2 minute read

PRAKATA

Next Article
FOREWORD II

FOREWORD II

Mek Mulung, dalam bentuk moden dan pementasan secara konsert, telah mendapat sambutan yang baik sejak awal tahuntahun 2000-an apabila dipersembahkan di dewan-dewan besar di kawasan bandar, di institusi-institusi pengajian tinggi, di berbagai-bagai majlis rasmi dan sosial, malah pernah mengambil bahagian dalam pameran, acara, dan pertandingan di peringkat antarabangsa. Kesedaran terhadap Mek Mulung semakin meningkat berikutan pengisytiharannya sebagai warisan seni persembahan bagi negeri Kedah pada tahun 2014. Sebagai sebuah persembahan dramatari rakyat yang berakar umbi di kampung Wang Tepus, persembahan Mek Mulung pada satu ketika dahulu merupakan sumber hiburan utama yang sangat ditunggutunggu oleh masyarakat setempat. Pada masa ini, sungguhpun persembahan Mek Mulung versi bandar menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton bandar, keadaan yang sama tidak diperoleh Mek Mulung yang dipersembahkan di bangsal di Wang Tepus. Pelbagai perubahan sosio-ekonomi telah menyumbang kepada kurangnya kepentingan seni tradisi Mek Mulung dalam kehidupan penduduk luar bandar.

Buku ini ditulis berdasarkan kajian saya mengenai Mek Mulung selama lebih 10 tahun untuk memenuhi keperluan dua ijazah lanjutan di dua buah universiti yang berbeza. Saya sangat beruntung mendapat peluang untuk mengkaji dan mendokumentasikan evolusi persembahan Mek Mulung sehingga kepada statusnya pada masa ini. Saya sangat berbesar hati berkesempatan mengenali dan berinteraksi dengan tokohtokoh yang sentiasa bersedia menjadi pakar rujuk dan memberi inspirasi sepanjang kajian ini, walaupun ramai antara mereka tidak lagi bersama-sama kita untuk melihat sumbangan mereka terhadap penghasilan buku ini. Sungguhpun kandungan buku ini berorientasikan kajian akademik, gaya penulisannya telah disesuaikan supaya ia boleh mencapai sasaran pembaca yang lebih meluas dan mudah diterima untuk tatapan umum. Laporan akademik kajian Mek Mulung sebagai tesis Doktor Falsafah saya boleh dimuat turun melalui laman sesawang institusi pengajian saya, iaitu King’s College London.

Advertisement

Manuskrip asal buku ini ditulis dalam Bahasa Inggeris dan diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Ia memberi peluang untuk mendengar bahan-bahan audio yang diterbitkan bersama buku ini berserta dengan komponen realiti pengantara (AR) untuk pendekatan yang berinteraktif dan lebih menyeronokkan kepada pembaca/pendengar. Komponen audio bagi buku ini telah dirakam khas di sebuah studio oleh penyanyi dan pemuzik profesional, bersama-sama kehadiran dua orang tokoh pemuzik Mek Mulung dari Wang Tepus, dan bukan rakaman persembahan secara langsung di sebuah pementasan di lapangan. Selain itu, buku ini juga diterbitkan dalam bentuk buku audio sebagai suatu alternatif kepada pembaca/pendengar untuk menikmati dan lebih menghargai Mek Mulung. Kemajuan teknologi terkini sememangnya dapat memperkasakan seni tradisi supaya lebih mudah dan ramai boleh mendapatkannya. Projek buku ini bertujuan supaya usaha-usaha ke arah menggalakkan keterangkuman kelompok masyarakat yang mempunyai kemampuan penglihatan yang berbeza mendapat peluang untuk menikmati dan menghayati persembahan Mek Mulung.

Saya berharap pembaca/pendengar merasa gembira dan berpuas hati dengan kandungan buku ini sebagaimana saya mendapat kepuasan menulisnya serta berkongsi pengalaman saya dengan Mek Mulung dalam konteks gaya persembahannya di kampung Wang Tepus dan pementasan di bandar-bandar. Saya percaya format baharu penulisan buku yang memasuki elemen interaktif serta memberi perhatian kepada isu keterangkuman dapat memberi ilham kepada penulis-penulis berkolaborasi untuk menampilkan gaya baharu penulisan buku bagi menggantikan gaya tradisional dalam usaha mempromosi seni persembahan tempatan. Dalam masa yang sama, saya juga berharap penghasilan buku akan mencetuskan minat pembaca untuk memulakan kajian sendiri mengenai sesuatu seni persembahan. Akhir sekali, saya juga berharap buku ini dapat menjadi sumber rujukan bukan sahaja kepada penjaga-penjaga tradisi di

This article is from: