Pelita Brunei - Sabtu 3 MAC 2018

Page 1

''WAHAI orang yang beriman, jika kamu menolong (membela agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kamu mencapai kemenangan dan meneguhkan pendirian kamu.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Muhammad, ayat 7).

''KITA hanyalah merancang, sementara Allah jualah yang melaksana. Kerana itu kalau kita merancang, maka rancanglah apa yang baik atau terbaik, bukan merancang perkara buruk atau perkara yang salah, yang tidak disukai oleh Allah.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-34, Tahun 2018

5.04

TAHUN 63 / BILANGAN 27

5.14

6.31

3 MAC 2018 / 1439

6.54

12.33

15

3.34

6.33

7.43

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Persiap generasi penerus dengan ilmu Al-Quran Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

BERAKAS, Khamis, 1 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menyeru supaya generasi yang sedia ada perlu terus berusaha membaca dan memahami Al-Quran. Titah baginda, anak-anak selaku generasi penerus juga adalah lebih penting lagi untuk disiapkan dengan ilmu Al-Quran sehingga mereka itu dapat mencapai lebih baik lagi daripada kita, kerana mereka adalah aset masa depan yang lebih menentukan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian pada Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan 1439 Hijrah / 2018 Masihi yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini. ''Di Brunei, kita ada Sekolah Ugama. Pembelajarannya ialah selama tujuh tahun, di mana Al-Quran merupakan mata pelajaran terpenting, yang diajarkan sejak dari peringkat pra lagi. Di sekolah-sekolah menengah umum juga ada tafsiran dan pemahaman Al-Quran. Begitu juga kita ada Sekolah-sekolah Arab pelbagai peringkat dan Institut Tahfiz AI-Quran yang mengajarkan Al-Quran serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya.'' Ke muka 3 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah pada Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan 1439 Hijrah / 2018 Masihi yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Musim Permesyuaratan Ke-14 MMN dirasmikan pada 5 Mac Siaran Akhbar : Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Mac. - Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keempat Belas Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi tahun ini akan berlangsung pada Isnin, 17 Jamadilakhir 1439 Hijrah bersamaan dengan 5 Mac 2018 Masihi di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis. Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keempat Belas MMN akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. MMN Musim Keempat Belas ini akan dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib dengan dibantu oleh Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

Awang Haji Judin bin Haji Asar dan Timbalan Jurutulis MMN, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail. Persidangan MMN tahun ini akan memasuki usia 14 tahun bersidang sejak ianya ditubuhkan semula pada tahun 2004. Ahli-Ahli MMN terdiri daripada Ahli Rasmi Kerana Jawatan, Orang-Orang Bergelar, Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan dan Wakil-Wakil Yang Dilantik Dari Daerah-Daerah. Persidangan MMN tahun ini akan menyaksikan ramai Ahli-Ahli MMN yang baharu di kalangan Ahli Rasmi Kerana Jawatan iaitu Menteri-Menteri yang baharu dilantik pada 30 Januari 2018. Ke muka 18

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

Muka 5

Muka 8

KADAR residivis menurun pada tahun 2017

PASTIKAN pengambilan produk kesihatan dapat kebenaran

Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


2

NASIONAL HALUAN

HASRAT NEGARA

HARI SABTU 3 MAC 2018

HARI ISNIN 14 MAC 2017

Jadikan Al-Quran panduan hidup '

'

'

'

'

! '

'

" ! $ ' . * # % $ 789 " 3 " 5 " " " & : 4 + &:4, 3 ( 0 . ! & & % ! " " " 6 " " " 0 ' ' " 0 % "

3 MAC 2018 BERSAMAAN 1439

15

AL-QURAN SUMBER RUJUKAN DALAM KEPIMPINAN ! ' ! '"

"

# ! $ " % & % " ''( " " ) % " % % % * + , '' &

( # * ! - ! ! & & % ' .. $ ! & / ' ! 0 ! ' $ " 1 !% " " 2"1 " 0% " % ) % % 0 ! % ! % 3 ( 0 . 4 5 3 ! ! 0 % 4 5 4 !

( " ! # ! $ 6 1 ! $ ' % % 1 +&# ,

SABDA Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri pada Majlis Pembukaan Rasmi Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi (Malam Pertama) pada Selasa, 12 Jamadilakhir 1439H bersamaan 27 Februari 2018M bertempat di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

0 " 0 ! $ * ; " " % % " % * 0 3 3 0 0 " * ; % ! ! < ." ! ( # +!( #, % % < 3 " &:4 & 00 . 3

MAC

3 4 5 6 7 8 9

3 % 3 " " " ! ! $ . ! 0 / " % " " % 5 0 %

0 3 0 "

< * ! $ " =>9? & ! "

JAMADILAKHIR

15 16 17 18 19 20 21

5 . 04 5 . 04 5 . 03 5 . 03 5 . 03 5 . 02 5 . 02

5 . 14 5 . 14 5 . 13 5 . 13 5 . 13 5 . 12 5 . 12

6 . 31 6 . 31 6 . 31 6 . 30 6 . 30 6 . 30 6 . 29

6 . 54 6 . 53 6 . 53 6 . 53 6 . 52 6 . 52 6 . 51

12 . 33 12 . 33 12 . 33 12 . 33 12 . 32 12 . 32 12 . 32

3 . 49 3 . 48 3 . 48 3 . 47 3 . 46 3 . 46 3 . 45

6 . 33 6 . 33 6 . 33 6 . 33 6 . 32 6 . 32 6 . 31

7 . 43 7 . 42 7 . 42 7 . 42 7 . 42 7 . 42 7 . 42


HARI SABTU 3 MAC 2018

3

Persiap generasi penerus dengan ilmu Al-Quran Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

Dari muka 1

''Di peringkat pengajian tinggi pula, kita juga sudah ada Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan yang terus giat mengajarkan ilmu-ilmu Al-Quran,'' titah baginda. Dalam hubungan itu, baginda percaya bahawa memang wajar bagi para mahasiswa yang berkenaan untuk memahami Al-Quran. ''Jika mahasiswa di bidang ugama dan guru-guru ugama tidak atau belum memahami Al-Quran, maka siapa lagi? Kita pernah mendengar golongan orientalis turut memahami Al-Quran kerana mereka bersungguh-sungguh berusaha untuk itu, maka mengapa mahasiswa kita yang berkenaan tidak berusaha?'' titah baginda lagi. Kebawah DYMM bertitah mengingatkan bagi masyarakat umum pula, kita masih saja boleh belajar menurut kadar kemampuan masing-masing. Terdahulu, dalam titah baginda menyatakan tema musabaqah pada malam itu berbunyi : 'Al-Quran Sumber Kepimpinan Adil', yang mana tema tersebut

mengingatkan kita kepada sebuah hadis masyhur yang menceritakan bagaimana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah memperakui cara sahabat Baginda, Mu'az bin Jabal, yang diutus menjadi gabenor di Yaman, telah memutuskan suatu hukuman dengan terlebih dahulu merujuk kepada Al-Quran. Maka tema itu menurut titah baginda lagi, adalah sangat tepat untuk membimbing kita bagaimana menjadikan Al-Quran itu sebagai sumber rujukan dalam kepimpinan. Kebawah DYMM bertitah menyatakan bahawa, pengertian adil adalah bermaksud meletakkan sesuatu itu pada tempatnya yang betul lagi layak. Soalnya, adakah kita dalam titah baginda sudah melakukan ini, sesuai dengan pengertian tersebut? ''Alhamdulillah, tahun demi tahun kita telah diberi taufiq dan hidayah oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk tetap istiqamah mengadakan musabaqah Tilawah Al-Quran. Rasa-rasanya dengan ini, dapatlah dianggap, bahawa kita telah pun berlaku adil meletakkan Al-Quran itu pada tempatnya yang wajar untuk dipelajari dan dihayati dengan

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi.

sebaik-baiknya,'' tambah titah baginda. Di samping musabaqah

peringkat ini, baginda juga melahirkan rasa gembira mengetahui, bahawa ada

BERANGKAT sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah (kiri dan kanan). Sementara gambar bawah, para jemputan lelaki yang hadir pada Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi tersebut.

beberapa musabaqah lagi yang bukan hanya dalam bidang bacaan, malahan juga hafazan dan pemahaman. Ini pun satu lagi cara kita berlaku adil kepada Al-Quran, kerana Al-Quran dalam titah baginda selain untuk dibaca, ia juga adalah untuk difahami dan dihayati. Pada mengakhiri titah tersebut, baginda turut melahirkan ucapan tahniah kepada semua yang berjaya ke peringkat akhir dan seterusnya kepada pemenang yang terpilih bagi mewakili negara ke Musabaqah Tilawah Al-Quran Antarabangsa nanti dan menyeru agar kita sama-sama merealisasikan tema tersebut agar ia tidak hanya tinggal tema, dan berusaha serta berdoa agar kita benar-benar menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan dalam kehidupan kita di Negara Brunei Darussalam ini.


4

HARI SABTU 3 MAC 2018

Lapan finalis musabaqah teruskan bacaan

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ketika berangkat pada Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas (kiri dan kanan).

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Februari. - Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi diteruskan lagi dengan bacaan daripada lapan peserta pada malam kedua

bertempat di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Berangkat mendengarkan bacaan peserta pada malam kedua ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni

PESERTA qari, Awang Mohammad Zul-Hafiz bin Awang Tengah dan peserta qariah, Dayangku Fauziah Nadhirah binti Pengiran Haji Jofri semasa memperdengarkan bacaan pada malam kedua musabaqah tersebut (kiri dan kanan).

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H / 2018M serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang lain dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Ketua Hakim Syar'ie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar yang juga membacakan Doa Penutup. Musabaqah kemudiannya

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ketika berkenan menerima junjung ziarah.

diteruskan dengan bacaan daripada lapan peserta itu terdiri daripada empat qari dan empat qariah yang kesemua mereka memperdengarkan bacaan dari Surah Yussof. Peserta qari yang memperdengarkan bacaan mereka ialah Awang Mohammad Albi bin Haji Ibrahim, Awang Mohammad Zul-Hafiz bin Awang Tengah, Awang Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya dan Haji Awang Mohammad Fikri bin Haji Awang Metussin. Sementara peserta qariah pula ialah Dayangku Fauziah Nadhirah binti Pengiran Haji Jofri, Dayang Hajah Nurfaezah binti Haji Emran, Dayang Hajah Nurhapidzah binti Haji Hassan dan Dayang Zarina binti Abdul Wahab.

ANTARA yang hadir pada malam kedua Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439H / 2018M.

Majlis diserikan dengan persembahan bacaan Al-Quran daripada tiga qari tempatan, iaitu Dato Paduka Haji Yussof bin Bakar, naib johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 1991 dan tempat ketiga Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 1981 dan 1988, Mudim Haji Metasim bin Haji Metussin, tempat ketiga Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2001 dan Pengiran Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki, naib johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2016 dan 2017. Pengumuman keputusan bagi menentukan johan qari dan qariah Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439H / 2018M akan diumumkan malam esok seterusnya diteruskan dengan penyampaian hadiah.


HARI SABTU 3 MAC 2018

5

ISB meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-34 Berita : Ihsan Media Permata Foto : Ihsan Borneo Bulletin

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah bergambar ramai pada Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 Tahun Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mac. - Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), telah menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 Tahun dengan majlis sambutannya yang berlangsung di Dewan Teater sekolah berkenaan, hari ini. Berkenan menyertai persembahan pentas bagi sambutan itu ialah paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel yang menyertai persembahan 'Generasi Berwawasan' dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang berkenan menyertai persembahan tarian pom-pom 'Iltizam Generasiku'. Turut menyertai persembahan 'Generasi Berwawasan' juga ialah cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah yang berkenan menyertai persembahan tarian dan nyanyian 'Mari Menari'. Para pelajar dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan menarik yang telah disembahkan oleh para pelajar Tahun 3 sehingga Tahun 6. Rata-rata guru dan pelajar yang hadir turut memakai pakaian berwarna kuning, hitam dan baju Melayu.

Anggota Penjara perlu amalkan sikap berdisiplin MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa menyampaikan ucapan pada upacara tersebut.

TUTONG, Khamis, 1 Mac. Setiap pegawai dan anggota penjara perlu sentiasa dinamik dan harus berani membuat perubahan-perubahan yang baik dalam apa jua bidang tugas bagi mencapai kecemerlangan diri dan jabatan. Ia adalah kerana pegawai dan kakitangan merupakan modal

insan atau aset utama bagi kejayaan sesebuah organisasi, di mana organisasi yang dianggotai oleh individu yang cemerlang akan menjadi organisasi yang cemerlang, terbilang dan dihormati. Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa berucap pada Upacara Perbarisan sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara Ke-64 yang berlangsung di Padang Kawad, Pusat Latihan, Jabatan Penjara, di sini. Yang Berhormat Pehin seterusnya menasihatkan agar semua anggota Jabatan Penjara akan mengamalkan sikap berdisiplin dan berintegriti pada setiap masa, iaitu dengan mematuhi undang-undang dan

peraturan-peraturan am perkhidmatan awam serta ajaran-ajaran ugama Islam. Menurut Yang Berhormat lagi, rangkaian pengetahuan, kemahiran, sikap dan sifat positif adalah integrasi atau penyatuan unsur penting yang ada dalam diri anggota itu sendiri. ''Integrasi ini penting kerana terdapat anggota yang pandai dan tinggi pengetahuannya, tetapi tidak mempunyai kemahiran di dalam bidang tugasnya. Ada pula anggota yang mempunyai kedua-duanya, iaitu pengetahuan dan kemahiran, tetapi tidak mempunyai komitmen dan 'attitude' yang baik terhadap tanggungjawab kerja dan jabatan,'' jelas Yang Berhormat menambah. Justeru tambah Yang Berhormat, integriti bukan sahaja diukur pada tidak melibatkan diri dengan gejala rasuah, jenayah dan penyalah gunaan kuasa, tetapi merangkumi

Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

kesanggupan anggota untuk memikul tanggungjawab tanpa mengira masa, tenaga dan tempat. Upacara perbarisan pada hari itu diakhiri dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Pegawai Penjara, Awang Sabtu bin Haji Abd. Ghani. Tetamu kehormat dan para jemputan seterusnya beredar ke Dewan Silaturrahim, Pusat Latihan, Jabatan Penjara bagi Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Penjara Tahun 2018. Juga hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Ajman bin Haji Meludin; Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Timbalan

Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, timbalan-timbalan ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, ketua-ketua cawangan dari agensi-agensi kerajaan Daerah Tutong, Ahli-ahli Jaksa Pelawat Jabatan Penjara, Penghulupenghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung dan jemputan-jemputan Khas lain. Sejak penubuhannya pada 1 Mac 1954, Jabatan Penjara telah melahirkan beberapa orang pemimpin dalam kalangan anak-anak tempatan yang telah banyak menyumbang tenaga dan fikiran sebagai asas ke arah pencapaian mengembang majukan menjadikan Jabatan Penjara dapat berdiri sebanding dengan Institusi Penjara di luar negara.

Kadar residivis menurun pada tahun 2017 TUTONG, Khamis, 1 Mac. Kira-kira 113 banduan yang dipanggil Rakan Seliaan berdaftar secara sukarela untuk mengikuti Program Perkhidmatan Seliaan atau Program Reintegrasi (Aftercare Program) yang disediakan oleh Jabatan Penjara. Penyertaan dalam Program Aftercare tersebut menyaksikan penurunan kadar residivis dalam kalangan peserta Program Rakan Seliaan, iaitu daripada 11 peratus pada tahun 2014 menjadi tiga peratus tahun lalu, manakala sebilangan daripada mereka pula memperoleh pekerjaan. Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa berucap pada Upacara Perbarisan sempena

Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara Ke-64 yang berlangsung di Padang Kawad, Pusat Latihan, Jabatan Penjara, di sini. Sebagai tambahan daripada itu menurut Yang Berhormat, pihak Jabatan Penjara sedang meneliti untuk mewujudkan program pemulihan di luar tembok penjara melalui Perintah Kehadiran Wajib (PKW) dan Perintah Pelepasan Banduan Secara Lesen (PPBSL) sebagai hukuman alternatif pada hukuman pemenjaraan. "Perintah ini dihasratkan akan dapat mengelakkan kadar residivis, selain mengelakkan kesesakan penjara, penjimatan kos pengurusan, mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan institusi keluarga sedia ada serta lain-lain faedah tanpa menjejaskan kehidupan dan tanggungjawab harian pesalah-pesalah tersebut

terhadap keluarga masing-masing melalui perintah-perintah sedemikian," terang Yang Berhormat lagi. Langkah itu dapat membuktikan berkurangnya bilangan residivis atau mereka yang masuk kembali ke penjara bagi kali kedua atau seterusnya, oleh itu jelas Yang Berhormat, Jabatan Penjara menetapkan KPI (Key Performance Indicator) bagi mengurangkan Residivis daripada 35 peratus pada masa ini menjadi 15 peratus menjelang tahun 2020. Yang Berhormat seterusnya menambah, kejayaan bukan semata-mata di sukat sama ada program dapat memberikan pekerjaan atau sumber pendapatan kepada bekas banduan, tetapi kejayaan yang paling besar ialah sejauh mana kita dapat membuat transformasi kepada seseorang

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan Sijil dan Hadiah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Penjara Tahun 2018.

individu untuk berubah; perubahan rohani dan mental; perubahan untuk lebih cekal dan tabah dalam mengharungi kehidupan baharu. "Jika kita berjaya mengubah

kehidupan seorang bekas banduan, kita pada hakikatnya menyumbang ke arah menyelamatkan satu keluarga di negara ini," tegas Yang Berhormat lagi.


6

HARI SABTU 3 MAC 2018

NASIONAL

Pelajar SMALHB terima sijil Hafl Al-Takharruj Ke-24

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Mac. - Majlis Hafl Al-Takharruj Kali Ke-24 bagi Sekolah Menengah Arab LakiLaki Hassanal Bolkiah (SMALHB) menyaksikan seramai 265 pelajar menerima Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan 35 pelajar lagi menerima Sijil BC GCE 'A' Level. Hadir menyampaikan sijil ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman pada majlis yang berlangsung di

Dewan Serbaguna Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS), Kampung Katok, di sini. Pemangku Pengetua SMALHB, Dayang Hajah Sarimah binti Haji Ahmad dalam ucapan alualuannya antara lain menyatakan majlis adalah sebagai satu usaha untuk membarigakan dan memartabatkan pendidikan Agama Islam dan Arab kepada masyarakat Negara Brunei Darussalam, selain memberi ganjaran dan mengenang jasa pelajar kerana berjaya dalam

bidang akademik dan mengharumkan nama sekolah dalam bidang ko-kurikulum, sama ada dalam sekolah mahupun peringkat negara dan antarabangsa. Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh penuntut SMALHB, Awang Abdul Hafiz bin Haji Abdul Kadiroshman. Tetamu kehormat menyampaikan sijil dan hadiah STPUB, BC GCE 'A' Level; Anugerah Khas dan hadiah Pelajar Mithali bagi Tahun 2016 / 2017. Penilaian bagi Anugerah Khas pelajar adalah dinilai dari aspek akademik, kokurikulum, kepimpinan, peningkatan akademik dan Mumaarasah Al-Lughah Al-'Arabiyyah. Anugerah bagi kepimpinan, akademik dan mumaarasah Al-Lughah Al-'Arabiyyah diberikan kepada Awang Abdul Shafiq bin Roszani. Sementara itu, Anugerah Kepimpinan dan Akademik diberikan kepada Dayang Hajah Siti Nur Khadijah binti Haji Abu Samah dan Anugerah Akademik dan Kokurikulum diberikan kepada Awang Muhammad Za'eem bin Haji A. Majid @ Abdul Majid; Awang Mohammad Kafil Iqbal bin Ariffin Zainal; Dayang Siti Nur Amirah Nabilah binti Haji Mohd. Kamil dan Dayang Nur Faizah binti Mohamad Khairol Azmi.

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

Manakala itu, Anugerah Korikulum diterima oleh Awang Abdul Hafiz bin Haji Abd. Kadiroshman dan Anugerah Peningkatan Akademik diberikan kepada Awang Muhammad Haziq Hafizin bin Awang Mahali. Dayang Amirah Fakhriah binti Amizulfadzillah pula dianugerahkan Pelajar Mithali. Acara turut diserikan dengan persembahan Medley Sajak daripada para pelajar Pra U1 dan Pra U2 juga Persembahan Tayangan Video yang

memaparkan sesi aktiviti dan perjalanan para pelajar SMALHB. Majlis seumpamanya merupakan satu penghargaan bagi pelajar-pelajar yang telah lulus dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei juga BC GCE 'A' Level yang diadakan pada setiap tahun yang boleh memotivasikan pelajar-pelajar yang masih menuntut di SMALHB supaya mereka akan berusaha sungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

Penetapan jawatan pegawai kanan kerajaan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Februari. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan, Yang Mulia Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi, ditetapkan dalam jawatannya sebagai Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan. Tarikh penetapan jawatan pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai hari Khamis, 13 Jamadilakhir 1439 bersamaan 1 Mac 2018.

World Café platform perbincangan bersistematik Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah KAMPUNG KATOK, Rabu, 28 Februari. - Lebih 1,000 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Belia-Belia Masjid, Muslimah Masjid serta penuntut-penuntut menghadiri Majlis Perhimpunan Khas Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi bagi warga KHEU yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha di sini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman. Turut hadir, Timbalan Menteri

Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai diikuti dengan nyanyian Lagu Kebangsaan. Acara diteruskan dengan tayangan klip video 'Kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam 50 Tahun Dalam Perkhidmatan Ugama'. Acara diserikan dengan deklamasi sajak disampaikan oleh Awang Haji Jaya bin Haji Metussin. Acara tersebut diteruskan dengan Penyampaian Rumusan dari sesi World Café bagi lima fungsi utama KHEU, disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan)

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Dato Paduka Haji Awang Othman bersama-sama warga KHEU semasa menghadiri Perhimpunan Khas Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 Tahun di Dewan Serbaguna, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok.

KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja'ah yang seterusnya menyerahkan resolusi dari sesi World Café kepada Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof. Antara isi kandungan resolusi tersebut menyatakan bahawa, World Café adalah sebagai platform perbincangan yang bersistematik bagi mewujudkan rangkaian dialog yang kolektif antara kumpulan-kumpulan

DEKLAMASI Sajak daripada warga kementerian tersebut menyerikan lagi perhimpunan khas berkenaan.

peserta berdasarkan topik perbincangan yang kritikal bagi organisasi. Di antara objektif utama diadakan World Café adalah untuk mendengar serta mengumpulkan sumbang saran di kalangan pegawai-pegawai KHEU secara tertib dan teratur, bagi sama-sama memantapkan perkhidmatan ugama dan mewujudkan saluran komunikasi yang berterusan dan terbuka di segenap lapisan warga KHEU, agar objektif dan fokus sentiasa jelas dan terarah yang diharap dapat menjana tindakan strategik bagi mencapai Wawasan Negara 2035. Dapatan daripada sesi World Café tersebut telah dirumuskan bahawa ia dibahagikan kepada lima program, iaitu Pengurusan

dan Pentadbiran, Penyebaran Dakwah dan Syiar Islam, Perundangan Islam, Keselamatan Sosial serta Pendidikan Islam. Lima program berkenaan mempunyai saranan ke arah menghasilkan produktiviti kerja yang lebih dinamik dan efisien dalam membantu menjayakan visi dan misi kementerian sekali gus menjayakan Wawasan Negara 2035, sesuai dengan tema Hari Kebangsaan Ke-34 pada tahun ini iaitu 'Menjayakan Wawasan Negara'. Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan Timbalan Setiausaha Tetap, Awang Roslan bin Haji Taja'ah.


NASIONAL

HARI SABTU 3 MAC 2018

7

Majlis keagamaan sempena Penubuhan Ke-25 Insuran Islam TAIB

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa menunaikan sembahyang Fardu Maghrib, Sunat Hajat pada majlis tersebut (kiri). Manakala gambar kanan, Menteri Pertahanan II semasa menyampaikan wakaf kepada Pegawai Hal Ehwal Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdullah.

Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 2 Mac. - Insuran Islam TAIB Holdings Sendirian Berhad mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 25 Kali Khatam, Sembahyang Sunat Hajat dan Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Penubuhan Ke-25

Insuran Islam Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) Holdings Sdn. Bhd. Majlis yang berlangsung di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah itu dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri

Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, yang juga selaku Penasihat Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB. Turut hadir ialah Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Perbadanan TAIB bersama ahli-ahli Badan Pengarah Perbadanan TAIB

dan Komiti Penasihat Syariah serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan insuran berkenaan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, diikuti dengan Majlis Penutup Khatam Al-Quran 25 Kali Khatam yang dikepalai oleh Imam Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdullah. Majlis diselajurkan dengan penyampaian sumbangan dan

wakaf berupa buku Yaa Siin dan telekung kepada masjid tersebut yang disampaikan oleh Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Majlis diakhiri dengan sembahyang Sunat Hajat, Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak berjemaah, bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil serta Doa Kesyukuran.

SUAMPRIPAD johan Pertandingan Dekon Sekolah-sekolah Rendah 2018

AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad selaku tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada johan yang dimenangi oleh Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 2 Mac. - Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD) muncul johan pada Peringkat Akhir Pertandingan Dekon Sekolahsekolah Rendah Senegara Tahun

2018 yang berlangsung di Pentas Pesta Buku, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang

Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad selaku tetamu kehormat. Naib johan disandang oleh Sekolah Seri Mulia Sarjana dan tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Rendah Sengkurong. SUAMPRIPAD mendapat markah 85 peratus selepas berjaya memintas Sekolah Seri Mulia Sarjana yang mendapat markah 79.33 peratus dan Sekolah Rendah Sengkurong 77.33 peratus. Ketiga-tiga pasukan pemenang membawa pulang Piala Iringan, Piala Perseorangan, Hadiah Buku dan Sijil Penyertaan. Terdahulu, Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Haji Azis bin Haji Nayan dalam ucapan alu-aluannya, melahirkan harapan agar pertandingan tersebut dapat memberikan pendedahan dan mengetengahkan bakat para pelajar sekolah-sekolah rendah dalam bidang pengucapan sastera iaitu deklamasi sajak dan lakonan. Selain itu ujarnya, untuk memupuk minat dan kecintaan para pelajar terhadap bahasa dan sastera Melayu khususnya puisi dan menerapkan semangat kebangsaan dan nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar melalui deklamasi sajak dan lakonan yang disampaikan. ''Di samping itu juga, ia adalah

SEBAHAGIAN daripada peserta semasa Peringkat Akhir Pertandingan Dekon Sekolah-sekolah Rendah Senegara Tahun 2018.

untuk memberi dorongan dan mendidik para pelajar untuk lebih berkeyakinan dan percaya dengan kebolehan diri sendiri serta dapat bekerjasama dalam satu pasukan,'' tambahnya lagi. Pertandingan dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Unit Akli dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Seramai 30 pasukan daripada 10

buah sekolah telah terpilih ke peringkat akhir terdiri dari Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit; Sekolah Rendah Rataie; Sekolah Rendah Sengkurong; Sekolah Rendah Sungai Siamas; Sekolah Rendah Katok 'A'; Sekolah Seri Mulia Sarjana; Sekolah Al-Falaah Ban 5; Sekolah Rendah Dato Othman; Sekolah Rendah Mulaut dan Sekolah Rendah Pengkalan Batu.


8

HARI SABTU 3 MAC 2018

NASIONAL

Pastikan pengambilan produk kesihatan dapat kebenaran

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Mohd. Jaafar bersama rombongan Kementerian Kesihatan semasa membuat pemeriksaan ke atas barang makanan dalam tin di salah sebuah pasaraya di Gadong.

Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Hamzah Mohidin GADONG, Khamis, 1 Mac. Kementerian Kesihatan akan terus membuat pemantauan ke atas produk-produk kesihatan yang dipasarkan di negara ini bagi menjaga kesihatan dan keselamatan orang awam. Pada masa yang sama, pihak

Kementerian Kesihatan juga ingin menasihati agar pengguna sentiasa berwaspada dalam memilih produk-produk yang hendak dipakai. Pengguna hendaklah meminta nasihat daripada doktor atau ahli farmasi jika hendak mengambil

produk-produk kesihatan dan memastikan produk tersebut mendapat kebenaran dari Kementerian Kesihatan. Pihak Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai mengenai perkara itu berikutan pemeriksaan mengejut yang dilaksanakan oleh rombongan Kementerian Kesihatan yang diketuai oleh Menteri Kesihatan terhadap premis-premis perniagaan yang menjual produk-produk yang dikawal oleh kementerian di sekitar kawasan Gadong, di sini. Bahagian Penguatkuasaan Farmasi di Jabatan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, bertanggungjawab untuk membuat pemantauan, pemeriksaan dan pengawalan ke atas premis-premis perniagaan bagi penjualan produk-produk yang dikawal, iaitu produk yang mengandungi racun berjadual seperti kimia industri, agrokimia dan sebagainya, ubat-ubatan, ubat-ubatan tradisional, suplemen kesihatan dan produk kosmetik. Ia adalah bagi memastikan produk-produk yang dipasarkan mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang di bawah Akta Racun 1956, Perintah Ubat 2007 dan Peraturan Ubat (Produk

Kosmetik) 2007. Manakala pegawai-pegawai penguatkuasa dari Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan pula bertanggungjawab untuk melakukan pemeriksaan dan penilaian terhadap kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan. Ini termasuk cara penyimpanan dan pelabelan makanan pada setiap penjualan produk-produk makanan yang dijual, mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang di bawah Akta Kesihatan Awam (Makanan) (Penggal 182) dan PeraturanPeraturan Kesihatan Awam (Makanan) (P1, Penggal 182). Kementerian Kesihatan seterusnya mengingatkan para peniaga produk kesihatan bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Racun 1956 untuk menjual mana-mana produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan dan boleh dikenakan denda sebanyak BND8,000 atau penjara enam bulan, jika didapati bersalah. Jika seseorang melakukan sesuatu di atas kecuaiannya sendiri yang membahayakan atau mungkin membahayakan nyawa manusia, jika didapati bersalah,

akan didenda sebanyak BND16,000 dan dua belas (12) bulan penjara. Selain itu, orang ramai juga diingatkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 untuk mengimport dan memasarkan produk kosmetik di pasaran tempatan tanpa Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di Kementerian Kesihatan dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi BND5,000 penjara tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali. Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dariapda orang ramai untuk sentiasa melaporkan ke Kementerian berkenaan jika mendapati sebarang produkproduk kesihatan yang ditegah penjualan dan pemasarannya di negara ini. Untuk maklumat lanjut dan sebarang maklum balas, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.bn dan laman media sosial, Facebook / Instagram: MOHBrunei' atau menghubungi Talian Darussalam 123.

PDB perlu bijak tangani cabaran

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud semasa berucap pada Upacara Perbarisan sempena Sambutan Hari Polis Ke-97 Tahun.

GADONG, Rabu, 28 Februari. Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) hendaklah memastikan segala cabaran yang dihadapi akan

dapat ditangani dengan bijak melalui kaedah-kaedah yang merangkumi semua aspek, kerana kita tidak mempunyai pilihan, selain menghadapi serta menangani cabaran-cabaran yang ada dan mendatang dengan penuh keyakinan, kebijaksanaan serta tawakal kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Jika kita tidak bijak dan belum bersedia menanganinya, ia akan menghambat prestasi pasukan dan memberikan gambaran negatif pada imej PDB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud menekankan demikian pada Upacara Perbarisan sempena Sambutan Hari Polis Ke-97 Tahun yang berlangsung di Padang Kawad Pusat Latihan, Ibu Pejabat PDB, di sini. Justeru itu, PDB menurutnya

perlu memberi penekanan pada pembangunan kapasiti dari peringkat pegawai hingga ke anggota Polis dan mengambil kira nilai-nilai takwa, taat, integriti, dedikasi, kredibiliti dan berkepimpinan, sejajar dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-34, iaitu 'sebagai sebuah negara Islam yang progresif, pengukuhan Maqasid Syariah adalah menjadi pra-syarat pada kejayaan negara. Pengukuhan ini penting, sebagai pemangkin ke arah memastikan negara terus menuai kemakmuran dan kesejahteraan'.

Perbarisan sempena Sambutan Hari Polis Ke-97

TETAMU Kehormat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud semasa memeriksa perbarisan.

"Perkara yang perlu diambil perhatian berat adalah dengan memupuk budaya kerja yang amanah, jujur, bersikap tegas, tidak menyalahgunakan kuasa serta tidak terbabit dengan gejala rasuah dan aktiviti jenayah," tambahnya. Perkara-perkara tersebut tegasnya tidak sepatutnya berlaku lagi kerana ia akan menjejaskan imej dan kewibawaan pasukan tersebut. Oleh itu, PBD katanya, hendaklah merangka strategi -strategi bagi melangkah ke hadapan secara sistematik dan lebih efisien dalam meneruskan hala tuju untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, memperkasakan penguatkuasaan undang-undang dan hal-ehwal kebajikan warga pasukan dalam mencapai Wawasan Brunei 2035. "Tugas dan tanggungjawab Pasukan Polis adalah berat. Secara keseluruhannya adalah

penting semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk membaharui corak pengurusan dan pengoperasian bersesuaian pada situasi yang sentiasa bergerak maju," ujarnya lagi. Yang Berhormat seterusnya menyatakan pasukan berkenaan hendaklah menggunakan segala sumber yang ada secara strategik bagi memastikan satu perkhidmatan yang profesional dan berkualiti agar dapat diberikan kepada masyarakat, di samping memastikan keselamatan, kesejahteraan dan keamanan negara sentiasa terjaga. Maka dari itu, pikullah amanah yang diberikan sebagai agensi penguatkuasa undang-undang di Negara Brunei Darussalam dan menjalankan tanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian negara sebagai satu ibadah.

Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Pengiran Amirulnizam Pengiran Haji Mohd. Ali GADONG, Rabu, 28 Februari. Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) mengadakan Upacara Perbarisan sempena Sambutan Hari Polis Ke-97 Tahun yang berlangsung di Padang Kawad Pusat Latihan, Ibu Pejabat PDB, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud. Turut hadir, Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al Islam dan Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali. Acara dimulakan dengan hormat panglima diikuti dengan memeriksa perbarisan kontinjen-kontinjen PDB oleh tetamu kehormat majlis. Perbarisan berkenaan melibatkan 12 kontinjen polis dari jabatan-jabatan dan formasiformasi di dalam PDB di bawah

Pegawai Pemerintah Perbarisan, Penguasa Polis Haji Azree bin Haji Abd. Manaf. Kemudian diteruskan dengan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan juga cepat diikuti dengan kawalan kehormatan dan seterusnya kontinjen mara ke hadapan untuk diperhati semula. Doa Selamat dibacakan oleh APO Sargent 6472 Mohd. Yusri bin Haji Abu Bakar. Tema Sambutan Hari Polis tahun ini 'Perpaduan dan Keharmonian Mengukuhkan Keamanan'. Sambutan berkenaan melambangkan pengiktirafan kepada PDB dalam mengenang jasa bakti dan mengukur sejauh mana pencapaian pasukan tersebut dalam menjalankan amanah serta peranan sebagai Pasukan Keselamatan dan Kesejahteraan negara juga rakyat. PDB banyak mencapai perkembangan sejak awal penubuhannya pada 1 Januari 1921.


NASIONAL

HARI SABTU 3 MAC 2018

9

Patuhi peraturan penjualan produk suplemen Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Hamzah Mohidin

GADONG, Khamis, 1 Mac. Rombongan Kementerian Kesihatan yang diketuai oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Md. Isham bin Jaafar menjalankan pemeriksaan mengejut terhadap premis-premis perniagaan yang menjual produk-produk yang dikawal oleh kementerian berkenaan di sekitar kawasan Gadong, di sini. Turut menyertai rombongan ialah, Pemangku Setiausaha Tetap

Kementerian Kesihatan, Dr. Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) Kementerian Kesihatan, Awang Maswadi bin Haji Mohsin; pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan serta pegawai-pegawai penguatkuasaan kesihatan dari Bahagian Penguatkuasaan Farmasi dan Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan. Daripada pemeriksaan mengejut itu, pegawai-pegawai

ANTARA barang kosmetik yang dirampas semasa pemeriksaan tersebut.

penguatkuasa kesihatan dari Bahagian Penguatkuasaan Farmasi mendapati sebanyak dua premis perniagaan didapati mempamerkan dan men jual produk-produk terlarang yang dikawal di bawah Akta Racun 1956 dan Perintah Ubat 2007, iaitu sebanyak 43 jenis produk tradisional dan suplemen kesihatan; 22 jenis produk kosmetik dan empat jenis produk ubat. Sewaktu pemeriksaan tersebut juga, sebanyak dua jenis produk kesihatan dan produk kosmetik diambil di bawah program pemantauan semasa pasaran (Post Marketing Surveillance) untuk dianalisa di makmal bagi mengesan pencemaran termasuk bahan aktif farmaseutikal yang tidak isytiharkan dan bahan-bahan terlarang. Notis rampasan kepada peniaga-peniaga terlibat dikeluarkan sebagai peringatan dan jika perlu, boleh menghubungi pihak penguatkuasaan untuk penerangan lebih lanjut. Manakala pemeriksaan

pegawai-pegawai penguatkuasa kesihatan dari Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan terhadap sebuah premis pasaraya didapati mematuhi Akta Kesihatan Awam (Makanan) (Penggal 182) dan Peraturan-Peraturan Kesihatan Awam (Makanan) (P1, Penggal 182). Semasa lawatan ke premispremis perniagaan tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menegaskan, kepada para peniaga untuk sentiasa patuh pada peraturan-peraturan penjualan produk kesihatan dan makanan yang berkuat kuasa demi untuk menjaga kesihatan serta keselamatan orang awam. Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga menyarankan kepada para peniaga produk kesihatan dan makanan untuk sama-sama bertanggungjawab dan berhati-hati dalam memilih produk yang dipasarkan di negara ini bagi mendukung usaha-usaha Kementerian Kesihatan secara berterusan. Pegawai-pegawai penguatkuasa kesihatan juga mengongsikan garis

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Md. Isham bin Jaafar ketika ditemu bual.

pandu masing-masing kepada para pemilik premis perniagaan yang terlibat sebagai panduan dan maklumat mereka dalam memastikan produk-produk dan barang-barang jualan yang dipamerkan mempunyai kebenaran dan mematuhi undang-undang. Ia termasuk tatacara permohonan bagi penjualan serta pembekalan produk ubat, tatacara permohonan ubat tradisional dan produk suplemen kesihatan juga tatacara permohonan notifikasi produk kosmetik.

Bengkel Meninggi Tahap beri galakan kepada para pelajar Siaran Akhbar: Persatuan Pelajar Brunei di United Kingdom & Eire

PARA pelajar dari Negara Brunei Darussalam yang sedang melanjutkan pengajian di seluruh United Kingdom telah menghadiri Bengkel Meninggi Tahap yang diadakan di Brunei Hall, London.

TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA : 1. 'Hujung Minggu Tanpa Beg Plastik'. Tarikh Tutup : 7 Mac 2018 2. 'Bersiap Siaga Hadapi Bencana Alam'. Tarikh Tutup : 14 Mac 2018 3. 'Belia Berperanan Realisasikan Negara Maju'. Tarikh Tutup : 21 Mac 2018

Terma dan Syarat : 1. Penyertaan dibuka kepada remaja yang berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun, yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kecuali warga Jabatan Penerangan. 2. Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. 3. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon hendaklah disertakan dan dihantar kepada :

LONDON, UNITED KINGDOM, Khamis, 1 Mac. Sebagai usaha menyebarkan maklumat mengenai Proses Meninggi Tahap untuk menggalakkan para pelajar melanjutkan pengajian (Meninggi Tahap), sekali gus memberi pendedahan mengenai proses permohonan Chancellor's Scholar, Sultan's Scholar dan biasiswabiasiswa lain. Para pelajar dari Negara Brunei Darussalam (NBD) yang sedang melanjutkan pengajian di seluruh United Kingdom (UK) menghadiri Bengkel Meninggi Tahap yang diadakan di Brunei Hall, London pada 11 Februari lalu. Acara dimulakan dengan taklimat proses Meninggi Tahap yang disampaikan oleh Pegawai Penyelaras Akademik dari Unit Pelajar Brunei, UUK, Dayang Siti Hairaney @ Irene binti Haji Shahri diikuti dengan perbincangan mengenai proses permohonan biasiswa dan tip-tip utama yang dikongsikan daripada penerima Chancellor's Scholar, Dayang Hajah Hanisah binti Haji Awang Sharif dan penerima biasiswa Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Muhammad Ayyub bin Haji Kamaludin. Pada taklimat yang disampaikan oleh Dayang Siti Hairaney, beliau menerangkan kepentingan memilih kursus yang kini diperlukan bagi pembangunan NBD berdasarkan senarai biasiswa. Jelasnya, senarai kursus yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan berubah setiap tahun dan beliau menasihatkan agar cadangan penyelidikan mestilah sejajar dengan Wawasan 2035. Tambahnya, cadangan perlu relevan dan berguna untuk masa depan pembangunan Brunei untuk mendapat sokongan dari Unit Biasiswa, di samping para pelajar

memastikan bahawa kursus-kursus berkenaan tidak tersedia secara langsung di Brunei. Dayang Hajah Hanisah pula mengongsikan pengalamannya memohon Chancellor's Scholar dan menasihatkan pelajar supaya mempunyai projek yang diingini, diikuti dengan meninjau universiti dan kemudian mencari Penyelia yang sempurna untuk projek yang mereka cari dan apabila kedua-dua pihak setuju dengan cadangan PhD, ikutilah dengan permohonan segera. Jelasnya, jika pelajar mempunyai semangat dan keyakinan untuk menyumbang sebagai seorang akademik, pelajar harus mencuba dan memohon biasiswa. Awang Muhammad Ayyub pula menekankan bahawa majoriti pelajar adalah memikirkan Wawasan 2035 dengan tiga matlamat utama. Walau bagaimanapun katanya, lapan strategi untuk mencapai hal ini dan pelajar harus memikirkannya semasa membuat keputusan mengenai kursus yang akan memberi manfaat pada negara di masa akan datang. Sebagai contoh, dari segi keselamatan sosial, untuk memastikan bahawa negara maju dan semua warganegara dijaga dengan baik, terdapat peningkatan kesedaran terhadap keperluan pendidik untuk kanak-kanak yang mempunyai keperluan khusus. Pada akhir bengkel, para peserta memperoleh banyak maklumat yang dikongsikan dan kebanyakan mereka berkongsi keinginan untuk melanjutkan pengajian, sementara minoriti berminat untuk mencari peluang untuk meneroka di masa hadapan, seperti penempatan kerja sebelum memikirkan untuk melanjutkan pelajaran pascasiswazah mereka.


10

HARI SABTU 3 MAC 2018

NASIONAL

354 anggota ABDB terima PKL dan PB Tentera Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud hadir selaku tetamu kehormat semasa menyempurnakan panyampaian pingat kepada penerima (atas), manakala gambar bawah, Pegawai dan Lain-lain Peringkat ABDB yang dikurniakan Pingat Kerja Lama (P.K.L) dan Perangai Baik Tentera (PB Tentera).

TUTONG, Jumaat, 2 Mac. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi seramai 354 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang terdiri dari 18 pegawai dan 336 lain-lain peringkat dikurniakan Pingat Kerja Lama (P.K.L) dan Perangai Baik Tentera (PB Tentera). Hadir selaku tetamu kehormat menyempurnakan penyampaian Pingat-pingat P.K.L dan PB Tentera kepada Pegawai dan Lain-lain Peringkat ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud. Majlis berlangsung di Padang Kawad Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison, di sini. Turut hadir, Pemerintah-

pemerintah Angkatan Tentera, Komandan komandan, Pengarah-pengarah, Pegawaipegawai Kanan dan Pegawaipegawai ABDB. Pengurniaan pingat ini merupakan pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang setia, amanah dengan disiplin dan keperibadian yang baik serta mempunyai rekod yang bersih sepanjang perkhidmatan 18 tahun. Dengan pengurniaan pingat itu juga sebagai pendorong untuk terus menabur bakti dan mentaati raja, serta sama-sama memelihara kesejahteraan dan keamanan bangsa, agama dan Negara Brunei Darussalam. Di samping itu, pengurniaan ini diharap akan menjadi pemangkin dan menyemarakkan lagi azam, semangat iltizam anggota ABDB yang lainnya untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang, berdisiplin, efisien, jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Patuhi kod pakaian, peraturan dalam Dewan Persidangan MMN BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Februari. - Sekolah-sekolah dan institusi pendidikan yang berhasrat untuk membuat lawatan sambil belajar pada hari-hari Persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) 1439 Hijrah / 2018 Masihi hendaklah menulis surat sekurangkurangnya seminggu sebelum tarikh lawatan sambil belajar kepada Jurutulis MajlisMajlis Mesyuarat, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan, BB3910, Negara Brunei Darussalam. Menurut Siaran Akhbar Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, murid-murid / penuntut-penuntut / mahasiswa-mahasiswi dimestikan memakai pakaian seperti yang dinyatakan pada tajuk kod pakaian. Mereka juga dimestikan untuk mematuhi peraturan-peraturan semasa di dalam Dewan Persidangan seperti yang dinyatakan pada tajuk peraturan dan persidangan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia Persidangan MMN atau hubungi terus ke talian +673 2380501. Bagi institusi-institusi pendidikan yang berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil belajar semasa hari-hari Persidangan MMN bolehlah menghubungi Urusetia Persidangan MMN. Kod pakaian bagi pegawai-pegawai, kakitangan kerajaan dan orang awam yang berhasrat mendengarkan persidangan adalah baju kemeja lengan panjang, tali leher dan bersongkok (bagi lelaki), pakaian Melayu Islam Beraja, Baju Melayu lengkap, sinjang dan bersongkok, baju kurung dan tudung, baju kemeja wanita dan seluar / skirt labuh panjang (bagi perempuan) dan lounge suit. Manakala kod pakaian bagi institusi pengajian tinggi adalah baju lengan panjang (bagi mahasiswa), baju kurung dan tudung (bagi mahasiswi) dan berpakaian kemas dan sopan.

Sementara itu, kod pakaian penuntutpenuntut / murid-murid sekolah adalah pakaian seragam sekolah masing-masing (school uniform). Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat dalam pada itu tidak membenarkan pakaian seperti topi / cap, baju lengan pendek, baju 'T', baju sukan, seluar jeans, seluar pendek, seluar sukan, skirt pendek, leggings, sandal dan selipar. Selain itu, ketika sidang sedang berjalan mereka yang hadir ditegah merokok, sama ada di luar mahupun di dalam kawasan bangunan Dewan Persidangan, mengambil gambar di dalam Dewan Persidangan semasa persidangan sedang dijalankan adalah ditegah kecuali pihak-pihak yang telah diberikan kebenaran sahaja, orang ramai / pelawat yang hadir untuk mendengar perbahasan ditegaskan untuk mengaktifkan telefon bimbit pada silent mode semasa berada di dalam Dewan Persidangan. Orang ramai / pelawat juga ditegah membawa benda-benda berbahaya yang boleh mengancam keselamatan Dewan Persidangan, bercakap-cakap dan membuat bising adalah ditegah semasa persidangan dijalankan, makan dan minum adalah tidak dibenarkan di dalam Dewan Persidangan MMN dan mematuhi tatacara masuk dan keluar Dewan Persidangan semasa persidangan sedang dijalankan. Manakala itu, pakaian bagi Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keempat Belas MMN tahun ini untuk Ahli Yang Berhormat, mestilah memakai pakaian seragam (uniform) dengan Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kehormatan (untuk Menteri-Menteri Kabinet); pakaian seragam (uniform) atau Pakaian Kebangsaan Hitam dengan Bertajak (Dastar) berserta Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat

Siaran Akhbar : Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Kehormatan; dan Baju Kurung Hitam (bagi wanita) berserta dengan Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kehormatan. Serta bagi jemputan khas, pakaian seragam (uniform) bagi Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja, Timbalan-Timbalan Menteri, Ahli-Ahli Majlis Ugama Islam dan jemputan khas yang tidak mempunyai pakaian seragam (uniform) yang diberikan keistimewaan

kedudukan di atas dais ialah berpakaian hitam (bersongkok) bersama BintangBintang dan Pingat-Pingat Kehormatan. Jemputan-jemputan yang lain hendaklah pakaian kebangsaan hitam atau 'lounge suit' gelap. Bagi sebarang pertanyaan sila hubungi : Urusetia Persidangan MMN, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, melalui telefon : +673 2380501 atau faksimile : +673 2385500 atau laman sesawang www.majlis-mesyuarat.gov.bn.


NASIONAL

HARI SABTU 3 MAC 2018

11

Pantun simbol artistik masyarakat Melayu Nusantara Permainan Tradisional Brunei Dalam Kalangan Remaja

''

!" # ''$ %

&

" (

) *

)

!

* !

!

''

'' %

+ , (

! !

%

'

' '' ! "

!

%

. ) %

*

/

Berita dan Foto : Aimi Sani

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Februari. - Pantun adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di nusantara sejak ratusan tahun lalu. Pantun adalah simbol artistik masyarakat Melayu Nusantara, lambang kebijaksanaan berfikir yang sering dijadikan sebagai alat komunikasi dan begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat Melayu Nusantara. Perkara tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Tetap Kemasyarakatan dan Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Perasmian Seminar Memperkasa Pantun Nusantara Ke-3, Tahun 2018 bertempat di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Berakas, di sini. Fenomena pantun, tambah Datin Paduka, telah berkembang luas dan telah menjadi sebahagian dari warga sastera antarabangsa dan

bukan lagi bersifat lokal yang hanya di dominasi oleh Melayu Nusantara. Pantun terangnya, tetap milik Melayu Nusantara dan kita sebagai bangsa Melayu adalah pemilik mutlak pantun. ''Kita perlu berusaha untuk memperkukuh peradaban bangsa melalui penekanan bahawa pantun adalah satu daripada sumber tradisi yang patut dikekal dan dikembangkan sebagai asas pembinaan peradaban bangsa khususnya bangsa Melayu,'' tegas beliau. Seminar ini merupakan kegiatan Mastera Brunei Darussalam yang diselanggarakan oleh Mastera Brunei Darussalam dengan kerjasama Mastera Indonesia, Mastera Malaysia dan Mastera Singapura. Projek yang mula dilaksanakan pada tahun 2010 dan seterusnya pada tahun 2012 itu menjadi satu usaha untuk mengekalkan warisan bangsa Melayu di nusantara khususnya pantun Melayu. Projek selama empat hari yang melibatkan golongan belia dari negara Mastera itu antara lain bertujuan untuk mewujudkan rasa kebanggaan tentang warisan sastera budaya (pantun), merincikan bagaimana pantun itu

ANTARA yang hadir pada seminar tersebut.

SETIAUSAHA Tetap Kemasyarakatan dan Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil selaku tetamu kehormat merasmikan Seminar Memperkasa Pantun Nusantara Ke-3, Tahun 2018.

sendiri mempunyai nilai ilmu selain meningkatkan penggunaan bahasa Melayu melalui sastera dalam kalangan belia negara. Selain itu, ianya juga dihasratkan untuk mempertahan dan melestarikan khazanah pantun sebagai pengucapan budaya dan menghidupkan kembali warisan budaya (culture memories) yang terungkap dalam pantun dan dalam masa yang sama juga memperlihatkan pantun sebagai manifestasi kehidupan bangsa Melayu Nusantara. Seminar Pantun Melayu selama sehari suntuk dengan tema 'Melestari Budaya Pantun' turut dibukakan kepada para belia yang berminat dari negara Mastera. Sementara itu, Bengkel Pantun Melayu diselenggarakan selama tiga bermula Khamis 1 hingga 3 Mac 2018 dari jam 8.00 pagi bertempat di Balai Sarmayuda, DBP, Berakas. Juga hadir, Pemangku Pengarah DBP, Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak.

Kaji semula acara-acara perayaan Hari Keputeraan Kebawah DYMM

MESYUARAT Pertama Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-72 Tahun 2018 dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim (tengah).

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Februari. - Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-72 Tahun 2018 bagi Daerah Brunei dan Muara diadakan pada pagi ini. Mesyuarat yang berlangsung

Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, di sini, dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim. Mesyuarat tersebut membincangkan pembubaran

Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan pelantikan Jawatankuasa Tadbir Tertinggi bagi sambutan perayaan tahun ini, di samping memaklumkan laporan post mortem acara-acara perayaan yang berlangsung pada tahun 2017.


12

NASIONAL

HARI SABTU 3 MAC 2018

HARI SABTU 3 MAC 2018

13

Berkenan berangkat ke Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Akhir Kebangsaan Oleh: Aimi Sani Foto: Mohamad Azmi Awang Damit, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama paduka-paduka anakanda dan adinda baginda berkenan berangkat ke Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi.

JOHAN qari dan qariah Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi, Haji Muhd. Fikri bin Haji Awang Metussin dan Hajah Nurfaezah binti Haji Emran semasa mempersembahkan bacaan Al-Quran mereka (kiri dan kanan).

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi

Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H/2018M, Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang lain. Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah. Majlis dimulakan dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada qari jemputan dari luar negara, Sheikh Ahmad bin Yusuf Al-Azhari dari Republik Rakyat Bangladesh. Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin dalam sembah alu-aluannya, menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke arah merangsang lagi usaha yang berterusan pada memaju dan meningkatkan mutu bacaan Al-Quran di negara ini. Yang Berhormat seterusnya menyembahkan bahawa seramai 12 orang peserta telah bertanding selama dua malam yang lalu. Lima daripadanya iaitu seorang qari dan empat orang qariah adalah peserta yang pertama kali melangkah ke Peringkat

ANTARA para jemputan yang hadir pada hari ketiga Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi (kiri), manakala gambar kanan, Pengerusi Jemaah Hakim, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Md. Salleh semasa mengumumkan keputusan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan penganugerahan hadiah-hadiah kepada johan qari dan qariah Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi, Awang Haji Muhd. Fikri dan Dayang Hajah Nurfaezah (kiri dan kanan).

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah dan berbual mesra bersama qari jemputan dari luar negara, Sheikh Ahmad bin Yusuf Al-Azhari dari Republik Rakyat Bangladesh (kiri). Sementara gambar kanan, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan menerima junjung ziarah daripada para jemputan.

Akhir Kebangsaan. Sebahagian peserta pula adalah yang pernah mengikuti program Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR) anjuran Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang mana program tersebut bertujuan untuk membimbing remaja-remaja yang telah lancar bacaan Al-Qurannya bagi mengikuti latihan membaca Al-Quran secara tarannum - teori dan amali. Menurut Yang Berhormat, beberapa program masih dilaksanakan secara berkala bagi melanjutkan pembelajaran di dalam bidang tarannum dan memantapkan kualiti kemahiran qari dan qariah seperti Bengkel Tarannum Al-Quran dan Kursus Qari dan Qariah Muda anjuran Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kursus Tarannum Al-Quran di bawah seliaan Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah di mana hasil bimbingan ini telah berjaya menempatkan wakil negara menjadi johan, naib johan dan tempat ketiga di musabaqah pada peringkat antarabangsa. Dalam sembah Yang Berhormat menjelaskan, Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa tahun ini adalah untuk kali ke-58 diadakan.

Haji Muhd. Fikri dan Hajah Nurfaezah johan qari dan qariah BANDAR

SERI

BEGAWAN,

Khamis, 1 Mac. - Dengan memperolehi markah 90.17 peratus dan 87.74 peratus, Haji Muhd. Fikri bin Haji Awang Metussin dan Hajah Nurfaezah binti Haji Emran masing-masing muncul johan qari dan qariah Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan penganugerahan hadiah-hadiah, cenderamata dan sijil kepada para peserta, para hakim musabaqah dan qari jemputan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan bagi Tahun 1439 Hijrah /

2018 Masihi. Johan qari dan qariah membawa pulang piala pusingan, wang tunai BND7,000, hadiah iringan; kepingan emas tulen seberat 40 gram yang bernilai BND2,700 sumbangan Perbadanan Tabungan Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Anak-Anak Syarikat Di Bawahnya, Insurans Islam TAIB dan Darussalam Holdings Sendirian Berhad, sebidang kain tenunan bagi lelaki dan sebidang Shawl Tenunan Brunei sumbangan Syarikat Little Ummi serta sijil. Naib johan disandang oleh Awang Mohammad Zul-Hafiz bin Awang Tengah dengan meraih markah 88.08 peratus, manakala tempat ketiga disandang Awang Mohammad bin Ali dengan markah 87.16 peratus. Sementara naib johan qariah disandang oleh Dayangku Fauziah Nadhirah binti Pengiran Haji Jofri dengan markah 85.58 peratus, sementara tempat ketiga dimenangi oleh Dayang Siti Nurnabilah binti Mejar (B) Haji Abdul Rahman

dengan markah 82.75 peratus. Manakala naib johan qari dan qariah masing-masing membawa pulang wang tunai BND5,000 dan hadiah iringan serta sijil, sementara tempat ketiga qari dan qariah pula membawa pulang wang tunai BND3,000 berserta hadiah iringan dan sijil. Hadiah penghargaan qari dan qariah juga membawa pulang wang tunai BND1,500 berserta hadiah iringan dan sijil. Keputusan musabaqah berkenaan diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Md. Salleh. Majlis turut diserikan dengan persembahan bacaan Al-Quran oleh johan qari dan qariah, Awang Haji Muhd. Fikri dan Dayang Hajah Nurfaezah. Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.


14

HARI SABTU 3 MAC 2018

JAWATAN KOSONG /IKLAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI JABATAN PERDANA MENTERI

( . (# 6 - "-+(%( +.# 3 3 *3 '

! $ 5 5 + , 8 5 ( # 4 (#(* # + 7 -> 2# 3 : = ( ,6+ +6)( +.# 6 -7 ,6+7 +(# ,6+ ( -6# 5 +6, -6#( - 5 . (-#( - - ) ) ' #" 2 & $ & $ $ 3 *

. & $ $ ! - ? / * &/ - ! 0

0

? 0

'

& $ ? ' % & @ % & % & # " +

! 0 2

!

4(#* .#(-

! ,

! $ ! - ? / * &/

JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

$ - (#*(# (4(+(# ' 5 - 5 5

TAWARAN BAGI MEMBERSIH DAN MEMELIHARA BANGUNAN DAN KAWASAN KOMPLEKS PEMERIKSAAN DAN KAWALAN UJUNG JALAN, TEMBURONG

(4(+(# (*- + - "(# - (+( (#*.#(# "(# (4( (# 6 +- ((# "(# (4( (# .%.#* %( (# .+6#*

BILANGAN TAWARAN : 02 / IMMB / 01 / 2018

(+- . . '

(7

% &

'

'

(

) &

#" 2 & $ $ & $ $ 3 *

(

+

,

# - .

-

"

,

.

/ + ' 0

& 2 3 !

1 ,

, * 2

/

/ & + &

2

* '

+ *

'

'

! " # $ % % & # " $ ' ( )(#* +"(, (+ " #*(# # +-(# (#*.#(# / ' 0 1 ' - 1 -

& $ $ &

& 2 3

!

"

! #

!

JABATAN BANDARAN, BANDAR SERI BEGAWAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI #)( ((# (4(+(#

# "

(%. (4(+(# ' 8.6 ( -6# ,6+ -9 2 3 6# "(- ) 7 (#-#* 6, (#*.#(# ( (+ *("6#* (#" .++6.#"-#* (+ ( 2 () .# - 67 6 + 3

% * . ( $ % & & % &

+ ,

- (#*(# (4(+(# ' % 5 5 : 5 ; 5 . (

&

- (4(+(# .

+

+

& +

+

+

.

/ +

& +

+ % + *

$ #* +. %(4( (# .( ( # - (4(+(# "(# . (+*( %( ( (# (#"(+(# (#"(+ +- *(4(# # *(+( +.# - "(+. ( (

(+- . . (4(+(# ' ! % ' #)( ((# (4(+(# ' '

'

" + *

'

$! <

& <

'

"

&

&

+ " 3

( & ( ) 4 0! 5 6" * (

# +

#"

' +

$ ! % & & $ 0 & % & & ( =

# ' 786 -6 96 &-: )! /6 ;& * -52 <53 - = 69 + =8 & = *6 = * &8 68 *- = 3 & ' .++&+ > &; > ? 0' ? 1 > # > 8 $! < ' ,; /-& 1 / < ? 1 . $ ??

) /

'

0 ,

, * 2

/

/ & + &

2

* '

+ *


IKLAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

! " # $ %& '( ) % & *+', ! " # $ &! % - ! " # $ ./'+ & &!! % & ' (

' ( # ! " # $

& 0 ! 1 ! , ++ 1 '' ++ * ++ 1 . ++ % & , ++ 1 '+ ++ ) #

2 3 +4 3 *+', 5 65 "6 2 78 7 7) 7 7 " " " 7 7 9 )7 7 7 9 "9 7 7 9 : 7 9 " 7 7) 7 7 9 8 " 9 7) 7) )7 7 7) 5.6 9 9 2 '+ ++ 2 3 +; 3 *+', 5 6 5 "6 2 78 7 7) 7 7 " " " 7 7 9

)7 7 7 9 " 7 7) 7 7 9 8 " 9 7) 7) )7 7 7) 5.6 9 9 2 <+ ++ 2 3 +, 3 *+', 5 6 5 "6 2 78 7 7) 7 7 " " " 7 7 9 )7 8 7 7 9 " 7 7) 7 7 9 8 " 9 7) 7) )7 7 7) 5.6 9 9 2 <+ ++ 2 3 +/ 3 *+', 5 6 5 "6 2 78 7 7) 7 7 " " " 7 7 9 )7 7 ) " 7 7 9 7) 7 7 9 8 " 9 7) 7) )7 7 7) 5.6 9 9 2 '+ ++ 2 3 '+ 3 *+', 5 6 5 "6 2 78 7 7) 7 7 " " " 7 7 9 )7 " " " 9 7 7 9 " 7 7) 7 7 9 8 " 9 7) 7) )7 7 7) 5.6 9 9 2 '++ ++ 2 3 '' 3 *+', 5 6 5 "6 2 78 7 7) 7 7 8 " )7 = 5 6 7 9 7) )7 7 7) 5.6 9 0 > % 3 > % 2 * + # ! 3 2 # # ' # ( # # * 9 2 <+ ++ 2 4 " *+', 5 $ ? * ++ 6

HARI SABTU 3 MAC 2018

JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI TAWARAN JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. ' = 3 3 3 3 +' 3 *+', 7= 2 ",-,., & /, , , / * .# ',&, 0 ,1/ 1 , ,& .( ,", , ,&, 1 . 1 * . .", ,/. / , * " 2 3/2 *,1/ 2,"/4, , ,52/ * ., 1 ,", *,-,4 2/ &, 1 ,4, 2/, #, , ./ *,1/ , 2", , &, 1 / # ." , 1,., *. / ,. ,2, * .3 ,. 2/ , ., ,4 ., 1, ., &," , # , .,4 *. / , ,., * = 3 3 3 3 +* 3 *+', 7= 2 ",-,., & /, , 0 * ,2 , % 5 / 4 * . .", * " 2 3/2 ,/. # "/4 , " . / , , / , , ,52/ * ., 1 ,", *,-,4 2/ &, 1 ,4, 2/, #, , ./ *,1/ , 2", , &, 1 / # ." , 1,., *. / ,. ,2, * .3 ,. 2/ , ., ,4 ., 1, ., &," , # , .,4 *. / , ,., '*,1/ # " " # 1/*,. * .,( . = 3 3 )) 3 3 +. 3 *+', 7= 2 ",-,., & /, , 0 * ,2 , 5, , * . .", / , #, , 0 / , * " 2 , , 2,"/4, , # . /,#, ,52/ * ., 1 ,", *,-,4 2/ &, 1 ,4, 2/, #, , ./ *,1/ , 2", , &, 1 / # ." , 1,., *. / ,. ,2, * .3 ,. 2/ , ., ,4 ., 1, ., &," , # , .,4 *. / , ,., '*,1/ # " 1, # " 1, , ,42/ ,42/ 5,-,", , ,( ( = 3 3 )) 3 3 +( 3 *+', 7= 2 ",-,., & /, , 0 * ,2 , 5, , *,1/ ,52/

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI Tajuk Tawaran : '6 3 +++.' 3 *+'; 3 *+', TO PROPOSE, SUPPLY, DELIVERY AND INSTALL NEW FIRE ALARM SYSTEMS FOR UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) *6 3 +++.. 3 *+'; 3 *+', REPAIR WORKS FOR THEATER LECTURE CHAIRS AT UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) .6 3 +++.< 3 *+'; 3 *+', PERKHIDMATAN PEMELIHARAAN KEBERSIHAN SELAMA SATU (01) TAHUN BAGI UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

",-,.,

+ *

15

% # ' ( $ ! ! , .+ '' ++ * ++ . ++ % & , .+ '+ ++

! $ ' .(; =

7 '.'+

) & '+ ++ ! ? % ?& ' $ * .+ ++ ! ? % ?& .

$ + 0

8 " # 4

* ., 1 ,", *,-,4 2/ &, 1 ,4, 2/, #, , ./ *,1/ , 2", , &, 1 / # ." , 1,., *. / ,. ,2, * .3 ,. 2/ , ., ,4 ., 1, ., &," , # , .,4 *. / , ,., '*,1/ ,42/ ,42/ 5,-,", , , " ."/ 11/ 66/# 6/# 5 # ", 4, ,2, , 2 ,. -, # 14 2 # 14 2 , " , " , , # 1 ( 9 1 9 2 ",-,., * ! ' & & = % & $ & & &!! % 0 '+ ++ = 3 3

3 3 +' 3 *+', = 3 3 3 3 +* 3 *+', = 3 3 )) 3 3 +. 3 *+', .+ ++ = 3 3 )) 3 3 +( 3 *+', 7 @ $ $ % A % " ' ( ) " $ ' & & = % & & > % ! & &!! '. - *+', = * ++ 8 " + '* 7 ,7 7 9 : ;( 9 & # * & # * +

$ " 5 6 7 '

9 " ! '. - *+', ? * ++ "


16

AGAMA

HARI SABTU 3 MAC 2018

Sifat tamak

'

' ! " '' ''

''

#

$ % %

# !

&

! ! ! & ! $ ( '' ! " !

! ! '' !

! % % $ % ' % ' % ) ' ' *+ " ''

# ! ! ! ! $ " ! %

! ! '' ,

' ! % ' % - %

! " '' & !

# ( ! #

# ! $ % ) ! # !

! # ! ! # ! ! #

! # ! ! ! # ! ''

*

% ' .

/

% / % ' '' + ! $ %

, ! ,

! ''

%

' ' '

0 ' 123 " '' ! ! # ! ! ! ! ! " ! ! ''

'HAPUSKANLAH sifat tamak dari hati kita, kerana ia boleh menjauhkan diri kita daripada mengingati Allah Subhanahu Wata'ala. Berhati-hatilah dalam mencari rezeki, tidak ada gunanya kekayaan dunia ini jika amal kita tidak diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala hanya disebabkan kita terlalu tamak dalam mencari dan mengumpul harta dunia tanpa mengira hak orang lain dan mengambilnya dengan cara yang bathil.'

Jabatan Penjara raikan penubuhan ke-64 Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Februari. - Jabatan Penjara melalui Jawatankuasa Keagamaan Jabatan Penjara mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Khatam Al-Quran sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara Ke-64 Tahun yang berlangsung di Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis, di sini. Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Ajman bin Haji Meludin. Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh

Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, diikuti dengan bacaan Doa Tahtim dan Doa Khatam yang diketuai oleh Guru Agama, Awang Noor Huzaimie bin Haji Murah. Manakala bacaan Doa Kesyukuran diketuai oleh Imam Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis, Awang Haji Zainal bin Haji Othman. Juga hadir ialah Pengarah Penjara, Awang Haji Ismail bin Haji Murat; Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain; pegawai-pegawai kanan; pegawai-pegawai serta kakitangan dari Jabatan Penjara.

TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Ajman bin Haji Meludin semasa hadir pada Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Khatam Al-Quran sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara Ke-64 Tahun.


NASIONAL

HARI SABTU 3 MAC 2018

17

Pelajar berkeperluan khas terima sumbangan pembelajaran Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

PEMANGKU Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad menyampaikan sumbangan khas kepada salah seorang pelajar berkeperluan khas.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Februari. - Seramai 29 pelajar yang berkeperluan khas dari beberapa buah sekolah rendah dan menengah menerima sumbangan khas untuk pembelajaran mereka.

Acara yang dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas itu diadakan di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Setiausaha Tetap

di Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad. Dalam ucapan alu-aluan oleh Pemangku Timbalan Ketua Unit Pendidikan Khas, Dr. Mona Aliana binti Dato Paduka Awang Haji Alimin juga selaku Timbalan

Pengerusi Majlis, antara lain menjelaskan bahawa sumber bantuan bagi pembelajaran tersebut adalah diperoleh melalui dana yang dikumpulkan sepanjang aktiviti kebajikan tahun lalu. ''Antaranya ialah 'The Weather Run' yang dianjurkan oleh Jabataran Kajicuaca Brunei Darussalam dengan Unit Pendidikan Khas pada 20 Ogos 2017, yang mana sebanyak BND15,295.98 telah berjaya dikutip dari acara tersebut,'' ujarnya. Menurutnya, ia merupakan satu usaha yang bertujuan untuk melengkapi peruntukan sedia ada dan sumber-sumber, memberikan sokongan tambahan bagi pelajar-pelajar yang berkeperluan khas. Sementara itu katanya, IKHLAS adalah terdiri daripada beberapa jawatankuasa kecil yang bertujuan untuk mengenal pasti keperluan akses pelajar dengan keperluan khas, berobjektif untuk mengatasi halangan pembelajaran serta meningkatkan pencapaian pelajar dan kemudahan

di sekolah. Ia secara amnya dijalankan melalui usaha kerjasama masyarakat yang umumnya melibatkan sokongan dari badan-badan korporat dan swasta yang ingin membuat perbezaan dalam masyarakat. Antara barangan sumbangan ialah termasuk kerusi roda bermotor, kamus digital dan beberapa komputer riba yang disempurnakan oleh tetamu kehormat. Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada para pelajar yang berkeperluan khas. Turut hadir Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Dr. Haji Supry bin Haji Awang Ladi dan Ketua Pemangku Pengarah Pendidikan, Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee serta pengarah-pengarah dari kedua-dua kementerian, pegawai-pegawai kanan, pengetua-pengetua sekolah terlibat, ibu bapa, pegawaipegawai dari Unit Pendidikan Khas.

Pasukan beruniform adakan perbarisan Hari Kebangsaan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Februari. - Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan mengadakan Perbarisan Pasukan-pasukan Beruniform Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab Senegara Kali Pertama sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34, Tahun 2018 yang berlangsung di Padang Kawad Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Hadir selaku tetamu kehormat memeriksa perbarisan ialah Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan, Awang

Dr. Haji Azman bin Ahmad. Terlebih dahulu, Pemangku Pengarah, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Awang Haji Azis bin Haji Nayan dalam ucapan alu-aluannya selaku pengerusi majlis menyatakan objektif perbarisan adalah menyemai penghayatan semangat patriotik cinta pada negara, raja bangsa dan agama dalam kalangan para pelajar, sekali gus untuk memberi maklumat kepada orang ramai mengenai kepentingan penglibatan anak-anak mereka dalam kegiatan dan aktiviti kokurikulum. Kira-kira 270 ahli pasukan beruniform terdiri daripada 120 pelajar lelaki dan 150 pelajar perempuan dari pasukan kadet Tentera, Pancaragam pasukan Kadet Tentera, Pasukan Kadet

Polis Diraja Brunei, Pancaragam Pasukan Kadet Polis Diraja Brunei, pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat, pasukan Pengakap, pasukan Pandu Puteri dan pasukan Bulan Sabit Merah menyertai perbarisan tersebut yang bertemakan 'Menjana Pelajar Ke Arah Wawasan 2035'. Turut diadakan ialah pameran dari Unit-unit Jabatan Pendidikan Kokurikulum juga pasukanpasukan beruniform, iaitu Unit Pentadbiran, Unit strategik dan Perhubungan Maklumat, Unit Rohani, Unit Akli, Unit Jasmani, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Brunei Darussalam dan lainlain. Pameran juga dibukakan kepada orang ramai hingga esok, jam 4.30 Petang.

PEMANGKU Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan, Awang Dr. Haji Azman bin Ahmad (dua, kanan) semasa menyaksikan pameran daripada Unit-Unit Pasukan Beruniform.

Nadwah khas bincang peranan wanita, institusi keluarga Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Pg. Amirulnizam. Pg. Haji Mohd. Ali

ISTERI Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohamad (tiga, kiri) semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Nadwah Khas Wanita Fiqh Al-Usrah.

MADANG, Khamis, 1 Mac. Menyedari akan kepentingan wanita dan institusi keluarga dalam

menanai hasrat negara, Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri

Begawan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dan

Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Madang menganjurkan Nadwah Khas Wanita Fiqh Al-Usrah. Majlis keagamaan yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit turut dihadiri oleh Isteri Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohamad selaku tetamu kehormat. Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-34, Tahun 2018, nadwah itu diharap dapat mengetengahkan kepentingan dan peranan wanita, ibu bapa atau suami isteri dan keluarga bagi melahirkan generasi berwawasan yang beriman, berilmu, berakhlak serta berjati diri

dengan calak Melayu Islam Beraja juga menyokong menjayakan Wawasan Negara. Majlis dihadiri oleh lebih 200 peserta yang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan, pasukan-pasukan beruniform dan ahli muslimah masjid. Nadwah yang membawa tema 'Menjayakan Wawasan Negara : Peranan Wanita dan Keluarga' menampilkan dua ahli panel, iaitu Dr. Mikdar Rusdi dan Dayang Irnawati binti Haji Mahir. Nadwah Khas Wanita tersebut juga antara lain untuk mengongsikan pengalaman dan tip-tip berkaitan Tarbiyah Usariyah berlandaskan hujah-hujah ilmiah yang bernas.


18

HARI SABTU 3 MAC 2018

NASIONAL

Perkampungan Belia Syumul, bina semangat juang, jati diri

TIMBALAN Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Roslan bin Haji Taja'ah hadir selaku tetamu kehormat semasa menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta perkampungan tersebut (kiri). Sementara gambar kanan, Awang Roslan bin Haji Taja'ah (dua, kanan) semasa hadir pada Majlis Penutup Perkampungan Belia Syumul kali ke-3.

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Hamzah Haji Mohidin

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Februari. Perkampungan Belia Syumul buat

kali ketiga berakhir dengan penyampaian sijil, yang berlangsung di Bangunan Darul

Musim Permesyuaratan Ke-14 MMN dirasmikan pada 5 Mac Dari muka 1

Persidangan MMN tahun ini antaranya akan membincangkan perkara utama iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Tahun Kewangan 2018 / 2019 bagi KementerianKementerian dan JabatanJabatan Kerajaan Negara Brunei Darussalam. MMN bersidang setiap tahun bagi membincangkan perkara-perkara dan isu-isu yang berkepentingan dan mustahak bagi kesejahteraan negara, rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam. Persidangan tahunan ini juga merupakan sebuah saluran platform bagi rakyat dan penduduk di negara ini untuk menyuarakan pendapat dan masalah-masalah melalui Ahli-Ahli Yang Dilantik secara bermuzakarah dan bersandarkan kepada nilai-nilai konsep Melayu Islam Beraja (MIB), agar dapat mengeratkan dan mengukuhkan lagi hubungan rakyat dan kerajaan. MMN ditubuhkan menurut Bab 23 dari Perlembagaan Negara Brunei 1959 dan Ahli-Ahlinya dilantik menurut Bab 24. MMN telah dibubarkan pada tahun 1984 dan pada 25 September 2004, majlis ini mula bersidang semula. Penubuhan persidangan ini adalah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-58 tahun pada 15 Julai 2004.

Seperti tahun-tahun sebelumnya jua, Sesi Persidangan akan diadakan selepas Istiadat Pembukaan Rasmi atau pada hari serta waktu yang ditetapkan oleh Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara. Sesi Persidangan MMN ini dibukakan kepada orang awam yang berminat untuk mendengarkan perbincangan dan perbahasan di dalam Dewan Persidangan MMN. Ianya juga boleh dihadiri oleh mana-mana institusi pendidikan yang berminat untuk memberikan pendedahan kepada penuntutpenuntut atau mahasiswa / mahasiswi dengan tatacara membincangkan sesebuah rang undang-undang di Negara Brunei Darussalam. Sehubungan ini, bagi manamana pihak yang berhasrat untuk menghadiri Sesi Persidangan tersebut diminta untuk mematuhi beberapa peraturan, khususnya berkenaan dengan kod pakaian dan tatacara untuk masuk ke Dewan Majlis termasuklah peraturan-peraturan semasa di dalam Dewan Persidangan MMN. Pada lazimnya, Sesi Persidangan MMN dibahagikan kepada sesi pagi yang bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan sesi petang yang dimulakan jam 2.00 hingga 4.30 petang. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada pihak Urusetia MMN di talian +673 2380501.

Huda, Pusat Da'wah Islamiah. Perkampungan selama tiga hari itu bermula 26 hingga 28 Februari 2018 dan diadakan di Asrama Bangunan Darul Huda, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Hadir selaku tetamu kehormat Majlis Penutupan Rasmi ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan bin Haji Taja'ah. Perkampungan tersebut dihadiri 25 orang peserta terdiri daripada belia perempuan dan berumur di antara 18 hingga 25 tahun, iaitu Ahli Sukarelawan 'Belia Da'ie', Belia Muallaf, perseorangan, mahasiswi / mahasiswi dari Universiti Brunei Darussalam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Antara objektif mengendalikan perkampungan tersebut ialah

membina semangat juang dan jati diri dengan meningkatkan ukhuwah dan perpaduan di kalangan belia, membentuk modal insan yang mantap dari segi jasmani, emosi, rohani, disiplin dan intelek sebagai persediaan mengharungi masa depan, melahirkan insan mulia yang akan menjadi pembimbing rakan sebaya dalam menghadapi masalah dan membanteras gejala negatif. Selain itu ia juga dihasrat untuk menyemai semangat bekerjasama dalam satu pasukan serta masyarakat tidak kira apapun bidang yang diceburi dan meningkatkan keupayaan, disiplin dan jati diri belia dalam menghadapi apa juga suasana dan cabaran di era globalisasi. Perkampungan ini diisikan dengan Aktiviti Membina Semangat Berpasukan, Aktiviti Kepimpinan, Sembahyang Fardu Berjemaah, Menghalusi

Pergerakan dan Bacaan Sembahyang, Tazkirah (From Zero To Hero & Pemilihan Jodoh), Qiamullail, Kuliah Subuh (Hatiku Milik Siapa & Aku dan Al-Quran), Kuiz Zihnul Islam, Malam Persembahan Keagamaan, Lawatan ke Kampung Putat dan Khidmat Masyarakat di Kampung Batu Marang. Manakala Fasilitator sepanjang perkampungan tersebut terdiri dari pegawai-pegawai daripada Pusat Da'wah Islamiah dan Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Belia dan Sukan, Di's Brain, dan dua orang ahli Sukarelawan 'Belia Da'ie'. Perkampungan ini diharap dapat mencapai objektif dan peranan Unit Belia untuk melahirkan belia yang beriman, berakhlak, berilmu, berupaya, berkemahiran, berdedikasi, integriti, berkualiti, produktif, dinamik dan kreatif.

Belia dialu-alukan sertai Perkhemahan Asas Pemimpin Siaran Akhbar : Generasi Bekarih

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Februari. - Setakat ini, Perkhemahan Asas Pemimpin (Leaders Foundation Camp - LFC) menyaksikan seramai 87 belia menyertai Program Generasi Bekarih. Generasi Bekarih meneruskan misi mereka untuk membantu para belia dalam menyahut Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan, iaitu "Negara sangat memerlukan generasi muda untuk berani tampil menerajui pembangunan dan perlu mengambil peluang untuk meningkatkan keupayaan diri masing-masing melalui program-program yang ditawarkan di dalam atau di luar negeri". Oleh itu, sebagai kesinam

bungan pada kem berkenaan, LFC 3.0 akan diadakan selama tiga hari, bermula 16 Mac nanti di Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Kem kepimpinan berkenaan dibukakan kepada belia-belia yang berusia di antara 16 hingga 25 tahun, iaitu para pelajar lepasan 'O' Level atau 'A' Level, mahasiswa dan mahasiswi, para graduan, belia masjid dan ahli-ahli persatuan belia atau belia yang mempunyai ciri-ciri seperti mahu belajar dan dibimbing. Menurut salah seorang peserta LFC 2.0, Awang Adi Hassanal bin Mohd. Haidi menjelaskan, kem kepimpinanan yang disusun rapi dengan pelbagai aktiviti tersebut,

antara lain mengajar erti persahabatan, kesabaran dan bekerjasama. Manakala Dayang Fikir Rohmah binti Ahmad Dimyati yang juga bekas peserta pada kem kepimpinan tersebut pula berpendapat aktiviti di LFC menekankan berapa pentingnya saling menghargai sesama manusia terutama ibu bapa. LFC 3.0 antara lain bertujuan untuk mengajar para belia asas-asas sebagai seorang pemimpin dan membantu mengubah cara pemikiran mereka, selain belajar cara-cara membimbing orang lain sebagai seorang 'Pemimpin Yang Berkualiti'. Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti akaun Instagram atau Facebook Generasi Bekarih atau melayari laman sesawang www.GenerasiBekarih.com.


RENCANA

HARI SABTU 3 MAC 2018

19

MMN mendepani cabaran ke arah kecemerlangan negara Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor Foto : Jabatan Penerangan

' '

! " #

# ' " ' ' '# $ % # " & ! "

# ( & ! & #

& # ( ) * * ! " & +, " - .

/ 0 " " 1 " & " - 2 ! &

! 3 4 + 3 51, "

1 6 51

" 3 . !

7 8 '7 ( #

. ( ! /9) * 0

#

/ 0 : *

& !

- 3 ; "

&

" : ! $ " 2

3 ! &

3 ; " ! ( "

4 &4 ! " < =# 3 ; " ;

3 &" 3 & ( (

! 3

=5 = 1! 3 ;

.

! 3 7 & 8 '7 ( ' $ &

!

" " " 3

= = 1 : # ! 7 * * ( ! " = = ># . 3; " ; 3 &" 3 ! 7 , * * & >1#

" .

> !

!

( ( ? 7 8 '7 ( + .> ' ' ? / ? 0 / 0 , 4 ? /?0 4 - / 0 ;

3 &"

/ 0, ! 3 & # , ! 3 & # #

! 1.

. & ! 3

#

7 ! ? 3 ;

(! " 3 ( (

#

! " " ! 3

# 3 ; " ; &3 " 3 # < * #

" /" 0

3 # & ! 3 & # &

# & & # ( / 0! "

= 1 = , 3 = = 1, "

= = .

= 1, " ? " - 1 = 5, " 7 97 ? & " 7 /7?"70 = 7 7?"7 +1 >

=+ = + ! 3 3

# ? @ !


20

NASIONAL

HARI SABTU 3 MAC 2018

Pemenang Kuiz Radio Hari Kebangsaan Ke-34 terima hadiah Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

PENGARAH Radio Televisyen Brunei, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang kuiz radio melalui panggilan telefon ke rangkaian-rangkaian radio yang terlibat (kiri). Sementara gambar kanan Pengarah Radio Televisyen Brunei menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang kuiz radio melalui SMS.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Februari. - Seramai 34 orang pemenang Kuiz Radio menerima hadiah berupa barangan elektrik sempena sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 Tahun 2018 yang dikendalikan oleh kelima-lima Rangkaian Radio

Brunei iaitu Rangkaian Nasional, Rangkaian Pilihan, Rangkaian Pelangi, Rangkaian Harmoni dan Rangkaian Nur Islam. Dari jumlah tersebut, 25 penerima merupakan pemenang kuiz secara interaktif (phone in) dan sembilan orang lagi adalah pemenang kuiz yang diterbitkan

secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS) melalui Rangkaian Nasional dan Rangkaian Pilihan. Hadir selaku tetamu kehormat menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang berlangsung di Studio Al-Ansar, bangunan Radio Televisyen Brunei (RTB) di ibu

negara ialah Pengarah RTB, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu. Terdahulu, tetamu kehormat menyampaikan ucapan penghargaan di atas usaha warga perkhidmatan radio dalam mengendalikan kuiz berkenaan, yang ternyata bersesuaian dengan

peranan RTB sebagai penyebar maklumat kerajaan melalui rancangan berbentuk interaksi, hiburan, informasi, pendidikan, inspirasi dan motivasi. ''Insyaa Allah, ke arah ini RTB khususnya warga radio akan terus merencana dan mengambil langkah-langkah dan menggiatkan peranan-peranan dalam mewujudkan suasana penyiaran yang lebih berdaya maju dan memberikan impak yang lebih baik kepada RTB dan juga para pendengar,'' jelas tetamu kehormat. Kuiz tersebut merupakan salah satu usaha Jabatan RTB bagi sama-sama menyemarakkan Hari Kebangsaan Ke-34, di samping meningkatkan ilmu pengetahuan pendengar dalam isu-isu semasa dan kenegaraan. Secara tidak langsung ianya diharapkan dapat menyuntik semangat patriotisme dan cintakan negara dalam diri pendengar menerusi kuiz-kuiz yang berbentuk kenegaraan.

SPN21 platform capai matlamat Oleh : Aimi Sani Foto : Masri Osman

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Februari. - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB menganjurkan Taklimat Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21) bertempat di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan. Taklimat yang dihadiri oleh

seramai 300 orang ibu bapa dan guru itu bertujuan untuk memberikan kefahaman tentang sistem pendidikan pada masa kini, yang dihasratkan untuk membantu negara dalam merealisasikan Wawasan Negara Brunei Darussalam 2035. Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Unit SPN21, Kementerian

Pendidikan, Pengiran Hajah Mashayu binti Pengiran Haji Yusof itu antara lain mengongsikan evolusi dan kedudukan SPN21 ke arah mencapai Wawasan Negara 2035. SPN21 merupakan platform untuk mencapai matlamat negara, iaitu mempunyai rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi dengan menyediakan pendidikan kelas pertama, peluang pendidikan yang sama serta pendidikan dan latihan yang memenuhi keperluan ekonomi.

Di samping itu, SPN21 juga telah membawa tiga perubahan utama untuk memastikan sistem pendidikan negara tetap relevan dan berkualiti bagi semua, iaitu transformasi dalam struktur pendidikan, kurikulum dan penilaian serta pendidikan teknikal

dan vokasional. Juga hadir, Penolong Pengarah Urusan YSHHB, Dayang Hajah Donaliza binti Haji Abdullah Puasa dan Ketua Pegawai Eksekutif YSHHB, Awang Noorhaizamdin bin Haji Mohd. Mosbi.

PENOLONG Pengarah Urusan YSHHB, Dayang Hajah Donaliza binti Haji Abdullah Puasa dan Ketua Pegawai Eksekutif YSHHB, Awang Noorhaizamdin bin Haji Mohd. Mosbi turut hadir semasa Taklimat Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21) di Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Tajuk-tajuk akan datang : 1) 'Keceriaan Sambutan Hari Kebangsaan' (tarikh tutup 10 Mac 2018) 2) 'Hobi' - (tarikh tutup 24 Mac 2018) 3) 'Pantai' - (tarikh tutup 7 April 2018) Kesemua tajuk-tajuk hendaklah dihantar sebelum jam 12.00 tengah hari pada tarikh-tarikh tutup berkenaan. SEBAHAGIAN para ibu bapa yang hadir mendengarkan taklimat tersebut.


WARISAN

Oleh : Marlinawaty Hussin

HARI SABTU 3 MAC 2018

Ketupat

KETUPAT yang telah dikeringkan dan sedia untuk dijual kepada penjual sate.

DAYANG Hajah Fasah binti Hamid meraut daun nipah untuk dijadikan kulit ketupat.

' ( ( )% ( *

#$ % +%& ,

! "

#$ %&

21

( #

(

- &&& *

"DAUN nipah ini agak tahan lama dan sesuai bagi ketupat yang dijual tetapi kalau untuk hidangan sendiri, daun kelapa lebih sesuai digunakan kerana rasanya sedap, cuma daunnya agak kering dan tidak begitu tahan lama," katanya.

.

#

( (

/

0

. 1 2


22

HARI SABTU 3 MAC 2018

NASIONAL

Program RRP berikan kesedaran sivik Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

BERAKAS, Rabu, 28 Februari. Jabatan Penerangan, melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan meneruskan lagi program yang disasarkan kepada penuntut sekolah, iaitu Program Rakan Remaja Penerangan (RRP) bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam. Program (RRP) merupakan program persembahan khusus bagi golongan remaja terutama pelajar-pelajar peringkat menengah dalam menyebarluaskan maklumat semasa. Antara objektif program ialah untuk mendekati para remaja di sekolah-sekolah supaya mereka peka dengan perkembangan semasa serta menanamkan semangat kenegaraan dan

tanggungjawab sosial dalam kalangan remaja serta menjadikan pelajar sebagai ejen dalam penyebaran maklumat yang positif dan berkesan kepada rakan sebaya. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Azis bin Haji Nayan. Turut hadir ialah guru-guru serta kakitangan dan penuntut-penuntut sekolah berkenaan. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan lagu patriotik 'Bendera Negara' beramai-ramai, yang diiringi oleh lebih 180 pelajar Tahun 9 dan Tahun 10 Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam. Taklimat kenegaraan bertajuk Raja Kita, 'Menghayati Bendera

dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Awang Muhammad Nurakram bin Noraini / Bahrin. Acara turut diserikan dengan persembahan nyanyian, klip video 'Kibarkan Bendera Negara Kitani' dan 'Tatacara Mengibarkan Bendera' juga persembahan drama oleh para pelajar sekolah menengah berkenaan. Penuntut-penuntut juga ikut serta dalam sesi kuiz kenegaraan semasa program berkenaan. Program RRP turut bertujuan memberikan kesedaran sivik dan semangat kenegaraan terutama kepada golongan remaja ke arah pembentukan minda dan moral positif dan dalam masa yang sama untuk mendekati golongan belia serta remaja di sekolah-sekolah melalui seni hiburan yang terarah juga terpimpin.

PEMANGKU Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Awang Haji Azis bin Haji Nayan (dua, kanan) hadir selaku tetamu kehormat Program Rakan Remaja Penerangan (RRP) bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam.

PENOLONG Pegawai Penerangan, Awang Muhammad Nurakram bin Noraini / Bahrin dari Unit Kenengaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan semasa menyampaikan Taklimat Kenegaraan bertajuk Raja Kita, 'Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' (kiri). Sementara gambar kanan, penuntut Tahun 9 dan Tahun 10 Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam yang hadir mendengarkan taklimat tersebut.

Terus berlatih membaca Al-Quran JENESYS eratkan silaturahim melalui sukan Siaran Akhbar : Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Februari. - Seramai 16 pelajar dari Universiti Nippon Sport Science, Jepun mengadakan lawatan ke Negara Brunei Darussalam sebagai sebahagian daripada Program JENESYS 2017 yang merupakan program pertukaran yang dilancarkan oleh kerajaan Jepun untuk menggalakkan persefahaman dalam kalangan belia Jepun di luar negara. Pasukan berkenaan mengadakan lawatan ke negara ini bermula 23 Februari lalu hingga 3 Mac nanti dengan mengadakan pertandingan badminton persahabatan bersama beberapa pelajar sekolah Brunei termasuk Universiti Teknologi Brunei (UTB) serta Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan akan mengadakan Pertandingan Badminton Persahabatan bersama pasukan belia yang dikendalikan oleh Persatuan Badminton Brunei pada 1 Mac ini. Universiti Nippon Sport Science merupakan sebuah universiti terkemuka dalam pendidikan dan sukan jasmani di Jepun juga menghasilkan banyak atlet terkenal. Pasukan Jepun tersebut terdiri daripada pelajar badminton peringkat tinggi di Jepun, termasuk tempat pertama pada Kejohanan Badminton Antara Kolej 2016 - 2017 (Doubles) di Jepun. Pertandingan badminton persahabatan tersebut bagi menggalakkan pertukaran belia di antara Jepun dan Brunei Darussalam dalam bidang sukan di bawah tema 'Badminton Exchange'.

BERAKAS, Khamis, 1 Mac. Belia-belia baharu yang menyertai Musabaqah Membaca Al-Quran diseru supaya berlatih secara berterusan untuk mencapai ke peringkat yang lebih tinggi. Johan qariah, Dayang Hajah Nurfaezah binti Haji Emran menyarankan demikian pada Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan 1439 Hijrah / 2018 Masihi bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini. Menurutnya, ia merupakan kali ke-12 beliau menyertai ke peringkat kebangsaan dan menjadi johan sebanyak enam kali di atas dorongan ibu bapa beliau sejak dari kecil juga ahli keluarga yang terlibat dalam pembacaan Al-Quran. Menyentuh tentang persediaan musabaqah ke peringkat antarabangsa pula, beliau menjelaskan seperti lazimnya, Kementerian Hal Ehwal Ugama akan memberikan latihan secara intensif bagi persiapan akan datang, selain mengikuti bengkel bengkel yang diadakan oleh kementerian tersebut. Sementara johan qari, Awang

Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

JOHAN qari, Awang Haji Muhd. Fikri bin Haji Awang Metussin.

JOHAN qariah, Dayang Hajah Nurfaezah binti Haji Emran.

Haji Muhd. Fikri bin Haji Awang Metussin tidak menyangka untuk menjadi johan qari musabaqah berkenaan. Sebelum ini, beliau mendapat tempat keenam musabaqah peringkat kebangsaan tahun lepas. Beliau menyatakan akan memperbaiki prestasi dan mutu

bacaan Al-Quran untuk persediaan Musabaqah Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur nanti, di samping lebih banyak berlatih dan berguru kepada yang mahir dalam bidang Al-Quran serta mencari lebih banyak idea daripada rakan-rakan Al-Quran yang lainnya.


NASIONAL

HARI SABTU 3 MAC 2018

23

SUAMPRIPAHS sambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-34 Siaran Akhbar dan Foto : Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Februari. - Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS) telah mengadakan Sambutan Hari

Kebangsaan Ke-34. Aturcara majlis dimulakan dengan Persembahan Kawad dari pasukan beruniform sekolah tersebut terdiri dari Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Pasukan Pandu Puteri (PPP)

ANTARA Persatuan Bulan Sabit Merah (BSM) yang mengikuti Persembahan Kawad.

Negara Brunei Darussalam, diikuti dengan nyanyian Lagu Kebangsaan negara diselajurkan dengan acara menaikkan Bendera Kebangsaan. Bacaan Ikrar Kemerdekaan dibacakan oleh lima orang Ahli Jawatankuasa Penuntut (AJKP) yang terpilih diikuti oleh semua guru dan penuntut dan diteruskan dengan ucapan khas Pengetua Pertama SUAMPRIPAHS, Ustazah Hajah Rusidah binti Haji Talip. Majlis juga diisikan dengan persembahan lagu patriotik dari wakil penuntut asrama Tahun 7, 8, 9 dan 11 serta acara memotong Kek Hari Kebangsaan Sekolah yang diketuai oleh Pengetua Pertama SUAMPRIPAHS. Adapun objektif utama sambutan diadakan, ialah bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan di peringkat sekolah di samping mengeratkan silaturahim antara semua warga sekolah serta menaikkan semangat dan motivasi pelajar untuk terus aktif belajar demi agama, bangsa dan negara.

Semai perasaan cintakan raja, semangat patriotisme TUTONG, Rabu, 28 Februari. Seramai 139 penuntut Tahun 7 dari Sekolah Menengah Tanjong Maya (SMTM) menghadiri Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' yang berlangsung di Dewan Sekolah berkenaan, di sini. Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengetua Pentadbiran, SMTM, Awang Mohd. Noh bin Haji Nain dan Timbalan Pengetua Akademik, SMTM, Dayang Rosnah binti Haji Salleh. Majlis yang dikelolakan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Tutong tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan lagu patriotik beramai-ramai, diikuti dengan taklimat yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Awang Hasanul Hidayat bin Haji Abu Bakar. Dalam taklimatnya, Ketua Cawangan Penerangan Daerah Tutong antara lain menyentuh mengenai Raja Kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan lebih terperinci. Para penuntut juga berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan yang disampaikan oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran. Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai perasaan cintakan Raja dan menanamkan semangat patriotisme para penuntut untuk menghormati bendera negara serta menjiwai lagu kebangsaan.

PENGETUA Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS) memotong kek sempena Hari Kebangsaan Ke-34.

Rondaan banteras kegiatan jenayah Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei

TIMBALAN Pengetua Pentadbiran, Sekolah Menengah Tanjong Maya, Awang Mohd. Noh bin Haji Nain semasa menyampaikan hadiah kepada pelajar yang berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan dengan betul.

Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

TUTONG, Rabu, 28 Februari. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) menjalankan Program Pencegahan Jenayah dengan membuat dua rondaan pencegahan jenayah secara berasingan di Daerah Tutong. Sehubungan itu, Balai Polis Tutong telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah bersama Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Bukit Beruang. Rondaan yang bermula sekitar 9.30 malam semalam diketuai oleh S/Sgt 2480 Mohd. Azri bin Abdullah dengan menggunakan kenderaan polis dan basikal di sekitar kawasan Kampung Bukit Beruang. Turut hadir, lima orang Ahli PK Bukit Beruang. Bagaimanapun, sepanjang rondaan tidak mendapati perkara yang mencurigakan berlaku. Manakala Balai Polis Lamunin yang diketuai oleh Inspektor Zulfadli bin Haji Awang Yusuf selaku Pegawai Menguasa Balai Polis Lamunin dan beberapa anggota Balai Polis Lamunin juga telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah bersama PK Kiudang. Rondaan disertai oleh Ketua Kampung Kiudang, Haji Mohammad Saiful bin Abdullah Anja. Semasa rondaan yang dijalankan di kawasan Jalan Wasai Batu Mampan, Jalan Sungai Burong, didapati beberapa buah kenderaan yang mencurigakan. Setelah pemeriksaan dijalankan didapati alat yang dipercayai untuk menghisap dadah di dalam salah sebuah kenderaan tersebut dan hasil siasatan juga dijumpai dua bungkus paket plastik dipercayai najis dadah. Kesemua suspek yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan seorang perempuan ditahan dan dibawa oleh Biro Kawalan Narkotik untuk siasatan selanjutnya.

RONDAAN pencegahan jenayah yang dijalankan di kawasan Jalan Wasai Batu Mampan Jalan Sungai Burong, Daerah Tutong. ANTARA pelajar yang menghadiri taklimat.


24

HARI SABTU 3 MAC 2018

PERSATUAN Bola Sepak Kebangsaan Brunei (NFABD) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) julung-julung kalinya mengadakan Festival Bola Sepak Bawah 10 tahun pada bulan November 2017 bertempat di Padang Artificial, NFABD House. Seramai 84 kanak-kanak menyertai festival setengah hari itu yang merangkumi bengkel kemahiran teknikal, latihan taktikal dan bengkel penjaga gawang.

Perlawanan badminton kukuhkan persahabatan belia Jepun - Brunei Berita dan Foto: Hernie Suliana binti Haji Othman

Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

DUTA Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Motohiko Kato (depan, enam dari kanan) bergambar ramai bersama rombongan penuntut Universiti Sains Sukan Nippon (NSSU), Jepun, pemain badminton belia Negara Brunei Darussalam dan ahli-ahli Persatuan Badminton Brunei.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Mac. - Perlawanan badminton persahabatan anjuran

Persatuan Badminton Brunei di antara penuntut Universiti Sains Sukan Nippon (NSSU), Jepun dan

Pemain Badminton Belia Negara Brunei Darussalam berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks

Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Rombongan seramai 16 penuntut dan dua orang Penyelia NSSU berada di negara ini sejak 23 Februari lalu sebagai sebahagian daripada Program JENESYS 2017, bertema 'Badminton Exchange'. Para pemain dari kedua buah negara mengadakan perlawanan persahabatan dalam kategori Bergu Lelaki; Bergu Wanita; Bergu Campuran juga gabungan pemain Jepun dan Brunei dalam satu pasukan bagi mengeratkan lagi hubungan persahabatan serta kerjasama di antara belia Jepun dan Brunei. Aktiviti juga diteruskan dengan sesi kejurulatihan bersama bekas pemain badminton pasukan Olimpik Jepun, Tadashi Otsuka. Antara yang hadir menyaksikan

perlawanan persahabatan tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Motohiko Kato. Sebelumnya, rombongan dari NSSU juga mengadakan perlawanan badminton persahabatan, di samping mengadakan program pertukaran sekolah dengan para pelajar dari Universiti Teknologi Brunei (UTB) pada 27 Februari dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) pada 28 Februari lalu. Selain daripada perlawanan, rombongan juga membuat lawatan ke tempat-tempat menarik dan mempelajari budaya tradisional di negara ini, di samping mengadakan kunjungan hormat kepada Kedutaan Jepun dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Peserta Kursus Sains Sukan Tahap I, SPKK terima sijil Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Azmah Haji Ahad

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 2 Mac. - Lebih 40 peserta Kursus Sains Sukan Tahap I, Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2018

menerima sijil masing-masing pada Majlis Penutup yang berlangsung Di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

! " # $ % & '

( ) ( ' ++

,

- $ ( ) .$ ' /

' ,

0 . 1 2 " 2 ( )

( ) ! / 3 & % 2 $ 2 2 04

Hadir menyampaikan sijil kepada para peserta ialah Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Pengiran Anak Md. Sofian bin Pengiran Anak Haji Ibrahim. Para peserta terdiri daripada jurulatih-jurulatih, guru-guru pendidikan jasmani termasuk para jurulatih dari Majlis Sukan dan persatuan-persatuan tempatan di negara ini. Salah seorang jurulatih dari Majlis Sukan, Awang Md. Azhar Sabree bin Haji Md. Rahim semasa ditemui berkata, banyak ilmu pengetahuan dan informasi yang sangat bermanfaat mereka diperolehi dalam perisian kursus yang mula diadakan sejak 26 Februari. Beliau yang sudah menjadi jurulatih lebih 10 tahun itu seterusnya menjelaskan, sepanjang kursus mereka diberikan penerangan antaranya aspek falsafah kejurulatihan, anatomi dan fisiologi sukan, suaian fizikal, pemakanan sukan.

PEMANGKU Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Pengiran Anak Md. Sofian bin Pengiran Anak Haji Ibrahim semasa menyampaikan sijil kepada peserta kursus tersebut.

Selain itu juga tambahnya, mereka juga didedahkan dari segi kecergasan iaitu kekuatan otot, daya tahan otot dan kardiovaskular. Kursus yang dianjurkan secara kolaborasi bersama Jabatan

Belia dan Sukan dengan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Institut Sukan Negara Malaysia mendatangkan seramai 11 fasilitator dari Sabah, Sarawak, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn

JAUHI SIFAT TAMAK, SYUKURI NIKMAT KURNIA ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.