DOA MAJLIS REFLEKSI MGB NS 20.10.2016 Ya Allah Ya Rahman, Pada hari ini bertempat di Matrix Global International School ini kami mengadakan majlis Refleksi Guru Besar Negeri Sembilan Tahun 2016 ini dengan memohon Redha dan keizinanMu. Berkatilah semua langkah dan perbuatan kami di sini dan jadikanlah ia sebagai nilai ibadah dan nilai ilmu yang bermanfaat kepada kami. Berikanlah kelancaran majlis ini dengan baik dan cemerlang. Ya Allah Ya wahid engkau yang maha satu dan maha mempersatukan. Kami mohon perkuatkanlah kesatuan kami dalam Majlis Guru Besar NS ini, jangan Engkau biarkan ada perpecahan diantara kami. Kami ingin kekuatan dalam kesatuan ini agar ia dapat membina dan melahirkan generasi terbaik selepas kami nanti, generasi yang kukuh pegangan agamanya. Ya Allah Ya fa’alul lima yurid jadikan kami pemimpin pemimpin sekolah yang taat kepada perintahmu takut kepada azabmu serta melaksankan apa yang diperintahkan. Kurniakan kami kekuatan untuk melaksanakan arahan yang kami berikan kepada pimpinan di bawah kami kerana kami ingat amaran Mu di dalam as Saff ayat 2 dan 3