PERUTUSAN YANG DIPERTUA MPKj Assalammualaikum w.b.t; Selamat bertemu kembali dalam keluaran buletin kali ini. Buletin OSC 2014 ini merupakan edisi ke-empat yang telah diterbitkan bermula dari tahun 2011 lagi. Pelbagai artikel, informasi, program dan aktiviti telah dilaksanakan setiap tahun dikongsi melalui buletin ini. Ianya diharap dapat dimanfaatkan dalam memberi maklumat kepada warga perkhidmatan di PBT dan OSC Semenanjung Malaysia terutama pelanggan yang berurusan di OSC MPKj dalam konteks permohonan pemajuan. Adalah diharapkan dengan adanya penerbitan buletin OSC ini ianya dapat dijadikan sebagai medium interaksi dan perhubungan dua hala diantara MPKj dan pelanggan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi faedah rakyat dan Negara. “Health is Wealth�
DATO’ HASAN NAWAWI BIN ABD RAHMAN DPMP, KMN, AMP, PPT Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang
DARI MEJA PENGARANG Assalammualaikum w.b.t; Syukur Alhamdulillah, saya melahirkan rasa gembira kerana Buletin OSC dapat meneruskan peranannya buat kali ke-empat. Melalui penerbitan kali ini, ianya memaparkan artikel berkaitan dengan pelaksanaan Model Baru OSC 3.0 dalam mempercepatkan urusan pengeluran permit pembinaan sekaligus mempertingkatkan daya saing Negara bagi meletakkan kedudukan Malaysia di tangga teratas dalam Easy of Doing Business terutama bagi indikator Dealing with Construction Permits. Selain itu, perkenalan kepada Konsep Bandar Padat merupakan kesinambungan kepada artikel terdahulu berkaitan projek MRT di MPKj serta kaitannya dengan pengangkutan awam. Beberapa bahan ilmiah dari lain-lain Jabatan turut dipaparkan bagi perkongsian maklumat bersama. Akhir kata, semoga para pembaca memperoleh manfaat menerusi keluaran buletin kali ini. Selamat Membaca. Sekian, Terima Kasih
NOR HISHAMMUDIN BIN ISMAIL ANS Pengarah Unit Pusat Setempat, Majlis Perbandaran Kajang
1
NORLAILI BT. MD TAIB Pembantu Tadbir (PT 2)
PERMOHONAN KM
NOR AZUA BT. BORAHNORDIN Penolong Pegawai Perancang Bandar (PPPB)
MOHD HAKKIM B. KHALID Juruteknik Perancang (JTP)
NORHIDAYU BT. ZULKAPLE Pembantu Tadbir Sambilan (PTS1)
MOHD. IZDIHAR B. MOHD SIDEK
MOHD HAFIZ B. BURHANNUDDIN Pembantu Tadbir (PT3)
Penolong Pegawai Senibina (PPS 1)
CCC, OSC ONLINE & BULETIN
Struktur Organisasi Unit Pusat Setempat - 2014 PENGARAH (Pegawai Perancang Bandar)
NOR HISHAMMUDIN ISMAIL A.N.S
MOHD FAZLI IDRIS
PENOLONG PENGARAH (Pegawai Perancang Bandar)
JOHAN MUHAMMAD B. AZLAN
NUR AMIRA SYASYA BT. MOHD ROSLI Pembantu Tadbir Sambilan (PTS2)
Penolong Jurutera Awam (PJA 2)
PERMOHONAN SERENTAK DAN INFRA
ZURAIDI B. ZAKARIA
Penolong Jurutera Awam (PJA 1)
AINI HAYATI BT. AHMAD Pembantu Tadbir (PT4)
PENTADBIRAN
NOOR JUNIZAH BT. A. DAUD Pembantu Tadbir (PT 1)
MOHD ZAKI B. JUMA’AT Pembantu Am Pejabat (PAP)
MUHAMMAD ZULHILMI B. JAFARI @ ADNAN Pemandu (R1)
AZIZAH BT. RAMLI
Penolong Pegawai Senibina (PPS2)
SURIYANI BT. YUSOEP
Juruteknik Bangunan (JTB)
Pembantu Tadbir Sambilan (PTS3)
ATHIRAH BT. RAZALI
PERMOHONAN BANGUNAN & SKM
MUHAMMAD NUR AMIRUL AKMAL B. SAMSUDIN
Pembantu Tadbir (PT5)
2
PENGERUSI
YBhg Dato’ Hasan Nawawi Bin Abd. Rahman D.P.M.P, K.M.N, A.M.P, P.P.T
YDH Dato’ Ungku Abdul Jalil Bin Dato’ Ungku Abd Rani
AHLI MAJLIS (Pemerhati)
Struktur Jawatankuasa Pusat Setempat
Tuan Hj Zul-Kefli @ Zulkefli Bin Khalid, S.I.S
TIMBALAN PENGERUSI
Pn. Lee Shim Moi
En. Nor Hishammudin Bin Ismail A.N.S
SETIAUSAHA
En. Mohd Fazli Bin Idris
Pn. Hafaliza Ishak PEGAWAI PERANCANG BANDAR Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Selangor
En. Mohd Azri Bin Baharuddin PENOLONG JURUTERA Jabatan Kerja Raya, (JKR Daerah H.Langat)
Puan Lim Ping Hua JURUTERA Tenaga Nasional Berhad
En. Anizam Bin Samsudin EKSEKUTIF KANAN Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
En. Muhammad Ezwan Bin Dahlan PEGAWAI KAJIBUMI Jabatan Mineral & Geosains Negeri Selangor / Wilayah Persekutuan
AGENSI TEKNIKAL LUARAN
En. Mohd Adram Bin Musa
Tn. Hj. Muhmad Hamidi Bin Mohd Nazir
AGENSI TEKNIKAL LUARAN
En. Faizad Amirul Bin Abdul Razak PENOLONG KANAN PENGUASA BOMBA Jabatan Bomba & Penyelamat, (Balai BOMBA Bangi)
En. Muhd. Zulfadhli Bin Ismayatim PENOLONG JURUTERA Indah Water Konsortium Sdn Bhd
Puan Roziyah Binti Abd. Samad PENOLONG JURUTERA (Kanan) Jabatan Pengairan & Saliran, Negeri Selangor
En. Muhammad Ashraf Bin Abu Bakar PENOLONG PENGARAH Suruhanjaya Komunikasi Multimedia, Malaysia
Puan Mai Zainatun Nufus Binti Mohd Jaafar PEGAWAI KAWALAN (Kanan) Jabatan Alam Sekitar, Malaysia
En. Ismail Bin Said PENOLONG PEGAWAI TANAH Pejabat/ Pentadbir Tanah Daerah Hulu Langat
PENOLONG SETIAUSAHA
URUSETIA MESYUARAT (Pencatat Minit) Penolong Jurutera Awam -J 29 Penolong Pegawai Perancang Bandar - J29 Penolong Pegawai Senibina - J29
AGENSI TEKNIKAL DALAMAN Dr. Anuar Bin Abd Wahab, A.M.S, P.P.T PENGARAH Jabatan Kejuruteraan Datuk Nizam Bin Sahari PENGARAH Jabatan Perancangan Pembangunan En. Abdul Haizul Faisal Bin Abdul Hamid PENGARAH Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Sr. Ahmad Bin Sairi PENGARAH Jabatan Kawalan bangunan En. Mohd Rashidi Bin Ruslan PENGARAH Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam En. Norazman Bin Abd. Rahim PENOLONG PENGARAH (Kanan) Bahagian Landskap
3
MODEL BARU OSC 3.0 World Bank Doing Business Report 2014 telah meletakkan kedudukan Malaysia di tangga ke-6 dalam Easy of Doing Business berbanding ke-12 pada tahun 2013. Daripada 10 indikator yang diukur, Dealing With Construction Permits (DCP) telah menunjukkan perubahan positif dimana sebelum ini merekodkan Malaysia di tangga ke-96 dan telah naik 53 anak tangga kepada tangga ke-43.
Focus Group Dealing With Construction Permit (FGDCP) ditubuhkan pada Disember 2011 yang dianggotai lima (5) Kementerian dan dua puluh dua (22) Jabatan dan Agensi Teknikal bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud dalam urusan pengeluaran permit pembinaan di Kuala Lumpur dan seterusnya menambahbaik kedudukan Malaysia bagi indikator Dealing with Construction Permits.
4
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah menganjurkan Bengkel Kajian Asas Indikator Dealing With Construction Permits bagi 16 Bandar-bandar Utama meliputi Putrajaya, Labuan, Pulau Pinang, Ipoh, Alor Setar, Kangar, Melaka Bandaraya Bersejarah, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuantan, Kuching, Kota Kinabalu, Shah Alam dan juga Seremban. Ia bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar (baseline mapping) bilangan prosedur, masa dan kos yang telah dikenakan kepada pelabur bagi mendapatkan permit pembinaan sebuah stesyen minyak Petronas. Fokus utama adalah: i. Pengurangan/penghapusan prosedur yang tidak relevan dalam rangka kerja Urusan Pengeluaran Permit Pembinaan; ii. Menambahbaik prosedur yang kurang cekap dan berkesan; dan iii. Merekayasaan semula urusan pengeluaran permit pembinaan bagi bandar-bandar dan daerahdaerah Semenanjung Malaysia. Penambahbaikan ini diterapkan dalam model baru OSC 3.0 mengambil kira amalan-amalan terbaik dunia juga menepati metodologi Bank Dunia menaraf regulatori domestik bandar-bandar utama di dunia. 6 proses-proses utama yang diberi penekanan adalah:
Pelaksanaan OSC 3.0 memberi faedah daripada aspek:
i. Keseragaman urusan pengeluaran permit pembinaan; ii. Peningkatan kecekapan semua pihak terlibat; iii. Pengurangan kos pematuhan kepada pelabur; iv. Peningkatan pelaburan; dan v. Penambahan peluang pekerjaan
Kabinet serta semua Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri melalui Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-67 yang bersidang pada 4 Mac 2014 telah bersetuju untuk menguatkuasakan Model Baru OSC 3.0 mulai 1 Jun 2014. Kejayaan pelaksanaan Model Baru OSC memerlukan komitmen semua pihak penggiat industri binaan termasuk OSC, PBT, agensi teknikal luaran, para profesional dan pemunya projek agar ianya dapat mempercepatkan urusan pengeluaran permit pembinaan sekaligus mempertingkatkan daya saing bandar-bandar dan daerah dalam negeri. Sumber : Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
5
BANDAR PADAT (COMPACT CITY) Menurut Jane Jacobs melalui buku The Death and Life of Great American Cities (1961), Bandar Padat merupakan satu konsep perancangan dan rekabentuk Bandar yang mempromosi pembangunan padat dan bercampur serta disokong melalui sistem pengangkutan awam yang cekap. Populasi penduduk yang tinggi di kawasan ini akan menggalakkan interaksi sosial, berjalan kaki dan berbasikal, mewujudkan perasaan selamat, penggunaan tenaga yang rendah serta mengurangkan pencemaran. Di bawah unjuran pertumbuhan semasa, kawasan bandar di Semenanjung Malaysia dijangka perlu menampung pertambahan sebanyak 3,340.3 juta penduduk iaitu dari 21,706.8 juta pada tahun 2013 hingga 25,047.1 juta menjelang tahun 2020. Kawasan perbandaran, khususnya di Greater Kuala Lumpur (Greater KL) adalah terhad dan dijangka tidak dapat menampung permintaan yang semakin meningkat. Sehingga 2013, penduduk Bandar di Negeri Selangor (5,285.3 juta) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,732.0 juta) adalah sebanyak 7,017.3 juta penduduk. Jumlah penduduk di kawasan Greater Kuala Lumpur (Greater KL) adalah tertinggi berbanding Negeri Johor (2,576.0 juta), Sabah (1,952.4 juta), Perak (1,772.0 juta) dan Pulau Pinang (1,511.1 juta). Berdasarkan senario ini, pembangunan Bandar Padat adalah digalakkan bagi menampung pertumbuhan penduduk. Perkara ini turut ditekankan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 iaitu Mewujudkan Persekitaran Ke Arah Meningkatkan Kualiti Hidup. Bandar Padat merupakan satu konsep yang telah lama dilaksanakan di Negara maju bagi mengatasi masalah Rebakan Bandar (Urban Sprawl). Proses Rebakan Bandar hingga ke kawasan pinggir Bandar disebabkan berlakunya permintaan ruang yang menyebabkan pertukaran gunatanah kepada taman-taman perumahan, pusat komersial dan perindustrian sehingga pencantuman sempadan antara Bandar dan Daerah. Melalui pelaksanaan konsep Bandar Padat, sumber-sumber tanah, ruang dan infrastruktur dapat digunakan dengan lebih efisien, menggalakkan kawasan pembangunan tertumpu, dan tidak merebak ke kawasan hijau atau kawasan pertanian di pinggir Bandar yang boleh menjejaskan jaminan makanan (food security) penduduk serta peningkatan kos hartanah. Selain itu, ianya dapat mengurangkan pembangunan sejajar di sepanjang jalan dan memusatkan pembangunan di dalam kawasan tepubina. Fokus utama pembangunan Bandar Padat adalah melalui penetapan Had Pembangunan Bandar (HDP) atau Urban Growth Boundary (UGB) yang boleh ditetapkan melalui dasar, garis panduan serta zoning gunatanah pembangunan di dalam Rancangan Tempatan dan Rancangan Struktur. Ia secara tidak langsung mengawal Rebakan bandar dengan menetapkan garis pemisah sempadan Bandar dan luar Bandar serta menentukan pembangunan berkepadatan tinggi di dalam kawasan bandar manakala pembangunan berkepadatan rendah di kawasan luar Bandar.
6
Sumber : http://www.ecocompactcity.org/home.html)
Setelah HDP/UGB ditentukan tumpuan perlu diberikan kepada 3 perkara utama iaitu:
1. Menggalakkan pembangunan berkepadatan tinggi dan bercampur Pembangunan berkepadatan tinggi dan bercampur merupakan kombinasi guna tanah perumahan, perniagaan, industri, institusi dan kemudahan. Fokus utama adalah: i. Mewujudkan pelbagai jenis pembangunan berdensiti tinggi terutama berhampiran kemudahan pengangkutan awam seperti LRT dan MRT selain dapat memanfaatkan sumber tanah dan penjimatan ruang. ii. Mengurangkan jarak diantara perumahan, tempat kerja serta kawasan perniagaan dan secara tidak langsung mewujudkan tahap kemudahsampaian yang tinggi. iii. Mewujudkan kejiranan yang selesa dan selamat serta lebih berdayahuni melalui percampuran penduduk dari pelbagai latar belakang ekonomi, kaum dan umur. iv. Menggalakkan penggunaan laluan pejalan kaki dan basikal
2. Pembangunan Berorientasi Transit (TOD) Pembangunan Berorientasi Transit atau Transit Oriented Development (T.O.D) merupakan satu konsep pembangunan yang menggabungkan guna tanah kawasan komersial dan kediaman berhampiran dengan persinggahan transit. Konsep ini mampu mengurangkan pergerakan Bandar, kesesakan lalulintas akibat daripada peningkatan penggunaan kenderaan persendirian serta pencemaran udara dan bunyi dari kenderaan bermotor yang menyumbang kepada kesan Pulau Haba. TOD boleh merupakan kawasan pembangunan baru atau kawasan pembangunan semula yang melibatkan satu atau lebih bangunan serta direkabentuk berdekatan transit. Berdasarkan statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga Disember 2012, jumlah kenderaan di Malaysia adalah sebanyak 10,354,678 juta dengan Wilayah Persekutuan mencatatkan kenderaan tertinggi iaitu 3,332,767 juta manakala Negeri Selangor ditempat ketiga dengan 1,052,353 juta.
7
Pembangunan yang berdensiti tinggi akan ditumpukan di kawasan TOD dalam lingkungan 500m seperti LRT / MRT yang mempunyai kemudahan awam yang lengkap serta diintegrasikan dengan laluan pejalan kaki, basikal, kemudahan “park and ride” dan pengangkutan awam. Stesen seperti LRT / MRT / Bas / Keretapi perlu menyediakan kualiti perkhidmatan dan kekerapan perjalanan yang tinggi manakala pembangunan berdensiti tinggi pula menyumbang kepada peningkatan kadar dan bilangan penumpang, pejalan kaki atau pengguna basikal. Faktor kejayaan TOD adalah melalui: • Integrasi pengangkutan dengan pembangunan bercampur (komersial, kediaman dan kemudahan) disepanjang transit koridor dan menempatkan kawasan berkepadatan tinggi di stesen transit bagi menggalakkan aktiviti berjalan, berbasikal dan penggunaan transit. • Stesen transit sebagai portal perhubungan rangkaian transit serantau dan sebahagian daripada ekonomi perbandaran. • Peranan Kerajaan di peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan dalam mempromosikan TOD melalui Polisi dan Dasar, Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Kebaikan TOD: • Meningkatkan keselamatan penduduk / orang awam melalui pergerakan pejalan kaki, basikal dan aktiviti yang dijalankan. • Meningkatkan tahap kekerapan perjalanan tren dan kemudahan pengangkutan lain melalui penyediaan pelbagai mod pengangkutan terutama di kawasan perbandaran yang sesak. • Mengurangkan pergerakan kenderaan persendirian kepada 20% - 40% bagi penduduk yang tinggal, bekerja dan membeli-belah berhampiran stesen. • Meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah melalui pengurangan kos perjalanan. • Mengurangkan pencemaran udara dan kadar penggunaan tenaga. • Memelihara kawasan hijau kerana TOD memerlukan tanah yang sedikit dan mengurangkan keperluan untuk menukar kegunaan tanah kepada pembangunan.
3. Membangunkan Kawasan Brownfield Brownfield merujuk kepada kawasan yang telah dibangunkan tetapi ditinggalkan atau terbiar atau mempunyai struktur pembangunan yang usang atau kawasan pembangunan yang tidak siap sepenuhnya atau terbengkalai. Ia juga meliputi tanah Kerajaan atau persendirian. Terdapat 7 kategori Brownfield iaitu:
8
a. Bekal Lombong / Kuari Pembangunan ini menekankan aspek kehijauan dan alam semula jadi yang mempunyai pandangan yang cantik serta elemen seperti sungai dan tasik. Jenis pembangunan yang boleh dibangunkan adalah pembangunan bercampur, kawasan rekreasi, tempat peranginan, kawasan perumahan, kawasan warisan, pertanian dan penternakan serta institusi. Diantara contoh pembangunan kawasan ini adalah Mines Resort City Sri Kembangan, Sunway Pyramid, Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. b. Kawasan Bekas Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Kawasan ini boleh dibangunkan selepas 30 tahun ianya tidak beroperasi atau terbiar melalui safety closure atau penggunaan teknologi terkini. Namun begitu, ianya tertakluk kepada kajian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA). Jenis pembangunan yang sesuai adalah rekreasi, padang golf, kawasan penghasilan tenaga biogas dan projek pertanian berteknologi fertigasi manakala pembangunan perumahan tidak dibenarkan untuk dibangunkan. Contoh pembangunan yang telah dilaksanakan adalah Padang Golf Tok Jembal, Kuala Terengganu. c. Kawasan Kilang / Perniagaan / Perumahan / Institusi yang ditinggalkan melebihi 10 tahun Pembangunan semula kawasan ini perlu diselaraskan dengan Rancangan Tempatan. Jenis pembangunan berdasarkan potensi kawasan tersebut sama ada mengekalkan jenis gunatanah atau menukar kepada jenis guna tanah lain. Selain itu, sekiranya kawasan Brownfield terletak di kawasan warisan /bangunan dikategorikan sebagai warisan maka aktiviti pembangunan semula dan pemuliharaan perlu diselaraskan dengan Akta 645. Contoh pembangunan adalah Kawasan Perniagaan Jaya One di Seksyen 13 Petaling Jaya serta Jerejak Resort and Spa, Pulau Pinang. d. Projek pembangunan terbengkalai yang tidak siap dan melebihi 10 tahun Projek pembangunan terbengkalai adalah projek pembangunan yang tidak siap dilaksanakan. Faktor utama yang menyebabkan projek terbengkalai adalah disebabkan masalah kewangan dan kegagalan mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Diantara contoh projek pembangunan terbengkalai adalah Pusat Membeli Belah Seremban Mall di Jalan Dato Bandar Tunggal (2007) dan Pusat Membeli Belah Queensbay Mall Pulau Pinang (1997).
9
e. Bangunan / deretan lot bangunan yang telah siap tetapi terbiar melebihi 10 tahun
Lot-lot bangunan yang terbiar secara berterusan boleh terdiri daripada bekas pejabat, rumah kedai dan perumahan. Faktor yang mempengaruhi lot-lot bangunan terbiar adalah disebabkan oleh Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212), struktur bangunan mengalami keretakan atau usang, kedudukan yang tidak strategik dan sebagainya. Ciri-ciri lot bangunan terbiar adalah 80% lot bangunan dibiarkan dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun, lot bangunan mungkin tercemar atau tidak tercemar, fasad deretan bangunan dalam keadaan usang dan terbiar, struktur bangunan terutamanya elemen kayu yang digunakan untuk tingkap dan pintu bangunan telah reput dan tidak kukuh, hakmilik tanah adalah Tanah Kerajaan atau persendirian, jenis pembangunan semula yang dicadangkan adalah berdasarkan kepada kelebihan dan potensi sesuatu kawasan.
f. Kawasan bekas depoh / stesen pengangkutan awam, kemudahan infrastruktur dan utiliti. Depoh merupakan satu kawasan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti seperti penyelenggaraan, perkhidmatan dan penyimpanan terutamanya bagi pengangkutan awam seperti keretapi dan bas. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk kemudahan infrastruktur dan utiliti seperti elektrik, air dan talian telefon. Depoh atau stesen yang ditutup dan tidak beroperasi boleh dikategorikan sebagai kawasan Brownfield, sekiranya ia ditinggalkan atau terbiar sekurangkurangnya 10 tahun. Ia mungkin terdiri daripada tapak atau bangunan. Misalnya bekas depoh/ stesen pengangkutan awam, kemudahan infrastruktur dan utiliti seperti berikut:i. Bekas terminal / stesen / depoh pengangkutan (Bus, Kereta Api, Kapal Laut dan Kapal Terbang); ii. Stesen penjana lektrik; iii. Bekas tapak Indah Water Konsortium (IWK) dan tangki septik; dan iv. Bekas stesen minyak Diantara contoh pembangunan semula kawasan ini adalah Stesen Sentral Kuala Lumpur yang merupakan bekas tapak keretapi yang telah dibangunkan semula sebagai pusat pengangkutan moden di Kuala Lumpur.
Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Transit-oriented_development Statewide Transit-Oriented Development Study: Factors for Success in California http://cip2012.cip-icu.ca/english/pdfs/presentations/CS30%20-%20Transforming%20Edmonton.pdf Garis Panduan Perancangan Pengenalpastian Bagi Pembangunan Semula Kawasan Brownfield http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=118593 http://sp-speda.blogspot.com/2013/06/pembangunan-berorientasikan-transit-tod.html
10
RANCANGAN TEMPATAN Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada masa kini telah mempunyai dua (2) rancangan tempatan yang diwartakan iaitu :• Rancangan Tempatan MPKj 2020 diwartakan pada 20 Januari 2011 • Rancangan Tempatan MPKj (Pengubahan 1) 2020 diwartakan pada 23 Mei 2013.
Kandungan Rancangan Tempatan Dan Kegunaannya i. Jilid I - Strategi dan Cadangan Pembangunan Menerangkan secara terperinci yang merangkumi matlamat dan objektif, potensi, isu dan masalah serta arah tuju pembangunan. ii. Jilid II - Kawalan Perancangan • Peta cadangan - menunjukkan penggunaan tanah yang dibenarkan bagi kawasan Majlis Perbandaran Kajang. Ia merupakan panduan di dalam pemajuan dan pengawalan pembangunan di kawasan Rancangan Tempatan yang digunakan oleh semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, pemilik tanah, pemaju perumahan, jurunilai hartanah dan orang-orang yang berkepentingan. • Jadual Kelas Kegunaan Tanah - jadual yang perlu dibaca bersama peta cadangan kerana ia memperincikan aktiviti atau jenis guna tanah/ pembangunan yang dibenarkan di dalam setiap zoning guna tanah seperti maklumat kepadatan, densiti, plot ratio, garis panduan perancangan dan lain-lain.
11
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (PENGUBAHAN 2) 2020 Tekanan pembangunan yang pesat di kawasan MPKj serta kelulusan projek-projek Kerajaan Persekutuan seperti MRT, Lebuhraya baru dan lain-lain telah menyebabkan pihak majlis menjalankan pengubahan ke atas rancangan tempatan sediada. Kajian ini juga melibatkan pindaan ke atas zoning guna tanah berdasarkan keadaan semasa tapak, kelulusan kebenaran merancang dan syarat nyata tanah. Program publisiti dan penyertaan awam telah diadakan selama sebulan dari 18 Disember 2013 hingga 18 Januari 2014. Semua bantahan yang berkaitan dengan kajian telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Dan Pendengaran Awam dan kini Draf RT MPKj (Pengubahan 2) dalam proses pewartaan.
Sekitar Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan awam Draf Rancangan Tempatan MPKj (Pengubahan 2) 2020 telah diadakan pada 18 Disember 2013
Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam Draf Rancangan Tempatan MPKj (Pengubahan 2) 2020 telah diadakan pada 18 Februari 2014
12
ELEMEN-ELEMEN KRITIKAL BERKAITAN KEPERLUAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) DI DALAM BANGUNAN Kaedah terbaik untuk memenuhi keperluan dan kemudahan asas OKU di dalam projek pembangunan ialah dengan memastikan bahawa semua keperluan diambil kira dan dirancang pada peringkat awal rekabentuk lagi. Elemen-elemen reka bentuk yang kritikal seperti berikut perlu diberi penekanan iaitu: a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k.
Ruang letak kenderaan dan akses dari luar bangunan; Laluan sekitar bangunan dan tanjakan aras (ramps); Pintu masuk utama dan pintu-pintu lain; Tangga dan akses-akses tegak lain (vertical access); Ruang laluan; Tandas dan pepasang dalam tandas; Kemasan luar dan dalam bangunan; Kelengkapan ruang dan suis kawalan; Tanda arah, tanda amaran dan simbol; Landskap; dan Kaedah keselamatan dan kecemasan.
Para pereka bentuk seperti arkitek dan jurutera perlu memastikan keperluan-keperluan yang disediakan dirancang menggunakan perincian yang betul dan praktikal supaya ianya dapat digunakan dengan berkesan. Untuk itu, Malaysian Standard MS1184:2002, Malaysian Standard MS1331:2003 dan Malaysian Standard MS 1183 (Part 8) 1990 hendaklah dirujuk semasa penyediaan reka bentuk bangunan.
i. Laluan Masuk Utama a. Laluan akses OKU perlu disediakan bermula daripada jalan masuk utama dan daripada ruang letak kereta awam hingga pintu masuk dalam bangunan. b. Laluan masuk perlu dibina dengan permukaan yang stabil, rata, padat dan tidak licin. Bagi mengurangkan kesukaran pergerakan terutamanya golongan OKU yang menggunakan kerusi roda atau bertongkat. Tempat pertemuan yang berbumbung dan mesra pengguna juga perlu disediakan. c. Ruang laluan minima 1200mm lebar (tanpa halangan seperti tiang, berbendul dan lain-lain). d. Ramp dengan kecerunan minima nisbah 1:12 untuk menyambungkan dua aras berbeza sekiranya terdapat perbezaan aras lantai/tanah terutamanya di ruang masuk utama. e. Menyediakan kerb ramp jika terdapat perbezaan aras. f. Menyediakan tactile dari laluan pejalan kaki ke pintu masuk.
13
Jenis tactile:
Tactile penunjuk arah
Tactile pemberi amaran
ii. Koridor a. Dalam merekabentuk koridor, adalah penting untuk mempertimbangkan langkah-langkah keselamatan dan pergerakan pengguna, bagi menentukan dimensi fizikal dan mempengaruhi penempatan perabot dan objek lain di laluan. b. Koridor perlu mudah diakses tanpa halangan dengan kelebaran minima 1200mm. c. Kemasan di koridor menggunakan bahan kemasan yang tidak licin. d. Warna dan/atau tekstur boleh digunakan untuk membantu orientasi dan pergerakan pengguna. e. Sistem pencahayaan (lampu) yang mencukupi adalah penting di sepanjang laluan. f. Halangan, unjuran atau penghadang hendaklah dielakkan dalam kawasan pejalan kaki seperti laluan pejalan kaki, dewan, koridor, laluan atau lorong. g. Kemasan dinding hendaklah tidak kasar, sekiranya kasar, susur tangan disediakan pada ketinggian 840mm dari paras lantai sebagai panduan petunjuk arah bagi OKU yang cacat penglihatan.
iii. Ramp a. Ramp disediakan di luar dan di dalam bangunan awam, perdagangan, terminal pengangkutan awam, tempat letak kereta, kediaman bertingkat serta kawasan rekreasi bagi menghubungkan laluan pejalan kaki. b. Kecerunan minima adalah 1:12 dan kelebaran minima 1200mm. c. Ramp yang tidak mempunyai susur tangan disediakan kerb dengan ketinggian minima 75mm. d. Jarak ramp tidak melebihi 6000mm dan perlu menyediakan kawasan rest area/landing dengan kelebaran minima tidak kurang dari 1500mm. e. Tactile disediakan pada permulaan dan akhir kecerunan ramp bagi memberi amaran dan panduan kepada orang kurang penglihatan.
14
iv. Tangga a. Tangga hendaklah disediakan untuk memberi akses kepada individu di bangunan bertingkat. b. Menggunakan kemasan dari bahan yang tidak licin, tahan lama, tidak mudah pecah dan mempunyai warna kontra untuk memudahkan OKU membezakan dengan keadaan sekeliling. c. Saiz kelebaran minima hendaklah 900mm. d. Tiada halangan di tangga seperti pasu bunga dan sebagainya. e. Tangga dengan kelebaran >2400mm hendaklah disediakan susur tangan di tengahnya. f. Susur tangan hendaklah dipasang dengan ketinggian minima 900mm. g. Non-slip nosing strips disediakan di bucu anak tangga dengan kelebaran antara 50mm - 65mm dengan warna yang kontra. h. Tactile dipasang di permulaan dan akhir anak tangga.
v. Susur Tangan a. Susur tangan hendaklah disediakan di laluan pejalan kaki, koridor bangunan, ramp dan tangga bangunan bagi tujuan keselamatan. b. Susur tangan hendaklah dipasang dengan mempunyai dua aras ketinggian 600mm dan 900mm. c. Susur tangan hendaklah mempunyai jarak antara 50 mm - 100mm dari dinding bangunan. d. Susur tangan hendaklah dipasang melebihi 300mm dari anak tangga. e. Susur tangan hendaklah mempunyai ukur lilit/lebar antara 40mm - 60mm. f. Susur tangan tidak boleh putus-putus dan perlu ada kesinambungan. g. Tulisan Braille perlu disediakan di permulaan dan akhir susur tangan sebagai panduan kepada golongan cacat penglihatan.
15
vi. Lif a. Kedudukan lif perlu berdekatan dengan pintu masuk utama, tangga atau eskalator dan sebolehnya sama aras dengan lobi utama. b. Lif perlu berhenti di setiap aras. c. Pintu lif hendaklah mempunyai kelebaran minima 900mm. d. Tactile dipasang dari pintu masuk menuju ke lif. e. Ruang 900mm x 1200mm di hadapan pintu lif diperlukan untuk laluan pengguna kerusi roda. f. Lif perlu dipasang sekurang-kurangnya satu bahagian dengan cermin untuk keselamatan. g. Grab Bar dipasang di bahagian tepi dan belakang lif dengan ketinggian minimum 900mm. h. Bagi lokasi yang tidak mempunyai ruang untuk menyediakan lif atau ramp, hendaklah disediakan platform lift atau wheelchair stairlift. i. Saiz minima platform lift hendaklah bersaiz 1100mm x 1400mm.
vii. Tandas a. Tandas untuk pengguna kerusi roda/OKU disediakan di semua bangunan awam dan komersial, kawasan rekreasi, tempat tumpuan awam dan terminal pengangkutan awam. b. 1 unit tandas OKU bagi setiap 10 tandas biasa. c. Saiz minima tandas adalah 2000mm x 2400 mm. Saiz minima tandas selain pengguna kerusi roda adalah 1200mm x 2400mm. d. Bukaan pintu hendaklah mempunyai kelebaran minima 900mm. e. Daun pintu dibuka ke arah luar. Jika ruang terhad, daun pintu jenis gelongsor (sliding)/lipat (folded) perlu disediakan. f. Ruang lega di dalam tandas untuk pergerakan kerusi roda tidak kurang dari 900mm x 1500mm dan Grab Bar hendaklah disediakan di sekeliling tandas. Rujukan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan : Kemudahan Golongan Kurang Upaya (2001) Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia. http://www.tbsbts.com.my/my/facilities/kemudahan-untuk-orang-kurang-upaya http://www.directenquiries.com/assessmentObject.aspx?soid=L4002-0015682&type=33 http://staircare.com.au/anti-slip-products/industrial-marine-mining/sc-r-70-anti-slip-stair-nosing/
16
PROGRAM PENANAMAN POKOK ‘HUTAN KITA@MPKj’ Pada 14hb Disember 2013 (Sabtu) Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Landskap Malaysia telah menganjurkan satu Program Penanaman Pokok ‘Hutan Kita@MPKj’ bersama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi. Turut serta YBhg. Dato’ Hasan Nawawi Bin Abd Rahman Yang Dipertua MPKj , Tuan Hj. Zul-Kefli @ Zulkefli Bin Khalid, Timbalan Yang DiPertua MPKj dan En Osman Sulaiman selaku Pengurus Besar Landskap Malaysia. Seramai 256 peserta yang telah terlibat di dalam kempen ini. Mereka terdiri daripada pekerja Majlis Perbandaran Kajang, penduduk sekitar Bandar Baru Bangi, wakil daripada Syarikat Korporat, kilang-kilang berhampiran dan pelajar-pelajar daripada Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, UniKL dan Institusi yang berdekatan. Lokasi program terletak di ‘Tree Bank’ Zon Penampan,Persiaran Jaya Bandar Baru Bangi. Ia merupakan kawasan ‘Buffer Zone’ untuk membahagikan kawasan industri dengan jalan utama. Pihak Landskap Malaysia telah menyumbangkan sebanyak 1000 anak-anak pokok hutan dari pelbagai jenis seperti Gelam, Mata Pelanduk, Kempas, Ara, dan Balau. Program Hutan Kita ini merupakan cetusan idea Pengerusi Landskap Malaysia Y.A.Bhg Tun Jeanne Abdullah, yang mengilhamkan hutan buatan sebagai sebuah taman untuk generasi akan datang. Dimana penubuhannya adalah bertujuan untuk membantu dalam meningkatkan kesedaran akan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan serta penanaman semula pokok-pokok hutan dalam kawasan bandar. Antara program-program yang pernah dijalankan oleh Landskap Malaysia adalah program penanaman pokok “Hutan Kita@Schools’, ‘Hutan Kita@Hospital’ serta penglibatan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain.
OBJEKTIF PROGRAM • • • •
Sebagai ‘buffer zone’ dan salah satu langkah penghijauan di kawasan bandar serta kaedah menangani isu ‘urban heat island dan juga isu pemasan global. Sebagai usaha meningkatkan tahap kesedaran masyarakat ke arah pemulihan alam sekitar Sebagai satu usaha pembangunan semula kawasan hutan (reforestation) didalam kawasan bandar dan menyokong kerajaan untuk menanam 26 juta pokok menjelang 2014 Menanam semangat kecintaan terhadap alam semulajadi dan hutan dikalangan generasi muda sebagai pemimpin generasi akan datang
17
JUMLAH HARTA, NILAI TAHUNAN DAN CUKAI TAKSIRAN KESELURUHAN BERKUATKUASA 1 JANUARI 2014 BIL
JENIS HARTA
JUMLAH HARTA
NILAI TAHUNAN (RM)
CUKAI TAKSIRAN (RM)
1.
Kediaman
234,513
634,141,513.96
49,691,543.52
2.
Perniagaan
19,517
193,685,010.64
17,638,363.63
3.
Perusahaan
6,787
185,350,685.92
18,577,380.10
4.
Rekreasi
1
74720.00
7,397.28
5.
Lain-Lain
107
2,543,450.00
27,977.95
6.
Institusi
13
16,347,600.00
1,187,706.08
7.
Harta-Harta TNB
268
553,320.00
58,153.40
8.
Tanah Pertanian
1,706
21,390,126.68
235,291.42
9.
Kediaman (Simpanan Melayu)
3,871
11,861,669.81
260,956.76
10.
Perniagaan (Simpanan Melayu)
143,
1,851,280.00
61,092.24
11.
Perusahaan (Simpanan Melayu)
11
664,720.00
29,247.68
12.
Harta-Harta MAIS
18
6,548.00
619.20
266,955
1,068,470,645.01
85,918,955.24
JUMLAH KESELURUHAN
18
PERBANDINGAN TAHUN 2012 DAN 2013 BAGI PENCAPAIAN JUMLAH HARTA YANG TELAH DIKUATKUASAKAN CUKAI TAKSIRAN
Perbandingan tahun 2012 dan 2013 berdasarkan kepada pencapaian jumlah harta yang telah dikuatkuasakan cukai taksiran bagi pegangan baru, pindaan nilaian dan juga melalui pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki (SKM) dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) di dapati meningkat berbanding tahun 2012. Selain daripada penguatkuasaan ke atas harta melalui SKM dan CCC, Jabatan juga menguatkuasakan cukai taksiran keatas pemaju-pemaju setelah Kelulusan Kebenaran Merancang (KM) diluluskan. Berdasarkan kepada pengenaan (penguatkuasaan) cukai taksiran terhadap taman-taman baru seperti Taman Kajang 2, Taman Nadayu di kawasan Kajang, di Cheras Taman Suria Court, Taman Cheras Lagenda dan Casa Residence. Manakala di kawasan Semenyih meliputi Taman Hill Park 2 dan di Beranang iaitu Pelangi Semenyih 2. Bagi tahun 2014, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta akan merancang untuk menggunakan maklumat yang diterima dari perunding (kerja-kerja penilaian semula) untuk melaksanakan pindaan nilai keatas tambahan ruang bangunan kediaman bagi meningkatkan lagi hasil cukai.
19
STATISTIK PERMOHONAN DI UNIT PUSAT SETEMPAT
20
21
AKTIVITI SEMASA UNIT PUSAT SETEMPAT Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat 2014 Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat diadakan dua kali sebulan bagi membincangkan permohonan cadangan pemajuan yang diterima melalui OSC. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan dihadiri oleh empat (4) orang ahli majlis, enam (6) Jabatan Teknikal Dalaman dan empat belas (14) Agensi Teknikal Luaran. Mesyuarat akan menimbang permohonan dan memberi keputusan sama ada sokong dengan syarat, tangguh atau tolak dan pihak OSC akan memaklumkan keputusan kepada pemohon.
22
Taklimat OSC Online Taklimat OSC Online peringkat SP / PSP telah diadakan pada 11 Mac 2014 (Selasa) bertempat di Bilik IT MPKj, Metro Avenue yang melibatkan 37 peserta sesi pagi dan petang. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pemahaman pengunaan OSC Online serta bertukar pandangan terhadap isu dan masalah yang dihadapi dalam mengemukakan permohonan secara online. Taklimat ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan semula OSC Online yang bermula pada Februari 2014 bagi permohonan Pelan Infrastruktur dan Pelan Bangunan.
23
Program Sebaran Perundangan & Maklumat Perancangan Kepada Pegawai OSC Program Sebaran Perundangan & Maklumat Perancangan Kepada Pegawai OSC di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diadakan pada 28-30 April 2014 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor. Pada sesi tersebut telah diadakan pembentangan berkaitan Akta 172, Kanun Tanah Negara, Cabaran dan Pengalaman Bertugas di OSC serta pemantapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan OSC. Selain itu, satu sesi perjumpaan Pegawai-Pegawai Unit Pusat Setempat (OSC) bersama Y. Bhg. Dr. Dahlia Binti Rosly, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia turut diadakan bagi membincangkan dan bertukar pandangan berkaitan isu semasa OSC.
24
Mesyuarat Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 & J44 Ke-4 Tahun 2014 Mesyuarat Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41-J44 Kali Ke-4 Tahun 2014 telah diadakan pada 11 - 14 Ogos 2014 bertempat di Hotel Syuen, Ipoh, Perak. Mesyuarat disertai seramai 100 peserta terdiri daripada pegawai-pegawai Gred J41 dan J44 daripada JPBD Semenanjung Malaysia, JPBD Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pegawai-Pegawai OSC. Mesyuarat kali ini bertemakan Urban Revitalization Through Brownfield Development dan ianya telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dr. Dahlia Binti Rosly, Ketua Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Tujuan mesyuarat adalah : a. Memberi kefahaman dan pendedahan kepada pegawai mengenai dasar dan strategi baru perancangan pembangunan di Malaysia. b. Melahirkan idea baru secara kreatif, inovatif dan kolektif bagi menjadikan profesion ini lebih unggul dan berdaya maju c. Mengenalpasti dan membincangkan isu-isu dan cabaran perancangan pembangunan semasa dan akan datang d. Membentuk pemikiran intelektual, progresif, kritis dan transformatif di kalangan semua ahli mesyuarat e. Merapatkan hubungan, menjalinkan persefahaman dan keseragaman dalam menyokong amalan perancangan negara.
Antara program yang dijalankan adalah Sesi Town Hall bersama Ketua Pengarah bagi mendapatkan pandangan dan isu semasa pegawai perancang di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
25
Mesyuarat turut melibatkan pembentangan kertas kerja, lawatan teknikal kawasan Brownfield (Gopeng, The Haven dan Waller Court) serta perbincangan dan pembentangan kumpulan.
Lawatan ke Pekan Gopeng dan Gaharu Tea Valley serta melihat lukisan graffiti.
Lawatan ke The Haven Lakeside, Ipoh yang dibangunkan berhampiran kawasan batu kapur dan tasik semulajadi.
Lawatan ke Waller Court yang dibangunkan pada 1962 dan disewakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada penduduk. Kawasan ini dalam perancangan untuk dibangunkan semula.
26
Majlis Makan Malam anjuran Kerajaan Negeri Perak
27
Sambutan Aidilfitri bersama Gaza anjuran Pegawai Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (PERSADA) yang bertujuan untuk mengumpul sumbangan bagi membantu mereka di Palestin. Majlis turut diserikan dengan persembahan kumpulan dan sajak.
28
Mesyuarat Ketua-Ketua Unit Pusat Setempat Mesyuarat Ketua-Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) kali ke 3 telah diadakan pada 19 Ogos 2014 bertempat di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson Negeri Sembilan dan dirasmikan oleh Y.Bhg. Dr. Dahlia Binti Rosly, Ketua Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Mesyuarat telah dihadiri seramai 76 peserta yang melibatkan Ketua-Ketua Unit OSC di Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia. Tujuan mesyuarat ini adalah sebagai satu platform bagi menambah ilmu pengetahuan melalui pembentangan kertas kerja serta bertukar pandangan dan pengalaman melalui majlis dialog. Pada sesi tersebut telah diadakan pembentangan daripada Pengarah Perancang MPSJ berkaitan Amalan dan Prosedur Akta 172 dalam pemberian Kebenaran Merancang oleh PBT melalui Jawatankuasa OSC dan Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perundangan Teknikal, JKT berkaitan Model Baru OSC 3.0.
29
Kempen Gaya Hidup Sihat (Sihat Selangor) Kempen Gaya Hidup Sihat (Sihat Selangor) 2014 telah dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim pada 15 Februari 2014 bertempat di Stadium Kajang. Tujuan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam berkenaan kepentingan amalan bersenam, pemakanan dan diet yang sihat, sikap positif serta pemeriksaan kesihatan berkala bagi mengelakkan penyakit. Antara aktiviti utama yang diadakan adalah pelancaran logo Sihat Selangor, kempen berjalan 10,000 langkah sehari, pemeriksaan kesihatan percuma, acara sukaneka, tarik tali serta pameran gerai. Pihak OSC turut serta di dalam program ini yang berakhir pada 12 tengahari.
Wakil OSC turut menghantar wakil di Kempen Gaya Hidup Sihat
30
Persembahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Pada 12 Mei 2014 yang lalu bertempat di German Malaysia Institute Bangi, telah diadakan Majlis Makan Malam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Majlis telah diserikan dengan persembahan dari setiap Jabatan dan cabutan bertuah. Unit Pusat Setempat (OSC), Unit Audit Dalam dan Bahagian Korporat telah bergabung dan membuat persembahan nyanyian secara medley sebanyak 5 lagu.
31
Lawatan Inspektorat Khas Penempatan Pegawai KPKT Lawatan Inspektorat Khas Penempatan Pegawai KPKT di Unit Pusat Setempat (One Stop Centre – OSC) dan Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) di Majlis Perbandaran Kajang telah diadakan pada 24 Jun 2014 (Selasa). Pada sesi tersebut diadakan taklimat ringkas berkaitan OSC dan seterusnya perbincangan bersama wakil inspektorat KPKT berkaitan keadaan semasa OSC.
32
Mesyuarat Dalaman OSC dan Sambutan Hari Lahir Mesyuarat Dalaman OSC Bil 3/2014 telah diadakan pada 15 Ogos 2014 bertujuan bagi membincangkan isu semasa dan pentadbiran OSC. Pada mesyuarat tersebut turut diadakan Majlis Sambutan Hari Lahir Kakitangan OSC bagi bulan Januari hingga Ogos 2014.
33
Majlis Khas Penyelarasan OSC Majlis Khas Penyelarasan OSC peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 14 Ogos 2014 bertujuan untuk membincangkan hala tuju OSC. Mesyuarat ini diurusetia dan dipengerusikan oleh Pengarah OSC MPKj dan telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Unit OSC Negeri Selangor.
34
Majlis Sambutan Hari Raya Majlis Sambutan Hari Raya Unit Pusat Setempat diadakan pada 14 Ogos 2014 dan turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Unit OSC Negeri Selangor.
35
Majlis Jamuan Hari Raya MPKj Majlis Jamuan Hari Raya MPKj telah diadakan pada 26 Ogos 2014 bertempat di Stadium Kajang melibatkan kakitangan dan keluarga MPKj. Pada majlis tersebut turut diadakan perasmian Arca Bersejarah (Historical Wall) yang menempatkan tokoh-tokoh ternama di Hulu Langat, Kajang serta informasi berkaitan asal-usul nama Kajang. Selain itu, turut diadakan pelancaran XPDC berbasikal Karakoram Hiway melibatkan 4 wakil MPKj sejauh 1300km.
Gerai Jamuan Raya OSC
Wakil OSC mendapat tempat ke-6 dalam pertandingan sharp shooter
Majlis Pelancaran Arca Bersejarah (Historical Wall)
Pelancaran XPDC berbasikal Karakoram Hiway yang akan bermula dari Ogos hingga September 2014
36