AR-RISALAH ISU KEDUA-PULUH EMPAT: A S A T I Z A H & P E N U L I S A N D A K WA H MEI - OGOS 2017
ISSN 2424-8207
MEREKA MENULIS ISLAM YANG & FEMINISM
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 1
27/11/17 1:10 PM
AR-RISALAH
Connect with us
Isu 24 (May - Aug 2017) ISSN 2424-8207
Editor
fb.com/Pergas.Singapore
@pergassingapura
youtube.com/PergasSingapura
@pergas_spore
Ukht Sundusia Rosdi
Pembaca Pruf Ustazah Nurhafizah Azman
Penyumbang Bahan
Get in touch
Ustazah Rohana Binte Ithnin Ustaz Mohammad Rizhan Bin Leman Ustaz Mohd. Jakfar b Hj Embek Akh Fazrihan Duriat Akh Suhaimi Zainul Abidin Akh Mohd Raman Daud Ukht Sundusia Rosdi Ukht Norulashikin Jamain
www.pergas.org.sg
Arahan Seni & Rekaan Grafik mirror-mag.com/studio
Pencetak
Seng Lee Press Pte Ltd Penerbit
The publisher and editor are unable to accept any liability for errors that may occur and any consequences arising from the use of information contained in the magazine. The reviews expressed do not necessarily reflect those of the publisher and editor. The publication of advertisements and advertorials within the magazine do not constitute any endorsement by the publisher and editor of the contents therein. Ar-Risalah is published by Pergas with permission from the copyright owner. ALL RIGHTS RESERVED. No part of this publication may be reproduced, stored or transmitted in any form, for any reason or by any means, whether redrawn, enlarged or otherwise altered including mechanical, photocopy, digital storage and retrieval or otherwise without the prior permission in writing from both the copyright owner and the publisher, except in the case of brief quotations embodied in critical articles and reviews.
Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura 448 Changi Road Wisma Indah #03-01 Singapura 419975 Tel: 63469350 Fax: 63463450 Email: info@pergas.org.sg
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 2
27/11/17 1:10 PM
Kandungan
1. 2. 3. 4. 5.
Kalam Editor — 04 Fokus — • Mereka Yang Menulis Sumbangan Asatizah Singapura Dalam Penulisan & Penerbitan Kitab-Kitab Agama 1914-2016 05 -15 • Asatizah Dan Karya Sastera Kreatif 16 -19 Memori Kehidupan — • Bila Asatizah Menulis Di Media... 20 - 22 Islamic Finance — • Religious Guidance In The Subscription Of Singapore Savings Bonds By Muslims (Part 2) 23 -24 Kenali Asatizah — • Ustaz Mohammad Rizhan Bin Leman 25 - 26
6. 7. 8. 9.
Belasungkawa — • Almarhum Ustaz Mohd Abdul Halim 27 Kenali Pergas — • Unit Pemasaran & Perhubungan Pergas • Warga Kerja Baru Pergas 28 Aktiviti Pergas — 29 - 30 Tinta Ilmu — • Media Statement 31 - 32 • Wasat Online 33 - 34 • Muktamar Ulama 2017 35 - 36 • Ulasan Buku 37 - 38 • Tanda-Tanda Ahli Sufi 39 3
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 3
27/11/17 1:10 PM
Kalam Editor Assalamualaikum wr wb pembaca yang dihormati Baru-baru ini, Pergas telah memainkan peranan penting selaku institusi ulama dan asatizah Singapura dengan menganjurkan Muktamar Ulama 2017. Kehadiran 300 para asatizah membuktikan kesedaran kita tentang kepentingan serta keperluan menangani isu-isu yang berkait rapat dengan masyarakat Islam setempat khususnya mengenai isu fahaman pelampau, liberalisme dan perbezaan pendapat dalam Islam. Banyak resolusi tercapai hasil perbincangan mendalam itu yang bakal didokumentasi dan diterbitkan dalam bentuk buku kelak. Justeru, adalah penting bagi kita merekodkan peristiwa penting yang berlaku dalam masyarakat Islam tempatan juga cetusan minda ulama dan ilmuwan Islam. Catatan ini semua bakal menjadi warisan utama para asatizah dan bahan rujukan bagi generasi akan datang sejajar dengan tradisi keilmuan Islam. Ini juga menunjukkan bahawa pendokumentasian dan penulisan dalam bentuk percetakan merupakan media utama bagi meninggalkan “ilmu yang dimanfaatkan”, selaku salah satu sumber amal jariah yang berterusan bagi anak Adam walau setelah kematian mereka sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya, “Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Riwayat Muslim). Ar-Risalah isu kedua tahun 2017 ini masih membincangkan tentang penulisan asatizah dengan menyingkap sumbangan karya kitab-kitab ulama mapan tempatan bermula pada awal tahun 1914 dengan karya-karya tokoh reformis, Kiai Muhd. Fadhlullah Suhaimi. Begitu juga sumbangan beberapa penulis asatizah yang lainnya sepanjang lebih 100 tahun hingga kini. Dalam artikel kedua, Ustaz Mohd. Jakfar Haji Embek menganalisa wahana dakwah bersifat karya kreatif, puisi dan cerpen yang kini semakin menjadi perhatian asatizah Generasi Y dan Millenial. Bagaimana pula situasinya apabila para asatizah diberi peluang menulis di media akhbar? Ikuti perkongsian pengalaman mantan wartawan, Encik Mohd. Raman Daud sebagai penulis dan penyunting untuk ruangan agama di akhbar Berita Harian/Berita Minggu di bawah bimbingan Almarhum Ustaz Syed Abdillah Al-Jufri. Dalam kolum “Kenali Asatizah”, wawancara kami bersama Ustaz Muhammad Rizhan Leman, bekas penuntut sekolah sekular yang kemudian melanjutkan pengajiannya ke universiti Islam luar negara kerana ingin mengetahui prinsip ajaran Islam dan perspektif sarjana Islam mengenai isu-isu berkaitan ekonomi, diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada pembaca. Sebagai penutup bicara, apa pun corak genre penulisan yang diceburi sebagai platfom untuk berdakwah (di samping dakwah retorik), semoga para asatizah dapat melakukannya dengan penuh iltizam, ikhlas, istiqamah dan integriti untuk manfaat masyarakat Islam keseluruhannya. Selamat Membaca,
Sundusia Rosdi
4
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 4
27/11/17 1:10 PM
2. FOKUS
Mereka Yang Menulis
Sumbangan Asatizah Singapura Dalam Penulisan & Penerbitan Kitab-Kitab Agama (1914-2016) Sundusia Rosdi
Penyunting Ar-Risalah
Gambar Asal: Rudy Herman 5
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 5
27/11/17 1:10 PM
FOKUS
PENGENALAN Di awal kurun ke 20, golongan yang celik huruf di nusantara tidak begitu ramai, yang arif menulis biasanya merupakan dari kalangan bangsawan dan yang berpelajaran kerana tuntutan pekerjaan (sebagai wartawan, guru atau pengarang berbayar). Selainnya sebagai hobi untuk bersantai dengan ilham dan curahan perasaan yang dicatatkan oleh pengarang, pemuisi, penulis lirik, pemusik dan peminat ruangan surat pembaca atau sahabat pena di akhbar atau majalah. Waktu itu bahan-bahan penulisan berbentuk makalah atau rencana ringkas amat sedikit sekali yang berisi maklumat atau pengajaran ilmu apalagi sebagai sebuah karya buku ilmiah.
Kemunculan mesin percetakan pada kurun ke 16 di Eropah, India dan China merupakan antara mercu tanda penting dalam sejarah perkembangan intelektual manusia kerana melaluinya pelbagai ilmu dapat disebar luas dan dikongsi. Dua buah negara Timur Tengah iaitu Makkah dan Turki terlebih dahulu menjadi pusat percetakan karya Melayu/Islam, selain India pada awal abad ke 19. Kemudian muncul kota Kahirah di Mesir mengambil alih peranan ini kerana kehadiran Universiti Al-Azhar sebagai nadi pengajian ilmu agama. Sejak akhir abad ke19, dengan peningkatan jumlah penuntut alam Melayu yang menuntut di situ, ulama-ulama di Al-Azhar mendapat penghormatan tinggi kerana kegiatan intelektualnya yang tidak hanya sebagai mewujudkan rangkaian cawangan kedai kitab di seluruh Nusantara.
Kiai MUHAMMAD FADHLULLAH SUHAIMI (1886-1964) & Ahli Keluarga Matbaah al-Ittihādiyyah merupakan syarikat percetakan milik bersama pelajar-pelajar Melayu yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Kahirah, Mesir. Ditubuhkan pada awal tahun 1914 oleh Kiai Muhammad Fadhlullah bin Muhammad Suhaimi dari Singapura bersama-sama beberapa teman pelajarnya. Beliau kemudiannya menjadi seorang ulama, tokoh reformis juga pengasas Madrasah Al-Ma’arif AlIslamiah Singapura pada tahun 1936. Pada awalnya, matlamat penubuhan syarikat percetakan itu sejajar dengan cita-cita pengasasnya untuk mencetak, menerbit dan mengedar majalah Melayu terbitannya bertajuk al-Ittihad. Selain itu, syarikat ini juga mencetak pelbagai jenis kitab dalam bahasa Arab, Melayu dan Jawa,
Ketika itu Kiai Fadhlullah Suhaimi sendiri menjadi pengurus dan editor majalah al-Ittihād, dengan beberapa anggota sidang pengarangnya dari kepulauan Indonesia. Majalah alIttihād terbit sekali dalam tiga bulan. Ketiadaan naskhah asal asli al-Ittihād ini menyukarkan usaha untuk menentukan tarikh keluaran utama sulungnya. Harga langganan bagi selama setahun ialah tiga rupiah (di Indonesia) atau lima keping syiling (di Tanah Melayu). Kewujudan al-Ittihād yang merupakan majalah pertama yang diterbitkan oleh pelajar-pelajar Melayu di Kahirah hanya diketahui melalui penyiaran satu rencana di majalah Neracha (1911-1915) yang bukan sahaja mengalu-alukan terbitnya al-Ittihād, tetapi telah mencabar pelajarpelajar Melayu di Eropah agar berbuat yang serupa. Walaupun semua ehwal kegiatan penerbitan berlaku di Mesir tetapi buku pertama terbitan syarikat ini ditujukan kepada pembaca di Tanah Melayu. Selain mencetak majalah alIttihād, buku berjudul ‘Kitab Pelajaran Tauhid’ tulisan Kiai Muhammad
setakat menjadi pusat ilmu tetapi telah meninggalkan pengaruh besar kepada senario penerbitan, penulisan atau literasi Melayu, termasuk karya-karya sasteranya. Sebagai bandar pusat percetakan penerbitan Melayu terawal, terdapat beberapa syarikat percetakan di Kahirah yang menerbitkan pelbagai jenis buku dan kitab, majalah dan akhbar, termasuk mencetak sejumlah kitab Jawi tulisan ulama Nusantara sejak tahun 1910an dalam bahasa Arab. Peranannya sebagai pusat percetakan kitab dan karya Melayu-Islam mula merosot selepas tahun 1930an kerana kemunculan banyak syarikat cetakan di Tanah Melayu lantaran kemudahan memperolehi alatan dan mesin cetak dan seumpamanya di Singapura dan Pulau Pinang. Fadhlullah Suhaimi pada tahun 1914 adalah satu-satunya karya lain yang diketahui pernah diterbitkan oleh Matbaah al-Ittihadiyyah. Kandungan kitab ini memuatkan perbincangan soal-jawab tentang sifat Allah dan Rasul yang mungkin mencerminkan isu utama suasana sekeliling yang hangat pada masa itu, iaitu persoalan kekeliruan aqidah. Syarikat percetakan ini tidak dapat bertahan lama setelah pemiliknya, Kiai Fadhlullah Suhaimi kembali ke Singapura pada hujung tahun 1914 selepas berjaya menamatkan pengajian di Universiti alAzhar selama satu tahun. Kitab keduanya bertajuk ‘Tarikh Islam’ terbit di Batavia (Jakarta) pada tahun 1918. Buku ini merupakan kumpulan nota syarahan mengenai riwayat Nabi Muhammad s.a.w. semasa beliau mengajar di Madrasah Alsagoff Singapura. Ia pernah dijadikan buku teks sekolah-sekolah di negeri Johor dan Brunei Darussalam. Dari tahun 1924, selama 40 tahun Kiai Fadhlullah Suhaimi telah menghasilkan 35 lagi judul buku dalam berbagai tema bukan sahaja agama seperti perkara khilafiyah malah tentang nasionalisme, ehwal semasa masyarakat seperti perkara berkaitan emansipasi dan isu penyertaan wanita
6
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 6
27/11/17 1:11 PM
FOKUS
Kitab "Tarikh Islam" karangan Kiai Md Fadhlullah Suhaimi
Melayu dalam sukan dan politik. Selain itu terbit juga sebuah buku kamus ArabMelayu yang beliau usahakan bersama Perpustakaan di Batavia (Jakarta). Dua buku terakhir tulisan beliau terbitan Syarikat Ahmadiah Press ialah “Sinaran Matahari pada Menolak Kitab Karangan Abu Bakar Asy’ari” (tahun 1959) mempersoalkan fatwa Abu Bakar Asyaari (ulama Perlis) antaranya yang membolehkan solat Jumaat tanpa khutbah dan tanpa berjemaah. Buku terakhirnya ketika beliau berumur lewat 70an ialah “Panduan Hidup” (tahun 1963) berupa kumpulan isi ceramah yang disampaikan di beberapa madrasah di Singapura.
Buku pertama Syeikh Muhd. Taha dalam bahasa Arab bertajuk Attanaqudhat fil Anajil al-Muaddasah diterbitkan di Kahirah tahun 1950an. Selain itu, bukubuku beliau banyak diterbitkan oleh Solo Enterprise, Persatuan Islam dan Pencak Silat Singapura (PERIPENSIS) sejak tahun 1981, Syarikat Percetakan Persendirian (1980an) dan Da’wah Percetakan (1985). Beliau menulis dan menjual kitab-kitabnya untuk menampung dana pentadbiran Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah sebagai amalan sedekah jariahnya. Kitab-kitab tulisannya berkisar mengenai persoalan Aqidah, Fiqh, Sejarah, Tauhid dan Ibadat Haji & Umrah juga perbincangan tentang ajaran Tariqah Al-Auradul Muhammadiyah yang diasaskan oleh datuknya, Syeikh Muhammad Bin Abdullah (Ibnu Abdillah) As-Suhaimi termasuk; Jawapan Bagi Tuduhan-tuduhan Terhadap Sejarah Hidup Syeikh Muhammad AsSuhaimi Dan Aurad Muhammadiah dan Tiada Tengkarah Mengenai Aurad Muhammadiah. Beliau juga pernah bergiat menghasilkan skrip siaran rancangan agama di Radio Singapura.
Selain menulis 35 judul buku, terdapat 144 rencana beliau yang pernah disiarkan dari tahun 1935 hingga 1958 di akhbar seperti Utusan Melayu dan Melayu Raya, di majalah Kehidupan Dunia & Akhirat dan Kehidupan & Bintang Malaya. (Rujuk “Footprints of Muslim Scholars’ Heritage in Singapore: A Select Bibliography 19142014” untuk senarai rinci).
Ustaz Mohd. Taha Suhaimi juga dikenali sebagai ahli dan pakar rujuk dalam bidang tasawuf dan perbandingan agama khususnya agama Kristian dan kitab Injil. Di majlis-majlis dialog atau perbincangan berkaitan keharmonian silang- agama, beliau menunjukkan sikap terbuka, ikhlas menerima, bertolak ansur lagi sedia mendengar pandangan dan respons orang lain termasuk maklum balas masyarakat umum.
Kegiatan penulisan Kiai Fadhlullah terhenti dengan kepulangan beliau ke rahmatullah pada tahun 1964. Legasi menulis dalam keluarga ulama ini diteruskan oleh anak sulung beliau, Syeikh Muhd. Taha (1916-1999) yang juga berdakwah menerusi ‘tinta pena’ seawal tahun 1950an bagi 30 judul kitab agama.
Kemahirannya dalam bahasa Inggeris dan pengajiannya tentang agama Kristian dan kitab Injil dimanfaatkan dengan menulis buku-buku perbandingan agama dalam bahasa Inggeris termasuk ‘The Miracle of al-Quran.(s.l.)’, ‘Is The Bible Reliable? Has the Bible been Altered?’, ‘Islam The Misunderstood Religion’,
‘Muhammad Foretold in Earlier Scriptures’ dan ‘Manaqib Syeikh Muhammad Bin 'Abdullah as-Suhaimi’. Kemahiran ini sangat signifikan kerana tidak terdapat di kalangan para ulama tempatan atau Nusantara pada abad ke 20 yang memilikinya. Ustaz Mohd. Taha Suhaimi pernah dibandingkan sebagai setara dengan pendakwah Islam tersohor Afrika Selatan, Ahmad Deedat (1918-2005). Oleh sebab keluasan ilmunya dan kefasihannya berbahasa Melayu, Arab dan Inggeris, beliau dapat menghuraikan dan menerangkan isu-isu permasalahan agama seperti Tawassul dan Tabarruk dengan jelas dan berkesan dan sering dijadikan pakar rujuk dan perwakilan ke luar negara menghadiri majlis-majlis ilmu dan persidangan-persidangan. Kitab-kitab tulisannya yang lain termasuk; ‘Hakikat Syirik’, ‘Haji dan Umrah’, ‘Ilmu Tauhid’, ‘Qadha' dan Qadar’, ‘Kitab Fiqh’, ‘Kitab Puasa’, ‘Bukti-bukti Kebenaran Al-Quran’, ‘Tafsir Yasin’, ‘Hukum Perkahwinan dalam Islam’, ‘Maulid Berzanji’, ‘Doa Menjauhkan Angin Ahmar’, ‘Al-Quran Mengatakan Bible Sudah Berubah’, ‘Adakah Talqin Haram?’ dan ‘Ilmu Usul Fiqh’. Kini kedua-dua anak beliau; Ustaz Abdul Hafiz dan Ustaz Ahmad Haris juga mewarisi legasi ayah dan datuk mereka dengan menulis untuk berdakwah. Ustaz Abdul Hafiz selaku Presiden PERIPENSIS menulis dua buah buku mengenai ‘Doa-doa amalan seharian’ dan ‘Angin Ahmar’. Sejak tahun 2004 melalui syarikat penerbitan HRs Consultantnya, Ustaz Ahmad Harris Suhaimi telah menghasilkan beberapa judul buku tentang akhlak termasuk ‘Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 tahun’ (ulangcetak ke 7 tahun 2012), ‘Apakah Amalan bagi Menjauhkan Kesusahan Hidup?’ (2006), ‘Amalan Dijamin ke Syurga oleh Rasulullah S.A.W’ (2011), ‘Reaping Rewards as if Living for 7000 Years’ (2015) dan yang terbaru ‘Rosak Amalan kerana Adab’ (2016). 7
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 7
27/11/17 1:11 PM
FOKUS
Beliau juga telah menterjemahkan sebuah kitab “Hadis 40” dari bahasa Arab ke bahasa Jawa yang bertajuk “Hadis arbain annawawiah” bersama seorang ulama Kiai Muhammad Ashik yang menterjemahkannya ke bahasa Bawean. Dalam kitabnya “Falsafah perangai” terbitan tahun 1937, beliau menghuraikan beberapa perangai baik dan keji yang harus diamalkan dan dihindari. Begitu juga
kitab “Suluhan falsafah pada mentafsirkan surah al Fatihah” yang ditulis dalam aksara Jawi dan dicetak di Singapura oleh Matbaah Al Ahmadiah, membincangkan tentang pengetahuan tarbiah Tuhan kepada alam dan manusia yang dapat menguatkan iman dan meninggikan makrifat pengamalnya. Sementara itu kitabnya, “Namusi pada menyatakan surah kejadian manusia” menghuraikan kandungan tafsir lafzhi surah al-Alaq dengan mengenal diri sebelum dan selepas zahir, juga perbandingan diri manusia dengan dunia. Buku terbitan Al Ahmadiah Press, Singapura setebal 51 halaman ini diterbitkan pada tahun 1953.
nasihat. Melalui pengalaman menulis dan menterjemah buku-buku Arab, Syed Ahmad menyertakan analisa dan pandangan bernasnya. Banyak buku-buku yang diselenggarakannya dijadikan rujukan bagi kurikulum subjek Pengetahuan Agama Islam sesuai untuk pelajar-pelajar dewasa setempat.
pembeli buku di Kahirah dan mengirim buku-buku melalui kapal ke Singapura. Kedainya Al-Maktabah At-tijariyyah (Eastern Publishing House) yang pertama terletak di Kandahar Street, kemudian berpindah ke Shaw Towers, kemudian di Joo Chiat Complex sebelum ke Changi Road.
Syed Ahmad Semait mula bekerja dengan ulama Sheikh Omar bin Abdullah Al-Khatib (1908-1997) seorang pedagang, pengimpot dan pengekspot kain-kain serta buku-buku bahasa Arab dari negara Timur Tengah ke Nusantara. Syed Ahmad melalui adiknya Syeikh Syed Isa Semait (mantan Mufti Singapura) yang ketika itu pelajar Universiti AlAzhar, telah membeli buku-buku dari Mesir terbitan penerbit Sulaiman Mar’ie yang terkenal. Di sinilah beliau mula belajar cara menterjemah buku bahasa Arab di bawah pengawasan pedagang Syeikh Omar selain menjadi rakan kongsi syarikat itu.
Pada tahun 1963, Syed Ahmad Semait menukar nama syarikatnya kepada Pustaka Nasional untuk menampilkan identiti syarikat itu yang akan mengajukan isu minoriti Muslim di Singapura. Misi dan visi beliau adalah untuk mengembangkan kerja dakwah di Nusantara melalui penerbitan buku. Perubahan ini berlaku mungkin kerana peralihan corak produk buku yang dijualnya dari kebanyakan buku berbahasa Arab untuk asatizah madrasah kepada buku-buku terjemahan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu.
kitab-kitab agama dalam bahasa Melayu (aksara Jawi) dan bahasa Arab sejak tahun 1930an. Isi perbincangan kitab-kitabnya berkisar pada tafsir al-Quran dan Hadis juga tentang Fiqh, Tauhid dan Aqidah.
Kiai AHMAD ZOHRI MUTAMIM (1905–1985) Ulama terkenal Kiai Ahmad Zohri Mutamim telah menulis sebanyak 15 tajuk
Ustaz SYED AHMAD SEMAIT (1933-2006) & Syarikat Pustaka Nasional Pada abad 20an, Syed Ahmad Semait muncul sebagai seorang pendakwah, penulis, penyelenggara dan penterjemah yang prolifik dengan kitab-kitab terbitan syarikat keluarganya yang mempelopori industri penerbitan buku Melayu tempatan dengan pembaharuan dalam aspek teknikal dan fizikal sesebuah buku termasuk reka corak, tata letak dan kerangka layout buku yang lebih bermutu, dalam aksara Rumi, Jawi melalui bahasa Arab dan bahasa Melayu yang berkualiti. Syed Ahmad Semait tidak menonjol di khalayak umum memberi ceramah atau sebagai panel perbincangan, beliau berperwatakan pendiam, amat ‘lowprofile’ dan memilih untuk bekerja di ‘belakang tabir’. Beliau berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat melalui pembaca kitab-kitab tulisannya atau bahan-bahan penerbitan syarikatnya Pustaka Nasional (PN) yang kebanyakannya bercorak didaktik/
Pada tahun 1960, Syed Ahmad bersama adik bongsunya Syed Umar membuka kedai buku yang menjual buku bahasa Arab, iaitu Al-Maktabah At-tijariyyah (Eastern Publishing House) dengan tujuan untuk mengimpot buku rujukan agama bagi para asatizah dan pelajarpelajar di rantau Nusantara. Sekali lagi adiknya, Syed Isa dilantik sebagai wakil
Syed Ahmad juga menubuhkan syarikat percetakan, Kerjaya Printing Industry pada tahun 1980an di Singapura untuk mencetak penerbitan-penerbitan Pustaka Nasional. Selain itu anak syarikatnya di Johor bergelar Penerbitan Penamas ditubuhkan pada tahun 1980an dan Pustaka Islamiyah dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1996 untuk dijadikan pengedar buku-buku terbitan Pustaka Nasional di seluruh Malaysia.
8
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 8
27/11/17 1:11 PM
FOKUS
BUKU-BUKU TERJEMAHANNYA Dengan kesedaran bahawa masyarakat Melayu/Islam setempat bukan golongan yang rajin membaca, Syed Ahmad memastikan dan memilih kandungan subjek terjemahannya menjurus kepada isu dan masalah yang sering mencabar masyarakat agar mereka akan tertarik untuk membaca buku-buku terjemahan itu. Dalam tahun 1970an, masyarakat Melayu dicengkam dengan banyak masalah gejala sosial seperti kemiskinan, tidak berpelajaran tinggi dan menganggotai kumpulan samseng termasuk penagihan dan salah guna dadah, kadar perceraian terus meningkat, terlibat dalam kancah jenayah dan sebagainya. Menekankan kandungan dalam prakata kitab “Untaian Mutiara Hadits-Hadits Rasulullah s.a.w.” oleh Dr Ahmad Umar Hasyim, Syed Ahmad Semait berpendapat bahawa “kesemua 150 hadis dalam kitab itu amat berguna sebagai amalan sebab keadaan masyarakat ketika itu menggambarkan nilai moral yang terhakis akibat pengaruh luaran yang telah menyentap budaya dan masalah interaksi sesama ahli masyarakat”. Melalui tulisan dan terjemahannya, beliau juga mengetengahkan kepentingan peranan ibu bapa sebagai contoh atau idola kepada anak-anak. Kebanyakan ibu bapa tidak mempunyai keupayaan atau kemahiran keibubapaan (Parenting skills) dalam mendidik anak dalam era yang mencabar ini. Justeru, mereka perlu ada ilmu dan bimbingan agama, dan untuk maksud itu, beliau telah menterjemahkan buku “Pendidikan Anak-Anak Islam” tulisan asal Abdullah Nasih Ulwan dalam 2 jilid dan telah diulang cetak sebanyak sembilan kali dari 1988 hingga 2002. Antara buku-buku lain yang dialih bahasa, enam dari sepuluh judul merupakan tulisan asal Imam Abdullah Al-Haddad termasuk tajuk “Nasihat Agama dan Wasiat Iman” terbitan tahun 1981. Selama 40 tahun, Syed Ahmad menekankan isu sosial sebagai tema umum penulisan dan penterjemahannya.
Beliau berperanan menampilkan teks konvensional agama dalam bentuk buku yang praktikal, selesa dibaca dan senang difahami, boleh dikongsi asatizah dengan masyarakat umum. Kepakarannya dalam bidang penulisan dan penterjemahan dimanfaatkan untuk menyedar dan menyebarkan mesej Islam. Hasil usaha penulisan dan penterjemahannya boleh dikategori kepada enam kategori: • 7 judul asli tulisannya sendiri • 72 judul dalam 6 subjek tulisan beliau bersama penulis lain • 20 judul terjemahan/alih bahasa • 2 judul terjemahan bersama • 9 judul suntingan • Lain-lain tajuk yang diterbitkan oleh syarikatnya
(Untuk senarai penuh buku-buku dan makalah tulisan/terjemahan beliau, sila rujuk Footprints of Muslim Scholars’ Heritage in Singapore: a Select Bibliography (Pergas, 2014). Dalam menterjemahkan kitab-kitab agama, beliau cekap memastikan penggunaan kosa kata dan terma bahasa yang sesuai dan mudah bagi setiap golongan terutama pembaca muda. Beliau menterjemahkan dengan cara pendekatan dalam minda pembaca, setiap maksud
dalam konteksnya dan bukan sekadar berdasarkan perkataan per se. Beliau akan menambah nota rujuk atau penjelasan dari teks bahasa asal bagi sesuatu huraian interpretasi. Kesemua ini dilakukan untuk berkongsi tradisi ilmu Islam, meningkatkan minat dan keprihatinan pembaca dan bukan untuk keuntungan semata. Tujuan ini tercatat dalam prakata buku Siyarus Salikin tulisan Syeikh Abdul Samad Al-Palembani. Kebanyakan buku tulisan, terjemahan dan terbitan Syed Ahmad berkisar kepada subjek Sufisme, Hadis, Sirah, Nahu Arab, Syariah Islam, Teologi dan juga sastera kreatif Melayu. Karyanya yang paling menyerlah ialah komentarnya dalam Shahih Bukhari (Enam jilid), di mana pada satu jilid sahaja beliau sempat menulis dengan penjelasan ‘… bahawa beliau menggunakan mata penanya untuk menyelamatkan masyarakat tempatan khususnya dari kehakisan nilai moral dan kerohanian.’ Pada tahun-tahun 1980an hingga 1990an iaitu sejak PN memulakan misinya untuk menerbitkan buku yang ‘masyarakat hanya memerlukan buku asas untuk membina keimanan mereka’, amat sedikit sekali para asatizah yang menceburi bidang penulisan sedangkan amalan membaca pula begitu terasing bagi masyarakat Melayu setempat. Justeru, buku-buku terbitan PN masa itu disasarkan kepada masyarakat umum. Tiga buku tulisannya yang pertama (1977) menyentuh perkara asas dasar agama bersandarkan kitab Hadis 40 susunan Imam Nawawi. Kitab ini mendapat sambutan kerana Syed Ahmad telah membawa teks konvensional ini kepada pembaca umum dan ianya masih lagi digunakan hingga kini. Dalam tahun 2006, beliau menterjemahkan dan menerbitkan buku Imam Bukhari, Al-Jami’us–Shahih (Sahih Bukhari). Usaha menterjemah kumpulan hadis merupakan satu sumbangan besar penerbitan dalam bahasa Melayu di Nusantara dan satu lagi fardu kifayah sumbangan beliau dalam 9
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 9
27/11/17 1:11 PM
FOKUS
membaiki keadaan ummah yang keliru akan tujuan agama and petunjuk ilahi. Beliau merumuskan bahawa umat hanya dapat diselamatkan melalui kefahaman al-Quran dan mengamalkan sunnahsunnah Nabi Muhammad s.a.w. melalui bimbingan al-Quran. Buku-buku Syed Ahmad Semait popular kerana masyarakat Islam tempatan memerlukan bimbingan dalam bahasa yang sesuai dalam situasi semasa. Kitab “Kuliah Subuh” sebanyak 3 jilid membincangkan 40 hadis Imam Nawawi dengan menggunakan pendekatan moden dan contoh situasi semasa untuk menggambarkan pesanan hadis. Buku yang diulangcetak sebanyak sembilan kali ini masih digunakan dalam kelas-kelas agama.
Ustaz AHMAD SONHADJI MOHAMAD (1922-2010) Seorang lagi ulama mapan yang gigih menulis ialah Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad. Di celah kesibukan mengajar di madrasah dan masjid, beliau sempat menjadi imam Masjid Muhajirin sejak 1980 dan menyenggarakan penyusunan kajian pada bidang tafsir Al-Quran bermula tahun 1959. Bakat beliau dalam bidang penulisan dikesan ketika menjadi pendidik di Madrasah Aljunied dengan mencipta lirik lagu Madrasah itu; “Nahnu Syababul Islam” (Kami Pemuda Islam) yang masih dinyanyikan oleh pelajarpelajar madrasah itu hingga kini. Ustaz Ahmad Sonhadji merupakan wakil Pergas untuk melakar kurikulum Pengetahuan Agama Islam bagi sekolah aliran Melayu yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Singapura (1958-
Buku “Kutub lil-madrasah lissuffuf alibtidaiyyah” (1995) yang diterbitkan untuk pembelajaran peringkat rendah madrasah tempatan telah mendapat sokongan Muis. Walaupun kini tidak lagi digunakan di Singapura, ia digunakan di Sekolah Agama Rakyat Melaka. Dua buku susunan beliau, Mari Belajar Sembahyang (L), Let’s Pray (Male) and Mari Belajar Sembahyang (P) - Let’s Pray (Female) diterjemahkan ke bahasa Inggeris untuk kegunaan golongan muallaf. Buku ini telah melalui ulangcetak sebanyak 53 kali. Kekontangan buku-buku agama dalam teks Rumi bahasa Melayu moden menjadikan karyanya lebih popular kerana sebelum ini buku-buku agama samaada ditulis dalam bahasa Arab atau dalam skrip aksara Jawi atau sistem Bahasa Melayu ejaan lama.
Selain menulis, menterjemahkan, menyusun semula dan menerbitkan hasil karyanya sendiri, Syed Ahmad juga menggunakan buku terbitannya di kelaskelas bimbingannya dan menerbitkan buku-buku tulisan asatizah mapan antaranya Ustaz Ahmad Sonhadji Mohd, Ustaz Syed Abdillah Aljufri, Ustaz Osman Jantan dan Ustaz Sheikh Jaafar Banafie.
1960). Hasilnya ialah siri buku ‘Benih Agama’ dalam enam bahagian dan Siri ‘Pengetahuan Agama Islam’ dalam empat bahagian.
‘Bimbingan Solat yang Sempurna’. Sebagai seorang mufassir, kerja penulisan
Selepas kepulangan Syed Ahmad ke rahmatullah pada tahun 2006, Pustaka Nasional terus menerbitkan buku-buku tulisan asatizah lain seperti tulisan Ustaz Muhammad Haniff Hassan ‘Fiqh Minoriti Muslim’ dan Ustaz Mohd Jakfar Embek ‘Menunggak Nilai, Melurus Faham’.
Antara 30 judul kitab agama penulisan beliau, bukunya mengenai ‘Sembahyang’ yang diterbitkan seawal 1957 cetakan Qalam Press, sangat popular sebagai sumber rujukan khususnya ‘saudara baru Islam’ dan terdapat dalam beberapa edisi bahasa-bahasa lain termasuk Bahasa Cina dan Tamil di dalam dan luar negara sehingga tahun 1988. Ustaz Mohd Yusri Yubhi Md Yusoff (2008) dalam tesis Sarjananya bertajuk “Kefahaman dan Pengamatan Solat Berdasarkan Sunnah Rasulullah: Satu Kajian di Kalangan Masyarakat Islam Singapura“ mengulas tentang buku ‘Sembahyang’ ini; ‘buku ini telah membuka lembaran baru tentang kaedah pembelajaran solat yang menggunakan bahasa yang cukup mudah, lengkap dengan ilustrasi dan bacaan surah dan doa yang lazim dan dalam skrip rumi bagi kemudahan mereka yang baru belajar solat. Malah boleh dikatakan kebanyakan individu di sini mempelajari cara mengerjakan solat melalui buku-buku karangan Almarhum ini’. (Jurnal Dakwah 3 (2012), hal. 65). Pada tahun 2009 buku ‘Sembahyang’ ini dikemas kini dengan penambahan dan diterbit semula dengan judul baru;
10
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 10
27/11/17 1:11 PM
FOKUS
tafsir Ustaz Ahmad Sonhadji bermula pada 19 Februari 1959 (12 Syaaban 1379) hingga 26 April 1984 (24 Rejab 1404) atas permintaan Radio Singapura. Pada tiap hari Khamis malam Jumaat, suaranya berkumandang di Radio Singapura menyampaikan tafsir Al-Quran dengan skrip tulisannya sendiri. Semasa beliau bekerja di Brunei (1966-1970), beliau mengamanahkan Ustaz Syed Abdillah Aljufri supaya membaca skrip tulisannya yang dipos dari Brunei setiap minggu untuk ruangan tafsir Al-Quran agar rancangan itu terus berlangsung. Hasrat beliau untuk melengkapkan tafsir 30 juzuk Al-Quran di Radio Singapura tidak kesampaian kerana rancangan itu dihentikan. Beliau hanya mengupas tafsiran ayat hingga Surah Al-Hujurat. Namun beliau terus menamatkan kerja tafsirnya sehingga selesai pada tahun 1984. Penulisan dan kompilasi tafsir yang memakan masa 25 tahun 2 bulan ini akhirnya dapat diterbitkan secara bertahap-tahap dari tahun 1960 sehingga 1988 lengkap sempurna 30 juz (30 jilid) dan diterbitkan dengan judul
‘Abrur Athir’. Ungkapan ‘Abrur Athir’ bermaksud ‘merentasi gelombang udara’ atau ‘tafsir di radio’. Kitabnya ‘Abrur Athir Tafsir Al-Quran di Radio’ menjadi bahan rujukan pelajar institusi pengajian tinggi dan masyarakat umum Nusantara. Beliau dianggap sebagai pelopor tafsir moden lengkap yang pertama ditulis dalam bahasa Melayu mudah melalui kitab tafsirnya ini sebanyak 30 juz. Kitab ini diterbitkan oleh Pustaka Nasional untuk Jilid 1 hingga 8, kemudian Syarikat Pustaka Mizan meneruskan penerbitannya hingga Jilid 30 pada tahun 1988. Ia diterbitkan sekali lagi oleh Pustaka Salam pada tahun 1990an. Antara keunikan kitab tafsir ini ialah penyampaian tafsirnya yang amat sistematik dengan mengaitkan isu sosial dan perkembangan semasa yang disulami dengan peribahasa Melayu agar difahami oleh masyarakat tempatan. Sebagai seorang ulama yang prihatin terhadap masyarakat Islam, beliau membuka minda pembaca tentang isu saintifik yang mendahului generasinya seperti kejadian
Sijil Pelajaran Malaysia” dan buku umum “Panduan Ibadat Haji” (1982). Beliau terkenal sebagai seorang Mufassir kerana mengarang Ustaz kitab-kitab tafsir Al-Qurannya SYED ABDILLAH seperti “Pelita Al-Quran” yang AHMAD ALJUFRI membincangkan surah-surah AlBaqarah, Ali Imran, Al-Maidah, Al(1938-2003) An’am, Al-Anfaal, At-Taubah, Yunus dan Hud, begitu juga Juz 30 - Juz Amma dari tahun 2001 hingga 2011, termasuk Sebagai guru agama yang dalam format audio CD. Selain itu beliau berpengalaman mengajar di sekolah menterjemahkan buku asal Abdul Razzak menengah aliran Melayu, beliau sering Naufal “Nabi Muhammad s.a.w.” bersama dipertanggungjawabkan untuk menulis Ustaz Osman Jantan dan Abdul Aziz buku teks bagi subjek Pengetahuan Agama Islam (IRK). Selain mengajar dan Murshidi terbitan tahun 2001. berceramah, beliau aktif menterjemah, Ustaz Syed Abdillah telah menghasilkan menulis artikel untuk akhbar Berita Harian dan Berita Minggu. Mula menulis 36 judul buku sepanjang 43 tahun kerjayanya sebagai guru agama. dari tahun 1968, antaranya buku-buku Antaranya buku bertajuk, ‘Anda panduan peperiksaan “Chontoh2 Bertanya, Saya Menjawab’ (Pustaka Jawapan Kertas Pengetahuan Ugama Nasional, 2001) yang merupakan Islam”, ‘Pengetahuan Ugama Islam untuk
alam yang tunduk dan patuh dengan aturan Allah s.w.t., bintang horoskop, pengaruh budaya barat yang negatif, isu seks bebas juga pandangan Islam tentang isu bayi tabung uji. Selain itu, beliau juga menulis lima artikel yang diterbitkan dalam risalah berkala Madrasah Aljunied dan triwulan Pergas Ar-Risalah. (Rujuk ‘Footprints of Muslim Scholars’ Heritage in Singapore: a Select Bibliography’. Pergas, 2014 bagi senarai lengkap). Sepeninggalan beliau, banyak hasil karya tulisan dan koleksi buku-buku peribadi beliau didermakan kepada Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) Singapura dibawah kategori Koleksi Dermawan - Penderma Ustaz Ahmad Sonhadji (UAS). Koleksi yang berjumlah lebih dari 1000 naskah dalam bahasa Melayu, aksara Jawi dan Arab ini merangkumi lebih 500 manuskrip asal dan naskah mengenai Islam dan perkembangannya di Nusantara.
kumpulan soal-jawab agama yang tersiar di ruangan mingguan akhbar Berita Minggu. Sebanyak 5 artikelnya juga pernah tersiar di akhbar yang sama. Beliau juga menjadi pembimbing wartawan kanan Encik Mohd. Raman Daud dalam bidang penulisan agama dan dalam kerja-kerja penyuntingan tulisantulisan dari para asatizah yang diterima untuk disiarkan di akhbar.
11
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 11
27/11/17 1:12 PM
FOKUS
Ustazah FATIMA S.A. MAJEED & Ze Majeed’s Publishing Ustazah Fatima S. A. Majeed merupakan graduan dari Universiti Al-Azhar, Kahirah, Mesir lewat tahun 1970an. Dalam tahuntahun 1980an hingga 1990an, beliau aktif dalam kegiatan berceramah dakwah dan menulis buku-buku agama dalam bahasa Inggeris dan kemudian diikuti dengan versi bahasa Melayu. Beliau adalah satu-satunya guru agama tempatan pada tahun-tahun 1980an yang menulis dan menerbitkan lebih 50 judul buku bertema Akhlak dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, sebahagian besarnya untuk peringkat kanak-kanak. Buku-bukunya diterbitkan oleh syarikat penerbitan keluarganya Ze Majeed's Publishing.
Ustaz MOHAMMAD IBRAHIM BIN KASSIM (1926-2014) Ustaz Mohammad Ibrahim ialah tokoh ulama tempatan yang melalui Pusat Pembelajaran Tradisional Al-Fatthu miliknya telah menulis dan menerbitkan 5 tajuk buku semenjak tahun 2011. Judul-judul tulisan beliau dalam bahasa Inggeris yang dapat dikesan termasuklah; ‘The Seven Excellent Habits of a Successful Mu’min: Islamic Lessons in Developing Personal Integrity’ (2011), ‘A Short Guide
Buku bergambar berjudul ‘Love Allah, Bismillah & Subhanallah’ (1988) merupakan koleksi lagu kanak-kanak yang menyemai nilai-nilai Islam seperti adab tertib. Melalui lirik lagu yang menarik, kanak-kanak dikenalkan dengan keindahan Islam sebagai cara hidup harian. Buku ini terdapat juga dalam versi bahasa Melayu. Buku-buku beliau juga dihiasi dengan ilustrasi grafik berwarna-warni yang menarik.
Publications Ltd. atau Islamic Foundation, London.
Sejak tahun 1989, Ustazah Fatima juga menulis buku bersiri (1 hingga 25) tentang Aqidah untuk kanak-kanak seperti ‘Teach Yourself Islam’ untuk menyemai keyakinan kanak-kanak tentang kewujudan Allah s.w.t., Rukun Islam dan Rukun Iman. Begitu juga buku cerita tentang para nabi-nabi, dengan pilihan kata-kata yang ringkas, sesuai lagi mudah difahami.
Bagi peringkat dewasa Ustazah Fatima juga menulis buku dalam bahasa Inggeris. Antaranya ialah ‘The Islamic Law. Volume One: The Shahaadah and the Salaah’ (2002) ‘The Islamic Law. Volume Two: Zakaat’ (2002) yang dilengkapi dengan informasi tentang solat dan zakat dalam bentuk maklumat rajah dan grafik. Pada tahun 1992, beliau menulis buku ‘God and man: questions and answers’.
Buku-buku mengenai Islam dalam bahasa Inggeris untuk kanak-kanak ini mengisi kekontangan buku pendidikan Islam yang dialami para ibu bapa yang sebelum itu hanya bergantung kepada buku-buku bahasa Inggeris terbitan luar negara seperti Darussalam International
Ustazah Fatima kini merupakan Pengetua di Greenview Islamic School, Bangi Selangor – sekolah pendidikan agama swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya.
Kemudian beliau menghasilkan Siri Keibubapaan tentang ‘Asuh Anak Anda Islam’ dalam bahasa Melayu (1991), buku teks dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk permulaan belajar bahasa Arab berjudul ‘Lughatul al-Arabiah: al-adad’ pengenalan kepada huruf-huruf hijaiyah, pembinaan kekata dan ayat mudah.
to Marriage and Parenting in Islam’ (2013) dan ‘Ad-Deenul Islami and its Branches: Daily Practices for Every Muslim’ (2013). Tulisan dalam bahasa Melayu beliau ialah ‘Muqaddimah Memahami Al-Quran’ terbitan tahun 2013 (61 halaman). Beliau juga turut berkongsi cerita kanak-kanak bertema kemuliaan Akhlak dalam buku bergambar susunan Jamil Abdullah “Stories from My Murshid” pada tahun 2011. Dalam ruangan belasungkawa, Ustaz Dr. Mohammed Fatris Bakaram (Berita Harian, 9 Mei 2014) berpendapat “… penulisan beliau walaupun bukan dalam bentuk buku tebal, mengandungi isi yang sangat relevan dan mutakhir, menunjukkan beliau mempunyai fikiran yang tajam; beliau sertakan kaitan pengalaman dan ilmunya yang bersifat konvensional dengan keadaan semasa dan terkini dalam menghuraikan cabaran-cabaran yang dihadapi masyarakat”.
12
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 12
27/11/17 1:12 PM
FOKUS
Persatuan agama, PERDAUS mula menerbitkan tulisan-tulisan awal beliau dalam buletin At-Takwim tahun 1997.
Ustaz Dr. MUHAMMAD HANIFF HASSAN Penerima Anugerah Pergas ‘Asatizah Harapan tahun 2016’ ini merupakan penulis prolifik paling produktif di kalangan asatizah tempatan masa kini. Sebagai Zamil penyelidikan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) NTU, beliau telah menghasilkan lebih dari 20 buku selain ratusan artikel yang disiarkan di akhbar Berita Harian/ Berita Minggu dan The Straits Times, termasuk rencana-rencana yang diterbitkan dalam siri penerbitan RSIS sendiri. Kebanyakan tulisannya bukan bercorak bacaan ringan sebaliknya penulisan akademik yang menjurus pada subjek sosio-budaya dan isu semasa di sekitar kefahaman beragama dari perspektif Islam. Topik-topik yang selalu dikaitkan dengan penulisan Ustaz Dr Muhammad Haniff ialah keharmonian beragama, kesederhanaan dalam Islam dan mengenai golongan pelampau Islam.
Rencana beliau ‘Response to Jihadis View of Jihad: a Sample Approach to Counter Ideology Work’ diterbitkan dalam buku berjudul ‘Combating Terrorism’. (Singapura: Marshall Cavendish, 2005) halaman 85-112. Beliau menghasilkan buku terbarunya “Civil Disobedience in Islam: a Contemporary Debate” yang diterbitkan di New York oleh penerbit Palgrave Macmillan, 2017. Buku ini berkisar tentang isu perdebatan tentang ketidaktaatan sivil dalam Islam (khususnya dalam tradisi penganut Sunni) yang ketara sekali dalam revolusi aman (The Arab Spring) yang kini berlaku di beberapa negara Arab. Begitu juga dengan bukunya ‘Sampaikan Daripadaku: 100 Renungan Al-Quran & Sunnah Dalam Menyeru Kebaikan’ (Singapura: Firdaus Press, 2017) setebal 225 halaman ini adalah lanjutan dari buku terdahulunya ‘Fiqh Dakwah Dalam al-Quran’ (2004) yang amat berguna untuk para kaunselor, guru dan asatizah atau para da’i dan pendakwah dalam membimbing atau melatih dalam pengurusan modal insan dan pembangunan organisasi. Pembaca diterangkan dengan maklumat yang membantu mereka berfikir bersandarkan
dalil dan ayat-ayat al-Quran serta memperkasa keupayaan untuk menghubung kaitkannya dengan isu-isu kehidupan khususnya cabaran-cabaran dalam berdakwah. Kelayakan dan kemahiran Ustaz Haniff dalam bidang agama Islam telah membuka jalan bagi graduan jurusan yang sama, menceburi bidang pengajian di RSIS serta menjadikannya sebagai teladan dan aspirasi dalam bidang penulisan golongan asatizah. Sebagai penyumbang utama, buku ‘Kesederhanaan dalam Islam’, beliau telah berjaya mengolah kandungan buku itu dengan bernas hingga dapat dijadikan antara nara sumber dan sandaran idea juga suntikan semangat untuk para asatizah merujuk dan merangsang kreativiti dengan maksud membangunkan masyarakat yang boleh berfikir dalam kehidupan beragama dalam sesebuah negara. Ustaz Haniff juga menjadi Penyunting penerbitan dalam talian wadah Pergas bernama Wasat Online, (setiap 2 bulan) yang membicarakan wacana berbagai tema di sekitar subjek Kesederhanaan Dalam Islam. Kumpulan rencana dari Wasat Online, isu 1 hingga 10 ini juga telah diterbit dan diedarkan untuk pesertapeserta Muktamar Ulama 2017 anjuran Pergas pada bulan September lepas.
13
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 13
27/11/17 1:12 PM
FOKUS
Ustaz Dr. FIRDAUS YAHYA AL-HAFIZ Seorang lagi penerima anugerah Pergas ‘Asatizah Harapan tahun 2016’ ialah Ustaz Dr Firdaus Yahya. Beliau seorang mufassir yang aktif menulis kajian tafsir al-Quran yang berpotensi meneruskan usaha jerih payah mufassir terdahulu seperti Almarhum Ustaz Ahmad Sonhadji Muhammad dan Almarhum Ustaz Syed Ahmad Abdillah Al-Jufri. Buku terawalnya ‘Ilmu Faraid’ (1998) menjadi antara sumber rujukan utama subjek Ilmu Faraid di kalangan asatizah kerana terdapat penggunaan cara dan formula kiraan dan grafik rajah yang jelas lagi mudah difahami. Buku ini juga dijadikan teks di madrasahmadrasah tempatan.
RUMUSAN Penulis mendasarkan tulisan ini berdasarkan maklumat yang amat terhad dari berbagai sumber. Rencana ringkas ‘Mereka Yang Menulis’ ini berkesimpulan bahawa di tengah kelangkaan penerbitan bahan penulisan, tentu ada ahlinya secara nyata ataupun terpendam. Penulis pasti lebih banyak lagi tulisan-tulisan yang ada, malangnya tidak dijilidkan atau bercetak dengan baik, mungkin bukan untuk diedarkan kepada ramai. Suasana zaman silam di mana teknologi percetakan belum meluas, hanya dengan tulisan tangan, nota peribadi atau mesin saikostail juga mesin fotokopi terhad digunakan lantaran kosnya, menjadi penyebab ianya tidak diterbitkan. Tokoh-tokoh Mereka Yang Menulis dapat dipertanggungjawabkan ilmunya dan telah berhasil mendokumenkan ilmu
Kemahiran Ustaz Firdaus dalam bidang pengkhususan al-Quran dan bahasa Arab dikongsi dalam kitabkitabnya ‘Terjemahan Al-Furqan Secara Lafzhiyyah; Juzuk 1, al-Fatihah & al-Baqarah, Surah Yaasin dan Juz 30’ (terbitan tahun 2001-2013). Beliau juga menghasilkan buku tafsir ‘Dirasat fi al-Quran al-Karim wa ulumuhu’, Juzuk 1 & 2 terbitan Muis, yang digunakan sebagai buku teks subjek Tafsir di madrasah-madrasah setempat. Juga buku teks ‘Nihayah al- Ghaliq fi Ilm al-Mantiq’ (2014) digunakan bagi peringkat pra-universiti. Banyak kitabkitab beliau diterbitkan sendiri di pusat pembelajaran syarikatnya, Darul Huffaz Learning Centre. Buku terkini beliau bertajuk, ‘Ulum al-Quran: Pembahasan Ilmu-Ilmu Al-Quran’ telah diterbitkan oleh Pergas pada tahun ini.
Tesis kedoktorannya (PhD) adalah tentang teori kejadian kosmik bertajuk ‘Cosmic creation theory according to the Qur’an and Sunnah’ (237 halaman) terbitan Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tahun 2012 dan 2014. Beliau sebagai antara pakar rujuk dalam bidang ini sering menulis artikel yang disertakan dengan pandangan Islam berkenaan kosmologi, fenomena kejadian gerhana bulan dan matahari, teori gelombang graviti dan juga berkaitan golongan LGBT menurut pandangan Sains dan dasar-dasar yang terdapat dalam dalil-dalil al-Quran.
Terkenal sebagai seorang ulama yang meminati jurusan Sains khususnya Ilmu Falak, Ustaz Firdaus juga kerap menulis rencana-rencana di akhbar dan di jurnal-jurnal.
tersebut, sama ada dalam bahasa Arab, Melayu mahupun dalam bahasa Inggeris. Sumbangan sebilangan asatizah penyelidik di pusat kajian dan institusi pengajian tinggi atau anggota-anggota Think Tank dan NGO yang menulis hasil dapatan mereka mungkin boleh mengisi jurang kekurangan bahan penerbitan nara sumber di kalangan asatizah. Kepakaran mereka boleh dijadikan pemangkin bagi penakatan bidang penulisan keagamaan seterusnya harus dikekalkan. Ura-ura penubuhan kolej Islam di Singapura diharapkan dapat berfungsi bukan hanya sebagai institusi pendidikan, tetapi juga sebagai pusat kelukan (niche) kajian Islam yang unik di Singapura, langsung dapat menyumbang pada pendokumentasian bahan penerbitan para asatizah tempatan.
Sebagai penutup, penulis ingin menukil pengamatan Ustaz Dr. Mohammed Haniff Hassan tentang kurangnya penglibatan para asatizah dalam bidang penulisan yang diterbitkan, artikelnya berjudul “Sumbangan Asatizah Singapura dalam Penulisan Agama 2002-2016’ dalam majalah/triwulan terbitan Pergas Ar-Risalah isu 23 (tahun 2017) halaman 2. Menurut beliau “kadar produktiviti penulisan oleh asatizah bukan sesuatu yang memberangsangkan kerana secara purata hanya 1 buku sahaja yang diterbitkan dalam setahun. Begitu juga dengan penulisan artikel samaada untuk akhbar atau majalah oleh asatizah tidak melebihi, kalau pun tidak kurang dari keperluan yang ada”. Maka diharapkan lebih ramai para asatizah dapat melibatkan diri dengan serius dalam bidang penulisan agar tradisi keilmuan Islam terus cemerlang.
14
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 14
27/11/17 1:12 PM
FOKUS
Rujukan Buku-Buku • (2017, Jan-Mac). Muhd. Haniff Hassan. Sumbangan asatizah Singapura dalam penulisan agama (2002-2016). Ar-Risalah 23, hal. 5-9. • (July 25, 2017). Muhammad Haniff Hassan http://haniff.sg/artikel-panjang/ artikel-sumbangan-asatizah-singapuradalam-penulisan-agama-2002-2016/ • (2016). A Singapore-made Quran. BiblioAsia, Jan-Mar 2016, p. 56-57. (2014). • Abu Hanifah Haris. Kahirah sebagai pusat percetakan karya Melayu-Islam, 1880-an hingga 1960-an. Jurnal alTamaddun Bil 9 (1) 2014, 15-31. • (2014). Obor Ummah, Siri 2. Singapura: Pergas. • (2014). Sundusia Rosdi. Footprints of Muslim Scholars’ Heritage in Singapore: a select bibliography (1914-2014). Singapore: Pergas. • (2014, Mei 9). Tiada pengganti Ustaz
Mohd. Ibrahim. Berita Harian, hal. 1 • (2013). Muhammad Mubarak bin Habib Mohamed. The role of Syed Ahmad bin Muhammad Semait in disseminating Islamic teachings in modern Singapore: his approach and methodology. A dissertation submitted in fulfilment of the requirement for the Masters of Arts (Islamic spiritual culture and contemporary society). Institute of Islamic Thought and Civilisation International Islamic University, Malaysia. • (2012). Mohd. Yusri Yubhi Md Yusoff. Amalan bacaan solat berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w. : satu kajian di kalangan masyarakat Islam Singapura. Jurnal Dakwah 3, hal. 42-67. • (2008). Mohd. Yusri Yubhi Md Yusoff. Kefahaman dan pengamatan solat berdasarkan sunnah Rasulullah: satu kajian di kalangan masyarakat Islam Singapura. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. • (2002). Mahfuh Halimi Mari tajamkan
pena dakwah yang tumpul. At-Takwim 34 tahun 8, hal. 4-5. • (1998). Mustaffa Suhaimi. Fadhlullah Suhaimi, berdasarkan tesis oleh Ni’mah bt Hj Ismail Umar untuk ijazah M.A. (M.Litt) di University of Edinburgh tahun 1994. Selangor: Progressive. • (1994). Proudfoot, I. Malay books printed in Bombay: A Report on Sources for Historical Bibligoraphy. Kekal Abadi. Jil. 12, Bil. 3 hal. 1. • (1992). Md. Sidin Ahmad Ishak. “Malay Book Publishing and Printing in Malaya and Singapore, 1807-1998”, Disertasi Ph.D., University of Stirling, hal. 21. • (1986). Proudfoot I. A formative period in the Malay Book Publishing. Journal of the Malayan Branch of the Asiatic Society, Vol. 59 no. 2 [251], p. 110. • (1983). Kitab Jawi: Islamic Thought of the Malay Muslim Scholars / Mohd. Nor bin Ngah. Singapore: ISEAS, 52 p.
15
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 15
27/11/17 1:12 PM
2. FOKUS
Asatizah Dan Karya Sastera Kreatif Ustaz Mohd. Jakfar b Hj Embek Pengarah & Konsultan Institut Madani
16
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 16
27/11/17 1:12 PM
FOKUS
Definasi Sastera Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2010, ms 1396) mendefinasikan ‘sastera’ sebagai bahasa yang digunakan dalam kitabkitab (bukan bahasa basahan), manakala karya kesusasteraan pula merujuk pada hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu; ahli sastera pula orang yang pakar dalam hal kesusasteraan; seni karang mengarang (prosa, puisi dan lain-lain). Almarhum Pendeta Dr Ariff Ahmad (1924-2016) boleh disifatkan sebagai orang pertama pada tahun 50an, yang menggunakan perkataan sastera daripada persuratan, Bagi beliau, sastera berbeza dengan persuratan, merangkumi cerpen, sajak, puisi, gurindam, kritikan dan pandangan. Kemudian terdapat juga polemik Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad, tentang definasi sastera Islam, samada pada bentuk atau isi. Umumnya walaupun penulis sastera menggunakan kreativiti dan membawa rasa indah dalam imaginatif penulisannya, namun isi kandungannya perlu bersandar pada sumber dan mesej mengenai ketaqwaan, nilai dan syariat Islam.
Persepsi Pandangan Umum Pada persepsi pandangan umum tugas sastera sering terfokus kepada mereka dalam lingkungan guru-guru atau pensyarah universiti yang mengajar subjek bahasa Melayu atau yang sama aliran pengkhususannya. Walaupun bilangannya kecil, namun tidak kurang di kalangan graduan madrasah dan asatizah yang menulis karya kreatif sasteranya, selain penulisan bersifat ilmiah dan serius. Dr Ustaz Muhammad Haniff Hassan dalam rencananya “Sumbangan Asatizah Singapura Dalam Penulisan Agama (2002 – 2016)” di Majalah Ar Risalah (Jan – Apr 2017) terbitan Pergas menyimpulkan bahawa terdapat seramai 34 asatizah yang menghasilkan karyanya berbentuk buku dan sekitar 55 pelajar madrasah dan asatizah yang menyumbang samada rencana pendek, penulisan cerpen maupun sajak
atau puisi. Setentunya ia adalah satu perkembangan yang amat menarik dari aspek mencorak gagasan nilai keIslaman dan kemanusiaan melalui penulisan kreatif sastera.
Karya Dakwah versus Pemasaran Walaupun bidang dakwah amat sinonim dengan dunia asatizah, namun realitinya tumpuan fokus wahana dakwah bagi asatizah di Singapura, masih lagi terhad pada jenis dakwah retorik (syarahan, kuliah dan ceramah umum). Ini amat jauh jika dibandingkan melalui wahana dakwah bersifat karya kreatif, puisi dan cerpen. Indikator
Kemajuan dakwah diukur bukan setakat kuantiti bilangan, namun lebih penting sudut kualitatif isi dan kajian dalam penulisannya. Penulisan juga menggambarkan sudut disiplin dan cara berfikir seseorang asatizah.
‘asatizah popular’ juga sering dikaitkan dengan bilangan populariti berapa ramai tarikan pengikutnya (followership) dalam ceramah-ceramahnya. Daripada pengalaman saya sebahagiannya bersebab daripada sikap pemimpin masjid itu sendiri dan media yang sering teruja dengan bilangan ramainya pengikut asatizah berkenaan. Ia terkait dengan berapa banyak dana yang masuk tabung masjid bagi sesuatu majlis syarahan, berbanding asatizah yang punya bahan karya penulisan dan kekuatan kajian ilmiahnya. Kemajuan dakwah diukur bukan setakat kuantiti bilangan, namun lebih penting sudut kualitatif isi dan bahan kajian dalam penulisannya. Penulisan juga
menggambarkan sudut disiplin dan cara berfikir seseorang asatizah. Elemen komersial dan ‘budaya popular’ amat ketara. Bahkan rancangan TV dan acara Majlis Bahasa Melayu juga sering teruja mengetengahkan asatizah popular, yang mantap tarikan retoriknya, daripada asatizah yang punya karya penulisan kreatif dan puisi melalui suratkhabar atau dalam bentuk buku. Walaupun ada sebuah buku yang memuatkan kata-kata hikmah asatizah tempatan, namun ia merupakan susunan yang dikumpul semula oleh orang lain. Kadangkala asatizah juga boleh terperangkap dalam kesamaran jenamanya yang diguna pakai lebih untuk aspek pemasaran dan melaris jualan, dan bukan kerana hasil karya penulisan asatizah itu sendiri yang sebenar.
Peranan karya sastera asatizah Karya sastera adalah hasil seni yang lahir daripada indera fikiran, ilham dan rasa yang amat halus. Seperti kata Dato’ Dr Mohd Daud Bakar dalam FBnya; “dunia tanpa penulis akan sepi dan sunyi kerana tiada bahan untuk dibaca, dunia akan menjadi beku, kaku dan berada dalam kegelapan minda dan keperibadian. Dalam Islam karya sastera bukan setakat meluah rasa imaginasi keindahan daripada jiwa yang halus, tetapi berperanan mendorong manusia kearah keimanan, rasa taqwa dan amal soleh. Dengan itu Islam menolak gagasan sastera untuk seni, kerana ia bersangkutan dengan pengukuhan akidah dan keindahan akhlak dan rohani. Dari sudut menepati objektif utama syariat (maqasid), pengapungan idea penulisan bercorak nilai kemanusiaan dan taqwa, sejajar memenuhi keperluan utama menjaga kesihatan berfikir (hifzhul ‘aqal), maruah kemanusiaan (hifzhul ‘iridh), ketenangan jiwa (hifzhul nafs) dan penjagaan keadilan sosial (hifzhul al-‘adl ijtima’ii). Dalam berbicara tentang tradisi kalam asatizah dan ulama sumbangan mereka dapat terlihat melalui bentuk madah puisi mereka, teks khutbah jumaat, doa 17
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 17
27/11/17 1:13 PM
FOKUS
munajat dan zikir, penulisan rencana, skrip drama radio dan penerbitan buku. Kini lebih ramai asatizah Gen Y dan Milenial yang menggunakan wahana media sosial baru. Persoalan nilai dan etika penulisan dan penyampaian maklumat dalam media sosial yang terbuka menjadi semakin meruncing dan menjadikan asatizah untuk lebih sensitif dan tidak terperangkap menyebar maklumat yang tidak ada kepastian (zahn).
Contoh karya sastera graduan madrasah dan asatizah Dalam makalah saya terdahulu berjudul “Sumbangan Asatizah Dalam Persuratan Melayu” terbit dalam sebuah buku khas Majlis Bahasa Melayu – Sempena 50 Tahun Kemerdekaan Singapura, saya telah menyentuh tentang beberapa contoh tulisan puisi asatizah tempatan seperti oleh Sohibus Samaha Mufti Dr Fatris Bakaram, Ustaz Abd Manaf Rahmat, Ustaz Salim Mohd Yusof, Almarhum Ustaz Osman Jantan, Almarhum Ustaz Ahmad Sonhadji Mohammed, Ustaz Sulaiman Jeem dan beberapa yang lain. Mungkin kerana terbitan karya mereka amat terbatas termuat hanya dalam majalah-majalah dalaman terbitan madrasah sendiri dan di majalah bulanan Ar Risalah Pergas, ia memberi tanggapan seolah golongan asatizah kurang menyumbang dalam persuratan dan sastera Melayu di Singapura. Perkara kedua adalah sudut persepsi condong (bias) masyarakat yang hanya terfokus kepada guru-guru bahasa Melayu ketika bicara tentang sastera. Namun tidak dinafikan, banyak lagi perlu dilakukan oleh asatizah dalam pemasaran diri (personal marketing) untuk memperbaiki persepsi umum. Penulisan sastera Melayu di kalangan asatizah dipelopori oleh sasterawan, Puan Saleha Abdul Rashid (lahir tahun 1937) atau dikenali sebagai Salmi Manja. Graduan dan mantan guru di Darul Ma’arif (Madrasah A-Ma’arif Al-Islamiah pada tahun 1950an) ini aktif menulis sajak dan novel. Selain menulis 7 tajuk novel termasuk “Hari Mana Bulan Mana” (1960), novel beliau “Sayang
Ustazah Sayang” yang berlatarkan sebuah madrasah, mempaparkan kisah menarik para asatizah di sebuah madrasah. Bermula dari masalah politik di madrasah, isu anak murid, polemik jiwa dan percintaan termasuklah pergolakan rumah tangga, semuanya digambarkan dengan menarik. Baru-baru ini saya terjumpa tulisan cerpen Ustaz Zainal Ariffin Sarbini (lahir tahun 1949), seorang asatizah mapan kelahiran Singapura, lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau bukan sahaja menulis untuk Berita Harian/Minggu di Singapura, bahkan di Malaysia. Cerpen beliau berjudul “Bukan Orang Kita” terbit di Berita Minggu, Malaysia pada 4 Ogos 2005, manakala cerpen “Mihrab Menanti” tersiar di Berita Harian Singapura pada 31 Julai 2017. Meneliti plot cerpen “Mihrab Menanti” ini, ia menggambarkan tentang keprihatinan beliau berkaitan sikap ego ilmu dalam masalah fikah hingga menimbulkan masalah komunikasi kehidupan suami isteri. Sesuatu yang menarik tentang Ustaz Zainal Arifin, ialah beliau juga menulis skrip rancangan radio Singapura sejak tahun 70an lagi seperti; ‘Kembang Mewangi Di Taman Indah’ di rancangan Isadra (irama, sajak dan drama terbitan Yusaini Amir), ‘Pahit-Pahit Manis’ dalam rancangan Citra Irama (penerbit Muhammad Ashiq), ‘Perahu Tak Berkemudi’ dalam rancangan Pentas Radio, (penerbit Hayati Yusuf) dan ‘Yang Pergi Biar Pergi’ dalam rancangan Pentas Radio (Terbitan Hashim Yusuf). Bagi saya ia satu prestasi amat baik hingga dapat terjual skrip drama radionya.
Masnin juga Munirah Jaafar (graduan Madrasah Al-Ma’arif Al Islamiah dan kemudian ke National Institute of Education) atau nama penanya Nirrosette dan beberapa penulis muda lain. Ustaz Muhammad Husin yang lahir pada tahun 1990, merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh dan telah menulis sejak menuntut d universiti lagi. Bakat beliau dalam seni karya kreatif bermula ketika beliau aktif dalam nasyid dan penulisan lirik lagu semasa menuntut di Madrasah Aljunied Al Islamiah. Di madrasah ini, seni nasyid merupakan aktiviti seni vokal yang popular di kalangan majoriti pelajar yang berperanan mengasah minda seni estetika kreatif dalam jiwa beliau. Penggunaan bahasa Melayu Ustaz Husin dalam karya sajaknya berjudul “Hakikat Marcapada” menunjukkan kemampuannya menggunakan bahasa Melayu kreatif yang tinggi. Sajak beliau berjudul “Aku dan Karya” menggambarkan cintanya yang mendalam dalam karya penulisan. Beliau mencatatkan, “Aku tetap akan menulis, mencurahkan fikiran menitiskan dakwah di atas lembar”, yang baginya adalah satu bentuk amal soleh berterusan walaupun mungkin karyanya kini belum lagi dikenali.
Karya Asatizah Milenial
Cerpen beliau di Berita Harian berjudul “Perpustakaan Negara” menggambarkan keresahan hatinya tentang nasib bukubuku bahasa Melayu. Pada perenggan terakhir beliau meluahkan perasaan terhadap buku Melayu, “Aku harap kau tidak bersedih. Kalau tidak ada yang menjenguk kau, kau jangan lari merajuk meninggalkan perpustakaan ini. Jangan kau lari meninggalkan tanah ini. Tanah yang dahulunya mencari-cari kau. Aku harap kau akan terus tabah..”
Akhir-akhir ini terdapat sebilangan asatizah dan graduan lepasan madrasah Generasi Y dan Milenial (lahir awal tahun 80an – 2000) yang konsisten menyumbang karya sastera berupa cerpen dan puisi mereka di akhbar Berita Harian setempat. Nama-nama seperti Ustaz Muhammad Husin Masnin dan adik perempuannya Ustazah Hafizhah
Adik beliau, Ustazah Hafizhah Masnin yang lahir pada 1993 juga merupakan graduan UIAM dalam bidang perbandingan agama dan pernah menulis di Berita Harian, Singapura dengan menyumbang beberapa buah sajak seperti “Asing”, “Hilangnya Si Pari”, “Untuk Siapa” dan lain-lain. Elemen nilai kemanusian, nilai perjuangan, nilai
18
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 18
27/11/17 1:13 PM
FOKUS
Photo: saffuanjaffar.blogspot.sg
persahabatan dan nilai diri amat ketara dalam kebanyakan sajak-sajaknya. Bagi novelis, Nirrosette (Munirah Jaafar), keunikan karyanya terletak kepada perkongsian pengalaman hidupnya bagi melahirkan kesegaran plot cerita yang rencam dan mengocak emosi pembaca. Penulisan kreatif novelnya yang pertama berjudul “Ikhlas A.K!” ditulis ketika beliau berusia 17 tahun lagi. Beliau dikatakan mendapat inspirasi menulis setelah kematian ayahnya. Dalam blog Aquila-style.com, seorang pengulas novel remaja, Afia R. Fitriati menulis tentang kejayaan Munirah Jaafar dan mendedahkan bahawa novel pertama Nirrosette berjaya menarik selera pembaca dengan penjualan sekitar 10,000 naskhah novelnya di Malaysia dan Singapura. Manakala novel keduanya, berjudul “Nah! Untuk Awak” berjaya terjual sekitar 7,000 naskhah. Setentunya, ini adalah satu pencapaian bagi penulis muda (bawah 20 tahun) ini. Munirah yang kini merupakan seorang guru bertauliah, dipetik dalam satu wawancara, “As a madrasah graduate, through my writings I try to inculcate moral values in the fictional character and convey religious knowledge...”(blog Aquilla-Style.com, 3 Sep 2016).
Kesimpulan
Rujukan
Semenjak daripada zaman bahari, bahasa Melayu samada dalam tulisan Jawi atau Rumi memainkan peranan dalam pengukuhan estetika nilai kerohanian dan ketuhanan dalam masyarakat Melayu. Jika suatu ketika pada zaman sebelum Islam, karya sastera banyak mempunyai unsur animisme, sinkretisme, dewa langit-dewa bumi dan Hindu-Buddha, namun begitu para mubaligh Islam dan asatizah berupaya secara perlahan membersihkan paradigma (worldview) syirik dan khurafat kepada paradigma tauhid yang bersandarkan sumber syariat.
(1994). Mustafa Hj Daud. Kesusasteraan Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. • (2005). Mohd. Affandi Hassan. Pendidikan Estetika Daripada Pendekatan Tauhid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. • (2007). Mohd Jakfar Hj Embek. Menunggak Nilai, Melurus Faham – Koleksi Rencana di Berita Harian & Berita Minggu dari 1997 – 2007. Singapura: Pustaka Nasional & Pergas. • (2010). Kamus Dewan. Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. • (2015). Yang Terukir – Bahasa dan Persuratan Melayu, Sempena 50 Tahun Kemerdekaan Singapura terbitan Majlis Bahasa Melayu Singapura • (Jan – Apr 2017). Asatizah & Penulisan Dakwah dalam Majalah Ar-Risalah Isu 23. Singapura: Persatuan Ulama & GuruGuru Agama Islam Singapura (Pergas). • Berita Harian & Berita Minggu
Walaupun genre penulisan karya asatizah banyak mewakili kategori genre penulisan serius dan ilmiah, namun genre bersifat sastera kreatif mula menampakkan satu penambahan terutama oleh asatizah Generasi Y & Milenial. Pergas sebagai badan asatizah mungkin boleh bekerjasama lebih giat dengan badan seperti Majlis Bahasa Melayu dan NIE-NTU dalam memanfaatkan dana daripada Biasiswa Paska Sarjana dan Geran Kajian Dr Muhammad Ariff Ahmad untuk menggalakkan asatizah membuat kajian kesusasteraan Islam di Singapura dalam bahasa Melayu.
19
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 19
27/11/17 1:13 PM
3. MEMORI KEHIDUPAN
Bila Asatizah Menulis Di Media... Akh Mohd Raman Daud Mantan Wartawan, Berita Harian & Berita Minggu
Antara penyumbang penting kepada persuratan Melayu ialah golongan asatizah (termasuk ulama) seperti Hamzah Fansuri (asal Aceh dan wafat 1607) yang mempelopori bentuk syair yang unik dari segi bentukan dan pancaran nilai Melayunya. Malah Hamzah dijulang oleh Prof Muhd Naquib Al-Attas sebagai 'Bapa Kesusasteraan Melayu' - jauh lebih awal daripada Munsyi Abdullah bin Abdul Kader (1796-1854). Menurut Dr. Azhar Ibrahim dari Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura, sastera pondok atau pesantren (sempena tempat mengajar asatizah) jarang dikupas atau ditonjolkan. Saya pernah mengikuti rombongan Persatuan Wartawan Melayu berkunjung ke Aceh pada 1995. Kami telah dibawa ke kawasan pedalaman yang dilindungi hutan tebal. Di sebuah pesantren atau meunasah di situ, tersimpan kitab-kitab lama bertulisan Jawi. Menurut penjaganya, kebanyakan tulisan di situ berbentuk syair mengenai pelajaran agama. Sayang sekali, khazanah tadi tidak dimanfaatkan dalam konteks pascamoden hari ini. Ini baru sebuah pesantren, bayangkan ribuan yang lain di merata rantau ini. PENDAKWAH DAN BAHASA Penyebaran Islam di rantau ini dirintis oleh para pedagang yang fasih berbahasa Arab dan Melayu. Merekalah yang antara lain memperkenalkan istilah Arab ke dalam bahasa Melayu. Namun tidak semua istilah asal Sanskerta yang dipakai dalam agama Hindu dan Buddha telah dilucutkan, seperti 'syurga' (merujuk kepada 'jannah' atau taman dalam bahasa Arab) dan ‘neraka’ (merujuk kepada 'nar' atau kawasan paling perih dengan api menjulap-julap). Mengapa ini berlaku? Belum ada kajian tuntas mengenainya. Namun menurut almarhum Ustaz Ahmad Sonhadji bin Mohamad (1922-2010), hal ini terkait dengan kehalusan budi bicara Melayu. Hujah almarhum, Islam masuk ke alam Melayu tanpa jalan paksaan seperti perang. Oleh itu, berlaku semacam tolak-ansur dari segi pengajaran dan penyebaran Islam yang diterima asalkan tidak bercanggah dengan prinsip terasnya. Antara karya awal dan terkenal Ustaz Ahmad Sonhadji ialah 'Mari Sembahyang' (1957)
iaitu digunakan istilah 'sembahyang' dan bukan 'solat'. Yang utama, tambahnya, ialah niat di sebalik penggunaan istilah yang bukan asal Arab tetapi sudah sebati dengan akal budi orang Melayu. Antara qasidah atau lagu Islam yang tertua di rantau ini ialah karangan seorang daripada Wali Songo ialah Sunan Bonang (1465-1525) yang berjudul 'Tombo Ati' (Penawar Hati) yang sungguh syahdu dan masih didendangkan di pesantren sehingga kini, khususnya dalam bahasa Jawa. Berikut terjemahannya dalam bahasa Melayu dan boleh diikuti di Youtube: Ubat hati ada lima perkaranya, yang pertama, baca Qur'an dan maknanya yang kedua, sholat malam dirikanlah yang ketiga, berkumpullah dengan orang sholeh yang keempat, perbanyaklah berpuasa yang kelima, dzikir malam perpanjanglah salah satunya siapa bisa menjalani moga-moga Gusti Allah mencukupi Mungkin pendakwah terbilang dan ahli persuratan yang karyanya masih dibaca dan dikagumi sehingga kini ialah Prof Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah, 1908-1981). Menurut sasterawan mapan dan pengkaji Djamal Tukimin, ada beberapa karya Hamka yang diterbitkan di Singapura tetapi tidak pernah ditemui di Indonesia atau diketahui oleh kaum keluarganya sendiri! Hamka sendiri mengagumi Pendeta Za'ba (Zainal Abidin Ahmad, 1895-1973) yang dinilainya sebagai permata bagi rumpun Melayu. Mentelah kededua mereka merupakan asal Minangkabau. Bagaimana pula kaitan bahasa atau persuratan dengan asatizah di Singapura? Ustaz Ahmad Sonhadji yang dianggap ustaz perintis dalam menulis karya di media (radio terutamanya). Selain itu, Ustaz Haji Daud Ali terkenal dalam ehwal kemusykilan di radio sehingga digelar 'mufti radio'. Di samping mereka tadi, terdapat dua orang ustaz yang terkenal lewat tulisan mereka di media dan bentuk risalah atau buku iaitu Ustaz Osman bin Jantan (1937-2011) dan Ustaz Syed Abdillah bin Ahmad Aljufri (1938-2003).
20
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 20
27/11/17 1:13 PM
MEMORI KEHIDUPAN
Ustaz Osman memang aktif dari segi dakwah dan pernah tiga penggal duduk dalam Dewan Tertinggi Majlis Ugama Islam Singapura (1968-1980) dan berkhidmat di Pergas dan Jamiyah Singapura, menulis dan menyusun teks buku agama, mengajar di sekolah biasa seperti Sekolah Menengah Swiss Cottage. Pada akhir 1970-an sehingga awal 1980-an, beliau menulis untuk ruangan agama dalam akhbar Berita Harian dengan menggunakan pelbagai nama samaran. Nasihatnya kepada saya: "Pembaca akhbar tidak suka mengambil masa yang lama untuk membaca makalah agama. Mentelah masa baca akhbar lazimnya antara 15 minit dan kalau panjang pun, sejam. Jadi, tulislah dengan ringkas dan fokus pada maksudnya." Apabila Editor Berita Harian/Berita Minggu, Haji Zainul Abidin Rasheed, menyusun semula akhbarnya, khidmat Ustaz Osman terjejas. Saya pula telah ditugaskan mengasuh ruangan agama akhbar ini. Terus terang saya panik kerana saya bukan lulusan madrasah dan tanpa latihan mencukupi dari segi agama Islam. Sebagai jalan keluar, saya telah hubungi asatizah yang mapan untuk membantu termasuk Ustaz Abu Bakar Hashim, Presiden Mahkamah Syariah. Saya sendiri sanggup menjadi jurutulis untuk mencatatkan tanggapan asatizah tadi dan diubah menjadi makalah akhbar. Sayangnya, hampir semua menolak. Akhirnya, saya merayu entah berapa kali, kepada Ustaz Syed Abdillah yang ketika itu bertugas di Jabatan Pendidikan, Muis. Beliau bersetuju dengan syarat - saya yang yang menulis dan menyerahkan tulisan seawal mungkin lewat faksimili (faks). Beliau diberikan saguhati yang amat sederhana. Seperti Ustaz Osman, Ustaz Syed Abdillah telah menulis banyak makalah dan sejumlah buku, berkhidmat di Muis dan Pergas. Beliau juga mengajar di sekolah pemerintah seperti Sekolah Menengah Tun Seri Lanang. Satu lagi persamaan, mereka pernah belajar dengan tokoh bahasa dan sasterawan nusa, Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad (Cikgu Ariff) yang pernah mengajar ribuan guru, termasuk dua ustaz ini, di Maktab Perguruan Singapura (kini Institut Pendidikan Nasional). Mereka juga pernah menganggotai Angkatan Sasterawan ’50 yang diterajui Cikgu Ariff. Malah Cikgu Ariff pernah bersama Ustaz Syed Abdillah ketika menulis dan menyusun buku teks Pengetahuan Agama Islam (IRK) yang pernah digunakan di sekolah-sekolah di sini. Dengan sokongan Ustaz Syed Abdillah, saya menjadi bersemangat untuk menulis makalah agama. Tapi, bagaimana untuk memulakannya? Maka saya carilah bahan daripada sejumlah buku agama tulisan ulama, termasuk ensiklopedia. ASUHAN USTAZ SYED ABDILLAH Ketika membantu saya, Ustaz Syed Abdillah masih menyumbang makalah – menjawab kemusykilan yang dikirimkan pembaca. Ruangan soal jawab ini disiarkan di Berita Minggu. Ia kemudian dikumpulkan menjadi sebuah buku, ‘Anda Bertanya, Saya
Menjawab’ (Pustaka Nasional, 2001). Saya telah memilih untuk meringkaskan topik-topik yang disusun bersumberkan ‘Ensiklopedia Sirah’ karangan Prof Fazlur Rahman. Pada minggu pertama, selepas saja saya kirimkan faks makalah, Ustaz Syed Abdillah mengirimkan semula – hampir setiap ayat dibetulkan dan isinya diolah semula! Saya terkejut kerana tidak menyangka fakta daripada sebuah ensiklopedia terkenal juga kurang tepat. Saya menjadi insaf akan kekurangan besar saya untuk menjadi penulis makalah agama. Setiap kali saya menerima kembali kiriman faks Ustaz, dada saya berdebar. Suntingannya saya tunjukkan kepada rakan saya, Mohd Suhaimi Mohsen, yang juga timbalan saya di Meja Rencana Berita Harian/Berita Minggu. Namun pembetulan beliau tadi berkurangan minggu demi minggu. Hal ini berlanjutan setelah tahun pertama dan akan masuk tahun kedua. Dalam pada itu, saya dan Suhaimi juga bertemu dengan beliau dalam beberapa kesempatan, terutama setelah beliau dilantik mudir Madrasah Aljunied. Saya pernah menanyakan beliau: “Bagaimana ustaz nilai kelakonan asatizah di Madrasah Aljunied?” Beliau termenung sebentar dan mengatur bicaranya, antara lain: “Saya selalu bandingkan amalan di madrasah dengan di sekolah pemerintah. Alhamdulillah, kedua-duanya saya lalui. “Sekolah pemerintah memang banyak kemudahan. Gaji gurunya juga jauh lebih tinggi. Tapi di madrasah, asatizahnya perlu mengajar di tempat lain untuk menambah pendapatan. “Oleh itu, apabila saya diminta menjadi mudir di madrasah ini (Aljunied), saya pada mulanya keberatan. Saya sudahpun berumur untuk memulakan perubahan besar. Kemudian terdapat beberapa kekurangan yang sukar saya atasi dalam jangka pendek. “Saya cuba periksa hampir seluruh buku rekod asatizah dan hasil kerja mereka iaitu buku-buku murid mereka. Ada yang menceriakan dan ada yang kurang sekali. Saya tahu jika amalan ini saya teruskan, banyak tugas mudir yang tak terbuat. “Jadi, saya beritahu kepada asatizah, walaupun saya tidak sempat periksa buku dan kerja mereka, ingatlah Allah SWT yang periksa dan dicatatkan dalam buku rekod yang akan dibuka pada hari kemudian nanti. Oleh itu, berlaku jujur dan gigih dalam bekerja. Penerangan Ustaz Syed Abdillah membuat saya dan Mohd Suhaimi terpegun. Maklumlah ketika itu, menjelang tahun 2000, berlaku perubahan pesat dalam sistem pendidikan negara. Antara lain, pemerintah hendak memperkenalkan Pendidikan Wajib. Ini demi memastikan setiap murid dapat mengikuti pendidikan 12 tahun – dari darjah satu ke darjah enam (Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah) dan seterusnya empat tahun bersekolah menengah untuk menduduki peperiksaan GCE peringkat ‘O’. Masa depan madrasah menjadi tanda tanya sehingga tercetus polemik besar, termasuk di ruang siber yang mula diikuti ramai warga Muslim di Singapura dan luar negara. 21
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 21
27/11/17 1:13 PM
MEMORI KEHIDUPAN
Tak perlu hantar lagi. Awak sudah lulus. Perdana Menteri Encik Goh Chok Tong telah mengundang para pemimpin Islam, termasuk ulama, untuk berbincang di dewan mesyuarakat dalam bangunan baru Parlimen. Saya teringat sesudah mesyuarat bersejarah itu, saya bertanya kepada ustaz – apakah hasilnya? “Saya tak tahu. Sebab berlaku semacam bahas dan kemudian dihentikan oleh PM Goh yang kemudian meminta saya beri pendapat. Saya bangun dan ucap penghargaan atas keprihatinan PM. Selanjutnya, saya minta izin untuk bercakap dalam bahasa Melayu kerana bahasa Inggeris saya memang kurang lancar. “Sebelum saya ke mesyuarat itu, saya terfikir panjang apa hendak dikatakan. Tiba-tiba saya ternampak buku yang saya beli di Mesir – mengenai seorang profesor Turki dan masa depan madrasah di negaranya. Turki ialah sebuah negara sekular. Kata profesor itu, jangan sekali-kali dibenarkan usaha meniadakan madrasah rendah kerana ia bak mencabut akar pendidikan Islam. “Maka saya tukil kata profesor itu,” kata Ustaz Syed Abdillah. Difahamkan PM Goh termenung sejenak memikirkan pandangan ringkas Ustaz Syed Abdillah. Beliau sedar dasar dan tindakan pemerintah boleh mematikan atau menyuburkan madrasah di Singapura. Namun kesannya hari ini? Ternyata enam madrasah sepenuh masa di watan ini terus tumbuh subur di sebalik syarat dan tuntutan Pendidikan Wajib. Malah lulusan madrasah telah mengharumkan nama negara kerana muncul sebagai antara murid terbaik di sejumlah universiti ternama. BELAJAR BAHASA ARAB Tiga bulan sebelum tahun kedua urusan faks hantar dan faks terima antara saya dan Ustaz Syed Abdillah, berlaku hal yang luar biasa. Hampir tiada pembetulan dibuat. Saya terkejut dan menelefonnya. Katanya, “Semua ok Rahman”. Hingga pada suatu ketika, faks beliau tidak kesampaian dan membuat saya resah kerana penata letak akhbar (subeditor) mahukan makalah segera. Saya menelefon Ustaz tapi tidak berjawab. Saya tinggalkan pesan dalam telefonnya. Kemudian pada lewat petang, muncul faksnya: “Tak perlu hantar lagi. Awak sudah lulus.” Tertera tandatangannya. Saya terkebil-kebil sebak membaca faks tadi berulang kali. Memang tiada suatu pembetulan pun yang dibuatnya. Saya tunjukkan faks tadi kepada beberapa rakan di Meja Rencana, termasuk timbalan saya. Ketika itu, pejabat Berita Harian masih di Times House, Kim Seng Road. Sayang sekali, faks tadi menggunakan kertas thermal (haba). Jadi, dalam dua hari saja, tulisannya hilang atau pudar. Dan saya yang bodoh ini, tidak membuat salinan fotokopi. Faks terakhir itu bak sijil atau ijazah bagi saya.
Sejak peristiwa itu, saya menjadi yakin untuk menulis makalah agama sehingga saya diminta menjadi salah seorang editor bagi buku persiapan perkahwinan, ‘Jalur Hidayah’ yang diterbitkan oleh Muis. Malah bagi terbitan kedua, ‘Jalur Hidayah’, saya bertindak sebagai editor tunggalnya. Saya yakin Ustaz Syed Abdillah bukan saja membetulkan karangan saya tapi juga mendoakan saya untuk menjadi penulis dan editor berwibawa. Keyakinan ini terserlah apabila menemuinya ketika merasmikan pejabat sahabatnya, Encik Yusnor Ef di Hotel Paramount. Saya pelawa beliau menaiki kereta saya untuk saya hantar ke Masjid Taqua. Setibanya di masjid itu, suasananya lengang. Beliau mengajak saya solat asar bersama. Kami solat betul-betul seperti imam dan muazin. Beliau menggunakan sejadah imam dan saya berdiri di sebelahnya. Seusai solat dan berdoa, beliau memberitahu saya: “Rahman, tulisan awak semakin baik dan awak boleh edit tulisan orang lain, termasuk asatizah. Tapi elok lagi, awak kuasai bahasa Arab agar lebih yakin.” Sehingga hari ini saya terhutang budi pada almarhum yang mempunyai daya ingatan, cara berfikir yang terbuka dan kesantunan luar biasa. Pendeta Dr Muhammad Ariff menyifatkan almarhum sebagai seorang bestari yang walaupun tidak belajar sampai ke universiti, tetapi berfikiran bak seorang mahaguru serta orang tua nan indah adabnya. Pengalaman bersama beliau mendorong saya sering mempelawa asatizah untuk menulis di media. Bagi saya, bukanlah seorang pendakwah, jika sekadar pidatonya saja, tetapi perlu juga buah fikirannya dituliskan dengan baik untuk menjadi bekal masyarakat. Gaya syarahan dan tulisan Ustaz Syed Abdillah amat sederhana tetapi sarat dengan ilmu. Tidak pernah didengar beliau menyelar mana-mana pihak ketika bersyarah atau mengupas tafsir Quran, iaitu bidang pengkhususannya. Menurut gurunya, Ustaz Ahmad Sonhadji: “Saya yang minta Abdillah sampaikan tafsir Quran saya di radio apabila saya bekerja di Brunei. Alhamdulillah, lama kelamaan, ia melekat pada tugasannya sebagai pendakwah.” Ustaz Syed Abdillah pernah berura-ura untuk menghasilkan tafsir Quran. Jika berjaya, beliau menjadi tokoh keempat di Singapura iaitu selepas Hassan Ahmad (atau A Hassan juga dipanggil Hassan Bandung), Syeikh Abdullah Basmeih dan Ustaz Ahmad Sonhadji. Sayangnya, harapan beliau tidak kesampaian. Namun, beliau ada mewariskan sejumlah buku karangannya dan beberapa pita rakaman syarahannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan semoga ada asatizah kita yang kelak beriltizam seperti beliau dalam menyantuni masyarakat, Aamiin.
22
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 22
27/11/17 1:13 PM
4. ISLAMIC FINANCE
Religious Guidance In The Subscription Of Singapore Savings Bonds By Muslims (Part II)
Akh Fazrihan Duriat Akh Suhaimi Zainul Abidin Financial Syariah Advisory Consultancy (FSAC) Team
ISLAMIC PRODUCTS
The classification of Islamic products (as either deposits or investments) are as below:
ISLAMIC DEPOSIT
INVESTMENT ACCOUNTS
(principal guaranteed contracts)
(non-principal guaranteed contracts)
Wadi’ah (custodian)
Mudarabah (profit-sharing)
Qard (interest-free loan)
Wakalah (agency)
Tawarruq / Commodity Murabaha (sale with mark-up)
Note: Islamic investments are not eligible for protection under PIDM or SDIC.
Note: Islamic deposits under the IFSA 2013 are eligible for Perbadanan Insurans Deposit Malaysia protection (PIDM). In Singapore, Islamic deposits will be protected under the Deposit Insurance Scheme by Singapore Deposit Insurance Corporation (SDIC) Pergas is of a preliminary opinion that the Singapore Savings Bonds (SSB) may fall within the ambit of Shariah principles but none seems to fit.
Wadiah yad dhamanah
Safe keeping contract with guarantee. The monies placed in custody is in monetary form and the custodian is allowed to utilise the money subject to the permission of the asset owner, hence, the rules related to qard (i.e. interest-free loan) need to be adhered to.
Although the issuer is able to return the principal in full, there was a pre-determined additional in the form of cash over and above the principal qard amount promised by the issuer, and hence, this is riba. Hibah is not justified because such returns to the lender (i.e. investors) should be totally discretionary (i.e. should not be pre-conditional) at the time of entering into the contract. 23
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 23
27/11/17 1:13 PM
ISLAMIC FINANCE
Wadiah yad amanah
Wakalah bil isthmar
Mudharabah
Safe keeping contract based on trust. The custodian shall not be entitled to any revenue or any income from the monies placed in custody. Any benefits accrued from the monies placed in custody belong to the asset owner (i.e. investors).
A wakalah contract may be entered into for the purpose of investment. The investor will be the principal and the issuer will be agent managing the monies. Under IFSA 2013, Products based on Wakalah bil Istithmar (agency for investment) will be classified as investment products instead of deposits. A contract between a capital provider (rabbul mal) and an entrepreneur (mudarib) under which the rabbul mal provides capital to be managed by the mudarib and any profit generated from the capital is shared between the rabbul mal and mudarib according to mutually agreed profit sharing ratio (PSR) whilst financial losses are borne by the rabbul mal provided that such losses are not due to the mudarib’s misconduct (ta`addi), negligence (taqsir) or breach of specified terms (mukhalafah al-shurut). A sale and purchase contract, binding in nature.
Murabahah
In a commodity murabaha, sale will involve selling of commodities at marked-up price between investors and issuers. Profits are determined upfront and will be paid to investors.
The monies are supposed to be in custodianship only but it is utilised by the Singapore government and the actual returns generated was not disclosed. The management and utilisation of monies was not explicitly detailed out. Hence, the usage of monies may be mixed with Shariah and non Shariah compliant activities. Products which apply the wakalah (agency) will be classified under IFSA 2013 as investment products instead of deposits. SSB is principal-guaranteed. The bonds is backed by the Singapore government – no capital losses.
Products which apply the Shariah contract of Mudarabah (profit sharing) will be classified under IFSA 2013 as investment products instead of deposits. No profit-sharing ratio was disclosed. SSB is principal-guaranteed. The bonds is backed by the Singapore government – no capital losses.
Operationally, there is no evidence of sale for SSB to justify the returns as profits (instead of interests) which should be based on Shariah compliant underlying transactions.
CONCLUSION
GUIDELINES FOR THE MUSLIM COMMUNITY
Pergas has reviewed SSB based on Shariah requirements to conclude that it does not meet Shariah requirements.
In facing this issue, Pergas would also like to call upon the Singapore Muslim community to deepen and strengthen various sciences of knowledge (including religious knowledge) as part of societal expectation and religious obligations as Singapore citizens. Should there be confusion regarding any financial issues, the community should seek clarification from our pool of ARS-accredited asatizah fraternity in-depth knowledge in fiqh muamalat or usul fiqh.
In line with the legal maxim “What is prohibited [under Shariah] to take is also prohibited [under Shariah] to give”, as SSB is yet to be Shariah-compliant, Muslim community should find alternative solutions in Singapore where the structures are closer to the spirit of their religious teachings. 24
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 24
27/11/17 1:13 PM
5. KENALI ASATIZAH
USTAZ MOHAMMAD RIZHAN BIN LEMAN
1. Assalamualaikum wr wb. Ustaz. Kami mengucapkan selamat datang ke ruangan Kenali Asatizah kali ini. Sebelum diteruskan temu bual ini, boleh Ustaz kongsi latar belakang pendidikan Ustaz hingga ke institusi pengajian tinggi? Dari peringkat sekolah rendah hingga ke pra-universiti, saya belajar di sekolah Inggeris pemerintah. Bermula dari Sekolah Rendah Chongzheng, kemudian ke Sekolah Menengah Pasir Ris, dan seterusnya ke Maktab Rendah Tampines. Selepas menjalani perkhidmatan negara, saya melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah. Setelah itu, saya sambung ke peringkat Sarjana dalam bidang Perbandingan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kini, saya sedang mengikuti program Doktor Falsafah dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 2. Latar belakang pendidikan Ustaz bermula sebagai pelajar sekular, apakah yang mendorong Ustaz untuk mendalami bidang ukhrawi selepas tamat peringkat pra-universiti? Ada dua faktor utama yang membuatkan saya ingin mendalami bidang Syariah. Ketika menuntut di Maktab Rendah dahulu, salah satu mata pelajaran yang saya ambil adalah Ekonomi. Sepanjang dua tahun mempelajari subjek tersebut, saya tertanya-tanya, adakah kesemua perkara yang saya pelajari dalam subjek ini bertepatan dengan prinsip dan ajaran Islam? Keinginan untuk mengetahui prinsip ajaran Islam dan perspektif sarjana Islam mengenai isu-isu berkaitan ekonomi merupakan salah satu faktor yang mendorong saya untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam. Faktor kedua adalah pertanyaan yang pernah diajukan oleh seorang teman bukan Islam. Ketika menjalani perkhidmatan negara, saya mengambil kursus bahasa Arab secara sambilan
di Pergas. Di dalam kelas tersebut, ada seorang pelajar bukan Islam. Pernah satu ketika, selepas solat berjemaah di Masjid Kassim, beliau bertanya kepada saya samada saya memahami bacaan imam di dalam solat. Saya mengatakan bahawa saya hanya memahami surah al-Fatihah tetapi surah selepas itu, saya tidak memahaminya. Soalan tersebut menimbulkan banyak persoalan dalam diri saya. Saya mengaku saya mencintai Allah tetapi saya tidak memahami isi kandungan al-Quran. Saya mengaku mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi saya tidak memahami kitab-kitab hadis. Sejak detik tersebut, saya tanamkan keazaman dalam diri untuk mendalami bahasa Arab, al-Quran dan Hadis. Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahwa soalan tersebut merupakan salah satu faktor utama yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam. 3. Di manakah Ustaz mempelajari asas bahasa Arab dan apakah persiapan Ustaz sebelum ke Maahad di Madinah? Saya mula mempelajari bahasa Arab secara sungguh-sungguh ketika menjalani perkhidmatan negara dengan mengambil kursus bahasa Arab di Pergas di bawah bimbingan Ustaz Abdul Aziz. Dalam masa yang sama, saya juga mempelajari bahasa Arab dari Ustaz Syed Ahmad Semait rahimahullah di rumahnya dan Mudarris Iskandar Abdullah. 4. Bagaimana Ustaz berhadapan dengan persekitaran pembelajaran dalam bahasa Arab? Adakah ianya berbeza dengan pengalaman belajar Ustaz di sini? Pengalaman belajar di Madinah adalah amat berbeza dengan pengalaman belajar di Singapura. Di Madinah, kesemua mata pelajaran diajarkan dalam bahasa Arab sehinggakan subjeksubjek asas bahasa Arab juga diajarkan dalam bahasa Arab. Justeru, sebelum menghadiri kelas, saya akan membaca terlebih 25
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 25
27/11/17 1:13 PM
KENALI ASATIZAH
dahulu muka surat yang bakal disyarahkan pada sesi tersebut. Saya juga membaca beberapa muka surat kamus Arab setiap hari dan meneliti bagaimana sesebuah kalimah digunakan secara tepat dalam ayat. Saya juga menghadiri halaqah-halaqah ilmu di Masjid Nabawi pada waktu maghrib setiap hari walaupun pada permulaannya, saya tidak begitu faham apa yang disampaikan. Setiap kali menghadiri halaqah ilmu itu, saya akan mencatit kalimahkalimah bahasa Arab yang tidak saya fahami. Kemudian, apabila pulang ke asrama, saya akan merujuk kepada kamus untuk mengetahui makna kalimah-kalimah tersebut. Ini saya lakukan setiap hari. 5. Perjalanan menuntut ilmu Ustaz sangat konsisten dan berterusan hingga ke peringkat PhD sekarang ini, apakah yang mendorong Ustaz untuk terus menerus mengenggam ijazah? Ada beberapa faktor yang mendorong saya untuk terus menerus melanjutkan pengajian. Saya begitu terkesan dengan firman Allah di dalam surah Taubah ayat 122 yang menggesa segolongan individu dari kalangan muslimin untuk mendalami ilmu agama serta memberikan peringatan kepada kaum mereka. Pesanan Rasulullah yang berbunyi, “Barangsiapa yang menempuh satu jalan demi mencari ilmu pengetahuan, Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga� juga senantiasa memberikan motivasi kepada saya agar terus menuntut ilmu. Kesusahan yang pernah dialami ayah saya juga merupakan salah satu faktor yang menguatkan keazaman saya untuk terus menuntut ilmu. Ayah saya pernah menceritakan bahawa semasa kecil, beliau menghadapi kesukaran untuk belajar kerana tidak mampu untuk membeli kamus. Kesusahan yang perlu ditempuhinya banyak memberikan kesan kepada diri saya. Ianya menguatkan keazaman saya untuk menuntut ilmu sejauh dan setinggi mungkin.
6. Ustaz merupakan antara segelintir asatizah yang aktif menulis di blog peribadi dan di saluran yang lain, bagaimana minat ini bermula? Apakah yang ingin disampaikan kepada pembaca? Minat menulis timbul ketika saya menuntut di Madinah. Sebahagian teman-teman dari Maktab Rendah menyarankan agar saya berkongsi pengalaman belajar di Madinah menerusi blog. Saya menerima saranan tersebut. Justeru, dari masa ke semasa, saya berkongsi perkara-perkara baru yang saya pelajari, buku-buku yang saya baca dan pengalaman-pengalaman yang saya alami ketika berada di kota Rasulullah di dalam blog saya. Satu perkara yang ingin saya sampaikan kepada para pembaca adalah nilai keadilan. Dalam kita mengulas sesebuah isu atau memberikan pandangan mengenai sesuatu, hendaklah kita senantiasa menegakkan keadilan. Keadilan harus ditegakkan pada setiap tempat dan masa, dan kepada sesiapa sahaja. 7. Kata-kata mutiara/nasihat yang ingin Ustaz kongsi. Dalam melakukan apa jua perkara, hendaklah kita melakukan dengan bersungguh-sungguh dan sebaik mungkin. Apabila kita membaca Al-Quran dan hadis, renungkanlah dan hayatilah maknanya dengan baik. Apabila kita menuntut ilmu dari seorang guru, dengarlah setiap kalimah yang keluar dari mulutnya dengan baik. Rajinkanlah diri membaca buku-buku para ulama, baik yang silam mahupun yang kontemporari. Apabila kita menulis, buatlah kajian yang menyeluruh sebelum menulis mengenai sesuatu isu. Apabila kita mengajar, buatlah persiapan dengan bersungguh-sungguh sebelum menyampaikan sesuatu. Apabila kita berbicara, gunakanlah kalimah yang paling baik. Bukankah Rasulullah S.A.W pernah berpesan, “Allah mewajibkan ihsan dalam setiap perkara�?
26
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 26
27/11/17 1:13 PM
6. BELASUNGKAWA
ALMARHUM USTAZ MOHD ABDUL HALIM BIN MOHD NOOR (1961-2017)
Sedang masyarakat Melayu Islam dalam keriangan menyambut hari ke 7 di bulan Syawal 1438 Hijrah, berita mengejutkan diterima yang menghebahkan kehilangan cahaya yang menerangi Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah (MWTI) dan pendidikan Islam tempatan; Mudir Madrasah Ustaz Mohd Abdul Halim Bin Mohd Noor, menghembuskan nafas terakhirnya pada 1 Jul 2017 jam 11.30 pagi. Almarhum Ustaz Mohd Abdul Halim lahir pada 17 Ogos 1961. Anak sulung dari dua beradik ini mendapat pendidikan sekular hingga meraih G.C.E peringkat ‘O’ pada akhir tahun 1970an. Oleh kerana minatnya dalam bidang agama, beliau melanjutkan pelajarannya hingga meraih kelulusan Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Media Massa) dari Universiti Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh, Saudi Arabia. Selepas tamat pengajiannya di luar negeri pada tahun 1997, beliau terus berkhidmat mengajar di MWTI, madrasah yang diasaskan oleh ayahnya, Almarhum Ustaz Mohd Noor Taib dengan bantuan ibunya, Ustazah Hamiyah Hussin pada tahun 1957. Menyedari kebolehannya dalam memimpin madrasah, Ustaz Abdul Halim dilantik sebagai Naib Mudir selepas 3 tahun berkhidmat di MWTI. Minatnya untuk memperbaiki kecemerlangan MWTI dan pendidikan Islam mendorong beliau untuk terus belajar hingga mendapatkan Sarjana (Usuluddin) dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia pada tahun 2007. Tesisnya yang tidak diterbitkan; “Peranan madrasah di Singapura dalam dakwah selepas kemerdekaan dan masalahnya” merupakan antara sumber rujukan tentang pendidikan Islam dan madrasah tempatan. Beliau kemudian menggantikan ayahnya sebagai Mudir kedua MWTI pada tahun 2012. Sebagai mudir yang amat komited dan berusaha gigih untuk mempertingkatkan prestasi madrasahnya, beliau menawarkan pendidikan holistik kepada pelajar-pelajar MWTI. Beliau pernah menulis di Berita Minggu pada 5 April 2015 tentang “Lulusan madrasah bantu bentuk masyarakat berhemah tinggi” dengan harapan bahawa kehadiran asatizah lulusan madrasah ini dapat menyumbang dalam pembentukan masyarakat Islam Singapura yang berhemah tinggi dan berpegang kuat pada agama.
Sepanjang perkhidmatannya, Ustaz Abdul Halim banyak mengambil inisiatif-inisiatif dalam pembangunan dan kecemerlangan prestasi Madrasah. Beliau bekerja keras mencari dana kewangan untuk MWTI sehingga terbinanya bangunan yang berdiri megah hingga kini. Beliau juga memperkenalkan pengajian Pra-Universiti kepada pelajar-pelajar MWTI pada tahun 1998 hingga melayakkan para pelajarnya menuntut di universiti-universiti luar negeri. Berikutan isu Pendidikan Wajib (CE) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Singapura, beliau telah memulakan inisiatif untuk mengadakan Mock PSLE yang diduduki pelajarpelajar darjah enam dari 5 buah madrasah tempatan. Pada tahun 2014, Ustaz Abdul Halim menubuhkan Ar-Rayyan Corporation Pte Ltd yang merupakan kesinambungan projek Nur Ala Nur, bagi menjalankan usaha-usaha pengumpulan dana untuk MWTI. Baru-baru ini, pasaraya mini; Nikmart Frozen dilancarkan sebagai antara usaha beliau bagi menjana kewangan MWTI tanpa mengharapkan bantuan dari dana masyarakat. Ayah kepada tiga orang anak ini, merupakan seorang pemimpin yang dihormati dan disayangi juga guru yang prihatin lagi pemurah. Dalam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, Dr. Yaacob Ibrahim (Menteri yang bertanggungjawab dalam ehwal masyarakat Islam) berkata “Pemergian Allahyarham adalah ‘kehilangan besar’ bagi masyarakat Muslim Singapura. Sebagai mudir, beliau telah banyak menyumbang kepada pendidikan agama di Singapura, terutama di Madrasah Wak Tanjong. Saya rasa sepanjang hayat beliau, itulah salah satu misi beliau, untuk menentukan apa yang dilakukan di Madrasah Wak Tanjong dilakukan dengan baik. Hari ini, ramai lulusan MWTI berkecimpung dalam bidang penting dalam masyarakat kita, di Muis dan juga di luar Muis. Ini adalah warisan beliau, iaitu pendidikan agama yang kekal relevan di Singapura dan juga komitmen beliau tentang apa yang harus dilakukan”. (Berita Minggu, 2 Julai 2017, hal. 1) Perjuangan Ustaz Mohd Abdul Halim demi agama dan sumbangannya dalam pendidikan Islam di Singapura akan sentiasa diingati dan dihargai. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas rohnya. Aamiin. 27
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 27
27/11/17 1:13 PM
7. KENALI PERGAS
Unit Pemasaran & Perhubungan Pergas
Unit pemasaran dan perhubungan Pergas (Marcom) bernaung di bawah Jabatan Komunikasi Korporat dan Perkhidmatan. Unit ini ditubuhkan pada tahun 2014, bertujuan untuk menghasilkan ideaidea bagi memasarkan produk-produk serta program-program Pergas kepada masyarakat. Sejak beberapa tahun penubuhannya, banyak usaha-usaha baru telah dihasilkan dan dijalankan. Antaranya, lelaman web Pergas yang sudah berwajah baru dan lebih mesra pengguna. Pengguna boleh membuat pembelian produk Pergas dan pendaftaran kursus serta pembayaran secara online. Kewujudan Pergas di media sosial juga semakin menyerlah dan diterima ramai sejak rombakan yang dijalankan oleh Marcom. Beberapa garis pandu diletakkan bagi setiap posting yang harus dipatuhi sebelum ia dikeluarkan. Sehingga kini, Pergas mempunyai lebih 21,000 ribu pengikut Facebook dan lebih 2000 pengikut di aplikasi media sosial yang lain.
Sejak tahun 2015, sebuah video bersiri telah dihasilkan pada setiap bulan Ramadan. Video bersiri yang dinamakan Nur Ramadan ini memaparkan nasihat-nasihat serta perkongsian ringkas daripada asatizah tempatan. Setelah tiga tahun penghasilan video bersiri ini, Pergas menerima sambutan sangat baik daripada masyarakat Islam dan pengikut lelaman media sosialnya. Pelbagai usaha untuk meningkatkan sumbangan dana serta zakat Pergas telah dihasilkan. Bermula pada tahun 2015 juga, kutipan dana melalui tabung Jumaat telah dijalankan. Kutipan dana ini merupakan usaha tahunan Pergas dengan kerjasama pihak masjid-masjid serata Singapura, madrasah-madrasah, serta persatuan pemandu teksi Islam. Hampir $300,000 hasil dari sumbangan para jemaah Islam Singapura telah diterima. Penghasilan video-video penerima zakat Pergas daripada pelbagai asnaf juga telah berjaya menambat lebih ramai pembayar zakat. Alhamdulillah, melalui hasil usaha ini, kutipan zakat semakin meningkat saban tahun. Semoga dengan sokongan masyarakat, lebih banyak usaha-usaha dakwah dapat dijalankan.
Warga Kerja Baru Pergas Ustaz Muhammad Irfan Bin Abdul Rahman Pemilik Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kahirah Bidang Tugas: Pegawai Eksekutif (Jabatan Pendampingan Dakwah & Masyarakat)
Ustazah Nadhirah Binte Mazelan Pemilik Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah (Quran dan Multimedia), Univerisiti Sains Islam Malaysia Bidang Tugas: Pegawai Eksekutif (Jabatan Pembangunan Asatizah & Latihan)
28
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 28
27/11/17 1:14 PM
8. AKTIVITI PERGAS
Aktiviti Pergas Mei - Ogos 2017
23-25
Program pembangunan imam, bilal dan khatib anjuran Impian Pergas yang telah dikelolakan oleh Ustaz Md. Irwan Shah, Bilal Zulfaizal Sidek dan Ustaz Md. Efendi Suparde.
30 MEI 15 & 16
Lawatan Muhibbah rombongan Pergas ke beberapa pertubuhan Islam di Seremban seperti Kolej Islam As-Sofa, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Yayasan Dakwah Islamiah (Nadim).
Sesi menanda tangan Memorandum Persetujuan antara Pergas dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) yang turut dihadiri oleh Rektor IIUM Prof Dato’ Dr. Zaleha Kamarudin dan Naib Presiden Pergas Ustaz Muhd Zahid Mohd Zin. Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Impian Pergas untuk para peserta dari Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah.
17
Program Pembangunan Karakter anjuran Impian Pergas untuk para pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah yang dikelolakan oleh Encik Md. Khair Md. Noor dan Puan Suriati Abdullah dari Suchi Success.
JUN 19
Kutipan dana Tabung Jumaat di masjid-masjid serata Singapura semasa Solat Jumaat.
20
Majlis Zikir Bulanan bertempat di Masjid Sultan dipimpin oleh Ustaz Mohamad Hasbi Hassan.
3
Sesi Iftar bersama Asatizah Legend iaitu Ustaz Saripi Rawi di rumahnya.
4&7
Sesi Tadarus Al-Quran anjuran bersama MPP dan IPIP untuk para pelajar IPIP. 29
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 29
27/11/17 1:14 PM
AKTIVITI PERGAS
17
Program Adopted Charity 2017: Project WeConnect yang diadakan di Rumah Tumpangan Warga Tua Darul Takrim, Jamiyah anjuran bersama IPIP dan MPP.
28
Mujalasah Asatizah bersama Ustaz Umar Muhammad Noor yang bertajuk Perubahan Ijtihad Qaul Qadim ke Qaul Jadid anjuran Jabatan Pembangunan Asatizah dan Latihan.
Majlis Tahunan Ihya Ramadan untuk para penerima habuan zakat Pergas anjuran bersama Pergas dan MPP. Program Ramadan bersama Majlis Pelajar Pergas (MPP) anjuran bersama MPP dan Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) dengan ceramah ringkas disampaikan oleh Ustaz Mukhtar Habib Mohamed.
18
Majlis Khatamul Quran anjuran bersama IPIP dan MPP.
24
Sesi Takbir Raya diadakan di Masjid Kassim anjuran bersama Pergas dan Masjid Kassim.
29
25
Solat Hari Raya Aidilfitri di Persatuan Silat Singapura (Persisi) yang telah diimamkan oleh Ustaz Irwan Shah Sudiman.
Siri pertama Mudarasah Asatizah: Ilmu Hadith dan Cabaran Semasa yang membincangkan mengenai Kaedah Menyimpang Mentashih Hadith yang disampaikan oleh Ustaz Umar Muhammad Noor anjuran Jabatan Pembangunan Asatizah dan Latihan.
JULAI
OGOS
2
7
Hari Orientasi Pelajar (HOPe) anjuran bersama IPIP dan MPP di Masjid Al-Ansar.
Majlis Talaqqi bersama Habib Musa Al-Kazim Bin Ja’far As-Saggaf anjuran Impian Pergas.
12 & 13
12
Program ‘The Muraja’ah’ anjuran Impian Pergas untuk para alumni Madrasah yang dikendalikan oleh asatizah dari pusat pengajian Bahasa Arab As-Souq.
Muktamar Ulama 2017 berlangsung di Oditorium Masjid Sultan yang turut dihadiri oleh Tetamu Kehormat Encik Masagoes Zulkifli dan juga Sohibus Samahah Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram.
18
Majlis Tausiyah anjuran Impian Pergas untuk para pelajar Madrasah yang bakal melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Islam luar negara.
27
Program Muslimah Tea Time untuk para pelajar muslimah anjuran Impian Pergas yang membincangkan mengenai tajuk ‘Fiqh Haid dan Istihadhah’ yang telah disampaikan oleh Ustazah Tan Nurul Hafidzah, Ustazah Nurhafiza Roslee dan Ustazah Ainul Mardhiyah.
19
Majlis Zikir dan Maulidur Rasul S.A.W anjuran bersama Pergas dan Masjid Hasanah.
30
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 30
27/11/17 1:14 PM
9. TINTA ILMU
Jika lalu d dap
Media Statement 15 June 2017
RESPONSE BY PERGAS REGARDING THE FIRST WOMAN TO BE DETAINED FOR RADICALISM We refer to the report that was published in the local mainstream media on 13 June 2017, regarding the detention of an infant care assistant under the Internal Security Act (ISA) earlier this month. According to sources, she began to be radicalised in 2013 by online propaganda from ISIS. 2. Pergas would like to reiterate our statement dated on 3 October 2014 that ISIS and any other groups with radical beliefs that cause bloodshed among Muslims and murder innocent lives are carrying out acts that are against the teachings of Islam and have no links to Islam. Islam calls for justice, peace, the freedom of religion, and emphasises on protecting the weak and spreading goodness. Violent acts by ISIS should be condemned and the Muslim community should not support nor sympathise ISIS. 3. Pergas would also like to advise and call upon the community and parents especially, to adopt proactive measures and report any suspicious sightings or activities by family members or any individuals to the authorities. This includes gathering of information or travel plans to Syria to join ISIS. 4. At the same time, the community could help overcome this by referring to Pergas, Muis or Religious Rehabilitation Group (RRG). Information on the steps to combat radicalism can be
found on www.rrg.com or alternatively, by contacting RRG at 1800-7747747 or Pergas at 63469350 for any enquiries. This is in line with Allah’s command in Surah Al-Nahl, verse 43: Which means: “So ask the people of the message if you do not know” 5. Such proactive measures will act as an early intervention to help deter radicalism within our family and individuals that we know from doing actions that are disadvantageous and condemned by religion. 6. In facing this issue, Pergas would also like to call upon the Singapore Muslim community to uphold the spirit of helping one another in goodness and to show concern for what is happening around us. This is in line with Allah’s command in surah Al-Ma’idah verse 2: Which means: “And help one another in goodness and piety, and do not help one another in sin and aggression; and be careful of (your duty to) Allah; surely Allah is severe in requiting (evil).” 7. On top of that, Pergas hopes the community would deepen and strengthen their religious knowledge by learning from qualified asatizah. Should there be confusion regarding any religious issues, the community should seek clarification from the asatizah fraternity. 31
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 31
27/11/17 1:14 PM
TINTA ILMU
21 June 2017
RESPONSE BY PERGAS REGARDING THE DETENTION OF TWO AUXILIARY POLICE OFFICERS UNDER THE INTERNAL SECURITY ACT (ISA) We refer to the report that was published in the local mainstream media on 20 June 2017, regarding the detention of two AETOS police officers that were recently arrested under the Internal Security Act (ISA).
6. Moving forward, Pergas will work closely with Muis and the Religious Rehabilitation Group (RRG) in several programs reaching out to the community as a continuous effort to educate the masses.
2. Pergas is concerned with such rising issues as this marked the second occurrence after the news about the arrestment of an infant care assistant teacher, a week before. It is more worrying as it involves uniformed personnel – officers entrusted with safety and security. However, Pergas is also grateful for the early intervention of this case before any plans detrimental to the society could be executed.
7. Pergas would like to emphasize once again the need for the community and parents especially, to adopt proactive measures and to readily clarify issues with relevant authorities like Pergas or Muis in the event of whatever suspicious sightings, activities or changes by their children or any individuals.
3. Noting the similarity between both cases, the relatives of radicalized individuals did not come forward to warn the authorities. Given the circumstances, earlier intervention by relatives, friends and those close to them would have deterred radicalization to take deeper roots and to also guide the individuals towards a moderate ideology. 4. Pergas hopes that the community will take heed from both events to be more cautious in accepting any information that is readily available online as some cannot be verified and others do not suit the context of living in Singapore. This is in line with the Quran in Surah Al-Hujuraat, verse 6: Which means: “O you who have believed, if there comes to you a disobedient one with information, investigate, lest you harm a people out of ignorance and become, over what you have done, regretful.” 5. In relation to this, Pergas would like to urge a careful stance in dealing with information gathered, especially those found online. It is useful to verify the information with certified asatizah who are listed under the Asatizah Recognition Scheme (ARS).
8. Pergas would like to express support for the recent announcement by Muis which rejected the Asatizah Recognition Scheme (ARS) application of Mr Rasul Dahri as a religious leader. He is known for his exclusivity, radical teachings and extremist ideology. 9. Pergas is commited to support any initiative that deals in eradicating views that may challenge the religious harmony and prosperity of Singapore’s society. 10. Pergas would like to call upon the Singapore Muslim community to seek religious knowledge by qualified asatizah. Those who wish to reach out to us may contact the Religious Rehabilitation Group (RRG)’s helpline (1800-7747747), Asatizah Recognition Scheme (ARS) Secretariat (6604 8568) or Pergas (6346 9350) for any enquiries.
SINGAPORE ISLAMIC SCHOLARS & RELIGIOUS TEACHERS ASSOCIATION (PERGAS)
32
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 32
27/11/17 1:14 PM
9. TINTA ILMU
Wasat Online Lungsuri https://wasatonline.wordpress.com Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan bagi menerbitkan penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura.
Edisi No. 15 / Jun 2017 Artikel pertama bertajuk Liberal Dalam Beragama: Yang Diterima dan Ditolak, sleh Ustaz Mustazah Bahari. Beliau menyentuh sikap wasatiyah dalam menangggapi fenomena liberal dalam beragama yang bertitik tolak dari pemerhatian penulis tentang penggunaan istilah liberal hanya sebagai satu mekanisme untuk menafikan pendapat yang berbeza. Kalau dulu istilah “kaum muda” atau “Wahabi” dilontarkan kepada sesiapa yang menyampaikan pandangan agama yang berbeza dari pegangan arus utama, gelaran liberal pula dilabel kepada sesiapa yang membicarakan isu-isu yang ada persamaan dengan aliran liberal atau berbau “kebaratan” atau moden, tanpa menilai dengan mendalam perbezaan yang mungkin ada pada metodologi, bahkan tanpa menyedari bahawa pendapat yang dituduh liberal itu sebenarnya wujud dalam tradisi dan khazanah ilmu yang dipertahankan. Penulis tidak menafikan kewujudan aliran liberal yang perlu ditolak. Beliau ingin menyampaikan bahawa sikap saksama sebagai satu sifat utama wasatiyah, iaitu bukan semua yang menyeru pada pembaharuan pemikiran dan hukum agama atau penyemakan semula pendapat silam atau penjanaan idea-idea baru dan berbeza dari yang dulu sama dan perlu dicurigai. Artikel kedua sumbangan Ustaz Dr Muhammad Haniff Hassan bertajuk Al-Wala’ (Taat-Setia) Kepada Pemerintah Dalam Konteks Minoriti Muslim Singapura. a membicarakan salah satu komponen utama dalam konsep Al-Wala’ Wa
Al-Bara’ (WB) yang sering dipaparkan sebagai konsep yang mendasar dalam akidah yang tidak boleh disalahi kerana akan menyebabkan kerosakan iman. Komponen itu ialah soal wala’ kepada bukan Muslim yang mana ia mencakupi larangan ke atas Muslim untuk ada rasa cinta dan ukhuwwah dengan semua bukan Muslim, melantik mereka sebagai pemimpin dan tunduk serta taat pada pemerintahan mereka. Penulis berhujah bahawa konsep WB ini bukan perkara dasar dalam akidah, sebaliknya ia hanya tafsiran dan ijtihad semata. Oleh itu, ia boleh dikritik, disemak semula atau dibuat tafsiran baru, selama mana ia kekal mengikut metodologi yang sah dalam keilmuan Islam. Dalam hal ini, penulis mengetengahkan perspektif berbeza bagi masyarakat Muslim di Singapura sebagai hasil dari wacana yang timbul dari insiden doa kemenangan ke atas bukan Muslim oleh seorang imam di salah sebuah masjid di Singapura. Perspektif ini disandarkan pada pernyataan Pergas dan Muslim yang mewakili segolongan besar golongan asatizah Singapura – larangan ketaatan bukan kepada semua bukan Muslim, tapi hanya kepada mereka yang memusuhi sahaja. Salah satu isu yang panas dibicarakan ialah isu Arabisasi masyarakat Melayu hari ini. Natijah darinya timbul pelbagai pandangan yang tidak saksama. Ustaz Dr Firdaus Yahya menyumbang pemikiran dengan tujuan membina sikap wasatiyah dalam isu ini melalui artikel keempat yang bertajuk On Arabisation: Understanding the Negative and Positive Aspect of It. Penulis memberi fikiran tentang apa yang baik dan perlu dan buruk dan tidak perlu dari Arabisasi yang beliau kategorikan di bawah Arabisasi positif dan Arabisasi negatif. 33
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 33
27/11/17 1:14 PM
TINTA ILMU
Edisi No. 16 / Ogos 2017 Artikel pertama bertajuk Pendekatan Wasatiy Dalam Menuntut Ilmu, sumbangan Ustaz Mohammad Rizhan bin Leman. Artikel ini memberi 6 tips mudah bagi para penuntut ilmu memastikan jalan mencari ilmu dilalui secara adil dan saksama, iaitu: • Menuntut ilmu dari pakar • Tidak menghadkan kebenaran pada sesiapa atau tempat tertentu • Belajar dari pelbagai guru • Hiasi diri dengan sifat adil • Belajar dari karya asal seorang alim • Tidak memperkecilkan orang lain. Artikel kedua pula bertajuk Perlantikan Wanita Sebagai Presiden Mahkamah Syariah: Satu Analisa Wasatiy, oleh Ustaz Mustazah Bahari. Penulis mengulas isu perlantikan hakim wanita di mahkamah syariah Singapura pada awal tahun ini yang mana persoalan ini sebenarnya menyalahi pandangan majoriti ulama dan pandangan muktamad di sisi mazhab Syafi’ii yang merupakan mazhab utama fatwa di Singapura dan masyarakat Islam setempat. Penulis berpendapat isu sepenting dan kontroversi ini seharusnya
diberi penjelasan hukum yang baik agar tidak timbul salah faham dan bagi membantu pendidikan masyarakat serta peningkatan wacana agama tempatan. Penulis kemudiannya mengambil inisiatif menerangkan apakah sikap yang wasatiy dalam isu ini yang membolehkan pelantikan sedemikian diterima sah di sisi agama. Akhir sekali ialah artikel berbahasa Inggeris yang bertajuk Know Allah: The Most Compassionate and Merciful God, oleh Ustaz Dr Muhammad Haniff Hassan. Dalam artikel ini, penulis berhujah dengan merujuk pada nas-nas agama Islam sendiri bahawa Allah s.w.t. adalah Tuhan yang mahu dikenali sebagai Yang Maha Pengasih dan Penyayang, bukan Tuhan Pendendam atau Penyiksa hamba-hambaNya. Berdasarkan pada kefahaman ini juga, penulis membetulkan salah faham terhadap erti takwa, iaitu ia bukan takut kepada Allah s.w.t. Tapi ia bermakna akur dan patuh pada Allah s.w.t. yang boleh dicapai atas rasa kasih dan cinta, dan bukan takut. Ini, pada pandangan penulis, adalah cara wasatiy dalam mengenali dan memperkenalkan Allah s.w.t.kepada manusia kerana ia adalah cara yang mana Allah s.w.t. sendiri pilih bagi memperkenalkan diriNya kepada manusia dalam Al-Quran sebagaimana yang terakam dalam ayat pertama dari Al-Quran.
34
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 34
27/11/17 1:14 PM
9. TINTA ILMU
MUKTAMAR ULAMA 2017 Muktamar Ulama 2017 yang diadakan pada 12 Ogos adalah bertepatan pada masanya bagi menyemak semula dan membincangkan lebih lanjut tentang soal kesederhanaan dalam Islam. Ini kerana elemen radikal dan sektarianisme yang semakin berkembang di sini, kata Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohamad Hasbi Hassan dalam ucapannya semasa merasmikan Muktamar itu dengan tajuk ‘Kesederhanaan Dalam Islam’ yang berlangsung di auditorium Masjid Sultan.
Memberi contoh, beliau berkata perbezaan sufi-salafi semakin ketara sehingga ia merebak kepada masyarakat awam yang turut terkesan dengan pergeseran tersebut. "Ini telah melahirkan sikap anti kepada pihak yang berbeza pandangan sehinggakan telah timbul laman Facebook tertentu. Tren begini adalah tidak sihat. Di sini, saya ingin menegaskan bahawa Pergas sebagai Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura menerima kepelbagaian dan menolak ekstremisme�. 35
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 35
27/11/17 1:14 PM
TINTA ILMU
"Pergas menaungi mana-mana asatizah walau daripada orientasi mana pun dan menggesa asatizah agar menerima kepelbagaian yang ada di kalangan kita," ujarnya. Muktamar Ulama kali ini adalah susulan daripada Konvensyen Ulama 2003 anjuran Pergas serta siri Wacana Ilmiah pertubuhan itu yang bermula pada 2014. Antara matlamatnya ialah menyemak semula buku panduan 'Kesederhanaan Dalam Islam' yang dihasilkan dalam Konvensyen Ulama 2003 supaya dapat disesuaikan dengan konteks kehidupan hari ini. Muktamar ini juga bertujuan menghurai isu-isu agama yang timbul serta memberi peluang kepada para asatizah berbincang dengan cara akademik dan objektif. Isu fahaman pelampau, liberalisme dan perbezaan pendapat dalam Islam dibincangkan dengan mendalam dan secara terbuka serta penghuraiannya dikupas memperkenalkan konsep wasatiyyah, iaitu kesederhanaan dalam Islam.
Sementara itu antara resolusi yang diputuskan dalam Muktamar itu termasuk: • Setiap para asatizah perlu menjadi duta dan merujuk kepada Piagam Kesederhanaan Pergas (PKP) dalam memaparkan ciri kesederhanaan agama dalam masyarakat Singapura. • Asatizah harus berpegang teguh pada kod etika “Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS)” yang juga antara intipati penting PKP Pergas.
Enam kertas kerja dibentangkan dalam tiga sesi yang berbeza berkaitan dengan Kesederhanaan dalam Islam yang disampaikan oleh barisan asatizah tempatan. Pembentangan sesi pertama turut disertai oleh Encik Masagos Zulkifli, Menteri Sekitaran dan Sumber Air serta Mufti Negara, Dr Mohamed Fatris Bakaram. Seramai lebih 300 asatizah hadir. Sejak Konvensyen Ulama 2003 diadakan, dan dari semasa ke semasa sehingga kini terdapat kekeliruan terhadap pengamalan beragama masyarakat Islam Singapura seperti isu memberi ucapan perayaan kepada penganut agama lain. Dalam meningkatkan kesedaran dalam pengamalan kesederhanaan dalam Islam, Pergas melalui Jabatan Pembangunan Kajiannya dengan kerjasama barisan asatizah Pergas di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), telah menerbitkan makalah dalam talian bernama 'Wasat Online'. Penerbitan dwibulanan dalam talian ini telah pun masuk tahun kedua penerbitan dengan keseluruhan 16 edisi telah diterbitkan. Pergas juga menerima maklum balas positif dengan penerbitan itu dapat menarik seramai lebih 20,000 pengunjung dalam talian sejauh ini yang terdiri daripada asatizah dan bukan asatizah. Untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pembaca, ‘Wasat Online’ telah diterbitkan dalam satu kompilasi buku bertajuk “Wasat: Kompilasi warkah dalam talian bertemakan kesederhanaan edisi 1-10”.
• PKP Pergas harus diuar-uarkan dalam cara yang lebih mesra kepada masyarakat Islam khususnya, dan warga Singapura umumnya, termasuk juga pemerintah Singapura. Ini terutamanya dalam panduan agama terhadap perkara tertentu atau dasar yang didapati bertentangan dengan syarat Islam. Teguran dan panduan itu pula perlu dilakukan dalam cara berhikmah dan beradab. • Pendekatan terhadap memahamkan masyarakat bagi keperluan bersederhana dalam menangani perkara sektrianisme, iaitu kecenderungan untuk berpecah mengikut fahaman, atau kebencian yang muncul akibat perbezaan antara kelompok, contohnya Sufi-Salafi atau Sunni-Syiah, perlulah didasari nilai toleransi, persefahaman dan perdamaian. • Panduan umum mengenai kepelbagaian mazhab dan fahaman dalam Islam adalah Risalah Amman (Amman Message), yang disokong tokoh-tokoh agama dan ulama dari seluruh dunia Islam. Selain itu, jawatankuasa Fatwa Muis boleh mengeluarkan ketetapan dan membuat deklarasi sama ada ajaran tertentu dan, atau kumpulan, sebagai tidak boleh diterima atau sesat. • Asatizah tidak boleh menyatakan sembarang ajaran dan/atau kumpulan sebagai sesat, jika ia bertentangan dengan Risalah Amman atau ketetapan Jawatankuasa Fatwa. • Segala bentuk pelampauan atau ekstrimisme patut ditolak tanpa mengira ia datang dari mana-mana agama, golongan, aliran atau orientasi mana sekalipun. Justeru, sama-sama kita nantikan penerbitan resolusi ini yang bakal dijadikan sumber rujukan dalam menangani cabaran kehidupan dalam masyarakat majmuk di Singapura.
36
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 36
27/11/17 1:14 PM
9. TINTA ILMU
Ulasan Buku
Tamadun Melayu-Islam Penulis: Dr Abbas Mohd Shariff Penerbit & Tahun: Singapore: Alfa Media, 2017 ISBN: 9811123497 Deskripsi: 295 muka surat Call no. 909.09767 ABB Ulasan Ukht Norulashikin Jamain Mantan Pustakawan, Lembaga Perpustakaan Negara
Pengenalan Kajian mengenai tamadun Melayu-Islam mendapat perhatian Dr. Abbas Mohd. Shariff, seorang pakar pendidikan Singapura yang tidak asing lagi di kalangan para guru dan pensyarah di universiti-universiti dalam dan luar negeri. Dr. Abbas telah memperoleh Sarjana Pendidikan di Universiti Hull, United Kingdom, dan Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik Perbandingan dari Universiti Teknologi Nanyang Singapura, di samping ijazah Doktorandus dalam bidang Bahasa dan Sastra dari Universitas Nasional Indonesia. Dalam memberi penjelasan tentang tamadun Melayu-Islam, penulis membawa pembaca ke zaman prasejarah untuk mencari kedudukan bangsa Melayu dari mula. Berdasarkan kajian arkeologi, beberapa tempat di Alam Melayu membuktikan sudah ada kediaman manusia sejak Zaman Batu Lama atau zaman Paleolitik, contohnya di Lembah Lenggung, Perak. Perkataan ‘Melayu’ diberi takrifan dalam bab pertama. Beberapa ciri bangsa ‘Melayu’ dibincangkan berdasarkan sudutsudut yang berlainan. Contohnya, konsep kemanusiaan Meayu dalam Kitab Adat Raja-Raja Melayu berbeza daripada konsep menurut ilmu sains politik. Adakah Melayu punya sejarah kerajaan yang kuat? Buku ini mencatitkan dengan ringkas tetapi padat senarai kerajaankerajaan Melayu lama dari zaman Kerajaan Funan di Asia Tenggara pada abad pertama Masihi hinggalah Kerajaan Majapahit yang mencapai kemuncaknya pada abad ke-14 Masihi. Penulis mengajak pembaca melihat apakah yang menjadi kepercayaan mereka sebelum kedatangan Islam. Kepercayaan bercorak animisme telah lama diamalkan oleh orang-orang Melayu sejak zaman primitif. Antaranya percaya kepada semangat, penunggu dan tahayul.
Pengaruh Hindu-Buddha telah meninggalkan kesan kepada amalan-amalan tertentu di Alam Melayu. Ajaran agama Hindu dibawa melalui cerita dewa-dewa dan yang bercorak epik seperti dalam Kitab Mahabrata dan Kitab Ramayana yang terkenal di kawasan negeri Jawa. Contoh istiadat Melayu yang mendapat pengaruh Hindu ialah budaya beraja. Sebelum pertabalan, raja perlu disiramkan dan dihiasi dengan berbagai perhiasan. Beberapa adat Melayu seperti melenggang perut dan bersanding juga mempunyai persamaan dengan adat India. Konsep tamadun diberi penjelasan yang terperinci. Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab dan berkembang penggunaannya menjadi madaniah yang bererti peradaban atau kemakmuran. Ia menyeliputi kedua aspek kerohanian dan material. Sarjana barat pula menafsirkan perkataan civilization daripada bahasa Latin civitas yang bermakna bandar atau kota. Masyarakat kota membawa gambaran kehidupan yang kompleks dan taraf budaya yang tinggi. Ini menunjukkan makna tamadun amat luas dan menggambarkan peningkatan hidup manusia dan masyarakat. Jika tamadun membawa erti yang tidak terhad pada sesuatu negara, budaya pula tertumpu kepada sesuatu wilayah atau negara. Kebudayaan Melayu sering disempitkan pada soal-soal kesenian dan adat. Dalam menjelaskan erti kebudayaan, penulis menukil definisi seorang pakar, Gazalba, yang melihat luasnya makna kebudayaan dan menghuraikan tiga aspek penting budaya iaitu sosial, teknologi dan agama. Bagaimanakah bermula tamadun Islam dan apakah pengaruh tamadun Islam ke atas dunia Melayu? Buku ini mengandungi banyak fakta-fakta sejarah yang penting buat pengetahuan umum. Bermula sejak Islam bertapak di Mekah, agama suci ini telah berjaya mengurangkan berbagai masalah akhlak masyarakat jahiliah ketika itu. Islam telah dapat menyedarkan 37
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 37
27/11/17 1:14 PM
TINTA ILMU
masyarakat Arab bahawa akidah yang kukuh adalah asas pembentukan akhlak. Buku ini membawa pembaca meneliti sejarah Islam dengan berbagai pencapaian ilmu, politik, pembentukan masyarakat dan kekuatan ekonomi. Sejak Nabi Muhammad s.a.w. diangkat menjadi Rasul hinggalah zaman Bani Abbasiyah, buku ini mencatitkan secara kronologi nama-nama ulama yang terkenal dan ketua-ketua pemerintah serta faktor-faktor yang membawa kegemilangan dan kejatuhan mereka. Kefahaman tentang aliran Ahli Sunnah wal Jamaah dengan empat mazhab yang utama dijelaskan. Begitu juga tiga ciri penting yang membina struktur agama iaitu akidah, syariah dan akhlak diterangkan secara mudah dan tersusun. Apakah itu Maqasid Syariah? Buku ini menerangkan dengan ringkas agar pembaca sedar akan kepentingannya. Dalam bab seterusnya, penulis mengajak pembaca menyoroti pengaruh Islam dalam pemikiran orang Melayu. Beberapa bukti sejarah menunjukkan Islam sudah bertapak di Alam Melayu sejak abad ke-13 Masihi. Terdapat pendapat yang berbagai tentang siapa yang memperkenalkan Islam ke Alam Melayu, ada yang mengatakan orang-orang Arab dari India, ada pula berpendapat Islam datang dari daerah Arab sendiri. Pengaruh Islam, menurut Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, telah meninggalkan kesan mendalam dalam bidang falsafah agama. Pendapatnya dapat dibuktikan dengan perkembangan pendidikan di berbagai tempat dan terbitnya banyak kitab-kitab falsafah dan agama oleh ulama-ulama terkenal seperti Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Sumatrani dan Abdul Rauf Singkel. Apabila kerajaan-kerajaan Islam menggantikan kerajaankerajaan Hindu-Buddha dalam abad-abad ke-18 dan 19 Masihi, pengaruh Islam semakin kuat. Kesan yang penting juga dari pengaruh Islam ialah perubahan nilai dan pandangan hidup yang lebih berdasarkan akal dan budi, bukan lagi mitos dan khayalan. Terdapat juga pengaruh fahaman Syiah di tempattempat yang lebih dahulu didatangi kaum Syiah sebelum adanya fahaman mazhab Syafii.
Buku ini juga meneroka berbagai aspek budaya Melayu. Adatadat Melayu seperti Adat Temenggung dan Pepatih, istiadat perkahwinan, kelahiran dan kematian diterangkan dengan cara yang mudah difahami. Adat perkahwinan umpamanya dimulakan awal dari tahap meninjau, merasi, melamar, bertunang hinggalah hari perkahwinan. Ini diikuti pula oleh adat bersanding, berinai, makan berdamai dan bertandang. Pandangan agama mengenai sesuatu adat ditunjukkan sebagai perbandingan. Contohnya, apakah perbezaan adat dan syariat tentang kelahiran dan kematian? Bahasa Melayu yang menjadi sebahagian daripada budaya orang Melayu turut diberi perhatian. Bahasa Melayu tergolong dalam bahasa Austronesia yang juga dipanggil rumpun MelayuPolynesia. Sejarahnya bermulanya hampir dua ribu tahun lalu. Buku ini mencatitkan perkembangan bahasa Melayu secara ringkas. Terdapat lima zaman – bahasa Melayu purba, kuno, klasik, peralihan dan moden. Penggunaan tulisan Jawi dari pengaruh Islam, dan mesin pencetak dari pengaruh kuasa barat, membawa kemajuan pesat dalam bidang penterjemahan dan penerbitan. Kesan hubungan dengan lain-lain bahasa seperti Sanskrit, Arab, Belanda dan Inggeris, menambah kosa kata dan cepatnya perkembangan bahasa Melayu. Empat bab terakhir buku ini berkisar tentang budaya Melayu yang kebanyakannya masih diamalkan oleh masyarakat Melayu. Antaranya, perayaan-perayaan mengikut Tahun Hijrah seperti perayaan hari raya di bulan Syawal dan ibadah haji di bulan Zulhijah. Soal nilai tidak kurang pentingnya, dan penulis menganggap budi, salam, berdoa, hormat-menghormati dan hubungan baik sebagai nilai-nilai yang dijunjung. Akhir sekali, penulis berkongsi tentang aspek kesenian dan permainan rakyat yang menambah keunikan orang Melayu. Perbincangan yang menarik dan berdasarkan fakta-fakta merupakan pendekatan penulis yang bernas. Pembaca didorong untuk berfikir dan mencari kebenaran dalam sesuatu amalan yang sudah menjadi darah daging masyarakat Melayu. Dalam perkara-perkara yang tidak ada kesepakatan ulama, penulis memberikan penjelasan untuk mengelakkan kekeliruan. Selamat Membaca dan Menambah Ilmu.
38
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 38
27/11/17 1:14 PM
9. TINTA ILMU
Perkongsian Ilmu Habib Umar Bin Muhammad Bin Hafidz:
Tanda-Tanda Ahli Tasawuf Terjemahan Ustazah Rohana Binte Ithnin Penolong Mudirah, Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah
CIRI YANG PERTAMA Berilmu dengan Al-Quran dan As-Sunnah Asal tasawuf ialah berilmu dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Kita tidak boleh beramal dengan sebaik-baiknya dan berketrampilan kecuali berilmu dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Berilmu dengan kedua-duanya menyempurnakan keihsanan seseorang dan melengkapi perasaan serta pencapaian ilmu. Kita tidak boleh perolehi dalam realiti kehidupan umat hari ini:• Sandaran yang sohih yang bersambung dalam pembacaan al-Quran • Tafsiran salah seorang sahabat dari sahabat dan tabi’in • Kitab dari kitab-kitab tafsir yang muktabar serta masyhur dari kurun ke 3 Hijrah dan sesudahnya • Sebuah hadis dari hadis-hadis Rasul s.a.w. atau dari kitabkitab sunan yang muktabar seperti kitab Muwatto’ karangan Imam Malik dan Musnad Imam Ahmad, Kitab Imam Bukhari dan Muslim serta sunan yang empat • Sebuah kitab dari kitab-kitab fiqh syariat yang suci karangan imam-imam yang muktabar dalam keempat-empat mazhab kecuali melalui jalan ahli tasauf. Realiti yang tidak boleh diengkari ini adalah bukti yang jelas memastikan bahawa ahli tasauflah pembawa dan pemelihara ilmu Al-Quran dan As-Sunnah bersesuaian dengan syariat yang suci. Imam Abdul Karim Al-Qusyairi berkata di dalam risalahnya bahawa Aljunied berkata: Sesiapa yang tidak menghafal AlQuran dan tidak menulis hadis, dia tidak boleh dijadikan ikutan dalam urusan ini kerana ilmu kita ini terkait dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 39
Diriwayatkan di dalam risalahnya juga dengan sanadnya melalui Aljunied, dia telah berkata: Perjalanan kami ini terikat dengan usul Al-Quran dan As-Sunnah. Dia menambah: Ilmu kami ini terbina melalui hadis Rasulullah s.a.w. Kata yang pertama dari Aljunied Imam Ibn Rejab Al-Hanbali telah diambil dari bahagian “Keutamaan ilmu salaf ke atas ilmu khalaf ” dan Abu Al-Faraj ibn Al-Jauzi di dalam kitab “Tipudaya iblis.” Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang Allah kehendaki dengannya kebaikan Allah akan berikannya kefahaman dalam urusan agamanya. Imam Abu Bakar Al-Udni bin Abdillah Al-Idrus telah berkata: Aku melihat jalan kebenaran Sedikit yang menempuhinya Dan adapun setiap jahil Yang tidak mempunyai sesuatupun mendakwanya Tanpa ilmu dan amal Mustahil mencapai keagungannya Imam Abdul Rahman bin Muhammad As-Saqof berkata: Setiap ilmu tanpa beramal, batal Setiap ilmu dan amal tanpa niat, sia-sia Setiap ilmu, amal dan niat tanpa diiringi sunnah ditolak Setiap ilmu, amal, niat dan diringi sunnah tanpa sifat wara’ rugi Ditakuti pemilik ilmu ini hilang ketika timbangan amal di akhirat nanti.
27/11/17 1:14 PM
BIRKH Risalah Ad.pdf 1 26/10/2017 10:25:40 AM
C
M
Intake May 2018 is now open
Y
CM
MY
New Programme
CY
CMY
K
Intake January 2018 is now open
Ar-Risalah 24 Edit2.indd 40
27/11/17 1:14 PM