VOLUME 9 NOVEMBER 2023
Pelan Strategik Pembangunan Bakat (PSPB) 2023-2027
2
Sidang Editorial Zukiferee bin Ibrahim Penasihat
Zahirah binti A Razak Ketua Editor
Shahrul Jama bin Othman Editor
Norlaile binti Hamid Editor
Norhafizah binti Mohd Suib Editor
Kandungan 3 4
Kalam Pendaftar
5
319 orang Pegawai Cemerlang dihargai dalam MAT2023
7 10 12 15 18
“Menerajui Kegemilangan Sumber Daya Insan” - Pelan Strategik Pembangunan Bakat (PSPB) 2023-2027
Kita Teguh Bersama! UMT Tempat Ketiga Anugerah IPT Bebas Denggi Peringkat Kebangsaan 2023 Program Transformasi Minda - Integrasi dan Integriti Membangun Bakat UMT Cemerlang Sistem Governan Universiti Malaysia Terengganu Majlis Santapan Petang Sempena Majlis Konvokesyen UMT Ke-21 Tahun 2023
20
Perhimpunan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan, Lambang Perpaduan Warga UMT
23 25
PRO-CUBE Healing 2023
27
Lawatan PKU ke Kampus Bukit Kor dan Stesen Penyelidikan Alami UMT
29
Taklimat Kemudahan Cuti & Penggunaan Sistem Permohonan Pelbagai Cuti Atas Talian
Latihan Pertolongan Cemas Tingkatkan Kemahiran Warga PKU UMT
Pemantauan dan Konsultasi Pengurusan Sumber 30 Sesi Manusia oleh Kementerian Pendidikan Tinggi
31
Pengurusan Risiko VUCA: Proaktif Untuk Menghadapi Ketidakstabilan
35 37
UMT Teruskan Usaha Perangi Aedes Bersama Komuniti
39
Pengendalian Kes Tatatertib Pelajar oleh Bahagian Keselamatan
40
Siri Minda Sihat 2022 Rangkul Anugerah Perak Dalam Persidangan Psikologi dan Kaunseling IPT Kebangsaan 2023
Tengku Nuriah binti Tengku Abdul Rahman Editor
41 42
Siri Minda Sihat 2/2023 – Aku Maafkan Kamu
Khasmiliah binti Mohd Azmi Urusetia
43 Siri Minda Sihat 4/2023 - Saya Makan Saya Happy! 44 Siri Minda Sihat 5/2023 – 3 Serangkai di Pejabat Staf Bulanan Cemerlang 45 Anugerah Pejabat Pejabat (April hingga Jun 2023) 46 Pesara (Julai hingga November 2023) 48 Belasungkawa Tahun 2023
Aisamuddin bin A. Jalil Editor
Simulasi Menyelamat Mangsa Bencana Udara Tingkatkan Kerjasama UMT Bersama Agensi Kerajaan & Swasta
Siri Minda Sihat 3/2023 – S.T.R.E.S (Saya Tidak Rasa Emosi Sejahtera)
Hak Cipta Terpelihara © 2023. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
3
Kalam Pendaftar
Pembangunan bakat sangat berkait rapat dengan perancangan strategik yang bersifat ke hadapan dan menyeluruh. Keupayaan organisasi membangunkan pelan pembangunan sumber daya insan yang tuntas menjadi pengukur komitmen kepimpinan organisasi dalam membina ahli pasukan yang berkebolehan dan berkeupayaan. Atas dasar ini, Pejabat Pendaftar melahirkan rasa syukur yang tinggi atas pelancaran Pelan Strategik Pembangunan Bakat (PSPB) 2023-2027 sempena Majlis Anugerah Tahunan (MAT) UMT pada tanggal 29 Ogos 2023 yang lalu.
Bertemakan “Menerajui Kegemilangan Sumber Daya Insan”, pelan strategik ini mengetengahkan Model 4Q dalam pembangunan warga UMT yang menekankan aspek kualiti keintelektualan, kerohanian, nilai dan kepimpinan. Kita menaruh keyakinan pelan strategik ini mampu direalisasikan dengan sokongan padu daripada seluruh barisan kepimpinan di UMT dan didukung oleh seluruh warga yang sentiasa bersedia mendakap perubahan ke arah kecemerlangan berterusan. Bulan Ogos yang lalu berlangsungnya Majlis Anugerah Tahunan UMT yang merupakan acara tahunan bagi meraikan warga yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugasan masing-masing. Namun berdasarkan kekangan yang ada, kita tidak mampu untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada semua warga yang telah berbakti kepada UMT. Apa yang lebih utama, semoga kebaktian tersebut mendapat ganjaran setimpal dari Ilahi. Sebelum mengakhiri catatan ini, sekalung ucapan terima kasih ditujukan buat semua warga UMT dan khususnya warga Pendaftar yang telah menyumbang tenaga bagi menjayakan acara dibawah kendalian Pejabat Pendaftar iaitu Majlis Santapan Petang sempena Konvokesyen 2023, Majlis Ikrar Pelajar Baharu Sesi 2023/2024 dan Perhimpunan Warga Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan. Terima kasih buat semua. Tanpa komitmen anda, hambarlah perjalanan acara!
ZUKIFEREE BIN IBRAHIM Pendaftar Universiti Malaysia Terengganu
4
“Menerajui Kegemilangan Sumber Daya Insan” Pelan Strategik Pembangunan Bakat (PSPB) 2023-2027 Oleh: Norlaile binti Hamid
Pekerja yang cemerlang dan berdaya saing merupakan idaman dan buruan semua majikan bagi mendokong pencapaian misi dan visi organisasi. Dalam menghasilkan bakat yang cemerlang dan berkualiti, pelbagai aspek perlu diberikan perhatian dan tidak boleh dikesampingkan. Menyedari akan kepentingan pengurusan bakat yang lebih terancang dan tersusun, Pejabat Pendaftar telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu panduan dalam pengurusan bakat di UMT. “Menerajui kegemilangan sumber daya insan” adalah merupakan tema yang dipilih dalam merangka Pelan Strategik Pembangunan Bakat (PSPB) 2023-2027. PSPB dihasilkan sebagai panduan menyeluruh dalam mengurus dan membina bakat yang lebih kompetitif dan produktif. Pekerja yang berkualiti merupakan aset utama bagi sesebuah organisasi. Justeru, bagi memastikan aset ini disantuni dengan sewajarnya, PSPB telah digarap supaya bersifat holistik dan universal yang terpakai untuk semua peringkat dan mengambilkira kemajmukan warga UMT. Model 4Q diketengahkan dalam membina pelan ini. 4Q merujuk kepada Quwwah (kualiti fizikal dan intelektual), Qalb (kualiti kerohanian), Qiemah (kualiti nilai) dan juga Qudwah (kualiti kepimpinan). Pelan ini juga dirangka berpandukan kepada Pelan Strategik UMT serta menggariskan tujuh (7) teras utama yang sedang dan akan dilaksanakan dalam membangun bakat unggul dan berprestasi tinggi. PSPB telah dilancarkan secara rasmi oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMT semasa Majlis Anugerah Tahunan UMT 2023 pada 29 Ogos 2023. Jerayawara secara dalam talian kepada warga UMT juga telah dilaksanakan pada 12 Oktober 2023 yang lalu. Semoga pelan ini dapat menyokong agenda pembangunan bakat UMT secara menyeluruh dan memberikan manfaat kepada warga.
5
319 orang Pegawai Cemerlang Dihargai dalam MAT2023 Oleh: Sayed Mohd Tamimuddin bin Sayed Ibrahim
Majlis Anugerah Tahunan 2023 (MAT2023) yang dilaksanakan saban tahun adalah untuk merai dan mengiktiraf sumbangan dan jasa bakti warga yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam perkhidmatan mereka. Penganjuran MAT pada tahun ini merupakan kali ke-13 sejak ia diperkenalkan. MAT2023 yang telah diadakan pada 29 Ogos 2023 telah mengetengahkan tema “Memahat Tradisi Kecemerlangan, Menjunjung Kegemilangan”. Pembangunan bakat yang mantap dapat memacu kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan ini akan menyumbang kepada reputasi dan keterlihatan UMT. Dalam majlis pada kali ini, UMT telah memberi pengiktirafan kepada seramai 319 orang pegawai daripada pelbagai peringkat jawatan dan kategori anugerah seperti berikut:
138
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
8
Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang (AKPC)
24
Anugerah Julangan Bakat (AJB)
14
Anugerah Khas Naib Canselor (AKNC)
116
Hadiah Setia Bakti (HSB)
19
Pesara
6
MAT2023 turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Profesor Dr. Mohamad Salmi, Pengerusi LPU baharu UMT bersama-sama ahli Lembaga Pengarah UMT. Kehadiran mereka memberi mesej yang jelas bahawa pihak LPU sentiasa bersama pihak Pengurusan UMT dalam memastikan pembangunan dan kecemerlangan warga UMT.
7
Kita Teguh Bersama! Oleh: Shahrul Jama bin Othman
Keutuhan dan keteguhan sesebuah pasukan terletak pada jalinan persefahaman, kerjasama erat, disiplin serta komunikasi yang berkesan. Dalam erti kata lain, individu atau sekelompok individu yang bekerja secara sendirian atau working in silos tidak akan membantu dalam membina sebuah pasukan yang cemerlang. Atas kesedaran ini, Pejabat Pendaftar UMT telah mengambil inisiatif mengadakan Program Pengukuhan Pasukan pada 17-18 Ogos 2023 di Stesen Penyelidikan Alami Marin UMT, Pulau Bidong, Terengganu. Program dua hari satu malam yang mendapat kerjasama Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) ini diketuai oleh Tuan Haji Zukiferee bin Ibrahim, Pendaftar UMT dan disertai oleh 33 orang staf Pejabat Pendaftar, termasuk wakil daripada Bahagian Keselamatan. Seawal jam 8.00 pagi 17 Ogos 2023, pasukan Pejabat Pendaftar telah bertolak ke Pulau Bidong dari Jeti Marina Duyong menggunakan tiga buah bot UMT. Setibanya di Pulau Bidong kira-kira jam 10.00 pagi, peserta telah diberikan taklimat keselamatan dan teknikal oleh PPPL, diikuti oleh sesi ice breaking melalui beberapa permainan ringkas yang menguji minda seperti “Jari-Jemari”, “Kasi Pecah”, Action Number, Flush dan Small Love. Setelah mendaftar masuk dan menikmati makan tengah hari, pasukan Pejabat Pendaftar dibawa menaiki bot untuk menjelajah Tapak Peninggalan Vietnam yang terdapat di pulau ini. Di sini, peserta tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri kesan peninggalan sejarah Pulau Bidong yang pernah menjadi kem pelarian Vietnam pada tahun 1978 hingga tahun 1991. Serpihan kapal, kubur, tugu peringatan dan pelbagai peninggalan masih dapat disaksikan dengan jelas di sini.
8
Pada sebelah petang, keyakinan, keberanian dan kerjasama berpasukan peserta diuji dengan program water confidence. Melalui program ini, peserta secara berkumpulan dikehendaki berenang dari pantai hingga sampai ke bot yang berada kira-kira 100 meter dari pantai. Peserta kemudiannya dikehendaki terjun dari bot ke dalam air dengan kedalaman kira-kira lapan meter dan berenang kembali ke pantai. Melalui aktiviti ini, peserta saling bantumembantu agar semua ahli pasukan berjaya menamatkan aktiviti dengan selamat. Pada sebelah malamnya pula, aktivti dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Yaasin beramai-ramai. Selesai menikmati makan malam, peserta berkumpul dan dibahagikan mengikut kumpulan bagi menjalankan beberapa aktiviti seperti “Radio Rosak”, “Teka Peribahasa dan Simpulan Bahasa”, “Teka Lokasi” dan “Sambung Cerita”. Walaupun kelihatan mudah, namun aktiviti ini benar-benar menguji kerjasama berkumpulan dan ketajaman berfikir. Pagi berikutnya dimulakan dengan Solat Subuh berjemaah dan tazkirah yang disampaikan oleh salah seorang staf Pejabat Pendaftar. Sebelum menikmati sarapan pagi, pasukan Pejabat Pendaftar berkumpul dan melakukan senaman pagi. Para peserta bergilir-gilir mengetuai aktiviti senaman diikuti oleh semua ahli pasukan.
9
Program diteruskan dengan aktiviti yang sekali lagi menguji kerjasama berpasukan melalui permainan yang dikenali sebagai “Hunter the Changer”. Melalui permainan ini, seorang ahli kumpulan ditutup mata dan dikehendaki mencari objek yang diletakkan di kawasan tertentu dengan dibantu oleh ahli-ahli kumpulan yang lain dengan memberi arahan yang tepat sehingga objek tersebut ditemui. Manakala kumpulan lain berperanan sebagai “pengacau” dengan memberi arahan palsu agar pencarian tersebut tersasar. Aktiviti ini secara simbolik menggambarkan kerjasama kita sebagai sebuah pasukan dan perlu sentiasa responsif terhadap arahan serta perlu bijak membezakan input yang benar atau palsu sebelum membuat sesuatu keputusan. Sebelum bertolak pulang, pasukan Pejabat Pendaftar sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar stesen, satu agenda wajib kepada mana-mana kumpulan yang menggunakan stesen ini bagi memastikan kebersihan kawasan dan kelestarian alam semula jadi terus terpelihara. Sungguhpun program ini berlangsung dalam jangka masa yang agak singkat, namun manfaatnya sangat besar kepada warga Pejabat Pendaftar. Semangat dan jalinan kerjasama berpasukan diperkukuhkan melalui program ini untuk dibawa pulang seterusnya memantapkan profesionalisme Pejabat Pendaftar sebagai nadi penggerak UMT. Kita Teguh Bersama!
10
UMT Tempat Ketiga Anugerah IPT Bebas Denggi Peringkat Kebangsaan 2023 Oleh: Dr Daeng Malis bin Ab. Kahar/ Tengku Nuriah binti Tengku Abdul Rahman & Nur Azima binti Mat Zin
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah dinobatkan pemenang tempat ketiga dalam Anugerah Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) Bebas Denggi Peringkat Kebangsaan tahun 2023. Anugerah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan bertempat di Summit Hotel Subang USJ pada 15 Oktober 2023 bersempena Konvensyen MyChampion @KKM. Pengarah Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Dr Arnie A Rahim telah mewakili UMT bagi menerima hadiah berupa wang tunai RM2,000.00 dan sijil penyertaan. Pertandingan tersebut merupakan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). UMT melalui PKU dengan kerjasama fakulti, Kolej Kediaman dan Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH) telah memainkan peranan yang signifikan bagi melayakkan UMT disenarai pendek dalam penjurian lapangan yang telah diadakan pada 25 September 2023 lalu. Antara tempat yang dilawati dan dinilai adalah Bangunan Canselori, Institut Adaptasi Iklim dan Bioteknologi Marin dan Blok Ibnu Hibban, Kolej Kediaman dan persekitaran UMT.
11 Pembentangan laporan dan pemeriksaan melibatkan dokumen berkaitan penglibatan serta pengendalian semua pihak pengurusan UMT dalam usaha membanteras wabak denggi, aktiviti kebersihan dalam kampus dan komuniti sekitar, program kesedaran & projek inovasi yang berkaitan. Penjurian dijalankan oleh pegawai dari KPKT, KKM dan KPM. Pemeriksaan turut memastikan tiada bekas dan kawasan berpotensi menakung air serta tempat pembiakan nyamuk aedes sekitar dalam & luar bangunan. Terdahulu, para juri diberikan taklimat secara menyeluruh mengenai aktiviti yang dilaksanakan oleh UMT dalam usaha membanteras wabak denggi. Turut memberikan sokongan adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMT, Profesor Chm. Dr. Marinah Mohd Ariffin dan Pendaftar, Tuan Haji Zukiferee Ibrahim. UMT merupakan antara enam IPT yang terpilih untuk ke peringkat akhir selain Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Turut terlibat adalah Kolej Matrikulasi Perak, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi MARA cawangan Selangor. Tahniah dan syabas diucapkan semua warga UMT terutama ahli jawatankuasa pelaksana termasuklah PKU, Majlis Perwakilan Pelajar, Skuad Cegah Aedes Kolej Kediaman (SCAKK), pasukan Green Living & Green Rangers dan pensyarah-pensyarah yang telah memberikan komited yang terbaik sehingga UMT dinobatkan tempat ketiga dalam anugerah tersebut. Tempat pertama telah dimenangi oleh Universiti Teknologi MARA Puncak Alam Cawangan Selangor manakala naib johan disandang oleh Kolej Matrikulasi Perak.
12
Program Transformasi Minda - Integrasi dan Integriti Membangun Bakat UMT Cemerlang Oleh: Suhaiti binti Mohd
Bakat yang berdaya tahan dan kompeten adalah penting bagi menggerakkan perancangan dan prestasi sesebuah organisasi. Pembangunan bakat di peringkat awal pelantikan (dalam tempoh percubaan) secara berstruktur dan teratur dapat melahirkan pegawai yang mempunyai sikap dan pemikiran progresif yang inginkan kecemerlangan, beretika dan mengamalkan nilai murni serta berintegriti. Justeru, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah merangka Program Transformasi Minda (PTM) untuk mencapai tujuan tersebut dan menjadi salah satu daripada syarat pengesahan lantikan tetap pegawai dalam perkhidmatan awam. Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012, terdapat tiga segmen dalam PTM iaitu Segmen 1: Negara dan Perkhidmatan Awam, Segmen II: Tanggungjawab dan Peranan Pegawai dan Segmen III: Budaya Kerja Kelas Pertama. Namun, bermula tahun 2018, UMT telah membangunkan Program Transformasi Minda acuan UMT sendiri yang merangkumi silibus wajib JPA dengan penambahan silibus UMT iaitu Segmen Pengukuhan Pasukan, Segmen Generik, Segmen Penghayatan Fungsi Teras dan Penilaian Pengetahuan. Ringkasan kurikulum PTM acuan UMT adalah seperti berikut:
13
Melalui PPBI, PTM telah berjaya dilaksanakan selama 12 hari di antara 1 Ogos 2023 sehingga 22 Ogos 2023 (hari bekerja dan mengikut slot) bertempat di UMTCC dan melibatkan 22 peserta yang terdiri daripada pegawai lantikan tetap dalam kalangan pegawai akademik dan pegawai sokongan akademik. Program ini juga melibatkan 52 penceramah untuk 62 topik dan 24 pegawai penilai. PTM dimulai dengan program pengukuhan pasukan selama dua hari di mana para peserta berpeluang mengenali diri dan personaliti masing-masing melalui ujian personaliti dan pembangunan diri. Para peserta juga terlibat dengan aktiviti secara individu dan berkumpulan yang menerapkan nilai-nilai teras UMT untuk dihayati.
Melalui Segmen Silibus Jabatan Perkhidmatan Awam, para peserta terlibat dengan pelbagai kaedah seperti latihan dalam kumpulan, sesi interaktif dan perbincangan kumpulan serta penerangan langsung daripada para penceramah. Sesi ini telah memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam. Topik-topik yang diketengahkan seperti ‘Menjana Negara Bahagia’, ‘Pengurusan Integriti dan Keselamatan’, ‘Hala Tuju Negara’ dan ‘Budaya Kerja Kelas Pertama’ merupakan wadah dalam memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme peserta supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam. Selain itu, secara tidak langsung ianya menerapkan nilai budaya cemerlang agar para peserta dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap dan berkesan. Di dalam Segmen Generik, para peserta diberi kefahaman dan pengetahuan umum berkaitan nilai dan tadbir urus UMT yang mengaitkan slot-slot daripada pengurusan tertinggi UMT dan pengurusan strategi di UMT. Pada sesi ini, para peserta berpeluang mengikuti topik-topik yang disampaikan oleh barisan kepimpinan UMT yang diterajui oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor UMT. Peluang ini memberi manfaat besar dalam membantu peserta mengintegrasikan diri di UMT dengan baik dan mempercepatkan proses adaptasi secara formal serta berperanan menjadi ‘Warga UMT Cemerlang’. Usaha suai kenal dan integrasi bagi membantu para peserta dalam pelaksanaan tugas berasaskan kepada sistem-sistem dan proses-proses di UMT diteruskan lagi menerusi Segmen Penghayatan Fungsi Teras. Segmen ini melibatkan slot-slot berkaitan dengan kecekapan dan keberkesanan berasaskan profesionalisme. Semasa sesi ini dijalankan, para peserta dibahagikan mengikut kategori peserta iaitu pegawai akademik dan pegawai sokongan akademik. Sesi ini bergerak selari dengan dua kelas berasingan dan topik-topik yang diketengahkan juga berbeza mengikut kefungsian peserta.
14
Para peserta PTM yang terdiri daripada pegawai akademik akan dilibatkan dengan pendedahan berkaitan topik-topik asas dan semasa iaitu sebagai contoh, pengajaran & pembelajaran (PdP), penyelidikan, pengkomersilan, penerbitan, pengurusan geran, penyeliaan pelajar dan penilaian prestasi pegawai. Manakala bagi pegawai sokongan akademik pula, antara topiknya adalah penulisan profesional, sistem-sistem sokongan di UMT iaitu MyNemo, sistem penilaian prestasi, sistem pengurusan kualiti, Myportfolio dan kemahiran komunikasi berkesan. Sepanjang tempoh PTM berlangsung, para peserta menunjukkan komitmen dan dedikasi yang tinggi serta berjaya mengikuti program ini sehingga selesai. Kesemua 22 peserta telah menduduki peperiksaan penilaian kefahaman dan lulus dengan jayanya. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama pelbagai pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung.
15
Sistem Governan Universiti Malaysia Terengganu Oleh: Zahirah binti A Razak
Pengenalan Governan adalah istilah yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris iaitu “Governance”. Dalam Bahasa Melayu, ia disebut tadbir urus. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendefinisikan governan atau tadbir urus sebagai cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia dan sebagainya sesuatu dasar, fungsi atau perjalanan sesebuah perbadanan, syarikat dan sebagainya. Mantan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam Surat Arahan KSN bertajuk “Usaha Bagi Mempertingkatkan Tadbir Urus Dalam Sektor Awam”, bertarikh 9 Mac 2007 memberikan definisi governan atau tadbir urus, seperti berikut; “Tadbir urus merangkumi aspek-aspek seperti tatacara Ketua Eksekutif atau Ketua Jabatan dan para pegawai di semua peringkat pengurusan melaksanakan tanggungjawab secara telus dan berhemah dari segi pengambilan dan penyampaian hasil, struktur termasuk budaya kerja, dasar, strategi serta tatacara mereka berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan (stakeholders) dan proses di mana agensi awam diurus atau diarah, dikawal dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif yang telah dipersetujui” -Tan Sri Mohd. Sidek bin Hj. Hassan Struktur Tadbir Urus UMT Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah ditubuhkan di bawah Perintah Universiti Malaysia Terengganu (Pemerbadanan) 2007 [P.U. (A) 27/2007] dan melaksanakan fungsinya berpandukan kepada Perlembagaan Universiti Malaysia Terengganu [P.U. (A) 29/2007]. Selain itu, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000, Akta Prosedur Kewangan 1957, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, statut/kaedah/peraturan, Perintah Am, Perintah Perbendaharaan, Arahan Keselamatan, Pekeliling Kerajaan serta lain-lain peraturan dan undang-undang kerajaan yang berkuat kuasa juga merupakan punca kuasa yang diterima pakai oleh UMT dalam melaksanakan fungsinya. Tanggal 12 Disember 2014, UMT telah diiktiraf sebagai Universiti Berautonomi Penuh oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dalam empat komponen iaitu:
1) Institusi Governan
dan 3) Kewangan Penjanaan Pendapatan
dan 2) Akademik Kemasukan Pelajar
4) Pengurusan Sumber Manusia
Secara prinsipnya, status autonomi dapat memperkasakan lagi peranan Lembaga Pengarah Universiti dalam proses pembuatan keputusan, pengurusan sumber manusia yang lebih optimum dan peranan dan tanggungjawab Senat yang lebih besar dalam pengurusan akademik. Di samping itu, tahap kebergantungan Universiti terhadap bantuan kerajaan adalah berkurangan dan Universiti perlu lebih proaktif dalam menjana pendapatan sendiri.
16
Berikut adalah struktur tadbir urus dalam konteks UMT, Canselor
Ketua Universiti dan mempengerusikan mana-mana Konvokesyen apabila menghadirinya dan mempunyai apa-apa kuasa lain yang ditetapkan mengikut Perlembagaan UMT atau mana-mana statut, kaedah atau peraturan
Pro-Canselor
Menjalankan mana-mana daripada fungsi Canselor bagi pihaknya.
Naib Canselor
Lembaga Pengarah Universiti
Ketua pegawai eksekutif dan bertanggungjawab bagi keseluruhan fungsi pentadbiran, akademik, pengurusan dan hal ehwal Universiti. Bagi membantu melaksanakan fungsi tersebut, Naib Canselor dibantu oleh Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-undang dan lain-lain pegawai yang ditetapkan oleh statut. Badan yang mengelola, membuat dasar dan mengawasi Universiti, dan boleh menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Universiti setakat kepada kuasa dalam Perlembagaan, Statut, Kaedah-kaedah dan Peraturanperaturan kepada pihak berkuasa, badan atau pegawai Universiti
Selaras dengan amalan tadbir urus yang baik, UMT telah mempraktikkan pembahagian kuasa yang jelas antara Pihak Berkuasa. Keberkesanan pembahagian kuasa boleh dilihat dalam pembuatan keputusan yang cepat dan bebas serta pelaksanaan sesuatu agenda yang dirangka. Struktur Organisasi UMT UMT mempunyai organisasi berstruktur, berasaskan kepada sembilan (9) portfolio teras Universiti dan diketuai oleh Peneraju Portfolio seperti berikut:
Setiap peneraju portfolio akan menyokong dan membantu Naib Canselor melaksanakan peranan dan fungsi mengikut portfolio masing-masing.
17 Hierarki Pusat Tanggungjawab Secara umumnya, Pusat Tanggungjawab (PTj) di UMT dibahagikan kepada dua (2) kategori seperti berikut:
Kesimpulan Sebagai sebuah universiti yang dinamik dan berdaya saing, UMT sentiasa memastikan struktur organisasi dan fungsinya yang menjadi asas kepada tadbir urus yang cemerlang sentiasa dikemas kini dan relevan dengan keperluan semasa, selaras dengan perkembangan semasa Universiti serta tuntutan keperluan pelbagai pihak dan pemegang taruh.
18
Majlis Santapan Petang Sempena Majlis Konvokesyen UMT Ke-21 Tahun 2023 Oleh: Ainul Afizan binti Elmin
Universiti Malaysia Terengganu telah melangsungkan Majlis Santapan Petang pada 21 Oktober 2023 di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam. Majlis ini disempurnakan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu. Majlis turut diserikan dengan keberangkatan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’ Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Seramai hampir 200 tetamu yang terdiri daripada kerabat DiRaja, Para Pembesar dan Ketua Jabatan Negeri Terengganu, kepimpinan UMT, penerima Anugerah, wakil-wakil daripada Universiti Awam dan jemputan khas UMT menghadiri majlis ini. Di Majlis Santapan Petang ini, UMT telah melancarkan Buku “UMT Dua Dekad Meneroka Samudera”. Turut diadakan adalah pameran yang menceritakan sejarah sepanjang dua (2) dekad UMT menyusuri bahtera sebagai salah satu institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Di majlis ini juga, UMT menerima sumbangan zakat pelajar berjumlah RM1,045,720.00 daripada enam agensi iaitu: 1.
Bank Pembangunan Malaysia Berhad menyumbang bagi bantuan pendidikan sebanyak RM479,720.00
2.
Lembaga Tabung Haji menyumbang bagi Program Iqra’ TH IPTA 2023 sebanyak RM350,000.00
3.
Ambank Islamic Berhad menyumbang bagi sumbangan zakat sebanyak RM60,000.00,
4.
Bank Rakyat menyumbangkan bagi Program Bank Rakyat UNIPRENEUR 3.0 sebanyak RM66,000.00
5.
Akademik Kepimpinan Pendidikan Tinggi bagi Geran Projek Kelestarian Pendapatan Universiti Awam Melalui Zakat, Wakaf Dan Endowmen sebanyak RM50,000.00
6.
Kementerian Pendidikan Tinggi menyumbang bagi Geran Projek Kelestarian Pendapatan Universiti Awam Melalui Zakat, Wakaf dan Endowmen sebanyak RM40,000.00.
19
Penyerahan mock-check disempurnakan oleh wakil agensi masing-masing kepada Naib Canselor UMT dengan disaksikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu, Tuanku Canselor UMT.
20
Perhimpunan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan, Lambang Perpaduan Warga UMT Oleh: Shahrul Jama bin Othman
“Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, begitulah tema sambutan Hari Kebangsaan bagi tahun 2023 yang disambut dengan penuh penghayatan di seluruh negara. Pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi menzahirkan kecintaan kepada tanah air. Atas semangat ini, UMT juga tidak ketinggalan menganjurkan pelbagai program dan aktiviti di peringkat universiti sempena sambutan Bulan Kebangsaan sepanjang Ogos hingga September 2023. Sebagai acara kemuncak, UMT melalui Pejabat Pendaftar telah mengadakan perhimpunan khas melibatkan seluruh warga staf UMT pada 27 September 2023 yang lalu. Melalui perutusan yang disampaikan semasa perhimpunan ini, YBhg. Dato’ Naib Canselor menyeru kepada seluruh warga UMT agar terus mendukung kepelbagaian budaya, bangsa dan agama dalam negara selain memerdekakan pemikiran daripada tingkah laku yang membawa kepada perpecahan. Beliau juga mengingatkan bahawa warga UMT merupakan watak penting yang paling berpengaruh untuk terus menyuburkan nilai patriotisme dalam kalangan generasi muda melalui pendidikan di universiti. Upacara penyampaian hadiah turut diadakan bagi meraikan kejayaan staf, pelajar dan pusat tanggungjawab (PTj) yang telah menyertai pelbagai pertandingan yang diadakan sempena sambutan Bulan Kebangsaan. Antaranya Pertandingan Video Tik-Tok Patriotik, Pertandingan UMT Menulis, Cabaran Domino Merdeka, Pertandingan Masok-Masok Merdeka, Sayembara Puisi Malaysia Madani, Karnival Sukan Merdeka dan Pejabat Ceria Merdeka. Penyertaan yang menggalakkan dalam program-program ini membuktikan kesedaran yang tinggi kalangan staf dan pelajar dalam menghayati erti kemerdekaan.
21
Majlis turut diselitkan dengan sesi penyampaian agihan pendapatan Micro-Credential Sijil Sains Kebombaan UMT bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjumlah lebih RM80,000.00 serta penyampaian insentif pelaksanaan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) kepada tiga buah PTj yang telah menjalankan PITA bersama industri pada sesi akademik 2022/2023 yang lalu. Selain itu, YBhg. Dato’ Naib Canselor juga telah menyampaikan Sijil Ahli Majlis Profesor Negara dan Ahli Majlis Bersekutu kepada semua Profesor dan Profesor Madya yang telah dilantik. Program Perhimpunan Warga UMT pada kali ini juga turut diserikan dengan persembahan Dikir Barat Merdeka oleh Kumpulan Pawana UMT yang terdiri dalam kalangan staf UMT dan diketuai oleh Pusat Kebudayaan dan Kesenian UMT. Warga UMT juga turut menghayati bait-bait sajak yang dideklamasikan oleh salah seorang pelajar yang merupakan pemenang tempat pertama Sayembara Puisi Malaysia Madani. Program Perhimpunan Warga UMT Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2023 mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga UMT. Sokongan dan kerjasama yang diberikan mencerminkan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga di samping menyemarakkan semangat kemerdekaan dan menzahirkan rasa cinta terhadap UMT dan negara.
22
23
PRO-CUBE Healing 2023 Oleh: Azunaidah binti Deraman
Program Pembangunan Bakat Cuti Belajar (PRO-CUBE) merupakan platform perjumpaan pihak pengurusan tertinggi UMT bersama pegawai sedang cuti belajar anjuran Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi (PPBI) UMT. Pada tahun ini PRO-CUBE telah diadakan pada 20-22 September 2023 di RAIA Hotel & Convention Centre dan Chagar Hutang, Pulau Redang. Program PRO-CUBE 2023 ini telah dirasmikan oleh YBrs. Profesor Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan turut dihadiri oleh pihak Pengurusan UMT dan Dekan Fakulti. PRO-CUBE disertai seramai 25 orang pegawai Cuti Belajar dalam kalangan Pensyarah, Felo Akademik dan Pegawai Sokongan Akademik daripada pelbagai peringkat pengajian iaitu Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda. Antara pengisian program PRO-CUBE adalah:
Bicara Heart to Heart
Memberikan kefahaman berkaitan prospek Cuti Belajar Soal jawab berkaitan hal ehwal pengajian, mengusulkan buah fikiran dan cadangan penambahbaikan yang berkaitan. Perkongsian pengalaman pahit manis dan kejayaan semasa bergelar pelajar oleh Dekan Fakulti.
Parents’ Evening
Pembentangan laporan kemajuan kaedah pemantauan secara bersemuka Merapatkan hubungan dengan pihak pengurusan fakulti Panduan bagi memastikan pegawai lulus pengajian dalam tempoh (Graduate on Time).
Penyampaian hadiah
Pegawai yang berprestasi cemerlang dalam laporan kemajuan pengajian Penerbitan artikel terbanyak semasa dalam pengajian
Program Motivasi
Program Motivasi Jati Diri dan Kuasa Reset Minda bersama penceramah jemputan untuk memberikan suntikan motivasi dan semangat kepada pegawai.
24
Para pegawai juga diberikan peluang untuk ‘healing’ melalui pelaksanaan aktiviti out-door sambil diberikan pendedahan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Uzair Rusli mengenai penyelidikan penyu yang menjadi kebanggaan UMT di Chagar Hutang, Pulau Redang. Keterujaan terpancar pada wajah masing-masing semasa melaksanakan aktiviti “snorkeling” di Turtle Point, Teluk Dalam, Taman Laut dan lawatan ke Little Maldives. Pengalaman Analisis Sarang Penyu juga merupakan pengalaman baharu bagi penganjuran program kali ini. Keseronokan menikmati keindahan alam menjadi terapi jiwa dan semestinya setiap detik dilalui dirakam sebagai kenangan. Semasa hari terakhir bersama Urus setia Cuti Belajar, pegawai dinasihatkan agar sentiasa fokus dan berusaha gigih menjalani pengajian dengan titipan kata semangat “Try the best, never give up and Say No to ganti rugi!, Yes GoT”. Penutup program PRO-CUBE telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zukiferee Ibrahim, Pendaftar UMT dengan pesanan kepada pegawai agar dapat memanfaatkan kemudahan Cuti Belajar yang diberikan dengan sebaiknya dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
25
Latihan Pertolongan Cemas Tingkatkan Kemahiran Warga PKU UMT Oleh: Tengku Nuriah binti Tengku Abdul Rahman & Nur Afiqah binti Tengku Azelam
Bagi meningkatkan kemahiran staf Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan program Profesional Berterusan PKU 2023 pada 27 - 29 Julai 2023 bertempat di H- Elite Design Hotel, Kota Bharu. Program tersebut diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran serta meningkatkan ilmu pengetahuan 35 orang staf PKU agar sentiasa bersedia dalam mengharungi persekitaran kesihatan yang kian mencabar masa kini. Para peserta mempelajari teknik pertolongan kecemasan di lapangan, pengurusan kes medico legal, pengendalian kes kesihatan mental serta pengurusan kes-kes kecemasan seperti anaphylaxis. Selain itu, staf juga turut diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman berada di lapangan dalam situasi kecemasan melalui demonstrasi yang diselaraskan oleh Rafaei Alias, Pembantu Perawatan Kesihatan yang juga merupakan tenaga pengajar bagi kursus asas pertolongan cemas. Sebelum itu, beliau terlebih dahulu memberi pendedahan awal secara teori dengan menunjukkan cara rawatan, balutan dan ikatan yang betul untuk mangsa yang mengalami kecederaan serta luka pada anggota badan. Melalui pengalaman yang ada pada beliau hampir 10 tahun bersama pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), beliau telah berkongsi ilmu dan pengalaman bersama para peserta dengan menunjukkan cara serta teknik memindahkan atau mengalihkan pesakit tanpa menggunakan pengusung (stretcher).
26
Sesi demontrasi bencana bangunan runtuh dibuat dengan beberapa peserta dipilih untuk menjadi mangsa dengan beberapa kecederaan seperti patah tangan, kaki tertusuk tulang, muka terbakar, usus terburai dan kecederaan pada kepala. Pada sesi itu, semua peserta memberi komitmen penuh dalam menyediakan rawatan awal di lapangan dengan mengaplikasikan segala teori yg telah diajar semasa program. Pendedahan melalui teori dan praktikal ini penting bagi memastikan latihan pertolongan kecemasan ini mencapai objektifnya sekaligus dapat membantu para peserta memantapkan lagi kemahiran dalam pengendalian pelbagai situasi kecemasan. Rawatan awal yang betul dan tepat sebelum ketibaan pasukan penyelamat dan ambulan ke lokasi kejadian penting bagi mengurangkan risiko kematian serta kecederaan. Ketua Jabatan Psikiatrik Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr. Fariza Yahya dan Pakar Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr. Boniami Yazid turut hadir berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka dalam bidang masing-masing. Perasmian program telah disempurnakan oleh Dr. Wan Norisah Wan Yaakob, Timbalan Pengarah PKU.
27
Lawatan PKU ke Kampus Bukit Kor dan Stesen Penyelidikan Alami UMT Oleh: Tengku Nuriah binti Tengku Abdul Rahman
Pengalaman yang amat menarik dan bermanfaat sepanjang Program Lestari PKU 2023 yang telah berjaya dilaksanakan pada 13 September 2023. Pelbagai informasi mengenai peranan stesen penyelidikan yang dapat dikongsi bersama pegawai perubatan dan petugas Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sepanjang lawatan ke Kampus UMT Bukit Kor dan stesen-stesen penyelidikan yang dimiliki oleh UMT. Lawatan yang disertai oleh kira-kira 34 orang warga PKU bermula di Kampus UMT Bukit Kor, UMT telah memberi pengalaman baharu mengenai fungsi dan peranan kampus ini dalam pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan pembangunan pertanian serta lain -lain yang berkaitan. Berkeluasan 600 ekar dan terletak kira-kira 20 kilometer ke selatan Bandar Kuala Terengganu, Kampus UMT Bukit Kor merupakan kawasan strategik berhampiran dengan kawasan perindustrian Bukit Kor termasuk Institut Perindustrian MARA dan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC). PKU dibawa untuk meninjau ekosistem dan bentuk muka bumi di sini yang sebahagiannya berbukit sederhana tinggi manakala tanah di kawasan lembah adalah tanah organik gembur halus (fine loamy) yang sesuai untuk pertanian. Kampus ini menjadi salah satu pusat pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan yang bukan sahaja memanfaatkan warga UMT malah komuniti sekitar dan pembangunan negeri secara keseluruhannya.
28 Perjalanan diteruskan ke destinasi seterusnya iaitu Stesen Penyelidikan Alami Kenyir UMT (SPAK). Setibanya di sini, PKU diberikan taklimat mengenai kefungsian SPAK dalam bidang penyelidikan berkaitan dengan akuakultur serta flora & fauna. SPAK menyediakankemudahan untuk penyelidik & pelajar menjalankan sesi pembelajaran dan penyelidikan di sana. Para pengunjung luar yang berminat juga boleh menghubungi SPAK untuk mengadakan bengkel atau kursus kerana di sini disediakan pelbagai fasiliti yang terdiri daripada dewan serbaguna, bilik penginapan, makmal penyelidikan dan lain-lain lagi dengan kadar sewaan berpatutan. Warga PKU turut berpeluang mengikuti aktiviti riadah dan merentas kawasan bukit sambil menikmati keindahan kepulauan Tasik Kenyir yang sememangnya menjadi salah satu destinasi popular dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara. Di sini juga terdapat sebuah bot makmal bergerak turut digunakan untuk tujuan penyelidikan oleh penyelidik serta pelajar UMT. Sesi Lestari pada kali ini diakhiri dengan kunjungan ke Stesen Penyelidikan Alami UMT Tanah Bencah, Setiu. Kawasan tanah bencah in terlelak di persisir lagun dan dikelilingi hutan paya bakau. Kepelbagaian ekosistem menjadikan kawasan ini sangat sesuai untuk para penyelidik dan pelajar menjalankan penyelidikan mengenai flora dan fauna, invetebrata dan lain-lain. Kesimpulannya, sesi Lestari pada kali ini telah memberikan peluang kepada warga PKU untuk mengenali dan memahami fungsi stesen penyelidikan yang dimiliki UMT termasuk di Kampus Bukit Kor. Pegawai Perubatan PKU yang ditugaskan sentiasa bersedia memberikan komitmen dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan di setiap stesen dan kampus yang terlibat. Di samping memupuk silaturahim antara PTj yang terlibat, PKU turut berpeluang untuk menimba ilmu dan merasai sendiri pengalaman berharga berada di sini. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Pengarah PKU, Dr Arnie A Rahim dan Pegawai Perubatan Kanan, Dr Mas Aida Zaiton.
29
Taklimat Kemudahan Cuti & Penggunaan Sistem Permohonan Pelbagai Cuti Atas Talian Oleh: Siti Mariam binti Awang Hamat
Pada 18 Julai 2023, seramai 182 orang staf UMT termasuk staf akademik dan sokongan akademik telah hadir sesi Taklimat Kemudahan Cuti dan Penggunaan Sistem Permohonan Pelbagai Cuti Atas Talian, anjuran Seksyen Persaraan dan Khidmat Sokongan, Pejabat Pendaftar. Taklimat ini diadakan untuk memberi pendedahan serta kefahaman kepada warga UMT berkaitan kemudahan cuti dalam perkhidmatan dengan merujuk kepada pekeliling baharu iaitu MYPPSM dan cara menggunakan sistem permohonan pelbagai cuti atas talian (Cuti Online). Secara rasminya, tanggal 23 Julai 2023, permohonan pelbagai cuti secara atas talian melalui MyNemo telah diaktifkan kepada warga UMT. Melalui sistem ini, proses permohonan cuti dapat diluluskan dalam kadar yang lebih cepat, mengelakkan keciciran dokumen permohonan cuti dan mengurangkan penggunaan kertas (hardcopy). Antara cuti yang terlibat adalah seperti berikut:Cuti Haji Cuti Bersalin Cuti Gantian
Cuti Umrah Cuti Isteri Bersalin Cuti Urusan Ahli Keluarga Lain
Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga (Bapa dan Ibu Kandung, Suami dan AnakAnak Kandung) Cuti Tanpa Rekod (Lain-Lain) Cuti Mengambil Peperiksaan Cuti Sebagai Atlet Sukan/Olahraga/Ajk Pertandingan
Cuti Menjaga Anak yang Dikuarantin@Memerlukan Pengasingan
30
Sesi Pemantauan dan Konsultasi Pengurusan Sumber Manusia oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Oleh: Ainul Afizan binti Elmin
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Tinggi (BPSM, KPT) telah melaksanakan Sesi Pemantauan dan Konsultasi Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Malaysia Terengganu yang berlangsung pada 25 - 26 Oktober 2023. Sesi Pemantauan dan Konsultasi Pengurusan Sumber Manusia ini dilaksanakan ke atas urusan perjawatan dan urusan perkhidmatan bagi memastikan semua urusan berkaitan adalah teratur mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Sesi ini melibatkan semakan tatacara pelaksanaan dan dokumentasi urusan perjawatan dan urusan perkhidmatan. Selain itu, BPSM, KPT juga turut mengadakan Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia yang bertujuan untuk bertukar pandangan dan membincangkan isu-isu berkaitan dengan pengurusan sumber manusia di UMT. Delegasi BPSM, KPT terdiri daripada lapan (8) orang pegawai dan diketuai oleh Encik Mansur bin Ibrahim, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Tinggi. Manakala UMT diwakili oleh Pendaftar dan pegawai daripada Pejabat Pendaftar.
31
Pengurusan Risiko VUCA: Proaktif Untuk Menghadapi Ketidakstabilan Oleh: Zul-Atfi bin Hashim
Abstrak Artikel ini membincangkan kepentingan pengurusan risiko yang proaktif dalam menghadapi cabaran melalui VUCA (Volatility, Uncertainty, Complexity, Ambiguity). Dalam konteks pengurusan organisasi yang tidak stabil dan tidak pasti, organisasi perlu mengembangkan strategi dan pendekatan yang efektif untuk mengenalpasti, menilai, dan mengurangkan risiko yang ada. Mengeksplorasi elemen-elemen VUCA yang menyumbang kepada ketidakstabilan dan kompleksiti, serta menyediakan panduan yang praktikal dan strategi pengurusan risiko yang dapat diterapkan dalam persekitaran VUCA. Melalui pengurusan risiko proaktif, organisasi dapat meminimakan kesan negatif dari ketidakstabilan dan menyediakan diri untuk menghadapi perubahan yang pantas dan tidak menentu. Kata Kunci: VUCA, pengurusan risiko, ketidakstabilan, kompleksiti, strategi proaktif Pendahuluan Situasi dan berlakunya VUCA menuntut organisasi untuk mengubah paradigme dalam pengurusan risiko. Ketidakstabilan yang tinggi, kompleksiti yang semakin rumit, dan ketidakjelasan yang meluas telah menjadi karakteristik umum persekitaran. Dalam konteks ini, pengurusan risiko proaktif adalah kunci untuk menjaga kesinambungan dan keberhasilan organisasi. Artikel ini akan membincangkan strategi dan pendekatan yang dapat digunakan oleh organisasi dalam menghadapi ketidakstabilan dan kompleksiti yang dihadapi semasa VUCA. Sejarah VUCA Istilah VUCA muncul pada awal 1990-an iaitu selepas runtuhnya Kesatuan Soviet dan berakhirnya Perang Dingin. Konsep VUCA diperkenalkan oleh Staf Jeneral Amerika Syarikat pada masa itu untuk menggambarkan cabaran dan ketidakpastian yang dihadapi dalam konteks perubahan geopolitik yang cepat setelah Perang Dingin. Sejak awal 1990-an, istilah VUCA terus berkembang dan digunakan dalam pelbagai konteks, termasuk dalam dunia perniagaan dan pengurusan organisasi. Konsep ini membantu organisasi memahami dan menghadapi persekitaran yang kompleks dan tidak pasti. Seiring dengan peredaran zaman, VUCA menjadi kerangka kerja yang penting dalam menghadapi cabaran perubahan yang pantas dalam dunia perniagaan dan organisasi. Elemen-Elemen VUCA dan Cabaran
V
Volatility (ketidakstabilan) dalam persekitaran organisasi disebabkan oleh perubahan yang pantas, perubahan dasar dan peraturan, perubahan kadar mata wang, dan perbezaan trend pengguna.
U
Uncertainty (Ketidakpastian) terkait dengan ketidakjelasan informasi dan maklumat, risiko geopolitik, dan perubahan teknologi yang pantas.
C
Complexity (kompleksiti) berkaitan antara elemen-elemen dalaman dan luaran organisasi
A
Ambiguity (ketidakjelasan) melibatkan situasi di mana informasi dan maklumat tidak lengkap atau tidak jelas, hingga menyebabkan berlakunya kesukaran membuat keputusan.
32 Strategi Pengurusan Risiko Proaktif Strategi proaktif dalam pengurusan risiko melibatkan tindakan preventif (preventive action) untuk mengurangkan risiko yang ada dan menyediakan diri untuk menghadapi risiko baharu yang muncul. Pertama, organisasi perlu mengenalpasti dan menganalisa risiko yang berkaitan dengan persekitaran VUCA yang mereka hadapi. Ini melibatkan pemantauan proses kerja, analisa trend, dan penilaian potensi risiko. Seterusnya, organisasi perlu mengembangkan perancangan tindak balas risiko yang efektif. Ini termasuk mengenalpasti tindakan mitigasi risiko (mitigation risk action), menetapkan tanggungjawab yang jelas, dan mengintegrasikan perancangan tindakan ke dalam proses operasi organisasi. Penggunaan teknologi terkini juga dapat meningkatkan pengurusan risiko proaktif. Alat dan peranti menganalisa data dan jangkaan dapat membantu organisasi mengenalpasti pola risiko, menganggar kesannya, dan mengambil tindakan yang tepat. Selain itu, kolaborasi dengan pihak luaran seperti rakan strategik organisasi, stakeholder, dan pekerja juga dapat memperkuat pengurusan risiko organisasi. VUCA dan pengurusan di universiti Adaptasi VUCA dengan memahaminya untuk menghadapi cabaran dalam persekitaran pengurusan universiti dapat diterapkan melalui Volatility (ketidakstabilan): Universiti perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi perubahan yang pantas dalam tuntutan dan kepentingan peranan mahasiswa serta trend pendidikan tinggi. Hal ini merangkumi perubahan dalam kurikulum, teknologi pembelajaran/pengajaran, dan kepentingan keperluan industri. Merangka dan mempunyai halatuju yang strategik serta fleksibiliti untuk memberi tindak balas terhadap perubahan merupakan satu keperluan dan pihak yang mempunyai kepentingan. Uncertainty (ketidakpastian) Uncertainty (ketidakpastian): Ketidakpastian, dalam konteks universiti, merujuk kepada keadaan di mana terdapat ketidakpastian tentang arahan/keputusan universiti, perubahan dasar/peraturan, dan perubahan kewangan yang mungkin terjadi. Universiti perlu memahami risiko-risiko yang terkait dengan ketidakpastian ini dan mengembangkan rencana respons yang fleksibel untuk menghadapinya. Pertama, penting bagi universiti untuk terus memantau dan memahami arahan/keputusan/dasar kerajaan yang berkaitan dengan pendidikan tinggi. Kebiasaannya, dasar ini berubah dari masa ke semasa, dan universiti perlu menyiapkan diri menghadapi perubahan tersebut. Dalam hal ini, universiti dapat mengembangkan mekanisme pemantauan yang efektif untuk memperoleh informasi terbaharu dan menyesuaikan strategi mereka sesuai dengan keperluan. Kedua, perubahan dasar dan peraturan juga dapat menyebabkan ketidakpastian di persekitaran organisasi universiti. Universiti perlu memastikan mereka memahami peraturan dan kebijakan yang berlaku, serta siap untuk menghadapi perubahan yang mungkin terjadi. Mereka dapat memperkemas strategi dan prosedur yang fleksibel dan dapat beradaptasi dengan perubahan fungsi atau peraturan yang dijangka akan berlaku. Ketiga, ketidakpastian dalam urusan peruntukan kewangan juga dapat mempengaruhi universiti. Sumber kewangan dapat berubah-ubah, dan universiti perlu mengantisipasi kemungkinan perubahan ini. Mereka dapat mengembangkan strategi diversifikasi, menjalin kerjasama dengan pihak luar, atau mengoptimumkan sumber manusia dan bakat yang ada untuk mengurangkan risiko kekurangan sumber peruntukan kewangan.
33 Dalam menghadapi ketidakpastian, penting bagi universiti untuk memiliki kemampuan adaptasi dan respons yang cepat. Mereka perlu mengembangkan budaya inovasi, fleksibiliti, dan kepemimpinan yang responsif terhadap perubahan. Dengan itu, universiti dapat menghadapi sebarang kemungkinan ketidakpastian dengan lebih baik dan memastikan kelestarian serta pencapaian KPI dan hala tuju yang disasarkan. Secara keseluruhan, ketidakpastian adalah faktor yang perlu diperhati dan diberi keutamaan oleh universiti. Memahami risiko yang berkaitan dengan ketidakpastian dan merangka tindak balas yang fleksibel adalah langkah-langkah penting untuk mengatasi perubahan yang tidak pasti di dalam persekitaran universiti. Complexity (kompleksiti) Complexity (kompleksiti): Kompleksiti dalam konteks universiti merujuk kepada keadaan yang kritikal dengan pelbagai kepentingan dan struktur organisasi. Universiti sebagai entiti yang melibatkan pelbagai entiti dan faktor, termasuk fakulti, jabatan, staf akademik, pelajar, badan pengurusan, industri, dan pihak luar. Mengurus kompleksiti ini melibatkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam tentang hubungan dan interaksi antara semua elemen dalam sistem universiti. Kolaborasi antara unit-unit berbeza menjadi penting untuk mengatasi cabaran yang timbul daripada kompleksiti ini. Penting bagi universiti untuk membangunkan mekanisme komunikasi yang efektif agar maklumat dan pengetahuan dapat dikongsi secara efisien di antara semua pihak yang terlibat. Komunikasi yang baik membantu mengurangkan ketidakfahaman, mempromosikan kerjasama, dan menggalakkan pemahaman bersama. Selain itu, pemahaman yang mendalam tentang kompleksiti sistem universiti juga membolehkan pihak pengurusan universiti membuat keputusan yang lebih tepat dan strategik. Ini melibatkan mengenali pelbagai aspek organisasi universiti, seperti struktur governan, proses membuat keputusan, peraturan dan dasar, dan hubungan antara unit-unit yang berbeza. Dalam menghadapi kompleksiti, universiti perlu mengembangkan budaya organisasi yang memupuk kolaborasi, pemahaman bersama, dan keupayaan beradaptasi. Pentadbiran yang efektif dan kepemimpinan yang berkesan memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa kompleksiti ini dapat diurus dengan baik dan memaksimumkan pencapaian sasaran universiti. Kesimpulannya, mengurus kompleksiti dalam persekitaran universiti melibatkan kolaborasi antara jabatan dan PTj, komunikasi yang efektif, dan pemahaman yang mendalam tentang hubungan dan interaksi antara elemen-elemen dalam sistem universiti. Keupayaan untuk mengurus kompleksiti ini merupakan aspek penting dalam mencapai kejayaan dan keberkesanan universiti. Ambiguity (ketidakjelasan) Ambiguity (ketidakjelasan): Ketidakjelasan, dalam konteks universiti, merujuk kepada keadaan di mana terdapat ketidakjelasan informasi dan cabaran dalam pengambilan keputusan yang kompleks. Universiti perlu menghadapi cabaran ini dengan efektif. Pertama, penting bagi universiti untuk mengembangkan pemahaman yang lebih baik tentang trend pendidikan dan perkembangan terkini di sektor pendidikan. Ini melibatkan pemantauan dan analisis terhadap perubahan dan inovasi dalam kurikulum, penggunaan teknologi pendidikan tinggi, dan kaedah pengajaran. Dengan memahami trend ini, universiti dapat mengantisipasi perubahan dan menyesuaikan strategi pengurusan pendidikan tinggi untuk keperluan masa depan.
34 Kedua, penelitian dan analisis data menjadi penting dalam menghadapi ketidakjelasan. Universiti perlu mengumpulkan data yang relevan dan melaksanakan penelitian untuk mendapatkan saranan yang lebih terperinci tentang isu-isu pendidikan tinggi yang kompleks. Dengan memiliki fundamental data yang jelas, universiti dapat mengambil keputusan yang lebih tepat dan berdasarkan bukti yang teguh. Selain itu, dengan penglibatan pihak berkepentingan, termasuk staf akademik, mahasiswa, dan pihak luar, dalam proses membuat keputusan, juga membantu mengurangkan ketidakjelasan. Pendekatan ini melibatkan berkomunikasi secara terbuka serta telus dan melibatkan pihak kepentingan dalam sesi dialog dan diskusi. Dengan melibatkan perspektif yang pelbagai, universiti dapat memperoleh sudut pandang yang lebih komprehensif dan mengambil keputusan yang lebih baik. Dalam menghadapi ketidakjelasan, penting bagi universiti untuk mengembangkan budaya pengambilan keputusan yang adaptif dan responsif. Universiti perlu mendorong kreativiti, pemikiran kritis, dan kemampuan beradaptasi dalam kalangan staf dan mahasiswa. Dengan demikian, mereka dapat mengatasi cabaran ketidakjelasan dengan lebih baik dan menjaga kualiti pendidikan yang tinggi. Secara keseluruhan, ketidakjelasan adalah cabaran yang dihadapi oleh universiti dalam menghadapi informasi yang tidak jelas dan pengambilan keputusan yang kompleks. Mengembangkan pemahaman yang lebih baik tentang trend pendidikan, melakukan penelitian dan analisis data, serta melibatkan pihak kepentingan dalam proses pengambilan keputusan adalah langkah-langkah penting untuk meminimakan ketidakjelasan tersebut. Dalam menghadapi VUCA, universiti dapat menerapkan pendekatan proaktif seperti berikut: Memperkuat kolaborasi antara fakulti, jabatan, dan unit lain untuk menghadapi ketidakstabilan dan kompleksiti. Mengembangkan kepekaan terhadap perubahan dalam pasaran pendidikan tinggi dan tindak balas dengan pantas melalui pembaharuan kurikulum dan pembangunan program yang relevan dan berkualiti. Menerapkan teknologi pembelajaran yang inovatif untuk meningkatkan aksesibiliti dan kualiti pendidikan. Meningkatkan komunikasi dengan pelajar, staf, dan pihak berkepentingan lain untuk memahami keperluan mereka dengan lebih baik. Mendorong budaya adaptasi dan inovasi di semua PTj di organisasi universiti. Penerapan VUCA dalam pengurusan di universiti akan membantu mereka menjadi lebih responsif, adaptif, dan bersedia menghadapi perubahan yang tidak dijangka dalam persekitaran pengurusan pendidikan tinggi yang dinamik. Kesimpulan Dalam situasi VUCA, pengurusan risiko proaktif adalah kunci utama untuk menghadapi cabaran ketidakstabilan dan kompleksiti. Organisasi perlu bijak mengadaptasi pendekatan yang proaktif dalam mengenalpasti, menilai, dan mengurangkan risiko yang ada. Dengan menggunakan strategi dan pendekatan yang efektif, organisasi dapat meminimumkan kesan negatif dari ketidakstabilan dan menyediakan organisasi untuk menghadapi perubahan luar jangka. Dalam persekitaran yang terus berubah, pengurusan risiko proaktif adalah elemen penting dalam mencapai keberhasilan dan kesinambungan dan kelestarian organisasi.
35
UMT Teruskan Usaha Perangi Aedes Bersama Komuniti Oleh: Tengku Nuriah binti Tengku Abdul Rahman & Nur Azima binti Mat Zin
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil langkah pencegahan termasuk mengadakan pelbagai program kesedaran dan aktiviti gotong-royong bagi membasmi pembiakan nyamuk aedes dan peningkatan kes demam denggi di negara ini. Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, sejumlah 39 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan setakat ini pada tahun 2023 berbanding 15 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2022. Oleh yang demikian, Program Gotong-Royong UMT Perangi Aedes Bersama Komuniti Kampung Kubang Badak telah diadakan pada 18 Ogos 2023 dan merupakan antara program yang telah dijayakan oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus. Seramai 150 orang peserta yang terlibat termasuklah pelajar Kolej Kediaman, pelajar Diploma dan Asasi STEM UMT bersama-sama komuniti Kampung Kubang Badak, Kuala Nerus. Menurut Pengarah PKU, Dr. Arnie A. Rahim, aktiviti gotong-royong diadakan di sekitar Kolej Kediaman dan Kampung Kubang Badak, di mana kumpulan pelajar bergerak secara berkumpulan dan memulakan aktiviti Xplorace Cari dan Musnah Tempat Pembiakan Aedes. Sampah-sarap turut dikumpul dan ditimbang bagi menentukan jumlah merit yang diperolehi dari setiap kumpulan yang terlibat. Kumpulan yang berjaya mengumpulkan jumlah sampah yang paling banyak mendapat tempat pertama bagi kategori yang telah dipertandingkan. “Kita sering dengar keluhan dalam masyarakat yang kurang kesedaran untuk memberi kerjasama ketika aktiviti semburan kabus oleh pihak atas pelbagai alasan. Namun, pembiakan nyamuk aedes adalah berpunca daripada kurangnya pengetahuan masyarakat mengenai cara menangani nyamuk aedes”, ujar Dr. Arnie ketika menyampaikan ucapan perasmian program tersebut.
36
Tambah beliau, program sebegini perlu diadakan dari semasa ke semasa dengan penglibatan semua pihak sebagai usaha memerangi wabak denggi yang membahayakan dan mampu meragut nyawa. ia juga membantu dalam mencegah kejadian wabak penyakit seperti wabak denggi di kawasan kampus UMT mahupun kawasan sekitar luar kampus khususnya di daerah Kuala Nerus. Dr. Arnie turut menambah bahawa kempen amalan kebersihan bukan hanya tertumpu kepada kebersihan diri, malah kebersihan alam sekitar yang mampu membendung wabak denggi daripada terus merebak. Selain itu, ianya dapat memupuk rasa tanggungjawab kepada pelajar dan komuniti untuk menjaga kebersihan kawasan kediaman masing-masing.
37
Simulasi Menyelamat Mangsa Bencana Udara Tingkatkan Kerjasama UMT Bersama Agensi Kerajaan & Swasta Oleh: Muhammad Hafizuddin bin Razali
KUALA NERUS: Satu simulasi latih amal bencana udara melibatkan sebuah kapal terbang terhempas telah diadakan pada 25 Oktober 2023 bertempat di pesisir Pantai Teluk Ketapang berdekatan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Simulasi tersebut anjuran Malaysia Airport Sdn Bhd dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bersama pasukan perubatan melibatkan Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Latihan diadakan bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan pasukan mencari dan menyelamat agensi kerajaan & swasta. Selain itu, ianya bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan pelan kecemasan bencana udara di tempat-tempat berisiko seperti di lapangan terbang. Operasi bermula dengan menerima panggilan telefon daripada Medical Emergency Coordination Centre (MECC) Terengganu yang memaklumkan berkenaan nahas udara melibatkan sebuah pesawat. Pasukan Perubatan PKU UMT melibatkan Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Perubatan bersama ambulans bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan telefon. Simulasi ini melibatkan seramai 68 mangsa yang terlibat dalam satu insiden sebuah pesawat membawa 60 orang penumpang dan lapan orang anak kapal yang terdiri daripada golongan dewasa dan warga emas dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan mengikut prosedur sebenar. Kesemua mangsa dihantarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Hospital Pengajar UniSZA untuk rawatan selanjutnya.
38
Seramai 56 orang pasukan perubatan berkumpul di lapangan bersama-sama 13 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 30 orang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan lima orang Angkatan Tentera Malaysia bersama aset jabatan masing-masing menghulurkan bantuan dalam menjayakan program berkenaan. Turut serta dalam menjayakan program tersebut adalah Klinik Kesihatan Manir, Klinik Kesihatan Seberang Takir dan Pasukan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM). Pasukan perubatan juga menyediakan 12 buah aset ambulans dalam menjayakan simulasi berkenaan untuk menghulurkan bantuan sekiranya berlaku insiden berkenaan dalam masa akan datang.
39
Pengendalian Kes Tatatertib Pelajar oleh Bahagian Keselamatan Oleh: Abd Wahab bin Mohd Hashim
Terdapat pelbagai kes yang dilaporkan kepada pihak keselamatan melibatkan pelajar UMT. Di antara kes yang cukup sinonim dan popular yang sering berlaku dalam kalangan para pelajar adalah kehilangan atau kecurian. Selain itu kes-kes seperti tangkapan khalwat, pencerobohan, pencabulan, memiliki bahan lucah, mabuk, pukau, penipuan scam, gangguan seksual, pergaduhan dan peras ugut juga pernah dilaporkan. Antara contoh kes kehilangan atau kecurian adalah melibatkan beg duit, telefon bimbit dan komputer riba. Berdasarkan data-data terkumpul untuk tempoh lima tahun terakhir bermula tahun 2019 sehingga september 2023, statistik menunjukkan kes kehilangan dan kecurian merupakan kes tertinggi yang berlaku saban tahun dengan kes tertinggi pada tahun 2020. Setelah kes-kes ini dilaporkan oleh pengadu atau mangsa secara rasmi melalui borang laporan kejadian (borang BK01, saksi-saksi dan suspek kes akan dipanggil untuk ditemubual oleh pegawai siasatan. Kes-kes yang tidak mempunyai saksi atau suspek akan dikategorikan sebagai kes yang tiada tindakan lanjut (NFA). Keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi dan suspek akan direkodkan ke dalam borang pernyataan orang kena tuduh/saksi (BK03). Pada masa yang sama, pegawai penyiasat kes akan melengkapkan borang pengendalian siasatan (BK02) beserta lampiran kronologi tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Unit Siasatan. Peringkat seterusnya dan yang terpenting dalam pengendalian kes ini adalah penyediaan laporan siasatan untuk pertimbangan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar Universiti Malaysia Terengganu. Laporan ini menerangkan sepenuhnya perihal kejadian dan syor kepada jawatankuasa untuk menentukan tindakan dan keputusan apabila perbicaraan kes dijalankan nanti. Sebagai proses terakhir, surat pemakluman berkenaan kes dikeluarkan kepada Pejabat penasihat undang-Undang UMT beserta penyerahan fail kes untuk menentukan samada kes ini perlu dibicarakan ataupun sebaliknya. Setelah proses ini berakhir, semua dokumen siasatan akan disimpan di dalam fail kes yang dikategorikan sebagai SULIT. Keputusan perbicaraan lazimnya akan dimaklumkan kepada Bahagian Keselamatan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang. Selepas 30 hari menerima keputusan kes dan sekiranya jika ada barang-barang kes, maka ia akan dilupuskan samada menggunakan kaedah pemulangan semula barang kes atau pelupusan secara pembakaran. Dengan pelupusan barang-barang kes tersebut maka lengkap dan berakhirlah proses pengendalian kes tatatertib pelajar oleh Bahagian Keselamatan.
40
Siri Minda Sihat 2022 Rangkul Anugerah Perak Dalam Persidangan Psikologi dan Kaunseling IPT Kebangsaan 2023 Oleh: Wan Nor Ahmad Syaifuddin bin Wan Norazmi K.B;P.A
Pada 18-19 Oktober 2023 telah berlangsungnya Persidangan Psikologi dan Kaunseling IPT Kebangsaan 2023 bertempat di Universiti Malaysia Kelantan (Kampus Kota). Persidangan julung kali anjuran Jawatankuasa Pengurusan Psikologi dan Kaunseling Staf Universiti Awam (JKPPsiKUA) dengan kerjasama padu 20 universiti awam ini telah menampilkan pelbagai pengisian menarik dan relevan dengan isu-isu semasa nasional bertepatan dengan temanya iaitu “Pemerkasaan Idealisme Membimbing Teras Kesejahteraan Masyarakat Madani. Persidangan ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pelancaran buku ‘Introspeksi Diri’, pembentangan kertas kerja, Pertandingan Poster Inovasi dan Amalan Terbaik, Bicara Profesional: “Vaksin Emosi” dan Forum Kesejahteraan Psikologi: “Memartabat Profesion Kaunselor Melestari Masyarakat Madani”. Turut hadir memberi perkongsian ialah personaliti TV, Amin Idris.
Jabatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UMT juga mengambil bahagian dalam Pertandingan Poster Inovasi dan Amalan Terbaik pada persidangan kali ini. Dengan menaruhkan program Siri Minda Sihat 2022, UMT berjaya merangkul Anugerah Perak manakala Johan Anugerah Emas disandang oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).
41
Siri Minda Sihat 2/2023 – Aku Maafkan Kamu Oleh: Wan Nor Ahmad Syaifuddin bin Wan Norazmi K.B;P.A
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, maaf bererti kerelaan melepaskan atau melepaskan seseorang daripada hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan (kekeliruan dan sebagainya). Kunci katanya di sini ialah kerelaan. Jika seseorang memaafkan dalam keadaan terpaksa, boleh jadi maafnya itu tiada erti. Hal ini kerana, sifat memaafkan itu mengandungi elemen dalaman (emosi) dan juga elemen luaran (tingkah laku). Kelebihan memaafkan dalam perspektif Islam: a) Meraih syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Allah SWT berfirman, maksudnya: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Surah Ali Imran, ayat 133-134) b) Dikurniakan kemuliaan. i. Rasulullah SAW bersabda: “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada sesorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain), melainkan kemuliaan dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkatkan darjatnya.” (Riwayat Muslim) ii. Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.” (Riwayat Muslim)
Memaafkan juga mampu menguatkan kesihatan mental, kesihatan jantung, mempertingkatkan hubungan sosial dan kendiri serta memperkuatkan lagi sistem imun seseorang. Selain itu, memaafkan juga mampu mengurangkan gejala kemurungan, tekanan, keresahan dan permusahan. Para penonton juga telah dibimbing bagi melatih sifat memaafkan dalam diri masingmasing dengan menggunakan beberapa kaedah yang sesuai untuk diamalkan pada bila-bila masa. Untuk menonton kembali rakaman Siri Minda Sihat 2/2023 - Aku Maafkan Kamu, bolehlah menekan butang ‘suka’ pada halaman Facebook Jabatan Sumber Manusia UMT atau imbas kod QR yang tertera.
Kod QR rakaman Siri Minda Sihat 2/2023 – Aku Maafkan Kamu
42
Siri Minda Sihat 3/2023 – S.T.R.E.S (Saya Tidak Rasa Emosi Sejahtera) Oleh: Wan Nor Ahmad Syaifuddin bin Wan Norazmi K.B;P.A
Dalam kehidupan seharian, sudah pasti akan wujudnya beberapa insiden yang membuatkan kita alami rasa tekanan, marah dan sebagainya. Emosi-emosi sebegini memberi satu isyarat bahawa emosi sejahtera semakin melemah dalam diri. Walau bagaimanapun, dalam memahami kefungsian emosi sejahtera dalam diri, wajarlah kita mengambil peluang untuk mendengar dengan teliti perkongsian Siri Minda Sihat 3/2023 yang menampilkan kemunculan khas Dr. Mohd Radzi Tamizi bin A Halim, Pensyarah Universiti, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial UMT. Antara kandungan yang telah disampaikan termasuklah spektrum kesihatan mental, senario kesihatan mental di Malaysia dan banyak lagi. Perkongsian ini tambah teruja dengan keaktifan para penonton yang mengajukan pelbagai persoalan yang terbuku di sanubari masing-masing. Jika anda terlepas menonton perkongsian ini, jangan risau. Imbas sahaja kod QR yang disediakan atau boleh terus ke halaman Facebook Jabatan Sumber Manusia UMT.
Kod QR rakaman Siri Minda Sihat 3/2023 – S.T.R.E.S (Saya Tidak Rasa Emosi Sejahtera)
43
Siri Minda Sihat 4/2023 - Saya Makan Saya Happy! Oleh: Wan Nor Ahmad Syaifuddin bin Wan Norazmi K.B;P.A
Takat ikang di kuala kemamang Petang-petang wat kerpok gete Ramai orang, atah gere Main dam dua tiga papang Dok sedor sampai ke malang Kedai payang jual budu belacang Batek tembaga dan macang-macang Pernahkan anda berfikir, ikang jenis apakah yang didendangkan dalam lagu Blus “Terengganu Kita” dendangan kumpulan Iklim suatu ketika dahulu? Adakah ikang selayang? Atau ikang aye? atau ikang yu? Boleh jadi macam-macam jenis ikan ya. Apatah lagi ikan yang ditangkap itu pada sebelah petang dijadikan keropok. Namun itu bukanlah perkara yang hendak dibincangkan dalam penulisan ini. Kali ini, Siri Minda Sihat 4/2023 membawakan satu topik yang berkait rapat dengan penjagaan dan pendidikan kesihatan mental. Dengan tajuk Saya Makan, Saya Happy! Perkongsian ini telah disedia dan dikupas dengan penuh zat dan khasiat oleh pensyarah universiti dari Fakulti Perikanan dan Sains Makanan UMT iaitu Profesor Madya Dr. Asma’ binti Ali dan Dr. Noor Salihah binti Zakaria. Antara menu yang disajikan dalam perkongsian ini termasuklah pemilihan makanan yang terbaik untuk kesihatan mental dan fizikal, bagaimana faktor pemakanan mempengaruhi kemurungan dan banyak lagi. Terlepas nak tonton? Jangan risau! Imbas kod QR atau terus ke halaman Facebook Jabatan Sumber Manusia UMT sekarang!
Kod QR rakaman Siri Minda Sihat 4/2023 – Saya Makan Saya Happy!
44
Siri Minda Sihat 5/2023 – 3 Serangkai di Pejabat Oleh: Wan Nor Ahmad Syaifuddin bin Wan Norazmi K.B;P.A
Dalam dunia kesihatan, istilah penyakit 3 serangkai merujuk kepada Diabetes, Hipertensi, Tinggi Kolesterol. Manakala dalam dunia psikologi-kaunseling, 3 serangkai merujuk kepada kesepaduan holistik antara minda, emosi dan tingkah laku. Keserasian antara tiga perkara ini memberi impak yang besar terhadap diri seseorang individu. Jika ketiga-tiga elemen ini tidak berhubung dengan baik, di situlah bermulanya episod keserabutan serta ketidaksejahteraan individu. Perkongsian yang dibimbing oleh Cik Nur Fadhilah Malek, Pegawai Psikologi UMT ini telah mengupas beberapa mutiara antaranya peranan dan kebitaraan 3 serangkai (minda-emositingkah laku) dalam diri manusia, mengawal 3 serangkai dengan 3S dan pelbagai lagi input yang bermanfaat dan menarik untuk direnung dan diamalkan dalam konteks personel di UMT. Untuk menonton kembali rakaman Siri Minda Sihat 5/2023 – 3 Serangkai di Pejabat, sila imbas kod QR atau terus ke halaman Facebook Jabatan Sumber Manusia UMT.
Kod QR rakaman Siri Minda Sihat 5/2023 – 3 Serangkai di Pejabat
45
Anugerah Staf Bulanan Cemerlang Pejabat Pejabat April hingga Jun 2023 Oleh : Khasmiliah binti Mohd Azmi
Muhammad Syahrul Aizat bin Abdul Aziz Zurayah binti Abdullah Penolong Pegawai Tadbir (N29) Pembantu Tadbir (P/O) (N19) Pejabat Pendaftar Pejabat Pendaftar
Abd Rahman bin Sharif Pengawal Keselamatan (KP14) Pejabat Pendaftar
Nur Maisarah binti Ali Pembantu Tadbir (P/O) (N19) Pejabat Pendaftar
Syed Zamani bin Syed Muhamad Pengawal Keselamatan (KP11) Pejabat Pendaftar
46
Pesara
Julai hingga November 2023 Oleh : Siti Mariam binti Awang Hamat
Hashim bin Embong Ketua Pembantu Tadbir Kanan (N28) Pejabat Pendaftar Bersara pada 20 Julai 2023
Zainuriman bin Ideris Ketua Pembantu Makmal (C26) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik Bersara pada 31 Julai 2023
Normah binti Muhammad @ Md. Yatim Rosli bin Othman Setiausaha Pejabat (N29) Pembantu Laut Kanan (A22) Pusat Kesihatan Universiti Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan Bersara pada 1 Ogos 2023 Bersara pada 15 Ogos 2023
Dr. Zaliha binti Zainuddin Pensyarah Universiti (DS51) Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial Bersara pada 31 Ogos 2023
Suzlyna binti Ismail Pembantu Tadbir Kanan (N22) Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi Bersara pada 1 September 2023
47
Pesara Julai hingga November 2023 Oleh : Siti Mariam binti Awang Hamat
Rahayu binti Johari Pembantu Tadbir Kanan (N22) Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan Bersara pada 2 Oktober 2023
Suzana binti Shamsudin Penolong Pegawai Tadbir (N29) Fakulti Pengajian Maritim Bersara pada 1 November 2023
Profesor Madya Dr. Mohd Hassan bin Che Haat Pensyarah Universiti (DS54) Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosia Bersara pada 1 November 2023
Prof. Dr. Abd.Fatah bin Wahab Pensyarah Universiti (VK7) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik Bersara pada 8 November 2023
48
Belasungkawa Tahun 2023 oleh: Siti Mariam binti Awang Hamat
Semoga roh mereka dicucuri rahmat Illahi dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.
Gemulah Irwan bin Che Ayob Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Pusat Ekosistem Digital 21 Julai 2023
Gemulah Dr. Md Aris Safree bin Md Yasin Pensyarah Universiti Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial 30 Ogos 2023
Gemulah Saharudin bin Mohamad Pemandu Kenderaan Pejabat Pembangunan dan Harta 4 Oktober 2023
Gemulah Tuan Mohd Marwan bin Tuan Rosdi Penolong Pendaftar Kanan Pusat Kokurikulum dan Citra Pelajar 17 September 2023
Gemulah Hamdan bin Hassin Pembantu Awam Pejabat Pembangunan dan Harta 7 November 2023
PEJABAT PENDAFTAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU