
6 minute read
DOKTRIN PENGASINGAN KUASA: APLIKASI SEMAK DAN IMBANG
PENDAHULUAN
Ahli sejarah British, Lord Acton, pada tahun 1887 telah mengungkapkan kata-kata berikut, " power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely" Ungkapan ini sangat benar kerana pemusatan kuasa mutlak kepada satu pihak pasti akan mengundang kezaliman dan penyalahgunaan kuasa Kerana itu, doktrin pengasingan kuasa adalah suatu prinsip penting dalam sistem demokrasi bagi memastikan adanya elemen semak dan imbang dalam pentadbiran sesebuah negara
Advertisement
Doktrin pengasingan kuasa yang juga dikenali sebagai Trias Politica dikemukakan oleh Montesquieu melalui karya agungnya The Spirit of Law yang mengujarkan seperti berikut:
"Kebebasan politik boleh diperolehi apabila tiadanya penyalah gunaan kuasa Tetapi pengalaman lalu menunjukkan kepada kita bahawa setiap orang yang mempunyai kuasa berkemungkinan untuk menyalah gunakannya dan meneruskan tindakan tersebut selama yang boleh Untuk menghalang daripada berlakunya salah guna kuasa, adalah bagi pihak yang berkuasa itu memeriksa di antara satu sama lain Apabila kuasa legislatif dan eksekutif berada di tangan orang yang sama, tidak akan adanya kebebasan Demikian juga tidak ada kebebasan sekiranya kuasa kehakiman tidak dipisahkan daripada legislatif dan eksekutif. Segalanya akan berakhir jika orang atau badan yang serupa sama ada bangsawan atau rakyat, melaksanakan ketiga-tiga kuasa tersebut”.
Doktrin Pengasingan Kuasa Dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan Walaupun perkataan "demokrasi" tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, sifat-sifat demokrasi itu dapat dilihat dalam peruntukan-peruntukannya Dalam mengamalkan sistem demokrasi ini, Perlembagaan Persekutuan membahagikan kuasa pemerintahan negara kepada tiga cabang utama iaitu:
Eksekutif (Pemerintah);
Legislatif (Perundangan); dan
Kehakiman
Pengasingan kuasa antara badan eksekutif, legislatif dan kehakiman bertujuan untuk membataskan kuasa setiap cabang sistem pemerintahan bagi menjamin keadilan Selain itu pengasingan kuasa antara badan-badan ini boleh menghindari bahaya "tyranny" (kezaliman) dan mengelakkan despotime (pemerintahan kuku besi)
Prinsip pengasingan kuasa ini juga akan menjaga kebebasan hak individu daripada diceroboh oleh kerajaan dengan sewenang-wenangnya Setiap badan ini mempunyai kuasa untuk "menyemak" dan "menyeimbang" kuasa dan pelaksanaan kuasa masing-masing yang diberikan oleh Perlembagaan sekaligus memastikan pentadbiran negara berjalan lancar dan teratur
Badan Eksekutif
Peruntukan berkaitan kuasa eksekutif ini diperincikan dalam Perkara 39 hingga Perkara 43C, Perlembagaan Persekutuan Badan Eksekutif terdiri daripada Yang Di-pertuan Agong (YDPA), Jemaah Menteri dan perkhidmatan awam Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:
"Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang Di-pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutusan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undangundang memberikan kuasa eksekutif kepada orang lain"
Untuk tujuan pelaksanaan kuasa badan ekesekutif ini, YDPA akan melantik seorang Perdana Menteri yang merupakan seorang ahli Parlimen YDPA kemudiannya akan melantik anggota Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri
Secara ringkasnya eksekutif adalah badan yang mengurus dan menjalankan pentadbiran negara Ia juga merupakan institusi politik yang mula-mula sekali diwujudkan berbanding dengan institusi lain Badan eksekutif sangat penting kerana ia menjadi asas pembentukan sistem politik dan merupakan kerajaan yang menentukan arah dan halatuju negara Badan eksekutif adalah nadi segala kegiatan politik. Walaupun jumlah anggotanya kecil, peranan yang dimainkan olehnya adalah begitu banyak sekali. Di samping itu segala keputusan dan tindakannya mendapat perhatian rakyat dan mempengaruhi kehidupan semua lapisan masyarakat.
Badan Legislatif
Legislatif adalah badan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang negara Perkara 44, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada YDPA dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat
Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana

Menteri Malaysia ke-10, Y A B Datuk Seri Anwar IbrahimGambar Berita Harian 5/12/2022
Tanggungjawab badan legislatif merangkumi empat perkara berikut:
Membuat Undang-Undang
Seperti namanya, fungsi utama badan legislatif adalah membuat undang-undang Tugas ini melibatkan proses yang panjang dan perlu diluluskan di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Pentadbiran
Badan legislatif juga bertindak sebagai pengawas dan pemeriksa, untuk menolak pandangan awam terhadap apa-apa tindakan kerajaan dan mengkritik mereka sekiranya didapati melanggar apa-apa etika, peraturan dan undang-undang

Kewangan
Badan legislatif juga menyemak dasar kewangan negara melalui pencukaian, pinjaman dan peruntukan Segala perbelanjaan dan peruntukan yang diminta oleh eksekutif adalah di bawah pertimbangan badan legislatif sama ada untuk meluluskan atau tidak
Pengendalian Ketidakpuasan
Legislatif merupakan alat yang penting bagi masyarakat untuk mengeluarkan pendapatnya Ini adalah fungsi penting dalam demokrasi sebagai kerajaan yang dikawal oleh pendapat umum
Selain itu badan kehakiman juga boleh menentukan sama ada undang-undang yang digubal oleh badan legislatif dan tindakan badan eksekutif adalah mengikut Perlembagaan dan sah Melalui kuasa ini, badan kehakiman boleh menyemak apaapa penyalahgunaan kuasa oleh eksekutif dan legislatif dan memelihara hak asasi rakyat
Kebebasan kehakiman merupakan tonggak kepada keadilan dan kesaksamaan dalam sistem demokrasi Oleh itu, badan kehakiman perlu bebas daripada kawalan badan eksekutif dan legislatif Walaupun perdebatan sama ada badan kehakiman di Malaysia ini benar-benar bebas daripada pengaruh politik dan pemerintah selalu berlaku, Perlembagaan Persekutuan sebenarnya telah memperuntukkan beberapa fasal penting bagi menjamin kebebasan badan ini Antaranya Perkara 123 dan Perkara 122B berkenaan kaedah pelantikan hakim Walaupun pemerintah boleh melantik hakim, namun peruntukan ini telah menetapkan syaratsyarat khas yang perlu dipatuhi bagi pelantikan tersebut Jawatan seseorang hakim juga tidak boleh dilucutkan sewenang-wenangnya tanpa melalui proses siasatan dan tribunal yang ketat
BADAN KEHAKIMAN
Fungsi badan kehakiman antara lain merangkumi perkara-perkara berikut: mendengar dan mengadili tindakan-tindakan sivil dan jenayah; mendengar rayuan dari mahkamah bawahan; mentafsir undang-undang dan menentukan kesahan suatu undang-undang; membuat semakan kehakiman; dan membuat deklarasi tentang apa-apa perkara di bawah bidang kuasanya
Walau bagaimanapun tanggungjawab paling penting badan kehakiman adalah melindungi keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan memastikan semua pihak mematuhi peruntukanperuntukannya. Hanya badan kehakiman yang mempunyai kuasa untuk memberi tafsiran kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Analisis Semak Dan Imbang

Persoalan yang sering dibangkitkan oleh para sarjana adakah sama ada doktrin pengasingan kuasa yang dijalankan di Malaysia ini benar-benar mencapai objektif semak dan imbang dalam pentadbiran negara. Secara teorinya, kuasa yang dimiliki oleh badan eksekutif, legislatif dan kehakiman tidak harus berlaku pertembungan dan setiap badan hendaklah memainkan peranan masing-masing secara tersendiri. Ini penting bagi memastikan neutraliti dalam setiap keputusan dan tindakan yang akan dilaksanakan.

Dalam konteks pentadbiran negara, doktrin pengasingan kuasa ini menghendaki badan eksekutif menjalankan fungsinya selaras dengan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen atau badan legislatif Jika tindak tanduk badan eksekutif itu bercanggah dengan undang-undang, maka mahkamah mempunyai kuasa untuk mengisytiharkannya sebagai tidak sah Dalam konteks pembuatan undang-undang pula, jika undang undang yang diluluskan oleh Parlimen itu didapati ultra vires atau melampaui had kuasa yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan, mahkamah berhak mengisytiharkan undang-undang tersebut sebagai tidak sah dan terbatal
Badan kehakiman dan badan legislatif masing masing mempunyai kebebasan untuk bertindak berlandaskan peruntukan Perlembagaan
Persekutuan Parlimen dan Dewan Undangan
Negeri tidak dibenarkan untuk mempertikaikan tindakan yang dibuat oleh para hakim di mahkamah Kelakuan hakim juga tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen kecuali dengan suatu usul tetap dan notis mengenainya telah diberi oleh sekurang-kurangnya satu perempat daripada jumlah bilangan ahli majlis itu Ia juga tidak boleh dibincangkan dalam Dewan
Undangan Negeri
Begitu juga sebaliknya mahkamah tidak mempunyai kuasa menentukan dasar-dasar kerajaan kerana hakim-hakim mahkamah tidak boleh campur tangan dalam hal-hal politik Hakim-hakim juga tidak boleh dilantik dari kalangan ahli-ahli politik Tugas hakim hanya mentafsir undang-undang bukan menggubal undang-undang Badan kehakiman amat penting diasingkan daripada badan politik untuk menghindarkan dari penyalahgunaan kuasa Kebebasan kehakiman ini juga menjadi garis pemisah yang membezakan di antara kerajaan yang bercorak demokrasi dengan kerajaan bercorak totalitarian. Peranan utama mahkamah ialah menjamin dan memelihara hak rakyat sesebuah negara. Oleh itu mahkamah hendaklah terdiri daripada para hakim yang cekap, bebas fikirannya serta tegas dalam menjatuhkan hukuman. Hal ini secara langsung dapat merumuskan bahawa, ciri terpenting dalam doktrin pengasingan kuasa ialah kebebasan kehakiman yang juga merupakan salah satu sifat utama dalam Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun doktrin pengasingan kuasa ini tampak seperti sempurna, namun secara realitinya masih terdapat pertindihan kuasa antara ketiga-tiga badan ini. Badan legislatif misalnya turut dianggotai oleh Jemaah Menteri yang merupakan sebahagian daripada badan eksekutif. Jika badan eksekutif tidak berpuas hati dengan apa-apa keputusan kehakiman, badan ini boleh mengusulkan kepada badan legislatif untuk meminda apa-apa peruntukan undang-undang yang tidak memihak kepada mereka Sebagai contoh pada tahun 1988, Parlimen telah membuat pindaan terhadap Perkara 121 (1) dan menyebabkan bidang kuasa dan kuasa kehakiman tertakluk kepada undang–undang persekutuan yang digubal oleh Parlimen Dalam ertikata lain, kuasa kehakiman selepas pindaan tersebut boleh dihadkan oleh Parlimen Ini meletakkan Parlimen di suatu kedudukan yang lebih tinggi daripada institusi kehakiman
Kesimpulan
Penulis berpandangan doktrin pengasingan kuasa di Malaysia adalah baik namun pengamalannya masih tidak dilaksanakan secara mutlak Perdana Menteri yang menguasai badan eksekutif dan badan legislatif menjadikan sistem semak dan imbang tidak berlaku secara efektif Penglibatan Perdana Menteri dalam pelantikan hakim-hakim juga menjadikan badan kehakiman dilihat sebagai tidak benar-benar bebas dari pengaruh pemerintah
Rujukan:
Fungsi Tiga Cabang Kuasa Negara - Legislatif, Eksekutif & Kehakiman: Antara Imbangan dan Pemeriksaan, Shamrahayu A Aziz, IIUM
Pengasingan Kuasa Menurut Perspektif Barat dan Islam: Amalannya di Malaysia, Bharuddin Che Pa dan Farizah Zulkafli, Jurnal Syariah, Jil 22, Bil 1 (214) 2156
Doktrin Pengasingan Kuasa dan Kesannya Terhadap Pentadbiran Beraja di Malaysia, Muhsin Nur Paizin (2020), Research Gate https://www malaysianbar org my/article/aboutus/committees/constitutional-lawcommittee/doktrin-pengasingan-kuasa https://www.sultanazlanshah.com/image/data/PDF /Judments%20PDF/Chapter 3 pdf https://www academia edu/36565189/doktrin peng asingan kuasa dan pengamalannya di Malaysia d ocx https://www utusan com my/rencana/2022/08/fah ami-doktrin-pengasingan-kuasa/ https://dewanmasyarakat jendeladbp my/2022/07/ 29/7937/#:~:text=Menurut%20Profesor%20Datuk%2 0Dr ,berkenaan%20dengan%20kaedah%20pelantika n%20hakim