Ar-Risalah Isu 34 - Pasca COVID-19: Gaya Hidup Baru

Page 1

AR-RISALAH TERBITAN KE-34 Sep - Dis 2020 ISSN 2424-8207

PASCA COVID-19: GAYA HIDUP BARU


AR-RISALAH

Connect with us

Isu 34 (Sep - Dis 2020) ISSN 2424-8207

Editor

fb.com/Pergas.Singapore

@pergassingapura

youtube.com/PergasSingapura

@pergas_spore

Encik Mohd Raman Bin Daud

Pembaca Pruf Ustazah Nurhafizah Azman

Pemakalah

Get in touch

Ustaz Muhammad Hasyim Bin Masnin

www.pergas.org.sg

Ustazah Nurfarahin Binte Mohamed Amin Ustaz Muhammad Nuzaihan Bin Hamzah Ustaz Mohamed Nafis Bin Abdul Rahman Ustazah Zahratur Rofiqah Binti Mochamad Sandisi Ustazah Nur Sabrina Binte Nizam

Arahan Seni & Pereka Grafik Rafiz Raman

Penerbit Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) 448 Changi Road Wisma Indah #03-01 Singapura 419975 Tel: 63469350 Fax: 63463450 Email: info@pergas.org.sg

The publisher and editor are unable to accept any liability for errors that may occur and any consequences arising from the use of information contained in the magazine. The reviews and editor. The publication of advertisements and advertorials within the magazine do not constitute any endorsement by the publisher and editor of the contents therein. Ar-Risalah is published by Pergas with permission from the copyright owner. ALL RIGHTS RESERVED. No part of this publication may be reproduced, stored or transmitted in any form, for any reason or by any means, whether redrawn, enlarged or otherwise altered including mechanical, photocopy, digital storage and retrieval or otherwise without the prior permission in writing from both the copyright owner and the publisher, except in the case of brief quotations embodied in critical articles and reviews.


KANDUNGAN

1

KALAM EDITOR

2

Ms 5 – Pemulihan Dan Cara Hidup Baru Ms 11 – Mengapa Insan Diuji

Ms 4

3

EKONOMI ISLAM

4

Ms 15 – What’s In Store For Singapore’s Post Covid-19

5

KENALI PERGAS

MEMORI MENUNTUT ILMU Ms 29 – Jejak Ilmu Di Jordan

AKTIVITI PERGAS Ms 20 – Sep - Dis 2020

6

Ms 24 – Radio PERGAS

7

FOKUS

KENALI ASATIZAH Ms 26 – Wawancara

8

TINTA ILMU Ms 34 – Ulasan Buku


1

KALAM EDITOR

KALAM EDITOR Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Assalamu’alaikum wR wB para pembaca yang dihormati INSAN YANG BERMATA HARAPAN

B

ERDEBAR warga jagat mengharap kemujaraban vaksin demi membentengi diri daripada wabak COVID-19. Sesudah hampir setahun, adakah vaksin yang dijanjikan oleh firma-firma perubatan gergasi seperti Pfizer akan terbukti berkesan? Jawapannya belum pasti. Hakikatnya, tiada suatu tindakan yang tanpa risiko. Sehingga Februari tahun 2021, wabak itu menjejas hampir 110 juta jiwa dengan hampir 2.5 juta korban. Menilai respons setiap negara menurut laporan media, terpapar sikap pemerintah dan rakyat mereka. China menjadi punca penularan tetapi dapat bingkas mengawal jangkitan dan memacu semula roda ekonomi. Hasilnya, China boleh dikatakan satu-satunya negara yang menikmati pertumbuhan rancak semula. Sebaliknya pula berlaku pada Amerika Syarikat, pesaing utama China. Sikap pemerintah Trump dan rakyatnya ternyata tidak konsisten dan menasabah. Akibatnya, Amerika menjadi negara paling terjejas oleh wabak itu.

tajdid agar hidup lebih baik. Reformasi bukanlah baru dalam sejarah Islam. Namun adakah 1.7 bilion orang Islam sedar, terutama para pemimpin mereka, atau masih di takuk lama? Meskipun umat Islam Singapura dikatakan ‘bertuah’ kerana terdapat sistem kesihatan dan kebajikan yang antara terbaik di dunia, namun cabaran hari muka masih tidak menentu. Dari segi ilmu dan ekonomi, kita masih tertinggal berbanding kaum-kaum lain. Setiap kali masalah sosio-perilaku dijejerkan – dari bilangan banduan sehingga pesalah dadah – sering angka Muslim menimbulkan rasa berbaur. Oleh itu, kita perlu kuatkan azam, menimba ilmu dan melaksanakan perancangan terbaik untuk mencapai kejayaan.

Tidak semua negara bertuah untuk segera mendapatkan vaksin – semuanya bergantung pada daya beli masingmasing untuk segera membayar firma perubatan. Namun ada usaha antarabangsa, yang turut melibatkan Singapura, untuk membantu negara-negara yang kurang mampu dalam mendapatkan vaksin. Oleh itu, masih ada ihsan di peringkat jagat walaupun tidak mencukup.

Kejayaan tidak datang dengan seruan atau semboyan ‘cemerlang’ dilaung-laungkan. Ia menuntut pembinaan harapan dan semangat pada setiap Muslim dan kerjasama di setiap peringkat. Sayangnya, apa yang dulunya dibangga-banggakan dengan istilah ‘gotong-royong’, sudah dilapukkan masa. Kita amat bergantung pada para pegawai bergaji untuk memastikan perkhidmatan badan Islam kita, termasuk masjid, terlaksana. Padahal, jumlah jutawan kita entah dapat dibilang jari. Maka itu, kita wajar bermuhasabah mengenai erti ‘gotong-royong’ yang masih perlu diberikan nafas baharu dalam membina ‘qaryah’ atau ‘masyarakat peduli’ di sekeliling masjid atau kejiranan. Semoga saudara seagama yang terantai dek masalah peribadi akan dapat kita bantu bersama, insya-Allah.

Sesudah COVID-19, dunia tidak akan kembali ke zaman sebelumnya. Demikian menurut para perancang masa depan. Hal ini menepati firman Allah dalam Surah Ar-Ra’ad, ayat 11 agar manusia berubah laku – mengharungi pembaharuan atau

Daripada fakir MOHD RAMAN DAUD

4


2

FOKUS

PEMULIHAN DAN CARA HIDUP BAHARU Muhammad Hasyim Bin Masnin Khadam, Madrasah Tahfiz Sekolah Ugama Radin Mas

5


FOKUS

PELIHARA IMAN

S

EJAK tercetus wabak COVID-19 pada awal tahun 2020, berlaku perubahan besar di seluruh dunia. Banyak perkara yang berubah dan merosot. Antara lain, ekonomi jagat merosot dari segi jumlah dagangan dan pekerjaan.

6

Ciptaan Allah amat luas dan rencam di alam semesta. Antara ciptaan-Nya ialah insan di bumi, satu daripada ribuan bilion cakerawala ciptaan-Nya. Hakikatnya alam semesta sentiasa melalui perubahan. Ada bintang yang baru muncul, ada bintang yang hancur dan ada bintang berubah menjadi planet.

Sebagai umat Islam, kita perlu pastikan bahawa ada satu ciri yang tidak boleh menurun dan merosot, iaitu iman. Malah kita perlu pelihara iman yang mesti dipertingkat tidak kira dalam apa jua keadaan.

Insan juga mengalami pelbagai perubahan dari sejak di alam ruh, alam dunia, alam barzakh sehingga dibangkitkan pula alam akhirat kelak.

Bumi sebagai planet juga mengalami perubahan besar dari zaman berzaman.

Dalam menghadapi perubahan, ada umat manusia yang diuji tapi gagal sehingga dihapuskan oleh Allah seperti kaum Nabi Hud dan kaum terdahulu yang menjadi iktibar bagi kita. Persoalannya: bagaimana umat Islam dapat menakat, bahkan berjaya, dalam mengharungi setiap ujian atau perubahan?

“Sungguh ajaib urusannya seorang Mukmin. Sesungguhnya setiap urusannya akan mendapatkan kebaikan baginya dan perkara ini tidak berlaku melainkan bagi seorang Mukmin. Jika dia ditimpa kegembiraan, dia bersyukur, maka ini baik baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, maka ini baik baginya.” 1

Persoalan ini juga terkait dengan sunnatullah atau hukum alam yang dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tetang orang-orang yang sebenarbenarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” (QS Al-Ankabut : 2-3)

Iman ialah bekal setiap Muslim pada setiap keadaan hidupnya. Inilah juga teras pada tonggak keenam Rukun Iman iaitu

MARI KITA SUSURI ISU-ISU PENAKATAN (SURVIVAL) DARI KACA MATA ISLAM.

Dengan teguhnya iman di hati, umat Islam yakin bahawa segala yang berlaku adalah atas izin Ilahi. Iaitu, setiap suatu hal mempunyai hikmah dan pengajaran buat setiap hamba-Nya. Hal ini menepati maksud sabda Rasulullah saw :

Hadis riwayat Imam Muslim, no. 2999.

SENTIASA BERUBAH

Laporan media pula menunjukkan juga kesan wabak ini pada akhlak atau moral iaitu kian menonjol amalan rasuah, silap tadbir, pengganasan sehinggalah kezaliman ke atas rakyat biasa dan suasana tertekan akibat langkah jarak selamat dan pengasingan.

...Islam telah mewariskan banyak prinsip atau petua.

1

percaya pada qadak dan qadar atau takdir Allah SWT.


FOKUS

WABAK DI SELURUH DUNIA COVID-19 telah diisytiharkan pandemik atau wabak rentas dunia pada Mac 2020. Menjelang akhir tahun 2020, dijangka 70 juta manusia mengidapinya dengan jumlah kematian hampir 2 juta jiwa. Menyusuri rekod sejarah, memang terdapat banyak wabak seperti Spanish Flu (berasal dari Sepanyol) yang meragut lebih 30 juta jiwa selepas tamat Perang Dunia II (1918-1920). Eropah pernah dilanda taun akibat kuman dibawa tikus dalam abad ke-14 dan meragut sehingga 100 juta jiwa di seluruh dunia. Dalam menghadapi ujian besar seperti wabak, perang dan sebagainya, Islam telah mewariskan banyak prinsip atau petua. Antara lain, Rasulullah saw telah mengajarkan kita peri penting menjaga kebersihan – bukan saja untuk berwuduk, malah dalam urusan yang lain termasuk menyediakan makanan dan sebagainya. Prinsip-prinsip kesihatan tadi telah membantu pemerintahan Sayidina Umar Al-Khattab dalam membina urus tadbir pemerintahan yang teguh. Beliau telah mengarahkan ekspedisi ke Syam (Syria) dihentikan kerana terbetik berita tentang wabak di sana. Ini terpapar dalam kitab Al-Bidayah wa Al-Nihayah karangan Imam Ibn Kathir. Saintis pelopor dalam bidang perubatan Islam, Ibn Sina (980-1037M) telah mengembangkan prinsip-prinsip mengenai kesihatan dan pengubatan di peringkat pemerintah sehingga rakyat biasa.

...Singapura dianggap antara negara yang cekap menangani COVID-19

UJIAN KEBURUKAN DAN KEBAIKAN SEBAGAI PENGUKUH DIRI Untuk menentukan seseorang murid faham akan pelajaran, guru mengadakan ujian untuk menilai muridnya. Begitu juga dengan ujian Allah. Ia merupakan penilaian ke atas insan, ciptaan-Nya – dari segi keimanan, keupayaan, nilai luhurnya dan sebagainya. Dan ujian ini merangkumi ujian keburukan dan kebaikan. “Setiap diri akan merasai mati. Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” (QS Al-Anbiya : 35) JENIS UJIAN

KEBAIKAN KESENANGAN KEGEMBIRAAN

KESUSAHAN KEBURUKAN KESENGSARAAN

RESPONS SEORANG HAMBA

KEPUTUSAN

Bersykur dan melihat bahawa ia dari Allah SWT

LULUS

Lalai dari mengingati Allah dan merasakan ia datang dari diri sendiri

GAGAL

Bersabar dan tidak putus asa serta melihatnya dari Allah SWT maka yakin ia pasti mempunyai hikmah yang besar

LULUS

Bersykur dan melihat bahawa ia dari Allah SWT

GAGAL

Jelas sekali dalam menghadapi wabak atau apa jua ujian, akan terpapar hubungan pemerintah dengan rakyat, pemimpin dengan rakyat dan sebagainya. Di sebalik beberapa masalah peringkat awal, kita perlu bersyukur kerana Singapura dianggap antara negara yang cekap menangani COVID-19. 7


FOKUS

Untuk menghadapi ujian, sekurangkurangnya ada tiga perkara ini perlu diberi perhatian: 1. Iman Terus berusaha meningkatkan iman. Antara lain, ini dicapai dengan mengenali Allah SWT melalui Sifat dan Nama-Nya yang indah lagi agung. Renungkanlah: bagaimana kuman yang terlalu kecil sehingga tidak terlihat oleh mata, boleh mengubah keadaan sedunia dengan sekejapan. Maka tidakkah kita mengambil iktibar? Iman tentulah berteraskan ilmu. Maka itu, umat Islam perlu meningkatkan ilmu dan kemahiran untuk sentiasa dapat menakat dalam menghadapi apa jua ujian. Pastikan anak kita mendapat pendidikan secukupnya dari segi ilmu ukhrawi. Sekalipun sudah tua, teruskan menimba ilmu dari sumur ilmu yang dikurniai Allah yang tidak pernah kering. Hayatilah maksud firman-Nya: “Dan Dia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan, dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya” (QS Al-Nahl : 12) Segala sesuatu yang terjadi kepada kita merupakan peringatan daripada Allah supaya kita kembali semula kepada-Nya. 2. Amal Mencari ilmu difardukan ke atas setiap Muslim. Ini adalah amalan teras selain mengerjakan solat, berzakat, puasa dan menunaikan haji (jika mampu). Bekerja juga ibadah.

8

Konsep ibadah bagi seseorang Muslim bukanlah sekadar melakukannya, tetapi menghayatinya sehingga berlaku rasa khusyuk dalam mensyukuri ni’mat Allah SWT dan tercapai takat cemerlang. Untuk itu, kita perlu sentiasa bermuhasabah agar ibadah kita (fardu ain seperti solat sehingga fardu kifayah) terus meningkat nilainya atau tidak merosot mutunya. Misalnya, kita bukan saja tahu baca Quran dengan tajwidnya, tetapi perlu faham makna sekitar 2,000 kekata dasar Arab dalam Quran. Dengan ini, bacaan Quran yang kita dengar atau kita sebutkan akan membaca makna yang menyerlah dalam jiwa kita. 3. Tingkat Akhlak Islam adalah agama akhlak. Rasulullah menyatakan misi utamanya ialah untuk memperelok akhlak. Biar betapa getir sesuatu ujian, kita perlu berakhlak indah seperti sabar dan gigih dalam bertugas yang diamanahkan, berlaku ihsan serta santun dengan sesiapa saja. Sabar dan kegigihan diperlukan dalam menjalani resam hidup baru ketika wabak dengan memelihara kebersihan diri dan sekitaran. Kita perlu ihsan dan santuni para pegawai barisan hadapan seperti jururawat, doktor sehingga duta kesihatan yang mengawal lalu-lalang manusia demi mengelakkan jangkitan. Dalam suasana ekonomi yang tertekan, ramai dibuang kerja. Bayangkan kesusahan yang lebih berat dialami oleh keluarga ibu tunggal, orang tua melarat atau golongan berpenyakit. Mereka semua menuntut bantuan ihsan daripada kalangan kita yang mampu. Terlebih dulu, kita perlu utamakan kaum keluarga sendiri yang mengalami


FOKUS

kesukaran. Maka itu, perlu kita berbaik sangka, murah hati, redha, rendah hati lagi ikhlas untuk menghulurkan bantuan kepada mereka.

Bagi pekerja, timbul soalan – bagaimana meningkat daya penghasilan atau produktiviti tanpa mengelat kerana tidak dipantau oleh penyelia?

Yang terpenting adalah perkaraperkara yang dilarang oleh Allah SWT, setiap insan perlu sedaya upaya menghindarkan diri darinya, lebih-lebih lagi ketika wabak melanda.

Seorang alim di tanah Melayu, Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili berpendapat bahawa seorang Muslim bukanlah hidup pasrah semata, sebaliknya bertindak dengan terbaik dan selamat walaupun dalam suasana amat mencabar:

Ingatlah pesanan Sayyiduna Umar dalam suratnya kepada Sayyiduna Abu Musa Al-Asy’ari: “Hendaklah kamu bersabar. Ketahuilah bahawa sabar itu ada dua. Salah satu dari padanya lebih afdhal dari yang lain. Sabar dalam musibah adalah baik. Dan yang lebih afdhal daripada itu adalah sabar dari perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.” 2 CARA HIDUP BAHARU Menurut ramai ilmiawan, cara hidup sebelum wabak COVID-19 tidak akan kembali. Oleh itu, hidup hari muka yang kian berteraskan teknologi maklumat akan meluas termasuk dalam cara kita bekerja, belajar sehingga bergaul (rujuk Ar-Risalah terbitan 32 dan 33). Perubahan sedemikian menuntut kita mempelajari teknologi baru – misalnya cara membayar tanpa tunai tetapi menggunakan telefon sahaja sehingga menggunakan kenderaan kuasa elektrik (bukan minyak petrol). Terkadang, belajar agama terpaksa diadakan secara talian, walaupun kita sedia maklum bahawa belajar dengan cara bersemuka dengan guru (talaqqi) adalah yang terbaik. Misalnya bagi murid dan guru, timbul soalan - bagaimana mengelakkan penipuan ketika ambil ujian di rumah dan bukan dalam bilik darjah?

“Bukan makna redha menghadapi qadak Allah SWT dengan membiarkan mudarat datang kepada dirimu sedangkan engkau berkuasa menolaknya.” 3 JIWA ISLAH Umat Islam memerlukan jiwa islah dan kembali kepada Allah SWT pada setiap waktu dalam menghadapi cabaran dan ujian. Ini ditujukan kepada pelbagai peringkat manusia, tidak kira muda atau tua, berpangkat tinggi atau rendah. Dengan keadaan dunia yang berubah dengan pesat, jiwa islah dan ketahanan spiritual kian utama dalam menghadapi apa jua cabaran yang membawa kemerosotan nilai. Ingatlah pesan Allah SWT dalam Surah Adh-Dhariyat ayat 50: “Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata” (Adh-Dhariyat : 50) Oleh itu, bagi setiap Muslim, yang diperlukan selain meraih ilmu dan mempunyai akhlak mulia, ialah sentiasa memaparkan sifat kehambaan kepada Allah SWT agar diberi pedoman ke arah hidup yang diredhai-Nya. Imam Ibn ‘Atoillah As-Sakandari berkata di dalam hikamnya: “Buktikan dengan benar sifat-sifatmu,

Al-Imam Al-Ghazali, tanpa tarikh, Ihya ‘Ulumiddin, jilid 4, ms 62.

2

Al-Syeikh ‘Abd Qadir Al-Mandili, 1964, Penawar Bagi Hati, ms 94.

3

9


FOKUS

nescaya Allah membantumu dengan sifatNya. Buktikan dengan benar sifat kehinaanmu, nescaya Allah membantumu dengan sifat kemuliaanNya. Buktikan dengan benar sifat kekuranganmu, nescaya Allah membantumu dengan sifat kekuasaanNya. Buktikan dengan benar sifat kelemahanmu, nescaya Allah membantumu dengan sifat kekuatanNya.” 4

Akhir kata, ingatilah pesan pujangga Melayu Raja Ali Haji (1808-1873) lewat karyanya Gurindam 12 5 Ingatkan dirinya mati, Itulah asal berbuat bakti. Akhirat itu terlalu nyata, Kepada hati yang tidak buta Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kita semua. Wallahua’lam.

Al-Syeikh ‘Abd Al-Majid Al-Syurnubi, 2006, Syarh Hikam Al-Imam Ibn ‘Atoillah Al-Sakandari, ms 188-189, hikmah no.178.

4

Abu Hassan Sham, 1993, Puisi-Puisi Raja Ali Haji, ms 282, gurindam fasal ke 12.

5

RUJUKAN: 01. Abu Hassan Sham, 1993, Puisi-Puisi Raja Ali Haji, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. 02. Al-Ghazali, Al-Imam Abu Hamid, tanpa tarikh, Ihya ‘Ulumiddin, Beirut, Dar Al-Ma’rifah. 03. Al-Mandili, Al-Syeikh ‘Abd Al-Qadir bin ‘Abd Al-Muttalib, 1964, Penawar Bagi Hati, Thailand, Sahabat Press. 04. Al-Nawawi, Al-Imam Muhyiddin Yahya bin Syaraf, 1997, Al-Minhaj Syarh Al-Jami’ Al-Sohih (Syarh Sohih Muslim), Damsyiq, Dar Al-‘Ulum Al-Insaniyyah. 05. Al-Syurnubi, Al-Syeikh ‘Abd Al-Majid, 2006, Syarh Hikam Al-Imam Ibn ‘Atoillah AlSakandari, Damsyiq, Dar Ibn Kathir. 06. PERGAS, Jan-Apr 2020, Ar-Risalah terbitan ke-32. 07. PERGAS, Mei-Ogos 2020, Ar-Risalah terbitan ke-33. 08. Sheikh Abdullah Basmeih, 2010, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran, Malaysia, Darulfikir.

10


MENGAPA INSAN DIUJI? Nurfarahin binte Mohamed Amin Sarjana Muda (Sains Kemanusiaan, Bahasa dan Sastera Arab) dan kini guru agama bebas

11


FOKUS

S

ejak tahun lalu, manusia di serata dunia diuji dengan pandemik COVID-19. Ekoran penutupan sempadan antarabangsa, ekonomi sejagat terjejas dengan teruk. Di tahap individu, ramai manusia bergelut dengan isu-isu seperti kehilangan pekerjaan, perpisahan dengan orang-orang yang terdekat, dan perubahan rutin secara mendadak. Di Singapura, nikmat melancong dan berkumpul secara beramai-ramai dengan ahli keluarga dan sahabat handai terpaksa ‘dihadang’. Demi mencegah penularan wabak, maka rutin baharu iaitu memakai pelitup muka dan menjaga jarak terus diamalkan dengan tegas. Sedang dunia menantikan vaksin mujarab untuk membentengi diri daripada virus ini, timbul persoalan yang bersifat kerohanian dan falsafah – mengapa bencana ini berlaku? Persoalan sedemikian telah mendorong warga di sesetengah negara untuk protes atau tidak peduli dengan melanggar langkah pencegahan sehingga mengakibatkan lebih ramai terkorban selepas mengidap wabak ini. Islam sebagai agama dan cara hidup yang menyeluruh atau holistik telah lama memberikan panduan dalam menghadapi ujian atau musibah. Makalah ringkas ini akan menerangkan hikmah di sebalik ujian, dengan harapan kefahaman yang betul dapat membantu kita menjalani hidup dengan lebih bermakna.

UJIAN MENURUT QURAN Allah berfirman di dalam Al-Qur’an:

ً َ

َ ُ َ ُ ُ

َ ْ

َ

ْ َ​َ َ

َّ

َ ‫ال ْوت َو‬ َ ‫‏ ال ِذي خلق‬ ْ ‫ال َياة ِل َي ْبل َو ْك أ ُّي‬ ‫ل‏‬ ‫ك أ ْح َس ُن َع ‏‬ “Dialah (Allah SWT) yang telah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya.” (QS Al-Mulk: 2) Al-Quran membezakan bala dan ujian (musibah). Bala ialah akibat yang diturunkan Allah ke atas umat yang masih degil sehingga perlu dihapuskan kerana sudah didatangi para nabi dan rasul seperti yang terjadi pada umat Nabi Nuh (banjir besar), umat Nabi Syuaib (gempa) dan sebagainya. Hakikatnya, ujian datang setiap detik. Misalnya, setiap hari kita diuji agar solat pada waktunya di sebalik kesibukan bekerja dan sebagainya. Kita diuji untuk hidup sihat agar dapat belajar, bekerja dan bermain. Antara sebab yang menjadi ujian kepada manusia dan jin ialah untuk beribadah (mengabdi) kepada Allah SWT (maksud SQ Adz Dzariyat: 56). Kita diuji agar mengenali kesungguhan kita mengejar keredaan-Nya. Selagi kita masih bernafas dalam jiwa hamba, selagi itulah kita diuji. Jika kita mempunyai penetapan permikiran (mindset) tentang kepentingan bersabar ketika diuji, kita dapat menjadi insan bercita cemerlang. Namun, jika kita enggan bersikap terbuka ketika diuji, apa pun ujian yang menimpa akan terasa lebih berat dan lebih perit lagi. APAKAH HIKMAH UJIAN? Sudah pasti, terdapat hikmah di sebalik setiap ujian. Musibah sebenarnya menghapuskan dosa-dosa. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, 12


FOKUS

“Tiada musibah yang menimpa seorang Muslim kecuali Allah menghapuskan sebahagian dari dosa-dosanya, walaupun musibah itu hanyalah sebuah duri yang mencucuknya.” 1 Kejayaan mengharungi ujian akan menaikkan darjat kita di sisi Tuhan, seperti sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya,

Al-Imam Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, Buku 75, Hadith 1, https://sunnah.com/ bukhari/75/1 (Akses pada 21 Nov 2020).

1

Al-Imam Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, Buku 75, Hadith 5, https://sunnah.com/ bukhari/75/5 (Akses pada 21 Nov 2020).

2

“Jika Allah menghendaki kebaikan untuk seseorang, Allah mendatangkan ujian untuknya.” 2 Insan yang paling tinggi ujian ialah para nabi (124,000 orang). Ujian merupakan peluang keemasan untuk kita mendekatkan diri kepada Tuhan. Ketika diuji, insan beriman yang berjaya menyelesaikan masalah diri, keluarga dan masyarakatnya akan lebih dekat kepada Allah. Untuk menghadapi ujian, sabar merupakan kuncinya. Erti sabar bukan sekadar ‘menahan’ diri tetapi berusaha membawa perubahan ke arah kebaikan. “Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.” (QS Ali Imran: 146) Ujian bak pensuci jiwa atau rohani yang mendatangkan rasa rendah diri kita sebagai hamba kepada Maha Pencipta. Ujian membuat kita berasa rendah hati kepada sesama manusia kerana kita lebih prihatin terhadap situasi orang-orang di sekeliling kita, sekaligus meningkatkan lagi sifat tinggan rasa atau empati kita terhadap orang lain. Sejak berlaku wabak ini, bekerja di rumah iaitu dalam talian telah dijadikan suatu rutin. Akibatnya, banyak pekerja diberhentikan demi mengurangi kos. Banyak pejabat, kilang dan gedung beli belah pula dikosongkan. Namun, cabaran wabak COVID-19 turut menunjukkan peri pentingnya khidmat pekerja baris hadapan seperti doktor, jururawat sehingga pekerja kiriman makanan. Tanpa mereka bersikap siap siaga, wabak akan lebih cepat menular. Mereka tidak boleh digantikan dengan bekerja secara dalam talian (online). Oleh itu, resam hidup yang berubah ke arah teknologi maklumat, tidak bermakna pekerjaan di barisan hadapan akan berubah. Dalam pada itu, peralihan kepada dunia digital pula tidak bermakna kita meminggirkan golongan warga tua yang rentan atau anak-anak kecil yang perlukan sentuhan dan komunikasi secara langsung. BAGAIMANA MENANGANI UJIAN? Sikap utama umat Islam ialah jangan sekali-kali mencurigai kebaikan Allah. Inilah erti ikhlas dalam cara hidup Islam. Kita menerima apa jua yang datang dengan rasa syukur untuk menghargai kebesaran-Nya. Lazimnya insan dengan mudah mendakwa bahawa Allah sedang menghukum kalangan manusia dengan ‘mengizinkan’ wabak ini sebagai balasan maksiat atau dosa mereka. Hakikatnya, memang terdapat hukum alam atau sunatullah. Kini dunia, menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres, sedang mengalami krisis kerosakan iklim alam. Akibatnya, banyak hutan terbakar, taufan menjadi-jadi, suhu meningkat dan kawasan tandus meluas. Kerosakan alam adalah akibat tangan-tangan manusia sendiri (Surah Ar-Rum, ayat 41). 13


FOKUS

Penetapan permikiran negatif atau hanya ingin mencari siapa yang boleh dipersalahkan sebenarnya tidak membantu situasi semasa – kerana ujian diberi kepada setiap yang bergelar insan, tidak kira amalan mereka. 4

Muhammad Fahmi Rosli, “Al-Kafi #1705: Bolehkah Menyifatkan COVID-19 Sebagai Satu Azab daripada Allah S.W.T.?”, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, April 20, 2020, https://muftiwp.gov.my/artikel/ al-kafi-li-al-fatawi/4454-al-kafi-1705bolehkah-menyifatkan-covid-19-sebagaisatu-azab-daripada-allah-s-w-t (Akses pada 24 Nov 2020)

3

Sebaliknya, mengalihkan fokus kita kepada penyelesaian masalah merupakan langkah penting demi mengatasi apa pun situasi – termasuklah penularan wabak virus ini. Kita akan mula bergerak ke arah mencari jalan keluar dan mengusahakan apa saja di dalam kemampuan kita untuk menangani rintangan-rintangan kehidupan.

Di samping itu, kita haruslah mengimbas kembali janji Tuhan mengenai kemampuan kita menanggung ujian masing-masing. Ini boleh memberi kita kekuatan mental dan rohani. Firman-Nya:

َّ ْ َ ُ ُ َّ َ َ ‫‏ل ُيكف الل نف ًسا ِإل ُو ْس َ َعا‬ “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (QS Al-Baqarah: 286) Umat Islam diasuh untuk mengucapkan, “Innalillahi wa inna ilaihi roji’un (sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali)” setiap kali ditimpa musibah. Jika kita benarbenar menghayati ucapan ini, kita mampu menangani ujian kehidupan dengan lebih baik lagi, kerana kita faham bahawa tiada yang kekal, termasuklah ujian kita, dan semuanya akan kembali juga kepada Sang Pencipta. PENUTUP Pandemik COVID-19 sudah berlaku. Kehidupan mesti diteruskan sehingga datangnya akhirat kelak. Ujian wabak ini mungkin berakhir kelak, lebih-lebih lagi jika vaksin sudah berjaya dicipta, tetapi realiti kehidupan di alam yang fana’ ini ialah: ujian akan terus datang bertamu. Tiada seorang pun yang bebas dari kesusahan. Namun dengan penetapan minda yang betul, dan dengan izin Tuhan, kita mampu melalui apa jua ujian, tanpa hilang jati diri kita sebagai hamba Tuhan.

14


3

ISLAMIC ECONOMY

WHAT’S IN STORE FOR SINGAPORE’S POST COVID-19? Ustaz Muhammad Nuzaihan Bin Hamdan Associate Director, Treasury and Markets, CIMB Bank Berhad Singapore Branch

15


EKONOMI ISLAM

T

HE COVID-19 pandemic has indeed impacted our lives – the way we conduct our daily affairs – work, play and interact at socio-economic and international levels and caring the environment.

To survive the pandemic, sense of hygiene is paramount which includes the compulsory usage of face masks, sanitizing our hands and ensuring our environment is clean. The need for social distancing requires people to work from home and avoid crowding, including big weddings. World-wide, the pandemic has forced nations to accelerate the adoption of internet of things (“IOT”) which includes e-commerce, videoconferencing such as Zoom, telemedicine or online teaching. These are blended into our lives as the “New Normal”. How a small nation like Singapore can confidently enter the post-COVID-19 phase? NATIONAL INITIATIVES We have to embark on a new set of plans at different levels – from national to individuals. The Government has made some critical intervention and adjustments. For this reason, Singapore has been lauded as among the few nations who have managed to control the pandemic through contact tracing mechanisms, dedicated and well-trained health workers and of course, abiding citizens. The level of optimism shown by foreign investors in Singapore is reflected by the success of the Economic Development Board in securing SGD13 billion worth of fixed asset investment. Though relatively slow, industries such as transportation and tourism are slowly picking up, creating job opportunities at the same time. SECURING JOBS Most economic sectors are affected by the pandemic. Many workers, especially in the retail (such as the closure of the iconic Robinsons), aviation and tourism sectors were considered redundant. Singapore’s jobless rate soared to a new high in 2020, at circa 4 per cent. Naturally, employers look at cost optimization. Thankfully, many Singapore workers are pragmatic – willing to have their salaries reduced or risked being laid off and move on to new jobs after undergoing intensive training. Fortunately, Singapore’s spirit of tripartism has again helped in building the bridge of understanding and cooperation between the unions, the Government and the employers. With job fares spurred by impressive campaigns, many redundant workers found new opportunities to take up training and switch to new line of occupations. When this essay was written, there were as many as 84,400 positions waiting to be filled. It is the attitude of the workers that matters at this critical juncture – to have an open mind and be flexible to brave new challenges.

16


EKONOMI ISLAM

In the meantime, the pandemic has motivated more individuals to start their own businesses at homes in order to supplement their family’s income or to aid their redundant family members. Initially, there were some reservations as to the safety or the hygienic status of home-cooked food. But with training given to these operators and support from many quarters, including President Halimah (who recalled her experienced helping her mother to make and sell kuih from her home), the issue was aptly handled. This emerging sector has also propelled the need for delivery services.

WHAT TO EXPECT IN THE NEXT FEW YEARS? The pandemic has spurred Singapore to be more driven and sustainable as far as Food Security is concerned. Almost all our food are imported. The plan is to provide up to 30 per cent of the nation’s food needs has found keen support from many local entrepreneurs and attracting foreign participation. Not only we grow food on our limited land but also on our roofs and even stacked containers. Singaporeans are encouraged to do hydroponics or aeroponics – growing their own vegetables at the corners of their flats. To revive local tourism, the Government has initiated SingaporeDiscovers Vouchers amounting to SGD320million. This is meant to encourage the community to spend locally amid travel restrictions whilst at the same time improve the local economy. When more and more people globally are vaccinated against COVID-19, the wheels of progress would rotate once again. Hence, industries like aviation are predicted to grow as more travel bubbles are established. Since the growth may be gradual, it is advisable that we plan ahead and move on with our lives within our means. This includes evaluating ones circumstance and consider the needs of our families. Many Muslim families here are found to be heavily in debt, according to the Debt Advisory Centre of the Association of Muslim Professionals (AMP). Rasulullah (PBUH) has reminded us: 17


EKONOMI ISLAM

“Save up some of your wealth for your future, as that will be good for you.” [Hadith of Al-Bukhari] The Monetary Authority of Singapore (“MAS”) has always urged Singaporeans to be prudent when taking up debt or buying property. Islam has taught us that to live modestly and thus be able to fulfil or pay Zakat (both fitrah and wealth), the third tenet of the Five Pillars of Islam. Our awareness of Zakat, including the knowledge on how to calculate it, would help us in our financial commitments. GOOD AND BAD TIMES In Surah Yusuf, one is reminded of the good and bad times such as faced by Prophet Yusuf A.S. The holy Quran says that every person will be tested with hardship as to ascertain his or her faith or iman. But the Quran (Surah Al-Insyirah) also says that for every hardship, there is ease. Hence, Muslims must learn to be confident of his future, for example by carrying out the following: • Learning New Skills: IOT is a tool of knowledge. For example, during the pandemic, an Ustaz is required to conduct his class via videoconferencing or lose his income. Even after the pandemic, both physical class and videoconferencing can be done simultaneously to benefit students who are sick at home. • Proactive: Islam encourages us to think ahead and to anticipate problems that nothing is permanent including one’s job. Hence, do not depend on your employers to train you. Always on the lookout for opportunities for self-advancement. • Togetherness: During your spare time, do volunteer (or) pro-bono service to help those in need as to gain Allah’s blessings or barakah. In this trying time, helping one another or community sharing is fundamental to uphold social justice. “Help ye one another in righteousness and piety but help ye not one another in sin and rancor: fear God: for God is strict in punishment” (QS Al-Maidah:2) During hard times, even competing firms need to help from one another as shown by the recent ads by Burger King (source the Guardian).

18


EKONOMI ISLAM

Alhamdulillah, the pandemic has motivated many Singaporeans to be more charitable as shown by the increase in donations last year. Allah SWT reminds us: “Who is he that will lend unto Allah a goodly loan, that He may double it for him and his may be a rich reward?” (QS Al-Hadid: 11) Charity begins at home – your family, among kins and may be extended to all humanity. The pandemic has made it more urgent that Singapore Muslims to plan well and to have a strong will to create collective investment growth engines. Pergas has formed its investment platform called PERLU, whilst Muis is preparing its Dana Wakaf Masyarakat. These initiatives are meant to fulfil the financial needs of the ummah to grow and to alleviate difficulties. We shall succeed, insya-Allah.

REFERENCES 01. Mediacorp (2020). Households urged by MAS to stay prudent when taking up debt or buying property. Retrieved from https://www.channelnewsasia. com/news/singapore/households-mas-stay-prudent-debt-property-covid-19-13674476 (02 December 2020). 02. Mediacorp (2020). Singapore among world’s most competitive, pro-business economies, public sector report shows. Retrieved from https://www. channelnewsasia.com/news/singapore/singapore-economy-competitive-pro-business-investment-spor-13643492 (30 November 2020). 03. Mediacorp (2020). As COVID-19 speeds up automation, what does the future hold for non-tech job seekers? Retrieved from https://www. channelnewsasia.com/news/singapore/tech-jobs-digital-data-analytics-coding-job-seekers-13339222 (30 November 2020). 04. Mediacorp (2020). IN FOCUS: After COVID-19, where are the Singapore economy, workforce headed? Retrieved from https://www.channelnewsasia. com/news/business/covid-19-jobs-unemployment-career-switch-challenges-13143634?cid=h3_referral_inarticlelinks_24082018_cna (30 November 2020). 05. Mediacorp (2020). COVID-19: Switching careers a challenge for some job seekers despite opportunities. Retrieved from https://www.channelnewsasia. com/news/singapore/singapore-economy-competitive-pro-business-investment-spor-13643492 (30 November 2020). 06. The Guardian (2020). End the beef: why Burger King wants people to eat at McDonald’s. Retrieved from https://www.theguardian.com/business/2020/ nov/03/end-the-beef-why-burger-king-wants-people-to-eat-at-mcdonalds (02 December 2020). 07. The Holy Qur’an Translation by A. Yusuf Ali ((2020). Sura 5: Maida, or he Table Spread. Retrieved from https://quranyusufali.com/5/ (02 December 2020). 08. The Straits Times (2020). $100 tourism vouchers: How do I redeem them and can they be used all at once? 7 things you need to know. Retrieved from https://www.straitstimes.com/singapore/5-things-you-need-to-know-about-the-singaporediscovers-vouchers (02 December 2020). 09. The Straits Times (2020). Mismatch in expectations leave many vacancies unfilled, say observers. Retrieved from https://www.straitstimes.com/ singapore/jobs/mismatch-in-expectations-leave-many-vacancies-unfilled-say-observers (30 November 2020). 10. The Straits Times (2020). No year-end bonus for 85,000 civil servants. Retrieved from https://www.straitstimes.com/singapore/jobs/no-year-endbonus-for-85000-civil-servants (30 November 2020). 11. The Straits Times (2020). Malay-Muslims here responded well to Covid-19 challenges, says Masagos. Retrieved from https://www.straitstimes.com/ singapore/malay-muslims-here-responded-well-to-covid-19-challenges-says-masagos (30 November 2020). 12. The Straits Times (2020 Muslim organisations, mosques to get $4.9m from wakaf income. Retrieved from https://www.straitstimes.com/singapore/ muslim-organisations-mosques-to-get-49m-from-wakaf-income (30 November 2020).

19


4

AKTIVITI PERGAS

AKTIVITI PERGAS

27 Sep Program ‘Majlis Hari Asatizah’ dijalankan menerusi siber dan disertai 50 Asatizah IPIP. Majlis mengetengahkan sumbangan dalam menjalankan pengajian secara online dan adaptasi dalam struktur pengajian

Sep – Dis 2020

SEPTEMBER 1 Sep Pergas telah menyalurkan derma kepada asatizah memerlukan di bawah pakej Rahmah Khas. 18 Sep Program Fiqh Muamalat Series anjuran bersama Financial Syariah Advisory & Consultancy (PIH) dan fakulti Islamic Business and Finance Society Singapore Management University (sehingga 30hb Oktober). Antara topik perbincangan ialah ‘Peranan Fiqh dalam Kewangan Islam’, ‘Takaful, Islamic Fintech’, dan ‘Bisnes Patuh Syariah’. 18 Sep Program ‘Majlis Usrah MPP’ untuk ahli Majlis Pelajar Pergas dan pelajar IPIP bersama Ustaz Muhammad Effendi Suparde berlangsung secara dalam talian. Topiknya: Putting Knowledge into Practice.

28 – 29 Sep Program ‘Daurah Tholabah’ mengenai kitab Aqidatul Awwam dihadiri para pelajar lepasan Thanawi ‘Aliy dan mahasiswa pengajian luar yang sedang berada di Singapura.

OKTOBER 5 – 6 Okt Program ‘Daurah Tholabah’ mengenai kitab Bidayatul Hidayah dihadiri pelajar lepasan Thanawi ‘Aliy dan mahasiswa pengajian luar yang sedang berada di Singapura. 6 Okt Radio Pergas telah dilancarkan di pautan www.pergas.org.sg/radio dengan dimuatkan pelbagai program menarik secara 24 jam setiap hari.

20


AKTIVITI PERGAS

Para pelajar didedahkan kepada proses pengeluaran fatwa di Singapura. Isu-isu yang dibincangkan seperti dalil-dalil sandaran yang diguna pakai, perbezaan antara Fatwa dan Irsyad, cabaran-cabaran semasa, Kajian Kes: Bank Susu dan Covid-19 (Penutupan Masjid dan sebagainya) 19 & 20 Okt Program latihan ‘Islamic Estate Planning’ telah diadakan dengan menyentuh topik Hibah, Wasiat, Faraidh dan Nuzriah. Peserta juga didedahkan tentang perwarisan menurut hukum Sivil dan Syariah di Singapura.

7 Okt Program ‘E-Hadith’, episod 1, bahagian 1 dengan tajuk, ‘Niat Dalam Amalan’, telah diudarakan di lelaman Facebook Pergas di bawah bimbingan Ustazah Dr Sakinah Saptu.

20 & 21 Okt Program latihan ‘Tech-Enabled Modules’ telah dianjurkan bagi asatizah di bawah pakej Rahmah Dipertingkat melalui wadah Zoom.

9 Okt Program ‘Obor Ummah II’ dipancarkan di Radio Pergas dengan perkongsian tentang tokoh-tokoh Islam Singapura oleh asatizah tempatan. 14 Okt Program ‘Wasatiyyah Online’, episod 5 dengan tajuk, Pertolongan & Bantuan Allah itu Pasti, telah diudarakan di lelaman Facebook Pergas. Episod kali ini telah mengundang sekali lagi, Ustaz Dr Firdaus Yahya sebagai penceramah dan Ustaz Ahmad Nu’man Bin Muhd Fuad sebagai hos undangan.

28 Okt Program ‘Wasatiyyah Online’, episod 6 dengan tajuk, ‘Akhlak Rasulullah adalah Dasar Ketika Berdepan Dengan Orang Yang Kasar’, telah diudarakan di lelaman Facebook PERGAS. Episod kali ini telah mengundang sekali lagi, Ustaz Ahmad Haris Suhaimi sebagai penceramah dan Ustaz Mohammad Khairi Nazron sebagai hos undangan.

18 Okt Program ‘Diskusi Ilmiah: Usul Fiqh’ telah diadakan bagi pelajar program Sijil Lanjutan Pengajian Islam (SLPI). Ia telah disampaikan oleh Ustaz Irwan Hadi Shuhaimy melalui wadah Zoom.

21


AKTIVITI PERGAS

18 - 29 Okt

8 Nov

Kempen Rabi’ul Awwal telah diadakan di wadah media sosial Pergas.

Seminar untuk pelajar IPIP bertajuk ‘Pengajian Islam Dalam Arus Kemodenan: Suatu Refleksi’ yang disampaikan oleh Dr Syed Muhammad Adib Termizi Bin Ahmad AlJafari secara fizikal dan siber.

27 Okt Program Asatizah Islamic Studies Professional Program, peringkat 1 telah dimulakan bagi jangka masa 3 bulan. 23 & 31 Okt Sesi penyegaran bagi ‘Asas Kaunseling Islam’ telah dianjurkan bagi asatizah sukarelawan bagi program Asatizah Solace Care. Sesi ini bimbingan Ustaz Mohd Yusri Yubhi.

13 Nov Program latihan bagi asatizah sukarelawan ‘Insan Mukmin’ diadakan dengan bimbingan Ustaz Muhammad Izzam dan Ustaz Muhammad Irfan.

30 Okt Pemeteraian Memorandum Perjanjian antara Young Asatizah Assembly Pergas-Masjid Wak Tanjong telah dianjurkan dalam menyokong program QuranBit.

NOVEMBER 4 Nov Program E-Hadith, episod 2, bahagian 2 dengan tajuk, ‘Niat Dalam Amalan’, telah diudarakan di lelaman Facebook Pergas di bawah bimbingan Ustazah Dr Sakinah Saptu. 6 Nov Program perkongsian ‘Career Guidance Talk’ dianjurkan bagi para pelajar Madrasah Aljunied Aljunied yang bakal tamat pengajian. Topiknya tentang industri kewangan Islam di Singapura dan peluang kerjaya alternatif. Program ini bimbingan Encik Fazrihan Bin Mohamed Duriat, Konsultan Syariah FSAC.

22

20 Nov Program ‘Insan Mukmin’ dianjurkan di penjara Singapura bagi para banduan salah guna dadah.

DISEMBER 2 Dis Program ‘Wasatiyyah Online’, episod 7 dengan tajuk, ‘Berlemah Lembut dengan Insan: Adakah Tiada Batasan?’, telah diudarakan di lelaman Facebook Pergas. Episod kali ini menampilkan sekali lagi, Ustazah Nur Khadijah Ramli sebagai penceramah dan Ustazah Noridah Basir sebagai hos undangan.


AKTIVITI PERGAS

2 Dis

18 Dis

Program ‘Latihan Asatizah’ telah dianjurkan untuk Asatizah IPIP dalam pengkhususan Syariah dengan topik, ‘Sumber-Sumber Hukum Dalam Ilmu Usul Fiqh: Aplikasinya Dalam AMLA/Fatwa Di Singapura’ oleh Ustaz Muhd Fadhlullah Bin Daud secara atas talian.

Ziarah muhibah Presiden PERGAS ke atas para banduan yang sedang mengikuti program ‘Insan Mukmin’ di penjara Changi. 22 Dis Program ‘Asatizah Solace Care’ telah dilancarkan dengan menawarkan khidmat sokongan emosi dan spiritual bagi masyarakat secara dalam talian. 27 Dis Majlis ‘Gathering of Minds (GOM)’ pimpinan pelajar Sukarno Bin Ahmad dan tiga rakan dari Purple Team (Syathirah, Syafiqah, Haini) melalui wadah Zoom, dihadiri 34 pelajar MPP dan disantuni empat asatizah penasihat.

9 Dis Program ‘E-Hadith’, episod 3, bahagian 1 dengan tajuk, ‘Iman, Islam, Ihsan & Hari Kiamat’, telah diudarakan di lelaman Facebook Pergas bimbingan Ustazah Dr Sakinah Saptu.

11 Dis Program latihan ‘Mask Sewing Class’ dianjurkan bagi para penerima skim bantuan kewangan Pergas.

23


5

KENALI PERGAS

S

EBAGAI sebuah badan dakwah Islam sejak akhir 1950an, Pergas bercita-cita tinggi untuk menjangkaui sasaran khalayak yang berbeza.

Dalam memanfaatkan dunia media baru, Pergas memilih platform radio dalam talian yang belum banyak diterokai oleh banyak institusi Islam. Pergas berasa bertanggung jawab untuk mengisi kekurangan ini dengan isi bahan dakwah yang relevan dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan pendengar.

RADIO PERGAS Titik tolak pelibatan Pergas dalam media elektronik bermula dengan siaran Pergas TV. Siaran ini telah menerima respons amat baik daripada penonton sehinggakan ada yang meminta untuk diformatkan dalam bentuk audio. Tujuannya demi memberi ruang dan peluang kepada pengguna platform audio untuk turut memanfaatkan kandungan dakwah yang sangat sesuai untuk masyarakat Islam di Singapura. Sejumlah program menarik telah disiapkan untuk para pendengar Radio Pergas serta platform media Pergas yang lain. Antaranya program bersiri Obor Ummah 2 yang mengetengahkan kalangan asatizah tempatan yang mengupas biografi dan sumbangan para tokoh agama Islam di Singapura. Sebuah lagi program khas iaitu E-Hadith pula menghurai secara mendalam hadis-hadis yang masyhur. Selain program berbentuk ilmu, Radio Pergas juga memuatkan bacaan Al-Quran oleh asatizah Singapura, juga bacaan Al-Ma’thurat sepanjang hari di samping laungan azan setiap lima waktu. Radio Pergas dipancarkan 24 jam sehari. Ia menggabungkan pelibatan asatizah muda dan yang berpengalaman. Pendekatan ini diambil dengan harapan berlaku perkongsian ilmu secara berterusan serta memberi peluang kepada asatizah muda untuk bekerjasama dengan asatizah veteran. 24


KENALI PERGAS

Akhir sekali, Pergas berharap program-program persembahannya terus mendapat sambutan dan teguran demi memelihara mutu tinggi. Dengan cara ini, ilmu-ilmu Islam dan dakwah dapat dimanfaatkan masyarakat Islam Singapura demi menjadi ummah berjaya. Pergas juga mengharapkan sokongan berterusan daripada masyarakat Islam setempat dalam bentuk sumbangan dana, makalah dan sebagainya demi menyuburkan usaha dakwah di sini. Radio Pergas boleh diikuti melalui pautan berikut:

http://radio.garden/listen/radio-pergas-sg/zK8zIPZJ. 25


6

KENALI ASATIZAH

WAWANCARA Ustaz Mohamed Nafis Bin Abdul Rahman Pengarah, Travelconnect.sg & Pusaracare.sg Apakah pendidikan ustaz dan pengalaman bekerja sebelum ini? Alhamdulillah saya pernah belajar Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah dari darjah 1 hingga darjah 4. Kemudian saya lanjutkan pelajaran di Madrasah Aljunied Al-Islamiah dari darjah 5 hingga pra-universiti. Selanjutnya, saya berpeluang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Usuluddin, pengkhususan dalam bidang hadith Sejurus pulang ke Singapura, saya berpeluang bekerja di syarikat Petroedge; Oil and Gas Training Provider sebagai penterjemah bahasa Arab selama setahun pada tahun 2012. Saya mengorak langkah untuk bekerja di Masjid Darussalam pada tahun 2013 sebagai pegawai pembangunan sosial selama tiga tahun dan berpindah ke jabatan pembangunan pendidikan selaku pengetua madrasah dan ketua program dakwah masjid itu selama 2 tahun. Pada tahun 2018 saya cuba menceburi bidang niaga setelah dilantik sebagai pengarah syarikat Travelconnect.sg sehingga kini. Bagaimana syarikat ustaz ditubuhkan? Syarikat Travelconnect.sg berputik pada tahun Jun 2016 dan saya diberi peluang bekerjasama dalam bidang urusan umrah dan haji dibawah bimbingan Ustaz Pasuni bin Maulan yang bertindak sebagai penasihat firma ini. Saya dilamar oleh pengarah eksekutif firma ini, Haji Zaini Bin Mohd Zain ketika di tahap awal penubuhan syarikat ini. Saya diminta menyelaraskan kelas umrah dan haji serta mengendalikan kelas agama buat masyarakat pada setiap hujung minggu dan di platform media sosial. Apakah matlamat dan visi syarikat ini? Kami berhasrat untuk menjadi sebuah syarikat ejen pelancongan yang mengutamakan pakej harga wisata yang termampu dan 100% mesra muslim untuk umat Islam Singapura seperti menyediakan pegawai beragama Islam, penjagaan waktu solat sepanjang perjalanan, hidangan 26

100% halal dan suntikan ilmu agama dalam setiap pakej pelancongan kami. Kami juga bertujuan untuk membuka ruang kepada asatizah muda sebagai pegawai pelancongan untuk mereka menimba pengalaman dengan latihan yang kami sediakan demi meluaskan lagi kemahiran dalam bidang dakwah serta berkemahiran mengendali jemaah secara profesional. Sehingga kini, kami sudah melatih dan memberikan peluang sekitar 20 asatizah muda sebagai pegawai keberangkatan wisata dan membimbing jemaah kami dalam jangka masa dua tahun ini.


KENALI ASATIZAH

Apakah pakej-pakej yang ditawarkan? Apakah antara kelainan yang ditawarkan syarikat ini? Selain pakej Umrah dan Haji, kami juga menawarkan pakej wisata jelajah ilmu ke Turki, Baitul Maqdis, Jordan, Kaherah, negara-negara Semenanjung Balkan, India, Uzbekistan, negara-negara Eropah, Sepanyol, Portugis, Maghribi, kota Paris, Britain dan lain-lain lagi. Alhamdulillah menurut maklum balas daripada kebanyakan pelanggan kami, antara khidmat yang dipuji adalah sesi pertemuan khusus yang kami sediakan sebelum tarikh keberangkatan wisata mereka. Pada sesi itu, lazim kami terangkan perjalanan wisata serta persiapan secara terperinci.

Apakah khidmat alternatif yang dicuba syarikat ustaz? Syarikat kami mengambil masa selama 2 bulan untuk meniliti keadaan semasa dengan harapan ia akan pulih kelak. Namun ternyata harapan kami belum kesampaian. Maka itu, kami mengambil keputusan dengan memulangkan kembali 7 pejabat kepada pemilik kedai dan mengurangkan perbelanjaan syarikat termasuk gaji yang dikurangkan sehingga 70% dengan harapan syarikat ini mampu bertahan dengan lebih lama. Projek awal yang kami lakukan untuk meraih pendapatan secara kecilan ialah penjualan kurma dan kuih hari raya pada bulan Ramadhan.

Kami utamakan juga asas perkongsian ilmu fiqh pada sesi tersebut seperti tatacara solat secara jamak dan qasar, pengambilan wudhu menggunakan semburan air, hikmah menjelajahi dunia, adab sebagai seorang musafir menurut lunas Islam dan lain-lain lagi.

Selain itu, kami telah mengorak langkah menyediakan khidmat pakej pembersihan kubur kos rendah apabila masyarakat Islam Singapura tidak dapat menziarahi dan mengemaskan kubur ahli keluarga mereka disebabkan perintah pemutus litar wabak.

Apakah wabak COVID-19 menjejas khidmat serta pendapatan syarikat?

Sejak ada khidmat pembersihan kubur, kami dapat membantu para pekerja yang kehilangan pekerjaan. Alhamdulillah kami mendapat sambutan yang baik dan mendapat kepercayaan masyarakat Islam setempat untuk melaksanakan perkhidmatan ini.

Sebagai ejen pelancongan, sumber utama pendapatan kami terletak pada wisata bulanan. Ekoran wabak ini yang mengakibatkan penutupan sempadan, maka kegiatan kami sudah pasti terjejas dengan teruk. Kami kehilangan sumber kewangan secara menyeluruh sejak bulan Mac hingga kini. Travelconnect.sg bukan sahaja terjejas dengan ketiadaan pelancongan wisata malah kami mengalami kepayahan untuk menuntut kembali cengkeram tempahan daripada pihak hotel, penerbangan dan pengangkutan dari pihak pengurusan di luar negara yang telah dibuat hingga akhir tahun 2020. Memang rumit keadaan kami kerana bayaran pakej wisata daripada pelanggan harus dikembalikan jika mereka menarik diri. Alhamdulillah, kami sangat bersyukur dan berbesar hati kepada pelanggan-pelanggan kami yang masih mempercayai dan menyokong kami dengan menangguhkan pakej wisata mereka pada tahun mendatang. Ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kos kami.

Di samping itu, kami juga menyediakan ruang untuk mengongsikan asas ilmu agama menggunakan wadah Facebook dan Instagram dalam bentuk video dan poster seperti adab mengendalikan jenazah dalam Islam, persiapan apabila ahli keluarga meninggal dunia, tatacara solat jenazah dan sebagainya. Wadah ini secara tidak langsung memberikan peluang kepada masyarakat Islam setempat menimba asas ilmu agama. Apakah rumus daya tahan ustaz dan syarikat ustaz dalam tempoh sukar ini? Kami sentiasa bermata harapan. Kami akan terus memberikan khidmat terbaik untuk masyarakat Islam setempat. Hasilnya, ramai jemaah kami yang tidak putus menyokong kami, menghubungi kami, bertanyakan khabar, disertakan doa mereka buat kami. Inilah yang membuat kami terharu tapi terus bertekad waja dalam bidang pelancongan. Dengan izin-Nya, kami akan cuba bertahan. 27


KENALI ASATIZAH

Apakah nasihat ustaz kepada masyarakat Islam yang terjejas dek pandemik ini? Bukanlah kehidupan tanpa ujiannya. Seseorang Muslim perlu sedar ada hikmah di sebalik apa jua ujian. Inilah cara Allah Maha Berkuasa menilai akhlak dan pencapaian hamba-Nya. Namun jika seseorang Islam menjadi murung dan lemah dek kesusahan dan rintangan, tentulah kesannya sesia. Allah SWT menerusi kudrat dan iradat-Nya menunjukkan para hamba-Nya agar kembali ke jalan yang diredhaiNya dengan bermuhasabah untuk mengkaji kesilapan, berikhtiar dengan sabar untuk menempuhi segala onak duri kehidupan ini.

orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah, ayat 155) Seluruh dunia mengalami wabak ini. Kita di Singapura masih dapat bersyukur kerana terdapat pelbagai usaha di peringkat negara dan masyarakat. Inilah yang dinamakan ikhtiar. Di peringkat individu seperti syarikat, kita perlu mencari jalan keluar seperti menggunakan teknologi maklumat, mengadakan latihan, merapikan urusan syarikat dan sebagainya agar apabila tiba waktu senang, kita mampu mekar kembali. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT: “Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah Al-Insyirah, ayat 6). Kesukaran datang bersama jalan keluar. Hidup di dunia hanyalah sementara. Oleh itu, wabak Covid-19 juga sementara dalam rangka utuk menguatkan kekuatan diri secara fizikal, mental dan juga kerohanian. Semoga dengan keinsafan ini, kita akan lebih teguh berusaha dan beramal untuk bekalan ke akhirat kelak, insya-Allah.

Sabar, doa, usaha dan tawakal adalah kunci seseorang hamba yang mendambakan pertolongan dari sang Pencipta yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hayatilah maksud firman-Nya: “Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka dengan syurga dan pakaian sutera.” (Surah Al-Insan, ayat 12) Menurut para ulama tafir, ayat ini membawa maksud agar kita mengerjakan perintah Allah swt, menjauhi laranganNya dan berhadapan dengan taqdir-Nya yang betapa pedih itu, tanpa merintih atau berkeluh kesah. Kita seharusnya bersyukur kerana ganjaran yang besar bakal dikurniakan kepada kita. Ingatlah juga maksud firman-Nya: “Dan sesungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada 28


7

MEMORI MENUNTUT ILMU

JEJAK ILMU DI JORDAN Ustazah Zahratur Rofiqah Binti Mochamad Sandisi Penulis sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Fiqh dan Usul Fiqh di Universiti Jordan dan kini mengajar separuh masa di kelas Pergas

29


MEMORI MENUNTUT ILMU

Mengapa pilih Jordan untuk belajar? Itulah soalan yang sering menerpa saya. Sebenarnya saya sendiri tidak pernah menjangka atau merancang dan belajar di negara kerajaan Hasyimiah, agak lama – sekitar tujuh tahun. Cita-cita saya sejak kecil lagi ialah menjadi seorang Azhariyyah iaitu siswazah Universiti Al-Azhar (universiti kedua tertua di dunia) di Mesir. Pada tahun 2013, setelah menamatkan pengajian pra-universiti, saya dan teman-teman sedang bersiap-siap untuk berangkat ke Mesir. Namun, dua bulan sebelum penerbangan, kami diberitahu tentang pergolakan politik dan rusuhan rakyat yang membahayakan di Mesir. Maka itu, kami tangguhkan rancangan belajar ke Mesir. Kami ikhtiarkan pilihan lain untuk melanjutkan pendidikan kami. Hasilnya, beberapa teman termasuk saya memilih Jordan. Ia sebenarnya saranan daripada mudir kami di Madrasah Wak Tanjong, Almarhum Ustaz Mohamed Abdul Halim bin Mohd Noor (1961-2017). Ketika itu, tidak banyak asatizah di sini yang mengetahui tentang perkembangan pendidikan tinggi Islam di Jordan. Selain Syria, Lubnan dan Palestin, Jordan merupakan sebahagian daripada tanah Syam (Suriah) atau negeri para nabi sebagaimana tercatat dalam AlQuran dan hadis Nabi saw. Antara lain, Allah berfirman: “Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia.” (QS Al Anbiya: 71) Jadi, rasanya dalam hati saya: “Bukan saya yang memilih Jordan, Jordan yang dipilih untuk saya oleh-Nya.”

Ustazah Zahra (pertama dari kanan) membawa pelajar-pelajar Singapura Ke Masjid Aqsa.

30


MEMORI MENUNTUT ILMU

Seluas 89,000 km persegi dengan hampir 11 juta penduduk kini, Jordan memang kaya sejarah. Di Jordan, saya berpeluang menziarahi peninggalan masyarakat kuno seperti Nabath, empayar Rom serta Bizantin, dan khazanah dan jejak warisan kerajaan khalifah-khalifah Islam. Jordan menampung maqam beberapa nabi, para sahabat, ashabul kahfi (penghuni gua seperti dalam Surah Al-Kahfi) dan para wali serta ulama tersohor. Jordan dekat dengan kota Baitul Maqdis atau Jerusalem iaitu 60 km saja. Namun, kawalan sempadan dan kastam oleh pasukan pengawal Israel mengakibatkan ramai pengunjung Muslim perlu menghabiskan 4 jam untuk memasuki sempadan Palestin. Di Universiti Jordan pula, saya dapati ramai mahasiswa dari pelbagai negara termasuk China, Russia, Kazkhstan, benua Afrika, Amerika dan lain-lain lagi. Di sebalik kepelbagaian tadi, kami bertutur dalam bahasa pengantar yang baku, Bahasa Arab. Di sinilah, saya dan rerakan dari Singapura telah dapat meningkatkan penguasaan bahasa Arab. Saya belajar pelbagai resam dan budaya. Misalnya, masyarakat Jordan tidak menggalakkan mencium tangan ketika bersalaman. Para siswa dari China pula amat mendalami Bahasa Arab dan mata pelajaran. Rakan pelajar dari Kazakhstan pula gemar memakan daging kuda (kuda merupakan ternakan terbesar di negara Asia Tengah ini). Jordan mesra pengunjung, terutama golongan pelajar. Di Universiti Jordan, para pensyarah dan siswa tempatan amat peduli akan kebajikan siswa asing sehinggakan ditubuhkan kelab untuk membantu pelajar-pelajar asing dengan mengadakan kelas tambahan dan kegiatan. Saya dapati para pensyarah berusaha membuat kuliah senang difahami pelajar asing sehinggakan ada yang sanggup memberi bimbingan kami di asrama atau rumah tumpangan kami. Para pensyarah merupakan siswazah daripada pelbagai universiti, termasuk dari Jordan, Al-Azhar, Madinah, Mekah dan institusi pengajian tinggi Barat. Suasana terbuka dalam mencari ilmu terpapar secara beradab di Universiti Jordan. Saya pernah menyaksikan seorang mahasiswa berbeza pendapat dengan pensyarahnya. Mereka seolah-olah berbahas di depan khalayak siswa. Walaupun tiada kesimpulan daripada ‘bahas’ ilmu itu, mereka berpelukan dan saling mendoakan sebelum sesi bersurai. Sayangnya, kos kehidupan di Jordan sangat tinggi. Nilai 1 dinar Jordan sekitar SGD$1.87 (hampir 2 dolar Singapura!). Ini kerana Jordan merupakan negara terkepung di darat. Sumber utama pendapatannya ialah pertanian dan pelancongan. Lebih 80 peratus tanahnya merupakan gurun atau padang pasir. 31


MEMORI MENUNTUT ILMU

Oleh itu, ramai siswa cuba berhemat dengan membeli produk atau barangan termurah atau potongan harga. Dalam pada itu, kami berikhtiar untuk mencari sumber pendapatan termasuk menjual makanan yang kami masak kepada para siswa. Namun banyak masa dan tenaga diperlukan. Usaha tadi kurang berbaloi. Saya tabik kepada para mahasiswa yang sanggup belajar sambil bekerja. Jordan dikurniai empat musim. Salji turun ketika musim dingin dan ketika itulah waktu Maghrib sekitar jam 4 petang dan malam lebih panjang dari siang. Pada masa itulah, kami digalakkan berpuasa dan bangun malam kerana waktunya amat sesuai. Jordan juga menampung kem pelarian. Saya dan rerakan sempat menziarahi kem pelarian perang saudara Syria. Hampir setiap tahun, saya dan rerakan cuba mengumpulkan dana, membelikan selimut dan barang keperluan seharian mereka. Kami pernah mengadakan acara sehari suntuk untuk beramah-mesra dengan mereka dan bermain bersama anak-anak kecil di situ. Ketika ziarah tadi, kami disambut bak tetamu istimewa (VIP). Mereka cuba hidangkan apa jua yang termampu di sebalik serba kekurangan seperti roti kering, susu dan cecahan kuah tomato. Subhanallah, detik itu mengajar saya erti syukur dan bahagia dalam kesempitan. Khemah mereka agak daif dan sering bocor ketika hujan. Adakala berlaku banjir, terjejas segala isi rumah mereka. Sejumlah anak kecil juga terkorban akibat kesejukan yang dahsyat.

Ustazah Zahra dan rakan-rakan dari pelbagai negara mengajar bahasa Inggeris kepada anak-anak pelarian Palestine di Jerash, Jordan.

Apabila ditanya khabar mereka, mereka hanya tersenyum dan mengatakan, “Segala syukur dan puji hanya untuk Allah, kami berterima kasih kepada Allah, Alhamdulillah.” Apabila ditanya apa yang mereka perlukan, mereka akan menjawab dengan nada gembira, “Semua sudah cukup untuk kami.” Selain belajar khusus untuk bidang tertentu (takhassus), kami juga dikehendaki mengambil beberapa modul luar takhassus seperti sains politik, perkebunan, psikologi, kesihatan, bahasa tambahan dan lain-lain lagi. Terdapat banyak aktiviti luar kuliah yang boleh kami sertai seperti kelas agama tambahan yang merangkumi pelbagai takhassus dari para ulama dari semua jenis takhassus (kepakaran), menyertai kelab pelajar di universiti (saya sertai kelab kebajikan pelajar asing), memasuki kelas suara dan qiraat, membantu misi kemanusiaan dan sebagainya. Ustazah Zahra mewakili Singapura dalam Muktamar Antarabangsa Universiti Jordan.

Pada tahun ketiga di Jordan, saya menyertai misi kemanusian Juniors Chambers International (JCI) di kem Gaza. Saya dan teman-teman mengajar Bahasa Inggeris kepada anak-anak kecil Palestin di Jerash. Selepas itu, saya ditawarkan untuk mengajar di Madrasah Jannatus Salam di ibu kota Jordan, Amman. Saya dan seorang teman mengadakan bengkel pendek tentang kemahiran berbual dalam bahasa Inggeris untuk pelajar darjah lima dan enam. Alhamdulillah, kami juga dapat berkongsi mengenai Singapura dan kehidupan para Muslim Singapura kepada para pelajar tersebut. Saya juga pernah menjadi jurupandu pelancong untuk pelawat yang kebanyakannya dari Singapura. Saya bawa mereka keliling bahagian menarik di Jordan dan juga Baitul Maqdis, Palestin.

32


MEMORI MENUNTUT ILMU

Pengalaman menimba ilmu dan menabur bakti membuat saya cinta pada tanah Jordan yang barakah. Setiap kali membawa tetamu ke maqam-maqam nabi dan sahabat, saya terdorong mengingati perjuangan mereka demi agama Islam. Setiap kali berada di Masjid Al-Aqsa, saya terasakan diri ini selalu ‘ditegur’ akan keagungan Allah dan kebesaran-Nya. Kehebatan Jordan bak terakan dalam sebuah hadis daripada Watsilah bin al Asqaa`: “Aku mendengar Rasulullah berkata kepada Hudzaifah bin al Yaman dan Mu’adz bin Jabal yang sedang meminta pendapat Baginda s.a.w tentang tempat tinggal. Maka, Baginda s.a.w mengisyaratkan ke arah Syam. Mereka berdua kembali bertanya kepada Baginda s.a.w. (Dan) Baginda s.a.w mengisyaratkan ke arah Syam seraya bersabda: ‘Beradalah kalian di Syam. Sesungguhnya ia merupakan negeri pilihan Allah, dihuni oleh makhluk pilihan-Nya.’” Jejak ilmu saya masih belum berakhir di Jordan. Insya-Allah, setelah keadaan pandemik pulih, saya dan rerakan akan kembali untuk melanjutkan pengajian. Semoga kami dapat meneladani warisan para nabi, Sahabah dan solihin di sana, Aami Ya Rabb.

Ustazah di hadapan kuliah nya ketika musim salji.

33


8

TINTA ILMU

ULASAN BUKU Ustazah Nur Sabrina Binte Nizam Pelatih (Intern), Jabatan Kepimpinan Keagamaan, PERGAS Judul: Rahsia Di Sebalik Surah Al-Ikhlas Penulis: Ustaz Mohamad Hasbi Bin Hassan & Kumpulan Penulis Kajian Pergas Penerbit: PERGAS

A

L-QURAN merupakan penawar dan sumber bimbingan bagi setiap orang Islam yang membaca dan meneliti setiap makna ayatnya.

Contohnya bagi pengamal (sering membaca) Surah An-Naas, amalannya dapat melindungi dirinya dari godaan syaitan serta boleh menenangkan hati. Seseorang yang secara rutin suka membaca Surah al-Waaqi’ah pula akan terhindar daripada kemiskinan. Demikianlah begitu banyak lagi kelebihan yang tersirat di setiap surah dalam kitab suci ini. Bagi Surah Al-Mulk pula, Sahabat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Ada sebuah surah di dalam Al-Quran yang berisi tiga puluh ayat yang terus memberi syafaat kepada seorang itu sehingga dosanya diampuni. Surah ini adalah ‘Tabaarakallazi biyadihil mulk”. Bagaimana pula dengan Surah Al-Ikhlas? Ia merupakan surah pendek dan sering dibaca oleh kebanyakan orang Islam sejak kanak-kanak lagi. Ia memang mudah dihafal. MENGENAL ZAT ALLAH Isi teras Surah Al-Ikhlas, surah ke-112 dalam Al-Quran, ialah mengenai ‘diri’ Allah SWT iaitu zatnya yang tunggal, tiada yang sama dengan-Nya. Ia menjadi doktrin asas dalam konsep ketauhidan Islam. Tapi, apakah keistimewaan dan kelebihan surah ini? Adakah kita menyedari rahsianya dan nilainya di sebalik empat ayatnya iaitu kedua terpendek selepas Surah Al-Kautsar?

34


TINTA ILMU

Antara keindahan Islam adalah ia cara hidup yang tidak membebankan tapi memudahkan penganutnya. Inilah janji Allah SWT yang amat menyayangi para hamba-Nya.

s.w.t kepada hambaNya sehingga amalan yang ringan dan mudah seperti ini diberi ganjaran yang sama seperti orang yang mengkhatam al-Qur’an.

Bagi umat Islam yang mendapat kitab Allah yang terakhir dan muktamad, Surah Al-Ikhlas memancarkan ganjaran yang berlipat kali ganda supaya pintu syurga dibuka untuk mereka di akhirat kelak, insya-Allah.

Begitu juga dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang berkata:

Surah Al-Ikhlas dapat diajarkan kepada kanak-kanak sejak usia dua tahun lagi. Ia boleh dibaca setiap hari, terutama waktu bangun tidur dan hendak tidur malam, sewaktu mengalami ujian seperti peperiksaan dan sebagainya. Antara keberkatan surah ini ialah pengamalnya akan meraih ketenangan yang luar biasa – sebagai barakah Allah ke atasnya. Oleh itu, betapa berat sesuatu tugas hendak digalas, pengamalnya akan berasa ringan. TIGA KALI BACA = PAHALA MEMBACA SELURUH QURAN Setiap Muslim hendaklah sering membaca Al-Qur’an. Namun, jika dia terlalu sibuk atau mempunyai halangan yang nyata, sekurang-kurangnya membaca Surah AlIkhlas sebanyak tiga kali berturut-turut, dia meraih pahala bak membaca seluruh kitab suci, Al-Quran. Hal ini sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca al-Qur’an seluruhnya.” (HR Al-Bukhari) Bayangkan betapa luasnya rahmah dan kasih saying Allah

“Aku datang bersama Rasulullah s.a.w, lalu beliau mendengar seorang membaca: “Qul Huwallahu Ahad. Allah al-samad. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Telah wajib,” Aku bertanya: “Apa yang wajib?” Beliau bersabda, “Telah wajib baginya (syurga).” Hanya empat ayat, namun surah ini cukup perkasa manfaatnya ke atas umat Islam. Dengan kesedaran inilah, buku Rahsia Di Sebalik Surah Al-Ikhlas cuba meyakinkan para pembaca untuk meneroka lebih lanjut mengenai kelebihan Surah al-Ikhlas yang berlandaskan pemahaman golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Buku ini ditulis dalam bentuk memberikan semangat atau motivasi kepada pembaca untuk melazimkan membaca atau mengamalkan Surah al-Ikhlas. Buku dilengkapi pengenalan ringkas mengenai sebab surah ini diturunkan. Ia padat dengan pengajaran dan perkongsian yang bermanfaat.

Penulis ialah sarjana muda Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan. 35


A social enterprise by Pergas Investment Holdings

WHERE YOUR HALAL SHOPPING STARTS!

7

OPENING PROMO!

graciousmart.sg

Jom Beli

$ Competitive Prices

Variety of Products

Social Enterprise

Halalan Toyyiban

graciousmart.sg

8321 9226

info@graciousmart.sg


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.