''GENERASI belia adalah merupakan sumber tenaga besar negara-negara ASEAN. Dengan bilangan mereka berjumlah 211 juta, menjadikan mereka berupaya untuk menggerakkan pembangunan dalam negara masing-masing. Kejayaan menggembleng tenaga belia akan menambahkan lagi kekuatan dan ketahanan negara.'' - Titah Sempena Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran Belia Asia Tenggara Ke-8 Tahun 1439 Hijrah / 2017 Masihi.
''DARIPADA Abu Hurairah Radiallahuanhu, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Ada tujuh golongan orang yang akan mendapat perlindungan Allah (pada Hari Kiamat), di mana pada hari itu tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya. Salah satu dari ketujuh orang tersebut adalah pemimpin yang adil.'' - (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari).
5.03
TAHUN 63 / BILANGAN 28
5.13
6.31
5 MAC 2018 / 1439
Dialog tingkatkan amalan terbaik tegakkan keadilan
6.53
12.33
17
3.48
6.33
7.42
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Berangkat ke Kejohanan Renang Terbuka dan Masters Ke-3
Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Mac. Usaha-usaha berterusan semua Pegawai-pegawai Pendakwa untuk menegakkan keadilan dalam sistem keadilan jenayah di Negara Brunei Darussalam membuktikan komitmen dan dedikasi yang tidak kendur-kendur dan menjalankan tugas dengan penuh kejujuran, integriti dan profesionalisme yang tinggi. Demikian jelas Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh semasa hadir dan menyampaikan kata-kata aluan pada Majlis Dialog bersama Pejabat Peguam Negara dengan Pegawai-pegawai Pendakwa dari Agensi-agensi Penguatkuasa Undang-undang dan Badan-badan Berkanun yang berlangsung di Dewan Jubli Emas, Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, di sini. Yang Berhormat turut memetik titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Sambutan Hari Perkhidmatan Awan Kali Ke-24, yang menekankan keperluan bekerja dengan 'Jujur dan Amanah, bukan yang cekap tetapi curang'. Dialog seumpamanya, tambah Yang Berhormat diharap dapat meningkatkan hubungan kerjasama di antara Bahagian Keadilan Jenayah, khususnya Pejabat Peguam Negara dan Pegawai Pendakwa dari agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan badan-badan berkanun demi sama-sama meningkatkan kualiti dan keberkesanan pendakwaan. Ke muka 8
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Terbuka dan Masters Kali Ke-3 bagi sesi petang yang berlangsung di Kolam Renang, Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB). Berangkat menyertai kejohanan ialah anakanda DYTM, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah yang mewakili ISB Hammerheads. Juga berangkat menyaksikan kejohanan ialah YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman. - Foto : Masri Osman. (Lihat muka 3 dan 4).
Teliti komunikasi berkesan kakitangan kesihatan BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Mac. - Dalam merancang perkembangan kapasiti dan kemahiran kejururawatan, Kementerian Kesihatan amat menitikberatkan keperluan dari segi perkembangan tenaga manusia, khasnya dalam meningkatkan ilmu pengetahuan para Jururawat dan Bidan di Negara Brunei Darussalam. Jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Md. Isham bin Jaafar, ini termasuklah memberi peluang kepada Jururawat dan Bidan untuk mengikuti Skim Latihan Dalam Perkhidmatan Penuh dan Cuti Belajar di dalam dan luar negara bagi kursus-kursus jangka pendek
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim dan panjang, seperti penempatan klinikal, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. ''Oleh yang demikian, para graduan adalah digalakkan untuk menggunakan masa dengan sebaiknya bagi merancang pelaburan ke arah meraih ilmu pengetahuan melalui kursuskursus ditawarkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,'' tambah Yang
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
Berhormat semasa berucap pada Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Sijil Kali Ke-4 bagi Kursus Sijil Pembantu Jururawat (Kejururawatan Am) dan Kursus Sijil Pembantu Jururawat (Perbidanan) Sesi Mei 2015 Mei 2017 dan Sesi Oktober 2015 Oktober 2017 serta Anugerah Graduan Kursus Sijil Pembantu Jururawat Terbaik yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, Berakas, di sini. Ke muka 7
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Muka 4
Muka 12
SEMAI semangat patriotik pelajar sekolah
BSB diiktiraf Bandar Pelancongan Bersih ASEAN
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn