Volume 2
Disember 2019
SELAMAT DATANG PROF. MADYA. DR. HAFIZ BIN ZAKARIYA, TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (HEPA), UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU oleh : Shafie bin Umardi@Kamarol Bahrin
1 Disember 2019, UMT telah menyambut ketibaan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) yang baharu iaitu Prof. Madya. Dr. Hafiz Bin Zakariya yang dilantik untuk memegang jawatan tersebut bagi tempoh tiga tahun. Beliau dilantik bagi menggantikan Prof Ts. Dr Che Mohd Ruzaidi Bin Ghazali yang telah menamatkan tempoh pelantikan pada 31 Disember 2019. Setibanya beliau di kompleks siswa umt, beliau telah diperkenalkan kepada beberapa orang pegawai HEPA dan staf HEPA. Turut hadir sama adalah ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar UMT. Selepas itu, beliau terus diiring ke pejabat bagi mengetip waktu kehadiran melalui sistem mynemo UMT dan seterusnya menghadiri sesi
taklimat yang disampaikan oleh En Zainudin Bin Mamat, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Dalam ucapan pembukaan, beliau merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada beliau bagi melaksanakan tugas di UMT. Beliau amat mengharapkan bantuan dan sokongan daripada semua staf dan pelajar UMT bagi merealisasikan visi dan misi serta menaikkan imej UMT sebagai universiti yang terunggul. Sebelum ke UMT, beliau bertugas sebagai Dekan di Instititut Antarabangsa Tamadun Islam, UIAM. Bidang kepakaran beliau ialah Islam di Asia Tenggara, Tamadun Islam, Tamadun Barat dan Pendidikan Tinggi di Dunia Islam.