''DAN setiap yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah sebagai suatu ketetapan tertentu masanya. Dan sesiapa yang mengkehendaki ganjaran di dunia, Kami kurniakan kepadanya sebahagian ganjaran di dunia itu dan sesiapa yang mengkehendaki ganjaran akhirat, Kami kurniakan pula kepadanya ganjaran di akhirat itu. Dan kami akan mengurniakan ganjaran pahala orang-orang yang bersyukur.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran, ayat 145.
''DI samping generasi yang sedia ada perlu terus berusaha membaca dan memahami Al-Quran, anak-anak kita, generasi penerus juga adalah lebih penting lagi untuk disiapkan dengan ilmu Al-Quran sehingga mereka itu dapat mencapai lebih baik lagi daripada kita. Kerana mereka adalah aset masa depan yang lebih menentukan.'' - Titah Sempena Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan pada 14 Jamadilakhir 1439 Hijrah bersamaan 1 Mac 2018 Masihi.
5.03
TAHUN 63 / BILANGAN 29
5.13
6.30
7 MAC 2018 / 1439
6.52
19
12.32
3.46
6.33
7.42
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Terokai bidang pertanian sehingga berhasil
Laporan : Hajah Zabaidah Haji Salat
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 5 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan perlunya Negara Brunei Darussalam terus meneroka bidang pertanian, dan perkara
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah pada Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-14 Majlis Mesyuarat Negara 1439 Hijrah bersamaan 2018 Masihi. - Foto : Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi.
ini tidak boleh diabaikan lagi dan dipastikan ianya ditangani dengan berkesan sehingga berhasil. Bidang pertanian amat perlu digerakkan, tetapi bukan bergerak ikut mood sahaja, tetapi
digerakkan untuk keperluan, kerana negara sangat-sangat memerlukannya, tegas baginda ketika bertitah pada Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-14 Majlis
Mesyuarat Negara (MMN) 1439 Hijrah bersamaan 2018 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, di sini. Dengan demikian, sudah
sampai masanya untuk negara ini berdikari dalam pemakanan, khasnya berdaya upaya untuk menyara diri sendiri dengan makanan asasi, iaitu beras sampai berhasil, titah baginda. Ke muka 3
Betulkan pelaksanaan peraturan dan undang-undang Laporan : Hajah Zabaidah Haji Salat Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi, Masri Osman, Hamzah Mohidin, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 5 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menyarankan agar langkah menguatkuasakan peraturan dan undang-undang diperbetulkan. Jika perkara ini tidak diperbetulkan, titah baginda,
pembangunan tidak akan berjalan lancar, manakala peraturan dan undang-undang tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Baginda bertitah demikian ketika Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-14 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) 1439 Hijrah bersamaan 2018 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, di sini. Titah baginda, adalah tidak wajar untuk selalu-selalu
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
ketirisan dalam melaksanakan sebarang undang-undang dan peraturan. Baginda memberikan contoh mengenai pembersihan Brunei daripada sampah dan kotoran, sebagaimana yang pernah baginda titahkan sempena dengan Sidang Kabinet baru-baru ini, di mana akta mengenainya sudah sedia ada dengan peruntukan denda tertentu. ''Mana-mana orang atau syarikat didapati membuang sampah di tempat awam boleh dikenakan denda kompaun tidak melebihi Lima Ratus Ringgit (BND500), kerana itulah ada orang yang didenda Satu Ratus Ringgit (BND100) atau Dua Ratus Ringgit (BND200) sahaja.'' Ke muka 3
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Muka 4
Muka 4 & 5
MENERIMA mengadap isteri duta-duta negara sahabat
NEGARA tumpuan jaguh golf dunia
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn