Wanita & Penyalahgunaan Dadah Pusat Penyelidikan Dadah & Ubat-ubatan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
Pengenalan Penagihan dadah dikalangan wanita semakin meningkat . Penagihan kepada drug preskripsi merupakan masalah yang lebih serius bagi wanita – ubat pelali, sedatif dan amfetamin paling banyak disalahgunakan, kadangkala secara tidak sengaja. Wanita yang menggunakan dadah menghadapi lebih banyak keaiban (stigma) sosial disebabkan kegagalan memenuhi expektasi masyarakat tentang prinsip-prinsip akhlak wanita, serta gagal memainkan peranan sebagai pemimpin dalam keluarga.
Statistik penyalahgunaan dadah (tahun 2006) • Pada 2006 di antara 463 kes yang dikenalpasti, 314 (67.82%) adalah kes baru dan 149 (32.18%) adalah kes berulang. • Bilangan terbesar penagih wanita yang dikenalpasti adalah di negeri Sarawak 79 kes (17.06%) di ikuti oleh Pulau Pinang 74 kes (15.98%).
Sumber: Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, Malaysia
Statistik penyalahgunaan dadah (tahun 2006)…sambung •
Kebanyakan penagih yang dikesan adalah penganggur, 133 kes (28.72%), bidang pekerjaan perkhidmatan (80 kes atau 17.28%) dan jualan (59 kes atau 12.74%).
•
Penyebab utama terjebak dalam penggunaan dadah ialah pengaruh kawan (227 kes atau 49.03%) dan perasaan ingin tahu (78 kes atau 16.85%).
•
Setengah daripada kes yang dikesan terdiri daripada etnik Melayu (270 kes atau 58.3%).
•
Satu pertiga daripada kes yang dikesan berkelulusan SRP/LCE/PMR (148 kes atau 31.96%). Ini diikuti oleh 107 kes atau 23.10% yang berkelulusan SPM/MCE/SPMV.
Sumber: Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, Malaysia
Statistik penyalahgunaan dadah (tahun 2006)…sambung • Jenis dadah yang sering digunakan ialah metamfetamin (147 kes atau 31.75%) diikuti oleh heroin (122 kes atau 26.35%). Morfin juga terdapat dalam senario dadah dengan 78 kes atau 16.85%. • Kebanyakan penagih wanita berumur di antara 20-24 tahun (101 kes atau 21.81%) diikuti oleh mereka yang berumur 25-29 tahun (88 kes atau 19.01%). • “Chasing” popular di kalangan kes yang dikesan, 338 kes atau 73.0%, manakala menghisap dadah hanyalah 42 kes atau 9.07%. Sumber: Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, Malaysia
Risiko kesihatan berkaitan penyalahgunaan dadah Wanita perlu menyedari risiko kesihatan yang berkaitan dengan penggunaan dadah. Pemakanan yang tidak mencukupi dan berat badan di bawah paras normal
Jika hamil, wanita mengalami kelahiran pra-matang atau kelahiran tidak cukup bulan Deraan fizikal
Masalah mental seperti kemurungan
Penyakit jangkitan dan penyakit perubatan yang serius (misalnya, tekanan darah tinggi, kenaikan kadar jantung, osteoporosis, penyakit jangkitan seks, HIV/AIDS)
Fakta Kajian Mengenai Penagih Wanita: Telah mengharungi kehidupan yang sukar. Penderaan seksual ketika remaja. Latrabelakang ibu atau bapa yang terlibat menggunakan dadah atau alkohol. Mempunyai rasa rendah diri. Tiada keyakinan diri. Merasa tidak berdaya. Sering kesepian. Mengasingkan diri daripada kumpulan yang menyokong.
4 kali lebih berkecenderungan untuk cuba membunuh diri berbanding mereka yang bebas dadah
Penggunaan dadah‌satu masalah kesihatan yang serius Wanita yang menggunakan dadah menghadapi jangitan HIV, virus yang menyebabkan AIDS
Virus ini merebak melalui jarum yang digunakan untuk menyuntik dadah – wanita yang menyuntik dadah dan berkongsi jarum menghadapi risiko tinggi
Virus AIDS juga merebak melalui perhubungan seks. Wanita yang melakukan seks dengan lelaki yang menyuntik dadah menghadapi risiko yang tinggi
Ibu yang menggunakan dadah mendedahkan nyawanya dan nyawa bayinya kepada bahaya Dadah yang digunakan oleh ibu hamil boleh menyerapi aliran darah bayi dan mengakibatkan risiko kesihatan yang serius
Seorang ibu yang menggunakan dadah secara berterusan, akan mendedahkan anaknya kepada keadaan terabai, deraan fizikal dan kekurangan makanan berzat
Risiko kesihatan kepada ibu dan bayi • Ibu
Tidak cukup makan Tekanan darah tinggi Kadar degupan jantung yang pantas Kurang berat badan Rasa rendah diri Kelahiran pra-matang Jangkitan melalui seks Kelahiran awal HIV/AIDS Kemurungan Penderaan fizikal
• Bayi
Lahir tidak cukup bulan Kurang berat badan ketika lahir Jangkitan Saiz kepala kecil Sindrom kematian mengejut Kecacatan kelahiran Pertumbuhan terbantut Kekurangan kemahiran motor HIV/AIDS Tahap pmbelajaran yang rendah Masalah neurologikal
Ramai wanita takut menjalani rawatan • Alasan:
Tak dapat mencari orang untuk menjaga anak mereka
Takut menjalani hukuman jika mengakui tabiat penagihan dadah
Khuatir pihak berkuasa akan mengambil anak daripada mereka
Takut menghadapi keganasan daripada suami atau teman lelaki
Keluarga dan rakan-rakan boleh membantu menghilangkan ketakutan ini. Beri sokongan melalui bantuan untuk mencari program rawatan, menjaga anak dan menyediakan pengangkutan.
Kajian-kajian menunjukkan‌ • Penagih wanita mendapat paling banyak faedah daripada program rawatan yang komprehensif (baik) dan menjaga keperluan asas mereka:
o Makanan, pakaian, rumah o Pengangkutan o Latihan dan kaunseling kerjaya o Bantuan guaman o Latihan celik huruf dan peluang pendidikan o Latihan untuk menjadi ibu bapa yang baik (parenting) o Terapi keluarga
o o o o o
Penjagaan perubatan Penjagaan kanak-kanak Perkhidmatan sosial Perkhidmatan sokongan Penilaian psikologikal, penjagaan kesihatan mental o Latihan kemahiran ketegasan o Perkhidmatan perancangan keluarga
Rawatan paling berkesan ialah apabila merka dibenarkan tinggal di pusat rawatan bersama anak-anak mereka.
Membina semula kehidupan mereka ď ś Setelah tamat rawatan pemulihan dadah, mereka memerlukan bantuan keluarga, rakan-rakan dan majikan agar tidak menagih semula. ď ś Pendidikan keluarga dan progam bimbingan dapat membantu mereka kembali kepada keluarga dan pekerjaan. ď ś Sokongan masyarakat yang berterusan dapat membantu mereka memulakan penghidupan baru yang lebih baik.
Sumber: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
National Institutes of Health National Institute of Drug Abuse http://mdchoice.com The Ultimate Medical Information Finder – Women and Drug Abuse http://www.thebody.com National Women’s Health Information Center: Drug Abuse and Treatment http://www.csdp.org Reduce Drug Abuse and Use Among Women http://my.webmd.com Web MD Health Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, Malaysia