KEBERANIAN
ZAMAN nota-nota ringkas berkenaan anak muda dan perubahan
- AHMAD NAIM JAAFAR -
1 ANAK MUDA DAN KEBERANIAN ZAMAN Anak muda yang membawa perubahan dinukilkan oleh Alharhum Hamka sebagai mereka yang melalui ‘keberanian zaman’. Mereka tidak menunggu menjadi benar-benar dewasa untuk melakukan sesuatu yang ‘benar, penting dan bervisi besar’. Mereka tidak menunggu semua perkara menjadi sempurna untuk memulakan sesuatu perkara baharu.
2 PEMETA MASA HADAPAN Keberanian zaman juga merujuk kepada sikap anak muda yang selesa memeta masa hadapan yang sendiri berdasarkan versi realiti mereka. Saya memilih tema ini bagi menjelaskan bahawa anak muda yang membawa perubahan sangat dekat dengan fitrah anak muda itu sendiri. Anak muda perlu memimpin dengan kekuatan budaya ilmu dan mendepani gelombang perubahan (rujuk item 10) dengan membawa ‘zeitgeist’ untuk generasinya dalam pelbagai bidang kehidupan masa kini.
3 KARAMAH INSANIAH ANAK MUDA Kemuliaan insan tampak jelas pada anak muda yang berjaya mengangkat dirinya bergilir-gilir di sekitar dua perkara ini: 1.
Membangun dengan budaya keilmuan.
2.
Membina potensi diri dengan kebebasan (tanpa keterikatan dengan telunjuk penguasa atau terpaksa akur dengan tekanan ekonomi).
Dua perkara ini saling memerlukan antara satu sama lain dalam setiap pusingan kedewasaan seorang anak muda.
Anak muda yang memperolehi Ilmu perlu mengaplikasikannya supaya mereka memiliki kebebasan untuk membina keupayaan secara mapan. Kemudian kebebasan yang dimiliki membolehkan anak muda itu mempertingkatkan ilmu yang lebih tinggi dan mendalam. Kemudian dengan ilmu pusingan ini pula mampu digunakan untuk mencipta nilai kepada lebih ramai orang lain.
4 FOKUS KEPADA IMPAK BUKAN JAWATAN DAN PENGIKTIRAFAN Ramai anak muda yang bercita-cita besar yang selalu berjanji untuk membuat perubahan jika mereka berjaya memanjat ke puncak kuasa dan jawatan. Tidak kurang juga yang mengharapkan pengiktirafan bagi kerja atau ilmu yang diusahakan. Namun anak muda pemimpin perubahan berikan keutamaan kepada impak kepada setiap kerja atau perubahan yang diusahakan.
Impak tidak memerlukan input dan belanjawan yang besar. Ia memerlukan anak muda itu jujur dengan usaha yang dilaksanakan, masalah yang cuba diselesaikan dan tidak menyaluti dengan ‘manisan’ rasmi seperti lawatan, perasmian besaran dan liputan media.
5 LIMA ‘IDEA REVOLUSIONER’ PERUBAHAN Anak muda yang mahu memimpin perubahan memiliki peluang yang mencabar dan cabaran/masalah yang menarik jika mereka memahami idea-idea di bawah: (1) Massa lawan Niche Zaman ekonomi industri yang bersifat massa sudah berlalu. Dahulu semua perlu dilakukan secara besarbesaran. Jadi pemimpin ekonomi industri mencipta rantaian nilai yang bersifat massa supaya setiap komponen kehidupan zaman itu saling membantu satu ekosistem yang juga bersifat massa.
Jadi lahirlah pengeluaran secara massa, pendidikan secara massa, pemasaran secara massa dan banyak lagi. Natijahnya, siapa yang mahu menang perlu menang secara massa. Jadi kita perlu mendapat kumpulan majoriti besar yang menyokong idea, solusi dan produk kita. Oleh itu kita kena jadi biasa-biasa sahaja kerana sifat kelompok majoriti besar adalah ‘average dan normal’. Dengan dipacu oleh inovasi disruptif seperti talian internet, teknologi sosial dan artificial intelligence (AI), ekonomi terkini dibentuk dengan sifat ‘niche dan pelik’. Ia berlaku kerana cara mencipta nilai sudah menjadi sangat murah berbanding 80 tahun dahulu semasa Henry Ford mula membina barisan-barisan pemasangan di kilang kereta ‘Ford’nya.
Oleh itu, kini manusia punya akses terus kepada ribuan malah jutaan pilihan-pilihan yang pelik dan hanya diminati atau dipraktikkan oleh sekumpulan kecil sahaja manusia di seluruh dunia. Namun kumpulan kecil ini memadai untuk membina ‘tribe’ mereka sendiri. Nota: Cari minat, nyalarasa dan wawasan yang pelik tetapi dekat di hati saudara. Kongsikan kepada orang lain. Nescaya saudara akan jumpa dengan insan lain dari entah mana yang menyokong dan mendokong perjuangan yang sama. (2) Kebangkitan Demokrasi Peribadi Salah satu fenomena yang terhasil daripada revolusi ekonomi niche adalah kebangkitan kuasa dan kebebasan peribadi. Ia berlaku apabila manusia memiliki cara mencipta nilai sendiri.
Dahulu, cara mencipta nilai dalam bentuk kilang atau mesin yang besar. Sekarang memadai dengan komputer riba dan talian internet untuk kita mencipta nilai dengan kuasa ideation, creation dan connection (rujuk item 3 di bawah). Zaman ekonomi massa melahirkan manusia yang dirobotkan, map follower, ‘saya yang mengikut perintah’ sehingga mereka terpaksa membunuh sifat ingin tahu, nilai karyawan dan limpahan emosi yang sebenarnya sangat fitrah kepada manusia yang sihat jiwanya. Kerana apa? Kerana ekonomi massa menawarkan ‘bargain’ yang sangat selamat iaitu, “Saudara bekerja tepat jam 9 hingga 5, kami akan jamin kestabilan dan keselamatan kewangan.”
Namun jaminan itu sudah tidak benar lagi di zaman ini. Jadi ramailah manusia menderita kerana dicuci pemikiran mereka sejak bangku sekolah lagi bahawa pendidikan formal yang cemerlang akan menjamin kehidupan dewasa yang selesa dan senang. Namun sekumpulan kecil manusia yang sedar dengan konspirasi ini bangun dengan membina kehidupan sendiri. Berbekalkan kemahiran survival abad ke-21 dan pemikiran yang berkembang, mereka membentuk motivasi intrinsic yang sangat kuat sehingga faktor-faktor luaran bukan sahaja tidak mampu mengganggu-gugat bahkan terpaksa akur dengan tawaran nilai baharu yang lebih menarik, bermakna dan bermanfaat. Manusia yang mengamalkan demokrasi peribadi meletakkan diri mereka sama darjat dengan manusia lain.
Mereka akan memilih untuk percaya, setia dan menyokong sesuatu atas penilaian yang kritis dan berdasarkan merit. Mereka hidup dengan tiga jenis demokrasi peribadi: (i) autonomi dalam menentukan hala tuju peribadi dan organisasinya; (ii) kepakaran dalam bidang tertentu; (iii) kehidupan yang penuh tujuan. Selalunya individu yang memiliki demokrasi peribadi hanya akan mengakui kehebatan individu lain dalam mencerap tiga komponen di atas secara sukarela. Mereka tidak mengakui orang lain kerana pangkat dan kuasa, tetapi melalui kualiti-kualiti peribadi (idiosyncratic qualities).
(3) Ekonomi ‘Ideation, Creation & Connection’ Bagaimana manusia mendapatkan demokrasi peribadi? Ini jawapannya. Mereka bina kemahiran di sekitar kitaran nilai ekonomi baru ini. (i) Ideation Disebabkan kos penciptaan nilai semakin murah, jadi orang yang banyak idea dan berani mengangkat idea-idea dengan kemahiran-kemahiran yang bersesuaian akan jadi pemenang! Ini kerana idea yang pelik boleh diuji kaji samada sesuai dan diterima ramai dengan mudah. Mana tahu salah satu idea-idea saudara itu jadi mampu menyelesaikan masalah masyarakat.
(ii) Creation Apabila seseorang ada banyak idea, dia kena tahu bagaimana hendak mencipta nilai daripada idea tersebut. Kemahiran penciptaan nilai itu banyak dimensinya. Ia merangkumi kemahiran menawarkan nilai penyelesaian, membina pasukan, mempakej produk, menyakinkan pembeli dan banyak lagi. Namun semua itu adalah kemahiran manusiawi yang boleh dipelajari oleh manusia yang memiliki pemikiran yang berkembang! (iii) Connection Idea yang diuji dan disempurnakan dengan penciptaan nilai mesti disampaikan kepada kumpulan niche. Sampaikan secara kreatif. Jika tidak jumpa caranya, cari orang yang tahu menghiasi kemahiran penyampaiannya.
(4) Hierarki Organisasi lawan Ekosistem Nilai Kita diajar untuk menjadi akur dan tersusun dalam hierarki organisasi. Cara ini sudah terbukti berkesan untuk melaksanakan satu perkara secara kolektif. Namun hari ini disebabkan revolusi jaringan hierarki organisasi sudah tidak lagi meraikan bakat dan fitrah manusia. Manusia sekarang disusun oleh ekosistem nilai. Kita dibentuk dan disusun dengan sekumpulan manusia yang memimpin, mencipta nilai dan berkerjasama di sekitar nilai tertentu seperti bakat, nyalarasa dan kemahiran khusus. Sebab itu, pada zaman ini, satu negara tidak bersaing dengan negara lain. Kita sekarang bersaing antara ekosistem. Ingat, ekosistem merentasi batas sempadan negara, undang-undang dan struktur sosial.
Sebab itu jangan terkejut bagaimana bakat startup dari Jerman menguasai pasaran runcit dalam talian di negaranegara ASEAN tanpa perlu menjajah negara-negara tersebut. (5) Tsunami lawan Gelombang Dasar Laut (Groundswell) Jika tsunami kelihatan, masa itu tidak banyak boleh diselamatkan. Kita jadi cemas dan tidak dapat berfikir secara mendalam. Groundswell pula adalah gelombang bawah dasar laut yang menjadi sumber awal sebelum terjadinya tsunami. Belajar memahami groundswell yang sedang meningkat naik dalam masyarakat tetapi orang awam masih tidak sedar. Kuasai perbincangan mengenainya.
6 DIKENALI KERANA ‘FAKTOR MERIT’ BUKAN ‘FAKTOR KEKITAAN’ Jika seorang anak muda itu memang bagus, dia akan dikenali juga atas meritnya. Maka usahakanlah diri supaya membina keupayaan pada tahap premium sehinggakan orang lain tidak boleh menolak karya, idea dan solusi kita walaupun kita tidak dalam kumpulan atau dokongan orang atasan. Ramai juga anak muda yang mahu membina ‘unfair advantage’ dengan membina faktor kekitaan.
Oleh kerana anak muda itu sebahagian daripada kumpulan itu, harapnya orang akan memberikan peluang, harapan dan kelebihan. Berusahalah membina merit kita sendiri. Supaya kita boleh menyumbang tanpa berharap dan bersyarat.
7 DILEMA ‘ASTONOMER’ ATAU ‘ASTRONAUT’ Astronomer adalah individu yang mengkaji berkenaan angkasa lepas. Astronaut adalah individu yang pergi merasai angkasa lepas itu sendiri. Jadilah keduanya.
8 RINTANGAN DAN REASONABLE MAN Ada dua jenis manusia. Pertama, ‘reasonable man’. Manusia jenis ini yang menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya dan dia selesa berubah dalam persekitaran itu. Kedua, unreasonable man. Manusia jenis ini yang mahu persekitarannya yang berubah dengan apa yang dipercayainya dan akhirnya persekitarannya berubah juga. Anak muda yang memimpin perubahan adalah unreasonable man.
9 ANAK MUDA, MENCARI PENDOKONG DAN KARISMA DIRI Apabila anak muda sudah meletakkan untuk melakukan perubahan yang betul, penting, bermakna dan bertujuan, sudah tentu dia perlukan faktor karisma bagi mempengaruhi sekumpulan kecil orang untuk percaya dan mendokong gagasannya.
“
When a person has decided what is right and what is purposeful, all necessary people and all resources will come to him as they are attracted to the cause, not the person. MAHATMA GANDHI
Karisma diri tidak terletak pada kepetahan bercakap, kepintaran bermain pentas persepsi dan teater atau menghiasi diri dengan pakaian dan penampilan yang mengagumkan. Karisma diri hadir pada jiwa, rasa dan fikir orang lain yang melihat sendiri apa yang kita perjuangkan, dan mereka akan ikut serta dalam perjuangan itu.
10 BUDAYA MEMBACA DAN AGENDA PERUBAHAN “Only reading men can change the world.� Bagaimana hendak membina pencipta perubahan? Dengan budaya membaca yang tegar. Buku adalah pintu kepada dunia yang tidak mampu diimaginasikan oleh pandangan mata sahaja. Sebab itu membaca idea dan gagasan besar menjadikan seseorang memiliki keyakinan bahawa dialah yang perlu membawa perubahan itu untuk tanah airnya.
11 INOVASI SOSIAL SEBAGAI ALAT FIKIR DAN KERJA Inovasi sosial adalah alat fikir bagaimana kita boleh mencipta solusi kepada masalah yang meruncing dalam masyarakat dengan usaha dan tangan kita sendiri. Sebelum ini banyak solusi dilakukan melalui cara critical thinking. Kini alat fikir Design Thinking membolehkan sudut pandang baharu yang unik dan disruptif. Anak muda yang memimpin perubahan perlu mahir alat fikir ini.
12 MANIFESTO PERUBAHAN Changemaker menggunakan cara komunikasi seperti orang politik juga, iaitu manifesto. Bezanya, manifesto changemaker tidak bersifat bermusim atau berpenggal. Ia adalah manifesto sepanjang hayat! Belajar bagi menyampaikan manifesto yang mempunyai makna dan tujuan yang penting dan sukar.
13 ILTIZAM PERUBAHAN DAN ‘THE MOMENT OF TRUTH’ Apabila seorang anak muda sudah lama beriltizam mahu membawa dan memimpin perubahan, dia akan menjalani satu detik yang menjadi titik tolak kepada komitmen yang lebih tinggi. Jika saudara berhadapan dengan tekanan dan kesusahan di hadapan mata sendiri, pada ketika itulah saudara tiada pilihan lain selain daripada mengangkat diri sendiri bagi menyelesaikan masalah itu. Lebih pelik lagi nantinya saudara akan menyedari bahawa saudara bukan sahaja membantu diri saudara sendiri dengan keputusan memimpin perubahan itu, bahkan lebih ramai orang yang akan mendapat manfaat daripadanya.
14 INSTITUSI PERUBAHAN “Jika saudara ada wawasan, institusikan wawasan itu.”