Adakah Islam Sebuah Ideologi?

Page 1

‫الرسالة‬ AR-RISALAH

ISU KEDUA PULUH: ISLAM & IDEOLOGI JAN-APR 2016

ISSN 2424-8207 | MCI (P) 113/04/2014

ADAKAH ISLAM SEBUAH IDEOLOGI?


AR-RISALAH

Connect with us

Isu 20 (Jan-Apr 2016)

Sidang Editor Ukht Sundusia Rosdi Ustazah Nurhafizah Binte Azman

Pembaca Pruf

fb.com/Pergas.Singapore

@pergassingapura

youtube.com/PergasSingapura

@pergas_spore

Ustazah Nurhafizah Binte Azman

Penyumbang Bahan

Get in touch

Ustaz Muhammad Husin Masnin Ustaz Mustazah Bahari Ustaz Ridhwan Mohd Basor Ustaz Hamrey Mohamad Ukht A'isyah bte Mohammad Bahrul Ulum Ustazah Nurhafizah Binte Azman Ustaz Muhammad Haniff Hassan Ustazah Zhahirah Binte Mohammad Saleh Ustaz Dr Mohammed Fatris Bakaram Ukht Sundusia Rosdi

www.pergas.org.sg

Arahan Seni & Rekaan Grafik mirror-mag.com/studio

Pencetak

Rejoice Printing

Penerbit Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura 448 Changi Road Wisma Indah #03-01 Singapura 419975 Tel: 63469350 Fax: 63463450 Email: info@pergas.org.sg

The publisher and editor are unable to accept any liability for errors that may occur and any consequences arising from the use of information contained in the magazine. The reviews expressed do not necessarily reflect those of the publisher and editor. The publication of advertisements and advertorials within the magazine do not constitute any endorsement by the publisher and editor of the contents therein. Ar-Risalah is published by Pergas with permission from the copyright owner. ALL RIGHTS RESERVED. No part of this publication may be reproduced, stored or transmitted in any form, for any reason or by any means, whether redrawn, enlarged or otherwise altered including mechanical, photocopy, digital storage and retrieval or otherwise without the prior permission in writing from both the copyright owner and the publisher, except in the case of brief quotations embodied in critical articles and reviews.


Kandungan

1. 2. 3. 4. 5.

Kalam Editor — 04 Fokus — • Islam dan Kemajuan 05 – 06 • Salafiah, Asya’irah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah 07 – 11 Let's Think — • Religion and Secularism: Seeking The Convergence 12 – 14 Kewangan Islam — • Halal Sustenance /Halal Money 15 – 17 Memori Kehidupan — • Belasungkawa 18 – 19 • Salam Dari Negara Teluk Minyak – Kuwait 20 – 21

6. 7. 8. 9.

Kenali Asatizah — • Ustaz Hafiz Rashid 22 – 23 Kenali Pergas — • Majlis Tertinggi Pergas (2015-2017) 24 – 25 Aktiviti Pergas — 26 – 27 Tinta Ilmu — • Kenyataan Media 28 – 29 • Wasat 30 – 31 • Book Review 32 • “Aliran firqah” 33 – 34 • Sajak 35 3


Kalam Editor

Assalamualaikum wr wb para pembaca yang dihormati Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda “Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tanganNya, akan berpecah umatku 73 firqah, satu firqah sahaja yang masuk ke syurga dan 72 firqah lagi dimasukkan ke neraka. Ditanya: Siapakah mereka itu? Baginda Rasulullah menjawab: Yang selamat Ahli Sunnah walJamaah”. (Riwayat Tabrani). Justeru, tiap-tiap individu Muslim, harus berhati-hati memilih firqah yang selamat di dunia dan akhirat dengan berpegang teguh kepada pegangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat berlandaskan al-Quran dan Hadis. Islam & Ideologi menjadi tema Ar-Risalah isu terkini agar pembaca dapat sedikit pencerahan tentang topik ini. Ustaz Husin Masnin memulakan perbincangan tentang Islam dan kemajuan sementara Ustaz Mustazah Bahari mengupas tentang soal Salafiah, Asya’irah dan Ahlis Sunnah Wal Jamaah. Isu “Religion and Secularism: Seeking The Convergence” disentuh oleh Ustaz Ridhwan Mohd Basor. Sementara Ustaz Hamrey Mohammad pula memberi panduan tentang kewangan halal. Ukhti A’ishah Mohammad Bahrul Ulum mengajak pembaca mengintai tahun ke tujuh kehidupan beliau di pusat pengajian di Kuwait sebagai gadis Melayu pertama dari Singapura yang berpeluang menuntut di sana. Bagaimana pula dengan luahan perasaan Mufti kita, Dr Mohd. Fatris Bakaram yang di kongsi dalam ruangan sajak kali ini?. Pembaca juga diajak mengenali Ustaz Hafiz Rashid, Pengurus Kelompok Masjid-Masjid Barat Daya, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) melalui ruangan Kenali Asatizah. Dalam kehidupan dalam masyarakat majmuk, kita digalakkan untuk menghormati agama dan bangsa lain, ikuti kenyataan Media Pergas mengenai panduan agama dalam memberi ucapan selamat sempena perayaan kepada penganut agama lain yang hangat dibincangkan baru-baru ini. Ingin tahu apa pandangan ahli akademik tentang peranan asatizah tempatan? tatapi ulasan buku bertajuk “Faith Authority and the Malays: The Ulama in Contemporary Singapore” oleh Ustazah Zhahirah. Menyentuh kepelbagaian dalam kehidupan sosio-agama di Singapura, cabarannya lebih rumit kerana adalah sukar untuk kita mengimbangi kepentingan dan pandangan yang berbeza. Namun sebagai masyarakat yang matang, masyarakat Melayu-Islam perlu terus memupuk nilai menghargai kerencaman. Setiap golongan termasuk ibu bapa, guru, karyawan, pemimpin masyarakat dan agama, memainkan peranan bagi menolak unsur-unsur yang boleh menjejas kesatuan kita. Selamat Membaca. Wassalam, Sundusia Rosdi 4


2.

FOKUS

Islam Dan Kemajuan Ustaz Muhammad Husin bin Masnin Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan (Fiqh & Usul Fiqh dan Quran & Sunnah) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Pensyarah Bebas

5


FOKUS

I

slam adalah agama syumul menyentuh segenap aspek kehidupan seperti kepimpinan; kemasyarakatan; kekeluargaan; kebersihan dan sebagainya. Islam juga sesuai diamalkan pada setiap zaman dan daerah. Ajaran Islam juga tidak memisahkan antara kehidupan di dunia dan akhirat. Tidak pula menumpukan sepenuhnya kehidupan di akhirat di samping menyisihkan kehidupan di dunia ini atau sebaliknya. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Qasas ayat 77: “Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan”. Menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan tidak akan menghasilkan masyarakat yang mundur. Bahkan kemunduran yang berlaku sebenarnya adalah berpunca daripada penyisihan ajaran Islam dalam kehidupan. Justeru akal tidak boleh mengatasi wahyu, atau dalam erti kata yang lain akal tidak boleh didahulukan atau diutamakan lebih daripada wahyu. Apabila berlaku sebaliknya maka akan berlakulah kerosakan dunia ini. Wahyu atau syariat Islam diturunkan adalah sebagai garis pandu demi untuk menjamin kesejahteraan dan keselamatan dunia, seperti pengharaman arak; zina; riba; judi dan sebagainya. Kemajuan hakiki tidak diukur hanya dari sudut pandang zahir sahaja seperti kehidupan mewah di kalangan masyarakat; bangunan pencakar langit tersergam indah di kotaraya; keadaan ekonomi yang sentiasa stabil dan sebagainya. Tetapi perlu juga diukur dari sudut pandang batin atau rohani. Justeru kemajuan hakiki tidak akan berlaku jika hanya kaya harta tetapi papa pahala; hanya mendalami ilmu dunia tetapi tidak ilmu agama; hanya menginginkan hiburan tetapi tidak keredhaan Tuhan; hanya mengerti peraturan alam tetapi tidak syariat Islam; hanya takut dipenjara tetapi tidak pula dosa. Ini sepertimana yang dikatakan oleh Prof. Naquib Al-Attas dalam bukunnya Islam dan Sekularisme: “Perubahan (change), pembangunan (development) dan kemajuan (progress) menurut pandangan Islam merujuk pada kembali ke Islam yang asal seperti yang diajarkan dan diamalkan oleh Nabi s.a.w dan sahabat-sahabatnya yang mulia dan para pengikutnya (semoga Allah meredai mereka), dan iman serta amalan dari umat Islam sejati setelah mereka”. Justeru dengan memahami dan mengamalkan ajaran Islam dengan berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah dapat menghasilkan masyarakat yang maju dan berjaya bukan hanya di dunia, bahkan di akhirat jua. Ini terbukti dengan lahirnya peradaban Islam dan juga tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang hebat seperti Ibn Sina; Al-Farabi; Al-Khawarizmi; Ibn Firnas; Ibn Al-Haitham dan ramai lagi. Ini disebabkan pemahaman mereka yang mendalam terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Islam bukan hanya menekankan hubungan antara hamba dengan Tuhannya sahaja, bahkan meliputi makhluk-makhluknya juga 6

seperti manusia; haiwan dan alam persekitaran. Justeru menganggap Islam hanya menyentuh aspek rohani atau batin sahaja adalah salah. Pengamalan Islam bukan hanya di masjid sahaja, tetapi di semua tempat dan daerah. Kekeliruan inilah yang menjadikan citra Islam dipandang rendah dan diperkatakan oleh masyarakat yang bukan Muslim. Bagaimana negara yang digelar negara Islam dan majoriti penduduknya adalah Muslim tetapi pengamalannya terhadap Islam agak kabur. Apabila dilihat dari sudut pentadbirannya; pendidikannya; keselamatannya; kebersihannya dan sebagainya, agak menyedihkan dan mengecewakan. Walhal perkara ini telah ditekankan dan diajarkan di dalam Islam. Tetapi apabila dibandingkan dengan negara yang majoriti penduduknya bukan Muslim dan digelar negara sekular, anehnya perkara-perkara tersebut dijaga dengan baik dan rapi. Ini seperti mana yang pernah dikatakan oleh Syeikh Muhammad Abduh: “Aku telah pergi ke barat dan aku melihat Islam tetapi aku tidak melihat Muslim, dan aku telah pergi ke timur, aku melihat Muslim tetapi aku tidak melihat Islam” Tidak memadai dengan hanya banyaknya jumlah penduduk Muslim tetapi pengamalan terhadap ajaran Islam tidak dititikberatkan. Tidak memadai hanya menjaga kebersihan dan akhlak di masjid tetapi di luar tidak diamalkan jua. Tidak memadai hanya berbudi baik sesama muslim tetapi tidak pula kepada yang bukan Muslim. Oleh yang demikian, kehidupan dengan memisahkan ajaran Islam adalah mustahil berlaku. Ini kerana segala perkara yang baik dan memberi maslahat terhadap masyarakat dan dunia ada dalam Islam. Hanya pemisahan ajaran Islamlah yang akan menimbulkan kerosakan dan kerancuan dunia ini. Seeloknya masyarakat Islam perlu menonjolkan contoh budi yang lebih baik terhadap yang bukan Islam. Jika perkara ini berlaku sebaliknya atau dalam erti kata yang lain akhlak dan budi mereka yang bukan beragama Islam lebih elok dari yang beragama Islam, ini patut dikesali. Adakah mereka lebih Islam dari yang Muslim atau Muslim sendiri tidak faham Islam? Dengan mencontohi keperibadian Rasulullah s.a.w dan mengamalkan sunnahnya akan melahirkan masyarakat yang maju. Ini juga secara tidak langsung dapat memadamkan tanggapan bahawa Islam ini adalah agama yang mundur. Ini juga dapat menghapuskan kekeliruan masyarakat terhadap ajaran Islam itu sendiri. Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t bukan hanya untuk menjadi gelaran sahaja, tetapi untuk diamalkan dalam kehidupan seharian agar tidak tersasar dari landasan yang benar. Justeru benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Malik: “Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah RasulNya”. Wallahu a’lam.


2.

FOKUS

Salafiah, Asya’irah Dan Ahlis Sunnah Wal Jamaah Ustaz Mustazah Bahari B.A. (Syariah), Universiti Islam Madinah, Saudi Arabia M.A. (Al-Quran dan As-Sunnah) Unversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Diploma, Psikologi Kaunseling, LEE Community College, Singapura Felo Penyelidik Bersekutu

7


FOKUS

Pendahuluan

B

erbeza pendapat adalah lumrah kehidupan dan tidak dapat dielakkan. Secara fitrah, manusia memang berbeza antara satu dengan yang lain. Namun ia tidak bererti manusia harus bersengketa dan berbalah sehingga bermusuhan dan mencetuskan huru hara dalam kehidupan. Lebih buruk lagi apabila ada pihak menuduh pihak yang lain sebagai berdosa, sesat, malah kafir. Isu akidah yang diperselisihkan berlaku dari dahulu hinggalah sekarang, baik di Timur Tengah mahupun di Nusantara. Malahan di seluruh dunia hari ini, umat Islam masih berselisih mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah taala. Dalam kelompok Ahlis Sunnah Wal Jamaah pun tidak terlepas dari perselisihan ini. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa merekalah golongan Ahlis Sunnah yang sebenar. Jika jurang ini dibiarkan tanpa ada usaha untuk menghuraikan perselisihan ini, umat Islam akan terus bersengketa dan boleh mencetuskan sekali lagi peperangan sesama mereka dalam masalah agama. Pada hal, Islam mengajar umatnya agar bersatu dan mengelak dari permusuhan dan persengketaan. Siapakah Asya`irah? Asya`irah merupakan satu mazhab dalam bidang ilmu akidah. Pengasasnya ialah Abu Hasan Al-Asy`ari yang dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Beliau pernah berpegang pada mazhab Muktazilah dan berguru dengan ayah tirinya Abu Ali Al-Jubba’i. Selepas berusia 40 tahun, beliau berfikiran matang dan tekun mengkaji secara mendalam.Pada suatu hari, beliau berdebat dengan ayah tirinya mengenai kehidupan selepas mati. Selepas itu, Abu Hasan Al-Asy`ari bangun berucap di Masjid Basrah dan mengisytiharkan dirinya keluar dari mazhab Muktazilah untuk berpegang pada mazhab Ahlis Sunnah Wal Jamaah. Abu Hasan Al-Asy`ari membuat pembaharuan dalam Ahli Sunnah dengan mengemukakan hujah-hujah logik serta teks-teks Al-Quran dan Hadis yang ada. Beliau berjaya mengumpulkan ramai murid dan pengikut. Begitu berpengaruh aliran Asya`irah hingga hampir-hampir golongan Ahlis Sunnah Wal Jamaah dianggap sinonim dengannya. Mazhab ini juga didokong oleh ulama dari kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafi`i dan Hanbali yang antara mereka ialah imam Al-Isfarayni, Al-Qaffal, al-Ghazali, al-Juwaini dan Al-Jurjani. Pembaharuan yang dibawa oleh Abu Hasan Al-Asy`ari membawa kekuatan kepada Ahlis Sunnah Wal Jamaah bagi menghadapi hujah golongan Muktazilah yang pesat berkembang dan mendapat sokongan daripada pemerintah-pemerintah kerajaan Abbasiah. Akhirnya, golongan Muktazilah dapat dibendung dengan hujah dan pemerintahan Abbasiah pula memberi dokongan politik pula bagi mazhab Asya`irah untuk berkembang. Imam Abu Hasan Al-Asy`ari juga meninggalkan beberapa buku yang dikarangnya dan masih ada pada zaman sekarang antaranya ialah Al-Ibanah `An Usul Al-Diyanah. 8

Dalam buku ini, beliau dengan tegas menyokong Imam Ahmad bin Hanbal yang dipenjara dan didera oleh kerajaan Abbasiah yang menyokong Muktazilah pada zamannya. Dalam buku Al-Luma` Fi Al-Rad `Ala Ahl Al-Zaigh Wa Al–Bid`i pula beliau mengemukakan hujah logik dan nas untuk menghurai isu-isu akidah. Buku Maqalat Al–Islamiyin mendedahkan fahaman-fahaman yang timbul dalam ilmu Kalam dan menjadi rujukan penting dalam mengkaji pelbagai mazhab dalam akidah. Buku Istihsan Al-Khaudh Fi `Ilm Al-Kalam pula adalah risalah kecil bagi menolak hujah mereka yang mengharamkan ilmu Kalam. Walaupun ada di kalangan sarjana Islam terutamanya di kalangan mazhab Hanbali yang menyanggah beberapa hujah dan kaedah yang dibawa oleh Abu Hasan Al-Asy`ari, ia tidak harus menafikan jasanya mempertahankan fahaman Ahlis Sunnah Wal Jamaah. Fahaman beliau berjaya mematikan hujah-hujah Muktazilah yang terpesong jauh seperti Al-Quran sebagai makhluk, tidak boleh melihat Allah di hari Kiamat dan lain-lain. Imam Abu Hasan Al-Asy`ari meninggal dunia pada tahun 324 Hijrah dengan meninggalkan buku-buku sebagai pusaka ilmu yang berharga serta murid-murid yang meneruskan perjuangannya. Dia telah mewariskan satu mazhab akidah yang dianuti oleh sebahagian besar umat Islam hari ini bagi menghadapi cabaran-cabaran baru yang tidak ada pada zamannya. Siapakah Salafiah? Golongan ini adalah para pengikut aliran generasi awal dari kurun pertama Islam hingga ketiga, iaitu dari zaman Nabi Muhammad s.a.w, zaman sahabat dan tabi`in. Imam Al-Ajiri (wafat 360 H) yang merupakan salah seorang ulama mazhab Syafi`i berkata ketika menyebut nama imam-imam yang patut diikuti dalam akidah, khususnya imam Ahmad dan pengikutnya, “Tanda bagi sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya ialah dengan mengambil jalan ini: iaitu jalan yang berlandaskan Kitabullah, Sunnah Rasul s.a.w, Sunnah para sahabatnya dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan baik. Semoga Allah merahmati mereka, serta para imam dan ulama yang berada di atas landasan itu di setiap negeri seperti Al-Auza`i, Sufyan Al-Thauri, Malik bin Anas, Al-Syafi`i, Ahmad bin Hanbal, Al-Qasim bin Sallam dan sesiapa sahaja yang bersama mereka serta menjauhi semua mazhab yang tidak diikuti oleh mereka.” Imam Ibn Rajab pula berkata, “Di zaman kami, apabila dicatit secara khusus mengenai kata-kata Salaf yang diikuti, ia kembali kepada zaman Al-Syafi`i, Ahmad, Ishaq, dan Abu `Ubaid dan manusia hendaklah berwaspada dengan apa yang timbul selepas mereka kerana sesungguhnya telah berlaku banyak perkara baru selepas mereka..” Berdasarkan kededua pendapat ini, Salaf adalah: • golongan yang terawal di kalangan para sahabat dan tabi`in, dan • golongan yang menurut panduan Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w, Sunnah para sahabat dan tabi`in sepanjang zaman


FOKUS

Kesimpulan yang sama dinyatakan oleh Syeikh Mahmud Ahmad Khafaji berkata di dalam kitab Al-Wajiiz Fi ‘Aqidah Al-Salaf AlSalih, “Barangsiapa yang pendapatnya sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah mengenai akidah, hukum dan suluknya menurut pemahaman Salaf, maka ia disebut Salafi, meskipun tempatnya jauh dan berbeza masanya….Sebaliknya barangsiapa pendapatnya menyalahi Al-Qur’an dan Sunnah, maka ia bukan seorang Salafi meskipun ia hidup pada zaman sahabat, tabi`in dan tabi` tabi`in.” Siapakah Ahlis Sunnah Wal Jamaah? Fakta sejarah memberitahu bahawa istilah Ahlis Sunnah Wal Jamaah tidak dikenali di zaman Nabi s.a.w. Terdapat beberapa pendapat yang berbeza mengenai kemunculan istilah ini.

Jika seorang Hakim melakukan ijtihad lalu dia menepati kebenaran, maka dia dapat dua pahala. Jika dia salah, dia dapat satu pahala.

Ada yang mengatakan ia timbul di zaman pemerintahan Abbasiah apabila berlaku perselisihan antara Ahlis Sunnah dan Syi`ah. Ada yang mengatakan ia timbul ketika pergolakan antara Ahlis Sunnah yang beraliran Salaf dan Jahmiah. Ada pula yang berpendapat ia bermula ketika perdebatan antara Ahlis Sunnah dan Muktazilah. Imam Al-Lalaka’i, Al-Baghawi dan Ibn Kathir membawa satu riwayat bahawa Ibn Abbas berkata ketika menafsirkan ayat 106 dari surah Al-Baqarah yang bermaksud, “(Pada) hari di mana wajah-wajah akan menjadi putih dan (ada juga) wajah-wajah yang hitam…. Mereka yang putih wajahnya adalah Ahlis Sunnah Wal Jamaah serta golongan ilmuan. Manakala mereka yang hitam wajahnya adalah ahli bid`ah dan sesat.” Al-Fudhail bin `Iyadh (wafat 187) berkata, “Golongan Murji’ah berkata: iman adalah perkataan tanpa amal, Jahmiah pula berkata: iman itu adalah pengetahuan tanpa perkataan dan amal, Ahlis Sunnah berkata: iman itu adalah pengetahuan, perkataan dan amal.” Imam Ibn Jarir Al-Tabari (wafat 310H) berkata, “Apa yang benar dalam perkara melihat Allah bagi orang beriman di hari kiamat merupakan [pegangan] agama kami yang Allah telah tetapkan dan kami telah mendapatinya sebagai pegangan Ahlis Sunnah Wal Jamaah, iaitu ahli syurga akan dapat melihatNya menurut khabar yang sahih daripada Rasulullah s.a.w.” Jika dilihat dari nukilan kata-kata ulama silam seperti di atas, ia mula disebut seawal pertengahan kurun pertama hijrah, iaitu zaman generasi awal Islam yang dikenali sebagai Salaf seperti yang dinukilkan daripada Ibn Abbas r.a. Selanjutnya para ulama terus mendukung aliran itu sehingga kepada imam Abu Hasan Al-Asy`ari yang meneruskan usaha membasmi fahaman Muktazilah sehingga terbentuk satu gerakan dan kesatuan umat Islam, berpandukan Al-Quran dan Sunnah yang dikenali juga sebagai Ahlis Sunnah Wal Jamaah. Hakikat ini memberitahu bahawa Ahlis Sunnah wujud sebelum kemunculan mazhab Asya`irah dan Ahlis Sunnah pada awalnya diisi oleh generasi Salaf dahulu lalu meliputi golongan Asya`irah kemudiannya. Sebab itulah Asya`irah dikenali juga dengan mazhab khalaf (generasi yang datang kemudian setelah Salaf).

Menghuraikan Pertikaian Dalam menghuraikan pertikaian, pendekatan berpegang pada sudut yang disepakati adalah satu keperluan. Al-Quran sebagai panduan manusia telah menunjukkan kaedah ini menerusi firman Allah taala, “Katakanlah wahai Ahli Kitab mari bersama kepada satu kalimat yang sama antara kami dan kamu (untuk) tidak menyembah melainkan kepada Allah dan tidak mensyirikkan-Nya….” (Ali Imran: 64). Jika Ahli Kitab diajak untuk berpegang pada satu hakikat kebenaran yang tidak boleh dinafikan iaitu mentauhidkan Allah, maka umat Islam sendiri perlu mencari titik persamaan agar perbalahan dan persengketaan dapat dielakkan. Sebenarnya yang menjadi bahan perselisihan antara pengikut mazhab Salaf dan Asy`irah adalah isu-isu cabang yang tidak menjadikan seseorang yang tersilap itu terkeluar dari Islam contohnya pengertian ayat-ayat mutasyabihat dan isu bertawasul dengan yang telah mati. Dalam isu seperti ini telah ada prinsip panduannya, iaitu seorang alim yang mempunyai kemampuan berijtihad, apabila berusaha untuk mendapatkan keputusan yang terbaik, tetap mendapat pahala walaupun dia tersilap, sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Jika seorang Hakim melakukan ijtihad lalu dia menepati kebenaran, maka dia dapat dua pahala. Jika dia salah, dia dapat satu pahala.” (Riwayat Al-Bukhari) Golongan yang mendakwa menuruti aliran Salaf, tidak layak, malah tidak ada kuasa untuk menjatuhkan hukum syirik atau terkeluar dari Islam ke atas saudara-saudaranya yang tidak sealiran dengan mereka seperti Asya`irah. Menghukum seseorang sebagai kafir atau musyrik secara tidak benar adalah satu dosa yang besar. Begitu juga dengan tuduhan ahli bid`ah. Syeikh Hatim Al-`Auni, seorang ahli hadis kontemporari di Mekah berkata, “Asya`irah adalah seperti sebuah istana bagi Ahlis Sunnah” Begitu juga pendakwah terkenal di Timur Tengah, Syeikh Muhammad Hassan mengatakan 9


FOKUS

FOKUS

James Robinson/PENNLIVE

bahawa Asya`irah adalah termasuk dalam golongan Ahlis Sunnah. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi juga mempertahankan Asya`irah sebagai salah satu dari kumpulan Ahlis Sunnah Wal Jamaah. Ulama terdahulu juga telah menjelaskan kedudukan Asya`irah sebagai Ahlis Sunnah. Imam Al-Zahabi di dalam kitabnya Siyar Al-A`lam berkata, “Abu Musa Al-Asy’ari berada di atas pegangan akidah Ahlis Sunnah Wal Jamaah.” Demikian juga pendapat ulama lain seperti Qadhi `Iyadh di dalam kitab Tartib AlMadarik, Imam Ibn `Asakir dan Al-Subki. Mereka bahkan berpendapat imam Abu Hasan Al-Asy`ari termasuk dari kalangan Salaf dan imam Ahli Hadis. Golongan yang selesa dengan aliran Asya’irah pula tidak boleh menolak aliran Salaf sebagai Ahlis Sunnah kerana mereka juga mengamalkan Islam berpandukan nas Al-Quran, Hadis dan fahaman para sahabat Nabi s.a.w. yang memang diakui semua sebagai sumber agama. Imam Ibn Al-Jauzi, seorang tokoh ulama beraliran Asya`irah menyebut di dalam kitabnya Talbis Iblis bahawa yang dinamakan sebagai Ahlis Sunnah itu adalah mereka yang mengikuti kebenaran dan ahli bid`ah pula yang mengikuti kesesatan. Selanjutnya beliau menukil kata-kata Ali Al-Madini yang mengakui golongan Ahli Hadis sebagai Ahlis Sunnah. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, sebagai contoh, seorang yang mendukung dan berpegang dengan mazhab Asya`irah juga mengakui mazhab Salaf sebagai Ahlis Sunnah dan berpegang bahawa pendapat mereka dalam soal ayat-ayat mutasyabihat lebih selamat. Seorang ulama Al-Azhar 10

kontemporari bernama Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi turut menjelaskan bahawa tiada masalah atau pertikaian antara umat Islam terdahulu di kurun-kurun yang pertama Islam mengenai sifat-sifat Allah. Tercetusnya masalah dalam lingkungan Ahli Sunnah pada awal kurun ketiga Hijrah dan ia berkisar hanya pada perkara-perkara ijtihad dalam pentakwilan sifat-sifat Allah. Kesimpulan dasarnya di sisi semua ulama mengenai pegangan Ahlis Sunnah ialah fahaman yang kembali kepada sumber asal iaitu Al-Quran dan Sunnah serta amalan para sahabat dan tabi`in dan mereka juga tidak berselisih mengenai fakta bahawa akidah yang dipegang dan diamalkan umat Islam pada kurun pertama Islam adalah benar kerana bersumber pada Al-Quran dan Sunnah. Walaupun istilah Ahlis Sunnah belum digunapakai pada ketika itu, tetapi tiada khilaf dari kalangan ulama yang datang kemudian untuk menerima pendapat yang dipegang oleh mereka di zaman itu mengenai tidak mentakwil sifat-sifat Allah sebagai pendapat yang sah Ahlis Sunnah. Bahkan pendapat ini mendahului pendapat golongan Asya`irah dalam Ahlis Sunnah seperti yang dinyatakan sebelum ini. Aliran-aliran kefahaman atau mazhab boleh dianggap seperti madrasah atau sekolah. Masing-masing mempunyai kekuatan kurikulum yang tersendiri. Pasti juga ada sudut-sudut kelemahan yang perlu diperbaiki. Matlamat utama bagi semua adalah melahirkan anak-anak murid yang baik akhlaknya, cerdas pemikirannya dan bersikap profesional dalam menguruskan diri dan sekitaran apabila melangkah ke medan kehidupan. Adalah satu perkara yang

biasa bagi pelajar-pelajar dari setiap institusi pengajian untuk merasa bangga dengan tempat pengajiannya, tetapi bukanlah satu kewajaran, malah ia satu keaiban untuk menuduh institusi lain dengan tuduhan kesat dan sesat. Para ulama Salaf dan Asya`irah dari dahulu hingga sekarang telah bersepakat mengenai tanzih (mensucikan Allah dari segala persamaan dengan makhluk dan segala sifatsifat kekurangan). Malah terdapat banyak persamaan dalam persoalan akidah antara aliran Salaf dan Asya’irah, iaitu; • kededua pihak jelas mensucikan Allah taala daripada menyerupai makhluk. • kededua pihak meyakini bahawa maksud sebenar ayat mutasyabihat bukanlah maksud zahirnya yang menyerupai makhluk. • kedua-dua pihak mengetahui lafaz yang digunakan dalam ayat-ayat itu adalah lafaz yang difahami oleh manusia dan dapat dirasai oleh pancaindera. Walaupun bahasa Arab luas, tetapi ia tidak merangkumi semua hakikat ilmu. Hakikat Allah s.w.t tidak mampu diterangkan oleh keterbatasan bahasa itu. Bahasa adalah sesuatu yang terhad kerana ia difahami dari sudut makna lafaz sahaja. Menentukan makna hanya dari sudut lafaz sahaja tidak memberi erti yang tepat. • Kededua sepakat pada keharusan takwil. Perselisihan hanya pada keperluan menentukan makna takwil yang diperlukan bagi menjaga akidah masyarakat umum daripada menyamakan Allah taala dengan makhluk. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata, “Perselisihan seperti itu tidak perlu dirumitkan dan diperbesarkan.” Dalam isu menghuraikan maksud sifat Allah yang tertentu, ada yang membiarkannya tanpa


FOKUS

Dan berpeganglah kamu semua pada tali Allah dan jangan berpecah belah.. [Ali-Imran: 16] takwilan apa-apa, iaitu menyerahkan maksudnya secara total kepada Allah. Mereka itulah golongan yang menuruti aliran Salaf. Ada pula yang mentakwil untuk memberi kefahaman betul kepada masyarakat awam tentang sifat Allah yang tidak sama dengan makhluk. Imam Ibn Kathir merupakan contoh terbaik dalam hal ini. Adakalanya beliau menggunakan kaedah takwil dan adakalanya tidak. Sebagai contoh, ketika mentafsirkan ayat istiwa’, beliau berkata, “Manusia mempunyai pelbagai pandangan tentang perkara ini. Saya (Ibn Kathir) mengikut pandangan Salaf dalam ayat ini, antaranya seperti Imam Malik, Al-Auza`i, Al-Thauri, Al-Laith bin Sa`ad, AlSyafi`i, Ahmad, Ishak bin Rahawaih dan yang lain dari kalangan para imam dahulu dan sekarang. Mereka mengambil pandangan bagi membiarkan nas itu sebagaimana zahir tanpa disebut bagaimana dan tidak menyerupakan dengan sifat makhluk, serta tidak menafikan nas-nas itu.” Tetapi pada ayat-ayat sifat yang lain, beliau mengambil kaedah pentakwilan pada ayat-ayat mengenai sifat tangan. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata bahawa kaedah takwil juga digunakan oleh golongan Salaf jikalau takwilan itu hampir kepada nas Al-Quran dan tidak terkeluar jauh dari maksud yang sebenar. Ini dilakukan oleh imam Ibn Kathir seperti contoh di atas dan juga imam Al-Baihaqi, Al-Nawawi, Ibn Hajar dan ramai lagi. Syeikh Muhammad Al-Hasan Al-Syinqiti, seorang alim dari Mauritania berkata, “Harus berlaku kesilapan pada golongan Asya`irah, Maturidiah, Hanbali, Salafiah.. dan mereka semua tidak boleh dikafirkan oleh kesilapan-kesilapan tersebut.” Dalam konteks dunia Nusantara, Dr Abdol Rauh Yacob, seorang pensyarah di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei dan juga ahli sejarah Islam dan Tanah Melayu berkata, “Dunia Melayu tidak terlepas dari jaringan ummah antarabangsa. Walau apa pun, pelbagai bentuk tasawwur yang wujud di dunia Melayu seperti akidah Asya’irah ataupun sufi Imam al-Ghazali, ijtihad Ibn Taimiyah, Salafi Wahabi ataupun dinamika Afghani, Salafi Abduh, Haraki al-Banna, namun sikap kita tidaklah harus sangsi atas kepelbagaian tasawwur dan ittijah di atas. Ini kerana tokoh-tokoh ini ialah tokoh yang berkaliber mampu menggarap persoalan umat Islam dan menyediakan formula bagi mengembalikan semula kemurniaan dan keaslian agama Islam sekaligus mengangkat kemuliaan dan keagungan Islam berdasarkan kepada sumber al-Quran dan al-Sunnah. Maka adalah tidak tepat sekiranya kita cuba membezakan antara gerakan di atas apatah lagi meminggir dan menafikan peranan mereka. (Islam di Tanah Melayu Abad ke 19, 2007). Habib Ahmad Zein Alkaff, seorang tokoh ulama di Jawa Timur pula berkata, “Wahabi sama-sama Ahli Sunnah. Kalau Wahabi, kitab rujukannya sama, rukun Iman dan Islamnya sama.” Kesimpulan Jika dinilai dengan hati yang bersih dan minda yang jelas, isu perbezaan ini sebenarnya tidak mengeluarkan mana-mana pihak pun

dari lingkaran Islam. Ia hanya berkisar tentang isu cabang. Jika itulah hakikat keadaannya, maka amat tidak berbaloi bagi umat Islam saling berbalah sehingga ada yang memberi gelaran tertentu yang negatif terhadap pihak lain dan ada pula sampai menjatuhkan hukum kafir atau bid’ah terhadap temannya sedangkan mereka solat bersama, puasa di bulan yang sama, pergi haji ke tempat yang sama dan banyak melakukan perkara-perkara lain bersama-sama. Mengapakah tidak mengambil jalan yang adil lagi berhikmah dalam mengendalikan isu agama dengan hubungan sesama insan? Umat Islam sering diingatkan dengan firman Allah taala, “Dan berpeganglah kamu semua pada tali Allah dan jangan berpecah belah..” (Ali Imran: 16). Seterusnya Nabi Muhammad s.a.w juga pernah mengingatkan umatnya dengan sabdanya, “Telah menular dikalangan kamu penyakit umat terdahulu iaitu penyakit hasad dan benci sesama kamu, dan ia adalah pemotong. Aku tidak bermaksud memotong rambut tetapi memotong agama. Dan demi jiwaku di dalam genggamanNya, kamu semua tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku tunjukkan (cara) mengukuhkan sifat itu dalam diri kamu? Sebarkanlah salam sesama kamu.” (Riwayat AlTirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi & Al-Bukhari di dalam Adab Al-Mufrad). Marilah sama-sama rapatkan perhubungan sesama insan sepertimana rapatnya saf di dalam solat berjemaah. Renggangnya saf di dalam solat akan menyebabkan syaitan mencelah, begitu jugalah boleh terjadi di luar solat, jika renggang hubungan maka mudahlah syaitan mencelah untuk menyuntik semangat permusuhan. Perbuatan melontar tuduhan terhadap saudara sesama Islam oleh golongan Salafi dan Asya`irah hendaklah dihentikan oleh kededua pihak dan kembali kepada tradisi ulama silam yang berbincang secara ilmiyah, lapang dada dan matang. Rencana ini pernah disiarkan dalam Wasat Online Edisi no. 3 / Jun 2015. Rujukan: • Yusuf Al-Qaradhawi. Merungkai pertelingkahan isu akidah antara salaf dan khalaf. Batu Caves (Selangor): PTS Islamika Sdn. Bhd., 2014. • Muhammad Ba Karim Muhammad Ba Abdullah. Wasatiyyah Ahl Al-Sunnah Bayn Al-Firaq. Riyadh: Dar Al-Rayah, 1994. • Hibat Allah bin Al-Hasan Al-Tabari Al-Lalakaa’i. Syarh Usul I`tiqad Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama`ah. Iskandariyyah, Misr: Maktabah Dar Al-Basirah, 2001. • Abu Fida’ Ibn Kathir Al-Dimasyqi. Tabaqat Fuqaha’ Al-Syafi`iyyin. Misr: Maktabah Al-Thaqafah Al-`Ilmiyah, 1993. • `Ilmiy Husain Muhammad Al-Misri. Taudhih Al-Tauhid. Maktabah Al-Jami`ah Al-Azhariah, 1972. • Sayid Sabiq. Terj. M. Abdai Rathomy. Akidah Islam: Pola Hidup Manusia Beriman. Singapura: Pustaka Nasional, 1991. • Ibn Al-Jauzi. Talbis Iblis. Bay: Dar Al-Qalam, 1403H. • Farid Mat Zain (peny.) Islam di Tanah Melayu Abad ke 19. Shah Alam: Karisma Publications, 2007. 11


3.

LET'S THINK

Religion And Secularism: Seeking The Convergence Ustaz Ridhwan Mohd Basor B.A. (Hons) Social Science (Political Science), National University of Singapore (NUS) M.A. (Islamic Political Thought), International Islamic University Malaysia (IIUM) Manager, Office of the Mufti, Islamic Religious Council of Singapore (MUIS)

12


LET'S THINK

I

n 2010, Pope Emeritus Benedict XVI, then the Pontiff of the Holy See made a state visit to the United Kingdom. He reminded the British society not to lose their faith and urged them to resist "more aggressive forms of secularism". He criticized the “atheist extremism” and expressed dismayed over the exclusion of God, faith and virtue from the public sphere. He called for the return of religion to the public sphere and pleaded the British people to consider the legitimate role of religion in offering positive developments for the modern multicultural UK society. The issue raised by Pope Emeritus Benedict highlights the diminishing role of religions in some Western societies. The clash between faith and secularism, between religion and atheism are pervasive in today’s post-modern world. However, is secularism essentially an ideology dominated by atheism and henceforth refers to a philosophische grondslag that is hostile to religion? Can secularism and religion co-exist? Can religionists function effectively in a secular state? The answers to these questions are quite obvious. Since the advent of secularism as the political ideology of the French Republic, religion continues to flourish. The era of globalization heralded an era where religion still matters, with more than billions of adherents of various faiths. While countries like the United States maintains itself as a secular state, where there is a separation between Church and State, in reality, it is hard to completely separate religion from politics. In a 2006 Gallup Poll, at least forty-six per cent of Americans say that the Bible should be “a source of legislation” and forty-two per cent of Americans want religious leaders to have a direct role in writing a constitution. Across the European societies, the role of religion in state affairs has not been completely being eliminated. Leaders of French and German have occasionally made reference to their Christian heritage. Germany’s Chancellor Angela Markel insisted on making a reference to God and European Christian roots in drafting the European Union Charter . Former French President, Nicolas Sarkozy criticized France’s official secularism as being “too rigid”.

For the Muslim world, religion has always been part of the state affairs in most Muslimmajority nation-states. Islam continues to play an influential ideological fault-line that shapes the political landscape of several Muslim nations. Theocratic states like the Republic of Iran and Kingdom of Saudi Arabia claimed that they are governed by the precepts of the Islamic law, the Syariah. Other Muslim states such as Malaysia regularly asserts itself as an Islamic state although the constitution is generally based on the principle of secularism with the recognition of Islam as the official religion. Even in ideologically secular nations like Turkey and Tunisia, Islam continues to be an influential political currency. The Islamistrooted Adalet ve Kalkınma Partisi, (Justice and Development Party - AKP) in Turkey and Ennahdha (Renaissance Party) in Tunisia are among the successful political parties dominating its political landscape. These trends highlight the complexities in purely defining secularism as an ideology that rejects religion in practical term, beyond its philosophical discourse. Secularism and faith may not be entirely mutually exclusive. Religion and secularism may not necessarily be a zero-sum-game. There has always been debates between Islam and secularism, between Muslims and secular state. In reality, Islam continues to triumph in today’s post-modern world, where secularism and arguably Westernization forms the hegemonic world order. The hegemony of the Western power across the world in post-Cold War era is a global phenomenon. From politics, economics, to cultures, Western influences are affecting almost every nation in the world. From the idea of liberal democracy to laissezfaire capitalist economy, the Western system is setting the tone to be emulated elsewhere. Albeit the setback of the democratization projects, with many nations either continuing to be authoritarians or turning into illiberal democracies, Samuel Huntington in The Clash Of Civilizations And The Remaking of World Order argued that the emergence of new democracies or semi-democracies, in reality, illustrates the continual waves of democratization process . The capitalist form of economic system and the reliance

on the Western-style financial system by global community further demonstrate the hegemonic role of the Western system. This is what Francis Fukuyama mentioned in The End of History and the Last Man where this marked “the endpoint of mankind’s ideological evolution and the universalization of Western liberal democracy as the final form of human government” . For one-third of the Muslim population who lived as minority communities in generally secular nations, the questions of allegiance and identities form a key aspect of their integration within the larger societies. For instance, can a Muslim be a loyal citizen to a secular state? Can Muslims live confidently in a secular nation? In Globalized Islam: The Search for a New Ummah, Olivier Roy studied how Western Muslims are generally faced with the challenges of reconciling their Islamic weltanschauung with their Western identity. This eventually led to the crisis of identity amongst Muslims, between staying faithfully to the religion of Islam and responding to the challenges of Westernization as a result of globalization. Nonetheless, the rising tide of Islamic awareness has taken roots at the heart of the European and American societies, with growing religiosity among the Muslim community. In his riposte, Roy identified that this is due the surge in Westernization . The revival of Islam in the West is the consequence of Westernization and globalization, as the Muslims seek to redefine their identities in the context of non-Muslim societies. The experience of American and European Muslims shows that the Islamic faith can coexist within a secular paradigm. The nature of a secular state does not necessitate the loss of faith in the Muslim society. In contrary, Muslims felt incandescent passions towards their faith, as can be witnessed in their manifestations of Islam. For the Singaporean society, the State recognized the importance of religion in the public and private life of its citizens and embarks on a multi-religious and multiracial framework in managing the life of the citizens. The secularism as practiced in Singapore can 13


LET'S THINK

be safely understood as the State taking a neutral position in religion without favouring any religious groups or adopting any official religion as the State’s religion. The State regards religion as a positive force in the nation-building efforts. It acknowledges the contributions of religions to the State and allows religious groups to co-exist. Religious beliefs of various religious groups are cherished as part of Singapore’s religious diversity landscape. The constitutionally secular Singapore is not an anti-religion or atheistic in nature. The State adopts a “utilitarian approach towards religions and aims to promote religious harmony in citizenship education” or known as “religious pragmatism.” For the religious communities, it is imperative to understand the ideological disposition of the State. The State operates from a ‘high modernism’ perspective, where it uses scientific rationalities for its policies or understood as technocratic rationality. The State’s secular orientation “reflects a certain worldview in which economic rationality and material success supersede spiritual success and religious duties.” In arguing the case for religion, the often-perceived conflation between the religious worldviews of the religious communities and the secular worldview of the secular state need to be critically re-examined. Religious communities need to creatively seek a collective endeavour with the larger Singaporean society, in finding an equilibrium where religion can be seen as a positive force in the nation-building initiatives. As Singapore seeks to recast her national identity, the need for recognizing success beyond the material and tangible terms are gaining serious attention. This is probably one of the areas where religious communities may wish to contribute to the conversation to propel Singapore forward. For the Muslim community in Singapore, there have been some complexities in its attempt for some of their religious aspirations to be fully recognized. Nonetheless, there are various prospects where we see how Islam had continues to thrive within this secular and multi-religious framework. As an example, 14

the legal pluralism as practiced in Singapore allows Muslims to adhere to their religious tradition by acknowledging some aspect of the Islamic law to be recognized as part of State’s law. Through the Administration of the Muslim Law Act (AMLA), the State recognizes the need for Muslims to adhere to their legal rulings on issues pertaining to family law and wealth distribution. Ipso facto, it shows that that some aspects of the Islamic religious law and jurisprudence has been incorporated into the official State’s law that governs the members of the Islamic faith in the republic. This successful harmonization of Islamic law with the civil law sends a clear message of respect for Syariah, which is in the Singapore’s context, is “inclusive and affirming” consequently “allows minority values and aspirations to be recognized”. That said, several other aspirations of the Muslim community might take more time and requires careful recalibration to achieve its fruition. From a practical perspective, there is a need to find ways how the religious interests of Muslim community can be harmonised with the interests of the secular, multi-religious State. There is a need to frame the religious aspirations of the community as legible interests within the framework on how the State functions and operates. Indeed, finding the convergence between the religious aspirations and State’s interest is a daunting task, illustrating the intricacies of interaction between religion and state building in secular societies. While ideologically, religion and secularism may be at odds with each other, at practical term, we have continued to witness the interaction between religion and secularism. The rise of the latter does not lead to the elimination of the former, and vice-versa. Establishing a modus vivendi between the religious community and the State may potentially be a pragmatic way forward for religion and secularism to co-exist harmoniously. Disclaimer: The views and opinions expressed in this article are those of the writer and do not necessarily reflect the official position of any institutions that the writer are affiliated.

End Notes: Pope Benedict XVI goes to war with 'atheist extremism. (2010, September 16). The Guardian. Retrieved from http://www. guardian.co.uk/world/2010/sep/16/popebenedict-xvi-atheist-extremism (March 30, 2016). 1

Merkel Wants EU Charter to Make Reference to Christianity. (2007, January 21) Deutsche Welle..Retrieved from http://www.dw-world. de/dw/article/0,2144,2320266,00.html (March 30, 2016). 2

3

Ibid

See Huntington, S. P. (1997). The clash of civilizations and the remaking of world order. New York: Touchstone. 4

See Fukuyama, F. (2002). The end of history and the last man. New York: Perennial. 5

See Roy, O. (2004). Globalized Islam: The search for a new Ummah. New York: Columbia University Press. 6

Tan, C. (2007), "Islam and Citizenship Education in Singapore: Challenges and Implication." Education, Citizenship and Social Justice, 2007: 23-39, p.24 7

Tan, K. "Knowledge Has Many Colours: The Public Policy Management of Madrasah Education." In Secularism and Spirituality: Seeking Integrated Knowledge and Success in Madrasah Education in Singapore, by Noor Aisha Abdul Rahman and Lai Ah Eng (2006), 150-165. Singapore: Marshal Cavendish International, p.161 8

Black, A(2012). Lessons From Singapore: An Evaluation of The Singapore Model of Legal Pluralism (Working Paper Series No.026). Retrieved from http://law.nus.edu.sg/asli/pdf/ WPS026.pdf (March 30, 2016) 9


4.

KEWANGAN ISLAM

Halal Sustenance/ Halal Money (Part I)

Ustaz Hamrey Mohamad B.A. Al-Azhar University, Cairo, Egypt Chartered Islamic Finance Professional (CIFP), International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) Asset Specialist (Warees Investment) Member of Financial Shariah Advisory Council Pergas (FSAC)

15


KEWANGAN ISLAM

Introduction

I

slam is a way of life which encompasses every aspect in a person’s daily conduct. It provides the believers who are Muslims with guidance on acts of worship to everyday dealings or muamalat. Therefore, this article serves as a basic introduction to the concept of savings that conforms to the Shariah. By conducting oneself in compliance with the Shariah, it brings one closer to protecting the 5 elements in order to achieve the Maqasid Shariah. In ensuring that our savings are halal, we are required to firstly, understand the basic principles of halal money. The term halal, which means lawful or permissible, applies not only to food and drinks but also to the source of our income. In fact, Islam views the acquisition of halal income as one of the most important aspect of religion. If income is obtained through unacceptable ways, for example as interest earned or stealing, then spending it is considered unlawful as well.

Principles of Halal Money

1

16

2

Does not involve any interest-based (riba') transactions.

Permissible product/services

Transactions with elements of riba' is avoided.

Alcohol, gambling and pork are examples of prohibitions which are not allowed in transactions.

3 Validity of Contract

Sellers possess the goods to avoid gharar (uncertainty). The current contract is not linked to another contract (e.g: Two contracts in a hire purchase of an asset should be separated – one for the hire purchase and the other is for the sale of asset.)


KEWANGAN ISLAM

Introduction to the concepts of Islamic finance The principles of halal money are strongly related to the concepts of Islamic finance. Before we embark upon the guideline on savings, concepts of Islamic finance need to be appreciated. The financial systems in general, play an important function in allocation of resources where funds are mobilized from savers/households and allocated for productive or investment purposes. In an Islamic financial system, this is done in conformance to the principles of Shariah. Additionally, it is value oriented as other than making profits, it is equally important to achieve socio-economic justice and promote social welfare. The basic pillars of Islamic finance are as follow: (i) The main source of reference is Islamic law or Shariah. As such, Islamic financial contracts and its principles such as mudharabah (profit-sharing) and murabahah (cost-plus) are derived from the Quran, Hadith and other Shariah sources. (ii) Prohibition of riba (interest). Allah has mentioned in Surah Al-Baqarah [2:275]: “…Allah has permitted trade and forbidden usury” and in another verse [2:278] “O you who believe: Fear God and give up what remains of your demand for usury if you are indeed believers”. Generally, riba is prohibited due to its destructive element that can cause injustice to society.

(iii) Prohibition of gharar (uncertainty). Gharar is described as a risky or hazardous sale, where details concerning the sale item are unknown or uncertain. The Quranic verse in surah An-Nisa’ [4:29]: “O you who have believed, do not consume one another's wealth unjustly but only [in lawful] business by mutual consent.” has impliedly shown that uncertainty is one of elements that can cause injustice. Thus, uncertainty is prohibited in any transactions. (iv) Prohibition of maysir (gambling). Gambling is a form of excessive uncertainty and speculation. The winner is solely determined by mere chance and takes others’ property unjustly. Maysir is prohibited in the Quran, where verse in Surah An-Nisa’ [5:90] “O you who have attained to faith! Intoxicants, and games of chance, and idolatrous practices, and the divining of the future are but a loathsome evil of Satan’s doing; shun it, then, so that you might attain to a happy state.” (v) Prohibition of non-permissible items. Items that are considered illegal under the Shariah cannot be the subject matter of trading, as it would render the whole transaction invalid. As mentioned in Hadith (Al-Bukhari & Muslim): “Surely, Allah and His Messenger have prohibited the sale of wine, the flesh of dead animals, swine and idols”. The income earned from such prohibited items is also considered sinful as highlighted in Hadith (Ahmad & Abu Daud): “When Allah prohibits a thing, He prohibits (giving and receiving) the price of it as well”

Major Differences between Islamic and Conventional Financial System Conventional System

Islamic System

Money is a medium of exchange, store of value and a product in itself.

Real Asset is a product. Money is just a medium of exchange.

Time value is the basis for charging and earning interest.

Sale of goods & services is the basis for earning profit.

Risk transfer. All risk are transferred and born by the other party.

Risk sharing. Emphasis on risk sharing “Profit-and losssharing principles” where both parties must share in the risks and rewards attached to it.

Disbursement of cash or financing are considered or based on loan (debt-based) contract.

Disbursement of cash or financing are made through sales (exchange with underlying assets) contract.

References: 1. Ahcene Lahsasna. Maqasid Al-Shariah in Islamic finance. IBFIM, 2013 . 2. Aznan Hasan. Fundamentals of Shariah in Islamic Finance. IBFIM, 2013. 3. Syed Alwi Mohamed Sultan, A Mini Guide to Accounting for Islamic Financial Products, A Primer, Cert Publication Sdn Bhd., 2008. 4. Daud Vicary Abdullah and Keon Chee, Islamic Finance: why it makes sense. Singapore : Marshall Cavendish International (Asia) Pte Ltd, 2011. 17


5.

MEMORI KEHIDUPAN

Belasungkawa

Almarhum Ustaz Khairuddin Bin Abdul Hamid (1928 - 2016) Di kalangan pelajar-pelajar madrasah dan asatizah, nama Ustaz Khairuddin Abdul Hamid memang tidak asing lagi kerana beliau merupakan penulis beberapa buku teks pelajaran bahasa Arab yang masih digunakan di Madrasah Aljunied, Madrasah Al-Sagoff, Madrasah Al-Ma’arif dan Madrasah Wak Tanjong hingga kini. Antara judul teks beliau ialah ‘Tasrifat’, ‘Tasriful Fiil’, ‘Saraf ’, ‘Rasmul Khat ‘ juga termasuk buku-buku latihan tambahan (worksheets). Atas sumbangan ini, beliau telah menerima anugerah “Jasawan Alumni Madrasah Aljunied Al Islamiah Singapura (Almas)” dari Madrasah Aljunied pada tahun 2008 dan anugerah “Obor Ummah 2014” dari Pergas pada bulan Oktober 2014.


MEMORI KEHIDUPAN

U

staz Khairuddin lahir di daerah Sambas, Kalimantan (Indonesia) berdekatan sempadan Sarawak (Malaysia) pada 19 Mei 1929 (1 Januari 1928 - menurut kad pengenalannya). Pada tahun 1947, ketika berusia 18 tahun, beliau mengikuti saudaranya, Ustaz Abdul Rashid Junied berhijrah ke Singapura. Dari tahun 1948 hinga 1957, beliau gigih menuntut ilmu di Madrasah Aljunied Al Islamiah di waktu pagi tetapi bekerja sebagai kerani di pejabat Kadi Besar Singapura, Kadi Haji Ali di Bussorah Street pada sebelah petangnya selama 12 tahun. Selesai pengajiannya pada tahun 1957, beliau mengajar di Madrasah Khairiyah, Segamat (Johor) tetapi beliau pulang ke Singapura dan menjadi pendidik di Madrasah Aljunied selama 40 tahun (1959 – 1999). Beliau merupakan antara dua pakar tenaga pengajar bahasa Arab dan guru yang paling lama mengajar di Madrasah Aljunied selain Almarhum Ustaz Peer Mohamed Sinarwatar. Selain itu, beliau juga berkhidmat di Madrasah As-Sibyan di Police Quarters, PRU (Police Reserve Unit), Mount Vernon dan Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah pada tahun-tahun 1980-an. Ustaz Khairuddin menjadi Imam solat Subuh di Masjid Sultan dan pembimbing kelas-kelas bahasa Arab di Masjid Sultan dan kelas-kelas anjuran Pergas pada tahun 2007. Sememangnya beliau ialah seorang murabbi yang bukan saja mencurahkan ilmu tetapi mendidik jiwa pelajar-pelajarnya agar mereka berjuang untuk menuntut ilmu di universiti-universiti tertua dan terkenal di dunia. “Dari Sungai Road, pergi ke Sungai Nil dan sampai ke Sungai Thames� merupakan ungkapan motivasi Ustaz Khairudin yang paling bererti dan menjadi sumber katalis pembakar semangat pelajar-pelajar di Madrasah Aljunied. Simbolik penggunaan nama sungai-sungai ini ialah kerana Madrasah Aljunied terletak berdekatan dengan Sungai Road, Universiti Al Azhar di Mesir pula terkenal dengan Sungai Nil dan air Sungai Thames mengalir di England. Justeru, kekata perangsang inilah yang telah melahirkan ramai para ulama, pendidik dan pendakwah di kalangan pelajar-pelajarnya termasuk Sheikh Syed Isa Ahmad Semait (Mantan Mufti), Dr. Mohd. Fatris bin Bakaram (Mufti), Ustaz Mohammad Hasbi bin Hassan (Presiden, Pergas), Ustaz Sallim bin Jasman (mantan Kadi, Pejabat Pernikahan Singapura), Ustaz Muhammad bin Rais (Mahkamah Syariah), Almarhum Ustaz Saleh bin Sinwan (Guru), Almarhum Ustaz Masbur bin Ahmad (Pendakwah bebas) dan ramai lagi. Walaupun dikenali sebagai asatizah yang tegas, beliau merupakan seorang ulama yang amat menyayangi binatang-binatang. Tentunya Alumni Madrasah Aljunied Al-Islamiah (kohort tahun-tahun 50an dan 90an) masih terbayang rutin pagi beliau sebelum mengajar, yang akan berjalan dan membawa biskut ke lapangan bulat di bangunan madrasah yang lama, untuk mencari burung-burung merpati dan memberi mereka makanan. Begitu juga dengan kucing-kucing yang berkeliaran di kawasan madrasah itu juga diberi rezeki. Masyarakat Islam setempat kehilangan sebutir mutiara apabila ustaz yang telah banyak menabur jasa dan sumbangan dalam menyebarluaskan ilmu Bahasa Arab ini meninggal dunia pada hari Selasa, 24 Mei 2016. Beliau meninggalkan 6 orang anak, serta 9 orang cucu. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Aamiin. 19


5.

MEMORI KEHIDUPAN

‘ Salam Dari Negara Teluk Minyak – Kuwait’ Ukht A’ishah Mohammad Bahrul Ulum Mahasiswa Tahun 2 Sarjana Muda, Kuliyyah Syariah (Usul Fiqh), Universiti Kuwait

20


MEMORI KEHIDUPAN

M

enuntut ilmu di perantauan memang merupakan satu peluang keemasan yang amat berharga. Alhamdulillah, kini saya berada di tahun ke 7 di Kuwait. Mungkin ramai yang mengenali Kuwait hanya sebagai sebuah negara teluk yang kaya dengan minyak dan mempunyai mata wang yang paling tertinggi di dunia dan terletak di Timur Tengah berdekatan dengan Saudi Arabia. Ia juga dikenali sebagai negara yang pernah dicerobohi oleh Iraq . Namun, di sinilah impian seorang gadis seperti saya disempurnakan. Pada tahun 2009, saya berpeluang mendapat biasiswa penuh dari kerajaan Kuwait, Alhamdulillah dan sekaligus merupakan anak perempuan pertama dari Singapura diterima masuk meneruskan pengajian di sana. Di sini jugalah tempat saya dibesarkan sejak usia 13 tahun lagi. Hanya berbekalkan iringan doa dan restu ibu bapa dan guru-guru tanpa tarbiyah dan qudwah yang berterusan dari mereka di hadapan, saya langkahi dan jalani juga kehidupan ini dengan penuh cekal dengan satu matlamat untuk menuntut ilmu Allah dan menguasai bahasa Arab yang saya minati sewaktu saya di Madrasah Alsagoff dahulu. Bahasa komunikasi di sini adalah bahasa Arab, namun seperti negara Arab yang lain, mereka mempunyai bahasa 'lahjah'nya (bahasa pasar) yang tersendiri, begitu juga Kuwait. Saya mengambil masa hampir 3 bulan untuk menyesuaikan diri dengan masalah bahasa dan komunikasi dengan mereka. Saya sering diketawakan bila berbicara dalam bahasa Arab 'fusha' (baku). Di sekolah menengah, Maahad Dini, guru-guru saya semuanya berasal dari pelbagai negara Arab, jadi selain memahami Lahjah Kuwaiti, saya juga telah terbiasa dengan lahjah negara Mesir, Jordan dan Syria juga negara timur tengah yang lain. Begitulah saya di sini, bahasa Arab adalah bahasa perantaraan komunikasi seharian kami. Sewaktu belajar di Maahad Dini dahulu, subjek kami semuanya dalam bahasa Arab termasuk Sains dan Matematik, menarik dan mencabar bukan? Pengalaman saya selama di sini terlalu banyak, tidak terkira rasanya. Orang Arab.. hmm… Pasti ramai yang tahu akan karenah dan pergaulan mereka yang kadang kala agak kasar dan menjengkelkan. Kini, ia sudah menjadi lumrah dalam kehidupan seharian saya bersama mereka di sini dan diibaratkan seperti ber 'Jihad'. Walau bagaimanapun, masyarakat Kuwait terkenal dengan sifat mulia mereka yang suka menolong dan dermawan, masyaAllah. Kalau ditanya apakah perkara yang sangat berkesan dan berharga selama saya di perantauan ini? Sejujurnya, jawapannya adalah, “Ukhhuwah”. Ukhhuwah antara sahabat-sahabat di asrama dan juga orang-orang Kuwait sendiri. Kebanyakan Kuwaiti sangat suka berkenalan dengan kami pelajar-pelajar asing di sini dan teruja dengan bahasa dan adat kami. Mereka sangat ramah sehinggakan sering

memberi kami hadiah dan mengajak kami ke rumah mereka dengan layanan yang baik bahkan menjemput kami ke walimah mereka juga. Alhamdulillah, pelajar-pelajar di sini semuanya diberikan biasiswa penuh oleh kerajaan kuwait, termasuk kos tiket penerbangan tahunan, wang saku bulanan, tempat tinggal dan makan. Saya tinggal di asrama bersama teman-teman dari negara yang pelbagai sama ada dari Afrika, Eropah atau Asia Tenggara. Walaupun kami berbeza bahasa, adat , budaya dan pendapat, namun kami disatukan dengan satu bahasa iaitu bahasa Arab dengan satu tujuan iaitu menuntut ilmu. Berjauhan dari keluarga itu memang sulit dan payah tetapi dengan adanya teman seperjuangan yang senasib dan sejalan, ia menjadikan liku-liku hidup ini menjadi mudah dan sangat indah. Kehidupan saya di Maahad (sekolah menengah) dahulu dan sekarang di Universiti Kuwait amat berbeza, baik dari segi fasilitas mahupun kebebasan. Di Maahad, pelajar perempuan hanya dibenarkan keluar pada hujung minggu sahaja bertemankan 'musyrifah' (warden) dengan masa yang terhad. Hati ini kadang kala memang memberontak juga kerana hanya terperap di dalam asrama yang bertingkat dua tertutup tanpa tingkap itu. . Namun saya dan kawan-kawan sering memberikan motivasi sesama sendiri, bersikap positif dan saling mengingatkan antara satu sama lain akan tujuan utama kami bermusafir nun jauh di bumi Kuwait ini dan amanah yang dipikul iaitu menuntut ilmu. Alhamdulillah, sekarang saya hampir di akhir tahun kedua di Universiti Kuwait. Dalam Kuliah Syariah, takhassus Usul Fiqh. Ia terletak berdekatan dengan asrama kediaman saya. Perjalanan antara asrama dan kuliah saya hanya mengambil masa 5-7 minit sahaja. Teman-teman sekuliah saya , majoriti semuanya pelajar perempuan Kuwaiti dan mereka hanya berpakaian hitam. Justeru, jika sesiapa sahaja yang melihat seorang gadis bertudung warna segi empat di tengah lautan hitam, tahulah bahawasanya itulah saya, 'Bahr Ulum' (panggilan saya di sini). Masa amat pantas berlalu, pengalaman hidup bersama teman-teman dari luar negara dan guru-guru di sini, mendewasakan saya, 5 tahun di ‘Maahad Dini Li Banat’ tanpa disedari menjadikan saya seorang pelajar yang lebih disiplin, bertanggungjawab, bersikap berdikari dan berani seperti mereka - orang Arab. Sikap-sikap positif ini, kini menjadi bekal saya di Universiti dan seterusnya, InsyaAllah dalam menghadapi cabaran yang lebih besar. Semoga Allah SWT memberkati setiap ilmu yang saya timba di sini untuk agama dan negara amnya, agar dapat saya curahkan semula kepada masyarakat Islam di negara Singapura, satu hari kelak. InsyaAllah. 21


6.

KENALI ASATIZAH

USTAZ HAFIZ BIN RASHID

Cluster Manager South West Mosque Cluster (SWMC) In this issue, Ar Risalah introduces Ustaz Hafiz Rashid, Cluster Manager, South West Mosques Cluster (SWMC) to our readers. Find out more about his working experience and contributions to the Muslim community.

always become the focal point for their socio-religious needs. While the Muslim community is our primary focus, we also endeavour to reach out to members of other faiths so that we can continue living harmoniously in a multi-religious society in Singapore.

1. Assalamualaikum Ustaz, we are happy to feature you in this column and would like to know about your educational background.

On the differences, having the opportunity to work at Muis has enabled me to widen my perspective (macro point-of-view) and be more strategic to see the “Mosques as a sector” in order to enhance and amplify the Mosques’ good efforts for our community. For instance, at SWMC, we managed to unite the Mosque Religious Officers (MROs) and consolidate our mosque resources to offer free religious classes for 1000 people each year since year 2014. This has resulted in many nonmosque goers started visiting the mosque, attending religious classes and to some extent volunteering at the mosque on regular basis. Surely, this is the blessings when you do things collectively (amal secara jamaah) and rather than doing them individually. This is aligned with Islamic promotion on the Goal of Jama’ah in Surah Ali-Imran verse 110 and also Liverpool’s (the United Kingdom’s soccer team) motto “You’ll Never Walk Alone (YNWA)”

Waalaikumussalam, I completed my Primary School level at Madrasah Aljunied Al-Islamiah, while Secondary School at Madrasah Al-Attas Al-Arabiah, Johor Bharu (MAAJ). Then, I received my Diploma in Al-Quran & As-Sunnah from Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) and Bachelor Degree in Fiqh & Psychology from International Islamic University Malaysia (IIUM). 2. How long you have been working in the mosque environment? Can you please share with us your working experience there? • From 2004 till 2007, I received Muis’ Religious Officer Sponsorship Scheme (ROSS) from Assyafaah Mosque to pursue my degree studies in IIUM. • Upon graduation, I started working at Assyafaah mosque in 2007 as Youth Development Officer (YDO) to design outreach and developmental programmes for youth. • In 2010, I was promoted to the Mosque Manager to oversee the overall management and administration of Assyafaah Mosque on behalf of the Mosque Management Board (MMB). • In 2012, I was given an opportunity to work with Muis as a Cluster Manager (Mosque Operations) at South West Mosque Cluster (SWMC) working with 14 Mosques closely as partners to valueadd our services and maximise our resources to benefit the larger community with the Mosque Convention 2011 (MC ’11) as a guide. 3. Does the working environment in Muis differ from the mosque? There are some similarities and also differences working at Mosque and Muis level. (the challenges are also quite real!) On the similarities, we are all doing Dakwah programs and initiatives through mosque as a platform. We strive to ensure that mosques remain relevant to the Singapore Muslim community’s lives and 22

4. Ustaz is now a cluster manager for South West Mosque Cluster (SWMC), what are your main responsibilities? Priority Area 1: Outreach to Increase Islamic Education Participation This refers to efforts by mosque(s) or the cluster as a whole to reach out to the young and instill them with Islamic Education in a coordinated, structured and sustained manner. These may be via partnerships with schools, organizations, informal groups or by mosque(s) on its own. Priority Area 2: Service Excellence & Capacity Building based on 4I Values (Iman-Ilmu-Ihsan-Islah) This refers to initiatives at cluster level to develop capabilities of mosque leaders (MMBs and staff) in order to enhance service delivery. They are not limited to 4I values-inculcation programmes only but may include skills development programmes as well. Priority Area 3: Whole-of-Mosques Initiative Whole-of-Mosques refers to initiatives at cluster level which seek to optimise mosques’ resources through pooling and sharing of resources and benefitting from economies of scale.


KENALI ASATIZAH

Priority Area 4: Mosque Governance This refers to efforts at cluster level to strengthen the governance of mosques.

6. Ustaz is considered as among the successful asatizah with a high position at a young age, what is the secret to your success?

5. What are the challenges in manning quite a number of mosques and officers? How do you face the challenges?

Subhanallah, I must admit that I do not hold any high position or considered having a successful career. It is just a different role that I am playing which Allah s.w.t has bestowed upon me.

To manage a mosque and its stakeholders are already a paramount challenge let alone managing 14 mosques at cluster level. But behind all these challenges, there are also bountiful of opportunities. But things become easier when we manage to work collectively as a team guided by the same principle and objectives. At SWMC, I’m blessed to have tireless support from the Mosque Leaders and also the Key Staff who share the common vision with us. It is important at the beginning stage that we provide Mosques with effective communication plan and clear desired outcomes to ensure full ownership of the proposed plans. And when implementing them, we need to be consultative and ensure that sufficient resources are provided to drive the plan.

But I always remind myself to constantly do self-upgrading and explore beyond asatizah roles in other professional fields so as to remain relevant in this ever-changing and competitive job market. 7. Lastly, please share with us especially the young asatizah on some tips or advice to be successful in both career and dakwah? My father once advised me that when you a hold a position in your career, do not just work for yourself, but work hard to inspire others. If we make ease other person’s affairs, Allah s.w.t. will eventually ease ours too, Insya Allah, Ameen.

23


7.

KENALI PERGAS

Anggota Majlis Tertinggi Pergas 2015 – 2017 PRESIDEN

Ustaz Mohammad Hasbi bin Hassan M.A. Usuluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia B.A. Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Kaherah

NAIB PRESIDEN

Ustaz Muhammad Zahid bin Mohd Zin Diploma Pengajian Islam, Universiti Shaykh Ahmed Kuftaro, Damsyik

SETIAUSAHA KEHORMAT

Ustaz Muhammad Nuzhan bin Abdul Halim B.A. Pengajian Tafsir Al-Quran, Universiti Al-Azhar, Kaherah

NAIB SETIAUSAHA KEHORMAT

Ustaz Muhammad Saiful Adli bin Ayob M.A. Pengajian Silang Disiplin, UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta B.A. Universiti Kuwait, Kuwait

BENDAHARI KEHORMAT

Ustazah Rohana Ithnin M.A. Pengajian Silang Disiplin, UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta B.A. Syariah, Universiti Al-Azhar, Kaherah

NAIB BENDAHARI KEHORMAT

Ustazah Nadia Hanim binte Abdul Rahman B.A. Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Kaherah

AHLI JAWATANKUASA KEHORMAT

Ustaz Irwan Hadi bin Mohd Shuhaimy M.A. Undang-Undang, Sekolah Pengajian Oriental & Afrika (SOAS), Universiti London, United Kingdom B.A. Syariah, Universiti Al-Azhar, Kaherah 24


KENALI PERGAS

AHLI JAWATANKUASA KEHORMAT

Ustaz Izal bin Mustafa Kamar M.A. Fiqh & Usul Fiqh, Universiti Dakwah, Beirut B.A. Syariah, Universiti Al-Azhar, Kaherah

AHLI JAWATANKUASA KEHORMAT

Ustaz Mahmoud Mathlub bin Sidek M.A. (Education) Nanyang Technological University, Singapore B.A. Syariah, Universiti Islam, Madinah

AHLI JAWATANKUASA KEHORMAT

Ustaz Mohammad Bahrul Ulum bin Buang Kulliyyah Fiqh & Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

AHLI JAWATANKUASA KEHORMAT

Ustaz Muhammad Hasyim bin Masnin B.A. Dakwah, Maahad Da'wah Lil Jami'l, Damsyik

AHLI JAWATANKUASA KEHORMAT

Ustaz Muhammad Ma’az bin Sallim M.A. Fiqh & Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia B.A. Syariah, Universiti Al-Azhar, Kaherah

AHLI JAWATANKUASA KEHORMAT

Ustazah Nurul ‘Izzah binti Khamsani B.A. Akidah & Falsafah, Universiti Al-Azhar, Kaherah

AHLI JAWATANKUASA KEHORMAT

Ustaz Syakir bin Pasuni B.A. Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar, Kaherah

AHLI JAWATANKUASA KEHORMAT

Ustaz Abdul Mateen bin Abu Bakar Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Kaherah Diploma Usuluddin, Maahad Insaniah, Johor Darul Takzim 25


8.

AKTIVITI PERGAS

Aktiviti Pergas Jan-Apr 2016 JANUARI 03

Hari Orientasi Pelajar Pergas (HOPe) telah diadakan di Masjid Al-Ansar untuk para pelajar kemasukkan baru Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) anjuran bersama IPIP dan Majlis Pelajar Pergas (MPP).

17

Majlis Selawat ke atas Rasulullah s.a.w yang ke 38 bertajuk ‘Ikhtilaf Umatku Rahmah’ yang turut disertai oleh Al-Habib Ali Bin Abu Bakar bin Asy-Syeikh Abu Bakar bin Salim dan Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy di Masjid Sultan.

FEBRUARI 10

Acara bulanan pengajian Kitab Riyadhus Shalihin oleh Ustaz Mohamad Hasbi bin Hassan serta kuliah Maghrib oleh Ustaz Syed Mustafa bin Jaafar Alsagoff anjuran bersama Jabatan Pendampingan Dakwah Masyarakat Pergas, Majlis Al-Muwosalah Baina Ulama Muslimin (Singapura), dan Masjid Al-Ansar.

15

Program Mujalasah Asatizah siri 5 bersama Al-Habib Ali Bin Abu Bakar bin Asy-Syeikh Abu Bakar bin Salim mengenai kitab Adab al-Hiwar Baina al-Jama’aati Wa alFiraqi al-Islamiah anjuran Jabatan Pembangunan Asatizah dan Latihan.

26

12, 15 - 17

Majlis Talaqqi Asatizah oleh Sheikh Ahmad Saad Al-Azhari mengenai kitab Qawa’id al-Imla’ Wa ‘Alamaatu at-Tarqim anjuran Jabatan Pembangunan Asatizah dan Latihan.


AKTIVITI PERGAS

19

Program Mujalasah Asatizah siri 7 bersama Al-Habib Musa Kadzim bin Ja’far Assegaf mengenai kitab AlJawahir ad- Da’wiah Fi Hayatina alMu’ashorah anjuran Jabatan Pembangunan Asatizah dan Latihan.

MAC 15 - 18

Majlis Talaqqi Asatizah oleh Sheikh Ahmad Saad AlAzhari mengenai kitab Tasir An-Nasafi Madarik At-Tanzil wa Haqaiq At-Ta’wil Li Al-Juz’I 28 – 30 anjuran Jabatan Pembangunan Asatizah dan Latihan.

APRIL 06

Program Muslimah Tea Time anjuran Impian Pergas untuk para pelajar institusi Islam mengenai tajuk Social Media & Me telah disampaikan oleh Ustazah Tan Nurul Hafidzah Abdul Hadi, Ustazah Nurul ‘Izzah Khamsani dan Ustazah Wan Nadia.

08, 11 & 12

Majlis Talaqqi Asatizah oleh Sheikh Ahmad Saad AlAzhari mengenai kitab Iidhah Al-Mubham Min Ma’ani As-salam ‘ala Al-Mantiq anjuran Jabatan Pembangunan Asatizah dan Latihan.

26 & 02 (April)

Program kolaborasi Impian Pergas dan The Proficiency yang dinamakan The Muraja’ah by Impian Pergas mengenai subjek Nahu telah diadakan untuk para pelajar institusi Islam.

30

Acara bulanan pengajian Kitab Riyadhus Shalihin oleh Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid serta kuliah Maghrib oleh Ustaz Syed Mustafa bin Jaafar Alsagoff anjuran bersama Jabatan Pendampingan Dakwah Masyarakat Pergas, Majlis Al-Muwosalah Baina Ulama Muslimin (Singapura), dan Masjid Al-Ansar.

31

Program Lunch Talk mengenai tajuk The Notion of Caliphate: A critical Historical Inquiry on the Theory's Foundation telah dibentangkan oleh Ustaz Muhammad Azfar Anwar anjuran Jabatan Pendampingan Dakwah Masyarakat.

13

Acara bulanan pengajian Kitab Riyadhus Shalihin oleh Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid serta bacaan kitab tasawwuf selepas Maghrib oleh Ustaz Mohamad Ghouse Khan Surattee anjuran bersama Jabatan Pendampingan Dakwah Masyarakat Pergas, Majlis AlMuwosalah Baina Ulama Muslimin (Singapura), dan Masjid Darul Aman.

23

Majlis Zikir Perdana Singapura anjuran bersama Pergas dan Lembaga Pentadbir Masjid Hasanah yang turut disertai oleh Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, Ustaz Hasan Saifouridzal, Ustaz Badrussalam Dja’far, dan Akh Muhsin bin Muhammad Hamzah telah diadakan di Masjid Hasanah.

27


9.

TINTA ILMU

Kenyataan Media Daripada Pergas 5 Februari 2016 Panduan Agama Dalam Memberi Ucapan Selamat Sempena Perayaan Kepada Penganut Agama Lain

5 Februari 2016 PANDUAN AGAMA DALAM MEMBERI UCAPAN SELAMAT SEMPENA PERAYAAN KEPADA PENGANUT AGAMA LAIN 1. Sebagai warga Muslim di negara yang berbilang bangsa dan agama di Singapura, masyarakat Islam Singapura tidak dapat lari dari keperluan untuk berinteraksi dengan warga lain dari latar belakang dan budaya dan agama yang berbeza. Atas dasar itu, kita perlu sentiasa berusaha untuk mengenalpasti perspektif agama bagi isu-isu yang bersangkutan dengan kemasyarakatan dan budaya, seperti isu ucap selamat perayaan keagamaan kepada penganut agama lain. 2. Perlu dijelaskan bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama dalam hal memberi ucapan perayaan kepada penganut agama lain. Perbezaan pandangan ini muncul daripada ijtihad para ulama berdasarkan nas yang wujud dalam tradisi keagamaan kita. 28

Pandangan Agama Dalam Memberi Ucapan Selamat Perayaan Keagamaan 3. Terdapat beberapa pendapat ulama berkaitan isu ini, antaranya pandangan yang membolehkan seperti pendapat Dr. Yusuf AlQaradhawi, Sheikh Muhammad Rashid Ridha, Dr. Wahbah AlZuhayli, Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Sheikh Mustafa Al-Zarqa dan keputusan Majlis Fatwa dan Kajian Eropah atau European Council for Fatwa and Research yang diterbitkan pada 31 Januari 2014. 4. Keharusan pendapat ini pada masa yang sama juga turut disokong oleh Dar Ifta’ Al-Misriyyah (Lembaga Fatwa Mesir) dengan kenyataan berikut yang ertinya: “Maka diharuskan mengucap selamat kepada golongan bukan Islam pada hari perayaan mereka, Namun, lafaz ucapan tersebut tidak boleh mengandungi sesuatu yang bertentangan dengan akidah Islam.”


TINTA ILMU

5. Antara dalil dan hujah utama pendapat yang membolehkan ini adalah umum maksud firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orangorang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” [Al-Mumtahanah:8] 6. Berdasarkan ayat ini serta hujah lain yang disebutkan sebelum ini, ia menegaskan tentang kepentingan seorang Muslim menjaga dan memelihara hubungan serta akhlak dan pekertinya dengan yang bukan Islam; pendapat ini membenarkan seorang Muslim untuk mengucapkan kata-kata selamat serta memberi kata-kata tahniah dan ucapan perayaan kepada yang bukan Islam di hari perayaan mereka, asal sahaja ianya tidak sampai kepada peringkat menjejaskan aqidah Islam. Amalan ini bukan sahaja dapat memupuk hubungan baik antara kaum, akan tetapi ia juga merupakan satu kebajikan sesama insan. 7. Pada masa yang sama, terdapat juga pendapat ulama silam yang tidak membenarkan ucapan tersebut seperti pendapat yang dinukilkan Ibn Al-Qayyim dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Zimmah yang bermaksud : “Adapun mengucap selamat merupakan syiar kekufuran yang khas buat mereka adalah haram. Ini berdasarkan kesepakatan seperti mengucapkan selamat bagi perayaan dan puasa mereka dengan mengatakan selamat hari raya bagimu atau selamat untuk perayaan ini.” 8. Antara sebab utama mengapa pendapat ini tidak membenarkan ucapan perayaan tersebut adalah untuk menjaga kemaslahatan serta keimanan, kerana khuatir wujudnya unsur pengagungan serta redha dengan kepercayaan di sebalik sesuatu perayaan keagamaan. Panduan Agama buat masyarakat Islam 9. Dengan ini dapat difahami bahawa memberi ucapan perayaan kepada penganut agama lain merupakan persoalan ijtihidiyyah dan khilafiyyah (perbezaan pandangan) di kalangan para ulama. Selain itu, perlu difahami juga bahawa setiap pandangan mempunyai sandaran dalam tradisi keislaman kita. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk membuat pertimbangan dan menilai sesuatu pendapat agama dengan bijak; iaitu dengan memilih pandangan yang lebih sesuai dengan hubungan seseorang itu terhadap saudaranya yang bukan seagama dalam konteks kehidupan negara yang berbilang bangsa dan agama. 10. Dalam pada itu, suka dinyatakan bahawa Pergas lebih cenderung kepada pandangan yang membolehkan ucapan selamat perayaan keagamaan kepada masyarakat bukan Islam seperti yang dipersetujui oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Sheikh Mustafa Al-Zarqa dan lain-lain kerana ianya lebih relevan dengan

konteks kehidupan masyarakat Islam di sini yang hidup di samping masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. 11. Islam sebagai agama yang penuh dengan nilai rahmah dan ihsan amat menitik beratkan hubungan baik dan mesra antara sesama insan tidak kira Islam atau bukan Islam. Jelas di sini bahawa konsep ihsan tidak hanya terbatas kepada ucap selamat sahaja, tetapi Islam juga menganjurkan umatnya bersikap rahmah dan melahirkan keihsanan dalam hubungan sesama manusia dalam segenap urusan kehidupannya sehinggalah kepada tanggungjawab kerja, urusan kemasyarakatan dan sebagainya. 12. Dalam hal ini, Islam sentiasa menuntut penganutnya untuk berlaku ihsan dalam setiap perkara dalam kehidupan mereka, selagi mana ia menjurus ke arah kebaikan serta kebajikan, dan bukan ke arah perkara yang keji atau keburukan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari dunia; dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”. [Al-Qasas: 77] 13. Antara contoh ihsan tersebut ialah menghormati hak jiran dan menjalin hubungan mesra dengan jiran sama ada yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam. Malah, menghormati dan meraikan hak jiran ini merupakan satu tradisi dalam Islam serta merupakan satu sunnah dan amalan Baginda s.a.w. yang disepakati oleh seluruh ulama Islam. Sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya: “Jibril sentiasa mewasiatkanku untuk berbuat baik terhadap jiran tetangga sehingga aku mengira jiran tetangga juga akan mendapatkan harta warisan.” [Bukhari]. 14. Melangkah ke hadapan, Pergas berharap bahawa masyarakat Islam Singapura akan terus memainkan peranannya dalam membina dan menjaga keihsanan dan keharmonian antara kaum. Jadikan diri Nabi kita, Baginda Muhammad s.a.w. sebagai contoh teladan. Ketahuilah, bahawa ulama mampu mengeluarkan pendapat agama, akan tetapi di waktu yang sama, pendapat tersebut hanya merupakan ijtihad dan saranan mereka. Imam Malik Rahimahullah berkata: “Pendapat semua orang boleh diterima ataupun ditolak, melainkan pendapat dia yang memiliki makam ini (beliau mengisyarakatkan ke arah kuburan Nabi Muhammad s.a.w.)” 15. Semoga Allah s.w.t. mengurniakan kepada umat Islam kekuatan untuk memperkukuhkan kehidupan keagamaan mereka baik dari sudut ibadah kita terhadap Allah, hubungan kemasyarakatan mahupun meningkatkan kefahaman kita terhadap ajaran dan tradisi Islam yang sebenar-benarnya agar masyarakat Islam menjadi masyarakat yang berjaya di dunia mahupun di akhirat. 29


9.

TINTA ILMU

Wasat Online Lungsuri https://wasatonline.wordpress.com

Edisi no. 7 / Feb 2016 Dalam artikel bertajuk; Wasatiyah Dalam Memahami Teks Agama, Ustaz Izal Mustafa membicarakan kepentingan cara yang betul memahami teks agama hingga dapat menatijahkan fahaman yang wasati. Teks agama tidak boleh difahami hanya pada makna zahirnya sahaja. Sebaliknya ia perlu melalui proses pentafsiran teks. Tanpa pentafsiran, teks bukan hanya akan menatijahkan kefahaman yang dangkal dan keluasan ilmu yang ada padanya menjadi hilang atau terbatas, tapi kefahaman yang dihasilkan juga boleh tersilap. Rumusannya, dengan mengetahui metodologi tafsiran teks yang betul, seseorang dapat menilai samada sesuatu pendapat dalam isu-isu agama itu kredibel atau tidak. Melalui artikel kedua Ustaz Mustazah Bahari menyentuh tajuk; Wasatiyah Dalam Menilai Hadith-hadith Nabi s.a.w. Ia membicarakan tentang pendekatan yang berhemah dalam menentukan kesahihan sesuatu hadis sebelum menyampaikan atau mengamalkan kandungannya. Dari dulu hingga kini, soal penyebaran hadis yang lemah dan amalan yang berdasarkan hadis yang diragui sering menimbulkan perdebatan. Bahkan kini, wujud kempen yang menganjurkan orang ramai agar memeriksa sebarang hadis yang disebarkan di internet untuk dipastikan kesahihannya. Penulisnya mengingatkan bahawa proses melakukan penilaian bukanlah mudah. Justeru; 1) jangan mengambil ringan usaha para ulama silam, 2) kerumitan bidang ini bermakna penilaian sesuatu hadis diterima hanya dari mereka yang mahir dalam bidang ini, dan 3) jangan pula cepat menerima apa jua kesimpulan yang ada kerana seringkali status hadis itu berubah-ubah dan dikhilafkan oleh para ulama. Sebagai penutupnya, penulis memberi tips mudah bagaimana menghadapi isu ini bagi orang awam, asatizah dan lain-lain. 30

Artikel ketiga bertajuk Dealing With Futur (Burn-out) in Da`wah Work, oleh ustaz Muhammad Haniff Hassan. Ia membicarakan fenomena futur yang biasa menimpa sesiapa sahaja yang menceburkan diri dalam bidang dakwah, termasuklah asatizah. Artikel ini relevan dengan isu wasatiyah kerana antara inti pati makna wasatiyah yang ingin diwar-warkan ialah kecemerlangan sepanjang masa. Ia membahaskan futur sebagai hambatan yang boleh menjejas aktiviti dakwah seseorang untuk mencapai tahap cemerlang. Justeru untuk mencapai wasatiyah, kita harus memupuk sifat-sifat yang berkaitan dengannya, tetapi juga peka akan unsur-unsur yang berlawanan dengan sifat-sifat itu seperti futur, yang boleh menimpa diri kita jika tiada langkah pencegahan diambil. Akhirnya sekali Wasat menampilkan artikel sulung dari Ustaz Tarmizi Wahid bertajuk Square Pegs in Round Holes: Madrasah Graduates in Modern Singapore. Para pembaca, khususnya asatizah diseru agar merenung tentang peranan lulusan madrasah di Singapura hari ini berkaitan dengan harapan masyarakat terhadap mereka dan realiti sosio-ekonomi negara ini. Perdebatan mengenai apakah sumbangan signifikan lulusan madrasah hingga kini, bukan hanya dalam arena sosial, tetapi ekonomi negara dan kebimbangan akan wujudnya lebihan bekalan graduan pengajian Islam yang akan boleh menimbulkan kesan negatif di peringkat sosial dan ekonomi. Ustaz Tarmizi mencadangkan agar satu inisiatif dilakukan untuk mengumpul data-data yang relevan untuk dijadikan analisa dan rumusan supaya satu gambaran yang tepat dipaparkan mengenai perkara ini. Isu yang dibicarakan. Kecemerlangan menuntut para lulusan madrasah sebagai agen utama wasatiyah perlu untuk memastikan bahawa mereka kekal relevan dan menyumbang secara signifikan dan bukan hanya secara “biasa-biasa� sahaja.


TINTA ILMU

Edisi no. 8 / April 2016 Artikel pertama bertajuk Wasatiyah Dalam Memahami Konsep Berjemaah Dalam Islam dipetik dan disunting semula dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Muslim Singapura, terbitan Pergas (2004). Ia membicarakan bagaimana membina kefahaman dan sikap yang wasati dalam berjemaah. Isu ini timbul kerana khilaf antara jemaah, selain khilaf antara individu, sememangnya sesuatu yang berlaku dalam masyarakat Islam. Di Singapura sendiri, tanda-tanda masalah ini dapat dilihat dan dirasa melalui komentar-komentar dan debat dari kumpulan dan aliran tertentu terhadap kumpulan dan aliran yang berbeza pendapat dengannya. Hakikatnya, perbezaan pendapat ini diiringi oleh dakwaan yang menyesatkan pihak yang lain kerana merasakan bahawa kumpulan yang diwakilinya sahaja betul. Apa yang membimbangkan ialah dahulu fenomena ini hanya berlaku dari kumpulan ajaran sesat atau pelampau agama, tetapi hari ini terdapat tanda-tanda masalah ini telah menjangkiti kumpulan-kumpulan yang wujud di arus utama sehinggakan orangorang awam pun terbabit sama. Sebenarnya, Pergas telah pun berusaha menangani perkara ini dalam buku yang diterbitkannya sepuluh tahun dahulu. Realitinya, penerbitan semula bahan ini perlu untuk memperingatkan semula asatizah akan hal ini dan supaya ia dapat digunakan semula di wadah-wadah pendidikan awam. Artikel kedua bertajuk Wasatiyah Dari Sudut Pandangan Pendita Za’ba adalah sumbangan Ustaz Mustazah Bahari yang menyelongkar pemikiran seorang lagi tokoh Nusantara mengenai nilai-nilai wasatiyah yakni Za’ba. Apa yang menarik ialah kesimpulan penulis tentang kesamaan antara pemikiran Hamka dan Za’ba tentang nilainilai yang perlu ada bagi orang Melayu. Begitu juga seruan mereka agar orang Melayu mengubah diri mereka ke arah kecemerlangan

sedangkan kededua mereka ini hidup dalam era dan negara yang berbeza dan tidak pula belajar di sekolah dan guru yang sama. Artikel ketiga sumbangan Ustaz Muhammad Haniff Hassan bertajuk Wasatiyah Approach to Understanding Truth. Ia bertujuan membimbing pembaca untuk memahami secara wasati bagaimana memahami konsep kebenaran yang merupakan persoalan pokok bagi agama Islam. Hal ini adalah kerana antara sumber pelampauan dalam beragama seperti menyesatkan orang lain, tegar dengan “kebenaran” pendirian yang dipegang, tidak mampu membezakan masalah pokok dan khilafiyah berkaitan dengan salah faham dalam memahami erti kebenaran. Setelah dia meyakini pendapat pegangannya dianggap benar, pastilah dia akan bersungguh menyanggah pendapat-pendapat yang lain kerana pada sangkaannya kesemuanya, selain pendapatnya, adalah batil belaka yang wajib diingkari. Para pendakwahnya pula perlu disekat agar orang awam tidak dikelirukan. Artikel ketiga bertajuk A Wasatiyah Approach to Estate Planning: Maqasid and Ethics of Planned Giving in Islam tulisan Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy. Artikel ini mempunyai dua objektif; 1) meningkatkan kesedaran di kalangan pembaca kepentingan pengurusan harta warisan bagi maslahat ahli waris, dan 2) meluaskan minda para pembaca bahawa pembahagian harta warisan dalam Islam bukan hanya terbatas melalui instrumen faraid. Tanpa bertujuan membelakangkan faraid, kewujudan instrumen-instrumen lain yang berguna juga adalah sebahagian dari syari`ah dan tradisi fiqh yang luas. Terdapat kecenderungan di kalangan umat Islam untuk bersikap pasif dalam soal meninggalkan warisan setelah mati kerana sangkaan bahawa hukum faraid telah ada dan sempurna serta memadai untuk memelihara maslahat semua ahli waris. 31


9.

TINTA ILMU

Ulasan Buku

Faith Authority and the Malays:

The Ulama in Contemporary Singapore Author: Norshahril Saat Publisher : Select Publishing Pte Ltd. ISBN: 978-081-09-3313-5 111 pages

Reviewed by: Ustazah Zhahirah Binte Mohammad Saleh B.A. Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Fiqh & Usul Fiqh) International Islamic University Malaysia (IIUM) Executive Officer (Marketing & Business Development Pergas)

T

he religious authority has been made an area of research, a topic for discussion and reference by the Muslim community. Academicians have written articles in defining the term ulama in Singapore and also questioned their roles. Asatizah (religious teachers) themselves are also actively meeting up to discuss issues and what are the approaches towards it. Dr. Norshahril Saat’s monograph is one that discusses and examines on the religious authorities in Singapore. Dr. Norshahril Saat, the author, is a fellow at Institute of South East Asian Studies-Yusof Ishak Institute. He is a graduate in Malay Studies and Political Science from National University of Singapore (NUS). He recently received his PhD. from The Australian National University. His research interest concentrates on Southeast Asian politics and contemporary Islamic thought. A receiver of several scholarships, he has written numerous articles and opinions published in journals and local newspapers. In writing this monograph, he centred his discussion on 3 points, firstly the role of ulama and its impact that effected different areas of the society. Secondly, to comprehend the cause of their influence and power towards the community and lastly, to analyze different positions of those who are known as ulama and their contributions in modern Singapore. 32

His approaches in understanding and examining are through a theoretical methodology, the references he used ranges from local books to international publications and also articles from Singapore and across the borders. This read may interest young asatizah as the questions posed here are critical. It can also be a checklist to reevaluate their stands among the community. The biographies of the scholars and asatizah pointed out by Dr. Norshahril can also be made as role models and motivate the younger aspiring asatizah to strive further. But the book falls short on the definition of ulama. The characteristics of ulama listed here are generally those who are pious and charismatic and posses institutional power and scholarly contributions. Whereas, the term ulama needs to be described and defined in a broader perspectives and not confine to powers and material contributions. In my opinion, this topic can be made more interesting by expanding research on the field and interviewing the Asatizah mentioned in this book in favour of their opinions of what the term ulama is and their characteristics, instead of confining to literature research and restrict it to biographies.


9.

TINTA ILMU

Islam dan Ideologi-ideologi semasa Rujukan : 1. Jaafar Omar Banafie. Firqah-Firqah Kontemporari yang dinisbahkan kepada Islam. Singapura: Kerjaya Printing Industries Pte Ltd. [2000]. 2. Noktah Hitam: Ajaran Sesat di Singapura. Singapura: Majlis Ugama Islam, [2000].

Ideologi

Konsep

Pandangan Islam

Komentar

Sekularisme

Kefahaman yang menganggap urusan keagamaan tidak harus dicampurkan dengan urusan negara politik dan pentadbiran.

Konsep ini tidak bertentangan dengan Islam.

Semua kegiatan yang dilakukan kerana Allah s.w.t. tidak ada pemisahan antara urusan dunia dan akhirat.

Kapitalisme

Sistem ekonomi pasaran bebas yang berunsur kebebasan kepada individu untuk mempunyai harta dan alat perusahaan, perkembangan penuh untuk institusi-institusi kewangan.

Islam mempunyai peraturan yang lengkap dalam urusan jual beli.

Islam tidak membebaskan seseorang untuk menganut apa sahaja akidah tetapi juga tidak memaksa seseorang bukan Islam untuk menganut agama Islam.

Sosialisme

Teori ekonomi dan politik yang memperjuangkan suatu sistem berasaskan kepada hak milik untuk kelompok atau pemerintah yang menguruskan semua sumber penghasilan dan pengagihan barang-barang.

Sosialis menggalakkan perpecahan masyarakat antara golongan miskin dan kaya, sedangkan Islam menganjurkan konsep tolongmenolong sesama insan.

Pemikiran di dalam diri seseorang yang merasakan bahawa setiap orang mesti taat setia sepenuhnya kepada sesebuah negara atau bangsa. Semangat kekitaan (nasionalisme) menurunkan darjat ketuhanan Allah kepada ketuhanan negara atau bangsa.

Islam menolak nasionalisme kerana ia berbentuk Assabiyyah Jahiliah yang lebih mementingkan puak tertentu daripada kaum Muslimin.

Nasionalisme

33


TINTA ILMU

Antara firqah-firqah yang tertolak:

34

Fiqrah

Antara Ajaran Utama

1.

Ajaran Ingkar Sunnah

Menolak Sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai sumber kedua pembinaan hukum-hukum Islam.

2.

Ajaran Taslim

• Tuhan ada dalam diri setiap orang • Pengganti Nabi Muhammad ialah pengasas ajaran ini; Haji Muhammad Matahari • Tidak perlu mengerjakan solat lima waktu • Penyerahan diri, anak, isteri dan harta kepada khalifah yang bersemayam di Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk menyempurnakan agama

3.

Al-Arqam

• Percaya Syaikh Suhaimi sebagai ketua wali yang masih hidup dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi • Sesiapa yang tidak percaya kepada Syaikh Suhaimi dianggap kafir • Lima ahli Arqam dijamin masuk syurga

4.

Qadiani

• Dakwaan pengasasnya, Mirza Gulam Ahmad sebagai Al-Masih dan Imam Mahdi • Dakwaan menerima wahyu dan sebagai Nabi • Dakwaan mempunyai ‘Mukjizat Mirza’ • Menafikan jihad dan mewajibkan taat kepada penjajah Inggeris • Mengubah beberapa ayat al-Quran

5.

Syiah

• Percaya al-Quran telah dikurangkan dan ditambah ketika pembukuannya oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW • Memandang tinggi kepada imam-imam mereka lebih dari darjat anbia • Membenci para sahabat Nabi Muhammad SAW; Abu Bakar As-Siddek, Omar Al-Khattab dan Othman bin Affan, Ummu Mukminin Siti Aisyah dan Siti Hafsah • Berwuduk serta bertayamum dengan membasuh seluruh muka atau mengusap dengan debu tanah, dari kaki, rambut hingga dagu dan dari copeng telinga kanan hingga ke copeng telinga kiri, bukan dari fardu wuduk atau tayamum • Air yang digunakan untuk beristinja menjadi suci walaupun tempat atau anggota yang dibasuh belum suci • Air mazi tidak najis • Berwuduk bersama-sama dengan mandi junub hukumnya haram • Boleh berjalan dalam solat untuk meletakkan sesuatu benda dari tempat solat • Solat Jumaat boleh ditinggalkan selama Imam Mahdi belum muncul • Tidak wajib haji jika tidak mampu untuk menanggung saran hidup lebih sebulan selepas pulang • Membolehkan nikah Mutaah (mengikut had waktu yang ditetapkan) • Anak-anak hasil nikah Mutaah dinasabkan kepada bapa dan menerima pusaka peninggalan bapanya.


9.

TINTA ILMU

Si Buta Tidak Sabar Dipimpin Sohibus Somaha Dr Mohamed Fatris Bakaram B.A. (Usuluddin), Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir M.A. (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) PhD. (Islamic Studies), University of Birmingham, United Kingdom Mufti Negara, Singapura

Semakin hari semakin lucu dunia ini Apabila si buta tidak sabar dipimpin Lalu mengorak langkah sendiri menerobos belantara Berbekal parang tajam berbisa Memancung kiri dan kanan merata Sambil menengking memarahi yang celik Kerana menyangka yang celik itu lebih buta Dari dia yang sebenarnya buta Lalu ada di antara kita Bersorak menyokong dia Berdekah-dekah menepuk tangan Gembira melihat si buta terus terperosok Dalam semak gelitanya

Rujukan: Yang Terukir: Bahasa dan Persuratan Melayu Sempena 50 Tahun Kemerdekaan Singapura. Penyunting, Hadijah Rahmat. Singapore: Majlis Bahasa Melayu Singapura, 2105, hal. 100.


KE ARAH PEMBANGUNAN ASATIZAH “Saya berasa bersyukur dengan biasiswa yang diberikan kerana secara tidak langsung ia memberikan saya sedikit kemudahan dari sudut kewangan dan dalam masa yang sama berasa bertanggungjawap untuk kongsikan pengamatan saya kepada yang berminat mengetahui tentang subjek yang sedang saya kaji.” - Ustaz Yousef Abdul Rahim Penerima Biasiswa Kiyai Ahmad Zohri Mutammim tawaran Pergas

Setulus Pemberian, Manfaat Berkekalan.

Hulurkan zakat dan derma anda kepada kami di Pergas. Melalui nets dan tunai di pejabat Pergas atau cek yang dipangkah atas nama “PERGAS-ZAKAT” (bagi Zakat) atau “PERGAS” (bagi derma).


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.