6 minute read

PROSES PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

AMIRAH NABILAH ISMAIL

Advertisement

Penolong Penasihat Undang-Undang UMT

PENDAHULUAN

Undang-undang adalah satu komponen penting untuk mentadbir sesebuah negara Ianya berperanan sebagai satu panduan bagi pemerintah untuk mentadbir dan panduan kepada rakyat untuk menjalani kehidupan di sesebuah negara Sebelum kedatangan British, Tanah Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja di mana raja memerintah berdasarkan undangundang dan peraturan yang digubal Pada zaman British, raja terus diterima sebagai pemerintah berdaulat Kini, Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia Terdapat dua asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan iaitu Undang-Undang Negeri Melayu dan Undang-Undang Inggeris

Kemudian pada tahun 1946 berlaku penggubalan undang-undang di Negeri-Negeri Selat (NNS), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) Undang-Undang NNS digubal oleh Majlis Undangan Negeri manakala undang-undang di NNMB digubal oleh Majlis Persekutuan dan undang-undang di NNMTB digubal oleh Majlis Negeri

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan titik penting pembentukan sebuah Persekutuan yang terdiri daripada negeri-negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang Antara kandungan yang terdapat dalam Persekutuan Tanah Melayu termasuklah pentadbiran, kuasa raja Melayu, perundangan dan kewarganegaraan Memasuki tahun 1957, terbentuknya suruhanjaya perlembagaan dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 disesuaikan dengan model Westminster diambil dari Britain dan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 diperkenalkan dan menjadi asas kepada pembentukan negara Malaysia pada hari ini. Perlembagaan inilah menjadi dasar kepada sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan bermula pada tahun 1877 hingga tahun 1957. Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak pada tahun 1877 yang dipengerusikan oleh Raja Muda Yusuf menjadi titik permulaan kepada pembentukan undang-undang Malaysia. Majlis Negeri Perak berperanan menggubal undang-undang negeri Perak dan seterusnya semua Majlis Negeri di negeri Melayu yang lain turut mengikuti langkah ini.

Memandangkan Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi, maka semua undang-undang yang dibuat perlulah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan untuk menjamin keabsahan undang-undang tersebut. Bab 5 Tatacara Perundangan Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh Parlimen semasa membuat undangundang. Sebelum proses penggubalan undangundang dikupas, konsep Parlimen akan dihuraikan terlebih dahulu.

Parlimen

Parlimen adalah badan perundangan tertinggi yang diberi kuasa menggubal dan meluluskan undangundang pada peringkat persekutuan Parlimen akan kekal untuk 5 tahun dari tarikh mesyuaratnya yang pertama Pembentukan Parlimen Malaysia mengandungi tiga komponen utama iaitu Yang diPertuan Agong (YDPA), Dewan Negara dan Dewan Rakyat

YDPA adalah komponen paling utama dalam Parlimen Malaysia Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil, membatal dan membubarkan Parlimen Dalam menjalankan kuasa-kuasa ini, baginda mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri

Fungsi utama Dewan Negara adalah untuk membahaskan rang undang-undang dengan lebih terperinci dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan kepentingan umum Manakala Dewan Rakyat pula adalah satu majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka Kedua-dua Majlis Parlimen iaitu Dewan Negara sebagai Majlis tertinggi dan Dewan Rakyat sebagai majlis khas untuk rakyat, mempunyai peranan penting dalam proses perundangan

PROSES PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG

Apabila seseorang Menteri bercadang untuk membentangkan rang undang-undang di Parlimen, maka beliau perlu memulakan langkah dengan merangka dasar-dasar berkaitan rang undangundang tersebut dan seterusnya mengadakan rundingan dengan Jabatan Peguam Negara, Perbendaharaan dan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan. Jabatan Peguam Negara mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan draf rang undang-undang tersebut dan apabila draf tersebut diluluskan oleh Jemaah Menteri maka ia akan dibentangkan oleh Menteri berkenaan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen.

Rang undang-undang tersebut akan melalui empat peringkat sebelum ia diluluskan iaitu bacaan kali pertama, bacaan kali kedua, peringkat jawatankuasa dan bacaan kali ketiga Kebanyakkan undang-undang hanya memerlukan sokongan majoriti mudah untuk diluluskan Namun, dalam beberapa keadaan seperti pemindaan perlembagaan, majoriti dua pertiga adalah diperlukan Setelah Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang itu, ianya akan dihantar ke Dewan Negara dan proses tiga bacaan yang dinyatakan sebelum ini akan dilakukan sekali lagi

"Apabila seseorang Menteri bercadang untuk membentangkan rang undangundang di Parlimen, maka beliau perlu memulakan langkah dengan merangka dasar-dasar berkaitan rang undang-undang tersebut dan seterusnya mengadakan rundingan dengan Jabatan Peguam Negara, Perbendaharaan dan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan."

Peringkat 1: Bacaan Kali Pertama

Proses ini adalah untuk Menteri memperkenalkan rang undang-undang yang hendak dibentangkan kepada semua ahli Dewan Rakyat Setiausaha Dewan Rakyat akan membacakan tajuk ringkas rang undang-undang tersebut dan Menteri akan mengumumkan masa untuk Bacaan Kali Kedua dan Bacaan Kali Ketiga kepada ahli Dewan Rakyat Tiada perbahasan akan dilakukan di peringkat ini

Peringkat 2: Bacaan Kali Kedua

Pada peringkat ini, perbincangan dan perbahasan akan dilakukan oleh ahli-ahli yang berhormat. Peringkat ini amat penting dalam proses membuat undang-undang kerana ahli-ahli Dewan Rakyat akan membahaskan rang undang-undang tersebut dengan terperinci dengan mengambil kira aspek kebaikan, keburukan, kesan dan pengaruh undangundang berkenaan kepada rakyat dan negara. Sekiranya rang undang-undang yang diperkenalkan ini akan memberikan apa-apa kesan buruk terhadap rakyat di sesuatu kawasan, maka wakil rakyat dari kawasan tersebut perlu berkeras dan lantang dalam perbahasan untuk menolak pelaksanaan rang undang-undang tersebut.

Menteri bertanggungjawab untuk menerangkan dan menjelaskan sebarang pertanyaan yang diajukan oleh wakil-wakil rakyat mengenai rang undangundang yang diperbahaskan. Persoalan yang diajukan dan perbahasan yang dibuat akan dapat membuka mata semua ahli Dewan Rakyat berkenaan implikasi pelaksanaan rang undangundang tersebut. Undian akan dibuat di peringkat ini dan sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini, tertakluk kepada rang undang-undang yang dibahaskan itu, sokongan majoriti mudah atau majoriti dua per tiga diperlukan untuk kelulusan rang undang-undang tersebut Selesai peringkat ini, rang undang-undang berkenaan akan dibincang di peringkat jawatankuasa

"Pada peringkat ini, perbincangan dan perbahasan akan dilakukan oleh ahli-ahli yang berhormat.

Peringkat ini amat penting dalam proses membuat undang-undang kerana ahli-ahli Dewan Rakyat akan membahaskan rang undang-undang tersebut dengan terperinci dengan mengambil kira aspek kebaikan, keburukan, kesan dan pengaruh undang-undang berkenaan kepada rakyat dan negara"

Peringkat 3: Jawatankuasa

Di peringkat ini, fasal-fasal yang terkandung dalam rang undang-undang akan disemak secara terperinci mengikut urutan dan susunannya oleh satu jawatankuasa Jawatankuasa ini mempunyai kuasa untuk membuat pindaan ke atas rang undang-undang jika didapati rang undang-undang tersebut perlu dipinda Semakan di peringkat jawatankuasa akan memastikan fasal-fasal di dalam rang undang-undang berada dalam keadaan teratur dan sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia Peringkat ini memberikan peluang kepada Jawatankuasa untuk membincangkan lagi berkenaan rang undang-undang tersebut dan memberikan ruang untuk apa-apa cadangan pindaan terhadap rang undang-undang tersebut secara tidak formal

Jawatankuasa meliputi semua anggota Dewan Jawatankuasa perbekalan Jawatankuasa pilihan

Rang undang-undang yang telah disemak oleh jawatankuasa akan dibaca semula oleh Menteri yang berkenaan kepada ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mendapatkan kelulusan Dewan tersebut Setelah Dewan Rakyat selesai meluluskan rang undang-undang tersebut, ianya akan dibentangkan di Dewan Negara

DEWAN NEGARA

Rang undang-undang yang telah diluluskan di Dewan Rakyat kemudiannya akan dibahas oleh Dewan Negara dan akan dibaca untuk kali pertama, kedua dan ketiga sebelum diluluskan

Sekiranya terdapat cadangan pindaan terhadap rang undang-undang tersebut oleh Dewan Negara, Dewan Rakyat boleh menerima atau menolak cadangan tersebut Jika Dewan Rakyat menolak cadangan tersebut, satu laporan akan dihantar ke Dewan Negara dan Dewan Negara akan mempertimbangkan samada untuk menerima penolakan cadangan pindaan atau masih bertegas dengan cadangan pindaan tersebut

Jika Dewan Negara masih bertegas dengan cadangan pindaannya namun Dewan Rakyat menolak, maka Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan akan digunapakai yang memperuntukkan bahawa Dewan Negara tidak mempunyai kuasa untuk menolak sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Your paragraph text

Perkenan Ydpa

Rang undang-undang yang telah diluluskan oleh

Dewan Negara akan dipersembahkan ke bawah

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDPA untuk persetujuan baginda. Rang undang-undang secara rasminya menjadi undang-undang selepas diperkenankan oleh YDPA.

Selaras dengan Perkara 66(4) Perlembagaan Persekutuan, YDPA hendaklah memperkenankan rang undang-undang tersebut dengan menyebabkan Mohor Besar dicapkan pada rang undang-undang itu dalam masa tiga puluh hari selepas rang undang-undang itu dikemukakan kepadanya

Walau bagaimanapun, sekiranya rang undangundang tersebut tidak diperkenankan oleh YDPA dalam masa tiga puluh hari itu, berdasarkan Perkara 66(4A) Perlembagaan Persekutuan, rang undang-undang tersebut akan menjadi undangundang seolah-olah YDPA telah memperkenankannya

Peruntukan Perkara 66(4A) merupakan pindaan pada tahun 1994 bertujuan untuk memastikan agar suatu rang undang-undang itu tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menjadi undangundang setelah diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen dan disembahkan untuk diperkenankan oleh YDPA Peruntukan ini juga tidak sewajarnya dilihat menggugat kemuliaan Raja-Raja tetapi memaktubkan prinsip yang dipersetujui iaitu kedaulatan rakyat dan kewibawaan institusi legislatif mewakili kehendak rakyat

PEWARTAAN UNDANG-UNDANG

Sesuatu undang-undang hanya akan berkuatkuasa setelah ianya disiarkan dalam Warta Hal ini supaya rakyat sedar akan penguat kuasaan sesuatu undang-undang dan akan bertindak sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang baharu tersebut

Seksyen 19 (1), Akta Tafsiran 1948 dan 1967 memperuntukkan bahawa permulaan kuat kuasa hendaklah pada tarikh yang diperuntukkan Akta atau jika tiada tarikh diuntukkan, sehari selepas tarikh ianya disiarkan dalam Warta.

"Warta" ditakrifkan oleh Akta Tafsiran 1948 dan 1967 sebagai Warta rasmi Persekutuan yang disiarkan dalam bentuk elektronik atau bentuk lain oleh perintah Kerajaan dan termasuk mana-mana Warta rasmi oleh Kerajaan Negeri.

Kesimpulan

Perlembagaan Persekutuan hanya menggariskan tatacara mengenai bagaimana sesuatu undangundang itu dibuat Penentuan mengenai undangundang apakah yang perlu digubal dan dikuatkuasakan diputuskan oleh ahli-ahli Parlimen berdasarkan polisi atau manisfeto kerajaan yang memerintah Oleh itu ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat perlu memainkan peranan penting semasa proses perbahasan rang undang-undang agar hak dan kepentingan rakyat terjamin

Rujukan:

Noor Aziah Mohd Awal, 2013, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia

Shaikh Salim Bin Shaikh Salleh, 2003, Sistem Undang-Undang Di Malaysia

Lee Mei Pheng, 2000, General Principles of Malaysia

Law https://ppuu.upm.edu.my/upload/dokumen/201807

26121014NOTA 4 PEMBUATAN PERUNDANGAN.pdf http://mpi my/wp/wpcontent/uploads/2012/03/M emahami-Perlembagaan-Persekutuan pdf https://www malaysiakini com/letters/567205 https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/02/2

45951/selami-sejarah-perundangan-perlembagaan

This article is from: