''WAHAI Nabi! Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuanperempuan yang beriman supaya memakai jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa keluar rumah). Yang demikian itu lebih mudah untuk mereka dikenali supaya mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Ahzab, ayat 59.
''DI samping musabaqah peringkat ini, beta juga gembira mengetahui bahawa di sana ada beberapa musabaqah lagi yang bukan hanya dalam bidang bacaan, malahan juga hafazan dan pemahaman. Ini pun satu lagi cara kita berlaku adil kepada Al-Quran kerana Al-Quran selain untuk dibaca, ia juga adalah untuk difahami dan dihayati.'' - Titah pada Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan pada 14 Jamadilakhir 1439 Hijrah bersamaan 1 Mac 2018 Hijrah.
5.02
TAHUN 63 / BILANGAN 30
5.12
6.29
10 MAC 2018 / 1439
6.51
12.32
22
3.44
6.33
7.42
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Berkenan menerima mengadap Ketua-Ketua Perwakilan Asing Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 8 Mac 2018. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap secara berasingan Ketua-Ketua Perwakilan Asing yang akan menamatkan perkhidmatan. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman. Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik
Demokratik Rakyat Lao ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Amphay Kindavong. Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 13 September 2014. Kebawah DYMM seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hisham bin Abdul Wahab bin Abdullah Zaraa. Ke muka 3
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Amphay Kindavong yang akan menamatkan perkhidmatannya di Negara Brunei Darussalam.
Anggaran BND5.3 bilion dicadangkan bagi Tahun Kewangan 2018 / 2019 Laporan : Abdullah Asgar Foto : Masri Osman, Azmah Haji Ahad
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 Mac. - Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah menjelaskan,
Anggaran Perbelanjaan Tahun Kewangan 2018 / 2019 termasuk peruntukan bagi kumpulan wang kerajaan dicadang keseluruhannya sebanyak BND5.3 bilion. Sementara itu, Anggaran Hasil Kerajaan bagi Tahun Kewangan 2018 / 2019 diunjurkan berjumlah BND3.76 bilion, di mana hasil dari sektor minyak dan gas dianggarkan sebanyak kira-kira BND2.84 bilion. Manakala sektor bukan minyak dan gas dianggarkan sebanyak BND921.5juta. Oleh itu, belanjawan negara bagi Tahun Kewangan 2018 / 2019 dijangka akan terus mengalami defisit berjumlah kira-kira BND1.54 bilion. Yang Berhormat berkata
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
demikian ketika mengusulkan belanjawan pada Mesyuarat Pertama dari Musim Pemesyuaratan Ke-14 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, pada hari ketiga, sesi pagi persidangan. Kata Yang Berhormat, tujuan Rang Undang-Undang ini adalah untuk membenarkan pengeluaran sejumlah BND5.3 bilion dari Kumpulan Wang yang Disatukan bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2018 / 2019 dan untuk memperuntukkannya bagi maksud-maksud yang dinyatakan dalam jadual. Ke muka 11
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Muka 3
Muka 19
SYIAR Islam terus berkembang
TANGGUNGJAWAB Peguam Syarie bukan sekadar satu profesion
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn