AR RISALAH TERBITAN KE-31

Page 1

AR-RISALAH TERBITAN KE-31 Sep-Dis 2019 ISSN 2424-8207

MENANGGAPI PERBEZAAN


AR-RISALAH

Connect with us

Isu 31 (Sep - Dis 2019) ISSN 2424-8207

Editor

fb.com/Pergas.Singapore

@pergassingapura

youtube.com/PergasSingapura

@pergas_spore

Akh Mohd Raman Daud

Pembaca Pruf Ustazah Nurhafizah Azman

Penyumbang Bahan

Get in touch

Ustaz Ahmad Saiful Rijal Bin Hassan Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimi Ustaz Muhammad Aizat Bin Zulkifli Ustaz Muhammad Husin Bin Masnin Akh Muhammad Jailani Bin Abu Talib Ustazah Hafizhah Bte Masnin Ustazah Nurhafizah Bte Azman Ukht Sundusia Rosdi

www.pergas.org.sg

Arahan Seni & Rekaan Grafik

www.mirrorstud.io

Pencetak SENG LEE PRESS PTE LTD

Penerbit Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) 448 Changi Road Wisma Indah #03-01 Singapura 419975 Tel: 63469350 Fax: 63463450 Email: info@pergas.org.sg

The publisher and editor are unable to accept any liability for errors that may occur and any consequences arising from the use of information contained in the magazine. The reviews expressed do not necessarily reflect those of the publisher and editor. The publication of advertisements and advertorials within the magazine do not constitute any endorsement by the publisher and editor of the contents therein. Ar-Risalah is published by Pergas with permission from the copyright owner. ALL RIGHTS RESERVED. No part of this publication may be reproduced, stored or transmitted in any form, for any reason or by any means, whether redrawn, enlarged or otherwise altered including mechanical, photocopy, digital storage and retrieval or otherwise without the prior permission in writing from both the copyright owner and the publisher, except in the case of brief quotations embodied in critical articles and reviews.


KANDUNGAN

1. 2. 3. 4. 5.

Kalam Editor — 04 Fokus — • Bolehkah kita hidup menyendiri? 05 - 08 • The Paradigms of Peaceful Coexistence Islam in Southeast Asia 09 - 11 Ayuh Berfikir! — • Keadilan dalam Rona Kepelbagaian dan Perbezaan 12 - 14 Ekonomi Islam — • Shariah Assessment on FOREX Trading 15 - 18 Kenali Asatizah — • Ustaz Muhammad Aizat Bin Zulkifli 19 - 20

6. 7. 8. 9. 10.

Aktiviti Pergas — 21 - 24 Kegiatan Pergas — • Bersama Masyaikh Pergas Fadhilatu As-Shaykh Professor Dr. Ali Gomaa 25 Memori Travelog — • Merhaba Ya Sarajevo! 26 - 28 Tinta Ilmu — • Wasat Online 29 - 30 • Tanda-Tanda Ahli Sufi 31 - 33 Ulasan Buku — • Risalah Ilmu Falak 34-35

3


KALAM EDITOR Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Assalamualaikum wr wb para pembaca yang dihormati

K

EPELBAGAIAN merupakan fitrah alam yang menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t sebagai Maha Pencipta yang tiada taranya. Hal ini antara lain yang disorot dalam beberapa makalah dalam keluaran jurnal ArRisalah untuk menyingkap tahun 2019. Singapura merupakan segelintir negara kecil yang berjaya memancarkan kepelbagaian menerusi perundangan yang adil dan pelaksanaan yang telus. Hal ini bukan mudah dicapai kerana sejarah republik ini turut merakamkan titik-titik hitam seperti rusuhan kaum berdarah pada 1950 dan 1964. Kini dengan ancaman pengganasan yang bertopengkan Islam, umat Islam di negara ini tentulah amat bimbang andai kebersamaan yang dibina atas nama kepelbagaian akan rapuh kelak. Namun, sejak seruan mengutuk pengganasan dilaksanakan oleh para pemimpin Islam setempat pada 2002 dan terbentuknya Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), banyak kemajuan tercapai dalam membina keharmonian. Namun ujian tetap menjelang. Soalnya: apakah persediaan kita sebagai masyarakat kelak? Hakikatnya umat Islam di Singapura bak dihujahkan oleh Ustaz Muhammad Husin Masnin dapat merasakan nikmat kehidupan kerana adanya semangat menghormati kepelbagaian secara membina. Memandangkan negara kita baru saja memperingati 200 tahun kewujudannya daripada sejarah silam 700 tahun atau lebih, aspek kepelbagaian ini perlu diteliti secara adil dan juga bersama rasa ihsan. Kesan menolak kepelbagaian tanpa keadilan terpapar dalam makalah kembara oleh Puan Sundusia Rosdi yang sempat mengecapi keindahan alam dan sejarah di Balkan, tetapi terkesima dan pilu melihat kesan perang yang meragut ratusan ribu jiwa, terutama umat Islam.

4

Untuk memakmurkan kepelbagaian, bererti ada penyertaan ramai. Oleh itu, menyisihkan diri atas kehendak sendiri atau faktor-faktor tertentu seperti miskin dan sebatang kara, perlulah dihindarkan, Hujah Ustazah Hafizhah Masnin mengenai isu ini cukup menarik kerana berpautkan contohcontoh di Barat dan di Timur, khususnya Jepun yang merupakan antara negara yang mengalami masalah penuaan warga dan penyisihan hidup. Sebagai editor baru, saya berasa teruja untuk memastikan jurnal ini terus mekar. Tahniah dan syabas kepada pendahulu, Puan Sundusia Rosdi, yang telah memimpin jurnal ini sejak 2012 sehingga 2019. Seperti beliau, saya juga sedang belajar daripada usaha membantu Pergas dalam menjayakan bidang penulisan agama yang bernas lagi kental hujahnya. Seyogia, tahun lalu Pergas telah mengadakan pameran yang menampilkan pengaryaan ulama setempat. Tradisi ini perlu disuburkan. Tentu ada baiknya, kalangan asatizah yang berminat dapat menyertai program penulisan kreatif (sastera) dan makalah demi menyemarakkan sumbangan asatizah. Pergas boleh mengadakannya dengan sokongan Majlis Bahasa Melayu Singapura. Dengan adanya telefon bimbit, pad ketik dan sebagainya, sesiapa saja boleh menulis untuk menarik perhatian ramai. Namun, awaslah bahawa menulis juga membawa risiko. Silap tulis, tak boleh dipungkis. Oleh itu, menulis amat memerlukan disiplin tinggi dari segi ilmu, pemahaman, bahasa dan semantik. Semoga Ar-Risalah akan menjadi kebanggaan masyarakat Melayu dan Islam Singapura. Harap tegurkan kami agar kesilapan dapat dikesan dan kemajuan dapat dipacukan. Daripada fakir MOHD RAMAN DAUD


2. FOKUS

Bolehkah kita hidup menyendiri? Ustazah Hafizhah Binte Masnin Pegawai Eksekutif, Pusat Pengajian Islam Al Zuhri

5


FOKUS

S

EJAK Nabi Adam a.s. sehingga kini, jumlah penduduk di bumi terus bertambah. Kini angkanya, 7.8 bilion jiwa (campur angka kematian sejak awal lagi, tentulah lebih besar lagi jumlahnya). Pada tahun 1999 sahaja, jumlah manusia di bumi sekitar 6 bilion. Pertambahan penduduk dan pesatnya gerakan manusia mencerminkan betapa rencamnya interaksi bangsa, suku kaum, budaya dan agama sejagat. Bagaimanapun, terdapat trend atau corak hidup sebahagian insan yang lebih suka hidup menyendiri di hutan atau pergunungan yang dipanggil ‘hermitage’ (pertapaan) atau di dalam ruang lingkup kediaman. Walaupun dengan adanya internet yang seharusnya mendorong interaksi, kian terdapat golongan manusia yang enggan bersosial atau menjauhi masyarakat, hujah Dr Sherry Turkle, 71 tahun, mahaguru di Massachussets Institute of Technology dalam bukunya, ‘Alone Together’ (2017).

6

...penyisih lazimnya mengalami pengasingan sosial, masalah kewangan dan rendahnya kesejahteraan psikologinya.

” MENGAPA? Golongan ini berpendapat mesej yang disampaikan menerusi alam maya atau laman sosial lebih efektif dan terkawal berbanding interaksi secara berdepan yang dianggap terlalu mendedahkan. Namun, ada juga yang “menyisihkan diri” (withdrawn) daripada masyarakat akibat trauma seperti perceraian, kesempitan wang, kematian pasangan atau ahli keluarga dan mempunyai masalah pergaulan. Trend hidup berseorangan juga semakin meningkat, termasuk di rantau Asia yang mengutamakan amalan tradisi hidup berkeluarga besar. Ada juga faktornya bersifat mudah iaitu seseorang berasa hidup bersosial bukan suatu keperluan.


FOKUS

Terdapat banyak kajian yang membuktikan kesan negatif pada kesihatan mental pada mereka yang menyisihkan diri. Menurut Dr Turkle, pakar jiwa, mereka yang menghabiskan banyak masa secara online lebih terasing daripada kehidupan nyata. Ini juga menjurus ke arah terputusnya ikatan emosi (emotional disconnection), kelelahan mental dan kebimbangan (anxiety). KEPEDULIAN MASYARAKAT

biasa sehingga pucuk pimpinan. Menerusi interaksi, bahagian otak yang berfungsi sebagai penghubung atau neurotransmitter akan berfungsi dalam memupuk kepercayaan, mengurangkan tekanan, menghapus kesakitan dan merasakan keseronokan. Keadaan otak seseorang manusia yang peramah didapati lebih pintar daripada yang biasa. Selain faktor berubat, pemakanan seimbang dan bersenam, didapati golongan pesakit kronik seperti barah akan pulih cepat jika mengamalkan hidup bermasyarakat atau menjalin hubungan baik dengan orang sekeliling. Maksud jalinan baik ialah suasana pergaulan berteraskan saling memerlukan dan menghargai kehadiran masing-masing. Ia memberi nafas baharu dan menguatkan ketahanan diri untuk meneruskan kehidupan. AJARAN ISLAM Dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13, Allah s.w.t menyeru manusia agar saling kenal-mengenali dan berlumba dari segi bertakwa demi mencapai kemuliaan di sisi-Nya. ِ ۚ ‫وب َوقـَبَائِ َل لِتـَ​َع َارفُوا‬ ً ُ‫َّاس إِ َّن َخلَ ْقنَا ُك ْم م ْن ذَ َك ٍر َوأُنـْثَ ٰى َو َج َعلْنَا ُك ْم ُشع‬ ُ ‫َي أَيـَُّها الن‬

Dr. Adam Ka-Lok Cheung pula mendapati, penyisih lazimnya mengalami pengasingan sosial, masalah kewangan dan rendahnya kesejahteraan psikologinya. Insan begini boleh mengalami kesan jangka panjang seperti fenomena kodokushi (mati sendirian) yang terjadi di Jepun. Menurut penyiar NHK pada 2009, terdapat 32,000 penyisih yang dijumpai mati sendirian di rumah – hal ini diketahui setelah beberapa bulan kematian mereka. Lazimnya ia berlaku ke atas kaum lelaki berusia 50 tahun ke atas dan golongan berusia 65 tahun. Kes mati sendirian sering terjadi di apartment kawasan pinggir bandar besar. Pakar jiwa Jepun yang aktif di media sosial, Encik Shion Kabasawa, 54 tahun, mendapati mereka yang hidup menyendiri sering dikaitkan dengan kecenderungan bunuh diri. Hujahnya, risiko seseorang membunuh diri boleh berkurangan andai ada insan lain yang ambil peduli tentang diri penyisih. Sikap ambil peduli merupakan amalan hidup kejiranan dalam mana-mana masyarakat.. Bayangkan keadaan jiran yang tidak mengenal antara satu sama lain dan tidak bertegur sapa, dan hanya mengambil berat akan hal diri sendiri masing-masing. Kesannya akan mengakibatkan perkara yang lebih serius seperti kematian yang tidak diketahui dan bunuh diri. Hakikatnya, insan tidak boleh hidup seperti Robinson Crusoe (novel tahun 1719 karya Daniel Defoe) atau Hayy ibn Yaqzan (cereka oleh Ibn Tufail dalam abad ke-12 M). Interaksi merupakan amalan sosial yang penting dari peringkat rakyat

Maksudnya: Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Rasulullah s.a.w amat mengutamakan hidup bermasyarakat menerusi Piagam Madinah, persahabatan dengan negara tetangga, berjiran sehinggalah menjalin silaturrahim dalam ikatan keluarga atau sanak-saudara. Antara lain, baginda bersabda: ِ ‫ فـلْي‬،‫ ويـ ْنسأَ لَهُ ِف أَثَ ِرِه‬،‫ط لَهُ ِف ِرْزقِ ِه‬ “ُ‫ص ْل َرِحَه‬ َ‫س‬ َّ ‫َح‬ َ​َ َ ‫”م ْن أ‬ َ َ َُ َ ‫ب أَ ْن يـُْب‬ Maksudnya: Sesiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim. (HR. Al-Bukhari) Islam menolak amalan ‘bertapa’ iaitu menjauhi masyarakat. Seorang Muslim diamanahkan untuk mengajak masyarakat kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. ‫أذاهم‬ ُ ‫من الذي ال ُيال‬ ُ ‫املؤمن الذي خيال‬ ْ ‫الناس وال يصربُ على‬ َ ٌ‫الناس ويَصربُ على أذاهم خري‬ ُ َ ‫ط‬ َ ‫ط‬ “Seorang mukmin yang bergaul di tengah masyarakat dan bersabar terhadap gangguan mereka, itu lebih baik dari pada seorang mukmin yang tidak bergaul di tengah masyarakat dan tidak bersabar terhadap gangguan mereka” (HR. At-Tirmidhi)

7


FOKUS

Ada para ulama berbeza pendapat – apakah lebih baik beruzlah (menyendiri) atau bergaul di tengah masyarakat. Jawapannya: ia bergantung pada keadaan. Sebelum dilantik menjadi nabi, baginda sering beruzlah di Gua Hira demi memikirkan keadaan masyarakat Makkah. Namun, baginda ditugaskan untuk menyampaikan risalah kepada masyarakat Makkah dan sekelilingnya. Oleh itu, seseorang Muslim boleh beruzlah tetapi harus terus menyantuni masyarakat demi membawa manfaat. Di Singapura, amat penting bagi orang Islam berinteraksi dengan jiran, rakan sekerja sehingga pelancong demi memancarkan imej Islam yang damai.

8

Berkenal-kenalan yang dianjurkan Islam bukan setakat asal tahu saja, tetapi lebih luas lagi. Kita perlu mempelajari bahasa sehingga budaya seseorang untuk menilai kepekaan, kelebihan dan kekurangannya. Peluang ini adalah ni’mat Allah yang besar kepada hamba-Nya. Kita akan dapati kepelbagaian adalah suatu keindahan yang menjadikan kehidupan ini lebih menarik. Islam menitikberatkan adab dan hak sesama manusia dengan menjalankan tanggungjawab kita sebagai jiran, rakan dan ahli keluarga. Bergaullah dengan akhlak mulia dalam membina keharmonian yang diredhai Allah s.w.t.


2. FOCUS

The Paradigms of Peaceful Coexistence – Islam in Southeast Asia Ustaz Ahmad Saiful Rijal Bin Hassan Assoc. Research Fellow, S. Rajaratnam School of International Studies Akh Muhammad Jailani Bin Abu Talib Centre Training Officer, Malay Language Centre of Singapore

9


FOCUS

INTRODUCTION

I

n October 2019, Singapore was graced by the presence of a prominent Islamic scholar and former Grand Mufti of Egypt, Sheikh Prof. Dr. Ali Gomaa. During his visit here, Sheikh delivered a Friday sermon on the importance of peaceful coexistence, reminding us on the blessed values of peace and harmony that our country enjoys despite differences in faith and ethnicity, far from any conflict, aggression and hostility. Sheikh highlighted four paradigms of peaceful coexistence that Muslims can draw from the rich legacy of the teachings of Prophet Muhammad (pbuh). In this article, we attempt to explain and contextualise the understanding of the four paradigms as experienced and demonstrated by Muslims in Southeast Asia. PARADIGMS FOR COEXISTENCE Islam encourages peaceful coexistence with non-Muslims as it leads to fostering good relations, mutual tolerance and respect. Based on the verse from Surah Al-Mumtahanah verse 8, Allah says: “Allah does not forbid you respecting those who have not made war against you on account of (your) religion, and have not driven you forth from your homes, that you show them kindness and deal with them justly; surely Allah loves the doers of justice.” Through this verse and the legacy that Prophet Muhammad (pbuh) had left behind, we can draw upon four paradigms that cover all aspects of Muslim lives to coexist in and integrate into any community. The four paradigms are as follows: 1. Paradigm of Mecca represented the principles of perseverance and coexistence. This was the time when Prophet Muhammad instructed his companions to persevere in overcoming the persecution from the Qurasy. In addition, Prophet urged his companions to be hopeful for a better future and learn to co-exist. 10

2. Paradigm of Abyssinia represented the principles of loyalty, sharing and support. After exhausting all the means to invite the people of Quraysh to Islam and to prevent them from further persecutions of Muslims, Prophet ordered his companions to seek refuge in Abbysinia ruled by a Christian king, Negus. Therein Muslims were protected and upheld their loyalty and support to the king’s authority. 3. Paradigm of Medina, in its first stage, represented the principles of exposure and cooperation. This involved Muslims, Jews, Christians and Polytheists working together by drafting the Medina Charter, the first of its kind in the world, in ensuring all rights are being preserved. The Charter covered their rights to freely practice their religion and fulfill their obligations. 4. Paradigm of Medina, in its second stage, represented the principles of justice, awareness and understanding. This is the historic phase where many had accepted Islam and Medina became a majority Muslim state. In balancing the advantages of Muslims in Medina, Prophet ensured that the rights of the minorities were being protected. PERSONIFYING THE FOUR PARADIGMS OF PEACEFUL COEXISTENCE IN SOUTHEAST ASIA A diachronic understanding on the spread of Islam in the region can be sieved through Hikayat Aceh which mentions an Arab scholar named Sheikh Abdullah Arif who was active in his act of dakwah in 1112 AD. His influence was clearly felt even during Marco Polo’s visit to the kingdom of Perlak (part of modern day Aceh) in 1292 AD. Islam, however, had flourished even before Marco Polo’s arrival in China’s Yuan Dynasty. Among others, it


FOCUS

Hikayat Aceh

was reported that a small group of ambassadors from Aceh have met Emperor Lizong of the earlier Song Dynasty in China. From North Sumatra, Islam sprouted along the trade route to Malacca, climaxing during the golden age of Malaccan sultanate and reaching the areas of Mindanao (southern isle of the Philippines). The driving force behind the spread of Islam was the concept of brotherhood (ikhwan) amongst Muslims. For many then, conversion to Islam was a logical solution towards providing a common ground between themselves and South Asian and Middle Eastern traders. Islam was never spread by the sword. The early Malay converts were attracted by the noble traits of the Muslim traders, and later learning and embracing their religion. From then on, Islam continued to be practised as a religion of peace, persevering through the challenging times and co-existing with various other religions in the region. The Malaccan Age personified the value of loyalty and support, and diplomacy against hostility. Vietnam attacked Malacca in 1469. Preferring diplomacy over war, Sultan Alauddin Riayat Shah instead sent an envoy to China, an ally of both Malacca and Vietnam. Since then, there were no attacks by Vietnam. Beyond the above, interaction between the Southeast Asian community and the outside world increased its exposure and widened the community’s weltanschauung, raising awareness of Islam for its spiritual values. Islam provided for a deeper understanding of the world around them and provided coherent and convincing answers to the complexities of life. Today, Islam

continues to play a big part in the development of Southeast Asia’s socio-cultural identity given that 42% of the region’s population are Muslims. With the rising tide of terrorism in the name of Islam, many moderate Muslim organisations have come forward in condeming the adverse acts that threaten to destroy the multi-religious fabric of the society. Organisations such as Nahdlatul Ulama (NU), Muhammadiyah, Wasatiyyah, Singapore Islamic Scholars & Religious Teachers (Pergas), Religious Rehabilitation Group (RRG), and the Islamic Religious Council of Singapore (Muis) have spoken out against the injustice by irresponsible parties. By reaching out to government, religious as well as grass root bodies, these Muslim organisations have increased the public awareness of the true values of Islam as a peaceful religion and promote religious harmony. CONCLUSION The personification of the four paradigms of peaceful coexistence, as experienced and demonstrated by Muslims in Southeast Asia highlights the significance message of Islam as a religion of peace. Historically, its development in the region is a continuity of the experience of early Muslims during the prophet’s time. As Islam continues to take root in the region, there is a pertinent need for Muslims to manifest the four paradigms of peaceful co-existence with people of various backgrounds. 11


3. AYUH BERFIKIR!

Keadilan dalam Rona Kepelbagaian dan Perbezaan Ustaz Muhammad Husin Bin Masnin Penceramah Bebas

12


AYUH BERFIKIR!

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” [Al-Hujurat: 13]

K

EHIDUPAN akan hambar dan membosankan jika kepelbagaian tidak wujud dalam dunia ini. Arus gelombang serta rona mengindahkan lagi alam ini dengan corak dan sifat yang berbeza. Kekurangan dan kelebihan pada setiap sesuatu merupakan lumrah kehidupan agar kita saling memanfaatkan kelebihan yang ada pada pihak lain dan menginsafi kekurangan yang ada pada diri sendiri. Manusia diciptakan dengan pelbagai bangsa, budaya, sifat, fizikal dan sebagainya. Setiap manusia mempunyai kelainannya yang tersendiri walaupun dari segi sudut zahirnya dipaparkan dalam peribahasa Melayu ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’. Justeru kelainan inilah membuatkan kita seharusnya saling berkenalan dan mempelajari antara satu sama lain dengan sikap hormat dan bertoleransi. Ini akan membuahkan masyarakat hidup dalam keadaan harmoni dan damai. Jika dilihat sejarah dan juga dunia hari ini, kezaliman, perbalahan dan peperangan tetap berlaku di mana ianya telah menyebabkan kemusnahan dan pengorbanan yang besar. Sama ada kezaliman berlaku antara negara, bangsa atau fahaman dan sebagainya; dan lebih menyedihkan lagi apabila perbalahan berlaku sesama Muslim sehingga semangat perpaduan tidak berkumandang dan ini mengakibatkan kelemahan yang kian meruncing. Perbezaan dan kepelbagaian sentiasa akan wujud dan akan membawa kepada keindahan jika ianya disertakan dengan keadilan. Dalam sejarah Islam awal, Rasulullah saw. telah menyatukan kaum Aus dan Khazraj yang telah lama bermusuhan tetapi akhirnya tunduk pada ajaran Islam yang menitikberatkan keadilan dan keihsanan. Hayati maksud firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl ayat 90: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji

dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” Bangsa, keturunan dan warna kulit tidak memberikan kedudukan istimewa untuk menzalimi pihak lain. Perbezaan dari segi kuasa, pangkat dan kedudukan juga tidak membenarkan kekejaman dilakukan sewenang-wenangnya. Malangnya, sejarah dipenuhi dengan kisah sebuah kaum memangsakan kaum lain sehingga kemuliaan manusia dicemari. Pembunuhan beramai-ramai dengan tujuan menghapuskan sesebuah kaum sudah lama berlaku. Hakhak yang perlu diberikan kepada rakyat secara adil disekat dengan alasan ‘perbezaan’. Jenayah hanya dikenali apabila ia dilaksanakan oleh golongan-golongan tertentu. Tidak dianggap salah jika ia dilakukan oleh orang-orang yang berkedudukan, tetapi sebaliknya jika dilakukan pihak lain maka itulah kesalahan sebenar. Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w. menitikberatkan keadilan walaupun pada ahli keluarganya. Baginda bersabda: “Wahai manusia, sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah jika ada orang yang mulia (memiliki kedudukan) antara mereka yang mencuri, maka mereka biarkan (tidak dihukum), namun jika yang mencuri adalah orang yang lemah (rakyat biasa), maka mereka menegakkan hukum atas orang tersebut. Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim] Apabila jenayah dan kezaliman terus berlaku dengan alasan ‘mereka tidak sama dengan kita’, ia seakan menghalalkan perlakuan tidak adil dek perbezaan yang ada. Maka kekejaman ini akan terus berlaku kerana kecenderungan manusia untuk hidup dalam keadaan berbeza dan pelbagai. Justeru keadilanlah yang akan memperlihatkan persatuan dalam perbezaan yang ada. 13


AYUH BERFIKIR!

Allah SWT memberi amaran dalam surah Al-Ma’idah ayat 8: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekalikali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” Tidak mustahil untuk mencapai kehidupan yang harmoni dalam keadaan aman dan damai dengan masyarakat yang berbilang kaum, fahaman dan agama. Pimpinan Rasulullah s.a.w, sahabat serta para pemimpin yang adil membuktikan bahawa ini bukanlah mustahil. Malah penghijrahan sesuatu bangsa untuk bermastautin di sesebuah negara agar mendapat keadilan telah memberikan sinar kehidupan cerah pada mereka. Mereka diterima dengan baik oleh masyarakat walaupun berbeza dari sudut agama dan budaya. Terdapat negara-negara yang mencapai kemajuan hasil memanfaatkan kepelbagaian masyarakatnya. Ertinya, dengan memanfaatkan kepelbagaian dan perbezaan akan menghasilkan sesuatu yang menguntungkan semua pihak. Ini dapat dicapai dengan menjulang panji keadilan di samping memberikan hak pada yang layak serta melaksanakan tanggungjawab dengan amanah. 14

Buya Hamka (1908-1981) di dalam bukunya Tasawuf Modern mengungkapkan erti adil: “Cabangnya ialah adil di dalam masyarakat, walaupun terhadap diri sendiri, adil pula di dalam melakukan siasat dan muslihat. Adil di dalam budi pekerti ialah perangai ‘iffah. Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syaja’ah. Adil di dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai. Adil di dalam melakukan siasat (politik) masyarakat ialah menenggelamkan kepentingan diri sendiri ke dalam kepentingan bersama.” Apa yang diperlukan adalah keadilan dan juga keihsanan dalam setiap perkara. Perbezaan dan kepelbagaian akan sentiasa wujud dan akan memberikan kesan yang positif jika ia diletakkan di tempat yang tepat.

dengarlah pada nada yang pelbagai, tika digabungkan ia menjadi harmoni; lihatlah pada rona yang pelbagai,

tika digabungkan ia menjadi pelangi.

Wallahu a’lam…


4. ISLAMIC ECONOMY

SHARIAH ASSESSMENT on FOREX Trading Part 2

A Guide For The Singapore Muslim Community

15


I

ISLAMIC ECONOMY

N today’s context, we note the following Shariah issues where retail FOREX trading is concerned:

Transactions generally do not fully meet the Shariah parameters of Foreign Currency Exchange (bai`al-sarf) as per Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) standards. FOREX trading for retail is a speculative, hence there is an element of qimar (i.e. gambling) prohibited in Shariah. There is no real exchange (i.e. non-deliverable) as traders will offset their open positions and then start a new trading without liquidating the positions. Transactions rely on margin, rollover interest and leveraging, hence there is riba considering that the loan entails benefits which contravenes Shariah. In futures trading (more applicable for non-individual FOREX traders), both counter values are absent at the the time of contract (i.e. there is merely exchange of promises). This leads to sale of 2 deferred counter exchanges which is not Shariah compliant. The words “trading” or “exchange” are misnomers as the FOREX transactions neither meet the Shariah concept of business nor contracts of exchange. This also applies to individual FOREX accounts that promote themselves

16

as aligned to Shariah, although their products, unlike conventional ones, do not have overnight, rollover or swap fees. This is because there is no actual trading and conversion. Furthermore, we note that FOREX dealings with the objective of speculation is one of the contributing factors of economic crisis of a nation (darar fi iqtisadul balad) along with other risky products such as Contracts for Differences (“CFDs”), FX Futures, spread betting with FX Forwards and FX Options. Speculative trading not only threatens national currency devaluation and financial crises but disrupts the ability of nations to establish equitable and just economic policies. Speculative practices and excessive leveraging were both identified as the root causes of the recent global financial crisis in 2008 . Speculation or speculative investments such as FOREX trading are generally not recommended by financial advisors for the general public; as trading in foreign exchange markets require extensive knowledge of the interest rates, the country’s economic stability, international trade, government debt status, incountry regulations, market sentiments, government reports and global news that may have a profound effect in moving the respective countries’ currencies (even then, there is no guarantee that a high returns can be expected and the risk of losing all the capital invested is never eliminated). In addition, foreign exchange markets are amongst the most volatile markets in the world, especially when it is traded on a margin basis.


ISLAMIC ECONOMY

Majelis Ulama Indonesia (MUI) issued a fatwa (28/DSNMUI/III/2002) stating that FOREX transactions on the basis for speculation (i.e. for making money) are impermissible. However, FOREX transactions pertaining to exchange of currencies for a genuine need (i.e. convert earnings to local currencies purposes such as financial reporting) or to hedge against currency exchange fluctuations (whether actual or perceived) or to protect loss are permissible. This is the practice of many companies who deal with multiple currencies due to cross-border transactions, including financial institutions doing Shariah-compliant transactions in global markets. In this case, there is actual trading and actual delivery of currencies. The Islamic Religious Council of Singapore (MUIS) clarified that there are FOREX transactions which are “permitted as long as it is done on the spot, and there is no delay of time in exchanging the currencies”. We would like to highlight that such FOREX transactions with the correct underlying purpose is permissible based on the following scenarios: Money changers in which individuals exchange currencies to later fulfil other commercial or personal necessities not to profit directly from the exchange. For example, a Singaporean businessman may exchange Singapore dollars (“SGD”) for Malaysian Ringgit (“MYR”) as he needs MYR to inject additional working capital for his overseas business located in Kuala Lumpur. Islamic financial institutions or big corporates which need specific currencies to transact interbank deals (e.g. swap from SGD to USD to place a wakalah deposit denominated in USD) or hedge against loss via Shariah compliant instruments (e.g. cross currency rate swap, profit rate swap, FX Spot). Earnings from such corporates transactions are usually derived from fees for services provided based on ujrah (i.e. commission). Therefore, in order for any FOREX transaction to be deemed Shariah compliant, both its price and delivery needed to be on spot basis. However, when either price or delivery of the FOREX transaction is deferred, contemporary scholars view that the application of unilateral promise to buy foreign currency that will be received or delivered at a future date is permissible, as long as its purpose is for hedging, not for earning income. The same notion is also espoused by Imam Ghazali when describing function of money in Islamic economics, where at that time, gold and silver were used as money: “One who practices interest on dirhams [silver coins] and dinars [gold coins] is denying the bounty of Allah and is a transgressor, for these coins are created for other purposes and not needed for themselves. When someone is trading in

dirhams and dinars [i.e. money] themselves, he is making them as his goal, which is contrary to their objectives. Money is not created to earn money, and doing so, is a transgression… The two kinds of money are means to acquire other things; they are not meant for themselves.” - Ihya’ Ulūm al-Dīn, (Chapter on Patience & Gratefulness) A contemporary scholar, Mufti Taqi Usmani, mentioned that diverting “money” from its function as a medium of exchange and making it as an object to trade (i.e. making money out of money) is one of the main root causes causing global financial crisis. He also stated the following: To make them [i.e. currencies] a tradable commodity only for earning a profit is also against the basic philosophy of Islamic economics. THIS IS AN INDEPENDENT WORKING PAPER OF ASATIZAH AND ISLAMIC FINANCE PRACTITIONERS IN SINGAPORE. VIEWS IN THIS PAPER ARE SOLELY FROM THE AUTHORS NO RESPONSIBILITY SHOULD BE ATTRIBUTED TO ANY NON-INDIVIDUAL ENTITY.

1.

[2/6/4] Physical possession takes place by means of simultaneous delivery by hand. [2/6/5] Constructive possession of an asset is deemed to have taken place by the seller enabling the other party to take its delivery and dispose of it, even if there is no physical taking of possession. Among other forms of constructive possession that are approved by both Shariah and business are the following: (a) To credit a sum of money to the account of the customer in the following situations: (1) When the institution deposits to the credit of the customer's account a sum of money directly or through bank transfer. (2) When the customer enters into a spot contract of currency exchange between himself and the institution, in the case of the purchase of a currency against another currency already deposited in the account of the customer. (3) When the institution debits - by the order of the customer - a sum of money to the latter's account and credits it to another account in a different currency, either in the same institution or another institution, for the benefit of the customer or any other payee. In following such a procedure, the institution shall adhere to the principles of Islamic law regarding currency exchange. A delay in making the transfer is allowed to the institution, consistent with the practice whereby a payee may obtain actual receipt according to prevailing business practice in currency markets. However, the payee is not entitled to dispose of the currency during the transfer period, unless and until the effect of the bank transfer has taken effect so that the payee is able to make an actual delivery of the currency to a third party. (b) Receipt of a check constitutes constructive possession, provided the balance payable is available in the account of the issuer in the currency of the check and the institution has blocked such a balance for payment......" 17


ISLAMIC ECONOMY

Abu Huraira (Allah be pleased with him) reported that Allah's Messenger (‫ )ﷺ‬forbade a transaction determined by throwing stones, and the type which involves some uncertainty. (Sahih Muslim Hadith No. 1513) 2.

Based on sayings of sahabah Fudhalah bin Ubaid (r.a.) narrated by al-Baihaqi and mentioned in Majmu’ Fatawa Ibnu Taimiyyah, 29/334: "‫( "كل قرض جر نفعا فهو راب‬All loans that entails prohibited benefits is deemed as Riba)

3.

Ibn Abbas (Allah be pleased with him) reported that Allah's Messenger (‫ )ﷺ‬forbade a transaction where both of the price and good are delayed (Baihaki, Sunan Al-Kabir, Hadith No. 10411)

4.

A riskier product is binary options. MoneySense (under Monetary Authority of Singapore and Ministry of Manpower) defines binary options as financial options that references an underlying asset which could include shares, commodities, currencies or interest rates. Option buyers will place bets on whether an underlying asset will be above a certain price at a specific time. Option buyers will either win or lose. Winning trade will involve a pre-determined sum while the loser may loss 100% of the capital. Majelis Ulama Indonesia rule this as haram due to its speculative elements. Other exotic and dangerous products include credit derivatives, such as credit default swaps which contributed to the collapse of the global financial services firm, Lehman Brothers, in 2008.

5.

See Eichengreen, B., Rose, A. K., & Wyplosz, C. (1995). Exchange market mayhem: the antecedents and aftermath of speculative attacks. Economic policy, 10(21), 249-312.

6.

See Kotz, D. M. (2009). The financial and economic crisis of 2008: A systemic crisis of neoliberal capitalism. Review of radical political economics, 41(3), 305-317.

7.

See Razin, A., & Rosefielde, S. (2011). Currency and Financial Crises of the 1990s and 2000s. CESifo Economic Studies, 57(3), 499-530.

8.

See Nienhaus, V. (2011). Islamic finance ethics and Shari’ah law in the aftermath of the crisis: Concept and practice of Shari’ah compliant finance. Ethical Perspectives, 18(4), 591-623.

9.

See Eservices.muis.gov.sg. (2019). MUIS - FAQs. [online] Available at: https://eservices.muis.gov.sg/ifaq/apps/fcd_faqmain. aspx#FAQ_156341 [Accessed 28 March 2019].

10. The margins earned by the money changers themselves in this instance are is permissible as there is an underlying economic service rendered to customers who visits the shop to exchange currencies. The income earned is akin to service fee. 11. Transaction between the currencies must be 'Yadan bi Yad' and in one other narration of the hadith 'Ha'a bi Ha' that means that delivery of both currencies must be immediate at the time

18

of the contract. However, scholars understand unique cases of international sales and banking transfers which normally take some time for “delivery” to take place. The Shariah Advisory Council (SAC) of Bank Negara Malaysia (BNM) in its 179th meeting dated 22 August 2017 resolved that the practice of the delivery of money (prevailing international settlement process) on day two after transaction date (T+2) is permissible. This is also the view adopted by the Fiqh Academy and Organisation of Islamic Countries (OIC). Therefore the delay of two days in the case spot trading is permissible. However, extension of the grace period may be allowed due to established customary business practice arising from operational constraints (e.g. Markets in America opens for trading in morning but it may be night time in your country when counter has closed). In addition, the delivery of money beyond the contract session may also be allowed in the event of unexpected disruptions. For example, if USD or either currency of a pair has a holiday on T+2, then the spot date could be T+3. Delay may be acceptable when Latin American currencies, Canadian and New Zealand currencies are used or when the trade date is converted to local time zone from GMT/ UTC involving a pair of foreign currency in a country that does not use any of those monies as home currencies. Some FOREX exchange markets in China may not be working during Chinese New Year. 12. Money needs public confidence, backing and support for its function as a medium of exchange and for its buying power. Generally, many scholars clarified that the backing can be done either via gold/silver, commodities or the government. The Singapore dollars is issued by the Singapore government. Based on majority of scholars, value of such monies is extrinsic as they are issued under authoritative decree of a country (i.e. made legal tender) and the value is based on supply and demand and affected by monetary/fiscal national policies. Paper money has been a matter of practical consensus in Islam and is generally accepted by society as Al-Thaman al-‘urfī. This is in line with views of Imam Malik and Ibn Taymiyyah in which usage of monies should also, among other things, be based on customary practice. 13. Dinar and dirham are based on gold and silver, also known as Al-Thaman al-Khilqī. In the kitab Ihya Ulumiddin, Imam Ghazali (r.h.) refers to gold and silver, both of which have all the qualities of money as mentioned in Quran and Sunnah. 14. Mufti Muhammad Taqi Usmani, Causes & Remedies of The Present Financial Crisis from Islamic Perspective, Maktaba Ma’rifatul Quran (Quranic Studies Publishers), Karachi. http:// muftitaqiusmani.com/en/books/PDF/Present%20Financial%20 Crisis%20Causes%20&%20Remedies/Present%20Financial%20 Crisis%20Causes%20&%20Remedies.pdf, accessed 01 April 2019. 15. Albalagh, Forex Currency Trading, 22 Nov 07, https://www. albalagh.net/qa/Forex_currency_trading.shtml, accessed 31 March 2019.


5. KENALI ASATIZAH Belia membentuk lebih sepertiga umat Islam (sekitar 690,000 jiwa) di Singapura. Oleh itu, mereka perlu bimbingan yang intensif dan menyeluruh. Ini kerana kadar permasalahan dan cabaran yang berkaitan dengan belia amat besar, menonjol dan meresahkan. Bimbingan yang mereka perlukan bukan saja dari segi pendidikan dan pekerjaan, malah juga kerohanian. Namun, hanya segelintir asatizah yang sanggup untuk mendampingi, cuba memahami dan bersama menghuraikan masalah mereka. Seyogia, jika belia kita gagal, maka akan pincanglah masyarakat kita pada masa depan. Ertinya, lingkaran musibah akan berpanjangan. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kita membantu mereka dalam membina masa depan.

USTAZ MUHAMMAD AIZAT BIN ZULKIFLI Pegawai Pembangunan Belia Masjid Assyakirin

Assalamualaikum wr wb. Ustaz. Boleh ceritakan latar belakang pendidikan Ustaz? Saya belajar dari Darjah 1 hingga Pra-U 2 di Madrasah Aljunied Al-Islamiah, dan selanjutnya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia IIUM dalam bidang utama Usuluddin serta bidang sampingan Sejarah dan Tamadun. Kemudian saya meraih Diploma dalam bidang kauselling (College of Allied Educators). Sudah berapa lama Ustaz berkhidmat di Masjid Assyakirin dan apakah jawatan Ustaz? Apakah yang mendorong Ustaz untuk berkhidmat di sektor masjid? Selama lima tahun, saya berkhidmat di Assyakirin – bermula sebagai pegawai pembangunan belia (YDO) dan kemudian dilantik menjadi penolong ketua perkhidmatan agama dan masyarakat. Saya suka menabur bakti kepada masyarakat. Namun, saya juga cenderung untuk bekerjasama dengan para relawan untuk berganding bahu dengan kakitangan masjid dalam rangka menebarkan dakwah. Saya juga suka bekerja dengan para relawan muda yang kreatif dan bertenaga untuk melaksanakan dakwah. Ustaz antara segelintir asatizah muda yang giat menyampaikan dakwah melalui pelbagai media kepada belia. Apakah cabarannya?

Apakah mesej yang Ustaz sering laungkan di dalam misi dakwah Ustaz? Apakah antara inisiatif yang telah dan sedang Ustaz laksanakan dalam berdakwah? Melihat perkembangan semasa yang pesat, dakwah perlulah disampaikan dengan cara bernas dan kreatif. Ini kerana terdapat pelbagai platform dan media yang menarik perhatian mudamudi hari ini seperti media sosial, muzik, sukan lasak dan sebagainya. Maka itu, antara inisiatif yang telah saya lakukan: Pertama, menulis dan mengarah skrip drama ‘Wad 6’ dan ‘#projekakhir’ yang merupakan teater dakwah yang bukan sahaja untuk belia tetapi untuk semua peringkat umur. Ia juga kerjasama dengan projek ‘Cakap Pasal Remaja’, iaitu suatu inisiatif MUIS. Kedua, menggembleng tenaga dengan belia (Fityan Assyakirin) untuk mengadakan simposium belia bagi tahun yang keenam berturut-turut. Alhamdulillah, dengan kerjasama Rangkaian Belia Asatizah (AYN, Asatizah Youth Network ) kami mendapat respons di luar jangkaan iaitu 550 peserta. Uniknya simposium ini ialah seratus peratus diterajui Belia Assyakirin dengan sokongan lembaga pentadbir masjid. Ketiga, menubuhkan kumpulan teater, Big Mouth Production. Saya baru saja tulis skrip dan pentaskan drama, ‘Terminal 2’. Pementasannya selama tiga hari. Ia berjaya menarik ramai belia dan kaum dewasa. Kesemua tiket laris. Kami juga mengadakan bengkel lakonan di sekolah, antaranya di Madrasah Wak Tanjong. Big Mouth dianggotai ramai belia yang berdakwah dengan seni. Jarang belia suka menghadiri acara serius seperti simposium. Jadi, apakah keunikan Simposium Belia sehingga menambat hati belia. Apakah matlamatnya dan bagaimana inisiatif ini bermula? Objektif simposium belia adalah untuk mendekati belia dari pelbagai latar belakang menerusi pelbagai alternatif, termasuk 19


KENALI ASATIZAH

seni. Seyogia, semakin banyak belia kian cenderung ke arah kesenian. Inisiatif ini bermula pada tahun 2014 menerusi acara sembang atau talk show. Kemudian, kami olahkan cara penyampaian melalui pendekatan lain seperti drama, muzik dan sebagainya. Inisiatif ini dikendalikan Belia Fityan kerana mereka lebih peka akan trend semasa belia dan sentiasa memberi masukan agar program ini sentiasa relevan. Dalam memperbaik program ini, kami sentiasa tidak lupa akan objektif utama simposium ini iaitu menerapkan nilai-nilai Islam dan menampilkan huraian bagi masalah belia masa kini. Apakah lagi medium yang boleh diteroka oleh para pendakwah demi menarik belia? Banyak cara lain boleh dicuba. Asal ada peluang, terokalah cara lain. Pendakwah harus tabah dan kreatif dalam mencuba pendekatan yang lain. Alhamdulillah, sejauh ini banyak asatizah telah berani mencuba platform yang berbeza. Menurut Ustaz, apakah ciri-ciri dan keperibadian yang patut ada pada seorang pendakwah? Mengapa?

20

Berani. Pendakwah bukan sahaja harus berani berada di depan jemaah tetapi berani untuk mencuba kepelbagaian dalam berdakwah. Ini zaman globalisasi. Pelbagai alternatif perlu dicuba. Jangan anggap masalah sebagai penghalang, sebaliknya peluang untuk asatizah menceburi dan memanfaatkan medium baru ini dalam berdakwah. Berhikmah. Al-Quran anjurkan “...berdakwah dengan berhikmah�. Ertinya, kebijaksanaan. Pendakwah harus bijak menangani masalah dan cabaran dakwah. Tidak semua masalah boleh diselesaikan menerusi platform syarahan. Dan tidak semua masalah boleh kita ketengahkan di media sosial. Jadi pendakwah harus bijak memilih platform yang sesuai untuk membangun ummah. Saya pula pilih seni sebagai cara berdakwah. Apa kata mutiara yang ingin Ustaz kongsikan kepada pembaca? Kesenian ialah cabang dan bahasa kepimpinan. Terus terokai alternatif dakwah. Semoga kita dapat membina ummah cemerlang dan proaktif.


6. AKTIVITI Pergas

Aktiviti Pergas Sep - Dis 2019

14

Forum ‘Nurturing Early Learners Through Literacy’ oleh panel penceramah Encik Hussain Bachek, Puan Siti Nurzakiah Zar’an dan moderator Ustazah Nurhafiza Roslee sempena pameran Treasures of Muslim Scholars: 100 Years of Singapore Literary Heritage.

25

Forum di Facebook Pergas bertajuk ‘Kenapa Perlu Menjaga Minda’ oleh Ustazah Noraini Abdul Wahab dan Encik Khalid Ajmain bersama moderator Ustaz Mohd Noor Mustaqim

SEP 1-30

Pameran bergerak Treasures of Muslim Scholars: 100 Years of Singapore Literary Heritage (Khazanah Ulama: Warisan Sastera 100 Tahun Singapura) di Perpustakaan Daerah Jurong.

OKT 4&5

Acara bersama Sayyidi al-Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafizh : Khutbah Solat Jumaat pada 4 Okt 2019 and Majlis Malam Mahabbah pada 5 Okt 2019 yang telah diadakan di Masjid Sultan anjuran bersama Muwasalah Singapura, Masjid Sultan, Majelis Rasulullah Singapura, Al Khidmah dan lain-lain.

7

Bengkel penulisan akademik untuk para pelajar Madrasah oleh Ustaz Mustazah Bahari sempena pameran Treasures of Muslim Scholars: 100 Years of Singapore Literary Heritage.

21


AKTIVITI Pergas

14

Majlis Zikir As Shahdhili yang dianjurkan secara kerjasama bersama Sout Ilaahi dan Masjid Jamiyah Ar Rabitah.

14-17

Sesi Daurah Kitab Asatizah Tariq Ila Turath Al Islami sempena program Bersama Masyaikh Pergas bimbingan Shaikh Prof Dr Ali Gomaa.

13

Ketibaan Maulana Shaykh Dr Ali Gomaa .

22


AKTIVITI Pergas

16

Sesi Kuliah Dhuha bertajuk Peranan Tasawwuf Dalam Pembangunan Institusi Keluarga oleh Ustaz Mohamad Hasbi Hassan dan Shaikh Prof Dr Ali Gomaa di Masjid Kassim sempena program Bersama Masyaikh Pergas.

18

Khutbah Jumaat di Masjid Sultan bertajuk ‘Peaceful Existence’ oleh Shaikh Prof Dr Ali Gomaa sempena program Bersama Masyaikh Pergas.

Majlis Periwayatan Hadis anjuran bersama Pergas dan Tradisi Halaqah sempena program Bersama Masyaikh Pergas bersama Shaikh Prof Dr Ali Gomaa.

17

Majlis Ratib Al Attas di Masjid Ba'alwie.

Program Mujalasah Asatizah dengan tajuk ‘Fiqh Hubbu Al-Hayah’ oleh Shaikh Prof Dr Ali Gomaa anjuran bersama Pergas dan Madrasah Aljunied Al-Islamiah sempena program Bersama Masyaikh Pergas.

18-19

Program Daurah Tholabah yang membincangkan kitab bertajuk Bidayatul Hidayah untuk pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah disampaikan oleh Ustaz Muhd Munir Zulkifli. 23


AKTIVITI Pergas

Ceramah Awam anjuran bersama Pergas dan SimplyIslam oleh Shaikh Prof Dr Ali Gomaa sempena program Bersama Masyaikh Pergas.

12

Bengkel Kemahiran membuat kuih untuk para penerima bantuan kebajikan Pergas kendalian Heiraz Bakery.

13

Program Kuliah Dhuha: Siri Kesederhanaan dalam Islam bertajuk Rahmah dan Hikmah Dakwah Nabawiyyah: Mencorak Pedoman dan Masyarakat yang Pelbagai anjuran bersama Pergas dan Masjid An-Nur, disampaikan Ustaz Mohd Yusri Yubhi bin Md Yusoff, Ustaz Mohd Bahrul Ulum bin Buang dan Moderator Ustaz Muhd Irfan bin Abdul Rahman.

19

Majlis Selawat Ke Atas Rasulullah SAW Siri ke 47 bertajuk ‘Kembali Menggenggam Erat Ajaran Islam’ di Masjid Sultan dan disampaikan Shaikh Prof Dr Ali Gomaa sempena program Bersama Masyaikh Pergas

14

Program Daurah Tholabah yang membincangkan kitab bertajuk Ta’lim Muta’allim untuk pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah disampaikan Ustaz Muhd Munir Zulkifli.

20

Sesi Tausiyyah Bersama Belia dengan tajuk ‘Living Your One Precious Life’ bertempat di Suntec City Convention Centre disampaikan Shaikh Prof Dr Ali Gomaa sempena program Bersama Masyaikh Pergas.

26

Ceramah Kewangan bertajuk Perancangan Kewangan, Pengurusan Hutang, Pembahagian Faraid untuk para penerima bantuan kebajikan Pergas kendalian Financial Alliance Islamic Wealth Advisory.

30

Ceramah bertajuk ‘Fostering: An Awareness untuk asatizah disampaikan Puan Sri Nur Aliffah Rosman, Cik Aquila Deana Zulkifli dan Nuraniah Anguani.

DIS 5 & 12

NOV 2&9

Program Situational Counseling untuk asatizah disampaikan Cik Heryani Jamaludin dan Ustazah Noraini Abdul Wahab. 24

Ceramah Kesihatan Mental bertajuk Anger Management, Cultivating a Positive Mindset, Turning Worry into Action, Healthy Lifestyle untuk para penerima bantuan kebajikan Pergas kendalian Club Heal.

18

Bengkel Kemahiran 02 membuat kuih untuk para penerima bantuan kebajikan Pergas kendalian Zan’s Treats.


7. KEGIATAN Pergas

Bersama Masyaikh Pergas Fadhilatu As-Shaykh Professor Dr. Ali Gomaa

P

ada hujung tahun lalu, Pergas telah meraih manfaat besar dengan kehadiran seorang cendekiawan Islam yang ulung dari Mesir iaitu Fadhilatu As-Shaykh Professor Dr. Ali Gomaa As Siddiqi As Shazili Al Azhari Al Syafi'i Al Asy'ari, mantan Mufti Besar Mesir. Beliau diundang untuk menjayakan program Bersama Masyaikh Pergas selama lapan hari bermula dari 14 hingga 21 Oktober 2019. Program Bersama Masyaikh Pergas bertujuan membangunkan kepakaran asatizah di dalam pelbagai bidang terutama sekali dakwah dan ilmu Islam. Beberapa program telah disusun untuk asatizah, para pelajar dan anggota masyarakat awam yang dapat dimanfaatkan sepanjang keberadaan Shaykh Ali Gomaa di sini. Pergas juga menerima sokongan daripada beberapa badan Islam yang menyokong dan bekerjasama di dalam beberapa

programnya, termasuklah Muis, Sout Ilaahi, Majlis Selawat ke atas Rasulullah s.a.w, Majelis Rasulullah, Akhawat Kuliah Dhuha Pergas, Jamaah Al Khidmah, Ikhwan Tariqah Al Ahmadiah Al Idrisiah, SimplyIslam, Tradisi Halaqah, Madrasah Al Juneid Al Islamiah, Masjid Ba'alwie, Masjid Kassim, Masjid Jamiyah Ar-Rabitah dan Masjid Sultan. Pergas mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta, sukarelawan dan dermawan yang terlibat secara tidak langsung demi menjayakan program Bersama Masyaikh Pergas. Semoga program ini telah memberi manfaat serta kesan membina pada para peserta. Pergas mengharapkan sokongan daripada asatizah serta masyarakat Islam setempat untuk melaksanakan program sedemikian pada hari muka. 25


8. MEMORI TRAVELOG

Merhaba Ya Sarajevo! Ukhti Sundusia Rosdi Penulis Bebas

PEMANDANGAN BALKAN INDAH BAK LUKISAN

A

lhamdulillah, impian untuk melawat negara-negara Balkan menjadi kenyataan pada bulan November 2019. Saya berpeluang menziarahi lima negara dan 10 bandar dalam 12 hari iaitu Macedonia Utara (kota-kota: Skopje dan Ohrid), Albania (Tirana), Montenegro, Croatia (kota Zagreb) dan Bosnia-Herzegovina (kota-kota: Bihac, Mostar dan Sarajevo). Nama Balkan berasal daripada bahasa Turki yang bermaksud ‘banjaran atau pergunungan kayu’ yang merentangi timur Serbia sehingga Bulgaria. Kawasan ini juga digelar ‘Eropah Tenggara’. Rantau ini sekitar 700,000 km persegi. Balkan bersempadankan tiga laut: Adriatic, Mediterranean dan Hitam. Menurut sejarah, Balkan pernah dikuasai Empayar Byzantin, disusuli Kerajaan Islam Bani Uthmaniyah selama lima abad. Keistimewa Balkan ialah sebagai wadah agama-agama Kristian Ortodoks, Kristian Katolik dan Islam. Kesan dua peradaban – Kristian dan Islam – amat terserlah dalam seni binanya dan corak hidup masyarakat rantau ini.

Pada tahun 1943, enam negara Balkan disatukan di bawah Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia. Tujuan penyatuan tadi sebagai benteng mengelakkan kesan hodoh perbezaan dan sengketa agama. Republik ini runtuh setelah ‘orang kuat’ Bros Tito meninggal. Kekosongan tadi mencetuskan sengketa baru apabila Republik Serbia cuba mengambil alih pucuk pimpinan Yugoslavia sehingga mencetuskan kegenjotan di Republik Bosnia-Herzegovina antara kaum Serb, Croat dan Muslim Bosnia. Maka tercetuslah perang sengit yang antara lain mengorbankan ramai Muslim (sekitar 200,000 jiwa) dari tahun 1991 hingga 2001. Ia terhenti oleh campur tangan dunia, terutama Amerika Syarikat. BERMULANYA SATU PENGEMBARAAN Perjalanan di udara dari Singapura ke Skopje (Macedonia) memakan masa hampir 16 jam dengan menaiki Turkish Airlines dan persinggahan di Istanbul. Pada hari pertama dalam cuaca yang dingin lagi nyaman, rombongan kami seramai 15 orang melawat Kota Lama Tetovo di Skopje dan kemudian bergerak ke Ohrid untuk menziarahi Masjid Hadzi Turgut (Masjid tertua di situ) dan Bazar Lama Zeynel Abidin Pasha Tekke juga Tasik Ohrid.

Sebuah masjid lama di Kota Tetovo, Skopje

Sepanjang perjalanan, setiap negara kami rentasi dengan menaiki bas. Justeru, kami berpeluang menikmati keindahan alam dengan pemandangan gunung-ganang yang cukup 26


MEMORI TRAVELOG

memukau, juga tasik biru, air terjun dan sungai serta padang rumput yang menghijau. Rasa bersyukur dengan nikmat Allah ini, walaupun kami terpaksa melalui jalan raya sehala berlikuliku yang dapat dikendalikan pemandu bas kami yang cekap dan sabar. Pada hari berikutnya, kami bergerak ke bandar Tirana (Albania), yang majoriti penduduknya beragama Islamnya. Albania terkenal dengan juara kemanusiaan abad ke- 20M iaitu Mother Theresa yang berkhidmat di Calcutta, India. Di sini terdapat masjid Hadji Et’hem Bey yang dibina pada 1823M, kemudian musnah ketika Perang Dunia Kedua (1942-1945) dan dibangunkan semula. Kami berpeluang pergi ke sebuah masjid untuk solat Zuhur pada hari Jumaat. Masjid itu penuh sesak, termasuk jemaah wanita dan anak-anak mereka. Malah ada juga kaum wanita bukan Islam yang duduk bersesak di kawasan solat kaum wanita dari anak tangga hingga ke tingkat dua. Melihat kehadiran mereka di rumah Allah ini, hati saya amat tersentuh. Meskipun di kawasan peradaban Barat dan pernah dijajah komunis, rakyat Alabania masih teguh memelihara jati diri yang kental. Malah pemandu pelancong kami seorang ustaz yang mirip ‘Mat Salleh’, anak jati Bosnia yang terdidik di madrasah, fasih berbahasa Inggeris dan Arab.

HILANG KASIH DI SARAJEVO Hari ketujuh merupakan kemuncak lawatan kami ke Sarajevo, ibu kota dan kota terbesar Bosnia-Herzegovina. Dengan sejumlah 555,210 penduduk, ia merupakan pusat politik, kewangan, sosial, budaya dan seni yang terkenal di Balkan dan seluruh dunia. Sebagai pusat serantau dalam bidang pendidikan, kota ini menjadi pusat pendidikan Islam (madrasah) tertua dan pertama di Balkan dan kini sebahagian daripada Universiti Sarajevo. Gembira tidak terkata apabila kami tiba di Mostar (BosniaHerzegovina) setelah melalui perjalanan sepanjang 140 km dari Dubrovnik selama 3 jam. Di sini tersergam Jambatan Stari Most – mercu tanda kebanggaan penduduk Mostar juga tersenarai antara tapak warisan UNESCO dan keselamatannya dilindungi. Dibina pada zaman Kerajaan Uthmaniyah kira-kira 450 tahun lalu, jambatan batu ini menyambung dua bahagian bandar yang terpisah oleh Neretva Rijeka (Sungai Neretva). Di sini, kelihatan beberapa orang lelaki yang ambil upah daripada pelancong dengan beraksi terjun dari jambatan ke sungai.

Jambatan Stari Most -mercu tanda kebanggaan penduduk Mostar

Dewan solat di sebuah masjid di Balkan

Seterusnya, pada hari keenam, kami singgah di Dubrovnik (Croatia) yang terkenal sebagai ‘Mutiara Adriatik (Pearl of Adriatic) . Dengan menaiki bot khas, kami lihat banyak bangunan yang unik di lereng bukit dan menghadap Laut Adriatik. Tidak hairanlah bandar pelabuhan ini disenaraikan sebagai antara Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1979.

Malangnya jambatan yang asli itu telah musnah semasa peramg di Bosnia selama 1,425 hari, (1992 hingga 1996). Sepuluh tahun kemudian, ia dibina semula dengan menggunakan semula sebanyak mungkin puing daripada jambatan asal. Pembinaannya selesai pada 2004. Kemusnahan Jambatan Mostar ini hanya merupakan antara banyak kerosakan akibat pencerobohan tentera Serbia Bosnia ke atas penduduk Islam Bosnia. Dalam keghairahan melihat kesan tamadun Islam Kerajaan Uthmaniyah di Bosnia, kami juga terheret menjejaki ‘tragedi hitam’ perang, kesan pergolakan atau penghapusan etnik yang masih menghantui penduduknya sehingga kini. Sepanjang perjalanan di bandar Sarajevo, saya menyaksikan sendiri banyak bekas peluru pada dinding rumah dan bangunan. 27


MEMORI TRAVELOG

Di serata Sarajevo, terdapat 85 masjid yang dibina sebelum peperangan 1992 dan seni binanya dipengaruhi Turki, seperti Masjid dan Madrasah Karagöz Bey yang dibina pada abad 16M dalam zaman Uthmaniyah. Dengan kubah yang besar dan menara tertinggi, ia merupakan masjid terbesar di sini. Kami meninggalkan Sarajevo dengan berat hati, seberat bag yang diisi cenderahati yang dibeli menggunakan matawang KM (Konvertible Marks) - nilainya lebih kurang satu dolar Singapura! MELANGKAH KE ‘ALAM IMPIAN’ Muzium Perang atau Tunnel of Hope dengan bekas bedilan peluru di tembok bangunan

Penderitaan rakyat Bosnia ketika perang, dapat kami rasakan semasa melawat Terowong Harapan (Tunnel of Hope) di Vrelo Bosna Park, Sarajevo. Terowong keluar dan masuk ini digunakan bagi menyalurkan bantuan bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada mangsa peperangan ketika Perang Bosnia. Dibina oleh rakyat Bosnia, terowong ini telah menyelamatkan mereka daripada kepungan tentera Serbia. Melalui rakaman pahit mangsa perang ini, kami dapat memahami sebab di sebalik perpecahan dan terhapusnya Republik Yugoslavia, penaklukan Sarajevo dan pembunuhan 100,000 ribu jiwa. Yang paling menyedihkan ialah pembersihan etnik; kaum lelaki Serbia dikatakan telah memperkosa 12,000 hingga 20,000 wanita Islam Bosnia. Lebih 2.2 juta rakyat Bosnia mencari suaka di luar negara. Di sebalik wajah moden Sarajevo, masih terdapat banyak bangunan lama era Kerajaan Uthmaniyah yang terpelihara. Saya kagum dengan kota lama Bascarjica (dibina pada abad ke 15) yang terletak di tengah-tengah Sarajevo. Masjid, gereja ortodoks dan synagogue yang lama dan yang baru dibina dalam satu kawasan di sini, mempamerkan keharmonian hidup masyarakat Bosnia sejak berzaman. Reka bentuk masjid dan gereja kelihatan serupa, iaitu kubah berwarna hijau, yang membezakan hanya lambang bulan sabit dan salib di puncak menaranya. Bangunan-bangunan ini menjadi tarikan para pelancong selain pelbagai kafe yang menjual makanan tempatan yang unik, enak lagi murah, kedai menjual kraftangan tempatan, barang perhiasan rumah dan kaum wanita.

Destinasi kami selanjutnya ialah bandar Bihac, di sebelah barat laut Bosnia-Herzegovina melalui bandar Travnik. Dek lewat dalam perjalanan, kami tiba di Pliva Lake dan Mill house pada waktu senja dan tidak dapat menikmati pemandangan yang indah di situ – bukan rezeki! Perjalanan hari terakhir ke Taman Negara Plitvice di Zagreb (Croatia) paling mengujakan. Apa tidaknya dalam usia emas, alhamdulillah kami mampu meredah taman sejauh lapan kilometer. Ketika diberitahu jarak perjalanan, pada mulanya ramai yang mengalah, tetapi apabila dijelaskan kawasan itu mempunyai puluhan air terjun, semua teruja untuk meneroka.

Air terjun yang memukau di Taman Negara Plitvice, Zagreb

Melewati kawasan berbukit, meniti trek khas, mata terpukau dengan keindahan air terjun semula jadi dan air sungai kehijauan, terasa seolah-olah kami berada di ‘alam impian’. Apabila tiba di puncak air terjun yang paling tinggi, tempiasan airnya seperti hujan gerimis membasahi kami – satu kenangan manis yang sukar dilupakan. Wallahu’alam

Antara tarikan pelancong di Bandar Lama Bascarjica 28


9. TINTA ILMU

Wasat Online Wasat ialah siaran talian Pergas yang mengandungi beberapa makalah bertemakan kesederhanaan sesuai dengan ertinya daripada kekata wasat dalam Surah Al-Baqarah, ayat 143. Tujuan Pergas adalah untuk menegaskan peri pentingnya konsep kesederhanaan, bukan hanya satu inti pati daripada ajaran Islam, tetapi amalan semasa dalam interaksi umum hari ini. Wasat yang terkini menjangkau terbitan ke-30, sejak dimulakan pada Februari 2017. Kini pembaca dapat mengakses Wasat terbitan terkini atau yang telah diarkibkan melalui : https://blog.pergas.org.sg/wasat/

WASAT 29 / Oktober 2019 Makalah pertama bertajuk 'Melibatkan Golongan Bukan Muslim Dalam Amalan Wakaf Demi Pembangunan Negara Menurut Perspektif Syariah' oleh Ustaz Dr. Muhammad Adib Termizi bin Ahmad Al-Jafari membicarakan persoalan hukum golongan bukan Muslim melakukan wakaf bagi umat Islam. Ia adalah satu idea yang tidak diketahui ramai, walaupun ulama silam telah pun membincangkannya di dalam kitab-kitab mereka. Perbincangan ini diharap agar dapat menambah ilmu kepada para pembaca. Di samping itu, penulis berharap ia dapat mencetus perubahan dalam perundangan bagi meluaskan skop wakaf kepada bukan Muslim yang bermanfaat kepada ramai dan dengan ini, amalan wakaf dapat diperluas. Makalah kedua pula 'Islam dan Fahaman Pluralisme: Ke Arah Sikap Yang Lebih Seimbang Dalam Islam', oleh Ustaz Mohd Jakfar bin Hj. Embek. Makalah ini berhujah bahawa fahaman kemajmukan atau pluralisme tidak semestinya menyalahi Islam, jika dimaknakan dengan erti sikap akur dan keinginan untuk hidup secara aman dengan kepelbagaian dalam agama. Bagi menyokong sikap ini, penulis menunjukkan kewujudan perbezaan pendapat dalam kalangan cendekiawan Muslim tentang erti pluralisme dan penggunaan oleh mereka yang tidak semestinya menjurus pada perakuan bahawa semua agama adalah sama dan setara.

Akhir sekali ialah makalah yang bertajuk 'Penggunaan Akal Dalam Memahami Teks Agama: Satu Perspektif Wasati' oleh Ustaz Muhammad Syafiee Bin Hassan. Makalah ini cuba membahaskan sikap yang seimbang dalam menggunakan akal bagi memahami, mentafsir dan mengamalkan nas dari Al-Quran dan Sunnah. Dengan menggunakan hadis mengenai lalat yang jatuh ke dalam minuman dan dapatan sains bahawa lalat ialah serangga pembawa kuman yang boleh membahayakan kesihatan manusia, penulis menunjukkan aplikasi bagi fahaman yang dikemukakan dalam makalah ini. WASAT 30 / Disember 2019 Makalah pertama bertajuk, 'Jangan Marah: Menyelami Pesanan Nabi saw Dengan Pendekatan Kesihatan Mental' oleh Muhammad Abu Sufian Hanafi. Penulis ialah seorang kaunselor berpengalaman di Institut Kesihatan Mental. Dalam makalah ini, penulis menghuraikan hadis Nabi saw, “Jangan marah” dari perspektif ilmu psikologi dan kesihatan mental. Beliau menerangkan maksud marah dan sebab ia berlaku. Beliau kemudian berkongsi bahawa anjuran-anjuran Nabi saw dalam hadis untuk menangani kemarahan mempunyai asas dalam ilmu psikologi moden yang menunjukkan kemajuan dalam ajaran Islam. Perkongsian ini diharapkan dapat memperkaya pengetahuan asatizah apabila membicarakan isu ini dengan memberi masukan-masukan dari bidang ilmu lain. Di samping 29


TINTA ILMU

itu ia juga diharapkan dapat memperkasa asatizah dengan ilmu menangani masalah marah (anger management) yang kian diperlukan dalam kehidupan harian. Makalah kedua pula bertajuk, 'Five Dalils (Scriptural Evidences) Why Muslims Must Have Pioneering Spirit & Breakthrough Ideas' oleh Ustaz Muhammad Haniff Hassan. Titik tolak makalah ini adalah untuk menggalakkan setiap Muslim berusaha untuk menjana idea-idea unggul (luar dari kebiasaan) dan meneroka daerah-daerah baru yang memberi kemanfaatan kepada ramai sebagai manifestasi sifat cemerlang yang dianjurkan oleh Islam dan bagi meninggalkan legasi berpanjangan sebagai pelaburan bagi kehidupan di akhirat nanti. Penulis mengemukakan lima dalil agama mengapa Muslim harus mempunyai sikap seperti ini. Namun kelima-lima yang disebutkan bukan hanya

30

berfungsi sebagai dalil, ia juga sesuai difahami sebagai sikap dan nilai yang perlu ada bagi Muslim yang cemerlang, iaitu nilai utama wasatiyah. Apakah lima dalil /sikap itu? Baca makalah ini untuk mengetahuinya. Akhir sekali ialah makalah yang bertajuk, 'The Source of Knowledge on Metaphysics in Ibn Rushd’s Thought' oleh Ustaz Mas`udin Syarifuddin. Makalah ini membicarakan perspektif Ibn Rushd (1126-1198M), ilmuwan besar dari Andalusia (kini Sepanyol), tentang sumber ilmu dalam bidang metafizik, khususnya berkaitan pembuktian akan perkara ketuhanan dan ghaib seperti kewujudan syurga, neraka dan akhirat dari sudut Islam (syariah). Semoga meraih manfaat!


9. TINTA ILMU

Perkongsian Ilmu Habib Umar Bin Muhammad Bin Hafidz:

Tanda-Tanda Ahli Tasawuf Terjemahan Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimi Penolong Pengarah, Pejabat Mufti, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)

CIRI KESEMBILAN AMALAN TASAWUF: Membalas kejahatan dengan kebaikan serta tekad menyantuni ciptaan Tuhan SUFI atau pengamal tasawuf gigih beramal mulia dalam setiap waktu, termasuk membalas kejahatan dengan kebaikan dan berazam menyantuni semua ciptaan Allah SWT. Mereka melakukan hal ini, setidak-setidaknya, kerana tiga suruhan Ilahi: Pertama:

ۡ ۡ ِ َّ ِ ۡ ۡ ِ 怀‫ٱلسنة ول‬ ۡ ‫س ُن‬ َّ َ َ ُ َ َ َ ‫وَل تَستَ ِوى‬ َ َ ‫ٱلسيّئَ ‌ۚةُ ٱدفَع بٱل ِت ه َى أَح‬ ۡ ۡ ِ ِ ‫يم‬ َ َ‫فَِإ َذا ٱلَّذى �بَ�ين‬ ٌ ‫ۥ َوِلٌّ َح‬ ُ‫ٲوةٌ َكأَنَّه‬ َ ‫ۥ َع َد‬ ُ‫ك َو�بَ�ينَه‬

Ketiga: ِ ِ ِ ُّ ‫الل ۚ إِنَّه َل ُِي‬ ٍ ‫ني‬ ُ َّ ‫َج ُرهُ َعلَى‬ ْ ‫َو َج َزاءُ َسيِّئَة َسيِّئَةٌ مثـْل َُها ۖ فَ َم ْن َع َفا َوأ‬ َ ‫ب الظَّال ِم‬ ْ ‫َح فَأ‬ َ ‫َصل‬ Dan (jika kamu hendak) membalas suatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka pada penzalim (mereka yang berbuat zalim). (Surah As-Shura, ayat 40)

“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan sertamerta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.” (Surah Fussilat, ayat 34)

CORAK KEBAIKAN

Kedua:

Rasulullah s.a.w berpesan: “Apabila Allah hendak membangkitkan para hamba [pada hari Kiamat], muncul mereka yang menyeru: ‘Sesiapa yang dikurniai pahala daripada Allah hendaklah ia bangkit dan masuklah ke dalam syurga!’ Mereka ditanyai: “Siapakah yang layak mendapat ganjaran daripada Allah?” Para penyeru berkata: ‘Merekalah yang selalu mengampunkan manusia.”’ Maka bangkit insan-insan itu yang mencapai angka ribuan jiwa yang terus masuk syurga tanpa dihisab.” (HR. At-Thabrani,

ِ ِ َّ ‫الَّ ِذين يـ ْن ِف ُقو َن ِف‬ ِ ِ ِ ‫ني َع ِن الن‬ ۗ ‫َّاس‬ َ ‫ني الْغَْي‬ َ ‫ظ َوال َْعاف‬ َ ‫الس َّراء َوالض ََّّراء َوالْ َكاظ ِم‬ ُ َ ِ َّ ‫َو‬ ‫ني‬ ُّ ‫اللُ ُِي‬ َ ِ‫ب ال ُْم ْحسن‬ "...Dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi pengamal kebaikan. (Surah Aali-‘Imran, ayat 134)

Sehubungan ini, sifat Rasulullah s.a.w diceritakan Abdullah bin Salam r.a. yang memetik kitab Taurat: “[Baginda] tidak akan membalas kejahatan dengan kejahatan semisalnya tetapi baginda akan mengampunkan dan berlapang dada.” (Riwayat Ibn ‘Asakir)

31


TINTA ILMU

dan dihasankan al-Mundziriy dan diriwayatkan juga oleh Ibn Abi Ad-dunya dan Abu Nu’aim) Satu lagi golongan yang dipermudah masuk syurga terpapar dalam sabda baginda: “Sesiapa yang meringankan (menghilangkan) kesulitan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan meringankan (menghilangkan) baginya kesulitan di akhirat kelak. Sesiapa yang memberikan kemudahan bagi orang yang mengalami kesulitan di dunia, maka Allah akan memudahkan baginya kemudahan (urusan) di dunia dan akhirat. Dan sesiapa yang menutupi (aib) seorang Muslim sewaktu di dunia, maka Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah akan senantiasa menolong hamba-Nya yang sering menolong saudaranya.” (HR. Ahmad, Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban) Yang dimaksudkan berlaku baik terpapar dalam maksud sabda baginda: “Perbuatan ma’ruf akan memelihara daripada kedahsyatan kejahatan, dan sedekah dalam sembunyi akan memadamkan api kemarahan Tuhan dan menyambung silaturahim akan 32

menambah [keberkatan] umur (HR. atThabrani dengan sanad hasan)

hari Kiamat.” (HR. Ibn Abi Dunya dan At-Thabrani dengan sanad yang hasan)

Insan terbaik ialah insan sangat bermanfaat kepada kemanusiaan (keluarga, jiran masyarakat, negara atau dunia) sebagaimana maksud hadis berikut:

Ertinya, para insan yang memelihara kebajikan insan, alam sekitar, termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan, rupa darat, air dan udara, merupakan pengamal kebaikan atau muhsinin.

“Manusia yang disayangi Allah Ta’ala ialah yang paling banyak membawa manfaat kepada manusia lain, dan amalan yang paling disukai Allah Ta’ala adalah memasukkan kegembiraan ke dalam hati seorang Muslim, atau meringankan bebanan daripadanya, atau menghilangkan daripadanya kelaparan. Sesungguhnya, berjalan dengan seorang saudara yang mempunyai hajat [keperluan] lebih aku sukai daripada aku ber’itikaf dalam masjid ini selama sebulan. Dan sesiapa memadamkan kemarahannya maka Allah akan menutupi auratnya, dan sesiapa menahan kemarahannya dan jika ia kehendaki untuk melepaskannya lalu ia membiarkan ia berlalu, maka Allah akan mengisi hatinya dengan pengharapan [cinta] kepada hari Kiamat. Dan sesiapa yang berjalan dengan saudaranya yang mempunyai hajat (keperluan] sehingga dia dapat menetapkannya [membantu menghuraikannya] maka Allah akan menetapkan kededua tapak kakinya pada

TELADAN IBN AL-MUBARAK Alim besar Syria, Imam Adz-Dzahabi (1274-1348M) menulis dalam kitabya, 'Siyar ‘Alam an-Nubala’': Al-Hakim berkata, dengan sanadnya, kepada ‘Amru bin Hafs: “Ibn alMubarak telah keluar daripada Baghdad menuju ke al-Mushisah dan beliau telah ditemani para Sufi. Maka ia berkata kepada mereka: “Kamu akan memerlukan sesuatu untuk mencukupkan keperluan kamu”. Beliau menyuruh khadamnya bawakan baldi lalu dibentangkan ke atasnya sehelai kain. Beliau lalu berkata: “Hendaklah setiap daripadamu letakkan di bawah kain ini apa yang kamu miliki.” Seorang lelaki pun meletakkan 10 dirham, yang lain pula meletakkan 20 dirham dan seterusnya. Wang terkumpul digunakan untuk keperluan mereka. Tiba di alMushisah, Ibn al-Mubarak berkata:


TINTA ILMU

Sesungguhnya sedekah pada kegelapan malam akan memadamkan kemarahan Tuhan

” “Ini tempat yang mahal, maka kita bahagikan baki wang untuk keperluan perjalanan kita.” Ibn al-Mubarak berikan 20 dirham kepada seorang lelaki yang berkata: “Wahai Abu Abdul ar-Rahman, sesungguhnya aku hanya memberikan 20 dirham!” Jawab ibn alMubarak: “Dan janganlah kamu nafikan apa yang telah Allah berkati seseorang pada yang dinafkahkannya.” Imam Adz-Dzahabi juga meriwayatkan dengan sanadnya kepada Ismail bin ‘Iyash yang berkata: “Para sahabatku menceritakan bahawa mereka menemani Ibn al-Mubarak dari Mesir ke Makkah. Sepanjang perjalanan, Ibn al-Mubarak berpuasa tetapi memberikan makanan kepada mereka.” Ibn al-Mubarak pula dilaporkan berkata kepada Al-Fudhail bin ‘Iyad: “Jika bukan kerana kamu dan sahabat-sahabatmu, nescaya aku tidak akan berdagang.” Di samping suka menolong sahabat dan kenalan, Ibn al-Mubarak dikatakan bersedekah 100,000 dirham untuk fakir miskin pada setiap tahun. Ali bin al-Hasan bin Shaqiq telah meriwayatkan perihal Ibn al-Mubarak ketika tiba musim haji. Para saudaranya berasal dari Marwu. Mereka ingin bersamanya menunaikan haji. Lantas Ibn al-Mubarak berkata: “Bawakan segala wang biaya kalian.” Semua wang dikumpulkan dalam sebuah kotak yang beliau kunci. Berangkatlah mereka dari Marwu ke Baghdad. Ibn al-Mubarak gigih memenuhi keperluan mereka.

Dari Baghdad, mereka berpakaian terbaik dan berangkat ke Madinah. Ibn al-Mubarak bertanya kepada setiap ahli rombongannya: “Apakah yang ingin kamu belikan di Madinah untuk kaum keluargamu?” Mereka pun menyatakan pesanan mereka yang dilaksanakan oleh Ibn al-Mubarak. Mereka kemudian berangkat ke Makkah. Setelah selesai melaksanakan ibadah haji, sekali lagi Ibn al-Mubarak bertaya: “Apakah yang ingin kamu belikan di Makkah untuk ahli keluargamu?” Beliau terus memenuhi segala keperluan mereka. Mereka kembali ke Marwu. Di sana, beliau telah memperelok rumah mereka. Selang tiga hari, beliau mengadakan majlis jamuan untuk mereka dan menghadiahkan mereka pakaian yang indah. Selepas makan dan bergembira, beliau meminta supaya dibawa kotak tadi. Beliau telah mengembalikan semua wang mereka! BAKTI ALI BIN AL-HUSSEIN Imam Adz-Dzahabi juga menulis dalam kitabnya 'Siyar ‘Alam an-Nubala’' tentang kenyataan Shaibah bin Ni’amah: “Ketika Ali bin al-Hussein wafat, mereka mendapat tahu beliau telah menanggung keperluan 100 Ahlu Bait. [Ditakhrijkan oleh Ibn ‘Asakir, Ibn Sa’ad dan Abu Nu’aim] Kitab Siyar ‘Alam an-Nubala’ juga menukil Ali al-Redha daripada bapanya Musa al-Kadzim yang menukil datuknya

Ja’far al-Sadiq: “Ali ibn al-Hussein berkata: ‘“Sesungguhnya aku malu pada Allah SWT ketika melihat seorang saudaraku dan aku berdoa agar Allah mengurniakannya sedangkan aku bakhil dengannya dalam urusan dunia. Lalu nanti dikatakan kepadaku “Syurga berada di dalam tanganmu sedangkan kamu dengannya semakin bakhil dan kedekut” (Ditakhrijkan oleh Ibn ‘Asakir) Adz-Dzahabi merakamkan kenyataan Ibn ‘Uyaynah daripada Abi Hamzah ath-Thamali, sesungguhnya pada setiap malam, Ali ibn al-Hussein memikul roti untuk diagihkan kepada golongan fakir. Beliau menjelaskan: “Sesungguhnya sedekah pada kegelapan malam akan memadamkan kemarahan Tuhan” (Diriwayatkan oleh Ibn ‘Asakir dan Abu Nu’aim) Turut ditukil Imam Adz-Dzahabi ialah kenyataan ‘Amr bin Tsabit: “Ketika Ali ibn al-Hussein wafat, mereka dapati ada tanda pada belakang tubuhnya akibat memikul makanan untuk para janda pada malam hari.” Menurut Ibn Ishak: “Ada sebahagian penduduk Madinah yang mendapat keperluan kehidupan mereka tanpa mengetahui pemberinya. Namun setelah kewafatan Ali ibn al-Hussein, bekalan mereka pada malam hari telah terhenti.” Demikianlah antara kebaikan para ahli sufi yang melakukan terbaik dengan segala keperihan tanpa mengharap balasan insan, tetapi mendamba keredhaan Allah s.w.t sahaja. 33


10. ULASAN BUKU

Risalah Ilmu Falak Penulis: Kiyai Ahmad Zuhri Mutamim Penyunting: Ustaz Dr Firdaus Yahya ISBN: 978-981-14-1803-7 Jumlah Halaman: 58

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari kededuanya itu beredar di dalam garis edarnya..” [Al-Anbiya’: 33] Ibarat mutiara yang telah lama menghilang, kini telah ditemukan semula untuk memberi sinar cahaya kepada umat. Inilah yang dimaksudkan dengan buku kecil berjudul 'Risalah Ilmu Falak' yang telah dikarang oleh tokoh ulama falak yang tidak asing di Singapura pada dekad 1950-an sehingga ‘80-an iaitu Kiyai Ahmad Zuhri Mutamim. Beliau dilahirkan pada tahun 1905 di Sedayu Lawas, daerah Lamongan di Utara Surabaya, Jawa Timur, Indonesia, dan telah bermastautin di Singapura sejak tahun 1930. Antara sumbangannya kepada masyarakat ialah beliau merupakan pengasas dan president Persatuan Ulama dan Guru Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dan pernah menjadi pengetua Madrasah Alsagoff Al-Arabiah; Kadi; Anggota Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan menjadi Anggota Jawatankuasa Lembaga Rayuan MUIS, selain aktif mengajar dan memberi ceramah kepada masyarakat. Sumbangan penulisannya mengenai awal Ramadan dan Syawal sering disiarkan di akhbar pada tahun-tahun 1970-an dan ‘80-an. Pada tahun 1979, MUIS telah menganugerahinya gelar ‘Ilmiawan’ yang bermakna seorang yang mahir dalam pelbagai bidang ilmu serta mengamalkan apa yang diketahui. Sementara pada tahun 1982, beliau menerima anugerah ‘Jasawan’ daripada Pergas. 34

Antara karya penulisan Kiyai Ahmad Zuhri sama ada berbahasa Arab atau Melayu: • Fiqh Al-Madaris (Bahasa Arab) • At-Tasrif wa Al-‘Ilal (Bahasa Arab) • Hidayah At-Tahzib (Bahasa Arab dan Melayu) • Al-Amiin fi Al-Arbain fi Ahadith Sayyid Al-Mursaliin (Bahasa Melayu) • Geliga Perangai (Bahasa Melayu) • Falsafah Perangai (Bahasa Melayu) • Namusi pada Menyatakan Surah Kejadian Manusia (Bahasa Melayu) • Risalah Ilmu Falak (Bahasa Melayu) Kiyai Ahmad Zuhri Mutamim kembali ke rahmatullah pada 20 Jun 1985 bersamaan 1 Syawal 1405 Hijrah di Singapura. Buku Risalah Ilmu Falak telah dijumpai setelah hampir dua dekad menghilang. Menurut catatan dalam buku ini, karangannya selesai pada 3 Ogos 1974 Masihi bersamaan 15 Rejab 1394 Hijrah. Ia asalnya merupakan catatan dalam tulisan Jawi (ejaan lama) dan telah dirumikan oleh Ustaz Dr. Firdaus Yahya untuk manfaat pembaca dan generasi selanjutnya.


ULASAN BUKU

Menurut Ustaz Dr. Firdaus Yahya, berdasarkan catatan Kiyai Ahmad Zuhri, beliau telah mengarang tiga buah buku ilmu falak. Buku pertama berjudul 'Al-Manzumat al-Zuhriyyah fi Ma’rifah Awa’il al-Asyhur al-Arabiah' yang mengandungi syair bahasa Arab mengenai ringkasan penting aspek-aspek ilmu falak yang dikarangnya sendiri. Buku kedua ialah penerangan bagi syair-syair tersebut. Sayangnya, kededua buku itu tidak dapat dikesan sehingga kini. Mujurlah buku ketiga, Risalah Ilmu Falak telah dapat ditemui akhirnya. Buku ini memberi petunjuk bagi mengenali permulaan bulan Qamariyah mengikut kaedah Hisab Hilali sepertimana dikatakan di dalam muqaddimahnya: “Inilah Risalah Ilmu Falak pada mengetahui permulaan bulan Qamariyah dengan Hisab Hilali, yakni dengan menilik mumkin dapat dilihat anak bulan pada satu hari bulan selepas matahari terbenam.” (Mumkin bermakna sesuatu yang boleh terjadi padanya dua hal yang berlawanan, seperti ada dan tidak ada, gerak dan diam, besar dan kecil dan lain sebagainya.) Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian: 1. Pelajaran 2. Latihan 3. Peringatan Pada bahagian pertama, terdapat 19 pelajaran. Manakala di bahagian kedua pula mengandungi 12 latihan dan diakhiri pada bahagian seterusnya dengan tujuh peringatan bagi maklumat

tambahan. Buku ini dilengkapi dengan petunjuk gambarajah dan syair ringkas berbahasa Arab pada akhir pelajaran bagi memudahkan pembaca menghafal perkara atau poin penting. Sifat rendah hati atau tawaduk tokoh ilmu falak ini terpapar pada bersifat terbukanya untuk menerima pendapat-pendapat lain. Sebagai contoh di dalam kenyataan akhbar beliau pada akhir penerangannya mengenai tarikh awal bulan Islam, akan disebut: “Bagaimanapun penentuan muktamad hendaklah mengikut keputusan daripada Majlis Ugama Islam Singapura.” Begitu juga dengan buku Risalah Ilmu Falak ini yang disebutkan di dalam muqaddimahnya: “Maka apa-apa yang tersebut di dalam Risalah ini ialah pendapat saya. Dan saya tidak menafikan pendapat-pendapat orang lain. Oleh sebab ulama-ulama falak itu serupa juga dengan ulama-ulama fiqh iaitu: kadang-kadang ada perselisihan di antara mereka itu pada menetapkan suatu perkara atau mensabitkan suatu pendapat. Oleh itu jika didapati di dalam Risalah ini ada perbezaan dengan pendapatpendapat orang lain maka janganlah lekas-lekas disalahkan. Tetapi hendaklah ditarjih terlebih dahulu. Dan yang mana yang terlebih arjah maka itulah yang patut dijadikan panduan.” Semoga buku ini bermanfaat kepada para pembaca. Selamat membaca. 35


Master of Arts in Islamic Thought & Civilization Fields of Specialization: Islamic Civilization

Islamic Sciences

Islamic Political Thought

Islam and Contemporary Society

Islam in the Malay World

Islamic Philosophy

Muslim World Issues

Malay World Studies

Programme Description: Research Mode Only Medium of Instruction: English Course Timetable Friday 6.30 pm - 10.30 pm Saturday 2.30 pm - 10.00 pm

Learn while you earn Aordable fees Access to university resources with student matriculation card

1 - 2 years

Visit ipip.sg for more information For further enquiries, call 6346 9351 / 6346 9354 or email to ipip@pergas.org.sg.

Convocation in the university


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.