FOKUS Panduan mengkaji Alkitab untuk semua orang **********
Peter De Run
Sebuah buku terbitan
PELAYANAN PETROS Kuching
Untuk semua pengikut Yesus yang mahu mendalami, memahami dan melakukan Firman Allah dengan sepenuh hati.
1
Siapa Anda? Bacaan: Titus 1:1
Untuk memperkenalkan diri anda di tempat kerja dengan berkesan mulalah dengan memberi ucapan seperti ‘Selamat pagi’ dan kemudian susuli dengan menyatakan nama anda serta apa yang anda lakukan. Akhiri dengan menerangkan mengapa kerja anda penting kepada dia yang sedang mendengar mahupun untuk syarikat yang mengajikan anda. Dalam suratnya kepada Titus, rasul Paulus bermula dengan satu penerangan ringkas tentang dirinya dan tanggungjawabnya. Dia menggunakan nama Romawinya, Paulus, untuk mengaitkan dirinya dengan panggilan dan pelayanannya antara orang bukan-Yahudi (Kisah Para Rasul 9:1-19, Roma 11:13). Seterusnya dia memperkenalkan dirinya sebagai hamba Allah (walaupun frasa `hamba Yesus Kristus' kerap digunakan olehnya. Lihat Roma 1:1 dan Filipi 1:1) dan rasul Yesus Kristus dipakainya untuk menarik perhatian kepada sifat rasmi pelayanannya yang dia terima dari Yesus sendiri.
Kajian Lanjut 1. Bagaimana penulis-penulis Perjanjian Baru memperkenalkan diri mereka? Baca Roma 1:1, Filemon 1:1,Yakobus 1:1, 2 Petrus 1:1, Yudas 1 2. Siapakah anda menurut Firman Tuhan? Perhatikan ayat-ayat ini: Matius 5:14,Roma 8:17,37, 1 Korintus 6:19, 2 Korintus 5:17,20, Efesus 1:4, 2:10 dan 1 Petrus 2:9
Paulus mengaitkan pelayanannya dengan identitinya. Ini adalah satu amalan baik dan patut dicontohi oleh semua orang Kristian, mengaitkan identiti kita dengan pelayanan kita dalam Kerajaan Allah. Ramai orang Kristian hanya mengaitkan identiti mereka dengan pekerjaan sekular mereka. Jarang sekali ada yang berkata, "Saya Ibrahim, anak Allah dan hamba Yesus" apabila memperkenalkan diri kepada orang lain. Siapakah anda sebenarnya? Apakah kedudukan dan tanggungjawab anda di dalam Kerajaan Allah? Ini ialah soalan-soalan yang penting yang harus anda cari jawapannya kerana hanya sesudah mengetahui siapa dan apakah pelayanan anda di dalam Kerajaan Allah, maka dapatlah anda memperkenalkan diri seperti mana dilakukan oleh Paulus. Doa: Bapa, nyatakan kepada saya siapa saya dan apa peranan saya dalam KerajaanMu. Bantulah saya memahami apa yang perlu saya lakukan dan mengapa perbuatan saya itu penting dalam rencana
besarMu. Amin.
2
Anda Hamba Siapa? Bacaan: Titus 1:1
Kapal ‘Doulos’ dibina pada 1914. Pada 2009, kapal ini tercatat sebagai kapal tertua yang masih aktif berlayar. Dalam sejarahnya, kapal ini telah dipakai untuk pelbagai fungsi termasuk mengangkut barang dan imigran dan juga sebagai kapal persiar. Namun sejak 1977, kapal ini dikhususkan untuk melayani Tuhan dengan menyalurkan buku-buku dan ilmu pengetahuan ke banyak daerah di dunia. Melaluinya, banyak nyawa yang telah disentuh dan diubah. Tidak hairanlah ketika kapal ini akhirnya diberhentikan pada 2009, banyak kenangan indah diceritakan tentang kapal ini. Perkataan Yunani doulos biasanya diterjemahkan ‘hamba’ dan perkataan inilah yang dipakai oleh Rasul Paulus untuk menyatakan siapa dirinya. Perkataan doulos tidak merujuk kepada manusia yang dibayar untuk melayani atau seseorang yang melayani kerana itu tugasnya. Sebaliknya perkataan ini merujuk kepada seorang manusia yang secara sengaja melepaskan kebebasan yang ada untuk meninggalkan tuannya; dia membuat pilihan untuk bersama tuannya dan melayani seumur hidup kerana dia mengasihi dan ingin bersama tuannya. Rasul Paulus melihat dirinya sebagai seorang hamba secara sengaja kepada Allah dan Yesus kerana kasihnya kepada Tuhan. Sebagai hamba Allah, dia hidup untuk melayani Allah dan menjayakan segala rencana Allah. Ketaatan kepada Allah adalah pilihan sukarela Kajian Lanjut yang bermotivasikan kasih. 1. Bagaimana Apakah anda sudah secara sengaja dan sukarela seseorang itu memilih untuk memperhambakan diri kepada Yesus menjadi hamba dan hidup hanya untuk mematuhi dan melaksanakan sukarela? perintah dan kehendak Tuan anda, Yesus Kristus? Ulangan 15:12-17 Semua orang Kristian sepatutnya memilih menjadi doulos Allah. Sudahkah anda membuat pilihan yang 2. Apakah kata sama? Pujian dari Allah, “Kamu hamba yang baik Tuhan tentang orang dan setia . . . Masuklah dan bersukacitalah bersamaKristian yang sama tuanmu” (Matius 25:21) menantikan semua memilih menjadi orang percaya yang memilih menjadi hamba Allah. hamba secara sukarela ? Doa: Bapa, terima kasih kerana Engkau mengasihi Matius 20 :27-28, saya dan telah menyelamatkan saya. Saya Lukas 17 :7-10, mengasihiMu dan mahu menjadi hamba-Mu, Roma 12 :11, Filipi 2 :5-7
sentiasa mentaati perintah dan kehendakMu. Amin.
3
Duta Kerajaan Allah Bacaan: Titus 1:1
Apabila Yoseph Fernandez dilantik menjadi duta dia mengaku, “Tugas yang dipercayakan oleh negara ini memang berat, tetapi saya yakin berkat bantuan Tuhan dan dukungan doa dari semua pihak, saya akan menjalankan tugas ini dengan baik dan lancar.” Untuk menjadi duta tidaklah mudah kerana perlu melalui proses panjang di mana semua aspek peribadi direkodkan, baik watak, etika, dan prestasi kerja. Sebagai orang Kristian dia juga ingin menjadi duta damai bagi sesama manusia, khususnya di tempat tugas barunya itu. Kita diutus ke dunia ini untuk mewakili Raja segala Raja dan mengisytiharkan Berita Baik yang Dia tawarkan. Rasul Paulus memahami ini dan memperkenalkan dirinya sebagai rasul Yesus Kristus. Perkataan ‘rasul’ bererti "utusan, duta atau seseorang yang diutus dengan perintah-perintah khusus", dan istilah ini khususnya diterapkan kepada dua belas murid Yesus Kristus. Setelah sidang para rasul pertama di Yerusalem, maka ada pula rasul-rasul lain seperti Paulus, Andronikus dan Yunias.
Kajian Lanjut
1. Perkataan utusan berbeza sedikit dari perkataan rasul – yang pertama ialah orang yang diutus, sedangkan rasul bukan hanya utusan, tetapi juga "wakil" dari yang mengutus. Lihat Matius 11:10; Markus 1:2; Lukas 7:24, 27, 9:52; 2 Korintus 12:7; dan Yakobus 2:25. 2. Apakah mandat Yesus kepada kita yang diutus? Matius 28:18-20, Markus 16:15-18
Satu fungsi penting seorang rasul ialah bersaksi tentang Yesus Kristus. Dalam Kisah Para Rasul 20:21, Rasul Paulus berkata bahawa dia sentiasa bersaksi kepada orang-orang Yahudi dan orang-orang Yunani. Kesaksian yang sama dibuat oleh Rasul Yohanes dan Rasul Petrus (1 Yohanes 4:14, Kisah Para Rasul 2:1441). Sedarkah anda bahawa anda sebenarnya duta Kristus juga? Kita ditugaskan di dunia ini untuk menyebarkan Injil, menjadi wakil Kerajaan Allah di tempat kita masing-masing, serta mengajak jiwa-jiwa untuk bertaubat dan didamaikan dengan Allah. "Jadi kami ini adalah utusan-utusan Kristus, seakan-akan Allah menasihati kamu dengan perantaraan kami; dalam nama Kristus kami meminta kepadamu: berilah dirimu didamaikan dengan Allah." (2 Korintus 5:20). Doa: Bapa, bantulah saya menjadi duta KerajaanMu yang baik di tempat saya, setia mewartakan InjilMu sebagai wakil Allah yang luar biasa. Amin.
4
Tahu Apa Yang Benar Bacaan: Titus 1:1
Satu sumbangan besar guru-guru Firman Allah ialah pemeliharaan dan penyampaian kebenaran Firman Allah yang memastikan iman setiap orang percaya bertahan teguh. Ketika Perang Dunia 1, Oswald Chambers, seorang pengajar Firman yang terkemuka menghadapi satu dilema – mengurus Kolej Latihan Alkitab yang dia telah mulakan atau melayani askar-askar Inggeris di Mesir. Chambers memilih untuk meninggalkan segala-galanya untuk mengajar Firman Tuhan di Mesir. Dia melayani Allah di sana selama dua tahun sehingga kerosakan apendiks mengakibatkan kematiannya ketika dia berumur 43 tahun. Rasul Paulus menjelaskan kepada Titus bahawa tanggungjawabnya adalah untuk memelihara iman orang-orang pilihan Allah dan pengetahuan akan kebenaran. Dia tahu pelayanannya bertujuan membangunkan kerohanian orang percaya supaya mereka matang dalam Kristus (2 Timotius 2:10). Ini sesuai dengan tugas seorang rasul – menyampaikan Firman Tuhan (1 Timotius 2:7) dan membangun sidang supaya teguh dalam iman (Efesus 4:11-15).
Kajian Lanjut 1. Mengapakah orang Kristian dipanggil orang pilihan Allah ? Baca Matius 20:16, 22:14, Yohanes 15:16,19, Efesus 1:4, 2 Tesalonika 2:13 dan 1 Petrus 2:9 2. Firman Tuhan benar – tidak ada silap atau salah atau menyesatkan. Perhatikan ayat-ayat ini: 2 Samuel 7:28; Mazmur 119:43,160; Yohanes 17:17,19; Kolose 1:5
Salah satu caranya adalah dengan memastikan umat pilihan Tuhan mengetahui apa yang benar supaya iman yang dihasilkan dapat bertahan. Itulah sebabnya doktrin yang berdasarkan kebenaran Alkitabiah harus diketahui dan diajar. Iman ialah respons hati kepada kebenaran yang diterima oleh minda yang rasional. Tuhan tidak mahu supaya umatnya jahil secara intelek dalam hal kebenaran Injil. Pelayanan Rasul Paulus juga misi dan tujuan Gereja Tuhan hari ini - menggalakkan pembangunan iman matang melalui pertambahan pengetahuan kebenaran Alkitabiah. Dalam Kolose 1:9-10 Rasul Paulus berdoa supaya kebijaksanaan dan pengertian akan kita miliki. Bagaimana dengan penambahan pengetahuan kebenaran Alkitabiah anda? Doa: Bapa syurgawi, berikanlah kebijaksanaan dan pengetahuan kepada saya sehingga saya boleh mengetahui kehendak Allah, hidup menurut kehendak Tuhan dan menyenangkan hatiMu. Amin.
5
Baik Kerana Benar Bacaan: Titus 1:1
Apabila beratus-ratus batang kayu hanyut memenuhi Sungai Rajang, sungai terbesar di Sarawak, usaha untuk mengenal pasti punca malapetaka alam itu dimulakan. Walaupun ada yang berkata fenomena ini disebabkan oleh hujan lebat, ramai lagi cenderung menuding jari kepada pembalakan tidak terkawal serta penggondolan muka bukit untuk projek penanaman kelapa sawit yang berlaku di hulu sungai ini. Tindakan-tindakan yang perlu dan penting tidak dapat dilaksanakan sehingga kebenaran mengenai isu ini diketahui. Rasul Paulus berkata bahawa dia bertanggungjawab memelihara pengetahuan akan kebenaran yang nampak dalam ibadah kita. Perkataan ibadah diterjemahkan dari perkataan Yunani eusebeia yang lebih tepat diterjemahkan amalan hidup yang soleh atau yang berusaha menyenangkan hati Tuhan. Oleh itu terjemahan petikan ayat ini lebih tepat jika dinyatakan seperti berikut: pengetahuan akan kebenaran yang menampakkan atau menghasilkan amalan hidup yang mementingkan dan menyenangkan Allah. Ini adalah satu kebenaran yang jelas dalam Alkitab – pengetahuan tentang apa yang benar tentang Allah (berpunca dari maklumat dalam Alkitab) menghasilkan kehidupan yang mementingkan dan menyenangkan Allah. Singkatnya, mengetahui apa yang benar membantu seseorang itu mengamalkan hidup yang soleh. Tidak hairanlah Kajian Lanjut Rasul Paulus berusaha memelihara kebenaran kerana ia membantu manusia berkenan di hadapan Allah. 1.Apa kata Alkitab tentang hidup Adakah anda seorang Kristian soleh? Maksud saya, menyenangkan adakah anda mengamalkan satu budaya hidup yang Allah? Baca mengutamakan dan menyenangkan Tuhan dalam Roma 12:1-2; 2 segala aspek hidup anda? Jika tidak, anda mungkin Korintus 5:9 dan perlu mendedahkan diri kepada kebenaranEfesus 5:8-10 kebenaran dalam Alkitab kerana Firman Tuhan berguna untuk mengajar apa yang benar . . . dan 2. Perhatikan katauntuk mengajar orang supaya hidup menurut kata Rasul Paulus kehendak Allah (2 Timotius 3:16). tentang hidup soleh kepada muridnya, Doa: Bapa di syurga, bantu saya mengetahui Timotius, dalam kebenaran-kebenaran yang ada dalam FirmanMu ayat-ayat ini: 1 supaya saya boleh mengamalkannya dan menjadi Timotius 2:2, 4:7-8, manusia soleh. Amin. 6:5-6,11
6
Hidup Selama-Lamanya? Bacaan: Titus 1:2
Pada tahun 2010, negara Georgia mendakwa terdapat seorang wanita yang menetap di sebuah kampung terpencil yang berusia 130 tahun. Wanita itu dikenali sebagai Antisa Khvichava dari bahagian barat Georgia dan dilahirkan pada 8 Julai 1880. Umurnya itu menjadikan dia manusia tertua di dunia yang masih lagi hidup. Kakitangan-kakitangan pejabat pendaftaran yang mengunjungi Khvichava ditunjukkan dengan dua dokumen era Soviet yang mengesahkan tarikh lahir Antisa. Iman yang dimiliki dan kebenaran yang dipegang orang Kristian didasarkan atas keyakinan bahawa kita akan menerima hidup yang kekal yang sebelum permulaan zaman sudah dijanjikan oleh Allah. Keyakinan ini kuat kerana didirikan atas janji-janji yang dibuat oleh Allah dan perbuatan Yesus atas kayu salib yang tidak dapat dinafikan. Allah telah menjanjikannya dan Yesus telah melakukannya maka saya memilikinya.
Kajian Lanjut 1. Rasul Yohanes banyak menyentuh tentang kehidupan kekal dalam tulisantulisannya. Baca Ayat-ayat berikut untuk memahami maksud frasa ini: Yohanes 3:14-17, 36, 4:6-14, 5:24, 6:2629, 40,66-69, 10:2629, 17:2-3. 2. Bagaimana untuk menerima kehidupan kekal? Perhatikan Roma 2:7-8, 6:23 dan 1 Yohanes 5:1113
Tetapi apakah itu hidup yang kekal? Apakah frasa ini bermaksud semua orang Kristian akan hidup selamalamanya? Sebenarnya, tidak. Hakikatnya, semua manusia akan hidup selama-lamanya sesudah berlaku kebangkitan dari maut ketika Yesus kembali kali kedua ke bumi. Semua orang yang telah menerima Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamat akan hidup selama-lamanya bersama Allah dan mereka yang menolakNya (ketika masih hidup dahulu) akan disingkirkan ke neraka selama-lamanya bersama Setan. Kita semua akan hidup selama-lamanya. Persoalannya ialah di mana dan dengan siapa? Setiap orang Kristian mengharapkan hidup bersama Allah selama-lamanya untuk memuliakan dan mengasihiNya. Inilah hidup yang kekal itu . . . mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus (Yohanes 17:3). Doa: Bapa syurgawi, terima kasih kerana saya telah menerima hidup yang kekal apabila saya menerima Yesus sebagai Penyelamat dan Tuhan saya. Amin.
7
Saya Tidak Tipu! Bacaan: Titus 1:2
Dalam upacara pernikahan Kristian, pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan berjanji kepada satu sama lain, di hadapan para hadirin dan Allah bahawa mereka mahu menjadi pasangan yang akan memelihara satu sama lain dalam keadaan susah atau senang, kaya atau miskin, sakit atau sihat serta saling mengasihi sehingga maut menceraikan mereka. Sedihnya ada yang tidak menghormati janji yang dibuat dan bercerai sebelum ajal datang. Allah bukan Peribadi yang membuat janji-janji yang tidak akan dikotakan; Allah bukan penipu dan janji-janjiNya benar serta boleh dipercayai. Harapan hidup kekal setiap orang Kristian dibangunkan atas kata-kata yang sudah dijanjikan oleh Allah yang tidak berdusta. Itulah sebabnya kehidupan kekal adalah sesuatu yang pasti dan dikhabarkan dengan penuh keyakinan sejak zaman para rasul lagi. Sifat Allah yang mulia telah menentukan bahawa Dia tidak akan melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan prinsip-prinsipNya. Satu hal yang Tuhan tidak akan lakukan ialah menipu atau berdusta. “Allah bukan manusia, Dia tidak berdusta; Allah bukan insan, Dia tidak mengubah fikiran. Apa yang dijanjikanNya akan dipenuhiNya; apa yang difirmankanNya pasti dilakukanNya” (Bilangan Kajian Lanjut 23:19). Tuhan bukan hanya tidak berdusta, Dia tidak berkeupayaan untuk berdusta – semua yang 1. Allah tidak boleh dikatakan Allah benar dan pasti terjadi. berdusta. Inilah pengakuan Alkitab – 1 Samuel 15:29; Mazmur 92:16; Maleakhi 3:6; Roma 3:4; Ibrani 6:18; Yakobus 1:17-18 2. Bagaimana harus kita hidup supaya tidak berdusta? Perhatikan Lukas 8:15; Roma 12:17; 2 Korintus 8:21; 1 Yohanes 1:10, 2:4, 4:20
Manusia sebaliknya cenderung berdusta. Ada masanya kita memiliki maklumat yang salah atau tidak lengkap, jadi apa yang dikatakan akhirnya didapati tidak benar. Ada pula masanya kita sengaja tidak menyatakan yang benar supaya tidak menyinggung perasaan orang atau menyelamatkan diri dari sesuatu yang tidak diingini. Biar apa pun alasannya, Allah tidak menyokong amalan ini (Amsal 19:9). Janganlah kita menjadi seperti Iblis (Yohanes 8:44) Doa: Bapa di syurga, terima kasih kerana semua kata-kataMu benar dan pasti terjadi. Saya memegang kepada janji-janjiMu dan bersyukur. Amin.
8
Waktu Yang Sesuai Bacaan: Titus 1:3
Semua orang tahu, minum air adalah sangat penting dan sangat baik untuk kesihatan. Tapi adakah anda tahu bilakah masa yang PALING BAIK untuk anda minum air? Pengambilan air dalam masa yang tepat boleh memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang di syorkan oleh pakar-pakar perubatan – selepas bangun tidur, 30 minit sebelum makan, sebelum mandi dan sebelum tidur. Bacaan hari ini juga menyentuh isu masa yang paling baik, iaitu masa sesuai untuk Allah melakukan sesuatu. Pada waktu yang dikehendakiNya, Allah telah memilih untuk bertindak, melakukan pelbagai perkara yang ajaib dalam dunia manusia. Dalam ayat kajian hari ini, Rasul Paulus menyatakan bahawa pada masa yang ditentukan oleh Allah, firmanNya telah dinyatakan kepada manusia melalui pengkhabaran Injil. Sebenarnya Alkitab menyokong konsep bahawa segala sesuatu ada masanya, dan apabila sesuatu itu terjadi sesuai dengan masa yang telah ditetapkan, yang baik akan terjadi. Untuk segala sesuatu ada masanya, untuk apa pun di bawah langit ada waktunya. (Pengkhotbah 3:1). Masa yang sesuai ini telah ditetapkan oleh Tuhan untuk tujuan yang spesifik –Ia telah menjadikan semua bangsa . . . menentukan musimKajian Lanjut musim (waktu yang sesuai) bagi mereka . . . supaya mereka mencari Dia dan . . . menemukan Dia. 1. Apakah masa(Kisah Para Rasul 17:26-27) masa spesifik yang dinyatakan dalam Tahukah anda bahawa Allah juga telah menetapkan Perjanjian Baru? masa-masa yang sesuai untuk anda? Segala sesuatu Baca yang terjadi dalam hidup anda – hari anda lahir, Lukas 21:24; Kisah zaman persekolahan, tempoh anda sakit – telah Para Rasul 3:19,21, ditentukan oleh Allah. Masa anda di bawah kawalan 17:30; 2 Timotius Allah dan tempoh sesuatu itu berlangsung juga telah 3:1; 1 Petrus 1:20 diatur olehNya. Apabila sesuatu berlaku, siapa tahu, mungkin justeru untuk saat yang seperti itulah Allah 2. Apakah yang kita akan melakukan sesuatu (Ester 4:14). harus lakukan dengan masa yang Doa: Bapa, terima kasih kerana masa saya di dalam ada? Perhatikan ayattanganMu. Bantu saya menyedari musimMu dalam ayat ini: Efesus 5:16 hidup saya dan menggunakan waktu ini dengan dan Kolose 4:5 bijak. Amin
9
Beritakan FirmanNya! Bacaan: Titus 1:3
George Whitefield adalah seorang pengkhutbah terkenal dari England. Dia mula berkhutbah di pelbagai tempat, mulai dari Glouchester hingga beberapa gereja besar di London. Pada tahun 1738, Whitefield, bersama dengan John dan Charles Wesley, dikirim ke Amerika Syarikat dan di sana dia berkhutbah di hadapan ribuan orang sehingga menyebabkan munculnya kebangunan rohani di sana. Ketika kembali ke England, Whitefield terus berkhutbah di merata tempat sehingga mencetus kebangunan rohani besar di England pada abad ke-18. Begitulah besarnya kuasa khutbah yang mengkhabarkan Injil kepada beratus malahan beribu jiwa pada satu masa. Rasul Paulus yakin bahawa Allah menyatakan firmanNya dalam pemberitaan Injil dan inilah cara yang paling berkesan untuk menyatakan mesej Tuhan kepada manusia. Bukan itu sahaja, dia juga pasti bahawa inilah cara yang Tuhan mahu dia pakai untuk menyampaikan mesej Injil.
Kajian Lanjut 1. Siapa yang berkhutbah dan apakah yang dikhutbahkan? a. Matius 3:1,3; b. Matius 4:17,23, 9:35; c. Kisah Para Rasul 20:25, 28:31 2. Apakah isi kandungan khutbah Kristian? Perhatikan ayat-ayat ini: Kisah Para Rasul 14:15, 17:3; Roma 16:25; 1 Korintus 1:18,23; 2 Korintus 4:5, 10:14
Perkataan pemberitaan dalam bahasa asalnya bermaksud satu pengisytiharan umum dan cara ini masih digunakan di banyak tempat untuk menyampaikan Injil. Kita mesti bersedia bila-bila masa untuk berdiri di depan ramai orang dan dengan suara yang kuat menyatakan Khabar Baik tentang Yesus: beritakanlah firman, siap sedialah baik atau tidak baik waktunya. (2 Timotius 4:2). Sebenarnya orang Kristian telah dipanggil untuk mengkhabarkan Injil dan ketahuilah bahawa setiap kali anda berkhutbah, anda sedang menyatakan katakata Allah dan bukan hanya perkataan anda sahaja. Inilah keistimewaan khutbah Kristian – Allah berkenan menyelamatkan mereka yang percaya oleh kebodohan pemberitaan Injil. (1 Korintus 1:18) Doa: Bapa di syurga, bantulah saya bersiap sedia selalu untuk berkhutbah, sedia menyampaikan firmanMu dengan jelas dan lantang di hadapan ramai orang. Amin.
10
Siapa Penyelamat Anda? Bacaan: Titus 1:3
Perhatian besar dari Presiden ditambah liputan media membuat rakyat Chile bersatu untuk memperhatikan kisah penyelamatan pekerja-pekerja yang terperangkap dalam sebuah lombong bawah tanah selama hampir dua bulan. Ucapan selamat dan perhatian beberapa pemimpin negara tetangga serta situasi penyelamatan itu memberi contoh bahawa nilai yang besar diletakkan atas setiap jiwa yang diselamatkan. Rasul Paulus dalam memperkenalkan Allah yang mengamanatkan dia dengan tugas mengisytiharkan Injil memanggil Allah Juruselamat (terjemahan Indonesia) atau lebih tepat lagi Penyelamat. Ini ialah satu daripada fahaman asas sifat Allah – Dia yang akan membebaskan umatNya daripada apa sahaja yang membelenggu mereka. Dalam Perjanjian Lama dan Baru, Allah kerap digambarkan menyelamatkan yang hilang, terperangkap atau yang ditindas. Rasul Paulus sering menggunakan frasa ini (Allah Penyelamat kita) dalam tulisantulisannya. Dalam 1 Timotius 1:1, Allah diperkenalkan sebagai pemberi perintah dan dalam bab 2:3 sebagai Allah yang mahu kita berdoa kerana ia menyenangkan hatiNya. Dalam surat Titus Allah yang menyelamatkan manusia mahu semua pekerja yang Dia selamatkan sentiasa bersikap baik dan setia, supaya dengan perbuatan mereka itu, orang memuji arahan tentang DiriNya (Titus 2:10). Setiap usaha penyelamatan yang dilakukan Allah adalah untuk kebaikan manusia, didorong oleh sifat kasih dan belas kasihan Allah. Tetapi Allah, Penyelamat kita menunjukkan kasih Kajian Lanjut dan kebaikan hatiNya kepada kita. Dia menyelamatkan kita bukan kerana perbuatan baik 1. Perhatikan kita, tetapi kerana belas kasihanNya (Titus 3:4-5). bagaimana Allah dinyatakan sebagai Apakah yang mengikat dan menghalang anda untuk Penyelamat dalam berjaya? Apakah anda perlu dibebaskan dari situasi Perjanjian Lama. yang teruk atau perhubungan yang menindas hidup Apakah yang boleh anda? Berserulah kepada Allah, Penyelamat Kita dan anda simpulkan? saya yakin kerana belas kasihan dan kasihNya, Dia 2 Samuel 22:3; akan menyelamatkan anda juga! Mazmur 106:22; Yesaya 43:3,11, Doa: Bapa, terima kasih Engkau adalah Penyelamat 45:15,21; Hosea saya. Dengarlah seruan saya dan selamatkanlah 13:14 saya. Amin.
11
Bapa Rohani Bacaan: Titus 1:4
Bapa rohani adalah hamba Tuhan yang dipanggil Tuhan secara khusus untuk membimbing dan memuridkan anak-anak Tuhan untuk sampai pada panggilan hidup mereka. Dia bertanggungjawab secara penuh atas kehidupan anak-anak rohaninya bahkan tanggungjawabnya jauh lebih besar daripada tanggungjawab orang tua jasmani. Bapa jasmani mempersiapkan anaknya untuk menghadapi kehidupan di dunia ini; Bapa rohani mempersiapkan anak rohaninya untuk menghadapi kehidupan barunya dalam Tuhan. Paulus menulis surat ini kepada Titus, seorang bukan-Yahudi dan salah satu teman sepelayanannya yang awal (Galatia 2:1, 3), yang besar kemungkinan telah menjadi percaya hasil usaha penginjilannya. Titus mahir mengurus sidang dan telah diutus Rasul Paulus sebagai wakilnya ke gereja di Korintus (2 Korintus 2:34, 13; 7:6-16; 8:16-24). Situasi yang sama sekarang dialami Titus apabila dia diutus ke gereja Kristian di Pulau Kreta untuk mengatur dan melengkapkan apa yang belum teratur dalam sidang di sana (Titus 1:5). Melalui surat ini, Rasul Paulus mengesahkan pelayanan Titus dan menunjukkan perhubungan baik yang dimiliki antara dia dan Titus, hubungan seorang bapa rohani dengan anaknya yang sah menurut iman yang dikongsi bersama. Frasa anakku yang sah menurut iman kita bersama menunjukkan bahawa dia ada memainkan peranan penting dalam penyelamatan Titus (lihat 1 Timotius 1:2). Sekarang iman yang Kajian Lanjut mereka kongsikan menjadi dasar perhubungan dan pelayanan mereka berdua. 1. Perhatikan konsep bapa rohani dalam Perhubungan Paulus dan Titus juga mengingatkan Perjanjian baru. kita bahawa kita semua memiliki iman yang sama Apakah yang boleh yang mengikat kita dalam satu keluarga rohani di anda simpulkan? mana kita semua saudara. Mereka yang lebih matang 1 Timotius 1:2; 2 dan terlibat dalam penyelamatan kita merupakan Timotius 1:2; Filipi bapa-bapa rohani yang menjaga dan membangun 2:19,22; 1 Korintus iman yang dikongsi bersama. Siapakah bapa rohani 4:14-17; 1 anda dan apakah anda sudah menjadi bapa rohani Tesalonika 2:11,12. juga? 2. Apakah fungsi Doa: Bapa, terima kasih untuk semua bapa-bapa seorang bapa rohani? rohani yang ada dalam setiap komuniti Kristian.
Jadikan saya seorang bapa rohani juga. Amin.
12
Berkat Dari Tuhan Bacaan: Titus 1:4
Dalam satu mesyuarat pemberita-pemberita dari seluruh dunia, seorang pemberita dari Amerika ketika bertemu dengan rakan setugasnya dari India berkata, “Hi. Gembira dapat bertemu.” Sebagai seorang penganut Hindu, rakan dari India itu berdiri dan berkata, “Namaste,” sambil memegang kedua belah tangannya dan tunduk. Umar dari Pakistan berkata, “Assalamualaikum,” tanpa menghulur tangannya kerana tidak dibenarkan dalam agamanya untuk wanita bersentuh tangan dengan lelaki bukan sekeluarga. Sesungguhnya pelbagai salam ada di dunia ini! Salam dari Rasul Paulus merupakan satu salam biasa yang dipakainya dalam banyak surat-surat yang ditulisnya. Sedihnya salam yang penuh bererti ini tidak lagi dipakai oleh orang Kristian apabila menyambut satu sama lain atau berhubung melalui media bertulis. Kasih kurnia dan damai sejahtera dari Allah . . .kita, menyertai engkau adalah ucapan berkat, memohon supaya dua berkat utama pemberian Allah akan dimiliki dan dialami oleh mereka yang disambut atau ditujukan salam.
Kajian Lanjut 1. Perhatikan bagaimana salam damai dipakai oleh Rasul Paulus dan berusaha menggunakannya 1 Korintus 1:3; 2 Korintus 1:2; Galatia 1:3, 6:16; Efesus 1:2, 6:23; Filipi 1:2, 4:7, 2 Tesalonika 1:2, 3:16 2. Allah sumber damai – 1 Korintus 14:33; 2 Korintus 13:11; Kolose 3:15
Kasih kurnia atau charis merujuk kepada pemberianpemberian baik dari Allah kerana kasihNya kepada kita dan bukan kerana kita layak atau patut menerima pemberian Allah itu. Damai sejahtera atau eirene merujuk kepada rasa lega atau santai apabila seseorang itu bersatu dengan Allah sambil mengalami perlindunganNya. Tidakkah anda mahu mengalami kedua berkat ini dan tidakkah anda mahu supaya kenalan-kenalan anda juga mengalaminya? Bermulalah dengan menggunakan salam ini mulai hari ini! Setiap kali anda mendengar atau membaca salam berkat ini, ucapkanlah perkataan ‘Amin’ kerana anda setuju dengan pemberkatan itu dan mahu ianya menjadi satu realiti dalam hidup anda. Doa: Bapa syurgawi, terima kasih kerana Engkau memberi saya yang terbaik walaupun saya tidak layak menerimanya dan saya di bawah perlindungan Engkau sentiasa. Semoga kasih kurnia dan damai sejahtera Mu
sentiasa milik ku. Amin.
13
Penyelamat Kita Bacaan: Titus 1:4
Dalam ucapan berkat Rasul Paulus, dia membuat satu kenyataan yang penting Kristus Yesus, Juruselamat kita. Yesus dipanggil Penyelamat dan penekanan dibuat bahawa Dialah penyelamat semua yang menjadi pengikutNya. Dengan penyataan ini, Rasul Paulus menarik perhatian kita kepada kepercayaan utama yang dikongsi oleh semua orang Kristian sedunia – Yesus ialah Penyelamat manusia. Apa itu Penyelamat dan mengapa kita memerlukan Penyelamat? Alkitab memberitahu kita bahawa kita semua telah berdosa, melakukan hal-hal yang jahat (Roma 3:10-18). Sebagai akibat dari dosa kita, kita sudah pun menerima murka dan penghakiman Tuhan. Satu-satunya hukuman yang sesuai untuk dosa melawan Tuhan yang kekal adalah hukuman yang kekal (Roma 6:23, Wahyu 20:11-15). Itu sebabnya kita sangat memerlukan Penyelamat! Yesus Kristus datang ke dunia ini dan mati menggantikan kita. Kematian Yesus, sebagai Allah dalam rupa manusia, adalah pembayaran yang cukup untuk dosadosa kita (2 Korintus 5:21). Yesus mati untuk membayar dosa-dosa kita (Roma 5:8). Yesus membayar harga yang harus kita bayar sehingga kita tidak perlu membayarnya. Kajian Lanjut Kebangkitan Yesus dari antara orang mati membuktikan bahawa kematianNya sudah cukup 1. Apakah yang untuk membayar hutang dosa kita. Itu sebabnya mesti dilakukan Yesus adalah satu-satunya Penyelamat (Yohanes manusia supaya 14:6; Kisah Rasul 4:12). selamat? Yohanes 3:3; Matius 3:7-10; Kisah Para Rasul 3:19; Roma 5:9,10; Titus 2:14; 1 Yohanes 2:23; Yohanes 1:12 2. Apakah itu dosa? Perhatikan beberapa definisi dalam Alkitab: Amsal 24:9; 1 Yohanes 3:4, 5:17; Yakobus 4:17; Roma
Sudahkah anda percaya kepada Yesus dan menerimaNya sebagai Penyelamat dan Tuhan anda? Doa: Tuhan, saya mengaku saya hidup tidak percaya kepada-Mu dan saya menyesal. Terima kasih kerana mengasihi saya dan mengutus Yesus untuk mati di kayu salib, menanggung hukuman akibat pemberontakan saya. Saya sekarang percaya kepada-Mu dan mahu menerima Yesus sebagai Penyelamat saya. Tolong saya berhenti mengikut jalan saya sendiri dan sebaliknya mengizinkan Engkau menguasai hidup saya. Amin.
14
Membetulkan Yang Salah Bacaan: Titus 1:5
Keceriaan terpancar di wajah Stephanie Ganie, gadis 17 tahun yang sekarang berani mengenakan kasut tumit tinggi. Tujuh tahun yang lalu, gadis ini tidak dapat berjalan normal kerana kakinya berbentuk O. Jarak antara kedua lututnya lebih dari 12 cm (orang normal di bawah 6 cm). Hari ini, bentuk kakinya normal sesudah menjalani pembedahan tulang kaedah fitbone. Stephanie menjalani 3 pembedahan yang akhirnya berjaya apabila semua tulang baru sudah bersatu dan mengeras. Rasul Paulus mengirim Titus ke Kreta untuk mengatur apa yang masih perlu diatur. Frasa ini menjelaskan semua yang Titus akan capai sesudah dia melakukan apa yang disuruh Paulus dalam surat ini. Frasa ini juga menunjukkan ada kekurangan atau kecacatan dalam komuniti Kristian di Pulau Kreta. Kata kerja yang digunakan, epidiorthoo, bermaksud ‘meluruskan atau membetulkan, sebagai tambahan’ kepada apa yang sudah ada atau yang sedang diamalkan. Perkataan ini digunakan untuk menerangkan kerja seorang doktor meluruskan tulang yang sudah patah dan yang sedang dirawat. Apa yang diperlukan di Kreta adalah penyelesaian proses membimbing dan pertumbuhan yang telah dimulakan. Kata-kata Rasul Paulus menggambarkan orang percaya di Kreta sebagai anak yang terbiar dan perlu diberi penjagaan dan penyusuan semula supaya sihat dan terus bertumbuh. Kajian Lanjut Bukan reformasi yang dituntut Paulus bagi mereka tetapi penyambungan proses formasi atau 1. Perhatikan pembentukan. Titus diberi mandat untuk bagaimana idea mempromosikan pembentukan ini dengan melatih meluruskan atau mereka untuk menginjil, menggalakkan membetulkan yang pertumbuhan rohani dan membangun pemimpin. bengkok atau salah dipakai dalam Gereja yang sedang bertumbuh berkemungkinan Alkitab: mengalami masalah tetapi prinsip-prinsip panduan Mazmur 5:9; yang diberi kepada Titus boleh digunakan untuk Pengkhutbah 7:13; menyelesaikan masalah-masalah yang melanda. Yesaya 40:3-4, 42:16, 45:2; Matius Doa: Bapa syurgawi, semoga proses pembentukan 3:3; Lukas 3:5; 1 rohani saya berterusan sehingga terbentuk ciptaan Korintus 11:34 baru yang menyenangkanMu. Amin.
15
Menetapkan Pemimpin Sidang Bacaan: Titus 1:5
Menjelang berakhirnya tahun 2010, sudah tidak terhitung dengan jari tangan, para pemimpin, terutama pemimpin kerajaan yang masuk penjara. Mereka adalah pemimpin-pemimpin yang tidak menjalankan tugas dengan baik, sesuai dengan aturan-aturan hukum yang diamalkan di negara mereka. Masyarakat sudah tentu mempunyai gambaran calon pemimpin yang mereka akan pilih. Setelah mereka dipilih, dan ada pemenang, apakah masyarakat berpuas dengan calon yang telah dipilih? Saya yakin ramai yang kesal kerana pemimpin pilihan mereka gagal. Satu daripada dua tugas penting yang diberikan kepada Titus ialah untuk menetapkan penatua-penatua di dalam komuniti Kristian di Pulau Kreta. Perkataan menetapkan dalam ayat ini merujuk kepada tindakan meletakkan sesuatu di tempat yang sesuai supaya tidak beranjak atau dialihkan. Dalam konteks menetapkan penatua, tugas Titus ini ialah untuk melantik dan menentukan dengan sah siapa yang akan menjadi penatua. Pelantikan atau penetapan ini biasanya dilakukan oleh Rasul Paulus setelah dia berdoa dan berpuasa (Kisah Para Rasul 14:23).
Kajian Lanjut 1. Perhatikan bagaimana penatuapenatua gereja pertama di Yerusalem berfungsi seperti mana direkodkan dalam Kisah Para Rasul 15, khususnya ayat 2,4,6,22 dan 23? 2. Apakah yang boleh dipelajari tentang penatua dari ayat-ayat berikut? Kisah Para Rasul 14:23; 1 Timotius 5:17; Yakobus 5:14; 1 Petrus 5:1-2
Apakah itu penatua? Perkataan ini memang tidak biasa didengar dalam perbualan harian dan mungkin disalah faham. Perkataan asalnya, presbuteros, digunakan untuk orang yang sudah atau lebih tua. Dalam konteks orang Yahudi pula, perkataan ini dipakai sebagai gelaran untuk pemimpin-pemimpin agama yang tua dan matang dalam Majlis Agama mereka (lihat Matius 15:2, 16:21). Tidak hairanlah apabila orang Kristian pertama (yang berbangsa Yahudi) memilih mereka yang lebih tua dan matang menjadi pemimpin sidang, mereka ini juga digelar presbuteros. Siapakah penatua-penatua anda? Mereka telah dilantik dan disahkan sebagai pemimpin. Marilah kita membantu mereka berjaya sebagai pemimpin pilihan Allah. Kita tidak mahu mereka juga gagal. Doa: Bapa di syurga, saya memohon supaya Engkau akan memberkati dan melindungi penatua-penatua yang telah ditetapkan dalam sidang saya. Bantulah mereka menjadi pemimpin yang baik. Amin.
16
Apakah Anda Cacat? Bacaan: Titus 1:6
Seramai sepuluh pekerja misi Kristian telah dituduh menculik lebih 30 kanakkanak miskin dan yatim piatu di Haiti pada tahun 2010. Ini terjadi kerana pekerjapekerja ini mengambil kanak-kanak tersebut tanpa surat kebenaran rasmi dari kerajaan dan telah menipu tentang bagaimana kanak-kanak ini diperoleh. Walaupun mereka berniat baik dan ingin menolong menyelamatkan kanak-kanak ini, tindakan mereka salah dan mengakibatkan mereka dituduh menculik. Kriteria pertama yang harus dimiliki oleh seorang pemimpin Kristian, yang disebut oleh Rasul Paulus dalam ayat bacaan hari ini, ialah orang yang tak bercacat. Frasa ini langsung tidak merujuk kepada manusia yang mempunyai kekurangan anggota badan atau upaya tetapi ia adalah terjemahan perkataan Yunani yang membawa maksud tidak boleh dituduh atau tidak ada sebab untuk dituduh berlaku salah. Terlalu ramai pemimpin Kristian mengamalkan cara hidup yang boleh dijadikan sebab untuk dituduh oleh mereka yang mahu menjatuhkan pemimpin itu atau mereka yang mahu menegakkan keadilan. Ayat ini adalah satu peringatan bahawa kita mesti hidup sebegitu cara sehingga tidak ada Kajian Lanjut orang mahu menuduh kita kerana sememangnya tidak ada salah laku yang boleh dijadikan sasaran. 1. Apa kata Alkitab tentang hidup tanpa Hidup tidak bercacat bukan bermaksud hidup tanpa cacat atau cela? silap atau salah tetapi merujuk kepada satu amalan Mazmur 119:1; hidup yang dengan sengaja menghindari apa-apa Efesus 1:3-5; Kolose amalan atau perkataan yang boleh menjadi batu 1:21-22; 1 Petrus sandungan dan apabila kesilapan dilakukan, ianya 2:14 didedahkan dan dibetulkan dengan cepat. Orang Kristian yang mengamalkan cara hidup sebegini 2. Apakah 10 perkara layak dipanggil orang yang tidak cacat. yang anda mesti lakukan supaya tidak Untuk mengelakkan tuduhan tidak berasas yang cacat? Mazmur 15 boleh menjejaskan reputasi seorang pemimpin, nasihat Rasul Paulus dalam 1 Timotius 5:19-25 baik 3. Jika anda telah kita semua patuhi. gagal atau lemah, apa janji Tuhan? Roma Doa: Bapa yang di syurga, bantu saya 8:26; 2 Korintus mengamalkan satu kehidupan yang tak bercacat, 11:30, 12:9, 13:4 bebas dari tuduhan. Amin.
17
Contoh Keluarga Kristian Bacaan: Titus 1:6
Satu lagi kriteria penting yang mesti dimiliki seorang pemimpin Kristian ialah perhubungan suami-isteri yang Alkitabiah dan anak yang memiliki iman dalam Tuhan yang sama – mempunyai hanya satu isteri, yang anak-anaknya hidup beriman. Jika calon pemimpin Kristian itu sudah berkahwin, ia harus ada satu isteri sahaja. Pada zaman rasul Paulus ramai orang yang mempunyai lebih dari satu isteri sebelum menjadi orang Kristian. Mereka ini tidak dibenarkan menjadi penatua kerana Alkitab melarang poligami. Poligami bukanlah rencana Allah - pemimpinpemimpin Kristian hanya dibenarkan mempunyai satu isteri. Jika orang itu sudah mempunyai anak, anak-anaknya mestilah anak yang hidup beriman, yang telah percaya dalam Yesus dan mempunyai amalan hidup yang memuliakan Tuhan. Penatua-penatua yang mempunyai anak diharapkan mempunyai rumah tangga Kristian sebelum dia memimpin keluarga lain. Dari ketetapan-ketetapan ini jelaslah bahawa seorang pemimpin Kristian adalah seorang model perhubungan suami isteri dan penjagaan anak mengikut amalan Alkitabiah. Jika seorang calon Kristian itu gagal menunjukkan standard-standard Tuhan untuk perkahwinan dan tidak dapat membangun anak-anak yang takut serta percaya kepada Tuhan, maka jelaslah ada kepincangan dalam kehidupan orang Kristian itu yang tidak akan membantu dia mengajar dan memodelkan amalan kekeluargaan Kristian kepada komuniti Kristian yang dia mungkin pimpin.
Kajian Lanjut 1. Apa kata Alkitab tentang monogami (mempunyai satu pasangan hidup)? Keluaran 20:17; Ulangan 17:17, 21:15; Matius 19:9; Markus 10:7-8; 1 Korintus 7:2; Efesus 5:33; 1 Petrus 3:7
Jika anda sudah berkahwin, bagaimanakah perhubungan anda dengan isteri anda – apakah anda setia kepada dia dan tidak mempunyai kekasih lain? Jika anda mempunyai anak, adakah mereka mengasihi Tuhan dan diajar berlaku sesuai dengan hukumhukum Tuhan? Ingat – perhubungan suami isteri dan pembangunan anak yang beriman dan bermoral adalah tuntutan Allah atas semua orang Kristian yang sudah berumah tangga. Doa: Bapa, bantulah saya menjadi pasangan hidup yang setia dan berjaya memimpin anak-anak saya untuk percaya kepada Yesus serta hidup memuliakan Dia. Amin.
18
Anak Yang Baik? Bacaan: Titus 1:6
Saya pernah melayani bersama seorang penginjil yang hebat dari Indonesia dan saya kagum dengan kepatuhannya kepada syarat Tuhan yang dinyatakan dalam ayat bacaan hari ini. Dia dengan sengaja memilih untuk berhenti melayani serta memimpin umat Tuhan apabila seorang daripada anaknya meninggalkan Tuhan dan tidak hidup sesuai dengan hukum-hukum Allah. Hanya setelah isu ini selesai dan anaknya kembali kepada Tuhan, dia menyambung pelayanannya. Keadaan anak seorang calon pemimpin komuniti Kristian digunakan Allah untuk menentukan kesesuaian dan kelayakan peribadi itu memimpin. Sekali pandang, memang agak pelik apabila kehidupan seorang anak menjadi penentu tanggungjawab seorang Kristian yang dewasa. Akan tetapi jika difikirkan, sememangnya keadaan seorang anak adalah penentu yang baik dan tepat untuk memastikan sama ada seseorang itu layak dan boleh memimpin dengan efektif. Sebabnya mudah – jika dia tidak dapat membangun anaknya sendiri dan membentuk karakter yang mulia, bagaimana dia dapat membangun dan membentuk sekumpulan orang Kristian yang akan dia pimpin? Ada dua perkara yang anak orang Kristian tidak harus ada – hidup tidak senonoh dan hidup tidak tertib. Seorang anak yang hidup tidak senonoh menunjukkan sifat-sifat serta Kajian Lanjut melakukan amalan-amalan yang nampak dalam kehidupan orang yang belum lagi diselamatkan. 1. Apa kata Alkitab Dengan erti kata lain, anak pemimpin Kristian ini tentang cara hidup tidak berbeza dengan anak bukan-Kristian. orang bukanKristian? Hidup tidak tertib pula merujuk kepada sifat tidak Efesus 5:3-18 taat dan keengganan untuk mematuhi undangundang. Ayat ini menggambarkan seorang anak 2. Apa kata Alkitab yang tidak boleh dikawal dan berkelakuan tidak tentang ketaatan senonoh. kepada mereka yang lebih berkuasa? Apakah anda mempunyai anak yang tidak senonoh Kisah Para Rasul dan tidak tertib? Apakah yang boleh anda lakukan 5:29; Efesus 6:1; untuk membetulkan kecacatan ini dalam anak anda? Kolose 3:20, 22; 2 Doa: Bapa, bantulah saya untuk mengamalkan satu Tesalonika 1:8, 3:14; corak hidup yang diiktiraf tertib dan senonoh. Amin. Ibrani 13:17
19
Pengatur Rumah Allah Bacaan: Titus 1:7
Dalam Titus 1:7 seorang penatua (pemimpin gereja) juga dipanggil pengatur rumah Allah dan penilik jemaah. Frasa-frasa ini sememangnya sinonim yang sesuai untuk perkataan penatua dan sebenarnya menjelaskan tanggungjawab atau tugas seorang penatua. Pertama sekali seorang penatua adalah pengatur gereja, seorang yang berfungsi sebagai pengurus aktiviti-aktiviti gereja, masalah dan cabaran yang dihadapi oleh ahli-ahli gereja dan penjagaan bangunan serta alat-alat milik sidang. Dengan ringkas, seorang penatua dituntut berfungsi sebagai seorang pengurus. Kedua, seorang penatua ialah seorang penilik. Di Malaysia ada orang yang percaya dengan ramalan tukang tilik, yang setelah meneliti dengan terperinci garisan-garisan di tangan, membuat ramalan-ramalan mengenai masa depan tuan punya tangan itu. Seorang penatua pula dituntut Tuhan memberi perhatian terperinci kepada keadaan rohani setiap ahli di bawah jagaan dia. Tugas ini tidak berbeza dengan apa yang dilakukan oleh seorang gembala kambing biri-biri yang setiap hari memerhatikan kambing-kambing di bawah jagaannya supaya tidak ada yang sakit atau luka. Kajian Lanjut Itulah sebabnya ada yang berkata perkataan gembala sinonim yang sesuai untuk penatua. 1. Apakah yang boleh dipelajari Bagi mana-mana gereja berkembang dengan baik, tentang pemilihan pemimpin-pemimpin yang pandai mengurus hal dan tugas penatua ehwal gereja dan kehidupan ahli-ahli sidang serta sebuah gereja dari menilik keadaan rohani setiap ahli adalah sangat buku Kisah Para penting. Mengapa tidak berusaha mulai hari ini untuk Rasul (14:21-28; melengkapi diri dengan apa yang perlu supaya anda 15:1-35; 20:17-36; juga boleh menjadi seorang pengurus dan gembala 14:21-23; 20:28-31) sidang yang baik? Ingat, lebih besar sidang itu, lebih ramai pemimpin diperlukan – jadilah pemimpin 2. Apakah yang sidang yang Allah perlukan untuk setiap sidangnya. dilakukan oleh seorang gembala Doa; Bapa yang di syurga, bantulah saya melengkapi yang baik? Mazmur diri dengan kemahiran-kemahiran yang perlu untuk 23; Yohanes 10 mengurus sidang dan mengembalakan anak-anakMu. Amin.
20
Jangan Seperti Burung Merak Bacaan: Titus 1:7
Sam ialah seorang penatua dalam gereja. Setiap kali ada perbincangan tentang sesuatu yang mahu dilakukan dalam gereja, dia membangkang dan jika ada idea yang disokong, idea itu biasanya telah dikemukakan oleh dirinya sendiri. Yusuf bekerja di sebuah jabatan kerajaan dan selalu berfikir dia tidak bersalah dan tidak pernah memohon maaf untuk apa-apa kesilapan yang dia telah lakukan. Anji pula seorang bapa yang membuat semua keputusan dalam keluarganya dan tidak membenarkan isteri atau anak-anaknya membuat pilihan atau keputusan sendiri. Ketiga-tiga lelaki ini mempunyai masalah dengan keangkuhan. Satu sifat penting seorang Kristian yang matang ialah tidak adanya keangkuhan. Titus disuruh memilih mereka yang tidak angkuh sebagai pemimpin gereja. Frasa tidak angkuh ini membawa maksud seorang manusia yang tidak mementingkan dirinya sendiri – keinginan dia, pendapat dia, amalan dia – mahupun menganggap dirinya sahaja yang betul dan patut dipatuhi. Orang yang dijangkiti keangkuhan hanya melakukan apa yang dia mahu untuk kepentingan dirinya sendiri. Orang lain tidak dipedulikan. Perkataan Yunani yang diterjemahkan sebagai angkuh dalam ayat ini hanya digunakan di satu lagi tempat dalam Perjanjian Baru – 2 Petrus 2:10. Konteks ayat ini sesuai sekali untuk mendedahkan tanda-tanda seorang itu memiliki sifat angkuh. Mereka yang sombong ini juga menuruti Kajian Lanjut keinginan hawa nafsu mereka, tidak menghormati Tuhan (malah sanggup menghina Tuhan dengan 1. Apa kata penulis kata-kata dan perbuatan mereka), tidak malu dan Amsal tentang tidak menghormati makhluk-makhluk syurgawi mereka yang ciptaan Tuhan. Itulah sebabnya amaran keras diberi sombong? supaya mereka yang sombong tidak boleh dilantik Amsal 6:16-17, menjadi pemimpin sidang. 15:25, 16:5, 21:4, 28:25 Apakah anda seorang yang sombong dan 2. Apa kata Alkitab tentang kerendahan hati? Amsal 16:19, 29:23; Matius 18:4, 23:12; Yakobus 4:6,10; 1 Petrus 5:5,6
mementingkan diri sendiri sahaja? Ubahlah hari ini. Mula rendahkanlah diri dan utamakan orang lain. Doa: Bapa syurgawi, bantulah saya tidak mementingkan diri sendiri serta mencari keuntungan peribadi. Biarlah saya mengutamakan orang lain dan menghormati mereka juga. Amin
21
Hal Membalas Dendam Bacaan: Titus 1:7
Sifat seterusnya yang patut nampak dalam mana-mana orang Kristian yang matang ialah tidak pemberang atau lebih tepat lagi seorang yang tidak cepat membalas atau memukul. Jika seorang pemimpin Kristian itu cepat membalas dendam, ia tidak layak menjadi seorang penatua kerana sikapnya tidak memperlihatkan sikap Yesus yang tidak membalas kejahatan dengan kejahatan. Perkataan pemberang sebenarnya berasal daripada perkataan Yunani yang menggambarkan seorang manusia yang memiliki keinginan yang kuat untuk bertindak ganas dan cepat sekali tersinggung serta menjadi marah. Sememangnya manusia yang bersikap begini tidak disenangi dan ramai orang berasa takut apabila bersama-sama mereka, takut-takut silap kata atau laku sehingga menyebabkan diri mereka dipukul atau dicederakan. Pemberang juga merujuk kepada sifat seseorang yang mahu menghukum orang yang telah berlaku salah terhadapnya sehingga sanggup melakukan apa sahaja supaya dendamnya lunas dibayar. Walaupun dunia menepuk tangan untuk setiap manusia yang berusaha membalas dendam, ini bukan amalan seorang Kristian yang matang. Ingat nasihat Tuhan (melalui Rasul Paulus) dalam Roma 12:19: Janganlah kamu sendiri menuntut pembalasan , tetapi berilah tempat kepada murka Allah sebab ada tertulis: Pembalasan itu adalah hak-Ku. Akulah yang akan menuntut pembalasan, firman Tuhan.
Kajian Lanjut
1. Apa kata Alkitab tentang amarah yang tidak terkawal dan disertai keganasan? Galatia 5:19-21; Pengkhutbah 7:9; Efesus 4:30-31; Kolose 3:8-9; 1 Timotius 2:8; Amsal 21:19, 22:24, 24:25, 27: 4, 29:22; Efesus 4:26 2. Apakah respons anda kepada manifestasi amarah?
Seorang pemberang biasanya seorang yang mempunyai masalah dengan amarah dan mempunyai kepercayaan bahawa perbuatan yang jahat mesti dibalas dengan perbuatan jahat yang sama buruk kesannya. Sebaliknya orang Kristian diseru supaya tidak membalas kejahatan dengan kejahatan tetapi sebaliknya jika seterumu lapar, berilah dia makan; jika ia haus berilah dia minum! Dengan berbuat demikian kamu menumpukan bara api atas kepalanya . . . kalahkan kejahatan dengan kebaikan! (Roma 12:20-21). Doa: Bapa syurgawi, bantulah saya berlaku baik setiap kali kejahatan dilakukan, sambil menantikan Engkau membalas kejahatan yang dilakukan terhadap saya. Amin.
22
Penagih Alkohol, Awas Bacaan: Titus 1:7
Adi baru berusia 13 tahun tetapi sudah biasa minum langkau setiap pagi sebelum ke sekolah. Apabila dia kembali dari sekolah sedikit sahaja nasi dimakannya; dia lebih gemar minum langkau. Setiap malam Adi dan pemuda-pemuda lain di kampungnya akan berkumpul untuk meminum pelbagai jenis minuman beralkohol sambil bermain daun terup atau gitar yang dimilikinya. Adi seorang kaki botol. Satu sifat orang yang sudah matang dalam imannya ialah bahawa dia tidak lagi bertuankan sesuatu selain daripada Yesus. Rasul Paulus menasihati Titus untuk mencari pemimpin Kristian yang bukan peminum – seorang yang terikat kepada minuman beralkohol dan selalu dekat dengan botol arak. Dalam frasa hari ini, seorang Kristian yang matang tidak harus ketagih alkohol. Seseorang yang ketagih alkohol sudah pun menjadi hamba kepada minuman keras dan seluruh hidupnya berpusatkan kepada minuman ini – bagaimana mendapatkannya, bagaimana untuk menikmatinya dan bagaimana untuk menyembunyikan ketagihan itu daripada orang yang mengambil berat akan keadaan fizikal dan rohani peribadi itu. Hamba alkohol tidak boleh juga menjadi hamba Yesus – jika kamu menghambakan diri kepada seseorang untuk melakukan kehendaknya, maka kamu menjadi Kajian Lanjut hamba orang yang kamu taati: sama ada hamba kepada dosa yang mengakibatkan kematian atau 1. Apa kata Alkitab hamba kepada Allah (Roma 6:16). Untuk seseorang tentang wain itu menjadi hamba Allah dan bertumbuh dalam (minuman Tuhan, dia mesti bebas daripada semua ketagihan beralkohol)? yang mengikat dan memperhambakannya. Amsal 20:1, 21:17, 23:29-32, 31:4-7; Bagaimana dengan anda – apakah anda terikat Roma 14:21; Efesus kepada minuman beralkohol? Satu cara anda boleh 5:18; Titus 2:3; 1 menjawab soalan ini ialah dengan memerhatikan Petrus 4:3 jumlah masa anda bersama bekas alkohol dan jumlah minuman alkohol yang dibeli atau dimiliki. 2. Apakah kesimpulan yang Doa: Bapa, saya hanya mahu bergantung pada-Mu anda dapat buat dan hanya menghambakan diri kepada-Mu. mengenai minuman Bebaskan saya dari semua jenis ketagihan. Amin. beralkohol?
23
Jangan Pukul Saya! Bacaan: Titus 1:7
Kes penderaan isteri berleluasa di seluruh dunia termasuk Malaysia. Ramai suami akan menerajang, memukul serta menumbuk isteri mereka apabila marah sehingga lebam dan ada yang patah tulang atau mengalami pendarahan dalaman. Amalan bersifat binatang ini tidak hanya terhad kepada pasangan bukan-Kristian tetapi juga telah menular antara pasangan Kristian. Sedihnya, penderaan ini seringkali dirahsiakan oleh si isteri, ahli-ahli keluarga dan ahli gereja. Rasul Paulus menegaskan bahawa jika seseorang itu dipilih untuk memimpin sidang Kristian dia tidak boleh seorang yang pemarah. Perkataan pemarah sebenarnya diterjemahkan dari perkataan Yunani yang bermaksud memukul dengan kuat dan suka bergaduh atau berkelahi. Akar perkataan ini membawa maksud meleperkan sesuatu dengan cara menumbuk atau memukul dengan kuat! Jelas pemarah yang disebut dalam ayat ini bukan seorang yang cepat marah tetapi seorang yang bertindak ganas ketika marah, sehingga sanggup berkelahi dan bertumbuk dengan mereka yang merupakan sumber amarah dia. Aksi-aksi fizikal yang ganas ketika seseorang itu marah tidak diterima oleh Tuhan kerana Tuhan dengan jelas telah berkata: Apabila kamu menjadi marah, janganlah kamu berbuat dosa (Efesus 4:26). Mencederakan orang ketika marah dengan memukul mereka sememangnya satu dosa dan juga salah di sisi undangundang. Janganlah ini menjadi amalan biasa anda!
Kajian Lanjut
1. Perhatikan ayatayat berikut mengenai manusia yang menjadi marah. Apakah yang boleh dipelajari? Kejadian 27:42-45, 30:2, 49:57; Keluaran 32:19; Bilangan 22:27, 24:10
Apakah yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan ini terjadi? Pertama, anda mesti sedar dan mengaku anda berasa marah. Kedua, jika ada tanda-tanda bahawa anda mahu bertindak ganas (bernafas dengan cepat, menggenggam jari) tarik nafas beberapa kali dan minta diri. Berusaha untuk mengenal pasti apa yang mencetuskan amarah anda serta rumusan-rumusan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan pencetus amarah ini. Akhirnya ambil tindakan berdasarkan rumusan terbaik. Jadikan respons ini respons biasa anda.
2. Allah juga menjadi marah – mengapa? Ulangan 7:3-4, 29:23-28
Doa: Bapa syurgawi, bantulah saya untuk mengawal amarah saya supaya saya tidak mencederakan orang ketika marah. Amin.
24
Sayang Wang, Sayang Sekali Bacaan: Titus 1:7
Masalah rasuah ialah satu masalah besar di banyak negara-negara di Asia dan Malaysia juga tidak terlepas daripadanya. Banyak usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat memahami apa itu rasuah, bahayanya amalan itu dan juga hukuman yang akan dikenakan jika tertangkap. Kes-kes rasuah berterusan dan berleluasa baik di kalangan pihak berkuasa, peniaga mahupun orang awam. Mengapa? Jawapan Alkitab mudah sahaja – manusia yang bersalah itu memiliki sifat serakah (cinta akan wang yang menyebabkan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya). Seorang pemimpin Kristian tidak boleh memiliki sifat serakah kerana sifat ini boleh membuka jalan kepada pelbagai dosa lain dan jika tarikan wang menumpaskan pemimpin Kristian itu, maka dengan mudah dia akan terjerat dan membawa padah buruk kepada dirinya, gereja yang dipimpinnya, serta nama Tuhan yang diisytiharkannya. Seseorang yang tertarik kepada wang dan mengingini wang seperti mana seorang penagih mengingini dadah akan menceburkan diri dalam pelbagai amalan yang jahat supaya berjaya mendapatkan wang. Amalan-amalan seperti mengambil rasuah, berjudi serta menipu orang yang dikasihi senang dilakukan tanpa banyak berfikir atau berasa malu. Apakah anda kenal seseorang yang menepati penerangan yang diberi?
Kajian Lanjut 1. Apakah nasihat bijak mengenai kekayaan yang dibekalkan dalam buku Amsal? Amsal 11:4,16,28, 13:7,8, 14:24, 19:14, 22:1,4,16, 23:5, 24:4, 27:24 dan 30:8 2. Apa komen Yesus mengenai kekayaan? Markus 4:19, 10:2324; Lukas 16:11
Dalam 1 Timotius 6:10, Rasul Paulus membuat kesimpulan bahawa punca segala jenis kejahatan yang dilakukan manusia ialah cinta yang mereka miliki untuk wang dan menggelarnya sejenis penyakit yang bahaya. Dalam ayat sebelumnya, dia menerangkan apa yang terjadi kepada mereka yang dijangkiti penyakit cinta akan wang: tergoda dan terjert oleh bermacam-macam-macam keinginan yang sia-sia dan yang mencelakakan . . . menjatuhkan dan membinasakan (1 Timotius 6:9) Pastikan anda tidak dijangkiti penyakit bahaya ini! Doa: Bapa di syurga, bantulah saya supaya puas dengan apa yang saya miliki dan tidak tergoda untuk mendapatkan wang dengan cara yang salah. Amin.
25
Datanglah Ke Rumah Saya Bacaan: Titus 1:8
Setiap kali saya melayani di Sarikei saya akan tinggal bersama Encik Frank dan isterinya. Dia tidak lelah mengambil saya dari perhentian bas walaupun awal pagi. Sebuah bilik yang sederhana tetapi selesa selalu tersedia untuk saya berehat dan masakan yang sihat dan enak selalu disediakan untuk saya. Mereka senang berbual dengan saya dan selalu berusaha supaya masa saya bersama mereka berbaloi. Mereka suka memberi tumpangan. Seorang Kristian yang matang, bertanggungjawab serta memiliki kasih terhadap orang Kristian lain, lambat laun akan berpeluang untuk menerima ke dalam rumah mereka tetamu-tetamu yang melawat untuk seketika atau yang memerlukan tempat menginap untuk beberapa hari. Jika orang Kristian ini tidak suka memberi tumpangan, lawatan dan permintaan untuk tinggal beberapa hari tidak akan diterima dengan hati yang gembira. Oleh itu, kesediaan, suka melayani dan memberi yang terbaik kepada yang melawat atau memerlukan penginapan sementara sangat perlu bagi semua orang Kristian. Dalam Roma 12, rasul Paulus menasihati orang Kristian untuk mengasihi orang lain dengan ikhlas dan mesra khususnya mereka yang merupakan saudara seiman dalam keluarga Tuhan (ayat 9,10). Dia juga merayu supaya orang Kristian rajin melayani dan sabar menanggung kesusahan (ayat 11-12). Sesudah menyatakan semua ini, dia membuat kesimpulan bahawa satu cara Kajian Lanjut supaya semua ini boleh diamalkan serentak ialah ketika seseorang Kristian itu memberi tumpangan – 1. Apakah yang berkongsi milik dengan saudara seiman yang dituntut dari semua memerlukan bantuan dan menyambut saudara seiman orang Kristian dalam yang tidak dikenali ke rumah (ayat 13). Roma 12:13 dan 1 Petrus 4:8-10? Apakah anda bersedia untuk menerima pelawat2. Apakah berkat tersembunyi menyambut orang ke rumah anda? Lihat Ibrani 13:2 3. Siapakah akan anda sambut ke rumah anda hari ini?
pelawat ke rumah anda, melakukan apa yang perlu untuk memberkati, menunjukkan kasih dan hormat terhadap mereka? Sudikah anda menerima orang Kristian untuk tinggal di rumah anda buat beberapa hari jika keadaan memerlukannya? Doa: Bapa di syurga, penuhi hati saya dengan kasih dan kerelaan untuk menerima saudara-saudara seiman ke rumah saya serta melayani mereka dengan baik dan penuh hormat. Amin.
26
Suka Semua Yang Baik Bacaan: Titus 1:8
Jika anda menyenaraikan semua yang anda suka lakukan, perhatikan dan fikirkan dan kemudiannya membenarkan sekumpulan hakim menentukan apakah semua yang disenaraikan itu baik untuk anda, apakah mungkin keputusan mereka? Sebagai seorang Kristian, kita bukan hanya dipanggil menjadi orang yang baik tetapi juga suka akan yang baik. Apa yang disukai oleh seorang pemimpin Kristian sangat penting kerana minat seseorang itu banyak kali mendedahkan apa yang dianggap penting dan jumlah masa, tenaga dan wang yang dipakai oleh dia untuk sesuatu hal. Tidak hairanlah Rasul Paulus menekankan perlunya minat seorang bakal pemimpin juga dijadikan kriteria apabila dia dinilai kesesuaian sebagai seorang penatua. Satu aspek yang perlu diteliti ialah apa yang anda suka lakukan dengan masa dan wang anda. Perhatikan bagaimana anda menggunakan masa anda – adakah ia penggunaan masa yang baik? Adakah anda suka menggunakan masa anda dengan baik – menggunakan setiap kesempatan yang ada untuk melakukan sesuatu yang baik untuk diri anda atau/dan untuk orang lain? Adakah anda suka membeli yang baik dan mengurus wang anda dengan baik? Satu ukuran yang boleh dipakai apabila mahu memastikan sama ada anda suka yang baik ialah memerhatikan kesan amalan atau Kajian Lanjut keputusan anda atas diri anda, orang lain dan juga dalam komuniti Kristian. Jika anda suka apa yang 1. Perhatikan baik anda pasti akan memilih untuk melakukan atau bagaimana mengatakan sesuatu yang akan menimbulkan pengamalan apa yang kebaikan kepada diri anda, mereka di sekeliling anda baik dinyatakan dan juga komuniti Kristian. dalam ayat-ayat berikut: Matius 3:10; Apabila seorang pemimpin Kristian suka apa yang 5:16,44; 7:11, 17-19; baik, adalah pasti amalan-amalan hidupnya juga baik, 12:35; 13:8,23; pilihan-pilihan hidupnya semuanya untuk kebaikan 19:16-19; 25:21,23; dan kata-kata yang keluar dari mulutnya baik. Inilah 26:10 jenis pemimpin yang dicari Allah. Sukalah yang baik. 2. Bagaimanakah menerapkan amalan baik ini dalam hidup anda?
Doa: Bapa di syurga, penuhi hati saya dengan kasih untuk apa yang baik dan bantu saya mencari, menerima dan mengamalkan apa yang baik sahaja. Saya mahu menjadi pencinta kebaikan. Amin.
27
Bijak Sini, Bijaksana Bacaan: Titus 1:8
Adolf Hitler dan Osama bin Laden adalah dua tokoh sejarah yang terkenal kerana perbuatan-perbuatan zalim dan ganas terhadap manusia yang diterajui oleh mereka semasa Perang Dunia Kedua dan serangan 9/11. Apakah yang membolehkan mereka bertindak begitu ganas terhadap manusia lain? Fahaman yang mereka layani dan percaya dalam minda mereka. Adolf Hitler percaya semua bangsa lain kurang mulia dan patut disingkirkan dan Osama pula berfahaman bahawa orang Amerika jahat dan mesti dimusnahkan. Seorang Kristian yang mahu berjaya haruslah bijaksana - mempunyai fahaman dan idea-idea yang selamat dan siuman dalam minda serta berpegang kepada pendapat-pendapat yang tidak ekstrem. Inilah maksud bijaksana dalam ayat ini dan sesiapa yang memilikinya juga akan dapat mengawal diri dengan baik dan mempunyai emosi yang seimbang dan sihat. Apakah yang memenuhi minda anda hari ini? Apakah fahaman-fahaman agama yang anda percaya dan fikirkan selalu dalam minda anda? Apakah kepercayaankepercayaan ini menghasilkan pengawalan diri yang baik dan emosi yang sihat? Firman Tuhan jelas tentang apa yang patut memenuhi minda seorang Kristian: apa saja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah, apa sahaja yang Kajian Lanjut dipandang tinggi – jika ada sesuatu yang baik dan jika ada sesuatu yang terpuji – tumpukan fikiran 1. Mengapa kepadanya (Filipi 4:8). Berusahalah mulai sekarang mungkin‘bijaksana’ untuk menerima dan melayani fahaman-fahaman juga diterjemahkan yang memenuhi syarat-syarat Alkitabiah ini. ‘mengawal diri’? Mengapa ini penting Jika anda dapati anda melakukan perbuatan yang jahat bagi semua strata yang sukar anda berhentikan, mungkin masalahnya Kristian? 2 Korintus adalah dalam minda anda. Selagi anda percaya 5:13; Titus 2:4-6; 1 menipu itu tidak jahat anda akan terus menipu; selagi Petrus 4:7 anda percaya anda bodoh, selagi itu anda tidak akan 2. Apakah yang harus kita lakukan dengan minda kita? Roma 12:2; Filipi 2:3-6, Kolose 3:12
berusaha belajar. Periksa isi minda anda hari ini! Doa: Bapa di syurga, dedahkan apa yang tersimpan dalam minda saya supaya hanya yang baik dan benar dipegang dan yang salah disingkirkan. Penuhi minda saya dengan kebenaranMu sahaja. Amin.
28 0
Keadilan Selalu Bacaan: Titus 1:8
Seorang pencuri mengagihkan wang yang telah dicuri dengan rakannya. Dia mengambil seikat wang kertas $100 dan berkata, “Satu untuk saya, satu untuk kamu. Dua untuk saya, satu untuk kamu . . .� Akhirnya, kerana dia mengagihkan wang hasil curian itu dengan tidak adil, dia mendapat jumlah yang lebih banyak manakala rakannya mendapat jumlah yang kurang. Mereka bertengkar dan kemudiannya menembak satu sama lain - semua kerana tidak mengagih ‘keuntungan’ dengan adil. Berlaku adil adalah satu lagi sifat penting yang perlu dimiliki oleh seorang Kristian (apalagi seorang pemimpin) baik sebagai amalan mahupun sebagai sifat. Berlaku adil dan saksama dalam segala keputusan dan perbuatan sememangnya bukti seseorang itu bersifat adil dan oleh itu susah untuk dipersalahkan. Ini akhirnya akan menyebabkan ramai mengaku orang Kristian itu orang benar. Untuk menjadi orang yang mengasihi keadilan dan selalu bertindak benar, anda memerlukan iman. Ibrani 10:38 menyatakan ini: Sekarang orang yang benar (adil) akan hidup dengan iman. Iman, iaitu keyakinan bahawa apa yang belum dilihat ada dan yakin bahawa apa yang diharapkan akan tercapai, akan membantu seseorang itu hidup dalam keadilan kerana dia yakin tindakannya akan mendatangkan kebaikan yang diharapkan dan dia yakin ianya akan terjadi walaupun dia belum melihat hasil perbuatannya itu lagi.
Kajian Lanjut 1. Ramai orang dalam Perjanjian Baru digelar benar kerana berlaku adil. Mengapa? Matius 1:19; Markus 6:20; Lukas 2:25, 23:58; Kisah Para Rasul 10:22; 2 Petrus 2:7 2. Apakah yang harus kita lakukan supaya anda juga digelar adil dan benar?
Bagaimana pula dengan anda? Apakah anda selalu berusaha untuk memastikan keputusan anda adalah satu keputusan yang adil? Apakah anda selalu memastikan supaya setiap tindakan yang anda ambil adalah benar dan baik untuk semua orang? Untuk berlaku adil kita tidak boleh hanya mementingkan diri sendiri dan mencari keuntungan sendiri sahaja. Mesti ada keinginan untuk memberkati orang lain dan mengiktiraf kebolehan serta sumbangan dan kehebatan orang lain juga (Roma 12:3). Doa: Bapa di syurga, tanamkan dalam hati saya cinta kepada keadilan. Biarlah semua keputusan dan tindakan saya adil supaya saya akan digelar orang benar Amin.
29
Memilih Untuk Menjadi Saleh Bacaan: Titus 1:8
Katie McMunn memakai sebentuk cincin perak di jarinya. Gadis 17 tahun ini berharap satu hari nanti cincin itu akan ditukar dengan cincin perkahwinan yang dibuat dari emas. Sehingga hari itu, cincin perak di jarinya menjadi satu peringatan bahawa dia telah membuat satu perjanjian dengan Allah untuk hidup suci dan bebas dari perhubungan luar nikah. McMunn dan ramai lagi remaja telah memilih untuk menjadi remaja saleh. Konsep saleh dalam Alkitab, merujuk kepada satu pilihan dan tindakan khusus yang dibuat oleh seorang Kristian. Apakah yang dia lakukan? Dia dengan sengaja mendedikasikan dirinya kepada Tuhan dan berjanji untuk memelihara kesucian dirinya, khususnya dalam aspek seksual. Apabila seorang Kristian melakukan ini dengan berjaya, satu hal yang akan jelas kelihatan ialah sifat-sifat ilahi mula kelihatan dalam kelakuan dan amalan anak Tuhan itu. Dengan erti kata lain, dia menjadi semakin seperti Kristus. Bagaimana dengan anda – apakah anda telah dengan sengaja membuat keputusan untuk menyerah diri kepada Allah dan berusaha mengamalkan satu cara hidup yang mempromosi dan memelihara kesucian anda? Ini ialah satu keputusan yang penting bagi mana-mana anak Tuhan kerana sesudah keputusan ini dibuat, banyak perkara yag baik yang menyumbang kepada pembangunan rohani orang Kristian itu akan mula berlaku - keinginan untuk memiliki dan memelihara kesucian diri yang menyebabkan Kajian Lanjut orang Kristian itu menjadi lebih seperti Yesus. 1. Apakah nasihat Ada dua aspek kesucian yang mesti dijadikan Allah kepada orang tumpuan. Pertama, perhubungan dengan manusia muda yang mahu lain, khususnya mereka yang berlainan jantina (1 bersifat saleh? 1 Timotius 5:1-2). Kedua ialah nasihat khusus untuk Timotius 4:12, 5:1-2; lelaki Kristian (yang saya yakin sesuai untuk wanita 2 Timotius 2:22 Kristian juga ialah memastikan tangan yang diangkat untuk memuji dan berdoa bebas dari kemarahan dan 2. Minda yang suci perselisihan, dua hal yang akan menggugat kesucian menyumbang kepada mana-mana orang Kristian (1 Timotius 2:8). amalan yang suci – Filipi 4:8 Doa: Bapa di syurga, saya berjanji untuk memelihara kesucian diri saya mulai hari ini. Saya 3. Apakah yang anda akan berusaha mengamalkan sapa yang baik dan akan lakukan supaya berkenan kepadaMu. Amin. saleh?
30
Pentingnya Penguasaan Diri Bacaan: Titus 1:8
Ramai orang hari ini terlalu gemuk dan ada di antara mereka ini telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan berat badan mereka. Walaupun rahsianya mudah – bersenam dan makan makanan yang sihat – ada yang menahan diri dari makan sehingga menimbulkan masalah baru pula. Apa yang menarik di sini ialah mereka ini memiliki kebolehan untuk menahan diri dengan kekuatan sendiri. Menurut Alkitab mereka telah dapat menguasai diri. Apakah itu penguasaan diri? Siapakah yang boleh menguasai dirinya? Menurut Alkitab, penguasaan diri bermula dengan insan yang kuat dan bertenaga (secara rohani) yang mempunyai kuasa atas sesuatu dan dalam konteks penguasaan diri, insan ini telah dapat menjadi tuan atas dirinya, mengawal dan menghalang diri dari apa yang tidak baik untuk kebaikan dan kejayaan diri. Penguasaan diri biasanya dikaitkan dengan makanan dan hubungan seks – dua keperluan manusia yang mesti digenapkan dengan betul. Rasul Paulus membandingkan penguasaan diri dengan seorang atlet – sebelum bertanding atlet itu mesti menguasai diri. Makanan yang diambil, banyaknya latihan yang dibuat serta jumlah tidur semuanya perlu dikawal dengan ketat. Tiaptiap orang yang mengambil bagian dalam pertandingan, menguasai dirinya dalam segala hal. Mereka berbuat demikian untuk memperoleh suatu mahkota yang fana tetapi kita untuk memperoleh suatu Kajian Lanjut mahkota yang abadi (1 Korintus 9:25). 1. Siapakah yang boleh membantu anda menguasai diri? Galatia 5:22-23; 2 Timotius 1:7 2. Apakah dua hal yang perlu anda kuasai? Amsal 23:13; 1 Korintus 7:5,9 3. Mengapa penting menguasai diri? 1 Petrus 4:7, 5:8
Penguasaan diri adalah sesuatu yang mesti diusahakan dan ditambahkan dengan sengaja oleh orang Kristian dalam hidup mereka. Rasul Petrus berseru: Kamu harus dengan sungguh-sungguh menambahkan kepada iman-mu . . . penguasaan diri (2 Petrus 1:5-6). Bagaimana dengan anda – apakah ada aspek hidup anda yang mesti dikuasai? Berusaha mulai sekarang! Doa: Bapa di syurga, saya berjanji untuk memelihara kesucian diri saya mulai hari ini. Saya akan berusaha mengamalkan sapa yang baik dan berkenan kepadaMu. Amin.
Mengenal Penulis FOKUS Pastor Peter de Run aktif melayani komuniti Kristian khususnya di Kuching, Sarawak. Beliau memberkati tubuh Kristus dengan mendidik, menggalak dan melengkapi orang Kristian untuk melayani Allah dan hidup dalam kemenangan. Beliau telah melayani Allah sebagai pastor dan guru Firman Allah lebih 25 tahun. Peter melayani secara intensif di Malaysia, negara-negara ASEAN dan Australia. Beliau adalah pastor di Gereja Shalom Kota Samarahan, Kuching. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.
Siri DVD Khutbah Kristian Siri DVD Khutbah ini mempunyai pelbagai tema menarik berdasarkan Alkitab. Setiap DVD mengandungi beberapa khutbah lengkap yang telah dirakamkan untuk membantu pertumbuhan rohani setiap pendengar. DVD ini boleh digunakan secara persendirian atau dalam kumpulan untuk mengkaji Firman Tuhan.
Fahami apa yang diperlukan untuk menjalinkan perhubungan cinta yang suci dan berkenan kepada Tuhan.
Memilih teman hidup adalah satu pilihan paling penting dalam hidup. Pastikan anda melakukan yang betul.
Ketahui apa yang anda perlu percaya dan lakukan untuk menjadi seorang Kristian.
Semua yang anda perlu tahu tentang Firman Allah untuk menikmati kehebatannya ada di sini.
Apa yang anda percaya tentang diri anda akan menetukan semua perbuatan anda, baik mahu pun jahat.
Belajar bagaimana 4 akidah penting Kristian menjadi tiang utama fahaman Triniti
Kami mahu ANDA menulis untuk FOKUS Jika anda telah diberkati dengan apa yang dibaca dalam edisi percuma FOKUS ini dan berfikir, “Saya juga boleh menulis bahan renungan seperti ini�, pihak kami menjemput anda untuk mengisi borang yang disediakan dan hubungi kami secepat mungkin. Pelayanan Petros sedang mencari 30 penulis, Sabah dan Sarawak, yang boleh dan mahu renungan untuk FOKUS supaya lebih ramai membaca Alkitab mereka dan gereja Bahasa diperkukuhkan.
khususnya dari menulis bahan orang Kristian Malaysia akan
Tunggu apa lagi? Hubungi kami hari ini!
Pelayanan Petros Apakah anda mahu menerima cetakan edisi-edisi FOKUS seterusnya dengan percuma? Kalau ‘YA�, anda hanya perlu mengisi maklumat di bawah dan mengirim borang ini ke alamat yang telah disediakan. Saya Mahu FOKUS Nama: ________________________________________________________ Alamat Pos Lengkap: ____________________________________________ _________________________________________________________________ Emel: ________________________________ No. Telefon: _________________
Saya Mahu Menjadi Penulis FOKUS Jika anda berminat untuk menjadi penulis FOKUS, isikan maklumat anda di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin untuk menjawab soalan-soalan anda dan menerangkan apa yang anda perlu lakukan. Nama: ________________________________________________________ Alamat Pos Lengkap: ____________________________________________ _________________________________________________________________ Emel: ________________________________ No. Telefon: _________________
Pelayanan Petros No 6 Lorong Riveria 1A, Taman Riveria, 94300 Kuching, Sarawak Tel: 019-8898049 Emel: peterderun@gmail.com
Borang Pesanan
Tajuk DVD Rahsia Percintaan Yang Berjaya Memilih Teman Hidup Dengan Bijak Erti Sebenar Menjadi Kristian Siri Firman Tuhan Siapakah Saya? Triniti
Harga (RM) 12.00 12.00 12.00 12.00 12.00 12.00
Kuantiti
RM
JUMLAH
Semua DVD Khutbah akan dikirim selagi stok masih ada. Jika kami kehabisan DVD tertentu, kami akan menggantikan dengan DVD lain tanpa pemberitahuan awal. Harap maklum. Cara pembayaran yang terjamin: 1. Bayaran secara langsung ke akaun bank kami: RHB 1111 6400 0561 45 2. Cek/Wang Pos atas nama: Peter Claude De Run • •
Sila hubungi kami melalui telefon atau emel setelah bayaran dimasukkan ke akaun bank kami, ATAU sertakan cek/wang pos anda beserta borang ini. Buku dan DVD hanya akan dihantar setelah bayaran dijelaskan dan disahkan. Maklumat Pemesan
Nama: ________________________________________________________ Alamat Pos Lengkap: ____________________________________________ _________________________________________________________________ Emel: ________________________________ No. Telefon: _________________
Pelayanan Petros No 6 Lorong Riveria 1A, Taman Riveria, 94300 Kuching, Sarawak
Tel: 019-8898049 Emel: peterderun@gmail.com
Pastor Peter De Run juga boleh dipelawa untuk menganjurkan seminar atau berkhutbah untuk perkumpulan Kristian anda.
Hubungi beliau melalui telefon (019-8898049), e-mel (peterderun@gmail.com) atau Facebook (Peter Claude De Run).