Samudera UMT Jun 2021

Page 1

SAMUDERA PROGRAM PERAYAAN hari raYA AIDILFITRI

sesi interaktif

bersama tnc hepa

JUN 2021 BIL 74 www.umt.edu.my

isolasi pelajar

fasa kemasukan secara fizikal ke kampus


SIDANG REDAKSI

PENASIHAT

TIMBALAN PENGARAH PPHK DR IZAN BINTI DATO’ HAJI JAAFAR

KETUA PENGARANG

MPP EXCO MULTIMEDIA DAN PENERANGAN SYED HAFIZ BIN SYED SHAMSULZAMAN

TIMBALAN KETUA PENGARANG

YANG DI-PERTUA MPP SESI 2020/2021 RAhni binti rahman

PEMBACA PRUF

SETIAUSAHA AGUNG MPP NUR AMIRAH BINTI MOHD AGUS EXCO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN MPP SYAZA NUR IZZATI BINTI SAHARUDDIN EXCO KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN INSAN MPP AIDA NASUHA BINTI MAT

PEREKA

Nur Nasuha Assyiqin Binti Mohd Khairul Asrul TI MEI JUN WAN MARYAMSYAMIMIE BINTI WAN SALLAM NUR AFIQAH BINTI ZAIDI

PENYUMBANG

najih sobri bin mustaffa muhammad zulilham bin hahirin tuan aiman faris bin TUAN RAZALI NUR INTAN AZLIN BINTI IBRAHIM@NORDIN MUHAMMAD NUEIM BIN HASSAN NURUL SHAJIDAH BINTI SUHAIRUNIZAM


ISI KANDUNGAN TINTA ydp pandemik covid-19

MAC

mpp ISOLASI PELAJAR FASA KEMASUKAN SECARA FIZIKAL KE KAMPUS

APRIL

SENAM SENI DAN WAYANG PACAK u-mac WATIKAH JPKK dan jplk

PROGRAM LAWATAN KE DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU program kasih mahasiswa jplk

MEI

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI MPP SESI INTERAKTIF BERSAMA TNC HEPA RONDAAN PEMATUHAN SOP COVID-19 DAN KAWALAN KESELAMATAN KAMPUS UMT PROGRAM PERAYAAN hari raYA AIDILFITRI PROGRAM KASIH RAMADHAn anjuran jpkk diary aok-gr jun

1-2 3-4

5-6 7-8 9-10 11-12 13 14

15-16 17-18 19-20 21-22 23-24 25-26


RAHNI BINTI RAHMAN YANG DI-PERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU


pandemik covid-19 OLEH: NURFAEZAH BINTI SHA’ARI

Coronavirus merupakan sejenis virus berjangkit dimana telah dijumpai di Wuhan, China pada Disember 2019 yang telah menyebabkan penyakit kepada manusia. Coronavirus (Cov) dikatakan boleh menyebabkan gangguan kepada penafasan dimana ia bermula dengan flu iaitu demam sehingga penyakit yang serius seperti Middle East Sydrome ( MERS ) dan Sindrom Penafasan Akut Berat/ Severe Acute Sydrome (SARS). Terdapat beberapa cara bagi mencegah penularan virus Covid-19 yang mudah iaitu: Yang pertama, Kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun/ bahan pencuci tangan. Yang Kedua, Tutup mulut dan hidung jika bersin dan batuk menggunakan tisu dan tisu tersebut dibuang terus ke dalam tong sampah. Yang Ketiga, guna penutup mulut dan hidung (Mask).

Di peringkat Universiti Malaysia Terengganu, Hebahan Khas pertama telah dikeluarkan pada 17 Mac 2020, dimana pemberitahuan tentang penutupan sementara UMT berikutan perintah kawalan pergerakan yang bermula pada 18 hb - 31 march pada peringkat awalnya. Seperti sedia maklum, UMT juga merupakan antara Universiti Awam (UA) yang terawal melaksanakan ODL ( Online Distance Learning ). Wabak penyakit COVID-19 telah memberi impak besar ke atas semua sektor, termasuk pendidikan. Institusi pendidikan harus ditutup bagi menghentikan penyebaran COVID-19. Norma baharu dihadapi pelajar ternyata menjadi cabaran kepada proses pembelajaran.


MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU SESI 2020/2021 OLEH: HAIRUL ASRAF BIN ABBAS

5 April 2021: Majlis watikah perlantikan MPP UMT Sesi 2020/2021 telah dijalankan bertempat di Dewan Sultan Mizan. Seramai 15 orang pelajar telah dilantik dari setiap fakulti telah dilantik mewakili Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu bagi sesi 2020/2021. Barisan MPP UMT kali ini diketuai oleh saudari Rahni Rahman selaku Yang Dipertua untuk memimpin tompok kepimpinan barisan perwakilan pelajar. Majlis dihadiri dan disempurnakan oleh Profesor Madya Dr Hafiz Zakariya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan juga dihadiri oleh barisan pegawai utama yang lain.

1

Majlis dimulakan dengan ucapan amanat yang disampaikan oleh Naib Canselor UMT sebagai pembukaan majlis. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan oleh mantan Yang Dipertua MPP sesi 2019/2020, Aina Zafirah Nor Azhar kepada barisan pengurusan universiti dan juga ucapan tahniah kepada barisan kepimpinan perwakilan yang baharu yang akan mengalas memimpin barisan pelajar bagi tahun 2020/2021. Seterusnya ucapan daripada saudari Rahni Rahman selaku Yang Dipertua MPP UMT sesi 2020/2021. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa syukur diatas perlantikannya kali ini dan berikrar akan melaksanakan tugas dengan baik dan jayanya bersama barisan MPP yang lain. Beliau juga telah menyatakan beberapa hasrat daripada barisan MPP dalam menjadi perwakilan pelajar. Di samping itu, beliau juga telah menyatakan moto, visi dan misi barisan MPP UMT sesi 2020/2021 pada kali ini.


MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU SESI 2020/2021

Moto yang diperkenalkan oleh barisan MPP pada kali ini adalah “Keprihatinan Inklusif, Mahasiswa Holistik” yang bermaksud barisan MPP pada kali ini bersifat prihatin kepada semua pelajar UMT yang berdaftar termasuk pelajar antarabangsa dari segi pelbagai jenis bentuk kebajikan seperti kebajikan kesihatan, keselamatan, pelajaran dan lain-lain. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan upacara serah tugas oleh mantan YDP sesi 2019/2020 kepada YDP sesi 2020/2021 sebagai simbolik kepada pembentukan MPP UMT yang baharu. Tradisi ini disaksikan oleh

2

Dato’ Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor UMT dan Profesor Madya Dr Hafiz Zakariya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).Selesai upacara tersebut, majlis dirancakkan lagi dengan penyerahan tugas dan peranan rasmi barisan MPP masing-masing yang disampaikan oleh Naib Canselor UMT. Akhir sekali majlis disempurnakan dengan upacara ikrar oleh 15 orang MPP UMT sesi 2020/2021 dihadapan Naib Canselor UMT, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan barisan pegawai-pegawai utama.

Dengan berakhirnya upacara ikrar yang diketuai oleh Rahni Rahman selaku YDP UMT telah membuktikan bahawa barisan MPP UMT sesi 2020/2021 telah bersedia memainkan peranan masing-masing dalam membantu menyuarakan suara pelajar dan membantu universiti dalam meningkatkan kualiti UMT.


ISOLASI PELAJAR FASA KEMASUKAN SECARA FIZIKAL KE KAMPUS OLEH: NUR AMIRAH BINTI MOHD AGUS Merujuk kepada kenyataan media oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertarikh 31 Januari 2021, kemasukan semula pelajar ke kampus secara fizikal bermula 1 Mac 2021 menimbulkan pelbagai persoalan dari pihak para penuntut IPT seluruh Malaysia. Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020, para pelajar IPT meneruskan pengajian mereka dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) secara dalam talian menggunakan aplikasi Cisco Webex, ZOOM dan Google Meet. Para penuntut IPT seluruh negara meletakkan hasrat yang tinggi untuk kembali pulang ke kampus universiti masing-masing bagi menjalani proses pembelajaran secara bersemuka. Hasrat mereka ini semestinya didengari oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang merupakan satu organisasi dianggotai Yang Di-Pertua universiti seluruh Malaysia. Akhirnya, dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak KPT ini membuktikan suara penuntut IPT didengari di pihak perbincangan pengurusan atasan.

KPT menyatakan bahawa sesi libat urus telah diadakan bersama pihak bertanggungjawab termasuk MKN. Di dalam kenyataan tersebut juga telah menyatakan bahawa MKN bersetuju untuk membenarkan hanya enam (6) kategori pelajar berkeperluan. Kembali ke kampus secara fizikal seawal 1 Mac 2021 bagi mengikuti PdP secara hybrid iaitu secara fizikal dan secara dalam talian. Pelaksanaan PdP secara hybrid ini perlulah dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP). Universiti Malaysia Terengganu (UMT) juga tidak terkecuali mengeluarkan senarai para pelajar yang berkeperluan untuk kembali ke kampus secara fizikal. Pihak akademik UMT telah mengeluarkan senarai kursus yang memerlukan para pelajarnya Kembali ke kampus bagi menjalankan sesi PdP secara hybrid. Antara para pelajar yang diutamakan adalah para pelajar yang perlu menjalankan makmal dan kerja lapangan. Para pelajar yang perlu Kembali ke kampus akan menggunakan borang E2KC yang perlu dicetak dan dibawa semasa mendaftar masuk ke kampus.

3


Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh para pelajar adalah, pelajar perlu isolasi terlebih dahulu selama 10 hari di dalam Kolej Kediaman UMT. Sekiranya pelajar merasa sakit atau mengalami gejala COVID-19, para pelajar akan dirujuk ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU) untuk tindakan selanjutnya. Pelajar yang mendaftar masuk perlulah menghadirkan diri terlebih dahulu ke PKU bagi menjalani proses saringan gejala, kemudian para pelajar akan dipakaikan gelang berwarna merah jambu bagi menandakan mereka ini adalah pelajar isolasi Kolej Kediaman. Dengan adanya kaedah isolasi selama 10 hari ini, kita dapat mengelakkan sebarang jangkitan COVID-19 secara terus dari pelajar ke pelajar yang lain. Oleh kerana para pelajar akan menjalani isolasi selama 10 hari terlebih dahulu, mereka ini tidak dibenarkan keluar dari bilik masing-masing atau secara spesifiknya mereka tidak boleh keluar dari blok asrama yang mereka sedang diami bagi mengelakkan sebarang kontak rapat dengan sukarelawan yang sedang bertugas. Tugas sukarelawan adalah menghantar makanan pelajar isolasi dan barangan keperluan yang mereka telah pesan dan bayar secara atas talian melalui kaedah pengisian borang pesanan secara atas talian. Pihak pengurusan yang terlibat dalam pengurusan serta penghantaran makanan bagi pelajar isolasi adalah Pejabat Bendahari UMT. Sukarelawan yang terlibat adalah dalam kalangan pelajar UMT yang telah berada di dalam Kolej Kediaman bermula bulan Oktober 2020. Para sukarelawan sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya dalam bertugas bagi memastikan keselesaan pelajar yang sedang isolasi. Menjadi sukarelawan semestinya meletihkan dan tidak cukup rehat, namun para sukarelawan isolasi UMT sentiasa bersemangat dan mereka ini juga dihargai oleh semua pelajar kerana sentiasa melayani karenah para pelajar yang semestinya pelbagai ragam.

4

Tarikh 18 Mac 2021 merupakan tarikh dimana berakhirnya isolasi pelajar Kembali ke kampus secara fizikal bagi Fasa 1. Setelah berakhirnya tempoh isolasi, para pelajar perlu keluar dari bilik isolasi untuk proses pemotongan gelang dan mereka ini perlu terus bergerak ke Pejabat Kolej Kediaman bagi proses pemulangan kunci bilik isolasi dan pengambilan kunci bilik yang baharu. Para pelajar akan memulakan semester 2 sesi 2020/2021 pada 21 Mac 2021. Setelah selesai berisolasi selama 10 hari, para pelajar sudah bebas bergerak di dalam kampus UMT namun masih perlu mematuhi SOP semasa yang dikeluarkan oleh MKN dan Kerajaan Negeri Terengganu. Akhir kata, pihak pengurusan atasan UMT dan badan kepimpinan pelajar yang terlibat seperti MPP, JPKK dan JPLK UMT telah berjaya menguruskan kemasukan pelajar secara fizikal bermula 1 Mac seperti yang dinyatakan dalam kenyataan KPT pada 31 Januari 2021. Tidak dilupakan para sukarelawan yang bertungkus-lumus bertugas setiap masa bagi memastikan keselesaan para pelajar yang sedang isolasi. Ini membuktikan belia kita aktif dan sukarelawan dan komitmen yang diberikan sentiasa 100%!




U-MAC 2021

OLEH: TUAN AIMAN FARIS BIN TUAN RAZALI UMAC 2021 merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar(BPHKP) dengan kerjasama Kelab Pembimbing Rakan Siswa. UMAC merupakan program tahunan yang akan dianjurkan oleh Seksyen Kaunseling Bahagian Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar(BPHKP) setiap tahun.

7

Program UMAC pada dasarnya ialah program yang berasaskan pertandingan ucapan awam yang melibatkan semua Mahasiswa/i UMT. Program ini terbahagi kepada 4 saringan melalui task yang telah disediakan (UMAC Vlog, Voice, Open Mic dan Grand Finale Stage). Umac Vlog: Aktiviti rakaman video Umac Voice: Talk kreativiti

Umac Vlog: Aktiviti rakaman video Umac Voice: Talk mengikut kreativiti Umac Open Mic: Talk mengikut gambar yang akan diberikan Umac Stage Grand Finale: iaitu sebuah Pengucapan berfokus kepada Awam Para peserta akan dibimbing untuk berucap di khalayak ramai dan memberikan motivasi kepada para penonton.


8


MAJLIS WATIKAH JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ KEDIAMAN dan luar kampus

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU SESI 2020/2021 OLEH :NAJIH SOBRI BIN MUSTAFFA

Lantikan rasmi Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman(JPKK) dan Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus(JPLK) Universiti Malaysia Terengganu sesi 2020/2021 telah berlangsung pada tanggal 7 April 2021 dan watikah perlantikan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Profesor Madya Dr. Hafiz Bin Zakariya. Turut hadir dalam majlis tersebut, Ts. Dr Nik Aziz Bin Nik Ali (Pengarah Kolej Kediaman), Puan Rohaida Binti Haji Awang (Timbalan Pengarah Kolej Kediaman) dan Cik Radiah Binti Ali (Ketua Felo Kolej Kediaman).

9

Pada majlis tersebut, Muhammad Farhan Bin Ahmad, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Nautika dan Pengangkutan Marin diumumkan sebagai Yang Dipertua baharu bagi barisan kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman Universiti Malaysia Terengganu bagi sesi 2020/2021. Muhammad Zulilham bin Hahirin pula dilantik sebagai Yang Di-Pertua Jawatakuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK) yangdapat membantu pelajar yang berada di luar kampus agar dapat membantu mereka yang memerlukan .


Majlis kemudiannya menyaksikan lafaz ikrar oleh barisan Jawatankuasa Kolej Kediaman (JPKK) UMT yang mempunyai ahli seramai 26 orang. Dengan ini, mereka siap sedia menggalas tugas untuk menjaga kebajikan dan keselamatan penghuni-penghuni Kolej Kediaman UMT. “JPKK Penggerak Aspirasi Mahasiswa” Bertunjangkan “JPKK Penggerak Aspirasi Mahasiswa”, barisan kepimpinan JPKK sesi baru ini akan sentiasa komited dalam membantu mahasiswa-mahasiswi untuk memajukan diri dalam segenap aspek bagi mencapai harapan dan impian masing-masing.

10

Pelbagai program yang meliputi segenap aspek akan dianjurkan dari semasa ke semasa bagi memberi peluang dan ruang kepada mahasiswa-mahasiswi untuk memajukan diri. Dalam menempuhi era Covid-19 ini, JPKK sesi kali ini berdepan dengan cabaran yang semakin berat terutamanya dari aspek kesihatan dan keselamatan para pelajar yang menetap di Kolej Kediaman UMT. Namun, sebagai pelajar yang telah dilantik sebagai pemimpin, tugas dan cabaran ini akan dipikul dengan sebaiknya demi kelestarian dan kesejahteraan semua penghuni di kolej kediaman.


PROGRAM LAWATAN KE DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU OLEH : NUR INTAN AZLIN BINTI IBRAHIM@NORDIN

Pada 12 April 2021 iaitu pada hari Isnin . Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) dengan kerjasama Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah mengadakan lawatan ke Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) . Seramai 37 pelajar menyertai lawatan ini bersama 4 orang pengiring daripada kedua-dua kelab. Tujuan lawatan ini diadakan aadalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk membina​ pengalaman baru dan menjalinkan tautan mesra bersama YDP T ​ erengganu. Mahasiswa/i dapat melihat dan mengetahui bagaimana ​ Dewan Undangan Negeri Terengganu berfungsi semasa mengadakan p ​ersidangan.

11


Selain itu, program dianggap satu kepenting kerana mahasiswa/i dapat memperoleh serba sedikit ​ ilmu berkaitan persidangan yang diberikan oleh pihak Dewan Undangan ​ Negeri dan sekaligus meningkatkan motivasi semasa sesi bual bicara ​ bersama YDP Terengganu. Di samping itu, program ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ​ Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) dan Kelab ​ Pembimbing Rakan Siswa (PRS). Sepanjang program berlangsung , semua peserta program mematuhi Prosedure Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.In juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan DUN Terengganu ini.

12


Andai Ini Ramadhan Terakhirku OLEH : MEOR HASAN BASRI BIN MEOR ABD JUMAT

Pada Jumaat 9 April 2021 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Terengganu sesi 2020/2021 bersama Kelab Amatur Intelektual (KAI) UMT telah mengadakan Forum: Andai Ini Ramadhan Terakhir sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan tahun 1442 yang lalu bermula 9.30 malam hingga 11.00 malam. Alhamdulillah, forum ini telah berjalan lancar secara Live di Facebook. Terdapat dua panel jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Wan Iryani Bt Wan Ismail merupakan pensyarah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) UMT dan bersama Meor Hasan Basri Bin Meor Abd Jumat, Exco Kebajikan, Keselamatan, dan Kesihatan MPP. Objektif program ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada umat Islam agar menghayati dan menggunakan peluang yang ada di bulan Ramadhan. Andai Ini Ramadhan Terakhir memberikan pengkongsian terhadap mahasiswa tentang peristiwa yang berlaku pada bulan yang barakah ini.

13


PROGram KASIH MAHASISWA jplk OLEH :MUHAMMAD ZULILHAM BIN HAHIRIN Program Kasih Mahasiswa merupakan sebuah program berbentuk pemberian sumbangan kepada pelajar yang berada di luar kampus dengan barangan-barangan keperluan asas seperti beras, telur, sardin, mi segera dan serbuk minuman koko. Program ini juga telah berkolaborasi penuh dengan satu badan yang mengutamakan kebajikan pelajar baik di dalam mahupun di luar kampus, iaitu Act Of Kindness & Gerobok Rezeki (AOK-GR). Kasih Mahasiswa diberi nama demi untuk menyantuni pelajar-pelajar UMT yang berada di luar kampus khususnya.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk meringankan bebanan pelajar yang berada di luar kampus yang terkandas di rumah sewa masing-masing semasa musim CoVid-19 melanda negara semenjak tahun yang lalu sehingga kini. Dalam pada masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk mendekatkan barisan JPLK bersama pelajar luar kampus di samping memperkenalkan barisan JPLK kepada pelajar-pelajar luar kampus. Dapatan daripada program Kasih Mahasiswa ini adalah sedikit sebanyak dapat menampung kos perbelanjaan pelajar-pelajar di luar kampus selain mengenalpasti keadaan semasa mereka selaras dengan tujuan utama Kolej Kediaman UMT dan juga AOK-GR dalam mengutamakan kebajikan pelajar baik semasa musim CoVid-19 mahupun tidak. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Kolej Kediaman, AOK-GR, dan juga kepada penyumbang-penyumbang yang banyak menghulurkan sumbangan dan tenaga melancarkan lagi program Kasih Mahasiswa. Harapan kami, semoga lebih banyak program-program sebegini diadakan demi menyantuni mereka yang berkeperluan dan mendapat sambutan juga daripada organisasi-organisasi luar yang sedia untuk membantu kami meneruskan program seperti ini pada masa akan datang.

14


kursus kepimpinan organisasi dan halatuju majlis perwakilan pelajar sesi 2020/2021 OLEH : NUR AMIRAH BINTI MOHD AGUS

29 April – Kursus Kepimpinan Organisasi dan Halatuju Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2020/2021 telah diadakan pada 29 April hingga 1 Mei 2021. Kursus ini melibatkan seramai 35 orang pelajar yang terdiri daripada 15 orang MPP dan 20 orang sekretariat MPP bagi sesi kali ini. Untuk pengetahuan semua, kursus ini diadakan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bertempat di Warisan Pahlawan Resort, Kuala Berang, Terengganu. Kursus ini dihadiri oleh Encik Mohd Nor Shokri Bin Hj. Abd Rahman, Pengarah Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum (PPHK) serta Dr. Izan Binti Dato Haji Jaafar, Timbalan Pengarah PPHK.

15

Upacara perasmian bagi Kursus Kepimpinan Organisasi dan Halatuju Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2020/2021 telah disempurnakan oleh YBhg Prof. Madya Dr. Hafiz Bin Zakariya selaku Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Kursus Kepimpinan Organisasi dan Halatuju MPP diketuai oleh Encik Mohd Salleh Bin Bain selaku Penyelaras bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan diiringi oleh beberapa orang pegawai daripada Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Antaranya ialah Encik Shafie Bin Umardi@Kamarol Bahrin, Encik Mohd Zulhelmi Bin Azhar dan Che Amar Bin Che Mokhtar.


Antara tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memahami tugasan dan fungsi dalam organisasi. Selain itu, kursus ini juga mengajar barisan kepimpinan sesi kali ini tentang kepentingan perancangan aktiviti dalam organisasi termasuk takwim dan perancangan kewangan dalam tampuk kepimpinan. Kepentingan komunikasi, hubungan luar dan protokol juga merupakan salah satu objektif dalam kursus ini yang disampaikan oleh Puan Hainany Idayu Binti Yazid selaku Ketua Pegawai Psikologi. Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan sekretariat MPP juga didedahkan dengan pemerkasan mahasiswa dalam era norma baharu yang disampaikan sendiri oleh YBhg Prof. Madya Dr. Hafiz Bin Zakariya,Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

16

Taklimat prosedur kewangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pula disampaikan oleh Encik Zainudin Bin Mamat merangkap Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Barisan kepimpinan juga diminta untuk merangka halatuju MPP pada sesi kali ini disamping menyediakan takwim dan perancangan kewangan dan dibentangkan dihadapan Timbalan Naib Canselor (HEPA). Akhir kata, Kursus Kepimpinan Organisasi dan Halatuju Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2020/2021 ini dapat dijalankan dengan jayanya kerana telah diisi dengan slot-slot yang sangat bermanfaat buat mereka dalam mengendalikan kepimpinan, organisasi dan halatuju.


SESI INTERAKTIF BERSAMA TNC HEPA ”PENERANGAN PERGERAKAN PULANG PELAJAR SEMPENA AIDILFITRI” OLEH :OMAR BIN TUAH

Bagi memenuhi keperluan dan tanggungjawab sosial, Universiti Malaysia Terengganu telah memutuskan untuk membenarkan pelajar pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri 2021. Oleh demikian Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama Pusat Pengurusan Pengetahuan Dan Teknologi Komunikasi dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu Sesi 2020/2021 telah mengadakan satu sesi interaktif bersama Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof Madya Dr. Hafiz Bin Zakariya pada 3 Mei 2021 bagi penerangan lanjut tentang pergerakan pelajar sempena aidilfitri. Sesi interaktif tersebut dijalankan secara atas talian dengan melibatkan hampir 1500 pelajar UMT yang mengikuti sesi tersebut secara lansung di platform Cisco Webex.

17

Turut hadir Bersama didalam sesi tersebut Prof. Dr. Mazlan Bin Abd Ghaffar, FASc. yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMT, Professor Ts. Dr. Mohd Zamri Bin Ibrahim Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMT, Dr. Arnie Binti A. Rahim Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, Ts. Dr. Nik Aziz Bin Nik Ali Pengarah Kolej Kediaman UMT, dan Encik Aisamuddin Pegawai Keselamatan UMT yang masing masing turut memainkan peranan membantu memberi penerangan dan penjelasan kepada pelajar berkaitan pergerakan pulang pelajar sempena aidilfitri 2021.


Proses keluar masuk pelajar di Kolej Kediaman UMT merupakan dibawah seliaan dan tanggungjawab Pengarah Kolej Kediaman yang melibatkan urusan pelajar yang tidak akan kembali semula ke kampus selepas aidilfitri. Pergerakan pelajar untuk pulang ke kampung yang tidak menggunakan kenderaan sendiri atau ibu bapa hanya dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan dan pengangkutan bas yang diselaraskan oleh UMT. Secara keseluruhan, pergerakan ini melibatkan seramai 89 orang pelajar pulang ke kampung menggunakan perkhidmatan penerbangan, 419 orang pelajar pulang ke kampung bersama waris atau keluarga, 478 orang pelajar pulang ke kampung dengan kenderaan sendiri dan 592 orang pelajar pulang ke kampung menggunakan Bagi pergerakan pelajar keluar kampus telah ditetap- perkhidmatan bas yang diselaraskan oleh UMT. kan oleh Bahagian Keselamatan UMT dengan Oleh Exco Akademik dan Anprosedur dan peraturan yang terpakai bagi mence- tarabangsa UMT Sesi 2020/2021. gah penularan wabak Covid-19. Pergerakan pulang pelajar ini juga telah dipecahkan kepada 5 zon yang telah ditetapkan oleh universiti dimana Zon Pantai Timur tarikh pulang beraya pada 7 Mei 2021, Zon Utara 8 Mei 2021, Zon Pantai Barat 9 Mei 2021, Zon Selatan 10 Mei 2021 dan Zon Sabah 11 Mei 2021. Namun begitu, semua pelajar yang pulang ke kampung halaman diwajibkan untuk membuat saringan kesihatan dan deklarasi kesihatan di Pusat Kesihatan UMT bagi memastikan pelajar yang akan pulang ke kampung tidak bergejala dari wabak Covid-19. Pergerakan pelajar pulang tersebut melibatkan seramai 1578 orang pelajar dalam dan luar kampus yang telah diberikan kebenaran E2KC untuk pulang ke kampung halaman masing masing. Dokumen E2KC tersebut dikeluarkan oleh Pusat Pengurusan Akademik & Kualiti UMT dengan kebenaran Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

18


RONDAAN PEMATUHAN SOP COVID-19 DAN KAWALAN KESELAMATAN KAMPUS UMT OLEH :NURUL SHAJIDAH BINTI SUHAIRUNIZAM Demi memastikan kawasan kampus sentiasa berada dalam keadaan terkawal serta selamat kepada para pelajar daripada menjadi sasaran tercetusnya gejala tidak sihat yang berlaku di sekeliling kita yang kian berleluasa perlu dibendung dengan kadar segera seperti kes kecurian dan pecah masuk yang boleh menggugat kesejahteraan warga UMT. Mempamerkan kehadiran Kor SUKSIS UMT yang beruniform di tempat-tempat yang berisiko tinggi dan sering berlakunya sesuatu keadaan yang melanggar peraturan dan sentiasa peka dengan kegiatan jenayah semasa terutama sekali dalam situasi pandemik covid-19 yang sedang melanda di Malaysia. Melahirkan sikap bertanggungjawab dalam diri anggota dan para pelajar yang lain supaya sentiasa mematuhi peraturan dan etika serta sop yang ditetapkan oleh kementerian kesihatan sebagai salah satu langkah untuk memastikan diri agar sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan terhindar daripada jangkitan covid-19.

19

Mendidik anggota dalam membentuk ketahanan mental yang jitu ketika berdepan dengan pelbagai situasi sebagai salah satu latihan supaya lebih bersedia serta berfikiran positif dalam menghadapi cabaran akan datang. Memupuk kesedaran di kalangan anggota agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutamanya di kawasan kampus yang sering menjadi tumpuan orang ramai bagi mengekalkan suasana kampus yang selamat dan selesa meskipun dalam situasi pandemik covid-19 yang sedang melanda. Mendidik anggota badan beruniform agar sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik dengan mematuhi etika dan disiplin yang ditetapkan agar dapat mewujudkan suasana kampus yang sejahtera untuk kebaikan semua pihak.


Rondaan dan kawalan keselamatan berjalan dengan lancar dan dianggotai oleh anggota Kor SUKSIS UMT melalui kerjasama yang utuh meskipun situasi pandemik covid-19 yang sedang melanda di Malaysia, malah anggota juga telah menunjukkan satu pencapaian yang baik melalui rondaan meskipun keselamatan yang jitu telah meningkatkan tahap keselesaan para anggota dan pelajar-pelajar lain yang turut mendiami kawasan asrama dan kampus UMT.

20

Aktiviti ini mewujudkan keadaan kampus yang selamat dan selesa untuk kebaikan para pelajar menerusi komitmen yang ditunjukkan oleh anggota Kor SUKSIS UMT serta membentuk keperibadian dan disiplin anggota yang mantap merangkumi nilai profesionalisme yang tinggi.


PROGRAM PERAYAAN hari raYA AIDILFITRI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU OLEH :MEOR HASAN BASRI BIN MEOR ABD JUMAT 13 Mei 2021 – Sambutan perayaan yang diraikan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama di negara ini, berjaya membina pemahaman dan rasa hormat dalam kalangan masyarakat majmuk. Hal ini termasuklah dengan suasana perayaan di Universiti Malaysia Terengganu. Sehari sebelum perayaan disambut, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 bersama dengan pelbagai pihak iaitu Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK), Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK) dan AOK-GR UMT telah menjalankan aktiviti gotong-royong untuk persiapan hari raya Aidilfitri. Pada waktu malam gotong-royong dijalankan di kawasan parking kolej kediaman berdekatan dengan Kolej Kediaman Sheikh Abdul Malek (KKSAM), UMT. Pada 13 Mei 2021 iaitu hari perayaan disambut dengan suasana yang kecil-kecilan sahaja akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Program ini melibatkan pelajar yang berada di dalam dan di luar kampus seramai 200 orang pelajar.

21

Pengagihan makanan dilakukan seawal 9 pagi mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu membawa bekas sendiri ke KKSAM untuk mengambil makanan yang telah disediakan oleh pihak UMT. Pada malam raya pertama, Timbalan Naib Canselor HEPA UMT iaitu Prof Madya Dr.Hafiz Zakariya atau dikenali sebagai Waled telah hadir memeriahkan program tersebut. Antara tujuan program perayaan ini dilakukan adalah untuk merasai suasana perayaan yang sebenar kepada pelajar yang tidak pulang ke kampung kerana lokaliti mereka daripada zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) serta para pelajar Sabah dan Sarawak yang tidak mampu membeli tiket penerbangan yang mahal. Hal ini demikian, kerana perayaan Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Program perayaan ini dijalankan selama 2 hari berturut-turut dengan pergerakan SOP yang telah dijaga rapi oleh para petugas yang dilantik.


AGIHAN JUADAH HARI RAYA OLEH :MEOR HASAN BASRI BIN MEOR ABD JUMAT Program Juadah Hari Raya Aidilfitri 2021 merupakan pengagihan juadah hari raya bagi mahasiswa UMT yang tidak pulang beraya yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) dan Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus yang bertujuan untuk meraikan dan menyantuni mahasiswa UMT serta menjaga kebajikan mahasiswa semasa krisis pandemik COVID 19 dalam menjaga SOP yang ditetapkan. Program pengagihan ini diagihan secara Take Away dengan membawa bekas sendiri pada waktu pagi hari pertama hari Raya Aidilfitri dan malam tersebut. Perjalanan program ini diagihkan secara dua laluan untuk mahasiswa dalam kampus dan luar kampus. Hal ini kerana untuk mengelakkan percampuran dan juga pengumpulan mahasiswa ketika pengagihan berjalan.

22


PROGRAM KASIH RAMADHAN ANJURAN JPKK OLEH :NAJIH SOBRI BIN MUSTAFFA

Program Quranic Circle berlangsung di Dewan Al Irfan dimana mahasiswa mahasiswi UMT disediakan tempat yang selesa untuk bertadarus alquran dalam kumpulan-kumpulan kecil. Amalan membaca alquran ini amat digalakkan didalam Islam kerana Rasulullah bersabda yang bermaksud “ Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

‘Standard Operation Procedure’ (SOP) tetap dijaga sepanjang program ini berlangsung dimana penjarakkan sosial diamalkan oleh setiap peserta bagi memastikan penularan Covid-19 dapat dibendung. Program Kasih Ramadhan anjuran JPKK UMT ini diakhiri dengan majlis penutup dan majlis penyampaian hadian kepada pemenang-pemenang bagi Pertandingan Mahrajan Al Quran. Majlis penutup bagi program Kasih Ramadhan ini turut dihadiri oleh pengarah Kolej Kediaman UMT iaitu Ts. Dr. Nik Aziz Bin Nik Ali. Beliau juga turut merasmikan majlis penutupan bagi program Kasih Ramadhan ini.

23


Pertandingan Mahrajan Al Quran telah berlangsung pada minggu terakhir bulan Ramadhan tahun 1442 hijrah. Pertandingan ini mempunyai 3 kategori iaitu tilawah Al quran, hafazan Al Quran dan syarahan spontan. Kesemua pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa UMT yang berada di kolej kediaman. Pertandingan Mahrajan Al Quran ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari mahasiswa-mahasiswi UMT dimana pesertanya terdiri dari pelajar-pelajar asasi, diploma mahupun ijazah sarjana muda.

Juri jemputan bagi pertandingan ini iaitu Ustaz Mohamad Nurul Hafiz Bin Ab. Latif dari Fakulti pengajian kontemporari islam , Universiti Sultan Zainal Abidin berkata ; “Program seperti ini memberi kesan yang amat positif buat pelajar, lebih-lebih lagi ianya dilakukan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Bakat-bakat terpendam dari pelajar dapat ditonjolkan semasa mereka bertanding dan ianya boleh diasah dan diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi”. Beliau juga berharap agar program ini dapat diteruskan di masa yang akan datang.

24


DIARI AOK-GR JUN OLEH :MUHAMMAD NUEIM BIN HASSAN

Jualan “Pay as you like” setiap hari Rabu, Jumaat dan Sabtu Jualan mingguan “pay as you like” telah dijalankan setiap hari Rabu, Jumaat dan Sabtu dengan menu makanan ringan. Jualan ini tidak berasaskan keuntungan di mana pelajar boleh mendapatkan makanan dengan 3 kaedah iaitu sama ada diambil secara percuma, bayar mengikut harga yang telah ditetapkan atau bayar apa sahaja jumlah mengikut kemampuan atau lebih dengan niat untuk menyumbang.

Kerjasama dgn HEPA untuk HEPA Isolation Pack Sebanyak 450 pek makanan kering dan minuman telah diagihkan kepada pelajar dari peruntukan HEPA yang sedang menjalani isolasi di dalam dan di luar kampus. Penyediaan pek ini telah mendapat kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK).

Pemberian

Makanan

AOK-GR

Isolation

Pack

Sebanyak 70 pek telah diagihkan untuk pelajar yang sedang diisolasi di dalam dan luar kampus, dan yang sedang menjalani isolasi kendiri di kediaman rumah sewa masing-masing.

25


Agihan barangan makanan kering, minuman dan keperluan harian percuma kepada pelajar dalam dan luar kampus Siri 1 Agihan barangan keperluan harian , makanan kering dan minuman telah diagihkan kepada para pelajar luar kampus yang sangat memerlukan dan kurang berkemampuan dengan kerjasama Felo Kolej Kediaman dan Felo Luar Kampus.

Agihan barangan makanan kering, minuman dan keperluan harian percuma kepada pelajar dalam dan luar kampus Siri Kedua yang tersedia untuk diberi Agihan barangan keperluan harian , makanan kering dan minuman telah diagihkan kepada para pelajar luar kampus yang sangat memerlukan dan kurang berkemampuan dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK). Pusat pengambilan barang bagi kemudahan pelajar luar kampus juga telah disediakan di kediaman JPLK bermula dari 14 Jun 2021 sehingga agihan selesai dilaksanakan.

Agihan Nescafe Percuma kepada 200 pelajar terawal Sebanyak 200 cawan nescafe percuma telah diagihkan kepada para pelajar di kolej kediaman dengan kerjasama Nescafe UMT.

26




Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.