TERKINI DI PASARAN RM53.00 Kelulutologi: Merungkai Misteri Kelulut, Alam dan Kehidupan Manusia Pengarang: Shamsul Bahri Abd Razak ISBN: 978-967-2939-41-2 Tahun: 2021
Udang Galah: Treasures of Terengganu River Pengarang: Mhd Ikhwanuddin Liew Hon Jung Suhairi Mazelan
RM62.00
ISBN: 978-967-2939-49-8 Tahun: 2021
Sidang Redaksi Penaung
YBhg Prof. Dr Mazlan Abd. Ghaffar (Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMT)
Penasihat
Cik Rabil Sitta Abdul Rahman
Ketua Pengarang
Mohd Afifullah Ahmad
Kandungan 4 6 8 10 12 14 16 18 20 22 24 26
Konvokesyen Secara Hibrid Patuhi SOP Norma Baharu Tukun Vesel Perkaya Spesies Marin Pulau Bidong Naskhah Terbitan UMT Diiktiraf Lagi Dalam 2 Anugerah Buku Recto & Verso UMT Book Store Pusat Sehenti Tawar Buku dan Produk UMT MPP Sesi 2020/2021 Terima Watikah Pelantikan PASTEM Anjur Pertandingan Inovasi PraUniversiti Pertama Di Malaysia Penyelidik Muda FTKKI Hasilkan Bahan Komposit Alternatif Dari Gentian Semulajadi Baharu
PPAL Anjur Kempen Derma Buku Terpakai Tahun Pertanian Terengganu 2021 Peluang Ceburi Bidang Ternakan
PPHK HEPA UMT Diiktiraf Pusat Tanggungjawab Terbaik Program Kasih Ramadan Kelab Mutiara Teruskan Tradisi Santuni Asnaf Solusi Kehidupan dengan Terapi Zikir Asma'ul Husna Ar-Rahim (Siri 4)
Pereka Grafik
Farah Nayli Shafie
Jurufoto
Kru Media Kreatif
Hak Cipta Terpelihara © 2021. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.
4
Konvokesyen Secara
Hibrid Patuhi SOP Norma Baharu Oleh:
Mohd Afifullah Ahmad Penerbit UMT
B
erikutan pandemik COVID-19 yang masih tidak menunjukkan sebarang tanda ia akan berakhir dalam masa terdekat, UMT telah mengambil keputusan untuk melaksanakan Majlis Konvokesyen ke-18 secara hibrid dengan majlis secara bersemuka dan maya. Pendekatan majlis konvokesyen secara hibrid ini adalah bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) penganjuran majlis yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga pihak berkuasa tempatan. Sultanah Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UMT turut hadir secara maya dan berkenan mengisytiharkan pembukaan Majlis
konvokesyen UMT kali ini yang berlangsung dengan penuh sederhana. Tuanku Canselor dalam titah baginda menyeru agar para graduan untuk menggilap potensi diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ketersediaan fizikal untuk memenuhi keperluan pasaran pekerjaan dan sedia membina sendiri peluang pekerjaan dengan menceburi bidang keusahawanan. Sempena konvokesyen kali ini, UMT telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Teknologi kepada Laksamana Pertama, Dato’ Ir. Haji Ahmad Murad bin Haji Omar (Bersara) dan juga penganugerahan gelaran Profesor Emeritus kepada Prof. Emeritus Dr. Ahmad bin Jusoh.
Infokus Jun 2021 Anugerah disampaikan oleh Pro-Canselor UMT, Tan Sri Samsuddin bin Osman. Turut diraikan pada majlis itu penerima Anugerah Pelajar Diraja, Anugerah Pingat Emas Canselor, Anugerah Pro Canselor, Anugerah Pengerusi LPU dan Anugerah Naib Canselor.
1
Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azhar bin Abas, Ahli-ahli Lembaga Pengarah UMT dan Pengurusan Tertinggi UMT. Majlis Konvokesyen UMT ke-18 Sesi Kedua secara bersemuka dijangka akan dilangsungkan pada bulan Ogos tertakluk kepada SOP semasa dan kebenaran pihak berkuasa. Majlis yang akan diadakan dengan SOP ketat itu bakal meraikan seramai 2,878 orang graduan. 1.
Penerima Ijazah Kehormat Doktor Teknologi, Laksamana Pertama, Dato' Ir. Haji Ahmad bin Jusoh menerima penganugerahan Profesor Emeritus daripada Pro-Canselor UMT, Tan Sri Samsuddin bin Osman
2.
Tuanku Canselor, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah menyampaikan titah secara maya
3.
Penerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Teknologi dan Profesor Emeritus bersama Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsuddin bin Osman (tengah) dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azhar bin Abas (dua dari kiri)
2
3
5
6
Tukun Vesel
oleh:
U
Perkaya Spesies Marin Pulau Bidong Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan
MT telah mencatat sejarah apabila menerima dua unit vesel Vietnam daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu untuk dijadikan tukun penyelidikan di stesen penyelidikan Alami Marin Pulau Bidong. Kelulusan vesel lucut hak oleh APMM telah membuka ruang dan peluang kepada para penyelidik khususnya pelajar UMT untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan berkaitan sumber perikanan dan beberapa aspek sains marin yang lain. Menurut Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (CRAFS), Prof. Madya Dr. Hasrizal Shaari, selain menjadi tempat perlindungan kepada spesies ikan komersial, tukun ini juga akan menjadi medium yang baik untuk pertumbuhan terumbu karang dan hidupan marin.
“Ia juga akan menjadi salah satu daya tarikan yang baharu kepada para penyelam skuba di negeri Terengganu dan Pulau Bidong khasnya. Bagi memberikan nilai tambah kepada keberadaan tukun ini, UMT telah mengadakan perbincangan awal bersama Jabatan Warisan Negara (JWN) untuk menjadikannya sebagai tempat latihan lapangan bagi kajian arkeologi bawah air,” ujar beliau lagi. Program ini juga dilihat sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat terhadap alam sekitar demi menjamin kelestarian sumber perikanan negara. Di samping itu juga, program ini selari dengan tema Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation) iaitu UN Decade of Ocean Science for Sustainable Development 2021-2030 di mana terdapat dua objektif Sustainable Development Goals (SDG) utama yang boleh diterapkan iaitu
Infokus Jun 2021
7
1
2
SDG 14 (Life Below Water) dan SDG 17 (Partnership For The Goals). Turut hadir ke majlis tersebut adalah Profesor Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, Laksamana Muda Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim mewakili Ketua Pengarah APPM dan Haji Satiful Bahari Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu. Program ini turut mendapat sokongan daripada Muzium Negeri Terengganu, Jabatan Perikanan
Negeri Terengganu dan Jabatan Laut Malaysia serta Institut Sumber Marin Asia Tenggara.
Dua unit vesel lucut hak Stesen Penyelidikan Alami Marin Pulau Bidong
8
Naskhah Terbitan UMT Oleh:
P
Diiktiraf Lagi dalam 2 Anugerah Buku Azeeha Ibrahim Penerbit UMT
enyertaan Penerbit UMT dalam Anugerah Buku Negara dan Anugerah MAPIM-KPT adalah tidak asing lagi kerana naskhah yang dipertandingkan dalam anugerah tersebut sentiasa mendapat tempat dalam penilaian juri. Ini terbukti dalam Anugerah Buku Negara 2020/2021 yang telah berlangsung di Dewan Tun
Hussein Onn, World Trade Centre Kuala Lumpur diadakan bersempena UNESCO Kuala Lumpur World Book Capital 2020 (KLWBC). UMT tidak pulang dengan tangan kosong apabila naskhah Tasik Kenyir Stunning Beauty and Its Biodiversity telah dipilih sebagai pemenang dalam kategori Buku Sains Politik Terbaik.
Infokus Jun 2021 Manakala, buku Wow! Beautiful Terengganu Malaysia pula menang dalam kategori Buku Mewah Terbaik. Naskhah Tasik Kenyir Stunning Beauty and Its Biodiversity ini adalah hasil suntingan bersama oleh Prof. Dato' Dr. Mohd Tajuddin Abdullah bersama tiga orang editor lain. Kandungan naskhah ini berkisar tentang flora dan fauna yang terdapat di Tasik Kenyir. Wow! Beautiful Terengganu Malaysia pula hasil garapan mantan Pengarah Penerbit UMT, Profesor Dato' Dr. Noraien Mansor. Naskhah tersebut dihasilkan sebagai salah satu cabang untuk mempromosikan negeri Terengganu kepada pembaca. Kandungan naskhah tersebut mengetengahkan tempat-tempat menarik seperti pulau, pantai, tempat bersejarah dan juga makanan tradisi Terengganu. Sementara itu, dalam Majlis Anugerah MAPIM-KPT Kali Ke-13 yang berlangsung secara dalam talian pada 29 Mac 2021, naskhah Anak Melayu di Bumi Kanggaru: Meneroka Makna di Sebalik Perbezaan Budaya telah diiktiraf sebagai salah seorang pemenang dalam kategori Buku Ilmiah Umum Terbaik (Sijil Penghargaan).
Apa yang lebih manis, ini merupakan kemenangan kali ketiga UMT sepanjang penglibatan dalam Anugerah MAPIM-KPT yang merupakan acara tahunan kepada penerbitpenerbit yang bernaung di bawah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM). Naskhah Anak Melayu di Bumi Kanggaru: Meneroka Makna di Sebalik Perbezaan Budaya ini adalah hasil karya Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran, Prof. Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir. Naskhah ini mengisahkan perjalanan hidup penulis sepanjang berada di bumi Australia yang diolah dengan gaya penyampaian yang santai. Meskipun begitu, buku ini sarat dengan maklumat menarik yang menyentuh pelbagai topik meliputi sains, politik, sejarah dan sosioekonomi. Dengan adanya anugerah buku seperti ini akan membuka mata lebih ramai penulis khususnya di UMT untuk menghasilkan lebih banyak judul-judul yang menarik dan bermaklumat. Judul-judul ini bukan hanya berfokus kepada pelajar tetapi juga untuk pembaca luar yang sentiasa menanti bahan bacaan yang berkualiti tinggi.
9
10
Recto & Verso UMT Bookstore
Pusat Sehenti Tawar Buku dan Produk UMT Oleh: Mohd Afifullah Ahmad Penerbit UMT
Recto & Verso UMT Bookstore menjadi identiti baharu dalam memperkasa pemasaran dan promosi buku-buku terbitan Penerbit UMT. Lokasinya di lobi Bangunan Canselori adalah sangat strategik memandangkan bangunan tersebut menjadi tumpuan utama para pelawat ke UMT sekali gus menarik pengunjung ke Recto & Verso. Nama Recto & Verso diinspirasikan dari istilah bidang penerbitan yang bermaksud bahagian halaman kanan dan kiri apabila teks dicetak. Kedudukan teks di sebelah kiri atau kanan ini menjadi identiti bagi setiap buku yang diterbitkan mengikut gaya penerbitan sesebuah penerbit.
Pelancaran Kedai Buku Penerbit UMT ini telah disempurnakan oleh mantan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar pada 6 April 2021. Majlis yang diadakan secara santai ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mazlan Abd Ghaffar dan Cik Rabil Sitta Abdul Rahman, yang Menjalankan Fungsi Pengarah Penerbit UMT serta pegawai-pegawai utama dan kanan universiti. Selain buku-buku terbitan Penerbit UMT, Recto & Verso UMT Book Store juga menjadi pusat sehenti dalam menawarkan barangan cenderamata UMT yang dikeluarkan oleh Pusat Komunikasi Korporat dan Unit Penyelidikan
Infokus Jun 2021 11
Penyu (SEATRU). Para pengunjung juga boleh mendapatkan produk-produk hasil penyelidikan seperti Bee Ready Kelulut Energy Bar yang dikeluarkan oleh Fakulti Sains dan Sekitaran Marin. Variasi pelbagai produk yang ditawarkan ini bakal merancakkan lagi usaha penjanaan pendapatan khususnya oleh Penerbit UMT dan PTj berkaitan. Recto & Verso dibuka pada setiap hari bekerja bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang dan urusan transaksi jualan adalah secara tanpa tunai.
12 1
MPP Sesi 2020/2021
Terima Watikah Pelantikan oleh:
R
Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan
entetan dengan pilihan raya kampus yang telah diadakan pada bulan Februari lepas, seramai 15 orang pelajar telah dilantik mengganggotai Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (MPP UMT) sesi 2020/2021. Watikah pelantikan MPP UMT telah diserikan dengan kehadiran mantan Naib Canselor UMT, Prof. Dato Dr Nor Aieni Mokhtar, dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Madya Dr. Hafiz Zakariya serta pegawai-pegawai utama. Bertempat di Dewan Sultan Mizan, majlis dimulakan dengan ucapan amanat oleh mantan Naib Canselor UMT dan disusuli dengan ucapan penghargaan oleh mantan Yang Dipertua MPP sesi 2019/2020, Aina Zafirah Nor Azhar.
Yang Dipertua MPP UMT sesi 2020/2021, Rahni Rahman, melahirkan rasa syukur dan berikrar akan melaksanakan tugas dan kepercayaan yang diberikan oleh pelajar kepada beliau dan barisan MPP dalam memberikan khidmat terbaik mewakili suara pelajar sama ada dalam aspek akademik mahupun pembangunan sahsiah dan kerohanian pelajar. “MPP turut memainkan peranan yang sangat besar dalam membantu pihak pengurusan HEPA terutama mengenai kebajikan dan keselamatan pelajar contohnya penghantaran pulang serta pengagihan makanan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0) dahulu. Sumbangan MPP pada sesi yang lalu sangat bermakna dan ia menjadi salah satu kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan”, ujarnya.
Infokus Jun 2021 13 2
3
Menurut Prof. Dato' Nor Aieni, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2020/2021 dan pembentukan kabinet MPP juga telah dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya mengikut norma baharu ekoran penularan pandemic COVID-19 yang melanda Malaysia dan dunia amnya. Dalam majlis tersebut, turut diraikan Jawatankuasa Pelaksana Pelajar Pemilihan MPP
(PMPP) sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan dan khidmat mereka sepanjang menjayakan PMPP yang lalu.
1.
Barisan MPP UMT sesi 2020/2021 membaca ikrar yang diketuai oleh Yang Dipertua, Rahni Rahman
2.
Naib Canselor UMT menyerahkan watikah pelantikan MPP kepada Yang Dipertua MPP sesi 2020/2021
3.
Penyerahan fail tugas oleh mantan yang Dipertua kepada Yang Dipertua MPP sesi 2020/2021
14
PASTEM Anjur
Pertandingan Inovasi Pra-Universiti Pertama Di Malaysia oleh:
Prof Madya Dr Laili Che Rose Pusat Asasi STEM
P
usat Asasi STEM (PASTEM) telah melakar sejarah apabila buat julung kalinya menganjurkan pertandingan inovasi, yang dikenali sebagai Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi (PIITRAM). Edisi sulung PIITRAM yang berlangsung pada 7 sehingga 9 Mac 2021 ini cukup bertuah dengan kehadiran Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim dalam majlis penutup pada 15 Mac 2020. Pertandingan yang diadakan secara dalam talian ini ini adalah hasil cetusan idea Prof.
Madya Dr. Laili binti Haji Che Rose sewaktu Mesyuarat Majlis Dekan/ Pengarah Asasi Universiti Awam. Justeru itu, PASTEM telah dilantik sebagai penganjur PIITRAM bagi tahun 2021. PASTEM mula mengorak langkah dengan kerjasama Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal (UniSZA) untuk merangka serta mempromosikan pertandingan inovasi yang julung kali diadakan di peringkat asasi ini yang turut mendapat penajaan utama daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Infokus Jun 2021 15 Keseluruhannya, sebanyak 185 penyertaan telah diterima daripada pusat asasi universiti awam dan matrikulasi dari seluruh Malaysia. Daya penarik utama pertandingan ini terletak kepada kategori penyertaan yang dipertandingkan di mana ia tidak hanya tertumpu kepada pensyarah dan pelajar sahaja, malah warga pengurusan pusat asasi awam dan matrikulasi juga diberi peluang untuk mempamerkan bakat dalam bidang inovasi di peringkat pengurusan. Dari segi penyertaan, Pusat Asasi Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia merekodkan penyertaan yang terbanyak iaitu sebanyak 22 penyertaan dalam kategori pensyarah, pelajar dan warga pengurusan diikuti oleh Pusat Asasi Sains dan Perubatan, UniSZA,
Pusat Asasi STEM, UMT dan Pusat Asasi UITM. Antara kategori yang dipertandingkan ialah Penyertaan Terbanyak, Projek Terbaik, Poster Terbaik dan Juara Keseluruhan. Sepanjang pertandingan juga, sebanyak tiga sesi Perkongsian Pintar telah diadakan yang disampaikan oleh pakar-pakar bidang inovasi di peringkat pensyarah, pelajar dan pengurusan. Oleh kerana sambutan yang amat menggalakkan dari warga pusat asasi universiti awam dan matrikulasi, usaha murni dalam memartabatkan budaya inovasi diperingkat pra-universiti ini akan diteruskan pada tahun mendatang sekaligus menjadikan PIITRAM, program tahunan di bawah Majlis Majlis Dekan/ Pengarah Asasi Universiti Awam.
16
Penyelidik Muda FTKII
Hasilkan Bahan Komposit Alternatif Daripada Gentian Semula jadi Baharu oleh:
S
Azida binti Abdullah & Prof. Madya Dr. Suriani Mat Jusoh Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik
eiring dengan kepesatan pembangunan masa kini, penggunaan bahan komposit banyak menyumbang kepada peningkatan status negara Malaysia dalam menghasilkan bahan yang bertaraf dunia, selaras dengan peningkatan Malaysia sebagai negara maju. Penggunaan bahan komposit dalam kehidupan telah membantu menghasilkan barangan yang memudahkan hidup manusia.
pelajar Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) dengan kepujian yang terdiri daripada Siti Nursufiyana Mohd Salim, Nur Fatin Naziera Zulkifli, Hannah Zalifah Rapi, Muhammad Izzuddin Mohd Rashid dan Nur Dayana Syazwani Mohd Asri telah menghasilkan inovasi bawah seliaan pensyarah FTKKI, Prof. Madya Dr. Suriani Mat Jusoh dan Prof. Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali.
Menyedari kepentingan dan keperluan bahan komposit yang semakin tinggi, sekumpulan
Projek ini telah memenangi pelbagai pertandingan peringkat Antarabangsa dan
Infokus Jun 2021 17
Kebangsaan iaitu pada tahun 2020 telah memenangi Gold Medal Award and Special Award di IPITEX Bangkok , Gold Medal Award and Special Award di MPI, Terengganu dan Gold Award di Pi Envex, Perlis. Manakala pada tahun 2021, kumpulan penyelidik ini terus cemerlang dengan memenangi Asian Youth Silver Award di MTE, Kuala Lumpur, Silver Medal Award di Minggu Penyelidikan dan Inovasi, Terengganu dan Bronze Medal Award di IPITEX, Bangkok. Inovasi yang dipertandingkan oleh kumpulan pelajar ini memfokuskan kepada penggunaan bahan komposit daripada gentian semula jadi baharu yang digabungkan bersama gentian sintetik sebagai alternatif kepada bahan baharu dalam pembinaan bot komposit dan juga pembuatan topi keledar mesra alam bagi industri pertahanan atau ketenteraan. Antara gentian semula jadi yang digunakan ialah Arenga Pinnata, Kenaf, Kerchut manakala gentian sintetik pula ialah Kevlar dan Fibreglass. Kesemua inovasi yang dihasilkan menggunakan tema kelestarian alam sekitar terutama dalam pembinaan bot industri maritim. Dalam merealisasikan projek ini, FTKKI telah berkolaborasi dengan MSET Inflatable Composit Sdn. Bhd., iaitu syarikat pembuatan bot komposit
yang terletak di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. Projek inovasi ini juga melibatkan beberapa institut penyelidikan universiti awam seperti Institute of Tropical Product (INTROP), Universiti Putra Malaysia dan GeoTECH, Universiti Malaysia Perlis. Penyertaan para pelajar dalam pertandingan inovasi telah mendedahkan mereka kepada dunia penyelidikan dan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pelajar juga secara tidak langsung dapat menimba pengalaman pengurusan sesuatu projek inovasi yang dipertandingkan, iaitu daripada aspek persembahan, isu teknikal, pengurusan masa dan kewangan, komitmen kerja berpasukan dan juga membina jaringan kerjasama. Penyertaan pelajar dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa ini juga dapat membantu memberi nilai tambah kepada ijazah yang diperolehi dan secara tidak langsung telah memperkenalkan nama program pengajian serta mengharumkan nama UMT. Sepanjang urusan penyertaan pertandingan juga, pelajarpelajar dapat bertukar-tukar idea dan pengalaman untuk terus kreatif dalam menghasilkan inovasi dan reka cipta pada masa-masa akan datang.
18
PPAL Anjur Kempen Derma Buku Terpakai oleh:
Ismar Liza Mahani Ismail & Dr. Najihah Abdul Mutalib Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan
1
B
ertepatan dengan hari Buku Sedunia yang disambut setiap tahun di seluruh dunia pada 23 April, Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL) telah menganjurkan program PSH “book donation” dalam kalangan warga PPAL. Program Book Donation ini dianjurkan bertujuan membantu SMK Batu Rakit yang memerlukan lebih kurang 8,000 buah buku sama ada baharu atau terpakai untuk memenuhkan koleksi buku sedia ada di Pusat Sumber Asy-Syifa’ sekolah tersebut. Proses pengumpulan buku terpakai telah dijalankan selama empat hari bermula pada 18
hingga 21 April 2021. Sepanjang tempoh tersebut, PPAL telah berjaya mengumpul lebih dari 500 buah buku terpakai dalam pelbagai bentuk seperti buku rujukan, buku agama, buku motivasi, novel, jurnal, kamus dan ensiklopedia. Buku yang diterima telah dikumpul dan ditempatkan di lobi PPAL. Majlis penyerahan buku telah diadakan pada 22 April 2021 di lobi PPAL dan dihadiri wakil SMK Batu Rakit, Cikgu Marzura Razak dan Cikgu Nor Azita Abdul Aziz manakala pihak PPAL diwakili oleh Dr. Najihah Abdul Mutalib dan Puan Ismar Liza Mahani Ismail.
Infokus Jun 2021 19 2
3
Hasrat PPAL agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana buku yang tidak diperlukan lagi lebih baik didermakan untuk kegunaan mereka yang memerlukan berbanding dibuang begitu sahaja. Di samping itu juga, aktiviti sebegini dapat membantu pihak sekolah melengkapkan bahan koleksi pusat sumber untuk rujukan dan kegunaan para pelajar dari semasa ke semasa. Secara tidak langsung, pusat sumber berupaya memainkan peranannya sebagai pusat khazanah ilmu yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan
keperluan pelbagai sumber maklumat dan ilmu dalam pelbagai bidang yang berkaitan. Melalui buku yang diderma ini diharap ia dapat merangsang minat membaca dalam kalangan pelajar sekolah serta menyemarakkan pembudayaan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia seterusnya menyumbang kepada aspirasi kerajaan untuk merealisasikan Dekad Membaca 2030.
1.
Penyerahan buku dari wakil PPAL kepada wakil
2.
Wakil warga PPAL bersama wakil guru SMK Batu Rakit
3.
Sebahagian buku-buku yang dikumpul ditempatkan di lobi PPAL
20 1
Tahun Pertanian Terengganu 2021
oleh:
Peluang Ceburi Bidang Ternakan Ts. Dr. Mohd Azrul bin Lokman Fakulti Perikanan dan Sains Makanan
S
ebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di negeri Terengganu, warga UMT seharusnya menyokong usaha murni kerajaan negeri yang telah mengisytiharkan tahun 2021 sebagai Tahun Pertanian Terengganu. Menyentuh berkenaan pertanian, ia meliputi pelbagai cabang dan salah satunya adalah penternakan haiwan. Haiwan ternakan pula merangkumi haiwan ruminan yang memiliki ciri fizikal berkaki empat seperti lembu, kambing dan bebiri serta haiwan poultri seperti ayam, itik dan puyuh. Graduan UMT dan bakal graduan khasnya anak-anak Terengganu perlu menyahut seruan kerajaan negeri ini dengan sama-sama menceburkan diri dalam bidang pertanian.
Begitu juga dengan komuniti pesisir pantai yang kebiasaannya menghadkan diri dengan bergantung hidup kepada sektor perikanan laut. Jadi, dengan wujudnya gagasan ini yang disertakan dengan pelbagai inisiatif dan insentif, diharapkan dapat memberi sinar baharu kepada masyarakat sekitar untuk sama-sama melihat bidang penternakan haiwan sebagai sumber rezeki. Antara insentif yang dibentangkan dalam belanjawan negeri Terengganu bagi sektor ternakan adalah peruntukan sebanyak RM800,000 untuk program pembangunan modal insan tani merangkumi penyertaan kursus pertanian dan penternakan, RM2.05 juta untuk pembangunan projek induk ternakan, pembangunan pusat
Infokus Jun 2021 21 2
4
3
pemprosesan berstatus halal dan pembangunan padang ragut serta RM1 juta untuk pembangunan hub lembu sado. Kepada golongan sasar khasnya belia dan komuniti pesisir pantai, kemahiran penternakan boleh digilap dengan menternak haiwan kecil terlebih dahulu seperti puyuh, ayam atau arnab. Haiwan-haiwan ini dapat memberi hasil pulangan dalam tempoh yang agak singkat berbanding ternakan lain. Memandangkan negeri Terengganu yang mengalami musim tengkujuh setiap akhir tahun, ini pastinya akan mendatangkan kemudaratan dari segi kewangan seandainya komuniti pesisir pantai hanya bergantung kepada sektor perikanan laut sebagai sumber pendapatan mereka. Maka, dengan menceburkan diri dalam bidang ternakan, ia akan menjadi sumber sekunder kepada pendapatan mereka.
Di pihak UMT, sewajarnya memainkan peranan dalam menghebahkan lagi peluang dan insentif yang telah diumumkan untuk golongan sasar menceburkan diri dalam bidang ternakan. Hasil dapatan menerusi penyelidikan yang boleh diimplementasi dalam bidang ternakan seharusnya dikongsi dengan kata lain memasyarakatkan hasil penyelidikan kita kepada golongan ini. Semua ini demi memenuhi aspirasi melahirkan lebih ramai golongan petani dan penternak berjaya seterusnya setiap hasil tuaian pertanian itu kelak akan menyumbang ke arah penjaminan makanan dalam negara kita.
1.
Latihan amali berkaitan kualiti susu ternakan bersama pelajar agroteknologi
2.
Cacing Haemonchus contortus antara spesies caing yang menjadi parasit utama kepada haiwan ternakan ruminan yang diperoleh dari ladang ternakan di Setiu
3.
Projek tahun akhir memfokuskan kepada kualiti daging ternakan yang dijalankan oleh pelajar agroteknologi
4.
Penulis ketika melakukan kerja persampelan di ladang ternakan di Hulu Terengganu
22
PPHK HEPA UMT
Diiktiraf Pusat Tanggungjawab Terbaik oleh:
Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan
P
usat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum (PPHK), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah dinobatkan sebagai Anugerah Pusat Tanggungjawab Terbaik bagi kategori Pengurusan dan Perkhidmatan. Anugerah tersebut diumumkan dalam Majlis Anugerah Tahunan (MAT) tahun 2021 yang diadakan pada 11 April 2021 bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT dan disampaikan oleh
mantan Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr Nor Aieni Haji Mokhtar. Menurut Mohd Nor Shokri Abd Rahman, Pengarah PPHK, kejayaan ini merupakan hasil kerjasama yang padu antara warga PPHK dan ia merupakan penyertaan pertama PPHK dalam kategori tersebut. PPHK mempunyai tiga bahagian peneraju utama yang memainkan peranan dalam
Infokus Jun 2021 23
Pengarah PPHK HEPA, UMT Mohd Nor Shokri Abd Rahman (kanan), mewakili PPHK menerima anugerah
memperkasakan bakat pelajar iaitu Bahagian Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar (BPHKP), Bahagian Kebudayaan dan Kesenian (BKK) dan Bahagian Sukan dan Rekreasi (BSR)
keusahawanan dan seimbang dalam pencapaian akademik serta kerohanian,”ujar Mohd Nor Shokri.
yang merupakan nadi penggerak dalam mengasah dan memperkasa sahsiah pelajar dalam bidang kepimpinan dan kaunseling, kebudayaan dan kesenian serta pembangunan sukan dan rekreasi.
tujuh kriteria yang perlu dilengkapkan dalam memastikan kelayakan penyertaan sesebuah Pusat Tanggungjawab antaranya pencapaian Key Performance Indicator (KPI) dan EzSnap serta penglibatan program bersama komuniti.
“Saya melihat setiap bahagian mempunyai kekuatan objektif strategik yang membawa kepada teras pembangunan pelajar sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Strategik UMT 2018-2022. Di samping itu juga, ia mendukung hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam memperkasakan modal insan yang holistik, berciri
Tambah Mohd Nor Shokri lagi, terdapat
Selain itu, publisiti melalui media elektronik seperti laman web dan media cetak seperti penerbitan artikel akhbar serta majalah turut diambil kira oleh pihak panel juri lain penilaian inovasi pengurusan dan juga penjanaan pendapatan.
24 1
Program Kasih Ramadan Kelab MUTIARA Teruskan Tradisi Santuni Asnaf oleh:
K
Amera Hanna Mohd Tajudin Penerbit UMT
elab Wanita UMT (MUTIARA) UMT meneruskan tradisi tahunan menjelang Aidilfitri dengan penganjuran Program Kasih Ramadan. Pada tahun ini, Program Kasih Ramadan telah melibatkan 129 orang murid golongan asnaf dan anak-anak istimewa dari sekolah-sekolah sekitar UMT. Lebih istimewa, MUTIARA UMT turut memperoleh tajaan daripada pihak Dan’s Shoes dan Jakel Textile yang turut sama menyumbang untuk program tahunan ini. Selain itu, MUTIARA turut menerima sumbangan daripada Badan Kerja Amal Wanita Profesional Terengganu di Wilayah
Persekutan, Selangor dan Terengganu (BERKAT), Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Pegawai Utama Universiti, Pusat-pusat Tanggungjawab (PTj) dan sumbangan daripada individu. Setiap murid telah diperuntukkan satu set pakaian baharu untuk dipakai pada Hari Raya. Sesi pemilihan busana raya telah dilakukan pada 22 April 2021 di Pasar Raya Mydin Gong Badak dan butik Dan’s Shoes yang dihadiri secara berperingkat. Murid-murid yang terpilih adalah dari SMK Kompleks Mengabang Telipot, SK Mengabang Telipot, SK Padang Kemunting, SK Tok Jembal,
Infokus Jun 2021 25 2
3
4
5
SK Bukit Tunggal, SK Kompleks Gong Badak, SK Tanjung Gelam, Pelatih PPDK Batu Rakit dan sebilangan warga umum. Pada 5 Mei 2021 pula, urus setia Program Kasih Ramadan telah mengunjungi sekolahsekolah tersebut untuk menyerahkan sumbangan barangan dan juga duit raya bagi menceriakan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri anak-anak asnaf dan istimewa pada tahun ini.
1.
Serahan di SK Padang Kemunting
2.
Pengagihan serahan barangan raya mengikut sekolah di Anjung Mutiara, UMT
3.
Serahan di SK Tanjung Gelam
4.
Serahan untuk PDK Batu Rakit
5.
Serahan untuk anak-anak asnaf di SK Kompleks Gong Badak
26
Solusi Kehidupan
dengan Terapi Zikir Asma'ul Husna Ar-Rahim (Siri 4) oleh:
Mohd Radhi Abu Shahim Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial
Surah rujukan nama Allah SWT ialah Surah AlFatihah ayat 1 hingga 3 yang bermaksud: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani” Allah SWT Ya Rahim ialah Yang Maha Penyayang. Allah SWT penyayang kepada hamba-Nya yang beriman. Dengan sayangNya, Dia memelihara hamba pilihan-Nya untuk tetap berada dalam reda-Nya. Sayang Allah SWT akan berakhir dengan balasan syurga di akhirat. Sifat ar-Rahim yang ada pada manusia membolehkan manusia menyayangi, mendidik dan membimbing ummah untuk membawa manusia lain kepada Allah Ya Rahim. Menegur sekiranya tersilap, memberikan perhatian dan sokongai dalam perkara yang diperjuang. Seseorang yang menghayati sifat arRahim akan mendatangi orang yang lalai dengan memberi teguran dan nasihat secara lembut bukannya secara kasar. Orang derhaka dan masih bergelumang dengan dosa dipandang dengan penuh kasih bukan dengan pandangan menghina. Ar-Rahim ialah sifat Allah SWT Yang Maha Penyayang, berbeza dengan nama Allah SWT Ar-Rahman yang mana sifat Rahman atau Maha PengasihNya kepada semua makhluk di dunia ini. Namun, Maha Penyayang dengan nama ArRahim hanyalah kepada orang yang beriman sahaja. Kasih-sayang Allah SWT kepada orang yang beriman bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan hingga ke akhirat. Allah SWT menganugerahkan kepada orang beriman dengan tiga perkara iaitu kerahmatan,
keberkatan dan ketenangan dalam hidupnya dan berpanjangan hingga ke akhirat. Kerahmatan merujuk kepada kasih-sayang Allah SWT kepada orang beriman dengan tidak membiarkan orang yang beriman tanpa pembelaan. Hidup ini sering disulami dengan pelbagai bentuk ujian dan permasalahan seperti bebanan kewangan, rasa kehilangan, dizalimi oleh orang lain dan banyak lagi ujian-ujian yang menyempitkan hati. Dengan kasih sayangNya kepada orang yang beriman, maka Allah SWT bantu memberi jalan keluar terhadap permasalahan hidupnya. Orang yang beriman bukanlah mereka yang tidak akan diuji, malah kadang-kadang ujiannya adalah lebih besar dan dengan kasih sayang-Nya, maka Allah SWT beri jalan keluar kepada permasalahannya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “(tetapi kekalnya al-Quran), Hanyalah sebagai rahmat dari tuhanmu;Sesungguhnya limpah kurnia-Nya kepadamu amatlah besar” (Al-Israa’, 17:87) “ ..Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar serta rezeki dengan jalan yang tidak disangka-sangka” (Al-Talaq, 65:2-3) Terdapat tiga cara Allah SWT membantu kita dalam membuat keputusan iaitu pertama dengan jalan ilham. Ilham yang diberikan melalui malaikat Mulhim iaitu berupa bisikan hati kepada orang yang beriman. Kedua, dengan jalan firasat atau gerak atau rasa hati semasa membuat keputusan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Takutlah kamu kepada firasat orang yang beriman kerana dia
Infokus Jun 2021 27 melihat berdasarkan cahaya Ilahi” (Hadis riwayat Al-Tirmizi) Ketiga, Allah SWT membantu manusia membuat keputusan dengan jalan ‘Bushra’ iaitu dengan mimpi yang benar. Hal ini pernah terjadi kepada sultan yang adil iaitu Sultan Nuruddin Mahmud al-Zinki yang bermimpi sebanyak tiga kali yang memberi firasat ada dalam kalangan orang Kristian yang ingin mencuri jasad Nabi SAW. Antara ciri-ciri yang menunjukkan bahawa mimpi itu adalah benar ialah apabila kita tidur dalam keadaan berwuduk dan tidak berhadas, telah hampir dua pertiga malam seperti jam 2.00 pagi ke atas, terus terjaga dan ingat mimpi itu sampai bila-bila. Bagaimanakah untuk mendapat rahmat dari Allah SWT? Rahmat-Nya boleh didapati dengan dua cara iaitu dengan taat melakukan segala suruhannya dan meninggalkan larangan-Nya. Taat akan Suruhan-Nya iaitu melakukan perkaraperkara yang wajib dengan betul-betul dan bersungguh manakala perkara-perkara yang sunat diperbanyakkan. Keberkatan merupakan suatu kelebihan dan pertambahan kebaikan. Keberkatan boleh wujud dalam aktiviti seharian iaitu ketika kita makan, bergaul, bekerja, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya. Mereka yang diberi keberkatan akan mendapat kelebihan dalam hidup akan membuatkannya semakin taat pada Allah SWT. Orang yang berkat pada rezeki membawa dirinya kepada kebaikan, mencambah kebaikan pada diri dan orang lain serta memperoleh ketenangan seperti dapat berzakat dan bersedekah. Orang yang rezekinya tidak berkat sering takut dan runsing jika tidak mendapat rezeki, bahkan apabila ada rezeki, takut pula tidak mencukupi dan jika dibelanjakan takut akan habis. Rezeki yang ada akhirnya dibelanjakan secara membazir dan mendatangkan kemudaratan pada diri. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka limpahan keberkatan dari langit dan bumi” (Al-A’raaf, 7:96) Keberkatan dalam hidup boleh diperoleh melalui dua cara iaitu pertama adalah dengan menjaga adab sesuatu amalan. Seperti adab makan, bekerja, berhubungan menghadiri majlis ilmu. Islam banyak kita mengajar tentang adab kerana dengan adab kita memperoleh keberkatan dalam hidup. Iman Malik r.a berkata “Pelajarilah adab sebelum mempelajari ilmu” ianya penting untuk mendapat keberkatan. Ilmu tanpa berkat membuatkan manusia itu rasa sombong dengan
ilmunya dan akhirnya ilmu tadi membuatkan dirinya hina di dunia hingga ke akhirat. Kedua dengan cara memohon doa daripada Allah SWT. Contohnya sebelum makan, kita diajar dengan doa makan. “Ya Allah, berkatilah rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada kami, dan peliharakanlah kami daripada azab api neraka” Ar-Rahim Allah SWT kepada orang-orang yang beriman dengan menganugerahkan ketenangan dalam hidupnya. Ketenangan tidak boleh diberi tetapi hanya Allah SWT sahaja yang dapat mengurniakannya. Allah SWT tidak pernah sekali-kali memberi ketenangan dalam hati manusia dengan jalan maksiat. Memuaskan hati dengan menderhaka kepada ibu bapa dan menzalimi orang lain tidak membawa kepada ketenangan hati tetapi ubat bagi hati ialah dengan menuju jalan yang diredhai Allah SWT. FirmanNya yang bermaksud: “Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada..” (Al-Fath, 48:4) Sekiranya seseorang itu adalah ahli syurga maka Allah SWT akan mengurniakan ketenangan dalam hatinya semasa di dunia lagi, malah jika seseorang itu ahli neraka Allah SWT akan mencabut ketenangan dalam jiwanya dan hidupnya sentiasa runsing dan takut. Maka ketenangan adalah syurga yang didahulukan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada tuhanmu dengan keadaan yang engkau berpuas hati lagi diredai, serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang bahagia. Dan masuklah ke dalam syurga” (Al-Fajr,89:27-30). Kesimpulan Nama Allah SWT Ar-Rahim merujuk kepada kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beriman berbanding dengan nama Allah SWT Ar-Rahman yang diberikan kepada semua makhluk-Nya. Dengan rasa kehambaan dan keimanan kepada Allah SWT, maka Allah SWT memberikan kita kelebihan berbanding orang lain atau mereka yang tidak beriman.
28
TERBITAN TERKINI Penerbit UMT Shipping and Port Management Pengarang: Mohamad Rosni Othman
Shipping and Port Management Pengarang: Mohamad Rosni Othman
ISBN: 978-967-2939-46-7
eISBN: 978-967-2939-45-0
Tahun: 2021
Tahun: 2021
Exploration Kit for Young Researchers 5th Edition Pengarang: Fakulti Pengajian Maritim
Exploration Kit for Young Researchers 5th Edition Pengarang: Fakulti Pengajian Maritim
ISBN: 978-967-2939-52-8 Tahun: 2021
eISBN: 978-967-2939-53-5 Tahun: 2021
Pembiakan dan Ternakan Larva Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii) Pengarang: Mohd Sabri Muda Suhairi Mazelan Liew Hon Jung Mhd Ikhwanuddin
Pembiakan dan Ternakan Larva Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii) Pengarang: Mohd Sabri Muda Suhairi Mazelan Liew Hon Jung Mhd Ikhwanuddin
ISBN: 978-967-2939-47-4
eISBN: 978-967-2939-48-1
Tahun: 2021
Tahun: 2021
Infokus Jun 2021 29
Managing Human Capital in the Digital Era Pengarang: Yusliza Mohd Yusoff Khatijah Omar Nik Hazimah Nik Mat Azlinzuraini Ahmad Noraida Haji Ali
Managing Human Capital in the Digital Era Pengarang: Yusliza Mohd Yusoff Khatijah Omar Nik Hazimah Nik Mat Azlinzuraini Ahmad Noraida Haji Ali
ISBN: 978-967-2939-43-6 Tahun: 2021
eISBN: 978-967-2939-44-3 Tahun: 2021
Buku Panduan Latihan Industri: Faculty of Maritime Studies (FMS) UMT Pengarang: Faculty of Maritime Studies
Buku Panduan Latihan Industri: Faculty of Maritime Studies (FMS) UMT Pengarang: Faculty of Maritime Studies
ISBN: 978-967-2939-51-1
eISBN: 978-967-2939-56-6
Tahun: 2021
Tahun: 2021
Scientific Meownglish Pengarang: Chaizani Satiman Jamin
My Blue Sea Journal Pengarang: Azza Jauhar Ahmad Tajuddin ISBN: 978-967-2939-54-2 Tahun: 2021
ISBN: 978-967-2939-26-9 Tahun: 2021
Horseshoe Crabs and the Community: A UMT Translational Project Pengarang: Mhd Ikhwanuddin Abdullah Liew Hon Jung Suhairi Mazelan ISBN: 978-967-2939-49-8 Tahun: 2021
30
Komunikasi Interpersonal Pengarang: Mohammad Mahdi Abas Mohd Yusri Ibrahim eISBN: 978-967-2939-40-5 Tahun: 2021
Koleksi dan Fungsi Bahan Pengarang: Nora Salina Md Salim Soraya Shafawati Mohamad Tahier eISBN: 978-967-2939-42-9 Tahun: 2021
Udang Galah: Treasures of Terengganu River Pengarang: Mhd Ikhwanuddin Liew Hon Jung Suhairi Mazelan
Bersama Memacu Pengajaran & Pembelajaran UMT - Pandemik COVID-19 Pengarang: Faculty of Maritime Studies
eISBN: 978-967-2939-50-4
eISBN: 978-967-2939-37-5
Tahun: 2021
Tahun: 2021