Pelita Brunei - Isnin 12 MAC 2018

Page 1

''PERANAN kita terhadap keamanan sejagat, dicerminkan oleh suasana dalam negeri, di mana dengan kurnia Allah, kita sentiasa berada dalam aman dan rakyat pula hidup bahagia serta harmoni, tiada perpecahan dan pergaduhan sesama sendiri.'' - Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun Ke-20 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Tahun Masihi 2004.

''WAHAI orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah disediakannya untuk hari esok (hari akhirat) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.'' Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Hasyr, ayat 18.

5.01

TAHUN 63 / BILANGAN 31

5.11

12 MAC 2018 /

6.28

1439

6.50

24

12.31

3.43

6.32

7.41

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Berangkat mengurniakan Hadiah Juara Kejohanan Golf Richard Mille Brunei Championships 2018 Oleh: Rohani Haji Abdul Hamid Foto: Masri Osman

JERUDONG, Sabtu, 10 Mac. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Hadiah-Hadiah Kejohanan Golf Richard Mille Brunei Championships 2018 di The Empire Hotel and Country Club, Jerudong. Turut berangkat ke majlis berkenaan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar. Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Hakeem selaku penganjur kejohanan. Ke muka 3 DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri semasa berkenan menyempurnakan penyampaian piala kepada Kiradech Aphibarnrat, johan bagi Kejohanan Golf Richard Mille Brunei Championships 2018 di The Empire Hotel and Country Club, Jerudong.

Tangani isu global lindungi generasi masa hadapan Oleh : Aimi Sani Foto : Masri Osman

Muka 4

Muka 19

BERANGKAT saksikan Kejohanan Bola Sepak Bawah 14 Tahun

PESERTA Kursus Kepimpinan Persatuan Belia terima sijil

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Mac. - Dalam jangka 50 tahun kebelakangan ini, kepantasan kesan-kesan buruk hasil dari kegiatan-kegiatan manusia ke atas lautan-lautan dan kehidupannya jelas dilihat. Apa yang amat ketara ialah sumbangan dari akitiviti-aktiviti manusia kepada pengeluaranpengeluaran gas rumah hijau, pencemaran marin, pelunturan karang, aktiviti-aktiviti haram dan penangkapan ikan yang berlebihan. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman menegaskan perkara tersebut semasa bersabda pada Persidangan Isu-Isu Global Borneo (Borneo Global Issues

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

Conferences (BGIC)), Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) Kali Ke-14 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas. Oleh itu sabda Yang Teramat Mulia, ianya amatlah penting bagi isu-isu global seperti itu perlu ditangani dengan penyelesaianpenyelesaian yang berbentuk global kerana kegagalan untuk bertindak pada masa ini akan tidak berkemampuan untuk melindungi generasi masa hadapan. Terdahulu sebelum itu, tema pada tahun ini, 'Life Below Water' sabda YTM, amatlah bersesuaian memandangkan betapa pentingnya lautan-lautan kepada kesejahteraan manusia dan juga kepada perkembangan sosio-ekonomik diseluruh dunia. ''Lautan dan kehidupannya

Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

adalah sangat penting bagi penghidupan lebih dari 3 billion penduduk di persekitaran pantai yang juga merupakan 40 peratus jumlah penduduk dunia. Kita perlu mengambil perhatian serius ke atas amaran-amaran saintifik mengenai pertukaran iklim serta menyedari peranan lautan dalam mengawal ekosistem global melalui penyerapan suhu panas dan karbon dioksida dari atmosfera, di samping membantu melindungi kawasan-kawasan persisiran pantai dari hakisan dan berlakunya banjir. Tambahan lagi, kita perlu ingat akan sumbangan dari sumbersumber lautan yang bernilai dalam sekitar $28 trillion kepada ekonomi global setiap tahun dengan impak kepada keselamatan makanan global yang tidak terukur,'' sabda YTM yang juga merupakan Penaung Diraja BGIC ISB. Ke muka 5

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.