1 minute read

PERUTUSAN NAIB CANSELOR

Bismilahirahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Advertisement

Pertama sekali setinggi-tinggi rasa kesyukuran saya rafakkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan ehsan dan izinNya, dapat saya sekali lagi mencoretkan sedikit ingatan di ruangan kecil Legal Buzz ini.

Warga UMT yang dikasihi, PRU15 yang berlangsung November lalu telah mengubah lanskap politik dan kepimpinan pemerintahan negara kita. Pertukaran kerajaan sama ada melalui kuasa rakyat dalam pilihan raya atau akibat hilang kepercayaan dalam kalangan wakil rakyat adalah perkara lumrah dalam sistem demokrasi berparlimen

Namun sebagai penjawat badan berkanun, kesetiaan hendaklah sentiasa diberikan kepada kerajaan yang memerintah Ini sejajar dengan akujanji perkhidmatan yang ditandatangani oleh semua pegawai apabila memulakan perkhidmatan di UMT iaitu memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, negara, kerajaan dan UMT

Perkara ini mustahak untuk saya tegaskan kerana setiap kali berlaku perubahan kerajaan atau pertukaran Menteri, akan berlaku pindaan kepada dasar sedia ada atau pengenalan dasar baharu UMT sebagai sebuah universiti awam pastinya bertanggungjawab untuk mematuhi dan melaksanakan dasar-dasar berkaitan pendidikan tinggi negara Justeru, sokongan padu daripada semua warga adalah penting bagi memastikan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dapat dilaksanakan dengan jayanya

Penulisan mengenai sistem perundangan di Malaysia dalam Legal Buzz edisi kali ini, pada saya sangat kena pada masanya. Pelbagai informasi politik dan undang-undang disogokkan kepada masyarakat melalui media sosial. Banyak sekali daripada informasi tersebut tidak bersandarkan fakta yang benar dan bertentangan dengan prinsip undang-undang yang berkuatkuasa. Bagi pembaca yang tidak mempunyai pengetahuan atau latar belakang undang-undang, pasti sukar untuk menyaring kebenaran informasi tersebut. Justeru, diharapkan warga UMT dapat memanfaatkan penulisan daripada pegawai-pegawai PPUU ini. Saya pasti mereka semua telah menghabiskan banyak masa untuk membuat kajian dan mentelaah buku-buku perundangan bagi menghasil artikel yang mudah untuk difahami oleh semua warga UMT

Akhir sekali, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga UMT di atas khidmat cemerlang yang diberikan pada tahun 2022 Saya mendoakan agar UMT dan semua warganya akan lebih berjaya dan cemerlang pada tahun 2023

Sekian, terima kasih

"Terokaan Seluas Lautan Demi Kelestarian Sejagat"

#UMTsohor

#wargaUMTcemerlang

Prof. Dato' Dr. Mazlan Abd Ghaffar, FASc

Naib Canselor

Universiti Malaysia Terengganu

This article is from: