DISEMBER 2020 Bil. 73
www.umt.edu.my
UMT Tersenarai 200 Universiti Terbaik Asia “I Did it My Way” Integrasi Teknologi dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Bidaan Plat Eksklusif UMT 1-9999
TERKINI DI PASARAN RM109.00
Tan Sri Halim Mohammad Melangkaui Cakerawala Pengarang: Noraien Mansor ISBN: 978-967-2417-87-3 Tahun: 2020
RM41.00
Resipi Madu Kelulut: Sekali Rasa Lekat di Mulut Pengarang: Tuan Zainazor Tuan Chilek Fisal Ahmad Shamsul Bahri Abd Razak ISBN: 978-967-2417-75-0 Tahun: 2020
Sidang Redaksi Penaung
YBhg. Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar
Penasihat
YH Prof. Dato’ Dr. Noraien Mansor
Ketua Pengarang
Mohd Afifullah Ahmad
Kandungan 4 6 8 12 14 16 18 20 24 28 29 30 30
Tahniah Profesor Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMT Tersenarai 200 Universiti Terbaik Asia “I Did it My Way” Kupas Integrasi Teknologi dalam Pengajaran Bahasa Inggeris UMT Buka Bidaan Plat Eksklusif Ekspedisi Lurah Bilut Selami Habitat Semula jadi Kelulut AKUATROP dan Komuniti Memartabatkan Udang Galah Keusahawanan Cendawan Tiram Bantu Komuniti Pasca COVID-19 UMT Bantu Golongan OKU Kuasai Ilmu Fertigasi Warna yang Menarik dan Kaya Khasiat Tarikan Utama Buah Gac
Kursus Pengurusan Organisasi Cungkil Wibawa Pelajar Naib Canselor Serikan Senaman Ceria Merdeka
Kayuhan Merdeka Prihatin Warnai Sambutan Merdeka Renungan
Pereka Grafik
Mohd Fadli Abdullah
Pembaca Pruf Nursarah Najihah Samsudin
Jurufoto
Kru Media Kreatif
Hak Cipta Terpelihara © 2020. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.
4
FOKUS
Profesor Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa
Infokus Disember 2020
5
6
FOKUS
UMT Tersenarai 200 Universiti Terbaik Asia Oleh:
Azeeha Ibrahim Penerbit UMT
1
U
MT memperoleh pencapaian paling bermakna pada tahun 2020 dengan mendapat pengiktirafan sebagai 200 universiti terbaik di Asia yang telah dikeluarkan oleh laporan Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2021. Berada pada
kedudukan ke-195, ini merupakan pengiktirafan terbaik yang diperoleh sejak tertubuhnya UMT. Dengan lonjakan sebanyak 48 tangga berbanding di kedudukan 243 pada 2019, UMT juga berada di tahap 30% tertinggi dalam QS World University Ranking: Asia. Lebih
Infokus Disember 2020
2 membanggakan, UMT menunjukkan momentum peningkatan ketara dengan memenuhi 10 daripada 11 kriteria yang telah diletakkan dalam penilaian tersebut. Kedudukan ke-195 juga tepat dengan sasaran yang diletakkan dalam Pelan Strategik UMT 20182022 (PSUMT) yang memfokuskan pemantapan struktur budaya kerja dan pengurusan universiti. Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar berkata, Kejayaan ini tidak akan terhasil tanpa kerjasama daripada semua warga UMT yang sama-sama melonjakkan reputasi dan memartabatkan UMT di mata dunia. Dengan adanya pengiktirafan antarabangsa seperti ini UMT mampu merangka beberapa inisiatif berimpak, mencakupi segenap elemen termasuk memperhebatkan pengisian dan perancangan pelan strategik mampan universiti, selari dengan persiapan komprehensif mendepani cabaran akan datang yang bukan hanya memperbaiki kedudukan universiti, malah memantapkan fokus utama menjadikan universiti sebagai pusat penyebaran ilmu.
Beliau menambah, pemerkasaan berterusan terhadap penyelidikan, pengajaran, pengantarabangsaan dan citra universiti akan terus menjadi tumpuan utama UMT untuk memperkemaskan lagi fokus UMT pada masa hadapan seiring dengan pelaksanaan PSUMT yang disediakan oleh UMT. Pengiktirafan di peringkat antarabangsa seperti ini akan memberi lebih banyak manfaat kepada UMT di peringkat dalam dan luar negara bagi meningkatkan produktiviti yang mampu dihasilkan oleh UMT. Sebagai contoh, kedudukan universiti yang lebih baik dapat menarik lebih banyak kerjasama antara akademia luar negara untuk berkolaborasi dengan UMT. Selain itu juga, pelajar antarabangsa juga memperoleh manfaat yang sama dengan memberi lebih pilihan untuk melanjutkan pengajian di UMT kerana mendapat pengiktirafan daripada akademia antarabangsa khususnya. Untuk rekod, QS Asia University Rankings 2021 menetapkan 11 kriteria yang dalam penilaian antaranya ialah reputasi akademik, reputasi majikan, sitasi penerbitan, nisbah pelajar kepada staf akademik dan jaringan penyelidikan antarabangsa.
7
1.
sumber: https://www. facebook.com/ OfficialUMT
2.
sumber: https://www. facebook.com/ MOHEOfficial
8
FOKUS
“I Did it My Way”
Kupas Integrasi Teknologi dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Oleh: Muhammad Mustaqim Roslan, Nurul Ain Mohd Noor & Nursarah Najihah Samsudin Penerbit UMT
M
ajlis Syarahan Perdana UMT Siri 29: 2020 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh gilang-gemilang pada tanggal 4 November yang lalu di sebalik situasi semasa global yang sedang dilanda pandemik COVID-19. Syarahan Perdana ini telah disampaikan dengan penuh penghayatan oleh Prof. Dato’ Dr. Noraien Mansor yang juga merupakan Pengarah Penerbit UMT.
Syarahan yang diberi tajuk “I Did it My Way Integrating Technology in English Language Learning” ini merupakan satu sesi perkongsian pengalaman serta kepakaran beliau sebagai pensyarah bahasa Inggeris di UMT. Antara perkongsian menarik yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Noraien dalam syarahan beliau ialah berkenaan dengan cara menarik minat golongan pelajar untuk
Infokus Disember 2020
mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris dengan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram sesuai dengan perubahan arus globalisasi dan kemodenan pada masa ini.
beliau “Let’s Talk and Let’s Go Global”, terdapat empat fokus utama yang dapat dilihat dan menjadi antara perkara yang perlu dititikberatkan, iaitu technology, skills, theme and activities.
Di samping itu, beliau turut mengetengahkan 10 jenis kaedah dan pendekatan yang boleh diaplikasikan oleh para pendidik dalam proses pembelajaran bahasa Inggeris. Sebagaimana yang dinyatakan dalam salah satu buku hasil coretan
Prof. Dato’ Dr. Noraien membuka tirai sesi syarahan dengan mendeklamasikan sebuah puisi yang dikarang sendiri oleh beliau bertajuk “It’s Me”. Penulisan puisi ini mengambil inspirasi daripada kisah suka duka perjalanan hidup beliau
9
10
FOKUS menuju kegemilangan seperti mana yang dikecapi pada hari ini. Di akhir syarahan, para hadirin terpesona dengan persembahan lagu My Way diiringi rangkuman video pencapaian kehidupan beliau. Perkongsian pengalaman Prof. Dato’ Dr. Noraien sepanjang menjadi tenaga pengajar menjadi satu sumber inspirasi dan teladan kepada para guru dan pelajar supaya sentiasa bersemangat dalam mengajar dan mempelajari bahasa Inggeris. Dalam tempoh dua dekad beliau berkecimpung dalam arena pendidikan, beliau telah menghasilkan 206 karya penerbitan yang mana terdiri daripada 63 buku, 44 artikel jurnal, 19 prosiding, 7 laporan teknikal dan 73 artikel majalah serta akhbar. Pada masa yang sama, beliau turut berkongsi kepakaran dalam dunia penerbitan buku, yang mana beliau merupakan pakar dalam proses penghasilan coffee table book atau buku mewah.
Infokus Disember 2020
Majlis Syarahan Perdana UMT pada kali ini turut diserikan dengan pelancaran monograf bertajuk “I Did it My Way Integrating Technology in English Language Teaching� yang telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar. Turut hadir ke majlis ialah Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Encik Mohd Khairul Hakimi Mohd Nawi, pegawai-pegawai utama, pegawai-
pegawai kanan dan wakil-wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT). Majlis ini berlangsung dalam keadaan harmoni dan mematuhi SOP yang ditetapkan dengan kedudukan kerusi yang dijarakkan selain saringan kesihatan oleh petugas Pusat Kesihatan Universiti sebelum memasuki dewan. Para tetamu juga diwajibkan memakai pelitup muka dan mengimbas QR Code yang disediakan di luar dewan untuk tujuan rekod kehadiran.
11
12
FOKUS
UMT Buka Bidaan
Plat Eksklusif oleh:
Amera Hanna Mohd Tajuddin Penerbit UMT
U
MT melalui inisiatif bersama Pusat Keusahawanan dan Alumni telah melancarkan plat kenderaan khas UMT pada 5 Julai 2020 lalu yang dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar. UMT merupakan institusi pengajian tinggi negara yang keempat mendapat kelulusan rasmi untuk meneruskan penjualan plat kenderaan tersebut daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Menurut Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni, penjualan nombor tersebut adalah melalui sistem bidaan atas talian eBida yang lebih telus dan cekap bagi semua pengguna. Inisiatif sebegini bertujuan memberi peluang kepada kakitangan, alumni, komuniti dan orang awam untuk memiliki secara eksklusif nombor pendaftaran khas kenderaan UMT�, ujar beliau lagi. Nombor yang sedia untuk dibida bermula dari UMT 1 hingga UMT 9999 dikategorikan
Infokus Disember 2020
kepada Platinum dengan nilai bidaan bermula RM55,000.00, Golden bermula RM20,000.00, Super Silver bermula RM5,000.00 dan Silver bermula dari RM300.00. Bidaan boleh dibuat melalui laman sesawang www.ebida.umt.edu.my. Setakat ini, slot bidaan telah dibuka dalam tujuh fasa iaitu fasa pertama pada 5 hingga 12 Julai 2020, fasa kedua pada 20 hingga 27 Ogos 2020, fasa ketiga pada 15 hingga 20 September 2020, fasa keempat pada 15 hingga 19 Oktober 2020 dan 23 hingga 26 November 2020 untuk
fasa kelima. Bidaan fasa keenam pula pada 10 hingga 14 Disember 2020, manakala fasa ketujuh pada 24 hingga 28 Disember 2020. Dijangka melalui inisiatif keusahawanan seperti ini, UMT akan menjana pendapatan sebanyak RM5 juta yang akan memberi manfaat kepada pembangunan penyelidikan dan alumni universiti. Nombor-nombor yang berjaya dibida sah didaftarkan dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh keputusan bidaan dikeluarkan tertakhluk kepada peraturan semasa JPJ.
13
14
PENYELIDIKAN
1
Ekspedisi Lurah Bilut
Selami Habitat Semula Jadi Kelulut oleh: Foto :
Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri Abd Razak, Dr. Mannur Ismail Shaik Fakulti Perikanan dan Sains Makanan
E
kspedisi Kelulut Lurah Bilut telah berjaya diadakan pada 26 dan 27 September 2020 di Lurah Bilut, Pahang. Ekspedisi ini merupakan salah satu daripada siri Ekspedisi Kelulut anjuran Kumpulan Penyelidik Lebah dan Kelulut UMT bersama Bilut Valley Bee Farm (BVBF) dan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri Abd Razak. Siri ekspedisi yang ke-16 ini adalah sebahagian usaha ahli akademik dan penyelidik UMT bagi mendekatkan diri dengan masyarakat
dan membantu mereka mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi oleh penternak lebah kelulut. Sambutan peminat kelulut dari seluruh semenanjung Malaysia amat memberangsangkan. Ini terbukti dengan penyertaan seramai 75 orang peminat kelulut yang menyahut cabaran kali ini dan jumlah ini merupakan kehadiran paling ramai di antara siri ekspedisi kelulut yang pernah diadakan.
Infokus Disember 2020
15 15
2
3
4
5 Majoriti peserta yang hadir merupakan peminat kelulut yang baru berjinak-jinak dengan kelulut dan ini merupakan satu petanda yang baik kepada perkembangan industri kelulut negara. Program ini memfokuskan pemindahan ilmu dan kemahiran teknologi kepada masyarakat di samping aktiviti pemetaan kelulut liar di sekitar hutan berhampiran Bukit Botak yang memberi gambaran sebenar kepada peserta tentang
1.
Peserta ekspedisi kelihatan beratur di dalam hutan ketika aktiviti pemetaan kelulut liar dilakukan di dalam hutan di sekitar Bukit Botak, Bilut, Pahang.
2.
Peserta Ekspedisi Kelulut Lurah Bilut diangkut menaiki lori dari base camp ke lokasi pemetaan kelulut di hutan Bukit Botak, Bilut.
3.
Aktiviti pemindahan ilmu termasuk demonstrasi biak baka kelulut dilakukan oleh ketua ekspedisi kepada peserta.
4.
Sesi perkongsian inovasi reka bentuk kotak haif kelulut oleh ketua ekspedisi juga turut dibincangkan bersama peserta. Kempen menggunakan kotak haif dipergiatkan bagi mengurangkan aktiviti penebangan hutan yang dilakukan oleh pemburu kelulut tempatan bagi mendapatkan kelulut liar.
5.
Demonstrasi teknik menyediakan perangkap kelulut dan pemindahan kelulut dari perangkap ke kotak haif dilakukan oleh En. Mohd Imran yang juga merupakan wakil Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Terengganu (PELEKAT).
habitat asal kelulut di dalam persekitaran semula jadi. Sesi perkongsian maklumat dan demonstrasi secara langsung di lapangan lebih memberi kesan dalam usaha melestarikan kelulut agar industri ini berkembang seiring dengan kelestarian alam sekitar.
16
SOROTAN PERISTIWA
AKUATROP dan Komuniti Memartabatkan Udang Galah Oleh:
Rabi Atun Adawiah Abdullah, Norainy Mohd Husin, Rohisyamuddin Othman, Prof. Dr. Mhd Ikhwanuddin Abdullah Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan
U
dang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii sememangnya mendapat permintaan tinggi di pasaran. Statistik menunjukkan harga pasaran bagi udang galah boleh mencapai sekitar RM45 sehingga RM85 per kilogram. Berdasarkan tinjauan yang dibuat, harga ini sentiasa meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh UMT khususnya melalui Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) bagi membantu komuniti setempat untuk menjana pendapatan sampingan melalui penternakan akuakultur udang galah. Sehubungan dengan itu, AKUATROP telah menganjurkan Kursus Pembenihan Udang Galah pada 10 dan 11 Ogos 2020 dan juga
Kursus Pengurusan Udang Galah pada 14 dan 15 September 2020 bertempat di AKUATROP, UMT. Kursus ini mendapat peruntukan daripada ‘Knowledge Transfer Assimilation Grant Scheme’ (KTAGS) yang diketuai oleh Pn. Norainy Mohd Husin dan juga Geran Translasional Program Udang Galah yang diketuai oleh Prof. Dr. Mhd Ikhwanuddin Abdullah dengan menggabungkan komuniti sasaran dari Bachok, Besut dan Setiu, seramai 20 orang. Sesi pemindahan ilmu ini memberi informasi kepada para peserta kaedah pembenihan dan ternakan udang galah yang betul dengan menggunakan kolam ternakan. Peserta diberi pendedahan berkenaan morfologi udang galah, pengurusan kualiti air yang baik dan
Infokus Disember 2020
pengurusan penyakit udang galah mengikut tahap perkembangan udang galah daripada peringkat Sebagai permulaan, AKUATROP turut membekalkan benih udang galah kepada peserta yang terpilih sebagai permulaan ternakan dengan pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa. Dengan bimbingan dan pengawasan oleh pihak AKUATROP, tidak mustahil para peserta mampu memperoleh hasil yang lumayan melalui ternakan udang galah yang berkualiti, bersaiz besar dan juga bebas daripada penyakit. Pada 4 dan 29 Oktober 2020, 40,000 benih udang galah yang dibekalkan oleh pihak AKUATROP dilepaskan ke kolam peserta iaitu SB Aqua Marine di Besut dan Sudy Agro Resources di Bachok. Pemantauan dari semasa ke semasa
akan diteruskan sehingga tahun hadapan untuk memastikan ternakan udang galah yang diusahakan berjaya dituai. Pengiktirafan komuniti terhadap AKUATROP sebagai pusat rujukan dan kecemerlangan akuakultur menjadi pemangkin kejayaan bagi program ini. AKUATROP sentiasa siap siaga bagi menghadapi cabaran dalam industri akualtur dan komited untuk menyumbang kepakaran bersamasama pemain industri akuakultur di peringkat global meskipun berdepan cabaran kualiti penghasilan benih di hatcheri dan juga kekangan pergerakan akibat pandemik COVID-19.
17
18
SOROTAN PERISTIWA
Keusahawanan Cendawan Tiram Bantu Komuniti Pasca COVID-19 Oleh:
Dr. Vigneswari Sevakumaran, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin
1
F
akulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) bersama Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) telah menjalankan Program Keusahawanan Cendawan Tiram sebagai salah satu projek bagi membantu komuniti pasca COVID-19 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan peruntukan sebanyak RM 31,000 yang diperoleh oleh Dr. Nurul Aliaa Idris, Dr Nabilah Ismail, Dr. Aqilah Mohammad dan Dr Vigneswari Sevakumaran, dana tersebut telah digunakan bagi membangunkan rumah cendawan di UMT. Persmian rumah cendawan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pada 6 Julai 2020 yang lalu.
Program keusahawan cendawan tiram disertai oleh 21 orang peserta yang terdiri daripada pelajar UMT dari keluarga B40 dan ibu tunggal dari Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal Terengganu. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam penanaman cendawan tiram serta menggalakkan penglibatan graduan dan komuniti setempat di dalam bidang keusahawanan dan perniagaan sendiri. Menerusi projek ini, 10 000 bongkah cendawan yang digunakan berjaya menghasilkan enam kitaran hasil dalam masa 45 hari selepas
Infokus Disember 2020
19
2
3
4
penanaman dan dipasarkan di sekitar daerah Kuala Nerus. Peserta turut didedahkan ilmu penanaman cendawan oleh pengusaha cendawan tiram dari Farisha Agrotech, Persatuan Penyelidikan Cendawan Malaysia serta perkongsian daripada dua orang penyelidik cendawan UMT, Dr. Nurul Alia Idris dan Dr. Aqilah Mohammad. Peserta turut didedahkan dengan teknik, pemasaran secara talian melalui media sosial, copywriting dan penulisan
rancangan perniagaan. Selain itu, resepi-resepi mudah yang menggunakan cendawan tiram turut diperkenalkan dalam bengkel ini. Pengetahuan dalam bidang tanaman cendawan ini mendorong peserta untuk membangunkan perniagaan penanaman cendawan walaupun secara kecil-kecilan. Tambahan pula, bongkah cendawan ini juga dihasilkan dengan kos yang rendah daripada bahan terbuang seperti habuk kayu dan bahan buangan agro-industri yang mesra alam.
5
1.
Pendedahan mengenai asas penanaman cendawan tiram disampaikan oleh Dr. Aqilah Mohammad.
2.
Perasmian rumah oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Mansor Othman.
3.
Penjualan hasil tuaian cendawan tiram yang diusahakan oleh pelajar UMT.
4.
Peserta bersama pengusaha Farisha Agrotech, Cik Rusila Yusuf menerangkan tentang teknik-teknik praktikal di rumah cendawan yang dibangunkan di UMT.
5.
Keuntungan hasil jualan cendawan dikongsi bersama pelajar yang telah mengusahakannya
20
SOROTAN PERISTIWA
UMT Bantu Golongan OKU Kuasai Ilmu Fertigasi Oleh:
Dr. Wan Zaliha Wan Sembok, Prof Madya Dr. Wahizatul Afzan, Nor Afifah Abd Rahman dan Muhammad Firdaus Mohd Hatta Fakulti Perikanan dan Sains Makanan & Fakulti Sains dan Sekitaran Marin
1
P
ada tahun 2017, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seramai 453,258 orang. Daripada jumlah tersebut, 7.6% ialah OKU kategori cacat pendengaran. Kebanyakan OKU di Malaysia mendapat pendidikan khas dan vokasional dan golongan ini bersikap positif dan lebih fokus bekerja berbanding orang yang normal. Namun realitinya, pasaran kerja bagi golongan ini masih terhad. Berikutan penggunaan teknik tanaman fertigasi yang terbukti memberi pulangan lumayan kepada pengusahanya, projek pemindahan ilmu Silence Planters telah diadakan khusus buat
golongan ini. Ilmu dan teknologi dalam bidang pertanian adalah sangat luas dan mudah untuk diteroka serta diaplikasikan sebagai sumber ekonomi. Projek ini diketuai oleh Dr. Wan Zaliha Wan Sembok, pensyarah bidang pertanian di Fakulti Perikanan dan Sains Makanan yang bergabung tenaga bersama pakar serangga, Prof. Madya Dr. Wahizatul Afzan Azmi dari Fakulti Sains dan Sekitaran Marin. Mereka turut dibantu oleh dua orang pelajar peringkat sarjana iaitu Nor Afifah Abd. Rahman dan Mohammad Firdaus Mohammad Hatta.
2
Infokus Disember 2020
3
3
4
Inisiatif pemindahan ilmu ini telah berlangsung sejak bulan Julai 2020 bagi membantu Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT) yang berpusat di Kuala Ibai, Batu Buruk. Peruntukan yang diperoleh menerusi dana Asimilasi Pengetahuan dan Teknologi (KTAGS2020) sebanyak RM8,000 turut dimanfaatkan dalam program ini. Selain itu, program Silence Planters ini juga membuka laluan kepada dua orang penyelidik UMT untuk berkongsi inovasi kreatif daripada penyelidikan mereka sendiri bagi meningkatkan
hasil tanaman melon manis Terengganu (MMT) dan tomato ceri tanah rendah yang sedang diusahakan oleh POPT. Seramai 25 orang OKU Pekak diberikan pendedahan berkaitan sistem fertigasi, media tanaman baharu dan juga teknik pendebungaan oleh lebah kelulut. Menurut presiden POPT, YM. Tg. Arman Haris Tg. Ismail, melalui jurubahasanya iaitu En. Mohamad Azfar Yamin Mohd Kamal, program pemindahan ilmu berkaitan bidang pertanian yang dianjur oleh UMT ini merupakan program yang pertama
4
1.
Aktiviti semaian biji benih MMT
2.
Sesi penerangan oleh PM Dr Wahizatul Afzan Azmi berkaitan pendebungaan oleh lebah kelulut dan En. Mohamad Azfar Yamin sebagai jurubahasa bahasa isyarat
3.
Peserta membasuh media cocopeat dan meletakkan plant booster
4.
Dr .Wan Zaliha memberi penerangan mengenai pembakaran biochar
21
22
SOROTAN PERISTIWA
5
6 di Malaysia bagi golongan OKU Pekak. “Setakat ini kami telah berjaya mengeluarkan 100kg buah MMT daripada 200 pokok yang ditanam. Walaupun pokok MMT telah diserang penyakit kulapuk downy disebabkan oleh faktor cuaca, namun pokok masih
bertahan hingga dapat dituai hasilnya�, katanya. Menurutnya lagi, POPT berhasrat untuk menambah bilangan polibeg kepada 1000 hingga 2000 polibeg lagi. Program rintis ini
Infokus Disember 2020
7
7
bakal menjadi pendorong kepada golongan OKU Pekak di negeri lain untuk meneroka bidang pertanian. Kaedah fertigasi merupakan satu proses penanaman tanpa tanah yang melibatkan penggunaan cocopeat iaitu sabut kelapa yang telah diproses. Namun, disebabkan kos cocopeat
8
5.
Pemindahan anak pokok MMT ke polibeg
6.
Pemasangan trellis oleh peserta
7.
Bengkel pengurusan lebah kelulut dan proses pendebungaan oleh PM. Dr Wahizatul Afzan
8.
Para peserta POPT sangat gembira melihat buah MMT yang makin membesar
yang semakin meningkat, biochar atau arang hitam diperkenalkan. Konsep penanaman ini dapat mengelakkan penyakit bawaan tanah yang merosakkan hasil tanaman. Antara tanaman yang terbukti mampu mengeluarkan hasil yang lumayan ialah tanaman cili, tomato ceri tanah rendah, timun batang, melon manis Terengganu (MMT) dan rockmelon.
23
24
SOROTAN PERISTIWA
Warna yang Menarik dan Kaya Khasiat Tarikan Utama Buah Gac Oleh:
Dr. Ramisah Mohd Shah, Azimah Hamidon, Ts. Dr. Fauziah Tufail Ahmad & Dr. Faridah Yahya Fakulti Perikanan dan Sains Makanan
1
Infokus Disember 2020
2
4
B
uah gac ataupun nama saintifiknya Momordica cochinchinensis merupakan sejenis tanaman buahan nadir yang berasal dari Asia Tenggara. Bagi masyarakat Melayu, buah ini digelar dengan pelbagai nama panggilan seperti labu api, melon merah, tempurang dan sebagainya. Tanaman ini tidak asing lagi dalam dunia buah-buahan dan telah banyak ditanam di Vietnam dan Thailand. Selain boleh dimakan, tanaman gac ini juga banyak digunakan dalam bidang perubatan tradisional dan dunia kosmetik. Memiliki nilai pemakanan yang tinggi serta kesesuaian tanah dan cuaca, penanaman tanaman Gac dilihat mempunyai potensi besar untuk diperluaskan dan produk berasaskan Gac boleh dikomersialkan bagi membantu petani atau komuniti untuk menjana pendapatan yang lumayan.
3
1.
Morfologi buah Gac dan perubahan warna buah, dari putik kepada buah yang matang
2.
Plot eksperimen buah Gac di Kampus UMT Bukit Kor
3.
Azimah Hamidon, pelajar PhD di plot eksperimen buah Gac, Kampus UMT Bukit Kor
4.
Morfologi keratan buah Gac
Dikategorikan dalam keluarga Cucurbitaceae seperti tanaman peria, tembikai, labu, timun, zukini dan markisa, buah ini perlu dimasak atau diproses dahulu sebelum dijadikan produk makanan kerana ia tidak boleh dimakan secara mentah. Selain buah matang, pucuk daun muda dan putik buah gac juga boleh dijadikan sebagai sajian sayuran serta ulam-ulaman. Pokok buah gac ialah tanaman jenis saka yang hidup menjalar dan memanjat serta mampu hidup sehingga mencapai usia 20 tahun. Ia mengeluarkan buah secara bermusim sekurangkurangnya 2 kali setahun. Kebiasaannya, pokok gac akan mengeluarkan bunga setelah 3 hingga 4 bulan ditanam manakala setiap pokok mampu menghasilkan buah secara purata 10 hingga 20 biji pada satu-satu musim.
25
26
SOROTAN PERISTIWA
5
6 Pada awal pembentukan, buah gac berfizikal bulat lonjong dan berwarna hijau. Kemudian, kulit luar buah ini bertukar kepada warna jingga muda dan merah terang apabila mencapai tahap matang. Kulit luaran buah ini mempunyai duriduri yang kecil dan agak tajam. Berat buah gac ini adalah sekitar 700 gram dan boleh mencecah sehingga 1.2 kilogram. Penyelidikan buah gac telah dijalankan di Kampus UMT Bukit Kor, Marang sejak 2 tahun lalu oleh Saudari Azimah Hamidon, pelajar PhD Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM) di bawah seliaan Dr. Ramisah Mohd Shah. Kajian utama yang sedang dilaksanakan menumpukan pada aspek agronomi seperti kaedah pembiakan yang sesuai, jenis pembajaan dan kajian penggunaan hormon untuk menggalakkan pendebungaan.
7 Buah gac yang unik ini kaya dengan pelbagai khasiat iaitu komponen bioaktif dan mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi terutamanya beta-karotena, likopen dan lutein serta vitamin larut lemak seperti Vitamin A dan Vitamin E. Buah gac ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu kulit luar, isi, aril (selaput biji gac) dan biji yang dilindungi oleh lapisan luar tebal berwarna gelap. Isi buah Gac terdiri daripada 40 hingga 50% daripada berat keseluruhan buahnya. Hampir kesemua bahagian buah dan pokok ini mempunyai khasiat yang tersendiri. Khasiat ini juga berubah selari dengan perubahan kematangan buah. Bahagian aril yang mempunyai warna kemerahan didapati tinggi dengan likopen dan beta-karotena, manakala kulit buah gac sangat tinggi nilainya dengan lutein. Isi buah pula kaya dengan flavonoid terutamanya apigenin.
Infokus Disember 2020
8
27
8
9 Walau bagaimanapun, aktiviti antioksidan yang paling tinggi dilaporkan dalam aril buah gac. Warna oren kemerahan selaput biji gac atau dikenali sebagai aril ini adalah sangat sesuai digunakan sebagai pewarna makanan semula jadi dalam pelbagai produk makanan seperti jus, ais krim, yogurt, minuman susu dan lain-lain. Kumpulan penyelidikan buah gac di UMT atau dikenali UMTSuperGac yang terdiri daripada ahli Fakulti Perikanan dan Sains Makanan yang diketuai oleh Dr. Ramisah Mohd Shah dan ahli-ahlinya iaitu Ts. Dr. Fauziah Tufail Ahmad, Dr. Faridah Yahya, Puan Fadlina Yusof, Puan Suzana Mat Saad, Puan Athirah Fatin Badrul Hisham, Puan Nor Wan Haryani Wan Mohamad, Puan Dayang Normiah Mohamad dan En. Ruzairie Hussin
telah mula mengorak langkah dalam usaha memperkenalkan buah gac kepada warga UMT dan komuniti setempat. Kumpulan penyelidikan UMTSuperGac telah diberi peluang untuk menyertai pameran UMT Show Case dengan menampilkan produk ais krim dan biskut gac. Produk tersebut mendapat reaksi positif daripada pelbagai pihak. UMTSuperGac juga berkesempatan berbincang dengan pihak industri, Syarikat Superfruits Valley serta dibawa melawat ke ladang tanaman gac dan buah nadir yang lain di Chuping, Perlis. Lanjutan daripada sesi perbincangan ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama pada masa akan datang dalam menjalankan kajian mengenai penghasilan produk tanaman buah gac.
5.
Kumpulan penyelidikan UMTSuperGac menerangkan kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee semasa Pameran UMT Show Case sempena Majlis Menandatangani MoU UMT dan Jabatan Perikanan Malaysia
6.
Pameran sempena Majlis Sembang Santai Dato’ Naib Canselor bersama petugas media seluruh Negeri Terengganu
7.
Lawatan kerjasama ke ladang Mr. Robin pemilik Syarikat Superfruits Valley di Chuping, Perlis
8.
Aiskrim dan biskut Gac produk keluaran kumpulan penyelidikan UMTSuperGac
9.
Keratan akhbar New Straits Times memaparkan projek penyelidikan buah gac di UMT
28
SOROTAN PERISTIWA
Kursus Pengurusan Organisasi Cungkil Wibawa Pelajar oleh:
Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman & Shafie Umardi@Kamarol Bahrin Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
T
idak dinafikan bahawa pengurusan yang cekap dan kepimpinan yang berwibawa merupakan tonggak kecemerlangan sesebuah organisasi. Justeru, pelajar perlu bersiap-siaga untuk memperkasakan diri dengan memantapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman agar dapat dipraktikkan bukan sekadar di kampus bahkan apabila mereka bergraduat dan menempuh ke alam pekerjaan kelak. Baru-baru ini, seramai 40 orang ahli Kelab Pelajar Diploma dan Kelab Gabungan Pelajar Asasi Mahasiswa Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (BLASTEMA) telah menyertai Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) bertempat di Warisan Pahlawan Resort, Hulu Terengganu. Menerusi kursus pemantapan organisasi (KPO) kredibiliti para pelajar dapat diserlahkan lagi melalui beberapa aktiviti yang mampu mencungkil sisi kewibawaan mereka sekali
gus dapat membentuk acuan pemimpin yang berkebolehan dan berdaya saing. Antara objektif penganjuran KPO adalah untuk memberi pendedahan pengalaman kepada pelajar dalam memahami tanggungjawab dan pengurusan strategik serta memperkasa jaringan kepimpinan pelajar bersama Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum (PPHK), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UMT. Menurut salah seorang peserta, Umar Mukhtar Al Helmi Aidi Helmi, Presiden Kelab BLASTEMA yang juga merupakan pelajar tahun satu, Pusat Asasi STEM berkata, beliau merasa sangat gembira berpeluang untuk mengikuti program tersebut kerana terdapat pelbagai input yang bermanfaat dapat dipelajari antaranya adalah kepentingan penyusunan aktiviti tahunan, tatacara melaksanakan program, penyediaan kertas kerja dan tatacara kewangan.
Naib Canselor Serikan Senaman Ceria Merdeka Oleh:
Infokus Disember 2020
Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman Suriaty Khalid Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum
M
eneruskan tradisi meraikan bulan kebangsaan dan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-63 dengan tema Malaysia Prihatin, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UMT melalui Bahagian Kebudayaan dan Kesenian telah menganjurkan senaman ceria Merdeka bersama warga UMT di perkarangan Sanggar Siswa, Kompleks Siswa HEPA. Bertemakan cakna amalan hidup ceria dan cerdas, kita dapat mengamalkan kehidupan yang lebih sihat dan seimbang dari aspek mental dan fizikal. Menurut Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, Naib Canselor UMT, universiti menggalakkan seluruh warga untuk melakukan aktiviti beriadah dan bersukan bagi melonjakkan prestasi daya ketahanan fizikal serta mental. UMT turut menyediakan infrastruktur dan kemudahan bersukan seperti kolam renang bersaiz antarabangsa, gimnasium dan stadium yang
lengkap dengan kemudahan trek serta lain-lain bagi memastikan semua pelajar dan warga UMT dapat melakukan aktiviti beriadah dan bersukan dengan mengikut garis panduan keselamatan yang telah ditetapkan. “Selain senaman ceria, terdapat juga aktiviti lain seperti berbasikal, berenang dan bermain bola sepak serta lain-lain aktiviti sebagai salah satu rutin untuk menjadikan kita lebih sihat dan bertenaga. Apabila kesihatan terjaga, sudah pasti minda kita mampu melaksanakan tugas kerjaya dengan lebih fokus dan bersemangat,� ujar Nor Aieni. Turut sama hadir memeriahkan program tersebut adalah Prof Madya Dr. Hafiz Zakariya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Badruhisham Darus, Timbalan Pengarah, Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, UMT.
29
30
SOROTAN PERISTIWA
Kayuhan Merdeka Prihatin Warnai Sambutan Merdeka oleh:
Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum
B
ertemakan Malaysia prihatin, UMT melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama Bahagian Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan Program Kayuhan Merdeka Prihatin UMT yang diadakan pada 10 September 2020 ini adalah bersempena dengan ulang tahun Malaysia yang ke-63. Menurut Prof. Madya Dr. Hafiz Zakariya, Timbalan Naib Canselor HEPA berkata, program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat sekitar UMT. Program yang melibatkan beberapa kampung terpilih seperti Kampung Tok Jembal, Kampung Tanjung Gelam dan Kampung Kolam di mana proses pengagihan barang keperluan kepada penduduk yang kurang bernasib baik dan golongan asnaf yang terpilih. Barang keperluan
berupa beras, makanan kering dan minuman turut diagihkan kepada golongan warga emas. “Masyarakat setempat sekitar universiti merupakan sahabat komuniti dan ramai antara pelajar luar kampus turut menyewa di sekitar tersebut. Penduduk kampung juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan keselamatan pelajar terpelihara,� ujar Dr. Hafiz lagi. Majlis pelepasan peserta Program Kayuhan Merdeka Prihatin yang disertai oleh kira-kira 50 orang peserta telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Mantan Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa UMT. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Mohd Nor Shokri Abd Rahman selaku Pengarah Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum, UMT.
Infokus Disember 2020
RENUNGAN
SOLUSI KEHIDUPAN DENGAN TERAPI ZIKIR ASMA’UL HUNA (SIRI 2) Mohd Radhi Abu Shahim Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial
Allah SWT disebut dalam bahasa sebagai lafaz Yang Maha Besar lagi Maha Agung. Ia adalah Illah (tuhan) yang Maha Mulia dan Suci yang wajib kita ketahui akan kewujudannya. Beriman kepada Allah SWT itu bererti kita beriman kepada lima perkara iaitu: • Beriman dengan kewujudan Allah SWT • Beriman dengan tauhid Rububiyah • Beriman dengan tauhid Uluhiyyah • Beriman dengan Asma’ was-sifat • Beriman bahawa mustahil dengan sifat Allah SWT yang lemah dan buruk Beriman dengan Kewujudan Allah SWT Manusia berasa akan kewujudan-Nya yang bukan hanya sekadar di akal tetapi juga di hati dan sentiasa bersama dengan orang-orang yang beriman. Percaya tiada yang setanding dengan-Nya. Secara fitrahnya manusia mempercayai akan kewujudan tuhan yang mencipta alam ini. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?”. Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya)?” (Al-‘Ankabuut, 29:61) Sekiranya manusia menafikan kewujudan Allah SWT, maka hatinya akan tidak tenteram kerana secara fitrahnya manusia itu diciptakan dengan naluri bertuhan. Perkara yang membezakan konsep tuhan bagi orang beriman ialah percaya bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Tunggal dan Esa tetapi orang kafir percayakan Tuhan selain Allah SWT. Beriman dengan Tauhid Rububiyah Beriman dengan sifat Rab yang percaya bahawa Allah SWT mencipta segala-galanya dan tiada satupun yang setanding dengan-Nya. Allah SWT adalah Tuhan sekalian alam yang meliputi langit dan bumi. Beriman dengan tauhid Rububuyah dapat dilihat dalam tiga perkara iaitu: • Melihat ciptaan dan kebesaran-Nya • Berfikir tentang tanda-tanda kebesarannya seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar…” (Fussilat, 41:53) • Berfikir tentang kebesaran dan susunan tadbir-Nya yang hebat dan sempurna
31
32
Beriman dengan Tauhid Uluhiyyah Tauhid Uluhiyyah adalah menzahirkan kehambaan kita kepada Allah SWT yang satu. Kita diseru untuk bergantung kepada Allah SWT kerana pergantungan kepada-Nya adalah yang kukuh, selain daripada Allah SWT ialah sandaran yang lemah dan rapuh lagi mengecewakan. Allah SWT berfirman dalam yang bermaksud: “…Tiada Tuhan (yang berhak diesembah) Melainkan Dia. Maha suci Allah dari apa yang disekutukan” (At-Taubah, 9:31) Beriman dengan Asma’ Was-Sifat Beriman dengan Asma’ Was Sifat adalah memahami tiada Tuhan melainkan Allah SWT yang Maha Sempurna dengan mempunyai 99 nama-nama Allah SWT yang indah lagi mulia. “Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia: Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa: Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya”. (Al-Hasyr, 59:23) Beriman Bahawa Mustahil dengan Sifat Allah yang Lemah dan Buruk Percaya dengan yakin bahawa Allah adalah terhindar dari segala kecacatan dan kelemahan. Allah SWT ialah tempat manusia meminta dan bergantung segala sesuatu. Manusia jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah SWT dan terus berdoa dan bersangka baik dengan Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT menganugerahkan manusia dengan ujian dan hajat untuk mengembalikan jiwa manusia kepada-Nya dengan Firman-Nya “Dan Tuhan kamu berfirman. “berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina” (Ghafir, 40:60) “Katakanlah (wahai Muhammad): “wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Az-Zumar, 39: 53) Kesimpulan Manusia boleh dikelompokkan dalam beberapa kategori dalam hubungannya dengan konsep ketuhanan. Beriman dengan kewujudan Allah SWT terbahagi kepada dua kelopok iaitu yang percaya kewujudan Tuhan dan tidak percaya kepada Tuhan (Ateism). Mereka yang percaya adanya Tuhan pula terbahagi kapada dua kelompok beragama iaitu agama langit yang terdiri daripada Islam, Nasrani dan Yahudi manakala agama dari manusia pula seperti Budha, Hindu, Confucius dan lain-lain. Orang yang beragama dengan tauhid Asma was Sifat pula terdiri daripada golongan Islam dan Munafik. Percaya kepada Allah SWT sepenuhnya tanpa ada perasaan ragu-ragu dengan Allah SWT yang Maha Sempurna disebut sebagai beriman jika tidak sepenuhnya dan masih melakukan maksiat dikatakan golongan yang fasik. Maka kita disarankan untuk sentiasa berdoa agar diberi jalan petunjuk yang lurus iaitu dari golongan yang percaya pada agama wahyu iaitu Islam dan menjadi hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh seperti ayat yang selalu dibaca dalam solat dari surah al-Fatihah ayat 6 dan 7 yang bermaksud: “Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka , bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat”.
Kompilasi Kes-kes Mahkamah Universiti Awam Penyunting: Muhammad Hafizuddin Zakaria Muhammad Azrul Hazerin Abdul Razak Muhamad Amirul Razali
Penyelidikan Wacana Teori dan Aplikasi Penyunting: Normaliza Abd Rahim
ISBN: 978-967-2417-12-5
ISBN: 978-967-2417-29-3
Tahun: 2020
Tahun: 2020
Pengenalan Kaedah Statistik Menggunakan R dalam Kajian Bidang Pengurusan
Internationalisation and Student Mobility for Higher Education Institutions in Malaysia
Pengarang: Ahmad Shauqi Haji Mohamad Zubir
Penyunting: Nordiana Mohd Nordin Yazrina Yahya Muhizam Mustafa Nor Haniza Sarmin
ISBN: 978-967-2417-77-4
ISBN: 978-967-2417-14-9
Tahun: 2020
Tahun: 2020
Spek[c]trum Penyelidikan; Teori dan Aplikasi
Kaunseling dan Psikologi Komuniti Sejahtera
Penyunting: Normaliza Abd Rahim
Penyunting: Jasmi Abu Talib
ISBN: 978-967-2417-37-8
ISBN: 978-967-2417-80-4
Tahun: 2020
Tahun: 2020
Pengenalan Asas Konsep dan Amalan Kaunseling dalam Talian (E-Kaunseling) Pengarang: Mohd Radhi Abu Shahim Kamarul Md. Shah iNurul Atiqah Ab Raji
Kecerdasan Emosi Cilik: Membina Emosi Positif Kanak-kanak Pengarang: Nor Aizal Akmal Rohaizad
ISBN: 978-967-2417-76-7
ISBN: 978-967-2417-89-7
Tahun: 2020
Tahun: 2020
Tourism Destination Competitiveness: The Langkawi Island Perspective
Jojo: The Ancient Horseshoe Crab (Mandarin)
Pengarang: Zaliha Zainuddin Mohd Salehuddin Haji Mohd Zahari Salleh Mohd Radzi Mohd Hafiz Mohd Hanafiah
Pengarang: Noraznawati Ismail Faridah Mohamad Farah Najihah Razali Anis Syahira Abdul Halim
ISBN: 978-967-2417-91-0
ISBN: 978-967-2417-94-1
Tahun: 2020
Tahun: 2020
Polychaetes: The Wiggly Heroes of Malaysia Penyunting: Aziz Ahmad Izwandy Idris Vigneswari Sevakumaran Azila Adnan
Kanvas Model Niaga Pengarang: Muhammad Abi Sofian Abdul Halim
ISBN: 978-967-2417-93-4
ISBN: 978-967-2417-95-8
Tahun: 2020
Tahun: 2020
Statistik Pentaabiran dan Analisis Data
Malaysian Seaport System First Edition
Pengarang: Mohd Lazim Abdullah Aslina Nasir
Pengarang: Jagan Jeevan
ISBN: 978-967-2939-00-9
Tahun: 2020
ISBN: 978-967-2417-96-5
Tahun: 2020
Konsep Kendiri: Tafsiran Lukisan Projektif Pengarang: Mohd Radhi Abu Shahim Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip Kamarul Md. Shah
Staggy The Coral Pengarang: Azza Jauhar Ahmad Tajuddin Tengku Fara Kamilia Tengku Mohd Kamil
ISBN: 978-967-2939-02-3
ISBN: 978-967-2417-98-9
Tahun: 2020
Tahun: 2020
Loligo The Squid Pengarang: Azza Jauhar Ahmad Tajuddin Tengku Fara Kamilia Binti Tengku Mohd Kamil
Usahawan Melayu Rentas Sempadan Pengarang: Muhammad Abi Sofian Abdul Halim Hazman Samsudin Khatijah Omar
ISBN: 978-967-2417-97-2
ISBN: 978-967-2417-88-0
Tahun: 2020
Tahun: 2020
Asas Keusahawanan: Pembentukan Rancangan Perniagaan
Terma Rujukan Fungsi, Kuasa dan Tanggungjawab Tadbir Urus Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu
Pengarang: Muhammad Abi Sofian Abdul Halim ISBN: 978-967-2417-92-7 Tahun: 2020
Penyunting: Fahirah Syaliza Mokhtar ISBN: 978-967-2417-78-1 Tahun: 2020
Maritime Policy: A Fundamental Shipping and Port Management
South China Sea Scientific Studies in Malaysian Waters: Estuarine, Coastal, Offshore
Pengarang: Mohamad Rosni Othman
Penyunting: Suhaimi Suratman
ISBN: 978-967-2939-13-9
ISBN: 978-967-2939-15-3
Tahun: 2020
Tahun: 2020
Keropok Lekor Terengganu (Edisi Bahasa Jepun) Torenganu no Koropo reko
Ulik Mayang Warisan Terengganu (Edisi Bahasa Jepun) Urikku Mayan Torengganu no Rekishitekibunkaisan
Pengarang: Noraien Mansor
Pengarang: Noraien Mansor
eISBN: 978-967-2417-74-3
eISBN: 978-967-2417-73-6
Tahun: 2020
Tahun: 2020