Allah Sebagai Bapa Bapa mengenal Aku dan Aku mengenal Bapa (Yohanes 10:15) Hampir semua rujukan Yesus kepada Tuhan – perbualan/rujukan-Nya kepada Tuhan secara peribadi dan penyataan Dia tentang Tuhan kepada manusia – menggunakan nama Bapa untuk Tuhan. Ini bukan sesuatu yang luar biasa bagi pendengar Yesus (orang Yahudi) kerana mereka percaya Allah ialah Bapa semua manusia kerana Dia yang menciptakan mereka (Maleakhi 2:10) – Allah ialah Bapa manusia sejagat kerana Dia pencipta mereka. Allah ialah Bapa manusia kerana status mereka sebagai ciptaan Allah. Mereka yang kenal Allah dalam konteks ini memanggil Allah Bapa tetapi tanpa keintiman dan kemesraan yang dikongsi mereka yang mempunyai perhubungan bapa-anak yang baik. Sebaliknya, perhubungan orang Kristian dengan Tuhan sebagai Bapa bukan hanya atas alasan mereka dicipta Tuhan tetapi juga kerana mereka sekarang diberi hak (diangkat, Galatia 4:5) menjadi anak-anak Allah (Yohanes 1:12); dengan erti kata lain, Allah Bapa kita kerana kita mempunyai perhubungan kekeluargaan yang intim dengan-Nya kerana status kita sebagai anak. Allah bukan hanya dipanggil Bapa – nama yang lebih intim malahan manja dipakai, iaitu Abba (Galatia 4:6). Memanggil Allah Abba menunjukkan adanya keintiman dan kemesraan yang dikongsi mereka yang mempunyai perhubungan bapa-anak yang baik. Apakah yang boleh kita pelajari tentang Bapa syurgawi kita daripada penyataan Yesus tentang Bapa? 1. Allah BAPA mengasihi semua orang (Matius 5:43) Allah selalu mengasihi semua manusia ciptaan-Nya, tidak kira bila berlaku baik atau jahat. Kasih Allah untuk manusia begitu besar (Yohanes 3:16) dan tidak pernah berhenti atau dipengaruhi oleh perbuatan manusia
1