Ar-Risalah Isu 30 Cinta Kepada Negara

Page 1

AR-RISALAH ISU KETIGA PULUH Mei-Ogos 2019 ISSN 2424-8207

CINTA KEPADA NEGARA


AR-RISALAH

Connect with us

Isu 30 (Mei - Ogos 2019) ISSN 2424-8207

Editor

fb.com/Pergas.Singapore

@pergassingapura

youtube.com/PergasSingapura

@pergas_spore

Ukht Sundusia Rosdi

Pembaca Pruf Ustazah Nurhafizah Azman

Penyumbang Bahan

Get in touch

Ustaz Izal Mustafa Kamar Ustaz Mohd Jakfar Haji Embek Ustaz Muhammad Haniff Hassan Ustaz Muhammad Husin Bin Masnin Ustazah Nurhafizah Azman Ustazah Radhiah Mohd. Salleh Ustazah Nur Diyana Binte Zait Ukht Sundusia Rosdi

www.pergas.org.sg

Arahan Seni & Rekaan Grafik mirror-mag.com/studio

Pencetak SENG LEE PRESS PTE LTD

Penerbit Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) 448 Changi Road Wisma Indah #03-01 Singapura 419975 Tel: 63469350 Fax: 63463450 Email: info@pergas.org.sg

The publisher and editor are unable to accept any liability for errors that may occur and any consequences arising from the use of information contained in the magazine. The reviews expressed do not necessarily reflect those of the publisher and editor. The publication of advertisements and advertorials within the magazine do not constitute any endorsement by the publisher and editor of the contents therein. Ar-Risalah is published by Pergas with permission from the copyright owner. ALL RIGHTS RESERVED. No part of this publication may be reproduced, stored or transmitted in any form, for any reason or by any means, whether redrawn, enlarged or otherwise altered including mechanical, photocopy, digital storage and retrieval or otherwise without the prior permission in writing from both the copyright owner and the publisher, except in the case of brief quotations embodied in critical articles and reviews.


KANDUNGAN

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Kalam Editor — 04 Fokus — • Al-Wala’ (Taat-Setia) Kepada Pemerintah Dalam Konteks Minoriti Muslim Singapura 05 - 11 • Navigating (Islamic) Faith and Citizenry in Secular Singapore 11 - 14

7. 8.

Ayuh Berfikir! — • Kemajuan Negara: Di Manakah Kita? 15 - 18

9.

Ekonomi Islam — • Shariah Analysis Of Earning Income Via Foreign Exchange (“Forex”) Trading 19 - 21

10.

Kenali Asatizah — • Ustazah Radhiah Mohd. Salleh 22 - 23 Belasungkawa — 24 - 25

11.

Aktiviti Pergas — 26 - 28 Kenali Pergas — • Pelancaran ‘Treasures of Muslim Scholars: 100 Years of Singapore Literary Heritage’dan Penerbitan Terbaru Pergas 29 • Barisan MTP 2019 - 2021 & Warga Kerja Baru Pergas 30 Memori Travelog — • Jauh Perjalanan Luas Pandangan - Maghribi 31 - 33 Book Review — • Bibliografi Penulisan Asatizah Warisan Karya Sepanjang 100 Tahun (1906-2018) 34 - 36 Tinta Ilmu — • Wasat Online 37 - 38 • Tanda-Tanda Ahli Sufi 39

3


KALAM EDITOR

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Assalamualaikum wr wb para pembaca yang dihormati Kesetiaan kepada negara ialah manifestasi rasa cinta dan sayang kepada tanah air. Sifat yang sepatutnya ada pada setiap rakyat Singapura ini harus disemai dalam jiwa generasi muda supaya tercetus rasa ingin berkorban, melindungi dan mempertahankan negara dari ancaman musuh dan menjaga keselamatan serta kesejahteraan demi kemaslahatan masyarakat umum. Dalam merayakan sambutan 200 tahun kewujudan Singapura (Bicentennial) yang akan berakhir hujung tahun ini, masyarakat Melayu Islam sebagai golongan minoriti harus bersyukur kerana dapat berlindung di bawah naungan pemerintah walaupun bukan beragama Islam tetapi adil. Kita diberi kebebasan untuk melakukan ibadat agama. Menurut artikel “Al-wala’ (taat-setia) kepada pemerintah dalam konteks minoriti Muslim Singapura” tulisan Ustaz Dr Muhd Haniff Hassan, mentaati pemerintah bukan Muslim yang mengikut undang-undang dan prinsip demokrasi tidak menyalahi akidah Islam selagi polisi-polisinya tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip umum Islam. Ustazah Nur Diyana Zait melalui ”Navigating (Islamic) Faith and Citizenry in Secular Singapore” pula menyarankan madrasahmadrasah agar mendidik pelajar-pelajarnya, yang bakal menjadi pemimpin agama masa hadapan supaya lebih memahami sejarah dan konteks masyarakat Singapura yang berbilang bangsa dan agama. Namun, dalam menikmati kemajuan negara kita yang pesat membangun, kita boleh bertanya pada diri sendiri: Adakah umat dan negara-negara Islam hari ini telah mencapai kemajuan? Dan apakah sumbangan mereka kini? Dapatkan jawapannya daripada perkongsian Ustaz Muhd Husin Masnin.

4

Sepanjang bulan Julai lalu, dua orang asatizah yang pernah menyinari landskap dakwah Islam tempatan; Ustaz Idris Ahmad dan Ustazah Syarafiyyah Benjol telah berpulang ke rahmatullah. Semoga Allah s.w.t. mencurahi rahmat ke atas roh mereka. Dalam ulasan bukunya tentang “Bibliografi 100 tahun karya asatizah” terbitan Pergas, Ustaz Mohd. Jakfar Embek berpendapat, antaranya buku ini telah berupaya memetak dan menganalisa jurang idea keagamaan yang perlu diisi oleh asatizah milenia. Setiap yang bermula akan berakhir, begitu juga tugas saya sebagai Penyunting Ar-Risalah. Isu kali ini merupakan isu terakhir suntingan saya. Semasa memantau 19 keluaran ArRisalah selama 7 tahun (sejak tahun 2012), alhamdulilllah, saya berpeluang meraih banyak ilmu dan pengalaman dalam bidang penulisan, penyuntingan dan penerbitan risalah. Jutaan terima kasih kepada pihak Pergas yang memberi saya peluang menerajui penerbitan ini, juga asatizah dan temanteman yang menulis dan menyokong misi untuk menjadikan Ar-Risalah sebagai platform bagi asatizah untuk berkongsi ilmu, pengalaman serta pengamatan mereka dalam dunia dakwah. Semoga Ar-Risalah akan terus menjadi bahan bacaan agama yang bermanfaat untuk masyarakat Melayu Islam Singapura. Hingga kita berjumpa lagi di lain kesempatan, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan yang dilakukan semasa menerajui penerbitan ini. Wassalam Sundusia Rosdi


2. FOKUS

Al-Wala’ (Taat-Setia) Kepada Pemerintah Dalam Konteks Minoriti Muslim Singapura Ustaz Dr Muhammad Haniff Hassan Felo Pengkaji, Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam Universiti Teknologi Nanyang, Singapura

5


FOKUS

PENGENALAN

K

onsep Al-Wala’ Wa Al-Bara’ (WB, Ketaatan dan Berlepas diri) adalah konsep yang popular di kalangan para aktivis dakwah dan gerakan Islam. Ia datang bersama dengan arus kebangkitan Islam yang bermula di rantau ini pada tahun 1970an dan amat mempengaruhi pemikiran gerakan Islam baik yang bersifat sosial atau politik. Konsep ini boleh dianggap sebagai teras pemikiran gerakan Islam yang muncul sebagai natijah dari arus kebangkitan ini. Hal ini bukan unik bagi kebangkitan Islam dan gerakan Islam di rantau ini. Ia juga merupakan sifat utama gerakan Islam di merata dunia seperti Al-Ikhwan Al-Muslimun, Hizb Al-Tahrir dan Salafiyah. Satu sifat utama dari WB yang popular difahami oleh aktivis dakwah dan didakwahkan oleh gerakan Islam dan dakwah kepada anak-anak muda dan masyarakat umum ialah ia merupakan teras akidah dan usul dalam agama yang apabila ditolak atau tidak dianuti akan menjejas kemurnian akidah seseorang, bahkan boleh menyebabkan terkeluar dari agama. Artikel ini berusaha untuk membetulkan tanggapan sedemikian terhadap WB, iaitu ia bukan persoalan teras akidah dan usul dalam agama. Sebaliknya, ia adalah konsep yang diolah berdasarkan ijtihad dan tafsiran yang bukan mutlak kebenarannya hingga tidak boleh disemak semula atau dikritik atau wujud perbezaan pendapat mengenainya. Statusnya sebagai konsep ijtihadi membolehkan ia disemak semula atau disesuaikan bagi konteks Muslim minoriti yang berhadapan dengan dilema antara konsep asal WB dan realiti kehidupan mereka yang membabitkan isu-isu seperti menetap di negara bukan Islam di bawah pemerintahan bukan Muslim, melantik bukan Muslim sebagai pemimpin dan mentaati pemerintah bukan Muslim. GAMBARAN UMUM WB DAN KEMUNCULANNYA WB adalah satu konsep yang bertujuan untuk memelihara kemurnian akidah. Konsep ini membicarakan tentang kepada siapa sepatutnya seorang Muslim memberikan wala’ (ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang) penuh dan kepada siapa pula wala’ tidak boleh diberi yang diistilahkan pula dengan bara’. Ia mempunyai tiga elemen utama bagi wala’ yang wajib dipegang oleh semua Muslim:

6

1. Kewajipan untuk wala’ kepada Allah semata-mata dan bukan Tuhan yang lain. Natijah dari wala’ ini ialah wajib mentaati dan tunduk hanya kepada syariah Allah sahaja dan kewajipan berlepas diri (bara’) dari segala undang-undang ciptaan manusia yang menyalahi dengan syariah Allah. 2. Kewajipan untuk wala’ kepada Rasulullah s.a.w dan tunduk dan patuh pada Sunnahnya yang sahih dan kewajipan berlepas diri (bara’) dari apa jua undang-undang atau aturan hidup yang menyalahi Sunnah beliau. 3. Kewajipan untuk wala’ kepada semua Muslim, khususnya penguasa Muslim yang diangkat secara sah dan kewajipan untuk berlepas diri (bara’) dari mentaati atau tunduk pada penguasa dan pemerintahan bukan berdasarkan Islam. Konsep wala’ ini diolah secara gandingan bersepadu dengan konsep bara’. Gandingan tidak terpisah ini bermaksud wala’ hanya sempurna jika ada bara’. Pada dasarnya, konsep ini menggagaskan wala’ sebagai cinta (sikap positif) dan bara’ pula sebagai benci (sikap negatif). Walau pun pada asasnya WB adalah isu akidah, tapi secara praktikalnya ia juga membabitkan soal kehidupan sosial Muslim kerana WB turut mengupas bagaimana seorang Muslim harus bermuamalah dengan bukan Muslim dan institusi-institusi mereka.[1] Dalam konteks artikel ini, fokus perbicaraan ialah berkaitan hukum memberi ketaatan kepada penguasa bukan Muslim atau sistem pemerintahan bukan Islam atau melantik bukan Muslim sebagai pemimpin negara yang akan memerintah rakyat Muslim dan menjalankan pemerintahan yang bukan berdasarkan Islam yang mana ia jatuh dalam elemen ketiga dari WB seperti yang dinyatakan di atas. PENGARUH WB DAN KRITIKAN TERHADAPNYA Penulisan awal yang mengolah WB sebagai satu konsep dapat disandarkan pada buku karangan Al-Qahtani yang bertajuk Al-Wala’ Wa Al-Bara’ Fi Al-Islam yang diterbitkan pada tahun 1982.[2] Setelah itu, muncul pelbagai karya yang mengupas konsep yang sama. Namun, satu lagi karya yang menyumbang pada kemasyhuran konsep WB di kalangan aktivis gerakan Islam ialah buku Al-Islam oleh Sa`id Hawwa yang diterbitkan pada tahun 1988.[3]


FOKUS

Perlu dinyatakan pula, perkara-perkara yang dibicarakan dalam konsep WB adalah perkara-perkara yang telah dibicarakan oleh para ulama sejak zaman Islam dan boleh ditemui dalam karya-karya mereka. Namun, perkara-perkara itu wujud sebagai isu-isu yang terpisah dan bertebaran dalam pelbagai bab dan topik berasingan. Pengolahan sebagai satu konsep WB yang bersepadu muncul hanya pada dekad-dekad terakhir abad ke 20 dan pengaruhnya boleh dijejak pada karya Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang jalurnya pula membawa pada pengaruh Sheikh Muhammad bin Taimiyah. Realiti yang dinyatakan di atas sama seperti perbahasan berkaitan Tasawwur Islam. Ia tidak wujud sebagai satu perbahasan yang tersendiri dan bersepadu seperti Fiqh, Tauhid, Tasawuf, Usul Fiqh di zaman silam. Ia hanya muncul dan berkembang bersama dengan arus kebangkitan Islam dan menjadi popular dan tersebar luar pada tahun 1980an, walau pun perkara-perkara dalam Tasawwur Islam ada dibicarakan oleh ulama-ulama silam dalam bab-bab yang berlainan. Di pondok-pondok tradisional, Tasawwur Islam jarang sekali diajarkan sebagai satu mata pelajaran yang dipelajari oleh para pelajarnya. Ia diajarkan di sekolah-sekolah agama moden dan sebagai modul akademik di institusi pengajian tinggi. Walau bagaimana pun, ini tidak bermakna konsep WB sesuatu yang tiada asas dalam Al-Quran dan hadis. Hakikatnya, wala’ dan bara’ dan perkataanperkataan yang diambil darinya wujud dalam Al-Quran. Hanya perbahasan ayat-ayat yang terdapat padanya perkataan wala’ dan bara’ sebagai dalam satu tema secara bersepadu adalah sesuatu yang baru. Ia pula berkait rapat dengan tanggapan para penulisan dan pemikir Islam terhadap realiti yang mereka hadapi di zaman mereka. Dari segi pengaruh WB, ia boleh dilihat dari segi penyebarannya yang meluas. Ia meresap dalam pembelajaran Tasawwur Islam yang dipelajari oleh anak-anak Muslim di peringkat sekolah menengah di sesetengah negara Islam. Kini, banyak dari perkara-perkara yang dibahaskan dalam WB dianggap sebagai fahaman Islam arus utama, bukan lagi satu fahaman yang asing. Buku-buku yang membahaskan mengenai WB atau perkara-perkara di bawahnya boleh didapati dengan banyak di kedai-kedai buku. Topik-topik di bawah WB boleh dibicarakan di akhbar-akhbar bacaan orang ramai dan disampaikan sebagai tajuk ceramah dan kuliah-kuliah umum di masjid-masjid dan surau-surau. Tidak salah juga dikatakan, WB adalah isi utama pemikiran kebanyakan gerakan Islam utama di negara-negara Islam hari ini. Pastinya, penyebaran dan penerimaan meluas konsep WB mempunyai pengaruh positif dan negatif. Bukan tujuan untuk menyimpulkan bahawa WB mempunyai kesan negatif semata-

mata atau kesan negatifnya lebih besar dari positif, artikel ini membicarakan kesan negatif WB seperti yang dicontohkan di bawah hanyalah sebagai satu pendekatan berfokus untuk perbincangan dan bagi memberi latar belakang bagi keperluan ia disemak semula atau dikontekstualkan sesuai dengan realiti golongan minoriti Muslim yang boleh berhadapan dengan dilema untuk mengamalkan Islam setelah terdedah pada konsep WB. Antara kesan negatif WB ialah: • berlaku takfir sesama Muslim kerana perbezaan kefahaman dalam isu-isu di bawah WB • menjadi hujah bagi pemberontakan bersenjata ke atas penguasa negara Islam • dijadikan alasan bagi menghalalkan pertumpahan darah Muslim • menatijahkan eksklusivisme sosial i.e. meminggirkan diri dari masyarakat bukan Muslim • menatijahkan sikap angkuh (holier than you) terhadap mereka yang berfahaman berbeza.[4] MASALAH UTAMA Telah dinyatakan sebelum ini, konsep WB bukan sesuatu yang tidak bersandar pada nas syar`ii. Pada dasarnya pula, pengolahan konsep ini bukan tidak berpandu pada metodologi muktabar dalam membicarakan isu-isu Islam. Banyak dari rumusan-rumusan ini pula boleh diakui sebagai sesuatu yang boleh diterima dalam ruang lingkup dan keluasan kepelbagaian fahaman agama yang sememangnya dibenarkan oleh Islam. Tambahan pula tidak semua mereka yang menerima konsep WB memanifestasikan dalam bentuk yang negatif. Ramai yang mampu berlapang dada dengan kefahaman yang lain dan menghormati hak orang lain untuk berfahaman yang berbeza. Oleh itu, penulis berpendapat fokus utama permasalahan bukan terletak pada inti pati dan huraian konsep WB, selama mana seseorang itu masih mampu mengamalkan adab-adab berikhtilaf dengan mereka yang berbeza. Pada pengamatan penulis, masalah utama terletak pada sikap absolutist dalam berpegang pada konsep WB. Sikap absolutist ialah tanggapan bahawa apa yang diyakini merupakan satu kebenaran mutlak sesuai dengan apa yang dimaksudkan oleh Tuhan (al-haq al-mutlaq al-ilahi) yang tidak boleh ditolak atau dikritik dan tidak juga boleh ada fahaman alternatif. Hal ini dikerangkakan sebagai “perkara usul dalam agama” yang mana apa jua perbezaan dianggap menyalahi prinsip utama akidah dan sebagai garis pemisah antara seorang kekal sebagai Muslim atau telah murtad. Disebabkan ia adalah usul agama, tiada kompromi yang boleh dibuat dalam perkaraperkara di bawah WB kerana kompromi boleh membatalkan dua kalimah syahadah, atau paling kurang menyebabkan seseorang itu jatuh dalam kefasikan yang serius. 7


FOKUS

Selain itu, tanggapan bahawa WB adalah soal usul agama menatijahkan juga: • mengqat’ii apa yang tidak qat’ii dalam agama • menjadikan prinsip/usul apa yang bukan prinsip/usul dalam agama • penafian keharusan berbeza pendapat • keengganan untuk menghormati pendapat orang lain yang berbeza • menutup pintu kritikan dan penilaian semula atas alasan ancaman akidah • menganggap sendiri saja benar kerana tidak boleh ada khilafiyah • berpegang dengan “kebenaran itu hanya satu, tidak boleh pelbagai” dalam isu WB • generalisasi yang salah, seperti semua kafir anti-Islam dan tidak boleh melantik semua orang kafir sebagai pemimpin • berfikir secara binary, seperti either you are with us or against us, kalau saya betul, awak mesti salah, hanya halal atau haram, hak atau batil, sah atau batal, sunnah atau bid`ah. Konsep WB hanyalah satu tafsiran, bukan ketentuan Tuhan, boleh dilihat dari contoh-contoh berikut. Pertama, ialah berkaitan pengertian perkataan wala' dan bara'. Dari segi bahasa ia mempunyai pelbagai makna. Cinta, setia, taat, teman dan pemimpin yang banyak dikaitkan dengan wala’ hanyalah beberapa kemungkinan sahaja. Tiada dalil qat’ii yang dapat dijadikan sandaran bagi menentukan satu makna yang pasti bagi perkataan wala’ dan bara’. Hakikat ini jelas boleh diperhatikan dalam perbahasan mengenai erti perkataan “mawla” yang mempunyai akar kata yang sama dengan perkataan wala’ oleh ulama Sunni apabila berhujah dengan ulama Shi`ah berkaitan hadith, “Sesiapa yang menjadikan aku sebagai mawla (pemimpin), Ali adalah juga mawla (pemimpin) baginya.Ya Allah, sokonglah mereka yang menyokong Ali dan musuhilah mereka yang memusuhi Ali.” (Riwayat Ahmad) Ulama Sunni berhujah bahawa hadis ini bukan dalil tentang khilafah Ali setelah kewafatan Nabi s.a.w kerana perkataan mawla bukan semestinya bermaksud pemimpin atau ketua. Mereka kemudian menunjukkan kepelbagaian makna dari akar kata wilayah. Kedua, ialah pengertian wala’ pada Allah, Rasul s.a.w dan orang-orang beriman. Adakah semuanya sama makna dan status? Kajian teliti menunjukkan ketiga-tiga wala’ ini mempunyai makna dan konsep yang berbeza. Wala’ pada Allah mutlak. Oleh itu, wajib mempunyai bara’ yang mutlak dari yang lain sebagai Tuhan. Manakala wala’ pada Nabi s.a.w tidak mutlak dan tidak pula perlu bara’ mutlak dari Nabinabi yang lain. Oleh itu, adakah wala’ pada orang beriman menuntut bara’ yang mutlak juga dari bukan Muslim?

8

Ketiga, perbicaraan mengenai ayat, “..barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan, mereka itu adalah orang-orang kafir” (Al-Maidah, 44) yang merupakan perbahasan penting berkaitan hakimiyah Allah, satu subtopik penting dalam konsep WB. Terdapat beberapa noktah yang terbuka pada pelbagai tafsiran dalam ayat ini yang boleh mencabar tafsiran versi WB sebagai kebenaran ilahi yang mutlak, iaitu: • maksud sebenar “berhukum”, samada kuasa politik (imarah) atau kuasa kehakiman (qadha’) • maksud sebenar kufr, samada kufr yang mengeluarkan dari agama atau kufr kecil (kufr duna kufr) • kaitannya dengan dua ayat lain, “..barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan, mereka itu adalah orang-orang zalim” (Al-Maidah, 45) dan “..barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan, mereka itu adalah orangorang fasiq” (Al-Maidah, 47), iaitu bilakah perkara sedemikian menatijahkan seorang menjadi zalim, fasiq atau kafir. Namun yang jelas, perbuatan itu tidak terus menyebabkan kufr yang mengeluarkan dari agama. Isu-isu lain yang terdapat juga ruang bagi kepelbagaian tafsiran dan perlu dinilai semula dalam konsep WB ialah: • pendekatan dialektik, atau pendekatan lain; mestikah wala' berserta dengan bara’? • sikap negatif kepada semua kafir atau kepada kafir harbi sahaja • fokus kufr (nilai) atau kafir (individu), fisq (nilai) atau fasiq (individu) • adakah wala’ mutlak kepada Muslim walau jahat macam mana sekali pun? • adakah bara’ mutlak kepada kafir walau pun baik sekali pun? • adakah WB satu darjat? • kaitan WB dan konsep inklusif dan integrasi bagi masyarakat majmuk • aplikasi WB dalam konteks Muslim minoriti WB DAN MINORITI MUSLIM Konsep WB boleh menimbulkan masalah bagi minoriti Muslim di dalam negara berpenduduk majoriti bukan Muslim. Salah satu isunya ialah berkaitan kepimpinan politik bukan Muslim ke atas Muslim. Golongan minoriti Muslim yang terdedah pada konsep WB berhadapan dengan dilema berkaitan hubungan mereka dengan pemerintahan bukan Muslim dan negara yang bukan berdasarkan sistem Islam; • bagaimana menjaga hak minoriti Muslim sebagai warga negara? • partisipatif atau pinggirkan diri? • amalkan fiqh `azimah atau darurah? • apakah hukum `azimah dalam konteks minoriti Muslim? • hijrah atau kekal dalam negara bukan Muslim sebagai minoriti dengan segala keterbatasan yang ada?


FOKUS

Salah satu pendekatan bagi atasi dilema ini ialah pendekatan kontekstualisasi, iaitu fahaman konsep WB yang sedia ada perlu disesuaikan dengan konteks di mana Muslim itu berada. Hal ini dicapai dengan menyemak semula isi WB atau membuat tafsiran baru yang lebih sesuai dengan konteks tanpa melanggar mana-mana nas syara’ dan metodologi yang muktabar. Hal ini akan lebih mudah dicapai dengan fahaman dan penerimaan bahawa konsep WB sememangnya adalah satu tafsiran yang terbuka pada kepelbagaian pendapat dan tafsiran semula hingga dapat memberi keanjalan bagi Muslim untuk merangka konsep kehidupan sebagai minoriti Muslim atau dalam pelbagai konteks yang berbeza-beza. Sekaligus, penerimaan bahawa konsep WB sebagai satu ijtihad dan bukan qat`ii akan membantu meminimakan kesan negatif dari sikap absolutist yang menjadi punca pada pelbagai masalah pelampauan. Kesemua ini dilakukan secara sedar di bawah panduan tafsiran dan ijtihad yang muktabar dalam keilmuan Islam sebagaimana yang telah ditunjuk dan dibangunkan oleh para ulama dari zaman berzaman, tanpa tergelincir ke daerah kontroversi aliran Islam Liberal. Di Singapura, hakikat ini telah disedari oleh para ulama sejak awal kurun ke 21. Pada tahun 2003, Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), satu-satunya badan yang mewakili golongan agamawan, menganjurkan Konvensyen Ulama untuk membincangkan isu-isu kontemporari berkaitan kehidupan masyarakat Muslim selaku minoriti di Singapura yang berlatarbelakangkan ancaman Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah, dan kini Da`esh (IS) pula, yang mempromosikan fahaman WB yang tegar. Konvensyen ini telah menatijahkan banyak rumusan penting yang kemudiannya diterbitkan dalam buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Muslim Singapura, pada tahun 2004.[5] Buku ini memberi perspektif berbeza dari konsep WB yang popular bagi Muslim di Singapura yang membabitkan isu-isu:

• Dasar hubungan antara Muslim dan bukan Muslim Buku Pergas menetapkan bahawa dasar hubungan adalah aman dan damai, bukan perang; dan boleh mempunyai perasaan positif, tidak mesti membenci bukan Muslim.[6] • Pandangan mengenai nasionalisme Buku Pergas berpendapat nasionalisme tidak salah selama mana tidak menzalimi golongan lain.[7] • Pandangan mengenai demokrasi Buku Pergas berpendapat demokrasi sesuai dengan Islam.[8] • Sikap terhadap sekularisme Buku Pergas berpendapat tidak mesti memusuhi sekularisme jika ia bukan bersifat anti agama.[9] • Pandangan mengenai, “..barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan, mereka itu adalah orang-orang kafir” (Al-Maidah, 44) Buku Pergas berpendapat menerima pemerintahan bukan Islam tidak salah dan tidak mesti menjurus pada kufr.[10] 9


FOKUS

Semangat yang sama pula diikuti oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) melalui projek Identiti Muslim Singapura yang mengemukakan 10 sifat bagi Muslim Singapura yang dirakam dalam buku yang bertajuk Risalah Membangun Masyarakat Islam Cemerlang Singapura.[11]

TAAT PADA PENGUASA BUKAN MUSLIM BAGI MINORITI MUSLIM Terdapat kesepakatan besar di kalangan ulama Singapura, baik yang berada di bawah Pergas atau Muis, bahawa melantik bukan Muslim sebagai pemimpin dalam konteks minoriti Muslim di Singapura adalah dibenarkan agama, dan tidak menyalahi akidah Islam asal sahaja pemimpin bukan Muslim itu memenuhi sifat berlaku adil dalam pemerintahan, tidak menunjukkan sikap anti agama atau Islam dan selama mana polisi-polisi umumnya tidak bercanggah dengan syariah. Dengan erti kata lain, selama mana pemimpin bukan Muslim berkenaan mempunyai syarat-syarat umum yang sama dikenakan ke atas mana-mana pemimpin Muslim.

10

Pendapat ini dibina atas hujah-hujah berikut: • Tidak semua bukan Muslim sama, iaitu mesti bersikap memusuhi Islam dan jahat. Hal ini didasarkan pada Al-Quran itu sendiri yang mempunyai sikap yang tidak menjadikan semua bukan Muslim sebagia sama seperti dalam Al Imran, ayat 113. • Hal ini dapat disokong oleh banyak contoh-contoh sejarah seperti Abu Talib, Najasyi dan raja Mesir yang melantik Nabi Yusuf a.s. sebagai menteri kewangannya. • Selain itu, keadilan Islam menuntut bagi setiap satu dari golongan ini diberi hukum yang sesuai, bukan meletakkan mereka dalam satu hukum yang sama. • Islam meletakkan dasar hubungan antara Muslim dan bukan Muslim ialah perdamaian, bukan permusuhan atau perang. Permusuhan dan perang itu bukan ditujukan kerana perbezaan agama, tapi kerana sikap permusuhan, tidak kira samada dari Muslim atau bukan Muslim. • Maka wala’ yang dilarang ialah kepada bukan Muslim yang memusuhi (kafir harbi), bukan pada semua bukan Muslim. • Ayat yang berlaku dalam hubungan Muslim dan bukan Muslim ialah Al-Mumtahanah, ayat 8-9 yang membezakan hubungan antara bukan Muslim yang memusuhi dan tidak memusuhi. • Hal ini disokong pula oleh contoh-contoh sejarah; – perintah berhijrah ke Habsyah yang diperintah oleh raja bukan Muslim – para sahabat tidak dipanggil pulang hanya setelah tahun keenam hijrah – walau Najasyi memeluk Islam, negaranya tetap bukan Muslim dan Nabi s.a.w tidak mencela dia atau sahabatsahabatnya di sana – Nabi s.a.w pernah meminta perlindungan dari ketuaketua Arab yang bukan Muslim – Nabi Yusuf s.a.w pernah berkhidmat di bawah penguasa bukan Muslim di Mesir.[12] CONTOH KES Tafsiran yang dinyatakan di atas – larangan wala’ bukan ditujukan kepada semua bukan Muslim, tapi hanya kepada bukan Muslim yang memusuhi sahaja – dapat dilihat dalam satu insiden doa setelah khutbah Jumaat pada Mac 2017. Insiden ini merujuk pada seorang imam dan khatib warganegara India yang bertugas di sebuah masjid bagi jemaah Muslim India yang mengakhiri khutbah Jumaatnya dengan doa, “fansurna `ala al-qawm al-kafirin, fansurna `ala yahudiyyin, fansurna `ala al-nasraniyyin”. Doa berkenaan telah


FOKUS

divideokan oleh seorang ahli jemaah yang hadir dan diviralkan di sosial media dengan dakwaan ia satu perbuatan yang tidak wajar dalam konteks Singapura kerana menghasut kebencian sesama pemeluk agama dan akan menjejas keharmonian antara kaum. Satu laporan polis juga telah dibuat ke atas imam itu.

kritikan bukan bermakna tidak taat atau tidak setia. Hal ini adalah kerana seorang pemerintah yang baik sekali pun boleh tersilap dan memerlukan teguran dan nasihat yang berbeza dengan pendiriannya.

Kejadian ini telah menimbulkan reaksi kemarahan dari para pemimpin politik Singapura yang terdiri dari menterimenteri kabinet dan anggota-anggota parlimen Melayu dan bukan Melayu serta para pemimpin masyarakat dari kalangan Muslim. Ramai pemimpin masyarakat dari kalangan Melayu dan Muslim merasa terkejut dan menyatakan ketidaksetujuan mereka terhadap perbuatan imam berkenaan.

————————–

Akibat dari reaksi negatif kuat dari pelbagai pihak, imam berkenaan telah memohon maaf atas kesilapannya itu. Beliau dikenakan tuduhan atas menyebabkan kebencian antara pemeluk agama, mengaku salah atas tuduhan berkenaan dan dihukum denda sebanyak SGD4000. Permit kerjanya dibatalkan dan diarahkan pulang ke India.[13] Berkaitan dari insiden ini, Pergas dan MUIS telah mengeluarkan pernyataan bagi menjelaskan makna sebenar dari doa “fansurna `ala al-qawm al-kafirin” yang terdapat dalam Al-Baqarah, ayat 286. Kededua badan ini menyatakan ayat berkenaan bukan ditujukan kepada semua bukan Muslim tapi kepada bukan Muslim yang memusuhi Islam sahaja sesuai dengan konteks penurunan ayat itu, iaitu merujuk kepada Quraisy Mekah yang memerangi umat Islam. Tafsiran ini disokong pula oleh Al-Mumtahanah, ayat 8-9.[14] PENUTUP Artikel ini merumuskan bahawa, secara umumnya, melantik bukan Muslim sebagai ketua pemerintahan adalah dibenarkan bagi masyarakat Muslim Singapura selama mana individu berkenaan diketahui sebagai seorang yang adil, kompeten dan tidak diketahui sebagai seorang yang memusuhi Islam. Berikutan dari itu juga, mentaati individu bukan Muslim sebagai penguasa yang dilantik secara sah mengikut undangundang dan prinsip demokrasi bukan sesuatu yang menyalahi agama atau akidah Islam selama mana polisi-polisinya juga tidak menyalahi prinsip-prinsip umum Islam. Walau bagaimana pun, ini tidak bermakna masyarakat Muslim tidak boleh berbeza pendapat atau mengkritik pemimpin yang telah dilantik kerana telah diakui dalam apa jua pemerintahan yang demokratik, perbezaan pendapat dan

Nota: **Artikel ini berasal dari kertas kerja yang ini dibentangkan di Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2017 “Fiqh Wala’ Dan Taat: Peranannya Dalam Mensejahterakan Negara”, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 2 – 4 Mei 2017, Institut Wasatiyyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri. Diterbitkan dengan sedikit suntingan dan ubah suai. [1]Lihat Muhammad Sa`id Al-Qahtani (1413H), Al-Wala’ Wa Al-Bara’ Fi AlIslam, Makkah: Dar Tayyibah, di https://archive.org/stream/wwbfi#page/n0/ mode/2up(5 Mei 2017); Mohamed bin Ali (2015), Roots of Religious Extremism: Understanding the Salafi Doctrine of Al-Wala’ Wa Al-Bara’, London: Imperial College Press. [2]Lihat Ibid. [3]Sa`id Hawwa (2001), Al-Islam, Qahirah: Dar Al-Salam, di https://archive. org/stream/saidhawa/islam#page/n0/mode/2up (5 Mei 2017). [4]Lihat `Abd Al-Rahman bin Mu`alla Al-Luwayhiq (1992), Al-Ghuluw Fi Al-Din Fi Hayat Al-Muslimin Al-Mu`asirah. Bayrut: Mu’assasat Al-Risalah, di https://www.4shared.com/file/109878278/8fdf4d89/_______-_____1_____. html (5 Mei 2017); Abdul Rahman b. Mualaa Al-Luwaihiq Al-Mutairi (transl. by Jamal Al-Din M. Zarabozo) (2001), Religious Extremism in the Life of Contemporary Muslims, Denver: Al-Basheer Publications, di https://archive.org/ details/ReligiousExtremism(5 Mei 2017). [5]Lihat Pergas (2004), Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Muslim Singapura, Singapura: Pergas. [6]Ibid, ms. 213-44. [7]Ibid, ms. 201-7. [8]Ibid, ms. 135-44. [9]Ibid, ms. 120-33. [10]Ibid, ms. 300-36. [11]Majlis Ugama Islam Singapura (2006), Risalah Membangun Masyarakat Islam Cemerlang Singapura, Singapura: Muis, di http://www.muis.gov.sg/ documents/Resource_Centre/risalah/Risalah%20Book.pdf(5 Mei 2017). [12]Lihat Pergas (2004), bahagian 5. [13]Charissa Wong (2017), “Clerics or not, the law treats all equally: Shanmugam”, The Straits Times, 9 April di http://www.straitstimes.com/ singapore/courts-crime/cleric-or-not-the-law-treats-all-equally-shanmugam (5 Mei 2017); Mohamad Alami Musa (2017), “No doctrinal basis for enmity towards non-Muslims”, The Straits Times, 12 April, di http://www.straitstimes.com/opinion/no-doctrinal-basis-for-enmitytowards-non-muslims (5 Mei 2017); Toh Yong Chuan (2017), “No room for religious extremism in Singapore, say Muslim leaders”, The Straits Times, 5 March, di http://www.straitstimes.com/singapore/no-room-for-religiousextremism-in-singapore-say-muslim-leaders (5 Mei 2017). [14]Pergas (2017), Pernyataan Media: Panduan Agama Dalam Mendoakan Terhadap Penganut Agama Lain, 3 April, di http:// www.pergas.org.sg/media/MediaStatement/mediarelease_ PanduanAgamaDoaTerhadapPenganutAgamaLain_3April.pdf(5 Mei 2017); Majlis Ugama Islam Singapura (2017), Media Statement on the Case of Mr. Nalla Mohamed Abdul Jameel, 3 April, di http://www.muis.gov.sg/documents/ Media%20Statement%20on%20the%20case%20of%20Mr%20Nalla%20 Mohamed%20Abdul%20Jameel.pdf(5 Mei 2017).

11


2. FOCUS

Navigating (Islamic) Faith and Citizenry in Secular Singapore Ustazah Nur Diyana Binte Zait Research Officer, ISEAS – Yusof Ishak Institute

12


U

FOCUS

pon Hijrah, when Prophet Muhammad (peace be upon him) stood near the Makkah, he said, “Had I not been driven away from you, I would not have left you.” This was an expression of love by the Prophet for his homeland. Once in Madinah, he (pbuh) prayed for Allah to instil in him the love for Madinah just like how his affection for Makkah: “Allahumma habbib ilayya Al-Madinah ka hubbina li Makkah aw ashadd”. Like the Prophet, it is only natural for Muslim citizens to have endearment towards a country which practises the same values and beliefs, and uphold the Islamic law. But what about Muslims living in a country governed by non-Muslims? Are Muslim citizens allowed to profess their love towards such a country? Should they prioritise their faith over citizenship? Many Muslim scholars agree that loving one’s country is an act of fitrah (natural). Some even considered it to be part of the Sharia, as the famous saying goes, “hubbul wathan minal iman” which means “love towards one’s country is part of faith”. The scholars, however debated whether it is a hadith or opinions of religious scholars (Ulama). Even those who agree that the verse is a hadith, disputed its legitimacy: whether it is sahih or maudu’ (fabrication). Still, the majority, who included the renowned muhaddith Ibnu Hajar Al-Asqalani, mentioned in his book Fathul Bari that although the saying could not be traced to the Prophet (pbuh), it is sahih in terms of its meaning because the Prophet lived his life upholding the value. So what does it mean to be a good citizen and a good Muslim? In a 2013 survey by Pew Research Center on The World’s Muslims, it finds that support for upholding Sharia (Islamic

law) as the law of the land is often higher in countries where the constitution or basic laws already favour Islam over other religions. These include countries such as Afghanistan, Iraq and Malaysia. By comparison, support for Sharia as law of the land is lower in countries where Islam is not legally favoured, such as in Kazakhstan and Azerbaijan. LIVING IN SECULAR SINGAPORE Singapore is one of the few secular countries that enforces the separation of religion and politics to maintain religious harmony. It prides on the society’s religious diversity and regulates religion through legislation such as the Maintenance of Religious Harmony Act. The government even promotes national unity and maintain national identity through religious values. To maintain harmony is to prefer collectivism to individualism, hence, the government advocates a set of secular shared values (“Our Shared Values”). If a good Muslim (or any religious believer) truly understands his faith, he would find these values to be aligned with his beliefs. It would be no surprise to find that collective morality is expressed in the Qur’an in the terms equality, justice, fairness, brotherhood, mercy, solidarity, compassion, and freedom of choice. For example, the third shared value – family as the basic unit of society – mirrors what Islam taught its believers to hold mothers in high regard as they are the first source of education in a child’s formative years. Further, the fourth value calling for consensus in place of conflict is aligned to how our Prophet would engage in shura with his companions before making big decisions.

13


FOCUS

Singapore has a governing body that oversees the administration of Muslims in many aspects – Islamic education, issuing of fatwas, collection zakat, and pilgrimage. The government separates certain laws under Administration of Muslim Law Act (AMLA) to be overseen by Syariah court and Registry of Muslim Marriage (ROMM). Muslims in Singapore, despite being the minority, are privileged to be given the respect and honour as religious believers in terms of ritual spaces, mutual understanding, and easily accessible Islamic knowledge. There is no denying that every government and leadership is far from perfect and more can be done to administer better policies and educating the society in handling racial/religious conflicts. While it is encouraged for Muslims in Singapore to count our blessings, we have to be critical of the government in order to understand the reasoning and considerations taken to achieve certain decisions. The government still has to rely on hard power and legal means in ensuring religious harmony rather than solely leaving it to ground up efforts. Hopefully one day, harmony is carried out at the civil society levels. Perhaps the madrasahs can play a more important role in instilling nationalistic values in young Muslim citizens. Such as, including the National Anthem in their morning routine and introducing Singapore’s history in the curriculum. This way, our future religious leaders are better grounded in the Singapore context from the very beginning, instead of trying to introduce efforts to contextualise Islam in the later part of their education. Islam should be the moral anchor for its followers, regardless of citizenship. Migrating to a Muslim country that supports 14

Sharia law doesn’t necessarily make one a better Muslim. And demanding the government to give in to certain religious rights (among others) does not make one a good citizen. If a secular country is able to ensure that the basic rights of a Muslim is met according to the maqasid sharia, then that is where the richness of Islam should and could thrive.

References: 1. ‫سنن الرتمذي‬ 11. ‫البخاري‬ ‫سنن الرتمذي‬ 2. ‫صحيح‬ 23. 2. ‫العسقالين‬ ‫صحيح البخاري‬ ‫فتح الباري شرح صحيح البخاري البن حجر‬ 33. ‫فتح الباري شرح صحيح البخاري البن حجر العسقالين‬ 4. Pew Research Center (2013). The World’s Muslims: Religion, Politics and Society. Retrieved from https://www.pewforum. org/2013/04/30/the-worlds-muslims-religion-politics-society-overview/ 5. Charlene Tan (2008) Creating ‘good citizens’ and maintaining religious harmony in Singapore, British Journal of Religious Education, 30:2, 133-142 6. Lily Zubaidah Rahim (2012) Governing Muslims in Singapore’s secular authoritarian state, Australian Journal of International Affairs, 66:2, 169-185 7. Lim Tin Seng. Shared Values. Retrieved from http://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_542_2004-12-18.html 8. Amir Yusof (08 Mar 2019). Madrasahs to be strengthened ‘holistically’ to develop Islamic religious teachers of future. Retrieved from https://www.channelnewsasia.com/news/ singapore/madrasahs-to-be-strengthened-holistically-to-develop-islamic-11323932 9. Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS), (2004). Moderation in Islam in the Context of Muslim Community in Singapore. Singapore.


3. AYUH BERFIKIR!

Kemajuan Negara: Di Manakah Kita? Ustaz Muhammad Husin Bin Masnin Pensyarah Bebas

15


AYUH BERFIKIR!

M

enikmati kehidupan di sebuah negara yang aman dan makmur, jauh dari pergolakan di samping bebas mengamalkan pegangan agama dalam masyarakat majmuk yang bersikap toleransi, membuatkan kita berasa syukur. Walaupun negara sekular yang kita diami ini kecil berbanding negara-negara kejiranan, kemajuan yang dikecapi telah membuka mata dunia. Kemajuan ini sekaligus membuatkan kita sebagai rakyat bangga dengan usaha yang telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Namun, dalam menikmati dan merasai kemajuan sebuah negara yang pesat membangun, mungkin kita boleh bertanya pada diri kita: Di manakah kita? Adakah umat Islam hari ini turut sama mencapai kemajuan? Adakah negara-negara Islam dunia turut disenaraikan sebagai negara-negara yang maju? Apakah sumbangan umat Islam terhadap negara khususnya dan dunia umumnya pada zaman kini? Kita tidak nafikan bahawa umat Islam telah mencapai peradaban yang hebat suatu masa dahulu sehinggakan memberi sumbangan besar terhadap masyarakat Eropah yang membawa kepada era Renaissance mereka. Kita juga melihat lahirnya ramai tokoh-tokoh ilmuwan Islam seperti Ibn Sina, Al-Khawarizmi, Al-Biruni dan sebagainya dalam usaha mereka ke arah kemajuan dunia. Justeru di manakah tokoh-tokoh hebat seperti mereka hari ini? Ramai sarjana Islam telah membicarakan mengenai keadaan umat Islam masa kini dan mengenal pasti sebab dan cara pemulihannya, antaranya ialah Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Iqbal, Syeikh Abul Hasan An-Nadwy, Hamka, Za’aba dan ramai lagi. Maka penulisan ini secara ringkas ingin menyimpulkan inisiatif agar dapat menggapai kemajuan, dan ianya memerlukan empat ‘I’, iaitu: Islam, Ilmu, Intelek dan Inovasi.

16

ISLAM Semestinya Islam memandang kemajuan bukan hanya pada aspek duniawi atau zahir sahaja, malah ia juga menitikberatkan kedua-dua aspek dunia dan akhirat, rohani dan jasmani, zahir dan batin. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Qasas ayat 77: “Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.” Islam bukan penghalang ke arah kemajuan, malah apabila disingkap sejarah kebangkitan bangsa Arab dari zaman kegelapan jahiliyyah adalah disebabkan kedatangan Islam yang telah memberi sinar pencerahan. Justeru apabila agama itu dipinggirkan dalam mengecapi kemajuan, maka akan berlaku kezaliman dan kepincangan hidup. Prof. Syed Naquib Al-Attas di dalam bukunya Risalah Untuk Kaum Muslimin berkata: “Pada faham Islam maka perubahan dan perkembangan dan pembangunan itu merujuk kepada diri dan bererti pemulihan kepada kemurnian asali ajaran agama serta tauladan orang dan masyarakat Islam yang tulen… Jadi pada pengertian kita umat Islam maka gerak-daya yang menuju ke arah dasar Islam yang tulen itulah pembangunan, dan pembangunan demikianlah sahaja yang dapat kita kenali sebagai kemajuan.” Maka dengan kembali kepada ajaran Islam serta mengamalkannya, ia secara tidak langsung merupakan kemajuan yang bukan hanya dikecapi di akhirat sahaja, bahkan di dunia juga. Namun keadaan masyarakat Muslim hari ini yang berbeza dengan zaman kegemilangan Islam dahulu adakah disebabkan agamanya yang dianut atau amalannya yang tidak diikut?


AYUH BERFIKIR!

ILMU Firman Allah s.w.t. di dalam surah Az-Zumar ayat 9: “Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” Sejarah membuktikan bagaimana turun-naiknya tamadun sesuatu bangsa itu terukur melalui pembudayaan ilmu contohnya bangsa Yunani yang ketika itu berpusat di Athens suatu masa dahulu. Nama-nama seperti Hippocrates, Socrates, Plato dan Aristotle tidak asing lagi dalam dunia falsafah. Ini dapat dilihat bahawa setiap bangsa yang mempraktikkan pembudayaan ilmu akan mengungguli dunia contohnya bangsa Arab (suatu ketika dahulu), Eropah, Jepun dan Cina. Menurut Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud di dalam bukunya Budaya Ilmu:

“ Budaya Ilmu antara lain

bermaksud mewujudkan satu keadaan yang setiap lapisan masyarakat melibatkan diri, baik secara langsung mahupun tidak langsung, dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan.

Perlu difahami bahawa falsafah pendidikan Islam bukanlah untuk menghasilkan manusia sebagai ‘a good citizen’ , bahkan untuk menjadikan manusia itu sebagai ‘a good man’. Ini menunjukkan bahawa ‘insan yang baik’ akan menjadi ‘warga negara yang baik’ dan belum pasti ‘warga negara’ akan menjadi ‘insan yang baik’. Justeru falsafah pendidikan Islam itu lebih luas dan menyentuh cara kehidupan manusia yang secara tidak langsung bukan sahaja dapat memajukan negaranya sendiri bahkan dunia ini seluruhnya. Amat terkilan jikalau umat Islam itu ketinggalan dalam kebudayaan ilmu di samping masyarakat lain sudah jauh di hadapan, sedangkan terdapat banyak suruhan dan galakan dalam agama akan kepentingannya. Mungkin boleh direnungkan juga apakah hikmah di sebalik ayat ‘Iqra’ yakni membaca menjadi wahyu pertama diturunkan ke atas Rasulullah s.a.w.? INTELEK Menurut Prof. Syed Hussein Alatas di dalam bukunya Intelektual Masyarakat Membangun: “Intelektual merupakan orang yang mengabdikan diri untuk memikirkan idea dan masalah bukan kebendaan dengan menggunakan kemampuan akliahnya…. Sebaliknya, individu yang tidak mempunyai kelayakan akademik dapat menjadi intelektual apabila kemampuan berfikirnya dimanfaatkan sepenuhnya dan memiliki pengetahuan yang cukup tentang pokok perbahasan yang diminatinya.”

” 17


Justeru, golongan intelek tidak semestinya terdiri dari orang yang mempunyai pangkat atau nama. Bahkan ia tergolong disebabkan kepeduliannya terhadap masalah yang dihadapi masyarakat serta pemikirannya yang kritis hingga dapat mengesan punca dan sebab masalah tersebut serta membolehkannya mengemukakan jalan keluar dengan idea yang membangunkan masyarakat. Ini bererti bahawa intelektual dapat: a) mengajukan masalah; b) mentakrifkan masalah; c) menganalisis masalah; d) menyelesaikan masalah. Kemajuan itu akan tempang jika hanya terdapat bangunanbangunan tinggi lagi indah di samping golongan elit semakin kaya dengan kedudukan yang semakin selesa, tetapi di sisi lain masih terdapat ramai rakyat yang masih dalam keadaan sengsara dengan keterpinggiran, kemiskinan, ketindasan dan kejahilan tanpa sebarang pembelaan dan keprihatinan. Ini bererti bahawa kemajuan itu hanya bersifat eksklusif pada kumpulan tertentu atau golongan atasan sahaja tanpa memikirkan rakyat atau masyarakat yang di bawah. Seharusnya golongan intelektual mempunyai keprihatinan dalam menegakkan kebenaran dan kepedulian dalam memajukan masyarakat sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. daripada Anas r.a. beliau berkata: “Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim (aniaya) dan yang dizalimi. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, jelas kami faham menolong orang yang dizalimi, tetapi bagaimana kami harus menolong orang yang berbuat zalim? Baginda bersabda: Pegang tangannya (agar tidak berbuat zalim).” [H.R. Bukhari] INOVASI Kehidupan kita hari ini tidak dapat lari dari teknologi. Inovasi dan kreativiti yang dicipta telah banyak memudahkan urusan manusia. Jenama-jenama seperti Toshiba, Mitsubishi,

18

Panasonic, Canon, Nissan, Toyota, Yamaha, Suzuki dan sebagainya semestinya tidak asing dalam penggunaan seharian kita. Cumanya sekali lagi ‘di manakah kita?’. Adakah kita cukup selesa dengan hanya memainkan peranan sebagai pengguna sahaja dari menjadi pengeluar? Kita akur akan penemuan ilmuwan Islam telah jauh mendahului ilmuwan lain antaranya Ibn Al-Nafis (12131288) telah mendahului William Harvey (1578-1657) dalam penemuannya mengenai peredaran darah (circulation of blood), Al-Khazin (900-971) dalam penemuanya mengenai hukum graviti telah mendahului Isaac Newton (1642-1727), dan Ibn Al-Haytham (965-1040) telah mendahului Francis Bacon (1561-1626) dalam kaedah sains. Tetapi dengan hanya berbangga dengan nama dan sejarah silam ianya tidak akan membawa ke arah yang diinginkan. Seharusnya umat Islam kembali menerajui kemajuan dunia dengan penemuan dan penghasilan yang membawa ke arah kebaikan manusia. Akhir sekali, kita fikirkan apa yang telah dikatakan Prof. Syed Hussein Alatas di dalam bukunya Kita Dengan Islam: Tumbuh Tiada Berubah: “Seluruh dunia Islam hanya mempunyai kebolehan membeli, mengendalikan dan mengatur syarikat-syarikat. Mereka tidak pandai membuat kapal haji. Demikian juga dalam lapanganlapangan lain. Dunia Islam pandai membuat kain tetapi tidak pandai membuat jentera-jentera (mesin-mesin) yang membuat kain itu. Dalam istilah ekonomi, kita belum pandai membuat production goods. Kecenderungan kita semata-mata mencari yang sudah jadi, dibuat orang lain, tidak membuatnya sendiri. Pada masa sekarang soal inilah yang luarbiasa penting. Negerinegeri yang tidak dapat membuat production goods; iaitu alat produksi, akan selamanya terbelakang dan tertekan keadaan ekonominya oleh negeri-negeri yang sudah maju.” Wallahu a’lam.


4. ISLAMIC ECONOMY

SHARIAH ANALYSIS of earning income via Foreign Exchange (“Forex”) Trading Part 1

A Guide For The Singapore Muslim Community

19


ISLAMIC ECONOMY

This is an independent working paper of asatizah and Islamic finance practitioners in Singapore. Views in this article are solely from the authors. No responsibility should be attributed to any non-individual entity. BACKGROUND Currently, there are many unregulated FOREX advertisements largely in the social media promising high returns or get-richquick schemes ranging from trading seminars, trading algorithm and online trading platforms (largely unregulated platforms) and binary options. Many of these advertisements, added with a perceived figure of success (i.e. big houses, luxury goods and cars, etc.) seem to suggest that it is easy to earn such returns. As a result, there have been public queries concerning the Shariah permissibility of FOREX trading as a mean to earn income. This paper, henceforth, is drafted in consultation with industry players, to provide an independent advice to the Muslim community in Singapore. As Muslims, we should care about the halal status of our food consumption as well as our sources of income, as emphasized by our Prophet . FOREX - MODUS OPERANDI FOREX as a transaction can be of two (2) types: 1. Genuine Exchange or Service • For instance, if a product or service is to be purchased in Malaysian Ringgit (i.e. a Singaporean visiting Malaysia), a buyer from Singapore would be required to change the local Singapore currency to Malaysia Ringgit. Such purpose promotes tourism. • Genuine Service means to hedge against unwanted exposure to currency market risk, price fluctuations, buying into taxhaven countries amid economic uncertainties, etc., without any motive to earn extra income. This largely applies to businesses. 2. Speculative Zero-Sum Game (i.e. FOREX Trading) • Where calculated assumptions and speculation are made to earn profit on factors (i.e. news, government reports, technical evaluations, etc.) determining the value of currencies; buying it before its value rises, selling it before its value falls. FOREX trading should not be confused with foreign currency exchange. FOREX trading refers to buying and selling of currencies based on their price movements, with the intention of making profit rather than acquiring a particular currency for a specific purpose such as exchanging Singapore Dollar to Malaysian Ringgit for expenses while shopping in Malaysia. FOREX traders earn income via electronic trading platforms using currency pairs. For example, GBP/USD is a currency pair 20

that involves the Great British pound and the US dollar. In this pair, a person will be buying pound sterling by selling US dollars. • The first currency (i.e. GBP) listed in a forex pair is called the base currency. • The second currency (i.e. USD) is called the quote currency. The price of a forex pair is how much one unit of the base currency is worth in the quote currency. If GBP/USD is trading at 1.35, then one-pound sterling is worth 1.35 US dollars. If the pound sterling rises (or appreciates) against the US dollar, then a single pound sterling will be worth more US dollars. As an illustration if the GBP/ USD subsequently trades at 1.40 (since the strengthening or appreciation of the GBP will mean that more USD is required for every pound sterling), the reverse exchange of the 100-pound sterling (bought at 135 US dollars earlier) will now generate more US dollars (specifically 140 US dollars). The rise and fall of the currency pair thus creates margin differences giving rise to potential income, which in the nominal illustration above would be 5 US dollars (USD140 - USD135). The exchange rate therefore is like a price which fluctuates based on supply and demand and in turn depends on various factors. The income potential will obviously commensurate with the amount being invested – the higher the amount exchanged, the higher the income generated. Likewise, there is a higher chance of potentially losing the capital. • If traders speculate the base currency in a pair is likely to strengthen against the quote currency, they can buy the pair (i.e. going long). • If traders speculate it will weaken, they can sell the pair (i.e. going short). Shariah Principles on Currency Exchange The ruling of Currency Exchange or Foreign Currency Exchange (bai`al-sarf) is generally permissible based on the Sunnah narrated by ‘Ubadah bin As-Samit: The Allah's Messenger ( ‫ ) ﷺ‬forbade selling gold for gold, silver for silver, wheat for wheat, barley for barley, dates for dates"'- one of them said: 'salt for salt,"' but the other did not say it-"unless it was like for like, hand to hand. And he commanded us to sell gold for silver and silver for gold, and wheat for barley and barley for wheat, and to hand, however we wanted."' And one of them said: "Whoever gives more or ask for more has engaged in Riba."' Sunan an-Nasa'I, Vol. 5, Book 44, Hadith 4564 The above essential ruling includes our modern-day currency (i.e. fiat money) as it shares the same legislative reasoning (‘illatul Hukm) as gold and silver and is used as a medium of exchange, store of value, and unit of account. Therefore, all Foreign Currency Exchange must observe the following essential condition:


ISLAMIC ECONOMY

ِ - If the exchanged currencies are the • Like for Like (‫)مثْالً بِ​ِثْ ٍل‬ same type (e.g. SGD for SGD), the transaction shall be done: (1) on the spot (i.e. without deferment) and (2) at par value. In practice, this is sometimes done in Singapore during the festive season of Eid ul Fitr, where new banknotes may be obtained at the bank counter in exchange of the old notes. • Hand to hand (‫ )يَ ًدا بِيَ ٍد‬- If the exchanged currencies are of different types (e.g. SGD for USD), the transaction shall be done: (1) on the spot and (2) at the prevailing currency rate or any mutually agreed rate at the time of the execution of the contract (i.e. foreign currency exchange). Currencies SGD Currencies

USD

SGD 1. On the Spot Delivery 2. Per Value

1. On the Spot Delivery 2. Prevailing Rate

USD 1. On the Spot Delivery 2. Prevailing Rate

1. On the Spot Delivery 2. Per Value

In a nutshell, any currency exchange or foreign currency exchange practice is permissible if it observes the Shariah condition as stated above. This practice may include the following services: 1. Ordinary money changer service where the exchange is done on the spot and at the prevailing currency rate. 2. Exchanging old banknotes or coins for new banknotes or coins at the bank counter where the exchange is done on the spot and at par value. The authors are local asatizah and/or Islamic finance practitioners working in Singapore: • Mustafiyah Binte Kadir Sahib works in Jamiyah Education Centre as a contract lecturer and is currently doing her doctorate in Islamic studies (Shariah) with University of Malaya. She is certified under ARS and can be reached at mustafiyahks@gmail.com. • Norsuria Jani works as a legal and compliance officer in the Bancassurance industry in Singapore. She holds a Masters in Islamic Banking & Finance from IIUM serves as an advisor to Financial Shariah Advisory & Consultancy (“FSAC”) affiliated to the Singapore Islamic Scholars and Religious Teachers Association (PERGAS). She is certified under ARS and can be reached at suriagbs05@gmail.com. • Shabana M. Hasan works as an Islamic finance consultant in International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (Malaysia). She completed an MSc in Islamic finance (with distinction) from the University of Durham, United Kingdom. She can be reached at shabanamhasan@gmail.com. • Shahirah Mohamed Salleh studied international finance from University of Amsterdam and has a Masters in Islamic Banking & Finance from IIUM. She previously did Shariah advisory and consulting in Singapore. She can be contacted at shahirah.mohdsalleh@gmail.com. • Nur Muhammad Sesth is a Shariah analyst in Bank Negara Malaysia and a secretariat to BNM Shariah Advisory Council. He graduated from Kuwait University and INCEIF and teaches Islamic subjects as a part-time lecturer

in Andalus Corporation Ltd in Singapore. He can be contacted at nur.muhd. sesth@gmail.com. • Hikmatullah Babu Sahib is currently a member of Syariah Advisory Committee of Standard Chartered Saadiq Berhad. He previously served in the Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, International Islamic University Malaysia (IIUM) as an Assistant Professor. He can be reached at hikmatullah.sahib@gmail.com. • Zul Hakim Jumat is a researcher at College of Islamic Studies, Hamad Bin Khalifa University and currently doing his doctorate in Islamic finance and economy. He holds a bachelor from Kuwait University majoring in Usul Fiqh and minoring in Economics. He can be reached at zhakim@hbku.edu.qa. • Sani Hamid is a director, Wealth Management (Economy & Strategy) and head of Islamic Wealth Advisory (FAiWA) division within Financial Alliance Pte Ltd. He has more than 20 years’ experience in the finance industry. He studied Islamic finance from IIUM and can be reached at sanihamid@fa.sg. • Hashim Bafadhal is a founder of Ascent Islamic (Manulife) doing Islamic financial planning for the Singapore community. He graduated from NTU and is currently pursuing his Masters in INCEIF. He can be reached at hashimbafadhal@gmail.com. • Daniel Tan is currently an auditor in the financial industry in Singapore. He graduated with a Masters in Islamic Finance Practice from INCEIF with experience in Shariah auditing. He can be reached at daniel_ncll@yahoo.com. • Muhammad Nuzaihan Bin Hamdan is an Associate Director at CIMB Bank Berhad, Singapore Branch. He graduated from Kuwait University and Loughborough University. He is certified under ARS and teaches muamallat and Fiqh Mu'amalat in various mosques and institutions in Singapore. He can be contacted at nuzaihan@gmail.com. • Zaky Jailani is currently head of Islamic Product and Business Development at RHB Singapore. He graduated with a business degree from RMIT University, a diploma in Islamic Studies from IIUM and also has an MSc in Islamic Finance from INCEIF. He structures Islamic financial products and can be contacted at mzaky.j@gmail.com. • Mohamad Rizuan Pathie is currently a Partner at Dentons Rodyk & Davidson LLP. He has a graduate law degree from NUS and holds a Chartered Islamic Finance designation from INCEIF. He can be reached at mrizuan.pathie@ outlook.com. • Haron Masagoes Hassan is currently deputy head and internal shariah advisor for the Islamic Wealth Advisory (FAiWA) division within Financial Alliance Pte Ltd. He is a graduate of IIUM and is certified under ARS. He can be reached at haron@fa.sg. • Abdul Rahman BMH is a managing director of Abdul Rahman Law Corporation in Singapore. He handles Shariah-compliant project financing, wasiat & hibah and drafting of Shariah-compliant wills. He studied law from NUS and can be contacted at rahman@arlc.com.sg. • Umar Munshi is a Managing Director of EthisCrowd, an award-winning Real Estate Islamic Crowdfunding platform. He is also an Islamica500 Islamic Economy influencer and the founding Chairman of the IslamicFintechAlliance.com. He studied business in NUS and can be reached at umar_munshi@yahoo.com. • Shahrizan Mansor is currently working as a business analyst in Financial Markets with Standard Chartered Bank. He previously did debt collection and recovery which includes Islamic financial products with another bank in Singapore. He is a student in PERGAS and can be reached at mansr.shah@ gmail.com. • Fazrihan Duriat is a Shariah risk manager in Maybank Singapore and serves as an advisor to the Islamic Business & Finance Society of SMU and a member of the Finance & Investment Committee of AMP. He is certified under ARS and can be reached at duriat@euclidfaculty.net. 21


5. KENALI ASATIZAH

giat mengikuti kursus berkaitan pengurusan ladang dan haiwan ternakan anjuran badan-badan di dalam sektor perladangan di Malaysia. Di samping itu, saya pernah terlibat dengan koloborasi - koloborasi dengan Project 33, salah satu program kendalian alumni NUS yang memfokuskan kepada tanaman menggunakan kaedah permaculture di kampus mereka dan juga koloborasi dengan Willing Hearts (sebuah pertubuhan NGO di Singapura) untuk menguruskan ‘Edible Garden’ mereka sedikit masa dulu yang mana telah membuatkan saya mempelajari banyak benda berkaitan tanaman dan tumbuhan secara ‘handson’ yang tidak dapat saya timba di bilik darjah.

USTAZAH RADHIAH MOHD. SALLEH Dari Bidang Agama ke Bidang Kewangan dan Bidang Perubatan Herba Assalamualaikum wr wb. Ustazah. Semoga sihat dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah s.w.t. Alhamdulillah, pihak Ar-Risalah telah memilih Ustazah untuk ruangan ‘Kenali Asatizah’ untuk isu ke 30 ini. Kami ingin mengetahui latar belakang kelulusan akademik Ustazah dari peringkat rendah hingga ke universiti dengan meraih kelulusan dalam jurusan yang amat berbeza. Saya mendapat pendidikan peringkat rendah dan menengah di Madrasah Alsagoff Al-Arabiah sebelum melanjutkan pengajian di bidang Tahfiz Al-Quran di Maahad Tahfiz Melaka (di bawah kelolaan JAKIM atau Jabatan Kemahuan Islam Malaysia), kemudian mengikuti pengajian Tahfiz dan Kitab Thurath di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat, Pasir Mas,Kelantan dan akhirnya memperolehi Diploma Tahfiz Al-Quran dan Takhassus Qiraat dari Maahad Ihsaniah (Manhal) dari Pulau Pinang.

Sila kongsi pengalaman Ustazah dalam bidang kerjaya dan mengapa ustazah menukar kerjaya yang berbeza. Dari segi kerjaya, saya pernah berkhidmat dengan Sekolah Ugama Radin Mas selaku Guru Tahfiz dan Akademik di sana selama hampir setahun sebelum mendapat peluang untuk bekerja di Dowjones Company AER Inc, sebuah syarikat berbilang negara atau MNC yang mengumpul dan melaporkan data-data berkaitan kewangan, saham dan ekonomi Selepas 3 tahun berkhidmat di Dowjones, saya memutuskan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri atas faktor fleksibiliti masa bila bekerja sendiri dan juga ingin meneroka ke bidang perniagaan yang sangat saya minati sejak di bangku sekolah.

Selepas itu saya melanjutkan pengajian peringkat ijazah di dalam Bidang Qiraat dan Al-Quran di Maahad Fatayat AlAzhar, Mansoura, Mesir. Sekembalinya saya dari Mesir, saya telah mengikuti Professional Diploma in Islamic Banking kelolaan NUS EXTENSION (salah satu cabang pengajian online kendalian Universiti Nasional Singapura pada ketika itu)

Di samping itu saya berkhidmat sebagai pensyarah sambilan bagi pelajaran–pelajaran berkaitan pengajian Al-Quran di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri.

Berkenaan dengan bidang herba pula, saya telah mempelajarinya dari pengamal- pengamal perubatan herba di Malaysia dan Singapura serta mengikuti kursus-kursus kendalian pemain-pemain industri berkenaan. Saya juga terus

Profesi saya kini, selain berkhidmat selaku pensyarah sambilan di Al-Zuhri, secara sepenuh masa saya adalah seorang peniaga di dalam bidang berkaitan herba, jamu, perladangan (farming) dan content creator untuk bahan pendidikan.

22

Apakah profesi Ustazah kini dan bagaimana kelayakan dan kepakaran Ustazah dapat membantu urusan kerja seharian?


KENALI ASATIZAH

Di samping itu juga, saya berkerjasama dengan suami dan beberapa orang teman dalam bidang perniagaan di dalam lapangan fotografi, penghasilan video dan juga animasi. Kami juga terlibat dalam menghasilkan video animasi berunsur pendidikan yang antaranya memuatkan bahan-bahan pembelajaran berkaitan Bahasa Arab dan sebutan huruf-huruf yang mana alhamdulillah telah mendapat perhatian para pelanggan di Timur Tengah. Tentang kelayakan dan sejauh mana ia membantu urusan kerja seharian; walaupun bidang pengajian saya sebelum ini adalah di dalam bidang Al- Quran, Perbankan Islam dan disamping itu, bidang herba dan tanaman. Semua itu alhamdulillah memperkayakan saya dengan kemahiran yang pelbagai yang dapat saya maanfaatkan di dalam bidang perniagaan. Misalnya, dari bidang Perbankan Islam, ilmu yang ditimba telah banyak membantu dalam merancang aliran wang dan perancangan perniagaan. Ilmu dari bidang Al-Quran dan Bahasa Arab telah membolehkan saya mengadakan input untuk content creation bagi video-video berunsur pendidikan dan ilmu dari bidang berkaitan herba dan tanaman telah banyak membantu di mana saya dapat berkongsi dengan pelanggan dan masyarakat tentang kekayaan tumbuhan yang mempunyai khasiat perubatan yang terdapat di rantau Nusantara. Ilmu dalam bidang perladangan dan ternakan pula banyak membantu dalam pengurusan haiwan untuk sembelihan Aqiqah dan Qurban. Terutama sewaktu musim Eidul Adha baru – baru ini yang mana saya diberi peluang terlibat dalam penjagaan haiwan sebelum sembelihan untuk sebuah acara anjuran sebuah syarikat Singapura yang bertapak di Johor. Bagaimana minat dalam bidang herba dan kesihatan ini mula berputik dalam diri Ustazah dan di mana kepakaran ini diraih? Ia mula berputik sejak kecil lagi. Saya sangat sukakan alam semulajadi (nature) dan tumbuhan. Disamping itu, almarhumah ‘Nyai’ atau nenek saya banyak mengajar tentang khasiat herba dan ulaman yang berbeza. Dulu sebagai seorang kanak-kanak, saya banyak bereksperimentasi dengan tumbuhan yang mana saya pernah menanam berjenis tumbuhan untuk melihat dengan lebih dekat tumbesarannya, apa serangga perosak yang mungkin merencatkan perkembangannya dan bagaimana tumbuhan itu dapat dijadikan sebahagian dari lauk pauk harian. Setelah meningkat dewasa, kegemaran saya pada aktiviti ‘outdoor’ dan sukan lasak seperti memanjat gunung, merentas hutan, berkayak, ‘dragonboat’, menyertai marathon serta ‘obstacle course race’ adakalanya mengakibatkan saya mengalami kecederaan. Saya dapati dengan hanya menjaga pemakanan dan mengkonsumsi sesuatu yang bukan saja tinggi khasiat tetapi ada nilai perubatan saja dapat membantu tubuh untuk sembuh dengan lebih cepat dan berfungsi secara optima. Ketika saya mengikuti aktiviti merentas hutan misalnya, saya berpeluang berjumpa dengan pakar-pakar botani, ranjer,

bekas askar komando dan orang-orang asli yang banyak mengajar saya tentang tumbuhan dan herba liar yang boleh dijadikan makanan dan ubat. Ini menambahkan lagi minat dan keterujaan saya di dalam bidang ini.

Bagaimana ijazah Ustazah di bidang agama dapat membantu apa yang Ustazah lakukan sekarang? Ia memberi keseimbangan dalam menguruskan hal-hal berkaitan dunia dalam kerangka yang dipandang baik oleh agama. Apa nasihat Ustazah untuk pembaca yang berminat dalam bidang kewangan Islam atau bidang perubatan herba? Pada pandangan saya, jika kita meminati sesuatu bidang yang ada impak yang baik pada perkembangan peribadi dan dapat menyumbang pada masyarakat, teruskan belajar dan mengkaji secara tekun. Ia juga merupakan jihad kita di dalam bidang ekonomi. Jika ilmu dan ekonomi masyakarakat Islam itu kuat, lebih banyak sumbangan positif yang boleh kita lakukan buat orang sekeliling dan masyarakat dunia amnya seperti yang pernah dilakukan oleh orang Islam ketika zaman kegemilangan tamadun Islam satu ketika dulu. Terima Kasih Ustazah atas kerjasama dan perkongsian ilmunya. Semoga Allah s.w.t. memberi kesihatan dan kelapangan kepada Ustazah untuk meneruskan tugas seharian, kerja-kerja sukarela dan hobi untuk terus meneroka awan biru.

23


6. BELASUNGKAWA

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hambahamba. Akan tetapi, Dia mencabutnya dengan diwafatkan para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat lagi menyesatkan.� Hadis Riwayat Al-Bukhari (no. 10) dan Muslim no. 2673)

Dalam tempoh tiga minggu antara bulan Jun dan Julai 2019, masyarakat Islam tempatan telah kehilangan 2 butir permata yang telah menyinari landskap dakwah Islam. Mereka ialah Almarhumah Ustazah Syarafiyyah Benjol Ahmad dan Almarhum Ustaz Idris Ahmad. Perjuangan dan sumbangan bakti mereka mengukuhkan pendidikan Islam tempatan amat disanjungi dan harus dicontohi oleh para asatizah generasi milenial.

Pendidik yang berdedikasi Almarhumah Ustazah Syarafiyyah Bte Benjol Ahmad, merupakan antara asatizah mapan yang banyak berkhidmat dalam pendidikan Islam di Singapura. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Khamis, 27 Jun 2019 (23 Syawal 1440H), pada usia 62 tahun.

Almarhumah Ustazah Syarafiyyah Bte Benjol Ahmad (1957-2019)

24

Dilahirkan pada 16 April 1957, Almarhumah Ustazah Syarafiyyah pernah menuntut di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah, institut pengajian Islam di Nilam Puri, Kelantan, Malaysia dan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Antara teman-teman seperjuangan beliau adalah Ustazah Orfiyah Jaffar, Ustazah Samaniah Razi dan Ustazah Harwati. Pendidik yang aktif dalam pendidikan madrasah selama 10 tahun ini, memulakan khidmatnya mengajar di Madrasah Aljunied Al-Islamiah pada tahun 1984. Beliau kemudian berpindah berkhidmat ke Madrasah Alsagoff Al-Arabiah dan Madrasah Wak Tanjong AlIslamiah. Walaupun terkenal sebagai seorang yang garang dan tegas dalam kalangan guruguru serta murid-muridnya, sifat keibuannya terserlah kerana beliau suka memberi nasihat dan bergurau apabila didekati. Beliau sangat prihatin mengenai adab dan disiplin serta pelajaran para pelajarnya agar mereka dapat memiliki integriti serta jati diri yang tinggi sebagai seorang muslim.

Atas dasar keprihatinan ini juga, beliau dan suaminya, Almarhum Ustaz Muhammad Azlan telah membuka sebuah pusat pendidikan pertama; Pusat Pendidikan Multazam yang menawarkan pendidikan dan penjagaan selepas waktu sekolah untuk para pelajar madrasah. Sikap dedikasi dan sifat bertanggungjawab kedua-dua pasangan suami isteri ini amat terserlah semasa mereka mengendalikan pusat pendidikan ini. Mereka akan menjemput para pelajar daripada madrasah dengan bas, menyediakan makanan tengah hari untuk para pelajar dan seterusnya memberikan khidmat tuisyen. Mereka juga memastikan agar kebajikan, pendidikan serta akhlak para pelajarnya terjaga secara holistik. Namun begitu, atas sebab-sebab kesihatan, pusat pendidikan ini tidak dapat diteruskan pada penghujung tahun 90an. Semangat mendidik Almarhumah Ustazah Syarafiyyah terus membara dengan aktif mengajar di beberapa tempat dan masjid termasuk Masjid Alkaff, Kampung Melayu dan Shahidah Travels bagi pelajaran manasik haji dan umrah. Semoga semangat serta perjuangan beliau dapat dijadikan contoh tauladan dan inspirasi kepada asatizah yang lain. Mudah-mudahan Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan syuhada’ dan solihat, Aamin.


BELASUNGKAWA

Antara masyaikh Pergas dan pengasas Madrasah Al-Irsyad Zuhri Al-Islamiah

Allahyarham Ustaz Mohamed Idris Bin Ahmad (1926-2019)

Allahyarham Ustaz Mohamed Idris bin Ahmad yang merupakan antara pelopor penubuhan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Singapura (Pergas) dan pengasas penubuhan serta pembangunan Madrasah Al-Irsyad AlIslamiah pada tahun 1950-an, telah meninggal dunia pada Sabtu, 13 Julai 2019 (10 Zulkaedah 1440H) pada usia 93 tahun.

Pada tahun 1966, beliau mula mengajar jemaah-jemaah yang akan menunaikan Haji ke Mekah melalui kapal laut. Sebelum penubuhan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada tahun 1968, Majlis Penasihat Islam telah melantik beliau selaku ketua Amil bagi urusan pengumpulan zakat di seluruh Singapura (termasuk pulau-pulau di sekitaran).

Dilahirkan pada 29 Disember 1926 di Singapura, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rakyat di Masjid Khadijah pada tahun 1930-an. Kemudian pengajiannya diteruskan di Pondok Madrasah Nahdah (Kedah, Malaysia). Selain itu, beliau juga mengikuti kelas-kelas agama daripada ulama terkenal termasuk Sheikh Abdullah Balfagih, Kiai Fadhlullah Suhaimi, Sidi Abdul Rashid, Sidi Mansur, Kiai Ahmad Zuhri Mutamim, Ustaz Jastan Abdullah dan Ustaz Abu Bakar Ali.

Pengalamannya dalam bidang agama diiktiraf dengan perlantikannya sebagai anggota bersekutu Muis dari tahun 1968 hingga 1971. Beliau turut dilantik menjadi Setiausaha Majlis Tilawatil Al-Quran (Musabaqah) anjuran Muis pada tahun 1968, selama 12 tahun.

Setelah tamat pengajiannya, beliau diberi kepercayaan sebagai penggerak utama penubuhan Madrasah Al-Irsyad yang disarankan pembinaannya oleh Kiai Ahmad Zuhri Mutamim. Di samping menjadi guru dan mudir pertama madrasah ini, beliau juga aktif mengajar di Sekolah Pendidikan Rakyat di kawasan Dairy Farm dan di sebuah surau di Lorong Lompang, Batu Sepuluh, Bukit Panjang. Pada tahun 1957, beliau bersama-sama Kiai Ahmad Zuhri dan beberapa asatizah yang lain telah mengasas dan menaja penubuhan Pergas untuk menyatukan guru-guru agama juga pengurusan serta perancangan sukatan pelajaran yang lebih teratur bagi sekolahsekolah agama. Atas kegigihan usahanya, beliau dilantik menjadi setiausaha pertama Pergas dari tahun 1957-1959. Bersama beliau dalam gambar ialah (dari kiri) Pengarah Pusat Pendidikan Jamiyah, Dr Hussin Mutalib; mantan Mufti, Shaikh Syed Isa Semait; dan Presiden Pergas, Ustaz Mohd Hasbi Hassan.

Ustaz Idris juga terlibat dalam penubuhan Perdaus (Persatuan Pelajar-Pelajar Agama Dewasa Singapura) pada tahun 1963. Beliau pernah menjadi Setiausaha dan Yang Dipertua Perdaus dengan menganjurkan pelbagai program untuk manfaat masyarakat umum.

Selain mengajar, Ustaz Idris telah dilantik sebagai Yang Dipertua Masjid Al-Khair, Bukit Panjang (1971-1972). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Naib Kadi, Pejabat Pendaftaran Pernikahan OrangOrang Islam Singapura (ROMM) dari tahun 1972 hingga 2005. Kepakaran dan ilmunya dicurahkan kepada penghuni-penghuni rumah-rumah kebajikan, termasuk ‘Boys Home’ (Bukit Batok), Darul Ma’wa (Bartley Road), juga rumah kebajikan orang-orang tua di Woodlands dan Darul Takrim (Tampines) selama beberapa tahun, serta di pusat-pusat pemulihan dadah di samping menjadi Imam dan Khatib pada solat Jumaat dan solat Hari Raya. Atas sumbangan baktinya dalam bidang dakwah, beliau menerima beberapa anugerah penghargaan daripada Perdaus kerana khidmatnya selama 12 tahun (1975), ROMM (2005) dan Anugerah Obor Ummah daripada Pergas (2016). Kegigihan serta sikap dedikasi beliau ini patut dicontohi oleh asatizah serta generasi pelapis. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkannya di kalangan golongan syuhada’ dan solihin.

25


7. AKTIVITI Pergas

Aktiviti Pergas Mei - Ogos 2019

18

Program penghantaran hamper hari raya serta barangan dapur yang dinamakan Grab Pahala, ke rumah penerima bantuan kewangan Pergas

18

Program ‘Adopted Charity’ anjuran MPP dengan sokongan Pergas untuk para penerima bantuan kewangan Pergas.

26, 28, 30 Mei, 1 & 2 Jun

Program Qiyamullail Pergas di masjid-masjid serata Singapura.

MEI 12 & 26

Program Tadarus Al-Quran anjuran Majlis Pelajar Pergas (MPP) dengan sokongan Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) di Dewan Madrasah Aljunied Al-Islamiah.

JUN 4

Acara laungan takbir raya selepas solat maghrib dengan kerjasama Masjid Kassim.

5

Solat Eidulfitri bertempat di Stadium Hougang dipimpin oleh Ustaz Abdul Jalil bin Abdul Razak.

23

Majlis sambutan Hari Raya Eidulfitri Pergas bersama para Asatizah dan ahli Pergas bertempat di The Iris.

18

Program menziarahi asatizah mapan oleh para asatizah muda yang dinamakan Asatizah Turun Padang sempena bulan Ramadhan.

JULAI 13

Hari Orientasi Pelajar (HOPe) untuk para pelajar baru anjuran bersama IPIP dan MPP di Oditorium Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.

13

Siri Mudarasah Asatizah bertemakan Ilmu Hadis dan Cabaran Semasa dengan tajuk Anti Hadis Moden oleh Ustaz Dr Umar Muhammad Noor. 26


AKTIVITI Pergas

18

1-31

23

3

Bengkel Cara Memandu Pelawat Pameran untuk para mahasiswa institusi Islam oleh Ukht Nurdiana Hanim Abdul Rahman dan Encik Syed Hafiz Syed Nasir

Ziarah Muhibah Encik Altaf A Khan dan Dr Arshad Shaikh dari Universal Consultants, London, ke Pergas.

Program lawatan berpandu harian untuk para madrasah, institusi Islam serta badan-badan Islam tempatan yang dikelolakan oleh mahasiswa-mahasiswa institusi pengajian Islam luar negara.

Program hujung minggu sempena pameran Pergas iaitu Bengkel Penulisan Khat yang dikelolakan oleh Ustazah Nur Fathiah Abdussamad dari Fathiah Calligraphy.

24

Forum Online melalui Facebook Pergas bertajuk “Kenapa Kita Perlu Menulis” disampaikan oleh Ustaz Mohammad Yusri Yubhi bin Md Yusoff dan Dr Syed Khairudin Aljunied berserta moderator Ustaz Mohd Noor Mustaqim.

OGOS 1

Majlis pelancaran pameran ‘Treasures of Muslim Scholars: 100 Years of Singapore Literary Heritage” dan 3 buah buku baru terbitan Pergas.

7

Program Daurah Tholabah mengenai kitab Syamail Muhammadiyah bersama pelajar-pelajar Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah.

11

Solat Eiduladha bertempat di Stadium Hougang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff.

13

Ziarah Muhibah dari wakil Darul Quran Johor Bahru ke Pergas.

27


AKTIVITI Pergas

17

Wacana Ilmiah sempena pameran Pergas bertajuk Peaceful Existence: Traces from the Past disampaikan oleh Ustaz Dr Nazirudin Mohd Nasir.

24

Forum sempena pameran Pergas bertajuk Penulisan dan Warisan: A Sharing Session by Local Writers oleh panelis Ustaz Ahmad Haris Suhaimi, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff dan Moderator Ustaz Mohamed Qusairy Thaha.

27

Program Pre-Departure Tausiyyah disampaikan oleh Ustazah Siti Nur 'Alaniah Abdul Wahid untuk para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

30

Sesi Mahabbah bersama wakil-wakil persatuan pelajar institusi Islam luar negara.

31 17

Siri Mudarasah Asatizah bertemakan Ilmu Hadis dan Cabaran Semasa dengan tajuk Kaedah Menyimpang dalam Menilai Hadis oleh Ustaz Dr Umar Muhammad Noor.

19-21

Program Persiapan Karier untuk para mahasiswa institusi Islam dalam dan luar negara dibimbing oleh Encik Nailul Hafiz.

23 & 30

Program Daurah Tholabah mengenai kitab Aqidatul Awwam bersama pelajar-pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah.

28

Program Ulasan Buku Shahih Bukhari, Analisa dan Rumusan oleh Ustaz Dr Umar Muhammad Noor sempena pameran Pergas.


8. KENALI Pergas

Pelancaran ‘Treasures of Muslim Scholars: 100 Years of Singapore Literary Heritage’dan Penerbitan Terbaru Pergas

P

ada 1hb Ogos lepas, telah berlangsung majlis pelancaran pameran ‘Treasures of Muslim Scholars: 100 Years of Singapore Literary Heritage’ di The Pod, Perpustakaan Kebangsaan Singapura. Pameran ini, dengan sokongan Lembaga Warisan Negara, adalah bagi memperingati 100 tahun penulisan asatizah di Singapura juga bersempena dengan sambutan 200 tahun Singapura. Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Puan Halimah Yacob, Presiden Singapura, serta 130 hadirin yang terdiri dari para cendekiawan Islam tempatan. Puan Halimah turut melancarkan tiga buah buku terbaru terbitan Pergas yang mengetengahkan sumbangan para asatizah tempatan iaitu ‘Bibliografi Penulisan Asatizah Singapura: Warisan Karya Sepanjang 100 Tahun (1906 – 2019)’, ‘Obor Ummah: Jejak Tokoh Agama Islam Di Singapura – siri 3’ dan ‘Risalah Ilmu Falak’ karya Kiayi Ahmad Zuhri Mutamim. Pameran ‘Treasures of Muslim Scholars: 100 Years of Singapore Literary Heritage’ mengetengahkan penulisanpenulisan tokoh-tokoh dan asatizah tempatan seawal tahun 1906 hingga kini. Pengunjung juga dapat memahami tren-tren penulisan yang berubah sejajar dengan keperluan sesebuah era.

Pameran ini berlangsung sepanjang bulan Ogos di Perpustakaan Negara Singapura dan sepanjang bulan September di Perpustakaan Daerah Jurong. Pelbagai program hujung minggu juga disediakan untuk para pengunjung yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Semoga pameran ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada golongan asatizah serta masyarakat untuk terus berkarya dan menghargai penulisan-penulisan tempatan.

29


8. KENALI Pergas

Barisan MTP 2019 - 2021 USTAZ MOHAMAD HASBI BIN HASSAN

USTAZAH SUKARTI BTE ASMOIN

Presiden

Naib Presiden

Ustazah Nadia Hanim Binte Abdul Rahman

Ustazah Nur Khadijah Binte Ramli

Setiausaha Kehormat

Ustaz Mohamed Qusairy Bin Thaha

Naib Setiausaha Kehormat

Bendahari Kehormat

Naib Bendahari Kehormat

Ustaz Fathurrahman Bin Hj M. Dawoed

Ustaz Izal Bin Mustafa Kamar

Ustaz Muhammad Hasyim Bin Masnin

Ustaz Muhamad Nuzhan Bin Abdul Halim

Ustaz Mohammad Bahrul-Ulum Bin Buang

Anggota MTP

Anggota MTP

Anggota MTP

Ustaz Muhammad Tarmizi Bin Abdul Wahid

Ustazah Kalthom Binte Muhammad Isa

Ustazah Nurul 'Izzah Binte Khamsani

Anggota MTP

Anggota MTP

Anggota MTP

Warga Kerja Baru Pergas 30

Anggota MTP

Ustaz Muhammad Hisyamuddin Bin Saini Penolong Pegawai Eksekutif, Komunikasi Pemasaran Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Fiqh & Usul Fiqh), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


9.

MEMORI TRAVELOG

Jauh Perjalanan Luas Pandangan – Maghribi Ukht Sundusia Rosdi

B

aru-baru ini saya juga berkesempatan melancong ke Maghribi pada bulan November 2018, buat kali kedua selepas lawatan pertama saya 26 tahun lalu. Selain melawat bandar, pekan dan tempat-tempat menarik bagi para pelancong seperti Casablanca, Marakech, Rabat, Meknes dan Fez. Saya juga meraih pengalaman baharu seperti melawat perkampungan masyarakat Berber di pergunungan Mount Toubkal di luar bandar Marakech (berketinggian lebih 1500 meter dari paras laut). Kebanyakan dari kami mendaki dari kaki gunung berbatu kerikil itu dengan santai dan ada yang bertongkat diiringi oleh beberapa pemandu, maklumlah majoriti ahli kumpulan kami rata-rata berusia lebih 60-an tahun. Seorang dari kami memilih untuk mendapatkan khidmat seekor keldai, menunggangnya dengan diiringi si gembala, yang mengenakan bayaran 40 Moroccon Dirham (SGD 5.67). Alhamdulillah, kami semua berjaya mendaki sampai ke perkampungan masyarakat Berber di gunung itu

dalam masa hampir satu setengah jam (biasanya 30 minit sahaja) – namun ia tetap suatu pencapaian besar! Kami dikumpulkan di sebuah rumah kampung Inap Desa (Homestay) yang selesa dan menawan dengan pemandangan banjaran gunung di sekeliling kami. Hawa gunung yang bersih, segar dan harum alami melupakan kami pada kelesuan pendakian sebelumnya. Di sini kami ditunjukkan bagaimana menyiapkan minuman panas Teh Pudina Morocco yang asli, dari pilihan daun pudina hingga menapis dan menuangnya di cawan untuk dihidang bersama kuih tradisi mereka (mirip kuih bahulu). Dua anggota paling muda kami didandani pakaian tradisi Berber dan diajar menyediakan teh dan melayani tetamu menurut budaya Morocco. 31


MEMORI TRAVELOG

Di bawah arahan seorang wanita Berber berusia 70-an yang amat kuat dan cergas, kami beramai-ramai diminta “rewang” untuk menyediakan masakan tradisi Maghribi ,“Tagine” . Ia adalah daging kambing yang dimasak dengan herba, bersama sayuran lobak, terung, timun dan bawang di dalam bekas pinggan buatan seramik dengan penutupnya berbentuk topi segi-tiga (konsep slow pressure-cooker). Lama masa bergantung pada saiz masakan dalam Tagine. Kami menggunakan 5 buah set Tagine yang siap dimasak lebih satu jam lamanya. Bila penutup Tagine dibuka kelihatan seperti masakan stew daging. Kami juga menolong menguli tepung untuk hidangan sampingan roti yang dimasak dengan menempelkannya di dapur ketuhar tanah-liat Tanduur ( mirip Roti Nan).

Ada beberapa kenyataan tentang mengapa warna biru (biru nila/indigo) menjadi pilihan. Antaranya dikatakan kerana warna biru itu dapat menghalau atau menjauhi serangga nyamuk. Juga menurut kisah masyarakat Yahudi yang menghuni di kota Chefchaouen dalam tahun 1930-an, mereka menggunakan warna biru itu untuk melindungi keselamatan dari pemerintahan diktator Adolf Hitler (1889-1945) dari German. Warna biru itu juga dikatakan perlambangan bagi langit dengan syurga, berfungsi sebagai simbol peringatan untuk menjalani kehidupan rohani mereka.

Setelah mengerjakan solat jamak Zohor dan Asar (anggota lelaki bersolat di ‘masjid gunung’ bersebelahan), kami dijamu masakan yang dimasak tadi sebagai hidangan makan tengah hari bersama lauk-pauk lain, lengkap dengan pencuci-mulut manisan dan buah-buahan. Amat berselera kami makan tengahari bersama di pergunungan, sungguh menyegarkan.

Di bandar Tangier, kawasan yang terletak 14 km dari pusat bandarnya, kami berpeluang melawat Pele du Detroit of Gibraltar dan Tanjong Cap Spartel, daerah mistik Rumah Api yang didirikan pada tahun 1864. Juga Gua Hercules yang mempunyai dua laluan pintu, ke laut dan ke darat. Bentuk lowongan Gua Hercules ini juga sangat unik kerana hakisan batubatanya membentuk beberapa bentuk antaranya bentuk wajah manusia dan rupa bumi peta benua Afrika – amat istimewa.

KOTA BIRU – CHEFCHAOUEN

Kota Biru (Blue City) yang dibina pada tahun 1471 ini berada di pinggir pergunungan daerah barat daya Maghribi. Ia dikenali dengan bangunan-bangunan lama bercat warna biru. Kiri dan kanan dinding serta lorong-lorong curamnya terdiri dari susunan ‘cobbled stone’. Terdapat banyak kedai dan warung-warung menjual bahan-bahan asal kulit dan cenderamata unik Maghribi. Di Chefchaouen juga terletaknya dataran Palace Outa el Hammam, sebuah kubu binaan abad ke 15 dan sebuah masjid purba. Pernah dijajah oleh Sepanyol, justeru Chefchaouen mempamerkan peninggalan penjajahan itu dengan kebanyakan bangunan-bangunannya bercirikan unsur arkitektur Spanish dan Moorish Morocco. 32

GARISAN PERTEMUAN DUA LAUT: MEDITERRANEAN DENGAN LAUTAN ATLANTIK

Kami memang berhasrat untuk menyaksikan kebesaran Allah s.w.t. dengan ciptaanciptaannya iaitu melihat garis pertemuan antara 2 Laut, Mediterranean dan Lautan Atlantik dengan kedudukan Rumah Api Cap Spartel di Tangier sebagai lokasi tepatnya pertemuan itu (malangnya ia hanya jelas dilihat dari ketinggian di udara. Selat Gibraltar (Straits of Gibraltar) telah memisahkan pantai selatan Sepanyol dengan pesisiran pantai utara Morocco. Air kededua laut ini tidak larut bersatu kerana jisim masing-masing berbeza pada suhu bawah-laut dan elemen kandungannya, termasuklah ikan-ikan serta faunanya yang tidak boleh hidup di bahagian laut yang satu lagi. Kandungan air Laut Mediterranean mengandungi kandungan garam yang lebih tinggi daripada air di Lautan Atlantik dari kedua-dua lautan ini tidak larut bersatu (juga warna airnya) walau telah bercampur. (Rujuk Surah ArRahman ayat 19-20).


MEMORI TRAVELOG

Biasanya kami akan menjadikan lawatan ke Rumah Kebajikan sebagai salah satu itinerari wisata kami ke luar negara. Rumah anak-anak yatim “Maison D’Engants Lalla Hasnaa” Casablanca dibina pada tahun 1989 di bawah naungan Puteri Lalla Hasnaa (adinda Sultan Maghribi). Pusat ini dibahagi kepada dua, Pusat Oasis yang menampung 200 kanak-kanak yatim dan terbiar (dari bayi hingga 3 tahun, termasuk 10 kanak-kanak terencat akal) dan sebuah lagi cawangan Pusat Baouafi untuk 80 orang (kanak-kanak dan dewasa berpenyakit kronik atau kurang upaya). Pusat Oasis yang kami lawati tidak menerima derma wang tunai, kami diminta agar tidak memberi pakaian, sebaliknya mereka mengalu-alukan pemberian berbentuk bekalan makanan seperti tepung, kus-kus (makanan asas Maghribi), minyak masak, gula dan bahan-bahan makanan lain. Sejurus kami tiba dan melangkah ke kawasan bangunan ini, kanak-kanak (sekitar umur 2-5 tahun) yang sedang bermainmain di lelapang permainan menerpa dan minta didokong. Kami dikeroyok, minta dibelai dan diusap tanpa malu. Setiap dari kami mendokong seorang dengan beberapa yang lain berkeliling badan kami menunggu giliran – sedangkan yang didokong tidak mahu turun dari dokongan dengan mencengkamkan kedua-dua kaki melilit ke badan kami. Nyatalah kanak-kanak ini memang dahagakan sentuhan fisikal dan belaian kasih sayang insan. Amat tersentuh sekali suasana ini sehingga kami berasa sebak dan menitiskan airmata! Kami dibawa ke setiap unit Pusat dalam lawatan berpandu oleh seorang Pengarahnya yang menerangkan perkhidmatanperkhidmatan yang mereka sediakan, dari sokongan fisikal dan mental, kesihatan dan kelakuan, pendidikan dan pelajaran serta amalan sosial dan kemahiran berdikari. Pusat ini juga membuka permohonan untuk pengambilan anak-anak ini sebagai anak-angkat dengan syarat-syarat yang ketat. Alhamdulillah, ia merupakan kemuncak lawatan kami ke Maghribi yang lebih membuka mata dan hati kami agar lebih bersifat ihsan terutama pada golongan yang lebih memerlukan.

RUMAH TUMPANGAN ANAK-ANAK “MAISON D’ENGANTS LALLA HASNAA”

Sememangnya, Allah s.w.t. menggalakkan umatnya untuk mengembara dan menimba ilmu dengan melihat kejadian alam pelbagai rupa, kesan peninggalan kaum terdahulu sebagai iktibar, berkenalan dengan masyarakat lain dan menghayati pengalaman baru. Kesemuanya ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan insan tentang kehidupan dan mendalami ulumuddin tentang Tuhan Pencipta. Ini termaktub dalam firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, Surah Al-Mulk, ayat 15 yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.” Wallahua’lam Bissawab 33


10. ULASAN BUKU

Warisan Karya Sepanjang 100 Tahun (1906-2018)

Bibliografi Penulisan Asatizah Singapura: Karya Warisan Sepanjang 100 tahun (1906 – 2018) ini menyenaraikan 3200 entri / tajuk penulisan ilmiah tulisan asatizah kelahiran Singapura atau luar negara yang pernah menyumbangkan kepakaran dalam penyebaran dakwah untuk masyarakat Islam Singapura. Senarai buku-buku, bab buku atau artikel majalah juga akhbar terbitan sepanjang lebih 100 tahun ini diharapkan menjadi bukti sumbangan asatizah dalam bidang penulisan dan bahan narasumber pengkaji generasi muda.

Untuk mengenali latar belakang pendidikan asatizah kita yang aktif menulis ini, senarai ini juga menyertakan kelulusan pengajian, latar belakang kerjaya dan pengalaman mereka, juga anugerah yang diperolehi. Justeru, bibliografi ini juga berfungsi sebagai direktori / leksikon para asatizah Singapura. Semoga usaha mendokumentasikan senarai tulisan asatizah ini memberi manfaat kepada

Penyusun: Sundusia Rosdi Penerbit: Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) ISBN: 978-981-11-6746-1 Pengulas Buku: Ustaz Mohd Jakfar Haji Embek, Pengasas dan Pengarah, Madani Institute Principal Advisor, Globalpetro Solutions masyarakat Islam Singapura khususnya para pengkaji dalam bidang dakwah Islamiah.

Diterbit oleh:

Disokong oleh:

B

uku “Bibliografi Penulisan Asatizah Singapura – Warisan Karya Sepanjang 100 Tahun (1906-2018)” merupakan satu-satunya buku bibliografi khas yang menyenaraikan tajuk-tajuk tulisan para asatizah Singapura, sama ada dalam bentuk rencana akhbar, majalah, kertas kerja, tesis, tulisan bloq atau buku. Buku yang setebal 580 halaman ini telah dilancarkan pada 1 Ogos 2019 di Perpustakaan Negara Singapura oleh Presiden Singapura, Puan Halimah Yaacob. Dalam pemerhatian saya, telah muncul segelintir para asatizah generasi muda milenial yang aktif menulis rencana atau penulisan kreatif sejak zaman persekolahan menengah mereka lagi. Kemungkinan kerana adanya system rangsangan dan platform yang menyokong karya sebegini untuk diterbitkan, seperti kolum penulisan di akhbar Berita Harian kini, juga di majalah Ar-Risalah, Pergas dan kumpulan penulisan Wasat Online, tidak seperti semasa generasi asatizah yang menuntut sekitar tahun 70an di madrasah-madrasah. Tumpuan pengajaran mereka waktu itu banyak berfokuskan pada kemahiran lisan dengan berceramah atau melalui syarahan sahaja. Ulasan & Signifikan Bibliografi Bagi mereka yang memahami bentuk penulisan buku jenis bibliografi, ia mempunyai 3 jenis kategori umum; descriptive, analytical dan enumerative. Ketiga-tiga jenis tersebut membawa kepada fungsi yang berlainan. Melihat pada susunan bibliografi, ia menepati bentuk descriptive, dengan tujuan mempermudahkan proses pencarian tajuk dengan susunan mengikut abjad nama penulis dan kategori subjek penulisan. Walaupun kadangkala terdapat sedikit kepayahan dalam pencarian nama terutama 34

Bibliografi Penulisan Asatizah Singapura: Warisan Karya Sepanjang 100 Tahun (1906 - 2018)

Bibliografi Penulisan Asatizah

Bibliografi Penulisan Asatizah Singapura:

PERSATUAN UL AMA DAN GURU-GURU AGAMA ISL AM SINGAPURA (PERGAS)

bagi nama penulis yang bermula dengan “Mohammad”, namun begitu cara susunan nama penulis dijelaskan dalam buku ini (muka surat 152) sebagai “semua nama bermula dari M., Md., Mohd., Muhd., dan lain-lain berkaitan dengannya, telah disusun menurut ejaan sebagai Muhammad dan diikuti dengan huruf nama selanjutnya…” Kedua, kategori indek subjek rencana atau buku merupakan sesuatu yang subjektif kerana ia mengikut tafsiran penyusun atau penyuntingnya. Kadangkala isi kandungan yang dibincangkan berbeza sedikit dari tajuk yang diberikan, terutama dalam penulisan di akhbar Berita Harian yang tertakluk kepada cita rasa sub-editor dan keterbatasan ruang penerbitan. Justeru, mengambil subjek berdasarkan pada tajuk sahaja, kadangkala boleh mengelirukan, jika tidak dibaca keseluruhan rencana itu. Secara umum, saya melihat buku bibliografi ini banyak kelebihannya. Pertama, sebagai bibliografi yang berbentuk descriptive, terdapat sinopsis tentang sebahagian rencana atau buku yang tersenarai pada hampir semua tajuk walaupun ada penulisan yang tidak terakam keterangannya. Ini kerana bukan mudah untuk menelaah semua 3210 tajuk yang tersenarai, melainkan jika ianya disertakan abstrak seperti penulisan tesis peringkat Master dan PhD. Kedua, sebagai seorang pengkaji bebas, buku rujukan ini memberi saya sedikit profil asatizah, khususnya tentang kekuatan atau kemahiran bidang penggarapan pemikiran atau idea mereka. Kadangkala terdapat sedikit permasalahan untuk memahami jalan pemikiran seseorang penulis itu, terutama jika ia merupakan hasil penulisan gandingan atau berkelompok


ULASAN BUKU

dengan kerjasama ramai asatizah lain. Dalam penulisan berkelompok biasanya idea telah ditentukan bersama, tidak seperti penulisan bersendirian yang mempaparkan keaslian pemikiran penulisnya. Ketiga, saya melihat penerbitan buku bibliografi ini bertepatan dengan semangat pada tahun Singapura meraikan dua perayaan, pertama; perayaan 54 tahun kemerdekaan, dan, kedua; sambutan 200 tahun (bicentennial) Singapura. Justeru, kelahiran buku ini merupakan satu petanda baru bagi Pergas sebagai sebuah institusi asatizah untuk mula aktif mengumpulkan dan mengarkib semua bahan idea berkaitan dengan sejarah pertubuhan dan warga individu asatizah yang menjadi anggotanya. Walaupun tidak semua asatizah itu lahir kerana profesionnya sebagai tenaga pengajar, namun keperluan menyusun dan mengumpul semua bahan idea dalam bentuk digital amat diperlukan. Bagi saya, itu adalah hadaf (target) utama yang perlu diterajui kerana dalam era informasi digital, kewujudan bahan idea bukan sekadar untuk memastikan mesej dakwah itu terakam, tetapi menepati maksud besar daripada maqasid syariah bagi sebuah organisasi, dalam usaha memelihara dan melestari bahan agama (hifz al-din) dan pelestarian karya penulisan atau penciptaan idea (hifz al-‘aql).

Ia sebenarnya menepati tujuan untuk mengambil berat kebajikan yang berbentuk pelestarian pemikiran atau idea warga asatizah setelah sekian lama berdakwah. Semangat yang sama terakam dalam satu kenyataan yang tersiar di majalah BiblioAsia vol. 15 isu 1 (Apr-Jun 2019), halaman 2; “Singapore’s coming of age as a nation has sparked interest in finding out about our past. There has been a surge in the number of requests for Singapore content at the archives.” Jika kita memahami geo-politik konteks yang mewarnai pendapat umum dalam dunia digital, maka merakam semula pemikiran idea dakwah asatizah wajar dilakukan segera, agar warga asatizah kelihatan secara jelas mewarnai satu pemaknaan fungsi (making sense of purpose) kerana idea pemikiran tokohtokoh agama Islam adalah sebahagian daripada unsur yang membangun sebuah negara selepas merdeka (era selepas 1965). Keempat, dari sudut pengukuran pencapaian (measurement of milestone), bibliografi ini boleh menjadi dasar dalam melihat semula tentang penganjakkan idea sama ada masih berlegar dalam persoalan fiqh dan hukum atau sudah membicarakan idea-idea dakwah yang lebih segar selari dengan perkembangan ‘coming of a nation’. Antara ciri Islam yang indah adalah sifat agama yang universal, dengan maksud bahawa dalam Islam, kita 35


ULASAN BUKU

meraikan pendapat-pendapat baru dan masa kini (ijtihadi) dan tidak berupa ‘status-quo’ atau beku. Ijtihad merupakan elemen penting dalam pemulihan semula idea-idea Islam sama ada dari sudut kajian fatwa mahupun dalam hal idea pemikiran semasa. Idea pemikiran ilmu falak selepas kelahiran teknologi digital amat berlainan dengan era sebelumnya. Sama seperti fatwa berbentuk perubatan, seperti pemindahan organ masa kini, elemen “menyelamatkan nyawa” itu mewarnai keputusan fatwa berbanding dengan era sebelum kemajuan dalam teknologi bio-perubatan. Sama ada bolehkah daripada bahan berbentuk deskriptif ini, dinaik taraf kepada analitik digital dengan algoritmanya adalah satu cabaran, namun setentunya dinantikan. Ia bukan mustahil kerana teknologi ‘software’nya telah ada. Kelima, saya melihat bahawa kebaikan atau signifikan peranan bibliografi ini memudahkan para pengkaji untuk membuat sandaran rujukan atau ‘research citation’. Dalam dunia akademik, saham individu pensyarah perlu dinilai dan boleh diukur melalui indeks jumlah karya penulisan atau kajian individu berkenaan dijadikan sandaran rujukan oleh pengkaji luar terutama peringkat antarabangsa. Maka bibliografi ini kelak bakal dijadikan asas dalam sandaran rujukan mereka. Jika lebih 36

banyak angka ‘citation’ seseorang asatizah yang disenaraikan dalam buku dan jurnal akademik antarabangsa, maka ia menunjukkan kehebatan idea asatizah berkenaan. Tidak ada langkah kedua dan ketiga jika tidak ada penerokaan langkah pertama, walaupun mungkin langkah-langkah pertama itu belum begitu mantap. Saya mengucapkan mabruk kepada semua yang terlibat dalam penyusunan buku bibliografi ini. Semoga 50 tahun akan datang, generasi masa itu bukan sekadar berbangga dengan peninggalan legasi karya penulisan asatizah masa kini, tetapi berupaya memetak dan menganalisa jurang idea keagamaan yang perlu untuk diisi masa akan datang. Saya pernah ditanya bagaimana hendak menghasilkan penulisan yang baik. Jawapan saya; “anda bermula dahulu dengan menulis idea yang berlegar dalam fikiran dan usah sesekali merasa bila sempurna baru hendak menulis. Usah takut menulis idea yang bercanggah dengan status quo. Kerana kesempurnaan itu bukan satu matlamat, tetapi satu proses yang perlu diasah dan digilap dengan kesediaan menerima kritikan.” Maka penerbitan bibliografi 100 tahun karya asatizah ini merakamkan satu proses awal bagi pembudayaan yang akan berlaku. Tahniah kepada tim penyusun dan para pengkaji!


11. TINTA ILMU

Wasat Online Wasat adalah satu siaran dalam talian oleh Pergas yang mengandungi beberapa artikel bertemakan kesederhanaan sesuai dengan erti dari perkataan wasat yang diambil dari Al-Quran, 2:143. Tujuan Pergas menerbitkan siaran dengan tema ini ialah kerana isu kesederhanaan, bukan hanya satu inti pati bagi ajaran Islam, tapi terdapat keperluan semasa untuk mengetengahkannya pada hari ini. Wasat yang kini telah menjangkau isu ke 28, telah diterbitkan sejak Februari 2017. Kini pembaca dapat mengakses Wasat isu terbaharu atau yang telah diarkib melalui: https://blog.pergas.org.sg/wasat/

WASAT 27 / Jun 2019 Artikel pertama bertajuk Peranan Ulama Dalam Pengukuhan Ekonomi Umat Islam, oleh Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Bin Md Yusoff. Penulis membicarakan konsep ekonomi dari perspektif Islam yang berbeza dengan konsep ekonomi konvensional yang bersumberkan dari Barat dan peranan yang sepatutnya dimainkan ulama dalam memajukan ekonomi umat Islam. Beliau juga berkongsi antara peranan yang dimainkan oleh Pergas di Singapura sebagai meneruskan peranan ulama dari zaman silam untuk memajukan ekonomi masyarakat Muslim di Singapura. Artikel kedua sumbangan Ustaz Mustazah Bahari bertajuk Siapakah Sebenarnya yang Bergelar Ulama?: Satu Perspektif Wasati. Artikel ini menjelaskan definisi ulama dan sifat-sifat mereka berdasarkan sumber-sumber tradisi dan aplikasinya dalam konteks hari ini. Tujuan utamanya ialah untuk membina fahaman yang saksama dan membetulkan salah faham yang ada di kalangan para pelajar agama bahawa, tiada ulama di Singapura, yang ada hanyalah para pendakwah dan guru-guru

agama sahaja; golongan agamawan di Singapura belum layak menjadi ulama kerana mereka tidak menghafal Al-Quran dan Hadis, atau bait-bait syair seperti ulama di negara-negara Arab; dan ulama sebenar hanya berada di tanah Arab. Artikel ketiga sumbangan Ustaz Mohd Hafiz Kusairi bertajuk The Ramadhan-Bazaar Conundrum: A Way Forward. Penulis mengulas isu pengoperasian bazar di bulan Ramadan yang sering kali mengundang komentar-komentar negatif dari sesetengah pihak bahawa ia bercanggah dengan tujuan bulan Ramadan yang menggalakkan umat Islam untuk meningkatkan amalan ibadah, sedangkan bazar merupakan aktiviti perniagaan yang berteraskan keuntungan kebendaan. Beliau juga berhujah bahawa berniaga di bulan Ramadan seperti mengoperasikan bazar adalah harus di sisi agama. Sebagai sesuatu yang harus, sikap yang saksama ialah untuk tidak terus mencela amalan itu secara umum. Kewujudan golongan yang lali dan melampau, tidak seharusnya menyebabkan prejudis pada amalan berkenaan hingga menatijahkan komentar-komentar atau sikap-sikap yang bercanggah dengan kemuliaan Ramadan itu sendiri. 37


TINTA ILMU

WASAT 28 / Ogos 2019 Artikel pertama bertajuk Wasatiyah Terhadap Alam Sekitar: Fahami Ancaman Plastik dan Kurangkan Penggunaannya, sumbangan Ustazah Hafizhah Masnin membawa pesanan wasatiyah terhadap alam sekitar. Ia bermaksud Muslim hendaklah menjauhi segala amalan yang boleh merosakkan alam sekitar kerana ia menyalahi peranan dirinya sebagai khalifah di muka bumi ini. Ini termasuk berlebih-lebihan dalam meneroka sumber alam atau dengan cara yang boleh memudaratkan alam sekitar. Artikel ini memberi tumpuan kepada bahaya penggunaan plastik terhadap alam sekitar dan kepentingan untuk Muslim memainkan peranan di pelbagai peringkat untuk mengurangkan penggunaannya kerana sifatnya yang boleh mencemar alam sekitar. Dengan tajuk: Are Interest or Coupons in Singapore Government Savings Bond (SGSS) Considered Riba? tulisan Ustaz Kamal Mokhtar, artikel ini berhujah bahawa faedah yang diberi kepada pemegang Bon Simpanan Pemerintah Singapura adalah halal kerana ia bukan dari riba yang dilarang. Penulis juga membuat penilaian semula pada fahaman yang sudah terbiasa dan berusaha untuk meneroka perspektif baru 38

berdasarkan metodologi yang muktabar sesuai dengan ciri wasatiyah yang ingin dikembangkan iaitu bersifat tajdid dan islah. Pendapat penulis ini adalah khusus bagi faedah yang diberikan kepada pemilik bon pemerintah Singapura. Beliau secara jelas menegaskan bahawa faedah yang diberikan kepada pendeposit di bank komersial konvensional tidak termasuk dalam pembahasan artikel ini. Akhir sekali ialah artikel bertajuk Dealing with NonPractising/Sinful Close Family Members: Argument for “Hate the Sin, Not the Sinner’, oleh Ustaz Dr Muhammad Haniff Hassan. Beliau memberi hujah-hujah agama bagi sikap membenci dosa, tanpa perlu membenci pelaku dosa, khususnya terhadap ahli keluarga terdekat seperti anak, ibu bapa dan suami/isteri, berdasarkan kisah-kisah para anbiya’ yang disebut dalam Al-Quran. Penulis juga menganjurkan agar kita tidak cepat untuk menyisih dan memulaukan ahli keluarga yang tidak soleh. Beliau juga cuba membetulkan fahaman bahawa berlaku baik dan terus menjalin hubungan silaturahmi dengan mereka tidak bermakna kita bersubahat dan reda akan cara hidup mereka yang menyalahi agama. SELAMAT MEMBACA DAN MENGASAH MINDA!


11. TINTA ILMU

Perkongsian Ilmu Habib Umar Bin Muhammad Bin Hafidz:

Tanda-Tanda Ahli Tasawuf Terjemahan Ustaz Izal Mustafa Kamar Penolong Pengarah, Pejabat Mufti, Muis

TANDA KELAPAN: MEMBERI PENERANGAN YANG BAIK, SERTA MENJAUHI PERDEBATAN YANG TIADA KEBAIKAN Maka (seorang ahli tasawuf) akan mampu untuk memberi penerangan dan penjelasan bagi kebenaran. Sama ada dari segi percakapan, perbuatan dan juga pada perwatakannya. Sering mendorong untuk berhubungan dengan Allah s.w.t. dan mendekatiNya. Ia sebenarnya lahir daripada rasa belas kasihan dan rahmat ke atas hamba-hambaNya. Allah s.w.t berfirman: “Katakanlah (Ya Muhammad) inilah jalanKu, aku mengajak (insan) di atas petunjuk yang nyata. Ia jalanKu, dan jalan sesiapa yang mengikuti Ku.” Surah Yusuf: 108. Dan Allah s.w.t. berfirman lagi: “Ajaklah kamu kepada jalan tuhan mu di atas petunjuk yang nyata, dan berdebatlah dengan mereka dengan menuruti cara yang lebih baik.” Surah An-Nahl: 125. Dan Allah s.w.t. berfirman: “Dan jangan kamu berdebat dengan kaum ahli kitab melainkan dengan cara yang lebih baik.” Surah Al-Ankabut: 46. Dan Allah s.w.t berfirman: “Dan sesungguhnya Syaitan itu memberi wahyu kepada pengikut-pengikutnya, agar mereka (mampu) berdebat dengan kamu.” Surah Al-An’am: 121. Dan Nabi s.a.w bersabda: “Tiadalah sesuatu kaum itu disesatkan setelah petunjuk yang mereka dahulu berada di atasnya, melainkan mereka itu diberikan (kemampuan untuk) berdebat.” Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi ini, dan menurutnya ialah hadis Hassan Sahih. Dan diriwayatkan juga oleh Ibn Majah, Al-Tabrani dan Al-Hakim, dan menurut mereka sanad hadis ini adalah sahih.

Dan Al-Awzaie’ berkata: Sekiranya Allah s.w.t. menginginkan keburukan bagi sesuatu kaum, mereka akan dikurniakan (kemampuan untuk) berdebat, dan (mereka) terhalang untuk beramal. Imam Al-Ghazali berkata dalam kitab Al-Ihya’ tentang generasi terawal: Mereka amat mengingkari terhadap sesiapa yang membuka ruang untuk berdebat dan berbahas. Beliau lalunya berkata: Daripada sunnah adalah untuk meninggalkan perdebatan, ketika mengajak (insan) kepada sunnah. Imam Malik berkata: Perdebatan dalam urusan agama, tiada apa-apa (nilainya). Nabi s.a.w bersabda: “Sekiranya kamu menyaksikan mereka yang menuruti segala mutashabihat (ayat-ayat yang tidak jelas maknanya), maka ketahuilah bahawasanya mereka itu merupakan golongan yang telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. maka jauhilah mereka.” Hadis riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmizi dan menurutnya ia hadis hassan sahih, dan juga Ibn Majah. Syair Mereka tidak akan berbicara tentang kemungkaran, pada saat ia lagi dibicarakan, Tiada pula mereka berbahas dengan orang yang ingin berbahas dengan berlebihan. Siapa yang bertemu dengan salah seorang daripada mereka, pasti akan berkata: aku telah bertemu dengan ketuanya. Seperti bulan yang dijadikan petunjuk bagi orang yang dalam perjalanan (musafir). Wallahu’alam bissawab 39


Fadhilatu As-Shaykh

Professor Dr. Ali Gomaa Former Grand Mufti of Egypt

Bersama

Masyaikh Pergas

Special Thanks to Our Sponsors Farzanah Kanaan Akhawat Kuliah Dhuha Pergas Keluarga Almarhum Zamzam Bin Yusoff Rumah Makan Minang

Keluarga Almarhumah Norliza Mohd Ali

We would like to express our heartfelt gratitude to everyone who have contributed in making this program a success.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.