Perspektif Pejabat Pendaftar UMT Volume 2, Julai 2021

Page 1

VOLUME 2 JULAI 2021

MENGGANDAKAN PENCAPAIAN"


Sidang Editorial Zukiferee bin Ibrahim Penasihat

Zahirah binti A Razak Ketua Editor

Shahrul Jama bin Othman Editor

Abdullah Syukri bin M. Saleh Editor

Kandungan 3 4 13 18 19 22 24 26 28

Norhafizah binti Mohd Suib Editor

Aisamuddin bin A. Jalil Editor

Hasmadiana binti Che Mohamad Aasdik Editor

Khasmiliah binti Mohd Azmi Urusetia

30 32 35 39 41 43 45

Kalam Pendaftar Majlis Aspirasi Pendaftar 2021 298 Staf UMT Terima Pengiktirafan Universiti Pendaftar Bersama Warga P&P Skim N Siri Taklimat dan Bengkel myPortfolio: Panduan Kerja Pegawai UMT UMT Pimpin: Dipimpin untuk Memimpin Terapi Warna dalam Pengurusan Stres Prejudis Kesihatan Mental dalam Organisasi Penilaian Risiko & Pelepasan Isolasi Kendiri Pelajar Kembali Ke Kampus Rondaan Blok Isolasi Pelajar Dalam Norma Baharu Demi Kelestarian Warga Kampus Pengenalan Terhadap Konsep Kompetensi di UMT Keselamatan Dokumen Keselamatan Fizikal di UMT Mask Acne Pesara (Sehingga Jun 2021) Belasungkawa (Sehingga Jun 2021)

Hak Cipta Terpelihara © 2021. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia


3

Kalam Pendaftar Kita menzahirkan rasa kesyukuran kepada Ilahi kerana Perspektif Julai 2021 dapat diterbitkan sebagaimana perancangan awal yang ditetapkan. Bersesuaian dengan cabaran baharu pengurusan pengajian tinggi berikutan pandemik COVID-19 yang masih berleluasa, Perspektif kali ini mengetengahkan tema “Mengoptimumkan Sumber Daya Insan, Menggandakan Pencapaian” sebagai fokus utama Pejabat Pendaftar bagi tahun 2021. Tema ini diangkat dengan hasrat untuk mengajak seluruh warga UMT menyahut cabaran dalam mengurus dan membina UMT dengan lebih cemerlang biarpun berhadapan dengan kekangan kewangan dan pandemik COVID-19 yang belum berkesudahan sehingga ke saat ini. Kita melahirkan rasa kesyukuran yang tinggi, dengan sokongan dan penglibatan semua warga, pelbagai kejayaan diraih oleh UMT pada tahun 2020. Kekangan kewangan bukanlah halangan untuk kita terus tekun menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pemegang taruh yang berkeperluan. Bermula dengan Majlis Aspirasi Tahun 2021 Bersama Warga Pendaftar, tema ini akan terus dikongsi kepada seluruh warga UMT melalui sesi turun padang atau engagement dengan pelbagai kumpulan perkhidmatan sama ada secara maya mahupun bersemuka. Untuk menterjemahkan tema ini, kita kemukakan pendekatan 3C kepada seluruh warga iaitu meningkatkan kemahiran (skills), bekerja secara sistematik (systematic) dan memperkukuhkan kerjasama dalam organisasi (synergy). Initiatif 3S ini adalah untuk melahirkan barisan bakat atau sumber daya insan yang memiliki kemahiran, pengetahuan dan sikap yang akan memacu UMT ke arah kecemerlangan berterusan. Organisation can only grow if the human resources in the organisation have the right attitude, skills and knowledge to create value from the existing resources. Perspektif kali ini juga memuatkan berita penganjuran Majlis Anugerah Tahunan yang merupakan manifestasi iltizam berterusan pihak pengurusan UMT dalam menghargai setiap keringat dan sumbangan yang telah diberikan oleh warga yang cemerlang. Kita percaya terlalu ramai warga UMT yang sentiasa menjunjung tinggi budaya kecemerlangan, namun polisi dan dasar anugerah sedia ada tidak memungkinkan untuk semua dihargai di pentas anugerah. Semoga usaha yang dicurahkan oleh setiap warga UMT akan diganjari oleh Allah. Penganjuran Program UMT Pimpin bersama Pakar Rujuk Integriti UMT turut menjadi perkongsian. Program ini membuka minda baharu kepada para peserta untuk melihat isu-isu kepimpinan dalam organisasi dalam konteks yang lebih holistik. Selain itu, isu-isu berkaitan keselamatan fizikal dan dokumen serta panduan kesihatan untuk warga khususnya bagi mendepani pandemik COVID-19 juga menjadi sebahagian daripada liputan. Semoga semua perkongsian ini akan dapat dimanfaatkan oleh warga UMT. Saya akhiri catatan ini dengan mengajak seluruh warga UMT untuk terus berlumba-lumba mengejar kebaikan (fastabiqul khairat) untuk bumi UMT. Bersama kita harungi cabaran yang mendatang walau sekuat mana ombak yang melanda, sekencang mana angin yang menderu, kita tetap teguh berdiri demi Tuhan untuk UMT tercinta!

ZUKIFEREE BIN IBRAHIM Pendaftar Universiti Malaysia Terengganu


4

MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2021 oleh: Shahrul Jama bin Othman

“Mengoptimumkan Sumber Daya Insan, Menggandakan Pencapaian” dipilih sebagai tema Majlis Aspirasi Pendaftar 2021. Majlis yang telah berlangsung pada tanggal 1 Ramadan 1442 Hijrah bersamaan 13 April 2021 ini telah dihadiri oleh warga Pejabat Pendaftar, Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi (PPBI) dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Majlis ini ini juga menjadi gelanggang perkongsian visi, misi dan agenda Pendaftar dalam mendepani cabaran khususnya bagi tahun 2021 ini.

Mengoptimumkan Sumber Daya Insan Menggandakan Pencapaian

1 Merealisasikan Agenda 3C

2

Fokus Kepada 3K

3

Model 4Q: Membangun Sumber Daya Insani Quwwah - Kekuatan fizikal dan intelektual

Communicate (Komunikasi)

Kerja berasaskan KPI

Cooperate (Kerjasama)

Kualiti Perkhidmatan

Qaib - Kemantapan Spiritual

Kesejahteraan Bekerja

Qiemah - Keutuhan nilai

Collaborate (Kolaborasi)

Qudwah - Keterampilan kepimpinan

4

6 Faktor Pencapaian Kualiti Pekerja

5

5 Ciri Profesional Muslim

6 KPI 2021

Kejelasan

Competent & Well-informed

Anugerah Inovasi Terbaik dan PTj Terbaik

Komitmen

Life-Long learning

Penganjuran Hari Bersama Pelanggan

Terjemahan

Meramal perubahan, kreatif & inovatif

3 kali penerbitan Buletin Pendaftar (PERSPEKTIF)

Mengupayakan Sinergi

Harga diri dan kepercayaan diri berteraskan iman

Akauntabiliti

2 Kali program Warga Pendaftar Prihatin Webinar Sumber Manusia (Serantau dan Antarabangsa)

Mampu berijtihad

Sifar aduan pelanggan

7

Inisiatif 3S

8

9 Budaya Bersama

Skills - meningkatkan kemahiran

Kepercayaan bersama: Kerja adalah ibadah

Systematic - bekerja secara sistematik

Matlamat bersama: menjangkau ekspektasi pelanggan

Synergy memperkukuhkan kerjasama dalam organisasi

Etika: Disiplin dan amanah Nilai: Integriti, inovatif, memanfaatkan kepelbagaian, semangat, kecemerlangan berpasukan Persekitaran kerja: Sejahtera (Saadah)

Khatimah Mensucikan hati Merekacipta semula sikap Menyegarkan semula akal budi


5

Pada majlis ini juga, Tuan Haji Zukiferee bin Ibrahim, Pendaftar UMT telah menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada lapan orang penerima Anugerah Staf Terbaik Sukuan Pertama Tahun 2021 serta 12 orang penerima Anugerah Sanjungan Amal.


6

TEKS UCAPAN MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2021

Assalamualaikum warhamatullahi wabarakatuh, PEMBUKA BICARA 1. Kita zahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kurnia-Nya kita dapat mengadakan pertemuan pada hari ini yang menghimpunkan keluarga besar Pejabat Pendaftar. Saya ucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua warga ke Majlis Aspirasi Pendaftar Tahun 2021. Tidak lupa ucapan Ramadhan Kareem sempena fajar Ramadhan yang bermula pada hari ini. Mudahmudahan keberkatan, keampunan dan rahmat dengan kedatangan bulan mulia ini akan dirasai oleh kita semua. 2. Waktu beranjak tanpa kita disedari walaupun dihitung setiap hari. Perjalanan waktu pasti mengajak kita untuk bermuhasabah tentang pencapaian dan prestasi dalam melunas tanggungjawab yang diberikan. Terima kasih yang bukan kepalang saya ucapkan kepada semua warga atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan untuk menggerakkan Pejabat Pendaftar sepanjang setahun yang telah berlalu khususnya dalam pengurusan dan pembangunan sumber manusia, pemerkasaan tadbir urus dan perkhidmatan kesihatan serta keselamatan universiti. 3. Mendepani tahun 2021 di samping menyedari kekurangan yang ada, saya mengharapkan sokongan berterusan dari seluruh warga agar pelbagai kecemerlangan yang telah dikecapi oleh UMT pada tahun 2020 akan terus berkembang mekar kerana kecemerlangan itu tiada noktah kesudahannya. Saya percaya pencapaian tersebut adalah natijah perancangan yang rapi, kebijaksanaan kepimpinan dan kesungguhan serta komitmen seluruh warga UMT.

4. Seperti biasa, saya menjadikan sesi pertemuan tahunan dengan warga Pendaftar sebagai gelanggang pertama untuk menyampaikan agenda tahunan Pendaftar sebelum turun ke PTJ yang lain. Apalah makna gagasan besar kepada seluruh warga UMT jika ia tidak dihayati, ditekuni dan diterima oleh warga Pendaftar. Sesungguhnya majlis pada hari ini adalah tanda kesatuan dan komitmen seluruh warga Pendaftar untuk bekerja dengan matlamat yang sama dalam menggerakkan tanggungjawab kepada seluruh warga UMT. Kita perlu melangkah sederap, senada dan ke arah matlamat yang satu iaitu memberi perkhidmatan yang terbaik untuk warga UMT (nothing but the best). SETAHUN MENGHADAPI COVID-19 5. Setahun yang lalu sesi libat urus (engagement) dengan pelbagai PTj dan skim perkhidmatan telah dilaksanakan. Bermula untuk warga Pejabat Pendaftar seterusnya ke pelbagai PTj yang lain. Hambatan pandemik COVID-19 merencat perancangan program ini untuk diatur secara meluas kepada semua PTj. Sungguhpun begitu, kelompangan ini telah diisi dengan memanfaatkan kemajuan teknologi komunikasi melalui (3) siri program secara dalam talian hatta ke mimbar khutbah. Matlamatnya tetap sama, menegaskan hala tuju pembangunan sumber daya insan dan menyemarakkan budaya turun ke lapangan bagi mendengar dan menerima saranan serta cadangan penambahbaikan demi memberi perkhidmatan yang terbaik buat semua. Inilah tindakan proaktif kita untuk merealisasikan agenda 3C (communicate, cooperate & collaborate) yang dikemukakan oleh pimpinan utama UMT.


7

6. Fokus sesi libat urus yang dijalankan adalah untuk mengajak seluruh warga bekerja berteraskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), mengutamakan kualiti dalam perkhidmatan dan kesejahteraan dalam bekerja. 7. Sebagai imbasan semula, budaya kerja berasaskan KPI adalah satu sistem pengukuran yang mudah, berkesan dan membantu organisasi menjelaskan dan mengawal tahap kemajuan sesuatu proses perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan selaras dengan misi dan visi sesebuah organisasi. KPI juga adalah mekanisme untuk memberi isyarat atau petanda mengenai keadaan organisasi, ini termasuk faktor kejayaan kritikal organisasi dan prestasi semasa organisasi. Prestasi ini termasuk aspek hasil (keuntungan, pendapatan dan kos), kecekapan proses dan keupayaan keseluruhan untuk memberikan nilai kepada pelanggan organisasi. Penilaian prestasi yang berkesan adalah perlu menjamin kedua-dua belah pihak iaitu pekerja dan majikan memperoleh faedah optimum (Rusli Ahmad, 2007). Secara tidak langsung, ia juga menunjukkan langkah-langkah pembetulan yang diperlukan untuk memperbaiki isu-isu operasi dalam organisasi. i 8. Manakala budaya kerja berasaskan kualiti adalah pra syarat untuk mencapai perkhidmatan yang cemerlang. Perkhidmatan perlu dilaksanakan dengan cepat, tepat dan berkesan. Kualiti akan menjadi kayu ukur dalam menentukan keberkesanan perkhidmatan yang berikan. Manakala di dalam Islam, persoalan kualiti merujuk kepada mardhatillah (keredhaan Allah). Teras kepada kualiti dan kecemerlangan ini ialah pembinaan sahsiah pekerja yang unggul dan bermutu tinggi. Amalan kerja berkualiti apabila diperkukuhkan dengan sistem, proses, prosedur dan peraturan yang jelas akan membentuk budaya kerja yang cemerlang. Ia merujuk kepada tatacara dan etika kerja yang baik dalam kalangan pengurusan ii atasan atau pekerja.

9. Berkaitan dengan pembudayaan kualiti ini juga, kita mengucap syukur dan tahniah kepada semua Pusat dan Bahagian Pejabat Pendaftar yang telah menyertai dan memenangi pertandingan inovasi yang telah diadakan sungguhpun kejayaan yang dicapai hanyalah di peringkat UMT. Anggaplah kejayaan kecil ini sebagai batu lonjatan untuk menggapai kejayaan yang lebih besar. Melalui pertandingan inovasi ini, matlamat kita bukan hanya mengejar anugerah atau kedudukan, apa yang lebih penting untuk disedari adalah budaya melakukan penambahbaikan berterusan dalam menyampaikan khidmat kepada warga. Kita perlu sedari, bahawa ilmu, kreativiti, inovasi dan teknologi baharu menjadi pra-syarat utama untuk menentukan kejayaan negara di era cabaran Revolusi Perindustrian 4.0. 10. Dan yang lebih penting, kita perlu mengambil iktibar dari firman Allah yang bermaksud; “Yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya (di antara kamu)” (Al-Mulk: 2) Manusia yang mengerti akan hakikat kehidupan dan kematian, akan bekerja keras agar kehidupan dan kematiannya memberi manfaat untuk dirinya dan juga manusia yang lain. Dengan itu, cintailah pekerjaan dan jadikanlah ia sebagai ladang keuntungan di dunia dan akhirat sana. Biarpun kadangkala tidak mendapat pengiktirafan manusia, namun keyakinan kita, suatu masa nanti Allah akan memberi ganjaran dan keadilan atas apa pun pekerjaan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan kepada Allah. 11. Pada tahun 2020 juga, model pembangunan sumber daya insan berasaskan 4Q (Quwwah, Qalb, Qiemah dan Qudwah) telah dikemukakan sebagai kerangka dalam membangunkan bakat UMT. Ia adalah satu kesalingan dengan model Competency Based Talent Management (CBTM) yang telah dimulai sejak awal 2019. Tekad kita adalah untuk melahirkan bakat atau sumber daya insan yang memiliki ilmu, kemahiran, ketrampilan, beriman, bertakwa, berakhlak dan memiliki keutuhan peribadi atau integriti.


8

12. Berbalik kepada pandemik COVID-19 yang masih berlarutan sehingga ke saat ini. Apa yang jelas, pandemik ini bukan sahaja membuka lembaran norma baharu, malah apa yang lebih penting ia mengajar erti kesyukuran yang tinggi. Di saat kita masih bekerja di rumah, kita tetap menerima pendapatan bulanan tanpa apa-apa pengurangan walau sedikit. Sebaliknya, ada masyarakat di luar sana yang terpaksa mengikat perut kerana kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan kerana wabak yang melanda. Marilah kita zahirkan rasa kesyukuran dengan menambahkan ketaatan kepada Allah dan kepatuhan terhadap tanggungjawab dan tugas yang masih kita miliki serta menggandakan prestasi sebagai tanda terima kasih kepada UMT yang kita sayangi. 13. COVID-19 bukan hanya mengesankan institusi pengajian tinggi seperti UMT, malah turut dikongsi bersama oleh rakan UA yang lain. Apa yang lebih memeritkan, ia adalah fenomena global pendidikan tinggi. Misalnya, akhbar The Guardian UK pada 23 April 2020 melaporkan “UK Universities might face £2.5bn tuition fee loss next year if the Government policy on restricting foreign students to UK universities is not reviewed. Even, some UK universities could go bust unless they receive significant government support”. 14. Dengan itu, kita perlu memandang jauh ke hadapan dan bijak merangka dan merencana perancangan serta strategi untuk berhadapan dengan cabaran global COVID-19. MEMANTAPKAN KECEMERLANGAN MENDEPANI 2021 15. Kita perlu terus memantapkan kualiti kerja demi memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada seluruh warga. Kualiti ditakrifkan sebagai character with respect to fitness or grade of excellence (ciri keelokan atau tahap kecemerlangan), sementara kecemerlangan (excellence) pula selalu didefinisikan sebagai a high degree or the highest degree of good qualities (tahap yang tinggi atau tahap tertinggi bagi kualiti yang baik) yang mana kualiti dan kecemerlangan tidak hanya ditentukan oleh teknik pengurusan, tetapi ia amat bergantung dengan faktor kemanusiaan iaitu sikap manusia terhadap pekerjaan. iii

Tambahan pula, kajian empirikal telah membuktikan wujudnya hubungan positif antara modal insan dan prestasi organisasi (Cisneros & Perlines 2018; Agostini, Nosella & Filippini 2017; Nawaz & Haniffa 2017).iv 16. Bagi sesebuah organisasi yang cemerlang, modal insan adalah tunjang utama di mana pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah penambahbaikan kualiti modal insan akan dilaksanakan secara sistematik dan strategik. 17. Covey (2004) menyenaraikan enam faktor yang memberi implikasi terhadap pencapaian kualiti pekerja dalam organisasi: v Kejelasan; Orang bawahan atau pekerja tidak mengetahui dengan jelas keutamaan dan matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi atau negara. Komitmen: Orang bawahan tidak yakin dengan matlamat yang ditetapkan; Terjemahan: Orang bawahan tidak mengetahui perkara yang mereka perlu lakukan secara peribadi untuk membantu organisasi atau negara mencapai matlamat yang ditetapkan; Mengupayakan: Orang bawahan tidak mempunyai sistem, kemudahan, atau struktur yang sesuai untuk melakukan kerja mereka dengan baik; Sinergi; Orang bawahan tidak boleh kerja bersama dengan baik atau mereka tidak mempunyai hubungan yang baik antara mereka; dan Akauntabiliti: Orang bawahan tidak selalu berakauntabiliti antara satu sama lain. 18. Sebagai langkah mengatasi halangan di atas, kita boleh merujuk pandangan Tun Ahmad Sarji yang menyatakan profesional muslim perlu menekankan lima ciri utamavi berikut: Competent dan well-informed; kemampuan untuk mengolah maklumat dan pengetahuan yang banyak dengan ketajaman daya analisisnya dan kemampuan untuk berfikir secara integrative dan conceptual. Ini akan membolehkannya bertindak balas dengan cepat terhadap perkembangan persekitaran. Life-long learning; pembelajaran secara berterusan sepanjang hayat supaya dapat menyesuaikan diri dengan dunia yang berubah dengan dinamik.


9

Berupaya meramal perubahan yang berlaku dan seterusnya berwatak kreatif dan inovatif dalam menangani cabarancabaran baru. Kreativiti itu perlu disertai dengan keberanian untuk bertanggungjawab termasuklah sanggup menghadapi risiko. Di samping mereka perlu mempunyai kepekaan terhadap keadilan sosial dan perpaduan. Memiliki harga diri dan kepercayaan pada diri sendiri berteraskan iman yang kuat. Ini akan memungkinkannya berdaya usaha dan berdaya saing di samping mendorongnya bekerjasama dengan pihak lain. Mampu melakukan ijtihad iaitu menafsirkan ajaran-ajaran agama yang terbukti relevan dengan perkembangan baru abad ke-21. 19. Selain itu, individu pekerja yang mempunyai nilai profesionalisme mampu membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berasaskan sesuatu cara atau fakta yang konkrit melalui pengetahuan, pengalaman dan perbincangan bersama. 20. Manakala (Jeff Ericksen, 2004) menyatakan high realibility workforce adalah pekerja yang tidak boleh bertolak ansur dalam hal-hal yang mengakibatkan kesilapan atau kesalahan dalam bekerja (zero-tolerance for errors) khususnya yang membawa kesan negatif yang besar (termasuk integriti). vii 21. Dari sudut perspektif Islam pula, Islam menganjurkan kesempurnaan (al-itqan), pembaharuan (al-tajdid) dan inovasi (al-ibda) dalam setiap pekerjaan. Menurut Dr. Siddiq Fadzil: “Sebenarmya etika kerja sedemikian adalah sebahagian ciri kekhalifahan dalam erti mandat ketuhanan untuk membangun dan memakmurkan bumi. Kita memerlukan skim H.R.D yang mampu menyegarkan etos dan etika kerja Islam” (BM, 26 Disember 1993). 22. Pembinaan budaya kerja cemerlang membabitkan perubahan sikap manusia daripada buruk kepada baik, negatif kepada positif, daripada malas kepada rajin, daripada lembap kepada cergas, daripada khianat kepada amanah, daripada takbur kepada syukur, daripada gopoh-gapah kepada tertib, daripada selekeh kepada kemas, daripada bebal kepada bijaksana dan seterusnya.viii

23. Dengan itu, sebagai tanda komitmen terhadap kecemerlangan dan penambahbaikan berterusan, tahun 2021 kita mensasarkan pencapaian berikut bagi PTJ Pendaftar; Anugerah Inovasi Terbaik @ PTJ Terbaik; Penganjuran Hari Bersama Pelanggan; Penerbitan 3 kali Buletin Pendaftar (Perspektif); Pelaksanaan sekurang-kurangnya 2 kali Program Pendaftar Prihatin; dan Pengendalian Webinar Sumber Manusia di peringkat serantau/ antarabangsa). 24. Dalam Majlis Amanat Tahun 2021 yang bertemakan “Menginspirasikan Minda, Mendakap Perubahan” YB Menteri Pengajian Tinggi antara lain menyatakan dalam menghadapi cabaran mengekalkan kelestarian pengoperasian universiti; “Kita perlu memastikan sumber yang terhad diuruskan dengan cermat dan cekap. Setiap perbelanjaan yang dibuat hendaklah memenuhi prinsip best value for money bagi memastikan sumber kewangan dan pendanaan universiti kukuh untuk menampung kos operasi, pembangunan dan penyelidikan. Justeru, universiti perlu memaknai kembali semangat asal pemberian autonomi yang diberikan agar input yang dizahirkan memanfaatkan pelbagai pihak.” 25. Menyedari cabaran yang dikemukakan oleh YBM tersebut, bagi mendepani tahun 2021, kita ketengahkan tema “Mengoptimumkan Sumber Daya Insan, Menggandakan Pencapaian”. Tema ini dipilih dengan suatu komitmen bahawa biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran khususnya dari segi kewangan yang memberi implikasi terhadap perkembangan sumber daya insan di seluruh UMT, Pejabat Pendaftar sebagai peneraju pengurusan sumber manusia, perlu menunjukkan satu tekad untuk menjadi PTj teladan yang dapat menggerakkan peranan dan fungsi dalam bilangan sumber manusia yang terhad. 26. Berkaitan kepentingan pengurusan sumber manusia yang cekap walau apa strategi yang dihadapi oleh organisasi, Mike Losey (2005) menyatakan seperti berikut:x


10

“It is by now well settled that whether an organization is operating a cost-minimization strategy or a quality or innovation strategy and whether an empowerment human resource (HR) strategy or instrumentalist HR strategy or a mix of the two-efficacious management of the human resource is largely a critical determinant of its success.” 27. Jelaslah bahawa kejayaan organisasi amat bergantung rapat dengan keberkesanan pekerja organisasi tersebut. Pekerja yang ingin berjaya dan kreatif dalam kerjaya perlu menghadapi cabaran. Cabaran perlu untuk mencapai hasil yang baik dengan masa yang sedikit. Dalam keadaan yang kian mencabar, seseorang pekerja harus memikirkan cara kerja yang lebih bijak kerana pekerjalah merupakan sumber asas bagi menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Sumber daya insan, bakat, modal insan atau apapun istilah yang digunakan, ia merujuk kepada atribut iaitu kualiti, watak dan perwatakan yang dimiliki oleh tenaga kerja dalam organisasi dan keupayaan tenaga kerja itu dalam menyumbang faedah dan keuntungan kepada organisasi (Dimov 2017; Ornek & Ayas 2015; Baron 2011). xii 28. Dengan itu, sebagai langkah merealisasikan matlamat “Mengoptimumkan Sumber Daya Insan, Menggandakan Pencapaian”, dikemukakan initiatif 3S seperti berikut; i. Meningkatkan kemahiran dalam bidang tugas (increase the skills); Berdasarkan laporan Masa Depan Pekerjaan (2018) World Economic Forum (WEF), statistik menunjukkan 75 juta pekerjaan akan digantikan pada tahun 2022 dalam 20 sektor ekonomi utama. Sebaliknya juga, sebanyak 133 juta pekerjaan baru dijangka akan tercipta berdasarkan perkembangan teknologi dan transformasi digital.xiii

Dengan itu, bagi memastikan pekerja dan pekerjaan mereka terus relevan pada masa hadapan, para pekerja era ini perlu sentiasa melakukan proses reskilling dan upskilling secara berterusan. Proses reskilling pekerja adalah proses untuk memperolehi kemahiran baru untuk membolehkan para pekerja mengisi kerja mengikut keperluan baharu yang relevan dan bersesuaian. Ketempangan kemahiran akan membantut pelaksanaan tugas dan perkhidmatan. Reskilling juga bermaksud pembangunan kemahiran tambahan untuk membantu para pekerja dengan peranan baharu. Manakala upskilling pula bermaksud sebagai latihan untuk membolehkan seseorang pekerja menjadi lebih baik dalam melaksanakan tugas yang sedia ada dijalankan. xiv Justeru itu, semua warga perlu mengenalpastikan apakah set latihan atau set kemahiran yang diperlukan untuk mereka melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan. Era internet of thing mendesak kemahiran teknologi digital yang lebih tuntas, di samping tidak mengabaikan kemahiran kemanusian seperti komunikasi dan kepimpinan. Matlamatnya, kita ingin melahirkan subject matter experts dalam pelbagai bidang tugas operasional khususnya dalam kalangan warga bukan akademik di UMT sebagai pelengkap (complement) terhadap kepakaran ahli-ahli akademik di UMT. ii. Bekerja Secara Sistematik Pengertian sistematik adalah segala usaha untuk menguraikan dan merumuskan sesuatu dalam hubungan yang teratur dan logik sehingga membentuk suatu sistem. Sistem kerja yang berkesan digambarkan melalui proses atau peraturan kerja yang jelas dan telus, kawalan dan penyeliaan yang terarah, pematuhan masa dan tempoh yang ditetapkan. Oleh sebab itu seorang profesional harus mampu bekerja secara sistematik agar mereka mencapai hasil kerja yang optimal. Bekerja dengan senang hati dan bukannya bekerja sesuka hati!.


11

iii. Memperkukuhkan kerjasama sesama rakan dalam organisasi (enhance the synergy). Synergy atau kolaborasi sesama ahli organisasi merupakan unsur yang penting di dalam melaksanakan tugas, melahirkan keharmonian, keamanan dan kemesraan di tempat kerja. Selain itu, melalui kerjasama akan meningkatkan hasil dan mutu kerja. Kerjasama dapat dilaksanakan dengan cara menjaga hubungan yang baik dan mempunyai sikap tolong-menolong, bantu membantu, kasih-mengasihi dan hormat menghormati. Di antara ciri bekerjasama ialah melaksanakan tugas secara kolektif, mengutamakan idea secara kolektif yang menjamin kejayaan yang mantap dan mengutamakan mesyuarat dan merujuk kepada pakar dalam hal dan bidang yang rumit (Mustafa 1994: 139). Melalui kerjasama yang ditonjolkan oleh ahli organisasi akan memberi kepuasan kerja kepada seseorang untuk terus bekerja dengan lebih tekun dan bersemangat. Firman Allah di dalam surah Al-Maidah 5:2 yang bermaksud: “. . . dan tolong menolonglah kalian atas kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah tolong menolong atas dosa dan permusuhan. Sesungguhnya azab Allah amatlah pedih”. 29. Adalah menjadi tanggungjawab kepimpinan pengurus sumber manusia atau para penyelia untuk memastikan para pekerja yang diselia dapat bekerjasama dalam organisasi. Dalam konteks kepimpinan pula, seseorang pemimpin dikatakan menggunakan gaya kepimpinan transformasi apabila dia berjaya mengubah sikap orang yang dipimpin, daripada sikap mengutamakan kepimpinan diri sendiri kepada mementingkan kepentingan kelompok. xv

30. Ringkasnya, initiatif 3S ini adalah untuk melahirkan barisan sumber daya insan yang memiliki kemahiran, pengetahuan dan sikap yang boleh membangunkan UMT ke arah kecemerlangan berterusan. Organisation can only grow if the human resources in the organisation have the right attitude, skills dan knowledge to create value from the existing resources.xvi 31. Untuk bekerja ke arah pencapaian sasaran ini, budaya yang kita ingin suburkan dalam kalangan warga Pendaftar adalah seperti berikut: Kepercayaan Bersama: "Kerja Adalah Ibadah" Matlamat Bersama: “Menjangkau Ekpektasi Pelanggan” Nilai: Integriti, Inovatif, Memanfaatkan Kepelbagaian, Semangat, Kecemerlangan Berpasukan Etika: Disiplin & Amanah Persekitaran Bekerja: Sejahtera (Saadah) KHATIMAH 32. Proses transformasi amat bergantung kepada kesediaan setiap warga untuk melakukan penambahbaikan (islah) secara berterusan. Kita perlu melakukan gerakan revolusi insaniah yang total untuk mensucikan hati (purification of the heart), ‘merekacipta semula sikap (reinventing of attitude) dan menyegarkan semula akal budi (rejuvenation of intellect-character) xvii sebagai formula membina barisan sumber daya insan yang cemerlang di UMT. 33. Ayuh kita terus berlumba untuk mengejar dan melakukan kebaikan (fastabiqul khairat) di bumi UMT. Bersama kita harungi cabaran tahun baharu biarpun sekuat mana ombak yang melanda, sekencang mana angin yang menderu, kita tetap utuh berdiri demi Tuhan untuk UMT tercinta!

Zukiferee bin Ibrahim Pendaftar 13 April 2021


12

i. Gillberth Bundan Anak Incham (2020), Ciri-Ciri Petunjuk Prestasi Utama (Kpi) Yang Baik, https://www.researchgate.net ii. Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Ahmad Sunawari Long & Nozira Salleh, Masitah Idris, (2019), Kualiti Kerja dalam Organisasi: Tinjauan dari Perspektif Pengurusan Islam, International Journal of Islamic Thought, http://www.ukm.my/ijit/volume-15-june-2019/ iii. Siddiq Fadhil (1992), Islam dan Budaya Kerja Cemerlang, Minda Melayu Baru, Institut Kajian Dasar iv. Ibid i, ms. 9 v. Covey, S.R. (2004), The 8th Habits; From Effectiveness to Greatness, New Work: Free Press vi. Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, 1994, “Penafsiran Semula Peranan Ahli Profesional Muslim Abad Ke21”. Ucapan Ketua Setiausaha Negara, 25 Januari 1994), h.1. vii. J Ericksen, L Dyer, (2005), The International Journal of Human Resource Management, “Towards a Strategic Human Resource Management Model of High Reliability Organization Performance” viii. Ahmad Mohamad Said, Khalidah Salekan (2007), Pembangunan Insan Aspirasi dan Realiti, Kolej Dar Hikmah, m.s 96

x. Mike Losey, Dave Ulrich, Sue Meisinger (Editors) (2005), The Future of Human Resource Management: 64 Thought Leaders Explore the Critical HR Issues of Today and Tomorrow, Society for Human Resource Management USA and John Wiley & Sons, Hoboken NJ, ixi. Sabitha Marican (1996), Pengurusan Masalah dan Penyelesaian, Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd. ms 45 xii. Zafir Khan Mohamed Makhbul & Mohd Nazmy Abd Latif (2019), Mengurus Modal Insan Dalam Industri 4.0 Ke Arah Kecemerlangan Negara, Journal of Social Sciences and Humanity, UKM, Vol. 16. No.6 (1-13), ms. 3 xiii. Ibid no i xiv. Reanna Mardinger (2021), The importance of Upskilling and Reskilling During Covid-19, https://www.docebo.com/blog/upskill-reskillemployees-covid-19/ xv. Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (1998), Komunikasi Untuk Pemimpin, Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd., m.s 36 xvi. Dr Ahmad Rahman Songip, (2018), Break the Pattern, The Science of Transformational Value Creation, Powered By black card Books, m.s 12 xvii. Wan Liz Ozman Wan Omar, 1996, Pengurusan Islam Abad Ke-21, Utusan Malaysia, m.s 23

ix. YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi (2021), Teks Perutusan Sempena Majlis Amanat YB MPT Tahun 2021, 7 Januari 2021

“Kehidupan itu laksana lautan. Orang yang tiada berhati-hati dalam mengayuh perahu, memegang kemudi dan menjaga layar, maka karamlah ia digulung oleh ombak dan gelombang. Hilang di tengah samudera yang luas. Tiada akan tercapai olehnya tanah tepi.” (Bapak Hamka)


13

298 STAF UMT TERIMA PENGIKTIRAFAN UNIVERSITI oleh: Abdullah Syukri bin M. Saleh

Seramai 298 orang staf UMT telah diraikan dalam Majlis Anugerah Tahunan (MAT) Tahun 2021 yang telah diadakan pada 11 April 2021 bertempat di Dewan Sultan Mizan UMT. Mereka telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan atas kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam pelbagai bidang di sepanjang tahun 2020. Pengiktirafan ini juga merupakan satu manifestasi keprihatinan UMT terhadap staf yang berkualiti, dinamik dan berprestasi tinggi yang unggul mencapai ekspektasi tugasan yang telah diamanahkan. “UMT memberikan pengiktirafan kepada 298 orang staf atas sumbangan mereka yang cemerlang pada tahun 2020 iaitu 136 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 5 penerima Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang (AKPC) daripada kalangan Ketua Pusat Tanggungjawab, 55 penerima Anugerah Safety First, 51 penerima Anugerah Khas Naib Canselor (AKNC), 20 pesara dan 31 penerima Anugerah Julangan Bakat”, kata Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor UMT dalam majlis MAT2021. Menurut Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni lagi, tema MAT2021 adalah “Semurni Jiwa, Secekal Hati”. Ia melambangkan prinsip warga UMT yang sentiasa prihatin dan komited dalam mengurus tugasan masing-masing terutamanya semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana COVID-19 pada tahun 2020. Malah ia juga mencerminkan semangat kerja berpasukan, sikap saling hormat-menghormati sesama insan, meraikan kepelbagaian, toleransi dan memupuk kesatuan dalam menjayakan matlamat UMT.


14

Selain itu, beliau meminta staf UMT untuk lebih tangkas dan proaktif dalam mendepani cabaran semasa sektor pendidikan tinggi. Beliau menyarankan agar penggunaan teknologi dan ICT mesti diaplikasikan secara optimum dalam setiap penyampaian perkhidmatan terutamanya proses pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain urusan pentadbiran Universiti. Ahli akademik perlu meningkatkan profesion mereka serta memberi nilai tambah kepada pelajar dengan mempelbagaikan kaedah PdP seperti kandungan topik yang interaktif diikuti dengan aktiviti kuiz, penyelesaian masalah dan penghasilan inovasi dalam bidang berkaitan. Semua staf juga perlu sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain dan bersedia untuk menghasilkan produktiviti cemerlang dan kreatif pada setiap masa dan ketika. MAT2021 telah menyaksikan Prof. Madya Dr. Hafiza Aishah binti Hashim daripada Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Akademik Muda.


15

Bil

Nama Anugerah

1.

Anugerah Kepimpinan Akademik Muda

Prof. Madya Dr. Hafiza Aishah binti Hashim, FPEPS

2.

Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran (Pensyarah Senior)

Prof. Madya Dr. Azizul Yadi bin Yaakob, FPEPS

3.

Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran (Pensyarah Muda) - Kelompok Sains Tulen

Dr. Shalela binti Mohd Mahali, FTKKI

4.

Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran (Pensyarah Muda) - Kelompok Sains Gunaan

Dr. Melissa Beata Martin, FSSM

5.

Anugerah Pemindahan Teknologi

Prof. Madya Chm. Dr. Mohd Zul Helmi bin Rozaini, IMB

6.

Anugerah Pemindahan Ilmu

Ts. Dr. Azizah binti Mahmood, FPSM

7.

Anugerah Makalah Terbaik Dalam JSSM

8.

Anugerah Makalah Terbaik Dalam JBSD

9.

Anugerah Buku Ilmiah Terbaik UMT (Sains Tulen)

10. Anugerah Buku Ilmiah Terbaik UMT (Sains Sosial)

Nama Penerima

Tajuk: “Effect of Thermo-Photocatalytic Process Using ZincOxide on Degradation of Macro/Micro Plastic in Aqveous Environment” Penulis: Dr. Wan Rafizah Wan Abdullah, Dr. Nurul Ashraf Razali, Nurafiqah Mohd Zikir Tajuk: “Humour by Malaysian Japanese-Speaking Tour Guides During Tour Session In Cross-Cultural Context” Penulis: Dr. Roswati Abdul Rashid, Dr. Radhiah Ismail, Zanjabila Nudin, Prof. Madya Dr. Roslina Mamat Tajuk: “Malaysian Seaport System First Edition” Penulis: Dr. Jagan Jeevan, FPM Tajuk: “Parliament And Deliberative Practices Malaysia Under Barisan Nasional” Penulis: Dr. Nazli bin Aziz, FPEPS

11.

Anugerah Penerbitan Penyelidikan (Sains Tulen)

Tajuk: “Development of Formaldehyde-free Bio Board Produced from Mushroom Mycelium and Substrate Waste” Journal: Hazardous Materials Penulis: Prof. Madya Ts. Dr. Ma Nyuk Ling, FSSM

12.

Anugerah Penerbitan Penyelidikan (Sains Gunaan)

Tajuk: “Total Vulnerability of the Littoral Zone to Climate Changedriven Natural Hazards in North Brittany, France” Journal: Science of the Total Environment Penulis: Dr. Effi Helmy bin Ariffin, FSSM

13.

Anugerah Penerbitan Penyelidikan (Sains Sosial)

Tajuk: “Pathways towards Sustainability in Manufacturing Organizations : Empirical Evidence on the Role Green Human Resources Management” Journal: Business Strategy and the Environment Penulis: Prof. Madya Dr. Yusliza binti Che Awang @ Mohd Yusoff, FPEPS

14.

Anugerah Bakat Cemerlang (Pengurusan dan Profesional - Pengurusan dan Perkhidmatan)

Encik Syed Mohammad Helmy bin Md Akhir Pustakawan Kanan, PSNZ

15.

Anugerah Bakat Cemerlang (Pengurusan dan Profesional - Teknikal)

Encik Izhar bin Mohd Mustaat Pegawai Sains Kanan, Pusat Latihan Pelayaran

16.

Anugerah Bakat Cemerlang (Pelaksana Pengurusan dan Perkhidmatan)

Puan Siti Khadijah binti Harun Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, PISM


16

Bil 17.

Nama Anugerah Anugerah Bakat Harapan (Pengurusan dan Profesional - Teknikal)

18. Anugerah Bakat Harapan (Pelaksana Teknikal) 19. Anugerah Pengurusan Pusat Tanggungjawab Terbaik (Akademik dan Penyelidikan)

Nama Penerima Puan Amyra Suryatie binti Kamaruzzan Pegawai Sains, AKUATROP Encik Ahmad Najmi bin Ishak Penolong Pegawai Sains, AKUATROP Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP)

20. Anugerah Pengurusan Pusat Tanggungjawab Terbaik (Pengurusan dan Perkhidmatan)

Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum (PPHK)

21. Anugerah Kualiti Terbaik

Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ)

22. Anugerah Khidmat Komuniti Cemerlang

Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) Projek : Program Keusahawanan Cendawan Tiram Pasca COVID-19 UMT

23. Anugerah Inovasi Pengurusan Terbaik

Pusat Latihan Pelayaran Inovasi : “Sail From Home”

24. Anugerah Kecemerlangan Sukan (Olahragawan)

Encik Mohd Syukur bin Saad Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum (PPHK) Sukan : Tennis


17


18

PENDAFTAR BERSAMA WARGA P&P SKIM N oleh: Shahrul Jama bin Othman

Bagi memastikan tema “Mengoptimumkan Sumber Daya Insan, Menggandakan Pencapaian” yang ditetap oleh Pendaftar pada tahun 2021 dihayati dan difahami bersama, satu sesi khas Pendaftar bersama warga pegawai pengurusan dan profesional skim N telah diadakan pada 20 Jun 2021. Seramai 80 pegawai yang terdiri daripada Pegawai Tadbir, Pegawai Penyelidik Sosial dan Pegawai Penerbit telah menghadiri sesi ini. Selain berkongsi mengenai aspirasi tahun 2021, pelbagai maklum balas dan cadangan penambahbaikan telah diutarakan oleh para pegawai bagi memantapkan lagi pengurusan dan tadbir urus mengikut kefungsian masing-masing. Sesi seumpama ini juga akan diadakan secara berfasa kepada pentadbir selain skim N dan pentadbir kumpulan pelaksana.


19

SIRI TAKLIMAT DAN BENGKEL MYPORTFOLIO: PANDUAN KERJA PEGAWAI UMT oleh: Shahrul Jama bin Othman

Kerajaan melalui Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 4 Tahun 2018 – myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam. Dokumen myPortfolio ini merupakan dokumen rasmi yang menjadi rujukan dan panduan dalam melaksanakan tugas di sesebuah organisasi. Pewartaan myPortfolio ini juga telah menggantikan Fail Meja (FM) dan Manual Prosedur Kerja (MPK) yang telah digunakan sebelum ini. Menyedari kepentingan myPortfolio untuk semua staf, Pejabat Pendaftar mengambil inisiatif mengadakan taklimat dan tiga siri bengkel penyediaan myPortfolio melibatkan wakil semua pusat tanggungjawab (PTj) di UMT dan dikendalikan oleh fasilitator jemputan luar.

Siri latihan myPortfolio bermula dengan sesi taklimat secara maya pada 10 Mac 2021 oleh Puan Aisyah binti Abd Rahman yang merupakan pakar rujuk khususnya dalam penyediaan myPortfolio. Beliau yang pernah berkhidmat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) merupakan antara pelopor yang membangunkan myPortfolio bersamasama MAMPU. Sesi taklimat ini merupakan pengenalan dan pendedahan awal kepada staf UMT sebelum bengkel penyediaan myPortfolio diadakan. Komitmen tinggi ditunjukkan oleh staf UMT melalui penyertaan seramai 247 orang staf yang mengikuti taklimat selama dua jam ini.


20

Bengkel Penyediaan myPortfolio UMT pula telah diadakan melalui tiga siri melibatkan wakil-wakil setiap PTj yang terdiri daripada pegawaipegawai pelbagai skim dan gred perkhidmatan. Matlamat penganjuran bengkel ini ialah menghasilkan dokumen myPortfolio yang lengkap dan tuntas serta perlu dimiliki oleh setiap individu staf. Selain itu, ia juga bertujuan melatih wakil-wakil PTj yang hadir untuk membimbing rakanrakan lain dalam penyediaan myPortfolio. Ketiga-tiga siri bengkel ini juga dikendalikan oleh Puan Aisyah dan turut dibantu oleh seorang fasilitator iaitu Puan Azizah binti Ramli. Beliau juga merupakan salah seorang pelopor dalam penyediaan myPortfolio.

Bertempat di Bilik Seminar, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS), Bengkel siri pertama telah diadakan pada 23-24 Mac 2021 melibatkan 30 orang peserta mewakili 10 PTj. Bengkel siri kedua pula telah diadakan pada 4-5 April 2021 dengan penglibatan 48 orang peserta mewakili 16 PTj. Manakala bengkel siri ketiga telah diadakan pada 6-7 April 2021 dengan kehadiran seramai 33 orang peserta daripada 11 PTj. Para peserta bengkel didedahkan dengan tatacara dan kaedah yang betul dalam penyediaan dokumendokumen yang terkandung dalam myPortfolio. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan komponen utama seperti fungsi, aktiviti-aktiviti bagi fungsi, deskripsi tugas dan sekurang-kurangnya satu proses kerja lengkap merangkumi carta alir dan senarai semak bagi setiap aktiviti. UMT mensasarkan setiap staf melengkapkan myPortfolio masing-masing menjelang akhir tahun 2021.


21


22

UMT PIMPIN: DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN oleh: Norhafizah binti Mohd Suib

Program UMT Pimpin merupakan program anjuran Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi (PPBI) dan Unit Integiriti yang dirangka khusus bagi kelompok pelapis kepimpinan UMT dan juga Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj) UMT. Program UMT Pimpin dengan tema “Dipimpin Untuk Memimpin” ini diadakan bertujuan menganalisis dasar dan teras pengurusan etika dan integriti dalam organisasi, membudayakan makna ilmu, adab (disiplin diri) dan kemahiran bagi memastikan pengamalan kepimpinan yang berintegriti dalam tadbir urus serta meningkatkan kesedaran peradaban ilmu dalam organisasi. UMT melalui PPBI telah merangka beberapa modul latihan kepimpinan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan warga UMT yang memegang jawatan pentadbiran. Program ini merupakan salah satu daripada beberapa inisiatif yang dilaksanakan oleh UMT dalam memperkasakan barisan kepimpinan di UMT. Program yang mengandungi enam modul ini telah disampaikan oleh Dr. Mohd Nizam Mohd Ali, Pakar Rujuk Integriti UMT dan telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Hj Mokhtar, Naib Canselor UMT pada 18 Januari 2021. Program yang bermula 26 Januari 2021 dan berakhir pada 31 Mac 2021 ini telah disertai seramai 40 orang staf yang terdiri daripada staf bukan akademik gred 48 ke atas, Ketua Bidang/Ketua Unit, Timbalan Dekan/Pengarah dan Ketua PTj.


23

Program ini berbeza dengan program kepimpinan yang lain kerana ia memberi tumpuan kepada aspek mengenal diri bagi tujuan memimpin diri sendiri sebelum memimpin orang lain. Aspek ini sangat penting bagi memberi kefahamaan kepada diri pemimpin tentang matlamat dan tujuan memimpin. Ini adalah bagi melahirkan pemimpin yang lebih beretika dan berintegriti. Kandungan program juga tertumpu kepada makna dan konsep ilmu, asas etika dalam kepimpinan dan nilai kompetensi/kecekapan pemimpin yang berasaskan kepada buku The ICLIF Leadership Competency Model (LCM) : An Islamic Alternative. Buku karya Prof. Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Prof. Dr. Wan Mohd Nor bin Wan Daud ini turut menjadi rujukan beberapa agensi dalam melatih pengurusan tertinggi mereka dalam aspek kepimpinan. Selain daripada itu, para peserta program juga turut membincangkan empat kajian kes yang melibatkan tokoh terkemuka yang menjadi contoh terbaik dari aspek nilai kepimpinan seorang pemimpin. Di dalam program ini, peserta juga diberikan tugasan dan hasil tugasan ini akan dibentangkan di dalam satu seminar kepimpinan yang bakal diadakan pada hujung tahun 2021. Pihak PPBI berharap agar program ini dapat memberi panduan dan manfaat kepada pelapis kepimpinan UMT untuk menjadi pemimpin yang berintegriti dan seterusnya mempunyai kompetensi kepimpinan yang tinggi.


24

TERAPI WARNA DALAM PENGURUSAN STRES oleh: Wan Nor Ahmad Syaifuddin bin Wan Norazmi

Stres merupakan desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan peristiwa yang berlaku pada mereka. Apa jua keadaan atau situasi yang mengancam atau dianggap mengganggu keadaan diri seseorang. Stres menyebabkan individu memerlukan keupayaan dan cara untuk menghadapinya. Pada 19 April 2021, warga UMT telah disajikan dengan satu program yang memberikan pencerahan dalam menguruskan stres. Program yang berlangsung secara maya selama dua jam ini telah dihadiri seramai lebih 300 peserta melibatkan warga UMT. Program ini diserikan oleh panel yang dijemput khas dari Universiti Putra Malaysia, Puan Siti Fatimah Abd Ghani melalui kerjasama antara AKRAB, Pejabat Pendaftar dan PPBI. Melalui program ini, para peserta telah diberikan info mengenai pengurusan stres melalui kaedah Terapi Warna, pengurusan stres terhadap diri, keluarga dan rakan organisasi. Semoga program ini dapat meningkatkan lagi kefahaman warga UMT dalam aspek pengurusan stres.


25


26

PREJUDIS KESIHATAN MENTAL DALAM ORGANISASI oleh: Wan Nor Ahmad Syaifuddin bin Wan Norazmi

Kesihatan mental adalah keadaan kesejahteraan di mana individu menyedari keupayaannya sendiri, dapat mengatasi tekanan normal kehidupan, dapat bekerja dengan produktif dan bermanfaat, dan mampu memberi sumbangan kepada komuniti (Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)). Melihat kepada kepentingan ilmu dalam kesihatan mental, satu program kerjasama antara AKRAB, Pejabat Pendaftar dan PPBI telah diadakan melalui aplikasi Webex bersama warga UMT pada 22 April 2021. Dikendalikan oleh Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak yang merupakan Pakar Psikiatri Hospital Shah Alam, program ini berjaya menarik minat dan penyertaan seramai hampir 300 orang warga UMT. Antara input yang telah dikongsikan bersama dalam program ini ialah trend dan isu kesihatan mental, cabaran pesakit mental dan cara menanganinya serta peranan rakan sekerja dalam menangani isu kesihatan mental di organisasi supaya dapat membina kesedaran dan empati dalam diri setiap warga UMT terhadap isu kesihatan mental.


27


28

PENILAIAN RISIKO & PELEPASAN ISOLASI KENDIRI PELAJAR KEMBALI KE KAMPUS oleh: Dr. Mas Aida binti Zaiton

Saringan dan Penilaian Risiko COVID-19 Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah menjalankan Saringan dan Penilaian Risiko COVID-19 kepada pelajar setibanya mereka di kampus bermula 1 Mac 2021 hingga 8 Mac 2021 untuk mengenalpasti pelajar yang berisiko dan bergejala jangkitan COVID-19 . Proses ini penting bagi tujuan pengasingan dan rawatan awal. Proses saringan dan penilaian risiko dijalankan secara pandu lalu (drive thru) di perkarangan Dewan Sultan Mizan (DSM). Sebanyak lima buah khemah saringan disediakan. Proses ini turut dibantu oleh kakitangan keselamatan bagi tujuan kawalan trafik. Setiap pelajar yang hadir perlu memakai pelitup muka dan mengemukakan borang deklarasi kesihatan kepada petugas kesihatan. Imbasan suhu dilakukan, borang deklarasi kesihatan pelajar disemak dan penilaian risiko dilakukan. Pelajar yang melepasi saringan akan dipakaikan gelang serta diberikan Kit Isolasi Kendiri. Pelajar seterusnya perlu ke kolej kediaman bagi urusan penempatan bilik isolasi. Bagi pelajar yang didapati berisiko atau bergejala, pelajar akan diasingkan dan dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan bagi tujuan penilaian lanjut.


29

Isolasi Kendiri

Pelepasan Isolasi Kendiri

Pelajar perlu menjalani tempoh isolasi kendiri selama 10 hari. Sepanjang tempoh tersebut, pemantauan tahap kesihatan pelajar dilakukan secara atas talian melalui aplikasi My3K. Sekiranya pelajar didapati bergejala dalam tempoh isolasi, pelajar akan dirawat dan dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari bilik atau blok asrama. Pelajar juga tidak dibenarkan menerima tetamu sepanjang tempoh isolasi. Kemudahan perkhidmatan pesanan makanan diuruskan oleh pihak I-CREATE UMT.

Proses pelepasan isolasi kendiri dilakukan oleh petugas kesihatan PKU di Kolej Kediaman pada hari ke-11 isolasi. Pelajar dikehendaki mengemukakan rekod deklarasi kesihatan 10 hari melalui aplikasi My3K kepada petugas bagi tujuan verifikasi dan semakan. Gelang isolasi akan dipotong dan pelajar akan diberikan kad pelepasan isolasi sebagai menandakan tamat tempoh isolasi. Bagi pelajar bukan penghuni Kolej Kediaman, mereka akan dibenarkan kembali ke rumah sewa masing-masing manakala bagi pelajar penghuni asrama, mereka akan kekal berada di kolej kediaman. Sehingga 8 April 2021, seramai 1,454 orang pelajar yang mendaftar telah tamat menjalani isolasi kendiri.


30

RONDAAN BLOK ISOLASI PELAJAR DALAM NORMA BAHARU DEMI KELESTARIAN WARGA KAMPUS oleh: Muhammad Fakhrurazi bin Kamaruddin

16 Mei 2021 merupakan tarikh bermulanya kemasukan semula pelajar selepas habis bercuti sempena menyambut Hari Raya Aidilfiri. Menjadi rutin norma baharu apabila semua pelajar yang pulang semula ke kampus perlu menjalani saringan kesihatan dan perlu isolasi kendiri di blok isolasi yang telah disediakan oleh pihak kolej kediaman. Perkara ini juga selari dengan arahan Prosedur Operasi Standad (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pelajar yang pulang ke kampus perlu menjalani isolasi selama 10 hari di blok isolasi bagi memastikan mereka tidak mempunyai gejala atau simpton COVID-19 selepas kembali dari kampung masing-masing. Sepanjang tempoh isolasi, pelajar akan dipakaikan gelang berwarna merah dan tidak dibenarkan merayau-rayau atau keluar dari parameter yang ditetapkan. Bagi memastikan pematuhan isolasi berada pada tahap tertinggi, pihak Keselamatan dengan kerjasama Badan Uniform, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JKPKK) dan sukarelawan fakulti melakukan kawalan rondaan 24 jam mengikut jadual atau syif rondaan secara bergilir-gilir.

Keperluan rondaan isolasi ini sangat penting bagi memastikan pelajar yang pulang ke UMT benar-benar sihat dan bebas dari COVID-19 serta memastikan tiada pelajar yang menjadi pembawa virus tanpa sedar. Pihak Keselamatan sangat berbesar hati apabila menerima sukarelawan dari Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM) untuk turut serta melakukan rondaan blok isolasi. Sepanjang rondaan dijalankan, terdapat tujuh kes pelanggaran isolasi oleh pelajar telah dilaporkan dan dilakukan siasatan seterusnya dimajukan ke Bahagian Undang-Undang untuk tindakan selanjutnya. Secara keseluruhannya rondaan isolasi ini sangat membantu dalam memastikan pelajar isolasi mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh pihak pengurusan UMT dan diharapkan dapat membendung penularan COVID-19 dalam kalangan warga UMT.


31


32

PENGENALAN TERHADAP KONSEP KOMPETENSI DI UMT oleh: Ahmad Nazri bin Abdullah

Pengurusan bakat berasaskan kompetensi (CBTM) merupakan salah satu mekanisme ataupun instrumen yang digunapakai oleh sesuatu organisasi dalam mengurus dan membangunkan sumber manusia. Fokus utama CBTM adalah bagi memastikan setiap staf mempunyai kompetensi yang relevan dan berfokus bagi menyokong kemampanan dan pembangunan sesuatu organisasi dalam mencapai sasaran dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Konsep CBTM ini telah lama diamalkan oleh organisasi-organisasi swasta di Malaysia dan kini konsep tersebut cuba dilaksanakan di dalam perkhidmatan awam terutama di universiti-universiti awam. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah memulakan inisiatif pembangunan CBTM pada tahun 2018 setelah melihat impak positif pelaksanaan CBTM di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Konsep Kompetensi Kompetensi adalah satu corak perkembangan yang meliputi pengetahuan, kemahiran, keupayaan, kelakuan atau tingkah laku yang diperlukan oleh seseorang individu dalam membuat dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sepertimana fungsi dan tanggungjawab yang telah ditetapkan/digariskan oleh organisasi dengan jayanya. Elemen di dalam kompetensi boleh dibahagi kepada dua komponen utama iaitu kompetensi yang boleh dilihat dan diukur dengan mudah dan kompetensi yang tersembunyi dan sukar untuk diukur. Kompetensi yang boleh dizahirkan dan diukur secara objektif adalah komponen pengetahuan dan kemahiran (knowledge and skill) yang mana komponen-komponen ini mudah untuk diukur, diubah dan dikembangkan.

Manakala kompetensi yang tersembunyi dan bersifat subjektif meliputi komponen kelakuan, sikap dan kepercayaan (behavior, attitudes and believes) yang mana komponen ini adalah sukar untuk diukur, diubah dan dikembangkan. Graber & Rothwell (2016) menyatakan bahawa “Competencies are an important tool, much like a compass, to find direction in attracting, developing, retraining, and positioning the best, most productive and promotable people”. Himpunan keseluruhan komponen-komponen ini akan menjadikan seseorang individu menjadi kompeten atau berkebolehan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Kerangka pengurusan bakat berasaskan kompetensi telah dibangunkan bagi menyokong dan memacu pembangunan kompetensi di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) agar kompetensi ini dapat dihayati dan diamalkan oleh semua staf. Pengkelasan Kompetensi di UMT UMT menerusi Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi (PPBI) telah memulakan inisiatif bagi membangunkan kompetensi di UMT bermula tahun 2019. Kompetensi untuk warga UMT dikelaskan kepada tiga kategori iaitu Kompetensi Teras, Kompetensi Kefungsian dan Kompetensi Kepimpinan.


33

Kompetensi Teras Ia merujuk kepada himpunan nilai sejagat yang menjadi wajah organisasi yang dibangunkan mengikut acuan UMT berdasarkan visi, misi dan pelan strategik UMT. Kompetensi teras ini perlu ada pada setiap staf tanpa mengira skim, jawatan dan gred. Kompetensi ini mempunyai elemen penghayatan dan penyematan nilai, etika profesionalisma dan pegangan warga bagi menanamkan rasa keempunyaan universiti serta memupuk budaya kerja beretika dan cemerlang. Rajah memaparkan Kompetensi Teras UMT yang perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap staf. Kompetensi Kefungsian Ia merujuk kepada kompetensi yang dibangunkan berdasarkan fungsian staf mengikut skim, jawatan dan gred. Kompetensi ini dibangunkan bagi membantu staf mempunyai set pengetahuan, kemahiran dan tingkahlaku yang bersesuaian untuk sesuatu jawatan di universiti. UMT mempunyai 16 skim perkhidmatan yang meliputi dua skim perkhidmatan yang terlibat secara langsung dengan pengajaran dan pembelajaran yang dikenali sebagai Pegawai Akademik dan 14 skim perkhidmatan yang menyokong pengajaran dan pembelajaran yang dikenali sebagi Pegawai Sokongan Akademik. Rajah memaparkan struktur kompetensi kefungsian UMT yang perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap staf. Kompetensi Kepimpinan Ia merujuk kepada kompetensi yang dibangunkan berdasarkan keperluan universiti di dalam pengukur tahap kebolehan memimpin dan kesediaan staf UMT untuk dilantik sebagai pemimpin. Kompetensi ini menyediakan set pengetahuan, kemahiran dan tingkahlaku yang bersesuaian bagi jawatan pentadbiran mengikut kategori jawatan pentadbiran (Job Family). Sebanyak tiga peringkat jawatan pentadbiran ditetapkan iaitu Jawatan pentadbiran Strategik (Pegawai Utama), Ketua Pusat Tanggungjawab (Pegawai Kanan) dan pengurusan pertengahan (peringkat Timbalan/Ketua Jabatan/Ketua Bidang/Ketua Bahagian).


34

Struktur Kompetensi UMT

Kamus Kompetensi

Setiap jawatan yang ada di UMT akan dipadankan dengan kompetensi tertentu melalui pemetaan kompetensi berdasarkan senarai tugas, tanggungjawab dan deskripi tugas (Job Description - JD) bagi sesuatu jawatan. Kompetensi bagi setiap staf akan dibangunkan mengikut JD serta skim kefungsian dan jawatan. Setiap staf akan mempunyai dua jenis kompetensi iaitu : Kompetensi Teras. Ia merujuk kepada kompetensi asas yang dibangunkan mengikut acuan UMT berdasarkan visi, misi dan pelan strategik UMT. Kompetensi ini merupakan kompetensi umum yang perlu ada pada setiap staf tanpa mengira skim, jawatan dan gred. Kompetensi Kefungsian. Ia merujuk kepada kompetensi yang dibangunkan berdasarkan kefungsian staf mengikut skim, jawatan dan gred.

Kamus kompetensi merupakan bahan rujukan utama dalam memahami kompetensi yang dibangunkan dan telah dipadankan kepada setiap staf. Jika sebelum ini, kompetensi sukar difahami kerana tiada struktur atau rujukan utama dalam memahami komponen kompetensi, kamus kompetensi akan membantu menyelesaikan masalah tersebut. Kamus kompetensi akan mengandungi maklumat/elemen berikut: Nama kompetensi (Competency Name) Definasi Kompetensi (Competency Defination) Tahap kompetensi (Competency Level) Kelakuan kompetensi (Competency Behavior)

Tahap kompetensi akan digunakan dalam mengukur kompetensi bagi seseorang staf berdasarkan kelakuan kompetensi yang telah dinyatakan. Pengkelasan tahap kompetensi adalah seperti berikut: 1 Tahap Asas (Novice) Pada tahap ini, staf mempunyai pengetahuan mengenai sesuatu kompetensi tetapi memerlukan seliaan dan bimbingan untuk mengaplikasi kompetensi tersebut dalam situasi mudah. Latihan pada tahap asas memberikan kefahaman Ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang secukupnya untuk membolehkan staf melaksanakan tugas dalam standard yang ditetapkan, sekurang-kurangnya pada tahap diri sendiri.

22

3

Tahap Boleh diharapkan atau cekap (Qualified)

Tahap Mahir (Proficient)

Tahap Pakar (Expert)

Pada tahap ini, seseorang staf mempunyai pengetahuan mendalam mengenai sesuatu kompetensi dan boleh mengaplikasikan kompetensi tersebut dalam situasi mencabar. Latihan pada tahap ini akan membantu staf untuk melaksanakan tanggungjawab dan tugasan yang diberikan, mampu membantu kakitangan dan rakan sebaya yang lain untuk membuat tugasan sekurang-kurangnya di peringkat jabatan.

Pada tahap ini, seseorang staf mempunyai pengetahuan tinggi mengenai sesuatu kompetensi, mampu mengaplikasikan kompetensi tersebut dalam situasi yang kompleks, dan mempunyai keupayaan untuk menghasilkan produk, alatan, kaedah dan sebagainya yang berkaitan dengan kompetensi berkenaan. Latihan yang diberikan pada tahap ini akan membantu staf menjadi pembimbing atau ‘coach’, menjadi tempat rujukan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat dalam sesuatu bidang. Pada tahap pakar, seseorang staf boleh diangkat sebagai Subject Matter Expert.

Pada tahap ini, seseorang staf mempunyai pengetahuan mengenai sesuatu kompetensi dan mampu mengaplikasikan kompetensi tersebut dalam situasi rutin atau mudah tanpa seliaan dan bimbingan. Latihan pada tahap ini boleh mengaplikasi sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran, dan berupaya untuk berkongsi dengan orang lain dalam kumpulan atau unit atau seksyen.

4

Melalui pengukuran kompetensi ini, UMT boleh memfokuskan pembangunan kompetensi staf dengan lebih berfokus, tersusun serta sistematik menggunapakai strategi-strategi yang telah dilaksanakan di dalam pembangunan dan latihan staf iaitu sama ada menggunakan pendekatan pembelajaran formal, pembelajaran sosial atau pembelajaran melalui tugasan.


35

KESELAMATAN DOKUMEN oleh: Zahirah binti A Razak

Jemaah Menteri telah mengeluarkan “Buku Arahan Keselamatan” bertujuan untuk menjamin kawalan keselamatan berterusan, memastikan Rahsia Kerajaan tidak jatuh ke tangan kuasa asing dan memastikan Rahsia Kerajaan tidak jatuh kepada orang yang ingin mencari faedah kewangan. Salah satu kandungan utama yang digariskan dalam “Buku Arahan Keselamatan” adalah Keselamatan Perlindungan Dokumen dan Maklumat dari ancaman keselamatan. Ancaman keselamatan boleh dipecahkan kepada beberapa bentuk, antaranya adalah:

Dokumen rasmi merupakan apa-apa jenis maklumat yang tercatat berkenaan perkara-perkara rasmi termasuk:Perkara yang bertulis, bertaip, bertulis trengkas, disalin, berstensil dan bercetak juga draf dan buangan perkara itu. Fotograf, foto salinan, pelan cetak, negatif foto, filem, jalur suara dan rakaman. Pelan, pelan lakar, lukisan, gambarajah, peta dan anika jenis carta. Huruf cetak, huruf cetak atur, blok litografer, acuan, stensel, dan lainlain yang digunakan untuk membuat dokumen-dokumen rasmi.

SUBVERSIF

ESPIONAJ

Kegiatan yang dijalankan oleh Individu atau Pertubuhan menggunakan cara yang salah di sisi undang-undang atau perlembagaan bermaksud untuk menghancur dan membinasakan ketenteraman dengan cara meracuni pemikiran rakyat supaya menggulingkan kerajaan

Kegiatan untuk memperolehi perkara terperingkat secara tersembunyi dan salah di sisi undang-undang bagi tujuan yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara meliputi politik, ekonomi, sosial, saintifik, industri, ketenteraan dan perdagangan

SABOTAJ

KELEMAHAN MANUSIA

PELAMPAU

Suatu perbuatan bertujuan untuk mendatangkan kerosakan fizikal untuk kepentingan sesebuah kuasa asing atau mencapai suatu matlamat politik yang subversif. Sabotaj boleh dilakukan pada masa aman atau perang.

Keinginan menunjuk-nunjuk; Kecuaian; Tidak cermat dan sebagainya yang mungkin kesudahannya menyebabkan perkara rasmi diketahui oleh pihak yang tidak diberi kebenaran.

Sesuatu kegiatan yang radikal atau melampaui batas dan bertentangan dengan undangundang negara, menimbulkan masalah kepada unsur-unsur keselamatan dan ketenteraman awam.

Sehubungan itu, bagi membendung daripada ancaman-ancaman tersebut, kawalan ke atas dokumen rahsia rasmi dan dokumen rasmi daripada pendedahan atau penglihatan tanpa kebenaran adalah sangat penting bagi memastikan keselamatan dokumen terjamin.


36

Keselamatan dokumen dalam konteks “Buku Arahan Keselamatan” ini adalah Dokumen Terperingkat. Berikut adalah tatacara keselamatan yang perlu dilaksanakan dalam menguruskan Dokumen Terperingkat:

Dokumen rasmi dipecahkan kepada dua jenis iaitu: Dokumen Terperingkat - Dokumen Rasmi yang mengandungi maklumat rasmi terperingkat dan ditanda dengan peringkat keselamatannya dengan sesuatu peringkat keselamatan sama ada ‘Rahsia Besar’, ‘Rahsia’, ‘Sulit’ atau ‘Terhad; dan Dokumen Tidak Terperingkat - Dokumen Rasmi yang mengandungi maklumat rasmi tetapi tidak bertanda dengan peringkat keselamatan. Walaupun tidak terperingkat tetapi sebagai ‘Hak Kerajaan’ perlu diberi perlindungan.

Peringkat Keselamatan Dokumen Terperingkat perlu ditentukan peringkat keselamatannya mengikut tahap iaitu: “Rahsia Besar” - Dokumen, maklumat dan bahan rasmi jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia; “Rahsia” - Dokumen, maklumat dan bahan rasmi jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan negara, menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing; “Sulit” - Dokumen, maklumat dan bahan rasmi, jika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan negara tetapi memudaratkan kepentingan Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau individu atau akan menyebabkan keadaan memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau menguntungkan kuasa asing; dan “Terhad” - Dokumen, maklumat dan bahan rasmi selain daripada yang diperingkatkan Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi berkehendakan juga diberi satu tahap perlindungan keselamatan.

Tanda Keselamatan Dokumen Terperingkat perlu ditanda keselamatannya seperti berikut: 1. Dokumen Kekal Terjilid - Ditanda dengan huruf cerai/dicap huruf besar (7mm) di sebelah luar kulit hadapan & belakang, di muka tajuk, di muka surat pertama & penghabisan. Tanda di penjuru kiri atas & penjuru kanan bawah setiap muka surat yang bertulis, bercetak/bercap. 2. Dokumen Tidak Kekal Terjilid - Dicap, ditaip atau ditulis huruf besar di penjuru kiri atas & penjuru kanan bawah setiap muka surat yang bertulis, bercetak/bercap.

3. Lukisan, tekapan, Negatif Foto dan Gambar Foto perlu ditanda pada setiapnya agar dapat dilihat pada salinan yang dibuat daripadanya. Ditanda juga pada sebelah belakang gambar foto. Warna kulit fail terperingkat


37

Prosedur Penyimpanan dan Penghantaran Berikut adalah prosedur penyimpanan dan penghantaran Dokumen Terperingkat: Peringkat

Penyimpanan Dokumen

Membawa Keluar Dokumen Pejabat

Rahsia Besar/ Rahsia

Bilik Kebal Peti besi dipasang kunci kombinasi Untuk penyimpanan sementara, Kabinet keluli dipasang palang besi jika bangunan mempunyai kawalan keselamatan yang rapi - Rahsia Besar Kabinet keluli dipasang palang besi berkunci Rahsia

Kebenaran bertulis: Ketua Setiausaha Kementerian Atau Setiausaha Kerajaan Negeri

Sulit/ Terhad

Kabinet / Almari berkunci Simpanan sementara dalam lain-lain peti berkunci dengan kebenaran Pegawai Keselamatan Jabatan

Kebenaran bertulis: Ketua Jabatan

Penghantaran Dalam Malaysia

Luar Malaysia

Peti/ Beg berkunci (dalam pejabat) Peti/ Beg berkunci dengan satu lapis sampul surat (lain jabatan/ Kawasan/ bandar) Utusan Selamat (Perkhidmatan Penghantaran Semboyan) - dua lapis sampul surat Pos Berdaftar (2 lapis sampul surat) - Rahsia

Sistem sampul dua lapis Melalui Kem Luar

Sulit: Utusan Selamat (Perkhidmatan Penghantaran Semboyan) Pos Berdaftar (2 lapis sampul surat)

Sistem sampul dua lapis Melalui Kem Luar

Terhad Pos biasa (2 lapis sampul surat)

Pengurusan Dokumen Terperingkat Dokumen Rahsia Rasmi perlu diuruskan dengan mewujudkan Sistem Pendaftaran Rahsia / Sulit, iaitu sistem bagi menerima, memproses, menyimpan dan menghantar dokumen-dokumen terperingkat supaya ia diuruskan secara berasingan daripada dokumen tidak terperingkat. Sistem ini perlu diselia oleh Pendaftar Rahsia, seorang penjawat awam yang berjawatan tetap (dilantik oleh Ketua Jabatan) dan lulus tapisan keselamatan.

Kehilangan Dokumen Terperingkat 1

2 Cari

Lapor pada Ketua Jabatan/Pegawai keselamatan Jabatan 3 Siasat & buat taksiran peringkat bahaya 4

Tindakan tatatertib atau laporan polis (jika ada unsur jenayah)


38

Pemusnahan Dokumen Terperingkat Dokumen Terperingkat tidak boleh dimusnahkan melainkan mengikut arahan Kerajaan atau arahan khas dan hendaklah rujuk kepada Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan dan Ketua Pengarah Arkib Negara. Contoh arahan khas adalah “Musnahkan selepas 1 Mei 2012”, atau “Minta Kebenaran Pemula Sebelum Dimusnahkan”. Apabila Dokumen Terperingkat Rahsia Besar dimusnahkan, satu Sijil Pemusnahan hendaklah dihantar kepada kuasa Pemula dokumen tersebut. Sekiranya kuasa Pemula tidak wujud lagi, rujukan hendaklah dibuat kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan sebelum dokumen tersebut dimusnahkan. Jika dibenarkan, cara-cara pemusnahan adalah sama ada dikoyak kecil-kecil atau dirincih dengan menggunakan mesin perincih; atau dibakar mengikut peraturan-peraturan yang selamat di bawah penyeliaan pegawai yang dibenarkan mengendalikan dokumen tersebut; atau merujuk kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan untuk lain-lain cara Kesimpulan Telah menjadi tanggungjawab semua penjawat awam memastikan keselamatan dokumen terperingkat terjamin. Pematuhan kepada Arahan dan peraturan keselamatan penting bagi menghalang berlakunya pendedahan maklumat rasmi kepada mereka yang tidak sepatutnya.

Sumber: Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017)


39

KESELAMATAN FIZIKAL DI UMT oleh: Muhammad Fakhrurazi bin Kamaruddin

Keselamatan fizikal merupakan aspek kawalan keselamatan yang sangat penting dalam memastikan sesuatu premis atau kawasan terperingkat berada dalam keadaan selamat dan terhindar dari sebarang ancaman. Keselamatan fizikal juga menjadi satu elemen penting yang diserapkan dalam Buku Arahan Keselamatan yang menjadi panduan kepada pengurusan keselamatan di kementerian, jabatan, badan berkanun dan agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri. Di peringkat universiti awam (UA) amnya dan UMT khususnya, langkah keselamatan fizikal perlu diambil oleh pihak pengurusan dengan mengisyitiharkan kawasan terperingkat sebagai kawasan atau tempat larangan untuk mencegah kemasukan orang yang tidak dibenarkan atau penceroboh yang boleh mengganggu gugat keselamatan harta dan nyawa warga UMT. Langkah keselamatan yang diambil adalah dengan mengadakan pagar dan lampu keselamatan serta menghadkan pintu keluar masuk kawasan kampus seperti Pintu Utama sebagai laluan utama keluar masuk warga, Pintu Utara dan Pintu Tenggara yang hanya akan dibuka pada waktu tertentu sahaja. Selain itu, kawalan keselamatan dari Pengawal Keselamatan sama ada yang mempunyai kuasa atau tidak di bawah undang-undang dan dilengkapi dengan alat-alat keselamatan adalah sangat penting bagi memastikan perimeter kampus sentiasa dalam keadaan selamat dan bebas dari ancaman luar. Selain itu, peletakan papan kenyataan di tempattempat yang sesuai bagi menunjukkan kawasan atau tempat itu adalah kawasan larangan atau tempat larangan adalah penting sebagai pemberitahuan dan peringatan kepada warga dan bukan warga UMT. Bagi keselamatan bangunan, Ketua jabatan hendaklah memastikan laluan keluar masuk bangunan dihadkan dengan mengadakan kaunter-kaunter, menyediakan dan memperkukuhkan tingkap-tingkap dan pintu dan dilengkapkan dengan kunci keselamatan. Penyedian bilik khas kepada pelawat juga penting bagi mengelakkan berlakunya kecurian dan pencerobohan kawasan terperingkat.


40

Bahagian Keselamatan bertanggungjawab dalam menguruskan kad identiti untuk semua kategori seperti staf, pelajar, pelawat dan kontraktor. Ini juga merupakan langkah kawalan keselamatan dalam memastikan setiap kemasukan ke dalam kampus adalah disaring dan mengelakkan orang luar masuk ke kampus dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang tujuan. Bahagian Keselamatan juga menguruskan pemberian pelekat kenderaan mengikut kategori staf, pelajar dan kontraktor bagi memantau dan melancarkan aliran keluar masuk kenderaan ke kawasan kampus.

Bagi memantapkan lagi kawalan keselamatan fizikal UMT, Bahagian Keselamatan mewujudkan sistem kawalan keselamatan CCTV untuk pemantauan 24 jam di kawasan hotspot, mengadakan gate barrier di pintu masuk utama dan door access di bangunan pejabat untuk kawalan keluar masuk warga. Pada masa hadapan, UMT juga merangka untuk melengkapkan sistem keselamatan dengan pemasangan Panic Button di kawasan hotspot dan penggunaan drone untuk kawalan perimeter yang tidak boleh dilakukan secara fizikal.

Akhir sekali, kerjasama di antara warga kampus dan Bahagian Keselamatan amat penting dalam penyaluran maklumat berkenaan sebarang bentuk ancaman dan ganggu gugat supaya dapat ditangani dengan pantas dan berkesan. Bahagian Keselamatan UMT sentiasa komited dan siap siaga dalam memastikan langkah-langkah keselamatan difahami dan diterjemahkan oleh warga UMT secara keseluruhannya.


41

MASK ACNE oleh: Dr. Mas Aida binti Zaiton

Definasi “Mask Acne” juga dikenali sebagai “Mascne” adalah kondisi di mana terjadinya jerawat dipermukaan kulit akibat penggunaan pelitup muka. Penggunaan pelitup muka penting bagi mengelakkan jangkitan bakteria dan virus yang berada di udara terutamanya virus COVID-19. Walau bagaimanapun, pemakaian pelitup muka untuk jangka masa yang panjang boleh menimbulkan pelbagai masalah pada permukaan kulit muka terutamanya jerawat. Punca Pelitup muka memerangkap lembapan dari hembusan nafas si pemakai, peluh, kotoran dan sebum yang seterusnya masuk ke liangliang folikel dan menyebabkan liang-liang ini tersumbat. Keadaan ini menggalakkan pembiakan bakteria komensal kulit iaitu Propionibacterium acnes (P.acnes) dan pembentukan jerawat. Pemakaian pelitup muka turut menyebabkan iritasi pada kulit muka seperti keradangan kulit (inflammation/rosacea), keradangan folikel (folliculitis), jeragat (blemishes) dan alahan kulit (atopic dermatitis).

Langkah pencegahan Beberapa langkah boleh diamalkan mengelakkan Mask Acne iaitu:

bagi

1

Kerap cuci muka dengan air suam atau pencuci muka

2

Gunakan pelembap muka sebelum dan selepas memakai pelitup muka: Kandungan pelembap yang disarankan - Ceramides, Hyaluronic acid, Dimethicone Jenis pelembap mengikut kesesuaian kulit: - Oily skin: Gel moisturize - Normal or combination skin: Lotion - Dry to very dry skin: Cream

3

Elakkan bersolek jika memakai pelitup muka


42

4

Pakai pelitup muka yang sesuai. Ciri-ciri pelitup muka yang sesuai: Selesa dipakai dan tidak terlalu ketat Sekurang-kurangnya fabrik dwi-lapisan Fabrik daripada bahan semulajadi yang lembut dan “breathtable” seperti kapas

5

Sapu krim antibiotik sebelum memakai pelitup muka, walau bagaimanapun elakkan penggunaan salicylic acid, retinoid atau chemical exfoliatants yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit.

6

Tanggalkan pelitup muka selama 15 minit bagi setiap 4 jam

7

Gunakan pelitup muka yang baharu setiap kali bagi jenis pakai buang

8

Basuh pelitup muka kain setiap kali selepas digunakan


43

PESARA

(SEHINGGAJUN 2021) oleh: Siti Mariam binti Awang Hamat

Mohd Zulkifli bin Abdul Aziz Pegawai Psikologi Kanan Pejabat Pendaftar 6 Januari 2021

Rohani binti Mustapha Ketua Jururawat Pusat Kesihatan Universiti 1 Mac 2021

Profesor Dr. Hamdan bin Suhaimi Pensyarah Universiti Fakulti Sains dan Sekitaran Marin 27 Januari 2021

Rosyati binti Abd. Rashid Pensyarah Universiti Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan 11 Mac 2021


44

Kamari bin Sulong Pembantu Operasi Kanan Fakulti Pengajian Maritim 4 April 2021

Ja'afar binti Mamat Pemandu Kenderaan Pejabat Pembangunan dan Harta 20 April 2021

Profesor Madya Dr. Zakaria bin Mohamad Pensyarah Universiti Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial 15 April 2021

Mohamad Rafee bin Jusoh Pegawai Belia dan Sukan Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum 2 Mei 2021

Profesor Madya Dr. Ahmad Munir bin Haji Mohd Salleh (Embat) Pensyarah Universiti Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial 13 Jun 2021


45

BELASUNGKAWA (SEHINGGAJUN 2021) oleh: Siti Mariam binti Awang Hamat

Semoga roh mereka dicucuri rahmat Illahi dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Gemulah Mohammad bin Salleh Pembantu Operasi Pusat Data dan Pembangunan Digital 8 Februari 2021

Gemulah Wan Noor Azhar bin Wan Jusoh Pegawai Sains Kanan Fakulti Kejuruteraan Kelautan dan Informatik 15 April 2021


PEJABAT PENDAFTAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.