Warta UMT 2019

Page 1

WARTA UNIVERSITI WARTA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

BIL. 15

NOVEMBER 2019

ISSN 1985-2932

Majlis Konvokesyen Kali Ke-17 Universiti Malaysia Terengganu, 16-18 November 2019 Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT ) Ke-17 telah berlangsung pada 16 hingga 18 November 2019 bersamaan 19 hingga 21 Rabiulawal 1441 H. Majlis konvokesyen kali ini telah berlangsung dengan penuh gemilang di Dewan Sultan Mizan dan pengisytiharan pembukaan konvokesyen disempurnakan oleh Tuanku Canselor UMT, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah. UMT telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi kepada YABhg.Tun Dr. Daim. Beliau adalah mantan Menteri Kewangan dari tahun 1984 hingga 1991 dan juga pakar ekonomi. Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan dianugerahkan kepada Laksamana (Bersara) Tan Sri Dato’ Seri Panglima Dr. Ahmad Kamarulzaman Bin Hj. Ahmad Badaruddin yang merupakan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ke-16. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor juga berkenan menyampaikan Anugerah Pelajaran Diraja kepada Hafiq Aidil Zulkiflee graduan Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi) dan Assunta Malar Patrick Vincent, graduan Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan). Anugerah Pingat Emas Canselor kepada Mahendrran Selvaduray, graduan Sarjana Muda Pengurusan (Maritim), Anugerah Pro-Canselor kepada Nurul Shafikah Mohd Mustafa, graduan Doktor Falsafah Fizik dan Noor Apandi Osnin, graduan Doktor Falsafah Pengurusan Maritim serta Anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti kepada Noratiqah Sazelee, graduan Sarjana Sains Fizik dan Intan Nur fatin Abdul Rani, graduan Sarjana Sains (Pengurusan Sumber Manusia). Turut hadir di majlis konvokesyen tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Halim bin Mohammad, Naib Canselor, Rektor dan wakil Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia, Pegawai-pegawai Utama UMT, dif-dif jemputan dan juga ibu bapa para graduan. Majlis konvokesyen kali ini menyaksikan 2,902 orang graduan telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing iaitu 370 orang Ijazah Doktor Falsafah, 145 orang Ijazah Sarjana, 2,687 orang Ijazah Sarjana Muda dan 96 orang penerima Diploma. Penganugerahan ijazah serta diploma ini membuktikan keupayaan UMT dalam melaksanakan tanggungjawab pendidikan yang telah diamanahkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para graduan, ibu bapa dan warga universiti. 1


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.