
1 minute read
DARI MEJA PENASIHAT UNDANG-UNDANG
Assalamualaikum w b t dan salam sejahtera
Alhamdulillah, di atas rahmat dan kasih-sayangNya, akhirnya kita berjaya sampai ke penghujung tahun 2022 Pelbagai peristiwa yang dilalui pada tahun ini pastinya menjadi panduan, cabaran dan kenangan yang akan mencorakkan kehidupan kita di masa kini dan akan datang
Advertisement
Tahun ini sekali lagi perubahan besar berlaku di negara kita Malaysia yang tercinta Setelah berjaya mengharungi kemelut pandemik COVID-19 dan kehidupan seharian hampir kembali normal, fokus rakyat Malaysia kemudiannya dialihkan kepada agenda kestabilan politik negara Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan pada 19 November 2022 lalu telah membentuk Kerajaan Malaysia yang baharu
PRU15 mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya rakyat Malaysia berusia 18 - 20 tahun turut layak keluar mengundi dan keputusan pilihanraya pada kali ini menyaksikan tiada satu parti politik yang mempunyai cukup kerusi majoriti bagi membentuk kerajaan sehingga menyebabkan parlimen tergantung ("hung parliament"). Akhirnya atas titah nasihat Yang di-Pertuan Agong AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, "Kerajaan Perpaduan" ditubuhkan dan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 pada 24 November 2022.
Perkembangan politik semasa ini memberikan idea kepada kami untuk menulis secara ringkas mengenai sistem perundangan Malaysia yang menjadi asas kepada pembentukan kerajaan dan memainkan peranan penting dalam memastikan keharmonian dan ketenteraman dalam negara ini.
Kami cuba meluaskan pengetahuan para pembaca mengenai perkara asas dalam perundangan Malaysia seperti bagaimana sesuatu undangundang digubal, jenis-jenis mahkamah yang terdapat di Malaysia serta bidang kuasa dan hierarkinya masing-masing, perbezaan undangundang sivil dan syariah serta prinsip pengasingan kuasa yang mengasingkan kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman Kami cuba mengulas kesemua topik ini dalam bahasa santai agar lebih mudah difahami oleh para pembaca
Lebih istimewa lagi, staff sokongan PPUU yang baru dianugerahkan Sijil Eksekutif Undang-Undang daripada UKM pada bulan Januari 2022 yang lalu turut menyumbangkan artikel dalam penerbitan kali ini Inisiatif yang ditunjukkan oleh staff ini adalah sangat baik dan sebagai Ketua Jabatan, saya sangat berbangga dengan gaya penulisan yang ditunjukkan
Semoga penulisan kami kali ini dapat memberikan input segar untuk dicerakin oleh para pembaca dalam memahami sistem perundangan di Malaysia.
Selamat membaca!
Salam hormat,