbang selama 5 tahun atau lebih dan 6 pula menyumbang selama 3 tahun.
Dari aspek penulisan, sebanyak 127 tajuk buku dapat dikumpulkan berbanding 57 tajuk yang ditemui dalam penelitian yang lalu.
Satu kelemahan yang dapat disimpulkan dari dapatan penelitian kali ini ialah kadar produktiviti penulisan oleh asatizah bukan sesuatu yang memberangsangkan. Hal ini dapat dilihat dari jumlah penerbitan buku yang secara purata hanya pada kadar 1 buku dalam setahun sahaja dan penerbitan artikel di BH/BM, satu-satunya akhbar Bahasa Melayu yang membolehkan pesanan agama mencapai khalayak ramai di kalangan masyarakat Melayu tempatan, hanya pada kadar 1 artikel dalam seminggu, iaitu jumlah 781 artikel yang diterbitkan dibahagi dengan 728 minggu (52 minggu x 14 tahun tempoh penelitian). Jumlah 1 artikel seminggu hanyalah kadar minima, sesuai dengan kadar purata ruang agama di BH/BM.
Bagi meneliti sudut kualiti buku, tajuktajuk ini dibahagikan kepada: a) risalah (1-30 mukasurat), b) monograf (31-100 mukasurat), c) buku biasa (101 ke atas mukasurat).
Rumusan ini boleh disokong oleh pengalaman penulis dalam penerbitan Ar-Risalah dan Wasat. Kededua media penulisan ini beroperasi, pada kebanyakan masa, atas dasar “kais pagi
Kesemua data di atas memberi indikasi akan potensi atau bakat untuk menulis dan keupayaan untuk menulis secara konsisten pada sekumpulan asatizah selain dari mereka yang tersenarai dalam penelitian yang lalu.
8
Kelemahan Untuk Pembaikan
Perubahan baik didapati dalam penulisan artikel yang mana terdapat sekumpulan ustazah yang menyumbang artikel di BH/BM yang mana tiada seorang ustazah tersenarai dalam penyumbang di BH/BM dalam penelitian yang lalu. Walau bagaimana pun, jumlah mereka masih amat kecil berbanding jumlah asatizah lelaki, iaitu hanya seramai 9 ustazah. Di Ar-Risalah, hanya 14 ustazah menyumbang artikel dari seramai 46 penulis dan hanya seorang ustazah menyumbang di Wasat dari 28 penulis. Sementara itu terdapat 5 artikel sumbangan 6 ustazah dari 16 penulis yang diterbitkan di Jurnal Dakwah. Kelemahan ketiga ialah dari segi kelahiran jumlah penulis baru inti (new core writers) di kalangan asatizah sebagai tambahan dari mereka yang sudah tersenarai dalam penelitian lalu. Data yang ada menunjukkan kewujudan antara 10 hingga 15 penulis inti, iaitu mereka yang ada keupayaan untuk menulis secara konsisten baik dalam bentuk artikel atau buku. Namun jumlah ini bukanlah satu jumlah yang boleh dibanggakan jika dilihat pada jumlah keseluruan asatizah, peluang, keperluan dan permintaan yang ada. Kelemahan keempat ialah pada skop penulisan, iaitu masih tertumpu pada bidang tradisional agama dan bersifat naratif dan deskriptif. Karya-karya yang bersifat
FOKUS
analitikal dan kritikal dan meliputi bidang sains kemanusiaan dan kemasyarakatan (SKK) atau gabungan antara pengajian Islam tradisional dan disiplin ilmu lain masih langka dan kurang sekali. Kelima, jumlah bahan penulisan berbahasa Inggeris oleh asatizah masih amat langka. Ini pastinya tidak menepati dengan realiti penggunaan bahasa Inggeris yang lebih meluas di kalangan generasi sekarang ini dan kompetensi bahasa Inggeris yang lebih baik di kalangan asatizah muda sekarang.
Penutup Sebelum artikel ini diakhiri, tiga poin ingin disampaikan sebagai penutup. Pertama ialah harapan agar kelemahankelemahan di atas dapat diatasi melalui satu perancangan yang sistematik dan berkesan sehingga penelitian yang dibuat pada sepuluh tahun akan datang sebagai lanjutan dari penelitian ini dapat menunjukkan pencapaian yang lebih baik dan membanggakan. Sejak sepuluh tahun yang lalu, terdapat sekumpulan asatizah yang bekerja dalam bidang kajian di institusi akademik dan think tank yang sememangnya dilatih untuk mengkaji dan menulis hasil kajian mereka. Kewujudan mereka sememangnya telah turut menyumbang pada penambahan jumlah penulis di kalangan asatizah dan bahan-bahan penulisan. Kepakaran mereka ini boleh digembeleng untuk dimanfaatkan dan dijadikan pemangkin bagi kemajuan bidang penulisan agama seterusnya. Bahkan kewujudan mereka ini harus diperkukuhkan dan dipastikan penerusannya. Selain itu, penubuhan kolej Islam di Singapura sebagai institut pengajian tinggi bagi bidang pengajian Islam diharapkan dapat berfungsi bukan hanya sebagai institusi pendidikan dan pembelajaran, tapi juga institusi kajian yang akan menyumbang pada karya-karya agama tempatan yang lebih bermutu.
Kedua ialah kemajuan yang dicapai dalam sumbangan penulisan asatizah bukan hanya disebabkan oleh motivasi dalaman individu semata-mata, tapi ia juga berlaku kerana kewujudan wadahwadah yang dapat memotivasi dan “memaksa” asatizah untuk menyumbang dalam bentuk penulisan. Sebagai contoh ialah Wasat yang mana kewujudannya telah dapat menarik dan menambah sumbangan asatizah muda dan bakatbakat baru dalam penulisan agama. Selain wadah seperti Wasat, kewujudan “ustaz mentor” yang dapat memberi motivasi / menarik/ “memaksa” asatizah mengasah bakat dalam penulisan juga amat penting. Hal ini bermakna memajukan penulisan agama di kalangan asatizah memerlukan wadah-wadah bagi mereka menyumbang, hingga tidak perlu bergantung pada wadah lain seperti BH/BM. Selain itu, perlu juga kenal pasti golongan “ustaz mentor” dan dikerahkan tenaga mereka secara berkesan hingga dapat membimbing dan memotivasi asatizah muda untuk berkarya dalam penulisan. Ketiga, satu kajian mengenai penerbitan buku-buku Melayu di Singapura sepanjang tempoh 2001-2010 mendapati bahawa subjek perkara berkaitan Islam adalah yang paling banyak diterbitkan pada tahun 2001-2008, iaitu sebanyak 43% dari keseluruhan 556 tajuk buku yang diterbitkan berdasarkan carian di katalog OPAC koleksi Lembaga Perpustakaan Negara (Mazelan Anuar, “Penerbitan Buku Melayu Singapura 2001-2010”, BiblioAsia, 7 (1), April 2011, hal. 28 -31). Hal ini membayangkan minat yang ada di kalangan pembaca dan penerbit dan ia adalah satu peluang yang patut dimanfaatkan oleh asatizah sebagai kelompok yang memikul amanah untuk menyebarkan fahaman agama yang betul pada masyarakat.
Pasca-skrip Penulis ingin menambah beberapa data berkaitan sumbangan penulisan asatizah yang diperolehi setelah artikel ini sempurna ditulis dan disebabkan kesuntukan masa, penulis tidak dapat memasukkan data-data ini dalam
dapatan yang dinyatakan dalam artikel ini. Dengan erti kata lain, data-data yang dinyatakan dalam artikel ini tidak meliputi data tambahan di bawah. Namun data tambahan di bawah ini tidak mempunyai pengaruh yang signifikan pada kesimpulan yang dinyatakan dalam artikel ini. Ia hanya menambah angka pada data yang ada sahaja. 1. Jurnal Dakwah terbitan Pergas sebanyak 5 edisi sejak tahun 2010 telah menerbitkan sebanyak 17 artikel oleh 10 ustaz dan 6 ustazah. Kesemua asatizah ini tidak termasuk dalam senarai penulis dalam penelitian pertama dulu. 2. Asatizah juga ada menyumbang artikel di penerbitan luar negeri seperti majalah Gen-Q. Dua ustazah (Nurhanisah Senin dan Nurulhuda Mohd Hashim) telah menerbitkan sumbangan gabungan sebanyak 44 artikel sepanjang tempoh 2013 hingga 2016. 3. Sepanjang tempoh penelitian kali ini pula sebanyak 33 artikel disumbangkan oleh asatizah bagi majalah Inabah terbitan Masjid Khadijah.
Rujukan • Al-Takwin (no. 2/2003). Singapura: Perdaus. • Mazelan Anuar, “Penerbitan Buku Melayu Singapura 2001-2010”, BiblioAsia, 7 (1), April 2011, hal. 28 -31. • Sundusia Rosdi (Penyusun). Bibliografi Penulisan Asatizah Singapura: Karya Warisan Sepanjang 100 tahun (1906 – 1916). Draf yang belum diterbitkan. Akhbar dan majalah: • Berita Harian dan Berita Minggu. Singapura: Singapore Press Holdings • Ar-Risalah. Singapura: Pergas • Al-Ustaz. Kuala Lumpur: Telaga Biru • Gen-Q. • Inabah. Singapura: Masjid Khadijah • Jurnal Dakwah. Singapura: Pergas • Solusi. Kuala Lumpur: Telaga Biru • Wasat. Singapura: Pergas 9
2.
FOKUS
Ke Mana Hilangnya Tradisi Menulis Di Kalangan Asatizah Kita? Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff Sarjana Muda Usuluddin (Hadis), Universiti Al-Azhar, Mesir Specialist Diploma of Counselling Psychology, Academy of Certified Counsellors Sarjana Usuluddin (Hadis), Universiti Malaya, Malaysia Pengarah Eksekutif, Pergas
10
FOKUS
Ketika diminta menyumbangkan artikel ini, soalan pertama sekali yang terdetik di benak fikiran saya ialah; apakah yang bakal terjadi kepada kita, jika para ulama silam juga mengambil sikap tidak berkongsi ilmu, tidak menulis serta hanya menyampaikan sahaja? Pasti yang ruginya generasi selepasnya, atau kita sendirilah antara yang terkesan dengannya. Kita akan tiada khazanah rujukan, manuskrip mahupun kitab-kitab rujukan baik dari sudut ilmu Fiqh, Tafsir, Hadis atau apa sahaja disiplin ilmu tradisi Islam. Namun realitinya tidak begitu, menulis merupakan tradisi ulama kita zaman berzaman. Jika kita lihat sesuatu kitab pada satu-satu disiplin tertentu. Menjadi perkara biasa pula, sesuatu kitab tersebut diulas pula oleh para ulama lain.
Menulis Merupakan Tradisi Ulama Kita Zaman-Berzaman Sebagai contoh kitab al-Kamal fi Asma' ar-Rijal karya al-Maqdasi, satu karya penelitian ulung bagi koleksi biografi para perawi hadis. Kitab ini memuatkan kesemua para perawi 9 kitab hadis utama (kutubut tis’ah). Ia kemudian diperbaiki lagi dari sudut informasi biodata perawi ini oleh al-Mizzi dan dinamakan sebagai ‘Tahdzibul Kamal fi Asma’i al-Rijal’. Murid Imam al-Mizzi yang bernama Imam Al-Dzahabi kemudiannya merumuskan karya gurunya ini menjadi dua karya lain, dengan salah satunya bernama ‘Tazhib al-Tahzhib’. Imam Ibn Hajar al-Asqalani kemudiannya memperkembangkan lagi penjelasan biodata perawi kitab yang sama ini dengan karangannya yang bertajuk ‘Tahdhib al-Tahdhib’ dalam 12 jilid, sebelum beliau meringkasnya kembali dengan memaparkan beberapa butiran biodata tertentu sahaja yang dinamakannya sebagai ‘Taqrib al-Tahdhib’. Begitulah hebatnya ulama pada zaman terdahulu, sesuatu karya boleh dikembangkan lagi, dirumuskan dan kemudian dikembangkan kembali dan
diringkaskan semula. Ianya tidak terhenti di situ, bahkan para ulama masih tidak henti-henti berusaha memperelokkan khazanah kitab-kitab ini dengan komentar-komentar ilmiah.
Dalam hal ini, suka saya berkongsi 5 sebab mengapa kita perlu menulis sebagai satu perangsang dan motivasi untuk kita bersama agar dapat memulakan budaya yang sangat baik ini:
Contoh-Contoh Karya Hebat Ulama Tempatan Singapura
1. Merupakan tradisi keilmuan sarjana islam
Namun tradisi hebat para ulama silam dalam berkarya tidak terbatas di kawasan Timur Tengah atau Asia Tengah sahaja, tetapi ia juga meliputi ulama di Nusantara ini. Malah ulama kita di Singapura inipun tidak kurang hebatnya juga. Jika kita menelurusi buku Obor Ummah 1 dan Obor Ummah 2 terbitan Pergas – Dokumentasi Biografi para Sarjana Islam Singapura - Kita akan dapati para ulama tempatan seperti Almarhum Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad, merupakan pelopor dalam karya pengajian solat bertajuk ‘Mari Sembahyang’, ‘Tafsir Abr Athir’ dan banyak lagi, begitu juga dengan Almarhum Ustaz Osman Jantan, Ustaz Syed Ahmad Semait dan lain-lain lagi.
Sebagai meneruskan tradisi keilmuan sarjana Islam. Para sarjana terdahulu dan masa kini, tidak sekadar menyampaikan, tetapi juga menulis.
Malah ketika saya berkesempatan menelurusi draf ‘Bibliografi Penulisan Ulama dan Asatizah Singapura 100 tahun - 1906 hingga 2016’ yang bakal diterbitkan Pergas, saya dapati salah satu figura bibliografi tersebut iaitu; Almarhum Kiayi Fadhlullah Suhaimi contohnya berterusan menulis selama lebih 40 tahun! Bermula dari tahun 1914 hinggalah ke 1958, dari penulisan buku hinggalah kepada makalah akhbar! Namun, pada masa kini penulisan bukubuku karya asatizah tempatan tidak berapa rancak seperti dulu. Juga saya akui sebenarnya bahawa kegersangan budaya menulis ini sebenarnya tidaklah eksklusif di kalangan para asatizah sahaja, ia juga merupakan fenomena pada profesi-profesi lain juga. Cuma fokus penulisan saya kali ini ialah pada karya asatizah tempatan kita, serta bagaimana dapat kita memperbaikinya. Jadi soalannya, mengapa kita perlu menulis? Apakah manfaat jika kita menulis?
2. Satu rekod untuk bukan sahaja generasi masa kini dan akan datang Dengan menulis, ia menjadi satu rekod untuk bukan sahaja generasi masa kini, tetapi juga generasi akan datang, itulah yang dilakukan ulama kita terdahulu. 3. Sebagai satu usaha dakwah Bila menulis, ia sebenarnya juga sebagai satu wasilah dakwah dalam menyampaikan amar ma’ruf dan nahi munkar, malah lebih mudah disebar luaskan dan dimanfaatkan oleh masyarakat dulu dan sekarang. 4. Salah satu wadah ibadah Ia berpotensi menjadi satu wadah bagi ibadah dan pahala yang berpanjangan walaupun setelah kita tiada, sesuai dengan hadis ilmu yang bermanfaat. 5. Memaksa diri untuk membaca Untuk menulis, kita perlu banyak membaca selain pendedahan dalam sesuatu disiplin ilmu yang kita kongsi. Dengan banyak membaca kita mampu menajamkan minda dan mengasah akal untuk berfikiran kritis. Dengan begitu banyak kelebihan menulis sama ada penulisan makalah atau buku, persoalannya mengapa masih lagi tidak banyak penulisan asatizah kita? Bagaimana ilmu mampu dikembangkan dan berkekalan dan diwarisi? 11
FOKUS
Payahkah Menulis? Mengapa tidak ramai orang suka menulis? Sukarkah menulis ini?
untuk perangsang kepada yang ingin mula menulis termasuk golongan bukan asatizah, boleh dibahagikan kepada 8 langkah mudah seperti berikut:
Menjawab soalan ini, teringat interaksi saya bersama seorang teman asatizah lain, di mana ketika buku pertama saya baru diterbitkan, seorang asatizah bertanya kepada saya, ‘Ustaz, susah ke menulis? Bagaimana nak buat buku?’
1. Pilih topik yang ingin ditulis dan minat
Respon saya, ‘Semua orang boleh tulis, tak susah.’ ‘Awak biasa berceramah kan?’ Bila nak ceramah kan, kena susun poin dulu?’ Lepas itu fikirkan contoh dan cerita bagi menjadikan pengisian kita lebih menarik. Masukkan dalil dan hujjah daripada Quran dan Hadis. Macam tulah buat artikel atau tulis buku! Cuma bezanya, kita perlu menulis sahaja. Perlu cari masa dan disiplin.’
Adakah ia merupakan komentar buku, pengamatan sosial pada sesuatu isu yang kita ingin kongsi? Atau ia merupakan ulasan ceramah yang kita dengari, atau mungkin juga transkripsi ceramah yang kita sendiri sampaikan pada masyarakat.
Beliau mengangguk tanda setuju. Sebenarnya untuk menulis tidak susah, cuma perlukan masa dan disiplin sahaja. Jika saya boleh rumuskan tip-tip yang saya kongsi bersama asatizah muda tadi 12
Sebagai permulaan, perkara pertama sekali yang perlu dilakukan oleh setiap penulis ialah untuk memilih apakah genre atau bidang yang ingin ditulis.
Asatizah juga boleh menulis tentang pengalaman mereka sendiri dalam berdakwah, atau dalam mendampingi masyarakat sama ada yang berbentuk refleksi atau catitan pengalaman seharian. 2. Buat rangka penulisan Selepas itu rangkakan atau susunkan apa yang ingin ditulis terlebih dahulu. Bermula dengan pengenalan ringkas;
apakah yang ingin dikongsi dan mengapa ia sangat penting dan menarik. Pengenalan juga boleh menjelaskan apakah perkara-perkara selanjutnya yang bakal dikongsi dalam artikel penulis. Selepas pengenalan, kemudian rangkakan penulisan bagi isi utama. Apakah poin-poin penting yang ingin dikongsi. Sebagai contoh boleh bahagian kepada 3 isi penting atau sub topik, dan setiap isi penting tersebut difikirkan apakah data, fakta atau contoh secara ringkas sahaja terlebih dahulu. Boleh juga isi tersebut lebih daripada tiga, contohnya perkongsian tentang tip-tip berkomunikasi antara suami dan isteri. Catitkan 5 tip-tip utama tip tersebut, dan apakah poin-poin serta contoh bagi setiap tip. 3. Mulakan penulisan dan elaborasi bagi setiap poin yang sudah dilakarkan Kini bermula penulisan sebenar. Namun kerja penulisan anda semakin mudah. Anda hanya perlu lakukan elaborasi daripada poin-poin yang sudah dilakarkan terlebih dahulu sebelum ini. Ini boleh
FOKUS
dilakukan dengan ‘sambil lewa’ atau secara kasar; iaitu tidak diberikan penekanan dari sudut typo atau tata bahasa. Bahasa tidak perlu terlalu berbunga, kecuali anda menulis cerpen atau novel mahupun sajak! Semakin mudah bahasa yang digunakan, semakin senang dibaca. Contohnya jika menulis dalam bahasa Melayu, elakkan bahasa ‘buku’ seperti ‘tatkala’, tetapi sebaliknya gunakan kekata seperti ‘ketika’. Begitu juga jika menulis dalam bahasa Inggeris, gunakanlah ‘plain English.’ 4. Catat apabila terfikir poin menarik Kerangka penulisan yang sudah dilakarkan sebelum ini tidaklah muktamad, dan ini termasuklah poinpoin yang sudah dicatitkan sebelum ini, atau elaborasi yang sudah dilakukan daripada rangka awal penulisan. Anda masih lagi boleh menambah catitan poin penting atau elaborasi pada poin yang sudah dilakarkan dari semasa ke semasa.
boleh dicatit apabila setiap kali fikiran anda terdetik atau tercetus idea. Begitu juga langkah no. 3, ia juga boleh dalam masa 4-5 hari atau lebih, bergantung kepada ‘deadline’ anda dan berapa panjang penulisan yang ingin dilakukan. Jika artikel panjang, penulisan ilmiah atau buku pastinya ia mengambil masa lebih lama lagi. 6. Anekdotal Untuk mengelakkan penulisan kita tidak bosan atau malap. Seperti mana ceramah yang biasa asatizah sampaikan, asatizah juga boleh memasukkan anekdotal dari ceritacerita atau dialog hasil dari pengalaman peribadi mereka. Ini menjadikan penulisan anda lebih santai dan dekat di hati para pembaca secara langsung. Anda juga boleh gunakan bahasa pertama seperti ‘saya’ dengan gaya bercerita seperti contoh, ‘saya pernah berdepan dengan satu soalan dari seorang jemaah, beliau bertanya…’
Malah setiap poin atau modal yang terdetik di fikiran hendaklah cepat-cepat dicatit di nota kecil atau melalui telefon bimbit bijak anda. Ini sangat penting kerana idea menarik tersebut jika tidak cepat dicatit, terkadang kita tidak dapat ingat kembali.
Selain itu, boleh juga merujuk kepada hujjah-hujjah daripada Quran dan Hadis, sirah Nabi serta pendapat para ulama bagi menguatkan hujjah anda terutama bagi pengisian utama.
5. Tulis secara beransur
Setiap permulaan perlu ada penghujungnya, bagi penutup terdapat beberapa cara; anda boleh sama ada merumuskan artikel anda, membuat beberapa saranan dan rekomendasi mahupun harapan anda bagi perkara yang ditulis.
Ingat, tulisan boleh dilakukan secara beransur-ansur. Gunakanlah peribahasa ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’, kecuali anda seorang penulis prolifik, wartawan akhbar harian atau merupakan penulis professional. Kerja anda hanyalah menulis, tiada lain! Langkah no. 2 yang saya kongsikan sebelum ini contohnya boleh mengambil masa 2-3 hari atau maksudnya 20-30 minit setiap hari atau malam, malah
7. Kesimpulan dan penutup
Bergantung kepada jenis penulisan panjang atau pendek, lebih pendek penulisan anda, lebih ringkas seharusnya penutup artikel tersebut.
Tuliskan sedikit demi sedikit, jika satu hari 50 perkataan, tidakkah 10 hari ia sudah 500 perkataan? Ini sudah cukup untuk menjadi satu artikel ringkas sebagai permulaan!
8. Semakan Setelah selesai draf awal penulisan, tibalah masa untuk memperkemaskan artikel anda. Bacalah sepintas lalu, perhatikan ejaan, susunan ayat mahupun perenggan atau fakta yang perlu diperkemaskan kembali atau ditambah. Anda juga boleh meminta teman terdekat yang biasa menulis untuk komentar atau betulkan tulisan. Mintalah teman atau sesiapa yang anda kenali untuk menyemak atau perelokkan tulisan anda. Memang kita sibuk, dan memerlukan masa. Namun usah jadikan ianya sebagai hambatan. Ambillah inspirasi dari ulama terdahulu. Tuliskan sedikit demi sedikit, jika satu hari 50 perkataan, tidakkah 10 hari ia sudah 500 perkataan? Ini sudah cukup untuk menjadi satu artikel ringkas sebagai permulaan! Jadi apa lagi? Selamat mencuba dan semoga berjaya! 13
3.
FIKIRKANLAH!
Bicara Ratusan Tahun Lagi Ustaz Muhammad Husin Bin Masnin Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan (Fiqh & Usul Fiqh dan Quran & Sunnah) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Guru Bebas
14
FIKIRKANLAH!
Hari ini, terdapat pelbagai perakam yang canggih untuk menyampaikan sesuatu kepada yang dituju. Teknologi yang maju dan pesat berubah-ubah telah memudahkan untuk menyampaikan maklumat kepada sesiapa sahaja tanpa mengira tempat sama ada dari sudut audio atau visual. Pelbagai alat rakaman yang dahulunya telah digunakan seperti gramophone record (piring hitam), video cassette recorder (VCR) dan compact cassette atau kaset kini telah ditelan zaman disebabkan oleh kemajuan teknologi itu sendiri. Alat-alat ini tidak boleh berfungsi tanpa adanya alat pemain rakaman itu sendiri. Justeru kedua-duanya perlu berfungsi dengan baik untuk menerima apa yang telah dirakamkan. Ini berbeza dengan rakaman dalam bentuk penulisan yang telah terbukti kekalnya dari zaman berzaman. Ia hanya memerlukan mata dan akal untuk membaca dan memperolehi maklumat yang ingin disampaikan. Karya The Republic oleh Plato dan Nicomachean Ethics oleh Aristotle yang dikarang sebelum Masihi lagi masih boleh dimanfaatkan dan dibaca oleh manusia zaman ini. Kita juga melihat dalam sejarah Islam betapa pentingnya penulisan dan pembukuan Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w untuk panduan manusia. Sementara itu di Nusantara ini juga tidak terkecuali tentang penemuan batu bersurat yang menjadi bahan sejarah
yang penting bagi mengetahui tarikh kemasukan awal Islam di sini. Walaupun catatan itu ditemui di kayu, pelepah, batu, kertas atau di mana sahaja, yang pasti penulisan amat penting bagi masyarakat pada zaman itu dan akan datang. Syed Qutb memberi ungkapan yang menarik untuk direnungi: “Satu peluru hanya mampu menembusi satu kepala, namun satu tulisan mampu menembusi ribuan malah jutaan kepala…” dan juga kata hikmah yang popular: “Mata pena adalah lebih tajam daripada mata pedang.” Kata-kata ini membawa erti bahawa penulisan mempunyai kekuatan yang luar biasa dan ‘senjata’ yang hebat untuk merubah dunia. Mungkin boleh difikirkan mengapa manuskripmanuskrip lama termasuklah manuskrip Nusantara kebanyakannya berada dan tersimpan di Eropah pada zaman penjajahan. Kenapa mereka mengambil penulisan-penulisan ini yang hanya lembaran kertas dan tinta lalu membawa pulang ke negara mereka? Sesungguhnya kehidupan di dunia ini amat singkat untuk manusia terus berbicara. Tetapi dengan merakamkannya dalam bentuk penulisan, nescaya seseorang itu mampu terus berbicara ratusan tahun lagi walaupun jasadnya sudah hancur ditelan bumi. Malahan pembaca akan merasakan sang penulis itu masih hidup bersamanya ketika karya itu dibaca. Ini
dapat dilihat seperti karya hebat para ulama yang ditinggalkan seperti kitab ‘Ihya Ulumuddin’ oleh Imam Al-Ghazali, ‘Tafsir Al-Quran Al-Azim’ oleh Imam Ibn Kathir, ‘Al-Arbain Nawawiyyah’ atau hadis 40 yang dikumpulkan oleh Imam An-Nawawi dan sebagainya. Kesungguhan para ulama dalam penulisan boleh dilihat sebagai contoh Imam Al-Bukhari yang pernah bangun dari tidurnya dan mencatat sesuatu yang terlintas dalam fikirannya lalu tidur semula. Kemudian beliau bangun kembali dan melakukan perkara yang sama sehingga lebih kurang dua puluh kali. Seorang faqih dan muhaddith yang meninggal pada tahun 256H iaitu Imam Muhammad bin Sahnun, tidak sedar akan seorang budak perempuan telah menyuapkan makan malam kepadanya kerana beliau tenggelam dengan keasyikan menulis. Imam Ibn Jarir AtTabari seorang mufassir terkenal menulis sebanyak empat puluh helai setiap hari. Kisah-kisah menarik ini boleh didapati di dalam buku ‘Qiimatu Al-Zaman ‘Inda Al-‘Ulama’ dan ‘Sofahaat Min Sobri Al-‘Ulama’ yang kedua-duanya dikarang oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Maulana Abdul Hayy Al-Laknawi telah menghasilkan 110 karya dan meninggal pada tahun 1304H pada umur 39 tahun. Chairil Anwar seorang penyair Indonesia yang terkenal telah menghasilkan sekitar 94 karya termasuk 70 puisi. Beliau 15
Jik lalu da
FIKIRKANLAH!
meninggal pada usia 26 tahun dan puisinya masih segar juga terus menjadi perhatian para sasterawan. Imam Syafie menulis di kertas terpakai dan tulang kerana kemiskinannya. Sasterawan Malaysia, A. Samad Said ditegur kerana mengganggu orang yang sedang tidur kerana bunyi bising mesin taipnya ketika menghasilkan karya terkenal beliau ‘Salina’. Pramoedya Ananta Toer menghasilkan penulisan dalam bentuk novel demi memperjuangkan keadilan hidup telah menjadi tahanan politik serta dilarang menulis selama penahanannya itu. Manakala Hamka pula telah menulis pelbagai topik penulisan seperti sejarah, falsafah, agama dan sebagainya, tetapi beliau menegur adat-adat yang telah memisahkan darjat seseorang itu melalui novel-novel antaranya ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’ dan ‘Di Bawah Lindungan Ka’bah’. Karya-karya yang hebat sudah pasti akan mendapat perhatian bangsa asing untuk diterjemahkan dalam bahasa mereka untuk dicedok isi kandungannya. Jika ditulis dengan bahasa ibunda walaupun bahasa itu tidak terkenal di dunia, ia tetap akan menjadi perhatian sejagat jika ianya merupakan suatu karya yang hebat. Kisah-kisah di atas ini menunjukkan bahawa untuk menghasilkan penulisan 16
perlulah ada kesungguhan yang tinggi. Faktor umur, masa, alat dan jenis penulisan, atau bahasa bukanlah penghalang untuk menulis. Jika idea menjadi penghalang utama untuk memulakan penulisan, maka ubatnya adalah dengan ‘membaca’. Dengan membaca karya-karya yang hebat, secara tidak langsung ia akan mempengaruhi untuk menghasilkan karya yang hebat juga. A.Samad Said ditanya oleh Faisal Tehrani (novelis terkenal di Malaysia) bagaimana ingin menjadi penulis. Beliau menjawab ada lima syarat. Syarat pertama hingga keempat adalah ‘membaca’, dan yang kelima adalah ‘menulis’. Lalu beliau ditanya lagi bagaimana jika yang kelima juga ‘membaca’. Jawabnya dia akan menjadi ‘pembaca’ dan bukan ‘penulis’. Justeru, tiada alasan untuk tidak menulis. Jika idea atau fikiran tidak dirakamkan dalam penulisan, mungkin ia akan hilang kerana dilupakan atau terkubur bersama jasad dan ini akan merugikan insan yang lain. Sudah pasti kita inginkan ilmu yang bermanfaat yang menjadi saham akhirat. Penulisan menjadi pengganti setelah kita tiada lagi. Akhir sekali, renungkan kata-kata oleh Shaharom TM Sulaiman (pengarang dari Malaysia) di dalam karyanya ‘Buku Kekasih’ (2004): “Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita bertengkar
tentang kebenaran peristiwa itu pada hari terkemudian. Tanpa teks, kita tidak mampu memetik kearifan hidup. Tanpa teks, apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?” Wallahu a’lam… Rujukan • A. Samad Said (2008). Dari Salina Ke Langit Petang. Selangor: Wira Bukit Sdn Bhd. • Abdul Fattah Abu Ghuddah ( 2012). Sofahaat Min Sobri Al-‘Ulama. Beirut: Dar Al-Bashaer. • Abdul Fattah Abu Ghuddah, T.T, Qiimat Az-Zamaan ‘Indal ‘Ulama,. Maktab Al-Matbu’ah Al-Islamiyyah. • Shahrom TM Sulaiman (2004). Buku Kekasih. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. • https://www.youtube.com/ watch?v=H2vooyQxVrA (Wawancara bersama Faisal Tehrani di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 pada 17 Jun 2009) • https://ms.wikipedia.org/wiki/ Pramoedya_Ananta_Toer • http://www.sinarharian.com.my/ nasional/melaka-sasar-kumpulmanuskrip-bm-di-eropah-1.117774 • https://id.wikipedia.org/wiki/ Chairil_Anwar
4.
ISLAMIC FINANCE
Religious Guidance In The Subscription Of Singapore Savings Bonds By Muslims (Part I)
Akh Fazrihan Duriat Akh Suhaimi Zainul Abidin Financial Syariah Advisory Consultancy (FSAC) Team
17
ISLAMIC FINANCE
Pergas’ stand is guided by the principle that everything in this world are halal (i.e. permissible) except for that which has been explicitly prohibited in the authentic text or via unanimous opinion of muktabar ulama.
Background Singapore's financial centre offers a broad range of financial services including banking, insurance, investment banking and treasury services. The Monetary Authority of Singapore launched the first Singapore Savings Bond back in 1 October 2015 and it will be issued to potential investors periodically. The Financial Syariah Advisory Council (FSAC) by Pergas Investment Holdings (PIH) received numerous queries from the public as to whether Muslims can subscribe for Singapore Savings Bonds. One of the roles of PIH is to contribute towards the development of the community by enabling, among other things, financial inclusion of the Muslim minority in Singapore. Hence, this statement is meant to provide guidance to the Muslim community in Singapore only.
Basics of Shariah The application of Shariah in any country is derived from the Koran and Sunnah and supported by the majority of scholars around the world. Although the laws of Shariah can be either fixed and changeable1, the maqasid as-Shariah (i.e. purpose of Shariah) are to realise the benefit2 and interest of humans. Since most scholars have declared interest as riba and prohibited by Koran, scanty opinions of some scholars cannot contradict the position of the ummah3 throughout the centuries. The same 18
ruling applies for interest-paying bonds or bonds issued at a discount, whether it is issued by individuals, corporates or government bodies.
Shariah Assessment Pergas has perused the following documents: • Singapore Savings Bonds issued by MAS (updated as at 20 July 2015) • Singapore Savings Bonds: Technical Specifications (updated as at 01 September 2015) • Singapore Savings Bonds FAQs (updated 20 September 2015) The Singapore Savings Bonds (“SSB”) are bonds issued by the government of Singapore, specifically for subscription by Singaporeans. These bonds are issued for the purpose of providing Singaporeans an opportunity to invest their savings in a long-term fixed return instrument. Some of the key terms of SSB are as follows: • The issuer is the Government of Singapore (the “Issuer”). • Only Singaporean individuals may subscribe (“Subscribers / Investors”). • SSB pays a coupon to Investors, at 6-monthly intervals at a rate specified prior to issuance (stepped up over time), with repayment of principal at maturity. • Investors have the right to redeem the SSB at any time before maturity. • The SSB are non-transferable (i.e. cannot be traded). • Unlike Singapore government securities (“SGS”) which are issued only
to financial institutions in Singapore, there is no bidding process to determine the coupon / interest rate. Instead, the Issuer will announce the interest payment rates for the entire 10-year tenure for each issuance - pegged to 10-year SGS. In addition to the key terms set out above, the features of SSB include the following: • The bonds are backed by the Government of Singapore. Investors will therefore assume Singapore sovereign risk in their investment in SSB. • Long term: Investment can last up to 10 years with higher returns • Flexible redemption option: Investors can get their funds back within a month with no penalty. Pergas’ stand is guided by the principle that everything in this world are halal (i.e. permissible) except for that which has been explicitly prohibited in the authentic text or via unanimous opinion of muktabar ulama (i.e. well-respected religious scholars). On this basis, the permissibility of subscribing to SSB will remain as it was until there is evidence to the contrary. Pergas shall only declare something impermissible if there is supporting evidence for it. The four (4) factors below are discussed: - Riba - Qiyas - Use of Funds - Fiqh Adaptation
ISLAMIC FINANCE
1. Riba Investors in SSB receive interest payments at 6-monthly intervals, in addition to the return on capital upon maturity or upon redemption. The interest payments constitute an additional benefit over and above the principal qard amount, and therefore constitutes riba, analogous (i.e. qiyas) to a conventional fixed deposit. Investors receive less interest at the start, but the interest amount “steps up” or increases over time so that the longer SSB is invested, the higher the effective interest rate will be. MAS will announce the interest rates as well as the returns over different holding periods when applications for each SSB issue open. The information will be published on the Savings Bonds website (www.sgs.gov.sg/ savingsbonds) and in major newspapers.
there has not been any formal or written Shariah pronouncement on the Shariah permissibility of subscribing for SGS, the establishment of the MAS sukuk programme and the subsequent regular issuance of MAS sukuk would appear to suggest recognition by the MAS and Islamic financial institutions in Singapore of the need for a Shariah-equivalent to SGS. Accordingly, an argument could be made that a Shariah-equivalent to SSBs should also be made available to enable Muslim investors to subscribe to Shariahcompliant investment instruments.
2. Qiyas SSB has a flexible redemption option where Investors can get their funds back within a month with no penalty. This is analogous to khiyar (i.e. choice) given to subscribers whether to continue or rescind the contract.
It should be noted however, that unlike SGS, the MAS sukuk is only available on a reverse enquiry basis, for subscription by Islamic financial institutions in Singapore.
SSB are issued only to individuals, but otherwise largely mirror the structure and terms of SGS which may be subscribed by financial institutions. In 2009, the Monetary Authority of Singapore established an Islamic trust certificate (“MAS sukuk”) issuance programme structured based on ijarah, essentially for the purpose of enabling Islamic financial institutions in Singapore to meet their needs for risk-free assets in their liquid-asset portfolios. While
Such situation represents a mani` syarie, hence, Pergas is of the opinion that the current SSB is unlikely to be Shariah compliant until there is a Shariah version similar like how SGS has.
(To be continued in the next issue) Note: This article is produced/issued by the Financial Syariah Advisory Council Team FSAC. References
that situation (e.g. the visiting of graves used to be forbidden but when the Muslims have understood and abandoned their old abhorred pre-Islamic beliefs and customs, that prohibition was later lifted). However, Shariah rulings based on detailed, authentic textual evidence (instead of customary practice) will remain unchanged regardless of changing times. For example, the payment of zakah (i.e. obligatory tithe) will remain obligatory even though people are now paying taxes to the government. According to Imam Abu Hamid al-Ghazali, the critical preservation of human well-being is through safeguarding these five (5) areas, namely, (1) faith / religion (deen), (2) lives (nafs), intellect (aql), (4) lineage / posterity (nasb) and wealth (mal)). (5). Wealth (mal) 3 “My Ummah will not unite upon error.” [Reported by at-Tirmidhī and Hākim – Sahīh] 2
This is based on the famous legal maxim “Ibahah (i.e. permissibility) is the basic norm in all things unless there be evidence to establish a prohibition” written by a well-known scholar Jalaluddin AsSuyuti in his book Al-Ashbah Wa Al-Nazair . 4
This is different from an Islamic fixed deposit which are based on Shariah-compliant structures such as murabahah (cost plus sale) where a markup during a sale transaction materialises as profit (i.e. an underlying transaction took place in line with muamallat). 5
E.g. part of government funds (for repayment of loans) or Contingencies Fund for payment of costs and expenditure. 6
This is the basis and approach taken by the government for the interest of the nation and the people which is in to be line with Shariah principles or maqasid. 7
See qawaid fiqhiyyah (i.e. legal maxim) stating “Evolution of Shariah rulings [based on custom and ijtihad] due to changing times is not to be denied (1:47)”. The changeable aspect of Shariah consists of laws upon adah (i.e. customs of the people) as people’s needs change over time. Changeable laws are sometimes linked to an I’llah (i.e. effective cause) which is missing at 1
Takyif fiqhi. In this case, it describes how fiqh and muamalat can harmonise with the application of banking operations. 8
19
5.
MEMORI KEHIDUPAN
Ulang Tahun Ke 20 Ar-Risalah Ukht Sundusia Rosdi Penyunting Ar-Risalah
A
lhamdulillah, Ar-Risalah telah diterbitkan buat pertama kalinya untuk isu bulan Januari hingga Mac 1997 terbitan triwulan (setiap 3 bulan) atas nama Risalah. Ia bertujuan untuk menyumbang dan memperkaya bahan bacaan masyarakat Islam tempatan. Berdasarkan hadis “Barangsiapa yang Allah menghendaki baginya kebaikan ia akan menjadikannya faqih (faham & alim) dalam agama”, Ar-Risalah terus menjadi bahan tatapan dan bacaan sepanjang 20 tahun ini yang diharapkan dapat mengetuk minda dan membangunkan fikrah masyarakat Islam tempatan. Sepanjang 2 dekad lalu, Ar-Risalah (yang ditukar namanya dari Al-Risalah kepada Ar-Risalah pada tahun 2013) telah diterajui oleh beberapa orang penyunting yang majoritinya dari kalangan asatizah: 1. Ustaz Abdul Aziz Mohamed (1997- 1999) 2. Ustaz Abdul Jalil Abdul Razak (2000-2001) 3. Ustaz Mohd. Murat Md. Aris (2001-2005) 4. Almarhum Ustaz Zhulkeflee Haji Ismail (2005) 5. Ustaz Mohd. Jakfar Embek (2006-2012) 6. Almarhumah Ustazah Noor Azlena Minhaj (2012-2013) 7. Ukht Sundusia Rosdi (2013 hingga kini) Dalam edisi pertama (Jan-Mar 1997), saya sendiri sebagai pelajar Sijil Pendidikan Pergas, Madrasah Mingguan Pergas, Tahun 5 yang menuntut di bangunan Pergas, (Playfair Primary School), ketika itu diberi peluang menyumbangkan sebuah rencana. Dari temuramah bersama Almarhum Ustaz Razali Bin Abdullah yang dilakukan di Masjid Alkaff Kampong Melayu, Bedok Reservoir pada hari Rabu, 21 Ogos 1997, lahir rencana dalam kolum “Bersama Pergas”, di halaman 13 hingga 14 dalam keluaran sulung itu. Selepas 17 tahun kemudian, saya sendiri berpeluang menjadi penyunting majalah ini sejak tahun 2013 hingga kini. Satu tugas 20
yang tidak saya pernah mimpikan untuk melakukannya setelah bersara dari perkhidmatan awam. Terima kasih kepada pihak Pergas kerana memberi satu kepercayaan kepada keupayaan saya untuk menjalankan amanah ini. Sepanjang 20 tahun, Ar-Risalah menemui pembaca dengan membuka minda mereka melalui rencana-rencana dari setebal 16 halaman bergambar hitam putih yang menyentuh Fiqh al-Quran, Fiqh al-Hadith dan Fiqh Sirah. Jumlah muka surat telah berganda kepada 40 halaman dengan membincangkan isu-isu dan tema-tema yang dekat di hati masyarakat Islam tempatan termasuk: • Negara Islam • Kod Etika beragama • Isu kesederhanaan dalam pemikiran dan “world view” • Apabila asatizah ber”MA’ dan “PhD” • Isu kasino • Pengiktirafan asatizah: Bukan satu keistimewaan tetapi satu tanggung jawab • Agamawan par excellence: Bolehkah kita melahirkannya? • Emansipasi wanita: apakah sama antara hak dengan kesetaraan • Bangunlah, lalu berilah peringatan – Tanggungjawab seorang dai’ • Cinta kerjaya, cinta keluarga – perlu gaya hidup yang seimbang • Nikmat atau niqmah? • Al-hikmah wa rabbakah • Gaya hidup Islam (Mei – Ogos 2013) • Menerjah perubahan – kenapa cemas? (Sep – Dis 2013) • Etika Islam diamalkan? (Jan – Apr 2014) • Seni – halal atau haram? (Mei – Ogos 2014) • Terokai sains dan teknologi melalui al-Quran (Sep – Dis 2014) • Jihad yang sebenarnya…. (Jan – Apr 2015) • Apakah keistimewaanmu wahai an-Nisaa’? (Mei – Ogos 2015) • Alam tercemar, iman tercalar (Sep – Dis 2015)
MEMORI KEHIDUPAN
• Adakah Islam sebuah ideologi? (Jan – Apr 2016) • Islam & Masyarakat Majmuk (Mei – Ogos 2016) • Islam & Feminisme (Sep – Dis 2016) Begitu juga format Ar-Risalah yang telah mengikuti peredaran masa dengan desain yang berwarna lagi menarik untuk memenuhi selera pembaca pelbagai generasi yang lebih sophisticated. Ar-Risalah sememangnya merupakan antara wadah di mana Pergas berharap dapat membina kepekaan pembaca mengenai isu-isu semasa dan global dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah di bumi Allah ini. Ia juga merupakan saluran komunikasi antara Pergas dan masyarakat Melayu Islam agar wujud semangat kerjasama dalam kerja dakwah dan pengislahan ummah. Dalam menerajui majalah ini, pelbagai cabaran dihadapi, antaranya untuk mendapatkan rencana yang sesuai untuk diterbitkan dan juga memenuhi tarikh mutakhir untuk dihantar bagi pencorakan dan percetakan. Cabaran itu lebih meruncing apabila pihak sidang editor bersetuju pada tahun 2013 untuk menetapkan satu tema bagi setiap isu. Ini bermakna penulispenulis digalakkan menulis menurut tema yang ditetapkan agar rencana mereka dapat disiarkan sejajar dengan tema. Kini ramai para asatizah yang lebih selesa menulis makalah dalam bahasa Inggeris dan ini juga merupakan satu cabaran bagi kami. Oleh kerana kami perlu mengimbangi makalah dalam bahasa Inggeris dan Melayu dalam satu keluaran, kekadang kami perlu menterjemahkan makalah dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu atau sebaliknya. Untuk ini kami mempunyai seorang penterjemah komersial yang menolong melakukan tugas ini.
Tiga bulan sebelum tarikh akhir penghantaran artikel, pihak redaksi Ar-Risalah, saya sebagai penyunting dan Ustazah Hafizah Azman (penolong teknikal dan pembaca proof) akan memikirkan senarai nama asatizah yang sesuai dan boleh menulis tentang tema yang ditetapkan. Untuk ini, kami harus mempunyai jaringan sosial (social network) yang luas dengan para asatizah dan mengetahui bakat menulis dan kepakaran mereka. Setiap akhir bulan April, Ogos dan Disember kami akan sibuk ‘mengejar’ penulis-penulis yang ingin menyumbangkan rencana mereka dan menyunting makalahmakalah pilihan. Hubungan rapat dengan pereka letak dan format juga harus kukuh untuk mendapatkan desain terbaik lagi sesuai dengan tema bagi setiap keluaran. Selalunya, kami akan memeriksa dan membetulkan sekurang-kurangnya dua atau tiga draf desain sebelum ia dihantar untuk percetakan. Begitulah selanjutnya, setiap empat bulan, kami harus memikirkan sesuatu yang baru dan segar dalam usaha Pergas berdakwah melalui pena dan tinta. Tanpa penulis dan pembaca, Ar-Risalah tidak akan wujud, pihak redaksi hanya bertindak sebagai jambatan yang menghubungi kededuanya. Justeru, komen dan saranan dari pembaca juga karya penulis yang bercorak agama amat diperlukan. Pihak redaksi sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu isi kandungan makalah ini namun misi ini tidak dapat dilakukan tanpa kerjasama dari para asatizah dan penuntut-penuntut institusi Islam yang dihormati sekalian. Justeru, kami merayu kepada pendakwah tempatan agar dapat menggunakan wadah dan peluang ini untuk mengasah bakat mereka berdakwah melalui tulisan. Ayuh, kita teruskan tradisi menulis untuk berdakwah. 21
6.
KENALI ASATIZAH
USTAZ MUSTAZAH BAHARI Felo Penyelidik Bersekutu Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (Rsis)
1. Assalamualaikum wr wb. Ustaz. Kali ini kami ingin mengenalkan Ustaz kepada pembaca Ar-Risalah. Untuk itu, kami ingin mengetahui latar belakang pendidikan Ustaz hingga ke institusi pengajian tinggi. Waalaikummussalam. Pendidikan asas saya bermula dari Madrasah Azamiah di Kampung Darat Nenas (Belakang Changi Prison) kemudian ke sekolah pemerintah Changkat Primary School sehingga tamat Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE). Di samping itu, saya menyertai Madrasah al-Khairiah di Still Road. Selesai PSLE, saya menyambung pelajaran ke Madrasah Aljunied sehingga Thanawi 3. Saya amat beruntung kerana mendapat undangan untuk belajar di Madinah. Peluang ini saya terima dengan kesyukuran dan saya meneruskan pengajian di peringkat Thanawi selama 2 tahun dan kemudian ke Fakulti Syariah selama 4 tahun. Selesai peringkat Sarjana Muda, saya sambung terus ke peringkat Sarjana (Masters) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang AlQuran & As-Sunnah. Setelah itu saya mengikuti pengajian diploma dalam bidang psychology counselling dari LEE Community College. 2. Ustaz bertugas sebagai seorang felo penyelidik bersekutu di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam. Berapa lama Ustaz berada dalam bidang ini? Bagaimana dan bila minat untuk menjadi penyelidik bermula? Setakat ini sudah 3 tahun saya bertugas di RSIS. Minat untuk menjadi penyelidik sudah lama semenjak mengikuti pengajian peringkat Sarjana. 3. Apakah tugas seorang felo penyelidik? Apakah bidang kepakaran Ustaz? Mengumpul data atau maklumat yang berbentuk akademik untuk dijadikan bahan kajian bagi bacaan pihak-pihak yang berwenang atau untuk kegunaan bacaan umum. 22
Nak kata pakar tidaklah sangat, tapi setakat ini ruang bidang yang diberi adalah mengkaji ideologi golongan yang ekstrim dalam agama dan cara membantah hujjah-hujjah yang digunakan daripada nas-nas agama dengan menggunakan pendekatan wasatiyah (kesederhanaan). Misalnya, golongan ekstrim seperti ISIS selalu menggunakan ayat-ayat alQuran atau hadis-hadis Nabi s.a.w serta perbuatan sahabat bagi tujuan menyokong tindakan-tindakan mereka. Tetapi masalahnya ialah mereka hanya mengambil ayat atau hadis atau pandangan-pandangan dari salafussoleh yang menyokong pandangan mereka sahaja. Jika ada pandangan salafussoleh yang bercanggah dengan ideologi mereka, maka mereka akan menyembunyikan atau menolak pandangan itu. Di sinilah timbulnya keperluan untuk membantah hujjah-hujjah mereka dengan mengenengahkan juga pandangan-pandangan alternatif lain yang relevan dengan sesuatu isu agama. Inilah tugas utama saya di sini. 4. Apakah isu-isu kesederhanaan yang Ustaz kaji dan apakah keperluannya kepada masyarakat Islam? Isu-isu yang berkaitan dengan pemikiran terhadap Tasawwur Islam secara praktikal sesuai dengan realiti hari ini. Misalnya, isu memahami ilmu Tauhid. Tidak boleh dipaksa masyarakat Islam untuk memamahinya dengan konsep sifat 20 sahaja, kerana konsep lain juga diterima baik oleh ulama salafussoleh. Sama seperti kita belajar untuk membaca Al-Quran, ada kaedah Muqaddam, Iqra’, Qiraati, Barqi, Baghdadi dan banyak lagi. Setiap individu Muslim boleh melihat dan memilih kaedah yang sesuai dengan kemampuannya untuk dapat memahami dengan mudah. Akhirnya matlamat utama yang sama adalah untuk berjaya membaca Al-Quran dengan baik. Tiada siapa boleh mengkatakan bahawa kaedah Iqra lebih baik dari kaedahkaedah yang lain sedangkan orang lain yang menggunakan kaedah-kaedah selain Iqra juga berjaya membaca Al-Quran dengan baik.
KENALI ASATIZAH
Seterusnya, mengenai tanggapan terhadap barat, terhadap isu mazhab, isu liberal dan sebagainya yang perlu dinilai semula pandangan-pandangan terhadapnya. Contohnya, isu pegangan mazhab antara Sufi dan Salafi perlu diberi penilaian yang adil. Begitu juga tidak semestinya orang barat atau pengaruh barat itu semuanya tidak baik. Kemudian pandangan-pandangan baru yang diketengahkan tidak semestinya bersifat liberal seperti anggapan kebanyakan orang. Saya percaya bahawa setiap aliran yang ada hari ini, pasti ada timbulnya sifat ekstrim dari kalangan pendukungnya. Pandangan-pandangan ekstrim ini yang perlu diperbetulkan semula berteraskan sifat wasatiy dan adil. 5. Ustaz merupakan antara segelintir asatizah yang banyak menghasilkan penulisan ilmiah atau akademik, baik dalam percetakan dan online. Apakah yang mendorong minat Ustaz ini? Saya memang dari kecil amat tertarik dengan buku atau bahan bacaan. Di peringkat sekolah rendah, saya sudah mula minat menulis cerpen dan menyertai peraduan menulis. Dari situ timbul minat saya untuk terus membaca dan menulis. 6. Apakah yang Ustaz harapkan melalui penulisan Ustaz? Saya harap dapat mengetengahkan prinsip wasatiyah dalam penulisan saya. Prinsip yang diberi kepada kita sebagai umat Muhammad s.a.w. Prinsip yang bersifat adil, terbaik dan berimbang mengikut keperluan hidup yang rencam. Saya cuba usahakan dengan sebaik mungkin untuk ketengahkan idea, dalil, hujjah yang menampakkan prinsip ini. Saya ingin mengusahakan agar agama Islam sentiasa dapat dirasai kedamaiannya dan keadilannya serta keterbukaannya kepada setiap keperluan manusia. Dengan usaha ini, saya harap agar sifat fanatik pada satu pendapat dan aliran sahaja yang betul dapat diselesaikan. Berpegang dan berkeras dengan satu aliran atau pandangan sahaja bukanlah dari ciri Islam yang sebenar.
7. Trend penulisan di kalangan asatizah semakin meningkat. Namun masih tidak ramai yang kekal di dalam bidang ini. Mengapakah ini berlaku? Apakah tips atau nasihat daripada Ustaz untuk para asatizah yang ingin menyertai bidang penulisan tetapi kurang konsisten untuk terus menulis. Saya percaya kepada sikap ini, semakin banyak membaca semakin banyak maklumat yang kita ingin tahu lebih lanjut. Seterusnya semangat untuk tahu lebih lanjut tu akan membuatkan kita buat sedikit kajian lalu didapati bahawa apa yang kita sudah kumpulkan dari maklumat-maklumat itu baik untuk dikongsi bersama dengan orang lain. Itu yang membuatkan kita bersemangat untuk menulis. Selain itu, saya mengambil semangat para ulama silam kita yang banyak menulis dan hasil karya mereka dimanfaatkan hingga hari ini. Saya lihat dari sudut manfaat yang bersifat jangka masa panjang, dakwah menerusi penulisan adalah lebih kekal lama dari dakwah secara lisan. Contohnya seperti Pak Hamka, banyak penulisan beliau dijadikan bahan kajian pada hari ini. Setakat ini, hasil penulisan dari penulis Singapura masih rendah. Apatah lagi dari kalangan asatizah. Dilihat dari satu sudut, ia nampak tidak bagus, tetapi dari satu sudut yang lain, sebenarnya kita ada ruangan yang begitu luas untuk menulis apa sahaja yang relevan hari ini untuk dijadikan bahan rujukan bagi masa hadapan. Saya rasa tips yang paling berkesan untuk terus bersemangat untuk menulis ialah berkawan dengan orang yang selalu menulis. Kalau tidak banyak pun, sikit mesti akan terkesan untuk mula menulis. Kalau mengikut hadis Nabi s.a.w. pun, kawan kita itulah yang banyak memberi kesan pada diri kita. Wallahu a’lam.
23
7.
BELASUNGKAWA
BERSEMADINYA SEORANG MURABBI Almarhum Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail Zhulkeflee Hj Ismail atau Ustaz ‘Zhul’, nama yang tidak asing lagi dalam medan dakwah Singapura. Seorang guru, pendakwah dan penyampai agama yang sangat berdedikasi dan penuh bersemangat di dalam menyampaikan ilmu-ilmu Allah kepada murid-muridnya. Seorang yang terkenal dengan sikap tegas namun penuh adab dan falsafah di dalam penyampaiannya, setiap kata-katanya seringkali menyentuh jiwa para pendengar setia dan dijadikan sebuah motivasi dalam diri setiap muridnya. Ustaz Zhulkeflee merupakan anak jati Singapura dilahirkan pada awal Muharram 1373H bersamaan dengan 10 September 1953. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang sangat menitikberatkan soal pendidikan Islam dan sekular, tradisional mahupun konvensional. Walaupun dihantar ke sebuah sekolah Inggeris, orang tuanya tetap memberatkan pengetahuan ilmu agama dengan memanggil seorang guru agama ke rumah untuk mengajar beliau, juga dihantar menuntut bersama beberapa tokoh dan ulama tempatan. Perjalanan dakwah beliau bermula secara aktif pada tahun 1980an dengan memperkenalkan kelas-kelas agama secara sukarela untuk orang awam dalam Bahasa Inggeris bersama beberapa persatuan seperti Darul Arqam, Pertapis dan Persatuan Muhammadiyah. Pada tahun 1982, beliau diiktiraf oleh Mantan Mufti Sheikh Syed Isa Semait sebagai guru agama yang seterusnya menjadikan beliau sukarelawan yang sangat aktif membangunkan program-program pendidikan di Darul Arqam. Pada tahun 1991, beliau mula bertugas sepenuh masa di Darul Arqam sebagai Pegawai Pendidikan dan seterusnya Eksekutif bagi pendidikan dan dakwah. Antara program inisiatif yang dilakarkan adalah kurikulum pembelajaran untuk saudara baru (muallaf), program persiapan perkahwinan, dan kursuskursus untuk guru-guru. Beliau juga dilantik sebagai pendaftar bagi Penukaran ke Agama Islam. Ustaz Zhulkeflee juga aktif di dalam bidang penulisan dan merupakan antara penyumbang utama penerbitan majalah ‘Muslim Readers’. Khidmat Ustaz Zhulkeflee kemudiannya dicurahkan kepada Pergas sejak tahun 1997, sebagai pegawai eksekutif di bawah 24
Jabatan Pembangunan Kajian, pemangku ketua bagi unit Dakwah dalam Bahasa inggeris, dan seterusnya dilantik sebagai pemangku pengurus pada tahun 1999. Ustaz merupakan antara tokoh dan asatizah yang memperjuangkan penolakan Pendidikan Wajib (CE), juga terlibat secara langsung di dalam perjuangan beberapa isu seperti isu tudung. Semasa bernaung di bawah Pergas juga, banyak inisiatif baru yang diperjuangkan. Beliau telah mengusahakan sebuah program kolaborasi antara Pergas dan Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan (ISTAC) yang dinamakan ‘Seminar Pergas/ Istac 2000’; seminar bersiri yang berlangsung selama setahun. Beliau juga merupakan antara tenaga pengajar dan juga yang membangunkan kurikulum pengajian mingguan Pergas. Selain itu, Ustaz juga aktif membimbing di kelas-kelas agama di masjid-masjid. Lantaran kefasihannya berbahasa Inggeris, Muis melantik beliau untuk mengelolakan pengajian Islam khas untuk para seminarian Katolik di St. Francis Xavier Seminary, Punggol. Dari situ beliau telah dikenali dan dijemput sekali lagi oleh masyarakat Katolik untuk mengadakan kursus tentang Islam di Singapore Pastoral Centre of the Catholic Archdiocese, Queens Street. Setelah menamatkan khidmat di Pergas, Ustaz Zhulkeflee meneruskan kelas-kelas pengajiannya secara persendirian. Walaupun ditimpa musibah dengan keadaan kesihatan yang kurang baik, beliau tetap bertekad untuk meneruskan kelaskelasnya untuk berkongsi ilmu dengan murid-muridnya. Ustaz sering menasihati dan menggalakkan murid-muridnya untuk terus menimba ilmu tanpa henti walau apa pun yang berlaku. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus dari para hamba akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan para Ulama..." [Bukhari & Muslim] Walaupun jasad dan roh Ustaz Zhulkeflee telah tiada, namun semangat serta falsafahnya kekal dalam sanubari setiap muridnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat ilahi. (10 Sep 1953 – 9 Mac 2017)
8.
KENALI PERGAS
Bantuan Kepada Asatizah Yang Memerlukan
P
ersatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) memperuntukkan Skim Bantuan Kewangan Asatizah (AFA) sejak 2012 dalam usaha persatuan tersebut menjaga kebajikan dan kesejahteraan golongan asatizah. Para asatizah mapan banyak menabur bakti kepada masyarakat tanpa mengenal erti penat dan jemu. Walau sebilangan mereka kini warga emas, mereka terus menerus memberi manfaat dengan menyampaikan dakwah dan bimbingan agama kepada umat Islam di Singapura. Justeru, Pergas amat menghargai sumbangan mereka dengan melaksanakan pelbagai usaha murni yang menyokong kebajikan dan pembangunan asatizah. Bantuan kewangan ini mencerminkan rasa ihsan dan sokongan Pergas terhadap para asatizah yang memerlukan dan terus menjaga kebajikan mereka. Skim itu seiring dengan misi Pergas untuk meringankan beban kewangan asatizah dan turut menggalak semangat saling membantu. Dana AFA daripada wang zakat menerusi asnaf fisabilillah itu membantu golongan asatizah berikut: • Asatizah warga emas atau veteran yang memerlukan • Asatizah yang berpendapatan rendah atau berpenyakit kronik. • Asatizah yang menanggung hutang kerana sebab tertentu (diberi berdasarkan kes) • Asatizah yang tiada pekerjaan atau pekerjaan tetap disebabkan penyakit dan sebagainya (contohnya, ibu tunggal yang tidak bekerja).
Melegakan Derita Dana AFA turut memanfaatkan asatizah yang menghidapi penyakit dan dibelenggu dengan kos perubatan yang tinggi termasuk masalah ginjal yang memerlukan rawatan dialisis berterusan. Pendapatan keluarga penerima bantuan ini turut bergantung kepada skim-skim bantuan individu dan keluarga yang diterima daripada pelbagai pertubuhan amal dan badan berkanun pemerintah. Bantuan kewangan Pergas merupakan sokongan tambahan kepada para asatizah ini. Asatizah yang dibantu di bawah skim AFA harus mempunyai pendapatan per kapita tidak melebihi $450 sebulan. Pergas kini membantu seramai 21 asatizah di bawah skim AFA setiap bulan dengan setiap seorang menerima antara $200 hingga $400 sebulan.
Program dan inisiatif Pergas Skim AFA adalah antara pelbagai program Pergas untuk manfaat para asatizah, pelajar dan masyarakat Islam di sini. Program lain Pergas termasuklah: • Skim Anak Angkat Pelajar Madrasah (MSAS) bagi membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan. • Bantuan kewangan pendidikan bagi pelajar Institut Penganjian Islam Pergas (IPIP). • Anugerah Biasiswa Possiswazah untuk para asatizah terpilih melanjutkan pengajian Islam di peringkat possiswazah • Program pembangunan asatizah melalui sayap belia asatizah muda Pergas yang digelar IMPIAN.
Sumbangan Derma Ikhlas dan Zakat Harta Anda Pergas mengalu-alukan sumbangan anda untuk menjayakan pelbagai program untuk para pelajar, asatizah dan pendidikan agama masyarakat Islam. Berikanlah sumbangan derma dan zakat harta anda dengan cara berikut: • Di pejabat Pergas – wang tunai dan Nets • Pos cek yang dipangkah atas nama “PERGAS-ZAKAT” (bagi zakat) atau “PERGAS” (bagi derma) • Melalui online di www.pergas.org.sg/donate atau www.giving.sg/pergas • Tekan butang ‘donate’ di Facebook.com/pergas.singapore “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat” 25
9.
AKTIVITI PERGAS
Aktiviti Pergas
20
Sesi Perbincangan Meja Bundar bersama asatizah yang telah disampaikan oleh Prof. Kamaludeen Mohd Nasir dengan tajuk ‘Religious Lives of Our Youths’.
Jan - Apr 2017 JANUARI 5
Bahagian kedua Sesi Mulazamah Asatizah 2.0 bersama Sohibus Samahah Mufti Dr Mohamed Fatris bin Bakaram dengan tajuk “Pemikiran di Sebalik Fatwa” anjuran Jabatan Pembangunan Asatizah dan Latihan.
FEBRUARI 8
Majlis Al-Hadyun Nabawi dimulakan dengan sesi tazkirah oleh Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff dan disusuli dengan Pengajian Kitab Riyadus Shalihin pimpinan AlHabib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid di Masjid Al-Falah anjuran bersama Pergas, Majlis Al-Muwasolah dan Masjid Al-Falah.
18
27 kakitangan Pergas telah berkunjung ke Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HAS) untuk sesi menderma darah.
8
Hari Orientasi Pelajar (HOPe) anjuran Majlis Pelajar Pergas (MPP) yang diadakan di Majid Al-Ansar untuk para pelajar baru Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP).
23
Majlis menanda tangan Memorandum Persefahaman antara Pergas dan Masjid Muttaqin bagi menjalankan program Sijil Lanjutan Pengajian Islam Pergas di sana.
14
Majlis Maulid Perdana anjuran bersama Pergas, Masjid Sultan dan Masjid Hasanah bertempat di Masjid Sultan. Bacaan zikir dipimpin oleh Ustaz Mohamad Hasbi Hassan dan tazkirah disampaikan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid.
26
AKTIVITI PERGAS
27
Ziarah Al-Fadhil Buya Yahya dan rombongannya ke Pergas.
29
Majlis menanda tangan Memorandum Persefahaman antara Pergas dan Masjid Darul Makmur bagi menjalankan program Sijil Lanjutan Pengajian Islam Pergas di sana.
31 MAC
Sesi perkongsian bersama Shaykh Muhammad Adeyinka Mendes mengenai tajuk “Wisdom in Action: Dealing with Contemporary Social Issues”.
1, 8, 22, 29
Bengkel Kemahiran Asas Kaunseling dari perspektif Islam anjuran Jabatan Pembangunan Asatizah dan Latihan yang dijalankan oleh Ustaz Abdul Rahman bin Mohamed Sahid
APRIL 12-13
Lawatan wakil Pergas ke Radio Al-Bahjah dan pertemuan bersama Buya Yahya di Batam, Indonesia.
16
Sesi perkongsian bersama Dr Umar Faruq Abd-Allah mengenai tajuk “Exemplary Teacher: Lessons from Bab ‘Ilh of Ihya ‘Ulum al-Din”.
30
Pelancaran pertama kempen ‘Dadah Itu Haram’, kempen kerjasama Pergas, Safinah Institute, Rumah Kebajikan Muhammadiyah dan Islamic Events yang turut disertai oleh Encik Amrin Amin, Setiausaha Parlimen, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan.
27
10.
TINTA ILMU
Warkah Daripada Pergas
Satu Luahan Rasa Mengenai Isu Israel-Palestin
17 Februari 2017 Yang dihormati Tuan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Mengambil kesempatan pertemuan Tuan bersama Perdana Menteri Israel nanti, Pergas ingin memohon sekiranya sudilah Tuan menyampaikan keprihatinan masyarakat Islam Singapura terhadap keadaan di Palestin. Sebagai badan yang mewakili ulama dan asatizah serta masyarakat Islam di Singapura, kami membawa hasrat masyarakat Islam di sini. Bagi kami, penempatan Israel serta pertikaian Israel-Palestin yang berterusan hampir setengah abad ini sangat dikesali dan membimbangkan. Penempatan Israel telah merendahkan nilai nyawa manusia. Ia telah mengorbankan banyak nyawa termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua yang tidak berupaya. Dasar meluaskan penempatan Israel, memusnahkan pembangunan Palestin serta pengepungan dan kawalan di Gaza telah mencabuli hak asasi manusia untuk mendapatkan perlindungan, perumahan, kesihatan, pendidikan dan banyak lagi seperti yang dipersetujui resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menggesa agar Israel menghentikan dengan kadar segera segala kegiatan pembinaan penempatan terlarang mereka di kawasan tanah milik Palestin. 28
Sebagai masyarakat Islam dan juga rakyat Singapura yang memegang teguh pada nilai keharmonian dan keadilan, kami bahkan mana-mana agama ataupun bangsa, menolak segala bentuk kezaliman, pencerobohan dan penindasan. Keganasan hanya mencetuskan keganasan lain. Malah keamanan tidak akan tercapai sekiranya kezaliman, penindasan dan diskriminasi terus berleluasa. Kami maklum dasar pemerintah dalam perkara ini yang dibuktikan dengan komitmen pemerintah dengan perlantikan Encik Hawazi Daipi sebagai wakil baru Singapura di Wilayah Palestin. Kami dengan itu menyokong dasar pemerintah ini dan berharap agar Israel bersama Palestin dapat bekerjasama ke arah membina keamanan dan keharmonian. Kami juga berharap segala bentuk penindasan dan keganasan akan dihentikan, manakala keadilan dapat ditegakkan untuk setiap pihak. Semoga Tuan dapat sama-sama menyokong usaha ini dan dapat menyampaikan hasrat kami ini. Salam ikhlas,
Mohamad Hasbi Bin Hassan
Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas)
TINTA ILMU
RESPONS DARI PM LEE KEPADA PERGAS 21 Februari 2017 Ustaz Mohamad Hasbi Bin Hassan Presiden Pergas Ke hadapan Ustaz Hasbi Terima kasih atas surat anda bertarikh 17 Februari 2017 yang melahirkan keprihatinan terhadap keadaan di Palestin serta Isu Israel-Palestin. Saya memahami keprihatinan anda sepenuhnya. Singapura merupakan rakan kedua-dua Israel dan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA) dan banyak negara Arab. Sedang keadaannya rumit dan kemajuannya sukar, Singapura telah sentiasa menggesa Israel dan Palestin agar menyambung semula perundingan secara langsung dan berusaha ke arah huraian yang adil dan bertahan lama bagi pertikaian berpanjangan ini. Kami yakin huraian dua negara bagi Israel dan Palestin, bagaimana sukar sekalipun dikecapi, merupakan satu-satunya cara membawa keamanan dan keselamatan kepada kedua-dua rakyat negara tersebut.
Saya telah meluahkan perkara ini kepada Perdana Menteri (Benjamin) Netanyahu tahun lalu. Apabila Perdana Menteri itu mengunjungi Singapura dalam dua hari lepas, saya menyampaikan keprihatinan dan pendirian kami kepadanya lagi. Saya juga menjelaskan mengapa Timur Tengah penting bagi Singapura. Orang ramai di seluruh dunia juga dicengkam isu Israel-Palestin serta dengan keadaan orang awam tersepit dalam pertikaian itu. Bagi masyarakat Muslim khususnya, ia satu perkara penuh emosi. Singapura berada di Asia Tenggara dan dikelilingi negara yang majoriti Muslim. Kita juga mempunyai penduduk Muslim yang cukup besar dan merupakan sebahagian penting masyarakat berbilang kaum kita yang harmoni. Singapura bersungguhsungguh mengharapkan keamanan antara Israel dengan Palestin, yang akan menyumbang kepada Timur Tengah lebih stabil dan bahkan dunia yang lebih selamat. Saya berterima kasih kepada anda kerana menyokong kedudukan Singapura yang memaparkan kepentingan negara kita. Yang Ikhlas
Lee Hsien Loong
29
Photo: iro.sg
10.
TINTA ILMU
Media Statement 3 April 2017 Religious Guidance On Supplicating Against Those From Different Faiths
1. The doa or supplication is a way to seek God’s help and assistance in all our actions and deeds, including asking for success and peace in this life and for the hereafter. 2. Making doa is an act of worship that is strongly encouraged in Islam. In fact, Muslims are encouraged to not just supplicate or pray for themselves and fellow Muslims, but also for the well-being and success of others including those from other faith groups. The Islamic Perspective on Praying Against Those from Different Faith Groups 3.Essentially Islam forbids praying for negative outcomes on others, whether they are Muslims or believers of other religions. Among the evidences and arguments supporting this opinion is the hadith (sayings of the Prophet s.a.w.): Abu Hurairah r.a. narrated: It was said to Rasulullah s.a.w. “O Rasulullah, supplicate (for calamity) for the hypocrites.” Rasulullah said: “Verily I was not sent to scorn, but I was sent as a mercy.” (Muslim) The meaning of this hadith fits the purpose to which Allah s.w.t. as a mercy to the world. Allah s.w.t. says in the Quran: Meaning: “And We have not sent you, [O Muhammad], except as a mercy to the worlds.” (Al-Anbiya’: 107) 30
4. Imam Ibnu Kathir, an esteemed scholar of tafsir (Qur’anic exegesis) explained that Prophet Muhammad s.a.w. was sent as a mercy to the worlds, and this includes believers of other faiths and not just Muslims. No Enmity Between Islam and Other Faiths 5.Due to the centrality of doa, Muslims take examples from the Quran and from the Prophet’s life history to conduct themselves in supplicating or asking for God’s assistance. As the Prophet s.a.w. and his companions were continuously mistreated and harmed by different groups of people in his lifetime, the Prophet s.a.w. had sought God’s help in many instances. Collectively, the doa was taught by the Prophet s.a.w. to seek from God a place of safety, peace and security. 6. The Prophet’s insistence of not causing evil and harm to those who attacked and did injustice to him was central to his beautiful conduct throughout his life. 7. Key to the message of Islam is that there is no injunction that Muslims are in enmity with Jews and Christians or to any other faiths. One of the tenets of faith (Arkan al-iman) in Islam is to believe in Prophets, some of whom are also acknowledged in the Jewish and Christian traditions.
TINTA ILMU
8. Several chapters in the Quran were also named after these Prophets. There are therefore many similarities that we share within the Abrahamic faiths. The stories of their communities were elaborated in the Quran and their figures are venerated in the Islamic tradition. Supplicating for the Victory of Muslims Against Those Who Oppress Them 9. At the same time, Muslims are allowed to pray for calamity against oppressors, where one is in a state of oppression and persecution. Allah s.w.t. says in another verse in the Quran: Meaning: “Allah does not like the public mention of evil except by one who has been wronged. And ever is Allah Hearing and Knowing.” (Al-Nisaa: 148) 10. In Ibnu Kathir’s tafsir, he mentioned that Ibnu `Abbas understood this verse as a disapproval against supplicating for calamity except under oppression; patience is the better option. An example of oppression is when a person is harmed or grossly mistreated. 11. Clearly, supplicating for calamity to befall upon others without any reason is prohibited in Islam, whether the supplication is made against Muslims or non-Muslims, except against those who oppress and wage war against Islam. Allah said in the Quran: Meaning: “And they who deny the truth – it is they who are evildoers!” (Al-Baqarah: 254) 12. The Quran has taught us, as mentioned by Ibnu `Arabi in his book of Tafsir Ahkam Al-Quran, that Islam does not allow differences in faith as an impediment against cooperation and having good relations with others. In fact, the Quran does not forbid Muslims from helping and being kind towards believers of other faiths, if they do not oppress or persecute Muslims. Allah s.w.t. said in the Quran: Meaning: “Allah does not forbid you from those who do not fight you because of religion and do not expel you from your homes - from being righteous toward them and acting justly toward them. Indeed, Allah loves those who act justly.” (Al- Mumtahanah: 8)
13. It is on this basis that Muslims are commanded in the Quran to preserve and protect the religious abodes and house of worships of those used by Jews, Christians and believers of other faiths: Meaning: “And were it not that Allah checks the people, some by means of others, there would have been demolished monasteries, churches, synagogues, and mosques in which the name of Allah is much mentioned. And Allah will surely support those who support Him. Indeed, Allah is Powerful and Exalted in Might.” (Al- Hajj: 40) 14. Imam Al-Qurtubi explained that this verse means Muslims are forbidden from destroying, demolishing or selling churches or any houses of worship that belong to other religions. This is because Islam allows freedom in practicing one’s faith, and it is the responsibility of every Muslim to guard that freedom and the safety of others in adhering to their respective faiths. Muslims are also not allowed to disturb them, and should ensure that their friends and neighbours of other faiths are not being disturbed by anyone. 15. The Inter-Racial and Religious Confidence Circle (IRCC) is a good example of government initiative that promotes harmony between religions and communities in Singapore. 16. Pergas acknowledges and understands the recent court’s verdict on the Imam. We are also certain that the decision is based on considerations that the Imam has admitted that some of the supplication (ayat) he used are not from the Holy Quran and are not a requirement for the doa, and he has expressed his regret and apology on this matter. Pergas also understands that this incident might have caused discomfort and unease, as well as confusion and misunderstanding among some groups of other-faiths, namely people of Jewish and Christian faiths. 17. There are verses in the Quran that supplicate for victory against oppressors.
For doa that does not originate from the Quran or Hadith, we are not obliged to specify particular faiths in it such as the Jews and Christians. Therefore for any Imam or preacher, the usage of such doa must be nuanced with its proper understanding. Prohibition of Spying with the Intention of Harming and Dividing the Community 18. As a Muslim, it is obligatory to be alert and listen attentively to the Friday sermon, and it is not permissible for one to busy themselves with matters that distract from listening to the sermon. Indeed, asking someone to keep their voice down during the sermon may reduce the reward of the Friday prayer. It was narrated from Abu Hurairah that the Prophet s.a.w. said: “If you say to your companion when the imam is preaching on Friday, ‘Be quiet and listen,’ you have engaged in idle talk.” (Bukhari & Muslim) 19. It is the responsibility of every Muslim to help fellow Muslims in good deeds and acts that can increase one’s piety to God, as well as to prevent any negative assumptions and suspicion towards one another. Allah s.w.t. said in the Quran: Meaning: “O you who have believed, avoid much [negative] assumption. Indeed, some assumption is sin. And do not spy or backbite each other. Would one of you like to eat the flesh of his brother when dead? You would detest it. And fear Allah; indeed, Allah is Accepting of repentance and Merciful.” (Surah Al-Hujurat: 12) 20. Clearly from this verse, it states that Muslims are forbidden to have negative assumptions of others, and to spy on others with the intention of seeking one’s faults and mistakes, as well as weaknesses. Majority of the scholars of tafsir, as mentioned in the book Tafsir Al-Qurtubi, are of the opinion that having suspicion towards a good person is forbidden. 21. This prohibition is also supported by the hadith narrated by Abu Hurairah r.a.: “Beware of suspicion, for suspicion 31
TINTA ILMU
Photo: flow-events.com
is the most false of speech. Do not seek out faults, do not spy on each other, do not contend with each other, do not envy each other, do not hate each other, and do not turn away from each other. Rather, be servants of Allah as brothers.” (Bukhari) 22. This is because when a person has negative assumptions of others, it will lead to suspicions, which might then lead to spying. The suspicion is worse when the assumptions are towards a religious teacher who uses religious text for the purpose of worship.
24. At the same time, preventing munkar by sharing articles on social media without proper verification is irresponsible, and can divide the Muslim community as well as members of other faith groups. This is especially when such articles contain religious rituals that require comprehensive understanding of its texts.
Religious Guidance in Doing Good and Preventing Munkar
25. Islam is a religion of mercy and compassion, and emphasises the need to build and maintain warm relations and good ties with others. Thus, when we come across individuals who have made mistakes, we should approach them with kindness, wisdom and prudence, and not to ostracise or isolate them.
23. In carrying out the command to do good and prevent munkar (vice), one has to spread the message in a wise and prudent manner. Allah s.w.t. says: Meaning: “Invite to the way of your Lord with wisdom and good instruction, and argue with them in a way that is best. Indeed, your Lord is most knowing of who has strayed from His way, and He is most knowing of who is [rightly] guided.” (An-Nahl: 125)
26. Pergas would like to call upon Muslims to refer to Pergas or the Islamic Religious Council of Singapore (Muis) when they are unsure about religious issues, or when they require religious guidance. Muslims should also ensure that religious teachers that they learn from are those who are accredited and registered under the Asatizah Recognition Scheme (ARS).
32
Conclusion 27. Pergas as the organisation representing Muslim scholars and asatizah (religious teachers) will continue to spread the true understanding of Islam. Pergas, Muis and also the Religious Rehabilitation Group (RRG) hope to share the beautiful message of Islam in our context. 28. We also urge the Singaporeans from all communities to come together in maintaining respect and tolerance towards one another. 29. May Allah s.w.t. grant us peace, prosperity and harmony in this multiracial and multi-religious society, and may we be protected from trials that can divide the community and country. SINGAPORE ASSOCIATION OF ISLAMIC SCHOLARS AND RELIGIOUS TEACHERS (PERGAS)
10.
TINTA ILMU
Wasat Online Lungsuri https://wasatonline.wordpress.com Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan bagi menerbitkan penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura.
Edisi No. 13 / Februari 2017 Artikel pertama bertajuk Wasatiyah Dalam Pemahaman dan Penggunaan Ijmak, sumbangan Ustaz Mohammad Rizhan bin Leman, calon doktor falsafah dalam Usul Al-Fiqh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau membahaskan sikap saksama dalam mendakwa sesuatu hukum itu tidak boleh diperselisihkan atau disanggahi kerana telah berlaku ijmak (kesepakatan ulama) terhadapnya. Bagi mencapai sikap saksama, beliau mencadangkan tiga perkara kepada sesiapa sahaja yang berhadapan dengan sesuatu hukum yang dikatakan sebagai ijmak ulama, iaitu: • Membezakan antara kesepakatan empat mazhab dan ijmak • Tidak tergesa-gesa untuk melontar tuduhan kafir atau fasik kepada sesama Muslim • Berusaha untuk mengetahui pandangan para ulama sebelum memutuskan sesuatu hukum sebagai ijmak. Sekaligus artikel ini juga menganjur pembaca di kalangan awam kefahaman asas tentang ijmak sebagai yang dianggap sebagai sumber hukum penting dalam Islam. Aritkel kedua bertajuk Wasatiyah Dalam Berbincang dan Berdebat, oleh Ustaz Izal Mustafa Kamar yang bertugas sebagai pegawai kanan di Pejabat Mufti Singapura. Beliau membincangkan soal perdebatan yang berulangulang mengenai isu-isu khilafiyah sehingga kadangkala menatijahkah mudarat, seperti perpecahan dan sikap berpuak-puak di kalangan masyarakat Muslim.
Beliau yang tidak menolak manfaat yang boleh diraih dari perdebatan juga mengingatkan bagaimana perdebatan itu boleh bertukar menjadi sesuatu yang negatif hingga dicela oleh agama. Beliau mencadangkan pihak yang terbabit memeriksa sepuluh sifat-sifat keji pada diri saranan Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Ihya’. Jika ada salah satu dari sifat-sifat ini dalam diri kita, beliau mengingatkan mereka yang terbabit dalam perdebatan agar mengubah sifat itu atau meninggalkan perdebatan berkenaan. Artikel terakhir bertajuk Wasatiyah Dalam Iman Pada Akhirat dan Persiapan Menghadapinya, oleh Ustaz Mustazah Bahari dan Ustaz Muhammad Haniff Hassan membicarakan kepentingan iman pada Akhirat dan pengaruhnya dalam diri manusia. Mereka juga membangkitkan pengaruh iman ini bukan sahaja wujud dalam bentuk yang positif pada Muslim, tapi realiti juga menunjukkan kewujudannya dalam bentuk negatif, hingga menjejaskan cara hidup seorang Muslim, pencapaian masyarakat Muslim dan imej Islam itu sendiri. Kededua penulis menyatakan salah satu sebab dari kesan negatif dari iman ini ialah kefahaman yang tidak wasatiy dan menyeluruh tentang iman pada Akhirat. Mereka juga memberi tips bagaimana mencapai wasatiyah. Artikel ini bukan sahaja ditujukan kepada pembaca untuk memahami konsep iman pada Akhirat secara wasatiy tapi juga berguna pada asatizah apabila membicarakan isu ini di kalangan awam. 33
TINTA ILMU
Edisi No. 14 / April 2017 Mendahului artikel yang lain ialah Wasati (Sederhana dan Adil) Dalam Menangani Perbezaan Dalam Amalan Solat: Satu Kajian Terhadap Hadis-Hadis Sifat Solat Rasulullah s.a.w, sumbangan Ustaz Mohammad Yusri Yubhi bin Md. Yusoff. Ia cuba menjelaskan sebab kewujudan perbezaan pendapat di kalangan para ulama dari sudut hadis sebagai salah satu sumber primer hukum hakam Islam. Dalam mengetengahkan isu ini, beliau menggunakan contoh dari cara solat Rasulullah s.a.w yang dilaporkan dalam pelbagai hadis dan darinya lahir pendapat-pendapat berbeza di sisi para ulama tentang bagaimana bacaan atau pergerakan solat itu dilaksanakan sesuai dengan Sunnah. Apa yang menarik dari contoh ini ialah kesimpulan penulis bahawa kepelbagaian pendapat ini, tidak semestinya menatijahkan satu pendapat sahaja yang betul kerana kesemuanya memang dilakukan oleh Nabi s.a.w di waktu yang berbeza-beza dan disaksikan oleh sahabat berbeza. Selain itu, kajian ini juga mendedahkan bahawa perbezaan tentang cara Nabi s.a.w melakukan solat telah wujud di kalangan para sahabat sejak dahulu lagi. Namun ia tidak menimbulkan ketidakharmonian di kalangan mereka dan ini adalah sifat wasatiyah patut dijadikan pengajaran bagi umat Islam hari ini. Artikel kedua bertajuk Skim Pengiktirafan Asatizah Mandatori: Satu Analisa, sumbangan Ustaz Dr Firdaus Yahya membicarakan pelaksanaan skim pengiktirafan asatizah mandatori (ARS) yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2017. Skim ini dibicarakan secara kritikal setelah pemerintah menggazetkan Peraturan Pentadbiran Undang-undang Muslim (Sekolah Agama Muslim) 2016 dan edarannya kepada orang awam. Turut dibincangkan ialah latarbelakang sejarah skim pengiktirafan ini dan pembetulan beberapa tanggapan salah bahawa pelaksanaan skim ini bermula dari inisiatif pemerintah untuk mengawal perkongsian ilmu di kalangan asatizah. Penulis juga menawarkan beberapa kritikan tajam terhadap implikasi dari skim ini setelah peraturan yang mengatur skim ini digazetkan. Tajuk artikel ini relevan bagi Wasat yang mengutamakan isu-isu wasatiyah kerana asatizah adalah golongan penting bagi menjayakan usaha membudayakan nilai dan fahaman wasatiyah. Justeru, apa juga skim yang mengatur golongan asatizah dan sekali gus mencorakkan aktiviti mereka penting dalam menentukan kejayaan usaha ini. Selain itu, skim itu sendiri harus menampakkan ciri-ciri wasatiyah seperti jauh 34
dari kepentingan-kepentingan kelompok dan terpelihara dari kemungkinan penyalahgunaan. Artikel ketiga adalah sumbangan Ustaz Mohammad Rizhan bin Leman dengan tajuk Fiqh Ma’al Dalam Pendekatan Dakwah. Artikel ini membicarakan salah satu prinsip wasatiyah dalam berdakwah, iaitu mengambil kira kesan baik dan buruk sesuatu aktiviti. Bagi menolak tanggapan salah, penulis membawa contoh-contoh dari Al-Quran, Sunnah dan amalan para sahabat bagi menunjukkan prinsip ini berteras kukuh pada dalil syarak dan tradisi ilmu Islam. Penulis kemudian memberi beberapa tips bagi penerapan prinsip ini di masa kini. Dengan kata lain, adalah satu kesilapan bagi sesiapa yang berdakwah demi menyampaikan kebenaran tanpa mempedulikan akan kemungkinan natijah buruk dari dakwahnya. Sekaligus, artikel ini menganjurkan para pembaca dan aktivis dakwah untuk mempelajari apa yang dikenali sebagai Fiqh Ma’al dalam tradisi ilmu Islam. Artikel keempat adalah sumbangan Ustaz Dr Muhammad Haniff Hassan yang bertajuk A Wasatiyah Approach to Decision Making Based on Shari`ah. Artikel ini membicarakan proses membuat keputusan atau menghuraikan sesuatu masalah yang dihadapi dalam kehidupan sejajar dengan kehendak agama yang menekankan prinsip wasatiyah (sederhana dan adil). Menariknya, artikel ini memberikan tips dalam bentuk langkahlangkah mudah apabila ingin membuat keputusan dan mencari huraian sesuatu masalah. Selain itu juga ialah kesimpulan dari artikel ini yang menegaskan cara membuat keputusan dan huraian sesuatu masalah yang bersifat saksama dalam Islam tidak seharusnya terhenti pada mengenal pasti atau berdasarkan hukum prinsipal bagi isu atau masalah yang dihadapi sahaja. Ia harus ambil kira faktor-faktor lain seperti realiti sesuatu konteks, kesan sesuatu pilihan dan awalwiyat (keutamaan) semasa. Artikel ini mengingatkan pembaca agar tidak hanya bergantung pada nas (teks Al-Quran dan hadis) sahaja apabila ingin menentukan hukum bagi sesuatu hukum dan masalah kerana para ulama dahulu, apabila berijtihad bagi menentukan hukum dan huraikan sesuatu masalah, mengambil berat faktor maqasid shari`ah, imbangan antara maslahat dan mudarat dan hirarki keutamaan dalam konteks tertentu i.e. orang yang menjadi subjek hukum dan sekitaran di mana dia berada. Selamat Membaca Dan Menimba Ilmu
10.
TINTA ILMU
Ulasan Buku
Singapore Malay/Muslim Community 1819-2015: A Bibliography Penulis/Penyunting: Hussin Mutalib, Rokiah Mentol & Sundusia Rosdi Penerbit & Tahun: Singapura: ISEAS Yusuf Ishak Institute, 2016 ISBN: 9789814695886 Deskripsi: 374 halaman (2744 entri) Pengulas: Ukht Rohayah Mohd. Lani Sarjana Muda (Kepujian) (Information & Library Studies) UCE, Birmingham, United Kingdom Mantan Pustakawan, Lembaga Perpustakaan Negara
Pengenalan Mencipta satu bibliografi memerlukan pelbagai jenis kemahiran intelek; ringkas, analisis tuntas dan menunjukkan rinci penyelidikan sumber perpustakaan. Proses mengesan dan mencatat pengambilan/petikan dari buku, terbitan berkala, dan dokumen yang mengandungi maklumat relevan dan berguna serta keseluruhan ideanya. Kemudian, penelitian dan pengkajian bahan-bahan sebenar (fizikal) untuk dipilih pada jenis maklumat dari pelbagai perspektif, sesuai dengan topik subjek bibliografi. Masyarakat Melayu (Islam) Singapura, berdasarkan perlembagaan diiktiraf sebagai pribumi Singapura. Aspek berbeza mengenai jatuh bangun dalam kehidupan masyarakat Melayu (Islam) telah banyak disentuh dalam pelbagai penulisan, walaupun tidak dalam bentuk yang substantif secara khusus mengenai masyarakat seperti yang terdapat dalam buku bibliografi. Satu usaha perintis mengumpul bahan penulisan mengenai masyarakat Melayu Singapura pernah diusahakan dalam bentuk sebuah bibliografi terbitan tahun 1995. Singapore Malay/Muslim Community 1819-2015: a bibliography (2016) ini adalah penyambung usaha bibliografi yang terdahulu dengan penambahan lebih banyak entri dalam 17 subjek. Inisiatif akademik ini telah mengisi jurang penulisan dengan skop dan liputan yang jelas dan menyeluruh merangkumi maklumat narasumber tentang kebanyakan aspek kehidupan. Bibliografi ini penuh dengan khazanah penting, lengkap dan berwibawa tentang masyarakat Melayu (Islam) Republik ini.
Usahasama kumpulan penyelidik-penyelidik bertauliah yang membuat kajian ke atas semua bahan yang terdapat di empat buah perpustakaan utama di Singapura iaitu NLB, NUS, NIE-NTU dan ISEAS, menunjukkan kepelbagaian penulisan mengenai masyarakat Melayu/Islam yang merangkumi pelbagai tema perkara dalam tempoh dua kurun (1819 hingga 2015).
Kandungan Bibliografi Bahan-bahan penulisan yang sedia terdapat malangnya kerana beberapa sebab, agak kurang diketahui umum dan hanya mampu diperolehi/akses para sarjana atau penyelidik, ilmuan pembaca yang sanggup bersedia memperuntukkan banyak masa dan usaha. Antara jenis bahan-bahan penulisan ini ialah tesis-tesis dari peringkat Kepujian hingga KeDoktoran, rencana-rencana, laporan dan prosiding/kertaskerja serta penulisan bercorak kajian ilmiah yang termuat dalam penerbitan berkala jurnal akademik, terutamanya yang dalam Bahasa Inggeris. Penyelidikan tentang bahan-bahan ini dapat membantu pengguna, dalam membuat kesimpulan mengenai kewibawaan kandungan bahan tersebut termasuk latar belakang penulisnya. Corak penulisan berbentuk substantif [berdasar mutu analisa kandungan] dihasilkan oleh penulis tesis-tesis termasuk para penulis bukan-Melayu luar negara. Menariknya bahan-bahan pasca 1965 dihasilkan oleh golongan guru dan pendidik di Institusi pengajian tinggi dan penulis-penulis tempatan kebanyakannya menulis dalam Bahasa Melayu. Isu batasan sampingan lain yang timbul dalam proses mendapatkan maklumat relevan ialah banyak sekali bahan-bahan tersebut semacam ‘tersembunyi’ di sebalik tulisan-tulisan yang lebih utama menjurus pada tema/judul dan skop, seperti bab-bab/ 35
TINTA ILMU
bahagian (chapter) dalam buku ilmiah atau monograf kajian-kajian mengenai masyarakat Asia Tenggara atau kaum-kaum Nusantara. Sejumlah besar entri berjumlah 2744 entri (tajuk) diindeks dalam 17 topik perkara: 9. History 1. Bibliographies, 10. Journalism, Mass Media Catalogues and Indexes and Publishing 2. Biography 11. Language 3. Culture 12. Law 4. Demography 13. Literature 5. Economics 14. Politics 6. Education 15. Religion 7. Ethnology 16. Sociology 8. Health 17. Special Localities Antara topik yang banyak ditulis, sebanyak 335 entri (no.1987 – 2325) halaman 237 – 267 ialah subjek perkara Agama (15. Religion ) yang dipecahkan kepada 10 topik kecil merangkumi aspek dan corak amalan orang Melayu dalam masyarakat majmuk seperti, kedudukan dan perundangan syariah dalam negara sekular, pendidikan Madrasah, institusi masjid serta cabaran-cabaran semasa. Banyak yang dipilih terdiri dari bentuk rencana atau makalah singkat dan bukan dalam bentuk monograf buku yang boleh mengandungi elemen-elemen berunsur kajian yang lebih padu dan menyeluruh. 15. RELIGION: SUB-TOPIK
NO. DAN JUMLAH ENTRI
Penutup
General Works
1987-1997 = 11
Religious Relations and Tolerance
1998-2012 = 15
Islam and Islamic Identity
2013-2108 = 96
Islamic Revival and Radicalism
2109-2168 = 29
Islamic Organizations and Leadership
2138-2168 = 31
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)
2169-2184 = 16
Mosques
2185-2251 = 67
Religious Life
2252-2306 = 55
Dakwah and Muslim Converts
2307-2320 = 14
Waqf
2321-2325 = 05
Boleh dirumuskan bahawa kebanyakan penulisan adalah menjurus kepada kaum etnik Melayu, berbentuk makalah atau rencana ringkas dan sedikit sekali dalam bentuk yang lengkap atau diterbitkan sebagai buku ilmiah. Memandangkan sejauh ini banyak hasil penulisan yang ‘berselerakan’ tidak dikumpul dan teratur termasuk dalam bentuk elektronik maka natijahnya ia tidak diketahui atau sukar diakses. Usaha mengumpul, menulis dan menerbitkan aspek-aspek kehidupan masyarakat Melayu/Islam Singapura sewajarnya diberi keperhatinan. Para Ilmuan dan sarjana, pengkaji dan orang awam malah golongan pelajar perlu menggunakan buku Singapore Malay/Muslim Community 1819-2015: a bibliography ini sebagai langkah utama bagi sumber maklumat berharga.
Kaum Melayu merupakan kelompok terbesar dalam golongan umat Islam di Singapura, maka kebanyakan penulisan berkisar kepada golongan etnik Melayu berbanding puak Arab, IndiaMuslim atau Cina-Muslim dan lain-lain yang amat terhad sekali penulisan mengenainya. Antara entri-entri yang boleh dikedepankan termasuklah: 36
• entri 2074 : Noktah Hitam: Ajaran Sesat di Singapura. Singapura: MUIS dengan kerjasama PERDAUS, 2001. 535pp. NLB • entri 2091: Shaik A. Kadir. Commanding a Dynamic Islamic Personality. Singapore: Islamic Theological Association, 2000. 157pp. NLB • entri 2273: Marranci, Gabrielle. “Defensive or Offensiveness Dining? Halal Dining Practices among Malay Muslim Singaporeans: Their Effects on Integration”. The Australian Journal of Anthropology 2, issue 1 Apr 2012: 84-100. NTUNIE, NUS. • entri 2275: Melor Ralif. Melor di Pusara: aman dan abadi. Singapura: Pustaka Warisan, 2015. 142pp. NLB. • entri 2287: The Muslim Ummah: Challenges, Direction & Reflections. Singapore: NUS Muslim Society, 2000. 132pp. NLB. • entri 2301: Stimpfl, Joseph Richard. “Veiling and Unveiling: Reconstructing Malay Female Identity in Singapore” In Undressing Religion: Commitment and Conversion from Cross-Cultural Perspectives. New York: Berg, 2000. NLB, NTUNIE, NUS. • entri 2316: Ravenhill, John. The Role of Saudara Baru in Ethnic Relations: the Chinese Converts in Singapore. PROSEA Research Paper, no.55. Taipei: Academia Sinica Program for SEA Area Studies, 2001. 37pp. ISEAS. • entri 2325: Shamsiah Abdul Karim. “Contemporary Waqf Administration and Development in Singapore: Challenges and Prospects”. Paper presented at a Singapore Int. Waqf Conference 2007 jointly organized by MUIS. Available at http:// www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Wakaf/ Contemporary%20Waq%20In%20singapore.pdf
Semoga apa yang dapat dibaca dan dirujuk bermanfaat agar segala kemajuan, pembangunan, masalah dan cabaran masyarakat Melayu/Islam di Republik ini dapat diketahui dan difahami dengan lebih jelas dan mendalam lagi. Selamat Mengkaji
10.
TINTA ILMU
Perkongsian Ilmu Habib Umar Bin Muhammad Al-Alamah al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz Alhamdulillah, mulai dari isu 2017 ini, Ar-Risalah akan menerbitkan terjemahan karya tulisan Al-Habib ‘Umar bin Muhammad Bin Hafiz, cendekiawan Islam dari Tarim, Hadramaut; Yaman. Beliau telah mengadakan lawatan ke Singapura dan rantau Nusantara ini pada tahun lepas. Karya karangan ( مسات أهل التصوف- Tanda Ahli Tasauf ) oleh Al-Habib ‘Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz ini telah dibincangkan semasa Multaqa Turuq Sufiyah Peringkat Kebangsaan dengan tema 'Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah'. Multaqa ini telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan pada 27 Oktober 2016 di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Latar Belakang Al-Alamah al-Habib ‘Umar al-Hafiz Al-Alamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz, dilahirkan di Bandar Tarim, Hadramaut, Negara Republik Yaman sebelum fajar hari Isnin 4 Muharam 1383H bersamaan 27 Mei 1963M.
Photo: muwasala
Menurut salasilah keturunannya, beliau bernasabkan kepada Sayyidina Ali bin Abi Thalib dan Sayyidatina Fatimah al-Zahra’ binti Sayyidina Muhammad Khatam al-Nabiyin selawat, salam dan keberkatan ke atasnya dan ke atas mereka seluruhnya. Mendapat pendidikan awal daripada bapanya yang ketika itu menjawat jawatan Mufti di Tarim. Seterusnya menerima ilmu daripada ulama-ulama Hadramaut yang ada pada masa itu, antara guru beliau yang utama ialah al-Habib Salim bin Abdullah al-Shathiriy, al-Habib Ibrahim bin Umar bin Aqil, alHabib Muhammad bin Alawi bin Shihab al-Din. Bermula tahun 1402H bersamaan 1982M, al-Alamah alHabib ‘Umar berulang-alik ke al-Haramain al-Sharifain untuk menimba ilmu dan tarbiyah daripada al-Imam al-Arif al-Daiyah al-Habib Abd al-Qadir bin Ahmad al-Saggof, alArif al-Daiyah al-Habib Ahmad bin Taha al-Haddad, al-Arif al-Alamah Abi Bakr al-Attas bin Abdullah al-Habshi dan beliau menerima ijazah al-Asanid daripada al-Musnid alShaikh Muhammad Yasin al-Fadany dan al-Alamah Muhadith al-Haramain al-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki dan ulama-ulama lain. 37
TINTA ILMU
Photo: Haikal Haliz
Beliau mula mengajar dan melaksanakan tugasan dakwah Islam ketika berusia 15 tahun di samping meneruskan pengajian secara talaqi. Berdakwah, mengajar dan belajar telah sebati dalam jiwa beliau. Pada tahun 1414H bersamaan 1994M apabila kembali ke tanah tumpah darahnya, beliau telah mengasaskan sebuah pusat pendidikan Islam yang diberi nama “Dar al-Mustafa” di Bandar Tarim Hadramaut berikutan kedatangan pelajar-pelajar dari beberapa Negara Islam untuk menerima pendidikan daripada beliau. Di peringkat awal, penubuhan Dar al-Mustafa diasaskan atas beberapa matlamat seperti berikut: 1. Menimba ilmu syariat dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya secara talaqi daripada guru-guru yang berkeahlian dalam bidang tersebut berserta sanad mereka 2. Membersihkan jiwa serta mendidik akhlak 3. Mengarus perdanakan ilmu-ilmu yang bermanafaat serta dakwah kepada Allah. Akhirnya Dar al-Mustafa mampu membangunkan tapak pengajiannya sendiri yang dinobatkan secara rasmi sebagai sebuah pusat pengajian dan pendidikan Islam pada 29 Zul-Hijjah bersamaan 6 Mei 1997. Kini Dar al-Mustafa begitu mendapat perhatian daripada pelajar-pelajar seluruh dunia Islam, ditambah pula graduan-graduannnya telah diiktiraf oleh al-Azhar al-Sharif dan kebanyakan universiti terkemuka dunia Islam. Al-Alamah al-Habib ‘Umar al-Hafiz telah banyak membuat lawatan dakwah Islami dan menyampaikan ilmu ke negaranegara Islam lain seperti Syria, Mesir, Sudan, Pakistan, Indonesia, Brunei Darussalam, Malaysia dan Negara kita Singapura saban tahun. 38
Karya penulisan Di samping menjadi seorang pendakwah, Al-Alamah al-Habib ‘Umar al-Hafiz telah juga seorang penulis yang produktif. Karya-karyanya tidak terhad kepada ilmu Fiqh sahaja, bahkan beliau juga mengarang beberapa kitab Tasawuf dan Maulid. Kitab yang ditulis antara lain: * Dhiya’ul Lami’ (Maulid Nabi Muhammad SAW) * Dhakhira Musyarofah (Fiqh) * Muhtar Ahadits (Hadits) * Nurul Iman (Aqidah) * Durul Asas (Nahu) * Khulasah Madad an-Nabawi * Tsaqafatul Khatib * Dua koleksi hadis : al-Mukhtar min Shifa al-Saqim dan Nur al-Iman min Kalam Habib al-Rahman. * Is’af Talibi Rida al-Khallaq bi Bayan MaKaram al-Akhlaq * Tawjihat al-Tullab * Khuluquna * Fa’dat al-mann min Rahamat Wahhab al-Minan * Fayd al-Imdad * Thaqafat al-Khatib Sebagai permulaan, kami sisipkan terjemahan kata-kata hikmat dan pesanan beliau yang dikutip dari notanya “Tasawuf dan Sufi”. Daripada sumber asal: 1. Laman Rasmi al-Habib Umar bin Hafiz (Arab) 2. http://darulmurtadza.com/biografi-guru-al-habib-umarbin-hafidz/ 3. http://pondoktauhid.blogspot.sg/2010/09/biodata-al-habibumar-al-hafiz-ra.html
10.
TINTA ILMU
Tasawwuf & Sufi Terjemahan Al-Fadhil Ustaz Mohamad Hasbi Bin Hassan
Photo: roots.sg
Tasawwuf adalah amalan yang baik dan bersifat seperti yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w. secara zauq (rasa) dan tahaqquq (kebenaran). Maka ia adalah satu peningkatan dengan ilmu yang yakin kepada ‘ainul yakin (pandangan mata) dan hakikatnya (haqqul yakin). Dan ia adalah satu usaha dan peningkatan menggunakan “tangga” Islam dan Iman untuk mencapai martabat pendekatan dan martabat pengetahuan khususnya kepada Allah dan kecintaan yang suci dari Allah dan untuk Allah. Ia juga adalah sebaik-baik ikutan terhadap Penghulu kami Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan mendapat hasilnya dari kecintaan terhadap Allah azza wa jalla.
Sufi: Maka barangsiapa yang mendapat hasil dengan baik amalnya dan sifatnya seperti yang dikehendaki oleh Allah azza wa jalla dan RasulNya secara zauq dan tahaqquq, maka dia itulah sufi.
Maka tidak dinamakan seorang itu Sufi melainkan ia telah sampai ke tingkatan ainul yakin, sabda Rasulullah Sahlallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: Ihsan itu hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya maka jika engkau tidak melihatNya sesungguhnya Dia melihat engkau. Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah dari Abu Hurairah dan diriwayatkan oleh an-Nasaie dari Abu Hurairah dan Abu Zar bersama. Adapun barangsiapa yang berjalan di perjalanan mereka (Sufi) dengan sungguh-sungguh dan belum juga mencapai martabat ainul yakin maka dia itu adalah seorang mutasawwif (seorang yang bersifat dengan sifat tasawwuf), bukanlah dia seorang sufi. Dan barangsiapa belum sempurna kesungguhannya dalam perjalanan dengan perjalanan mereka (Sufi) maka dia adalah seorang yang menyerupai (mutasyabbih) dengan mereka. Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari kalangan
mereka. Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, an-Nasaie, al-Hakim at-Tirmidzi, al-Baihaqi dalam cabang Iman dan atThabarani, Abdu Ibn Hamid, Ibn Abu Syaibah dan al-Bazzar. Imam Abdullah bin Abu Bakar al-‘Idderus berkata di dalam kitabnya al-Kibbirit al-Ahmar: Sufi itu adalah seorang salik (seorang yang berjalan atas perjalanan tasawwuf) yang telah tiba. Dan al-Musyabbih (seorang yang menyerupakan dirinya dengan seorang sufi) adalah seorang yang berpegang dengan cara cinta kepada mereka. Dan seorang mutasyabbihul mutasyabbih (orang yang menyerupai orang yang menyerupai orang sufi) adalah orang yang yakin dengan cara mereka (orangorang musyabbih) cinta kepada mereka (orang-orang Sufi). Barangsiapa yang menyintai sesuatu kaum dia adalah dari kalangan mereka, seperti di dalam hadis sahih yang bermaksud: Seseorang itu bersama dengan siapa yang dia cintai. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.
C
M
Y
CM
MY
CY
MY
K
Setulus Pemberian, Manfaat Berkekalan
Hulurkan zakat dan derma anda kepada kami di Pergas. Melalui nets dan tunai di perjabat Pergas atau cek yang dipangkah atas nama “PERGAS-ZAKAT” (bagi Zakat) atau “PERGAS” (bagi derma).