PERSPEKTIF, VOLUME 8, 2023

Page 1

VOLUME 8
"Kamiberiltizammemberiperkhidmatanyangprofesionaluntuk kecemerlanganUniversiti"

SidangEditorialSidangEditorial Kandungan Kandungan

Zukiferee bin Ibrahim

Zahirah binti A Razak Ketua Editor

6

Shahrul Jama bin Othman

Editor

Norlaile binti Hamid

Editor

Norhafizah binti Mohd Suib

Editor

Aisamuddin bin A Jalil

Editor

Anjur Sambutan Hari

Sambutan Aidilfitri UMT

Pengurusan Bakat Berdasarkan Kompetensi (Competency Based Talent Management)

Program Khidmat Masyarakat JKPPsiKUA di Rumah Seri

PKU PTj Pertama Menerima

Tengku Nuriah binti Tengku

Abdul Rahman

Editor

Khasmiliah binti Mohd Azmi

Pesara (Mac 2023 hingga Jun 2023)

Hak Cipta Terpelihara © 2023 Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia

2
Urusetia
Penasihat
Kalam Pendaftar
3
4 17 14
Kenangan, Kuching
Sijil Penghargaan Kelestarian Kewangan 20 24
27 31
2023 Bengkel Pembangunan Kumpulan Inovatif dan Kreatif
Malaysia Terengganu
Kecemerlangan
Pendaftar
10
Tibi
Kebangsaan
Bakti Disanjung Budi Dijunjung 28
Cemerlang
(Jan hingga
30 Pengurusan Kunci Keselamatan 23 Siri Minda Sihat
– Aku Cinta Padamu 25
Majlis
Universiti
Perteguhkan Tekad, Perkukuhkan
Hari Mesra Pelanggan Pejabat
UMT 2023
UMT-JKNT
Sedunia Peringkat
2023
Anugerah Staf Bulanan
Pejabat Pendaftar
Mac 2023)
1/2023

Kalam Pendaftar

Saya mulakan catatan kali ini dengan memanjangkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat semua Pusat Tanggungjawab yang telah memberikan kerjasama padu kepada Pejabat Pendaftar bagi UMT mencapai kedudukan teratas dalam kalangan Universiti Awam/ Hospital Universiti dalam pengemaskinian Modul MyPortfolio, Human Resource Management Information System (HRMIS) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Sudah pasti penghargaan yang lebih utama ditujukan kepada semua pentadbir sistem (system admin) yang telah dilantik di setiap PTj. Inilah natijah yang kita akan perolehi berkat kesatuan semua warga.

Selain itu, Pejabat Pendaftar juga telah mencatat sejarah tersendiri apabila buat kali pertamanya telah berjaya menganjurkan Hari Mesra Pelanggan 2023. Program julungjulung kali ini telah mendapat sambutan dan pujian ramai warga. Ia merupakan langkah proaktif dalam mendekati warga melalui usaha turun padang. Sekali lagi, ia adalah manifestasi komitmen warga Pendaftar untuk menterjemahkan kualiti dan citra perkhidmatan mesra kepada warga UMT.

Pencapaian setengah tahun di atas akan menjadi landasan kukuh untuk kami mengatur langkah yang lebih tersusun (concerted) bagi mencapai matlamat menyediakan perkhidmatan terbaik buat warga.

Dalam setengah tahun yang masih berbaki, kita mensasarkan Pelan Strategik Pembangunan Bakat UMT (2023-2027) dapat dilancarkan dalam masa yang terdekat. Ia merupakan dokumen komitmen Pejabat Pendaftar sebagai peneraju perancangan dan pembangunan sumber daya insan di UMT. Walaupun ia akan membuka ruang kritikan terhadap pencapaian masa hadapan selaku pihak bertanggungjawab mengenai urusan sumber manusia, namun atas dasar penambahbaikan berterusan, kita berlapang dada menyahut cabaran yang mendatang!

ZUKIFEREE BIN IBRAHIM

Pendaftar

Universiti Malaysia Terengganu

3

Hari Mesra Pelanggan Pejabat Pendaftar Hari Mesra Pelanggan Pejabat Pendaftar

UMT 2023 UMT 2023

Oleh: Wan Nor Ahmad Syaifuddin bin Wan Norazmi

24 Mei 2023 - Sebagai salah satu usaha mendekati para pelanggan dan warga UMT, Pejabat Pendaftar mengambil inisiatif dan peluang dengan menganjurkan Hari Mesra Pelanggan Pejabat Pendaftar UMT 2023. Program yang julung kali diadakan secara mega ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan jumlah kehadiran berdaftar seramai 310 orang pengunjung

Pelbagai aktiviti dan pengisian yang menarik turut dilaksanakan sepanjang program berlangsung. Pendaftar UMT, Tuan Haji Zukiferee bin Ibrahim dalam ucapan alu-aluannya berkata: “Pelaksanaan Hari Mesra Pelanggan Pejabat Pendaftar UMT tahun 2023 ini merupakan salah satu wadah atau pendekatan segar yang diambil bagi membolehkan Pejabat Pendaftar UMT mendapatkan pandangan warga staf dan juga para pelanggan tentang perkhidmatan yang diberikan oleh Pejabat Pendaftar UMT”.

Program ini diserikan dengan program Sembang Santai: “Kemudahan, Layakkah Aku ?” oleh Seksyen Persaraan dan Khidmat Sokongan; dan Seksyen Gaji dan Kemudahan, Jabatan Sumber Manusia pada sebelah pagi serta Sembang Santai PPBI: “Pengembangan Bakat: Satu Perkongsian” oleh Dr. Siti Tafzilmeriam binti Sheikh Abdul Kadir (INOS) dan Encik Ahmad Nur Rafaei bin Alias (PKU) pada sebelah petang Turut disampaikan pada majlis ini adalah sijil pentauliahan AKRAB UMT, hadiah pemenang bagi pertandingan fotografi, penulisan artikel, teka helaian kertas dan sebagainya.

4

Selain itu, program ini juga turut dijayakan oleh pelbagai agensi seperti Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, Gac-Superfruit Research Team UMT, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Cawangan Kuala Terengganu, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Bank Muamalat Cawangan Kuala Terengganu, Klinik Keluarga Ilyana Kuala Terengganu, Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Chendering, Klinik Perubatan Wildan 24 Jam Batu Rakit, Persatuan Usahawan Trak Makanan Terengganu (TTRAK) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Cawangan Kuala Terengganu.

Para pengunjung turut berpeluang menyaksikan demonstrasi keselamatan kebakaran yang dibimbing oleh pegawai-pegawai bomba yang hadir Pembukaan akaun emas juga turut dimanfaatkan oleh sebahagian pengunjung dan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik disediakan dalam program pada kali ini selain daripada pengambilan pelekat kenderaan serta diskaun hebat notis kompaun UMT. Salah seorang pengunjung ketika ditemu bual berkata bahawa program ini sangat bagus kepada semua staf dan pelajar Tambahnya lagi, beliau berharap agar program sebegini sentiasa diadakan pada masa-masa yang akan datang

5

Perteguhkan Tekad, Perkukuhkan Perteguhkan Tekad, Perkukuhkan

Kecemerlangan Kecemerlangan

Oleh: Shahrul Jama bin Othman

Bersempena dengan tahun baharu 2023, warga Pejabat Pendaftar, UMT sekali lagi berkumpul untuk mendengar dan menghayati perutusan serta amanat yang disampaikan oleh Tuan Haji Zukiferee bin Ibrahim, Pendaftar UMT sebagai panduan melaksanakan segala hasrat yang telah direncana.

Majlis Aspirasi Pendaftar kali pertama telah diadakan bermula tahun 2021 dengan tema “Mengoptimumkan Sumber Daya Insan, Menggandakan Pencapaian”, diikuti majlis pada tahun 2022 dengan tema “Menggerakkan Transformasi, Meningkatkan Prestasi Penyampaian”. Manakala pada tahun 2023 ini, Majlis Aspirasi Pendaftar diteruskan dengan tema Perteguhkan Tekad, Perkukuhkan Kecemerlangan Tema-tema yang dipilih mempunyai objektif yang sama iaitu memacu kecemerlangan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan warga Pendaftar.

Majlis Aspirasi Pendaftar 2023 telah berlangsung pada 14 Mac 2023 bertempat di Dewan Senat, UMT dan dihadiri oleh semua staf di bawah portfolio Pendaftar. Perutusan dimulakan dengan kenyataan hasrat Pendaftar yang ingin melihat warganya sebagai sebuah pasukan yang bersatu hati dengan tekad dan kesungguhan yang jitu demi mengejar kecemerlangan.

“…memiliki rasa yang sama, tekad dan kesungguhan yang sekata, untuk sederap langkah menuju kejayaan dan kecemerlangan, tanpa mengira siapapun kita, apa pun kedudukan kita, dengan peranan masing-masing secara berkesan, sebagai satu kumpulan besar yang terus mara, tanpa ragu, tanpa keliru, tanpa rasa jemu!”

- Aspirasi Pendaftar 2023

6

Mendepani cabaran tahun 2023, aspirasi Pendaftar mengangkat prinsip T E K A D untuk dihayati dan dijadikan pegangan iaitu Tambah Baik, Etika Kerja, Kompetensi, Amalan Terbaik dan Daya Saing.

Penambahbaikan berterusan merupakan faktor penting dalam menawarkan perkhidmatan yang cemerlang. Staf perlu komited dan sentiasa bersedia untuk melakukan penambahbaikan sama ada dari aspek sistem, peraturan, proses kerja dan hasilnya agar memberi manfaat kepada semua.

Etika kerja merujuk kepada adab atau tingkah laku terhadap kerja yang perlu dipandang dengan sikap positif dan dipegang sebagai satu kepercayaan yang menganggap bahawa kerja itu adalah penting. Etika kerja terangkum daripada salah satu atau beberapa kepercayaan berikut:

Kewajipan menjalankan tugas dan memenuhi kehidupan dari segi agama dan moral.

Menggunakan masa kerja bukan untuk kepentingan peribadi.

Mempunyai rekod kehadiran bekerja yang baik.

Sentiasa produktif dalam memberi perkhidmatan

Mempunyai semangat libat sama dan setia kepada kerja, tempat kerja dan rakan sekerja

Sentiasa bangga dengan kerja dan berusaha melaksananya dengan baik.

Sentiasa berusaha untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

Percaya bahawa kesenangan akan dikecapi melalui kerja yang jujur.

Kompetensi pula merujuk kepada set tingkah laku, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. Staf perlu membangunkan kompetensi supaya dapat memenuhi keperluan semasa serta bersedia menghadapi cabaran akan datang Pembangunan kompetensi diperluaskan dengan menggunakan pendekatan Model Pembangunan 3P iaitu Pendidikan, Pendedahan dan Pengalaman.

Amalan terbaik atau best practices merupakan piawaian kerja atau garis panduan etika yang menyediakan tindakan terbaik dalam situasi tertentu Ia berfungsi sebagai panduan kepada staf dalam menguruskan peranan dan tanggungjawab serta menyediakan cara terbaik untuk menangani masalah dan isu yang timbul.

Sementara daya saing pula berkait rapat dengan kreativiti dan keupayaan seseorang staf untuk terus relevan dengan persekitaran kerja semasa Keupayaan berdaya saing akan melahirkan golongan subject matter expert dalam kalangan staf dan menjadi rujukan rakan sekerja dan luar UMT.

7

Pendaftar juga sekali lagi menegaskan tentang matlamat merealisasikan kecemerlangan sumber daya insan berteraskan Model 4Q iaitu yang menekankan kekuatan fizikal dan intelektual, kemantapan spiritual, keutuhan nilai dan kewibawaan kepimpinan

Majlis Aspirasi Pendaftar 2023 turut menyaksikan seramai 33 orang staf menerima Sijil Anugerah Sanjungan Amal atas kecemerlangan prestasi serta memberi sumbangan signifikan kepada organisasi, penglibatan dalam inovasi dan lain-lain.

Semoga aspirasi yang telah disampaikan ini disahut, disambut, dihayati dan diaplikasikan dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti tinggi

8
9

UMT-JKNT Anjur Sambutan Hari Tibi Sedunia

UMT-JKNT Anjur Sambutan Hari Tibi Sedunia

Peringkat Kebangsaan 2023 Peringkat Kebangsaan 2023

Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Kebangsaan tahun 2023 telah diadakan pada 20 Mei 2023 bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dengan kerjasama UMT ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan dan dihadiri kira-kira 1,000 hadirin termasuk kakitangan kerajaan dan swasta, orang awam dan pelajar.

Hari Tibi Sedunia disambut setiap tahun pada 24 Mac bertujuan meningkatkan kesedaran, komitmen dan sokongan pelbagai pihak terhadap usaha-usaha kawalan serta pencegahan penyakit Tibi yang telah dan bakal dilaksanakan di seluruh negara Sebagai usaha untuk mencapai matlamat tersebut, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melancarkan End TB Strategy dengan sasaran mengurangkan 90% pesakit yang mengidap Tibi, seterusnya mengurangkan 95% kematian akibat Tibi menjelang tahun 2035. Tema sambutan pada tahun ini ialah “Yes! We Can End TB!"

Menurut Dr. Hashim Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Kawalan Tibi dan Kusta, JKNT telah merancang, membangun dan melaksanakan pelbagai strategi dan inisiatif bagi mencapai matlamat menamatkan epidemik Tibi dengan melakukan pelbagai usaha pelaksanaan seperti meningkatkan pengesanan kes Tibi melalui ujian x-ray secara bergerak ke komuniti terutama golongan yang berisiko tinggi kontak rapat kepada kes Tibi, pesakit Diabetes dan warga emas.

Selain itu, JKNT turut memperkasakan program pencegahan dan rawatan dengan meningkatkan kapasiti saringan dan diagnosa. Inisiatif seterusnya adalah meningkatkan pencegahan dan kawalan Tibi dalam kalangan kanak-kanak dengan melakukan pengesanan awal sekiranya terdapat tanda bergejala JKNT turut meningkatkan kerjasama dengan perkhidmatan agensi lain dengan memperluaskan saringan dan rawatan Tibi Kerjasama ini sudah pasti dapat membantu meningkatkan promosi kesihatan mengenai langkah pencegahan dan mengurangkan stigma dalam kalangan masyarakat terhadap penyakit Tibi”, ujar Dr. Hashim lagi.

Antara tanda-tanda penyakit Tibi adalah batuk yang berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah. Pesakit disarankan segera menjalani pemeriksaan dan rawatan di klinik berhampiran agar kawalan dan rawatan dapat diberikan dengan segera.

10
Oleh: Tengku Nuriah binti Tengku Abdul Rahman

Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 turut diserikan dengan pelbagai program termasuklah "Fun Walk & Plogging" yang disertai oleh 200 orang pelajar UMT. Peserta program ini bukan saja hanya berjalan santai tetapi perlu mengadakan aktiviti plogging iaitu mengutip sampah yang berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes di sepanjang laluan yang ditetapkan iaitu kira-kira 3 8 km di dalam kampus UMT Tiga kumpulan teratas yang berjaya mengumpulkan sampah berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dengan timbangan terberat dan masa terpantas telah dipilih sebagai pemenang. Acara mewarna bagi kategori pelajar sekolah rendah dan acara mencipta poster bagi kategori pelajar IPT turut dipertandingkan

Dalam masa yang sama, pameran dari pelbagai unit kesihatan seperti Klinik Pakar Respiratori, Klinik Kesihatan, Klinik Pergigian, Klinik Swasta dan pelbagai agensi lain turut membantu menjayakan program kali ini UMT melalui Pusat Inovasi dan Pengkomersialan turut bersama menjayakan pameran dengan memperkenalkan produk berasaskan penyelidikan UMT seperti madu kelulut, aiskrim BetaGac dan vaksin untuk penternakan kambing dan biri-biri.

Forum Kesihatan dengan topik “Rawat Awal Penyakit Tibi untuk Elak Pelbagai Komplikasi Kesihatan” dikendalikan oleh moderator berpengalaman, Dr Suhazeli Abdullah yang merupakan Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Tengkawang. Ahli panel adalah terdiri daripada Dr. Koay Teng Khoon, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, KKM manakala Dr. Zamzurina Abu Bakar merupakan Pakar Perunding Respiratori, Institut Perubatan Respiratori, Kuala Lumpur Turut hadir adalah Dr Badruddin Hassan yang berkongsi pengalaman beliau sebagai bekas pesakit Tibi. Untuk makluman, beliau merupakan pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali.

11

Di dalam majlis tersebut, YB Timbalan Menteri turut menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi pelbagai kategori indikator kawalan Tibi termasuklah peratus hasil rawatan terbaik, pengurusan audit kematian Tibi, peratus saringan kontak, kadar terhenti rawatan terendah dan lain-lain lagi. Negeri Terengganu juga dinobatkan tempat pertama bagi kategori keseluruhan.

12
13

Bengkel Pembangunan Kumpulan Inovatif Bengkel Pembangunan Kumpulan Inovatif

dan Kreatif dan Kreatif Universiti Malaysia Terengganu Universiti Malaysia Terengganu

Oleh: Ahmad Nazri bin Abdullah

Pengenalan

Menurut Kinicki dan William (2003), inovasi adalah kaedah atau salah satu usaha dalam mencari jalan untuk menghasilkan produk baharu dan perkhidmatan yang lebih baik. Ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak dituntut sentiasa bersaing dalam menghasilkan idea yang kreatif bagi manfaat organisasi bersama Inovasi juga memerlukan keupayaan berfikir secara mendalam (deemed) untuk menghasilkan sesuatu yang baharu di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan pengeluaran (supply-demand equation) serta membezakan prinsip antara Leader dan Follower.

Sehubungan dengan itu, Seksyen Pembangunan Kompetensi dan Inovasi, Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi (PPBI), telah dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan program-program inovasi dengan tujuan meningkatkan kesedaran, kemahiran dan pengetahuan warga UMT dalam membudayakan dan seterusnya melaksanakan inovasi di peringkat PTj masing-masing.

Objektif Program

Dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa dan mendatang, PPBI telah menganjurkan bengkel pembangunan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada 5 - 6 Februari 2023 bertempat di Bilik Tutorial Bakti, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial. Penganjuran bengkel KIK ini adalah bertujuan memberi kefahaman tentang kaedah, format, persembahan dan proses penghasilan inovasi yang berimpak tinggi dan mempunyai ciri-ciri replicability melalui latihan yang dibimbing oleh konsultan yang dilantik iaitu Encik Kamaruzzaman bin Kasim daripada KZK Consulting.

14

Antara lain, objektif kursus KIK ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan serta kefahaman para peserta mengenai konsep dan pendekatan KIK yang boleh diguna pakai serta dilaksanakan di PTj masing-masing. Kursus ini juga telah dapat memberikan gambaran dan pendedahan kepada para peserta mengenai contoh-contoh atau teknik yang boleh digunakan dalam membantu meningkatkan kreativiti untuk menjana idea-idea segar dan baharu bagi melaksanakan projek-projek KIK Di akhir bengkel ini, para peserta diharap dapat meningkatkan kefahaman penilaian peserta dalam membantu kejayaan kumpulan KIK, membangunkan dokumentasi projek KIK yang berstruktur dan efektif serta mempraktikkan kemahiran kerja berkumpulan dalam pelaksanaan projek KIK berdasarkan Kriteria Penilaian KIK

Pengisian Program

Bengkel yang diadakan selama dua (2) hari ini disertai oleh 35 orang peserta yang terdiri daripada wakil Pejabat Bendahari, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Pusat Pengurusan dan Penjaminan Kualiti, Institut Akuakultur Tropika dan Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari.

Gambar Rajah 1 : Proses Keseluruhan KIK

Gambar rajah 1 menunjukkan keseluruhan proses KIK yang telah dibangunkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang perlu diikuti oleh peserta yang ingin membangunkan kumpulan KIK. Para peserta diterangkan secara mendalam dan terperinci setiap bab oleh penceramah yang dilantik melalui beberapa contoh yang terkini

Selain daripada itu, para peserta turut didedahkan dengan kaedah-kaedah terkini yang digunakan di dalam pelaksanaan projek KIK di samping perbincangan dan pembentangan di dalam kumpulan bagi mendapatkan pemahaman yang kukuh berkaitan dengan pelaksanaan KIK. Kaedah brainstorming dan pembentangan secara dalam kumpulan juga digunakan bagi memastikan setiap peserta memahami setiap bab yang disampaikan oleh penceramah

15

Penutup

Bengkel pembangunan kumpulan KIK ini diharap akan menjadi pemangkin terhadap pembudayaan inovasi dalam kalangan warga UMT. Kunci utama KIK ialah kerjasama berpasukan antara ahli kumpulan Kerjasama berpasukan ini amatlah penting di dalam menjayakan budaya inovasi melalui kumpulan KIK kerana setiap ahli kumpulan akan mempunyai peranan masing-masing di dalam menyiapkan inovasi. Sokongan dan dorongan daripada pengurusan di setiap PTj juga diperlukan bagi memastikan akti iti ang men okong pembudayaan inovasi ini terus dapat dilaksanak

16

Majlis Sambutan Aidilfitri UMT 2023 Majlis Sambutan Aidilfitri UMT 2023

Oleh:Khasmiliah binti Mohd Azmi

Ketibaan Syawal disambut dengan penuh rasa kesyukuran atas segala kemanisan nikmat dan rahmat yang dikecapi dalam menyempurnakan ibadah sepanjang bulan Ramadan sebelumnya. Saban tahun, UMT meneruskan tradisi mengadakan majlis sambutan Aidilfitri dan berkongsi kemeriahan bersama-sama warganya

Pada tahun ini, Pejabat Pendaftar sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri yang telah diadakan pada 15 Mei 2023 bersamaan 24 Syawal 1444H bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT Selain warga UMT, majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga Pengarah, serta Pengarah atau wakil agensi-agensi setempat dan pihak media. Tidak dilupakan, UMT turut meraikan sebilangan anak-anak yatim yang terdiri dalam kalangan murid-murid daripada beberapa buah sekolah berhampiran serta anak-anak yatim kepada staf UMT sendiri

Sebanyak 17 buah gerai makanan dan minuman telah disediakan untuk para tetamu. Geraigerai yang diuruskan oleh wakil-wakil dari setiap pusat tanggungjawab (PTj) ini menyajikan pelbagai juadah istimewa seperti nasi minyak, laksa, ketupat, lemang dan rendang, sate, tapai dan lain-lain Para tetamu juga disajikan dengan 10 ekor kambing bakar hasil sumbangan warga UMT yang budiman.

UMT turut meraikan seramai 67 orang anak-anak yatim yang diundang khas ke Majlis

Sambutan Aildilfitri UMT 2023 Selain sama-sama menikmati juadah yang disediakan, anakanak ini turut menerima sumbangan duit raya yang telah disampaikan oleh YBhg Prof Dato’

Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar, Naib Canselor UMT. Duit raya yang diagihkan ini merupakan sumbangan daripada pelbagai pihak seperti warga UMT, syarikat pembekal dan klinik panel yang berdaftar dengan UMT.

17

Sebagai acara sampingan, tiga gerai terbaik dipilih berdasarkan beberapa kriteria iaitu hiasan, santunan dan kemeriahan. Tahniah diucapkan kepada tiga buah PTj yang telah terpilih sebagai gerai terbaik iaitu Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM), gabungan PTj Pusat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko (TSR), Penerbit UMT, Pejabat Komunikasi Korporat (PKK) dan Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM) serta gabungan Pejabat Naib Canselor (PNC), Pusat Pengurusan dan Penjaminan Kualiti (PPPK), Bahagian Audit Dalam, Unit Integriti dan Pejabat Penasihat Undang-undang (PPUU). Manakala dua orang tetamu bertuah telah dipilih menerima cenderamata bagi kategori pakaian lelaki dan wanita terbaik.

Penganjuran Majlis Sambutan Aidilfitri UMT bukan hanya bertujuan untuk kemeriahan sematamata. Malah ia merupakan wadah untuk mengukuhkan jalinan silaturrahim khususnya dalam kalangan warga UMT di samping menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikecapi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para dermawan yang budiman dan seluruh warga yang sama-sama hadir dan menjayakan majlis ini

18
19

Pengurusan Bakat

Pengurusan

Bakat Berdasarkan Kompetensi (Competency Based Talent Management) (Competency Based Talent Management)

Pengenalan

Berdasarkan Kompetensi

Oleh: Zul-Atfi bin Hashim

Pengurusan Bakat Berdasarkan Kompetensi (Competency Based Talent Management - CBTM) bermula pada tahun 1970-an sebagai satu pendekatan untuk mengenal pasti dan membangunkan bakat dalam organisasi dengan menilai kemahiran, pengetahuan dan kebolehan pekerja. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan tradisional yang hanya menilai pengalaman kerja dan kelayakan formal

Pada awal 1990-an, konsep ini semakin popular dalam kalangan pengurus sumber manusia sebagai cara untuk mengurus bakat dan prestasi pekerja dengan lebih efektif. Pada masa ini, istilah pengurusan bakat berdasarkan kompetensi mula digunakan secara meluas dan meliputi beberapa aspek, termasuk identifikasi bakat, pembangunan bakat, penilaian prestasi, pengiktirafan dan pemberian ganjaran.

Sejak itu, CBTM terus berkembang dan meluas dengan peningkatan teknologi maklumat dan keperluan pasaran tenaga kerja yang semakin berubah-ubah Hari ini, pendekatan ini tetap relevan dan digunakan oleh organisasi di seluruh dunia untuk memastikan bahawa mereka mempunyai bakat yang diperlukan untuk mencapai matlamat mereka dan keperluan pasaran yang semakin mencabar.

Kelebihan Pelaksanaan CBTM

Dalam konteks CBTM, "Kompetensi" merujuk kepada kemahiran (skill), pengetahuan (knowledge), dan kebolehan (ability) yang diperlukan untuk menjalankan tugas dan mencapai matlamat organisasi Penerapan konsep ini membolehkan organisasi mengenal pasti keperluan mereka untuk bakat yang berkaitan dengan kedudukan dan peranan tertentu, serta menentukan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk kejayaan dalam tugas-tugas tersebut.

Ia juga membantu organisasi mengembangkan bakat mereka melalui latihan, pembelajaran, dan pembangunan sumber daya manusia. Ini termasuk pelan pembangunan kerjaya, pembangunan kemahiran, dan program latihan dalam organisasi. Proses penilaian prestasi dan pemberian ganjaran juga menjadi lebih objektif kerana kemahiran dan pencapaian individu dinilai berdasarkan keupayaan mereka untuk mencapai matlamat dan melaksanakan tugastugas yang diberikan.

Selain itu, ianya akan memastikan organisasi sentiasa memenuhi keperluan pasaran yang semakin mencabar dengan memastikan bahawa mereka mempunyai bakat yang sesuai dengan keperluan organisasi dan pasaran. Ini termasuk memantau pasaran tenaga kerja, mengenal pasti trend dan perubahan dalam industri dan menjadikannya sebagai panduan dalam pengambilan keputusan mengenai latihan dan pembangunan bakat

20

Pelopor CBTM

CBTM dianggap sebagai pendekatan yang berkembang secara beransur-ansur dan melibatkan beberapa tokoh penting dalam bidang sumber manusia dan pengurusan bakat. Oleh itu, sukar untuk menunjuk pada satu individu atau organisasi yang mempelopori CBTM di dunia secara khusus.

Namun, beberapa tokoh dan organisasi telah memberikan sumbangan penting dalam pembangunan dan populariti CBTM. Antara tokoh penting dalam bidang ini adalah David McClelland, seorang psikologi dan ahli dalam pembangunan bakat yang dikenali kerana kerjakerja kajian kompetensi awal beliau Pada tahun 1970-an, beliau memperkenalkan konsep "competency-based assessment" dalam pembangunan bakat, yang menjadi asas bagi konsep CBTM.

Selain itu, organisasi seperti Korn Ferry dan Lominger International telah membantu memperkenalkan CBTM dalam kalangan organisasi di seluruh dunia melalui penyebaran konsep ini dalam buku, laman web dan program latihan mereka. Buku "FYI: For Your Improvement" yang diterbitkan oleh Lominger International telah menjadi sumber rujukan popular dalam pengurusan bakat berdasarkan kompetensi.

Komponen Utama

CBTM merangkumi beberapa komponen penting yang berkaitan dengan pengurusan sumber daya manusia dan pembangunan bakat Berikut adalah beberapa komponen penting CBTM:

1 2 3 4 5

Pengenalpastian kompetensi: Proses pengenalpastian kompetensi yang berkaitan dengan tugas dan peranan dalam organisasi merupakan komponen penting CBTM Ia membantu organisasi mengenal pasti keperluan mereka untuk bakat yang berkaitan dengan kedudukan dan peranan tertentu, serta menentukan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk kejayaan dalam tugas-tugas tersebut

Penilaian prestasi berdasarkan kompetensi: Penilaian prestasi yang berdasarkan pada kompetensi yang diperlukan dalam tugas dan peranan individu dalam organisasi adalah komponen penting dalam CBTM. Proses penilaian prestasi ini membantu organisasi untuk menilai kemahiran dan pencapaian individu berdasarkan keupayaan mereka untuk mencapai matlamat dan melaksanakan tugas-tugas yang diberikan.

Pembangunan dan pembelajaran berterusan: Pembangunan dan pembelajaran berterusan bagi para pekerja dalam organisasi merupakan komponen penting dalam CBTM Proses ini merangkumi pelan pembangunan kerjaya, pembangunan kemahiran, dan program latihan dalam organisasi.

Pengurusan prestasi dan ganjaran berdasarkan kompetensi: Pengurusan prestasi dan ganjaran yang berdasarkan pada kompetensi yang diperlukan dalam tugas dan peranan individu dalam organisasi merupakan komponen penting dalam CBTM Proses ini membantu organisasi untuk mengenal pasti dan memberikan pengiktirafan yang sesuai kepada individu yang mempunyai kemahiran dan pencapaian yang diperlukan.

Memantau pasaran tenaga kerja: Memantau pasaran tenaga kerja, mengenal pasti trend dan perubahan dalam industri dan menjadikannya sebagai panduan dalam pengambilan keputusan mengenai latihan dan pembangunan bakat merupakan komponen penting dalam CBTM. Ia memastikan bahawa organisasi mempunyai bakat yang sesuai dengan keperluan organisasi dan pasaran.

21

Kelebihan CBTM kepada Organisasi

CBTM juga memberikan pelbagai kelebihan kepada organisasi. Berikut adalah kelebihankelebihan CBTM:

1 2 3 4 5 6

Memastikan kejituan pengambilan keputusan: CBTM memastikan kejituan pengambilan keputusan mengenai perekrutan, pembangunan bakat, penilaian prestasi, dan ganjaran. Ia membolehkan organisasi mengambil keputusan berdasarkan keperluan konkret organisasi dalam bentuk kemahiran, pengetahuan, dan tingkah laku yang diperlukan untuk mencapai matlamat

Memperbaiki prestasi pekerja: CBTM membolehkan organisasi mengenal pasti dan mengembangkan bakat yang berkaitan dengan tugas dan peranan tertentu dalam organisasi. Proses ini membantu meningkatkan prestasi pekerja dan memberi kesan positif terhadap produktiviti organisasi

Meningkatkan kepuasan pekerja: CBTM membolehkan para pekerja mengetahui jelas apa yang diharapkan dari mereka, serta menawarkan pelan pembangunan kerjaya yang jelas dan berstruktur. Ini dapat meningkatkan kepuasan pekerja dan memotivasikan mereka untuk memberikan pencapaian yang lebih baik

Memastikan keberkesanan latihan dan pembangunan bakat: CBTM membantu organisasi menentukan latihan dan pembangunan bakat yang berkaitan dengan keperluan organisasi. Ia membolehkan organisasi memastikan bahawa pelaburan mereka dalam latihan dan pembangunan bakat memberikan pulangan yang lebih besar dalam bentuk pencapaian yang lebih baik dan produktiviti yang lebih tinggi.

Meningkatkan kecekapan organisasi: CBTM membantu meningkatkan kecekapan organisasi dengan mengurangkan jurang antara keperluan organisasi dan kemahiran, pengetahuan, dan tingkah laku pekerja yang sedia ada. Ia membolehkan organisasi untuk mencapai matlamat dengan lebih berkesan dan memberi daya saing yang lebih baik dalam pasaran tenaga kerja

Menjana kepercayaan dan kredibiliti organisasi: CBTM membantu menjana kepercayaan dan kredibiliti organisasi di kalangan pekerja dan pelanggan. Ia menunjukkan bahawa organisasi memberikan perhatian yang serius kepada pengurusan bakat dan pembangunan pekerja, dan memastikan bahawa organisasi mempunyai bakat yang berkualiti untuk mencapai matlamat.

Kesimpulannya, CBTM adalah satu pendekatan penting dalam pengurusan sumber manusia yang memberikan kelebihan kepada organisasi dalam bentuk pengambilan keputusan yang lebih cepat, prestasi pekerja yang lebih baik, kepuasan pekerja yang lebih tinggi, keberkesanan latihan dan pembangunan bakat yang lebih besar, kecekapan organisasi yang lebih tinggi, dan kredibiliti organisasi yang lebih besar. Dengan mengenal pasti kemahiran, pengetahuan dan tingkah laku yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi, CBTM membolehkan organisasi mencapai kecekapan dan daya saing yang lebih tinggi dalam pasaran tenaga kerja. Oleh itu, CBTM merupakan pendekatan yang penting dalam pembangunan sumber manusia dan mampu memberi kesan positif kepada organisasi dan pekerja

22

Pengurusan Kunci Keselamatan Pengurusan Kunci Keselamatan

Oleh: Aisamuddin Bin A. Jalil

Amalan Pengurusan Kunci Keselamatan yang berkesan akan memberikan impak positif kepada sesebuah jabatan. Kunci Keselamatan merujuk kepada semua jenis kunci yang diselenggara mengikut jabatan masing-masing termasuk jenis kunci kombinasi. Secara umum, Kunci Keselamatan dibahagikan kepada empat (4) kategori iaitu;

Kunci Pejabat - kunci pintu utama sesebuah pejabat

Kunci Bilik - kunci pintu bilik dalam sesebuah pejabat termasuk bilik pegawai, bilik mesyuarat, bilik fail, bilik makmal dan lain-lain

Kunci peti besi atau bilik kebal - peti besi atau bilik kebal digunakan untuk menyimpan wang awam sama ada mempunyai kunci berasingan atau menggunakan kunci kombinasi

Kunci Kenderaan - kunci semua jenis kenderaan yang dimiliki oleh UMT

Merujuk kepada Arahan Keselamatan Bahagian VI, kunci keselamatan mestilah diuruskan dengan rapi seperti berikut;

Pengurusan Kunci Pengurusan Kunci 01

01

Ketua PTJ hendaklah bertanggungjawab ke atas semua kunci pejabat dengan menyelenggara sebuah buku daftar kunci termasuk lantikan kepada setiap pegawai yang bertanggungjawab dibuat secara bertulis

02 02

Semua kunci yang tidak dipakai hendaklah disimpan di dalam peti keselamatan 03 03

Kunci tidak boleh dilabel/ditanda dengan nama dan alamat pengguna atau tempat di mana peti keselamatan diisimpan 04 04

Kunci tidak boleh dirangkaikan dengan kunci lain seperti kunci persendirian 05 05

Kunci pendua tambahan tidak sekali-kali boleh dibuat tanpa kebenaran 06 06

Semua pegawai yang bertukar PTJ atau meninggalkan perkhidmatan hendaklah menyerah balik semua kunci di dalam simpanannya 07 07

Kehilangan kunci hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan dan tindakan menukar tersebut perlukan dilakukan dengan segera 08 08

Sekiranya kehilangan berunsurkan jenayah, laporan polis hendaklah dibuat oleh Ketua PTJ dan siasatan hendaklah dijalankan serta laporan dihantar kepada Jawatakuasa Tatatertib untuk tindakan selanjutnya

Bahagian Keselamatan melalui operasi khas dikenali sebagai OPS KUNCI akan dijalankan secara rawak kepada PTJ dalam memastikan pelaksanaan Pengurusan Kunci Keselamatan ini dibuat dengan berkesan. Setiap warga kampus mempunyai tanggungjawab masing-masing memainkan peranan penting dalam Pengurusan Kunci Keselamatan. Keraguan keselamatan atau kehilangan kunci akan memberikan kesan yang sangat signifikan kepada sesebuah jabatan.

23

Program Khidmat Masyarakat JKPPsiKUA di Program Khidmat Masyarakat JKPPsiKUA di Rumah Seri Kenangan, Kuching Rumah Seri Kenangan, Kuching

KUCHING - Satu program khidmat masyarakat telah dilaksanakan di Rumah Seri Kenangan, Kuching 8 Mac 2023 yang lalu. Program ini merupakan salah satu aktiviti khidmat sosial yang dijalankan oleh pegawai-pegawai psikologi staf daripada seluruh universiti awam bersempena Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Psikologi dan Kaunseling Staf Universiti Awam Bil.1/2023 yang diadakan pada sebelah paginya bertempat di Universiti Malaysia Sarawak (UNiMAS).

Program ini diketuai oleh Puan Siti Fatimah binti Abdul Ghani atau mesra disapa CTF dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Bertemakan Terapi Muzik, para penghuni di Rumah Seri Kenangan, Kuching diberikan energi segar dalam menyantuni memori dan emosi mereka. Dengan iringan muzik dan dendangan suara oleh mereka sendiri, dapat dilihat dari raut wajah terpancar senyuman dan keceriaan sepanjang program dijalankan.

Dalam masa yang sama, CTF turut berkongsi ilmu berkenaan kaedah aplikasi Terapi Muzik kepada para pegawai psikologi. Setiap pemilihan lagu, lenggok tari berirama dan reaksi wajah dan bahasa badan yang ditonjolkan oleh para peserta memberi seribu erti dan para pegawai psikologi perlu manfaatkan perkara tersebut untuk meningkatkan lagi kemahiran membantu dalam perhubungan menolong.

24
Oleh: Wan Nor Ahmad Syaifuddin bin Wan Norazmi

Siri Minda Sihat 1/2023 – Aku Cinta Padamu Siri Minda Sihat 1/2023 – Aku Cinta Padamu

Ada apa dengan cinta

Perbedaan aku dan engkau

Biar menjadi bait

Dalam puisi cinta terindah

Begitu indah bait puisi lirik dendangan penyanyi tersohor Melly Goeslow yang menjadi fenomena pada tahun 2002 melalui filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’. Kisah antara Rangga dan Cinta menjadi dambaan remaja saat itu Namun, bukan itu yang hendak disampaikan

Berkenaan cinta, ia merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta juga membawa erti perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada negara, orang tua, kebebasan dan lain-lain Sebagai contoh, sebagai rakyat Malaysia, mengibarkan Jalur Gemilang merupakan salah satu cara menzahirkan rasa cinta terhadap negara Berbakti dan membalas jasa budi kedua-dua ibu bapa pula sebagai memanifestasikan cinta kepada mereka.

Menurut Gunarsa dan Gunarsa (1982), cinta itu tidak dapat diterangkan. Cinta hanya dapat dilaksanakan dan diamalkan Ada betulnya juga Seorang suami yang memberikan perlindungan kepada pasangan atau keluarganya dengan menyediakan tempat tinggal, makanan dan pendidikan juga bentuk pelaksanaan cinta yang dizahirkan melalui perbuatan. Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Fazilah Idris dan Aminudin Basir (2013) pula menjelaskan cinta itu kecenderungan hati seseorang terhadap individu atau sesuatu perkara disertai dengan pengorbanan bagi menunaikan tuntutan dan kehendak individu atau perkara yang dikasihi tersebut. Dalam erti lain, cinta itu diserikan dengan adanya elemen pengorbanan. Mengorbankan masa, hobi dan sebagainya bagi memenuhi magnet cinta dalam perhubungan.

25
Oleh: Wan Nor Ahmad Syaifuddin bin Wan Norazmi

Pada kali ini, Siri Minda Sihat yang pertama bagi tahun 2023 membawakan topik perkongsian mengenai “Aku Cinta Padamu”

Perkongsian secara fizikal yang dijalankan di Bilik Latihan Ibnu Khaldun, Bangunan Pusat Pengurusan Akademik dan Penyelidikan UMT ini telah berjaya dilaksanakan pada 5 April 2023 Siri Minda Sihat 1/2023 memberikan fokus kepada faktor-faktor yang mempengaruhi tarikan dan kewujudan perasaan cinta, etika dalam percintaan dan menariknya, para peserta didedahkan dengan teori-teori gaya bercinta Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menjawab Inventori

Gaya Bercinta yang meliputi enam (6) Gaya Bercinta iaitu Persahabatan, Romantis, Permainan, Logikal, Pengorbanan dan Kepunyaan

Diharapkan dengan pelaksanaan Siri Minda

Sihat 1/2023 - Aku Cinta Padamu pada kali ini dapat memberikan motivasi kecintaan kepada para peserta yang romantik dan penuh kasih sayang.

26

PKU PTj Pertama Menerima Sijil PKU PTj Pertama Menerima Sijil

Penghargaan Kelestarian Kewangan Penghargaan Kelestarian Kewangan

Sempena majlis penyerahan Proforma

Perjanjian Belanja Mengurus Tahun 2023 dan Dana Khas Tahun 2023, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah diumumkan sebagai pusat tanggungjawab (PTj) pertama yang

menggunakan dana tabung amanah

PTj sepenuhnya dalam perbelanjaan

mengurus tahun 2023 Inisiatif ini

membolehkan PKU menerima Sijil

Penghargaan Kelestarian Kewangan yang disampaikan oleh Profesor Dato’

Dr Mazlan Abd Ghaffar, Naib Canselor UMT di Dewan Senat, Bangunan Canselori.

Melalui pengiktirafan ini PKU telah diberi mandat menggunakan akaun amanah hasil penjanaan pendapatan bagi menampung perbelanjaan mengurus tahun 2023 seterusnya membantu mengurangkan penggunaan sumber dalaman universiti sejajar dengan Pekeliling Bendahari Bilangan 1 Tahun 2023 mengenai Bajet 2023 dan Inisiatif Belanja Berhemah UMT

Melalui inisiatif ini, PKU beriltizam untuk meningkatkan penjanaan pendapatan universiti melalui perkhidmatan rawatan dan perubatan yang disediakan. Selain itu, PKU juga sentiasa memantau sebarang bentuk perolehan dan perbelanjaan yang dibuat supaya tidak melebihi peruntukan yang telah diberikan mengikut agihan jumlah proforma yang diterima

Sesungguhnya penghargaan ini telah memberi suntikan semangat kepada warga PKU untuk terus mengekalkan momentum dan berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan pada tahap yang terbaik demi menyokong visi dan misi universiti

27
Oleh: Dr. Arnie binti A. Rahim & Tengku Nuriah binti Tengku Abdul Rahman

Bakti Disanjung Budi Dijunjung Bakti Disanjung Budi Dijunjung

Oleh: Shahrul Jama bin

Puan Rohamiza binti Omar, atau lebih mesra disapa sebagai Kak Miza dalam kalangan staf, merupakan seorang Pembantu Operasi yang telah berkhidmat kira-kira 27 tahun di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Puan Rohamiza memulakan karier di UMT yang ketika itu dikenali sebagai Universiti Pertanian

Malaysia Terengganu (UPMT) pada 29 Jun 1996 di Pejabat Pendaftar dan kemudian meneruskan khidmatnya di Pusat Pembangunan dan Harta (PPH) pada tahun 2002. Lima tahun kemudian, iaitu pada tahun 2008, Kak Miza kembali berbakti di Pejabat Pendaftar selama 15 tahun sebelum bersara pada 9 April 2023 di usia 56 tahun

Sebagai seorang senior, beliau sentiasa mempamerkan komitmen dan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Pengurusan stok dan stor pejabat, urusan terimaan dan agihan surat menyurat, telefonis pejabat serta penglibatan dalam penganjuran programprogram rasmi universiti merupakan antara khidmat yang telah dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Di luar urusan kerja rasmi, beliau merupakan seorang sangat mesra dan ringan tulang serta sangat disenangi oleh rakan-rakan sekerja Apatah lagi sikap beliau yang pemurah dan acap kali membawa masakan sendiri dari rumah untuk dinikmati oleh rakan-rakan sepejabat.

Keluhuran budi dan bakti beliau sentiasa akan dikenang dan jalinan silaturrahim khususnya bersama staf Pejabat Pendaftar dan UMT tidak akan terlerai Selamat bersara Kak Miza

28
29

Anugerah Staf Bulanan Cemerlang Anugerah Staf Bulanan Cemerlang

Pejabat Pejabat Pejabat Pejabat

Jan hingga Mac 2023 Jan hingga Mac 2023

Shafarina binti Abu Bakar@ Abdullah

Aznurulain binti Mohamad Penolong Pegawai Tadbir Kanan(N32)

Oleh : Khasmiliah binti Mohd Azmi
30
Pembantu Setiausaha (N19) Pejabat Pendaftar Normanida binti Othman Pembantu Tadbir (P/O) Kanan (N22) Pejabat Pendaftar Pejabat Pendaftar Norhayati binti Ahmad Pengawal Keselamatan (KP11) Pejabat Pendaftar Norlida binti Mohamed Pengawal Keselamatan (KP11) Pejabat Pendaftar

Pesara Pesara

Mac hingga Jun 2023 Mac hingga Jun 2023

31
Oleh : Siti Mariam binti Awang Hamat Rohamiza binti Omar Pembantu Operasi (N14) Pejabat Pendaftar Bersara pada 09 April 2023 Prof. Madya Dr. Rokiah binti Kadir Pensyarah Universiti (DS54) Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial Bersara pada 01 Mei 2023 Prof. Madya Dr. Hing Lee Siang Pensyarah Universiti (DS54) Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Bersara pada 15 Mei 2023
PEJABAT PENDAFTAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.