Seni Halal atau Haram?

Page 1

kalam editor ukhti Sundusia Rosdi Sarjana Muda (Sejarah) Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Diploma Pasca-Siswazah Sains Perpustakaan, Universiti Wales, United Kingdom. Konsultan, Maktabah Rujukan Syed Ahmad Semait (SASRL) juga Editor, ar Risalah dan Jurnal Dakwah.

KALAM

EDITOR Assalaamualaikum wr wb pembaca budiman

“Islam dan Seni” menjadi tema kali ini sebagai bahan perbincangan semasa. Justeru, kami ingin berkongsi sudut perspektif Islam mengenai seni yang merangkumi persuratan, kesusasteraan dan juga seni hiburan atau riadah. Filsuf Islam, Al-Farabi (Abu Nasr Muhammad ibn Muhammad, 870950 M) menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Sementara Al-Ghazali (Abū Ḥāmid Muḥammad ibn Muḥammad al-Ghazāli, 1058 – 1111 M) pula mentakrifkan seni dengan kerja yang berhubungkait dengan citarasa insan selari dengan fitrahnya. Seni Islam merupakan sebahagian budaya Islam. Walaupun seni merupakan satu unsur ciptaan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampau. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-A’raaf, ayat 31 bermaksud “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada sesuatu yang melampaui batas”. Menurut perspektif Islam, seni mestilah berupa satu proses pendidikan bersifat positif, membangkit semangat, menggerak serta menceria minda, mengafiatkan zahir, memimpin batin lagi menjana akhlak masyarakat. Justeru, seni harus bersifat “Al-Amar bil Ma’ruf wa An-

Nahy ‘an Munkar” (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran). Semua aktiviti kesenian insan harus berpaksi kepada ajaran Al-Quran dan As Sunnah yang bermatlamat untuk mendapat keredaan dan ketaqwaan daripada Allah s.w.t. Ar Risalah kali ini juga memaparkan beberapa wacana menarik hasil pena penulis-penulis mapan. Pada “Seni Sebagai Medium Tarbiah” kededua penulis; Akhi Muhammad Jailani Abu Talib dan Ustaz Mohd. Saiful Rijal Hassan menggarap kesan penggunaan alat-alat musik tradisional sebagai wadah dakwah Nusantara. Sementara Encik Mohd. Raman Daud menelusur “Keindahan Islam dalam Sastera Melayu” lantas menyaran agar PERGAS membangunkan unit khas bagi memantau bahan persuratan Melayu tempatan agar akidah umat terpelihara dari ajaran sesat atau penghinaan terhadap Islam. Sekali lagi Ustaz Husin Masnin berkongsi pandangan dalam “Bukan Sekadar Seni dan Hiburan”, dan Ustaz Sofyan Yadi (terkenal dengan kelas M.U.S.I.C.nya!) menyorot aktiviti dakwah majlis-majlis burdah setempat. Menuntut ilmu merupakan satu jihad terutama dalam persekitaran yang diselimuti kemelut politik. Inilah yang dihadapi pelajar kita, Ukthi Shila

Wahid yang sedang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Ikuti detikdetik cemas lagi mendebarkan yang dilaluinya setiap hari sejak revolusi tercetus di Kaherah sejak tahun lepas. Selain itu, Ar Risalah mengajak pembaca mengenang jasa dan sumbangan perintis ulama, asatizah dan cendekiawan kepada perkembangan Islam tempatan melalui pameran “Footprints of Our Muslim Scholars’ Heritage in Singapore” yang berlangsung di Perpustakaan Negara baru-baru ini dan juga pelancaran 3 buah buku terbitan PERGAS. Akhir kalam, kami mengundang anda pembaca untuk menyumbang tulisan, ide dan inspirasi anda agar Ar-Risalah dapat menjadi wahana untuk manfaat sekelian pembacanya sejajar dengan maksud hadis berikut : Dari Abu Said Al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda ; “Seorang Mukmin sesekali tidak akan kenyang daripada kebaikan (ilmu). Dia akan terus mendengar dan mempelajarinya (sehinggalah maut menemuinya) dan tempatnya ialah di dalam syurga”. HR Tarmidzi Wallahu ‘alam bissawab Sundusia Rosdi

1 A r -R i s a l a h is u 1 5


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Seni Halal atau Haram? by Ar-Risalah - Issuu