PERUTUSAN YANG DIPERTUA MPKj Asalammualaikum w.b.r; Saya merasa gembira dan berbangga kerana buat pertama kalinya Unit Pusat Setempat (OSC) MPKj telah memberikan idea serta berjaya menerbitkan buletin keluaran pertamanya yang dikenali sebagai “Buletin OSC” dan disasarkan keluarannya ialah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Saya sentiasa menyokong penuh segala usaha-usaha yang dapat memberikan faedah kepada semua samada untuk warga MPKj mahupun masyarakat luar. Apa yang dapat saya lihat ialah, “Buletin OSC” akan menjadi satu lagi wadah ilmu untuk bacaan umum yang bukan sahaja mengandungi artikel berkaitan dengan OSC itu sendiri tetapi ia turut memaparkan himpunan artikel penting yang disumbangkan oleh beberapa Jabatan Teknikal MPKj yang mempunyai kaitan secara langsung dengan urusan perancangan dan pembangunan di kawasan pentadbiran MP Kajang ini. Kawasan pentadbiran MPKj merupakan salah satu kawasan yang paling pesat membangun di Negeri Selangor. MPKj selaku PBT yang bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan hal ehwal pembangunan di daerah ini sudah tentulah sentiasa bersedia menerima tekanan dan arus pembangunan yang semakin mendesak. Saya juga amat kagum dengan keunikan dan keistimewaan yang terdapat di kawasan pentadbiran kami ini. Seperti yang telah sedia maklum, Kajang sememangnya telah dikenali oleh masyarakat tempatan dan luar sebagai produk Sate Kajang yang hebat, Bandar Ilmu kerana mempunyai Universiti dan Institusi yang berkualiti, ekoturism dan riadah yang menarik untuk dikunjungi seperti Gunung Nuang, Sg.Congkak, Sg.Gabai, Sg.Pangsun dan Sg.Tekala dan sebuah Padang Golf di Sungai Long yang diiktiraf di antara terbaik di Malaysia. Masyarakat lebih cepat mengenali keistimewaan yang tersedia ini kerana adanya usaha mempromosi dan publisiti secara meluas dilakukan oleh MPKj selama ini. Secara tidak langsung, dengan terhasilnya “Buletin OSC” ini akan menambahkan lagi koleksi terbitan penting dan berguna sebagai hebahan dan perkongsian ilmu kepada masyarakat umum samada di pihak kerajaan, swasta, pelajar mahupun orang perseorangan untuk lebih mengenali peranan dan fungsi OSC di MPKj. “Selamat Membaca” Sekian, terima kasih.
Dato’ Hasan Nawawi Bin Abd. Rahman D.P.M.P, K.M.N, A.M.P, P.P.T Yang Dipertua, MPKJ
1
OSC UNIT PUSAT SETEMPAT
DARI MEJA PENGARANG Asalammualaikum w.b.r; Syukur Alhamdulillah, akhirnya artikel berbentuk buletin telah berjaya diterbitkan untuk kali pertamanya oleh Unit Pusat Setempat, MPKj. Sejak mula saya ditugaskan berkhidmat di Unit Pusat Setempat, MPKj pada Oktober 2010 yang lalu, di antara perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya ialah apakah bentuk `sistem penyampaian berkesan’ yang boleh diwujudkan di unit ini agar ianya menjadi salah satu inspirasi dan perkongsian ilmu yang berguna serta dapat dimanfaatkan bersama samada untuk warga MPKj mahupun masyarakat umum. Lanjutan daripada itu timbullah idea untuk saya segera menerbitkan artikel yang dikenali sebagai “Buletin OSC”. “Buletin OSC” saya sasarkan penerbitannya sekurang-kurangnya sekali dalam setahun dan isi kandungannya adalah berkisar kepada perkara-perkara yang menjadi rutin dalam proses permohonan OSC, skop perancangan, kawalan pembangunan, binaan bangunan, kejuruteraan dan landskap serta isu-isu yang berkaitan dengan perancangan dan pembangunan di Negeri
Selangor, khususnya di kawasan pentadbiran MPKj. Untuk terbitan pertama ini, “Buletin OSC” memuatkan artikel yang menyentuh mengenai peranan OSC, peranan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kebenaran Merancang, Lanskap, ‘TIA dan RSA’, Konsep Bangunan Hijau dan Status Permohonan ke OSC. Aktiviti-aktiviti OSC juga tidak terkecuali dipaparkan di Buletin ini. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Y.Bhg. Dato’ Hasan Nawawi B. Abd. Rahman, Yang Dipertua MPKj di atas sokongannya untuk menerbitkan artikel ini, kaki tangan OSC yang turut menjayakan penerbitan “Buletin OSC” dan kerjasama rakan-rakan dari Jabatan Teknikal Dalaman yang sudi dan bersedia menyumbangkan artikel yang berkaitan untuk tatapan bersama. Semoga kita berjumpa lagi di keluaran akan datang. Sekian, terima kasih.
En. Nor Hishammudin Bin Ismail, A.N.S Pengarah Unit Pusat Setempat (OSC), MPKJ
SIDANG PENGARANG PENASIHAT
Yg. Bhg Dato’ Hasan Nawawi Bin Abd. Rahman D.P.M.P, K.M.N, A.M.P, P.P.T Yang Dipertua, MPKJ
JURUFOTO
Pn. Azizah Binti Ramli En. Hakkim Bin Khalid
PENGARANG
TEKNIKAL En. Zuraidi Bin Zakaria Pn. Nor Azua Binti Borahnordin En. Izdihar Bin Mohd Sidek En. Johan Mohamad
Pengarah, Unit Pusat Setempat (OSC), MPKJ
SUMBANGAN PENERBITAN
Tuan Haji Zul-Kefli @ Zulkefli Bin Khalid Timbalan Yang Dipertua, MPKJ
En. Nor Hishammudin Bin Ismail, A.N.S
PENOLONG PENGARANG
En. Muhammad Hasmadi Bin Abdullah Penolong, Pengarah Unit Pusat Setempat (OSC), MPKJ
OSC
UNIT PUSAT SETEMPAT
2
Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Kajang
M engenali
Mercutanda Dataran Kajang
Mercutanda ini melambangkan 4 elemen utama yang menjadi tarikan pelawat ke Kajang dan 4 elemen teras tersebut ialah:
• • • •
Kipas Daun Palma Lontar (Borassus Fabelifer) – melambangkan kemasyhuran Sate Kajang. Gading di tengah – Kajang sebagai destinasi Pusat Pengajian Tinggi (Bandar Ilmu). Daun – pusat tumpuan aktiviti eko-tourism, tarikan flora dan fauna dan alam semulajadi. Bola Golf – Kajang sebagai hub ‘destinasi sport tourism (golf )’.
Mercutanda ini telah dibina pada 1 April 2011 dan siap sepenuhnya pada 15 Julai 2011. Pembinaan mercutanda ini telah diilhamkan oleh Yang Berbahagia Dato’ Hasan Nawawi bin Abd Rahman (Yang Dipertua MPKj) dan telah direkabentuk oleh Encik Effendi bin Awi (Pembantu Teknik Landskap).
3
OSC UNIT PUSAT SETEMPAT
FUNGSI
JABATAN PERANCANGAN BANDAR & DESA (JPBD) Perancangan Bandar dan Desa merupakan satu perkara dalam senarai Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Di peringkat Persekutuan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, diletakkan di bawah portfolio Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Peranan utama jabatan ini adalah untuk memberi nasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen dalam semua hal yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa di seluruh negara. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) ditubuhkan pada tahun 1921 dengan perlantikan En. Charles Compton Reade sebagai Pegawai Perancang Bandar Kerajaan yang pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Beliau bertanggungjawab merancang skim-skim perancangan terutamanya di Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban di samping bandar-bandar lain di Selangor, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Sabah. Peranan utama JPBD Negeri ialah sebagai penasihat utama kepada kerajaan negeri mengenai setiap bidang dan perkara yang berkaitan dengan hal ehwal penggunaan dan pemajuan tanah. Peranannya adalah merangkumi aktiviti-aktiviti teknikal seperti Urus Setia Jawatankuasa Perancang Negeri dan Lembaga Rayuan; menyelaras rancangan-rancangan pemajuan; menyediakan projek-projek khas; memberi khidmat nasihat perancangan; dan memproses permohonan OSC peringkat negeri.
OSC
UNIT PUSAT SETEMPAT
4
Fungsi JPBD Peringkat Persekutuan Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan tanah. Bertindak sebagai urus setia kepada Majlis Perancangan Fizikal Negara yang dibentuk di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif, efektif dan efisien melalui undang-undang perancangan, methodologi perancangan, kajian perancangan, piawaian, prosedur dan kaedah perancangan. Menterjemahkan dasar sosio-ekonomi nasional kepada bentuk fizikal dan spatial mengikut formula guna tanah dan dasar serta program penempatan. Membantu Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi kerajaan dalam penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas. Menyelia, mengemas kini dan menerbitkan perangkaan, buletin dan kaedah yang berkaitan dengan Perancangan Bandar dan Desa.
Fungsi JPBD Peringkat Negeri Bertindak sebagai penasihat utama kepada Kerajaan Negeri dalam semua hal perancangan, termasuk penggunaan dan pembangunan tanah. Berfungsi sebagai Urus Setia kepada Jawatankuasa Perancang Negeri yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Menasihati Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan dasar dan kawalan perancangan tanah dan bangunan. Mengawal pembangunan dalam negeri termasuklah kelulusan dan kawal selia ke atas pelaksanaan Rancangan Pemajuan. Membantu dalam penyediaan tata atur bagi projek khas yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri. Mengendalikan kajian dan penyelidikan berkenaan dengan penggunaan dan pembangunan tanah.
Fungsi JPBD Peringkat Tempatan Merancang, menyelaras dan mengawal penggunaan dan kemajuan tanah dan bangunan dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Mengendali, membantu dan menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian dan penerbitan statistik, buletin, monograf dan penerbitan lain yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa serta perkaedahannya. Melaksanakan tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau Jawatankuasa Perancang Negeri dari semasa ke semasa.
5
OSC UNIT PUSAT SETEMPAT
UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) Sejarah Penubuhan
Pelaksanaan Pusat Setempat adalah merupakan suatu mekanisme yang diwujudkan bagi mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan selaras dengan penambahbaikan ke atas sistem penyampaian Kerajaan di peringkat tempatan. Semasa Pelancaran Persidangan Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Kerajaan pada 13hb. April 2007, Perdana Menteri juga telah bersetuju supaya OSC ditubuhkan di setiap PBT di Malaysia. Pada 30hb Mei 2007, Unit Pusat Setempat (OSC) secara rasminya telah ditubuhkan dan dilaksanakan sepenuhnya bermula pada 11hb. Jun 2007.
Rasional Penubuhan Menyelaras dan memudahcara proses kelulusan permohonan pembangunan tanah, permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan infrastruktur dan pelan-pelan lain yang berkaitan. Untuk memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan di bawah Konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) dalam tempoh empat (4) bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan; dan Untuk menyeragamkan prosedur dan proses permohonan cadangan pemajuan dengan mengambilkira peruntukan peruntukan d bawah Kanun Tanah Negara 1976 (Akta 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133). Peranan Dan Fungsi Jenis-Jenis Permohonan Menerima dan menyemak permohonan pembangunan tanah, 1 PERMOHONAN SERENTAK(PS) Kebenaran Merancang + Pelan Infrastruktur + Pelan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan infrastruktur, Bangunan + Pelan Landskap + Pelan Lampu Jalan pelan lampu jalan, pelan landskap dan pelan pelan lain yang 2 PERMOHONAN SERENTAK(PB) 2.1 Kebenaran Merancang + Pelan berkaitan. Infrastruktur(PB1) 2.2 2.3 2.4 2.5
Meneliti permohonan yang diterima memenuhi kehendak asas senarai semak dan syarat-syarat yang ditetapkan. Membuat edaran permohonan cadangan pemajuan kepada jabatan teknikal dalaman, MPKj dan jabatan teknikal luaran untuk ulasan; Memantau permohonan-permohonan yang telah diedarkan kepada agensi / jabatan teknikal dalaman dan luaran.
Pelan Infrastruktur + Pelan Bangunan + Pelan Landskap + Pelan Lampu Jalan(PB2) Pelan Bangunan + Pelan Landskap + Pelan Lampu Jalan(PB3) Kebenaran Merancang + Pelan Bangunan(PB4) Kebenaran Merancang + Pelan Infrastruktur + Pelan Bangunan(PB5)
3
PERMOHONAN BERASINGAN 3.1 Pelan Kebenaran Merancang 3.2 Pelan Infrastruktur 3.3 Pelan Bangunan 3.4 Pelan Landskap 3.5 Pelan Lampu Jalan 3.6 Sijil Kelayakan Menduduki/CFO
4
PERMOHONAN CCC 4.1 Pengemukaan notis penyiapan berperingkat iaitu peringkat substruktur (G1-G3), Superstruktur (G4-G12) & perkhidmatan luaran/dalaman (G13-G21) 4.2 Pengemukaan Laporan ketidakpatuhan CCC
Mengumpul & menyelaras kertas perakuan / laporan mesyuarat yang disediakan oleh Jabatan Perancang, Bahagian Bangunan & Jabatan Kejuruteraan untuk di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat. Mengurusetia mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat sebanyak 2 kali sebulan
Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat kepada Pentadbir Tanah bagi permohonan yang melibatkan Seksyen 124A dan 204D, Kanun Tanah Negara. Menyediakan Minit Mesyuarat dan Pelaporan Perakuan Mesyuarat untuk makluman Mesyuarat Penuh dan menyediakan serta mengedarkan surat keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat kepada pemohon dan agensi teknikal. OSC
UNIT PUSAT SETEMPAT
6
STRUKTUR ORGANISASI
UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)-2011 NOR HISHAMMUDIN ISMAIL A.N.S PENGARAH (Pegawai Perancang Bandar-J48)
MUHAMMAD HASMADI ABDULLAH
PENOLONG PENGARAH (Pegawai Perancang Bandar-J41)
NOR AZUA BORAHNORDIN
ZURAIDI ZAKARIA
PEMBANTU TEKNIK (PERANCANG) (Penolong Pegawai Perancang Bandar -J29)
MOHD HAKKIM KHALID
MOHD RAZIF ROSLI
JURUTEKNIK (SENIBINA) (Juruteknik Senibina Bangunan -J17)
N17
(PEMBANTU TADBIR - N17)
(Kosong)
AZIZAH RAMLI
JURUTEKNIK (AWAM) (Juruteknik Kejuruteraan Awam -J17)
MOHD HAFIZ BURHANNUDDIN
(PEMBANTU TADBIR - N17)
J29
PEMBANTU TEKNIK (SENIBINA) (Penolong Pegawai Senibina -J29)
JOHAN MUHAMMAD AZLAN
JURUTEKNIK (PERANCANG) (Juruteknik Perancang Bandar -J17)
NORLAILI MD TAIB
MOHD. IZDIHAR MOHD SIDEK
PEMBANTU TEKNIK (AWAM) (Penolong Jurutera Awam -J29)
(Kosong)
NOOR JUNIZAH A. DAUD
N17
(PEMBANTU TADBIR - N17)
(Kosong)
N1
(PEMBANTU AM PEJABAT - N1)
(Kosong)
KEAHLIAN JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT Yg. Bhg Dato’ Hasan Nawawi Bin Abd. Rahman D.P.M.P, K.M.N, A.M.P, P.P.T
PENGERUSI
Tuan Hj Zul-Kefli @ Zulkefli Bin Khalid
En. NorHishammudin Bin Ismail, A.N.S
TIMBALAN PENGERUSI
SETIAUSAHA
URUSETIA MESYUARAT (Pencatat Minit)
En. Muhammad Hasmadi Bin Abdullah
PENOLONG SETIAUSAHA
(i) Penolong Jurutera Awam (ii) Penolong Pegawai Perancang Bandar (iii) Penolong Pegawai Senibina
AGENSI TEKNIKAL DALAMAN
AGENSI TEKNIKAL LUARAN JPBD
JABATAN PERANCANGAN BANDAR & DESA NEGERI SELANGOR
PTG
PEJABAT TANAH & GALIAN NEGERI SELANGOR / PENTADBIR TANAH DAERAH HULU LANGAT
TNB
TENAGA NASIONAL BERHAD
JAS
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR
JKR
JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR
BOMBA
JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA
SYABAS
SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR
IWK
INDAH WATER KONSURTIUM
IKRAM
KUMPULAN IKRAM SDN BHD
SKMM
SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA
PPSPN
PERBANDANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA
LUAS
AHLI MAJLIS YDH. Dato’ Ungku Rani Bin Dato’ Shamsudin D.P.M.S, S.M.S, J.S.M, P.J.K
Tuan. Haji Razaly Bin Hassan
En. Chandra Mohan A/L Thambirajah
En. Lee Learn Eng
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR
7
OSC UNIT PUSAT SETEMPAT
KEBENARAN
MERANCANG?
Setiap syarat dan peraturan dalam permohonan tersebut perlu dipatuhi oleh pemohon sebagaimana ditetapkan menerusi peruntukan Akta, kaedah, garis panduan dan prosedur yang digunapakai oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan.
Proses dan prosedur permohonan KM yang digunapakai oleh PBPT adalah berdasarkan kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Setiap permohonan mengandungi butir-butir pemajuan yang dicadangkan dan disertakan dengan dokumen, pelan, dan fi yang ditetapkan. Kebenaran Merancang merupakan kebenaran yang diberikan secara bertulis oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) dengan syarat atau tanpa syarat kepada seseorang untuk menjalankan sesuatu pemajuan. Merujuk kepada Subseksyen 2(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976(Akta 172), Kebenaran Merancang ditakrifkan sebagai ‘kebenaran yang di berikan, dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan’. Seksyen 20, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172) dengan jelas melarang sebarang pemajuan yang tiada Kebenaran Merancang, “Tiada seorangpun boleh memulakan, mengusahakan atau menjalankan apa-apa pemajuan selain menurut Kebenaran Merancang yang diberikan kepadanya di bawah Seksyen 22 berkenaan dengan pemajuaan itu atau syarat-syarat Kebenaran Merancang itu”. Objektif KM 1. Bagi memastikan pemajuan dan penggunaan tanah oleh orang perseorangan, kumpulan dan pemaju dapat dilaksanakan dalam keadaan teratur dan terancang. 2. Untuk mewujudkan persekitaran kehidupan yang lebih selesa, selamat dan harmoni kepada penghuninya dari pelbagai masalah yang sering timbul seperti pencemaran, kesesakan lalulintas, ketidakselesaan, kepadatan yang melampau, kacauganggu dan masalah hakisan serta tanah runtuh. 3. Dengan adanya KM, pemantauan secara menyeluruh lebih mudah dilaksanakan dan dikesan kerana mempunyai rekod dan file dalam PBT yang disimpan. Langkah-langkah Bagi Memohon Kebenaran Merancang (KM) Seksyen 21, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172) menyatakan sesiapa sahaja boleh mengemukakan permohonan KM. Walaubagaimanapun jika pemohon itu bukan pemilik tanah berkenaan, beliau perlu mendapatkan keizinan mengenai pemajuan yang dicadangkan dan persetujuan bertulis daripada pemilik tanah tersebut serta mencatitkannya di dalam permohonan KM.
OSC
UNIT PUSAT SETEMPAT
8
Diantara langkah-langkah yang perlu diambil untuk kemukakan permohonan KM adalah seperti berikut: Langkah 1: Permohonan KM boleh dibuat oleh pemilik tanah itu sendiri atau menerusi perunding yang dilantik dan hendaklah dikemukakan kepada PBPT melalui Unit Pusat Setempat (OSC). Segala pertanyaan dan syarat-syarat, mendapatkan borang, senarai semak OSC, Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) dan jumlah fi yang ditetapkan boleh diperolehi di kaunter OSC Pihak Berkuasa Tempatan. Unit Pusat Setempat (OSC) adalah berperanan sebagai urusetia permohonan KM di Pihak Berkuasa Tempatan. Langkah 2: Pemohon perlu memastikan maklumat dan dokumen permohonan adalah lengkap supaya OSC dapat memproses permohonan tersebut dengan lancar serta menepati tempoh masa yang ditetapkan. Permohonan tersebut akan dirujuk kepada Agensi Teknikal berkaitan bagi mendapatkan ulasan. Diantara Agensi Teknikal yang terlibat ialah: 1)
Agensi Teknikal Dalaman (Pihak Berkuasa Tempatan): - Jabatan Perancang - Jabatan Kejuruteraan - Jabatan Bangunan - Jabatan Perkhidmatan Perbandaran - Jabatan Landskap - Jabatan Penilaian
2) Agensi Teknikal Luaran: - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri - Pejabat Tanah Daerah / Pejabat Tanah dan Galian - Jabatan Kerja Raya - Jabatan Pengairan dan Saliran - Jabatan Alam Sekitar - Indah Water Konsortium (IWK) - Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) - Tenaga Nasional Berhad - Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM)
Langkah 3: Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat akan bersidang pada setiap bulan sebanyak dua kali mesyuarat. Sepertimana peruntukan subseksyen 22(2) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172), PBT hendaklah memberi pertimbangan terhadap perkara-perkara berikut: - Peruntukan-peruntukan rancangan pemajuan - Peruntukan yang berkemungkinan dibuat dalam sesuatu rancangan pemajuan yang sedang disediakan - Peruntukan dalam Akta Perkhidmatan Pembentungan 1993 - Laporan cadangan Pemajuan - Bantahan (jika ada) yang dibuat di bawah seksyen 21 - Apa-apa arahan daripada Jawatankuasa Perancang Negeri Di dalam mempertimbangkan keputusan KM, Jawatankuasa juga perlu memberi perhatian akan pemajuan yang melibatkan perkara-perkara berikut sepertimana peruntukan di bawah Subseksyen 22(2A) iaitu: 1. Pembangunan baru dengan penduduk melebihi 10,000 atau berukuran lebih 100 hektar atau kedua-duanya. 2. Pembinaan infrastruktur atau kemudahan utama seperti lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan keretapi, lebuh raya, empangan, janakuasa dan tempat pembuangan sisa toksik. 3. Melibatkan puncak atau lereng bukit dan kawasan sensitif alam sekitar. Menerusi Subseksyen 22(4) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172) pula, kebenaran merancang tidak boleh diberikan jika; - - -
Pemajuan itu jika diluluskan akan menyalahi sesuatu peruntukan rancangan pemajuan; Pemohon belum membuat bayaran caj pemajuan yang sepatutnya dijelaskan; Berlawanan dengan arahan-arahan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN).
Semasa bersidang, Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat akan merumus, menimbang dan membuat keputusan samada memberi kebenaran merancang secara mutlak dengan syarat atau enggan memberikan kebenaran merancang terhadap permohonan tersebut sepertimana peruntukan di bawah Seksyen 22 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172). Langkah 4: Menerusi Unit Pusat Setempat (OSC), notis pemberitahuan keputusan permohonan kebenaran merancang akan
diberikan kepada pemohon melalui borang sepertimana yang ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Kawalan Perancangan (Am) dengan dinyatakan tarikh kebenaran merancang diberi dan tarikh luput kebenaran merancang tersebut. Sekiranya pemohon tidak berpuashati dengan keputusan kebenaran merancang yang diberikan oleh PBPT, pemohon boleh mengemukakan rayuan ke Lembaga Rayuan Negeri dalam tempoh sebulan daripada tarikh keputusan kebenaran merancang diterima, sepertimana peruntukan dibawah seksyen 23 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta172). Langkah 5: Pemajuan hendaklah dimulakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kebenaran merancang itu diberikan. Lanjutan tempoh kebenaran merancang akan dibenarkan jika pemohon memohon untuk lanjutan tempoh iaitu sebelum berakhirnya tempoh kebenaran merancang tersebut. Jika pemajuan tidak dijalankan dan tempoh kebenaran merancang telah luput, pemohon perlu mengemukakan semula permohonan baru dan fi baru akan dikenakan. Semasa tempoh lanjutan kebenaran merancang diberikan, PBPT juga boleh mengenakan syarat baru atau mengubah syarat terdahulu yang difikirkan patut dan perlu sepertimana peruntukan dibawah Subseksyen 24(5) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172). Kesimpulan: Mensyaratkan permohonan untuk pemajuan perlu ada kebenaran merancang terlebih dahulu bukanlah satu perkara yang dianggap sebagai bebanan atau penghalang kepada usaha untuk pembangunan tetapi ia perlu dilihat dari sudut positif yang telah memberikan banyak kebaikan kepada semua. Dengan kepesatan pembangunan seiring dengan pertambahan penduduk yang semakin meningkat, kebenaran merancang adalah merupakan satu alat atau kaedah yang paling berkesan dan penting bertujuan untuk menyelaras, mengawal dan memastikan setiap pembangunan yang dilaksanakan adalah mengikut landasan perundangan yang betul, perancangan yang teratur dan pembangunan yang menyeluruh. Semua kriteria ini adalah sebagai usaha dan langkah Pihak Berkuasa Tempatan ke arah mewujudkan sebuah persekitaran kehidupan masyarakat yang aman, tenteram, selamat dan selesa untuk didiami serta menjadi aset yang tidak ternilai untuk generasi hari ini dan seterusnya.
9
OSC UNIT PUSAT SETEMPAT
LANDSKAP MAJLIS PELANCARAN DASAR LANDSKAP NEGARA DAN SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2011 Bandar Baru Bangi, 30 September 2011 – Majlis Pelancaran Dasar Landskap Negara (DLN) yang bermatlamat menjadikan Malaysia Negara Taman Terindah menjelang tahun 2020 dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin. Ia dilancar serentak dengan Sambutan Hari Landskap Negara 2011 yang di adakan di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Dasar ini digubal sebagai satu panduan operasi yang komprehensif berasaskan kepada signifikasi sumber landskap semula jadi tempatan serta kemampanan persekitaran. Dasar ini diluluskan Jemaah Menteri pada 22 Disember 2010 untuk digunakan sebagai rujukan serta garis panduan operasi untuk membangun dan memelihara landskap sebagai khazanah negara. (Majlis Perbandaran Kajang telah terpilih menjadi lokasi tempat perasmian Dasar Landskap Negara 2011).
DASAR LANDSKAP NEGARA VISI
Menjadikan Malaysia Negara Taman Terindah menjelang Tahun 2020.
PENYATAAN DASAR
Mewujudkan landskap yang berfungsi dan mampan berasakan alam semulajadi Malaysia dalam merealisasikan Wawasan Negara Taman Terindah 6 PRINSIP DASAR LANDSKAP NEGARA 1. Etika pemuliharaan landskap semulajadi yang telah lama berakar umbi dalam nilai agama dan nilai budaya semua rakyat Malaysia perlu dikekalkan. 2. Sumber landskap semulajadi adalah khazanah yang perlu dipulihara dan diuruskan secara mampan sebagai pelaburan untuk menghasilkan faedah kepada negara. 3. Landskap yang mengutamakan ciri semulajadi, iklim dan ekologi setempat akan menghasilkan persekitaran kehidupan berkualiti. 4. Melandskapkan negara melalui usaha yang terancang rapidi peringkat nasional, negeri dan tempatan adalah tanggungjawab semua lapisan masyarakat. 5. Kerajaan bertanggungjawab untuk melaksanakan Dasar landskap Negara dengan kerjasama rapat semua pihak. 6. Kesedaran awam dan pendidikan berterusan adalah penting bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia Negara Dalam Taman Terindah. OSC
UNIT PUSAT SETEMPAT
10
7 TERAS DASAR LANDSKAP NEGARA 1. MEMBUDAYAKAN KECINTAAN TERHADAP LANDSKAP. 2. MEMANTAPKAN MEMPERTINGKATKAN KUALITI LANDSKAP BAGI MENCAPAI MATLAMAT NEGARA TAMAN TERINDAH. 3. MEMBANGUNKAN PROGRAM PEMBANGUNAN LANDSKAP BAGI PENYEDIAAN INFRASTRUKTUR HIJAU YANG BERFUNGSI DAN MAMPAN. 4. MEMELIHARA LANDSKAP SEMULAJADI SEBAGAI KHAZANAH NEGARA. 5. MEMBANGUNKAN ORGANISASI DAN SUMBER MANUSIA KOMPETEN UNTUK PEMBANGUNAN LANDSKAP NEGARA. 6. MENYEDIAKAN PERUNDANGAN, PERATURAN DAN PENGUATKUASAAN LANDSKAP. 7. MEMACU INDUSTRI LANDSKAP NEGARA.
Kriteria Pokok Yang Tidak Dibenarkan Dalam Cadangan Pembangunan Pokok yang bergetah
Artocarpus heterophyllus
Artocarpus altilis
Ficus variegata
Carbera adollam
Pokok yang merosakan permukaan berturap
Pokok yang berduri
Citrus aurantifolia
Pokok yang beracun
Hura crepitans
Acacia mangium
Spesifikasi Pokok Yang Disyaratkan Dalam Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Di Majlis Perbandaran Kajang Pokok Rasmi MPKj: Pokok Cempaka Putih-Michelia alba disyaratkan 30% daripada keseluruhan jumlah pokok teduhan dicadangkan
peltophorum pterocarpum
Pokok yang dahan mudah rekah dan patah
Ketinggian pokok 1.5m-2.5m Diameter batang Pokok 50mm-75mm Jarak Penanaman 5.0m-10.0m dari batang ke batang (mengikut rekabentuk dan kesesuaian penggunaan)
Michelia alba
Saiz Lubang Tanaman 1m x 1m x 1m Sokongan & Pemancangan Mengikut spesis pokok sama ada menggunakan kayu pancang atau kabel yang boleh dilaras Mengikut arah angin Kesesuaian Pemilihan Pokok Berfungsi, senang diselengara dan bersesuaian dengan tapak cadangan
Albizia saman
Sesbania grandiflora
Kempen Penanaman Pokok Peringkat Kebangsaan “ Pelancaran Kempen Penanaman Pokok Kebangsaan secara serentak di seluruh negara pada hari ini menandakan bermulanya usaha menanam pokok secara besar-besaran untuk mencapai 3 juta pokok pada tahun 2000 dan 20 juta pokok pada tahun 2020�. Petikan Teks Ucapan Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad Perdana Menteri Malaysia Ke-4, Kempen Tanam Pokok Seluruh Negara, 3 Mac 1997, Kuala Lumpur
11 OSC UNIT PUSAT SETEMPAT
PENILAIAN KESAN LALULINTAS
(TRAFFIC IMPACT ASSESSMENT-‘TIA’)
Penilaian Kesan Lalulintas “Traffic Impact Assessment-TIA” merupakan satu mekanisma bagi mengenalpasti implikasi daripada sesebuah pembangunan yang memungkinkan impak kepada sistem pembangunan di dalam tapak cadangan dan juga sistem pengangkutan di kawasan sekitar secara keseluruhannya. Dalam konteks Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)penilaian ini telah digunakan sebagai asas untuk memperbaiki dan menentukan hala tuju penambahbaikan terhadap jalan sediada dan masa akan datang dengan mengambil kira keperluan dan permintaan semasa. Keperluan ‘TIA’ Penyediaan Laporan Penilaian Kesan Trafik (TIA) perlu untuk menilai kesan cadangan pembangunan dan membantu Pihak Berkuasa Tempatan di dalam merencana sistem pengakutan dan membuat keputusan di dalam cadangan pembangunan gunatanah.
Objektif 1. Memeriksa dan menganalisis keadaan trafik semasa di atas jalan dan persimpangan yang berhampiran dengan kawasan cadangan pembangunan. 2. Mengukur dan menilai impak cadangan pembangunan dari segi trafik dan sistem rangkaian jalan. 3. Menilai penyediaan kemudahan ruang letak kenderaan yang disediakan dalam sesebuah cadangan pembangunan. 4. Menilai sistem sirkulasi dalaman oleh cadangan pembangunan 5. Mengemukakan cadangan mengenai cara cara untuk meminimakan masalah yang timbul daripada sesebuah cadangan pembangunan. OSC
UNIT PUSAT SETEMPAT
12
Skop ‘TIA’ 1. Pengumpulan data trafik melalui tinjauan tapak serta analisis maklumat yang berkaitan dengan trafik. 2. Menjalankan “survey” isipadu trafik selama 16 jam di persimpangan bagi jalan dan persimpangan utama daam kawasan kajian yang berhampiran tapak cadangan. 3. Membuat penilaian terhadap keadaan trafik samaada dari segi keupayaan rangkaian jalan dan persimpangan. 4. Membuat unjuran trafik yang mungkin terhasil akibat daripada cadangan pembangunan. 5. Mengenalpasti masalah yang tehasil daripada trafik yang terjana daripada cadangan pembangunan terutamanya dari segi “Level Of Service-LOS” jalan-jalan sediada dan persimpangan.
AUDIT KESELAMATAN JALAN RAYA (ROAD SAFETY AUDIT –‘RSA’)
Audit Keselamatan Jalanraya merupakan satu langkah bagi mencegah kemalangan dimana keutamaan audit adalah untuk memastikan keselamatan jalan yang dibina selamat samada sebelum projek dilaksanakan, pembinaan, operasi dan pennyelengaraan setelah diselesaikan. Objektif 1. Mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku pada jalan baru atau jalan yang diubahsuai. 2. Mengelakkan kemungkinan dari aspek perancangan yang boleh menyumbangkan kepada berlakunya kemalangan pada rangkaian yang lain. 3. Membolehkan pengguna jalan memahami dengan jelas penggunaan jalan baru dan jalan yang telah diubahsuai. Skop / Peringkat Audit Keselamatan Jalanraya Audit secara berperingkat menurut proses pembinaan iaitu dari awal sehingga akhir projek tertakluk kepada semua jenis kategori jalan. Peringkat yang dimaksudkan adalah seperti berikut;Audit Peringkat 1 Merangkumi audit di dalam kajian dan perancangan iaitu tertumpu kepada projekprojek kecil atau projek yang melibatkan kerja pembaikan dan pemulihan jalan Selain itu ia dikhususkan untuk mengaudit projek infrastruktur bagi kenderaan major ketika peringkat kajian dan perancangan bagi mengelakkan komitmen pada peringkat yang seterusnya. Audit Peringkat 2 Melibatkan rekabentuk awalan merangkumi geometri seperti penjajaran mendatar, menegak, kadar sendengan, pengurusan lalulintas dan susunatur persimpangan Penekan terhadap aspek keselamatan sebelum kerja-kerja rekabentuk terperinci dijalankan. Audit Peringkat 3 Rekabentuk terperinci di mana pertimbangan proses pemilihan dan penggunaan piawai serta panduan bagi mencari ruang dan tapak bersesuaian bagi sebarang lencongan jajaran jalan di samping mengenalpasti objektif keselamatan
dalam rekabentuk. Pemeriksaan kadar potensi bahaya yang mungkin berlaku berikutan pergabungan penjajaran mendatar dan menegak atau pemilihan kriteria rekabentuk yang selamat. Audit Peringkat 4 Meiputi penyiasatan tapak di dalam peringkat pembinaan merangkumi waktu siang dan malam sebelum aspek penyelesaian praktikal atau sebelum pembukaan projek baru yang berkaitan dengan trafik. Penilaian dalam bentuk tiga(3) dimensi termasuk segala perubahan atau pengubahan yang dibuat ketika pembinaan. Audit Peringkat 5 Merangkumi semua aspek perancangan, merekabentuk dan pembinaan sesebuah jalan yang telah sediada atau yang sedang beroperasi. Juga boleh difahami sebagai peringkat operasi dan penyelengaraan termasuk mengkaji masalah keselamatan yang wujud dan mungkin terjadi semasa operasi trafik dan mengenalpasti risiko bahaya yang mungkin terjadi. Audit ini meliputi pelbagai perkara termasuk keselamatan trafik yang berkaitan dengan tanda kerja jalan dan pegurusan trafik sepanjang pembinaan.
13 OSC UNIT PUSAT SETEMPAT
PEMBANGUNAN
MAMPAN MENERUSI KONSEP BANGUNAN HIJAU “GREEN BUILDING” Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Proses pembangunan dan pembinaan yang terlalu bergantung pada penggunaan bahan api fosil telah banyak membangkitkan kegusaran terhadap isu kemampanan Bangunan hijau merupakan konsep yang agak baru yang menganjurkan penggunaan sumber tenaga secara cekap, pewujudan harmoni antara iklim dan budaya setempat, kitar semula bahan bahan, meningkatkan kualiti alam sekitar di tapak dan dalam bangunan serta meminimumkan perlepasan asap toksid sepanjang hayat projek. Keperluan Kepada Konsep Bangunan Hijau Perkembangan sektor pembinaan yang berterusan bukan saja berkait rapat dengan pelaksanaan strategi penjimatan sumber tenaga dan kesannya terhadap perubahan iklim global malah kualiti hidup insan dan apa yang akan diwariskan kepada generasi akan datang. Konsep Bangunan Hijau komited dalam penjimatan tenaga, pemuliharaan sumber, pembaziran suhu dan produktiviti persekitaran sihat di dalam sesebuah bangunan. Objektif Pendekatan Bangunan Hijau 1. Penggunaan tenaga, air dan sumber-sumber lain secara berkesan dan tidak membazir serta menggalakkan penggunaan tenaga ganti dengan sumber semulajadi yang lebih bersih dan berkualiti. 2. Melindungi penghuni daripada mengalami “building sick” dan meningkatkan tahap pengudaraan para pekerja yang bekerja di dalam bangunan. 3. Mengurangkan pencemaran, pembaziran, dan masalah alam sekitar. Penjimatan penggunaan tenaga elektrik dapat mengurangkan suhu global. OSC
UNIT PUSAT SETEMPAT
14
Skop Penilaian Konsep Bangunan Hijau Alat penarafan bangunan dan lebih dikenali sebagai Green Building Index (GBI) dibangunkan oleh para profesional industri binaan tempatan yang dilancarkan pada bulan Mei 2009. Sistem penarafan atau ‘rating system’ tersebut memberi peluang kepada pemaju-pemaju dan pemilik bangunan untuk merekabentuk dan membina bangunan hijau berdasarkan 6 kriteria berikut; 1. Kecekapan tenaga (energy efficiency) 2. Kualiti persekitaran dalaman (indoor environment quality) 3. Perancangan dan pengurusan tapak yang mampan (sustainable site planning and management) 4. Sumber dan bahan (material and resources) 5. Kecekapan air (water efficiency) 6. Inovasi (innovation) Keenam-enam kriteria ini digunakan untuk menilai semua bangunan termasuk bangunan komersial dan rumah kediaman Penilaian ke atas reka bentuk sesebuah bangunan akan menentukan sama ada sesuatu bangunan tersebut layak mendapat klasifikasi GBI Certified, sama ada Silver, Gold atau Platinum.
STATISTIK
PERMOHONANAN DI UNIT PUSAT SETEMPAT Jumlah Permohonan Mengikut Negeri dandan PBTPBT di Malaysia Jumlah Permohonan Mengikut Negeri (dari(13 13April April2007 2007 - 16 November 2011) - 16 November 2011)
Bil Negeri
1
2
3
5
6
7
Jumlah
1
01:Johor Darul Takzim
2046
3067
1548
9999
896
764
24
18,344
2
02:Kedah Darul Aman
667
2001
1252
12074
526
315
48
16,883
3
03:Kelantan Darul Naim
3909
3892
62
6673
406
414
29
15,385
4
04:Melaka Bersejarah
369
557
329
2857
129
163
2
4,406
5
05:Negeri Sembilan Darul Khusus
817
1892
678
4481
282
417
1
8,568
6
06:Pahang Darul Makmur
971
2317
1298
6219
461
685
18
11,969
7
07:Pulau Pinang
8
08:Perak Darul Ridzuan
9
09:Perlis Indera Kayangan
165
2650
2715
6802
385
90
16
12,823
3789
6341
1580
17717
806
2883
97
33,213
61
206
153
416
38
0
0
874
10 10:Selangor Darul Ehsan
4450
10626
5079
8368
1869
3365
77
33,834
11 11:Terengganu Darul Iman
2239
6904
236
8708
1089
227
8
19,411
12 14:Wilayah Persekutuan
5455
5787
1653
9935
1064
724
14
24,632
24,938
46,240
16,583
94,249
7,951
10,047
334
200,342
Jumlah
Laporan sehingga : 16-Nov-2011
Jumlah Permohonan Mengikut Negeri Jumlah Permohonan Mengikut Negeri dandan PBTPBT di Selangor (dari(13 13April April2007 2007 - 16 November 2011) - 16 November 2011)
Bil PBT
4
1
2
3
4
5
6
7
Jumlah
Negeri : Selangor Darul Ehsan 1
Majlis Bandaraya Shah Alam
920
637
109
1063
365
994
62
4,150
2
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
63
827
396
333
119
84
0
1,822
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
270
1169
497
394
53
837
0
3,220
4
Majlis Perbandaran Kajang
794
1066
230
1399
404
359
14
4,266
5
Majlis Perbandaran Klang
1072
1653
1036
1072
410
647
0
5,890
6
Majlis Perbandaran Selayang
72
835
813
1207
126
64
1
3,118
7
Majlis Perbandaran Subang Jaya
160
1799
715
1143
127
143
0
4,087
8
Majlis Perbandaran Sepang
425
1331
630
553
135
147
0
3,221
9
Majlis Daerah Hulu Selangor
108
248
108
303
0
33
0
800
10 Majlis Daerah Kuala Langat
261
553
361
121
94
31
0
1,421
11 Majlis Daerah Kuala Selangor
209
380
144
232
19
23
0
1,007
12 Majlis Daerah Sabak Bernam
96
128
40
548
17
3
0
832
Jumlah Selangor Darul Ehsan
4,450
10,626
5,079
8,368
1,869
3,365
77
33,834
JUMLAH KESELURUHAN
24,938
46,240
16,583
94,249
7,951
10,047
334
200,342
3
Rekod sehingga : 16-Nov-2011
Bil
Senarai
Nama Ringkasan
Nama Borang
1.
Borang1
Permohonan Serentak Simultaneous Application
Borang Rekod Permohonan Serentak Borang untuk permohonan serentak sahaja. Kod Permohonan A01 - A12, A22 - A23
2.
Borang2
Kebenaran Merancang Planning Approval
Borang Rekod Permohonan Kebenaran Merancang (KM) Borang untuk permohonan di bawah Kebenaran Merancang. Kod Permohonan A13, A17 - A19
3.
Borang3
Pelan Kejuruteraan Engineering Plan Approval
Borang Rekod Pelan Kejuruteraan (PJ) Borang rekod untuk Pelan Kejuruteraan sahaja. Kod Permohonan A14 - A16, A20, A21
4.
Borang4
Pelan Bangunan Building Plan Approval
Borang Rekod Pelan Bangunan (PB)
5.
Borang5
CFO CFO
Borang Rekod Permohonan dan Pengeluaran CFO Borang rekod Sijil Kelayakan Menduduki
6.
Borang6
CCC Certificate of Completion and Compliance
Borang Rekod Sistem Pengeluaran Perakuan Siap Dan Pematuhan Borang rekod Sistem Pengeluaran Perakuan Siap Dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance - CCC)
7.
Borang7
Permohonan Tak Lengkap Incomplete Application
Borang Rekod Permohonan Tak Lengkap
15 OSC UNIT PUSAT SETEMPAT
Bilangan Permohonan Selesai mengikut Jenis Permohonan dan Tempoh Piagam di Bilangan Permohonan Selesai Mengikut Jenis Permohonan dan Tempoh Piagam Majlis Perbandaran Kajang (13 April 2007 - 16 November 2011) dari tarikh 13 APRIL 2007 hingga 16 NOVEMBER 2011 ***
Bil. Mohon
^ Permohonan Dalam Proses
Permohonan Selesai* (a) = b + c + d
Selesai* Dalam Piagam (b)
Selesai* Melebihi Piagam (c)
** Tempoh Tidak Dapat Ditentukan (d)
Permohonan Serentak
794
64 (8.06%)
730 (91.94%)
686 (93.97%)
40 (5.48%)
4 (0.55%)
Kebenaran Merancang
1066
55 (5.16%)
1011 (94.84%)
946 (93.57%)
58 (5.74%)
7 (0.69%)
Pelan Kejuruteraan
230
12 (5.22%)
218 (94.78%)
210 (96.33%)
6 (2.75%)
2 (0.92%)
Pelan Bangunan
1399
138 (9.86%)
1261 (90.14%)
1219 (96.67%)
34 (2.70%)
8 (0.63%)
CFO
404
35 (8.66%)
369 (91.34%)
5 (1.36%)
328 (88.89%)
36 (9.76%)
3,893
304 ( 7.81%)
3,589 (92.19%)
3,066 (85.43%)
466 (12.98%)
57 (1.59%)
Jenis Permohonan
Jumlah
Nota : Sila klik pada angka, untuk menyenaraikan rekod. ^ Status Dalam Proses (Proses, Ubahsuai, Tangguh)
Statistik Borang Rekod OSC mengikut Status Statistik OSC mengikut Status * Selesai (Lulus, Lulus Bersyarat, Tolak, Batal, Rekod) 13 April sehingga 16 2011) November 2011) ** Tarikh(dari Lulus tidak dinyatakan. dapatini ditentukan atau Tempoh negatif (-ve). (132007 AprilTempoh 2007 -tidak 16 hari November
*** Tarikh dibandingkan dengan Tarikh Terima permohonan. % Proses : Perbandingan Jumlah Permohonan Dalam Proses dengan Bil. Mohon. % Selesai : Perbandingan Jumlah Permohonan dengan Bil. Borang6 Mohon. Status Borang Borang1 Borang2 Borang3 Borang4 Selesai Borang5 Borang7 % Selesai Dalam Piagam : Perbandingan Jumlah Selesai Dalam Piagam dengan Jumlah Selesai. % Selesai Melebihi Piagam : Perbandingan Jumlah Selesai Melebihi Piagam dengan Jumlah Selesai. P : Proses 22 30 6 46 7 255 % Tempoh Tidak Dapat Ditentukan : Perbandingan Jumlah Tempoh Tidak Dapat Ditentukan dengan Jumlah Selesai.
L : Lulus
204
533
T : Tolak
27
46
B : Batal
3
6
U : Ubahsuai
10
6
Jumlah 380
66
457
177
2
-
1,453
5
40
6
-
-
138
-
5
1
-
-
29
5
77
26
-
-
138
Laporan pada : 16-Nov-2011
K : Tangguh
32
19
1
15
2
-
-
83
LS : Lulus Bersyarat
496
426
146
759
185
1
-
2,027
R : Rekod
-
-
1
-
-
101
-
116
Jumlah
794
1,066
230
1,399
404
359
14
4,266
Statistik permohonan terkini yang diluluskan mengikut permohonan
(1 Januari 2011 - 30 June 2011)
OSC
UNIT PUSAT SETEMPAT
16
AKTIVITI
SEMASA UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) MESYUARAT JAWATANKUASA
PUSAT SETEMPAT MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat merupakan mesyuarat induk yang paling penting dan utama di OSC. Diadakan 2 kali dalam sebulan bertujuan membincangkan permohonan cadangan pemajuan yang diterima menurusi Unit OSC. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang dan dihadiri oleh wakilwakil Jabatan Teknikal Dalaman MPKj dan Agensi Teknikal Luaran.
MESYUARAT DALAMAN OSC MPKj
Mesyuarat Dalaman Unit OSC diadakan pada setiap bulan dan dipengerusikan oleh Pengarah Unit OSC iaitu En. Nor Hishammudin dengan dihadiri oleh semua kakitangan OSC. Mesyuarat bertujuan untuk berbincang dan menyelesaikan isu-isu berbangkit di antara kakitangan, masalah teknikal, perubahan dasar dan pekeliling baru yang perlu dimaklumkan dan diambil tindakan selanjutnya. Mesyuarat ini juga menjadi agenda penting bagi memastikan prestasi, sasaran dan penghasilan kerja sentiasa dilaporkan dan dipantau oleh Pengarah OSC.
17 OSC UNIT PUSAT SETEMPAT
LAWATAN KE LOKASI TANAH RUNTUH
RUMAH ANAK YATIM DAN MADRASAH AT-TAQWA HULU LANGAT
Unit Pusat Setempat telah membuat lawatan ke kawasan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak Yatim dan Madrasah At-Taqwa, Jalan Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor pada 21.5.2011 dan telah mengorbankan nyawa pelajar seramai 16 orang dan 9 orang lagi cedera. Kejadian dikenal pasti berpunca oleh hujan lebat yang berlarutan beberapa hari telah menyebabkan berlakunya gelongsoran tanah secara tiba-tiba serta menimbus pelajar-pelajar yang sedang giat menjalani latihan nasyid tanpa sempat untuk menyelamatkan diri. Sebahagian bangunan asrama tersebut telah mengalami kemusnahan dan kerosakan yang teruk. OSC
UNIT PUSAT SETEMPAT
18
MAJLIS JAMUAN UNIT OSC
Pn. Sapiah bertukar ke Jabatan Perancangan Pembangunan En. Mohd Hakim meraikan hari kelahiran
Pn. Nor Azua menerima sumbangan atas kelahiran cahaya mata
Cik. Sri Ikhrainee menamatkan latihan praktikalnya
Unit Pusat Setempat telah mengadakan majlis jamuan pada 4 Julai 2011 bagi meraikan kakitangan yang menyambut hari ulang tahun kelahiran pada bulan Julai iaitu Encik Muhammad Hasmadi b. Abdullah dan Encik Mohd. Hakkim b. Khalid. Selain itu, majlis turut meraikan Puan Sapiah bt Alias yang telah bertukar khidmat ke Jabatan Perancangan Pembangunan dan Cik Sri Ikhrainee bt Razmin yang menamatkan latihan praktikalnya selama 10 minggu di Unit ini. Pada majlis tersebut juga turut disampaikan sumbangan kepada Puan Nor Azua atas kelahiran cahaya mata ke dua beliau.
19 OSC UNIT PUSAT SETEMPAT
AKTIVITI SUKAN BADMINTON OSC MPKj
Kakitangan Unit OSC telah sepakat mengadakan aktiviti sukan badminton pada setiap hari Isnin dan Rabu bertempat di Dewan Bandaran Kajang bermula pada pukul 6 ptg - 8 mlm. Aktiviti diadakan bertujuan bagi mengeratkan lagi kerjasama dan silaturahim antara kakitangan selain menggalakkan kakitangan OSC mengamalkan budaya hidup yang sihat.
OSC
UNIT PUSAT SETEMPAT
20