3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
1
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
Isi Kandungan Perkara
M/S
Strategi Pertama : Persediaan Sebelum Belajar
4
Perbanyakkan Zikir Pada Allah
5
Betulkan Niat Belajar
6
Minta Maaf Pada Ibu Bapa
7
Minta Restu Guru
8
Kenalpasti Subjek Lemah
9
Kosongkan Fikiran
10
Strategi Kedua : Persekitaran Semasa Belajar
11
Pilih Tempat Yang Sesuai
12
Elakkan Gangguan Teknologi
13
Tutup Televisyen (TV)
14
Makan Dengan Hemat
15
Strategi Ketiga : Teknik Belajar Betul
16
Belajar Lebih Masa
17
Guna Kaedah 3Q3R
18
Hightlightkan Isi Penting
19
2
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
Buat Ringkasan
20
Buat Flashcard
21
Kaedah Perkaitan
22-23
Nota Dalam Kelas
24
Ulangkaji Subjek Susah Dahulu
25
Study Group
26
Ulangkaji Soalan Dan Skema Jawapan
27
3
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
STRATEGI PERTAMA : Persediaan Sebelum Belajar
Jom mula sekarang !!
Saya sudah bersedia !!
4
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
Teknik 1 : Perbanyakkan Zikir Pada Allah
Orang yang selalu mengingati Allah akan tenang hatinya. Ketika dia keadaan senang mahupun susah, sihat mahupun sakit, waktu lapang ataupun sempit. Dia akan merasakan kewujudan Allah seolah-olah Allah berada di hadapannya. Beribadah dengan bersungguh seolah-olah itu adalah ibadah terakhir dalam hidupnya. Keyakinan ini perlu ditanam dalam diri kita sebelum menuntut ilmu adalah rasa kebergantungan kita pada Allah. Dan kemudahan itu hadir bilamana kita dekat dengan-Nya. Dengan ingat pada Allah, semua akan jadi mudah. Amin. 5
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
Teknik 2 : Betulkan Niat Belajar
Kuasa niat tiada tolok bandingnya. Ianya akan membantu jiwa kita sentiasa segar dan hidup. Sebetulnya anda perlu 're-set' selalu niat belajar kita semata-mata kerana Allah. Ini kerana ramai yang menyalahkan Allah jika gagal dalam ujian dan tidak bersyukur bila dapat kejayaan. Orang yang belajar kerana Allah sudah tentu akan bersungguh-sungguh dan tekun dalam pelajaran.
6
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
Teknik 3 : Mohon Maaf Pada Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan salah satu punca keberkatan hidup kita. Kerana mereka adalah permulaan kita pada hari ini. Satu kerugian jika anda masih ada kedua orang tua tapi tidak berbakti dan mendoakan kesejahteraan mereka. Mohon maaf selalu pada mereka. Dan mintalah mereka doakan kejayaan kita kerana doa ibu bapa akan dimakbulkan Allah tanpa hijab.
7
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
Teknik 4 : Minta Restu Pada Guru
Penghormatan perlu diberikan kepada semua guru anda. Pelajar cemerlang SPM Nik Nur Madihah, ketika wartawan bertanya padanya, "Siapa guru yang paling kamu sayang?" Dia terkejut dan diam seketika lalu menjawab dengan yakin, "Semua guru saya sayang". Contoh terbaik yang perlu kita ambil tauladan.
8
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
Teknik 5 : Kenalpasti Subjek Lemah
Setiap subjek yang anda belajar sudah pasti ada yang mampu dikuasai. Dan ada juga subjek yang kita lemah dan perlu ditekankan. Sebab itu penting bagi anda untuk tahu mana satu subjek yang kita perlu lebihkan tumpuan. Ini untuk menyusun masa dan jadual belajar anda supaya lebih tersusun dan berfokus.
9
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
Teknik 6 : Kosongkan Fikiran
Lapangkan fikiran anda daripada benda yang tidak berkaitan. Ini membantu anda fokus dan lebih yakin dalam pelajaran. Beri tumpuan 200 % ketika sedang menghadap bahan bacaan. Ini kerana apa yang kita ingat dan faham akan hilang 80 % dalam masa 24 jam. Kerana banyak berfikir dalam satu-satu masa sudah tentu akan mengganggu tumpuan anda. Jadi saranan saya sebelum memulakan proses pembelajaran, ambil wudu' dan tarik nafas sedalamnya. Anda akan tenang. Cubalah !
11
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
STRATEGI KEDUA : Persekitaran Semasa Belajar
Apa yang patut saya buat ?
11
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
Teknik 1 : Pilih Tempat Yang Sesuai
Tempat memainkan peranan yang sangat penting. Jangan duduk di tempat yang akan menyukarkan anda. Jika anda senang belajar di tempat sunyi, pilihlah perpustakaan sebagai tempat belajar. Jika anda selesa dengan suasana perbincangan, study group adalah cara terbaik belajar anda. Pastikan tempat belajar anda dengan tepat supaya anda dapat memahami pelajaran dengan cepat dan berkesan.
12
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
Teknik 2 : Elakkan Gangguan Teknologi
Elakkan diri daripada mana-mana teknologi seperti telefon bimbit, permainan komputer dan sebagainya semasa anda belajar. Kerana ianya akan membantutkan usaha anda untuk memahami pelajaran. Simpan dahulu di tepi ketika anda sedang belajar atau 'off' kan sementara waktu. Susah? Itulah jihad !
13
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
Teknik 3 : Tutup Televisyen (TV)
Kurangkan belajar di hadapan televisyen (TV). Kerana tumpuan anda sudah pasti akan beralih daripada buku kepada TV. Terkesan secara tak langsung dengan audio dan visualnya. Jadinya disarankan anda tutup TV dan tumpu pada pembacaan. Kerana anda tidak mampu buat dua perkara dalam satu-satu masa !
14
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
Teknik 4 : Makan Dengan Hemah
Makan makanan yang sihat dan berkhasiat semasa anda sedang belajar. Elakkan makanan seperti jajan dan gula-gula yang mengandungi banyak gula dan lemak. Pilihlah makanan yang boleh membekalkan tenaga seperti buahbuahan ataupun kacang. Jika anda inginkan manisan, makanlah coklat hitam (dark chocolate). Minum air masak yang mencukupi, dan teh jika anda mahukan kafein.
15
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
STRATEGI KETIGA : Teknik Belajar Yang Betul
16
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
(1) Belajar Lebih Masa Orang yang cemerlang sentiasa mengawasi masa. Dan setiap masa yang ada tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Sudah pasti dia akan gunakan saat-saat akhir yang ada sebelum menjelang peperiksaan dengan sebaiknya. Dalam masa 24 jam yang ada, peruntukan masa selama 8 jam sehari untuk belajar. Dua jam di awal pagi, dua jam sebelum tengahari, dua jam pada petang dan dua jam ketika malam. Dan cara ini anda boleh ubah mengikut kesesuaian dan kelapangan masa anda. Sebagai contoh, gunakan waktu setengah jam ketika menunggu waktu guru mengajar untuk membaca buku.
17
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
(2) Guna SQ3R SQ3R merupakan singkatan kepada: i)
Survey/Skim – anda melakukan imbasan yang singkat ke atas semua carta, gambar, kata-kata kunci dan bahagian-bahagian yang terdapat di dalam sesuatu topik subjek yang berkenaan. Berikan perhatian kepada learning outcome yang sering dinyatakan dalam setiap topik/subjek pembelajaran, kerana itulah yang anda perlu tahu dan kuasai.
ii)
Question – jadikan semua benda yang anda dapat dari Survey itu sebgai soalan, seperti kenapa ini, kenapa itu, bagaimana, kenapa dan sebagainya.
iii)
Read – baca topik tersebut dengan perasaan untuk mencuba menjawab soalan yang anda adakan sebelum ini. Pastikan anda mendapat jawapan kepada soalan-soaln itu tadi dalam langkah ini.
iv)
Recite – ulangi jawapan-jawapan yang anda dapat secara lisan dan mana-mana maklumat penting yang anda dapat dalam topik berkenaan.
v)
Review – pastikan anda melakukan review kepada pembelajaran anda dan ulanginya untuk subjek-subjek yang lain.
18
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
(3) Highlight Isi-Isi Penting
Highlight apa yang anda rasa anda perlu tahu dan ingat sudah mencukupi. Untuk menggaris pula, digalakkan untuk menggunakan warna yang tidak sama dengan warna tulisan dan menonjol, seperti merah.
19
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
(4) Buat Ringkasan
Ringkasan yang dimaksudkan adalah mengeluarkan isi dan 'key word' yang penting. Secara asasnya 'key point' itu akan menjelaskan secara literal maksud secara keseluruhannya. Dengan itu, kita akan menjimatkan masa untuk memahami dan mengingat sesuatu.
21
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
(5) Buat Flash Card
Anda boleh menukarkan nota-nota anda menjadi flash card untuk memudahkan anda membawanya kemana-mana sahaja. Anda juga boleh menggunakan flash card ini untuk nota definisi ataupun maksud sesuatu istilah sains. Ataupun anda boleh membuat soalan pada satu lampiran dan jawapannya pada lampiran yang lain. Ia sangat sesuai kerana flash card memang untuk tujuan di-flip dan senang dibawa.
21
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
(6) Kaedah Perkaitan Sebagai contoh, anda berkenalan dengan seseorang yang baharu, dan kebetulan namanya adalah sama dengan nama kakak anda. Tidakkah anda akan senang mengingati namanya berbanding dengan nama yang anda jarang dengar.
Gunakan Singkatan Perkataan (Acronym)
Kaedah ini sangat sesuai untuk mengingat fakta-fakta dan notanota yang bersifat senarai ataupun sesuai proses. Caranya adalah dengan menggunakan huruf pertama dalam setiap senarai dan jadikan senarai perkataan yang lebih menarik.
22
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
Peta Minda
Kaedah peta minda sangat membantu proses mengingat pada anda. Melakarkan pecahan-pecahan yang berkait antara yang lain meningkatkan proses pemahaman anda. Kebiasaannya kaedah ini digunakan untuk subjek sains dan sejarah.
23
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
(7) Ambil Nota Dalam Kelas
Tumpuan di kelas pada saat-saat akhir sangat perlu dititik beratkan. Kerana kebiasaannya guru akan menekankan topik dan soalan ramalan yang bakal keluar peperiksaan. Dengan 'hint' itu, anda gunakan peluang yang ada untuk beri lebih tumpuan pembacaan pada topik tertentu sahaja.
24
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
(8) Ulangkaji Subjek Yang Sukar Terlebih Dahulu
Ulangkaji subjek yang sukar terlebih dahulu berbanding subjek yang mudah. Ini kerana subjek yang mudah anda sudah mahir, maka ianya boleh diulang dalam tempoh yang singkat. Tetapi pada subjek yang sukar, anda perlukan masa yang banyak untuk memahami.
25
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
(9) Buat Kumpulan Belajar
Kumpulan belajar sangat membantu pada saat-saat akhir. Perbincangan yang padat dan singkat akan menghasilkan percambahan idea dan ilmu baru. Sebab itulah, belajar secara berkumpulan adalah cara yang paling efektif dalam menghadapi saat akhir peperiksaan.
26
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
(10) Ulangkaji Soalan Lepas Dan Skema Jawapan
Akhir sekali, banyakkan latih tubi secara berkala. Dan salah satu target latihan yang perlu ditekankan adalah soalan-soalan peperiksaan lepas. Dengan itu, kita dapat memahami teknik dan format soalan yang kebiasaannya digunakan semasa peperiksaan. Dengan cara ini, mudah bagi kita untuk menulis jawapan sama ada berbentuk pilihan A,B,C,D atau berbentuk esei. Sekian. Selamat maju jaya !
27