SEPTEMBER 2020 Bil. 72
www.umt.edu.my
Kunjungan pertama Menteri dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ke UMT Promosi Berterusan Tingkat Enrolmen Asasi STEM AKUATROP Lonjak Industri Ikan Hiasan
TERKINI DI PASARAN RM40.00 RM36.00 I Did it My Way Integrating Technology in English Language Teaching Pengarang: Noraien Mansor ISBN: 978-967-2320-51-7 Tahun: 2020
Byutifuru Turenganu – Mareshia Turenganushu no Miryoku Author: Noraien Mansor ISBN: 978-4-87738-538-5 Year: 2020
RM57.00 Field Guide to Trawl Fishes Near Bidong Island Authors: Seah Ying Giat Tun Nurul Aimi Mat Jaafar Mohd Sharol Ali ISBN: 978-967-2417-28-6 Year: 2020
RM43.00
Manuskrip AlQuran Emas Warisan Kesultanan Terengganu Pengarang: Riswadi Azmi ISBN: 978-967-2417-16-3 Year: 2020
Sidang Redaksi Penaung
YBhg. Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar
Penasihat
YH Prof. Dato’ Dr. Noraien Mansor
Ketua Pengarang
Mohd Afifullah Ahmad
Pereka Grafik
Mohd Fadli Abdullah
Kandungan 4 6 8 12 14 16 18 22 24 26 28 30 32 34 36 38 39
UMT Rai Kunjungan Sulung Menteri Pengajian Tinggi Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Perkasa Inisiatif Keusahawanan AKUATROP Teruskan Usaha Pemuliharaan dan Peningkatan Stok Populasi Udang di Terengganu Promosi Berterusan Tingkat Enrolmen Asasi STEM
Kad Debit RHB Islamic Sokong Ocean Hope UMT Pulihara Lautan AKUATROP Lonjak Industri Ikan Hiasan Marin UMT Kongsi Inovasi Demi Tingkat Hasil Petani Penerbit UMT Anjur Bengkel Penerbitan Secara Atas Talian
PASTEM Hasilkan Kit Pengajaran Sains dan Matematik Pi-ENVEX 2020 UMT Gondol Empat Emas dan Anugerah Khas Wacana Antarabangsa PISM Kupas Keindahan Manuskrip Al-Quran Emas KEMBARA CAKNA ASNAF Bantu Harungi Pasca COVID-19
Forum Perkhidmatan Akuakultur ke Pentas Antarabangsa Pusat Alumni dan Persatuan Alumni UMT Jayakan Jerayawara bersama Alumni Staf Ziarah Cakna Pejabat Pendaftar UMT Anjur Liga e-Pelayaran Renungan
Pembaca Pruf Nurul Hidayah Samsul
Jurufoto
Krew Media Kreatif
Hak Cipta Terpelihara Š 2020. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.
4
FOKUS
UMT Rai Kunjungan Sulung Menteri Pengajian Tinggi oleh:
Mohd Afifullah Ahmad Penerbit UMT
P
embentukan kabinet kerajaan baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri ke8, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah menyaksikan Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan semula dan diterajui oleh YB. Dato’ Dr Noraini Ahmad yang memegang portfolio sebagai Menteri Pengajian Tinggi. YAB Perdana Menteri juga turut melantik YB Dato’ Dr Mansor Othman sebagai TImbalan Menteri Pengajian Tinggi. Selaras dengan itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menjalankan program outreach ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Pantai Timur yang bertujuan untuk mendengar secara langsung hasrat dan aspirasi kakitangan, pensyarah serta
pelajar tentang perkara-perkara yang boleh ditambah baik oleh pihak KPT. Kunjungan ke UMT berlangsung pada 25 Jun 2020 dan merupakan siri kedua selepas UMP. Dalam ucapan beliau, Dato’ Dr. Noraini memperkatakan tentang cabaran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam tempoh PKP, beliau mengakui kesukaran mendapatkan akses internet bagi pelajar yang tinggal di pendalaman. Justeru, pendigitalan pendidikan tinggi perlu dilaksanakan dengan lebih terperinci dengan mengambil kira cabaran-cabaran yang dihadapi oleh setiap IPT. Tambahnya lagi, terdapat keperluan untuk menaik taraf infrastruktur dan infostruktur di
Infokus September 2020
universiti awam seperti pencapaian internet, liputan WIFI serta keperluan peranti mudah alih untuk membantu proses PdP dalam talian agar berjalan lebih lancar.
kunjungan ini serta meneliti pandangan dari pelbagai pihak dalam membuat keputusan penting dalam isu penggabungan UMT dan UniSZA.
Turut disentuh berkenaan keputusan penggabungan UMT dan UniSZA yang menjadi agenda utama beliau selepas pelantikan sebagai Menteri. Beliau mengharapkan keputusan untuk tidak meneruskan penggabungan ini dapat meneruskan aspirasi menjadikan UMT sebagai universiti berfokus kepada sumber akuatik dan hidupan marin serta menjadi rujukan serantau.
Tambahnya UMT sentiasa memberi idea, saranan dan maklum balas positif dalam semua isu yang dibincangkan berkaitan pendidikan pasca pandemik COVID-19. Malah kehadiran 92 peratus pelajar kuliah dalam talian memperlihatkan kejayaan membanggakan UMT dalam aktiviti PdP.
Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar dalam ucapannya pula amat berterima kasih di atas kesudian dan peluang yang diberikan kepada pihak UMT melalui
Turut hadir dalam sesi ini ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UMT (LPU), Tan Sri Dato Sri’ Shamsul Azhar Abbas, dan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Prof. Dato’ Seri Dr Mustafa Ishak.
5
6
FOKUS
Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Perkasa Inisiatif Keusahawanan
oleh:
S
Mohd Afifullah Ahmad Penerbit UMT
etelah menerima kunjungan daripada Menteri Pengajian Tinggi, UMT sekali lagi menjadi destinasi lawatan kerja oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Dr Mansor Othman pada 6 Julai 2020. Siri lawatan kerja selama lima hari yang bermula di Pahang, Kelantan dan berakhir di Terengganu ini bertujuan untuk melihat dan
memperkasakan inisiatif keusahawanan di Institusi Pengajian Tinggi Zon Pantai Timur. “Agenda ini selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20152025 (Pendidikan Tinggi), untuk menyemai minda keusahawanan ke dalam seluruh sistem pendidikan tinggi dan mewujudkan sistem pendidikan yang mampu melahirkan graduan
Infokus September 2020
bercirikan keusahawanan dan menjadi penjana pekerjaan, serta memastikan kemampanan kewangan Institusi pendidikan Tinggi (IPT) Negara”, ujar beliau dalam ucapannya. Tambahnya, kesan wabak COVID-19 yang melanda dunia bukan suatu perkara yang mudah bagi usahawan untuk terus bertahan dalam dunia perniagaan. Namun begitu, ilmu dan maklumat perlu dikuasai oleh usahawan bagi menangani masalah ini. “Sikap tidak mengenal erti jemu dan putus asa seharusnya disemai di dalam diri setiap individu yang bergelar usahawan agar terus berjaya menempatkan para usahawan Malaysia berada di peringkat global.” “Semangat seperti ini juga seharusnya ada dalam diri graduan serta perlu mengubah minda untuk menjadi seorang yang mencipta kerja dan tidak bergantung untuk makan gaji semata-mata”, ujar beliau lagi. Dalam lawatan ini juga Dato’ Dr. Mansor turut melawat Projek Cendawan Tiram UMT yang diusahakan oleh komuniti ibu tunggal serta rakan industri bersama-sama 15 orang pelajar. Sementara itu Naib Canselor UMT, Profesor Dato` Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, dalam ucapannya berkata pendidikan usahawan telah
berlaku secara menyeluruh di UMT melalui ekosistem keusahawanan yang terdapat di UMT. “Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UMT sentiasa membantu dalam melaksanakan program berbentuk keusahawanan serta kerjaya.” “Selain itu juga, Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PIJI) turut memainkan peranan dalam membantu pensyarah, pelajar serta komuniti dengan mengadakan pelbagai program bersama rakan industri.” “UMT telah melaksanakan pelbagai program keusahawanan kepada pelajar melalui Pusat Keusahawanan dan Kerjaya HEPA dalam usaha melahirkan graduan bercirikan keusahawanan unggul dan meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan.” Beliau berkata berdasarkan statistik pada tahun 2019, sebanyak 10 peratus daripada graduan universiti itu telah berjaya menjadi usahawan dalam pelbagai bidang dan angka itu sangat membanggakan kerana melepasi sasaran kebangsaan iaitu enam peratus. UMT menyambut baik usaha dan hasrat kerajaan dalam menjadikan keusahawanan sebagai opsyen kerjaya selepas tamat pengajian. Seterusnya dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan.
7
8
FOKUS
AKUATROP
Teruskan Usaha Pemuliharaan dan Peningkatan Stok Populasi Udang di Terengganu oleh:
Mhd Ikhwanuddin Abdullah, Liew Hon Jung, Suhairi Mazelan, Mohd Sabri Muda, Wahidah Wahab Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan
D
alam usaha menjadikan Udang Galah sebagai Permata Biru di sungai-sungai utama di Terengganu, Institut Akuakultur
Tropika dan Perikanan (AKUATROP) terus komited menjalankan program pelepasan benih udang di sungai-sungai utama Terengganu.
Ekspedisi ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang dirangka di bawah Projek Translasional Program Pelepasan Benih Bagi Pemuliharaan Dan Peningkatan Stok Populasi Udang Galah di Terengganu yang diketuai oleh Prof. Dr. Mhd. Ikhwanuddin Abdullah.
Infokus September 2020
9
2
1
1.
Sebanyak 5 stesen kajian telah ditetapkan untuk Projek Penyelidikan Translasional UMT: Pelepasan Benih Bagi Pemuliharaan dan Peningkatan Stok Populasi Udang Galah di Terengganu.
2.
Pada 17 Mac 2020, sebanyak 75,000 anak benih udang galah telah dilepaskan di Sungai Nyatoh, Setiu menjadikan jumlah anak benih udang galah yang telah dilepaskan oleh AKUTROP di Sungai Setiu adalah sebnyak 244,000 ekor.
3.
Prof. Dr. Mhd. Ikhwanuddin amat menitik beratkan aspek keselamatan semasa ekspedisi berlangsung terutamanya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan.
4.
Memancing adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan sampel udang galah dari Sungai Nyatoh, Setiu.
3
4
10
FOKUS
Pada 19 hingga 23 Julai 2020, Ekspedisi kedua bagi program ini telah dilaksanakan bagi pemantauan semula populasi udang galah di Sungai Nyatoh, Setiu selepas beberapa siri aktiviti pelepasan anak benih berpenanda biologi dilakukan oleh AKUATROP. Ekspedisi kali ini melibatkan lebih 30 orang staf profesional dan sokongan yang menjalankan kajian berdasarkan bidang tujahan masing-masing. Untuk rekod, sebanyak 404,000 anak benih udang galah telah dilepaskan di Sungai Nyatoh melalui 6 siri program pelepasan. AKUATROP mensasarkan untuk melepaskan 1 juta benih udang galah dalam tempoh dua tahun projek ini dijalankan. Pengarah AKUATROP selaku ketua projek amat menitik beratkan aspek keselamatan semasa kerja-kerja persampelan dilakukan apatah
lagi ekspedisi pada kali ini dijalankan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Beliau sendiri telah memberikan taklimat keselamatan di mana semua staf disarankan agar mematuhi SOP PKPP sepanjang ekspedisi berlangsung. Antaranya ialah urus setia diminta menyediakan pelitup muka, pensanitasi tangan, pengimbas suhu dan buku rekod kehadiran di pos ekspedisi serta bilangan individu dihadkan daripada enam orang kepada empat orang sahaja bagi setiap bot persampelan. Selain itu, taklimat keselamatan persampelan di air juga turut dilakukan berserta saranan agar sistem perekodan staf yang terlibat dengan aktiviti air direkodkan dengan lebih sistematik. Hasil daripada penyampelan yang telah dilakukan selama 5 hari, sebanyak 165 ekor
Infokus September 2020
5 sampel udang galah pelbagai saiz telah berjaya ditangkap untuk tujuan perekodan, kajian morfometrik, kajian kehadiran penyakit, kajian pemakanan serta genetik. Selain sampel udang galah, sampel air dan parameter fizikal sungai juga diambil dari beberapa lokasi untuk mengkaji lebih lanjut habitat semula jadi udang galah mengikut peringkat kematangan. AKUATROP berazam menjadi peneraju utama dalam usaha pemuliharaan dan peningkatan stok populasi udang galah secara sistematik di Malaysia selari dengan usaha mengejar penarafan Higher Institution Centres of Excellence (HICOE) 2020 dibawah tema “Sustainable shellfish aquaculture for future food�. Aspirasi ini pastinya memerlukan sokongan berterusan daripada warga UMT, Kerajaan Negeri, Jabatan Perikanan dan masyarakat setempat.
6 7
11
5.
Antara sampel udang galah (Macrobrachium rosenbergii) yang berjaya ditangkap di Sungai Nyatoh, Setiu.
6.
Sampel udang galah yang telah dijangkiti parasit Bopyrid isopod, Probopyrus buitendijki.
7.
En. Ahmad Shuhaimi dan Pn. Wahidah sedang menyuntik larutan pengawet terhadap sampel udang galah sebelum kerjakerja histologi dapat dilakukan di Makmal Penyelidikan AKUATROP.
12
FOKUS
Promosi Berterusan Tingkat Enrolmen Asasi STEM oleh:
Prof Madya Dr. Laili Che Rose Pusat Asasi STEM
1
P
usat Asasi STEM (PASTEM) mencatat sejarah tersendiri dengan menyaksikan enrolmen pelajar meningkat sebanyak 140% daripada tahun sebelumnya dengan 250
dikenali dalam kalangan murid sekolah hasil promosi yang dijalankan di peringkat negeri dan juga kebangsaan.
orang pelajar mendaftar bagi sesi 2020/2021 pada 5 Julai 2020 lalu.
baharu diperkenalkan di mana pendaftaran pelajar diadakan secara atas talian. Perancangan rapi telah dibuat oleh pihak UMT umumnya dan PASTEM khususnya untuk memastikan kesemua
Pertambahan bilangan pelajar ini menunjukkan bahawa program asasi STEM mula
Ekoran pandemic COVID-19, budaya norma
Infokus September 2020
2 pelajar yang menerima tawaran program Asasi STEM dapat melakukan pendaftaran dan seterusnya dapat mengikuti Minggu Jalinan Mesra (MJM) yang diadakan pada 5 hingga 8 Julai 2020. MJM berjaya dijalankan secara dalam talian sepenuhnya manakala Majlis Bacaan Ikrar buat pertama kalinya dijalankan secara bersemuka dan atas talian. “Pihak UMT juga memandang serius berkenaan khidmat sokongan kepada pelajar bagi menghadapi pembelajaran dalam era norma baharu ini. Oleh yang demikian, kami di UMT telah melancarkan inisiatif sokongan akademik seperti khidmat e-kaunseling, sistem mentor mentee dan lain-lain dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang baik di UMT ini”, ujar Naib Canselor dalam ucapannya.
13 13
3 “Saudara saudari juga perlu lebih terbuka dan cepat menyesuaikan diri dengan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian (PdP Online) termasuk kuliah, tutorial, tugasan, pembentangan dan peperiksaan akhir yang diadakan secara dalam talian sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini. PdP yang memerlukan aktiviti bersemuka ditangguhkan dan digantikan dengan tugasan lain yang bersesuaian”, tambah beliau lagi. Bermula pada 3 hingga 8 Ogos, pelajar program Asasi STEM telah dibenarkan untuk memasuki kampus secara berperingkat mengikut zon masing-masing dengan berpandukan SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dengan pelaksanaan SOP yang ketat oleh pihak UMT, serta kepercayaan dan keyakinan para ibu bapa, diharapkan pelajar Asasi STEM dapat belajar dalam keadaan yang sistematik, kondusif, sihat dan selamat.
1.
Naib Canselor UMT bersama dengan wakil pelajar baharu Program Asasi STEM sesi 2020/2021, saudara Wan Hafiz, yang menjadi wakil pelajar baharu dalam sesi pembacaan ikrar secara maya.
2.
UMT mencatat sejarah tersendiri apabila Majlis Ikrar bagi pelajar baharu sesi 2020/2021 dijalankan secara hybrid.
3.
Pengarah Asasi STEM UMT, PM Dr Laili Che Rose bersama pelajar baharu Program Asasi STEM Sesi 2020/2021 yang mendaftar secara dalam talian.
14
FOKUS
Kad Debit RHB Islamic Sokong Ocean Hope UMT Pulihara Lautan
oleh:
Dr. Maizah Mohd Abdullah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin
1
K
erjasama antara UMT dan rakan korporat RHB Islamic Bank Berhad diperkukuhkan lagi dengan keluaran kad debit edisi istimewa dilancarkan pada Julai 2020. Kad debit ini diperbuat daripada bahan plastik kitar semula, sebagai manifestasi komitmen daripada RHB Islamic Bank Berhad untuk menyumbang kepada kelestarian lautan. Sebagai entiti dari sektor perbankan, RHB Islamic Bank Berhad mengambil inisiatif bekerjasama dengan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa WWF dan UMT.
Edisi pertama kad debit ini menampilkan spesis penyu iaitu Chelonia mydas, sebagai ikon haiwan marin yang sering mendapat kesan langsung daripada pencemaran bahan plastik. Dengan setiap penjualan kad ini, sebanyak RM3 akan disalurkan kepada UMT bagi menyokong aktiviti kajian dan pemuliharaan lautan melalui projek Ocean Hope. Pengguna kad juga boleh menyumbang sehingga 100 peratus dari kadar keuntungan (profit rate) atau “Hibah� kepada projek Ocean Hope UMT.
Infokus September 2020
2
3
Inisiatif murni yang pertama di Asia Pasifik ini adalah bertujuan untuk mendukung Matlamat Pembangunan Mapan (SDG 14: Kehidupan Dalam Air) dan SDG 17 (Kerjasama Demi Matlamat) yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) pada 2015 untuk dicapai pada tahun 2030. Melalui dana yang terkumpul dari sumbangan ini, lebih banyak usaha dan program advokasi kelestarian lautan boleh dianjurkan oleh Program Ocean Hope yang bernaung di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM).
Menurut dekan FSSM, Prof. Madya Dr. Marinah Mohd Ariffin, penghargaan diberikan kepada semua pelajar yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dari awal kempen Ocean Hope dijalankan khususnya pelajar Sarjana Muda Sains (Biologi Marin). “Ini merupakan satu contoh bahawa setiap program yang dijalankan dengan gigih mampu memberikan impak kepada masyarakat dan negara�, kata beliau.
1.
Kad debit pertama di Asia Pasifik yang diperbuat dari bahan plastik kitar semula. Setiap jualan kad akan menyumbang RM3 kepada Ocean Hope UMT.
2.
Program Ocean Hope yang dianjurkan oleh Kelab Marina UMT iaitu program menjelajah ke sekolah-sekolah terpilih.
3.
Sekitar majlis menandatangani LOI dan MOU antara UMT dan RHB Islamic Bank Berhad.
15
16
FOKUS
1
AKUATROP
Lonjak Industri Ikan Hiasan Marin
S
oleh: Liew Hon Jung, Suhairi Mazelan, Sabri Muda, Zaidi Ibrahim Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan
ejak awal penubuhannya pada tahun 2004, AKUATROP giat menjalankan kajian penambahbaikan bagi kaedah pembiakan, penetasan dan peningkatan kualiti anak benih ikan hiasan marin seperti False Clownfish (Amphiprion ocellaris) dan Tomato Clownfish (Amphiprion frenatus). Kini, AKUATROP optimis dalam merintis penyelidikan ke arah penyelesaian keperluan industri dengan mengenal pasti spesies tempatan yang mendapat permintaan tinggi di pasaran. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber-sumber liar bagi mengekalkan kelestarian ikan hiasan marin tempatan termasuk spesies terumbu karang yang menyumbang kepada kestabilan ekosistem marin. Usaha-usaha mengenal pasti spesies ini dilaksanakan menerusi tinjauan dan temu bual bersama pemain industri akuakultur. Proses pembiakan bagi spesies-spesies ini juga telah
dilaksanakan hasil pengalaman, kepakaran serta kemudahan yang tersedia di AKUATROP. Di bawah seliaan Dr. Liew Hon Jung, AKUATROP kini giat menjalankan kajian kaedah pembiakan pelbagai spesies ikan hiasan marin seperti Maroon Clownfish (Premnas biaculeatus), spesies udang terumbu karang Scarlet Skunk Cleaner Shrimp (Lysmata amboinensis) dan Fire Shrimp (Lysmata debelius). Keunikan udang terumbu karang ini bukan sahaja popular sebagai udang hiasan kerana warnanya yang terang dan menarik, tetapi juga kerana peranannya dalam ekosistem akuarium marin sebagai ‘doktor udang’ untuk merawat ikan-ikan yang dijangkiti parasit luar. Kajian seumpama ini secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada AKUATROP dalam mewujudkan jaringan kerjasama bersama rakan industri bukan sahaja dalam bentuk pembangunan dan penyelidikan malah ke arah pengkomersialan.
Infokus September 2020 2a
2b
3c
3d
4e
4f
5
1.
Maroon clownfish (Premnas biaculeatus) adalah sebahagian daripada spesies tempatan yang sedang giat dibiakkan di Makmal Pembiakan Ikan Hiasan Marin AKUATROP.
2.
Mempunyai warna yang menarik serta berfungsi sebagai ‘doktor udang’ menyebabkan udang-udang terumbu karang kian mendapat permintaan tinggi di pasaran, a. Scarlet Skunk Cleaner Shrimp (Lysmata amboinensis) dan b. fire shrimp (Lysmata debelius).
3.
Tomato clownfish (Amphiprion frenatus) adalah antara spesies yang telah berjaya dibiakkan di Makmal Pembiakan Ikan Hiasan Marin AKUATROP, c. Induk ikan tomato clownfish, besar adalah induk betina dan
kecil adalah induk jantan. d. Sebahagian daripada anakanak ikan tomato clownfish yang telah dibiakkan di AKUATROP. 4.
Sebahagian induk Ikan Anemone, (e.) false clownfish (Amphiprion ocellaris) dan (f.) Pink skunk (Amphiprion perideraion) yang terdapat di Makmal Pembiakan Ikan Hiasan Marin AKUATROP.
5.
Makmal Pembiakan Ikan Hiasan Marin AKUATROP yang sering menjadi tumpuan pelawat semasa membuat lawatan rasmi ke UMT.
17
18
FOKUS
UMT Kongsi Inovasi Demi Tingkat Hasil Petani
oleh: Prof. Madya Dr. Wahizatul Afzan Azmi, Mohd Firdaus Mohd Hatta, Dr. Nurul Faziha Ibrahim, Dr. Wan Zaliha Wan Sembok Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Fakulti Perikanan dan Sains Makanan
I
novasi kreatif dalam kalangan para penyelidik universiti adalah anugerah yang tidak ternilai yang perlu dicanai untuk memberi impak yang lebih besar kepada golongan yang memerlukan terutamanya masyarakat yang berpendapatan rendah. Melalui program pemindahan ilmu ‘AgroTrigonaPreneur: Improving and Generating High Income of Smallholder Farmers for a Sustainable Agri-business’, sekumpulan penyelidik UMT telah berjaya merealisasikan penggunaan beberapa inovasi kreatif kepada para pengusaha tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di TKPM Peradong, Manir, Kuala Terengganu.
Inovasi kreatif ini tidak akan mampu diterjemahkan kepada golongan petani sekiranya tiada bantuan kewangan yang kukuh. Sumber dana daripada Skim Pembelajaran Sepanjang Hayat Pelan “Rolling” Ke 4 (2018) sebanyak RM57,000 telah melonjak semangat kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Wahizatul Afzan Azmi, pensyarah dari Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) untuk memindahkan inovasi kreatifnya. Antara inovasi yang telah berjaya memberi impak positif kepada golongan petani adalah penggunaan lebah kelulut sebagai agen
Infokus September 2020
pendebungaan tanaman seperti Melon Manis Terengganu, timun, rock melon dan sebagainya. Dianggarkan sebanyak 500 spesies lebah kelulut yang terdapat di seluruh dunia dengan 80 spesies dapat ditemui di Malaysia dan hanya 10 spesies yang mampu memberi pulangan hasil melalui penghasilan madu. Namun, inovasi lebah kelulut sebagai agen pendebungaan ini lebih bermakna bagi para pengusaha MMT berbanding madu kelulut. Pokok MMT mempunyai bunga jantan dan betina yang berasingan pada pokok yang sama. Sekiranya tiada pendebungaan dilakukan, buah tidak akan terhasil. Oleh itu,
19
20
FOKUS para petani terpaksa membuat pendebungaan berbantu secara manual menggunakan tangan yang memerlukan masa yang lama dan tenaga buruh yang ramai. Inovasi ini telah membantu para petani dalam proses pendebungaan melalui lebah kelulut sekali gus menjimatkan masa dan mengurangkan kos tenaga buruh. Di samping itu, hasil buah MMT yang didebungakan oleh lebah kelulut lebih tinggi kualitinya dari segi rasa dan tekstur. Selain lebah kelulut sebagai agen pendebungaan yang menjadi fokus utama dalam meningkatkan pendapatan golongan petani, inovasi penggunaan baja bio dan media tanaman yang baharu serta garam organik untuk kawalan penyakit dan perosak tanaman turut dipindahkan. Seramai 50 orang ahli Koperasi Melon Manis Terengganu (KOPMET) yang mempunyai kapasiti tanaman MMT secara fertigasi sebanyak 6000 polibeg telah dibantu melalui pemberian 12 koloni lebah kelulut, pemberian 2 tong pembuatan media tanaman (biochar) dan garam
organik. Menurut Presiden KOPMET, Tengku Norulhuda Tengku Muhammad, penggunaan Lebah Kelulut sebagai agen pendebungaan telah mengurangkan kos buruh yang perlu ditanggung sebanyak 30 peratus di samping menjimatkan masa. Beliau menambah, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan dengan menggunakan pelbagai spesies lebah kelulut bagi meningkatkan kualiti buah MMT’. Selain itu, para pengusaha juga teruja dengan inovasi baharu - baja bio dan media tanaman iaitu biowalit (sisa najis burung walit yang dibakar menggunakan teknik pyrolysis dan dicampur dengan mikro tanah berguna, mikoriza) dan biochar (pelbagai sisa bahan pertanian yang dibakar hingga menjadi arang hitam). Penggunaan media tanaman baharu ini mampu mengurangkan 30 peratus kos sabut kelapa yang digunakan sekarang. Tambahan pula, ianya mampu meningkatkan hasil tanaman melalui keupayaan biochar memegang air dan baja yang dibekalkan. Inovasi kreatif ini adalah hasil kajian Dr. Wan Zaliha Wan Sembok bersama para pelajarnya.
Infokus September 2020
Kini, beliau sedang berusaha memasarkan hasil kreativitinya dengan jenama MagiChar dan Biowalit. Satu lagi penemuan kreatif yang telah diterjemahkan kepada para pengusaha tanaman MMT adalah garam organik yang mampu mengawal perosak dan penyakit tanaman seperti kulat downy / kulapuk downy yang sentiasa menyerang tanaman. Para pengusaha teruja kerana bahannya adalah organik dan tidak merosakkan tanaman serta mampu mengawal penyakit. Produk ini adalah hasil inovasi Dr. Nurul Faziha Ibrahim yang bernaung di bawah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan. Projek-projek pemindahan ilmu ini juga telah melahirkan 20 orang pelajar sebagai ‘Training
of Trainer’ yang mampu menyampaikan ilmu tentang pendebungaan lebah kelulut, pembuatan baja bio dan kawalan penyakit tanaman khasnya MMT. Mereka ini adalah pelajar tahun 3 daripada dua program pengajian iaitu Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman) dan Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepastuai). kerjasama antara Universiti dan Industri yang wujud menerusi program jelas menguntungkan kedua-dua belah pihak. Komuniti dapat meningkatkan hasil tanaman dan pendapatan manakala universiti mampu merangsang kebolehpasaran para graduan, memperbaiki struktur kurikulum berdasarkan keperluan industri dan juga merancakkan kajian penyelidikan.
21
22
FOKUS
Penerbit UMT
Anjur Bengkel Penerbitan Secara Atas Talian oleh: Nor Hafizah Arifin Penerbit UMT
M
eskipun negara belum reda dengan wabak pandemik COVID-19, ia bukan penghalang untuk kita tidak menimba pengetahuan. Penerbit UMT terus komited menganjurkan Bengkel Pemindahan Tesis ke Buku dan Bengkel Penulisan Monograf secara atas talian menerusi aplikasi Webex. Bengkel berlangsung pada 21 dan 22 Julai 2020 bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bagi setiap sesi.
UMT bertujuan untuk memberi pendedahan, memupuk minat dan membantu mereka dalam menerbitkan hasil tesis ke buku dan menerbitkan monograf di Penerbit UMT.
Penerbit UMT telah menjemput Prof. Madya Dr. Hamedi bin Mohd Adnan, pensyarah daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya sebagai penceramah. Bengkel ini terbuka kepada semua warga akademik dan sokongan akademik
tesis ke buku dan diharapkan agar perkongsian ilmu yang diperoleh ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam menghasilkan manuskrip yang bermutu.
Sambutan yang diterima daripada warga UMT sangat menggalakkan dengan keseluruhan penyertaan seramai 58 orang peserta bagi keduadua bengkel tersebut. Para peserta menunjukkan minat yang memberangsangkan dalam menghasilkan monograf dan kaedah pemindahan
Infokus September 2020
23
24
FOKUS
PASTEM
Hasilkan Kit Pengajaran Sains dan Matematik oleh: Prof. Madya Dr. Lailli Che Rose Dr. Noraifaa Abdullah Sani Pusat Asasi STEM
1
P
endidikan STEM pada abad ke 21 adalah satu bidang penting dalam menghadapi dan menyelesaikan cabaran global yang semakin hebat dan canggih khususnya dalam mendepani cabaran revolusi Industri 4.0. Generasi masa hadapan perlu dibantu dengan persiapan ilmu pengetahuan dan kemahiran sesuai dengan peredaran zaman. Bagi memastikan agar negara tidak ketandusan kepakaran dalam bidang STEM, UMT melalui Pusat Asasi STEM (PASTEM) telah menganjurkan Program Mentor Mentee STEM 2020 menerusi kerjasama oleh National STEM Movement dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta dikelolakan oleh UM STEM Center. Program Mentor Mentee 2020 peringkat UMT telah dilancarkan pada 4 Ogos 2020 oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Nor Aieni Mokhtar.
2
Turut dilancarkan dalam majlis itu ialah 2 kit yang mengetengahkan konsep pembelajaran berasaskan permainan. Kit ini berfungsi sebagai alat bantu mengajar dan mampu meningkatkan penguasaan ilmu dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) khususnya subjek Matematik dan Sains. Kit ini direka khas bersesuaian dengan silibus Matematik dan Sains di sekolah dan mengkhususkan kepada topik tertentu.
Infokus September 2020
Kit ini adalah hasil inovasi 2 orang pensyarah PASTEM iaitu Cik Mimi Syazwani Suhaimi, Cik Salihah Tan Shilan dan seorang pelajar Asasi STEM iaitu saudara Afwan Haziq Hairolkahar. Ketua projek, Prof. Madya Dr. Lailli Che Rose merancang agar kit ini dipatenkan di bawah produk ciptaan PASTEM. Naib Canselor dalam ucapan perasmian mencadangkan agar PASTEM bergiat cergas mengeluarkan lebih banyak produk-produk hasil inovasi yang boleh dikomersialkan sekaligus memenuhi tuntutan sosial universiti. Tambahan pula, pemindahan ilmu antara fasililator dengan
mentor dan sekolah serta mentee dapat memupuk minat dan mentransformasi PdP bersesuaian dengan gaya norma baharu. Majlis ini dibuat secara hibrid iaitu bersemuka dan secara atas talian dengan dihadiri oleh pengetua, wakil guru dan pelajar SMK Kompleks Gong Badak yang merupakan sekolah angkat bagi Program Mentor Mentee ini. Turut hadir secara atas talian ialah Pengerusi National STEM Movement, Prof. Dato’ Dr, Noraini Idris dan Koordinator Projek Mentor Mentee STEM MOSTI, Ir. Dr. Mas Sahidayana Mokhtar.
25
1.
Naib Canselor UMT melancarkan Program Mentor Mentee STEM 2020
2.
Pengerusi National STEM Movement, Y.Bhg Profesor Dato’ Dr, Noraini Idris turut hadir secara atas talian
26
PENYELIDIKAN
Pi-ENVEX 2020
UMT Gondol Empat Emas dan Anugerah Khas oleh:
Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum
U
MT telah berjaya memenangi 4 pingat emas, 6 perak dan 3 gangsa dalam pertandingan Perlis International Engineering Invention & Innovation Exhibition 2020 (Pi-ENVEX 2020) yang telah berlangsung pada 18 hingga 20 Mei 2020 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Pertandingan diadakan secara maya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan wabak COVID-19 yang melanda di seluruh dunia.
Lebih membanggakan, UMT turut memenangi satu anugerah Khas Inovasi Creative Invention Awards yang diketuai oleh Ts. Dr. Shahrul Ismail daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik(FTKKI) bersama kumpulan pelajar yang terlibat. Menurut Nurqistina Izzati Kamarulzaman, pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) FTKKI yang turut terlibat dalam kumpulan tersebut berkata, projek yang
Infokus September 2020
dinamakan Methanator-Advance Pilot Plant Anaerobic Digester merupakan projek penyediaan mesin pencernaan anaerobik (tanpa oksigen) yang telah diinovasikan bersama panel solar dan penentu masa. Sisa organik ditukarkan kepada biogas yang bermanfaat contohnya gas methana yang boleh digunakan sebagai gas memasak ataupun penjanaan elektrik. Ia berkonsepkan mesra alam dan menjimatkan kos di mana dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembuangan bahan sisa sampah. Dr Izan Jaafar, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum (PPHK), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) berkata, pihaknya telah diberikan tanggungjawab untuk menyelaras 11 penyertaan melibatkan pelajar UMT ke Pi-ENVEX 2020 melalui Dana Khas Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran.
27
28
FOKUS
Wacana Antarabangsa PISM
Kupas Keindahan Manuskrip Al-Quran Emas oleh:
Mohamad Nuraidil Zakaria Penerbit UMT
A
bdullah Munsyi dalam pelayarannya ke Kelantan pada tahun 1838 telah menyatakan bahawa Mushaf Al-Quran yang dihasilkan di Terengganu merupakan naskhah yang terindah dan ia pernah menjadi sebutan dan dihajati oleh para raja sekitar Alam Melayu. Ini menunjukkan kearifan masyarakat Terengganu dalam seni halus suatu masa dahulu pernah mencapai peringkat yang tinggi.
Infokus September 2020
Bagi menghargai seni dan warisan yang tidak ternilai ini, Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu telah menganjurkan Soft Book Launch & Wacana Antarabangsa Manuskrip Al-Quran Emas Warisan Kesultanan Terengganu pada 14 Jun 2020. Program ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar. Penganjuran program ini yang diadakan secara atas talian menerusi aplikasi Cisco Webex turut dipancarkan secara langsung kepada umum menerusi Facebook live dan dan YouTube Live. Wacana ini melibatkan enam orang pembentang yang mahir dalam bidang masingmasing antaranya Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Ketua Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (ATMA UKM) yang menyampaikan pembentangan tentang “Seni Penjilidan al-Quran Emas Pantai Timur”. Pembentang kedua adalah Dr. Ali Akbar dari Bayt al-Quran & Museum Istiqlal, Jakarta Indonesia, dengan fokus utama beliau bertajuk “Beberapa Catatan tentang Mushaf Terengganu”. Program wacana diteruskan lagi dengan pembentangan Prof. Adjung Norhaiza Noordin, Adiguru Ukiran Kayu Malaysia selaku pembentang ketiga yang membentangkan kertas
kerja yang bertajuk “Motif Alam Melayu di Dalam Seni Persuratan dan Seni Iluminasi Al-Quran Terengganu”. “Sumbangan Kesultanan Terengganu dalam Perkembangan Syiar Islam” menjadi tajuk pembentangan oleh pembentang keempat, Encik Adly Izmal Karim, Pakar Arkib, Bahagian Perkhidmatan Am, Abu Dhabi. Dr. Kemudian pembentangan diteruskan oleh Dr. Riswadi Azmi selaku pembentang kelima dengan tajuk “Selayang Pandang Buku: Manuskrip Al-Quran Emas , Warisan Kesultanan Terengganu”. Sebagai penutup bagi wacana ini, rakaman video pembentangan oleh Datuk Dr. Annabelle Teh Gallop, Ketua Seksyen Asia Tenggara, British Library, London dipertontonkan. Beliau berkongsi pengetahuan berkenaan mushaf yang dihasilkan sekitar Alam Melayu termasuklah mushaf Kesultanan Terengganu yang diakui sebagai antara yang terindah. Wacana yang berlangsung selama lebih dari tiga jam tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Ezri@Asri Abd. Rahman, Dekan Institut Al-Quran Terengganu. Manuskrip Warisan Al-Quran Emas Warisan Kesultanan Terengganu merupakan buku yang dihasilkan oleh Dr. Riswadi Azmi berdasarkan kajian PhD beliau dan diterbitkan oleh Penerbit UMT.
29
30
FOKUS
KEMBARA CAKNA ASNAF Bantu Harungi Pasca
COVID-19 oleh:
Faizah Ismail Mohd Safiuddin Sulong Pusat Islam Sultan Mahmud
D
engan mengekalkan tema fastabiqulkhairat, iaitu berlumba-lumba membuat kebaikan, pada tahun ini sekali lagi Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) telah membuka ruang kepada warga UMT dan orang ramai untuk bersedekah. Sebanyak RM32,474.00 sumbangan diterima untuk agihan beras kepada asnaf fakir dan miskin bagi meneruskan kelangsungan hidup pasca COVID-19. Dengan sumbangan yang menggalakkan ini, PISM telah mengadakan 3 fasa agihan iaitu fasa
pertama pada 19 Mei 2020, fasa kedua pada 28 Jun 2020 dan seterusnya pada 23 Julai 2020 untuk fasa ketiga. Pada fasa pertama, Sebanyak 210 pek beras telah diagihkan kepada asnaf pekerja pembersihan dalaman UMT. Satu majlis ringkas telah diadakan di serambi masjid UMT dengan mematuhi protokol pengendalian majlis yang telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua PISM, Dr Riswadi Azmi.
Infokus September 2020
Pada fasa kedua agihan, PISM mendapat kerjasama penuh daripada empat persatuan kakitangan UMT iaitu PERENTAS, PASAK, KUAT dan MUTIARA. Sebanyak 500 pek beras disalurkan di empat lokasi agihan yang telah dikenal pasti miskin iaitu Kampung Tualang, Manir, Kampung Tok Jembal, Kampung Tanjung Gelam/Pak Tuyu dan penyaluran kepada peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Batu Rakit. Pelepasan Kembara Cakna Asnaf Pasca COVID-19 telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr Nor Aieni Haji Mokhtar.
Keperitan anak-anak yatim dan jerih yang ditanggung oleh fakir miskin disantuni oleh pihak PISM dalam fasa ketiga sumbangan. Fasa kali ini menumpukan pusat-pusat kebajikan terpilih iaitu Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim dan Fakir Miskin Darul Akhyar, Asrama PERKAYA Manir, Kampung Beladau Kolam, Asrama PERKAYA Pulau Kerengga, Perkampungan Taman Rahmat, Marang dan Asrama Anak Yatim Darul Falah, Bukit Payung. Sebanyak 500 pek sumbangan beras telah disalurkan kepada lima pusat kebajikan tersebut.
31
32
FOKUS
Forum Perkhidmatan Akuakultur
ke Pentas Antarabangsa oleh:
Marina Hassan, Mhd Ikhwanuddin Abdullah, Rabi Atun Adawiah Abdullah, Suhairi Mazelan, Ahmad Najmi Ishak Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan
1
F
orum Perkhidmatan Akuakultur atau lebih dikenali sebagai FORAS merupakan forum dalam talian yang dianjurkan secara percuma oleh Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP), UMT. FORAS mula berlangsung pada 12 April 2020, yang diadakan pada setiap hari Ahad dan Selasa pada setiap minggu bagi tempoh satu jam bermula dari pukul 10.00 sehingga 11.00 pagi di aplikasi Cisco Webex. Program ini merupakan cetusan idea daripada Pengarah AKUATROP, Prof. Dr. Mhd Ikhwanuddin Abdullah dan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Marina Hassan. FORAS memfokuskan kepada empat tema program penyelidikan yang dijalankan di AKUATROP iaitu Program Teknologi Pembiakbakaan yang dipimpin oleh Prof. Dr. Abol Munafi Ambok Bolong, Program Teknologi Ternakan Hijau yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nor Azman Kasan, Program Kelestarian
Sumber yang diketuai oleh Pn. Norainy Mohd Husin dan Prof. Madya Dr. Marina binti Hassan selaku penyelia bagi Program Kesihatan Ikan. FORAS menjadi platform perkongsian pengetahuan dan teknologi akuakultur serta membantu pemegang taruh dalam industri perikanan dan akuakultur khususnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Untuk itu, AKUATROP telah mengumpulkan pakar-pakar daripada agensi kerajaan dan swasta untuk membincangkan, membimbing dan berkongsi dengan para peserta yang terdiri daripada para penternak, ahli akademik dan para pelajar tentang isu semasa serta pengetahuan dan teknologi dalam sektor akuakultur dan perikanan. FORAS pada permulaannya hanya melibatkan panel dan juga peserta dari dalam negara dari Siri 1 sehingga Siri ke-12 pada 19 Mei 2020. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan daripada komuniti akuakultur dan perikanan dari negara
Infokus September 2020
33
2
3 seberang, FORAS seterusnya dikembangkan kepada panel dan juga peserta dari Indonesia bermula 28 Jun 2020. Pendekatan ini secara tidak langsung menggalakkan kerjasama antara penyelidik AKUATROP dan Indonesia berkongsi kepakaran dan teknologi. FORAS Antarabangsa dijangka akan diteruskan sehingga ke penghujung tahun 2020.
Untuk rekod, seramai 249 orang peserta telah mendaftar sepanjang 12 siri penganjuran FORAS dengan hampir 60% peserta adalah dari kategori sasaran iaitu penternak dan wakil agensi akuakultur serta perikanan. Para peserta yang berminat mengikuti FORAS Antarabangsa seterusnya boleh mendaftar melalui aplikasi Whatsapp HELPLINE AKUATROP di talian (+6) 011-1010 8542.
1.
Poster Hebahan Forum Perkhidmatan Akuakultur atau lebih dikenali sebagai FORAS.
2.
FORAS atas talian menggunakan aplikasi Cisco Webex
3.
Data Peserta FORAS di Atas Talian Siri 1 hingga Siri 12
34
FOKUS
Pusat Alumni dan Persatuan Alumni UMT Jayakan Jerayawara bersama Alumni Staf oleh:
B
Zolarman Muhamad Pusat Alumni UMT
agi memastikan alumni terus bergerak seiring dengan universiti dalam menyumbang kembali kepakaran, Program Jerayawara Pusat Alumni dan Persatuan Alumni UMT bersama Alumni Staf Sokongan Akademik dan Staf Akademik UMT 2020 telah diadakan pada 9 dan 16 Julai 2020 bertempat di Auditorium Mahyuddin, Fakulti Pengurusan Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS).
Jerayawara ini menjadi medan terbaik menghimpunkan para alumni staf UMT yang terdiri daripada staf akademik dan sokongan akademik di samping mendapatkan idea serta pandangan bagi menjayakan Pelan Hala Tuju Alumni UMT (PEHTA) 2020-2023. Program anjuran Pusat Alumni UMT dengan kerjasama Persatuan Alumni UMT (PAUMT) ini telah berjaya mengumpulkan seramai 92 orang alumni staf.
Infokus September 2020
Pelan Hala Tuju Alumni UMT 2020 – 2023 (PEHTA 2020-2023)
Turut hadir dalam program ini, Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, Timbalan Naib Canselor HEPA dan juga Presiden Alumni UMT yang sekarang ini telah dilantik bagi mengganggotai keahlian Lembaga Pengarah Universiti. Dengan pelantikan ini diharapkan agar suara alumni UMT akan lebih didengari bagi memastikan peranan alumni dalam pembangunan universiti mendapat perhatian.
Naib Canselor dalam ucapannya menyeru agar Persatuan Alumni UMT lebih memainkan peranan dalam melaksanakan pelbagai program terutamanya dalam memastikan lebih ramai alumni industri menyumbang untuk universiti.
35
36
SOROTAN PERISTIWA
Ziarah Cakna Pejabat Pendaftar oleh:
Mohd Zulkifli Abdul Aziz Pejabat Pendaftar
1
S
eksyen Perhubungan Staf, Jabatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar dipertanggungjawabkan untuk mengadakan ziarah cakna kepada staf UMT yang menjalani rawatan di hospital atau di rumah. Ziarah cakna juga dibuat sekiranya melibatkan kematian kepada pasangan staf atau waris terdekat. Pada tahun ini sebanyak 14 ziarah cakna telah dibuat merangkumi lawatan kepada 4 keluarga staf yang meninggal dunia, 3 orang staf yang kematian pasangan dan 7 orang staf yang sedang menjalani rawatan. Staf yang meninggal dunia ialah Allahyarhamah Nor Suriyati Othman (PPAL), Allahyarhamah Faridah Musa (FPSM), Allahyarhamah Noliha Mansor (FPSM) dan Allahyarham Ahmad Fuad Ismail Ikram (PKS
Putrajaya). Semoga Allah mengampunkan dosadosa mereka dan menempatkan roh mereka di kalangan mereka yang beriman. Bantuan mengurus jenazah berjumlah RM3000.00 telah disampaikan oleh Pendaftar UMT, Tuan Haji Zukiferee Ibrahim kepada En. Mohd Fauzi Abdullah, suami Allahyarhamah Noliha Mansor di Kampung Hiliran Jejawi pada 7 Jun 2020. Selain itu, sumbangan sebanyak RM 500.00 dari Tabung Kebajikan Staf telah diberikan kepada 3 orang staf yang kematian pasangan iaitu Pn. Norlili Omar (PPPTK), Dr. Chong Ju Lian (FSSM) dan Dr. Effi Helmy Ariffin (FSSM). Warga UMT mengucapkan takziah atas kehilangan orang yang tersayang dan semoga mereka tabah menempuh dugaan ini.
Infokus September 2020
2
4 1.
Sumbangan kepada suami Gemulah Noliha Mansor
2.
Sumbangan kepada waris Gemulah Ahmad Fuad Ismail Ikram
3.
Sumbangan kepada Dr. Effi Helmy Ariffin
4.
Ziarah Staf di hospital – Encik Rosli Othman
3 Di samping itu, Seksyen Perhubungan Staf juga telah membuat ziarah cakna kepada staf yang menjalani rawatan di hospital atau sakit di rumah. Mereka ialah En. Hafizi Said (HEPA), En. Rosli bin Othman (PPPL), Prof. Madya Dr. Mazidah binti Mamat (FSSM), En. Muhammad Asmawi Jusoh (PPPTK) dan En. Jaafar Mamat (PPH). Semoga mereka yang masih menjalani
rawatan segera pulih sepenuhnya seperti sedia kala. Pejabat Pendaftar menzahirkan penghargaan terima kasih kepada staf yang telah menyumbang kepada Tabung Kebajikan Staf UMT. Pejabat Pendaftar turut menyeru agar semua warga UMT dapat terus menyumbang kepada Tabung kebajikan Staf demi kemaslahatan bersama.
37
38
SOROTAN PERISTIWA
UMT Anjur Liga e-Pelayaran oleh:
P
Noor Hidayah Mat Isa Pusat Latihan Pelayaran
1
2
usat Latihan Pelayaran (PLP), UMT dengan Kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Terengganu Wind Surfing Association (T-WinS) telah menganjurkan kejohanan UMT Terengganu E-Sailing League 2020 Siri 1 pada 12 hingga 14 Jun 2020 di platform rasmi pelayaran maya www.virtualregatta.com. E-Sailing bukanlah sekadar permainan video maya biasa tetapi ia membina keyakinan pelayar untuk berlumba, meningkatkan pemahaman undang-undang pertandingan, mempraktikkan strategi dan taktikal pertandingan serta mengeratkan hubungan di antara pelayar.
1.
2.
Majlis Perasmian kejohanan UMT Terengganu E-Sailing League 2020 Siri 1 pada 12 Jun 2020 melalui aplikasi atas talian WEBEX Kejohanan UMT Terengganu E-Sailing League 2020 Siri 1 sedang berlangsung di Makmal Sains Nautika, UMT
Dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar di aplikasi Cisco Webex, kejohanan sukan elektronik pelayaran ini adalah julung kali diadakan dan dipertandingkan di Malaysia biarpun telah lama bertapak di luar negara. Seramai 170 orang peserta telah menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada 36 peserta IPT dari 11 institusi di seluruh negara, 2 orang pelayar OKU, termasuk atlet persediaan Olimpik Road to Tokyo dan peserta luar negara dari Indonesia dan Brunei.
Kejohanan ini menyaksikan 6 kategori telah dipertandingkan iaitu Overall, Tertutup IPT, Bawah 12 tahun, 13 hingga 15 tahun, 16 hingga 21 tahun dan 22 tahun ke atas.
Infokus September 2020
RENUNGAN Solusi Kehidupan Dengan Terapi Zikir Asma’ul Husna (Siri 1) Mohd Radhi Abu Shahim Fakulti Perniagaan, Ekonomi Dan Pembangunan Sosial
Allah memiliki 99 nama yang indah atau dikenal dengan sebutan Asma-ul Husna. Nama-nama tersebut merupakan cerminan dari sifat Allah SWT terhadap hambanya. Oleh itu, apabila namanama itu kita sebut sebagai suatu permohonan, maka akan mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam hidup kita terutama dalam penyelesaian masalah kehidupan seharian. Asma’ul Husna merupakan nama-nama Allah SWT yang wajar diperkenalkan kepada setiap individu. Dengan mengenali setiap nama Allah SWT, mudah-mudahan kita akan lebih dekat dengan Pencipta kita semua. Makna Asma’ul Husna adalah nama-nama yang baik dan indah lagi mulia. Antara kelebihankelebihan memahami dan mempelajari Asma’ul Husna ialah: Mengenal Sifat dan Zat Allah SWT Manusia dikurniakan akal oleh Allah SWT untuk berfikir dan memahami hakikat kehidupan. Manusia secara fitrahnya akan sentiasa tercari-cari apakah tujuan hidupnya dan siapakah yang mencipta alam buana ini. Oleh yang demikian Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” (Adz-Dzaariyaat 51:54) Ayat di atas menjelaskan bahawa jin dan manusia hanya diciptakan untuk mengabdikan diri pada Allah SWT. Sekiranya kita memahami ayat ini dengan akal yang waras. Kita akan hanya tunduk kepada sesuatu apabila kita mengenal, mengagumi dan mencintai-Nya. Asma’ul Husna adalah nama-nama Allah SWT yang baik dan indah yang juga menggambarkan sifat-sifat Allah SWT Yang Maha Besar, Esa dan padanya tempat manusia bergantung harap. Nama-nama Allah SWT juga menunjukkan sifat-sifat-Nya seperti Maha Melihat dan Maha Mendengar. Maka dengan sifat kebesaran Allah SWT, maka semua makhluk ini hanya dapat melihat, mendengar dan hidup dengan izin dan kuasa-Nya. Semua makhluk adalah dicipta oleh Allah SWT Yang Maha Pencipta. Maka dengan mengenali nama-nama, sifat-sifat dan zat Allah SWT, akal manusia yang waras dan kesempurnaannya akan berserah dan tunduk melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya demi mengharap redanya semata-mata. Seperti pepatah melayu tak kenal maka tak cinta. Oleh yang demikian, dengan mengenal Allah SWT (Makrifatullah) maka manusia akan menghambakan diri kepada Allah SWT yang Maha Esa menuju reda-Nya (Mardhatillah).
39
40
Mengetahui Cara Berdoa Berdoa adalah manifestasi sifat kehambaan manusia kepada Allah SWT yang memiliki segala sesuatu. Kita digalakkan untuk berdoa dengan menyebut nama-nama Allah SWT yang baik mengikut kesesuaian hajat kita. Sekiranya manusia berhasrat untuk dimurahkan rezeki, maka digalakkan dengan menyebut nama Allah SWT ‘Ya Razzak’ iaitu Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Begitu juga sekiranya manusia inginkan perlindungan, maka digalakkan menyeru nama Allah ‘Ya Hafidz’ iaitu Yang Maha Melindungi. Hal ini dijelaskan dalam Firman-Nya yang bermaksud: “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu..” (Al-A’raaf 7:180) Mengetahui Cara Bermunajat Dengan Sesuatu Hajat Kita juga digalakkan untuk menyeru dan sentiasa berdoa dengan mana-mana nama Allah SWT seperti firman-Nya yang bermaksud: “Serulah nama ‘Allah’ atau nama ‘Ar-Rahman’, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia..” (Al-Israa’ 17:110) Berdoalah kita ketika susah mahupun senang. Janganlah malas berdoa kerana doa adalah tanda kita mengingati Allah SWT dan pastinya doa yang kita pinta Allah SWT akan perkenankan. Hal ini ada dijelaskan dalam Hadis Nabi SAW dan Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ingatlah kepadaKu ketika senang, maka Allah akan mengingati engkau ketika susah” (Hadis Riwayat Hakim) “Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undangundangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan: dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur” (Al-Baqarah 2: 152)
Infokus September 2020
Jalan Untuk Ke Syurga Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya bagi Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama, seratus kecuali satu, barang siapa yang menghafalnya akan masuk syurga” (Hadis Riwayat al-Bukhari) Berdasarkan pendapat-pendapat ulama’ dalam memahami ‘barang siapa yang menghafalnya’ adalah dengan bertadabbur iaitu memahami dan beramal dengan nama-nama Allah SWT serta sifat-sifat-Nya. Dengan kita mengimani dan benar-benar berharap dengan nama-nama Allah SWT yang baik akan melahirkan sifat kehambaan dan bergantung harap hanya kepada Allah SWT. Menenangkan Hati Apabila seseorang itu mengenal nama-nama Allah SWT, maka manusia akan merasakan Allah akan sentiasa dekat dan bersamanya. Kita akan meyakini bahawa Allah SWT adalah pembela kita dan hati akan sentiasa tenang. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (mengingati Allah). Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia”. (Ar-Ra’d 13:28)
41
Pemerkasaan Usahawan Wanita B40 Melalui Inovasi Sosial Jiang Huayu/Bercakap Mandarin: Buku 1 Pengarang: Nurul Ain Chua Abdullah ISBN: 978-967-2417-34-7 Tahun: 2020
Ulul Albab: Menyingkap Keajaiban Islam Penyunting: Riswadi Azmi Nor Hazmin Sabri Rodiah Mustafa Ahmad Mustaffa Mohamad ISBN: 978-967-2417-35-4
Pengarang: Noraida Haji Ali Suriyani Muhamad Masita@Masila Abdul Jalil Mustafa Man ISBN: 978-967-2417-33-0 Tahun: 2020
Maritime Logistics and Transport Research Editors: Mohamad Rosni Othman Noorul Shaiful Fitri Abdul Rahman Abdul Hafaz Ngah Rudiah Md Hafiah ISBN: 978-967-2417-32-3 Year: 2020
Tahun: 2020
Hafazan Al-Quran Komprehensif STEM Pengarang: Abdul Hanis Embong Aisyah Dollah @ Abdullah Sunan Abdullah Ishak
Pengenalan Kaedah Statistik Menggunakan R dalam Kajian Bidang Pengurusan Pengarang: Ahmad Shauqi Haji Mohamad Zubir
eISBN: 978-967-2417-22-4
eISBN: 978-967-2417-27-9
Tahun: 2020
Tahun: 2020