AR-RISALAH
ISU KEDUA PULUH SEMBILAN Jan-Apr 2019 ISSN 2424-8207
AKHLAK SEINDAH RASULULLAH
AR-RISALAH
Connect with us
Isu 29 (Jan - Apr 2019) ISSN 2424-8207
Editor
fb.com/Pergas.Singapore
@pergassingapura
youtube.com/PergasSingapura
@pergas_spore
Ukht Sundusia Rosdi
Pembaca Pruf Ustazah Nurhafizah Azman
Penyumbang Bahan
Get in touch
Ustaz Muhammad Abdul Mateen Bin Hisham Ustaz Mohamad Faizal Bin Mohd. Wahab Ustaz Muhammad Hasyim Bin Masnin Ustaz Muhammad Husin Bin Masnin Ustazah Hafizhah Bte Masnin Ustazah Nadia Hanim Bte Abdul Rahman Ustazah Nurhafizah Bte Azman Ukht Norhanna Yumi Bte Ibrahim Ukht Zunairah Bte Malee
www.pergas.org.sg
Arahan Seni & Rekaan Grafik mirror-mag.com/studio
Pencetak SENG LEE PRESS PTE LTD
Penerbit Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) 448 Changi Road Wisma Indah #03-01 Singapura 419975 Tel: 63469350 Fax: 63463450 Email: info@pergas.org.sg
The publisher and editor are unable to accept any liability for errors that may occur and any consequences arising from the use of information contained in the magazine. The reviews expressed do not necessarily reflect those of the publisher and editor. The publication of advertisements and advertorials within the magazine do not constitute any endorsement by the publisher and editor of the contents therein. Ar-Risalah is published by Pergas with permission from the copyright owner. ALL RIGHTS RESERVED. No part of this publication may be reproduced, stored or transmitted in any form, for any reason or by any means, whether redrawn, enlarged or otherwise altered including mechanical, photocopy, digital storage and retrieval or otherwise without the prior permission in writing from both the copyright owner and the publisher, except in the case of brief quotations embodied in critical articles and reviews.
KANDUNGAN
1. 2. 3. 4. 5.
Kalam Editor — 04 Fokus — • Akhlak Mulia Rasulullah s.a.w. 05 - 07 • Virtues Of A Muslim— with non-Muslims 08 - 11 Ayuh Berfikir! — • Islam, Melayu dan Budi 12 - 14 Ekonomi Islam — • Wang Simpanan CPF 15 Kenali Asatizah — • Ustaz Mohamad Faizal Bin Mohd. Wahab 16 - 18
6. 7. 8. 9.
10.
Aktiviti Pergas — 19 - 20 Kenali Pergas — • Buku-Buku Baharu Penerbitan Pergas 21 - 22 Memori Travelog — • Kembara Ilmu: Mesir 23 - 26 Tinta Ilmu — • BIRKH & Me 27 - 28 • Wasat Online 29 - 30 • Media Release 31 - 32 • Tanda-Tanda Ahli Sufi 33 - 34 Book Review — • Fulfilling The Trust: 50 Years of Shaping Muslim Religious Life in Singapore 35 3
KALAM EDITOR Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Assalamualaikum wr wb para pembaca yang dihormati Pengumuman tentang penubuhan sebuah Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (COFA) untuk menghasilkan sebuah tenaga kerja asatizah yang dilengkapi dengan kemahiran dan kecekapan juga bersedia untuk masa depan (future ready), amat dialu-alukan. Pelbagai pemegang taruhan dalam masyarakat akan didekati dan hasil dapatannya akan digunakan untuk melakar pembentukan tenaga kerja asatizah yang boleh memenuhi keperluan masyarakat Muslim Singapura yang berubah-ubah. Sehubungan ini, Al-Quran adalah prosedur standard operasi (SOP) yang paling menyeluruh dengan pelbagai panduan bagi setiap Muslim menuju ke arah yang lebih baik dengan berlandaskan syariat. Surah al-Hujurat (ayat 1 hingga 18) banyak berbicara mengenai umat termasuk peringatan dan teguran supaya kita menjadi Muslim yang berkeperibadian mulia. Namun, tanpa penjiwaan, penghayatan serta mengambil iktibar terhadap tafsiran setiap ayat al-Quran, kita tidak mampu menjadikan al-Quran sebagai cara hidup untuk melahirkan khairah ummah. Justeru, Ar-Risalah isu kali ini menjurus kepada pengamalan akhlak mulia seperti akhlak Nabi Muhammad s.a.w. yang disifatkan sebagai ‘Akhlak Al-Quran’ menurut Saiyidatina Aisyah r.a. (Hadis Riwayat Muslim). Bermula dengan rencana sulung Ustazah Nadia Hanim Abdul Rahman, pembaca diajak mencontohi “Akhlak Mulia Rasulullah s.a.w.” sebagai panduan hidup. Dalam konteks kehidupan bersama masyarakat majmuk di Singapura, Ustaz Mohd. Abdul Mateen Bin Hisham mengingatkan tentang amalan sikap mulia dalam menyantuni masyarakat bukan Islam melalui “Virtues of Muslim – Non-Muslims”. Ustaz Muhammad Husin Bin Masnin pula menjentik minda tentang “Islam, Melayu dan Budi”. Beliau menyentuh adat dan budaya Melayu yang mementingkan soal akhlak, adab dan budi yang juga selari dengan ajaran Islam.
4
Perlunya seseorang itu memilih untuk menghibahkan wangnya melalui instrumen nominasi atau pengagihan wang CPFnya mengikut hukum faraid atau kedua-duanya sekali turut dijelaskan. Ikuti pendirian Pergas mengenai pespektif Islam tentang musik khususnya ‘black metal music’. Kenali Asatizah pula mempaparkan antara inisiatif dalam mesej misi dakwah Ustaz Mohamad Faizal Bin Mohd. Wahab, iaitu #amalanhacks di sebuah masjid. Yang menanti sambungan travelog Kembara Ilmu Mesir, sila baca catatan selanjutnya. Ulasan Buku kali ini pula membicarakan perkembangan dan sumbangan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) selama 50 tahun sejak ditubuhkan pada 1968. Tidak semua orang berpeluang belajar agama di luar negara, namun bagi pelajar program BIRKH (Bachelor of Islamic Revealed Knowledge & Heritage) anjuran Pergas, beliau dapat meraih pengalaman intelektual yang amat berkesan lagi bernilai. Berbalik tentang akhlak, asatizah yang berdaftar di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) juga diperlukan mematuhi Kod Etika agar mereka dapat melaksanakan peranan yang dipertanggungjawabkan masyarakat. "Ini termasuk tidak menggalak ekstremisme atau keganasan, memburukkan kumpulan agama atau budaya lain, melakukan salah laku etika dan menggalak amalan memecah-belah." Selainnya, saya serahkan kepada pembaca untuk meraih manfaat hasil perkongsian ilmu daripada asatizah kita. Wallahu’alam Bissawab Wassalam Sundusia Rosdi
2. FOKUS
Akhlak Mulia Rasulullah s.a.w. Ustazah Nadia Hanim Binte Abdul Rahman Pengarah Al Wafa' & Bendahari Kehormat Majlis Tertinggi Pergas
5
FOKUS
“
Rasulullah s.a.w. adalah sebaik-baik manusia, pada rupa dan juga sikap
” AKHLAK PANDUAN UMAT
S
eorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya, “Apakah itu agama?” Baginda s.a.w. menjawab, “Akhlak yang mulia”.
Sayidina Ibnu Abbas berkata, “Nabi s.a.w. adalah orang yang paling murah hati. Kemurahan hati beliau paling menonjol pada bulan Ramadan”. Sayidina Jabir juga menceritakan, “Tidak pernah Baginda s.a.w. diminta sesuatu (oleh orang lain) lalu menjawab, tidak.”
Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
RASULULLAH S.A.W ADALAH YANG TERBAIK TERHADAP AHLI KELUARGA
Nabi Muhammad s.a.w. memperkenalkan agama yang telah disempurnakan oleh Allah s.w.t. dengan contoh tauladan dari akhlak mulia Baginda s.a.w. sendiri. Baginda Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja berucap dalam hadis-hadisnya tentang kepentingan berakhlak mulia bahkan mempamerkan sikap yang indah, selayaknya dijadikan panduan oleh umat manusia yang bersaksi atas keesaan Tuhan dan kerasulan Baginda s.a.w.
Rasulullah s.a.w. tidak pernah berlaku kasar kepada siapapun, apatah lagi terhadap ahli keluarganya. Baginda s.a.w. memperlakukan dengan penuh kebaikan dan penghormatan terhadap para isterinya dan juga anak-cucunya. Baginda s.a.w. membantu para isterinya dengan meringankan tugasan rumahtangga. Sayyidah Aisyah r.a. menceritakan, “Baginda s.a.w. biasa memperbaiki terompahnya, menjahit bajunya, melaksanakan pekerjaan dengan tangannya sendiri, seperti yang dilakukan salah seorang di antara kamu di dalam rumah. Baginda s.a.w. mencuci pakaiannya, memerah air susu dombanya, dan membereskan urusannya sendiri.”
Dari itu, jika kita mengaku sebagai seorang yang beragama dan ingin diiktiraf sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w., perlulah kita fahami inti agama yang sedang kita anuti, diterapkan dalam keperibadian kita dan menjadikannya sebagai pegangan hidup kita di muka bumi. KEPERIBADIAN MULIA RASULULLAH S.A.W. Inti agama adalah akhlak yang mulia dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah peribadi yang termulia sehingga dipuji oleh Allah s.w.t. dengan firman-Nya (Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang tinggi) Surah Al Qalam : 4 Sayidatina Aisyah r.a. pernah meriwayatkan ketika ditanya tentang diri Baginda s.a.w. dan beliau menjawab, “Akhlaknya adalah Al Quran”. Ungkapan ini menunjukkan betapa sempurnanya akhlak Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Seorang sahabat Baginda s.a.w. pernah mensifatkannya dengan berkata, “Rasulullah s.a.w. adalah sebaik-baik manusia, pada rupa dan juga sikap.” Baginda s.a.w berperibadi yang lembut, bersantun, rendah hati, murah hati, dermawan, sangat mudah memaafkan dan sentiasa bersabar dalam apa jua situasi. Sifat dan sikap mulia Baginda Nabi Muhammad s.a.w. merupakan akhlak yang dididik langsung oleh Allah s.w.t. 6
Rasulullah s.a.w. juga bersikap lembut dan menzahirkan rasa cinta kepada anak-cucunya. Setiap kali Sayyidah Fatimah r.a. datang ke rumah Baginda Nabi Muhammad s.a.w. dan jika mendapati ayahnya sedang duduk, Baginda s.a.w. akan langsung berdiri, mencium kening anaknya dan membawanya ke tempat duduknya. Pernah suatu ketika, seorang laki-laki yang bernama Alqamah melihat Baginda Nabi Muhammad s.a.w. sedang memeluk dan mencium cucu-cucunya yang masih kecil, kemudian Alqamah pun berkata, “Aku mempunyai sepuluh orang anak dan tidak seorang pun dari mereka aku ciumi”. Baginda s.a.w. pun berkata kepadanya, “Barangsiapa tidak mengasihani, tidak akan dikasihani (oleh Allah s.w.t.)” Sungguh benar bahawa Rasulullah adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan jika kita benar-benar mengikuti ajaran Baginda s.a.w. nescaya kita juga akan bersikap baik, lembut, sabar dan mengasihani ahli keluarga kita. Sayyidah Aisyah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya. Dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku”
FOKUS
ORANG YANG PALING DEKAT DAN DICINTAI OLEH RASULULLAH S.A.W. Di hari akhirat kelak, antara orang-orang yang beruntung kerana mendapatkan kemuliaan berada dekat dengan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. dan dicintainya bukanlah dari golongan yang rupawan ataupun dari golongan yang berpangkat dan berharta ketika di dunia bahkan bukan juga dari golongan yang kuat beribadah semata-mata. Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara kamu dan yang paling dekat kedudukannya denganku pada hari kiamat adalah yang paling baik akhlaknya.” Tidak ada salahnya untuk menjadi seorang yang kaya harta ataupun berpangkat ketika di dunia namun perlu diingat bahawa kemuliaan yang didapati di dunia hanya akan menjadi sia-sia jika ianya tidak terpandu dengan akhlak dan keperibadian mulia. Kepada yang tidak dipandang mulia ataupun dicela manusia ketika hidup, tidak perlu khuatir kerana pandangan mulia yang paling berharga dan menguntungkan adalah pandangan mulia daripada Allah s.w.t. dan cara mendapatkan kemuliaan itu adalah dengan menjaga sikap, menahan lidah serta amarah, berakhlak baik dan juga menebarkan kebaikan terhadap siapapun ketika di dunia. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin di hari kiamat melainkan akhlak yang baik, dan sesungguhnya Allah sangat membenci orang yang suka berbicara keji dan kotor.”
Di hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah Maha Pemurah menyukai kedermawanan dan akhlak yang mulia serta membenci akhlak yang rendah dan hina.” Jika kita mengaku diri sebagai seorang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, perlulah kita memahami agama dengan sebaiknya dan cuba sedaya upaya untuk meneliti ajaran Baginda s.a.w. yang sejati, kerana seseorang itu tidak layak mengaku dirinya sebagai seorang yang beriman ketika dirinya berlaku kasar, menyakiti, berkata kotor dan bersikap jauh dari ajaran Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” Agama kita adalah sebuah manifestasi segala kebaikan, akhlak dan keperibadian mulia yang telahpun dicontohkan oleh peribadi yang termulia, Baginda Nabi Muhammad s.a.w. sejak dari 1400 tahun yang lalu. Dari itu, agama yang kita anuti ini keseluruhannya adalah akhlak mulia yang dapat menuntun kita kepada keperibadian mulia.
Wallahua’lam 7
2. FOCUS
Virtues Of A Muslim — with non-Muslims Ustaz Muhammad Abdul Mateen Bin Hisham Project Officer, Office of the Mufti
gambar: Masjid Al-Mukminin 8
FOCUS
T
he Muslims’ devotion to secure their Deen (religion) calls for different ways from strengthening their faith to safeguarding it from arguable practices depending on how well they understand the religion and view its boundaries. In some instances, these boundaries are left unchecked hence causing the unaware to transgress into risky doctrines and practices derived from foreign concepts that contradict with the religion. It is clear and undisputable according to the Muslim’s belief how Islam, with the coming of Prophet Muhammad PBUH, is the only religion chosen by Allah S.W.T as seen in some verses mentioned in the Qur’an which resulted into a rigorous tradition to adhere to its teachings:
ِ ِ ِ ِْ يت لَ ُكم ال ْس َل َم ِدينًا ُ ت لَ ُك ْم دينَ ُك ْم َوأ َْتَ ْم ُ الْيـَْوَم أَ ْك َم ْل ُ ُ ت َعلَْي ُك ْم ن ْع َم ِت َوَرض Today, I have perfected your religion for you, and have completed My blessing upon you, and chosen Islam as Dīn (religion and a way of life) for you. [1]
ِ ِ ومن يـبت ِغ َغيـر ا ِإلس ِ ُالم دينًا فـَلَ ْن يـُْقبَ َل مْنه ْ َْ ََْ ْ َ َ Whoever seeks a faith other than Islam, it will never be accepted from Him [2] This act of devotion to those foreign in experiencing the faith can often be misunderstood as being in a wrong degree of zealousness and to some extent develop a notion of exclusive values. In truth, Islam sets clear boundaries that favours peaceful co-existence with differences including people of other faiths, thus promoting a strong scent of diversity that pre-dates the modern call for religious pluralism. The noble values of the Islamic teachings like love and compassion are not only limited to fellow Muslims but is extended to all of humanity at large as well. Islam neither leans to the extreme end of radical exclusivism that does not promote the likes of kindness, respect and proactive social relations with other peaceful religious communities nor to the other extreme end of violating its own boundaries. In the words of Mufti Taqi Uthmani ( Sunni Hanafi Maturidi Islamic scholar from Pakistan) during his visit to the Cambridge Muslim College; “The need of the hour is the middle path of integration within society; which lies between extremes of isolation and assimilation.” This short article looks to delve into some guided values on a Muslim’s approach to dealing with peaceful Non-Muslims.
THE BOND OF HUMANITY Muslims & Non-Muslims share the same bond of humanity regardless of the differences in ethnicity, culture or religion. All are descendants of Adam and Hawa’. Aside from ancestry, the fundamental bonds within humanity are shared and universal values, with the objective of achieving social peace and the values of love and harmony. [3]
َّاس إِنَّا َخلَ ْقنَا ُك ْم ِم ْن ذَ َك ٍر َوأُنـْثَى َو َج َع ْلنَا ُك ْم ُشعُوبًا َوقـَبَائِ َل لِتـََع َارفُوا ُ يا أَيـَُّها الن ِ ِ ِ ِ إِ َّن أَ ْكرَم ُكم عْن َد اللَّه أَتـَْقا ُكم إِ َّن اللَّهَ َعل ٌيم َخبري ْ ْ َ ٌ O mankind, We have created you from a male and a female, and made you into races and tribes, so that you may identify one another. Surely the noblest of you, in Allah’s sight, is the one who is most pious of you. Surely Allah is All-Knowing, All-Aware. [4] In other words, Allah S.W.T created mankind from a single origin, the mutual basis of all humanity. This basis is then followed by a set of values that is a practical translation of appreciating human dignity like kindness, justice and mercy. In this very same verse, Allah S.W.T introduced diversity in His perfect design that branches out from that single origin. The action that entails to this diversity is to know one another, a notion that promotes peace and co-existence. Allah S.W.T mentions in the Quran: ج
ِ َ إنَّا أَنزلْنَا إِلَي ِ ِ ال ِّق لِتَح ُكم بـي الن َ َْ َ ْ َْ ِاب ب ْ َ َُّاس بَا أ ََر َاك اللَّه َ َك الْكت ِ وَل تَ ُكن لِّْلخائِنِني خ يما ص َ ً َ َ َ
Surely, We have revealed to you the Book with the truth, so that you may judge between people according to what Allah has shown you. Do not be an advocate for those who breach trust. [5] The verse above was directed to people in general rather than specifying it to Muslims. The event where the verse was sent down, took place in Madinah when a group of Muslims accused a Jew of theft. They later found the Jew to be innocent and that the perpetrator was a fellow Muslim instead. If this truth were to be exposed, he would be prosecuted. This truth was then intended to be hidden to protect the Muslim thief from being punished accordingly, leaving the Jew to be prosecuted instead. The verse exposed the defect of blind affiliation or fanaticism to falsehood and unethical values while affirming the rights of the falsely accused non-Muslim to justice, freedom and security. [6]
9
FOCUS
Hence Islam as a bond that binds the perpetrator with the Muslim community together has been cut off when his unjust and oppressive action contradicts with the teachings of the religion. In other words, religion as a bond that connects a Muslim with his brother in faith should neither be an excuse to cut the bonds of humanity (ethical values) nor the bonds of citizenship (society). [7] KINDNESS & JUSTICE
ِ َّ ين َلْ يـَُقاتِلُوُك ْم ِف الدِّي ِن َوَلْ ُيْ ِر ُجوُك ْم ِم ْن ِديَا ِرُك ْم َ ال يـَنـَْها ُك ُم اللَّهُ َع ِن الذ ِِ ني ُّ وه ْم َوتـُْق ِسطُوا إِلَْي ِه ْم إِ َّن اللَّهَ ُِي َ ب الْ ُم ْقسط ُ أَ ْن تـَبـَُّر Allah does not forbid you as regards those who did not fight you on account of faith, and did not expel you from your homes, that you do good to them, and deal justly with them. Surely Allah loves those who maintain justice. [8] In this verse Allah S.W.T encourages Muslims to treat nonMuslims that do not preach animosity with Muslims because of their religion per-se, with kindness and justice. A step further than just respecting the presence and space of the religious other. Throughout the years, the religious communities in Singapore have embraced religious diversity and despite some regretful events, these communities showed maturity to rise above resentments of hate for the greater good of harmony. This includes expressing joy in the pleasure of others like congratulating them for their festive celebrations without celebrating it or offering condolences and standing in solidarity for their loss. In a 2014 study, the US-based Pew Research Centre named Singapore the most religiously diverse country in the world, and the Asia-Pacific the most religiously diverse region. The racial and religious harmony in Singapore today did not happen by chance, but by deliberate choices, policies and the collective will of our people. [9] In this very same verse Allah S.W.T shows us that the moral obligations of a Muslim are not exclusively applied to his fellow brother in faith but also to his equal in humanity. To be more precise, the bond between Muslims with one another is like a single body that involves a notion of attachment with each other while the bond between Muslims with NonMuslims are of an equally mutual relationship that negates any form of social prejudice.
10
RAHMAH Unlike Prophet Muhammad PBUH, the previous prophets that came before carried the message specifically for their people. The Prophet of mercy PBUH mentioned the universality of the message he carried in a hadith:
ِ َّ ث إِ َل قـوِم ِه خ ِ ت إِ َل الن ًَّاس َع َّامة ُّ َِوَكا َن الن ُ ْاصةً َوبُعث َ َْ ُ َّب يـُبـَْع Each of the Prophets that came before me was sent to a specific nation whereas I have been sent (as a prophet) to all nations [10] In addition to that, the Qur’an mentioned how the Prophet PBUH is sent as a mercy to all the worlds. This includes everyone and everything. From that note, it is clear how Mercy is an emphasised virtue within the religion. Derived from one of the attributes of Allah S.W.T The Most Merciful, Muslims strive to reflect mercy to all Allah’s creations. In a hadith narrated by Al-Imam Al Bayhaqi, the Prophet PBUH said:
: قال، كلنا يرحم: قالوا، )(والذي نفسي بيده ال يضع اهلل رمحته إال على رحيم ِ (لَيس بِر ْح ِة أ ِ ِ ِ اص ِة )ًَّاس َكافَّة َ َّ َحد ُك ْم ِف َخ َ ََ َ ْ َ صاحبه َح َّت يـَْر َح َم الن (By Him in Whose Hand my life is, Allah does not send down His mercy except to the merciful) They responded: we are all merciful. The Prophet replied: (The merciful has not become one just by showing it to his people, until he extends mercy to all of mankind) [11] Even after the departure of the Beloved Prophet PBUH, Muslims continued to be excellent models of the virtue. One notable example was during the era of Sayidina Umar ibn AlKhattab r.a. During his time as Caliph, non-Muslims enjoyed full religious freedom and civil liberties. They had the full right of practicing their own religious rituals and rights. As for the issue of enforcing conversion to Islam, Caliph ‘Umar and his administrators never adopted such policies and they always maintained the Quranic principle that there is no compulsion in religion. [12] Non-Muslims were granted protection from hostile forces outside and within. This meant that it came to a point where non-Muslims of the time even preferred to live under Caliph Umar’s sovereignty than to live under any other rulers. This treatment of minorities introduced to the world the value of appreciating diversity.
FOCUS
RIGHTS OF NEIGHBOURS
ِ ِو ْاعبُ ُدوا اللَّهَ وَل تُ ْش ِرُكوا بِِه َشْيئًا وبِالْوالِ َديْ ِن إِ ْحسانًا وبِ ِذي الْ ُقرَ ٰب والْيَتَ َام ٰى والْمساك ني َ َ َ َ َ ْ َ َ ََ َ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ت أَْيَانُ ُك ْم ْ الَار ذي الْ ُق ْرَ ٰب َو ْ َو ْ الصاحب ب ْ الَار َّ الُنُب َو َّ الَنب َوابْن ْ السبيل َوَما َملَ َك ِ ب َمن َكا َن مُْتَ ًال فَ ُخ ًورا ُّ إِ َّن اللَّهَ َل ُي Worship Allah, and do not associate with Him anything, and be good to parents and to kinsmen and orphans and the needy and the close neighbour and the distant neighbour and the companion at your side and the wayfarer and to those (slaves who are) owned by you. Surely, Allah does not like those who are arrogant, proud [13] In this verse, Allah S.W.T puts an emphasis for Muslims to be good and kind to the mentioned groups of people. One of which are our neighbours. Al-Imam Al-Qurtubi commented in his tafsir citing Nauf Asy-Syami’s interpretation of ‘close neighbour’ to be Muslim neighbours while ‘distant neighbour’ to be Jews and Christians. Al-Qurtubi then determined from that opinion that the command to be good with neighbours applies to both Muslims and non-Muslims. This verse displays how our neighbours regardless of religion or ethnicity are meant to be given certain rights. The rights of neighbours and respecting them are strongly emphasised in Islam which can be seen in a lot of Ahadith mentioned by Prophet Muhammad PBUH such as the constant reminders from Jibril AS to take care of neighbours.
ما زال جربيل يوصيين باجلار حىت ظننت أنه سيورثه Jibril kept reminding me of the neighbour’s right, until I thought he was going to appoint a share of the inheritance for a neighbour [14] The rights of neighbours are many such that the following examples would suffice to paint the right picture of social harmony; To constantly ask for their well-being. To always be willing to help when needed. Give respect. To visit and provide them financial aid when in need. To be considerate. Never spread rumours about your neighbour. Never incite disharmony with fellow neighbours. In a hadith, The Prophet strongly cautioned Muslims against creating uneasiness around their neighbourhood.
“ “من يا رسول اهلل؟: واهلل ال يؤمن!” قيل، واهلل اليؤمن،“واهلل ال يؤمن ” “الذي ال يأمن جاره بوائقه:قال “By Allah, he is not a believer! By Allah, he is not a believer! By Allah, he is not a believer.” It was asked, “Who is that, O Messenger of Allah?” He said, “One whose neighbour does not feel safe from his harm” [15] The hopes for Muslims to be religiously devout does not compel one to be seclusive from society but instead it is encouraged to be contributive while being religiously resilient in order to participate in enriching virtues to society. Temporal seclusion is necessary to evaluate one’s faith and approach with the intention to continue interact with reality effectively. While today our society enjoys peaceful interactions between various communities, we hope in continuously developing a good understanding between diversely religious communities will further nurture peaceful prospects in the future. Allah knows best.
References: [1] 5:3 , Al-Ma’idah Verse 3 [2] 3:85 , Al-Imran Verse 85 [3] Fiqh Hubb El-Hayaah, Shaykh Ali Gomaa [4] 49:13 , Al-Hujurat Verse 13 [5] 4:105 , An-Nisaa’ Verse 105 [6] Fiqh Hubb El-Hayaah, Shaykh Ali Gomaa [7] ibid [8] 60:8 , Al-Mumtahanah Verse 8 [9] Guarding Singapore’s unique religious harmony, Barry Desker for The Straits Times [10] Sahih Al-Bukhari, Al-Imam Al-Bukhari [11] Syu’ab Al-Iman, Al-Imam Al-Baihaqy [12] The Second Caliph ‘Umar & Extending Civil Liberties to Non-Muslims, Dar Al-Ifta’ Al-Misriyyah [13] 4:36 , An-Nisa Verse 36 [14] Sahih Muslim, Al-Imam Muslim [15] ibid
11
3. AYUH BERFIKIR!
Islam, Melayu dan Budi Ustaz Muhammad Husin Bin Masnin Pensyarah Bebas
12
AYUH BERFIKIR!
Yang kurik ialah kundi Yang merah ialah saga Yang baik ialah budi Yang indah adalah bahasa
K
edatangan Islam di setiap pelosok dunia telah memberikan cahaya kemajuan dan kejayaan hidup kepada masyarakat dan bangsa yang dahulunya hidup dalam kegelapan dan kemunduran. Kehidupan yang diselubungi dengan ketakutan, kezaliman dan peperangan dapat diubah menjadi kehidupan yang aman, adil dan berkasih sayang. Ini dapat dilihat bagaimana bangsa Arab yang hidup dalam keadaan jahiliyyah mampu bangkit dan mencapai peradaban yang memberi perubahan pesat terhadap dunia. Sejarah membuktikan bagaimana tamadun Islam memberikan kesan terhadap masyarakat Eropah yang ketika itu di dalam zaman Dark Age sehinggakan dapat beralih ke zaman Renaissance. Ini diperkatakan dengan baik oleh Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadwy di dalam bukunya Madza Khasira al-Alam Bi Inhitaatil Muslimin atau terjemahannya Kerugian Dunia Karena Kemunduran Islam. Penyebaran Islam tidak hanya terhad di rantau Arab sahaja, malah dengan semangat keimanan yang teguh, para pendakwah sanggup mengharungi lautan demi menyampaikan risalah ketauhidan terhadap bangsa-bangsa selain Arab. Cahaya Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan diteruskan oleh umatnya turut memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat di daerah Kepulauan Melayu-Indonesia. Agama Hindu-Buddha yang mula menjadi anutan di rantau ini telah bertukar menjadi agama Islam hasil dari para mubaligh Arab yang belayar ke sini. Kesan dari perubahan agama itulah yang telah merubah pandangan alam atau worldview masyarakat Melayu menjadi masyarakat yang bertamadun berteraskan Islam. Amalan khurafat, tahayul dan sistem pengkastaan telah diubah menjadi masyarakat yang mementingkan ilmu dan intelek di samping mengamalkan budi pekerti yang tinggi. Ini boleh dirujuk di dalam buku Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas. Seorang wanita Russia yang pakar dalam sejarah dan alam Melayu, Prof. Tatiana Denisova, apabila ditanya di dalam rancangan wawancara ‘Bicara’ di Singapura, mengenai apakah keistimewaan tamadun dan orang Melayu? Jawapan beliau ialah adab, kesopanan dan kelembutan. Menarik untuk dilihat di mana adat dan kebudayaan Melayu mementingkan akhlak atau budi yang baik. Ini selari dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik.” [H.R. Ahmad]
Akhlak, tingkah laku atau kelakuan boleh dimaksudkan sebagai budi. Malah perkataan budi juga membawa erti akal, kebijaksanaan. Maka orang yang berbudi disebut sebagai ‘budiman’. Manakala perkataan ‘budaya’ pula adalah asal dari gabungan ‘budi’ dan ‘daya’. Menurut Haji Agus Salim, ‘budi’ itu unsur yang mengandungi makna akal, fikiran, pengertian, kefahaman, pendapat dan perasaan. Manakala ‘daya’ itu membawa makna ikhtiar, kekuatan, kesanggupan atau kemampuan. Pendeta Dr. Muhammad Ariff Ahmad berkata di dalam bukunya Nilam, bahawa budi dapat dibahagikan kepada tiga: budi pekerti, budi bicara dan budi bahasa. Budi pekerti terbahagi pula kepada dua: Perilaku seseorang yang dilakukan untuk kebajikan dan manfaat bagi dirinya sendiri, seperti berdiri, berjalan, duduk, makan dan sebagainya. Perilaku seseorang berbuat kebajikan yang menyentuh pemandangan, perasaan dan sahsiah orang lain sama ada peribadi atau masyarakat, seperti berpakaian, bertutur, membantu dan sebagainya. Budi bicara: ialah prakarsa atau inisiatif serta kebijaksanaan seseorang mewujudkan minda dan rasa (hati) yang baik dalam dirinya. Seperti adil, saksama, sabar, yakin, tenang, berani dan sebagainya. Budi bahasa: ialah perilaku yang merupakan manifestasi peribadi seseorang, iaitu yang jadi ukur tara untuk menentukan nilai, maruah dan harga diri seseorang. Dengan melihat budi bahasanya, penilai sudah dapat menilai peribadi seseorang. Budi Bahasa itu selalu dikaitkan orang dengan adab dan adat. Jika seseorang mengatakan ‘orang itu tidak faham bahasa’, bermakna dia tidak tahu adat, sopan santun, atau budi. Justeru budi dan bahasa tidak dapat dipisahkan dalam bangsa Melayu. Maka terdapatlah kata-kata seperti bahasa jiwa bangsa, bahasa melambangkan bangsa, budi bahasa budaya kita. Sama juga seperti pantun:
Kuat rumah kerana sendi, Rosak sendi rumah binasa, Kuat bangsa kerana budi, Rosak budi hancurlah bangsa.
13
AYUH BERFIKIR!
Tropenmuseum, part of the National Museum of World Cultures
Budi, adab dan kesopanan ini boleh dilihat dalam adat dan budaya masyarakat Melayu contohnya dalam pergaulan seharian mereka. Bagaimana cara berinteraksi dengan orang yang lebih tua seperti tidak menyampuk ketika mereka sedang bercakap, mencium tangan mereka apabila bersalaman, menunduk apabila melintas di hadapan mereka dan sebagainya.
Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik dikenang jua
Peribahasa Melayu juga tidak terlepas dari mementingkan sifat mulia dalam diri seperti ‘bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk’ menunjukkan pentingnya sifat merendah diri; ‘ikut hati mati, ikut rasa binasa’ atau ‘ikut hati mati, ikut mata buta’ menunjukkan akan bahayanya menurut hawa nafsu.
Akhir sekali, perhatikan gurindam dua belas fasal yang kelima oleh Raja Ali Haji:
Jika dilihat pada adat pantang larang Melayu pula, terdapat juga cerminan akhlak atau budi yang baik seperti dilarang duduk di atas bantal kerana dipercayai akan timbul bisul. Tetapi ia sebenarnya kerana bantal itu merupakan tempat untuk meletakkan kepala dan tidak sopan jika diletakkan punggung. Ada juga pantang larang terhadap haiwan seperti larangan menyakiti haiwan kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan mengalami kecacatan. Tetapi sebenarnya larangan itu bertujuan untuk mengelakkan penganiayaan terhadap haiwan. Dalam pemakanan turut ada pantang larangnya juga seperti ketika memakan nasi maka perlu dihabiskan jikalau tidak nasi itu akan menangis. Sebenarnya ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pembaziran. Terdapat banyak lagi perkara-perkara di dalam adat dan kebudayaan Melayu yang mementingkan soal akhlak, adab dan budi sama ada terhadap diri sendiri, orang lain, haiwan dan hatta kepada alam seperti peribahasa ‘berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu’. Ini selari dengan ajaran Islam yang mementingkan penjagaan hubungan terhadap semua makhluk. Maka tidak mustahil masyarakat Melayu dikenali dengan kelembutan, kesopanan dan adabnya yang tinggi. 14
Jika hendak mengenal orang berbangsa Lihat kepada budi dan bahasa Jika hendak mengenal orang berbahagia Sangat memeliharakan yang sia-sia Jika hendak mengenal orang mulia Lihatlah kepada kelakuan dia Jika hendak mengenal orang yang berilmu Bertanya dan belajar tiadalah jemu Jika hendak mengenal orang yang berakal Di dalam dunia mengambil bekal Jika hendak mengenal orang yang baik perangai Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.
Wallahu a’lam.
4. EKONOMI ISLAM
WANG SIMPANAN CPF 1.
3.
5.
7.
Wang simpanan CPF boleh diberikan kepada sesiapa sahaja melalui cara nominasi.
Pemilik akaun CPF itu boleh terus menggunakan wang CPF yang masih di dalam tangannya kerana dia tidak menyatakan dengan bertulis jumlah wang yang dihibahkan, sebaliknya dia hanya menghibahkan sisa wang CPFnya selepas dia mati kelak. Pemilik akaun CPF juga boleh menggunakan cara nazar (nuzriah) jika dia tidak ingin menggunakan cara hibah, tetapi dia perlu melakukan kaffarah* terlebih dahulu apabila setiap kali dia ingin menukar nama penerima CPFnya dan membuat nominasi baru. Namun jika pemilik wang CPF itu tidak berniat untuk hibahkan wangnya melalui nominasi, maka orang yang telah diletakkan sebagai penerima tersebut perlu mengagihkannya melalui faraid.
*Kaffarah Nazar adalah dengan memberi 10 orang fakir miskin makan hingga kenyang atau memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin
2.
4.
6.
8.
Wang ini hanya dapat diterima oleh penama yang disenaraikan dalam borang nominasi itu selepas kematian pemilik akaun CPF tersebut. Fatwa pada tahun 2010 membolehkan seseorang itu memilih untuk menghibahkan wangnya melalui instrumen nominasi atau pengagihan wang CPFnya mengikut hukum faraid atau keduaduanya sekali.
Dia perlu meniatkan dalam hatinya bahawa dia telah menghibahkan wang CPFnya itu kepada penama di dalam borang nominasi.
Jika pemilik akaun CPF itu tidak melakukan sebarang nominasi, maka wang CPFnya akan diserahkan kepada jabatan amanah raya (Public Trustee) untuk diagihkan mengikut faraid.
Informasi dipetik daripada buku 'Huraian Ilmu Faraid' karya Ustaz Dr Firdaus Yahya. Buku ini boleh didapati di Perpustakaan Rujukan Syed Ahmad Semait Pergas (SASRL). 15
5. KENALI ASATIZAH Pengalaman bersama Madrasah di dalam proses pembangunan semula Madrasah banyak mengajar kami jerih payah mencari dana kewangan dengan menyaksikan bagaimana guru-guru kami berusaha melancarkan projek demi projek, dari jualan kurma amal Ramadan, kuih raya dan sebagainya. Kami juga turut ditugaskan membawa tabung di luar waktu sekolah, menjual kupon dan pelbagai lagi inisiatif. Pengalaman ini mengajar kami, bahawa pembangunan serta pendidikan kami banyak disokong oleh masyarakat tempatan. Saya yakin setiap penderma mempunyai hasrat yang besar agar para pelapis asatizah boleh berdakwah kepada masyarakat khususnya anak cucu mereka di masa hadapan kelak.
Ketua, Jabatan Dakwah Dan Pembelajaran Islam Masjid Al-Mukminin
Maka berkat doa masyarakat dan guru-guru terus mendorong saya dan kawan-kawan bersemangat untuk terus berkhidmat kepada masyarakat. Andai kata, ada di antara kami yang mungkin tidak mengajar sebagai ‘ustaz’ atau sebagainya, namun sikap untuk khidmat serta menyumbang kembali untuk masyarakat tetap ada dalam naluri kami. Manakala bagi saya buat masa ini, masjid merupakan wadah yang baik untuk meneruskan usaha ini bersama temanteman seperjuangan walaupun dengan cara dan pendekatan kami yang berbeza-beza.
Assalamualaikum wr wb. Ustaz. Kami berharap Ustaz dapat berkongsi latar belakang pendidikan Ustaz hingga ke institusi pengajian tinggi.
Apakah mesej yang Ustaz sering laungkan di dalam misi dakwah Ustaz? Apakah antara inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan untuk merealisasi misi dakwah Ustaz?
Waalaikummussalam wr wb. Terima kasih kerana mengundang saya sebagai tetamu di ruangan Kenali Asatizah kali ini. Saya adalah anak lelaki sulung daripada 2 adik beradik dan ayah kepada dua orang anak. Pendidikan awal saya bermula di Madrasah Al-Junied Al-Islamiah hingga ke peringkat Pra-U 2. Kemudian saya berpeluang melanjutkan pengajian ke kota Damsyik, Syria dan meraih ijazah sarjana muda di sana.
Setiap mesej serta tema yang kami lakarkan di sini perlu berdasarkan visi serta misi yang telah disepakati iaitu untuk melahirkan komuniti yang mampu memberi inspirasi kepada yang lain dengan akhlak yang murni dan mulia.
Sudah berapa lama Ustaz berkhidmat di masjid dan apakah jawatan Ustaz? Apakah yang mendorong Ustaz untuk berkhidmat di sektor masjid?
- Program untuk belia dan kanak-kanak • Backpacking with Ustaz Syakur (program terbaru berbentuk outdoor sempena cuti sekolah). • Mukminight (program qiyamullail khusus untuk belia). • Night cycling. • Usrah dan banyak lagi ceramah untuk golongan belia dan kanak-kanak.
USTAZ MOHAMAD FAIZAL BIN MOHD. WAHAB
Alhamdulillah, saya telah berkhidmat di Masjid Al-Mukminin ini selama 4 tahun dan kini menjadi Ketua Jabatan Dakwah dan Pembelajaran Islam di sana. Sebagai pelajar yang terdidik di Madrasah Al-Junied Al-Islamiah, saya pernah melalui fasa pembangunan semula Madrasah Al-Junied dengan menuntut dalam tiga bangunan Madrasah, iaitu bangunan lama di tapak yang sama hari ini dengan designnya yang lebih kurang sama dengan Istana Kampung Glam. Kemudian kami berpindah ke bangunan sementara di Winstedt Road. Akhir sekali kami pulang ke tapak asal dengan bangunan yang baharu di Victoria Lane seperti hari ini. 16
Alhamdulillah dengan visi dan misi ini dapatlah dilaksanakan beberapa inisiatif seperti berikut:
- Program untuk golongan dewasa • Kursus pembangunan masyarakat (kursus solat, kursus alam barzah, kursus untuk keharmonian pasangan rumahtangga dan lain lain lagi) • Kursus Halaqah pembacaan kitab • Kursus Halaqah tadaarus dan tarannum • Dan lain-lain lagi
KENALI ASATIZAH
Kami mendapat tahu mengenai beberapa inisiatif dakwah Masjid Al-Mukminin yang sangat unik. Antaranya; Mesej #papanhitam, siri video #amalanhacks, mesej-mesej dan video mengenai #inspiringmukmin, dan pemberian makanan dan minuman pada hari Jumaat kepada kaum Muslim juga Non-Muslim. Bagaimana inisiatif ini bermula dan apakah mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat umum? Di Masjid ini atau secara ‘amnya gerakan dakwah di Singapura ini, kita bergerak secara berkumpulan dan bukan secara solo. Perkongsian idea itu sangat penting di dalam saling melengkapi ruang-ruang yang perlu diperbaiki. Justeru, idea-idea baru serta kreativiti baru kebanyakan datang dari perkongsian temanteman serta maklum balas para jemaah kami sendiri. Sebagai contoh #amalanhacks itu sendiri, lahirnya dari sesi sembang dengan salah seorang sukarelawan kami yang menyuarakan hasratnya yang lebih gemar untuk melakukan amalan-amalan pendek dan padat secara beristiqamah bersesuaian dengan kesibukan beliau. Dari sini, timbul inisiatif tersebut. Begitulah kami dididik agar mengambil berat setiap persoalan dan saranan daripada jemaah dan memikirkan cara yang terbaik dan kreatif untuk menjawabnya dengan manfaat yang lebih meluas. Mesejnya itu mudah, Rasulullah s.a.w. itu sebagai Rahmat ke seluruh alam. Laungan ini kita cuba sedaya upaya untuk disebar bukan hanya dalam masjid-masjid, malah di luar kawasan masjid samaada dengan cara visual, iaitu seperti di skrin telefon bimbit, ataupun dari sudut praktikal, iaitu dengan mengamalkan akhlak murni Baginda s.a.w. dengan masyarakat di luar sana.
Menurut Ustaz, apakah ciri-ciri dan keperibadian yang patut ada pada seorang pendakwah? Mengapa? Guru-guru kami pernah berpesan, pendakwah itu perlu mempunyai ilmu, personaliti yang baik, bersifat ikhlas dan sentiasa bersangka baik Orang yang tidak mempunyai ilmu, tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain. Dengan berkongsi ilmu, kami percaya ia pasti akan bertambah. Apabila seseorang itu memimpin, secara automatik dia akan senantiasa belajar, “Leaders are learners. Apabila pemimpin itu berhenti belajar, bererti dia juga harus berhenti memimpin, “when you stop learning, you stop leading”. Seorang pendakwah perlu mempunyai personality yang elok termasuk penampilan luaran juga perwatakan dan akhlak yang diyakini. Mereka harus bersedia memberikan yang terbaik. Tiada istilah working hour atau punch card dalam hal ini. Urusan pejabat mungkin selesai selepas jam 5 petang, tetapi akhlak seorang pendakwah yang tiada ‘office hour’nya itu tetap diperhatikan oleh masyarakat pada setiap masa, walau di luar waktu kerja. Dengan personaliti yang baik, berbekalkan ilmu dan pesanan guru-guru kami, ikhlas merupakan komponen penting dalam bidang ini. Kami sering dipesan bahawa setiap yang disampaikan itu, jika datang dari hati yang ikhlas, pasti ia akan masuk ke dalam hati pendengarnya juga. Akhir sekali ialah bersangka baik, sebagai pendakwah, kita akan bertemu pelbagai situasi serta karenah mad’unya. Kami sering dipesan “Jika tidak boleh bersangka baik, janganlah bersangka buruk”
17
KENALI ASATIZAH
Tren berdakwah melalui media sosial semakin meningkat di kalangan masyarakat kita. Apakah etika yang perlu ada pada seorang pendakwah yang aktif melalui medium ini? Dan apakah etika seorang mad’u pula? Secara dasarnya, berdakwah ini boleh dipraktikkan dalam pelbagai cara yang bersesuaian dengan keadaan dan tempat. Pada zaman ini, media sosial merupakan platform tumpuan masyarakat meliputi setiap lapisan umur. Seorang pendakwah perlu ada sifat ambil tahu agar ia lebih peka dengan keadaan masyarakat dan juga topik-topik yang hangat diperbincangkan masa kini agar konteks serta cara pendekatan mereka terhadap masyarakat kekal relevan. Dalam hal ini, pendakwah perlu ada sedikit sikap ‘busy body’. Jangan salah faham, apa yang saya maksudkan dengan busy body di sini dalam bentuk positif, kerana kita semua merupakan ‘satu body’. Jika salah satu anggota badan kita sakit, pasti anggota yang lain terasa sakitnya juga. Sikap ambil tahu minat serta masalah mad’u kita ini penting sebelum membuat sebarang perancangan. Setelah itu semua diambil kira, boleh dilakarkan rancangan pendekatan dengan beberapa etika di bawah ini: • Sampaikan hanya berita benar yang bersesuaian dengan setiap lapisan masyarakat yang bakal melihat apa yang kita paparkan. Terkadang apa yang disampaikan itu benar belaka dan tiada salah dari segi informasinya, namun yang membaca dan menerima informasi tersebut belum tentu mampu faham atau mengerti makna sebenar disebalik apa yang ingin disampaikan. Sebagai contoh: latihan untuk pesilat black belt, tidak boleh diberikan 18
kepada white belt, bukan kerana latihan itu salah atau tidak bagus, tapi kerana tidak kena kepada sasarannya kerana belum sampai tahap ilmunya. •
Sebagai asatizah yang bergerak secara berkumpulan di media sosial, kami cuba sedaya upaya untuk mengelakkan posting yang boleh mengundang perbincangan yang tidak sihat di ruangan komen seperti perdebatan yang tiada penghujungnya.
•
Asatizah perlu mengambil langkah berjaga-jaga dalam menangani isu-isu terkini dan isu hangat serta mengambil tindakan yang sewajarnya dengan hikmah dan kasih sayang agar suasana menjadi tenang.
Sila Ustaz kongsi kata-kata mutiara untuk renungan dan manfaat pembaca. “Setiap manusia itu ibarat gelas diisi air dan gula. Walaupun gulanya ada, tetapi jika air itu tidak dikacau, manisnya tidak terasa jika diminum airnya. Tapi apabila telah dikacau, air itu pasti akan terasa manisnya.” Begitu juga dengan manusia, setiap manusia pasti ada ciri-ciri kebaikan serta nilai yang luhur dan murni dalam diri masingmasing. Hanya perlu disentuh dengan sentuhan rahmah dan kasih-sayang, jika caranya betul dan pada saat yang tepat, pasti kebaikan serta nilai murni itu akan terpamer dengan sendirinya.” Wallahu a’lam Bissawab
6. AKTIVITI Pergas
Aktiviti Pergas
19
Kunjungan Muhibbah dari wakil-wakil Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Jan - Apr 2019 JAN 9
Kunjungan Muhibbah dari wakil-wakil Darul Quran, Jakim ke Pergas.
30
Sesi Diskusi Meja Bundar bertajuk “Kepimpinan 'Non-Muslim' Bagi Muslim Minoriti” dibentangkan oleh Ustaz Dr Muhammad Haniff Bin Hassan di Pergas.
15
Kunjungan Muhibbah dari wakil-wakil Universitas Muhammadiyah Sukarta, Jakarta.
FEB 16
Majlis Zikir Bulanan bertempat di Masjid Sultan pimpinan Ustaz Mohamad Hasbi Bin Hassan.
20
Forum siaran langsung melalui Facebook Live Pergas bertajuk “Perpaduan Dalam Keluarga: Perspektif Adam dan Hawa” disampaikan oleh Encik Md Khair Bin Md Noor dan Ustazah Hamidunnisah berserta moderator Ustaz Mohd Noor Mustaqim Bin Abdullah.
19
Majlis Zikir Bulanan bertempat di Masjid Sultan pimpinan Ustaz Mohamad Hasbi Hassan. Hari Orientasi Pelajar (HOPe) untuk para pelajar baru anjuran bersama IPIP dan MPP di Oditorium Madrasah Aljunied Al-Islamiah.
22
Kutipan Tabung Jumaat di seluruh masjid-masjid di Singapura.
MAC 15-17
Penjualan buku-buku penerbitan Pergas di Bazar Ilmu Masjid Kassim.
16
Majlis Zikir Bulanan bertempat di Masjid Sultan pimpinan Ustaz Mohamad Hasbi Bin Hassan. 19
AKTIVITI Pergas
20
Forum siaran langsung melalui Facebook Live Pergas bertajuk “Manisnya Ukhuwwah” disampaikan oleh Ustaz Asysallehan Bin Ali dan Encik Mohsin Bin Mohd Rashid berserta moderator Ustaz Mohd Noor Mustaqim Bin Abdullah.
5, 6, 12, 13, 19, 20, 26 & 27
Program Sijil Kemahiran Asas Kaunseling Islam untuk asatizah anjuran Unit Pembangunan Asatizah dan Latihan telah dikelolakan oleh Encik Muhammad Haikal Bin Jamil.
20-21
Program The Muraja’ah bagi kitab Al-Muqaddimah Al-Ajrumiyah kelolaan Perhimpunan Asatizah Muda (YAA) dianjurkan untuk para pelajar Pra-Universiti Madrasah dan yang akan melanjutkan pengajian ke institusi Islam di Timur Tengah.
12 & 13
Daurah Asatizah mengenai kitab Qawaid Al-‘Aqa’id bersama Shaykh Dr Muhammad Yahya Al Husayni An Ninowy untuk para asatizah.
26
Program Pre Departure Tausiyyah anjuran YAA untuk para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Institusi Islam luar negara.
APR 1
Ceramah siri “Kesederhanaan Dalam Islam” anjuran bersama Pergas dan Masjid Al-Islah bertajuk “Rasulullah Contoh Gemilang, Pendamai Masyarakat Terbilang” telah disampaikan oleh Ustaz Md Khairi Nazron.
2
Ceramah siri “Kesederhanaan Dalam Islam” anjuran bersama Pergas dan Masjid Al-Islah bertajuk “Tetap Beradab Walau Berbeza” telah disampaikan oleh Ustaz Asysallehan Bin Ali.
3
Ceramah siri “Kesederhanaan Dalam Islam” anjuran bersama Pergas dan Masjid Al-Islah bertajuk “Bolehkah Berlaku Baik Kepada Bukan Islam?” telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Bin Md Yusoff.
5, 12 & 26
Program Daurah Tholabah kitab Aqidatul Awam anjuran YAA dengan kerjasama Tradisi Halaqah diadakan untuk para pelajar institusi Islam. 20
12 & 13
Daurah Asatizah mengenai kitab Qawaid Al-‘Aqa’id bersama Shaykh Dr Muhammad Yahya Al Husayni An Ninowy untuk para asatizah.
14
Majlis Selawat Ke Atas Rasulullah SAW pimpinan Ustaz Mohamad Hasbi bin Hassan bertajuk “Nabi Muhammad SAW Contoh Tauladan Kepada Muslim Moden” bertempat di Masjid Al-Mukminin anjuran bersama Pergas dan Masjid Al-Mukminin.
27
Daurah Asatizah bersama Ustaz Dr Umar Bin Muhammad Noor mengenai kitab Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
7. KENALI Pergas
Buku-Buku Baharu Penerbitan Pergas
ajuk penulisan ilmiah tulisan asatizah kelahiran Singapura
nyumbangkan kepakaran dalam penyebaran dakwah untuk
arai buku-buku, bab buku atau artikel majalah juga akhbar
n ini diharapkan menjadi bukti sumbangan asatizah dalam
umber pengkaji generasi muda.
pendidikan asatizah kita yang aktif menulis ini, senarai ini
ajian, latar belakang kerjaya dan pengalaman mereka, juga
u, bibliografi ini juga berfungsi sebagai direktori / leksikon
kan senarai tulisan asatizah ini memberi manfaat kepada
usnya para pengkaji dalam bidang dakwah Islamiah.
leh:
Bibliografi Penulisan Asatizah Singapura: Warisan Karya Sepanjang 100 Tahun (1906 - 2018)
gapura: Karya Warisan Sepanjang 100 tahun (1906 – 2018)
Masyarakat Melayu/Islam Singapura merupakan golongan minoriti yang bertuah kerana dikurniai barisan tokoh-tokoh agama Islam dan ulama yang berperanan besar dalam kemajuan dakwah Islam setempat. Sejak 2011, Pergas telah berjaya mengumpul maklumat dari pelbagai sumber, untuk misi menghargai bakti dan membukukan perihal perjuangan ulama, demi kesinambungan dan pelestarian sejarah perkembangan dakwah Islamiah Singapura.
Bibliografi Penulisan
OBOR Siri 3 UMMAH
Jejak Tokoh Agama Islam di Singapura
Obor Ummah: Jejak Tokoh Agama Islam di Singapura, Siri 3 ini Asatizah menyorot Singapura: jasa bakti lagi dua puluh orang asatizah, cendekiawan Islam dan pemimpin Islam yang berperanan besar dalam kemajuan masyarakat Melayu / Islam setempat, sama ada dalam bidang pendidikan agama atau ehwal sosio-ekonomi. Dalam kalangan mereka, ada yang dianggap sebagai ulama atau kiai berdasarkan latar pengetahuan ilmu, kebijaksanaan umum dan ilmu agama Islam yang dimiliki berkaitan dengan kemaslahatan umat. Ikuti latar belakang kehidupan, pelajaran, sumbangan serta aliran pemikiran mereka dalam buku ini. Semoga perjuangan mereka sebagai da’i dan penyebar pengetahuan Islam menjadi pencetus semangat dan inspirasi kepada asatizah dan para pemimpin generasi akan datang.
Diterbitkan oleh:
Disokong oleh:
PERSAT UA N ULA MA DA N GURU- GURU AGA MA IS LA M SINGAP UR A PERSATUAN UL AMA DAN GURU-GURU AGAMA ISL AM SINGAPURA (PERGAS)
ALHAMDULILLAH, Pergas telah menerbitkan 2 judul buku sempena Pameran “Treasures of Muslim Scholars : 100 years of writings” yang dilancarkan pada 1 Ogos 2019, di Perpustakaan Negara dan dirasmikan oleh Presiden, Puan Halimah Yaacob. Buku pertama ialah “Bibliografi Penulisan Asatizah Singapura: Warisan Karya Sepanjang 100 tahun (1906 – 2018)”. Kompilasi ini menyenaraikan 3200 entri / tajuk penulisan ilmiah tulisan asatizah kelahiran Singapura atau luar negara yang pernah menyumbangkan kepakaran dalam penyebaran dakwah untuk masyarakat Islam Singapura. Senarai buku-buku, bab buku atau artikel majalah juga akhbar terbitan sepanjang lebih 100 tahun ini diharapkan menjadi bukti sumbangan asatizah dalam bidang penulisan dan bahan narasumber pengkaji generasi muda. Untuk mengenali latar belakang pendidikan para asatizah yang aktif menulis ini, senarai ini juga menyertakan kelulusan pengajian mereka, latar belakang kerjaya dan pengalaman mereka juga anugerah yang diperolehi. Justeru, bibliografi ini juga berfungsi sebagai direktori / leksikon para asatizah Singapura.
Buku kedua, Obor Ummah: Jejak Tokoh Agama Islam di Singapura, Siri 3 ini menyorot jasa bakti lagi dua puluh orang asatizah, cendekiawan Islam dan pemimpin Islam yang berperanan besar dalam kemajuan dakwah Islam setempat. Pendokumentasian biografi tokoh-tokoh Islam ini termasuk biografi seorang alim yang kurang dikenali ramai, iaitu Kiai Haji Abbas Mohd. Taha (1885 –1946), Kadi Besar (kedua) Singapura. Beliau juga merupakan satu-satunya pengarang berbangsa Melayu di majalah Al-Imam (1906-1908). Corak pemikirannya dikatakan lebih mendahului zamannya dan aktiviti kemasyarakatannya seharusnya dicontohi. Tokoh-tokoh lain termasuk ulama yang menyumbang bakti kepada pendidikan agama Singapura, sama ada melalui madrasah-madrasah sepenuh masa, mingguan atau sekolah aliran Melayu seperti Almarhum-almarhum Kiai Mahfuz Bin Dahlan, Ustaz Jailani Bin Imam, Ustaz Hussin Bin Suradi, Ustaz Muhammad Bin Rais, Ustaz Khairuddin Bin Abdul Hamid, Ustaz Muhd. Kamil Bin Suhaimi, Ustaz Mohd. Tarmidi Bin Ihsan dan Ustaz Abdul Halim Bin Mohd. Noor. Ulama mapan termasuk Ustaz Syed Abdul Rahman Alkaff dan Habib Abas Alsagoff telah mendedikasikan seluruh hidup mereka untuk mendidik masyarakat dengan ilmu agama sepenuh masa. 21
KENALI Pergas
M
gkasan perbahasan tentang ilmu hadith. Matlamat buku ini
rikan asas-asas ilmu sebagai pembuka jalan bagi perbincangan
m pada peringkat selanjutnya. Kebanyakan perbahasan dalam
ruddīn ‘Itr, Dr. Muṣṭafā Sa‘īd al-Khan, Dr. Badī’ al-Sayyid ‘Ali Nāyif al-Biqā‘ī. Buku-buku ‘Ulūm al-Ḥadīth karangan
an terkemudian turut dirujuk. Dalam setiap perbahasan,
n kepada aspek definisi berserta contoh-contoh yang
r setiap perbahasan, pembaca turut diperkenalkan dengan
eh dirujuk dalam perbahasan tersebut. Buku ini insya Allah dijadikan buku pegangan dalam kelas-kelas pengajian ilmu
t permulaan.
Al-Hadith UlumUlum Al-Hadith
ipada buku-buku ilmu hadith dan mustalah karangan ulama
U MUmar A R MMuhammad UHAMMAD N OOR Dr Noor
Ulum Al-Hadith UmarMuhammad Muhammad Noor DrDrUmar Noor
ISBN 978-981-14-0081-0
I
P
I
P
INSTITUT PENGAJIAN ISLAM PERGAS
Sebagai pendakwah bebas, nama-nama ulama termasuk Ustaz Abdul Rahman Bin Harun (Pengasas Muhammadiyah), Kiai Muhammad Hassan Ash’ari (pembimbing Thoriqah AlQadariyyah wa Naqsyabandiyyah (TQN), Ustaz Muhammad Hafi Bin Hakim, Ustaz Ya’acob Bin Elias, Ustaz Abdul Salam Bin Mohd. Sultan dan Ustaz Zhulkeflee Bin Ismail memang tidak asing lagi pada tahun-tahun 1960an hingga era milenia. Kami juga tidak melupakan jasa Ustazah Sa’adah Bte Muhammad Fadhlullah Suhaimi, mantan mudirah Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah dan Ustazah Latifah Bte Ishak, mantan mudirah Madrasah Alsagoff Al-Islamiah yang membuka pintu kepada pelajar-pelajar perempuan untuk mendapat pendidikan sejak tahun 1940-an lagi. Mereka juga merupakan antara asatizah wanita terawal yang berpeluang mendapat didikan agama di institusi luar negara sedangkan pada masa itu masyarakat Melayu / Islam menganggap tindakan keluarga mereka menghantar anak-anak perempuan menuntut ilmu sebagai taboo. Selain kededua buku ini, Institusi Pengajian Islam Pergas juga menerbitkan buku bertajuk “Ulum al-Hadith” tulisan Dr Umar Muhammad Noor. Ia merupakan ringkasan perbahasan tentang ilmu hadis dengan tujuan memberi asas-asas ilmu sebagai pembuka jalan bagi perbincangan yang lebih mendalam. Dalam setiap perbahasan yang merujuk kepada buku-buku ilmu hadis dan mustalah karangan ulama Syam yang terkenal ini, penekanan diberikan kepada aspek definisi berserta contoh22
contoh yang munasabah. Kitab-kitab rujukan yang digunakan dalam perbahasan juga disenaraikan. Buku ini sesuai untuk kelas-kelas pengajian hadis peringkat permulaan. Sementara itu, Pergas telah mengambil inisiatif untuk menterjemahkan dan menerbitkan buku “Obor Ummah Siri ke 2” ke dalam Bahasa Inggeris agar pembaca bukan Melayu dapat mengetahui sumbangan 20 asatizah tempatan dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Beacons of the Ummah: Tracing the footsteps of Singapore Islamic Religious Leaders - 2nd series mempaparkan kehidupan dan perjuangan ulama mapan termasuk almarhum-almarhum Kiai Hassan Bin Ahmad (Hassan Bandung), Ustaz Mofradi Bin Md. Noor, Kiai Kassim Bin Adnan, Ustaz Said Bin Ibrahim, Ustaz Razali Bin Abdullah, Ustaz Salleh Bin Muhd. Piah, Ustaz Mohd. Amin Bin Muslim, Ustaz Amir Bin Mohd. Rais, Ustaz Mohamed Ibrahim Bin Mohamed Kassim, Syed Ali Redha Alsagoff, Ustaz Muhammad Sinarwatar @Peer Mohammad Bin Seeni Rawther, Ustazah Khamsiah Bte Ahmad, Moulavi Babu Sahib, Ustaz Muhammad Noor Bin Taib, Ustaz Shaikh Ja’afar Banafie, Ustaz Osman Bin Jantan, Ustaz Mahmood Bin Abdul Majid, Ustazah Sharifah Badriyah Bte Syed Ali Alsagoff dan Ustaz Mohd. Masbur Bin Ahmat. Semoga dengan penerbitan keempat-empat buku ini dapat menambahkan khazanah warisan ulama tempatan untuk generasi akan datang. Selamat membaca dan menimba ilmu.
8.
MEMORI TRAVELOG
Kembara Ilmu: Mesir 24 Nov – 4 Dis 2018 (Bahagian Kedua)
Ustazah Hafizhah Bte Masnin Pegawai Eksekutif, Institut Pengajian Tinggi Al Zuhri
23
MEMORI TRAVELOG
REHLAH Dalam pengembaraan ini, kami berpeluang untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah. Antaranya ialah benteng Salahuddin al-Ayyubi di Jabal Moqattam yang dibina al-Sultan sekitar tahun 1176-1183 dan masih lagi berdiri teguh. Di sekitarnya juga terletak masjid serta makam raja Mamluk Muhammad Ali Pasha yang memerintah sekitar tahun 1805. Kami dibawa bersama dengan rombongan Ustaz TM Fouzy meneroka kawasan tapak bersejarah seperti yang dilaporkan UNESCO. Kunjungan masuk dikenakan bayaran sebanyak 140 EGP (S$10.70) setiap seorang. Melihat benteng yang panjang dan tinggi itu membuat kami takjub dengan kegagahan orang-orang dahulu membina bangunan-bangunan yang utuh tanpa sebarang alat canggih seperti di zaman ini. Sewaktu di Alexandria, kami sempat mengunjungi benteng Qait Bay yang terletak di persisiran Laut Mediterranean. Dibina pada tahun 1477 oleh Sultan al-Ashraf Sayf al-Din Qa’it Bay, ia kini menjadi salah sebuah tapak bersejarah di Iskandariah.
ZIARAH MAQAMAT Tidaklah sempurna sebuah lawatan tanpa menziarahi makammakam para auliya’ dan solihin yang ada di bumi barakah ini. Sejak hari pertama lawatan, kami telah menziarah maqamat di sekitar Qorrofah Kubro. Sesiapa yang berkunjung ke Mesir, pastinya ingin melihat piramid yang menjadi keajaiban dunia atau ‘Wonders of the World’ dan terletak di Giza, Kaherah. Dengan bayaran 160 EGP (S$12.25) sekali masuk, kami melihat piramid dari luarnya sahaja tetapi untuk memasuki ke dalam piramid, setiap pelancong dikenakan bayaran sebanyak 360 EGP ($27.75). Di dalam piramid inilah tersemadinya raja-raja Firaun pada zaman dahulu. Sebagai golongan yang beriman, kita harus percaya dan perlu mengambil iktibar daripadanya seperti yang dikisahkan di dalam al-Quran mengenai Nabi Musa dan Fir’aun. Walau bagaimana kuat dan perkasanya manusia, pastinya tidak dapat mengatasi kekuasaan Allah yang Maha Esa. Segala nikmat yang ada wajiblah disandarkan kepada Tuhan yang memberi segala nikmat dan yakin bahawa semuanya hanya pinjaman semata-mata. Tiadalah juga dikira melawat Mesir jika tidak menjejakkan kaki ke Masjid al-Azhar. Masjid yang menjadi pusat ilmu yang masyhur ini telah melahirkan ramai ulama yang prominen sejak ratusan tahun. 24
Untuk menziarahi Makam al-Imam Jalaluddin al-Suyuthi, kami mengambil masa perjalanan sekitar setengah jam dari hotel dengan menaiki tramco. Ustaz Abdul Hakeem yang mengetuai ziarah maqamat meminta penjaga makam untuk membuka pintu bilik ke makam al-Imam. Bangunan yang kecil dan usang itu asalnya masjid, bekas rumah beliau, madrasah tempat beliau belajar dan mengajar yang akhirnya menjadi tempat beliau disemadikan.
MEMORI TRAVELOG
Kami memberi salam dan mendoakan kesejahteraan alImam Jalaluddin al-Suyuthi yang telah banyak berjasa dan meninggalkan banyak khazanah ilmu untuk umat.
kerja baik pulih berlangsung. Menurut notis di situ, kerjakerja baikpulih ditaja oleh beberapa organisasi dalam dan luar negara seperti United Kingdom dan Dubai. Selepas mendirikan solat jamak Dzuhr dan Asar di Masjid alImam al-Layyith , kami menziarahi makam al-Imam yang juga terletak di situ. Makam ibnu Hajar al-Asqalani yang terletak di kawasan perkuburan lain itu tertutup tetapi tiada atap yang melindungi. Makamnya yang kelihatan sederhana diselimuti dengan beberapa helai sejadah. Dimaklumkan bahawa penjaga makam sedia menerima dana untuk memperelokkan lagi makam alImam. Pemergian penulis kitab Bulugh al-Maram itu ditangisi warga Mesir. Sekitar 550,000 orang yang dikhabarkan hadir pada hari kewafatan beliau.
Perasaan ketika berada di kawasan perkuburan itu sungguh syahdu. Di persekitarannya, terdapat kubur lain yang ditanda mengikut ahli keluarga. Sememangnya tradisi di sana untuk mengebumikan kesemua ahli keluarga di tempat yang sama. Menurut Ustaz Abdul Hakeem, kawasan tersebut dahulunya merupakan masjid. Struktur pembinaannya yang tidak utuh itu menyebabkannya kelihatan tidak terurus, lagi pun terlihat kesan bom di sana sini. Jika ingin diubahsuai, dikhuatiri seluruh bangunan akan runtuh. Kemudian kami terus menuju ke makam al-Imam al-Tahawiy. Dalam perjalanan yang sesak dengan penduduk tempatan, kami melintasi al-Suq al-Hayawan (kawasan penjualan haiwanhaiwan peliharaan). Dari makam al-Imam al-Tahawiy, kami berjalan kaki menuju ke makam al-Imam Ismail al-Muzani melalui jalan-jalan yang lecak dan berlopak disebabkan hujan.
Di Makam Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani Tidak lupa juga makam antara sahabat Nabi s.a.w., iaitu Sayidina ‘Uqbah bin ‘Aamir al-Juhani r.a. di mana terletaknya juga Masjid beliau. Di persekitaran Maidan Sidi ‘Uqbah bin ‘Aamir r.a. tersemadinya juga makam Sayyidah Rabia’atul Adawiyah, Fatimah al-Hasan al-Anwar, Dzunnun al-Misri dan Muhammad bin al-Hanafiah.
Imam al-Muzani dianggap sebagai sadr al-Imam al-Syafiee kerana peranan dan pengaruhnya dalam kehidupan al-Imam al-Syafiee. Tanpa beliau, kemungkinan mazhab al-Syafiee tidak berkekalan. Kami juga berkesempatan melalui jalan menuju makam al-Imam Waki’, muqri’ li imam al-Syafiee yang dianggap musyahadah. Imam Waki’ seringkali dilihat berada di tempat tersebut dan ia bukanlah tempat bersemadinya jasad al-Imam. Setibanya kami ke makam al-Imam al-Syafiee, kami ‘disambut’ oleh penduduk tempatan yang dalam keadaan agak memilukan. Peminta sedekah yang berkerusi roda dengan sebelah kakinya sahaja yang sempurna, mengiringi kami ke perkarangan makam itu. Seorang lagi ibu muda melaunglaungkan “Satu, dua, tiga!” (dalam bahasa Melayu) berkali-kali sambil mendukung anaknya. Masjid dan makam persemadian al-Imam al-Syafiee rahimahullah masih lagi ditutup meskipun sudah 3 tahun
Masjid Imam Ibn ‘Ata’illah al-Iskandari
Petang itu kami sempat berkunjung ke Masjid ‘Amru Ibn al-Aas di daerah Fustat setelah menjamu selera di Restoran Mat’am al-Khan. Masjid ini turut menjadi antara daya tarikan para pelancong. Di dalam masjid inilah bersemadinya makam pengarang kitab al-Hikam, Ibn ‘Ataillah al-Iskandari seorang ulama Maliki 25
MEMORI TRAVELOG
dan muhaddith. Kitabnya banyak dikaji dan diulas golongan ilmuan seperti pakar tarikat Shaziliyyah Ibn Abbad alRundi dan ulama mutakhir Sheikh Ramadan al-Bouti. Kami beramai-ramai membacakan beberapa perenggan Kitab alHikam, “seolah-olah membaca di hadapan beliau”, menurut kata Ustaz Ahmad Shamsuddin selaku protokol Pergas mengetuai pembacaan kitab. Salah sebuah makam yang terletak di sekitar Qism al-Gamaleya berdekatan Dar Ifta’, bersemadinya makam Sheikh Soleh alJa’fariy yang merupakan ulama Al-Azhar yang telah mengajar di sana lebih 40 tahun. Beliau yang mempunyai silsilah keturunan dari Rasulullah s.a.w. menerusi Sayyidina Hussein r.a. inilah yang mempelopori tarikat Sufi Ja’fariyyah. Tatkala di Alexandria meskipun hanya sehari semalaman di sana, kami berkesempatan menziarahi beberapa maqamat seperti Imam al-Busiri, Abu Abbas al-Mursi, Imam Yaqut al‘Ashiy, Makinuddin al-Asmar, Nabi Daniel, Luqmanul Hakeem dan Sidi Ahmad Al-Badawi di daerah Tanta. Mengunjungi makam mereka sedikit sebanyak menyegarkan ingatan kami tatkala Ustaz TM Fouzy menceritakan kisahkisah mereka. Antaranya mukjizat Nabi Daniel yanag tidak dimakan singa lapar yang dikurung bersama atas hukuman raja pada ketika itu dan nasihat-nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya supaya menjaga lidah ketika berbicara dan menjaga mata ketika memasuki rumah orang. Makam mereka disemadikan bersebelahan dan terletak di ruang bawah tanah Masjid Nabi Daniel di kawasan Qism al-Attarin.
Pada awal pagi, Ustaz TM Fouzy menceritakan tentang karamah seorang wali Allah, Imam Abdul Wahab bin Ahmad bin Ali al-Sya’rani yang boleh menjelajah dunia secara rohani. Dikatakan beliau tahu lokasi pelbagai jenis pokok meskipun beliau belum pernah pergi ke sana secara fizikal. Beliau yang bermazhab al-Asy’ari dari segi akidah dan mazhab asy-Syafie dari segi fiqh dan bertarikat asy-Syazili telah memberi banyak sumbangan dari segi penulisan. Antara karangannya adalah Al-Fath al-Mubin fi Jumlah Min Asrar ad-Din dan AlAnwar al-Qudsiyyah fi Ma’rifah Qawaid as-Sufiyyah. Makam Imam al-Ramli, yang merupakan seorang murid yang dicintai Imam al-Sya’rani pula terletak tidak jauh dari maqam beliau. Oleh kerana masjid yang menempati makam beliau yang dikenal sebagai warak dan zuhud itu dikunci pada pagi itu, kami sekadar memberi salam kepada al-Imam dari luar sahaja. Imam al-Ramli (ahli dalam bidang ilmu Syar’i) merupakan guru bagi hampir kesemua ulama Mazhab Syafi’e. Pada hari terakhir juga merupakan peluang terakhir untuk kami membeli-belah pelbagai cenderamata di Khan Khalilee. Sebelum itu, kami menziarahi makam cucu Rasulullah s.a.w. iaitu Sayyidina Hussain (a.s.) yang terletak di tengah-tengah kawasan penjualan cenderamata. Makam ini dilawati oleh ramai pengunjung dari luar negara.
Makam Sayyidina Hussain (a.s.) Makam Luqman al-Hakim
Makam Nabi Daniel (a.s.) disahkan tersemadi di sini oleh seorang wali Allah yang mempunyai ilmu kasyaf yang sangat luas 26
PENUTUP Sungguh indah sebuah pengembaraan yang begitu sarat dengan pengisian ilmu. Sebanyak mana pun cenderamata yang dibawa pulang tidak dapat menandingi seribu satu kenangan yang dicipta bersama dalam ingatan. Bak kata Ustaz Abdul Hakeem, “ziarah ini bukanlah untuk melepaskan atau mengubat rindu, malah untuk menambah lagi kerinduan yang ada”. Tidak dapat diungkapkan betapa bertuahnya kami dipilih oleh Allah s.w.t. untuk menziarahi para masyaikh dan auliya’. Semoga dengan berkat para solihin ini, segala dosa kami diampunkan, hajat kami dimakbulkan dan pada Hari Akhirat , kami dibangkitkan bersama golongan para solihin yang didekatkan kepada-Nya. Aamin.
9.
TINTA ILMU
BIRKH & Me Ukht Norhanna Yumi Ibrahim 4th Year, Bachelor of Islamic Revealed Knowledge and Heritage, International Islamic University of Malaysia / Pergas
gambar: news.iium.edu.my 27
T
TINTA ILMU
he Bachelor of Islamic Revealed Knowledge and Heritage programme from International Islamic University of Malaysia that I am currently enrolled in has been an eye-opener for me and I remain grateful to Allah S.W.T for His blessings to seek knowledge, both sacred and worldly. The course has led me to review the sciences, theories and norms that I have been exposed to, through more critical lens. Those concepts founded upon value-driven philosophical thought are not geared for spiritual growth which may not necessarily be beneficial for our Ultimate Goal – felicity in the Hereafter. I am thankful that the course has widened my perspective and finetuned my worldview, even if only a little. Worldview comprises the underlying basis of all human conduct and activities, formed naturally through culture, education and other means and/or deliberately by our pro-active strive for knowledge through investigation and research. Because worldview drives the actions of mankind, the significance of worldview cannot be underestimated and the formulation of it must be given close attention such as the education that we receive and our attitude towards seeking knowledge. Education develops man’s concepts into welldefined thoughts, dogmas and scientific beliefs about the world, while a knowledge-based education establishes a worldview further. As education and knowledge shape worldviews, the worldviews of leaders, experts as well as influencers subsequently mould fundamental education and knowledge philosophies and content. Education and knowledge are therefore very much essential in forming the Islamic worldview. A Muslim armed with the Islamic worldview recognises the existence, uniqueness and unity of God (al-tawhid). He appreciates din to be man’s indebtedness and obligation to submit to God the Ultimate Judicious Power as a natural inclination (fitrah) and believes in the Revelations sent by God to His prophets (nubuwwah) for the benefit of mankind. He accepts his role as God’s vicegerent (khalifah), motivated to perform the right (adab), just (adl) and excellent (ihsaan) actions (amal) in this world (dunya) so as to attain success in the Hereafter (akhirah) as each of us will be accountable for our deeds on the Day of Judgment (yaumul-qiyamah). These good actions are a result of self-discipline instilled from knowledge (ilm) based on wisdom (hikmah), which God has described the Holy Qur’an to be filled with. With more than eight hundred references to knowledge in the Holy Qur’an, we reiterate again the importance of Islamic education and knowledge in formulating the relevant worldview to prompt actions in this life for our desired destiny in the next. It is not all types of education and knowledge that are beneficial and that would motivate God-pleasing conduct. The best useful knowledge is that which elevates our consciousness of God Al-Mighty, increases our reflection of our own shortcomings and intensifies our remembrance of the Hereafter. As Muslims continue to be inundated with numerous theories not founded 28
upon the Islamic worldview, we need to be critical of the values that underpin those theories. ‘-ism’s such as secularism, liberalism, capitalism, scientism, post-modernism and so on that permeate into public and educational institutions are based on philosophies devoid of religion and revelation. These philosophies treat faith separate from reality or other aspects of life, contributing to confusion amongst Muslims over what is true and real. This can be attributed to the corruption of knowledge which stems from the disintegration of adab – putting the different knowledge in their proper places. Without guidance from Islam’s Sacred Sources, “human reason and empirical data based upon the human senses become the sole criteria for the validity of all knowledge”, imposing their subjective, relative and ever-changing standards of ethics, value and belief systems on humanity at large. Alas, it is the recognition of the limits of man’s cognitive powers and potentials that is wisdom in itself. Therefore, being discerning of the education that we receive and seeking useful knowledge are vital in forming the Islamic worldview to perpetuate appropriate actions for God’s Pleasure and Mercy to be entered into His Everlasting Gardens of Paradise. With different tiers of priority and benefits of the varying types of education and knowledge and only a limited time in this world, it is crucial that we are selective over what and where we choose to study. While striving to increase knowledge is praiseworthy in the eyes of God, our intention and aim should be solely to gain guidance and seek God’s Pleasure, and not for wealth, position nor to compete or outdo others. Those with knowledge but do not practise it will also be condemned. Prophet PBUH says, “He who increases in knowledge, but not in guidance, increases only in distance from Allah Most High.” Disclaimer: The views and opinions expressed in this article are of the writer’s and do not necessarily reflect the official position of any institutions that the writer is affiliated to. References: 1 The Holy Qur’an Chapter Al-A’raf 7:52 “And We had certainly brought them a Book which We detailed by knowledge – as guidance and mercy to a people who believe.” Seyyed Hossein Nasr, 2001, Islam and the Plight of Man, ABC International Group, Inc, p21. 2
Abu Hamid Al-Ghazali, 2016, The Book of Knowledge - Book 1 of The Revival of the Religious Sciences, Fons Vitae, p23-65. 3
The Holy Qur’an Chapter Mujadilah 58:11 “...Allah will raise those who have believed among you and those who were given knowledge, by degrees…” 4
The Holy Qur’an Chapter An-Nisaa 4:145 “Indeed, the hypocrites will be in the lowest depths of the Fire - and never will you find for them a helper – ” 5
Abu Hamid Al-Ghazali, 2010, The Beginning of Guidance - Complete Arabic Text with Facing English Translation, White Thread Press, p15. 6
9. TINTA ILMU
Wasat Online Lungsuri https://wasatonline.wordpress.com Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan bagi menerbitkan penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura.
WASAT (NO. 25/FEBRUARI 2019) Artikel pertama bertajuk, Menuju Wasatiyah Dalam Tanggapan Terhadap Ulama Sultan, oleh Ustaz Mustazah Bahari membicarakan pentingnya sikap wasatiy apabila menanggapi golongan agamawan yang bekerja di bawah para penguasa atau yang akrab dengan mereka. Penulis mengakui wujudnya amaran terhadap agamawan yang menjual agama bagi mendapatkan imbuhan besar dari para penguasa. Namun beliau berhujah amaran ini tidak seharusnya membina sikap prejudis di kalangan masyarakat terhadap semua agamawan yang dilihat rapat atau bekerja dengan para penguasa kerana dianggap sudah pasti akan menggadai prinsip agamanya untuk kepentingan peribadi kerana hakikatnya ramai ulama besar yang dihormati dan dirujuki sehingga kini mempunyai hubungan dengan penguasa. Bahkan, Nabi Yusuf a.s. itu sendiri bekerja di bawah penguasa bukan Muslim. Tambahan pula, para penguasa memang perlu kepada nasihat para agamawan dalam mengurus maslahat umum dan jika semua agamawan, menjauhi para penguasa, pastinya akan mewujudkan vakum yang boleh menatijahkan mudarat lebih besar. Artikel kedua bertajuk Islam dan Hubungan Dengan Bukan Muslim (Kristian): Satu Perspektif Ke Arah Keharmonian Hidup Bersama, oleh Ustaz Muhammad Abdul Mateen Hisham, berhujah bahawa sikap yang wasatiy mengenai hubungan Muslim dan bukan Muslim (Kristian dalam konteks
artikel ini) ialah aman dan harmoni dalam kehidupan bersama dalam sebuah masyarakat atau negara, selama mana tiada bukti permusuhan dari pihak yang lain. Penulis artikel ini berhujah tanggapan bahawa semua Kristian (bukan Muslim yang lain juga), pada asalnya, adalah golongan yang anti-Islam dan memusuhi Muslim, yang memerlukan Muslim sentiasa berwaspada akan tipu daya mereka adalah prejudis yang dilarang kerana Al-Quran dan sejarah Nabi s.a.w. menunjukkan bukti sebaliknya. Artikel ketiga pula bertajuk A Balance Approach to the Issue of “Merry Christmas” Greeting By Muslims, oleh Ustaz Muhammad Haniff Hassan dan Ustaz Mustazah Bahari ini berkaitan dengan kontroversi ucapan “Merry Christmas” oleh Muslim menjelang perayaan Krismas di bulan Disember. Pada asasnya, artikel ini berhujah soal sama ada boleh mengucapkan ucapan sedemikian atau tidak adalah soal khilafiyah. Yang berpendapat harus melakukannya tidak harus menuduh yang tidak mahu melakukannya sebagai golongan pelampau/radikal atau elemen tidak sihat bagi keharmonian sosial di Singapura dan yang berpendapat tidak harus pula tidak wajar menuduh yang lain sebagai sesat atau telah menggadai prinsip. Artikel ini juga merujuk kepada pendapat 154 ulama merata dunia dan dari pelbagai aliran bersama-sama mengucapkan tahniah kepada Kristian di seluruh dunia atas kehadiran Krismas sebagai tanda amali akan keharusan melakukannya. 29
TINTA ILMU
WASAT (NO. 26 / APRIL 2019) Artikel pertama bertajuk Islam dan Penuaan: Pemikiran Asas (Bahagian 1) ialah sumbangan Ustaz Muhammad Haniff Hassan. Artikel ini menyentuh tentang perspektif Islam mengenai usia tua dengan tujuan meletakkan asas bagi menangani isu-isu penuaan di kalangan masyarakat Muslim Singapura yang merupakan satu isu kritikal yang bakal dihadapi di masa akan datang yang memerlukan persiapan yang rapi pada hari ini. Hal ini pula memerlukan penggembelingan tenaga badan-badan Islam. Namun untuk badan-badan ini mampu melaksanakan usaha ini dengan baik sesuai dengan garis pandu agama, mereka perlu diberi penjelasan akan perspektif Islam tentang isu ini. Artikel kedua bertajuk Kesederhanaan Dalam Seni dan Hiburan, oleh Ustaz Muhammad Husin bin Masnin. Ia membicarakan akan sikap saksama Islam mengenai seni dan hiburan, iaitu ia pada dasarnya bukan sesuatu yang haram. Islam hanya meletakkan syarat-syarat tertentu bagi membataskan keinginan manusia yang sering kali cenderung pada nafsu, jika dibiarkan tanpa batasan. Namun apa yang harus pula, tidaklah wajar dikecapi secara berlebihan kerana ia menyalahi prinsip wasatiyah Islam. Artikel ketiga bertajuk Hukum Masjid Bertempoh Dalam Konteks Singapura, oleh Ustaz Dr. Muhammad Adib Termizi. Ia berusaha untuk mengkontektualisasikan pemikiran yang dominan di dalam fiqh mengenai sifat masjid, iaitu ia haruslah 30
sebuah tanah dan bangunan yang berstatus wakaf selamalamanya. Pemikiran ini bercanggah dengan hakikat banyak masjid-masjid baru di Singapura yang dibina atas tanah yang mempunyai tempoh pajakan tertentu, bukan wakaf selamalamanya. Ini pula mempunyai kesan pada hukum solat Tahiyat Masjid, beriktikaf dan solat Jumaat. Dengan menggali khazanah ilmu ulama fikih, penulis mengemukakan cara mengharmonikan pemikiran tradsional yang dominan yang dinyatakan dengan realiti Singapura. Artikel terakhir ialan sambungan artikel pertama yang bertajuk Islam dan Penuaan: Perancangan dan Pengurusan (Bahagian 2), oleh penulis yang sama. Ia memberi fokus pada kepentingan sikap pro-aktif bagi individu dan masyarakat Muslim Singapura dalam menghadapi hari tua dan masyarakat yang akan semakin menua di tahun-tahun akan datang. Penulis menegaskan merancang dan mengambil langkahlangkah pencegahan akan risiko yang datang bersama usia tua adalah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam. Maka Muslim tidak seharusnya bersikap pasrah dan berserah sahaja pada keadaan. Penulis juga berhujah bahawa badan-badan Islam memikul tanggungjawab untuk menangani isu penuaan (menjaga kebajikan warga tua) bagi memenuhi fardu kifayah (kewajiban kolektif) masyarakat Islam, sebagai tambahan ke atas tanggungjawab individu warga tua sendiri dan keluarganya. Penulis juga membincangkan aspek-aspek yang perlu diberi perhatian dalam penjagaan warga tua, iaitu kerohanian, kesihatan dan ekonomi.
10. TINTA ILMU
Media Release 22 March 2019 Religious Guidelines On ‘Black Metal’ Music
The arts symbolise beauty. It is human nature to feel attracted and drawn to all things beautiful. Such attraction is an innate human disposition bestowed as a gift from Allah to His servants. Allah s.w.t. declares in Surah Al-Rum verse 30: ج
5. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi in his scholarly work, Al-Halal Wa Al-Haram Fi Al-Islam holds the view that while music is generally permissible, it may be prohibited if certain conditions have been violated.
ج ِ ِ Scholars share the general consensus that music is َّ ِ َّ َ ك لِلدِّي ِن َحنِي ًفا ج فِطْر يل ِلَْل ِق اللَّ ِه َ فَأَق ْم َو ْج َه6. َ ت الله ال ِت فَطََر الن َ َ َّاس َعلَيـَْها َل تـَْبد allowed on the condition that its contents or lyrics are not ِ ِ ِّين الْ َقيِّ ُم َوٰلَ ِك َّن أَ ْكثـََر الن َّاس َل يـَْعلَ ُمو َن َ َٰذلin conflict with Islamic values, or promote acts which are ُ ك الد
Meaning: “Then set your face upright for religion in the right state - the nature made by Allah in which He has made men; there is no altering of Allah´s creation; that is the right religion, but most people do not know.” 2. Islam neither ignores human disposition, nor prohibits the enjoyment of artistic pursuits or entertainment, so long as they are bounded by shari’ah (Islamic Law). Music from the Islamic Perspective 3. Music is one form of entertainment enjoyed by many people. Renowned Islamic scholars hold different views on music. There are those who disallow it while there are those who hold a neutral stance on it. Among those who disallowed music were Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i and Imam Ahmad bin Hanbal. They held the opinion that music is something to be avoided (makruh) or even prohibited (haram). However, there were others such as Imam Al-Ghazali, Sheikh Mahmud Shaltut, Sheikh Muhammad al-Ghazali and Sheikh Yusuf Al-Qaradawi who allowed it but with certain limits and under certain conditions. 4. Imam al-Ghazali in his scholarly treatise, Ihya’ Ulum Al-Din for example, held the view that the sense of hearing is created in order to listen to beautiful sounds. Nevertheless, he cautioned against heedless entertainment and listening to music excessively.
prohibited in Islam, such as consuming alcohol or drugs. For music to be permissible, its performance should also not violate Islamic rulings on etiquette and behaviour, such as the freemixing or inter-mingling of men and women that could lead to slander (fitnah). ‘Black Metal’ Music 7. ‘Black metal’ is a sub-genre of heavy metal and rock music. It is characterised by musical elements that are aggressive and violent, and lyrics that propagate anti-religious and anti-God ideologies. According to Harris M. Berger, a professor of music at the University of Texas A&M, ‘black metal’ synonymously refers to groups that clearly glorify and worship Satan. Rituals involving the worshipping Satan, fire, drinking of blood and others are often included in black metal concerts and performances. 8. On the contrary, Islam regards Satan (Syaitan) as an enemy accursed by Allah s.w.t. The Qur’an firmly states that Iblis and Syaitan have made it a mission to lead humankind astray. Allah s.w.t. mentions in Surah al-Sad verse 82-83:
ِ ِ ِ ِ ْ ك َلُ ْغ ِويـنـَّهم أ َ َق َ ِال فَبِعَِّزت َ َجَع َُْ ُ إَّل عبَ َاد َك منـْ ُه ُم82 ني
ِ َالْمخل 83َصني ْ
Meaning: “Iblis said, ‘By Your might, I will surely mislead them all. Except, among them, the purified ones.’” 31
TINTA ILMU
9. In light of this view, the elements of black metal are clearly in opposition to Islamic teachings. In addition, they violate the conditions prescribed by scholars as rerequisites for making music permissible. In fact, such music may lead to the glorification of Syaitan, or even to the level of worshipping him as God.
Meaning: “A man came to the Messenger of Allah and said: ‘O Messenger of Allah, what do you think of a man who loves a particular group people, but have never met them?’ Rasulullah s.a.w. replied: A person is with whomever he loves.’” (Hadith narrated by Imam Bukhari and Muslim Imam)
10. Not only is music that praises and glorifies Syaitan prohibited in Islam, all accompanying activities that relate to worshipping Syaitan and calling out to him is forbidden according to Islamic law – similar to the practice of black magic and other related activities.
13. Islam also prohibits us from supporting and promoting the spread of heinous and extremist acts. Allah s.w.t. reminds us of this in Surah al-Maidah verse 2:
The Need to Exercise Caution in the Choice of Entertainment 11. Although some black metal fans enjoy the genre and its music merely for the sake of entertainment with no intention whatsoever in glorifying Syaitan or to insult any religion, overobsession with such music may gradually have an insidious effect on one’s thinking and emotions. In fact, it may result in the development of a careless attitude and feelings of apathy with regard to sensitivities towards religions that will indirectly lead to unease and disruption among members of a multi-racial and multi-religious society. 12. Not only that, a mistake in making the wrong choice on what a person enjoys or loves will potentially affect him in the Hereafter. It is feared that a person who idolises a group of people who glorify Syaitan will be among them in the Hereafter. In contrast, a person whose heart is filled with the love of Prophets and the righteous will be with them in the Hereafter. Abdullah Bin Mas'ud r.a. narrated:
ِ ِ ِ َ ول ِىف ُ َك ْف َي تـَُق، ياَ َر ُسول اهلل: ال َ صلَّی اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم فـََق َ ىل َر ُسول اهلل َ َجاءَ َر ُج ٌل إ ِ ِ َ ب قـوماَ يـ ْلحق بِِم ؟ فـ َق :صلَّی اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َ ال َر ُسول اهلل َ َر ُج ٍل أ َ ْ ْ َ َ َْ َّ َح ب َّ َح َ اَلْ َم ْرءُ َم َع َم ْن أ 32
ِْ َوتـََع َاونُوا َعلَى الِْ ِّب َوالتـَّْقو ٰى َوَل تـََع َاونُوا َعلَى ال ِْث َوالْعُ ْد َو ِان َ ِ يد الْعِ َق اب ُ َواتـَُّقوا اللَّهَ إِ َّن اللَّهَ َش ِد Meaning: “And cooperate in righteousness and piety, but do not cooperate in sin and aggression. And fear Allah; indeed, Allah is severe in penalty.” 14. To conclude, Pergas urges the Muslim community in particular to exercise more care and be more sensitive in their choice of entertainment and to be wary of the tricks and deceitful ways of Syaitan. In keeping with the spirit of helping one another in goodness, members of the Muslim community are highly encouraged to mutually advise one another as well as to urge one another to perform good deeds and to avoid and acts of violation. 15. May we strive to become Muslims with excellent attitudes and behaviour; and may we be able to make evaluations based on sound knowledge and a strong sense of spirituality, such that the Muslim community can be exemplary in showing the path to performing good deeds and welfare to others.
10. TINTA ILMU
Perkongsian Ilmu Habib Umar Bin Muhammad Bin Hafidz:
Tanda-Tanda Ahli Tasawuf Terjemahan Ustaz Muhammad Hasyim Bin Masnin Ketua, Sekolah Ugama Raden Mas & Naib Sekretari Kehormat, Majlis Tertinggi Pergas
Sesungguhnya, memperbanyakkan zikir kepada Allah S.W.T. adalah daripada rukun-rukun tariq mereka (Ahli Tasawwuf). Bahkan ia adalah perkara asas untuk hudhur bersama Allah, selepas pembersihan batin daripada sifat-sifat yang tercela. Dan ia juga adalah tersebarnya kewalian (sebab mendapat kewalian). Sila hayati firman-firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Oleh itu, ingatlah kamu kepada Ku, supaya Aku mengingati kamu (Aku membalas kamu dengan kebaikan)” – Al-Baqarah : 152. “Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyakbanyaknya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang benderang (iman dan taat), dan adalah Ia sentiasa melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman” – Al-Ahzab 41-43. “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah sematamata. Dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia” – Al-Kahf : 28. Dan Nabi S.A.W bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “Aku bersama hambaKu selagi mana dia mengingatiKu dan kedua lidahnya bergerak dengan pertolonganKu”. ~ Hadis riwayat Ahmad, Ibn Majah (dengan sanad hasan), Al-Baihaqi dan Ibn Hibban, daripada Abu Hurairah r.a. Ibn Al-Najjar dan Al-Hakim (dan berkata Sahih sanadnya), daripada Abu al-Darda’ r.a.
Sabda Nabi S.A.W: Allah ta’ala berfirman yang bermaksud: “Aku adalah menurut sangkaan (keyaknan) hambaKu kepadaKu. Dan Aku berserta hambaKu apabila ia mengingatiKu. Jikalau ia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku mengingat kepadanya dalam diriKu. Dan jikalau ia mengingatiKu di kalangan orang ramai, maka Aku mengingatinya dalam makhluk yang lebih ramai dari mereka itu (di kalangan malaikat).”~ Hadis riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim, Al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban. Dan daripada Abdullah bin Busr r.a. bahawa ada seorang lelaki berkata (pada Nabi s.a.w): “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syariat Islam telah banyak diturunkan atasku (sangat berat bagiku). Maka beritahulah aku sesuatu perbuatan yang aku dapat betul - betul berpegang kepadanya.” Nabi S.A.W.:”Jadikanlah lidahmu sentiasa basah dengan zikrullah” ~ Hadis riwayat Ahmad, Al-Tirmizi (dan ia berkata: Hadith Hasan Gharib), Ibn Abi Syaibah, Ibn Majah, Ibn Hibban, Al-Hakim (dan berkata Sahih sanadnya), Al-Baihaqi, Ibn AlMubarak dan At-Tabrani dalam Al-Awsat. Dan daripada Muaz r.a., Rasulullah S.A.W bersabda: “ Tiada sebuah amalan yang dilakukan oleh seorang manusia yang lebih menyelamatkannya dari azab Allah daripada zikrullah”. Mereka (sahabat) bertanya: dan tidak juga jihad di jalan Allah? Nabi s.a.w. menjawab: “dan tidak juga jihad di jalan Allah, melainkan kamu memukul dengan pedangmu sehingga ia terputus, kemudian kamu memukul dengannya sekali lagi sehingga ia terputus lagi, kemudian kamu memukul dengannya sekali lagi sehingga ia terputus lagi.” Hadis riwayat Ibn Abi Syaibah, Ahmad dan At-Tabrani. Menurut Abu Talhah r.a. Rasulullah S.A.W bersabda: “Seorang Malaikat mendatangi aku dan berkata: Wahai Muhammad, 33
TINTA ILMU
adakah reda bahawa Tuhanmu memberitahu bahawa sesungguhnya, tidak seseorang dari umatmu berselawat ke atasmu satu selawat melainkan Aku berselawat (melimpahkan rahmat) ke atasnya sepuluh kali, dan tidak seseorang dari umatmu memberi salam ke atasmu satu salam melainkan Aku memberi salam ke atasnya sepuluh kali?! Maka aku menjawab: Ya, wahai Tuhanku.” ~ Hadis riwayat Ahmad, Al-Nasai, Al-Darimi, Ibn Hibban dan Al-Hakim (dan ia berkata Sahih sanadnya), dan bersetuju dengan (kesahihan) hadis ini Al-Zahabi, AlBaihaqi dan Ibn Abi Syaibah. Sabda Baginda S.A.W: “Sesiapa berselawat ke atasku satu kali, maka Allah akan berselawat ke atasnya (memberi rahmat) sepuluh kali (dengan berkat selawatnya itu)” ~ Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasai dan Ibn Majah. Dan Baginda S.A.W bersabda: “Sesungguhnya, orang yang paling dekat kedudukannya denganku pada hari Kiamat pada tiap tempat adalah orang yang paling banyak selawatnya keatasku di dunia.” Hadis riwayat Al-Baihaqi dan Ibnu ‘Asakir. Baginda S.A.W bersabda: “Jika kamu melintasi taman-taman syurga, maka hendaklah kamu berhenti. Sahabatsahabat bertanya : Dan apakah tamantaman syurga itu? Baginda menjawab: “Halaqah-halaqah zikir” ~ Hadis riwayat Ahmad dan Al-Tirmizi. Abu Ya’la, AlBaihaqi dan Al-Tabrani menghasankan hadis ini. Sabda Baginda S.A.W: “Sesungguhnya bagi Allah malaikat-malaikat yang meninjau bumi – selain dari malaikat yang menulis amalan manusia - Mereka mengelilingi jalan-jalan mencari ahli zikir. Maka apabila mereka mendapati kaum yang sedang berzikir kepada Allah, mereka (malaikat) saling memanggil: Marilah pada hajat-hajat kamu. Maka mereka menebarkan sayap-sayap mereka kepada mereka (kaum yang berzikir) sehingga langit dunia. Maka Tuhan mereka menyoal mereka – Dan Allah lebih mengetahui (segalanya) dari 34
mereka - : Apakah hambaKu katakan?. Maka mereka (malaikat) menjawab : Mereka bertasbih kepadaMu, mereka bertakbir kepadaMu, mereka memujiMu dan mereka mengagungkanMu.” Dan Allah berfirman: “Adakah mereka melihatKu? Maka mereka (malaikat) menjawab: Tidak, demi Allah, mereka tidak melihatMu. Dan Allah berfirman lagi : Bagaimana sekiranya mereka melihatKu? Maka mereka (malaikat) menjawab: Sekiranya mereka melihatMu, nescaya bertambah-tambahlah mereka memperbanyakkan ibadah, dan memperbanyak mengagungkanMu, dan memperbanyakkan tasbih. Allah berfirman lagi: “Apakah yang mereka minta dariKu? Maka mereka (malaikat) menjawab: Mereka memintaMu syurga. Dan Allah berfirman lagi: Adakah mereka melihatnya? Maka mereka (malaikat) menjawab: Tidak, demi Allah, wahai Tuhanku, mereka tidak melihatnya.” FirmanNya seterusnya: “Bagaimana sekira mereka melihatnya? Maka mereka (malaikat) menjawab: Sekiranya mereka melihatnya, mereka akan semakin banyak ingin mendapatkannya (syurga), semakin banyak memintanya dan semakin besar keinginan kepadanya. Dan Allah berfirman lagi: Dari apakah mereka ingin berlindung? Maka mereka (malaikat) menjawab: Dari api neraka.” Allah berfirman lagi: “Adakah mereka melihatnya? Maka mereka (malaikat) menjawab: Tidak, demi Allah, wahai Tuhanku, mereka tidak melihatnya. Sambungan firmanNya: Bagaimana sekiranya mereka melihatnya? Maka mereka (malaikat) menjawab : Sekiranya mereka melihatnya, maka mereka akan lebih kuat lari daripadanya dan lebih takut dengannya.” Dan Allah berfirman: “Maka Aku bersaksi kepada kamu sekelian bahawa sesungguhnya, Aku telah mengampunkan (dosa) mereka. Maka seorang malaikat berkata: Di antara mereka ada seorang fulan bukan
daripada mereka. Sesungguhnya, dia hanya datang (ke tempat zikir itu) kerana ada suatu hajat keperluan. Maka Allah berfirman: “Mereka itu adalah satu kaum yang tidak merugi orang yang duduk bersama mereka. ~ Hadis riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim, Ibn Hibban, Abu Nu’aim, Ahmad, Al-Toyalisi, AlBaihaqi dan Al-Tirmizi (Dan berkata : Ini Hadis Hasan Sohih). Dan Baginda S.A.W bersabda: “Tidaklah duduk satu kaum yang sedang berzikir kepada Allah melainkan malaikat akan mengelilingi mereka, rahmat menyelubungi mereka, sakinah (ketenangan) turun ke atas mereka, dan Allah mengingati mereka di sisinya” ~ Hadis riwayat Ahmad, ‘Abd bin Humaid, Muslim, Abu Ya’la, Ibn Hibban dan Al-Tirmizi. Sabda Nabi S.A.W: “Tiadalah satu kaum yang berkumpul untuk berzikir kepada Allah, mereka tidak mengingini dengannya melainkan reda Allah, melainkan pemanggil dari langit memanggil mereka: Bangkitlah kamu dalam keadaan kamu diampuni. Kejahatan kamu telah ditukar menjadi kebaikan.” Hadis riwayat Ahmad dan Abu Ya’la. Berkata Imam Abdullah bin ‘Alawi Al-Haddad (pada syairnya) : Dan sekiranya kamu mahu memperolehi hati yang bercahaya, serta bersih dari Aghyar (mengingati selain Allah), maka lazimilah pada (berzikir padaKu), Dan bersabar padanya di dalam gelap dan terang, Dan di dalam semua keadaan dengan lidah dan dengan sir (lubuk hati), Maka sesungguhnya kamu sekiranya melaziminya dengan sebenar tawajjuh, Maka akan jelas nur padamu, yang tidak seperti matahari dan bulan, Bahkan ia adalah cahaya dari Allah yang datang, Yang tertera sebutannya di dalam surah Al-Nur, maka tetaplah kamu padanya.
11. BOOK REVIEW
Fulfilling The Trust: 50 Years of Shaping Muslim Religious Life in Singapore Writer: Dr. Norshahril Saat Publisher: World Scientific Publishing Co. 2018 ISBN: 9813274263 / 978-9813274266 Reviewed by: Ukht Zunairah Bte Malee, Legal Executive
I
t all started in 1968 when the Singapore Parliament passed the Administration of Muslim Law Act (AMLA) which led to the formation of MUIS, upon which MUIS endeavoured to provide indispensable services and embarked in a continuous policy innovation to cater to the needs of the Muslim community. As a whole, this book traces the evolution of MUIS' policies over the last 50 years since its founding in 1968. It is divided into 4 parts: Building Muis' Foundations, Shaping Religious Life and Education, Managing Assets and Services, and Beyond the Singapore Muslim Community comprising of 14 topics, all written by domain experts writers. This books provides an in- depth discussion in the sense that it gives an extensive recollection of the subject. For instance, the socio-political history behind MUIS incorporation was also discussed on top of the strict incorporation process in chapter 1. It also addresses stereotypes regarding MUIS' powers where it exclusively states, among others, that MUIS is a government body which has the autonomy to issue religious rulings and policies which, at times, contradict what the state had hoped for without compromising the broad principles of the state and its values such as the initial stage of the implementation of HOTA (Human Organ Transplant Act), as discussed in chapter 3.
attracts the reviewer as it unfolds briefly the issuance of fatwa which involves the reading and interpreting religious texts, and the consideration of external factors. By discussing MUIS' various roles including, but not limited to, management of religious schools and assets, and issuance of fatwa, this book is recommended to all members of the public from various backgrounds, disciplines or area of interests having its individual focus on the different aspects of the roles. The topical structure of the book, which allows readers to choose one preferred topic over another, would be better supplemented by essential and core books focusing on Islamic Administration and Management as well as Islamic Education. To end, the unique role in catering to needs of the Muslim community in- line with modernisation and modernity would be more appreciated through this book. By underlining policies that can be improved in the years to come for the betterment of its services and credibility, it allows this book to remain relevant in changing times. In a nutshell, Fulfilling The Trust: 50 Years of Shaping Muslim Religious Life in Singapore can be described in 5Es: Extensive, exclusive, engaging, extant and essential.
Without any reference to any writers and having a syariah background, the topic “Contextualisation and Modernisation�
35
An exhibition commemorating a century of Islamic literature
100 Years of Singapore Literary Heritage
FREE Admission
1500 years of Islamic intellectual history has produced thousands of scholars. Among these luminous scholars are those whose legacy lingers on till today such as their great contributions to the field of literary. This exhibition shall explore the literatures, thoughts, research and writing trends of our local Muslim scholars since 1906 till today. An extensive display of their books, manuscripts and audio of lyrics including a collection of some unpublished manuscripts that were unable to be published after their demise. Visitors will glimpse and reflect on their exceptional passion for writing and loving dedication in preserving the knowledge and ideas for the future generation. The exhibition will also feature a search engine that allows visitors to search thousands of titles published by our local Muslim scholars.
Main Exhibition Level 8,, Promenade, National Library
1 - 31 August 10.00 am - 9.00 pm
Mobile Exhibition Level 3, Jurong Regional Library
1 - 15 September 10.00 am - 9.00 pm
Organized by:
For guided visit, please contact: zahirah.salimi@pergas.org.sg
Supported by: