YANG N A N KNIK E T I L @ PO
a p a B b1u7 I n a u Pand 2016/20
IK AN D I D N PE
VISI KAMI Untuk menjadi Politeknik Kecemerlangan Global.
Terunggul
dengan
MISI KAMI Kami menyediakan pendidikan dan latihan berkualiti untuk mempersiapkan para pelajar dan pelajar dewasa untuk pekerjaan dan kehidupan, melengkapkan mereka menjadi pelajar sepanjang hayat dan untuk menyumbang kepada perkembangan teknologi, ekonomi dan sosial Singapura. Kami akan menggunakan sumber, kepakaran, kreativiti dan inovasi kami untuk menyokong perkembangan perniagaan dan industri dan untuk melengkapi usaha globalisasi Singapura.
Panduan Ibu Bapa 2016/2017
KATA-KATA ALUAN Ibu Bapa/Waris yang dihormati, Tahniah di atas kemasukan anak anda ke Politeknik Nanyang. Penggal pertama pastinya akan dipenuhi dengan peluang pembelajaran yang mengujakan untuk anak anda. Oleh itu, kami telah mengaturkan beberapa aktiviti orientasi dan sesi taklimat untuk membantu anak anda menyesuaikan diri untuk permulaan penggal. Kami mengalu-alukan penglibatan anda dalam perjalanan pembelajaran anak anda, dan berharap ini akan menyumbang kepada semangat mereka dalam pelajaran. Untuk mengukuhkan lagi kerjasama kami bersama anda dalam hal ini, kami telah menyediakan panduan ini untuk anda. la menyediakan maklumat penting dan menawarkan akses kepada sumberÂŹ-sumber yang berguna. Menyesuaikan diri di politeknik mengambil masa, dan bagi sesetengah pelajar dan ibu bapa mereka, ia mungkin mengambil masa yang lebih lama. Di Politeknik Nanyang, kami mempunyai sekumpulan pensyarah berdedikasi yang ditugaskan sebagai Mentor Peribadi kepada para pelajar kami. Mentor Peribadi anak anda menyokong anak anda sepanjang pembelajaran mereka di politeknik kami. Di samping itu, kami telah menyediakan program Bimbingan Pendidikan & Kerjaya (ECG) yang menarik untuk anak anda. Para kaunselor di ECG@Central kami yang baru dan Mentor Peribadi anak anda bersedia untuk membimbing anak anda mengenai kerjaya atau pendidikan mereka selanjutnya. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pihak anda bagi kemajuan anak anda. Salam Mesra,
Encik Thambyrajah T Pendaftar
1
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI POLITEKNIK NANYANG Selamat datang ke Politeknik Nanyang (NYP). Di sini, anak anda akan memulakan perjalanan menarik dan bermanfaat yang akan membantunya menjadi seorang individu serba boleh untuk memburu kerjaya yang berjaya dan memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Kursus kami disusun dalam cara yang dapat memupuk semangat inovatif dalam pelajar kami. Anak anda akan belajar untuk menjadi inovatif dan berdaya usaha melalui pelbagai wadah seperti latihan amali, pendedahan luar negara, persembahan tamat pengajian, pertandingan dan aktiviti ko¬kurikulum. Selain itu, kami mempunyai kakitangan Inovatif dan Berdaya Usaha (I&E) serta kemudahan mesra I&E yang akan membantu mendidik dan melatih para pelajar. Kami turut melatih pelajar untuk menjadi inovatif melalui latihan amali, projek dan pertandingan Sains dan Teknologi. Anak anda akan menikmati pengalaman pembelajaran yang berkesan melalui gabungan pelbagai wadah yang disediakan. Walaupun kebanyakan daripada kejayaan pelajar bergantung kepada ketekunannya sendiri, kami akur bahawa ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam pendidikan anak mereka. Panduan ini memberikan anda pengetahuan penting mengenai aspek-aspek utama NYP dan topik-topik yang merangkumi hal¬hal akademik, kebajikan pelajar dan kehidupan di kampus. 2
MENIKMATI PENDIDIKAN SERBA LENGKAP Di NYP, anak anda akan menikmati kehidupan kampus yang bertenaga yang melebihi pengalaman di bilik darjah, dan pada masa yang sama membina kemahiran hidup dan kepimpinan. Dia akan berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti seperti latihan amali dan ekspedisi luar negara, kelab pelajar dan program mendekati masyarakat. Pengalaman pembelajaran sebegini akan mendidik anak anda untuk menjadi seorang individu yang komited dan bertanggungjawab, membolehkannya untuk membina kemahiran baru sambil memaksimumkan potensinya. Kami percaya bahawa anak anda mempunyai potensi untuk berjaya, dan kami bersedia untuk bekerjasama dengan anda dalam memberikan sokongan dalam setiap aspek perkembangan dan pertumbuhannya. Kami telah menyediakan maklumat berguna yang berikut berkenaan pendidikan anak anda di NYP: • Program-program Akademik Kami - Kalendar Akademik - Sistem Modular - Peperiksaan & Penilaian • Membangunkan Kecemerlangan dalam Segala Aspek • Kesejahteraan & Disiplin Pelajar • Sokongan Kewangan
Panduan Ibu Bapa 2016/2017
KALENDAR AKADEMIK Kehadiran kelas yang tetap merupakan salah satu faktor paling penting yang akan menentukan kejayaan seorang pelajar. Ibu bapa amat digalakkan untuk memainkan peranan aktif dalam membantu anak mereka supaya memanfaatkan dengan sepenuhnya pendidikan yang disediakan. Untuk membantu anda berbuat demikian, kami sediakan kalendar akademik 2016/17 kami bagi kursus diploma sepenuh masa:
PEMBELAJARAN PERINGKAT 1, 2 & 3 PENGGAL 1 Arahan Cuti Pertengahan Penggal Arahan Ulangkaji/ Peperiksaan Cuti Sekolah
18 Apr – 12 Jun 2016 13 Jun – 26 Jun 2016
8 minggu 2 minggu
27 Jun – 14 Ogos 2016 15 Ogos – 4 Sep 2016
7 minggu 3 minggu
5 Sep – 16 Okt 2016
6 minggu
17 Okt – 18 Dis 2016 19 Dis 2016 – 2 Jan 2017 3 Jan – 12 Feb 2017 13 Feb – 5 Mac 2017
9 minggu 2 minggu
6 Mac – 16 Apr 2017
6 minggu
PENGGAL 2 Arahan Cuti Pertengahan Penggal Arahan Ulangkaji/ Peperiksaan Cuti Sekolah
6 minggu 3 minggu
Mungkin terdapat perbezaan dalam kalendar akademik antara Jurusan, kerana Jurusan yang berbeza di NYP mempunyai keperluan khusus mereka sendiri. Untuk melihat kalendar akademik khas bagi jurusan anak anda, sila layari laman web: NYP Homepage Current Students Academic Matters Academic Calendar
TARIKH-TARIKH PENTING Terdapat tempoh-tempoh tertentu di dalam pembelajaran anak anda di NYP yang mungkin memerlukan perhatian anda. Berikut adalah beberapa tarikh-tarikh penting dalam kalendar akademik yang mungkin anda ingin berikan perhatian setiap tahun: • Orientasi & Permulaan Penggal 1 pada bulan April • Peperiksaan pada bulan Ogos • Keputusan Peperiksaan Penggal 1 dikeluarkan pada minggu ke-3 bulan September • Permulaan Penggal 2 pada bulan Oktober • Peperiksaan pada bulan Februari • Keputusan Peperiksaan Penggal 2 dikeluarkan pada minggu ke-4 bulan Mac
3
SISTEM MODULAR Seperti institusi-institusi tinggi yang lain di merata dunia, semua kursus yang ditawarkan NYP mematuhi sistem akademik modular dan berdasarkan kredit. Setiap kursus mengandungi modul-modul yang berlainan. Setiap modul mempunyai jumlah kredit yang tertentu. Selagi seorang pelajar itu lulus dalam satu modul, dia akan menerima jumlah kredit yang penuh. Modul-modul ini meliputi pelbagai bidang subjek yang relevan kepada kursus dan diklasifikasikan secara umum seperti berikut:
MODUL TERAS Modul-modul teras memastikan anak anda menerima asas yang kukuh dalam bidang pengajiannya. Anak anda perlu lulus dalam semua modul terasnya bagi mendapatkan sijil diploma.
4
ELEKTIF DITETAPKAN Anak anda perlu memilih elektif dari kelompok berbeza bagi modul yang dicadangkan, untuk membina fokus dan kepakaran khusus dalam kursus pilihannya.
MODUL-MODUL PENGAJIAN AM
Modul-modul Pengajian Am memberikan pembelajaran yang meluas dan menyeluruh. Anak anda akan dapat memilih satu set modul yang sesuai dengan minatnya. Ini merangkumi bahasa-bahasa asing, kemahiran komunikasi dan hubungan antara perseorangan, nilai kepimpinan dan kerja berpasukan, nilai-nilai murni dalam bermasyarakat, pengetahuan am dan minat, dan banyak lagi.
Panduan Ibu Bapa 2016/2017
PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN Walaupun NYP percaya dalam menawarkan pendidikan yang fleksibel, seimbang dan serba lengkap untuk manfaat setiap pelajar, sebuah sistem penilaian dan peperiksaan yang berstruktur masih diperlukan untuk mengukur kemajuan anak anda sepanjang pembelajarannya. Berikut adalah sorotan ringkas aspekÂŹaspek penting sistem peperiksaan kami:
PENYEMPURNAAN KURSUS Semua pelajar harus mengambil dan lulus modul-modul yang ditentukan untuk kursus pembelajaran mereka dalam jangka masa yang ditetapkan. Kursus diploma yang biasanya mengambil 3 tahun boleh diselesaikan dalam masa maksimum 6 tahun.
KAEDAH PENILAIAN Sesebuah modul boleh dinilai sepenuhnya dengan menggunakan penilaian dan projek semasa kursus, kedua-duanya ditimbang sama atau secara kombinasi dalam peperiksaan penggal.
PEPERIKSAAN PENGGAL Ini biasanya diadakan pada bulan Ogos/September dalam Penggal 1 dan Februari/Mac dalam Penggal 2 pada setiap tahun akademik. Jadual peperiksaan akan diberikan kepada pelajar sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum peperiksaan penggal bermula.
KEPUTUSAN PENILAIAN PENGGAL Keputusan akan diumumkan kepada para pelajar pada bulan September dan Mac. Penyata Keputusan akan disediakan secara online di Portal Pelajar.
SISTEM PENILAIAN Sistem penilaian 2 peringkat kami adalah berdasarkan kedua-dua modul individu dan prestasi keseluruhan. Sesebuah modul boleh diberikan gred abjad seperti A, B atau C, atau gred Lulus/Gagal. Modul bergred abjad biasanya difaktorkan ke dalam Purata Nilai Gred (Grade Point Average), yang digunakan untuk menilai prestasi keseluruhan seorang pelajar. Nilai kredit adalah berbeza dan tidak terikat kepada mata gred. Selagi seorang pelajar lulus dalam modul itu, dia akan mendapat kredit penuh yang dikaitkan dengan modul tersebut, tanpa mengira gred yang telah dicapainya.
DIPLOMA DENGAN MERIT Diploma dengan Merit memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Secara umum, ia dianugerahkan hanya kepada mereka yang berada di dalam 10% teratas dalam kohort yang menamatkan pengajian dalam setiap kursus.
Untuk maklumat lanjut mengenai peraturan penilaian dan sistem penggredan, sila layari laman web: NYP Homepage Current Students Academic Matters Examination Matters
5
MEMBINA KECEMERLANGAN KESELURUHAN Di NYP, anak anda akan menikmati manfaat daripada sebuah pendidikan yang seimbang dan melebihi batasan bilik darjah. Sementara membolehkannya mencapai kejayaan akademik dan melengkapkannya dengan kemahiran untuk berjaya dalam kerjayanya di masa hadapan, kami juga turut menekankan kepentingan mengasuh anak anda untuk menjadi seorang individu yang bertanggungjawab dan serba boleh yang boleh memainkan peranan panting dalam masyarakat kelak. Sebagai sebuah program akademik yang mempunyai struktur yang kukuh, kami turut menyediakan perkhidmatan sokongan dan aktiviti tetap untuk membantu anak anda dalam semua aspek pertumbuhannya. lni merangkumi:
KUMPULAN MENTOR PERIBADI Seorang pelajar politeknik baru mungkin akan menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan sistem akademik dan persekolahan yang baru. Untuk memudahkan peralihan ini, anak anda akan ditempatkan dalam sebuah Kumpulan Mentor Peribadi yang terdiri daripada 20-25 pelajar daripada tahun dan kursus diploma yang sama. Mereka akan berkongsi jadual yang sama dan menghadiri kelas dan kuliah bersama. Setiap Kumpulan Mentor Peribadi akan dijaga oleh seorang pensyarah yang akan memainkan peranan sebagai Mentor Peribadi (PEM). PEM tersebut akan memainkan peranan utama dalam
6
perkembangan peribadi anak anda dan menyediakan akses kepada sumbersumber yang diperlukan olehnya. Peranan PEM ini dinyatakan melalui 3 abjad yang berikut: • Point of Contact (titik hubungan bagi ibu bapa dan pelajar) • Engaging students (melibatkan pelajar) & • Mentoring (membimbing) Ketika di sekolah, anak anda juga akan dijaga oleh pensyarah berdedikasi yang lain selain daripada PEM. Setiap Kursus Diploma mempunyai Pengurus Kursus yang akan memastikan kelancaran kurikulum dan bahawa ianya mengikuti perkembangan semasa, relevan dan konsisten dengan keperluan industri. Perkembangan kesejahteraan dan perwatakan anak anda juga merupakan keprihatinannya. Beliau akan memantau kehadiran anak anda ke kelas dan akan memberitahu anda sekiranya anak anda gagal untuk memenuhi keperluan minimum kehadiran iaitu 85%. Anak anda akan menyertai NYP sebagai sebahagian daripada sebuah kohort pelajar yang telah mendaftar pada masa yang sama dan untuk kursus yang sama. Seorang Penyelia Kursus telah ditugaskan untuk menjaga setiap kohort dan kesejahteraan semua anggotanya. Beliau akan menguruskan semua hal-hal berkaitan kursus, memastikan kemajuan anak anda dalam pembelajarannya, dari satu peringkat ke peringkat yang lain.
Panduan Ibu Bapa 2016/2017
BIMBINGAN PENDIDIKAN DAN KERJAYA Bimbingan Pendidikan dan Kerjaya (ECG) di NYP bertujuan menggalakkan pelajar untuk meneroka dan mempertimbangkan laluan kerjaya yang berlainan menerusi kaunseling, bengkel dan pameran kerjaya. ECG di NYP akan membantu para pelajar mencapai matlamat seperti berikut: Pelajar dapat membina konsep diri dan kerjaya yang positif Pelajar boleh menyesuaikan diri dan membuat keputusan termaklum tentang kerjaya dan aspirasi mereka Pelajar akan dapat beralih ke alam pekerjaan dengan lancar Kurikulum ECG di NYP menyediakan kelas Strategi Kerjaya Peribadi untuk semua pelajar tahun pertama. Kelas ini akan melengkapkan mereka dengan kemahiran membuat keputusan dalam kerjaya. Mereka dapat menguruskan diri mereka, berupaya menulis pelan kerjaya peribadi dan membina portfolio yang baik sepanjang berada di NYP. Mereka juga berpeluang untuk membina kemahiran komunikasi profesional dan hubungan antara perseorangan dan meraih pengalaman yang berharga melalui program-program latihan amali yang berstruktur kendalian NYP.
ECG@Central bertujuan memberi bimbingan kepada pelajar dalam membuat keputusan tentang pendidikan dan kerjaya. Pelajar boleh membuat temujanji dengan Kaunselor ECG kami sekiranya mereka mempunyai sebarang pertanyaan tentang pekerjaan, kerjaya atau melanjutkan pelajaran. Pusat ini juga menawarkan berbagai sumber untuk membantu mereka mempersiapkan diri bagi temuduga. Selain itu, pelbagai acara seperti pameran kerjaya, ceramah, bengkel, sesi membina rangkaian dan programprogram lain sempena inisiatif ECG turut dianjurkan sepanjang tahun. Ini membantu melengkapi pelajar dengan kemahiran hidup dan daya tahan yang diperlukan untuk melalui cabaran masa hadapan dan mempersiapkan mereka beralih dari sekolah ke alam pekerjaan. Di NYP, kami berpendapat bahawa pembelajaran tidak berhenti setelah meraih diploma; malahan ia merupakan langkah pertama ke arah masa hadapan yang lebih bermakna. ECG di NYP memberi inspirasi kepada pelajar agar mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan bertanggungjawab ke atas kerjaya mereka sendiri, sambil berusaha untuk kekal berdaya saing, inovatif dan berdaya usaha, dan dengan itu dapat menyumbang kepada perkembangan teknologi, ekonomi dan sosial Singapura.
7
PROGRAM LATIHAN AMALI Di NYP, anak anda akan menjalani Program Latihan Amali dalam tahun terakhir. Dia akan turut serta dalam projek dunia pekerjaan selama 3 hingga 6 bulan dengan salah satu rakan industri kami. la akan menjadi peluang untuknya menggunakan pengetahuan dan kemahirannya sementara menikmati pendedahan langsung kepada industri itu. Jurusan yang berlainan mungkin mempunyai bentuk latihan amali yang berbeza berdasarkan kepada sifat industrinya. Contohnya, para pelajar dalam jurusan Sains Kesihatan akan ditempatkan untuk menjalani latihan klinikal. Ini bertujuan mewujudkan persekitaran yang dapat mengembangkan kemahiran asas para pelajar dan untuk menggalakkan mereka supaya mengamalkan sifat kerja yang betul kelak.
PROGRAM LUAR NEGARA Selain daripada latihan amali tempatan, anak anda juga mungkin dipilih untuk menyertai pelbagai program luar negara yang ditawarkan oleh NYP. Menerusi program luar negara ini, kami bertujuan membantunya untuk mengembangkan sudut pandangan global; mendedahkannya kepada budaya dan negara asing untuk mengukuhkan kemahirannya dalam menyesuaikan diri, berdikari dan hubungan antara perseorangan. Program luar negara ini adalah dalam bentuk yang berbeza, termasuk Program Latihan Amali Luar Negara (OIPP) di mana para pelajar ditempatkan di syarikatsyarikat yang terletak di luar negara. Kami
juga turut berkerjasama dengan pelbagai institusi luar negara untuk membolehkan para pelajar menjalankan latihan amali mereka di sana. Selain daripada itu, kami juga menawarkan peluang bagi para pelajar untuk turut serta dalam ekspedisi belia dan lawatan sambil belajar ke negara-negara asing.
AKTIVITI KO-KURIKULUM Apabila anak anda memilih untuk melanjutkan pendidikannya di NYP, kami ingin memastikan bahawa dia meninggalkan kami dengan lebih daripada hanya segulung diploma. Kami yakin bahawa kehidupannya di kampus pasti menyeronokkan, dan setelah tamat pengajian, dia pasti akan mempunyai kenangan manis. Itulah sebabnya sepanjang perjalanannya di sini, kami akan menggalakkannya untuk mengamalkan gaya hidup yang aktif dan diperkayakan dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti koÂŹkurikulum (CCA). Setiap pelajar digalakkan supaya melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu daripada pelbagai aktiviti yang disediakan. CCA menawarkan peluang untuk memupuk kemahiran praktikal dan hubungan antara perseorangan yang tidak mudah dipelajari dalam bilik darjah. Ia juga membantu pelajar membina aspirasi dalaman terhadapa seni, muzik, sukan atau sebarang minat yang lain. NYP menawarkan pilihan CCA yang luas daripada sukan sehingga kumpulan minat khusus. Kami pasti anak anda akan dapat menjumpai satu aktiviti yang sesuai dengan personaliti dan minatnya.
Untuk senarai penuh kelab pelajar dan kumpulan minat, sila layari laman web: NYP Homepage Current Students Campus Life NYP Experience 8
Panduan Ibu Bapa 2016/2017
KESEJAHTERAAN DAN DISIPLIN PELAJAR Selain daripada menyampaikan ilmu pengetahuan, kami juga menganggap penting nilai-nilai yang betul serta akhlak yang baik di kalangan pelajar NYP, maka itu kesejahteraan dan disiplin pelajar menjadi keutamaan. Kesejahteraan pelajar adalah penting bagi kami. Di NYP semua pelajar tahun pertama akan mengambil modul Kecergasan Sepanjang Hayat. Pada masa yang sama Penasihat Kesihatan Pelajar bersedia untuk membantu pelajar memulakan gaya hidup sihat dan memberikan nasihat tentang kesihatan. Selain kesejahteraan pelajar, kami prihatin dengan disiplin dan tingkah laku anak anda kerana ia boleh menjejas imej mereka di mata orang ramai. Oleh itu, anak anda digalakkan supaya memahami dan menghormati semua peraturanperaturan yang ada. Berikut adalah beberapa kesalahankesalahan disiplin yang seharusnya anak anda elakkan: (a) Merokok di dalam perkarangan kampus, berambut panjang (untuk pelajar lelaki), membuang sampah sembarangan, berpakaian secara tidak sopan atau tidak senonoh, tindakan
menganggu, menipu, berkelahi atau bersikap tidak jujur dalam peperiksaan. (b) Merosakkan harta-benda awam, mencuri, bersikap biadap terhadap pensyarah dan kakitangan, melanggar arahan Guru Besar atau pegawai sekolah. (c) Pemilikan senjata berbahaya, pemilikan atau pengambilan dadah, alkohol atau bahan memabukkan yang lain, tingkah laku tidak bermoral atau perbuatan sumbang, pemalsuan dokumen atau pemilikan dokumen palsu. (d) Penggunaan tanpa izin atau penyalinan haram bahan-bahan hakcipta sama ada dicetak atau tidak, dan pendedahan kata laluan komputer kepada orang lain. (e) Sebarang tindakan, kelakuan atau kecuaian lain yang membawa mudarat kepada ketenteraman dan disiplin NYP atau berkemungkinan menjejas reputasinya. Sementara tindakan disiplin yang sewajarnya akan dikenakan sebagai satu cara untuk mengubah dan memperbaiki tingkah laku seorang pelajar, semua kes-kes berkaitan disiplin akan ditangani dengan adil dan telus.
Untuk senarai yang meyeluruh tentang peraturan dan pengawalan, sila layari laman web: NYP Homepage Current Students Student Handbook
9
BIASISWA Program Biasiswa NYP menawarkan pelbagai biasiswa untuk para pelajar cemerlang yang berdaftar di NYP. Terdapat lebih daripada 100 biasiswa bebas bon berprestij yang menanti anak anda. Ini telah diklasifikasikan di bawah empat kategori utama, iaitu: Biasiswa NYP
Biasiswa NYP untuk Pelajar Lulusan ITE
Biasiswa NYP-Industri Lain-Lain
SOKONGAN KEWANGAN NYP percaya bahawa kesempitan kewangan tidak harus menjadi penyebab bagi seorang pelajar untuk tidak mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Oleh itu, kami menawarkan banyak laluan dalam bentuk skim bantuan, biasiswa dan dermasiswa untuk membantu meringankan beban kewangan anda semasa tempoh pengajian anak anda.
SUBSIDI YURAN PENGAJIAN
Skim-skim bantuan kewangan yang boleh didapati kini adalah seperti berikut:
Pelbagai anugerah dan geran disediakan kepada pelajar yang memenuhi syarat¬syarat yang ditetapkan oleh badan atau organisasi yang memberikan anugerah. Kebanyakannya menawarkan bantuan dalam bentuk pemberian wang tunai walaupun ada yang melibatkan pinjaman tanpa faedah. Sesetengah penaja mungkin memerlukan anda untuk membuat permohonan secara langsung kepada mereka untuk menerima bantuan.
DERMASIWA • Dermasiswa Politeknik CDC/CCC • Dermasiswa Politeknik MOE • Dermasiswa-dermasiswa lain
• Skim PSEA • Subsidi Yuran Pengajian Tinggi (Ditadbirkan oleh Yayasan Mendaki)
PINJAMAN YURAN PENGAJIAN DAN PENDIDIKAN • Skim Pinjaman Yuran Pengajian • Skim Pinjaman Pendidikan NYP • Skim Pendidikan Diluluskan CPF
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan, sila layari laman web: NYP Homepage Current Students Financial Matters 10
Panduan Ibu Bapa 2016/2017
SOALAN-SOALAN LAZIM IBU BAPA 1) Bagaimanakah pen¬gajian di NYP?
pengalaman
Anak anda akan menik¬mati pendidikan yang seimbang dan latihan yang serba lengkap menerusi kombina¬si pelajaran di bilik darjah, kerja projek, latihan amali, pendedahan luar negara dan aktiviti ko-kurikulum.
2) Berapa lamakah masa yang perlu diluangkan oleh anak saya di kampus? Jadual anak anda akan bergantung kepada kursus diplomanya dan kumpulan tutorial yang disertainya. Pelajaran diadakan dari Isnin hingga Jumaat dan boleh bermula seawal 8:00 pagi. Kebanyakan kelas akan berakhir pada 6:00 petang tetapi ada kalanya kelas-kelas malam perlu diadakan atas sebab-sebab khas. Para pelajar sering perlu berada di kampus untuk aktiviti sukan, kelab dan acara rekreasi yang lain untuk menyelesaikan projek mereka atau belajar di perpustakaan.
3) Berapa penggal?
panjangkah
setiap
Tahun akademik baru bermula pada bulan April. Terdapat dua penggal yang terdiri daripada 15 minggu bagi setiap penggal. Terdapat cuti pertengahan penggal selama 2 minggu pada bulan Jun dan Disember dan cuti akhir penggal selama 6 minggu dalam bulan September-Oktober. Kemungkinan terdapat perbezaan dalam kalendar akademik antara jurusan yang berbeza di NYP disebabkan keperluan tertentu setiap jurusan.
4) Bagaimanakah kelas dikendalikan? Bagaimanakah ia berbeza daripada sekolah aliran utama? Kombinasi kuliah, tutorial dan praktikum digunakan; ini berbeza dengan pengajaran di bilik darjah yang diamalkan di kebanyakan sekolah-¬sekolah menengah. Para pelajar akan berpindah antara bilik tutorial, dewan kuliah dan makmal, bergantung kepada jadual mereka.
5) Sekiranya anak saya menghadapi kesukaran dalam pelajarannya, pada siapakah dia boleh meminta bantuan? Seorang Mentor Peribadi (PEM) akan ditugaskan untuk membimbing anak anda dan memberikan nasihat sekiranya dia menghadapi sebarang kesukaran.
6) Adakah sukan dan latihan jasmani wajib di NYP? Para pelajar lelaki yang layak untuk memasuki Perkhidmatan Negara perlu mengambil Ujian Anugerah Kecergasan Fizikal Nasional (NAPFA) sebelum mereka tamat pengajian. Ujian NAPFA tersebut tidak diwajibkan untuk para pelajar lain.
7) Adakah wajib bagi anak saya untuk menyertai Aktiviti KoKurikulum (CCA)? Semua pelajar digalakkan untuk menyertai sekurang-¬kurangnya satu CCA untuk membantu mereka mencungkil dan memupuk minat dan kecenderungan mereka di luar kurikulum akademik, dan untuk membina mereka sebagai individu serba boleh. CCA juga merupakan kriteria apabila memohon kemasukan ke universiti-universiti tempatan.
11
8) Adakah terdapat sebarang peluang untuk pendedahan luar negara? Ya, kami mempunyai skim-skim yang membenarkan para pelajar untuk pergi ke luar negara bagi menjalani latihan amali atau program pertukaran pelajar.
9) Siapakah yang boleh kami tanya sekiranya kami memerlukan nasihat lanjut mengenai hal kewangan? Anak anda boleh berjumpa dengan Mentor Peribadi (PEM) atau Jabatan Penjagaan dan Bimbingan Pelajar atau Jabatan Kewangan untuk mendapatkan bantuan.
10) Bagaimanakah yuran kursusnya? Yuran kursus bagi tahun akademik ini yang merangkumi yuran pengajian dan tambahan adalah sekitar $2,700 untuk Rakyat Singapura. Bayaran yuran akan dilakukan setiap penggal, biasanya pada bulan Jun untuk penggal 1 dan Disember untuk penggal 2. Bagaimanapun, pelbagai skim bantuan kewangan boleh didapati untuk mereka yang memerlukan bantuan sedemikian.
12
Untuk maklumat lanjut mengenai yuran kursus, sila layari laman web: NYP Homepage Current Students Financial Matters Course Fees
11) Bolehkah anak saya memasuki universiti setelah menerima diploma dari NYP? Ya, diploma kami diiktiraf dan diterima oleh berbagai universiti tempatan dan luar negara.
12) Di manakah anak saya boleh mendapatkan nasihat mengenai pekerjaan dan kerjayanya di masa hadapan? Anak anda boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui: a) ECG@Central b) Pameran Peringkat Sekolah/Pameran Kerjaya & Universiti c) Penyelaras Pekerjaan Sekolah
Panduan Ibu Bapa 2016/2017
NOMBOR TELEFON YANG BERGUNA Ada kalanya anda mungkin perlu berbicara secara langsung dengan salah seorang kakitangan kami untuk mendapatkan jawapan yang anda perlukan. Berikut adalah nombor telefon jabatan-jabatan penting yang mungkin berguna untuk anda sekiranya anda ingin membuat pertanyaan: JABATAN/PEJABAT
NO TELEFON PERTANYAAN
i@Central (Pusat Maklumat & Perkhidmatan)
6451 5115
Pertanyaan Umum
ECG@Central (Pusat Bimbingan Pendidikan dan Kerjaya)
6550 0333
Hal-hal berkaitan Kerjaya & Pendidikan Lanjut bagi pelajar
Pembangunan Pelajar
6550 1904 6550 1905
Aktiviti ko-kurikulum, kad EZÂŹLink pelajar institusi tinggi & perkhidmatan penyewaan lokar
Jabatan Kewangan
6550 0200
Hal-hal berkaitan bil, subsidi yuran tuisyen & pinjaman
Pengambilan & Kemasukan Pelajar
6455 0500
Hal-hal berkenaan Kemasukan Pelajar
Pejabat Peperiksaan
6550 0373
Hal-hal berkenaan Peperiksaan
Bantuan Kewangan
6550 0056
Dermasiswa, pinjaman pengajian & subsidi komputer riba
Jurusan Pengurusan Perniagaan
6550 1000
Jurusan Sains Hayat & Kimia
6550 1500
Jurusan Reka Bentuk
6550 0600
Jurusan Kejuruteraan
6550 0400 6550 0500
Jurusan Sains Kesihatan
6550 1300
Jurusan Teknologi Maklumat
6550 1600
Jurusan Media Digital & Interaktif
6550 1700
Pertanyaan mengenai kursus dan halhal berkaitan Jurusan
Nota: Maklumat yang terkandung dalam panduan ibu bapa ini adalah tepat pada masa percetakan. Terjemahan ke dalam bahasa lain adalah disifatkan sebagai rujukan dan versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai dalam sebarang kes.
180 Ang Mo Kio Avenue 8 Singapore 569830 www.nyp.edu.sg