2 minute read

KATA PENGANTAR II

Next Article
FOREWORD I

FOREWORD I

Alhamdulillah, marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat

Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapat kita menyempurnakan penerbitan yang begitu lengkap dan padat iaitu buku Mek Mulung: Bangkitnya Warisan Turun-Temurun melalui suntikan insentif Kementerian Pelancongan, Seni dan

Advertisement

Budaya Malaysia (MOTAC) di bawah Projek Khas bagi Inisiatif Pendigitalan IR 4.0.

Untuk menghasilkan sebuah buku yang baik bukanlah satu tugas mudah. Penglibatan dan kerjasama semua pihak amatlah penting, bermula daripada idea penulis menjadikannya sebuah manuskrip sehinggalah berjaya diterbitkan dalam bentuk penerbitan seperti ini dan seterusnya akan melestari dan menyemarakkan lagi industri perbukuan tanah air.

Sesungguhnya industri perbukuan perlu disemarakkan dengan bahan-bahan penerbitan seni budaya yang akan kekal menjadi khazanah warisan negara. Asimilasi seni budaya banyak mempengaruhi seni budaya kita dari semasa ke semasa, namun dengan adanya bahan rujukan daripada generasi sebelumnya, diharap mampu menjadi asas rujukan yang terbaik untuk dikekalkan keasliannya sampai bila-bila.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pasukan yang terlibat khususnya JKKN dan UiTM melalui gandingan kerjasama Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM dan Penerbit UiTM yang bertungkus lumus menyiapkan penerbitan ini. Jalinan kerjasama JKKN-UiTM ini merupakan satu langkah tepat dalam usaha JKKN menghasilkan bahan-bahan berbentuk penyelidikan ilmiah seni budaya yang berkualiti dan berimpak tinggi. Jaringan kerjasama ini adalah selari teras kelima Pelan

Strategik JKKN 2021-2025 iaitu memperkukuhkan jaringan kerjasama kebudayaan bagi kecemerlangan budaya. Sokongan dan komitmen ini amat bermakna sekali kepada JKKN dan diharap dapat diteruskan padai masa-masa akan datang.

Selaras Inisiatif Transformasi Digital JKKN masa kini, penerbitan bahan dalam bentuk digital telah memenuhi salah satu daripada 12 klasifikasi inisiatif utama yang telah dirangka, iaitu mewujudkan e-pusat sumber dan penerbitan. Transformasi Digital ini adalah seiring dan memenuhi keperluan semasa yang membolehkan seni budaya kekal relevan dalam apa jua keadaan apatah lagi di saat seluruh dunia mengalami ”transformasi sosio budaya” berikutan pandemik COVID-19. Penggunaan medium digital telah menjadi sebahagian daripada budaya dalam kehidupan kita masa kini dan akan datang.

Justeru, penerbitan ekslusif Mek Mulung dalam dwi bahasa secara fizikal dan digabungkan dengan teknologi Augmented Reality (AR) ini bakal menjadi perintis dan penanda aras kepada JKKN dalam menghasilkan bahan-bahan rujukan ilmiah yang berkualiti tinggi. Saya amat yakin, dengan semangat kerja berpasukan kita pasti berjaya menghasilkan sesuatu yang lebih baik lagi selepas ini.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh pengurusan tertinggi MOTAC kerana telah memberikan kepercayaan kepada JKKN untuk menerbitkan buku ini. Penerbitan ini sedikit sebanyak akan membantu dan menyokong usaha MOTAC dalam mengangkat martabat seni Mek Mulung bagi mendapatkan pengiktirafan di bawah badan dunia UNESCO.

Terima kasih kepada Dr Nur Izzati Jamalludin, Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM, dan seluruh pihak yang telah menyumbangkan masa, tenaga dan idea secara langsung atau tidak langsung dalam menghadirkan buku ini dan seterusnya memperkayakan sumber rujukan ilmiah seni budaya di Malaysia dan dunia amnya.

Semoga dengan usaha murni semua pihak ini akan beroleh keberkatan dan menjadi sumbangan berharga kepada negara dalam usaha melestarikan Mek Mulung sebagai khazanah warisan istimewa dan terus kekal gah di persada seni tradisional dalam kelasnya yang tersendiri.

”Semarakkan Seni Budaya”

”Transformasi digital JKKN”

HAJI MESRAN BIN MOHD YUSOP

KETUA PENGARAH

JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA (JKKN)

This article is from: