Ar-Risalah Isu 28 - #AsatizahSIhat

Page 1

AR-RISALAH ISU KEDUAPULUH LAPAN: #ASATIZAHSIHAT SEP - DIS 2018

ISSN 2424-8207

#ASATIZAHSIHAT ISLAM & FEMINISM


AR-RISALAH

Connect with us

Isu 28 (Sep - Dis 2018) ISSN 2424-8207

Editor

fb.com/Pergas.Singapore

@pergassingapura

youtube.com/PergasSingapura

@pergas_spore

Ukht Sundusia Rosdi

Pembaca Pruf Ustazah Nurhafizah Azman

Penyumbang Bahan

Get in touch

Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff Ustaz Maaz Sallim Ustazh Mohammad Bahrul Ulum Buang Ustaz Muhammad Husin Masnin Ustazah Nurhafizah Azman Ustazah Hafizhah Masnin Ustazah Khadijah Suri Ustazah Siti Khadijah Ali Ukht Inshirah Abdul Hadi Lim Ukht Sundusia Rosdi

www.pergas.org.sg

Arahan Seni & Rekaan Grafik mirror-mag.com/studio

Pencetak

Seng Lee Press Pte Ltd Penerbit Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) 448 Changi Road Wisma Indah #03-01 Singapura 419975 Tel: 63469350 Fax: 63463450 Email: info@pergas.org.sg

The publisher and editor are unable to accept any liability for errors that may occur and any consequences arising from the use of information contained in the magazine. The reviews expressed do not necessarily reflect those of the publisher and editor. The publication of advertisements and advertorials within the magazine do not constitute any endorsement by the publisher and editor of the contents therein. Ar-Risalah is published by Pergas with permission from the copyright owner. ALL RIGHTS RESERVED. No part of this publication may be reproduced, stored or transmitted in any form, for any reason or by any means, whether redrawn, enlarged or otherwise altered including mechanical, photocopy, digital storage and retrieval or otherwise without the prior permission in writing from both the copyright owner and the publisher, except in the case of brief quotations embodied in critical articles and reviews.


Kandungan

6. 1. 2. 3. 4. 5.

Kalam Editor — 04 Fokus — • Menjaga Kesihatan Menerusi Amalan Gaya Hidup Nabi 05 - 09 • Adab & Cara Pemakanan Rasulullah Yang Boleh Diteladani 10 - 12 Fikirkanlah! — • Pemakanan Sihat Mengikut Al-Quran dan Sunnah 13 - 15 Ekonomi Islam — • Wasiat 16 Kenali Asatizah — • Ustaz Mohammad Bahrul Ulum Buang 17 - 19

7. 8. 9. 10. 11.

Belasungkawa — • Almarhum Habib Abas Assegaf 20 Aktiviti Pergas — 21 - 22 Kenali Pergas — • Pengiktirafan Jasa Bakti Asatizah 23 Memori Travelog — • Kembara Ilmu: Mesir 24 - 28 Tinta Ilmu — • Nostalgia di UIN, Jakarta 29 - 31 • Wasat Online 32 - 33 • Tanda-Tanda Ahli Sufi 34 Book Review — • Tradition and Islamic Learning: The Experience of Singapore Students in Al-Azhar 35 3


KALAM EDITOR

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang Assalamualaikum wr wb para pembaca yang dihormati Lembaga Penggalak Kesihatan Negara (HPB) telah melancarkan kempen “Korang OK?” untuk mengingatkan kita tentang perlunya menjaga kesihatan fizikal dan mental. Dengan meningkatnya jumlah warga emas Singapura dari 220,000 orang pada tahun 2000 dan kepada 440,000 orang pada akhir tahun 2018 dan juga akan bertambah kepada 900,000 menjelang tahun 2030, kita digalakkan untuk mengambil makanan sihat dan menjadikan senaman sebagai gaya hidup. Alhamdulillah, agama Islam juga mementingkan penjagaan kesihatan kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang mafhumnya: “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman).” (Hadis Riwayat Ibnu Majah). Bahkan Baginda s.a.w sendiri mengajar umatnya supaya mengamalkan selawat syifa, serta menyebarkan manifestasi tentang kepentingan kekuatan holistik untuk mereka yang beriman. Di dalam tafsiran Ibn Abbas, nikmat yang dimaksudkan dalam ayat surah al-Kauthar, ayat 8, “Di kemudian hari kamu akan ditanya tentang nikmat dan ia adalah nikmat kesihatan. Manusia akan dipertanggungjawabkan apakah yang telah dilakukan ketika sihat.” Dalam isu Ar-Risalah kali ini, putaran radar kami menjurus kepada isu kesihatan dan Islam. Kesihatan merupakan perkara asas bagi meraih kesejahteraan hidup di dunia ini. Ikuti pesanan-pesanan daripada para asatizah kita yang aktif menjaga kesihatan mereka seperti Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff mengenai “Menjaga Kesihatan Menerusi Amalan Gaya Hidup Nabi s.a.w”. Ustaz Muhammad Husin Masnin pula menulis tentang “Adab Dan Cara Pemakanan Rasulullah

4

Yang Boleh Diteladani” agar kita bersikap sederhana dalam menikmati jamuan. Ingin tahu tentang “Pemakanan Sihat Mengikut Al-Quran dan Sunnah”? Bacalah catatan Ustazah Siti Khadijah Ali (pakar diet). Siapa kata tidak ramai para asatizah yang aktif bersukan termasuk bermain bola sepak, memanah dan bersilat? Ustaz Bahrul Ulum Buang merupakan antara mereka yang aktif dalam bidang seni silat. Kami juga memberi penghormatan kepada sumbangan bakti para asatizah khususnya Almarhum Habib Abas Assegaf. Sempena sambutan ulang tahun ke 50 MUIS, seramai 9 asatizah menerima beberapa anugerah untuk menghargai sumbangan mereka dalam bidang dakwah kepada masyarakat Islam tempatan. Kolum Tinta Ilmu pula menggarap pengalaman pahit manis pelajar-pelajar kita di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir (Ulasan Buku), perkongsian tentang Kembara Ilmu di Mesir (Travelog) dan ganjaran peribadi Ustazah Khadijah Suri semasa menuntut di Jakarta (Memori Menuntut Ilmu) Sesungguhnya kesihatan adalah nikmat Allah s.w.t. yang paling berharga untuk mendekatkan diri padaNya. Akhir kalam, saya ingin menukil pesanan dari HPB: “Kita dah cukup manis. Nikmati kemanisan hidup dengan membuat pilihan sihat. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman seharian anda.” Amalkan diet yang sihat dan selalu bersenam selain beribadat dan berzikir, kerana pepatah Arab mengatakan; “Akal yang sihat itu ada pada badan yang sihat.” Wallahu’alam Bissawab Wassalam Sundusia Rosdi


2. FOKUS

Menjaga Kesihatan Menerusi Amalan Gaya Hidup Nabi s.a.w Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff Ketua Pegawai Eksekutif, Pergas

5


FOKUS

P

ernah beberapa ketika dahulu terdapat liputan di akhbar harian media perdana berbahasa Melayu yang membawa tajuk berita bahawa Mufti negara kita malu dengan asatizah yang mempunyai perut buncit. Artikel ini bukan sahaja menjadi tular di Singapura, tapi diangkat menjadi tajuk berita di media seberang tambak termasuk media dalam talian. Malah saya sendiri mendapat pesanan mesej melalui aplikasi whatsapp dari teman-teman di Malaysia mengenai berita yang sama. Terdapat juga sentimen masyarakat bahawa jika ingin tahu sama ada seseorang itu bahagia atau tidak rumahtangganya, atau sama ada seseorang isteri itu pandai menjaga suaminya; perut suaminya pasti boroi kerana dijamu makanan yang enak-enak. Sebenarnya isu di sini bukannya sama ada seseorang itu mempunyai perut yang boroi, obesiti atau berbadan kurus. Atau ia hanya melibatkan asatizah sahaja. Ini kerana ramai juga bukan asatizah yang tembam-tembam dan ‘comel’ tubuh badan mereka. Ia sebenarnya melibatkan keperluan seseorang itu mempunyai gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan menjaga diet pemakanan mereka.

PENYAKIT KRONIK MASYARAKAT MELAYU Rata-rata penyakit kronik ini mempunyai kaitan dengan kegemukan atau obesiti. Penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis serta strok atau angin ahmar adalah berpunca daripada akibat gaya hidup yang tidak sihat. Kita perlu maklum bahawa kadar kolestrol yang tinggi boleh membuatkan seseorang itu terdedah kepada serangan penyakit jantung. Manakala kandungan gula yang tinggi pula boleh menyebabkan penyakit kencing manis. Penyakit kencing manis ini pula boleh menyebabkan risiko penyakit-penyakit lain seperti penyakit ginjal dan lain-lain. Lebih membimbangkan pula, mengikut statistik kesihatan yang dikeluarkan oleh Neighbourhood Health Service (NHS) pada tahun 2010, masyarakat Melayu Singapura mendahului bangsabangsa lain dalam peratusan mereka yang obesiti, mempunyai penyakit ginjal, kencing manis, darah tinggi dan kolestrol yang tinggi. Kajian yang sama juga mendapati bahawa masyarakat Melayu mempunyai kadar terendah di antara golongan yang bersenam secara konsisten.

Mengapa tidak? Ini kerana Baginda diriwayatkan sebagai seorang mempunyai fizikal yang segak dan tidak berbadan boroi. Jika tidak mana mungkin diriwayatkan bahawa Baginda mampu berlumba lari dan mengalahkan isterinya Sayyidatina Aishah r.a. yang jauh lebih muda darinya? Baginda merupakan seorang yang sangat cergas dan mampu bergusti dan mengalahkan lawannya. Baginda juga seorang panglima perang dan telah menyertai banyak peperangan besar semasa hidupnya. Mengapa Baginda sangat cergas dan sihat? Pastinya ia kembali kepada gaya pengamalan hidup sihat Rasulullah s.a.w. yang dapat saya simpulkan kepada empat perkara; (1) diet pemakanan, (2) puasa, (3) solat dan (4) doa. PERTAMA - DIET PEMAKANAN RASULULLAH

Dalam hal ini, panduan yang terbaik pastinya datang daripada Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t.: “Sesungguhnya telah ada dalam diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu; bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (al-Ahzab: 21). RASULULLAH CONTOH TERBAIK BAGI AMALAN GAYA HIDUP YANG SIHAT Suri teladan dan contoh baik Baginda s.a.w. yang dimaksudkan ayat ini bukan sahaja terhad dari sudut akhlak dan pekerti mulia sahaja, tetapi juga dari sudut gaya hidup sihat Rasulullah s.a.w. 6

Terdapat banyak sekali hadis-hadis yang meriwayatkan tentang anjuran untuk menjaga diet pemakanan selain riwayat hadis mengenai sunnah gaya pemakanan Nabi sendiri. Baginda sendiri pernah menganjurkan agar umatnya tidak terlalu banyak makan sehingga memenuhi ruang perut kita, di mana dalam hadis riwayat Ibnu Majah, Nabi menganjurkan agar hanya sepertiga perut itu untuk makanan, sepertiga yang lain untuk minuman dan sepertiga terakhir untuk nafas.


FOKUS

Menu pemakanan harian Nabi juga diriwayatkan antaranya terdiri daripada roti yang diperbuat daripada gandum, susu, cuka, madu serta kurma. Maklumat terperinci ini dapat diperolehi dengan lebih mendalam dalam kitab ‘Syamail alMuhammadiyah’ karangan Imam Tirmidzi. Jika disebutkan khasiat madu, susu atau kurma mungkin ramai yang sudah tahu kelebihannya. Namun bagaimana pula dengan cuka? Apakah khasiatnya cuka sehingga ia merupakan antara kegemaran Baginda s.a.w. sehingga Nabi s.a.w. pernah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan Jabir bin Abdullah r.a., “Sebaikbaik makanan ialah cuka, sebaik-baik makanan ialah cuka!” (HR Muslim) Cuka yang diamalkan Rasulullah di sini ialah cuka yang berasal daripada buah-buahan yang dikenali sebagai ‘Khal’, dan bukannya cuka makanan yang diperbuat secara tiruan. Menurut buku yang bertajuk ‘Indahnya Pemakanan dan Perubatan Islam’ karangan Dr Faszly Rahim, Dr Wan Nasyruddin Wan Abdullah dan Prof Dr Aminah Abdullah, cuka buah-buahan mempunyai pelbagai khasiatnya yang tersendiri, dan yang sering digunakan pula ialah cuka epal, kurma, anggur dan juga delima. Cuka-cuka ini selalunya digunakan untuk tujuan kesihatan dan juga dalam masakan.

sudut kesihatan tubun badan. Perkara ini diakui sendiri oleh para saintis dan pakar kesihatan bahawa amalan berpuasa dapat membersihkan toksin yang terdapat di dalam tubuh seseorang. Manakala menurut pakar kajian sains kesihatan dan pemakanan pula menyatakan bahawa kesan lapar pada ibadah puasa dalam perubatan adalah lebih baik daripada penggunaan ubat secara berterusan untuk merawat penyakit yang disebabkan obesiti. Selain itu, dengan berpuasa juga secara tidak langsung tubuh badan kita dapat mengawal kalori, karbohidrat atau kadar gula yang berlebihan. Atas sebab itulah, kita digalakkan untuk berbuka puasa secara sederhana dan tidak melampau, ini agar kesan positif pada tubuh badan yang diraih pada puasa tidak disesiakan dengan pemakanan yang melampaui batas ketika kita berbuka. Maka tidak hairanlah sekarang ini, terdapat tren puasa moden yang digelar ‘Intermittent Fasting’ atau IF, di mana antara kaedahnya seseorang itu dikehendaki berpuasa selama 16 jam, contohnya bermula dari jam 8 malam sehingga 12 tengahari esoknya., dalam jangkamasa tersebut, mereka hanya dibolehkan minum air putih sahaja.

Khasiat cuka epal (Apple Cider Vinegar) contohnya boleh memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung boleh membantu menurunkan berat badan seseorang.

Sedangkan ianya sudah pun diamalkan oleh Nabi s.a.w., cuma bezanya dari sudut masa dan waktu sahaja, tetapi kesannya adalah tetap sama dengan tambahan keberkatan dan ganjaran dari Allah s.w.t.

KEDUA - IBADAH PUASA RASULULLAH

KETIGA - SENAMAN RASULULLAH MELALUI SOLAT

Selain berpuasa pada bulan Ramadan yang merupakan satu kewajipan bagi sekalian umat Islam. Baginda s.a.w. juga dikenali seorang yang berpuasa secara tetap pada setiap minggu. Antara amalan Nabi s.a.w. ialah berpuasa pada setiap Isnin dan Khamis. Puasa pada hari ‘Ayyamul Bidh’ atau hari-hari putih iaitu pada 13,14 dan 15 pada setiap bulan Hijriyyah. Ini tidak termasuk puasa Baginda pada hari-hari tertentu seperti puasa pada hari ‘Arafah (9 Zulhijjjah), puasa hari Tasu’a dan ‘Asyuura’ (9 dan 10 Muharram), puasa enam hari pada bulan Syawal dan lain-lain.

Selain itu, Nabi s.a.w. juga diketahui seorang yang sering bersolat malam dengan jangka waktu yang sangat lama. Maka tidak hairanlah, isterinya Aishah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. solat sehingga bengkak-bengkak kakinya. Pastinya ini tidak dapat dilakukan oleh seseorang kecuali Baginda seorang yang sangat cergas dan sihat fizikal tubuh badannya.

Selain merupakan satu ibadah untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, puasa juga mempunyai faedah-faedah tertentu dari

Solat malam Rasulullah khususnya mempunyai rutin qiyam (berdiri) yang sangat lama dan panjang. Hal ini jelas melalui hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah bin al-Yaman dalam kitab ‘Sahih Muslim’ yang menyatakan bahawa Baginda bersolat malam dengan rakaat pertamanya akan dibaca sehingga ayat ke-100 daripada surah Al-Baqarah sebelum ruku’. 7


FOKUS

Baginda kemudian menyambung lebihan ayat daripada surah al-Baqarah, dan disusuli pula dengan surah An-Nisa’ dan Ali ’Imran pada rakaat kedua. Bayangkan berapa lama solat Baginda ini? Pastinya ia tidak kurang dari dua jam atau lebih! Begitu juga dengan ruku’ Rasulullah. Nabi s.a.w. juga pernah disebutkan dalam sebuah riwayat bahawa Baginda ruku’ ketika solat malam selama membaca surah Al-Baqarah sebelum membaca tasbih berikut: ‫ت َو ْال ِكب ِْر َيا ِء َو ْال َع َظ َم ِة‬ ِ ‫ت َو ْال َم َل ُكو‬ ِ ‫ان ذِي ْال َج َبرُو‬ َ ‫‏ ُسب َْح‬ “Maha Suci Zat yang mempunyai hak memaksa dan kekuasaan serta yang memiliki kesombongan dan keagungan.” [HR Muslim] Bayangkanlah betapa lama ruku’ Rasulullah ketika solat malam? Bayangkan panjangnya surah al-Baqarah sebanyak 286 ayat dan merangkumi lebih dari 2 juz dan hampir 50 lembaran. Seperti yang kita maklumi, solat itu sendiri padat dengan senaman dan pada setiap perbuatannya mempunyai kebaikankebaikan pada anggota tubuh badan, urat serta perjalanan darah kita.

Dengan demikian mereka yang mengalami tekanan darah tinggi digalakkan untuk sujud lebih lama dan kerap bagi mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan kadar tekanan darah.

Dalam buku tulisan saya, ‘Seindah Solat Nabi’, saya ada memetik kajian beberapa profesor di Universiti Malaya melalui buku mereka; ‘Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ bahawa posisi ruku’ dalam solat memastikan tulang belakang dalam keadaan baik, manakala pergerakan yang dilakukan pula dapat mengembalikan fungsi otot seperti sediakala, serta dapat digunakan sebagai terapi rawatan sakit pinggang. Kedudukan ketika ruku’, sujud dan duduk tahiyat dalam solat pula mampu memberikan kerehatan kepada jantung, dengan kadar denyutan jantung direkodkan lebih rendah berbanding ketika kedudukan berdiri. Dengan itu digalakkan seseorang itu memanjangkan tempoh sujud kerana ia bakal menghasilkan kadar denyutan jantung yang lebih rendah. Dengan demikian mereka yang mengalami tekanan darah tinggi digalakkan untuk sujud lebih lama dan kerap bagi mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan kadar tekanan darah. Ini kerana kajian menunjukkan lebih banyak darah dapat mengalir ke otak. Sementara dinding dan uraturat nadi otak dapat menerima lebih banyak darah berbanding dalam keadaan biasa. Otak juga akan bertambah sihat dan cergas serta mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Dengan itu, posisi sujud sangat baik untuk memperolehi kadar denyutan yang sihat, memanjangkan hayat jantung serta dapat menghindarkan pengecilan saluran darah yang membawa kepada penyakit yang bersangkutan dengan arteri jantung. Sekarang kita ketahui kaitan antara solat dan kesihatan Rasulullah s.a.w. Ia dilakukan secara konsisten pada setiap malam, sebagai tambahan dari solat-solat yang biasa Nabi lakukan pada siang hari.

Getty 8


FOKUS

mymasjid.ca

KEEMPAT - DOA RASULULLAH BAGI KESIHATAN DALAM SOLAT Setelah kita mengetahui kelebihan solat dari sudut perspektif sains dan kaitan antara solat dan kesihatan Baginda s.a.w. Kita juga akan dapati bahawa Rasulullah banyak mengamalkan doa dan tasbih tertentu dalam solat-solat Baginda terutamanya dalam posisi ruku’ dan sujud. Doa serta tasbih ini pula menurut kajian sarjana saya yang sempat saya muatkan dalam buku ‘Seindah Solat Nabi’, merupakan sesuatu yang sangat jarang dibaca oleh masyarakat kita, dan rata-rata tidak mengetahui kewujudan doa dan zikrullah ini dalam sifat solat Nabi kita. Justeru itu kita akan dapati bahawa doa-doa yang diamalkan Nabi s.a.w. amat signifikan sekali dengan kajian saintifik yang menerangkan kelebihan solat kepada tubuh badan kita. Antara doa-doa yang sering dibaca oleh Rasullah s.a.w. dalam ruku’ ialah seperti berikut: ُ ‫ك أَ ْسلَ ْم‬ ُ ‫ك آ َم ْن‬ ُ ‫ك َر َكع‬ ‫ك َس ْم ِعي‬ َ َ‫ت َخ َش َع ل‬ َ َ‫ت َول‬ َ ِ‫ْت َوب‬ َ َ‫اللَّهُ َّم ل‬ ْ ‫ص ِري َو ُم ِّخي َوع‬ ‫صبِي‬ َ ‫َظ ِمي َو َع‬ َ َ‫َوب‬ “Ya Allah kepada Mu aku ruku’, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah diri, khushu’kanlah pendengaranku, penglihatanku, otakku, tulangku, dan urat-uratku telah tunduk kepada-Mu.’ ” [HR Muslim] ُ ‫ك تَ َو َّك ْل‬ ُ ‫ك أَ ْسلَ ْم‬ ُ ‫ك آ َم ْن‬ ُ ‫ك َر َكع‬ ‫ت أَ ْنتَ َربِّي َخ َش َع َس ْم ِعي‬ َ ‫ت َو َعلَ ْي‬ َ َ‫ت َول‬ َ ِ‫ْت َوب‬ َ َ‫اللَّهُ َّم ل‬ ْ ‫ص ِري َو َد ِمي َولَحْ ِمي َوع‬ َ‫صبِي ِ َّلِ َربِّ ْال َعالِ ِمين‬ َ ‫َظ ِمي َو َع‬ َ َ‫َوب‬ “Ya Allah, kepada-Mu aku ruku’, kepada-Mu aku berserah, dan kepada-Mu aku bertawakkal. Pendengaranku, pemandanganku,

darahku, dagingku, tulangku, sendiku semuanya khusyu’ (tunduk) kepada Allah, Tuhan semesta alam”. [HR Nasaa’i] Sementara doa yang dibaca Rasulullah dalam sujudnya ialah seperti berikut: ُ ‫ت َو َل َك أَسْ َل‬ ُ ‫ت َو ِب َك آ َم ْن‬ ُ ‫اللَّ ُه َّم َل َك َس َج ْد‬ ‫مْع ُه‬ َ ‫صوَّ َرهُ َو َش َّق َس‬ َ ‫مْت َس َجدَ َوجْ ِهي لِلَّذِي َخ َل َق ُه َو‬ َّ ‫ار َك‬ ‫ِين‬ َ ‫للاُ أَحْ َسنُ ْال َخالِق‬ َ ‫ص َرهُ َت َب‬ َ ‫َو َب‬ Ertinya: “Ya Allah, hanya untuk-Mu aku melakukan sujud, hanya kepada-Mu aku beriman, dan hanya kepada-Mu aku berserah diri. Wajah ku bersujud kepada Zat yang telah menciptakan dan membentuknya, serta yang telah membelahkan pendengaran serta penglihatannya, Maha Tinggi Allah sebaik-baik Pencipta.” [HR Muslim] Doa-doa ini dengan lafaz yang disebutkan tadi yang menariknya disebutkan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya ‘Raudhah alTalibin’ sebagai doa yang paling afdhal diamalkan dalam amalan ruku’ dan sujud solat kita menurut mazhab Shafi’i. Maka jelas di sini, rahsia kesihatan dan kecergasan fizikal Rasulullah s.a.w. tidaklah datang secara kebetulan, tetapi dapat dirumuskan kerana amalan gaya hidup sihat Baginda s.a.w. yang meliputi diet pemakanan, ibadah puasa, senaman (solat) dan juga doa. Sebagai umatnya mengaku sangat cinta kepada Rasulullah, pastinya ingin mengikuti sunnahnya secara keseluruhan, yakni bukan sahaja akhlak Baginda sahaja tetapi juga amalan gaya hidup sihat Rasulullah s.a.w. agar kita tidak tergolong dalam amaran Nabi tentang golongan manusia yang sering melupakan dua nikmatnya yang paling terbesar; waktu luang dan kesihatan. 9


2. FOKUS

Adab dan Cara Pemakanan Rasulullah Yang Boleh Diteladani Ustaz Muhammad Husin Masnin Pensyarah Bebas

10


FOKUS

A

llah s.w.t. telah mengurniakan rezeki yang pelbagai kepada makhluknya termasuklah rezeki makan dan minum yang merupakan rutin seharian manusia. Islam tidak mengabaikan umatnya tanpa panduan, apatah lagi yang merupakan perkara seharian yang dilakukan. Justeru contoh tauladan pemakanan dan adab-adabnya boleh dilihat menerusi keperibadian insan yang mulia, iaitu Rasululullah s.a.w. Dalam ruangan yang terhad, penulisan ini tidak akan menyentuh perkara yang sudah diketahui umum seperti menyebut Basmalah, mencuci tangan sebelum makan dan menggunakan tangan kanan, sebaliknya perkara yang akan disentuh lebih kepada perkara yang kurang diberi perhatian umum. Penulisan ini juga banyak mengambil manfaat dari buku Kenali Rasul Kita Muhammad S.A.W. yang merupakan terjemahan serta huraian oleh Ahmad Adnan Fadzil dari kitab As-Syamail Al-Muhammadiyyah karya Imam at-Tirmizi r.a. Disarankan untuk merujuk kepada buku tersebut untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut. Antara adab dan cara pemakanan Rasulullah s.a.w.: 1. Tidak duduk ittika’. Diriwayatkan dari Abi Juhaifah r.a. beliau menceritakan: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adapun aku, maka aku tidak akan makan dengan duduk ittika’ (bersila atau bersandar)”. [HR Bukhari] Terdapat tiga tafsiran ulama mengenai duduk ittika’ semasa makan: a) Duduk dengan punggung tetap dan selesa di atas lantai, lapik atau alas seperti duduk bersila dan sebagainya, iaitu duduk orang yang ingin makan dengan banyak. b) Duduk dengan bersandar dan berehat di atas rusuk kanan atau kiri. c) Duduk dengan bersandar di atas satu tangan dan makan dengan tangan yang satu lagi. Imam an-Nawawi berkata: “Hadith di atas memberi makna, aku tidak akan duduk (ketika makan) sebagaimana duduknya orang yang ingin menikmati makanan dengan banyak dan sebab itu ia duduk dengan tetap. Akan tetapi aku duduk sebagaimana duduknya orang yang tergesa-gesa (untuk bangun) dan aku makan sedikit sahaja.”

2. Duduk secara Iq’a (bertinggung). Diriwayatkan daripada Anas r.a. Ia berkata: “Aku melihat Nabi s.a.w. duduk secara iq’a sambil makan buah tamar.” [HR Muslim]. Menurut ulama, duduk iq’a ialah duduk di atas pangkal paha dalam keadaan ingin segera bangun, bukan dengan duduk menetap di atas lantai (bersila, mengiring atau sebagainya). Ia merangkumi duduk berikut: a) Duduk di atas dua punggung dengan menegakkan dua betis. b) Duduk dengan meletakkan punggung ke atas dua tumit dan dua betis serta dua paha dipanjangkan di atas tanah. c) Duduk dengan menongkat di atas dua lutut dan belakang kedua-dua kaki. d) Duduk dengan menegakkan tapak kaki kanan dan punggung diletakkan di atas hamparan kaki kiri. 3. Bacaan ketika terlupa membaca Bismillah. Diriwayatkan daripada Sayyidatina Aisyah r.ha. beliau menceritakan Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seorang daripada kamu makan dan ia terlupa menyebut nama Allah Taala ke atas makanannya, maka ucapkanlah Bismillahi Awwalahu wa Akhirahu (Dengan nama Allah untuk permulaan makan dan pengakhirannya).” [HR at-Tirmizi] 4. Makan dengan tiga jari. Diriwayatkan daripada Ka’ab bin Malik r.a. beliau menceritakan: “Rasulullah s.a.w. makan dengan tiga jarinya dan Baginda menjilatnya (selepas makan).” [HR Muslim] Imam an-Nawawi berkata, berdasarkan hadis ini digalakkan makan dengan menggunakan tiga jari sahaja dan tidak menambah jari keempat atau kelima kecuali ketika tidak dapat dielakkan seperti memakan makanan yang tidak boleh dimakan melainkan dengan menggunakan lebih daripada tiga jari. 5. Mengambil makanan yang paling dekat. Diriwayatkan daripada Umar bin Abi Salamah r.a. bahawa beliau masuk menemui Rasulullah s.a.w. dan di hadapan Baginda ada makanan. Baginda pun berkata: “Hampirlah wahai anakku. Bacalah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makan terlebih dahulu makananan yang paling hampir denganmu.” [HR Bukhari]

11


FOKUS

Sebahagian ulama mengkhususkan adab tersebut hanya untuk hidangan yang sejenis sahaja. Maka tidak perlu untuk menjulurkan tangan mengambil hidangan yang sama tetapi jauh. Adapun jika terdapat pelbagai jenis hidangan, maka tidak mengapa kerana ada keperluan untuk berbuat demikian. 6. Minum dengan tiga nafas (tegukan). Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. beliau menceritakan: Bahawasanya Nabi s.a.w. bernafas pada (di luar) bekas minuman sebanyak tiga kali apabila Baginda minum. Baginda berkata: “Ia lebih mudah tercerna dan lebih menghilangkan dahaga.” [HR Muslim] Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak menghabiskan minumannya dengan hanya satu tegukan sahaja, bahkan dengan tiga tegukan dan diselangi setiapnya dengan bernafas di luar gelas (bukan di dalam gelas). 7. Tidak mensia-siakan makanan yang terjatuh. Diriwayatkan daripada Jabir r.a. dia menceritakan: aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu datang kepada setiap orang dari kalian dalam segala kesibukannya, sampai syaitan pun datang pada saat seseorang makan. Kerana itu, apabila suapan seseorang di antara kalian jatuh, maka hendaklah dia membuang kotoran yang melekat pada makan itu, kemudian memakannya, dan jangan sampai meninggalkannya untuk syaitan. Apabila telah selesai makan, hendaklah dia menjilati jari-jarinya. Kerana dia tidak tahu di dalam makanan yang mana terdapat berkat.” [HR Muslim] 8. Menjilat jari selepas makan. Diriwayatkan daripada Anas r.a. beliau berkata: “Nabi s.a.w. apabila makan suatu makanan Baginda akan menjilat tiga jarinya (yang digunakan semasa makan).” [HR Muslim] Selain daripada amalan tersebut menyuruh kita agar tidak mensia-siakan rezeki yang sedikit di celah-celah jari, ia juga mempunyai barakah sepertimana yang diriwayatkan daripada Jabir r.a. beliau menceritakan: Nabi s.a.w. menyuruh menjilat jari-jari dan talam atau pinggan (selepas makan) dan Baginda bersabda: “Sesungguhnya kamu tidak mengetahui bahagian makanan yang mana terdapatnya barakah.” [HR Muslim]. Kita boleh pelajari dari cara pemakanan Rasulullah s.a.w. dari hadis-hadisnya bahawa Baginda bersikap sederhana dan tidak berlebihan dalam menikmati jamuan. Selain dari itu, sifat syukur terhadap rezeki yang diperolehi serta menjauhi dari pembaziran dan mendambakan keberkatan menggambarkan betapa indahnya sifat Rasulullah s.a.w. yang boleh diteladani. Wallahu a’lam.

12


3. FIKIRKANLAH!

Pemakanan Sihat Mengikut Al-Quran dan Sunnah Ustazah Siti Khadijah Binte Ali

Pendakwah Bebas, Konsultan Pemakanan Speed Slim

13


FIKIRKANLAH!

“Wahai manusia! Makanlah dari sumber yang (halal) lagi baik (thoyyib) dari apa yang terdapat di bumi, dan jangan mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”

A

l-Quran adalah panduan kehidupan untuk manusia bagi segala sudut aspek kehidupan termasuk tentang pemakanan sihat. Setiap pemakanan yang dibolehkan atau tidak dibolehkan mempunyai hikmah di sebaliknya. Bahkan Al-Quran juga menyebut tentang kebaikan sesuatu pemakanan dengan menerangkan bagaimana ianya dapat memberikan kesihatan tubuh, kekuatan jasmani, rohani dan minda, juga membaik pulih kesihatan manusia dan alam semulajadi. Menurut ilmu pemakanan sihat, untuk mendapatkan keseimbangan tubuh yang sihat, kita perlu mengimbangi pemakanan yang berasid dan beralkali. Dr Linus Pauling (pemenang Pingat Anugerah Nobel dalam Ilmu Sains dan Kimia) menyarankan kadar yang dianggarkan adalah 80% pemakanan beralkali dan 20% pemakanan berasid. Namun, hari ini dengan meluasnya industri pemakanan, ramai individu terdedah dengan pemakanan yang berasid dari pemakanan yang beralkali. Tetapi kini, tren pemakanan semasa telah mengatasi kadar keperluan manusia dengan hakikat sebaliknya, iaitu 80% pemakanan berasid dan kurang dari 20% pemakanan beralkali. Tren ini menyebabkan ramai masyarakat kita mengalami masalah kegemukan, perut buncit dan penyakit gaya hidup (lifestyle disease) seperti kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi dan kanser. 14

Namun begitu, pemakanan yang seimbang boleh dicapai dengan langkah berikut: 1. Elakkan atau kurangkan pemakanan yang berasid seperti daging haiwan, produk tenusu, bijiran, kekacang, minuman kopi dan teh. 2. Lebihkan pengambilan makanan yang beralkali termasuk sayursayuran hijau yang mempunyai antioksidan yang tinggi, buahbuahan (khususnya lemon) dan bawang putih. 3. Amalkan minum air tulen dan bersih sekurang-kurang 1.5 liter sehari. Allah s.w.t. telah menciptakan setiap manusia dalam keadaan fitrah dan suci. Badan kita adalah amanah pemberian Allah s.w.t. dengan anggota dan fungsi yang tertentu. Justeru, apabila kita kembali kepada Allah s.w.t, sebaiknya dalam kita berada dalam keadaan seperti baru dilahirkan, iaitu anggota kita yang sempurna. Setiap individu Muslim harus menjaga kesihatan jasmani dengan memberi hak badan dari aspek pemakanan sihat yang bernutrisi tinggi seperti memakan makanan yang diperkaya dengan khasiat dan berakali seperti yang disunnahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. antaranya seperti kurma, delima, zaitun, anggur, barli, madu, cuka dan sebagainya.

Petikan hadis riwayat Muslim, dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah s.w.t. dari Mukmin yang lemah; dan pada kedua-duanya ada kebaikan.” Hadis ini menerangkan bahawa kedudukan orang Mukmin yang kuat, sihat dan cerdas adalah sangat baik dan lebih dicintai Allah s.w.t. berbanding dengan Mukmin yang lemah. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud “Wahai manusia! Makanlah dari sumber yang (halal) lagi baik (thoyyib) dari apa yang terdapat di bumi, dan jangan mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” Dalam ayat ini Allah s.w.t. memerintah sekalian manusia agar memakan makanan yang halal dan baik (thoyyib), yang bermanfaat bagi kesihatan serta kesejahteraan jasmani dan rohani. Ini kerana setiap ciptaan Allah s.w.t. termasuk buah-buahan, herba dan tumbuhan alami mengandungi banyak kebaikan, dan manusia dikurniakan akal fikiran untuk mengkaji dan mempelajari rahsia di sebalik ciptaanNya. Antara pemakanan yang ‘thoyyib’ yang disarankan oleh World Health Organisation (WHO), ialah Superfoods, iaitu pemakanan yang diperkaya dengan nutrisi yang sangat tinggi nilai antioksidan, vitamin dan zat galian.


FIKIRKANLAH!

Ianya disahkan dapat membantu menurunkan kadar risiko penyakit kronik dan memanjangkan jangka hayat manusia secara semulajadi bagi pengamal pemakanan Superfoods ini. Antara Superfoods yang disarankan seperti Chia Seeds, Açai Berries, Kefir, Spirulina, Biji flax (Flax Seed) dan lain-lain. Ini juga termasuk ramuan rempah ratus masakan seharian seperti bunga cengkih, kayu manis, bawang putih, kunyit, halia dan lain-lain yang mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan. Masyarakat zaman ini, gemar mengikuti tren dan gaya hidup terkini khususnya tren pemakanan. Antara tren pemakanan sihat yang mudah dan ringkas adalah dengan mengamalkan diet alternatif seperti ‘smoothie’, iaitu buah-buahan atau sayuran yang dikisar dan dicampur dengan bahan-bahan alami yang berkhasiat. Antaranya ialah Overnight oats, (bijirin serat oats yang direndam semalaman dengan air kelapa atau susu dari kekacang badam) dan ‘infused water’ (air minuman tulen yang direndam semalaman bersama buahan atau sayuran untuk

mendetoksifikasi dan mengalkali tubuh. Makanan tersebut boleh disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang disebut di dalam Al-Quran dan Sunnah seperti madu, kurma, anggur, kismis, cuka epal, barli, biji buah delima dan sebagainya mengikut kreativiti dan citarasa masing-masing untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Sebagai agama yang syumul dan sempurna, Islam mengajar umatnya tentang amalan makan dan minum yang terbaik dan moderat mengikut adab dan etika tertentu. Amalan sunnah Rasulullah s.a.w. banyak mengalakkan umatnya untuk makan makanan yang bersih dan sihat kerana perut adalah antara punca tubuh yang sihat atau berpenyakit. Marilah sama-sama kita menjaga kesihatan dengan menjaga pemakanan mengikut Al-Quran dan Sunnah agar hidup sejahtera dan bahagia di dunia dan akhirat. Insya Allah. 15


4. EKONOMI ISLAM

WASIAT Wasiat adalah memberi pesanan agar dilakukan sesuatu kepada harta selepas kematian pemilik harta itu.

5 HUKUM WASIAT: Wajib

Sunat

Makruh

Haram

Jika seseorang mempunyai tanggungan agama yang wajib dan belum ditunaikan seperti zakat yang tertunggak.

Jika dia tidak mempunyai harta yang banyak.

Mubah

Jika dia ingin melakukan sedekah jariah.

Jika dia ingin berikan hartanya kepada orang kaya atau yang kurang kebaikannya.

Jika dia mewasiatkan hartanya untuk jalan yang haram.

SYARAT-SYARAT WASIAT: 1. Tidak melebihi 1/3 dari keseluruhan harta. 2. Penerima wasiat bukanlah dari kalangan ahli waris yang berhak mendapat bahagian mereka melalui faraidh.

SYARAT-SYARAT ORANG YANG MELAKUKAN WASIAT: 1. Tidak dipaksa 2. Waras pemikiran 3. Telah baligh

SYARAT-SYARAT PENERIMA WASIAT:

SYARAT-SYARAT BARANG YANG INGIN DIWASIATKAN:

1. Wujud / hidup ketika wasiat dilakukan 2. Boleh memiliki harta yang diwasiatkan 3. Tiada kesamaran pada siapakah penerima wasiat tersebut.

1. Boleh diambil manfaat daripadanya mengikut syara’. 2. Boleh berpindah milik.

Informasi dipetik daripada buku 'Huraian Ilmu Faraid' karya Ustaz Dr Firdaus Yahya. Buku ini boleh didapati di Perpustakaan Rujukan Syed Ahmad Semait Pergas (SASRL). 16


5. KENALI ASATIZAH

USTAZ MOHAMMAD BAHRUL ULUM BIN BUANG Sebagai reaksi kepada seruan Mufti Negara Singapura kepada para asatizah supaya memberikan perhatian kepada kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat, kami berpeluang menemu bual Ustaz Mohammad Bahrul Ulum Buang, jurulatih pesilat yang aktif membimbing pesilat-pesilat negara. Bagaimana beliau membahagikan masanya berdakwah, bersukan dan aktif berpersatuan? Ikuti perkongsian beliau selanjutnya. Assalamualaikum wr wb Ustaz. Boleh Ustaz kongsikan latar belakang pendidikan dan permulaan kerjaya Ustaz? Saya dilahirkan pada tahun 1972 dan mendapat pendidikan awal di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Madrasah Al-Junied Al-Islamiah. Pada tahun 1988, saya telah mendapat biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran di Kuwait sehingga tahun 1996. Kemudian saya menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selama empat tahun dalam bidang Usul Fiqh dan minor dalam Psikologi. Sewaktu belajar di Kuwait, selain menguasai bahasa Arab, saya terdidik dalam suasana tarbiah dan dakwah serta aktif dalam persatuan pelajar sebagai ketua yang memimpin para pelajar antarabangsa. Memandangkan saya amat berminat dalam dunia pendidikan dan dakwah, saya memilih untuk bekerja di masjid sebagai pegawai dakwah. Selain menjadi imam, saya bertanggungjawab melakarkan program dan aktiviti dakwah sepanjang tahun termasuk untuk golongan belia dan remaja. Pada tahun 2005, saya telah diundang oleh Persekutuan Silat Singapura (PERSISI) untuk menjadi jurulatih silat nasional sepenuh masa. Saya juga membimbing pesilat-pesilat dari sudut moral dan mempromosikan pencak silat khususnya di negara Asia. Alhamdulillah, sudah lebih dari 19 negara saya sempat jejaki antaranya China, Uzbekistan, Kazakhstan, Nepal, Sri Lanka dan Timur Tengah. Kini, setelah lebih kurang enam tahun saya menjadi jurulatih silat sepenuh masa, saya kembali ke dunia dakwah dengan menjawat jawatan sebagai pengurus di Masjid An-Nur sambil mengajar silat hanya di hujung minggu.

Sejak bila ustaz menceburi bidang persilatan dan siapakah pendorongnya termasuk guru-guru silat yang mengajar seni ini? Saya banyak belajar daripada almarhum ayah saya, Haji Buang Bin Masadin, seorang Tabib Tradisional dan antara Pendekar Silat Bawean yang tertua sewaktu berhijrah ke Singapura. Di kalangan masyarakat Bawean, beliau diakui, diiktiraf dan dikenali sebagai Pendekar ‘Buang Sapi’ kerana memiliki kekuatan yang luar biasa dan kemahiran dalam ilmu persilatan yang dipelajarinya di Pulau Bawean dan Tanah Jawa. Antara guru-gurunya termasuk almarhum KH. R As’ad, Kyai Badri Masduqi dan Kyai Baidawi. Tidak ingin ilmu silat dan perubatannya hilang begitu sahaja, beliau telah mendidik saya untuk meneruskan legasi dan ilmunya. Ketika itu, saya merupakan pesilat daripada Perguruan Alhaq yang mendapat latihan silat secara formal daripada almarhum Haji Hosni Bin Amat (‘Wak Hosni’ - antara pendekar Singapura yang disegani). Memandangkan waktu itu saya masih menuntut di luar negara selama 10 tahun, saya hanya dapat belajar secara sambilan ketika cuti dengan mengikut ayah saya setiap kali ke Indonesia. Saya mendapat restu dan ijazah khas ilmu perubatan dan persilatan daripada beliau sebelum kewafatannya pada tahun 2009. Begitu juga dengan pengijazahan terus daripada KH. Badri Masduqi di Pondok Pesantren Badriduja sebagai pewaris ilmu Haji Buang Masadin - baik dari segi ilmu perubatan mahupun ilmu persilatan. Bertitik tolak daripada hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud, “Jika mati seseorang itu, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu ‘sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan orang tuanya.’ Maka pada tahun 2015, saya telah menubuhkan Perguruan Si Rumpun Padi secara rasmi setelah mendapat restu dan mandat daripada beberapa kyai, pendekar dan teman-teman pesilat termasuk Pak Ghafor di Desa Brabe, Maron Probolinggo Jawa Timur Indonesia. Sebagai tambahan, saya bukanlah orang asing dalam dunia persilatan di Singapura. Saya pernah menyandang Juara Nasional pada tahun 1991 dalam kelas B Olahraga dan menjadi 17


KENALI ASATIZAH

jurulatih nasional selama 6 tahun. Saya mempunyai sijil ‘International Coach’ dan ‘Wasit Juri Antarabangsa’ kelas 3 pada tahun 2007. Saya juga pernah dilantik PERSISI sebagai Duta Silat dan bersama rombongan PERSISI, kami memperkenalkan silat ke Timur Tengah dan beberapa buah negara yang lain. Kini, saya telah ditabalkan sebagai Guru Utama dan Presiden Perguruan Si Rumpun Padi. Selain daripada meneruskan legasi ayah dan guru-guru silat, antara tujuan saya menubuhkan Perguruan Si Rumpun Padi adalah untuk: • Memperkenalkan seni silat sebagai salah satu daripada kebudayaan warisan bangsa Melayu. • Berusaha meyakinkan rakyat Singapura akan kebaikan silat dan menjadikannya sebagai silat nasional sesuai untuk semua bangsa dan keharmonian kaum. • Membasmi dan menentang segala unsur tahyul dan khurafat yang sememangnya bercanggah dengan ajaran Islam di dalam dunia persilatan. • Bekerjasama dengan persatuan-persatuan silat, badanbadan kebudayaan dan persatuan yang berdaftar yang tidak bercorak politik untuk menjalankan usaha-usaha di dalam lapangan kesenian, kebudayaan dan kegiatan-kegiatan kebajikan am. Selain sebagai satu riadah, apakah manfaat yang dapat diraih melalui seni silat ini? Mempelajari silat dapat memperbaiki tahap kehidupan kita. Senaman silat akan membantu memperbaiki kelembutan dan kelenturan tubuh badan kita. Di samping itu juga kita akan memperbaiki tahap kardiovaskular jantung kita. Silat juga merupakan aktiviti riadah terbaik untuk para belia. Selain belajar seni mempertahankan diri, ianya juga menguji kepantasan anggota badan seperti tangan, siku, kaki dan lutut. Latihan jasmani ini juga memberi kesedaran kepada para belia 18

tentang pentingnya mewujudkan generasi belia yang sihat fizikal dan mental serta dapat menjauhkan diri mereka daripada gejala sosial yang tidak sihat seperti merokok dan mengambil dadah. Dari sudut dakwah pula, bagaimana silat dapat membentuk peribadi Ustaz atau pesilat lain? Silat merupakan salah satu wadah (platform) berdakwah. Allah S.W.T. telah mengajarkan pendekatan dakwah kepada Nabi S.A.W. melalui pelbagai pendekatan, namun yang menjadi asas utama segala bentuk pendekatan dakwah ialah pendekatan al-hikmah, al-maw’izah al-hasanah dan al-mujadalah bi allati hiya ahsan. Begitulah yang sering saya terapkan dalam gelanggang ketika mengajar silat. Saya tidak pernah memaksa dan menggunakan kekerasan dalam mendidik tetapi lebih kepada nasihat cara hikmah dan menunjukkan akhlak mahmudah secara praktikal. Antara natijah yang paling memberikan kesan terbesar dalam pengalaman hidup saya ketika berdakwah melalui silat ialah; • Pesilat (atheis) memeluk agama Islam melalui silat kerana tertarik dengan akhlak dan disiplin teman-teman Muslim dan guru ketika menjalani latihan dan kehidupan seharian. • Pesilat mula belajar mengambil wuduk dan bersolat serta ada buat pertama kali mendirikan solat berjemaah kerana latihan silat dijalankan di kawasan masjid dan setiap kali waktu solat, kita akan berhenti untuk bersolat. • Pesilat perempuan sudah mula menutup aurat dengan memakai tudung berpunca dari gelanggang silat di masjid. • Pesilat yang dahulunya samseng kini berubah setelah belajar silat. Sebenarnya banyak lagi kesan daripada dakwah melalui silat yang boleh dikongsi. Semoga satu hari nanti, Allah S.W.T. memberikan saya kekuatan untuk menulis buku mengenai Dakwah Dalam Dunia Persilatan.


KENALI ASATIZAH

Bagaimana Ustaz menarik minat pelajar-pelajar (khususnya kanak-kanak dan remaja) untuk menceburi bidang silat atau menerapkan pengisian rohani ke dalam latihan silat?

Bagaimana ustaz membahagikan masa bekerja di masjid, mengajar kelas-kelas agama, menjadi jurulatih silat juga aktif di Pergas dan persatuan-persatuan lain?

Untuk menarik kanak-kanak atau remaja menceburi bidang silat, pertama saya mengajar secara percuma tanpa sebarang bayaran. Semasa mengajar pesilat, saya sering menggunakan cara santai untuk menarik perhatian atau memikat hati mereka.

Memang benar, “Al Wajibaat Aktsaru Minal Auqat” (kewajiban kita lebih banyak daripada waktu yang ada). Sejujurnya, saya banyak belajar daripada asatizah mapan seperti Presiden Pergas sendiri, Ustaz Mohamad Hasbi, dan juga masyaikh Pergas, Ustaz Pasuni Maulan. Secara kebetulan, saya bersama mereka menjadi Pengarah dalam Pergas Invesment Holding (PIH) dan saya dapati bahawa setiap kali mesyuarat, mereka pasti hadir, walaupun mereka mempunyai pelbagai tanggungjawab dan peranan penting dalam badan-badan Islam - dari satu mesyuarat, ke satu mesyuarat, kemudian sambung mengajar dan sebagainya. Dari situ saya menjadi malu pada diri sendiri, sekiranya saya tidak dapat mencontohi mereka; sedangkan usia saya sekarang ini jauh lebih muda.

Mungkin juga kerana saya seorang ustaz yang mengajar silat di kawasan masjid, ibu bapa lebih selesa menghantar anak-anak mereka belajar silat bersama saya. Selain mengajar silat, saya juga memberikan tazkirah ringkas dan mengajak anak-anak mereka solat berjemaah bersama setiap sesi latihan. Selalunya penampilan peribadi kita yang baik akan dapat menarik perhatian orang lain. Dalam dakwah, peribadi seseorang pendakwah amatlah penting kerana sasaran akan memerhatikan kelakuan pendakwah terlebih dahulu sebelum mereka menerima mesej yang disampaikan. Apa pendapat ustaz dengan tanggapan sesetengah masyarakat yang mengatakan “Silat itu syirik, amalan sihir, khurafat dan menggunakan jin” Silat merupakan antara seni mempertahankan diri daripada warisan bangsa dan ilmu yang perlu diteruskan oleh segenap generasi. Sememangnya ada juga segelintir pengamal seni silat ini yang mencampurkannya dengan unsur-unsur yang menyeleweng dari sudut akidah, syariat dan akhlak. Saya secara peribadi pernah membuat kajian tentang perkara ini dengan menjelajah ke Malaysia dan Indonesia selama beberapa bulan untuk mendalami ilmu silat kebatinan. Memang ada lagi segelintir aliran perguruan atau persilatan yang mengamalkan unsur-unsur negatif pada akidah dan syariah Islam. Antaranya yang menyebabkan sesetengah masyarakat kita mengatakan silat itu satu khurafat dan melibatkan jin ialah; • Kepercayaan pada kekuatan dan kekuasaan sesuatu benda seperti keris, kubur, tangkal dan objek-objek tertentu yang tidak berlandaskan daripada nas-nas syarak dari al-Quran ataupun hadis. • Menggunakan jampi serapah yang dicampur aduk dengan perkara-perkara kufur yang boleh membawa kepada syirik. • Amalan menyeru jin dan memohon pertolongan daripadanya serta penggunaan azimat sebagai pelindung diri seperti kekebalan yang dicampur adukkan dengan sihir.

Selain menjadi Setiausaha Kehormat Pergas, Presiden Alumni Singapura Kuwait, Presiden dan Guru Utama Persatuan / Pergururan Si Rumpun Padi, Ketua Jabatan Belia dan Seni, Persatuan Bawean Singapura, saya juga aktif sebagai ahli IRCC. Untuk mengimbangi masa, saya perlu pertama sekali merancang jadual harian. Rancang jadual aktiviti harian adalah penting kerana kehidupan kita menuntut kita meluangkan masa untuk bersama diri sendiri, keluarga dan juga untuk Allah S.W.T. Pengurusan masa ialah pengurusan kehidupan harian kita. Berjaya mengurus masa bermakna kita berjaya menguruskan hidup kita. Kedua; Saya teruja dengan kata-kata motivasi daripada Baginda S.A.W.; “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain,” dan “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati.” Dengan kata-kata motivasi inilah, saya sentiasa bersemangat untuk membantu, berkhidmat dan berkorban apa sahaja demi maslahat umum dan mudah-mudahan menjadi saham akhirat nanti. Wallahu a’lam Bissawab

19


6. BELASUNGKAWA

AL-MARHUM HABIB ABAS ASSEGAF

Pencinta Dakwah dan Ilmu Al-Marhum Habib Abas Bin Mohamad Bin Ali Alsagoff, atau Habib Abas Assegaf merupakan antara ulama tertua di Singapura. Beliau yang dilahirkan pada bulan Disember 1923M menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 September 2018M, 1 Muharram 1440H dalam usia 95 tahun. Al-Marhum Habib Hassan Abdullah Al-Shatirie (mantan mudir Rubath Tarim, Hadramaut) dan Al-Marhum Sheikh Omar Al-Khatib merupakan di antara guru dan rakan dakwah beliau. Al-Marhum Habib Abas, bersama dengan Al-Marhum Sheikh Omar Al-Khatib, Al-Marhum Ustaz Syed Abdillah (mantan mudir Madrasah Aljunied dan presiden Pergas), Al-Marhum Habib Ahmad Semait dan Al-Marhum Sheikh Abdul Maqsud sering menelaah kitab bersama-sama dan kemudian membincangkan pengisian kitab-kitab ini. Usahanya berdakwah bermula di kelas pengajian di Ibu Pejabat Polis yang terletak di Mount Vernon untuk para pegawai polis Muslim dan orang awam. Kesungguhan Al-Marhum Habib Abas kepada dakwah dan cintanya kepada ilmu terbukti sehingga akhir hayatnya. Sejak lebih 50 tahun yang lalu, rumahnya sering dimeriahkan dengan pembacaan kitab serta majlis maulid. Majlis maulidnya terkenal di serata dunia kerana ia diadakan pada setiap hari Sabtu di kediamannya sejak tahun 1965 hingga tahun ini. Melalui majlis maulid, beliau berazam untuk menyebarkan dakwah. Majlismajlis maulid yang diadakan di sekurang-kurangnya 15 rumah para pelajarnya, kemudian diikuti dengan kelas pengajian.

Aktiviti seharian beliau dipenuhi dengan mengajar, membaca dan mengkhatamkan al-Quran. Lantaran minatnya membaca, beliau memiliki 1,514 kitab yang telah dibaca kesemuanya. Beliau sering berpesan kepada asatizah muda yang baru menamatkan pengajian agar berdakwah mengikut konteks dengan menggunakan Bahasa Melayu. Ini sehinggakan apabila pelajar bertutur dengannya menggunakan Bahasa Arab, beliau akan membalas dengan Bahasa Melayu. Al-Marhum Habib Abas terkenal dengan sifatnya yang sangat menitik beratkan adab. Beliau tidak suka menghampakan permintaan orang lain, sehinggakan walaupun telah berusia 94 tahun, beliau tetap menyambut undangan untuk menghadiri majlis maulid di Indonesia dan Malaysia. Beliau menyantuni para pelajarnya tanpa mengira status mereka. Dengan sikapnya yang rendah hati, beliau juga sering menghulurkan tangan terlebih dahulu sebelum anak muridnya menghulurkan tangan mereka untuk bersalaman. Beliau juga pernah diminta untuk memakai sarban tetapi menolak kerana merasakan ilmunya terlalu cetek lantas tidak bersedia dan merasa tidak layak. Pada akhir nafasnya, beliau memesan kepada muridnya, “jangan tinggalkan sembahyang�. Semoga masyarakat Islam dapat mencontohi keperibadian mulia Al-Marhum Habib Abas, dan semoga Allah s.w.t. mengampuninya, dan menempatkannya bersama para solihin dan syuhada. Aamiin.


7. AKTIVITI Pergas

Aktiviti Pergas Sep - Dis 2018

26

Forum siaran langsung melalui Facebook Live Pergas bertajuk “Hijrah Minda Ke Alam Rumahtangga” disampaikan oleh Ustaz Muhammad Nuzhan bin Abdul Halim dan Ustazah Nurhairiah dan moderator Ustaz Mohd Noor Mustaqim.

28

Program Halaqah Tholabah anjuran Young Asatizah Assembly (YAA) dengan kerjasama Tradisi Halaqah yang diadakan untuk para pelajar institusi Islam.

29 SEP 17, 14 & 21

Kursus “Situational Counselling” untuk asatizah telah dianjurkan oleh Unit Pembangunan Asatizah & Latihan dengan kerjasama Club Heal.

Siri keempat Daurah Asatizah yang membincangkan tentang kitab terjemahan Kitab Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah telah disampaikan oleh Ustaz Dr Umar Muhammad Noor.

OKT 3

Majlis Selawat ke atas Rasulullah S.A.W., “Rasulullah S.A.W. Teladan yang Agung Sepanjang Zaman” anjuran bersama Pergas dan Masjid Sultan. Tausiyyah telah disampaikan oleh Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim bin Hafiz.

14

Ceramah siri Kesederhanaan Dalam Islam anjuran bersama Pergas dan Masjid Assyakirin bertajuk “Akhlakumu Nabi Menawan Hati “ telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Helmi bin Mohamad Hasbi.

4

Kuliah Zohor disampaikan oleh Habib Umar Bin Hafiz di Masjid AlFalah anjuran bersama Pergas dan Masjid Al-Falah.

18 – 20

Program Daurah Asatizah mengenai Sirah An-Nabawiyah bersama Shaykha Tamara Gray.

Program Mujalasah Asatizah bersama Habib Umar Bin Hafiz di Madrasah Aljunied Al-Islamiah.

21

Ceramah siri Kesederhanaan Dalam Islam anjuran bersama Pergas dan Masjid Assyakirin bertajuk “Tetap Beradab Walau Berbeza” telah disampaikan oleh Ustaz Md Fadlullah bin Daud. 21


AKTIVITI Pergas

Majlis Ratib Al Attas: “Menjunjung Warisan Nabawi” dihadiri oleh Habib Umar bin Hafiz, bertempat di Masjid Ba’alwie.

Mujalasah Asatizah bersama Shaykh Muhammad Al Yaqoubi yang membincangkan tajuk “The Prophetic Guideance: Elightenment for Asatizah in VUCA World”. Wacana Ilmiah bersama Shaykh Muhammad Al Yaqoubi yang telah mengupas tajuk “Say (O Muhammad): If you love Allah then follow, Allah will love you” bertempat di Oditorium NUS UTown.

NOV 12 & 13 5

Bengkel pustakawan bertajuk “Understanding Library Collection and References” untuk para pelajar madrasah dengan kerjasama Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).

Kuliah Subuh oleh Habib Umar bin Hafiz bertajuk “Intisari dan CiriCiri Perwatakan Nabi” bertempat di Masjid Ba’alwie. Ceramah Pra-Khutbah dan Khutbah Jumaat oleh Habib Umar bin Hafiz bertempat di Masjid Sultan.

27

Program rihlah “Kembara Ilmu Mesir” disertai 30 orang asatizah anjuran Pergas dengan sokongan TM Fouzy Travel & Tours, Rumah Makan Minang, Persatuan Karyawan Muslim (AMP) dan Muslim Kidney Action Association (MKAC).

24

Forum siaran langsung melalui Facebook Live Pergas bertajuk “Kepimpinan Ibu Bapa Kejayaan Rumahtangga” disampaikan oleh Ustaz Abdul Manaf Rahmat dan Ustazah Nadia Hanim Abdul Rahman dan moderator Ustaz Mohd Nor Mustaqim.

27

Seminar Asatizah bertajuk “Role of Asatizah in the Age of Globalization, Modernity and Violence” disampaikan oleh Shaykh Muhammad Al Yaqoubi bertempat di Oditorium Muis dengan kerjasama Pergas, Muis dan RRG.

31

Kuliah Dhuha mingguan bersama Ustaz Mohamad Hasbi Hassan yang turut menampilkan Shaykh Muhammad Al-Yaqoubi dengan tajuk ceramah “Coping and Dealing with Hardship”.

22

DEC 12 & 13

Program Halaqah Tholabah anjuran Young Asatizah Assembly (YAA) dengan kerjasama Tradisi Halaqah diadakan untuk para pelajar institusi Islam.


8. KENALI Pergas

PENGIKTIRAFAN JASA BAKTI ASATIZAH Tertinggi Muis (1983-2004), anggota Majlis Fatwa Muis (19841995) dan antara perintis juga Pengerusi Persatuan Arab Singapura (Al-Wehdah). 2. Ustaz Pasuni Maulan, mantan Pendaftar, Pejabat Pendaftaran Orang-orang Islam (ROMM) (19842005), Penolong Pengerusi Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS), juga ahli Majlis Tertinggi Muis dan Majlis Fatwa Muis.

Ar-Risalah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 9 asatizah atas pemberian beberapa anugerah oleh pihak Muis sempena sambutan ulang tahun ke 50 Muis pada 6 Oktober 2018. Anugerah ini disampaikan untuk menghargai tenaga dan jasa bakti mereka kepada masyarakat Islam di Singapura dalam bidang dakwah. ANUGERAH JASA CEMERLANG Anugerah Jasa Cemerlang Muis tahun ini diberikan kepada Ustazah Sukarti Asmoin - salah seorang asatizah berpengaruh dalam pembangunan institusi agama di sini. Anugerah tertinggi MUIS itu mengiktiraf kegigihan dan sumbangan besar beliau kepada masyarakat Melayu/ Islam Singapura. Ustazah Sukarti Asmoin merupakan Dekan, Jabatan Pengajian Islam, Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah dan mantan Pengetua madrasah itu selama 20 tahun (1998 hingga 2017). Cita-citanya untuk

memperkasakan masyarakat melalui pendidikan bermula sejak di bangku sekolah lagi. Tanggungjawab beliau itu disokong melalui pelbagai lagi jawatan lain yang dipegangnya termasuklah selaku Naib Presiden Pergas, anggota kanan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS), penasihat di Mahkamah Syariah kepada pasangan berumahtangga dalam isu-isu perkahwinan. ANUGERAH JASA BAKTI 1. Ustazah Harinah Abdul Latiff, Penolong Naib Pengetua, Madrasah Aljunied Al-Islamiah & anggota Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS). 2. Ustazah Sumah Fadalee, Naib Pengerusi Lembaga Masjid Darussalam. ANUGERAH KHAS MUIS50 1. Almarhum Syed Abdullah Haroon Aljunied, mantan anggota Majlis

3. Ustaz Ali Mohamed, Pengerusi Bersama Kumpulan Pemulihan Agama (RRG), Pengerusi Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS), ahli Majlis Tertinggi Muis dan Majlis Fatwa Muis dan Pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid Khadijah. 4. Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, Presiden Pergas, Pengerusi Bersama Kumpulan Pemulihan Agama (RRG), ahli Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) juga ahli Majlis Tertinggi Muis dan Majlis Fatwa Muis. ANUGERAH INSPIRASI BELIA MUIS50 1. Ustaz Muhammad Zahid Mohd. Zin, Pegawai Eksekutif Muslim Youth Forum (MYF) dan ahli Majlis Tertinggi Pergas (2017-2019) 2. Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid, Ketua Eksekutif Safinah Holdings yang juga ahli Majlis Tertinggi Pergas (2017-2019) 23


9.

MEMORI TRAVELOG

Kembara Ilmu: Mesir 24 Nov – 4 Dis 2018 Ustazah Hafizhah Masnin

Pegawai Eksekutif, Institut Pengajian Tinggi Al Zuhri

24


MEMORI TRAVELOG

PRAKATA Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W., ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada pihak penganjur, Persatuan Ulama dan GuruGuru Agama Islam Singapura (Pergas) dan penaja-penaja; Perhimpunan Kebajikan Mahasiswa Al-Azhar Singapura (PERKEMAS) dan syarikat TM Fouzy Travel & Tours dalam menjayakan program ‘Kembara Ilmu: Mesir’ dari 24 November hingga 4 Disember 2019.

dan ada juga para mahasiswa yang berjalan kaki. Cuaca dingin di awal pagi sedkit pun tidak mematahkan semangat mereka. Sekitar jam 6.45 pagi, dars dimulai dengan pembacaan burdah. Kemudian pembelajaran Tafsir Surah al-Zukhruf dijalankan selama setengah jam, diikuti dengan pembentangan hadis Kitab al-Imam al-Bukhari.

PENDAHULUAN Merantau, menjelajah dan menimba ilmu merupakan matlamat sekumpulan 30 asatizah dalam catatan travelog kali ini yang berkongsi pengalaman kami sepanjang 10 hari pengembaraan di bumi kinanah, bumi anbiya’ wal awliya’ – Mesir. Selain meraih ilmu langsung daripada para masyaikh, duktuurat dan ulama-ulama prominen di Mesir, kami juga menziarahi maqam para nabi, ulama dan awliya’ serta tempat-tempat bersejarah. Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). [Ali-Imraan: 137] Diharap agar travelog ini dapat merangsang pembaca yang belum menjejakkan kaki di Mesir untuk menziarahinya sebagai antara negara yang wajib dilawati. Bagi mereka yang berpengalaman ke Mesir, moga dapat menambahkan lagi rindu pada bumi barakah ini. Juga semestinya mengingatkan kepada semua akan kepentingan menuntut ilmu selagi ruh berada di relung jasad.

Cara penyampaian Sheikh Yusry yang juga seorang pakar bedah itu amat santai. Beliau menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh murid-murinya dengan tenang sebelum Dars berakhir sekitar jam 7.45 pagi. Pergas turut berkolaborasi dengan Dar Ifta’ al-Misriyyah dalam mengelola pengajian selama 4 hari kami di sana. Semasa kunjungan ke Dar Ifta’, kami disambut oleh Dr. Mukhtar Mukhsein, seorang ameen al-fatwa yang menerangkan tentang peranan Dar Ifta’ dalam mengendalikan hal ehwal fatwa negara.

PENGAJIAN (DURUS) DARS Peluang keemasan meraih ilmu ini kami manfaatkan sepenuhnya. Seawal jam 6 pagi kami berkumpul di lobi hotel sebelum bertolak ke Jabal Muqottom untuk menghadiri dars pagi bersama pakar hadis al-Fadhil Sheikh Yusry Rushdy al-Sayyid Jabr al-Hasani di Masjid Al-Asyraf yang terletak di daerah muqattam. Pengajian di dalam masjid beliau sendiri ini dihadiri warga tempatan dan luar khususnya para mahasiswa. Masjid Asyraf berada di tingkat paling bawah di sebuah apartmen 5 tingkat kediaman Sheikh dan ahli keluarganya termasuk menantunya al-Fadhil Sheikh Usamah. Kumpulan mahasiswa dari Indonesia dan Malaysia hadir berkumpulan dengan tramco (kenderaan van) masing-masing

Pengajian kami berlangsung di Akademi Da’i yang terletak di Kota Sheikh Zayed. Bangunan yang tersergam indah di daerah kota 6 Oktober itu lebih aman dan tenang berbanding di Madinat Nasr, daerah kediaman kami. Kedatangan kami disambut oleh Ketua Akademik Sheikh Dr. Amru al-Wirdaniy bersama kakitangan akademi yang lain. Beliau memulakan pengajian pertama dengan topik berkaitan teori pengkajian turath atau kajian tentang kitab-kitab lama. 25


MEMORI TRAVELOG

Pembelajaran tentang turath ini menguji daya pemikiran kami agar lebih kritis semasa Sheikh mengupas tentang kepentingan turath, contoh-contoh, garispandu dalam pengkajian kitab turath dan perspektif atau pendapat para pemegang mazhab dan mujtahid berkenaan turath. Pengajian di Akademi Da’i merangkumi disiplin-disiplin agama seperti Usul Fiqh, Aqidah, Tafsir dan kepentingan serta pengajaran dalam Al-Quran turut dikongsi oleh Dr. Adham Tamam, Dr. Muhammad Abdul Sami’ dan Dr. Mukhtar Muhsin. Kami rasa amat bertuah kerana alFadhil al-Syeikh Muhammad Ibrahim Abd al-Baith al-Kittani telah menyampaikan satu sesi khas untuk kami. Ia merupakan satu kejutan gembira kerana kami hanya diberitahu oleh pihak akademi pada saat-saat akhir. PERTEMUAN (LIQO’) Bumi Mesir ini dikenali dengan ramai para ulama dan awliya’. Rugi jika kita tidak mengambil peluang untuk bertemu dengan ‘permata-permata’ dunia ini. Antara ulama yang sempat kami temui ialah Sheikh Prof. Dr. Rif ’at Fauzi Abdul Muthalib. Setelah dars pagi di Masjid Asyraf, kami dibawa menaiki tramco ke Sabi’ untuk bertemu beliau. Saat melangkah masuk ke pintu hadapan bangunan apartmen, barulah kami tahu bahawa ini adalah perpustakaan peribadi milik Professor; Madrasah Dar al-Quran wa al-Hadith yang saiznya seperti sebuah rumah flat di Singapura. Setiap sudut dipenuhi dengan buku hingga ke dinding paling atas. Selesai sesi pengajian pada waktu petang di Akademi Da’i, kami bergegas ke Sabi’ untuk menghadiri dars di PERKEMAS. Dalam perjalanan selama 45 minit, sempat juga kami melihat pemandangan di sekitar kawasan kota Sheikh Zayed yang lebih bersih dengan struktur pembinaan dan perumahan bagi golongan elit. Terdapat banyak pusat membeli-belah dengan kedai-kedai bertaraf antarabangsa, antaranya kedai pameran kereta seperti Porsche dan Chevrolet, pusat fesyen dan restoranrestoran mewah. Selesai solat Maghrib dan Isyak serta makan malam di PERKEMAS, al-Fadhil Sheikh Dr. Hesham al-Kamil Hamid Mousa memulakan sesi pertama pengajian kitab Ihya’ Ulumuddin yang cukup mencabar kerana kami masih dalam keadaan menyesuaikan diri dengan masa, cuaca dan jadual yang padat dari pagi hingga ke malam. Sheikh Hesham yang terkenal dengan keprihatinannya terhadap murid-muridnya sesekali bertanya jika kami perlukan rehat sebentar. Namun kami cekal untuk teruskan pembelajaran. Jenaka-jenaka yang diselitkan Sheikh sewaktu pengajian telah membantu kami untuk kekal berjaga sepanjang pengajian sehingga jam 10 malam. Begitulah rutin kami sepanjang empat hari berturutturut. Pengajian secara intensif dari awal pagi hingga malam.

26

Kami ditempatkan di salah satu bilik perpustakaan sebelum mendengarkan tausiyah daripada al-Syeikh. Beliau yang berusia 78 tahun ini sudah menghafal al-Quran sejak usia 12 tahun lagi. Bila ditanyakan apakah rahsia beliau dapat menguasai bidang al-Quran dan hadis, jawabnya tidaklah beliau mengisi kehidupannya melainkan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Beliau juga menitipkan zikir harian yang boleh diamalkan: Istighfar x 100 setiap pagi dan petang Selawat x 100 setiap pagi dan petang Tahlil (la ilaha illa Allah) x 100 setiap pagi dan petang Membaca satu juzuk dari al-Quran setiap hari


MEMORI TRAVELOG

Di PERKEMAS, kami juga berkesempatan menemui Habib Ahmad Abd al-Rahman al-Maqdi yang berasal dari Hadramaut, Yemen. Melihat wajahnya yang hitam manis ini sungguh tenang dan lembut dalam pertuturannya. “Saya tidak pernah ke Singapura, saya hanya mendengar tentangnya. Namun, saya melihat Singapura pada orangnya” katanya sambil tersenyum. Habib merasa gembira dan kagum melihat anak-anak Singapura yang rajin dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu agama. Beliau yang menetap di Mesir sambil belajar ini cukup memberi inspirasi kepada kami semua. Selepas sesi pengajian di Akademi Da’i malam itu, kami dijemput Sheikh Hesham untuk ke majlis maulidnya di Masjid al-Zahir Baybars. Dalam perjalanan sekitar sejam lebih, saya mengambil peluang melihat ke luar tingkap coaster, menikmati pemandangan di persekitaran, juga memerhati gelagat warga tempatan. Dalam perjalanan mereka pulang dari kerja, ada yang memandu kereta sendiri, terpaksa bersesak di dalam tramco kecil dan saya perhatikan gelagat 3 pemuda yang menunggang sebuah skuter. Penunggang motor semuanya tidak bertopi keledar. Sekiranya ada, pasti dianggap aneh! Sesekali kami beristighfar dikejutkan dengan bunyi hon dari amu yang sedang memandu. Memandu di sini seolah-olah tiada had lajunya. Meskipun selamat, kami tetap khuatir kerana kenderaan menderu laju dan pemandu kenderaan boleh memotong dengan hanya membunyikan hon sebagai pengganti lampu isyarat. Adakalanya, pemandu bergaduh di sini. Itulah antara perkara yang menakutkan tetapi menarik di Mesir. MASJID AL-ZAHIR BAYBARS & MASJID FADHIL

lampu mentol di sekitarannya. Kesederhanaan inilah yang menyerlahkan keindahannya. Melihat kami tiba lewat dan duduk di belakang jemaah yang lain, Sheikh Hesham mengarah kami semua untuk duduk di saf paling hadapan kerana kami para musafir. Sheikh yang dikenali dengan sifat pemurahnya telah mengagih-agihkan naskah buku-buku tulisannya kepada kami. Kemudian pembacaan qasidah pun bermula diikuti dengan jamuan nasi ayam, dijamu khas oleh Sheikh sendiri untuk kumpulan kami. Jemaah yang lain pula dijamu dengan kebdah atau roti Arab bersama daging. Jamuan diakhiri dengan manisan kunafeh sebagai pencuci mulut. Liqo’ yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Hari yang ke-7 pengembaraan, kami bersolat Jumaat di Masjid Fadhil yang terletak di Kota 6 Oktober. Masjid yang dirasmikan oleh Sheikh Nuruddin Ali Jum’ah ini begitu indah tersergam dengan senibinanya yang unik. Ruang tandas dan wuduknya juga bersih dan sentiasa dijaga rapi. Laungan azan yang mendayu-dayu jelas kedengaran ketika kami berada di ruangan solat wanita di tingkat dua. Mujur kami datang awal kerana ramai wanita tempatan turut sama menyertai solat Jumaat. Seusai solat, kami terus menuju ke suatu sudut tertutup di bahagian belakang musolla lelaki untuk bertemu Sheikh ‘Ali Jumu’ah (mantan Mufti Besar Mesir) secara eksklusif. Kami rasa amat terharu dan teruja ketika berpeluang bersama beliau yang mengijazahkan 3 perkara. 1) Hadis Rahmah musalsal awwaliah 2) Sanad Mazhab Syafi’ee 3) Sanad tarekat siddiqiyyah syaziliyyah Majlis Ifta’ yang disampaikan Sheikh ‘Ali Jumu’ah berlangsung selepas solat Jumaat di Masjid Fadhil. Ramai hadirin termasuk Sheikh Dr. Amru al-Wirdaniy dan ahli Akademi Da’i yang lain duduk mengelilingi Sheikh ‘Ali di tengah-tengah musolla untuk mendengar sesi perkongsiannya. Kami amat gembira kerana Sheikh Amru ingin bertemu sebelum kami berangkat ke Alexandria.

Masjid al-Zahir Baybars terletak di antara daerah Geish dan Zahir. Suasana di situ agak sibuk pada malam Jumaat yang merupakan hujung minggu bagi warga Mesir untuk keluar bersantai. Ketika melewati gerbang masuk pintu masjid tersebut, terasa bagai sedang berada pada zaman Salahuddin al-Ayyubi. Inilah masjid peninggalan Sultan Mamluk Zahir Baybars al-Bunduqdari.1 Kini musollanya ditutup bagi kerja membaik pulih. Bila melangkah masuk, kami terpegun dengan keindahan suasana di ruang solat sementara masjid itu, dengan hamparan karpet, kanvas menutupi bumbungnya dan kain rentangg bercorak serta diterangi dengan cahaya lampu27


MEMORI TRAVELOG

Petang itu juga kami menjamu selera di Restoran Bahia di Kota 6 Oktober. Nasi Arab berserta ayam panggang, humus dan salad segar yang sangat lazat cukup untuk membekalkan tenaga bagi kami untuk perjalanan jauh ke Alexandria. Tatkala hari menjelang senja, para penggerai jalanan mula membuka meja dan membawa keluar barang-barang jualan mereka seperti kasut, jaket untuk musim sejuk, barang perhiasan dan pelbagai lagi. Malam pastinya lebih riuh dan ramai seperti pasar malam di Singapura. Kami yang sudah terbiasa melintas jalan dengan menggunakan lampu trafik agak kekok dan khuatir untuk menyeberang jalan di sana. Kebiasaannya penduduk tempatan akan melintas jalan dengan hanya memandang kepada pemandu kenderaan atau mengisyaratkan dengan tangan sebelum melintas. Ustaz Hasanuddin yang mengetuai rombongan menasihatkan untuk melintas secara berkumpulan. Ajaibnya, pelintas jalan tidak akan dimarahi pemandu, bahkan kenderaan mereka diperlahankan atau berhenti untuk memberi laluan. ALEXANDRIA - KINI KAMI DATANG Selepas menempuhi perjalanan ke Alexandria selama 3-4 jam, kami selamat tiba di Hotel Tolip yang terletak bertentangan dengan persisiran laut Mediterranean, sekitar jam 8 malam.

Kebanyakan sesi sewaktu pengajiannya, tidak memerlukan beliau merujuk pada sebuah buku atau nota. Katanya, segala penyampaiannya diberi ilham oleh Allah s.w.t. Majlis malam itu dimulakan dengan nasyid qasidah beramai-ramai dan seterusnya penyampaian cenderamata bagi Sheikh Muhammad. Beliau yang sangat dihormati amat berbesar hati menerima kami, dan memberi banyak motivasi juga inspirasi kepada orang ramai.

Malam itu juga kami dijemput menghadiri majlis Sheikh Muhammad Ibrahim Abd al-Baith al-Kittani di salah sebuah masjid di Iskandariah. Dalam hujan renyai-renyai, kami tiba di sana. Dalam keadaan yang gelap dan bising, kami tidak dapat meneliti persekitaran masjid dan struktur binaannya. Kami dibawa ke ruang lapang di mana terdapat ramai wanita bersama anak-anak mereka dan sekumpulan mahasiswi dari Indonesia yang datang bermalam di situ sementara menunggu majlis bermula. Apabila hujan turun, kanak-kanak begitu seronok pergi melihat ke luar tingkap kerana Mesir jarang dibasahi hujan. Selesai menjamu nasi dan daging kambing, kami menuju ke ruang utama masjid untuk berjumpa dengan Sheikh dan diberi layanan khas untuk duduk berdekatan. Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kittani merupakan seorang ulama besar dan antara muhaddith tersohor di Mesir. Beliau pernah bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. dan baginda memberikan beliau buku Hujjah Allah a’la al-‘Aalamin karangan Sheikh Yusuf ibn Ismail al-Nabhani. Lalu Baginda s.a.w. berkata kepada beliau, “Semoga Allah membuka kepada mu bagi segala perkara”. Memiliki perwatakan yang warak, beliau juga pernah menjadi murid kepada Sheikh Ali Jumu’ah, Sheikh Soleh ibn Muhammad al-Ja’fariy yang merupakan Imam Masjid al-Azhar dan bapanya sendiri Sheikh Ibrahim al-Kattani. 28

Kami juga sempat menziarah makam bapa beliau, Sheikh Ibrahim Abd al-Ba’ith al-Kittani yang turut memberi banyak pengajaran kepada Sheikh Muhammad. Pada malam terakhir kami di Kaherah, kami cukup bertuah kerana berpeluang bertemu dengan Sheikh Saeed Mamduh dan Sheikh Saad Gawish di rumah mereka meskipun ziarah ini tiada di dalam jadual kembara kami.

Bersambung di keluaran akan datang...


10.

TINTA ILMU

Nostalgia Di UIN, Jakarta Ustazah Khadijah Binte Suri Pegawai Eksekutif, Unit Sekretariat ARS, Pergas

29


TINTA ILMU

KETENTUAN ALLAH S.W.T. Lebih dari 3 tahun saya telah meninggalkan kota metropolitan yang sentiasa sesak tidak kira hari dan waktu. Namun pengalaman menetap di sana banyak mengajar saya tentang erti kehidupan. Walaupun ia bukan pilihan pertama saya untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Jakarta, Indonesia, saya yakin Allah s.w.t. telah merancangkan rencana yang terbaik untuk diri ini. Sebenarnya, melanjutkan pengajian di kota macet ini tidak ada dalam senarai perancangan masa depan saya. Cuba anda bayangkan, di saat anda tiada pilihan lain atas sebabsebab tertentu, anda terpaksa mengikut teman-teman yang telah membuat keputusan untuk belajar di kota ini. Dugaan demi dugaan ditempuhi sebelum ini, jelas telah menunjukkan saya tidak mempunyai pilihan lain. Namun, saya reda dengan ketentuan Allah s.w.t. Dan kini, saya melihat hikmah di sebalik segala yang berlaku. Ujian saya melanjutkan pengajian tinggi telah bermula sejak saya menuntut ijazah Diploma di salah sebuah kolej Islam di Johor, Malaysia. Apabila kita melanjutkan pengajian di luar negeri, banyak ujian yang dialami. Semasa di UIN, kami perlu mempelajari mata pelajaran Bahasa Indonesia dan juga yang berkaitan dengan undang-undang negara Indonesia seperti Hukum Perdata, Hukum Pidana, Hukum Tata Negara dan lain-lain lagi. Di sini, komunikasi sangat penting. Saya mengambil masa hampir 2 bulan untuk mempelajari Bahasa Indonesia agar mudah berkomunikasi dengan masyarakat awam. Mungkin ramai berpendapat bahawa Bahasa Melayu dan Indonesia tidak jauh bezanya. Tidak, ia mempunyai perbezaan ketara, lebih-lebih lagi bahasa ‘pasar’ mereka. PEMBELAJARAN DAN KULIAH Pensyarah-pensyarah di UIN Syarif Hidayatullah menerima kami dengan tangan terbuka, sering membantu kami dari segi pembelajaran, administrasi pelajar dan sebagainya. Mereka seringkali bertanyakan keadaan kami hidup di Indonesia, sama ada dapat menyesuaikan diri dari segi pengajian, kehidupan seharian dan sebagainya. Sistem pembelajaran kuliah di UIN Syarif Hidayatullah lebih kepada menyampaikan dalam bentuk presentation. Guru kuliah menyenaraikan tajuk-tajuk yang akan dipelajari sepanjang semester dan pelajar perlu mendapatkan maklumat topik tersebut. Kumpulan akan dibentuk oleh pelajar-pelajar kelas tersebut. Sebelum setiap kumpulan membincangkan seseuatu topik tersebut, mereka perlu berkongsi nota-nota presentation kepada sekelian pelajar-pelajar kelas itu. Di akhir kelas, guru kuliah akan memberikan maklumat tambahan dan maklum balas terhadap presentation tersebut. Manakala sistem peperiksaan kuliah adalah dalam bentuk jawapan esei. Sesetengah matapelajaran diuji dalam bentuk ‘openbook’,

namun para pelajar dibenarkan membawa nota kuliah sewaktu menduduki peperiksaan. Mengenai tempat penginapan pula, oleh kerana hostel universiti itu telah dipenuhi kesemuanya, kami perlu mencari ‘boarding house’ yang berdekatan. Alhamdulillah, sewaktu mencari boarding house yang sesuai, kami dibantu oleh ‘Rector’ UIN yang kebetulan mempunyai rumah-rumah untuk mahasiswa UIN. Rumah tersebut mempunyai 15 bilik dan disewa oleh pelajar-pelajar UIN dari pelbagai provinsi Indonesia. Kehidupan di kota ini membuka minda saya tentang keunikan Indonesia yang mempunyai banyak kelompok etnik atau suku bangsa. Saya juga berpeluang mempelajari serba sedikit sedikit bahasa daerah dan budaya kelompok etnik pelajar-pelajar yang datang dari Malaysia, Indonesia, Sudan, Cina dan lain-lain lagi.


TINTA ILMU

JAKARTA MACET SEAWAL 7.30 PAGI Jangka waktu dua setengah tahun berada di kota Jakarta tentu serba sedikit meninggalkan kesan dalam diri saya. Siapa tidak kenal Jakarta dengan keadaannya yang sentiasa sesak, hiruk-pikuk? Keadaan di sana yang mendidik saya agar bijak mengatur masa perjalanan dengan baik dan mempunyai “Plan B”. Sebagai warganegara Singapura yang sudah terbiasa dengan sistem yang rapi dan teratur, pada mulanya saya menghadapi ‘kejutan budaya’. Bayangkan anda perlu menempuh 2 hingga 3 jam, hanya untuk sampai ke destinasi yang dekat kerana kesesakan jalan raya telah bermula seawal jam tujuh setengah pagi. Kemacetan lalu lintas di Jakarta dari tahun ke tahun terus meningkat dan kota ini telah menanggung kerugian sehingga 67,5 trilion Rupiah (hampir 6 juta Dollar Singapura) pada tahun 2017.

Yang pasti kota Jakarta mempunyai banyak keunikannya. Siapa sangka di kota yang penuh hiruk pikuk ini, sebenarnya, telah mempunyai sistem transportasi “Grab” yang baru sekarang dikenalkan di Singapura, Gojek Cuma, “Grab” di sana bermula dengan motosikal atau dikenali sebagai “Ojek”. RESEPI KEJAYAAN

Mengikut satu tinjauan, ‘kemacetan’ jalan berlaku kerana jumlah kendaraan yang semakin meningkat setiap tahun dan melebihi kapasiti jalan raya. Namun masyarakat di sana masih menganggap jalan di ibu kota itu masih luas dan mereka menyalahkan pemerintah kerana menambah jumlah pengangkutan umum. Padahal pemerintah menambah dan memperbaiki pelbagai pengangkutan umum untuk mengurangi jumlah kendaraan milik peribadi. Hampir 900 hari menghirup udara di kota Jakarta telah mengajar saya erti kesabaran dan tolak ansur. Di saat kesesakan jalan raya, para pengguna dan pemandu seringkali menunjukkan sifat sabar, tolak ansur yang tinggi dan mereka jarang berkelahi. Yang paling menghairankan, jarang sekali saya melihat kemalangan jalan raya berlaku di sana. Kehidupan di sini juga mengasuh saya agar sentiasa berhatihati dengan keadaan dan masyarakat sekeliling. Antaranya, saya sendiri sempat merasakan gegaran gempa bumi, melihat jenayah yang menggerunkan berlaku di hadapan mata dan khalayak ramai. Sungguh licik kumpulan jenayah ini. Ya, dalam kumpulan yang terdiri dari 4 orang, 3 pemuda menaiki van di bahagian belakang dan seorang pemuda lagi duduk di sebelah pemandu. 3 pemuda bergilir-gilir menyerahkan telefon bimbit yang dicurinya dari sebuah beg tangan wanita secara sembunyi. Tidak sempat kumpulan ini turun dari van, anak kepada mangsa kecurian itu berkata, “Ma, itu hape (Hp) ma.” Telefon bimbit yang dipegang oleh salah seorang pencuri itu terlepas dari genggamannya. Dan mereka terus keluar dari van tersebut! Di Jakarta, kehadiran kumpulan pengemis di mana-mana menunjukkan adanya jurang kehidupan antara golongan kaya dan miskin. Ada yang mengemis dengan menggendong anak kecil, ada yang mengutip sampah untuk menyara kehidupan dan ada yang sampai tidur di tempat pembuangan sampah. Pengalaman sebegini telah menyedarkan saya agar sentiasa peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling kita dan menghulurkan bantuan bila perlu.

Bagi yang ingin melanjutkan pengajian di luar negeri, anda perlu mempersiapkan diri dari segi mental, fizikal dan sebagainya. Kehidupan di sana agak berbeza, sama ada dari sudut pergaulan dengan masyarakat, pelajar-pelajar, atau sistem pengajian mereka. Pengisian kerohanian seperti solat lima waktu, membaca Al-Quran, taat kepada ibubapa, hormat kepada pensyarah-pensyarah memainkan peranan penting kepada kejayaan yang ingin diperolehi. Tidak lupa untuk memelihara intelektual seperti menelaah di rumah selepas sesuatu yang dipelajari semasa di kuliah dan pandai membahagi masa di antara kewajipan-kewajipan yang dipikul. Sekiranya terasa diri telah tersasar dari tujuan utama, jangan lupa tajdid niat agar segala urusan kita dipermudahkan Allah s.w.t. Wallahu a’lam.


10. TINTA ILMU

Wasat Online Lungsuri https://wasatonline.wordpress.com Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan bagi menerbitkan penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura.

WASAT 23/SEPTEMBER 2018 Artikel pertama bertajuk Pandangan Wasatiy Mengenai Fiqh Iftiradhi (Jangkaan/Kemungkinan), oleh Ustaz Mustazah Bahari. Artikel ini memperkenalkan kepada para pembaca satu bentuk fiqah dan membicarakan pendapat ulama yang memboleh dan menolaknya. Berdasarkan pendapat-pendapat yang ada, penulis mencadangkan sikap yang sederhana terhadap bentuk fiqah ini. Sekali gus, penulis mengetengahkan idea akan kepentingan berfikir tentang kemungkinankemungkinan masa depan (futuristik) jika jelas maslahat dan keperluannya dan ia adalah bentuk penghayatan Islam yang sederhana. Artikel kedua Islam Sederhana Arab Saudi: Sumbangan Yang Terbatas?, oleh Ustaz Syed Huzaifah Alkaff. Artikel ini membicara akan usaha pembaharuan kerajaan Saudi Arabia untuk mewar-warkan Islam Sederhana di negara berkenaan bagi membaiki imej Islam konservatif yang sinonim dengannya. Penulis membicarakan latarbelakang dari usaha ini dan cabaran-cabarannya. Penulis berpendapat usaha ini hanya bakal mempunyai kadar kejayaan yang terbatas disebabkan kekangan struktur politik dalaman yang telah berakar umbi dan realiti geo-politik yang ada. 32

Artikel ketiga bertajuk, Apabila Gagal Memahami Agama Dengan Pengertian Yang Luas, oleh Mohd Hafiz Kusairi. Artikel ini mengulas sikap sesetengah Muslim yang mengamalkan ibadah-ibadah hanya pada tahap ritual fisikal dan kebaikan diri sahaja, sedangkan sudut nilai dan kaitan ibadah itu untuk kebaikan yang menjangkau diri sendiri terabai. Penulis melihat ini mempunyai kaitan dengan cara pembelajaran dan pengajaran agama yang sedia ada yang juga menatijahkan tiga akibat lain. Untuk mengatasinya pula, penulis mencadangkan tiga perkara. Bagi mengetahui tiga akibat lain dan tiga cadangan yang dibuat, bacalah artikel ini untuk dijadikan bahan renungan. WASAT 24/DISEMBER 2018 Artikel pertama bertajuk, Penafsiran Moden Terhadap Hukum Aurat Wanita: Satu Analisa, sumbangan Ustaz Mohammad Rizhan Bin Leman. Artikel ini mengemukakan dua tafsiran baru mengenai hukan memakai tudung bagi Muslimah dan kritikan terhadapnya berdasarkan metodologi pengambilan hukum tradisional. Keinginan untuk berfikiran kritikal dan mengemukakan hujah dan kritikan secara tenang dan bermetodologi adalah sifat wasatiyah yang terpuji yang menjadikan artikel ini relevan bagi Wasat.


TINTA ILMU

Artikel kedua bertajuk Blind Pursuit in Islamic Banking and Finance: Al-Wasat (Middle Path) Between Socially Responsible and Maximisation of Wealth, sumbangan Ustaz Mohd Jakfar Embek. Sebagaimana artikel pertama, artikel ini juga mengajak pembaca melihat secara kritikal tapi membina terhadap perkembangan industri perbankan dan kewangan Islam. Tanpa bertujuan untuk menidakkan kepentingan dan sumbangan industri ini bagi umat Islam, penulis mengemukakan keprihatinan bahawa ia berpotensi untuk jatuh dalam kesilapan industri perbankan dan kewangan konvensional sekiranya para pemain industri hanya mementingkan keuntungan dan kepentingan pemegang saham sahaja, dan tidak mempedulikan nasib golongan kelas bawahan dengan melakarkan dan melaksanakan pelan Tanggungjawab Sosial Korporat. Hal ini adalah penting kerana terdapat petanda bahawa memaksimakan keuntungan menjadi keutamaan menjangkiti industri ini dan menjejas prinsip keadilan yang sepatutnya menjadi teras industri ini.

Artikel ketiga bertajuk Commenting on the Problem with “Salafism�, sumbangan Umm Maryaam. Artikel ini mengulas secara kritikal sebuah artikel terbitan akhbar Today yang membicarakan aliran Salafi sebagai satu aliran yang bermasalah kerana sifat asasinya yang boleh menjejas keharmonian masyarakat, bahkan ancaman pada keselamatan negara. Penulis berpendapat pola pemikiran yang dikemukakan bersifat generalisasi dan tidak mengambilkira pelbagai kajian berkaitan aliran Salafi masa kini menyatakan bahawa ia bukan satu kelompok yang seragam (homogeneous). Sebaliknya aliran Salafi mengandungi pelbagai aliran yang walau pun mempunyai persamaan, tetapi juga berbeza sesama mereka. Sebahagian dari perbezaan ini menatijahkan ketegangan sesama mereka juga. Oleh itu, menyatakan secara umum bahawa aliran Salafi adalah bermasalah dan mana-mana individu yang beramal dengannya perlu diwaspadai, tidak membantu tujuan mewujudkan keharmonian masyarakat. Selamat Membaca! 33


10. TINTA ILMU

Perkongsian Ilmu Habib Umar Bin Muhammad Bin Hafidz:

Tanda-Tanda Ahli Tasawuf Terjemahan Ustaz Maaz Bin Sallim Imam Eksekutif, Masjid Al-Taqua

MENGETAHUI KELEBIHAN YANG DIANUGERAHKAN KE ATAS SESEORANG DAN MENINGGALKAN HASAD Sesungguhnya di antara ciri-ciri/keistimewaan mereka (Ahli Sufi) – sekalipun dalam masa yang sama, mereka itu berbaik sangka dan yakin dengan kebaikan yang ada pada orangorang Islam keseluruhannya – adalah menyikapi manusia sesuai dengan peringkatnya, meyakini bahawa terdapat kelebihan/kemuliaan pada sebahagian orang, bergembira di atas pemilihan khusus dari Allah ke atas sesiapa yang dikehendakiNya dengan nikmat dan hadiah daripadaNya. Maka dengan keistimewaan ini, mereka berusaha untuk meletakkan tiap hak itu pada tempatnya. Daripada Sayyidina Ali r.a., “Moga Allah s.w.t. meredai beliau dan memuliakan wajahnya telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Bersikaplah dengan manusia sesuai dengan peringkatnya. (Diriwayatkan oleh Ibn Asakir).” Daripada Sayyidatina Aisyah r.a. telah berkata: Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan kami agar bersikap dengan manusia sesuai dengan peringkat mereka (Diriwayatkan oleh Al-Khatib dan Al-Baihaqi di dalam Syu’ab Iman). Dan daripada Jubair Bin Al-Huwairith, bahawa Sayyidina Umar telah meminta pandangan daripada kalangan muslimin berkenaan perlantikan kabinetnya. Maka beliau memanggil Uqail Bin Abi Talib, Mukhramah Bin Naufal dan Jubair Bin Mut’im, mereka ini adalah daripada keturunan bangsa Quraisy, maka telah berkata Umar: “Calonlah manusia sesuai dengan kedudukan mereka. Maka mereka mencalonkan dengan 34

didahulukan Bani Hashim, kemudian Abu Bakar dan kaumnya, kemudian Umar dan kaumnya untuk khilafah. Apabila Umar melihat pencalonan tersebut, beliau berkata: Aku ingin sekali urutan seumpama ini, wallahi, akan tetapi mulalah dengan kaum kerabat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, yang terdekat didahulukan, sehinggalah mereka meletakkan Umar sebagaimana Allah s.w.t. meletakkannya.” (Diriwayatkan oleh Ibn Saad). Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Jauhilah engkau daripada hasad, sesungguhnya hasad akan memakan segala kebaikan, sepertimana api memakan kayu.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Abdun Bin Humaid dan Baihaqi di dalam Syu’ab Al-Iman). Dan telah berkata Al-Imam Al-Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumuddin: “Kemungkinan orang berhasad terhadap seseorang yang selalu mendapat pujian, kasih sayang dan kemuliaan. Dia inginkan agar nikmat tersebut hilang, maka tiadalah cara lain untuk mencapai tujuan tersebut melainkan dengan memburukburukkan orang tersebut, dia ingin menjatuhkan air muka saudaranya di hadapan manusia, agar mereka berhenti daripada melihat kemuliaannya seraya tidak lagi memujinya, kerana dia berasa berat untuk mendengar segala pujian manusia dan penghormatan yang diberikan kepada saudaranya, inilah hakikat hasad. Ia bukanlah daripada jenis kemarahan dan kedengkian, kerana jikalau demikian, akan menuntut satu jenayah di kalangan orang-orang yang mendapat kemurkaan. Hasad itu boleh jadi ia lahir dari kalangan rakan yang baik, dan teman rapat yang sentiasa menyetujui. Wallahu a’lam Bissawab


11. BOOK REVIEW

Tradition and Islamic Learning:

The Experience of Singapore Students in Al-Azhar Writer: Dr. Norshahril Saat Publisher: Singapore: Yusof Ishak Institute, 2018

ISBN: 978-981-4786-85-0 Reviewed by: Ukht Inshirah Binte Abdul Hadi Lim, Legal Executive

As the title connotes, the book centres on the experience of AlAzhar students, past and present. However, it provides sufficient enlightenment encompassing the rich history of the university and its legacy throughout the millennium, the socio-political effects alongside the spiritual and emotional relationship Muslims around the globe relate. This is Al-Azhar’s point of charm - the structure that witnessed Islamic revolution and development, from the Fatimid Caliphate to defending against the Crusader and Mongols to the era of Colonialism to Nationalism. Before unmasking the unique experience of Al-Azhar students (simply known as Azharites), the writer feeds us with a general understanding of the Sunni-majority Southeast Asian society perception of an authoritative religious figure, and the ideologies adopted by Muslims in the region. This is pertinent in comprehending the rationale behind Al-Azhar being chosen as the most popular destination to pursue higher religious education as compared to other institutions in the Middle- East and its stand in combating Islamic radicalism. The writer finally arrives at the highlight of the monograph, and the part readers eagerly wait for: The Experience of Singapore Students in Al-Azhar. As I did not have the intention to pursue my higher studies in the prestigious Islamic university, I was curious to know what motivates Azharites to choose Al-Azhar as the university of their choice, miles away from home and an area prone to political conflict. A handful of current students were selected as respondents to recount their experience as students in the university; thirtyseven current students to be exact. The writer thought it was quite ‘surprising’ that the main reason(s) cited by students who enrolled themselves in Al-Azhar was rarely attributed to the academic status of the university but rather the ‘spiritual and emotional’ connection they felt with the university whose alumni boasts highly respected ulama’ and religious authorities such as the former Mufti of Singapore, Syed Isa Semait, our current Mufti, Dr. Fatris Bakaram and Sheikh Ali Gomaa, the former Mufti of Egypt, all of whom they ‘idolized’ from a young age. Taking peek into their lives as Azharites, readers are able to witness second-hand, how the students struggle against the cultural difference and even, to some, the hostility faced from the locals. The inefficient administrative system most probably was and still remains the most ‘frustrating’ impediment in the journey of an Azharite. I can only imagine the level of forbearance for

students coming from an efficient and a highly systematic country like Singapore. As with everything else, there is always some sugar, spice and bitterness. ‘Despite having to overcome Third World Standards’, as the writer dictates, Azharites greatly appreciate the knowledge acquired from the university. The writer emphasised in different sections of the monograph that Al-Azhar, located in the Sunnimajority country, propagates a wasatiyyah approach - moderate ideas befitting Singaporean and Southeast Asian societies. Some, however expressed their discontent towards the academic system as students claimed that the syllabus lacks analytical thinking and are mostly non-assignment based but rather puts heavy reliance on memorisation skills (which may be perceived as a less effective way of learning). The writer then delves into a significant concern amongst the Azharites (or even any graduate)- securing an employment. However, I personally believe that Al-Azhar graduates are no less than other graduates and perhaps even more capable given their multilingual abilities and valuable experience gained as a student in a ‘Third World Standards’ country. Noting the marginal religious education sector, there are room for efforts to be maximised by the local religious authority and organisations to provide proper guidance for students in exploring their options prior to the point of decision-making in their career. Although they may not be conclusive opinions, bearing in mind that they are only a minute amount compared to the hundreds or perhaps thousands of graduates and present students, this monograph sheds some light on the reality of an Azharite to a certain extent. In this regard, I thought that more could be divulged on the experience of Singapore students in Al-Azhar as the portion discussed on the same seems inadequate considering the lengthy introduction. Overall, I found this monograph engaging despite being particularly factual and informative, as the writer tries to remain neutral with his outlook on Islamic learning and the Al-Azhar experience. Do not be deceived by the thickness, or the lack of it, of this literature. I gained more than I initially expected from the monograph. Through the monograph, the reader will be able to gain insights on the society’s belief stemming from its culture and tradition and how it influenced their understanding in Islam. A highly recommended blend of leisure and informative read! 35


AKIKAH SEPANJANG TAHUN B E RS A M A P E RG A S D I IN D O N E S IA

Dapatkan risalah amalan sunnah kelahiran bagi setiap tempahan akikah

Mentah

S$230 /biri-biri

C1 Masak (Masak)

S$260 /biri-biri

Diskaun Diskaun

S$20 /2 biri-biri

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, hubungi kami di 9100 4251

PENGURUSAN ESTET KEWANGAN Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya apabila engkau meninggalkan ahli waris kaya itu lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka miskin, meminta-minta kepada manusia dengan tangan mereka.� Al-Bukhari & Muslim

Wasiat Hibah Ruqba Faraid Zakat Fidyah * Konsultasi percuma untuk masa terhad 9022 5179

@fsac.singapore

190 Changi Road, #01-01A MDIS Building, Singapore 419974 6904 8374


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.