Isi Kandungan Tajuk
Muka Surat
1
Pengenalan
2
2 3 4 5 6 7 8 9 1 0
Objektif Kajian Pakaian Perkahwinan Pantang larang Makanan Bahasa Tarian Penutup Lampiran
3 4-7 8-11 12-15 16-20 21-22 23-24 25-26 27-28
1
1.0 Pengenalan Dalam tugasan ini untuk mengkaji tentang jenis etnik yang berlainan di Malaysia, kami telah membuat kajian tentang jenis etnik Baba dan Nyonya. Masyarakat yang unik ini bermula di Melaka dan dilahirkan apabila pendatang-pendatang Cina yang telah datang ke kepulauan Melayu dan Malaya British pada abad ke-15 hingga ke-17.
Etnik Baba dan Nyonya dilahirkan apabila pendatang dan pedagang Cina berkahwin dengan gadis-gadis tempatan. Sebagai kesan, wujudnya sebuah masyarakat yang berkacukan Cina, kebanyakan yang dari etnik Hokkien, dan Melayu. Dalam keluarga mereka, suaminya dikenali sebagai baba dan isterinya dikenali sebagai nyonya. Suku kaum ini telah membawa dan telah meningkatkan keunikan negara kita kerana telah membawa beberapa jenis adat, pakaian dan juga makanan yang disukai ramai.
Intihanya, mereka memanggil diri mereka sebagai ‘Baba’ atau ‘Peranakan’ kerana kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina serta mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu dalam makanan, pakaian, adat dan juga bahasa mereka.
2
2.0 Objektif Kajian
Pengkajian terhadap suku etnik Baba dan Nyonya terdapatnya beberapa objektif yang telah ditetapkan supaya kajian tersebut adalah berfaedah. Antara objektifnya adalah: 1. untuk memupuk semangat berpasukan dan perpaduan antara generasi yang
berbilang bangsa dan agama. Dalam proses menyiapkan project praktikum ini semangat berpasukan antara ahli kumpulan adalah sangat muktamad. Melalui kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan, perpaduan antara pelajar dapat dieratkan dan dapat menyediakan kami kepada cabaran yang akan mendatang 2. untuk menambahkan pengetahuan ilmu generasi muda tentang adat dan budaya
masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia. Hasil daraipada kajian yang dijalankan untuk menyiapkan tugasan ini dapat meningkatkan kefahaman kami terhadap sesuatu budaya secara mendalam. 3. untuk memahami sesuatu budaya dan adat yang diamalkan oleh masyarakat
yang terdapt di Malaysia. Individu dapat memahami budaya lain supaya tidak mempunyai masalah berkomunikasi, malah, dapat memelihara budaya dan adat kaum lain.
3
3.0 Pakaian Pakaian tradisi kaum Baba dan Nyonya banyak diadaptasi dari pakaian orang Melayu dan orang Cina. Sesetengah daripada mereka juga gemar memakai pakaian barat.
Pakaian Nyonya
4
Golongan Nyonya amat sinonim dengan pemakaian tradisi Melayu. Ini dapat dilihat pada pakaian wanitanya dimana mereka memakai kain sarung batik sebagai pakaian utama. Golongan yang lebih muda gemar memakai baju kebaya nyonya yang disulam cantik dan kerongsang. Baju Kebaya dibuat daripada kain atau benang menggunakan seni sulaman tangan yang halus dan terperinci. Kebaya Nyonya memerlukan 3 pasang kerongsang untuk dijadikan butang berbeza dengan kebaya masyarakat Melayu tidak
Baju Panjang
Baju Kebaya
mempunyai butang.
Manakala untuk peringkat wanita yang berusia, mereka memakai baju panjang dan kain sarung .Pakaian ini merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
5
Kasut Manik Kaum Nyonya juga mempunyai kasut yang agak unik seperti kasut manik. Kasut manik ialah alas kaki buatan tangan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca yang bersigi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Pada mulanya, manik-manik yang diperlukan untuk menghiasi kasut manek berasal dari Eropah, tetapi lama-kelamaan banyak diperoleh dari Jepun. Rekaan kasut manik tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar peranakan dan sarung batik. Mulai tahun 1930 an, kasut manik menjalani perubahan dengan diberikan rekaan moden dan ditambahkan tumit.
Kasut Manik
Wanita-wanita Nyonya juga memakai pelbagai aksesori seperti sapu tangan sulam cucuk sanggul, gelang kaki, kerongsang dokoh rantai dan lain-lain lagi. Kancing dan barang perhiasan yang dipakai dengan baju panjang ini akan melambangkan status kekayaan mereka.
6
Pakaian Baba
Baba merupakan satu kumpulan etnik yang menetap di tanah melayu sejak kurun ke 15. Pakaian kaum Baba lebih kepada pakaian pengaruh dari barat dan kaum Cina sendiri.
Gambar menunjukkan fesyen pakaian yang dikenali sebagai choong san chong yang dipakai oleh kaum Baba. Fesyen pakaian ini biasanya dipakai oleh Pengurus Besar ladang getah. Fesyen pakaian ini juga dipakai oleh Sun Yat San. Kaum Baba juga biasanya
akan
membotakkan mereka
di
rambut bahagian
hadapan dan menyimpan ekor yang dikenali sebagai thau
chang
oleh
masyarakat Baba Nyonya.
7
Baju Choong San
Pakaian Barat
Gambar menunjukkan pakaian Barat yang dipakai oleh kaum Baba. Selain daripada pakaian tradisi mereka, kaum Baba juga gemar memakai fesyen pakaian Barat.
4.0 Perkahwinan Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar menmperisterikan
wanita
Melayu
dari
Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera. Hasilnya,
suku
Baba
dan
Nyonya
memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu yang bersinergi.
Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa mengahwini
wanita
lelaki
Baba lazimnya
dalam
masyarakat
Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke China untuk mencari suami.
8
Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya paling menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri. Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama Kristian.
Peringkat Awal Permulaan majlis perkahwinan baba nyonya bermula apabila pihak pengantin perempuan menerima rombongan peminangan daripada pihak pengantin lelaki. Orang tua pasangan pengantin akan menguruskan tarikh melangsungkan perkahwinan, setelah mereka memilih satu hari yang bertuah dengan menggunakan kalendar cina jemputan akan dikeluarkan. Jemputan akan dikeluarkan kepada mereka yang terlibat, jemputan ini dipanggil “antah sireh�. Masyarakat baba nyonya tidak menggunakan kad jemputan sebaliknya mereka menghantar wang yang mengandungi kacang, limau, dan daun sirih sebagai ganti. Seorang nyonya tua akan diberi tugas ini iaitu pergi ke rumah-rumah tertentu untuk menghantar jemputan yang unik ini, walaupun setiap keluarga menerima sehelai daun sirih tetapi ia bermaksud untuk menjemput seluruh keluarga ke majlis perkahwinan itu.
Chia N Lang
9
Chia N Lang Kheh merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin perempuan. Sepanjang
malam
tersebut
terdapat
kumpulan
'serunee'
atau
serunai
akan
menghiburkan hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan dihias dan diandam oleh 'Sang Kheh Umm' atau mak andam. Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan berjalan, berlutut dan sebagainya. Manakala pengantin lelaki pula akan dibantu oleh 'Pak Chindek' iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan.
Chiu Thau Chiu Thau merupakan pemberian yang dianggap suci dan dipersembahkan di tempat pemujaan. Tempat pemujaan khasnya dipanggil 'Sam Kai' atau 'Sang kuan Tai Tay' yang mewakili syurga, bumi dan manusia. Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh bertemu selagi tidak menjalani adat atau upacara 'Chim Pang'.
Chim Pang Chim Pang merupakan pertemuan pertama di antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan. Selepas
kedua-dua
pengantin
diketemukan,
mereka akan duduk di kerusi yang disediakan yang berhadapan di antara satu sama lain.
10
Choon Tok Upacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama sebagai suami isteri. Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin memberi sembah hormat kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka.
Chian Sia Upacara ini ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihak pengantin lelaki. Pada
hari
ini
pengantin
perempuan akan memakai baju kurung dan kain sarung yang diperbuat daripada kain broked dan ditenun dengan benang perak dan emas. Pada hari ini juga nyanyian 'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan dengan lawak jenaka, pujian dan ransangan.
Dua Belas Hari Hari ini merupakan hari di mana tetamu akan dihidangkan dengan nasi lemak yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini di kukus dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak
11
nasi lemak di panggil 'Bibi Nasi Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil menikmati hidangan tepak sirih atau tempah sirih.
Chian Ching Kay, Che Umm Jemputan makan malam untuk ahli keluarga Si Mertua pengantin perempuan. Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di antara kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi.
5.0 Pantang-Larang Baba Nyonya Kaum Baba-Nyonya masiih lagi percaya dalam pantang-larang, terutamanya orang yang lebih tua. Dalam beberapa situasi, terdapat beberapa pantang-larang masyarakat peranakan yang terlalu ketat dan kompleks. Namun demikian, kebanyakan masyarakat peranakan kini tidak lagi mengamalkan pantang-larang yang kompleks untuk mengejar dengan zama moden.
Perkahwinan Wanita yang hamil tidak dibenarkan menyertai majlis perkahwinan ataupun membantu dalam persediaan majlis perkahwinan. Ibu yang baru bersalin dan juga anaknya yang baru dilahirkan dilarang menyertai majlis perkahwinan
melainkan
bayinya
sudah
menyabut majlis berlahir satu bulan atau “Full
12
Moon celebrartion�. Ahli-ahli keluarga bayi tersebut juga tidak digalakkan menyertai majlis perkahwinan disebabkan kaum Baba-Nyonya menganggap bahawa kelakuan ini akan mambawa nasib malang kepada pengantin. Para tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan dilarang memakai pakaian yang berwarna hitam atau putih kerana pakaian ini hanya boleh dipakai semasa menghadiri upacara yang sedih seperti upacara pengebumian.
Tahun Baru Cina Semasa sambutan Tahun Baru cina, teruntamanya 3 hari pertama, kaum Baba-Nyonya tidak dibenarkan menyapu lantai. Hal ini demikian,
mereka
percaya
bahawa
perkara-perkara yang baik tidak akan berlaku pada tahun tersebut.
Mereka
rasa “suay�, iaitu tidak bertuah apabila penyapu tersentuh kaki sendiri semasa menyapu lantai. Kanak-kanak digalakkan berjaga sampai lewat sehari sebelum Tahun Baru Cina kerana mereka percaya kelakuan ini dapat memanjangkan nyawa ibu bapa mereka.
Pengebumian Apabila seseorang ahli keluarga meninggal dunia, ahli-ahli keluarga lain dinasihati supaya menutup semua barang yang boleh mencerminkan, seperti cermin. Kaum
13
Baba-Nyonya percaya bahawa orang yang mati itu akan menangkap jiwa orang yang hidup untuk menemaninya di dunia lain. Memakan Kaum Baba-Nyonya tidak dibenarkan duduk di sudut meja makan semasa menjamu selera. Hal ini disebabkan mereka menganggap bahawa sudut meja menyerupai pisau yang tajam dan menunjuk kepeda orang yang duduk di depannya.
Mangambil Gambar Kaum Baba-Nyonya tidak akan membenarkan tiga orang untuk menangkap gambar bersama-sama. Mereka percaya bahawa orang yang berdiri di tengah itu merupakan orang pertama yang akan mati.
Lain-lain Kanak-kanak tidak dibenarkan menggunakan jari untuk menghala ke arah bulan penuh. Mareka percaya bahawa Tuhan Bulan akan memotong telinga kanak-kanak tersebut.
Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan bomoh. Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi sentiasa menangis dengan tidak henti-henti. Mereka percaya bahawa anak mereka telah disampuk dengan jin ataupun hantu. Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong menghalau atau membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka.
14
Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu tersebut dikatakan syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi, antaranya pisau untuk menakutkan hantu.
Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau ‘Chicken Pox’, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi.
6.0 Makanan
15
Masyarakat Baba dan Nyonya amat terkenal dengan makanan tradisionalnya yang berturun kemurun dari nenek moyang mereka. Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai makanan tradisional yang begitu menarik dan sedap. Kebanyakan cara masakan mereka diresapi oleh cara masakan Melayu dan biasanya disajikan pada hari istimewa atau perayaan seperti sambutan Hari Lahir, Tahun Baru Cina, Majlis Perkahwinan dan lain-lain lagi. Masakan masyarakat Baba dan Nyonya amat unik kerana resipinya menampilkan budaya campuran cita rasa kaum Melayu dan Cina.
Kaum Baba dan Nyonya terkenal dengan masakan seperti asam pedas, sambal belacan, masakan lemak dan gulai. Penggunaan cili yang banyak dalam masakan merupakan satu identiti yang membezakannya daripada masakan Cina dan Melayu. Jenis-jenis masakan Baba adalah seperti sambal, kari, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau diperam, bak-wan kepiting iaitu campuran sup ketam dan daging khinzir, acar Nyonya, nasi kunyit, dan yang paling biasa dan popularnya iaitu nasi lemak. Tambahan pula, mereka juga menghidangkan sejenis mee yang dibuat khas, iaitu ‘mee sua tau’ yang bertujuan untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur.
Kuih-muih tradisional masyarakat Baba juga sangat digemari dan diminati oleh ramai. Antaranya termasuk tih kuey atau kuih bakul yang berwarisan masyarakat Cina dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna biru, merah dan hitam. Selain itu, kuih-
16
muih tradisional Melayu seperti wajik, dodol, bahulu dan tapai juga amat diminati oleh masyarakat Baba.
Kebanyakan masyarakat Baba Nyonya masih mengamalkan warisan budaya Melayu Terdapat dua jenis ayam ponteh, iaitu ayam iaitu menggunakan lesung batu untuk menumbuk bahan-bahan masakan seperti pongteh yang putih dan yang kehitaman. Ayam rempah ratus. Cara tumbukan bahan-bahan masakan ini akan menghasilkan aroma pongteh yang putih itu versi Pulau Pinang masakan Melayu tradisional dan terserlah keenakan makanan tersebut. Di samping itu, manakala yang kehitaman itu berasal dari masyarakat Baba Nyonya juga memupuk amalan orang Melayu yang meggunakan Melaka. Penggunaan kicap manis dan gula tangan untuk menikmati makanan. Amalan-amalan ini telah memperlihatkan bahawa Melaka merupakan faktor yang menyebabkan budaya Melayu masih tetap utuh dalam masyarakat Baba dan Nyoya dan memainkan ayam pongteh berwarna hitam. peranan penting dalam masakan masyarakat mereka.
Bahan-bahan asal bagi masakan ini adalah masakan Cina sedangkan penggunaan cili hijau adalah pengaruh daripada Melayu. Cili hijau yang digunakan biasanya akan dimasak terlebih dahulu setelah dipotong. Ayam yang digunakan bagi masakan ayam pongteh biasanya akan
Jenis-jenis Makanan Tradisional
dipotong kepada lapan atau sepuluh bahagian.
Ayam Pongteh
Di samping itu, penggunaan cendawan segar sebaiknya dihindari dalam masakan makanan ini kerana rasanya akan berbeza.
17
Asam pedas amat terkenal dalam masakan masyarakat Baba Nyonya. Terdapat resipi asam pedas yang berlainan mengikuti citarasa masingmasing, namun resipi biasa untuk masakan ini tidak harus terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.
Bahan-bahan
kebiasaannya
terdiri
daripada ikan, bawang merah dan putih, cili kering, halia, belacan, kunyit hidup, lengkuas, daun kesum, serai, asam jawa, bunga kanta, daun limau perut atau asam gelugur. Cara untuk membuatnya bawang merah dan putih, cili kering, Asam Pedas
halia dan belacan dikisar atau ditumbuk lumat. Bunga kantan dibelah empat dan engkuas dan serai diketuk. Selepas itu, bahan-bahan yang telah dikisar dan lengkuas terlebih dahulu ditumiskan ke dalam periuk sehingga naik garing dan baunya. Air asam
jawa
harus
dimasukkan
berdasarkan
sukatan selepas itu. Akhirnya, masukkan daum kesum, bunga kantan, serai, asam gelugur atau daun limau purut. Masakan asam pedas bukan sahaja dihidangkan untuk keluarga malah juga terdapat di kedai-kedai makanan dan restoran.
18
Kuih Ku Kuih Ku Kuih ku atau kuih kura-kura merupakan salah satu kuih tradisional kaum Baba Nyonya. Kuih ini berwarna merah dan berbentuk bujur atau bulat kecil. Kuih ku mempunyai tekstur kenyal dan terdapat tepung beras yang melekit di sekelilingnya serta bahagian yang manis di tengahnya. Keluarannya menyerupai kulit kura-kura dan biasanya diletakkan di atas sekeping daun pisang.
Kuih ku berbentuk seperti cengkerung kura-kura kerana sejak dahulu, masyarakat Cina percaya bahawa memakan kura-kura akan memanjangkan umur serta boleh membawa nasib yang baik dan kemakmuran. Kuih ku dianggap sebagai makanan yang bertuah dan biasanya disediakan pada perayaan atau majlis-majlis penting seperti Tahun Baru Cina dan majlis bayi baru lahir yang genap sebulan dan hari lahir warga tua. Tujuannya adalah supaya kanak-kanak tersebut dirahmati dan warga tua dipanjangkan umur.
19
7.0 Bahasa
Bahasa Baba merupakan sejenis dialek Bahasa Melayu yang ditutur oleh masyarakat Peranakan yang terdapat di Singapura, Indonesia dan juga Malaysia, khususnya di Pulau Pinang dan Melaka. Bahasa Baba ialah campuran antara bahasa Melayu dan dialek Hokkien dan ditutur dengan cara dan kosa kata yang berlainan di Pulau Pinang walaupun berasal dari Melaka.
Pertuturan bahasa Baba di Pulau Pinang berlainan kerana dialek Hokkien yang digunakan di Pulau Pinang adalah berbeza dengan di Melaka ataupun tempat lain yang terdapat masyarakat Peranakan. Walaupun kebanyakan bahasa Baba terdapat esenesen bahasa Melayu serta nahunya, bahasa Baba berbea daripada bahasa Melayu kerana terdapat banyak penggunaan kosa kata yang dipinjam dari dialek Hokkien dalam struktur ayatnya.
Tidak seperti etnik-etnik Cina yang lain, masyarakat baba dan nyonya tidak mengguna bahasa ibunda mereka dan Mandarin. Sebaliknya, mereka biasa menggunakan dialek Hokkien dengan campuran kata-kata dari bahasa Melayu, dan bahasa Inggeris. Secara amnya, kumpulan etnik ini biasa bertutur dalam Hokkien dengan beberapa perkataan
20
yang digantikan dengan bahasa Melayu, tetapi masih difahimi secara mudah antara sesama diri. Terdapat beberapa contoh perkataan dan frasa bahasa Baba di bawah.
Perkataan Amek Apasair Bak Wan Bikin Cha Kiak Chi Wan Gua
Maksud Ambil Apahal Bebola daging khinzir Buat Terompah Kayu Bilik air Saya
Frasa Gua tunggu dia sampai gua k’ee geram
Maksud Saya tunggu untuk dia sampai saya
Oo-wa! Kinajeet, dia pasang kuat Keliap-keliap, dia naik angin
geram Wah! Cantiknya dia pakai hari ini Sedikit hasutan, dia naik angin
Sejak lahirnya masyarakat baba nyonya, bahasa baba telah memperoleh dan menggabungkan lebih darapada 50 000 perkataan bahasa Melayu ke dalam bahasa mereka. Walaupun
telah memperoleh jumlah perkataan yang
banyak untuk
digabungkan, namun orang-orang Baba tidak tahu tentang perkataan yang berkaitan dengan agama Islam, atau juga dikenali sebagai bahasa Arab atau jawi. Tambahan lagi, masyarakat Peranakan masih menggunakan peribahasa Cina dengan lebih meluas, berbanding dengan perihasa Melayu.
8.0 TARIAN
21
Kaum Baba Nyonya mempunyai keunikkan yang agak ketara dari segi muzik dan tarian mereka. Pada hari tertentu seperti perayaan dan majlis perkahwinan masyarakat Baba Nyonya akan mempersembahkan tarian seperti Tarian Singa, Fu Kien Opera, Tarian Bimpoh, Tarian Bakul Siah, Tarian Payung dan Joget Trila-trila dan Dondang Sayang.
Dondang sayang adalah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang membawa maksud Lagu Kasih atau Nyanyian Kasih. Dondang Sayang dipercayai berasal dari Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Pemuzik Dondang Sayang terdiri daripada empat hingga lima orang. Biasanya pantun yang disampaikan bertemakan pantun kasih, budi, jenaka dan lain-lain. Dalam lagu ini, penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan lucu. Alat muzik yang biasa digunakan dalam persembahan Dondang Sayang adalah rebana, gong dan biola.
Gambar 1.0.Kumpulan Dondang Sayang pada 1950. Alat muzik dari kiri: gong, biola dan rebana. Tarian Baba Nyonya sering menggunakan peralatan seperti sapu tangan, kipas, mangkuk tingkat, oren dan bakul siah. Penggunaan peralatan dalam tarian mewujudkan 22
pelbagai jenis tarian seperti Tarian Sapu Tangan atau Tarian Bimpoh, Tarian Bakul Siah, Tarian Payung dan Joget Trila-trila. Hasil penyelidikan telah menggambarkan masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai seni tarian yang tersendirian,
Gambar 2.0. Bakul Siah
Gambar 3.0 Tarian Kipas
23
9.0 Penutup Pengkajian tentang etnik Baba dan Nyonya telah membuka mata kami kepada sejenis etnik yang sungguh unik dari segi adat istiadatnya serta cara hidup mereka. Walaupun kebanyakan masyarakat dari etnik tersebut tidak lagi mengamalkan adatnya, namun masih ada beberapa harapan cerah lagi dari kumpulan-kumpulan yang ingin menghidupkan semula serta memelihara adatnya. Antara keistimewaannya yang perlu dilihatkan ialah keserian pakaiannya yang merupakan hasil sulaman tangan mereka sendiri, khasnya pada baju kebaya dan kasut manik yang amat rumitnya kecantikan dan halus buatannya. Hingga ke hari ini, masih terdapat ramai dari masyarakat ini yang memakai pakaian tradisional mereka. Lazimnya, pakaian mereka amat berlainan dan merupakan satu simbol identity masyarakatnya. Dari segi tarian, seninya harus dipertahankan kerana mempunyai seni tarian yang unik dan hal ini demikian, perpaduan antara kalangan masyarakat Cina dan Melayu dapat dilihatkan dalam percampuran adat dan budaya ini. Oleh itu, tarian sebegini dapat mencerminkan hubungan yang sihat antara kaum yang berlainan. Walaupun adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini nampaknya merumitkan, namun adat ini jugalah yang memperlihatkan betapa istimewanya masyarakat Baba dan Nyonya dimata masyarakat Malaysia. Sekalipun ada beberapa upacara yang mempunyai persamaan dengan kaum Cina, namun jika diteliti seakan-akan adatnya bercirikan kemelayuan.
24
Kebanyakan masakan Kaum Baba dan Nyonya mengandungi masakan asam pedas, sambal belacan, masakan lemak dan gulai serta terdapat banyak penggunaan cili. Masakan masyarakat Baba dan Nyonya amat unik kerana resipinya menampilkan budaya campuran cita rasa kaum Melayu dan Cina Pantang-larang etnik tersebut juga berbeza-beza dan terdapat pelbagainya yang boleh digunakan tetapi tidak sesuai lagi. Hal ini kerana terdapat beberapa pantanglarang yang terlalu ketat dan tidak praktikal untuk diamalkan oleh orang zaman kini. Dari segi bahasa pula, kebanyakannya sudah dikikis dari masyarakat mereka kerana zaman globalisasi kini tidak lagi menggunakan bahasa dulu. Tambahan lagi, masyarakat kini dah ramai diberikan pendidikan dan dapat bertutur secara fasih dalam bahasa kebangsaan serta bahasa Inggeris. Intihanya, suku etnik Baba dan Nyonya merupakan sejenis etnik yang berwarnawarni, dipenuhi dengan pelbagai adat yang istimewa walaupun merupakan sejenis etnik yang berkacukan kaum.
25
10.0 Lampiran 1. Peter Lee & Jennifer Chen (1998). Rumah Baba , Life in Peranakan House.National
Heritage Board ; Singapore History Museum 2. Tan Chee Beng (1992) . The Baba of Melaka , Culture and identify of a Chinese
Peranakan Community in Malaysia ; Pelanduk Publications 3. Tarian Baba Nyonya. (2015, June 18). Retrieved October 17, 2015, from
http://www.jkkn.gov.my/pemetaan/listing/tarian-baba-nyonya/ 4. Malaysian Carnival 2012. (2012, August 30). Retrieved October 17, 2015, from
http://www.malaysiancarnivalsa.com/2012/08/the-variation-of-malaysiantraditional.html 5. Tamadun Asia Tenggara. (2012, March 28). Baba dan Nyonya Di Melaka. Retrieved
2015,
from
http://tamadunasia.blogspot.my/2012/03/baba-dan-nyonya-di-
melaka.html 6. Kementerian Komunikas dan Multimedia Malaysia. (2010, Januari 12). Perkahwinan
Masyarakat
Cina
Peranakan.
Retrieved
2015,
from
http://www.kkmm.gov.my/index.php? option=com_content&view=article&id=503:perkahwinan-masyarakat-cinaperanakan&catid=65:dokumen&Itemid=145&lang=ms 7. Izzati Sobri. (2013, March 19). Budaya: Perkahwinan Masyaakat Baba Nyonya.
Retrieved
2015,
from
http://inikaryaezzaty.blogspot.my/2013/03/budaya-
perkahwinan-masyarakat-baba-dan.html 8. Etnik
Baba
dan
Nyonya.
(n.d.).
Retrieved
October
17,
2015,
from
http://sayauncleaz.blogspot.my/2012/11/etnik-baba-dan-nyonya.html
26
9. Keunikan Masyarakat Baba dan Nyonya. (n.d.). Retrieved October 17, 2015, from
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/8718-keunikan-masyarakat-babadan-nyonya.html 10. Keunikan Masyarakat Baba dan Nyonya. (2010, September 6). Retrieved October
14, 2015, from http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/8718-keunikanmasyarakat-baba-dan-nyonya.html 11. Taboos or Pantang-Larang for Baba Nyonya Marriages. (2010, April 6). Retrieved
October 14, 2015, from http://geographyhumanity.blogspot.my/2010/04/taboos-orpantang-larang-for-baba.html 12. Peranakan (Straits Chinese) community. (n.d.). Retrieved October 17, 2015, from
http://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_2013-08-30_181745.html 13. Peranakan Baba Malay The Endangered Language. (n.d.). Retrieved October 17,
2015, from http://peranakan.hostoi.com/page2.htm 14. Who are the Peranakans? (2014, July 22). Retrieved October 17, 2015, from
http://www.kimchoo.com/who-are-the-peranakans/
27