
7 minute read
MAHKAMAH SYARIAH DAN CABARANNYA DI MALAYSIA
Muhammad Hafizuddin Zakaria
Penolong Penasihat Undang-Undang Kanan UMT
Advertisement
Pengenalan
Islam merupakan agama rasmi persekutuan sepertimana yang telah termaktub dalam Perkara 3
Perlembagaan Malaysia. Sultan-sultan bagi setiap negeri pula merupakan Ketua Pentadbiran Agama
Islam kecuali bagi negeri/wilayah persekutuan yang tidak mempunyai Sultan, Yang Dipertuan
Agong merupakan Ketua Pentadbiran Agama Islam. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia, setakat bancian bagi tahun
2020, penduduk Malaysia yang beragama Islam adalah seramai 20.6 juta orang iaitu 63.58% daripada keseluruhan penduduk di Malaysia [1].
Terdapat tiga institusi yang terlibat dalam perlaksanaan perundangan Islam iaitu Majlis
Agama Islam, Mufti, dan Mahkamah Syariah. Walau bagaimanapun, artikel ini akan hanya menyentuh mengenai aspek perundangn Islam yang ditadbir oleh Mahkamah Syariah.
Mahkamah Syariah
Mahkamah Syariah di Malaysia terdiri daripada 3 peringkat sistem mahkamah, iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Penubuhan mahkamahmahkamah ini terletak di bawah kuasa Sultan negeri masing-masing. Sebagai contoh, di negeri
Terengganu, penubuhan 3 peringkat sistem mahkamah syariah ini terletak di bawah Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu (2001). Pelantikan hakim-hakim di Mahkamah Rendah Syariah [2], Mahkamah Tinggi Syariah [3] dan Mahkamah Rayuan Syariah [4] Terengganu ini dibuat oleh Sultan atas nasihat Menteri Besar.
Mahkamah Syariah telah ditubuhkan di bawah bidang kuasa negeri masing-masing selaras dengan kuasa negeri yang telah diperuntukan dalam Senarai Kedua, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan bagi menguruskan pertelingkahan berkenaan hal ehwal penganut agama Islam di negeri yang berkenaan
Bidang Kuasa
Setiap Mahkamah Syariah ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dua jenis kes iaitu kes jenayah syariah atau kes mal syariah (sivil) yang melibatkan orang Islam sahaja Perkara 121 (1A)
Perlembagaan Persekutuan pula telah menyatakan dengan jelas dengan memberi penekanan bahawa mahkamah-mahkamah lain di Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mendengar dan membicarakan kes-kes di bawah bidang kuasa
Mahkamah Syariah

"Perkara 121 (1A) Perlembagaan
Persekutuan pula telah menyatakan dengan jelas dengan memberi penekanan bahawa mahkamahmahkamah lain di Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mendengar dan membicarakan kes-kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah"
Secara umumnya, Mahkamah Syariah dalam bidang kuasa jenayahnya mempunyai kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang penganut agama Islam di bawah mana-mana undang-undang bertulis melibatkan kesalahan jenayah terhadap rukun-rukun Islam di mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya. Antara contoh kesalahan jenayah Islam boleh dilihat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu (2001) antara lainnya seperti menyebarkan dan mengamalkan ajaran sesat [5], mempersenda atau menghina Al-Quraan [6], tidak menunaikan solat jumaat [7], tidak menghormati bulan Ramadahan [8], berjudi [9], minum arak [10], berkhalwat [11] dan lain-lain lagi.
Dalam bidang kuasa malnya pula, secara umum Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk mendengar dan membicarakan semua tindakan dan prosiding yang melibatkan orang Islam, antaranya ialah sepertimana berikut [12]:
Tuntutan Hadhanah;
Tuntutan Harta Sepencarian;
Tuntutan berkenaan pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian dan pembubaran perkahwinan;
Tuntutan Nafkah;
Pengesahan Wasiat / Harta Pusaka / Wakaf / Nazar;
Pengisytiharan berkenaan status keislaman seseorang sama ada semasa hidup atau telah meninggal dunia
Bagi Mahkamah Rayuan Syariah pula, ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan sebarang rayuan yang dibuat daripada mahkamah yang berada di bawahnya [13]. Selain itu, ia juga mempunyai kuasa untuk pengawasan dan penyemakan terhadap sebarang keputusan dan tindakan yang dilakukan oleh Mahkamah Tinggi Syariah [14].
Cabaran
Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh Mahkamah Syariah adalah berkenaan dengan pertindihan kuasa antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil di Malaysia. Walaupun Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan dengan jelas bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah, namun masih ada sesetengah kes di Malaysia yang melibatkan pertikaian isu syariah turut diputuskan oleh Mahkamah Sivil atas faktor dan justifikasi tertentu. Pertindihan bidang kuasa ini biasanya berlaku apabila salah satu pihak kepada pertikaian itu bukan beragama Islam.
Contoh jelas dapat dilihat dalam kes Indira Gandhi a/p Mutho v Patmanathan a/l Krishnan (anyone having and control over Prasana Diksa) [2015] 7 MLJ 153. Kes ini melibatkan sepasang suami isteri, Indira dan Pathmanathan yang telah mengikat satu perkahwinan sivil yang didaftarkan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (AMU) pada 10 April 1993. Mereka adalah orang beragama Hindu dan mempunyai tiga orang anak. Pada 11 Mac 2009, Pathmanathan telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama baharu, Muhammad Riduan Abdullah Indira kekal sebagai seorang beragama Hindu Tanpa pengetahuan Indira, Pathmanathan telah menukar agama anak-anak mereka kepada agama Islam Pada masa yang material, anak sulung pasangan ini berumur 12 tahun

Pathmanathan, melalui permohonan secara exparte telah diberikan hak penjagaan anak-anaknya secara kekal pada tahun 2009. Indira membantah tindakan suaminya dengan memulakan prosiding hak jagaan anak-anaknya di Mahkamah Tinggi sivil dan berjaya di dalam tuntutannya pada tahun 2010. Pasangan tersebut bercerai secara rasminya mengikut undang-undang sivil pada tahun 2012.
Pada tahun 2009 juga, Indira telah membuat permohonan perintah certiori untuk membatalkan pendaftaran pemelukan Islam anak-anaknya di Mahkamah Tinggi Ipoh. Mahkamah Tinggi telah membatalkan penukaran agama tersebut. Dengan membaca perkara-perkara 8, 12(3) dan 12(4)

Perlembagaan Persekutuan secara bersama, hakim memutuskan bahawa kedua-dua bapa dan ibu perlu memberikan kebenaran kepada penukaran agama tersebut. Akan tetapi, Mahkamah Rayuan tidak bersetuju dan telah mengakas keputusan tersebut atas dasar bahawa Mahkamah Tinggi tidak boleh mempersoalkan tindakan-tindakan pihakpihak berkuasa agama. Indira telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa kedua-dua ibu-bapa perlu memberi kebenaran penukaran agama selaras dengan Perkara 12(3) dan 12(4)
Perlembagaan dan Akta Penjagaan Kanak-Kanak
1961 yang menggalakkan kebajikan anak mengkehendaki agar kedua-dua ibubapa memberikan kebenaran Kedua-dua mereka mempunyai hak sama rata berkenaan jagaan dan didikan anak Penukaran agama secara sebelah pihak adalah suatu “perkara yang sangat salah” Justeru, hak penjagaan anak-anak juga telah dikembalikan kepada Indira selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 2010
Kes Indira Gandhi ini telah mengundang kerisauan di kalangan masyarat Islam di Malaysia serta telah mengundang pelbagai kontroversi mengenai status dan taraf Mahkamah Syariah di Malaysia
Mahkamah Persekutuan dalam kes ini dengan tegas memberi mengesahkan bahawa Mahkamah sivil yang mempunyai kuasa kehakiman terhadap manamana undang-undang yang digubal termasuk enakmen pentadbiran agama Islam Mahkamah sivil sentiasa mempunyai bidang kuasa menyemak tindakan mana-mana pihak berkuasa awam yang dilihat bercanggah (ultra vires) dengan enakmen negeri atau undang-undang Persekutuan
Kuasa semakan oleh Mahkamah sivil ini dapat dilihat dalam kes Iki Putra bin Mubarrak v Kerajaan Negeri Selangor & Anor [2021] 2 MLJ 323. Fakta kes ini adalah berkenaan pendakwaan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor terhadap Iki Putra di atas pertuduhan kesalahan liwat Tidak berpuas hati dengan pertuduhan ini, Iki Putra telah mencabar peruntukan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah 1995 dengan mendakwa negeri/Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubal/membicarakan jenayah liwat
Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Seksyen 28 Enakmen Jenayah Islam Selangor 1995 berkenaan dengan kesalahan persetubuhan luar tabii adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana perkara berkenaan kesalahan persetubuhan luar tabii terletak di bawah bidang kuasa persekutuan, bukan bidang kuasa negeri Dalam hal ini, kesalahan liwat telahpun diperuntukan dalam Seksyen 377A Kanun Keseksaan Justeru itu, Dewan Undangan Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menggubal Seksyen 28 Enakmen Jenayah Islam Selangor 1995 sekaligus menyebabkan hukuman terhadap Iki Putra yang didakwa melakukan persetubuhan luar tabii tidak dapat dilaksanakan
Tun Abdul Hamid Mohamad ketika menjadi Ketua Hakim Negara di dalam kes Sulaiman Takrib lawan Kerajaan Negeri Terengganu [2009] 6 MLJ 354 telah merumuskan satu formula mengenai bidang kuasa jenayah Syariah seperti berikut: kesalahan itu mestilah terpakai terhadap penganut agama Islam sahaja; kesalahan itu mestilah bercanggah dengan perintah agama (against the precepts of Islam);
(c) kesalahan itu tidak termasuk di bawah bidang kuasa Senarai Persekutuan; dan kesalahan itu mengikut bidang kuasa jenayah yang ditetapkan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 (hukuman tidak melebihi tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan)
Perlu diingat bahawa keputusan kes Iki Putra ini tidaklah menjadikan "liwat" bukan suatu kesalahan jenayah Sebaliknya kesalahan ini hendaklah dibicarakan di Mahkamah Sivil bukan di Mahkamah
Syariah Bahkan Kanun Keseksaan telah menyediakan hukuman yang lebih berat terhadap kesalahan ini berbanding Enakmen Jenayah Syariah
Negeri
KESIMPULAN
Sistem kehakiman negara ini sebenarnya telah lama dibelenggu dengan pelbagai dilema dan konflik
Meskipun Perkara 121 (1A) Perlembagaan
Persekutuan telah memberikan hak sepenuhnya kepada Mahkamah Syariah serta tiada campur tangan daripada Mahkamah Sivil, pertembungan dan konflik antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil tetap berlaku dan tiada solusi tuntas yang dapat mengatasi perkara ini Konflik yang berterusan ini mungkin didorong oleh kedudukan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah yang tidak setara selain penghakiman Mahkamah Syariah yang terhad kepada orang Islam sahaja.
Pandangan yang dikeluarkan oleh Mantan Ketua Hakim Negara, Y.A.A Tun Abdul Hamid Mohamad yang diterbitkan di laman web beliau pada 20 Mac 2017 mungkin boleh dijadikan panduan bagi menyelesaikan konflik ini. Y.A.A Tun mencadangkan jika terdapat isu-isu syariah dalam sesuatu kes di Mahkamah Sivil yang mana kes tersebut terletak di luar bidang kuasa Mahkamah Syariah kerana:
(i) salah satu atau kesemua pihak di dalam kes tersebut bukan orang yang beragama Islam; atau terdapat isu-isu keperlembagaan; atau
Jika kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil, seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bolehlah dipinjamkan Jika kes itu dibicarakan di Mahkamah
Rayuan atau di Mahkamah Persekutuan, seorang
Ketua Hakim Syarie di mana mahkamah itu bersidang bolehlah dipinjamkan Peranan hakim syar’ie itu ialah untuk menasihat hakim-hakim Mahkamah Sivil itu mengenai sesuatu isu syariah
Hakim Mahkamah Sivil akan menerima pakai keputusan hakim syar’ie mengenai isu syariah itu dalam membuat keputusan kes berkenaan Walau bagaimanapun cadangan oleh Y A A Tun ini bukanlah mudah untuk dilaksanakan kerana ianya seolah-olah merendahkan bidang kuasa Mahkamah Syariah Orang bukan Islam pula mungkin akan menganggap mereka dipaksa untuk menerima penghakiman syariah
Tuntasnya, apa juga bentuk cadangan memerlukan orang Islam dan bukan Islam saling berfikiran terbuka dan berlapang dada. Pemimpin-pemimpin politik pula perlu berhenti memainkan sentimen agama dan perkauman agar isu ini dapat dirungkai secara waras demi kepentingan, kemakmuran dan keharmonian bersama.
Nota Hujung: https://www dosm gov my/v1/uploads/files/5 Galle ry/2 Media/4 Stats%40media/4Press Statement/2022/05 %20MEI/KENYATAAN%2 0MEDIA PENERBITAN%20PENEMUAN%20UTAMA%20 DAERAH%20%26%20DUN%2C%2029%20MEI%2020 22-DOSM.pdf
Seksyen 9 Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu (2001)
Seksyen 8 Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu (2001)
Seksyen 7 Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu (2001)
Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu (2001)
Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu (2001)
Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu (2001)
Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu (2001)
Seksyen 22 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu (2001)
Seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu (2001)
(iii) maka Mahkamah Sivil itu hendaklah bersidang bersama-sama seorang hakim Mahkamah Syariah.
Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu (2001)
Seksyen 11 (3)(b) Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu (2001)
Seksyen 17 Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu (2001)
Seksyen 18 Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu (2001)